You are on page 1of 26

Karangan: Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiative NBI)

Posted on March 25, 2010 | 3 Comments Jalur lebar bakal menjadi ungkapan popular di kalangan rakyat Malaysia apabila Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiative NBI) dilaksanakan sepenuhnya. Menerusi slogan nama Jalur Lebar Untuk Semua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), yang menerajui inisiatif berani itu, akan memastikan semua rakyat Malaysia, sama ada di pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman, mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar. Pada taklimat khas untuk para editor Bernama mengenai Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan baru-baru ini, Pengerusi MCMC Tan Sri Khalid Ramli berkata NBI bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berpengetahuan dan melangkah ke ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Kami mahu meluaskan usaha kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada orang ramai, termasuk mereka yang tinggal di kampung, katanya. Menerusi inisiatif itu, Suruhanjaya, yang diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, menetapkan sasaran perkhidmatan jalur lebar menembusi 50 peratus atau bersamaan 3.2 juta rumah menjelang 2010. Ia akan menyumbang satu peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mewujudkan 135,000 peluang pekerjaan baharu tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan yang baharu selain perkhidmatan runcit Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi generasi akan datang (HSBB) Telekom Malaysia di Dataran Merdeka Rabu. HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan projek perdana NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara Telekom Malaysia dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara. NBI membahagikan negara kepada tiga zon. Zon satu melibatkan kawasan ekonomi berimpak tinggi seperti kawasan tengah Lembah Klang dan Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor. Zon Dua membabitkan kawasan bandar dan separa bandar yang lain manakala Zon Tiga melibatkan kawasan luar bandar.

Telekom Malaysia akan menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan akses 10 Mbps di zon ini. Penduduk di Zon satu juga akan mendapat akses kepada penyelesaian jalur lebar kompetitif yang lain. Empat kawasan awal yang akan diliputi perkhidmatan TM HSBB ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. Pelan NBI membabitkan inisiatif swasta untuk menawarkan jalur lebar ke kawasan Zon Dua. Penawarkan jalur lebar di Zon Tiga akan memerlukan campur tangan MCMC menggunakan dana Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP). Peruntukan jalur lebar di kawasan berkenaan termasuk Telefoni Asas (menerusi rangkaian tetap dan mudah alih), Perpustakaan Jalur Lebar Komuniti (CBL) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC). Liputan selular di kawasan berkenaan akan diperluas dengan membina lebih banyak menara komunikasi yang dibiayai oleh USP bagi membolehkan operator selular meluaskan liputan masing-masing kepada 97 peratus penduduk menjelang 2011. Khalid berkata jalur lebar akan mewujudkan peluang dan pasaran untuk pembangunan aplikasi dan kandungan. Pada masa ini, industri kandungan di Malaysia dianggarkan bernilai RM7 bilion, katanya. Orang ramai kini lebih menyedari mengenai perkembangan teknologi maklumat dan saya yakin, lebih ramai akan melanggan perkhidmatan jalur lebar, katanya. MCMC tidak bersendirian dalam memacu penembusan jalur lebar di negara ini. Sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan, juga meningkatkan usaha untuk meningkatkan Internet dalam bidang kuasa masing-masing. Pada masa ini, terdapat 16.9 juta pengguna Internet di negara ini, 30.4 juta pelanggan telefon selular dan 7.4 juta langganan selular generasi ketiga dan 1.8 juta isi rumah yang memiliki komputer. Pada pelancaran esok, Perdana Menteri dijangka mengumumkan penggunaan lebih banyak dana untuk meningkatkan penggunaan jalur lebar di kawasan luar bandar. Beliau juga dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan industri telekomunikasi, terutama jalur lebar berkelajuan tinggi. NBI: Rangsangan Kuat Kepada Ekonomi, Kata Peserta Industri ICT KUALA LUMPUR, 24 Mac 2010 Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) akan menjadi pemacu utama pertumbuhan dalam ekonomi baru dan ketersediaan teknologi maklumat

dan komunikasi seperti jalur lebar akan menjadi penyumbang besar kepada ekonomi, kata Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr. Yeah Kim Leng. Beliau berkata negara-negara seperti United Kingdom dan Australia telahpun melabur dalam inisiatif sedemikian. Malaysia ialah pengadaptasi awal inisiatif itu dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dari segi daya saing dan inovasi dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, kata beliau kepada Bernama di sini. NBI dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu malam. Yeah berkata sementara inisiatif Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) di bawah NBI diperkenalkan di empat kawasan iaitu Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam, Subang Jaya dan Bangsar ekoran populasi dan tahap perindustriannya yang tinggi tetapi lambat laun perlunya ia diperkenalkan di seluruh negara. Sebaik sahaja kita mempunyai infrastruktur asas, perlunya kandungan untuk menyediakan perkhidmatan dan kandungan yang lebih baik, tambah beliau. Yeah berkata inisiatif ini akan turut menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan yang meluas. Beliau juga berkata yang penyedia kandungan boleh memanfaatkan kemudahan itu dan menambahbaik perkhidmatan mereka sementara pengguna pula akan mendapat faedah daripada perkhidmatan lebar jalur yang tinggi seperti Internet Protocol TV (IPTV). Sementara itu, Symantec berkata dengan pelancaran perkhidmatan HSBB hari ini oleh Telekom Malaysia menerusi kerjasama dengan kerajaan, penggunaan pakai jalur lebar di Malaysia dijangka lebih pantas. Ini bakal membolehkan kerjasama yang lebih baik di kalangan perniagaan dalam dan luar negara serta meningkatkan produktiviti dan mutu keseluruhan perkhidmatan ke atas Internet, katanya dalam kenyataan di sini. Symantec juga berkata ia tidak sabar-sabar menantikan fasa akan datang penggunaan HSBB Telekom Malaysia yang akan menjangkaui lebih banyak komuniti di Malaysia seiring dengan peluasan liputannya. Ini sudah pasti akan meningkatkan minat dalam ICT di kalangan warga Malaysia seperti penggunaan teknologi dalam kehidupan harian mereka dan di tempat kerja dan pada masa yang sama menyediakan akses yang lebih besar kepada pengetahuan web dunia, tambahnya. Bagaimanapun, ia berkata sementara HSBB membawa banyak manfaat, meningkatnya penggunaan jalur lebar seluruh dunia akan turut melonjakkan aktiviti ruang siber yang

berniat jahat, sekali gus menyaksikan risiko yang tinggi akan ancaman siber kepada pengguna. Aktiviti berniat jahat biasanya menjejaskan komputer dengan saling hubung jalur lebar kerana mereka dilengkapkan dengan kapasiti lebar jalur yang lebih besar, saling hubung yang lebih stabil, kelajuan pemindahan yang lebih pantas dan dihubungkan 24/7. Ini semuanya boleh menarik penyerang siber ekoran keupayaan dan kapasiti mereka untuk meningkatkan serangan, katanya. Memandangkan keadaan ini, ia menggesa pengguna memastikan keselamatan dalam talian dan menerima pakai amalan terbaik bagi memastikan maklumat peribadi mereka selamat, di samping menikmati pengalaman baharu melalui HSBB. Sementara itu, NetApp Malaysia memuji kerajaan Malaysia kerana melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Negara. Ia merupakan pengumuman yang tepat pada masanya dan merupakan petanda baik bagi aspirasi negara ke arah ekonomi inovatif dan berpendapatan tinggi, kata Pengurus Negara NetApp Malaysia, Mano Govindaraju. Beliau berkata Inisiatif Jalur Lebar Negara yang terdiri daripada pelancaran HSBB dan jalur lebar bagi orang awam (BBGP) bukan sahaja bertindak bagi merapatkan jurang digital dan menambah baik kehidupan ramai orang, malah juga membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta enterpris untuk menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran yang semakin global sifatnya. Pelancaran NBI akan membuka laluan dan pasaran baharu bagi PKS yang masih belum memanfaatkan ICT sepenuhnya, kata beliau. Janji untuk meningkatkan kemudahan mendapatkan perkhidmatan jalur lebar akan mendorong penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan mengadakan rangkaian perkhidmatan IT yang luas melalui awan kepada PKS dan enterpris seluruh negara, katanya. Axis Communications juga memuji pelancaran NBI dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Axis menanti-nanti pelancaran rangkaian seluruh negara HSBB Telekom Malaysia kerana kami percaya ini akan menghasilkan pemantauan yang lebih cekap melalui pengawasan video rangkaian digital, terutamanya dengan usaha kerajaan untuk menangani isu kadar jenayah yang semakin meningkat dan keselamatan orang ramai, kata Pengurus Negara Axis Communications, Malaysia, Nafis Jasmani. Pelaksanaan HSBB akan memacu anjakan teknologi yang berterusan daripada analog kepada video pengawasan rangkaian apabila semakin banyak standard dan teknologi

baharu seperti pemampatan video H.264, kualiti imej HDTV dan ciri-ciri pengawasan video pintar mendapat permintaan, katanya. Penggunaan HSBB akan menyediakan platform bagi aplikasi maju, jalur lebar tanpa wayar mudah alih dan perkhidmatan rangkaian, seperti panggilan video tanpa wayar kawasan luas dan data tanpa wayar jalur lebar. Perkhidmatan data dan jalur lebar mudah alih di bawah NBI bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia dan ekonominya, malah juga medorong pemantauan cekap melalui pengawasan video rangkaian digital, katanya.

Karangan: Pelancongan Perubatan


Posted on January 14, 2010 | 1 Comment Malaysia Perlu Imej Destinasi Pelancongan Perubatan 13 Jan 2010 Meskipun terdapat usaha untuk memaparkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan namun pihak perancang pelancongan masih belum dapat merumuskan satu pendekatan strategik ke arah mencapai matlamat itu. Bidang pelancongan perubatan diketahui sememangnya mempunyai potensi perniagaan kepada institusi perubatan Malaysia seperti hospital, pusat penyelidikan perubatan, perkhidmatan perubatan pakar dan pengendali nutrisi makanan. Semua ini adalah sebagai tambahan kepada peluang perniagaan untuk eksport peralatan perubatan dan seumpama. Atas sifat komersial dan pelancongan perubatan itu, ramai pakar percaya bahawa satu usaha yang disertakan dengan penyelarasan yang baik dalam promosi perdagangan atau agensi promosi pelancongan Matrade dan Pelancongan Malaysia- boleh menarik banyak peluang yang seumpama. Malaysia boleh mencontohi negara lain di Asia dalam mempromosi diri sebagai destinasi pelancongan perubatan. Malahan, Asia dilihat sebagai pusat pertumbuhan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan, setelah dibayangi oleh ketidakmampuan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di negara maju terutama Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, apabila ditawarkan oleh beberapa negara di Asia yang memperkenalkan diri sebagai destinasi perkhidmatan bayar kurang dapat lebih.

DESTINASI UTAMA Sejak sedekad lepas, Thailand dilihat sebagai destinasi utama di Asia Tenggara di mana orang luar tertarik untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan kos rendah. Thailand menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan, daripada pembedahan jantung hinggalah kosmetik, pergigian dan malahan rawatan perubatan yang dianggap bukan ortodoks seperti perubatan Cina atau penyembuhan secara sumber semulajadi Ayurvedic. Sememangnya dengan bertambahnya perjalanan antarabangsa dan kemudahan memperoleh maklumat sedia ada di internet sedikit sebanyak ia menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung yang ingin mendapatkan rawatan perubatan di luar negara. Menurut statistik oleh sumber di Thailand, kira-kira 1.4 juta pelawat ke Thailand mendapatkan rawatan perubatan pada 2007. Thailand memperoleh pendapatan $1 billion pada tahun itu. Menurut Kementerian Kesihatan Thailand, angka itu dijangka naik tiga kali ganda pada 2012. Kajian oleh Deloitte Center for Health Solutions pada 2008 menunjukkan bahawa kirakira enam juta rakyat Amerika dijangka mendapatkan rawatan kesihatan menjelang 2010. Jumlah yang sama besar dijangka oleh pengunjung dari Eropah dan negara maju lain seperti Jepun dan Australia. KESATUAN EROPAH Kesatuan Eropah menyumbang jumlah pengunjung terbanyak ke Thailand disusuli negara-negara Asia Barat dan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, Thailand mensasarkan China dan India, yang mempunyai penduduk kelas pertengahan yang lebih mencabar dan gemar membeli-belah di luar negara di samping mendapatkan rawatan kesihatan di destinasi yang dilawati. Singapura, meskipun adalah destinasi yang mahal dan bersaiz kecil, telah dapat menarik lebih ramai pelancong India yang dalam kelas berbelanja besar berbanding negara lain Asia Tenggara. Singapura membuat keputusan bijak dari segi komersial apabila menyediakan kemudahan pemberian visa semasa ketibaan pelawat dari India, kata Archie Lee, seorang pakar jantung di sebuah hospital di Singapura, yang sedang melawat New York dengan menyebut ia satu kempen promosi.

Bagaimanapun, Malaysia juga mempunyai potensi yang lebih untuk diketengahkan sebagai destinasi pelancongan perubatan. Menurut Persatuan Pelancongan Perubatan, Malaysia menerima kira-kira 370,000 pesakit sebagai pelancong perubatan, yang majoritinya dari Indonesia, Timur Tengah dan Australia. PESAKIT LUAR Dari 2001 hingga 2008, jumlah pesakit dari luar yang mendapatkan rawatan di Malaysia meningkat sebanyak tiga kali ganda dengan menjana pendapatan kira-kira RM$59 juta pada 2006. Menurut Persatuan Hospital-hospital Swasta di Malaysia, jumlah pelancong perubatan akan meningkat kira-kira 30 peratus untuk sepanjang 2010. Walaupun Malaysia mengamalkan pelancongan perubatan sejak beberapa tahun lepas, pelancongan perubatan negara itu tidak diiklan atau dipromosi secara meluas dan strategik. Kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan tidak begitu diketahui di luar Asia Tenggara. Malaysia perlu dipasarkan sebagai destinasi pelancongan perubatan yang menarik. Ia mempunyai infrastruktur yang bagus serta tenaga profesional yang tidak kurang hebatnya untuk memberikan rawatan kelas pertama, kata seorang doktor dari Amerika yang enggan namanya disebut. Doktor tersebut yang bertugas di sebuah hospital di New Jersey, telah melawat Malaysia dan mengetahui bahawa negara itu berpotensi untuk menjadi destinasi pelancongan perubatan. KEMENTERIAN KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan kerjasama hospital swasta, juga menggalakkan promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan. Kementerian berkenaan telah memilih lebih 30 hospital swasta untuk menjadi pakar dalam penjagaan kesihatan antarabangsa di peringkat rantau dan antarabangsa. Penekanan juga diberikan terhadap faktor jimatkan kos. Satu pembedahan jantung akan menelan belanja kira-kira AS$6,000 hingga AS$7,000 di Malaysia. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada kos sebenar jika pembedahan dilakukan di Amerika Syarikat. Kerajaan Malaysia juga menubuhkan satu unit pelancongan perubatan khas untuk memenuhi kehendak pesakit antarabangsa.

Walaupun inisiatif lain seperti pemberian visa perubatan untuk tempoh lama dari 30 hari kepada enam bulan kepada pesakit luar negara adalah satu cara yang baik untuk meningkatkan jumlah pengunjung, Malaysia masih perlu memperbanyakkan pejabat pelancongan dan perdagangan di luar negara. Ini bagi memudahkan penyelarasan bukan sahaja di kalangan mereka malahan agensi luar di luar negara seperti syarikat insurans kesihatan dan kumpulan yang berkaitan untuk kepentingan pesakit. Kunci kepada pertumbuhan pada masa hadapan ialah pemasaran yang strategik.

Karangan: Nano teknologi


Posted on November 9, 2010 | Leave a comment Nanoteknologi ialah bidang sains yang menerokai aplikasi bahan bersaiz kecil pada skala nanometer (ran) iaitu 1- 100 nm. Nanoteknologi mula berkembang pesat pada alaf baharu ini. Bincangkan manfaat aplikasi nanoteknologi dalam pelbagai lapangan kehidupan manusia. 1. Perubatan Gen rosak diganti dengan gen normal. Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak dengan partikel nano. Proses regeneratif mula ambil tempat. Gen rosak dibaiki dan gen normal dijana. Banyak penyakit disebabkan faktor genetik dapat dielakkan. Misalnya sakit jiwa, kanser dan jantung. 2. Farmasi Partikel nano seperti tiub karbon nano (CNT) dalam rawatan onkologi kemoterapi CNT bawa ubat anti kanser dalam saiz yang halus. Ubat halus itu terus disampaikan ke bahagian sel-sel kanser sahaja. Ubat bunuh sel kanser tanpa jejaskan sel normal lain. Ini dapat merawat penyakit dangan berkesan. Kesan sampingan juga dapat dikurangkan. 3. Penting dalam teknologi maklumat. Nanoteknologi diguna untuk mencipta cip kamputer dan peranti elektronik lain bersaiz nano. Cip dan peranti papan litar ini mengawal proses dan operasi komputer atau alat elektronik. PC atau alat elektronik bersaiz kecil dan berkuasa tinggi terhasil.

Komputer dapat beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi, dengan dimensi yang linear, kebolehharapan yang tinggi dan perlepasan haba yang rendah. Memorinya juga ditingkatkan. Maka proses pemprosesan data lebih cepat dan lancar. 4 Penyelidikan saintifik Nanoteknologi diguna untuk hasilkan mikroskop generasi 4 iaitu Mikroskop Prob Imbasan (SPM) Alat ini mempunyai resolusi tinggi untuk lihat spesimen kajian bersaiz nano. Ini meningkatkan pemahaman saintis terhadap subjek eksperimental. Dengan bekerja pada saiz yang paling terkecil, teknologi nano akan membenarkan pengecilan dan prestasi yang tertinggi. Dengan bermula dengan molekul, dan pemprosesan dengan mesin yang berfrekuensi tinggi dan produktif, ia akan menjadikan produk lebih murah. 5 Pertanian Partikel nano bersaiz 5 nm lebih kecil daripada virus tanaman Meresap masuk ke dalam bahagian asid amino virus Proses peresapan dibantu oleh sejenis virus pathogen Partikel nano memberi info setiap reaksi kimia dan fizik sel dalam virus Nanoteknologi ialah bidang S&T yang menerokai aplikasi partikel bersaiz atom atau molekul halus utk tujuan pelbagai tujuan. Nano ialah saiz yg teramat kecil daripada 100 nanometer atau 1 bilion lebih kecil daripada saiz 1 meter. Nanoteknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan telah mendatangkan pelbagai faedah kepada pesakit. 1. Pengimejan perubatan MRI Teknologi pengimejan perubatan MRI dihasilkan menggunakan teknologi nanoteknologi. MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan. Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan bahan kontras (pewarna). Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi/sudut. MRI tidak mendedahkan pesakit kpd radiasi. MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakil dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat. Penyakit dapat dikesan, dikenalpasti dan kaedah rawatan yang bersesuaian dapat diberikan 2. Pembaikian dan regeneratif gen penyakit genetik Nancteknologi digunakan dalam rawatan penyakit genetik. Gen yang rosak diganti dengan gen yang normal.

Gen normal disampaikan melalui partikel nano. Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak tanpa rosakkan nukleus tersebut Proses regeneratif dan baik pulih gen mengambil tempat. Gen rosak dibaiki dan gen normal yang sihat dijana. Pesakit akan sembuh daripada penyakit genetik yang berpunca daripada pewarisan genetik gen yang rosak. 3. Rawatan anti-inflamasi Khinzir diguna sebagai spesimen klinikal. Kesan inflamasi akibat infeksi bakteria pada lapisan kulit haiwan tersebut dapat dikurangkan. Partikel nano kristal perak yang mempunyai aktiviti anti-inflamasi diguna. Aktiviti anti-inflamasi partikel nano kristal perak mampu membunuh bakteria dan membantu proses pemulihan masalah kulit. Partikel nano perak, zink oksida dan emas pula diguna untuk membunuh bakteria streptococcus mutans yang dikaitkan dengan masalah inflamasi oral manusia Aplikasi nanoteknologi penting dalam rawatan dermatologi untuk memulihkan penyakit kulit. 4. Penyampaian ubat dalam rawatan onkologi kemoterapi Partikel halus nanoteknologi telah dimanfaatkan untuk proses penyampaian ubat dalam bidang farmaseutikal. Partikel nano seperti tiub karbon nano(CNT) membawa ubat terus kepada sel kanser dan membunuhnya tanpa memudaratkan sel-sel norma lain . Selain CNT, ubat dimasukkan ke dalam partikel nano lain yang dikenali sebagai oleoylchitosan (OCH) utk membunuh sel-sel kanser paru-paru. Dalam rawatan onkologi kemoterapi, partikel nano telah menjadi ejen membawa ubat pembunuh sel kanser untuk membunuh sel-sel kanser. Aplikasi nanoteknologi dalam proses penyampaian ubat telah meningkatkan keberkesanan rawatan onkologi kemoterapi terhadap pesakit kanser. Tenaga Nano teknologi diaplikasikan untuk pemyimpanan, penjanaan, penjimatan tenaga melalui Insulasi termal. Bulb seperti light-emitting diodes (LEDs) or quantum caged atoms (QCAs) mengurangkan tenaga. Sel solar lebih berkesan menerap cahaya matahari dengan struktur nano bandgaps. Optics:Nano teknologi menghasilkan polimer ultranipis dan pelindung kaca mata. Kompositnano Kaca tidak mudah dikalis. Ketepatan pembedahan pupil mata. Tekstil fibernano kalis air dan kesan kotaran, tidak berkeluk. Tak perlu selalu dibersihkan. Technologi nano mengintegrasikan zarah membran zarah karbon kecil yang elakkan caj elektrostatistik Kosmetik :Kimia pelindung UV tidak kekal sepanjang hari. Krim mineral zarahnano seperti titanium dioxide lebih baik. zarahnano Titanium oxide melindungi kulit daripada cahaya UV tanpa kesan pemutihan kulit kerana zarahnya yang begitu kecil. REPLIKASI SENDIRI Keperluan untuk mengurangkan kos mencipta minat dalam sistem pembuatan yang boleh mengreplikasi sendiri seperti yang telah dikaji oleh Von Neumann dalam 1940-an. Sistem ini boleh mereplikasi diri sendiri dan membentuk produk yang berguna. Konsep ini telah

diinspirasikan dari pemerhatian bagaimana tumbuhan dapat mereplikasi diri sendiri pada paras sel. Sebagai contoh, ubi kentang adalah mudah untuk replikasi semula. Tanamkan dan ianya menghasilkan lebih banyak ubi kentang. Walau bagaimanapun, tujuan yang ingin dicapai adalah dari segi robotik. Bayangkan di mana robot-robot bersaiz nano iaitu amat kecil, yang dapat mereplikasi semula dan berfungsi seperti kilang. Senario yang baik ialah dalam pembangunan robotik. Replikasi semula merupakan jalan yang efektif bagi pembuatan berkos rendah. Walaupun ianya diinspirasi oleh tumbuhan dan organisma di sekeliling, adalah ditekankan bahawa agen replikasi semula ini adalah hampir serupa seperti robot. Sama ada dengan kawalan kepintaran buatan mahupun dengan kawalan manusia, replikasi semula masih dalam peringkat teori. (Terminator?????? Nanotechnology, shortened to nanotech, is the study of the controlling of matter on an atomic and molecular scale. Generally nanotechnology deals with structures sized between 1 to 100 nanometer in at least one dimension, and involves developing materials or devices within that size. Nanotechnology is very diverse, ranging from extensions of conventional device physics to completely new approaches based upon molecular self-assembly, from developing new materials with dimensions on the nanoscale to investigating whether we can directly control matter on the atomic scale. There has been much debate on the future implications of nanotechnology. Nanotechnology may be able to create many new materials and devices with a vast range of applications, such as in medicine, electronics, biomaterials and energy production. On the other hand, nanotechnology raises many of the same issues as with any introduction of new technology, including concerns about the toxicity and environmental impact of nanomaterials, and their potential effects on global economics, as well as speculation about various doomsday scenarios. These concerns have led to a debate among advocacy groups and governments on whether special regulation of nanotechnology is warranted.

Karangan: Teknologi Hijau


Posted on May 11, 2010 | 10 Comments Dasar Teknologi Hijau Nasional DTHN merupakan dasar penting untuk meneruskan kepesatan pembangunan negara pada masa depan, di samping menjadi salah satu usaha untukmenggunakan teknologi yang lebih baik dan kurang berbahaya kepada persekitaran. Galakan fiskal peruntukan kewangan untuk pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa Belanjawan 2010 amat bertepatan pada masanya. Usaha ini secara langsung memanifestasikan keyakinan dan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan teknologi

hijau sebagai penjana nilai tambah kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Ketika ini, teknologi hijau memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju pembangunan negara. Oleh sebab itu, nama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dirombak menjadi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Secara konsep, teknologi hijau ditakrifkan sebagai pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar. Lima kriteria utama mengenai teknologi hijau adalah seperti yang berikut; 1. Memenuhi kehendak masyarakat secara berterusan tanpa mengakibatkan kepupusan, kerosakan, atau kemusnahan sumber semula jadi. 2. Pengeluaran mesra alam yang membolehkan produk yang dikeluarkan ditebus guna sepenuhnya. 3. Penjimatan sumber, mengurangkan sisa buangan, dan pencemaran dengan mengubah kaedah pengeluaran serta penggunaannya. 4. Inovasi, meneroka, membangunkan alternatif mesra alam dan mesra pengguna serta berdaya maju. 5. Menjadi pusat aktiviti ekonomi berkaitan dengan teknologi dan produk yang mampu memberikan faedah kepada masyarakat dan alam sekitar serta mewujudkan peluang pekerjaan. Langkah-langkah memajukan teknologi hijau. Selaras dengan lima kriteria yang dinyatakan, tonggak utama DTHN meliputi tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kesungguhan kerajaan menggerakkan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau tidak akan menghasilkan impak yang diharapkan tanpa bantuan dan kesedaran rakyat. 1. Ekoran itu, dana sebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperhebat aktiviti kesedaran rakyat mengenai perlunya menghijaukan persekitaran dan mengamalkan budaya hidup yang mesra alam. Langkah ini selaras dengan strategi pelaksanaan DTHN iaitu mempertingkat promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya. 2. Usaha ini juga selari dengan keputusan untuk mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benar-benar komited untuk memajukan

industri ini. Kerajaan turut menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah pinjaman tersebut dengan nisbah jaminan 60 peratus dan institusi perbankan 40 peratus. Permohonan pinjaman pula boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2010 memberikan faedah kepada lebih daripada 140 buah syarikat. 3. Beberapa langkah diambil untuk memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Belanjawan 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau. 4. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan teknologi hijau juga penting. Strategi ini pastinya tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa instrumen ekonomi yang inovatif. Strategi ini juga sukar dilaksanakan tanpa sebarang dana untuk menggalakkan usaha merancakkan promosi terutamanya untuk menarik pelaburan langsung asing dalam industri teknologi hijau dan merangsang pelaburan langsung domestik industri tempatan. Strategi mewujudkan persekitaran yang kondusif ini penting dalam usaha menjadikan Malaysia pangkalan teknologi hijau serantau khususnya bagi tenaga yang boleh diperbaharui seperti teknologi solar fotovoltanik. 5. Begitu juga galakan fiskal dan peruntukan belanjawan diperlukan untuk melaksanakan program latihan dan pendidikan bagi merangsang pembangunan modal insan dalam industri teknologi hijau. Selain itu, dana belanjawan juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau. 6. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi oleh ketelusan dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan pelaksanaan. Sehubungan itu, strategi yang melibatkan langkah memperkukuh rangka kerja di peringkat institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, dan pihak yang berkepentingan perlu dilakukan. Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau (Green Technology Council) yang bertujuan memastikan bahawa penyelarasan di peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. Majlis ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama untuk menyelaras dan mempermudah peranan semua pihak yang berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau mengikut hala tuju yang ditetapkan. Bidang teknologi hijau yang dimajukan Dua bidang pelaksanaan teknologi hijau yang ditekankan ketika ini ialah sumber tenaga dan pembinaan bangunan hijau. 1. SUMBER TENAGA Penekanan kepada sumber tenaga memang tepat pada masanya kerana menjelang 2030, penggunaan tenaga utama dunia dijangka meningkat sebanyak 1.6 peratus setahun atau

45 peratus keseluruhannya dalam tempoh 21 tahun yang akan datang. Di Malaysia, keperluan tenaga elektrik dijangka mencecah sehingga 18 947 megawatt (MW) pada 2020 dan 23 092 MW pada 2030. Sehubungan itu, komitmen semua pihak perlu digembleng untuk mengenal pasti dan membangunkan sumber tenaga alternatif, khususnya sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, mini hidro, biojisim, dan geotermal untuk menggantikan penggunaan minyak dan arang batu. Terdapat beberapa dasar yang diluluskan untuk mengurus kemungkinan yang timbul akibat pengurangan sumber bahan api seperti Dasar Penyusutan Nasional untuk mengawal pengeksploitasian simpanan minyak mentah; Dasar Kepelbagaian Empat Bahan Api untuk memberikan fokus kepada sumber empat tenaga utama, iaitu minyak, gas, kuasa hidro, dan arang batu, serta Dasar Bahan Api Kelima untuk mempelbagaikan sumber tenaga penjanaan kuasa. 2. PEMBINAAN BANGUNAN HIJAU. Bagi menggalakkan pembinaan dan pemerolehan bangunanhijau, dua galakan fiskal diperuntukkan dalam Belanjawan 2010, iaitu pemilik bangunan yang memperoleh Sijil Green Building Index (GBI) bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014 diberikan pengecualian cukai pendapatan yang nilainya bersamaan dengan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan. Selain itu, pembelian bangunan dan rumah kediaman yang memperoleh Sijil GBI diberikan pengecualian duti setem surat cara pindah milik. Amaun pengecualian adalah bersamaan dengan kos tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan. Pengecualian layak bagi pembeli yang menyempurnakan perjanjian jual beli bermula 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014. GBI yang dimaksudkan dilancarkan pada 21 Mei 2009. GBI merupakan indeks penarafah hijau ke atas bangunan mesra alam. Sesebuah bangunan bakal diberikan Sijil GBI setelah pihak penilai mendapati bangunan berkenaan memenuhi enam kriteria utama seperti kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, perancangan dan pengurusan tapak yang lestari, bahan-bahan dan sumber, serta kecekapan penggunaan air dan inovasi. Berdasarkan kriteria tersebut, jelaslah bahawa untuk mewujudkan sebuah bangunan hijau bukan sahaja memerlukan pelbagai teknik dan bahan teknologi hijau, tetapi perlu diaplikasikan secara optimum. Bayangkanlah, cerahnya masa hadapan teknologi hijau negara apabila teknologi ini diaplikasikan secara meluas dalam semua bidang kehidupan.

Karangan:Menangani Isu Pengubahan Wang Haram And Pembiayaan Keganasanarangan:


Posted on July 12, 2010 | Leave a comment

Menangani Isu Pengubahan Wang Haram And Pembiayaan Keganasan 9 Julai 2010 Institut Bank-bank Malaysia (IBBM) dan Kumpulan Jaringan Pegawai Pematuhan Malaysia (CONG) akan menganjurkan persidangan antarabangsa dua hari mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2010 dari 19-20 Julai 2010. IFCTF 2010, dengan tema Memperkukuh Tadbiran Untuk Memperoleh Nilai, dianjurkan bersama oleh Institut Kewangan Asia (AIF), Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) dan Institut Insurans Malaysia (MII), dengan sokongan Bank Negara Malaysia. Pihak penganjur menjemput barisan penceramah tempatan dan antarabangsa serta pakar dalam bidang yang berkaitan daripada Pasukan Tindakan Kewangan (FATF), Bank Dunia, Perbendaharaan Amerika, Polis Persekutuan Australia, AUSTRAC, Kumpulan Asia Pasifik bagi Pengubahan Wang Haram (APG), bank antarabangsa serta firma rundingan, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Beberapa daripada isu utama yang akan dibahaskan termasuk langkah berasaskan kepada risiko dalam berurusan dengan pelanggan dan negara berisiko tinggi, pengubahan wang haram dan risiko pembiayaan keganasaan dalam pemindahan wang merentasi sempadan, pembiayaan perdagangan dan kewangan Islam. Topik-topik lain termasuk rasuah, pemerdagangan manusia dan skim piramid. SISTEM PEMATUHAN MANTAP PERLU Institusi kewangan berfungsi dalam persekitaran dinamik yang dipengaruhi globalisasi pasaran, penggabungan industri, penyatuan khidmat kewangan, teknologi sedang muncul termasuk ancaman keselamatan yang mengiringinya. Kuasa ini apabila bersatu, mewujudkan risiko, dan satu daripada risiko utama yang dihadapi institusi kewangan ialah risiko pematuhan. Untuk menangani risiko dan kekal kompetitif serta beruntung dalam persekitaran seperti ini, bank-bank perlu menilai secara berterusan dan mengubah suai produk, khidmat serta langkah keselamatan operasi masing-masing selaras dengan perkembangan baru ini. Para pengawal selia menjangkakan bank-bank akan mewujudkan proses pengurusan risiko yang lasak untuk menguruskan kesemua risiko yang lazim dalam perniagaan perbankan termasuk risiko pematuhan. Bank mesti membangun dan mengekalkan satu sistem pematuhan yang canggih yang disepadukan dalam strategi pengurusan risiko pertubuhan itu. Sistem pengurusan pematuhan bank harus memastikan pematuhan yang cukup bagi keperluan kawal selia dan dalaman.

Untuk mencapai ini, institusi kewangan mesti melakukan pelaburan bijak dalam meningkatkan kapasiti dan tenaga kerja yang cukup terlatih untuk membantu dalam menangani risiko yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan ini. CONG, jawatankuasa penasihat bagi IBBM, telah mengusahakan pelbagai inisiatif untuk menyuntik profesionalisme dan meningkatkan penjanaan kapasiti pegawai-pegawai pematuhan di Malaysia. Dalam mengejar objektif ini, CONG berusaha dengan aktif bersama para pengawal selia serta institusi pembelajaran di Malaysia untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam fungsi pematuhan dan memperkenal program peningkatan kapasiti dalam industri perbankan. IFCTF 2010 merupakan satu daripada program seumpamanya untuk meningkatkan tahap kesedaran di Malaysia mengenai amalan terbaik antarabangsa dalam langkah Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan. IFCTF 2010 merupakan saluran bagi institusi kewangan tempatan untuk belajar daripada pakar-pakar akan keperluan semasa dan di masa depan. Perbahasan semasa persidangan itu akan membenarkan pegawai pematuhan untuk menjajar dan menambah baik program pematuhan AML/CFT. CABARAN YANG DIHADAPI INSTITUSI PERBANKAN Keperluan kawal selia dan pentadbiran global membawa cabaran besar bagi institusi kewangan. Dengan pembaharuan kawal selia dan perlindungan konsumer menjadi agenda utama, bank-bank menghadapi tekanan berterusan dari beberapa sudut. Kegagalan untuk mematuhi undang-undang, peraturan, atau kod tatalaku, atau standard lain boleh membawa kepada tindakan kawal selia atau perundangan yang akhirnya pasti membawa impak buruk terhadap pendapatan, modal atau reputasi. Cabaran bagi institusi kewangan ialah dalam mengejar perkembangan di luar. Mereka perlu melabur dana teknologi dan sumber manusia, memajukam program pembangunan, dan mencari penyelesaian teknologi yang akan membantu melindungi mereka daripada ancaman yang dibawa oleh penjenayah yang meliputi penipu, pengubah wang haram dan pembiaya pengganas. Penjenayah ini menjalankan operasi mereka di sebalik perniagaan yang kelihatan sah serta tidak menimbulkan sebarang keraguan sehingga terlewat. TANDA AMARAN FATF merupakan penetap standard antarabangsa dalam memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Syor 40+9 FATF buat masa ini menetapkan standard antarabangsa bagi memerangi pengubahan wang haram (ML) dan pembiayaan pengganas (TF), yang mesti dipatuhi oleh institusi kewangan di seluruh dunia.

Institusi kewangan mesti membangunkan program bertulis yang mengenal pasti dan mengesan tanda-tanda awal jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan. Kajian semula berterusan dan perkongsian tanda-tanda amaran akan membantu petugas barisan hadapan untuk mengesan jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan. Industri perbankan Malaysia banyak mencatatkan kemajuan dalam mengesan pengubahan wang haram dan pencegahan menerusi Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Dasar Ketahuilah Pelanggan Anda (KYC). Seterusnya, Akta AMLA 2001 dikemas kini pada 2003 dan kini dikenali sebagai Akta Anti-Pengubahan Wang Haram dan Anti-Pembiayaan Keganasan (AMLA-ATFA) 2001 untuk turut meliputi masalah pembiayaan keganasan. Tetapi bersama perkembangan ekonomi dan politik yang tidak menentu, ditambah dengan krisis kewangan yang berulang di beberapa bahagian dunia, bank-bank terus terdedah kepada masalah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Pertubuhan serta individu yang diragui menggunakan sistem perdagangan antarabangsa dan perbankan untuk memindahkan sumber kewangan haram bagi tujuan salah. Perang terhadap pembiayaan keganasan bergantung pada kerjasama antarabangsa dan undang-undang, objektif serta motif yang diterima bersama. Perkakas dan kaedah baru mungkin perlu. MEMATUHI PERATURAN Pada 5 April, 2010, Malaysia memperkenal Rang Undang-undang Perdagangan Strategik yang diwujudkan khusus untuk memberi kawalan terhadap perdagangan material seperti elektronik, avionik dan perisian, yang boleh dikaitkan dengan WMD (senjata kemusnahan sejagat). Rang Undang-undang Perdagangan Strategik menghalang individu atau perbadanan daripada menggunakan Malaysia sebagai pangkalan bagi urus niaga haram senjata. Lebih penting, rang undang-undang ini membolehkan perkongsian yang lebih erat antara Malaysia dan seluruh dunia dalam perang global terhadap keganasan dan penyebaran senjata nuklear, kimia dan biologi. Maslamani mencadangkan bahawa Program Pematuhan institusi kewangan diberi mandat dan diuruskan oleh lembaga pengarah atau pengurusan kanan, dan paling minimum, harus melibatkan latihan petugas yang sesuai sebagai sebahagian daripada pengurusan pematuhan risiko. Dalam menggorak langkah ke hadapan, sementara keperluan pematuhan secara ideal sepatutnya menjadi sebahagian daripada rutin harian pihak pengurusan dan petugas institusi kewangan, tanggungjawab akhir masih terletak pada lembaga pengarah. Mereka

boleh mewakilkan kuasa tetapi tidak boleh lepas tangan dan pihak pengurusan perlu bertanggungjawab dalam memastikan lembaga pengarah juga turut berperanan.

Karangan: Inflasi
Posted on November 20, 2009 | 1 Comment Kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa mencetuskan pelbagai spekulasi malap dan pesimistik terhadap masa depan ekonomi dunia. Harga petroleum yang melambung tinggi menyebabkan subsidi petrol di Malaysia terpaksa ditarik balik. Bincangkan rasional kerajaan menarik balik subsidi petrol serta cadangkan langkahlangkah menghadapi kesan kenaikan harga petrol yang tinggi. 1. Kenaikan harga petrol dunia yang tinggi memaksa kerajaan menarik balik pemberian subsidi petrol. Harga minyak meningkat kepada US$ 140 setong berbanding US$50 setong pada tahun 2006. RM1.10 seliter tahun 2006 naik menjadi RM2.70 seliter. Jadi, jumlah subsidi berlipat ganda mencecah RM65 bilion setahun. Kerajaan tidak mampu terus memberi subsidi. Hal ini kerana kerajaan akan bankrup. ( setakat 2007, untung Petronas RM868 bilion, RM532 bilion bayar sebagai cukai. Thn 2008 untung RM101 bilion. Serah kpd kerajaan RM67.6bilion=50% pendapatan kerajaan ) Langkah ini tidak bijak kerana orang kaya turut menikmati harga murah petrol. Ini menggalakkan mereka boros menggunakan kenderaan. Warga asing seperti rakyat Singapura juga menikmati subsidi. (salah guna subsidi) Nelayan pula jual petrol kepada rakyat Thailand untuk dapat keuntungan cepat sahaja. (Kita tidak mampu menyesuaikan diri suatu hari nanti, tidak berdaya saing, ekonomi lumpuh) 2. Subsidi yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih praktikal. Jelas kelihatan dan terbukti kini, ramai orang sudah jimat ekoran kenaikan harga petrol. Kenderaan berkurangan di jalan raya. Kesesakan lalu lintas diatasi. Pencemaran alam berkurangan. Ini bererti subsidi petrol sebelum ini mencetuskan pembaziran. Wang RM 13.7 bilion yang dijimat itu lebih baik digunakan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik. Wang itu digunakan untuk pembangunan yang lebih bermakna seperti R&D dalam tenaga alternatif. Usaha mengatasi masalah kekurangan makanan dapat digiatkan. 3. Untuk membendung kesan inflasi akibat kenaikan harga petrol, bantuan kewangan diberi kapada golongan miskin. Rebat kenderaan seperti motosikal dan kenderaan kecil diberi. RM625 dan RM 150. Tol

lebuh raya dikurangkan Golongan bawahan dibantu dengan subsidi yang pelbagai. Nelayan RM200/bulan Pengecualian cukai juga boleh dipertimbangkan. Majlis Ekonomi Negara memastikan daya beli golongan miskin tidak banyak terjejas. Pemantauan harga barang pasaran diketatkan. Kawalan harga barang keperluan. Jangan membenarkan peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga sewenang-wenangnya. Untuk mengurangkan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang paling teruk terjejas dengan kenaikan harga bahan bakar dan peningkatan harga barang keperluan harian serta perkhidmatan yang menyusul, kerajaan memperkenalkan pelbagai pakej bantuan di samping memulangkan semula sebahagian besar daripada penjimatan yang diperoleh daripada kenaikan harga itu kepada rakyat dalam bentuk subsidi lain, khususnya subsidi makanan. Inflasi: projek raksasa batal, potong gaji, lesen niaga penjaja kepada golongan miskin. 4. Cara alternatif untuk mengurangkan permintaan petrol perlu dilaksana. Selain itu, kerajaan juga melancarkan kempen berjimat cermat dalam sektor awam. Batal/tangguh projek menteri kurang bercuti di luar negara Untuk perjalanan dekat, jalan kaki dapat menyihatkan badan serta tidak membazirkan petrol. Kongsi kereta juga dapat jimatkan petrol. NGV, basikal Sistem pengangkutan awam moden seperti LRT/MRT, Bas Rapid di perluaskan. Usaha mencari tenaga alternatif seperti biojisim/biodiesel, tenaga nuklear dan hidroelektik lebih mendesak. Mengapa harga runcit minyak di Malaysia perlu diselaraskan dengan harga di pasaran antarabangsa sedangkan negara ini pengeluar minyak? Kenapa Malaysia perlu mengeksport minyak yang dikeluarkannya dan pada masa sama mengimport bahan itu pula dari negara lain? Mengapa tidak minyak keluaran negara ini ditapis dalam negeri untuk keluaran tempatan dan selebihnya dieksport? Oleh kerana kenaikan harga minyak mentah dunia juga menguntungkan Petronas, tidak bolehkah syarikat itu menyumbang lebih kepada kerajaan untuk membolehkannya terus menanggung subsidi atau Petronas memberikan subsidi secara terus kepada pengguna? Sesetengah daripada soalan itu memerlukan huraian panjang lebar dan berbentuk teknikal. Ia ada hubung kaitnya dengan pengurusan kewangan kerajaan, keperluan tenaga untuk generasi akan datang, pemeliharaan aset negara untuk menjana pertumbuhan ekonomi mampan dan sebagainya. Sebaliknya negara dan rakyat akan menanggung kerugian dalam tempoh jangka panjang apabila keadaan politik dan sosial menjadi tidak stabil, keyakinan pelabur terhakis dan ekonomi menjadi kucar kacir. OIC, OPEC Petronas :RM 20 bilion bina Putrajaya, RM8.1 bilion bina Petronas Twin Tower.

Cari gali dan pemprosesan di Afrika, Vietnam & Kemboja Punca: bekalan jatuh, China & India maju, peperangan, spekulasi Kesan: ekon gawat, sosial unrest, peperangan, bankrup

Karangan penting: Jenayah Komersial/kolar putih


Posted on October 31, 2009 | 1 Comment Jenayah kolar putih semakin berleluasa kini. Jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional secara halus dan sukar dikesan. Bincangkan langkah-langkah yang dapat membendung jenayah kolar putih ini. Jenayah kolar putih dilakukan oleh golongan profesional. Jenayah ini dilakukan secara halus tanpa kekerasan. Misalannya pelesapan wang, penyelewengan kuasa dan rasuah. Jenayah ini akan menjejaskan imej negara dan keselamatan sosial. Jadi, langkah-langkah segera perlu diambil. 1. Penguatkuasaan undang-undang amat penting dalam hal ini. Hukuman yang berat berkesan dalam hal ini.. Penjenayah harus dikenakan hukuman penjara yang lama. Hukuman sebat juga perlu dikenakan.(pencegahan) Harta yang dilesapkan juga hendaklah dirampas balik oleh kerajaan. Dengan ini, golongan bakal penjenayah akan berasa takut. Mereka akan memikirkan kesan buruk kegiatan mereka. Sekiranya mereka tertangkap dan sabit kesalahan, mereka akan hilang segala-galanya. (Penjara min 14 hari hingga 20 tahun. Denda min RM 10,000 atau 5 kali ganda yang mana lebih tinggi) 2. Didikan agama untuk melahirkan insan yang beriman juga penting. Agama akan mengajar kita berkelakuan baik. Agama membantu kita mengawal nafsu. Agama menjauhkan nafsu ghairah mementingkan keseronokan dan kekayaan. Sebaliknya mengajar kita hidup penuh kejujuran dan kesederhanaan. Kita juga akan takut kepada balasan di akhirat nanti. Jadi, kita tidak mudah digoda kebendaan mahupun wanita. Dengan ini, pegawai polis, imigresan dan sebagainya tidak tergamak melakukan rasuah dan sebagainya.(Pegawai-pegawai bank tidak akan melakukan jenayah melesapkan wang bank.) 3. Kawalan prosedur kerja yang ketat juga boleh membendung masalah ini. Prosedur kerja awam yang ketat dapat mengelakkan menyalahgunakan kuasa. Kuasa kelulusan tender atau lesen harus melalui pelbagai peringkat. (Isu AP import

kereta) Dengan ini, tiada pegawai tinggi yang berkuasa penuh dalam sesuatu kelulusan. Ketelusan kelulusan juga harus ada. Dengan ini, gejala rasuah dan pilih kasih dapat dihindari. Banyak kes lesapan wang bank berlaku kerana kawalan kerja yang longgar. Jadi, institusi kewangan harus mengawal ketat kakitangan bawahannya. Dengan ini pegawai bank yang mengendalikan wang yang banyak tiada peluang mencurinya 4.Kakitangan yang menjalankan siasatan dan dakwaan jenayah kolar putih juga perlu ditambah. Kita memerlukan lebih banyak pegawai Polis atau Badan Pencegah Rasuah yang profesional. Hal ini kerana jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional. Jenayah ini sukar dikesan dan penjenayah susah disabitkan kesalahan.Goay Teck Chong Misalnya dalam jenayah perdagangan, kita memerlukan pegawai penyiasat yang tahu selok-belok perakaunan dan undang-undang perdagangan. Bilangan pegawai Polis dan BPR yang ramai juga dapat mempercepatkan siasatan kes dan dakwaan. Akta Pencegahan Rasuah 2005 yang memberi kuasa lebih kepada BPR juga penting. Tindakan BPR yang lebih bebas membolehkan tindakan segera diambil. 5.Kempen kesedaran juga penting dalam hal ini. Kempen ini boleh dijalankan di peringkat sekolah mahupun kebangsaan. Misalnya seruan PM kita tentang kesan buruk politik wang penting. Melaluinya orang ramai didedahkan tentang betapa bahayanya jenayah ini. Dengan ini, orang ramai sedar bahawa akhirnya kita sendiri akan menjadi mangsa. Orang ramai juga akan lebih prihatin terhadapnya. Dengan ini orang ramai lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung gejala ini. Pemimpin India yang terkenal, Mahatma Ghandi pernah berkata: Dunia ini cukup untuk semua orang kecuali mereka yang tamak haloba. Tempat yang terbaik untuk golongan ini ialah di penjara. Jadi sama-samalah kita menjauhi gejala buruk ini. Punca-punca: 1 Kelonggaran undang-undang. 2. Kekurangan keimanan 3. Kelonggaran prosedur kerja. 4. Penghasut dan penyogok. 5. Budaya tradisi kaum tertentu 6. Kuasa eksekutif tanpa sekatan. Contoh kes curi wang ATM lesap wang bank

pegawai imigresen minta layanan seks polis menerima rasuah beri kontrak kepada syarikat sendiri 1991 2 Rasuah adalah satu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup masyarakat hingga boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan. Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat. 1999 2 Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersil di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasinya kepada negara. BM 2008 2. Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang telah berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah gejala rasuah perlu dibendung? Karangan ramalan: Nanoteknologi Soalan Percubaan Bahasa Melayu STPM dari Institut Bukit Mertajam(IBM)

Karangan: Kesan Globalisasi


Posted on September 27, 2009 | 1 Comment Globalisasi atau Dunia Tanpa Sempadan berkembang luas ke seluruh dunia. Kononnya globalisasi yang bebas ini akan membawa lebih banyak faedah kepada sesebuah negara yang ingin menguruskan ekonomi mengikut coraknya sendiri. Walau bagaimanapun, negara-negara sedang membangun dinasihatkan membuat persediaan yang mencukupi bagi menghadapi cabaran yang bakal diterima akibat daripada gelombang globalisasi yang sukar disekat itu.

Bincangkan kesan-kesan globalisasi terhadap pembangunan sesebuah negara sedang membangun.

Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan TM(langit terbuka / liberalisasi)

Akibatnya berlaku aliran barangan / perkhidmatan / idea / maklumat secara bebas tanpa disekat. Proses ini boleh membawa kebaikan dan keburukan.

1. Globalisasi akan memajukan ekonomi negara.


Dengan kemajuan telekomunikasi, maklumat ekonomi boleh diikuti sepenuhnya. Peniaga boleh menghubungi seluruh dunia dengan sidang video, Internet dan Email. E-dagang dan E-banking juga dapat dijalankan. Dengan ini, peniaga boleh meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia. Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan.(berniaga/membeli-belah melalui elektronik.) Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet. Oleh itu, ekonomi negara berkembang pesat. (promosi pelancongan)

(ekonomi bidangan / berlaku pengkhususan kerja. Negara kaya melabur di negara miskin)

2. Globalisasi mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat.


Seluruh dunia boleh berhubung dan berinteraksi. Kita boleh bertukar pengetahuan, pengalaman, budaya dan sebagainya. Dengan ini salah faham dapat dikurangkan.(Hubungan erat dapat dijalin) Sebarangan peristiwa dan keadaan di tempat yang lain akan diketahui dengan segera. Dengan itu, kita boleh membantu negara yang berada dalam kecemasan. Jadi, persefahaman sejagat yang lebih erat dapat dicapai.

3. Pemindahan teknologi ke negara kita akan bertambah pesat akibat globalisasi.


Pelabur asing dengan mudah membawa teknologi baru ke negara lain. Misalnya syarikat Microsoft/IBM/Acer/Intel dsn melabur di MSC. (Modal, pekerjaan, latihan tenaga pakar) Pusat penyelidikan dan pembangunan R&D teknologi multimedia/teknologi canggih akan muncul. Syarikat komputer akan menjalankan R&D di MSC. Rakyat kita yang turut terlibat akan menjadi mahir selepas dilatih. (dapat bantuan melalui internet) Mereka lambat laun akan mampu menerap teknologi canggih asing.

Dalam jangka panjang Malaysia akan mampu mencipta teknologi(R&D) sendiri. (Membolehkan pertukaran idea, ilmu dan maklumat yang berguna.)

4. Globalisasi juga menyebabkan penjajahan ekonomi oleh negara-negara maju.


Globalisasi menyebabkan negara maju mengetahui kedudukan ekonomi kita dengan telus. Mereka juga dengan mudah terlibat dalam perniagaan saham BSKL kita. Mereka juga dapat membuat spekulasi mata wang kita. Akibatnya penyangak mata wang barat seperti George Soros berjaya meruntuhkan ekonomi Asia. Kegawatan ekonomi Asia 1997/1998 sehingga hari ini belum pulih sepenuhnya. Selain itu, negara maju dapat menguasai pasaran negara membangun. Dengan kekuatan kewangan dan kemajuan TM, mereka dapat mempengaruhi minda Dunia Ketiga. Propaganda melalui TM menyebabkan rakyat D Ke-3 membeli barangan mereka.

(IMF mengenakan pelbagai syarat ketat demi menguasai ekonomi negara membangun. Pemodal besar dari negara barat bebas masuk dan keluar negara membangun.Keganasan ekonomi: LID Australia tahu syarikatnya mahu melabur di Malaysia, belanja RM 300 juta untuk pikat mereka, Singapura

5. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku.


Kini, TM/telekomunikasi begitu canggih sehingga melampaui sempadan negara. Budaya liar dari barat dapat kita ikuti melalui internet, TV dsn. Budaya liar ini langsung tidak dapat ditapis. Maka generasi muda terikut-ikut dengan nilai runtuh seperti. Seluruh dunia akan dipengaruhi oleh budaya barat yang dominan. Budaya tempatan yang murni akhirnya dikikis oleh globalisasi. Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh.

Penutup:

Globalisasi telah membawa kesan besar dari segi ekonomi, politik dan sosiobudaya. Penduduk dunia perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan keimanan yang tinggi bagi menapis kesan globalisasi. Dengan ini, barulah globalisasi benar-benar memberi faedah kepada kita.

Langkah: Penguatkuasaan undang-undang.


Kini akta Cyber telah berkuatkuasa. Hukuman yang ketat akan dikenakan terhadap penjenayah komputer. Jenayah pemalsuan tandatangan multimedia, menceroboh, mencuri dan memusnahkan data syarikat dapat disekat. Penyiaran bahan lucah dsn juga disekat. Hukuman berat berkesan sebagai langkah pencegahan. Pakar TM yang menjadi pegawai penguatkuasa juga perlu ditambah.

Kemajuan TM sendiri

Kita hasilkan MEASAT I, II, III, Razaksat dan TiungSat-1 Kita wujudkan Jaring sendiri. Dengan ini dapat mengawal penyebaran maklumat lucah dan palsu. Pihak yang menyebarkan ilmu/maklumat palsu/isu sensitif dapat dikesan. Tindakan undang-undang dapat diambil. Kita juga perlu majukan lagi TM sehingga boleh menyekat kemasukan maklumat luar. Dengan ini, maklumat/idea yang tidak sesuai dapat ditapis.

STPM 1996 3. Lebuh Raya Maklumat berupaya mendekatkan dan menghubungkan manusia tanpa mengenal jarak dan batas sempadan. Bincangkan kemungkinan yang dapat dimanfaatkan daripada perkembangan teknologi tersebut dalam kehidupan masyarakat Malaysia. 1997 3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, ini bukan bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini. 4. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak menpengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namun terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini. 1998

3. Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi. Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks penyataan di atas.

1999 4 Menurut International Data Corporation, terdapat 11 juta pengguna Internet di Asia hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada tahun 2001. Ini adalah satu perkembangan yang menakjudkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia juga mempunyai kesan sampingan. Bincangkan penyataan ini. 2000 MSC

2008 1 Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan pekhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.