Eliza AB

Bab 1
AH... nak ke mana lagi tu? Tak reti-reti nak duduk kat rumah? Asyik nak merayap aje. Panas agaknya punggung tu kalau duduk kat rumah ni,” bebel Datin Suraya sebaik sahaja melihat kelibat Nur Liyana Safiyah menuruni anak tangga. Langkah Liyana terhenti tiba-tiba. Dia memandang wajah Datin Suraya berserta kerutan di dahi. Ibu ni kalau tak membebel satu hari tak sah agaknya. Ermmm… alasan apa aku nak bagi lagi ni ya, ngomel Liyana dalam hati. “Ibu…” ujar Liyana lembut. “Apa ibu… ibu… adalah yang nak direngekkan tu,” sahut Datin Suraya keras. Liyana menghampiri Datin Suraya. Dia memeluk erat bahu ibunya dan menghadiahkan sebuah kucupan di pipi tua itu. Tumpah kasih dan sayangnya buat ibu tercinta. “Ibu ni kalau marah… nampak macam singalah. Tapi singa… singa pun, ada manisnya juga,” usik Liyana sambil mencuit hidung Datin Suraya.

“H

1

Gurauan Berkasih

“Ibu… kalau ibu selalu marah-marah macam ni, nanti muka ibu yang kedut tu bertambah kedut. Nanti siapa yang susah… ayah juga sebab terpaksa ajar ibu bersenam,” sambung Liyana sambil meleraikan pelukan. “Bersenam?” ulang Datin Suraya berserta kerutan di dahi. Liyana sekadar tersenyum. Dia melangkah menuju ke pintu utama. Sengaja membiarkan Datin Suraya tertanyatanya akan ayatnya tadi. Itulah motif yang utama. Memuji dan kemudian membiarkan Datin Suraya tertanya-tanya. Selepas itu, dia akan mengambil kesempatan di atas kealpaan Datin Suraya. “Bersenam macam mana nak senyum. Ibu… Lia pergi dulu. Assalamualaikum!” ucap Liyana dan segera berlalu pergi. “Hesy… bertuah punya budak. Pandai dia kenakan aku. Bilalah nak berubah perangai budak ni?” bebel Datin Suraya sambil menggelengkan kepala. Begitulah keadaan setiap kali dia berhadapan dengan anak bongsunya itu. Walaupun umur sudah mencecah dua puluh tiga tahun, tetapi perangai masih kebudak-budakan. Jika tidak diikutkan, ada sahaja perangai yang akan dibuatnya nanti. “Kak Mah! Oh, Kak Mah!” laung Datin Suraya dari pintu utama. Terkocoh-kocoh Mak Mah menuju ke pintu utama. Lengan baju yang disingsing, dilucutkan. “Ada apa Datin?” tanya Mak Mah sebaik sahaja tiba di hadapan Datin Suraya. “Kak… saya nak keluar sekejap. Nanti tolong siapkan makan malam.” Beritahu Datin Suraya berupa arahan. Kemudian, dia mencapai beg tangan dan kunci

2

Eliza AB

kereta. Setelah itu, dia memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Mak Mah mengangguk faham. Dia menghantar Datin Suraya dengan ekor matanya sahaja. Kemudian dia mengunci pintu dan menyambung semula kerjanya yang tertangguh tadi.

LIYANA memarkirkan keretanya di petak yang baru dikosongkan. Hari ini dia telah berjanji untuk keluar makan tengah hari bersama kawan baiknya, Fazura. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan Fazura. Selepas menghabiskan pengajian mereka di universiti, Fazura telah memulakan tugas sebagai pegawai eksekutif pentadbiran di salah sebuah syarikat terkenal di Kuala Lumpur. Manakala dirinya hanya ‘menanam anggur’ di rumah sahaja. Belum bersedia untuk bekerjalah kiranya tu. Pernah juga abangnya, Adif Haikal memintanya bekerja di syarikat, tetapi dia menolak keras. Bagi Liyana, bekerja di pejabat sungguh membosankan. Setiap hari menghadap komputer dan amat meletihkan. Dia lebih suka dengan gaya hidup bebas. Bebas melakukan apaapa sahaja tanpa arahan sesiapa. Sampai bila? Dia sendiri tidak pasti. Liyana melabuhkan duduk di sebuah kerusi. Matanya melilau mencari kelibat Fazura. Suasana hingarbingar di dalam restoran, sedikit sebanyak mengganggu ketenangannya. Entah mengapa, Fazura memilih restoran itu, dia sendiri tidak tahu. Dia lebih sukakan suasana yang tenang daripada suasana bising. Apabila kita berada dalam suasana yang tenang, hati kita juga turut sama tenang. Begitulah sebaliknya.

3

Gurauan Berkasih

“Beb… sorry lambat. Aku ‘sangkut’ dalam jam tadi,” tegur Fazura dengan suara yang tersekat-sekat. Menahan nafas yang sedang turun naik. Kemudian dia melabuhkan duduk berhadapan Liyana. “Alah kau ni… dah tak ada alasan lain lagi ke? Balik-balik jam… balik-balik jam. Kalaulah jam tu boleh bercakap, tentu kau orang pertama yang kena saman tau,” balas Liyana dengan gayanya tersendiri. Fazura mencebikkan bibir. Liyana kalau tidak mengusik tidak sah jadinya. Selama dia berkawan dengan Liyana, dia senang dengan perwatakan Liyana. Walaupun kadangkala dia merasakan perwatakan Liyana begitu kasar, namun dalam kasarnya ada lembutnya juga. Mungkin pengalaman lepas membuatkan diri Liyana menjadi begitu. Pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan sampai bilabila. “Kau nak makan apa… order ajelah. Jangan risau, hari ni aku belanja kau. Aku tengah kaya sekarang ni,” ujar Liyana sambil mengangkat kening. “Alah… kayalah sangat. Duit pun minta mak bapak lagi, tak sedar diri betul,” cebik Fazura sambil membelekbelek buku menu di tangan. “Eh… cakap jangan ikut sedap mulut aje tau. Tak mainlah minta kat mak bapak. Aku minta kat abang akulah. Siapa lagi kalau bukan mangsa aku tu,” bidas Liyana keras. Dia menjeling ke arah Fazura yang sedang mencebik ke arahnya. “Yalah… kalau tak ada abang kau tu, alamatnya tak berduitlah kau, kan,” tukas Fazura dan menutup buku menu. Dia mengangkat tangan dan melambai ke arah pelayan yang berada tidak jauh dari meja yang mereka duduki.

4

Eliza AB

“Nasi goreng cendawan satu, carrot susu satu. Kau nak order apa Lia?” soal Fazura sebaik sahaja pelayan yang berbaju putih dan berseluar hitam berada di hadapan mereka. Pelayan itu setia menanti sambil mencatat order di atas kertas yang dipegangnya. “Mi goreng basah khaw-khaw dengan fresh orange khaw,” sahut Liyana dan tersengih. “Kau ni Lia, mana ada mi goreng khaw-khaw,” pintas Fazura sebaik sahaja melihat pelayan di hadapan mereka menggaru-garu kepala. Mungkin pelik mendengarnya. “Mi goreng basah dengan fresh orange aje,” beritahu Fazura seraya tersenyum. Pelayan itu menganggukkan kepala. Kemudian, dia menghilangkan diri ke bahagian dapur. Menghantar pesanan mereka berdua tadi. “So… bila kau nak start kerja? Sampai bila nak ‘tanam anggur’ aje kat rumah kau tu?” soal Fazura serius. Matanya menjamah muka Liyana. “Anggur aku tu tak berbuah lagi la. Jadi aku tunggu anggur aku tu berbuah dulu. Bila dah berbuah dan hasilnya aku jual, then baru aku fikirkan kerja lain pulak,” jawab Liyana selamba. “Aduh! Apa main cubit-cubit ni? Macam ketamlah kau ni. Ketam pun tak macam kau tau,” rungut Liyana sambil mengusap lembut lengannya. “Ha… padan muka kau. Aku cakap betul-betul, kau main-main pulak,” balas Fazura geram. “Kau tu serius sangat kenapa? Ada apa-apa yang aku tak tau ke?” “Tempat aku ada kosong, tu pun kalau kau nak

5

Gurauan Berkasih

kerjalah. Kalau kau nak, aku boleh tolong rekomenkan untuk kau,” pelawa Fazura. “Nantilah aku fikir-fikirkan. Kalau aku rajin nak kerja… aku bagitau kau,” jawab Liyana selamba. “Eh… cepat sikit tau. Kalau tak nanti dia orang nak open untuk public. Kau jangan risaulah, tempat aku tu best. Bosnya pun best. Handsome pulak tu, mesti kau terpikat dengan bos aku tu nanti. Kau nak tak kenal dengan bos aku tu? Dia tengah cari calon isteri la,” beritahu Fazura panjang lebar. “Habis tu, kenapa kau aje yang tak ngorat dia? Buat apa nak kenalkan dengan aku pulak?” balas Liyana selamba. Dia memeluk tubuh sambil bersandar di kerusi. Suasana hening seketika tatkala pelayan menghantar pesanan yang dipesan oleh mereka sebentar tadi. Liyana segera meneguk fresh orange tanpa menghiraukan Fazura. Hilang rasa kering di tekak selepas meneguk fresh orange itu. “Aku tak naklah. Handsome sangat. Takut aku orang handsome-handsome ni. Kalau dengan kau, memang secocok sangat-sangat. Kau tu lawa, dia handsome… memang sesuai sangat-sangat,” bidas Fazura dan menyuakan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya. “Ermmm… nanti aku fikirkan. Kalau ayah aku on… aku onlah. Tapi, kalau ayah aku tak on… aku cancellah. Kau macam tak kenal dengan ayah aku tu. Kalau dengan aku, ada aje yang tak kenanya. Kadang-kadang aku terfikir yang aku ni bukan anak dia,” keluh Liyana perlahan. Sejak dari kecil dia jarang mendapat kasih sayang daripada Dato’ Zulkifli. Lelaki itu lebih mengutamakan Adif Haikal dan Nur Laila Safiyah berbanding dirinya. Pernah dia bertanyakan kepada Datin Suraya, kenapa Dato’ Zulkifli bersikap pilih

6

Eliza AB

kasih? Namun jawapan yang sering diberikan oleh Datin Suraya hanyalah, ‘ayah sayangkan Lia. Lia jangan fikir yang bukan-bukan.’ Setiap kali dia bertanya, hanya jawapan itu yang meniti di bibir Datin Suraya. Sehingga kini, dia masih tertanya-tanya akan sikap Dato’ Zulkifli. Mungkin ada sebab dan penyebab kenapa Dato’ Zulkifli bersikap dingin dengannya. Lantaran itu, dia lebih rapat dengan Datin Suraya. Jauh di sudut hati, dia dahagakan kasih sayang seorang ayah. Apabila melihat Adif dan Laila disayangi oleh Dato’ Zulkifli, dia menjadi cemburu. Sifat cemburu itu terpaksa dibuang jauh-jauh kerana dia yakin suatu hari nanti, Dato’ Zulkifli akan menyayanginya. Tetapi bila? Dia sendiri tiada jawapan kepada persoalan itu. “Sudahlah… aku faham perasaan kau. Makanlah, lepas ni kau nak ke mana?” suara Fazura cuba untuk menenangkan perasaan Liyana. Selama dia berkawan rapat dengan Liyana, segala kisah Liyana sudah menjadi sebahagian daripada kisahnya. Jika melibatkan ayah, Liyana akan beremosi dan kadang-kadang membuatkan Liyana menitiskan air mata. Sehingga sekarang dia tidak faham kenapa Dato’ Zulkifli tidak menyayangi Liyana. Bukankah Liyana anak kandungnya juga? Kenapa dia perlu membeza-bezakan kasih sayang antara Liyana dan abang serta kakaknya? Persoalan yang tiada jawapan. “Aku nak jumpa abang aku. Dia suruh aku ke sana semalam. Sebab apa, aku sendiri tak tahu,” ujar Liyana sambil meletakkan sudu dan garpu di tepi pinggan. Dia meneguk saki-baki fresh orange dan mengelap mulut dengan sehelai tisu yang diambil dari dalam kotak. “Sampaikan salam aku pada abang kau ya.” Pesan Fazura.

7

Gurauan Berkasih

Liyana sekadar mengangguk. Dia melihat sekeliling restoran. Waktu tengah hari begini, sudah tentulah restoranrestoran dipenuhi dengan pelanggan yang ingin menjamu selera. Terasa hiba tatkala mengenangkan sikap Dato’ Zulkifli selama ini. Sampai bila dia harus berhadapan dengan kebencian Dato’ Zulkifli? Seakan-akan berputus asa untuk mengambil hati Dato’ Zulkifli. Jauh di sudut hati, dia berdoa agar Dato’ Zulkifli berubah suatu hari nanti. Menerima dan mengakui dirinya sebagai anak.

“AYAH nak Adif uruskan projek kita kat Shah Alam tu. Ayah tak nak ada apa-apa masalah yang timbul nanti,” arah Dato’ Zulkifli tegas. Dia menutup fail yang dibacanya sedari tadi dan menatap wajah Adif. “Baiklah ayah. Adif akan uruskan projek tu. Ada apa-apa lagi yang ayah nak katakan pada Adif?” sahut Adif. Matanya tertancap ke muka Dato’ Zulkifli. Dato’ Zulkifli melepaskan keluhan ringan. Dia menyandarkan badan ke belakang. Cermin mata dibuka dan diletakkan di atas meja. “Pukul dua nanti ayah nak jumpa dengan Tan Sri Mokhtar. Ayah nak Adif ikut sama,” beritahu Dato’ Zulkifli. Dia meraup mukanya sekali. “Baiklah ayah. Kalau tak ada apa-apa lagi, Adif minta diri dulu,” ujar Adif seraya bangun. Dia mengatur langkah dan keluar dari bilik Dato’ Zulkifli. Dato’ Zulkifli sekadar mengangguk. Ekor matanya sahaja menghantar langkah Adif sehingga hilang daripada pandangan mata.

8

Eliza AB

Sebaik sahaja keluar dari bilik Dato’ Zulkifli, Adif segera menuju ke biliknya. Dia perlu mempersiapkan diri sebelum berjumpa dengan Tan Sri Mokhtar. Entah mengapa Dato’ Zulkifli ingin berjumpa dengan Tan Sri Mokhtar, dia sendiri tidak pasti. Selama ini Tan Sri Mokhtar banyak membiayai projek yang dijalankan oleh Mutiara Holding. Syarikat yang dibangunkan oleh arwah datuknya sejak turuntemurun lagi dan kini diusahakan oleh Dato’ Zulkifli pula. Memandangkan Dato’ Zulkifli anak tunggal, jadi kesemua harta peninggalan arwah datuknya diserahkan kepada Dato’ Zulkifli. Semenjak dia bekerja di bawah pengurusan Dato’ Zulkifli, banyak perkara yang dipelajari olehnya. Malah jurusan kejuruteraan yang diambil ketika belajar di Jepun dahulu sedikit sebanyak diaplikasikan dalam kerjanya sekarang. Setiap projek yang diterima oleh Mutiara Holding akan ditapis terlebih dahulu sebelum diusulkan kepada Dato’ Zulkifli. Sebagai kontraktor bangunan, kelancaran projek amat dititikberatkan kerana tidak mahu sesuatu berlaku terhadap projek yang diusahakan oleh Mutiara Holding. Malah perkhidmatan terbaik perlu diberikan dalam menguruskan sesuatu projek. “Abang!” sergah Liyana dari balik pintu. “Kus semangat. Ya Allah... Lia ni, buat terperanjat abang ajelah. Nasib baik abang tak ada sakit jantung, kalau tak… dah lama mati katak abang dibuatnya,” marah Adif sambil mengurut-urut dadanya yang berombak kencang. Liyana sekadar tersengih. Dia menarik lengan Adif dan duduk di atas sofa yang tersedia di dalam bilik pejabat itu. “Sorry… tak sengaja,” ucap Liyana berserta senyuman manis di bibir.

9

Gurauan Berkasih

“Lia buat apa kat sini?” tanya Adif sebaik sahaja keadaannya kembali tenang. “La… kan abang yang suruh Lia datang sini. Apa abang dah lupa ke? Macam mak neneklah abang ni. Mudamuda lagi dah jadi tua,” usik Liyana sambil mencapai majalah yang berada di atas meja. Lantas ditatap majalah itu dengan khusyuknya. “Hesy… budak ni. Ada aje jawapannya.” Adif menarik hidung Liyana. Geram. “Sakitlah! Apa ni, main tarik-tarik hidung? Kalau hidung Lia cacat, abang kena gantikan yang baru tau. Tak pasal-pasal, jatuh saham Lia,” gerutu Liyana sambil menggosok-gosok hidungnya yang terasa sakit. Majalah di tangan sudah diletakkan semula di atas meja. “Alah… ada ke yang nakkan adik abang yang sengal ni? Abang rasa tak ada siapa yang nak,” tukas Adif sinis. Sengaja mengusik hati Liyana. “Abang jangan cabar Lia. Nanti kalau ada lelaki handsome nakkan adik abang yang sengal ni, abang jangan terlopong pulak,” tutur Liyana dengan bangganya. Adif mencebik. Dia memandang Liyana dengan pandangan curiga. “Ermmm… malang betul lelaki tu. Adik abang ni bukannya tahu apa-apa pun. Masak pun tak pandai, buat kerja… huh, lagilah, satu ‘haram’ pun tak tahu. Yang dia tahu merayau, kacau orang, usik orang dan buat orang marah, buang masa adalah. Macam mana nak jadi isteri orang kalau perangai mengalahkan budak-budak?” bidas Adif sekali gus menyindir. Sengaja menduga perasaan Liyana waktu itu. Liyana tergamam seketika. Dia memberikan tumpuan kepada Adif. Jari telunjuk kanannya mengetuk-

10

Eliza AB

ngetuk pipi dengan perlahan. Seperti orang yang sedang berfikir lagaknya. “Ha, betul jugak apa yang abang katakan tu. Malang betul, kan siapa yang jadi husband Lia nanti? Kalau macam tu, abang kena carikan Lia seorang husband yang boleh buat segala-galanya untuk Lia. Maksud Lia, buat kerja rumah, memasak, membasuh dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Boleh?” balas Liyana berserta sengihan. Sengaja mengusik Adif. Adif menepuk dahi. Jika dilayan cakap Liyana, sampai bila-bila pun dia takkan menang. Liyana pandai membidas kata-katanya. Namun dia suka dengan sikap Liyana yang berterus terang. Berbeza dengan sikap Nur Laila Safiyah. Laila suka menyakitkan hatinya. Malah sikap Laila sering mendapat sokongan daripada Dato’ Zulkifli. Entah mengapa Dato’ Zulkifli membeza-bezakan kasih sayang antara Liyana dan Laila, dia sendiri tidak pasti. Mungkin ada sejarah yang ayah dan ibunya sembunyikan daripada pengetahuan mereka adik-beradik. “Adif, dah siap? Kalau dah, mari kita pergi,” ujar Dato’ Zulkifli tiba-tiba dari balik pintu. Serentak Adif dan Liyana menoleh. Bingkas Liyana bangun dari duduknya. “Lia buat apa kat sini?” tanya Dato’ Zulkifli sebaik sahaja menapak masuk ke dalam bilik pejabat Adif. Wajahnya kelihatan terkejut dengan kehadiran Liyana di situ. “Lia… Lia…” “Kalau Lia datang nak buang masa dan kacau abang, baik Lia balik sekarang. Bukan menyenangkan… menyusahkan lagi adalah,” potong Dato’ Zulkifli bernada marah.

11

Gurauan Berkasih

Liyana tertunduk memandang lantai. Sungguh hatinya terasa mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Dato’ Zulkifli. Benci sangatkah Dato’ Zulkifli sehinggakan sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu kepadanya? “Ayah, Adif yang suruh Lia datang sini,” bela Adif. Seperti biasa, Adif akan menjadi pembela buat Liyana. Selama ini hanya Adif tempat Liyana bergantung. “Jangan kamu nak membela dia pulak, Adif. Tengoklah pakaiannya tu, tak senonoh. Sampai bila nak berperangai macam budak-budak? Sedarlah diri tu sikit, umur macam kamu ni kalau kahwin, dah ada anak dua tiga orang. Balik sekarang! Jangan datang ganggu abang kamu lagi,” marah Dato’ Zulkifli. Matanya merenung tajam ke muka Liyana. Liyana mengangkat muka. Memberanikan diri melawan tenungan Dato’ Zulkifli. Kenapa Dato’ Zulkifli tidak habis-habis mengeluarkan kata-kata pedas kepadanya? Kenapa Dato’ Zulkifli begitu membencinya? Salahkah apa yang dipakainya sekarang? T-shirt lengan panjang bersaiz besar berserta seluar jean lusuh. Walaupun hanya berpakaian sebegitu, dia masih lagi tahu akan adab-adab berpakaian. Mungkin dia bukan seperti Laila yang berpakaian mengikut peredaran masa atau up-to-date. Tanpa membalas kata-kata Dato’ Zulkifli, Liyana segera membawa langkah keluar dari bilik itu. Lebih lama dia berada di situ, entah apa lagi yang akan dihamburkan oleh Dato’ Zulkifli. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Sedarlah Liyana yang selama ini dia hanya menyusahkan hati Dato’ Zulkifli. Kenyataan yang sukar untuk diterima.

12

Eliza AB

“Lia!” panggil Adif. Namun panggilan itu tidak disahut oleh Liyana. Dia membawa sekeping hati yang terluka. Dilukai oleh ayahnya sendiri. “Dah… jangan nak dikisahkan dengan Lia tu. Jom ikut ayah jumpa Tan Sri Mokhtar.” Arah Dato’ Zulkifli seraya melangkah keluar dari bilik itu. Adif sekadar mengangguk. Lantas dia mencapai briefcase dan membuntuti Dato’ Zulkifli. Hatinya tersayat mendengar kata-kata Dato’ Zulkifli sebentar tadi. Jika dia boleh berperasaan sebegitu, bagaimana pula perasaan Liyana? Sudah pasti Liyana terluka dengan kata-kata Dato’ Zulkifli sebentar tadi.

13

Gurauan Berkasih

Bab 2
ESY… siapa pulak yang sesuka hati block kereta aku ni? Hangin betullah!” marah Liyana sambil meninjau-ninjau kereta tersebut. “Dah la tak letak nombor telefon, menyusahkan betul!” Liyana mengeluh perlahan. Silapnya juga kerana memarkirkan kereta di tempat yang salah. Jika tidak ada palang besi yang menjadi penghalang, sudah pasti mudah untuknya keluar dari arah belakang tanpa menunggu pemilik kereta yang menghalang keretanya itu. Liyana menyandarkan badan ke kereta. Menanti penuh sabar pemilik kereta tersebut. Matanya tidak lekang daripada melihat keadaan tempat parkir itu. Jika diikutkan perasaan takutnya, tidak mungkin dia akan berada di tempat itu pada waktu-waktu petang begini. Namun dia menguatkan hati agar menepis segala ketakutan tersebut. Liyana menggagau poket seluar jean, mencari-cari telefon bimbitnya yang bergetar dengan tiba-tiba. Sebaik sahaja dicapai, dia melihat nombor telefon yang tertera di

“H

14

Eliza AB

skrin telefon itu. Satu keluhan berat terlepas daripada bibirnya. “Ya ibu…” balasnya sebaik sahaja salam disambut. “Lia kat mana? Dah pukul berapa dah ni? Kenapa tak balik-balik lagi?” soal Datin Suraya bertubi-tubi. Risau hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. “Ibu… kejap lagi Lia baliklah. Ibu janganlah risau,” jawab Liyana, cuba menenteramkan hati Datin Suraya. “Baiklah. Jangan lambat sangat. Nanti ayah Lia marah pulak.” Datin Suraya mengingatkan Liyana. Ibu… ayah tak kisah kalau Lia balik lambat. Mungkin ayah lagi suka kalau Lia tak balik, sahut Liyana yang hanya mampu diluahkan dalam hatinya sahaja. “Lia… dengar tak apa yang ibu katakan ni?” soal Datin Suraya geram. “Hmmm….” Sahut Liyana lalu mematikan talian telefon. Liyana menghela nafas panjang. Dia memandang kereta di hadapan dengan pandangan kosong. Jika diikutkan hatinya yang panas, mahu sahaja dia memecahkan cermin kereta itu dan melarikan diri dari situ. Seperti pencuri. Baru puas hatinya di atas kecuaian pemilik kereta tersebut. Penat menunggu, Liyana memboloskan diri ke dalam perut kereta. Dia menghidupkan enjin kereta dan penghawa dingin. Kereta dikunci dari dalam untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Kemudian, dia menyandarkan badan pada kusyen kereta dan memejamkan mata buat seketika. Dan akhirnya dia terlelap di situ tanpa menyedari keadaan sekeliling yang semakin lengang dan sunyi.

15

Gurauan Berkasih

LIYANA menggeliat sebaik sahaja terdengar cermin tingkapnya diketuk oleh seseorang. Berpisat-pisat matanya melihat gerangan orang yang mengetuk cermin tingkapnya itu. Lantas dia memboloskan diri keluar dari kereta. Cuba melihat gerangan orang tersebut. Terkebil-kebil Liyana memandang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu. “Maaf sebab halang kereta cik,” ujar lelaki itu dalam nada kesal. Dia memandang lembut wajah Liyana berserta senyuman di bibir. “Maaf encik tu saya tak terima. Kalau ya pun parking ni mak bapak encik yang punya, janganlah parking ikut suka hati aje,” sindir Liyana sinis. Kalau bukan disebabkan kereta lelaki itu, sudah lama dia pulang ke rumah dan tidak perlu tidur di dalam kereta dari petang hingga ke malam hari. Berkerut-kerut dahi lelaki itu mendengarnya. Hatinya yang sejuk tiba-tiba menjadi panas. Dia memandang Liyana yang sedang memboloskan diri masuk ke dalam kereta dengan pandangan yang tajam. “Apesal dengan minah ni? Aku cakap baik-baik, dia boleh sindir aku macam tu,” marah Amirul Arif Iskandar sendirian. Dia mengusap dadanya yang berombak tiba-tiba. Menahan kemarahan dalam hati. Liyana membunyikan hon buat lelaki yang masih memandangnya dengan seribu kerutan. Hesy… mamat ni. Yang pandang aku semacam tu kenapa? Tak faham bahasa ke sebab apa aku hon ni, gerutu Liyana dalam hati. Dia membunyikan hon berulang kali namun tidak diendahkan oleh lelaki tersebut. Lelaki itu masih lagi tidak berkelip memandang ke arahnya. Tidak mahu berganjak dari tempatnya berdiri. Lantas, Liyana melangkah keluar semula dan menghampiri lelaki itu.

16

Eliza AB

“Encik… boleh tak tolong alihkan kereta tu cepat? Saya dah lambat ni,” pinta Liyana lembut. “Ermmm… suka hati sayalah nak alihkan ke tak,” balas Amirul. “Apa maksud awak?” tanya Liyana kehairanan. Hilang perkataan ‘encik’ yang digunakannya sebentar tadi. Amirul menghampiri Liyana. Dipandangnya Liyana dari atas ke bawah. Seperti mahu telan saja lagaknya. Ermmm… lawa juga minah ni. Tapi, dressing dia… huh, kekampungan, ngomel Amirul dalam hati. “Yang awak pandang saya macam nak telan aje ni, kenapa?” ujar Liyana geram. Tidak selesa apabila diperhatikan oleh Amirul. Seperti polis lagaknya. “Selagi awak tak minta maaf kat saya, selagi tu saya takkan alihkan kereta saya,” beritahu Amirul. Sengaja menyakitkan hati Liyana. Sebenarnya bukan niatnya untuk berbuat begitu. Tetapi disebabkan kata-kata gadis itu sebentar tadi, membuatkan hatinya menjadi panas. “Maaf?” ulang Liyana berserta kerutan di dahi. “Kenapa pulak saya yang kena minta maaf? Awak yang halang kereta saya, jadi awaklah yang kena minta maaf dengan saya,” sambung Liyana tidak berpuas hati. Panas hatinya apabila lelaki itu sengaja tidak mahu mengalihkan keretanya. “Awak ni memang pekak ya? Saya dah minta maaf daripada awak, tetapi awak yang tak nak maafkan saya, malah perli saya pulak!” terang Amirul sedikit geram. Tangannya sudah pun dikepalkan. Liyana menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menendang kaki lelaki

17

Gurauan Berkasih

yang sedang berdiri di hadapannya itu. Namun disabarkan hati agar tidak melakukannya. “Okey… mungkin saya terlupa nak korek telinga saya, tu yang saya tak dengar tadi. So, saya minta maaf. Jadi boleh tak encik tolong alihkan kereta encik tu cepat,” ujar Liyana sengaja mengalah. Tak apalah, ikut ajelah. Malas aku nak bertekak dengan mamat hingusan ni, kata hati Liyana. “Maaf awak tu tak ikhlas,” balas Amirul. Dia memeluk tubuh dan bersandar di kereta. “Apa masalah awak ni? Saya dah pun minta maaf, takkan tak puas hati lagi?” Geram Liyana tidak tertahan lagi. Matanya menatap tajam ke muka lelaki yang sedang bersandar di keretanya. Amirul mencebik. Hatinya terasa puas kerana dapat menaikkan kemarahan gadis di hadapannya itu. Terasa seronok juga dia berbuat begitu. Walaupun kesalahan tidaklah sebesar mana, tetapi hatinya berasa gembira dengan keadaan itu. Liyana menarik nafas dalam-dalam. Melihatkan lelaki itu tiada tanda-tanda untuk bergerak, lantas dia mematikan enjin kereta. Dicapai beg sandang yang dibawanya dan disangkutkan ke bahu. Dia menekan punat kunci kereta dan melangkah menghampiri lelaki tersebut. “Ikut suka enciklah. Encik tunggulah kat sini sampai ke tua. Saya blah dulu!” ujar Liyana berserta senyuman. Senyuman yang dipaksa-paksa. Terkejut Amirul mendengarnya. Matanya hanya memandang kelibat Liyana meninggalkan kawasan itu. Huh! Tahu pun takut. Dia ingat aku ni siapa, boleh sesuka hati aje dia nak main-mainkan? Omel Amirul dalam hati berserta senyuman di bibir. Senyuman kemenangan.

18

Eliza AB

Liyana tertawa kecil melihat lelaki itu tersenyum. “Mesti dia ingat aku mengalah. Kau belum kenal dengan aku lagi. Kau tunggulah, kejap aje lagi. Baru kau tahu siapa aku yang sebenarnya,” bebel Liyana berserta senyuman yang penuh tersirat. Setelah memastikan dirinya agak jauh daripada pandangan lelaki itu, lantas Liyana mencari sebiji batu. Setelah dapat, dia mengacukan batu tersebut ke arah kereta lelaki itu. Tanpa membuang masa, dia membaling batu tersebut ke arah cermin kereta lelaki tersebut. Nasibnya begitu baik kerana batu itu betul-betul mengenai cermin sebelah penumpang kereta lelaki tersebut. “Padan muka!” jerit Liyana sambil menunjukkan ibu jarinya kepada Amirul. Dan digerak-gerakkan ibu jarinya seperti tanda bagus kepada Amirul. “Oi… kurang ajar! Kau jangan ingat kau akan terlepas. Kereta kau ni aku kerjakan nanti,” marah Amirul sedikit menjerit. Sakit hatinya melihat cermin keretanya yang pecah itu. “Peduli apa aku. Suka hati kaulah nak buat apa dengan kereta aku tu. Lain kali jangan nak main-main dengan aku.” Sahut Liyana dari jauh. Namun, di sudut hati, dia berharap agar lelaki itu tidak menghentam keretanya. Jika tidak, alamat kenalah dia bersoal jawab dengan ayahnya nanti. Tanpa menoleh, dia segera membawa diri jauh dari tempat parkir itu untuk pulang ke rumah.

AMIRUL menghempas pintu keretanya sekuat hati. Hatinya membengkak dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Jika

19

Gurauan Berkasih

diikutkan hati yang panas, mahu sahaja dia mengejar minah kampung itu dan dibawanya ke balai polis. Biar padan muka meringkuk di dalam penjara atas perbuatannya itu. Mujurlah kereta perempuan itu masih ada di situ. Dan dia telah pun membalas dendam dengan memancitkan keempatempat tayar kereta perempuan itu. Malah dia juga telah meninggalkan kesan torehan ke atas badan kereta itu. Puas hatinya selepas melakukannya. Amirul melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Dihempaskan badan di atas sofa empuk buatan Itali di ruang tamu rumah papanya. Seharian bekerja di syarikat, begitu memenatkan. Kesibukan yang dihadapi ketika ini, membataskan dirinya untuk berhibur di kelab-kelab malam seperti hari-hari sebelumnya. Segala tender yang diterima oleh syarikat membuatkan dirinya tidak menang tangan untuk menguruskannya. Teringat kata-kata papanya suatu ketika dahulu. Ketika dia baru memulakan tugas di syarikat papa. ‘Pelanggan perlu diutamakan. Walau banyak mana projek atau tender yang diterima oleh syarikat kita, selagi ada daya, kita akan cuba memuaskan hati pelanggan kita.’ Amirul mengeluh berat. Menjadi anak tunggal dalam keluarga bukanlah perkara yang menggembirakan. Dirinya dijadikan sandaran dan harapan oleh kedua-dua orang tuanya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur dengan setiap keputusan yang telah dibuat oleh papanya, Tan Sri Khalil. Mamanya, Puan Sri Marissa hanya mengikut sahaja. Tidak membantah mahupun menyokong. Puan Sri Marissa lebih suka menyibukkan diri dengan berpersatuan. Segala keputusan di tangan Tan Sri Khalil. Begitu juga dengan jodoh, mereka hanya menyerahkan seratus peratus kepadanya. Terpulang kepada dia untuk mencari sesiapa sahaja untuk dijadikan isteri. Dalam usia yang sudah

20

Eliza AB

mencecah dua puluh enam tahun, dia sudah layak untuk berumah tangga. Ramai kawan seuniversitinya dahulu sudah pun berumah tangga dan beranak-pinak. Hanya dia sahaja yang masih mencari-cari calon yang sesuai untuk dijadikan suri di hatinya. Shasha, terpacul nama itu dari dalam hati. Gadis yang menjadi pujaan ramai lelaki selama ini. Gadis yang memiliki pakej lengkap sepertimana dambaan lelaki. Cantik bergaya, menggoda, seksi dan menawan boleh membuatkan semua lelaki cair apabila melihatnya. Entah kenapa dalam ramai-ramai lelaki yang mengejar Shasha, dia yang menjadi pilihan gadis itu. Apa yang dipandang oleh Shasha kepadanya, dia sendiri tidak tahu. Hanya Shasha sahaja yang tahu jawapannya dan selama ini dia tidak pernah bertanya akan hal itu. Namun dia berbangga kerana dapat mengalahkan lelaki-lelaki yang memuja Shasha selama ini. Selama dua tahun perkenalannya dengan Shasha, dia sudah dapat mengenali hati budi Shasha. Walaupun kadangkala ego Shasha melebihi segala-galanya, namun dia tetap gembira berada di samping gadis itu. Hanya Shasha yang berada dalam hatinya kini. Tiada gadis lain yang dapat menandingi Shasha dan tiada gadis lain yang dapat menggantikan Shasha. Tetapi, sampai bila dia akan berpelesiran dengan Shasha? Pernah juga dia menyuarakan hasrat untuk menyunting Shasha, tetapi gadis itu menolak keras dengan alasan belum bersedia untuk berumah tangga dan tidak suka dikongkong. Dia belum puas hidup bebas, malah dia tidak mahu meninggalkan gaya hidupnya sekarang. Sampai bila? Hanya persoalan itu yang selalu berlegar-legar dalam fikirannya sehingga ke hari ini. “Rul… bila balik? Papa tak dengar pun bunyi kereta

21

Gurauan Berkasih

Rul tadi?” tegur Tan Sri Khalil menyentakkan lamunan panjang Amirul. Segera Amirul menoleh ke arah Tan Sri Khalil yang baru menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. “Baru aje papa. Mama mana?” “Mama Rul ada dinner dengan kawan-kawan persatuannya. Sekejap lagi baliklah tu,” jawab Tan Sri Khalil sambil melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan Amirul. Ditatap wajah anaknya itu. Keruh dan mendung. Seperti ada perkara yang sedang difikirkan oleh Amirul ketika ini. “Kenapa keruh aje muka tu papa tengok. Rul ada masalah ke?” Amirul mengeluh perlahan. Dia membetulkan duduknya dan menghadap Tan Sri Khalil. Mukanya keruh disebabkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Andai kata dia berjumpa dengan perempuan itu semula, pasti dia akan mengenakan perempuan itu secukup-cukupnya. “Cermin kereta Rul pecah, papa. Ada perempuan gila pecahkannya,” ujar Amirul kesal. “Perempuan gila? Hesy… kamu ni Rul. Jangan nak main-mainkan papa pulak. Macam mana boleh pecahnya?” tanya Tan Sri Khalil tidak berpuas hati. “Siang tadi Rul block kereta dia. Nak dijadikan cerita, dia sakit hati dengan Rul. Entah macam mana dia boleh baling batu kat kereta Rul, tu yang pecah cermin sebelah penumpang,” cerita Amirul berserta dengusan kasar. Panas hatinya apabila mengingati perbuatan perempuan itu. Tan Sri Khalil melepaskan tawanya. Geli hati mendengar cerita Amirul itu. Anak tunggalnya itu memang tidak mudah mengalah dengan sesiapa pun. Tahunya, dia sahaja yang betul. Sudahnya dia sendiri yang ‘makan hati’.

22

Eliza AB

Berkerut dahi Amirul melihat Tan Sri Khalil ketawa. Rasanya tidak ada perkara lucu yang membolehkan mereka ketawa. Papa gelakkan akulah ni, duga hati Amirul. “Rul… Rul… sendiri cari pasal. Ha… tanggunglah sendiri. Yang Rul pergi blocking kereta dia tu kenapa? Kalau papa jadi dia pun tentu papa mengamuk juga,” ujar Tan Sri Khalil dalam tawanya yang masih bersisa. Anaknya itu tidak pernah hendak berubah. Amirul mencebik. Panas telinganya mendengar kata-kata Tan Sri Khalil itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia membalas kata-kata Tan Sri Khalil. Tetapi dibiarkannya sahaja. Tidak ada guna untuk mengungkit peristiwa yang telah berlaku. Mungkin suatu hari nanti dia akan dapat membalas perbuatan perempuan itu. “Rul naik dululah papa. Nak mandi dan tidur,” ujar Amirul seraya bangun. Dia mengatur langkah menuju ke bilik di tingkat atas. “Rul… papa ada perkara nak bincangkan dengan Rul. Esok, kita makan tengah hari sama,” beritahu Tan Sri Khalil sebelum Amirul hilang daripada pandangan mata. “Baiklah papa.” Balas Amirul dan hilang di sebalik anak tangga menuju ke bilik. Tan Sri Khalil melepaskan keluhan. Dia memikirkan bagaimana caranya untuk memberitahu Amirul. Niatnya tidak mahu tertangguh lagi. Niat untuk menjodohkan Amirul dengan anak rakan baiknya. Sudah terlalu lama hajatnya itu dipendamkan, semenjak mereka berdua berkawan baik. Hajatnya itu juga telah disuarakan kepada Puan Sri Marissa. Dan Puan Sri Marissa sekadar mengikut sahaja perancangannya tanpa ada bantahan. Dia berharap agar hajatnya itu akan termakbul sebelum dia menutup mata menghadap Ilahi.

23

Gurauan Berkasih

LIYANA segera membawa diri keluar dari kereta Fazura. Dia mengatur langkah menuju ke tempat di mana dia meninggalkan keretanya semalam. Risau di hati meninggalkan keretanya di situ. Kalau bukan disebabkan mamat hingusan itu, tidaklah dia dimarahi oleh ayahnya. Hampir pekak telinganya akibat ditengking dan dimarahi oleh Dato’ Zulkifli gara-gara pulang lewat ke rumah dan meninggalkan keretanya itu. Sedih rasanya mengingatkan kata-kata Dato’ Zulkifli malam tadi. “Mana kereta?” tanya Dato’ Zulkifli sebaik sahaja Liyana melangkah masuk ke dalam rumah. Dikerling jam di dinding. Masa sudah menginjak ke angka dua belas tengah malam. Baru kini anak gadisnya pulang ke rumah. Sengaja mencari nahas anaknya itu. “Erk… kereta?” ulang Liyana sedikit gugup. Dia menundukkan muka memandang lantai sambil menguisnguis kaki. Aduh! Matilah aku macam ni. Apa alasan aku nak bagi ni? Liyana mengomel dalam hati. “Ayah tanya, mana kereta?” ulang Dato’ Zulkifli sedikit meninggi. Kesabarannya tidak tertahan lagi. Panas hatinya melihat Liyana yang masih tunduk membisu di hadapannya itu. “Kereta… Lia tinggalkan dekat parking berhampiran pejabat ayah. Tadi ada orang blocking kereta Lia,” jawab Liyana jujur. Tidak berani melihat muka ayahnya yang sedang tegang. “Apa? Kamu ingat kereta tu dibeli dengan daun ke? Suka hati kamu aje nak tinggalkan!” marah Dato’ Zulkifli. Dadanya sudah berombak kencang. “Lia minta maaf.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Liyana. “Kamu ni memang tak sedar diuntung. Tau nak

24

Eliza AB

menghabiskan masa dengan perkara yang tak berfaedah aje. Cuba guna otak kamu tu sikit, Lia. Kalau bukan sebab ibu kamu yang paksa ayah belikan kereta untuk kamu, sampai ke hari ni kamu naik bas atau teksi. Tak tau nak menghargai dan bersyukur langsung!” marah Dato’ Zulkifli lagi. Matanya menatap tajam ke muka Liyana. Jika diikutkan hati yang panas, mahu sahaja dia menampar anak gadisnya itu. “Apa yang bising-bising ni bang?” tegur Datin Suraya mematikan perbualan mereka. Dia menghampiri Dato’ Zulkifli dan Liyana. “Awak tengoklah anak awak ni. Suka hati dia aje nak tinggalkan kereta merata-rata. Dia ingat boleh dapat free kereta tu,” kata Dato’ Zulkifli sinis. “Lia… kenapa Lia tinggalkan kereta? Kan ayah dah marah tu,” tegur Datin Suraya lembut. Liyana angkat muka. Matanya tepat ke muka Datin Suraya. Ternyata wanita itu turut sama menyalahkannya tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu. Sudahlah Dato’ Zulkifli mengungkit tentang kereta tersebut, kini Datin Suraya pula menegurnya. Sungguh hatinya sedih dengan pertanyaan Datin Suraya itu. Sangkanya Datin Suraya akan membelanya, namun dia hampa. Hanya Adif yang selalu membela dirinya jika dia dimarahi oleh Dato’ Zulkifli. Tanpa membalas kata-kata ayah dan ibunya, Liyana segera membawa kaki menuju ke bilik. Jika berlama di situ, entah apa lagi yang akan dihamburkan oleh Dato’ Zulkifli. Hatinya benar-benar tergores dengan apa yang berlaku. Sudahlah sakit hatinya kepada mamat hingusan itu belum pulih, ditambah pula dengan sakit hatinya terhadap Dato’ Zulkifli. Walau bagaimanapun, ditelan juga kata-kata itu biarpun pahit.

25

Gurauan Berkasih

“Ha… tengoklah tu. Baru tegur sikit dah merajuk. Tak tau nak berterima kasih betul. Selalu menyusahkan orang. Cuba kamu tengok abang dan kakak kamu tu. Ada tak mereka susahkan ayah?” bebel Dato’ Zulkifli keras. Terhenti langkah Liyana seketika. Dia memandang ayah dan ibunya silih berganti. Selama ini Dato’ Zulkifli selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Adif dan Laila. Liyana sedar siapa dirinya. Dia bukanlah sehebat Adif dan Laila. Adif melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang kejuruteraan. Begitu juga dengan Laila, turut sama mengikuti jejak langkah Adif melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang perniagaan. Hanya dia sahaja yang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dalam bidang yang diminatinya, seni reka fesyen. Namun ditentang keras oleh Dato’ Zulkifli tatkala mendapat tahu akan keinginannya itu. Dalam keterpaksaan, dia melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan sama seperti Adif. Dan disebabkan itulah sehingga sekarang dia tidak berminat untuk bekerja dalam bidang tersebut. “Sudahlah bang. Jangan dimarahkan Lia lagi. Esok dia ambillah keretanya tu,” pujuk Datin Suraya lembut sambil mengelus tangan Dato’ Zulkifli. “Itulah awak, asyik nak membela dia aje. Naik lemak budak tu. Kepala kita pun nak dipijaknya.” Rungut Dato’ Zulkifli seraya bangun meninggalkan Datin Suraya. Hatinya masih lagi panas. Panas dengan sikap acuh tak acuh Liyana. Sampai bila Liyana akan berkeadaan begitu? Dia sendiri tiada jawapannya. Datin Suraya sekadar menggeleng. Ekor matanya menghantar langkah Dato’ Zulkifli menuju ke anak tangga. Jauh di sudut hati, dia berasa kesian dengan nasib anak bongsunya itu. Sampai bila suaminya akan bersikap dingin

26

Eliza AB

terhadap Liyana? Bukankah Liyana anaknya juga? Kenapa dibeza-bezakan Liyana dengan abang dan kakaknya? Huh.... Satu keluhan terlepas daripada bibir Datin Suraya. Kemudian, dia angkat kaki menuju ke bilik di tingkat atas. Jika difikirkan, buat sakit kepalanya sahaja. Lantaran itu dia hanya mampu membiarkan sahaja jika ia masih boleh dikawal.

“WEH… apa jadi dengan kereta kau ni Lia?” tegur Fazura sedikit terkejut. Liyana tersentak. Matanya dihalakan ke arah kereta. “Ya Allah! Apa dah jadi ni Zura?” jerit kecil Liyana. “Matilah aku kalau ayah tahu nanti ni.” “Kau buat apa ni Lia sampai mamat tu marah sangat kat kau?” soal Fazura ingin tahu. Berkerut-kerut dahinya memandang Liyana. Liyana memerhatikan keadaan keretanya. Sungguh tidak disangka dengan apa yang terjadi. Tergamak mamat hingusan itu memancitkan tayar keretanya. Bukan itu sahaja, kesan torehan juga terdapat di badan keretanya. Liyana mengeluh berat. Hatinya resah dan gusar. Bagaimana untuk berhadapan dengan Dato’ Zulkifli jika lelaki itu tahu akan perkara ini? Sudah pastilah dia akan ditengking dan dimarahi lagi. Mungkin kali ini lebih dahsyat daripada itu. “So… macam mana ni? Kau nak hantar bengkel tak kereta kau ni?” tanya Fazura khuatir. Simpatinya tumpah buat Liyana. “Entahlah Zura. Aku pun tak tau. Aku mana ada duit nak repair semua ni,” jawab Liyana berserta keluhan

27

Gurauan Berkasih

berat. Dia menyandarkan badan ke kereta dan berpeluk tubuh. Memikirkan apa yang perlu dibuat tentang keretanya itu. “Macam nilah. Kau guna duit aku dulu. Bila kau dah ada duit, kau bayarlah pada aku balik,” usul Fazura ikhlas. Berharap Liyana bersetuju dengan usulnya itu. “Zura… bukan aku tak nak. Aku seganlah. Malu pun ada. Tak apalah… nanti aku tanyakan abang aku dulu. Kalau dia bagi green light, aku pinjam aje terus kat dia,” tolak Liyana lembut. Dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu. Biarlah dia menyelesaikannya sendiri, memandangkan dia yang mencari pasal dengan mamat hingusan itu semalam. “Okey… kalau macam tu, aku doakan kau berjaya pujuk rayu abang kau tu. Tapi, kalau dia tak bagi, jangan segan-segan dan malu minta kat aku. Aku sedia membantu kau,” balas Fazura sambil menyentuh lembut bahu Liyana. “Terima kasih Zura. Kaulah kawan aku dunia dan akhirat. Aku sayangkan kau lebih daripada diri aku sendiri,” ujar Liyana perlahan. Sungguh dia berbangga mempunyai seorang kawan seperti Fazura. Hanya Fazura tempatnya meluahkan perasaan selama ini. “Alah… time ni ajelah kau sayang aku. Esok lusa dah tak sayang dah. Hentam aku lagi adalah.” Sindir Fazura sambil menjeling manja ke arah Liyana. Liyana sekadar tersengih. Ada benarnya kata-kata Fazura. Jika bukan kerana Fazura yang menyokongnya selama ini, tidak mungkin dia akan sekuat itu dalam menghadapi konflik keluarga dan masalahnya sendiri.

28

Eliza AB

Bab 3
ORRY sayang. I dah janji dengan papa I nak makan tengah hari bersama. Lain kali ya, sayang,” tolak Amirul lembut. Serba salah menyerbu dirinya ketika ini. “Alah… you ni susah sangatlah nak ajak keluar. Bila I free, you pulak busy. Bila I busy, you pulak free. Habis tu, bila lagi masanya nak jumpa dengan you ni? I rindu sangat kat you, Rul,” rengek Shasha manja. Amirul mengeluh berat. Rengekan Shasha menyentak hatinya. Terasa mahu sahaja berjumpa dengan Shasha pada masa itu juga. Dia juga amat merindui gadis itu. Tetapi apakan daya. Dia sudah pun berjanji dengan papanya untuk makan tengah hari bersama. “Apa kata kita jumpa malam nanti. I janji malam nanti I akan habiskan masa I untuk you,” cadang Amirul sekadar mencuba dan berharap Shasha bersetuju dengan cadangannya itu. “Okey… janji. Kalau you mungkiri janji, I tak nak

“S

29

Gurauan Berkasih

jumpa dengan you sampai bila-bila. Baru padan dengan muka you,” ugut Shasha dan tertawa kecil. “Okey… okey… I janji. Kita jumpa di tempat biasa ya sayang,” balas Amirul turut sama tertawa kecil. Geli hati mendengar ugutan Shasha. Jauh di sudut hati, dia takut dengan ugutan Shasha itu. Sebelum ini pernah Shasha mengugutnya sebegitu dan Shasha benar-benar mengotakan ugutannya itu. Hampir seminggu dia memujuk Shasha. Diumpan juga dengan hadiah. Namun hati Shasha sekeras batu kelikir. Tidak mudah terpujuk. Tetapi, akhirnya Shasha sendiri yang mengaku kalah gara-gara dia ternampak Amirul berjalan bersama seorang perempuan. Rasa tergugat dengan kedudukannya di hati Amirul, maka sebab itu dia terpaksa menebalkan muka memujuk Amirul pula. Amirul tersenyum mengingati peristiwa itu. Setelah mematikan talian, Amirul meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Rindunya kepada Shasha begitu mencengkam diri. Hampir seminggu dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Kesibukan di pejabat membataskan dirinya untuk berjumpa mahupun bersuka ria di luar. Terasa bukan dirinya sebelum ini. Semenjak dia menguruskan syarikat Tan Sri Khalil, rutin hariannya hanyalah di pejabat. Jika bukan Amirul, siapa lagi yang akan menguruskan syarikat turun-temurun papanya itu. “Encik Amirul,” panggil Hanim, setiausahanya di hujung talian. Lamunan yang panjang berterbangan dengan sendirinya. “Yes, Hanim!” “Tan Sri tunggu Encik Amirul di biliknya,” beritahu Hanim.

30

Eliza AB

“Baiklah, dalam lima minit lagi saya sampai,” ujar Amirul dan mematikan talian. “Perkara apa yang papa nak bincangkan, ya?” soalnya sendirian. Pelik dirasakan apabila Tan Sri Khalil mengajaknya makan tengah hari bersama. Belum pernah Tan Sri Khalil berbuat begitu. Jika ada pun sekadar menemani papanya berjumpa dengan klien. Amirul melangkah menuju ke bilik Tan Sri Khalil. Setelah menerima arahan masuk, segera dia masuk ke dalam. Dilihatnya Tan Sri Khalil sedang meneliti beberapa fail di atas meja. Tanpa menunggu, Amirul melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan lelaki itu. “Papa nak jumpa Rul?” tanya Amirul inginkan kepastian. Tan Sri Khalil menutup fail. Dia menanggalkan cermin mata dan diletakkan di atas meja. Mukanya diraup sekali dan menghela nafas pendek. “Kita pergi makan dulu,” ajak Tan Sri Khalil seraya bangun. Amirul mengangguk. Bingkas dia bangun dan membuntuti Tan Sri Khalil keluar dari bilik itu. Sepanjang perjalanan ke restoran, hati Amirul asyik bertanya akan tujuan Tan Sri Khalil mengajaknya makan tengah hari bersama. Mesti ada perkara penting yang ingin disampaikan oleh Tan Sri Khalil itu. Jika tidak, mana mungkin Tan Sri Khalil mengajaknya makan bersama. Setibanya di restoran, Tan Sri Khalil segera memesan makanan dan minuman buat dirinya dan Amirul. Sementara menunggu, Tan Sri Khalil meninjau keadaan di restoran itu. Sungguh nyaman dan selesa serta tenang berada di restoran itu. Keunikan yang dipaparkan oleh pemilik

31

Gurauan Berkasih

restoran yang berkonsepkan Arabian itu begitu menarik perhatian. Amirul sekadar memerhati tingkah Tan Sri Khalil. Hatinya tidak henti-henti berdegup kencang. Menanti butir bicara yang akan diperkatakan oleh Tan Sri Khalil. Perkara apa yang papa nak bincangkan ni? Macam serius aje aku tengoknya, bisik hati Amirul. Setelah hampir lima belas minit menunggu, pesanan yang diminta telah pun dihantar oleh pelayan. Tanpa membuang masa, Amirul segera menyuakan sesudu nasi putih berserta sedikit ayam paprik ke dalam mulut. Terasa perutnya begitu lapar waktu itu. Persoalan yang bermainmain di fikiran sebentar tadi, hilang begitu sahaja selepas perutnya diisi dengan makanan. “Papa ada perkara penting nak bincangkan dengan Rul,” suara Tan Sri Khalil selepas lama mereka mendiamkan diri menghayati makanan masing-masing. “Perkara apa papa?” tanya Amirul ingin tahu. Dia meletakkan sudu dan garpu di tepi pinggan. Memberi tumpuan sepenuhnya kepada Tan Sri Khalil. “Papa dah fikir masak-masak. Papa pun dah bincangkan perkara ni dengan mama kamu dan alhamdulillah mama kamu bersetuju dengan cadangan papa ni,” jelas Tan Sri Khalil masih berteka-teki. “Serius aje bunyinya pa… takut dengar,” gurau Amirul berserta ketawa kecil. Tan Sri Khalil tersenyum nipis. Dia memandang Amirul dengan kasih yang mendalam. Segala kasih dan sayang terhadap anak tunggalnya itu melebihi nyawanya sendiri. “Papa rasa dah tiba masanya Rul berumah tangga. Umur Rul pun dah masuk dua puluh enam tahun. Dah layak

32

Eliza AB

untuk mendirikan rumah tangga,” beritahu Tan Sri Khalil. Matanya tertancap ke muka Amirul. Menanti akan maklum balas daripada anaknya itu. Terkejut Amirul mendengarnya. Hampir tersedak air yang diminum. Lantas dicapai tisu dari dalam kotak dan dilap mulutnya. “Papa… Rul muda lagi la. Lagipun Rul belum bersedia lagi untuk kahwin,” balas Amirul perlahan. “Muda Rul kata? Umur macam Rul ni dah layak ada dua tiga orang anak, tau tak?” tukas Tan Sri Khalil sedikit keras. Dia menggelengkan kepala. Amirul sekadar tersengih. Tidak dinafikan akan kata-kata Tan Sri Khalil itu. Umur sepertinya sudah layak untuk berumah tangga. Malah kebanyakan rakan-rakannya sudah pun mendirikan rumah tangga dan beranak- pinak. Cuma dia sahaja yang belum bersedia untuk ke arah itu walaupun sudah punya calon yang sesuai. Shasha, terdetik nama itu dari dalam hatinya. “Papa nak jodohkan Rul dengan anak kawan baik papa. Papa nak Rul kenal dulu dengan anak kawan papa tu,” cadang Tan Sri Khalil, terus kepada tujuan sebenar. Hampir terbeliak mata Amirul mendengarnya. Ini sudah kes berat, hatinya berkata. Dengan siapa pula papa aku nak jodohkan ni? Bicara hatinya lagi. “Papa… bukan ke dulu papa serahkan seratus peratus pada Rul dalam soal jodoh. Kenapa sekarang papa nak jodohkan Rul dengan orang yang Rul tak kenal dan cinta?” Amirul mengingatkan Tan Sri Khalil dengan apa yang telah Tan Sri Khalil janjikan dahulu. Tan Sri Khalil melepaskan keluhan ringan. Tidak dinafikan akan kebenaran kata-kata Amirul itu. Memang

33

Gurauan Berkasih

dahulu dia pernah berjanji dengan Amirul. Soal jodoh akan diserahkan bulat-bulat kepada anak lelaki tunggalnya itu. “Papa tahu Rul. Papa ingat janji papa tu. Tapi… kali ni papa minta pengecualian daripada Rul,” pinta Tan Sri Khalil. “Rul kenal dulu dengan anak kawan baik papa tu. Kalau Rul tak berkenan, papa setuju dengan pilihan Rul,” cadang Tan Sri Khalil sedikit merayu. Berharap agar Amirul mendengar kata-katanya itu. Amirul melepaskan keluhan berat. Berat untuk membuat keputusan. Jika ditolak, seperti menghampakan permintaan Tan Sri Khalil. Dan jika diterima, bagaimana pula dengan hatinya terhadap Shasha? Buntu dia memikirkannya. “Baiklah papa. Rul ikut cakap papa,” balas Amirul lemah. Ikutkan ajelah, desis hatinya. Tersenyum lebar Tan Sri Khalil mendengarnya. Lega hatinya kerana Amirul bersetuju dengan cadangannya itu. Dia berharap agar Amirul dapat menunaikan hajatnya selama ini. “Terima kasih Rul.” Ucap Tan Sri Khalil berserta senyuman di bibir. Amirul sekadar mengangguk.

“PLEASE la bang. Lia betul-betul minta tolong dengan abang ni,” pujuk Liyana sambil memegang lengan Adif. Adif mendengus kasar. Liyana tidak pernah nak berubah. Suka menyusahkan orang lain. Tidak tahukah dia akan kebenaran itu? Sampai bila Liyana perlu bersikap sebegitu?

34

Eliza AB

“Lia… bukannya abang tak nak tolong Lia. Tapi, Lia tau tak apa yang Lia dah buat? Lia dah susahkan abang. Kalau ayah tau macam mana? Tak ke mengamuk dibuatnya orang tua tu nanti. Tak pasal-pasal abang juga yang kena,” ujar Adif geram. “Yalah… Lia ni suka susahkan orang lain. Kalau abang tak nak tolong Lia, tak apalah. Tak payahlah abang nak marahkan Lia. Panas telinga Lia dengar. Malam tadi dah kena marah dengan ayah, hari ni… abang pulak,” rengus Liyana seraya bangun untuk beredar dari situ. Sakit hatinya mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Adif. Ternyata dia banyak menyusahkan daripada menyenangkan semua orang. Liyana melangkah keluar dari restoran. Panggilan abangnya tidak dihiraukan langsung. Jika dia tahu begitu jawapannya, sudah pasti dia akan bersetuju dengan usul Fazura tadi. Tidaklah dia perlu mendengar kata-kata bisa daripada mulut Adif itu. Difikirkan Adif akan membantu dan membelanya. Ternyata dia silap menilai. Adif tidak ubah seperti ibunya. Bagai lalang ditiup angin. Ke kiri dan ke kanan tanpa ada pendirian tetap. Liyana mengeluh berat. Sudah terlalu jauh dia meninggalkan restoran itu. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya itu? Jika dia punya wang, tidak perlulah dia bersusah hati memikirkan semua ini. Buntu dia memikirkannya. Terasa sesak nafas dibuatnya. Terasa dirinya bersendirian. Terasa dirinya tidak berguna dan tidak diperlukan oleh keluarga. Huh! Beginikah nasib yang harus aku terima? Keluh Liyana dalam hati. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar jean lusuhnya. Seluar kegemarannya walaupun sedar seluar itu semakin lusuh. Bagi

35

Gurauan Berkasih

Liyana, dia lebih selesa berpakaian begitu. Tidak menonjol dan tidak mendatangkan nafsu kepada lelaki yang melihatnya. Liyana mendail nombor telefon Fazura. Sementara menanti panggilan dijawab, matanya melilau melihat keadaan kompleks membeli-belah itu. Orang ramai berpusu-pusu menuju ke restoran berdekatan untuk menjamu selera. Waktu-waktu begini sudah tentulah semua restoran akan dipenuhi pelanggan. Kalaulah aku buka restoran, tentu kaya dah, omel Liyana dalam hati. “Beb!” jerit kecil Liyana tatkala panggilannya bersahut. “Ha… apa hal?” “Beb… usul kau pagi tadi tu… masih on lagi ke tak?” soal Liyana menebalkan muka. “Usul? Usul yang mana?” ulang Fazura tidak mengerti. “Alah… pasal kereta aku tu. Abang aku tak nak tolong akulah beb. Kau boleh tak tolong aku?” balas Liyana sebak. Sebak mengingati kata-kata Adif Haikal. “Ha… tu la, jual mahal lagi dengan aku,” sindir Fazura. Sengaja membuatkan Liyana rasa bersalah. “Yalah… yalah... aku salah. Sorry! So, macam mana?” Liyana akui akan kesilapannya itu. “No problem! Yang pasti kau bayar balik. Tak ada kes ‘halal-halal’ ya,” balas Fazura dan tertawa kecil. Geli hati dengan kata-katanya sendiri. “Okey… kira adik-beradik punya hargalah ya,” usik Liyana turut sama tertawa. “Banyaklah kau punya adik-beradik,” kata Fazura sengaja mengusik Liyana.

36

Eliza AB

“Kau ni Zura, tu pun nak berkira ke?” “Ini kes lain, mestilah berkira.” “Yalah!” balas Liyana berserta senyuman di bibir. Terasa lega dan lapang dadanya atas kesudian Fazura menolongnya. Tanpa Fazura, susah untuknya menyelesaikan masalah itu. “Mak! My phone!” jerit Liyana tatkala telefon bimbitnya terlepas daripada tangan. Lantas dia menerpa ke arah telefon bimbitnya yang sudah menampakkan ‘isi alam’ itu. “My phone…” bisiknya sayu. Dicantum semula telefon bimbitnya itu dan cuba mengaktifkannya semula. Hampa. Telefon bimbitnya tidak boleh diaktifkan semula. “Sorry. Tak sengaja,” ujar Amirul serba salah. Liyana mengeluh berat. Lepas satu… satu masalah yang menimpa dirinya. “Tak mengapalah. Bukan salah awak pun, salah saya,” balas Liyana tanpa sedikit pun menoleh ke arah lelaki yang telah melanggarnya sebentar tadi. Hatinya sedih melihatkan riwayat telefon bimbitnya itu. Amirul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serba salah dibuatnya melihatkan wajah hampa gadis yang dilanggarnya sebentar tadi. Jika bukan disebabkan kecuaiannya, tidak mungkin telefon bimbit gadis itu mengalami kerosakan. Sikap terburu-burunya tidak pernah berubah. Dari dahulu sehinggalah sekarang. Jika hatinya panas, dia akan merempuh orang sesuka hati tanpa mempedulikan perasaan orang yang dirempuhnya itu. “Alahai telefon… tamat sudah ‘riwayat’ kau. Kau nak aku tanam kau kat mana? Kat kedai atau tong sampah?”

37

Gurauan Berkasih

omel Liyana sendirian sambil melabuhkan duduk di atas kerusi yang tersedia di sepanjang koridor kompleks membelibelah itu. “Cik… saya minta maaf. Sebab saya telefon cik rosak,” ujar Amirul kesal. Terasa simpati melihat gadis itu yang sedang mengelus lembut telefon bimbit tersebut. Liyana mengerutkan dahi. Macam pernah dengar aje suara sengau tu. Tapi di mana ya? Bisik hati kecil Liyana. Lantas dia mengangkat muka. Berderau darahnya melihat gerangan lelaki yang berada di hadapannya itu. Alamak! Mampus aku! Mamat hingusan nilah. Macam mana ni? “Kau!” jerit kecil Amirul, terkejut. “Erk… hai! Apa khabar… lama tak jumpa?” balas Liyana sambil tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru beberapa kali. “Apa khabar kau tanya? Lama tak jumpa? Sejak bila pulak kita berkawan ni?” ulang Amirul dalam nada sindiran. “Sejak semalam. Okey… bye,” ujar Liyana seraya mengangkat kaki meninggalkan Amirul. Baik aku selamatkan diri aku dulu sebelum dia hentam aku, bisik hati Liyana. “Hoi! Aku belum habis cakap lagilah!” jerit Amirul seraya mengejar Liyana dari belakang. Bertambah laju Liyana berlari tatkala terdengar suara Amirul memanggilnya. Berlari sekuat hatinya agar dapat melepaskan diri daripada lelaki itu. Dilihatnya Amirul sedang mengejarnya dari belakang. Macam dalam drama Gerak Khas lagaknya. Ditambah dengan wajah tegang Amirul membuatkan dirinya kecut perut. Risau di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hesy… gila apa mamat hingusan ni? Main kejar-kejar pulak dengan aku. Macam main police and thieves aje dah ni. Tapi seronok jugak. Dia belum kenal siapa aku

38

Eliza AB

lagi. Aku ni juara pecut seratus meter kat sekolah dahulu. Sempat lagi Liyana bermonolog dalam keadaan segenting itu. “Mak!” jerit Liyana dan jatuh terjelepok ke lantai. “Aduh! Sakitnya...” rengek Liyana sambil menggosok-gosok punggungnya yang terasa sakit dan kebas. “Non… ngak ada apa-apa? Maaf sih bikin non jatuh,” ujar seseorang dari arah belakang. Jelas riak ketakutan di wajah perempuan itu. Liyana menahan kesakitan. Dia sekadar menggeleng sebagai jawapan bagi pertanyaan perempuan Indonesia itu. Mungkin cleaner, fikir Liyana. “Ha ha ha…. padan muka kau. Daulat lagi dengan aku. Kan dah cium lantai.” Amirul gelak. Geli hati melihat Liyana jatuh tersembam mencium lantai di hadapannya tadi. Liyana menjeling geram. Bingkas dia bangun dari duduknya. Punggung yang masih terasa sakit, dibiarkan sahaja. Hatinya panas melihat Amirul mentertawakannya dengan galak. Rasa nak sepak aje mamat hingusan di hadapannya itu! “Bisinglah!” sergah Liyana geram. “Nak kena sepak betul la mamat hingusan ni!” “Tu la… aku belum habis cakap lagi kau dah lari. Padan dengan muka kau. Tak pasal-pasal cium lantai,” ejek Amirul berserta ketawanya. Mencerlung mata Liyana memandang Amirul. Isy… suka sangat ya tengok aku jatuh. Tak apa, kau tunggu ajelah kejap lagi, gerutu hati Liyana sambil mengepal penumbuknya. Jika diikutkan, mahu saja dia menumbuk lelaki yang sedang ketawa itu. “Ha… gelak… gelak. Suka sangat kau ya gelakkan aku. Nah... ambik kau!” ujar Liyana geram berserta

39

Gurauan Berkasih

tendangan sulungnya. Tendangan yang tepat mengenai lutut lelaki itu. Tanpa membuang masa, Liyana berlari sekuat hati meninggalkan Amirul di situ. Puas hatinya dapat mengenakan lelaki itu. Padan muka kau! Siapa suruh kau gelakkan aku. Ambik kau dengan tendangan sulung aku tu. Hati Liyana ebrlagu riang berserta senyuman penuh makna di bibir. Senyuman puas. Setelah memastikan dirinya selamat, Liyana memberhentikan larian. Tercungap-cungap dia akibat lariannya tadi. Belum pernah dia berlari selaju itu sebelum ini. Kalau ada pun, sewaktu dia melibatkan diri dalam pertandingan larian seratus meter di sekolah dahulu. Nasib baik lepas. Kalau tak, alamatnya kenalah aku tadi. Huh! Penat betul. Berlari aje kerja aku hari ni, ngomel Liyana dalam hati sambil mengelap peluh yang membasahi dahi menggunakan lengan bajunya. Amirul mengerang kesakitan. Terjengket-jengket dia menahan kesakitan di lutut. Mak oi! Kaki orang ke kaki batu ni? Sakitnya! Amirul mengerang sendirian. Kemudian dia melabuhkan duduk di salah sebuah bangku yang terdapat di situ. Diusap lembut lututnya yang sakit. Hatinya membengkak. Semakin berdendam dia terhadap gadis itu.

“LIA…” panggil Adif lembut sambil menapak masuk ke dalam bilik Liyana. “Hmmm…” balas Liyana tanpa menoleh sedikit pun kepada abangnya. Adif melabuhkan duduk di birai katil. Diperhatikan Liyana yang sedang menatap majalah kegemarannya itu.

40

Eliza AB

Kegelisahan jelas pada riak wajahnya. Bagaimana untuk menuturkan kata-kata kepada Liyana setelah apa yang berlaku tengah hari tadi? “Kalau abang tak ada perkara nak cakapkan pada Lia, baik abang keluar dari bilik Lia ni,” beritahu Liyana tegas. Bukan bermaksud untuk menghalau. Tetapi disebabkan hatinya yang masih lagi terasa membuatkan dia sedikit kurang ajar terhadap abangnya. “Lia… abang minta maaf kalau kata-kata abang siang tadi buatkan Lia terasa hati. Bukan niat abang nak sakitkan hati Lia,” jelas Adif kesal. “Sudahlah bang. Lia tak pernah pun amik port tentang apa yang abang cakapkan tadi,” balas Liyana perlahan. Matanya masih lagi tertancap kepada majalah yang dibacanya itu. Adif mengeluh ringan. Walaupun Liyana berkata begitu, tetapi dia tahu adiknya itu terasa dengan apa yang diperkatakannya siang tadi. “Lia… abang tahu Lia marahkan abang. Abang benar-benar minta maaf dengan Lia,” ucap Adif lagi. Matanya jatuh ke muka Liyana. “Suka hati abanglah. Lia malas nak fikirkan benda tu lagi. Buat semak otak Lia aje,” balas Liyana tegas. Adif merengus kasar. Sikap acuh tak acuh Liyana membuatkan hatinya menjadi panas dengan tiba-tiba. Kenapa Liyana masih bersikap kebudak-budakan sedangkan umurnya sudah menjangkau dua puluh tiga tahun? “Lia… abang, kan tengah cakap dengan Lia ni. Cuba Lia bagi perhatian pada abang sekejap!” ujar Adif geram sambil menarik majalah yang dibaca oleh Liyana.

41

Gurauan Berkasih

“Abang ni kenapa? Apa masalah abang ni?” marah Liyana sambil menentang anak mata Adif. Sakit hatinya apabila Adif memperlakukannya seperti musuh. Sudahlah sakit hatinya siang tadi masih belum terubat, ditambah pula sakit hatinya dengan tingkah Adif. Belum sempat Adif membalas kata-kata Liyana, kedengaran suara Laila menjerit memanggil nama Liyana. Jelas lagi nyaring jeritan Laila, seolah-olah sedang menahan kemarahan yang amat sangat. Dia memandang Liyana yang beriak tenang dan selamba. Seperti tidak ada apa-apa yang menggusarkan hati adiknya itu. Sejak dahulu lagi Liyana sentiasa bersikap tenang dalam menghadapi apa jua konflik dan masalah. Kadang-kadang dia berbangga dengan sikap Liyana itu. Liyana bingkas bangun dan menapak keluar dari bilik untuk turun ke tingkat bawah. Sempat dia menjeling kepada Adif sebagai tanda marah dan sakit hati terhadap tingkah Adif. Adif sekadar melihat. Dia membuntuti Liyana turut sama turun. “Kenapa Kak Laila?” tanya Liyana sebaik sahaja Liyana berada di ruang tamu. Kelihatan Dato’ Zulkifli dan Datin Suraya turut sama berada di situ. Dadanya berdegup kencang tatkala melihat tenungan tajam Dato’ Zulkifli. Pang!!! “Laila!” Serentak Adif dan Datin Suraya bersuara. “Kenapa dengan kamu ni Laila? Yang kamu tampar Lia tu, kenapa?” soal Adif tidak berpuas hati. Dia menarik Liyana menjauhi Laila. “Abang tanyalah dia apa yang dia dah buat hari ini,” balas Laila sambil menjeling tajam ke arah Liyana dan Adif.

42

Eliza AB

“Aaa… aaa... pa yang Lia dah buat?” tanya Liyana terketar-ketar. “Laila… cuba cerita perkara yang sebenarnya. Apa yang Lia dah buat sampai kamu menamparnya?” tanya Datin Suraya inginkan kepastian. “Laila malu ibu, ayah. Malu dengan kawan-kawan Laila,” cerita Laila. “Kawan-kawan Laila nampak Lia berkejar-kejaran dengan seorang lelaki di kompleks membeli-belah siang tadi. Mereka kata Lia sengaja cari pasal dengan lelaki tu. Yang paling mereka tak sangka, Lia berani tendang kaki lelaki tu. Ayah, ibu… Laila malu dengan kawan-kawan Laila. Mereka asyik perli Laila kat pejabat tadi. Panas telinga Laila mendengarnya,” tambah Laila dengan riak muka sedih. Mengharapkan simpati daripada Dato’ Zulkifli dan Datin Suraya. “Lia… betul ke apa yang kakak kamu katakan ni?” soal Dato’ Zulkifli keras. Panas hatinya mendengar apa yang diceritakan oleh Laila sebentar tadi. Matanya menatap tajam ke muka Liyana. Liyana menundukkan muka. Tidak berani bertentang mata dengan Dato’ Zulkifli. Apa yang diperkatakan oleh Laila benar belaka. Sungguh tidak menyangka peristiwa siang tadi mendapat perhatian orang ramai termasuk kawankawan Laila. Apa aku nak jawab ni? Keluh Liyana dalam hati. “Lia… ayah tanya ni? Betul ke apa yang kakak kamu katakan ni?!” tengking Dato’ Zulkifli meninggi. Dadanya sudah berombak menahan amarah. Terhenjut badan Liyana akibat tengkingan Dato’ Zulkifli itu. Menggigil badannya. Dia mengangkat muka dan menentang pandangan Dato’ Zulkifli.

43

Gurauan Berkasih

“Lia… jawablah nak. Betul ke apa yang kakak kamu katakan ni?” celah Datin Suraya cuba menenangkan keadaan yang sedikit tegang. “Cakaplah dik. Betul ke apa yang Laila katakan ni?” Kali ini Adif pula yang menyoal Liyana. Dia juga tidak sabar untuk mengetahui cerita yang sebenar. Liyana tergamam dengan pertanyaan Adif dan Datin Suraya. Sungguh hatinya tergores dengan pertanyaan mereka berdua. Terasa dirinya bersendirian waktu itu. Kelihatan Laila sedang tersenyum sinis kepadanya di samping Dato’ Zulkifli. Selama ini Laila sering mendapat sokongan daripada Dato’ Zulkifli. Walaupun tidak bersalah, tetapi masih dianggap salah oleh Dato’ Zulkifli. Dipandang pula wajah ibu dan abangnya. Riak tidak berpuas hati jelas kelihatan di wajah mereka berdua. Dan akhirnya, matanya dijatuhkan ke wajah tegang Dato’ Zulkifli. Tatkala melihat wajah Dato’ Zulkifli, matanya mulai berkaca-kaca. Apa yang membuatkan ayah begitu membenci Lia? Rintih hati Liyana. “Ya… memang betul apa yang Kak Laila katakan tu. Memang Lia yang berkejar-kejaran dengan sorang lelaki. Memang Lia yang menendang kaki lelaki itu. Dan memang Lia yang malukan Kak Laila di hadapan kawan-kawan Kak Laila. Penjelasan apa lagi yang ayah nak daripada Lia?” balas Liyana sedikit meninggi. Bukan niatnya untuk menjadi anak derhaka dan kurang ajar. Tetapi jika didesak sehingga menyebabkan hatinya tergores, maka hari ini dia terpaksa mempertahankan dirinya sendiri. “Betul, kan apa yang Laila katakan tadi? Lia ni suka memalukan keluarga kita, malukan ayah. Laila benci ada adik seperti Lia,” beritahu Laila kesal. Jika boleh dia tidak mahu punya adik seperti Liyana. Selalu memalukan dan menyusahkan mereka sekeluarga.

44

Eliza AB

Tersentak Liyana mendengarnya. Begitukah perasaan Laila terhadapnya selama ini? Benci sungguhkah Laila terhadapnya? Selama ini dia cuba untuk berbaik-baik dengan Laila, tetapi sikap Laila telah menolaknya jauh daripada menjadi sebahagian hidup Laila. Ya Allah, kuatkan hatiku untuk hadapi semua ini, doa Liyana dalam hati. “Sudahlah, tak perlulah kita bincangkannya lagi. Perkara pun dah jadi, tak boleh nak diputarkan semula. Dah Lia… pergi naik atas,” sampuk Datin Suraya cuba menenteramkan suasana. Seperti biasa Datin Suraya selalu bertindak sebagai ‘pengaman negara’. Liyana mengangguk. Tidak berani untuk bersuara. Hanya berserah kepada Allah akan nasibnya itu. Walaupun hanya dia sahaja yang tahu akan hakikat yang sebenar. Belum sempat kakinya menapak, Dato’ Zulkifli sudah pun berdiri dan bercekak pinggang. “Mulai hari ini kereta dan duit saku kamu, ayah tarik balik. Pandai-pandai la kamu nak hidup,” kata Dato’ Zulkifli tegas. “Sebagai pengajaran dan hukuman buat kamu Lia. Anak tak sedar diuntung. Suka menyusahkan ayah dan ibu,” sambung Dato’ Zulkifli dan membawa langkahnya menuju ke tingkat atas. “Ayah… ayah tak boleh buat Lia macam tu!” bangkang Adif yang sedari tadi membisu. Dia menghampiri Dato’ Zulkifli yang sudah pun berada di kaki tangga. “Kenapa ayah tak boleh buat macam tu? Aku ni ayah kamu dan ada hak untuk berbuat macam tu,” balas Dato’ Zulkifli sedikit meninggi. Matanya tajam memandang Adif. “Tapi ayah…”

45

Gurauan Berkasih

“Tak ada tapi-tapi dan kamu Adif, ayah bagi amaran pada kamu… jangan sesekali kamu tolong dia. Kalau ayah dapat tahu kamu tolong dia, ayah takkan teragak-agak menarik kesemua kemewahan yang ayah berikan pada kamu. Ingat tu!” Dato’ Zulkifli memberikan amaran dengan nada yang keras. Dia menyambung langkahnya menuju ke tingkat atas. Adif terkedu. Sungguh tidak menyangka Dato’ Zulkifli sanggup berbuat begitu terhadap Liyana. Apa salah Liyana sehinggakan Dato’ Zulkifli menghukum Liyana sebegitu? Jika dilihat dari segi logik, takkan disebabkan perkara sekecil itu mahu diperbesar-besarkan. Dia memandang wajah Laila. Kemenangan jelas tergambar di wajah itu. Kemudian dia mengalihkan pandangan kepada Liyana. Wajah sayu adiknya itu ditatap penuh kasih. Liyana terduduk. Sungguh tidak menyangka bahawa Dato’ Zulkifli sanggup memperlakukannya seperti itu. Kini barulah dia jelas akan kedudukannya di hati Dato’ Zulkifli. Ternyata Dato’ Zulkifli tidak pernah menyayanginya seperti Adif dan Laila. Sabarlah hati, pujuk Liyana sendiri. “Lia….” Panggil Datin Suraya sambil menyentuh lembut bahu Liyana. Tanpa membalas kata-kata Datin Suraya, Liyana bingkas bangun dan menuju ke bilik. Panggilan Adif tidak dihiraukan. Dia perlu bersendirian. Bersendirian untuk menghadapi semua keputusan yang telah dibuat oleh Dato’ Zulkifli. Bersendirian untuk memikirkan tentang dirinya sendiri.

LIYANA melabuhkan punggung di birai katil. Keluhan yang

46

Eliza AB

berat dilepaskan. Keluhan yang hampir melumpuhkan jiwa dan perasaannya. Keluhan yang selama ini menjadi peneman hidupnya. Keluhan yang menjadi kelemahan buat dirinya. “Apa yang harus aku buat sekarang ni?” soal Liyana sendirian. “Perlukah aku mengalah? Perlukah aku berserah pada nasib dan takdir? Perlukah aku menerimanya dengan hati yang terbuka?” sambungnya lagi berserta keluhan untuk kesekian kalinya. Liyana mencapai telefon bimbit. Nombor telefon Fazura didail. Dia perlu meluahkan perasaan kepada seseorang dan orang itu ialah Fazura. Gadis itu sentiasa ada bersamanya pada waktu dia menghadapi masalah dan konflik keluarga. Fazura sahabat yang setia dari dahulu hinggalah sekarang. Perkenalannya dengan Fazura sudah menjangkau sepuluh tahun. Sejak dari sekolah menengah lagi mereka berdua berkawan rapat. Segala masalah dikongsi bersama. Hanya Fazura tempatnya mengadu dan dia bersyukur kerana punya kawan sebaik Fazura. “Beb… pukul berapa dah ni?” rungut Fazura di hujung talian. “Sorrylah beb. Kau dah tidur ke?” ujar Liyana kesal sambil mengerling jam di dinding. Masa menginjak ke angka sebelas tiga puluh minit malam. “Belum lagi, tapi dah nak kuyu mata aku ni. Tunggu masa aje nak lelapkannya,” balas Fazura sambil menggosokgosok matanya yang semakin kuyu. Liyana serba salah. Terasa dirinya mengganggu masa rehat Fazura. “Zura… aku nak tanya, offer kau masih on lagi

47

Gurauan Berkasih

tak?” suara Liyana perlahan. Cuba menahan sebak di dada. Cuba menahan air mata daripada gugur. “Offer? Offer apa lagi ni? Kan siang tadi kau dah settlekan masalah kereta kau tu. Masalah apa lagi ni Lia?” soal Fazura. Kurang mengerti akan maksud Liyana. “Tentang tawaran kerja di syarikat tempat kau bekerja tu. Masih on lagi tak?” “Oh… yang tu. Bukan ke kau tak ready lagi nak kerja?” soal Fazura hairan. “Sekarang aku dah ready nak kerja Zura,” jawab Liyana perlahan. “Kenapa tiba-tiba pulak? Kau rahsiakan sesuatu daripada aku ke Lia?” duga Fazura. Dia yakin Liyana sedang menghadapi masalah. Jika tidak, mustahil Liyana bertukar fikiran dalam masa sehari sahaja. “Tak ada apa-apa. Aku memang dah ready nak kerja. Mungkin dah datang seru kerja aku tu,” ujar Liyana berserta ketawa kecil. Berkerut dahi Fazura mendengarnya. Dirasakan kelainan bunyi ketawa Liyana. Ada bebanan yang sedang ditanggung oleh sahabatnya waktu ini. Dan dia akan mencari sebab dan penyebabnya. “Zura… kau dengar tak ni?” sergah Liyana apabila Fazura membisu di hujung talian. “Ya… ya… aku dengar. Macam nilah, esok aku cuba tanyakan untuk kau. Kalau nasib kau baik, insya-Allah, adalah rezeki untuk kau kat situ,” beritahu Fazura. “Baiklah, aku tunggu berita daripada kau,” ujar Liyana seraya mematikan talian telefon. “Lia… Lia…!” panggil Fazura namun talian sudah

48

Eliza AB

lama dimatikan. Isy… kenapa dengan Lia ni? Mesti ada benda yang tak kena lagi ni. Sah... mesti pasal Dato’ Zulkifli. Kalau bukan sebab orang tua itu, Lia takkan bersikap begitu, fikir Fazura. Liyana membaringkan tubuh di atas katil. Telefon bimbit diletakkan di atas meja kecil yang berada di sisi katil. Nasib baik telefon bimbit lamanya masih boleh berfungsi. Terasa berat di kepala kerana asyik memikirkan masalah. Buat permulaan, dia perlu mencari kerja yang bersesuaian untuk menampung kos hidupnya nanti. Mujurlah dia punya sedikit wang simpanan dan mungkin dengan duit itu, dia akan memulakan hidup baharu. Biarlah dia cuba hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa. Jika boleh dia mahu keluar dari rumah itu. Rumah yang begitu menyesakkan nafasnya. Rumah yang tidak memberi ketenangan buat dirinya. Rumah yang menenggelamkan dirinya sendiri. Jika bukan kerana Datin Suraya, sudah lama dia keluar dari rumah itu selepas dia menamatkan pengajian di universiti tempatan. Hidup dalam kebencian, begitu perit buat dirinya. Namun dicekalkan hati menghadapi semua itu. Pernah suatu masa dahulu dia menyuarakan hasrat untuk tinggal menyewa bersama Fazura, tetapi ditentang keras oleh Datin Suraya dan Adif Haikal. Malah dia diugut oleh Datin Suraya membuatkan dirinya menjadi serba salah untuk meninggalkan rumah itu. Ugutan yang membuatkan jantungnya berdegup dengan kencang. Ugutan yang melibatkan nyawa Datin Suraya sendiri. Begitu kejam Datin Suraya ketika itu. Tergamak mengugutnya begitu sekali garagara tidak membenarkannya keluar dari rumah itu. Ingin menjaga hati ibu, hati sendiri yang tergores. Bukan sekali dua hatinya tergores, malah berkali-kali. Seperti

49

Gurauan Berkasih

digores dengan sebilah pisau belati. Tiada ubat yang bisa menyembuhkan parut di hati. Dan dia yakin, suatu hari nanti hatinya tidak mungkin dapat disembuhkan lagi. Hanya Allah sahaja yang tahu akan perasaannya selama ini. “Ya Allah, tabahkan hatiku dalam menghadapi ujianMu ini.” Doa Liyana sendirian. Liyana memejamkan mata. Cuba mencari ketenangan dan kedamaian jiwa. Cuba menghapus kedukaan dalam hati sendiri. Cuba mengubati luka di hati sendiri. Dan dia berharap hatinya akan kembali pulih ketika esok hari menjelma.

50

Eliza AB

Bab 4
AT Samudera Holding ni ada tiga bahagian. Pentadbiran, operasi dan kewangan. Pentadbiran di tingkat atas sekali. Pengarah urusan, pengurus besar dan lain-lain yang berpangkat besar berada di tingkat atas. Tingkat dua, bahagian operasi dan tingkat tiga bahagian kewangan,” jelas Fazura serba sedikit mengenai Samudera Holding. Dia berharap Liyana memahami akan penerangannya itu. “Oh… besar juga ya Samudera Holding ni. Eh… kau pulak kerja kat tingkat berapa?” soal Liyana. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling Samudera Holding. Begitu teruja melihatnya. Syukur dalam hati kerana memperoleh pekerjaan sebagai junior executive project di syarikat itu. “Aku kat tingkat atas, pentadbiran. Kau kat tingkat dua, bahagian operasi. Eh… bos kau tu handsome tau Lia, single lagi. Kalau kau nak tackle dia, aku boleh tolongkan,” ujar Fazura teruja. Teruja kerana niatnya untuk memadankan Liyana dengan pengurus projek semakin menjadi.

“K

51

Gurauan Berkasih

“Sejak bila pulak kau jadi ejen cari jodoh ni?” usik Liyana sambil menyiku lengan Fazura. “Betullah, aku tak main-main. Tapi… handsome lagi bos aku kat tingkat atas tu,” cerita Fazura lagi. Rasa gembira masih bersisa dalam hati. Liyana sekadar menyengih. Dia menggeleng kecil melihat gelagat Fazura. Entah mengapa dia turut sama teruja bekerja di situ. Siapa yang tidak kenal dengan Samudera Holding. Syarikat pembinaan yang terkenal di Kuala Lumpur. Rasa bangga kerana dapat bekerja di situ. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut lif. Setelah pintu lif ditutup, Fazura menekan tingkat dua untuk ke bahagian operasi. Bahagian di mana Liyana ditempatkan. Setelah tiba di destinasi, pantas Fazura menarik Liyana mengikutnya. Dia perlu memperkenalkan Liyana dengan Encik Harris Hakimi merangkap Pengurus Projek, bos Liyana. “Mari aku kenalkan dengan bos kau, Encik Harris Hakimi Hilman,” ajak Fazura sambil melangkah menuju ke bilik Harris. “Bos aku?” ulang Liyana sedikit terkejut. Fazura sekadar mengangguk. Dia mengetuk pintu bilik Harris dan memulas tombol pintu setelah mendapat arahan masuk. “Maaf Encik Harris, mengganggu.” Kelihatan Harris sedang meneliti beberapa fail di hadapannya. “Ha… Fazura, silakan duduk. Ada hal apa?” balas Harris sambil menutup fail yang sedang dibacanya sebentar tadi. Pandangannya jatuh ke wajah Fazura dan kemudian ke wajah Liyana.

52

Eliza AB

Fazura melabuhkan duduk berhadapan dengan Harris. Liyana duduk di sebelah Fazura. Terasa jantung berdegup kencang tatkala menyedari pandangan Harris terhadapnya. Alamak! Kenapa dia tengok aku semacam aje ni? Ada yang tak kena ke dengan muka aku ni, bisik hati kecil Liyana. “Saya nak kenalkan Encik Harris dengan pekerja baru di syarikat kita,” kata Fazura, menyedarkan Harris. “Pekerja baru?” ulang Harris berserta kerutan di dahinya. “Oh… maaf saya lupa. Encik Zainal ada bagitau saya tentang ni,” sambung Harris sambil menepuk dahi. Fazura mengangguk sambil tertawa kecil. Geli hati melihat gelagat Harris. Hesy… muda-muda lagi dah pelupa, getus hati Fazura. “Kenalkan Nur Liyana Safiyah, pembantu Encik Harris,” bicara Fazura sambil mengunjukkan tangan kepada Liyana. Nur Liyana Safiyah, ulang Harris dalam hati. Diamati wajah Liyana seketika. Terasa tenang tatkala melihatnya. Dia memberanikan diri menentang anak mata Liyana. Kedukaan dan kesedihan tersembunyi di sebalik anak mata itu. “Liyana,” kata Liyana dan menghulurkan tangan untuk berjabat. “Harap Encik Harris dapat memberi tunjuk ajar kepada saya selama saya bekerja di sini dan di bawah pengurusan Encik Harris.” Harris menyambut huluran tangan Liyana. Matanya masih tertancap ke muka Liyana. Ada sesuatu yang menarik minatnya pada wajah itu.

53

Gurauan Berkasih

“Insya-Allah… semoga kita dapat bekerjasama dengan sebaik mungkin. Kalau Cik Liyana ada apa-apa masalah, jangan segan dan malu bertanya dengan saya. Saya akan cuba membantu,” balas Harris turut sama tersenyum. “Kalau macam tu, saya minta diri dulu Encik Harris. Saya serahkan Liyana pada Encik Harris ajelah ya. Saya tak boleh lama-lama kat sini. Nanti bos saya yang satu tu, mengamuk pulak. Encik Harris macam la tak kenal dengan Encik Amirul tu, singa dalam zoo pun takut dengan dia,” komen Fazura jujur. Itulah yang dirasakan terhadap bos kecilnya, Amirul selama dia bekerja di situ. “Ada-ada ajelah awak ni Fazura. Dibuatnya bos awak tu dengar apa yang awak cakapkan ni, tak ke jadi satu isu pulak. Saya tak nak tolong awak nanti, pandai-pandailah awak ya Fazura,” usik Harris turut sama tertawa. Geli hati mendengar komen gadis itu. Liyana sekadar mendengar. Tidak mahu menyampuk dengan apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Matanya sibuk melilau melihat keadaan di dalam bilik Harris. Besar, kemas dan teratur. Dekorasinya begitu menenangkan dan mendamaikan. Pemilihan warna purple light begitu menyejukkan mata yang memandang. “Okey Lia… aku tinggalkan kau dengan Encik Harris. Aku jumpa kau tengah hari ni,” ujar Fazura dan menapak keluar dari bilik. Dia melemparkan senyuman bermakna buat Liyana dan Harris. Liyana sekadar mengangguk. Dia mengekori Fazura sehingga ke muka pintu bilik. Wajahnya yang tenang berubah gelisah. Gelisah untuk berhadapan dengan Harris di dalam bilik itu. “Jangan risau, bos kau tu baik orangnya. Single lagi

54

Eliza AB

kalau kau nak tackle. Dari tadi aku perasan dia asyik tengok kau aje,” usik Fazura perlahan di telinga Liyana. Mengerti akan perubahan di wajah Liyana. Kemudian, dia tertawa kecil melihatkan rona merah di wajah temannya itu. “Kau jangan nak merepeklah Zura!” Liyana mencubit lengan Fazura. Fazura mengaduh kesakitan. Kemudian, dia meninggalkan Liyana di dalam bilik itu menuju ke tempat kerjanya. Hatinya berbunga riang. “So… bila nak mula?” tanya Harris sebaik sahaja kelibat Fazura hilang di sebalik pintu. “Ha… mula? Mula apa?” ulang Liyana kurang mengerti. Dia mengerutkan dahinya. Harris tertawa melihat riak wajah Liyana. Ternyata Liyana seorang yang suka berkhayal. Liyana punya daya tarikan sendiri. Mungkin dia ni seorang yang kelakar, desis hati Harris. “Mula kerja. Bila Cik Liyana boleh mulakan kerja? Kalau dah…” “Sekarang!” pintas Liyana laju. Seketika itu, dia menekup mulut tatkala menyedari tingkahnya itu. “Opsss! Sorry. Teruja sangat, tu yang laju aje jawabnya,” sambung Liyana sedikit kesal. Kesal dengan tingkahnya yang tidak sabar itu. “Awak ni kelakar juga orangnya ya,” komen Harris berserta ketawa yang masih bersisa. Dia menghampiri Liyana yang sedang kaku berdiri bagaikan patung cendana lagaknya. Liyana tersenyum nipis. Dia menggeleng kecil memikirkan tingkahnya sebentar tadi. Apa la aku ni, buat malu aje. Cubalah bersabar sikit, marah Liyana dalam hati. “Macam nilah Cik Liyana. Saya kenalkan Cik Liyana

55

Gurauan Berkasih

dengan staf-staf yang lain dulu. Lepas tu baru saya fikirkan kerja apa yang nak saya bagi pada Cik Liyana,” beritahu Harris sekadar mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi seorang pekerja baru. “Baiklah Encik Harris. Saya yang menurut perintah akan memberi khidmat yang cemerlang, gemilang dan terbilang buat syarikat ini. Lagi satu, Encik Harris boleh tolong saya tak?” ujar Liyana sekadar mengusik. Suka melihat wajah kerutan Harris. Comel! “Tolong? Tolong apa?” ulang Harris berserta kerutan di dahinya. Hai, siapa yang bos ni, aku ke dia? “Tolong jangan panggil saya Cik Liyana. Terasa saya ni dah tua pulak kalau panggil dengan panggilan tu. Saya baru dua puluh tiga tahun, Encik Harris. Kalau nak kahwin pun, belum tentu lulus,” ngomel Liyana dan tertawa kecil. Geli hati dengan kata-katanya sendiri. Terburai ketawa Harris mendengar omelan Liyana itu. Liyana memang kelakar orangnya. Hatinya senang dengan perangai Liyana. Belum pernah lagi dia merasa gembira seperti itu. Selama ini hidupnya hanya untuk bekerja sehinggakan masa untuknya berhibur terbatas disebabkan kerja. “Yang Encik Harris ni ketawa kenapa? Saya ada buat lawak ke?” tanya Liyana kehairanan. Berkerut-kerut dia memandang Harris. Kepalanya yang tidak gatal digaru berkali-kali. “Saya senang dengan awak Liyana…” “Lia…” potong Liyana. “Okey… okey… Lia… belum pernah saya merasa gembira seperti hari ini. Walaupun baru hari ni saya mengenali awak, tapi saya dapat rasakan keserasian antara

56

Eliza AB

kita,” ujar Harris jujur. Itulah yang sebenarnya tatkala melihat dan mengenali Liyana walaupun baru beberapa minit sahaja. “Ermmm… Encik Harris belum kenal dengan saya lagi. Kalau Encik Harris dah betul-betul kenal dengan saya, saya pasti Encik Harris akan terkejut beruk, malah beruk dalam zoo pun tak terkejut macam Encik Harris nanti,” gurau Liyana dan tersengih. Makin galak Harris ketawa. Sudah terlalu lama dia tidak ketawa. Dan hari ini dia akan ketawa sepuas-puas hatinya. Melepaskan segala tekanan dan bebanan yang membelenggu dirinya selama ini. “Mari, saya kenalkan Lia dengan staf-staf yang lain.” Ujar Harris lalu membawa diri keluar dari bilik. Jika tidak dihentikan, entah apa lagi lawak jenaka yang akan Liyana ungkapkan. Liyana sekadar mengangguk. Dia mengekori Harris dari belakang. Hatinya gembira mendapat seorang bos yang sporting dan kelakar. Eh! Kelakar ke? Sesungguhnya itulah yang diharapkan. Sekurang-kurang tidaklah ada tekanan dalam kerjanya nanti.

AMIRUL mengerling jam di tangan. Hampir sepuluh minit dia menunggu. Namun kelibat Harris tidak juga munculmuncul. Hatinya yang sejuk menjadi panas dengan tiba-tiba. Dia bukanlah seorang yang penyabar. Dia juga tidak suka menunggu. Jika diikutkan hati yang panas, mahu sahaja dia meninggalkan restoran itu. Tetapi disebabkan janjinya kepada Harris, maka disabarkan diri menunggu di situ.

57

Gurauan Berkasih

Amirul mengeluh kecil. Dia menyandarkan badan ke belakang. Minuman yang dipesan, dihirup perlahan. Pertemuannya dengan Shasha terimbas di fikiran. Sangkanya pertemuan itu menjadi kenangan terindah, tetapi merupakan kenangan pahit baginya. Pertengkaran berlaku gara-gara Shasha menolak cadangannya untuk berumah tangga. Dia tidak mahu Tan Sri Khalil menjodohkannya dengan orang lain. Dia punya hak untuk memilih. Jika bukan kerana cadangan Tan Sri Khalil, tidak mungkin dia dan Shasha akan bertengkar dan sekali gus tidak menghubungi antara satu sama lain selama dua minggu. “You tak boleh paksa I, Amirul. I ada hak untuk menolak atau menerimanya,” kata Shasha tegas. Matanya tajam menikam ke muka Amirul. Sungguh bukan ini yang dimahukan oleh Shasha. “Sha… please… sampai bila kita nak macam ni? I cintakan you. I sayangkan you. Apa tak cukup lagi ke untuk kita kukuhkan percintaan kita dengan ikatan perkahwinan?” Amirul sedikit merayu. Tangan Shasha digenggam erat. Shasha mendengus kasar. Dia menarik tangannya daripada genggaman lelaki itu. Tidak dinafikan dia juga mencintai dan menyayangi Amirul. Tetapi itu tidak bermakna dia perlu mengikat dirinya dengan ikatan perkahwinan. Dia belum terfikir untuk ke arah itu. Dia lebih selesa hidup begini. Bebas tanpa kongkongan sesiapa termasuklah papa dan mamanya. “Sorry Amirul, I tak sedia lagi untuk ke arah tu. Kalau you nak kahwin, you kahwinlah. I tak kisah dengan siapa you nak kahwin,” tolak Shasha tanpa rasa bersalah. “Apa yang you cakap ni Shasha?” marah Amirul. “Betullah apa yang I cakap ni. Kalau you dah

58

Eliza AB

kemaruk sangat nak kahwin, you kahwinlah. I tak kisah dan I takkan halang kalau you nak kahwin,” beritahu Shasha selamba. Dia menyandarkan badan ke kereta dan berpeluk tubuh di situ. “You sedar tak apa yang you katakan ni, Shasha?” ulang Amirul inginkan kepastian. “Ya,” jawab Shasha sepatah. “You jangan cabar I, Shasha. Kalau I betul-betul kahwin macam mana?” desak Amirul. Panas hatinya mendengar kata-kata Shasha sebentar tadi. “I tak cabar you, Amirul. Tapi kalau you rasa tercabar, pandai-pandai youlah. I tak nak masuk campur,” balas Shasha dan mengatur langkah untuk beredar dari situ. Bagi Shasha, tidak ada gunanya dia bertekak dengan Amirul. Dia jelas dengan apa yang diperkatakannya tadi. Dia juga yakin Amirul tidak akan melukakan hatinya. Selama ini, Amirul begitu setia dengannya. Amirul begitu mencintai dan menyayanginya. Maka oleh sebab itulah dia selalu mengambil kesempatan ke atas Amirul. Amirul begitu bodoh dalam bercinta. “Baiklah Shasha. I akan buktikan pada you yang I akan kahwin tak lama lagi. Dan masa tu, kalau you nak kembali pada I, tak ada gunanya lagi. I akan pastikan you menyesal!” balas Amirul sedikit menjerit. Dia yakin Shasha mendengar kata-katanya itu walaupun Shasha sudah melangkah jauh dari tempat di mana dia berdiri. “Lama tunggu?” tegur Harris sambil melabuhkan duduk berhadapan Amirul. Amirul terkejut dengan teguran Harris. Lamunannya sebentar tadi berterbangan entah ke mana.

59

Gurauan Berkasih

“Sorrylah, aku ada hal tadi. Aku bawa staf baru aku melawat kawasan,” beritahu Harris jujur. Dia mengangkat tangan ke arah pelayan yang berbaju putih dan berseluar hitam. “Nasi goreng cendawan dan jus tembikai,” pesan Harris sebaik sahaja pelayan berada di hadapannya. Kemudian, dia menjatuhkan pandangan ke arah Amirul selepas pelayan itu beredar dari situ. “Kau kenapa? Monyok aje muka tu aku tengok. Kucing kau mati ke?” tanya Harris bernada usikan. Berkerut dia melihat muka Amirul. Seperti menanggung bebanan yang berat. Amirul melepaskan keluhan. Ingatannya masih kepada Shasha. Kata-kata Shasha masih lagi terngiangngiang di cuping telinga. Bagaimana untuk menyahut cabaran Shasha? Jika dia menyahut cabaran Shasha, bermakna dia menyakiti hatinya sendiri. Jika tidak diikutkan, bermakna dia dianggap sebagai seorang lelaki yang pengecut dan dia tidak mahu dianggap sebegitu. Tambahan pula di hadapan Shasha. “Aku ada masalah la Harris,” ujar Amirul perlahan. “Masalah? Masalah apa? Cuba kau ceritakan pada aku. Manalah tau kalau-kalau aku boleh tolong,” pelawa Harris. Dia mengucapkan terima kasih selepas pelayan meletakkan makanan dan minuman yang dipesannya tadi di atas meja. Tanpa membuang masa, dia menyudukan nasi goreng cendawan ke dalam mulutnya. “Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan baik dia. Kau, kan tau aku dah ada Shasha. Tapi, Shasha pulak belum bersedia nak berumah tangga. Malah dia cabar aku berkahwin dengan orang lain. Peninglah kepala aku

60

Eliza AB

dibuatnya Ris. Mana satu yang nak aku ikutkan,” cerita Amirul berserta keluhan berat. Dia menghirup minumannya yang tinggal separuh itu. “Kalau dah macam tu, ikut ajelah kata pak long. Mungkin ada sebabnya kenapa pak long nak jodohkan kau dengan anak kawan baiknya tu,” balas Harris ikhlas. “Cakap memanglah senang. Sekarang masalahnya di sini. Di sini yang tak menginginkannya,” bidas Amirul sambil jari telunjuknya diunjukkan ke dada. “Apa kata kau kenal dulu dengan perempuan tu. Kalau kau tak suka, kau tolak ajelah. Kalau kau suka, kau onlah,” cadang Harris sekadar menyedapkan hati Amirul. “Ermmm… tengoklah macam mana,” ujar Amirul lemah. Matanya membuang pandang ke luar restoran. “Suka hati kaulah. Asalkan kau bahagia, Rul. Kau dari dulu sampailah sekarang, masalah kau cuma jodoh… jodoh. Buat apa kau nak peningkan kepala fikir semua ni? Berserah aje pada Allah. Hanya Dia aje yang tahu apa yang terbaik buat kita, Rul,” bebel Harris. Namun diselitkan dengan sedikit nasihat. Berharap Amirul mendengar nasihatnya itu. “Yalah ustaz,” sindir Amirul. Panas pula telinganya mendengar bebelan Harris itu. “So, apa cerita dengan staf baru kau tu? Lelaki ke perempuan? Aku pasti mesti lelaki, kan?” tanya Amirul ingin tahu. Berita mengenai pekerja baru sudah diketahuinya daripada pengurus sumber manusia dan dia belum berkesempatan mengenali pekerja tersebut. Harris meletakkan sudu dan garpu di tepi pinggan. Tisu dicapai dari dalam kotak lalu dilap mulutnya sehingga bersih. Terasa teruja untuk bercerita mengenai Liyana kepada

61

Gurauan Berkasih

Amirul. Sungguh dia menyenangi karakter Liyana. Seorang gadis yang periang, kelakar, sempoi, selamba malah cantik membuatkan dia sentiasa tersenyum tatkala nama Liyana meniti di bibir. Walaupun baru beberapa jam mengenali Liyana, dapat dirasakan yang hatinya sudah terpaut kepada gadis itu. “Yang kau senyum macam kerang busuk tu kenapa? Ada cerita yang aku tak tau ke?” tegur Amirul kehairanan. Gila ke Harris ni, desis hatinya. “Ermmm… perempuan. Baru beberapa jam aku kenal dengan dia, hati aku dah terpaut,” luah Harris jujur. Entah kenapa dia merasakan jantungnya berdegup dengan kencang apabila memikirkan tentang Liyana. “Wooo… kau biar betul. Takkan semudah tu kau jatuh cinta?” Amirul curiga. Dia menggelengkan kepala beberapa kali. Harris… Harris… mudah sangat jatuh cinta, bisiknya dalam hati. “Kau belum kenal dengan dia lagi Rul. Kalau kau dah kenal dengan dia, pasti kau akan merasakan apa yang aku rasakan sekarang ni,” bidas Harris serius. Sungguh dia amat gembira berada di sisi gadis itu. “Well… okay. Aku pasti akan berjumpa dengan dia. Lagipun Menara Samudera tu bukannya besar mana, kan?” balas Amirul seakan mengejek Harris. Entah apa-apa Harris ni. Tak apa... aku nak tengok perempuan mana yang dah angaukan dia ni, desis hati Amirul. “Aku sendiri yang akan kenalkan dia dengan kau nanti.” Ujar Harris tidak mahu mengalah. Terasa Amirul mentertawakan serta memperlekehkannya. Amirul tersenyum pahit. Matanya memerhati raut wajah Harris. Jelas kegembiraan di raut wajah itu. Sudah agak lama dia tidak melihat Harris tersenyum dan tertawa.

62

Eliza AB

Kenangan dua tahun lepas benar-benar memberi kesan terhadap kehidupan Harris. Cintanya terhadap gadis pujaannya dahulu membawa seribu kedukaan dalam hidup Harris. Sehingga membuatkan hidup Harris porak-peranda dan hilang tujuan. Semangat Harris hilang sepertimana hilangnya kekasih hatinya itu. Selama dua tahun Harris menyulam cinta dengan gadis pujaannya, Azlin. Kata sepakat telah dimeterai, namun pada hari sepatutnya mereka disatukan, Azlin menghilangkan diri tanpa sebarang pesan. Sejak itu, Harris berasa tertipu dengan perbuatan Azlin. Hatinya terluka dan kecewa dengan apa yang telah Azlin lakukan. Disebabkan itu, hatinya menolak keras kehadiran seorang perempuan. Sudah beberapa kali pak ngahnya, ayah Harris, memperkenalkan Harris dengan anak-anak rakan perniagaannya, namun semuanya tidak berhasil. Pintu hati Harris sudah tertutup rapat buat insan yang bernama perempuan. Mungkinkah suatu hari nanti dia akan menjadi seperti Harris jika Shasha melarikan diri sepertimana Azlin? Persoalan yang selalu bermain di fikirannya selama ini. Tabahkah hatinya untuk menerima jika perkara itu berlaku? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Hanya kepada Allah dia berserah dan hanya kepada Dia juga dia berdoa agar hubungannya dengan Shasha berkekalan hingga ke ikatan perkahwinan. Tetapi, apa yang telah berlaku sekarang? Shasha semakin menjauh daripada hidupnya. Dan kini dia meragui perasaannya sendiri terhadap Shasha.

“TAK apa… aku boleh balik sendiri. Kau jangan risaulah,” beritahu Liyana cuba menghalau kerisauan di hati Fazura.

63

Gurauan Berkasih

“Kau pasti ke? Kau nak aku tunggu kau tak?” soal Fazura lagi inginkan kepastian. “Kau baliklah dulu. Aku ada kerja yang nak dibuat ni,” katanya beralasan. “Ermmm… kalau macam tu, aku balik dululah.” Fazura minta diri. “Aku jumpa kau kat rumah,” ujar Liyana dan mematikan talian. Liyana menyambung kerjanya semula. Baru hari pertama, dia sudah dibebani dengan kerja yang banyak. Menyesal pula dia bekerja di situ. Kalau bukan disebabkan desakan hidup, mahu sahaja dia mencari kerja yang diminatinya. Kerja sebagai pereka fesyen, itu yang menjadi idamannya selama ini. “Lia… kenapa tak balik lagi?” tegur Harris tatkala melalui meja Liyana. Liyana mengangkat muka. Harris sedang berdiri di hadapannya berserta senyuman di bibir. Berkerut-kerut dia memandang wajah Harris. Seperti ada sesuatu pada wajah itu. “Kenapa tengok saya macam tu?” tanya Harris kehairanan. Ada apa kat muka aku ni? “Lia rasa macam pernah tengok muka Encik Harris. Tapi di mana, ya?” Liyana berteka-teki. Dia cuba mengamati wajah Harris semula. Ya, wajah Harris saling tak tumpah dengan mamat hingusan yang menjadi seterunya beberapa minggu yang lalu. “Panggil aje saya Harris. Tak perlulah berencikencik. Terasa tualah pulak saya kalau Lia panggil saya Encik Harris,” gurau Harris.

64

Eliza AB

“Ya tak ya juga… macam dah tua pulak kalau panggil dengan nama tu,” ngomel Liyana dan tertawa kecil. “Tapi, Lia rasa macam pernah tengok muka Encik Harris…” “Harris!” pintas Harris laju. “Pernah tengok muka Harris. Tapi di mana ya?” ulang Liyana. “Mestilah Lia pernah tengok. Kan muka tu muka saya,” usik Harris berserta ketawa kecil. “Ya Allah… betullah tu. Muka Harris yang Lia tengok sekarang ni,” gurau Liyana sambil menepuk dahi. “Tapi… Lia macam pernah tengok iras-iras macam muka Harris. Harris ada kembar ke?” “Eh… tak adalah. Saya anak tunggal. Mungkin pelanduk dua serupa kut,” bidas Harris sambil melabuhkan duduk di hadapan Liyana. “Oh… maybe,” balas Liyana lalu menyambung semula kerjanya yang tertangguh. Harris hanya memerhatikan tingkah Liyana. Penuh khusyuk dan asyik dia melihat Liyana. Hatinya berbunga riang tatkala melihat wajah itu. Terasa debaran di hati. Jantungnya berdegup dengan kencang melebihi 120 km/j. Hesy… nape dia tengok aku macam tu? Seram aku dengan renungannya. Malu aku dibuatnya. Lia… control ayu sikit. Jangan tunjukkan perangai tak senonoh kau tu. Liyana bermonolog sendirian. “Erk… Harris tak nak balik ke?” tanya Liyana, memecahkan kesunyian di ruang itu. Terasa lain tatkala mereka membisu. Harris menggaru kepalanya. Apa yang harus dijawabkan? Kalau boleh dia tidak mahu berganjak daripada

65

Gurauan Berkasih

memandang Liyana. Terasa tenang memandang wajah gadis itu. “Lia pulak, tak nak balik ke?” Harris memulangkan soalan itu kepada Liyana. “Saya tunggu prince charming saya datang ambil. Pukul dua belas tengah malam karang,” katanya sambil melihat jam di pergelangan tangan. “Tinggal enam jam lagi untuk saya menunggunya,” sambung Liyana dengan wajah yang sengaja diseriuskan. “Prince charming? Lia dah ada boyfriend ke?” Harris jujur bertanya. Ada baiknya dia berterus terang bertanyakan perihal itu. Maka dari itu, bolehlah dia membataskan hatinya agar tidak terjebak dalam percintaan semula. “Boyfriend?” ulang Liyana. Dia menyandarkan badan ke belakang. Matanya jatuh ke muka Harris. Entah mengapa kotak memorinya ligat mengimbau semula pertemuan dengan mamat hingusan itu. Hatinya terasa berdebar-debar malah jantungnya berdegup dengan kencang tatkala mengingati peristiwa itu. Apakah semua ni? Belum sempat untuk Liyana menjawab, telefon bimbitnya berbunyi. Lantas dia mencapai telefon bimbit dan menekan butang hijau tanpa melihat nombor di skrin terlebih dahulu. Dilekapkan ke telinga dan mendengar suara di hujung talian. “Assalamualaikum Lia,” seru Adif dari hujung talian. Tersentak Liyana seketika. Dia menjawab salam dari dalam hatinya sahaja. “Maaf Harris, Lia nak jawab phone call ni. Kalau

66

Eliza AB

Harris nak balik… baliklah. Tak perlu tunggu Lia. Lia boleh balik sendiri,” ujar Liyana sambil tangannya menekup telefon bimbit. Khuatir akan didengari oleh Adif. “Baiklah. Lia jaga diri. Kalau ada apa-apa, bagitau saya,” balas Harris seraya bangun. Liyana sekadar mengangguk. Ekor matanya sahaja mengekori langkah Harris hingga langkah itu hilang daripada pandangan mata. “Ada apa abang?” tanya Liyana acuh tak acuh. Selama dua minggu dia keluar dari rumah atas kerelaannya, baru hari ini Adif menelefonnya. Ternyata dia tidak diperlukan di rumah Dato’ Zulkifli. Malah pemergiannya juga tidak mendapat halangan daripada sesiapa mahupun ibunya sendiri. Mujurlah keretanya sempat dibaiki sebelum dia meninggalkan rumah dua hari selepas kata putus Dato’ Zulkifli. Jika tidak, bagaimana untuk menjawab pertanyaan Dato’ Zulkifli tentang keretanya itu nanti? “Abang nak jumpa Lia boleh?” “Untuk apa?” “Salah ke seorang adiknya?” tanya Adif keras. abang berjumpa dengan

Liyana mengeluh berat. Bukannya dia tidak mahu. Tetapi untuk apa berjumpa jika ia akan menambahkan lagi kelukaan di hati. “Lia sibuklah bang. Lain kali ajelah kita jumpa,” dalih Liyana lembut. “Lia sibukkan apa? Merayau ke sana ke mari. Lepak sana sini. Itu yang Lia sibukkan?” tanya Adif sinis. Masih tidak berpuas hati. “Abang, Lia…”

67

Gurauan Berkasih

“Restoran Seri Melayu, pukul sembilan malam. Abang tunggu Lia kat sana!” putus Adif dan mematikan talian telefon. Tergamam Liyana dibuatnya. Sungguh tidak menyangka tindakan Adif. Suka memaksa jika tidak mengikut arahannya. Perangai Adif tidak ubah seperti Dato’ Zulkifli. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Liyana mengerling jam di pergelangan tangan. Waktu baru merangkak ke angka enam tiga puluh minit petang. Masih berbaki dua jam tiga puluh minit sebelum perjumpaannya dengan Adif. Lantas dia mengemas fail-fail di atas meja dan mencapai beg tangan dari dalam laci. Kemudian, dia menapak keluar dari pejabat dan menuju ke lif untuk turun ke bawah. Dalam keterpaksaan, dia merelakan diri mengikut arahan Adif. Mujurlah masih ada lagi pekerja yang bekerja selewat begini. Liyana segera masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif dibuka. Dia melemparkan senyuman kepada lelaki yang berada di dalam lif itu. Diamati lelaki tersebut. Mungkin sebaya ayah, fikirnya. Lantas dia menekan butang G untuk turun ke tingkat bawah. Setelah sepuluh minit menunggu, pintu lif terbuka dan dia menapak keluar dari perut lif. Mujurlah kawasan itu berhampiran dengan perhentian bas dan teksi. Maka, mudah baginya untuk mendapatkan perkhidmatan awam dalam waktu-waktu begini. Liyana membawa langkah menuju ke perhentian teksi. Matanya membelingas ke kanan dan kiri untuk menyeberangi jalan. Kereta yang bertali arus menyukarkannya untuk menyeberangi jalan. Kenapalah tak buat jejantas saja kat sini? Kan senang, tak payah tunggu lama-lama nak ke seberang, rungut

68

Eliza AB

Liyana dalam hati. Matanya masih lagi meninjau-ninjau keadaan di jalan raya itu. Entah mengapa matanya tertancap kepada lelaki yang ditemuinya di dalam lif tadi. Lelaki itu sedang berbual di telefon tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Kereta semakin laju membelah arus. Tersalah langkah, pasti akan dilanggar jika sesiapa cuba untuk menyeberangi jalan tersebut. “Encik!” jerit Liyana tatkala menyedari sebuah kereta sedang menuju ke arah lelaki itu. Lantas dia berlari mendapatkan lelaki itu. “Encik! Kereta tu!” jeritnya lagi. Namun jeritannya tidak didengari oleh lelaki itu. Sebaliknya dia masih ralit berbual dengan seseorang di telefon. Tanpa membuang masa, Liyana segera menerpa tubuh lelaki itu daripada dilanggar. Terjelepok mereka berdua jatuh ke tanah. Terasa sakit badannya akibat dihempap oleh lelaki tersebut. “Encik tak apa-apa?” tanya Liyana cemas. “Inilah sikap pemandu di Malaysia ni. Suka hati aje dia orang nak bawa kereta tanpa memikirkan keselamatan orang lain,” komen Liyana seraya bangun dari jatuhnya. Dia membantu lelaki itu untuk bangun. “Encik tak apa-apa?” “Tak ada apa-apa. Terima kasih banyak-banyak kerana membantu saya,” ujar Tan Sri Khalil sambil mengurut-urut dadanya yang terasa sakit. Mungkin disebabkan jatuh tadi. “Syukur alhamdulillah. Lain kali jangan berbual di telefon ketika menyeberang jalan,” nasihat Liyana sekadar peringatan. Dia membantu Tan Sri Khalil duduk di bangku yang tersedia di perhentian teksi itu. Matanya melihat keadaan Tan Sri Khalil. Tan Sri Khalil tersenyum nipis. Dia mengangguk

69

Gurauan Berkasih

membenarkan kata-kata Liyana. Sungguh mulia hati gadis di hadapannya itu. Sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk menyelamatkan orang lain yang dalam kesusahan. “Ya Allah… phone encik!” jerit Liyana sambil mencapai telefon bimbit yang hancur menampakkan ‘isi alam’ tidak jauh dari tempat mereka berdua duduk. Dihulurkan telefon itu kepada tuannya. “Maaf… sebab saya phone encik rosak. Nanti saya gantikan yang baru.” Aduh! Macam mana ni? Aku mana ada duit nak ganti. Tengoklah handphone dia. Mak ai! Mesti beribu-ribu harganya. Tu la siapa suruh gatal-gatal mulut kata nak menggantikannya, bebel Liyana dalam hati. “Eh… tak mengapa. Tak perlulah anak menggantikannya. Saya cukup bersyukur kerana anak menyelamatkan saya. Kalau bukan anak, dah tentu saya kena langgar dengan kereta tu tadi,” kata Tan Sri Khalil. Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. “Tak apa... perkara kecil aje. Kalau bukan saya, tentu orang lain pun akan buat perkara yang sama,” balas Liyana merendah diri. Kus semangat! Nasib dia tak suruh ganti. Kalau tak, alamatnya kena kerja lebih masa la, cuci pingganlah kat kedai mamak barang seminggu dua ni, bicara hati Liyana. “Saya minta diri dululah encik. Teksi pun dah sampai tu,” ujar Liyana seraya bangun. “Mari saya hantarkan,” pelawa Tan Sri Khalil ikhlas. “Eh… tak mengapalah. Saya tak nak susahkan encik. Saya rasa ada baiknya encik ke klinik, check apa yang patut. Takut-takut ada yang terluka di dalam ataupun luar,” tolak Liyana ikhlas. “Anak pun kena juga ke klinik. Siku anak tu dah

70

Eliza AB

berdarah saya tengok,” balas Tan Sri Khalil sebaik sahaja melihat luka di siku Liyana. Liyana mengangkat sikunya. Terbeliak matanya melihat darah yang mengalir. Lengan bajunya terkoyak. Hampir pitam dia melihat darah yang mula membeku itu. Namun cuba dikawal sebaik mungkin. Nanti satu hal pula dia nak angkat aku kalau aku pitam, bisik hati Liyana. “Erk… tak apa. Sikit aje ni. Saya minta diri dululah, assalamualaikum,” ujar Liyana seraya menghulurkan tangan untuk bersalam. Sebagai menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Tan Sri Khalil menyambut salaman Liyana. Dia mengusap lembut ubun rambut Liyana. Tersentak Liyana dengan perlakuan lelaki itu. Matanya mulai berkaca-kaca. Terasa terharu dengan perlakuan itu. Belum pernah dia merasa seperti disayangi. Setiap kali dia cuba bersalaman dengan Dato’ Zulkifli, ayahnya pantas menyorokkan tangan. Seperti jijik untuk bersentuhan atau bersalaman dengannya. “Terima kasih.” Ucap Liyana dan beredar dari situ. Dia lekas-lekas menyeka air matanya yang hampir gugur.

“LIA apa khabar, Adif?” tanya Datin Suraya sebaik sahaja terlihat kelibat Adif memasuki rumah. Dia melabuhkan duduk di atas sofa. Menanti jawapan daripada Adif. Adif melangkah longlai menuju ke sofa. Direbahkan dirinya di situ. Pertanyaan Datin Suraya dipandang sepi. Entah mengapa hatinya menolak untuk bercerita tentang Liyana. Hatinya terusik jika membangkitkan tentang Liyana.

71

Gurauan Berkasih

Sedih dan pilu mengenangkan nasib adiknya itu. Kenapa Liyana terpaksa menanggung bebanan ini berseorangan? “Sudahlah bang. Lia tak salahkan abang mahupun sesiapa. Lia sedar siapa diri Lia yang sebenarnya. Lia banyak menyusahkan keluarga. Lia anak yang tak sedar diuntung,” beritahu Liyana memulangkan semula kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Adif dan juga Dato’ Zulkifli. “Lia… abang minta maaf. Abang jumpa Lia sebab abang nak tolong Lia,” jelas Adif. Selama dua minggu ini hatinya tidak tenteram dan tenang. Sering memikirkan keadaan Liyana. Risau di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Liyana tersenyum pahit. Dia memandang Adif dengan pandangan yang kosong. Seperti hatinya juga kosong tanpa ada rasa apa-apa walaupun mereka berdua adik-beradik kandung. “Tak mengapalah bang. Tahulah macam mana Lia nak uruskan hidup Lia sendiri. Lia nikan suka merayau, melepak sana sini. Mungkin dengan cara itu Lia boleh dapat duit,” sindir Liyana seperti memulangkan paku buah keras kepada Adif. Namun diselitkan sedikit usikan dalam katakatanya itu. Terkejut Adif mendengarnya. Terasa dirinya disindir. Namun dia tidak boleh menyalahkan Liyana kerana apa yang diperkatakan oleh adiknya itu datang daripada mulutnya sendiri. “Kalau tak ada apa-apa lagi, Lia minta diri dulu. Dah jauh malam ni. Susah pulak Lia nak dapatkan teksi nanti,” ujar Liyana seraya bangun dari duduknya. “Lia… kalau Lia perlukan apa-apa, Lia bagitau abang,” pelawa Adif ikhlas. “Setakat ni, alhamdulillah. Lia masih boleh berdiri sendiri. Dan Lia tak nak ayah tarik semua kemewahan abang

72

Eliza AB

pulak,” balas Liyana dan menghilangkan diri di sebalik orang ramai yang lalu-lalang di hadapan restoran itu. Adif mengeluh berat. Mukanya diraup beberapa kali. Begitu keras hati Liyana. Gadis itu bukanlah seperti apa yang dia kenali sebelum ini. Selama dia hidup bersama Liyana, adiknya itu lebih suka bersikap tenang dan menerima semuanya dengan rela hati. Tetapi kali ini, Liyana seakanakan berdendam dengannya dan juga ayah. Apa yang harus dilakukan demi kesejahteraan hidup adiknya itu? “Adif… ibu tanya ni, Lia apa khabar?” ulang Datin Suraya mematikan lamunan Adif yang panjang. “Lia sihat ibu,” balas Adif berbasa-basi. “Lia dah kerja ke Adif? Lia tinggal kat mana sekarang ni? Cukup ke makan pakai Lia tu Adif?” tanya Datin Suraya bertalu-talu. Risau hatinya memikirkan anak bongsunya itu. “Adif tak tau ibu. Lia tak bagitau Adif semua tu,” jawab Adif perlahan. “Kenapa Adif tak tanya Lia? Ibu risaukan dia. Hati ibu mana yang tak sedih melihat anaknya sorang-sorang di luar sana.” Datin Suraya meluahkan apa yang terpendam di dadanya. “Insya-Allah ibu, Lia tak apa-apa. Adif yakin dengan Lia,” balas Adif cuba menenangkan hati dan perasaan Datin Suraya. Dipandang penuh kasih wajah ibunya itu. Terasa hiba apabila melihatnya. “Ibu tetap risau Adif,” ujar Datin Suraya sambil menyeka air matanya daripada gugur. Adif menghampiri Datin Suraya lalu memeluknya. Cuba menyalurkan semangat buat ibunya itu. Selama ini hanya

73

Gurauan Berkasih

Liyana tempat Datin Suraya bermanja. Hanya Liyana yang sering ketawa dan bergurau senda dengan Datin Suraya. Tetapi kini, kenangan itu hanya tinggal kenangan. Rumah yang dahulunya ceria, kini suram disebabkan ketiadaan Liyana. Hanya Liyana yang boleh menceriakan suasana di rumah itu. “Buat apa nak dirisaukan dengan anak yang tak sedar diuntung tu? Biar dia rasa sikit susah senangnya cari duit. Ini tak, tau nak menghabiskan duit mak bapak aje,” komen Dato’ Zulkifli sinis dari arah tangga. Serentak Adif dan Datin Suraya menoleh ke arah Dato’ Zulkifli. “Kamu tu Adif, yang kamu pergi jumpa dia tu kenapa? Kalau ayah tau kamu bantu dia, ayah tak teragakagak kotakan kata-kata ayah hari tu,” ugut Dato’ Zulkifli tegas. Dia melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Datin Suraya dan Adif. “Bang… kenapa abang berkeras sangat dengan Lia? Dia, kan anak abang juga,” suara Datin Suraya tidak berpuas hati dengan kata-kata Dato’ Zulkifli. Pilu di hati tatkala mendengarnya. “Siapa kata Lia tu anak saya? Dia anak awak dan bukan anak saya,” pintas Dato’ Zulkifli. “Ayah… ibu… apa yang ayah dan ibu maksudkan ni?” sampuk Adif kurang mengerti. Terkejut dia mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Dato’ Zulkifli itu. Berkerut-kerut dia memandang wajah Datin Suraya dan Dato’ Zulkifli. Seperti ada rahsia yang cuba disembunyikan oleh Datin Suraya dan Dato’ Zulkifli daripada pengetahuan mereka adik-beradik. Lia bukan anak ayah dan ibu? Tersentak Dato’ Zulkifli dan Datin Suraya. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain. Datin

74

Eliza AB

Suraya beriak gelisah. Dato’ Zulkifli berkerut dahi. Khuatir Adif akan bertanyakan lebih lanjut tentang kenyataan yang terluah secara tidak sengaja tadi. “Tak ada apa. Ayah Adif tu kalau marah, semuanya dia hamburkan,” dalih Datin Suraya cuba menutup kegelisahan di hati. Wajah Dato’ Zulkifli yang dalam kegelisahan dipandang mesra. “Betul ke ayah?” “Betul apa Adif?” “Tentang Lia. Kenapa ayah cakap macam tu tadi? Lia bukan anak ayah dan ibu ke?” desak Adif inginkan jawapan. Berlegar-legar di kotak fikirannya tentang Liyana. “Hesy… kamu ni Adif. Kenapa tanya ayah macam tu? Sudah tentulah Lia tu anak ayah dan ibu,” bidas Dato’ Zulkifli keras, cuba mengusir rasa curiga Adif. “Dahlah… Adif pergilah tidur. Dah lewat malam ni. Esok nak kerja, kan?” Sampuk Datin Suraya seraya bangun, sekali gus menukar topik perbualan mereka anak-beranak. Adif mengangguk. Bingkas dia bangun dan membawa langkah menuju ke bilik. Hatinya masih lagi tertanya-tanya. Apa yang dimaksudkan oleh ayah dan ibu sebentar tadi? Adakah Lia bukan anak ayah dan ibu? Adakah Lia hanya anak angkat dalam keluarganya? Pelbagai persoalan bermain di benak hatinya. Dan dia perlu mencari jawapan pada setiap persoalannya itu.

75

Gurauan Berkasih

Bab 5
IYANA menyusuri deretan kedai yang berada di kompleks membeli-belah itu. Matanya melilau melihat keadaan di dalam kompleks itu. Sesak dan penuh dengan umat manusia. Sudah menjadi kebiasaan pada hari minggu begini, ramai yang akan menghabiskan masa mereka di situ. Sesekali dia mencemburui keluarga yang berjalan bersama-sama berpimpinan tangan antara satu sama lain. Sejak dari kecil, dia tidak merasa akan keadaan itu. Setiap kali dia ingin berpimpinan tangan dengan Dato’ Zulkifli, dengan pantas Dato’ Zulkifli menolak. Mungkin ketika itu dia terlalu kecil dan tidak memahami akan maksud tindakan Dato’ Zulkifli. Tetapi, setelah meningkat dewasa, barulah dia faham akan maksud perbuatan itu. Dan semakin lama semakin dia mengerti akan kedudukan dirinya di hati Dato’ Zulkifli. Liyana masih lagi melangkah. Mencari-cari iklan jawatan kosong. Setelah berfikir semasak-masaknya, dia perlu mencari pekerjaan lain sekadar mengisi masa lapang

L

76

Eliza AB

yang terluang. Daripada duduk tidak berbuat apa, ada baiknya dia mencari kerja tambahan. Dia malu dengan Fazura. Terlalu banyak Fazura membantu dan dia tidak mahu terhutang budi dengan Fazura lagi. Sudahlah diberi menumpang di rumah Fazura tanpa membayar sewa, kini makan dan minumnya pula ditanggung oleh gadis itu. Terasa dirinya banyak menyusahkan Fazura selama ini. Terasa segan menyambut bantuan Fazura walaupun Fazura tidak pernah berkira dan mengungkit semua itu. Liyana memberhentikan langkah di hadapan sebuah butik. Matanya tertancap ke sebuah iklan yang menawarkan pekerjaan sebagai pembantu butik. Tanpa membuang masa, dia segera masuk ke dalam butik tersebut. Setelah memberitahu akan tujuan dan ditemu duga, akhirnya dia diterima bekerja di situ dan memulakan tugas pada hari ini. Waktu bekerja sudah pun ditetapkan. Isnin hingga Jumaat, dia perlu bekerja dari pukul tujuh hingga sepuluh malam. Manakala Sabtu dan Ahad, dia diminta datang bekerja dari pukul sepuluh pagi hingga sepuluh malam. Gajinya pula dibayar pada setiap minggu. Syukurnya di dalam hati kerana memperolehi pekerjaan tersebut. Dapatlah Liyana membantu Fazura serba sedikit dalam kos belanja di rumah mereka, malah dia juga dapat menimba pengalaman di butik tersebut. “Terima kasih sebab terima Lia bekerja kat sini,” ucap Liyana berserta senyuman di bibir. Syukur kepada Allah kerana memberi rezeki dan menemukannya dengan seorang perempuan yang baik hati dan jujur. “Sama-sama Lia. Kebetulan akak pun perlukan pembantu, jadi kiranya rezeki Lia la ni,” jawab Marina dan membalas senyuman Liyana. “Lia janji akan kerja elok-elok, Kak Ina. Sila beri tunjuk ajar pada Lia,” katanya malu-malu.

77

Gurauan Berkasih

“Insya-Allah Lia. Tapi, kerja kat sini kena banyak bersabar la,” beritahu Marina. “Kenapa Kak Ina?” tanya Liyana ingin tahu. Berkerut-kerut dahinya memandang Marina. “Kebanyakan pelanggan akak terdiri daripada golongan berada. Datin-datin, Dato’-Dato’, Puan Sri-Puan Sri dan lain-lain lagi. Mereka ni kadangkala cerewet dan ikut suka hati mereka aje. Tapi, Lia jangan risau, bukan semuanya macam tu. Ada juga yang baik dan memahami kerja kita ni, terutama Puan Sri Marissa. Kalau Lia jumpa dengan Puan Sri Marissa, pasti Lia akan sukakan dia,” jelas Marina panjang lebar. Dia mencapai baju yang sudah digosok dan digantung di tempat yang telah disediakan. Liyana sekadar memerhati sahaja. Hari pertama bekerja, Marina hanya memintanya melihat cara-cara pakaian digosok dan digantung. “Puan Sri Marissa? Pasti cantik orangnya macam namanya juga,” sambung Liyana. Mesti kaya, desis hatinya. “Betullah tu. Orangnya memang cantik dan bergaya. Walaupun usianya sudah menjangkau lima puluhan, tapi gayanya mengalahkan orang dua puluhan aje,” puji Marina pula. “Teruja pulak Lia nak jumpa dia, Kak Ina. Manalah tau boleh buat kawan. Kalau dia ada anak bujang, lagi bagus. Bolehlah Lia mengorat anaknya sekali,” balas Liyana dalam nada usikan. Matanya masih lagi memerhati tingkah Marina. “Memang dia ada anak bujang, Lia. Akak pernahlah jumpa dia sekali dua. Masa tu dia datang dengan girlfriendnya ambil baju kat sini. Cantik girlfriendnya Lia,” cerita Marina kagum. Dia mengimbau semula pertemuannya dengan Amirul dan Shasha tidak lama dahulu.

78

Eliza AB

“Alamak! Melepaslah Lia nak tackle dia. Manalah tahu, kan boleh jadi isteri anak orang kaya. Tak perlulah Lia bersusah payah bekerja macam ni,” keluh Liyana seakan-akan kecewa. Namun jauh di sudut hati, tidak mungkin dia akan menjadi orang ketiga. Meruntuhkan masjid orang ataupun kebahagiaan kaum sejenisnya. “Baru girlfriend Lia. Belum kahwin lagipun. Lia masih ada peluang untuk tackle dia,” usik Marina dan menapak menuju ke meja cashier. “Lia bukan orang macam tu Kak Ina,” ujar Liyana perlahan. “Insya-Allah Lia. Kalau ada jodoh, Lia akan jumpa dengan dia. Kalau dia datang sini, akak kenalkan Lia dengan dia ya,” balas Marina sambil menukar duit dari dalam cash register. Liyana tersenyum pahit. Tidak mungkin dia akan bertemu dengan lelaki itu. Jika berjumpa pun, mungkin sudah ditakdirkan oleh Allah untuknya. Dan bila keadaan itu berlaku, dia sendiri yang akan melarikan diri daripada situasi itu. Sungguh dia belum pernah terfikir untuk ke arah itu. Hidupnya perlu diuruskan terlebih dahulu. Dia perlu membahagiakan dirinya sendiri sebelum membahagiakan orang lain. “Yang duk termenung lagi tu kenapa?” tegur Marina mematikan lamunan Liyana. “Erk… Lia suka termenung, Kak Ina. Kadangkadang apa yang Lia menungkan tu, menjadi kenyataan tau,” beritahu Liyana berserta ketawa kecil. Sekadar menceriakan suasana mereka berdua. “Yalah tu. Ada-ada ajelah kamu ni Lia,” kata Marina dan menggeleng kecil. “Buat permulaan ni, Lia tolong hantarkan baju tu

79

Gurauan Berkasih

kat alamat ni,” arah Marina sambil memuncungkan bibir ke arah sehelai baju yang terletak di atas sofa. Dia menghulurkan sekeping kad kepada Liyana. “Yes, boss! Saya yang menurut perintah!” kata Liyana sambil meletakkan tangannya di dahi. Seperti orang memberi tabik hormat kepada ketuanya. Kad yang dipegang sudah pun bertukar tangan. Liyana mencapai baju yang terletak di atas sofa. Diamati dan dibelek-belek baju tersebut. Rasa kagum melihatnya. Terasa ingin mencubanya pula. “Kak Ina, cantiklah baju ni,” puji Liyana sambil mengenakan baju itu ke badannya. Diamati dirinya di hadapan cermin. Boleh tahan! Marina sekadar menjadi pemerhati. Gelagat Liyana mencuit hati. Baru beberapa jam dia mengenali Liyana, seakan-akan sudah terlalu lama dia mengenali gadis itu. Keramahan Liyana berjaya memikat hatinya. Entah mengapa dia dapat merasakan keserasian dengan Liyana. Berbanding dengan pekerja-pekerjanya yang dahulu. Terlalu up-to-date sehingga menyusahkan dirinya juga. “Kak Ina… nanti kalau Lia kahwin, akak sponsor baju nikah untuk Lia boleh?” tanya Liyana mematikan lamunan Marina. “Apa dia Lia?” soalnya. “Akak mengelamun ya? Tadi kata Lia mengelamun, sekarang akak pulak yang mengelamun,” usik Liyana sambil mengangkat keningnya sendiri. “Dah… dah… pergi hantarkan baju tu ke tempatnya,” ujar Marina tegas. Malu apabila Liyana dapat mengesan keadaannya tadi. “Yalah… yalah… Lia pergi hantar sekarang,” balas Liyana lalu menapak keluar dari butik.

80

Eliza AB

“Apa yang dilamunkan lagi tu? Pergi buat kerja Kak Ina!” Sambung Liyana dalam nada usikan. Kemudian dia tersengih dan ketawa melihatkan gelagat bosnya itu. Marina menjeling manja ke arah Liyana. Geram pula dia mendengar usikan Liyana itu. Namun dia senang dengan karakter Liyana yang periang. Seperti Liyana tidak punya apa-apa masalah. Sentiasa ceria dan gembira walaupun baru pertama kali berjumpa. Semoga Liyana bahagia dengan hidupnya sekarang, doa Marina buat Liyana.

“KAU ni tak boleh haraplah. Dah lama aku tunggu, kau tahu tak?” marah Amirul sambil bercekak pinggang. Panas hatinya apabila Harris membatalkan janji temu mereka. Jika dia tahu lebih awal, sudah lama dia memanjakan dirinya di rumah sahaja. “Sorrylah Rul. Aku ada hal yang tak boleh nak dielakkan. Kau ajaklah siapa-siapa temankan kau,” ujar Harris kesal. Rasa bersalah menyerbu diri. “Yalah… nak buat macam mana, kan? Tapi, lain kali kau bagitau la aku awal-awal. Tak adalah aku tercongok macam tunggul kayu kat sini,” bebel Amirul, geram. “Baik aku tidur aje kat rumah tadi.” Harris melepaskan ketawa. Geli hati mendengar bebelan Amirul. Belum pernah lagi dia mendengar bebelan Amirul. Bukan niatnya untuk memungkiri janji. Disebabkan permintaan papanya supaya dia turut sama pulang ke kampung, nak tak nak, dia terpaksa akur. Mungkin ada perkara penting yang ingin disampaikan oleh papanya. “Aku minta maaf, Rul. Pandai-pandai kaulah bawa

81

Gurauan Berkasih

diri ya. Manalah tau, kan kau berjumpa dengan seseorang yang boleh menceriakan hati kau yang sedang berduka lara tu,” usik Harris berserta sisa ketawanya. Amirul mencebik. Mana mungkin dia akan berjumpa dengan orang yang diperkatakan oleh Harris itu. Ada baiknya dia pulang saja ke rumah daripada berpelesiran tanpa arah tujuan. Lagipun dia bukanlah orang seperti itu. Hanya dengan Shasha dan Harris sahaja dia akan berbuat begitu. “Harap-harap mulut kau masin Ris,” balas Amirul sambil membuang pandang ke arah Butik Idaman yang terletak tidak jauh dari tempat dia berada. “Mulut aku memang masinlah, Rul. Kan hari-hari aku makan masakan yang bergaram,” gurau Harris dan tertawa. Geli hati dengan ayatnya itu. “Ha… betullah. Mulut kau memang masin. Aku dah jumpa dengan orang yang akan ‘menggembirakan’ aku,” balas Amirul seraya tertawa. Matanya tertancap ke arah sesusuk tubuh yang baru keluar dari Butik Idaman. “Siapa?” tanya Harris ingin tahu. “Nanti aku ceritakan pada kau. Aku chaw dulu. Kirim salam aku pada pak ngah,” ujar Amirul dan mematikan talian telefon. Dia mengayun langkah menuju ke arah susuk tubuh itu. Ha… kali ni kau takkan terlepas daripada aku, perempuan. Aku akan kerjakan kau secukup-cukupnya. Dendam aku belum terbalas lagi ni, monolog Amirul dalam hati lalu tersenyum nakal. Akal jahat sedang menguasai fikirannya ketika ini. “Hai!” tegur Amirul sebaik sahaja berada di belakang Liyana.

82

Eliza AB

Liyana menoleh. Berderau darahnya melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya itu. Bulat matanya memandang Amirul. Alamak! Bala ni! Bisiknya dalam hati. “Eh… hai! Macam kenal la? Tapi, di mana ya?” tanya Liyana pura-pura. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal lalu tersengih. Soalan bodoh apa yang aku tanyakan ni? Sah-sahlah aku kenal dia, gerutu Liyana dalam hati. Dia memperkemaskan langkahnya. Mencari akal untuk melarikan diri dari situ. Kalau aku cuba lari, mesti boleh ni, bisik hatinya lagi. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. “Buat-buat hilang ingatan pulak ya. Kali ni awak tak boleh lari daripada saya lagi,” balas Amirul sinis. Dia dapat membaca gerak tubuh Liyana. Seraya itu dia menghalang laluan Liyana dengan kakinya. Hesy… macam tau-tau aje aku nak cabut. Tu yang siap halang aku awal-awal lagi, gerutu Liyana dalam hati sambil tersenyum pahit. Bertambah laju Liyana menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Bagaimana untuk melepaskan diri jika lelaki itu menghalang tubuhnya daripada bergerak? Dia tersepit di antara dinding dan lelaki itu. Baju yang dipegang digenggam erat. Khuatir akan mengalami kerosakan pada baju itu. Mampus aku kena ganti nanti! “Eh… mana ada saya lari. Kan saya tengah merangkak ni,” sindir Liyana perlahan. Otaknya masih ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada lelaki itu. Membulat mata Amirul mendengarnya. Dia ni main sindir-sindir aku nampak, gerutu hati Amirul. “Encik… boleh tak tolong alihkan kaki tu?” pinta Liyana sambil memuncungkan mulut ke arah kaki Amirul. Senyuman nakal terukir di bibir.

83

Gurauan Berkasih

“Suka hati sayalah… kaki saya,” balas Amirul tegas. Kakinya masih lagi menghalang laluan Liyana. Kedudukan tubuhnya yang berhampiran tubuh gadis itu membuatkan gadis itu sukar untuk melepaskan diri. Entah mengapa, terasa jantungnya berdegup kencang. Debaran di hati turut dirasakan. Liyana mengeluh. Matanya jatuh ke muka lelaki di hadapannya itu. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menolak lelaki itu. Otaknya membayangkan keadaan itu. Sudah pasti lelaki itu akan jatuh tergolek-golek malah berguling-guling di atas lantai. Mungkin juga dia boleh menyepak kaki lelaki itu seperti yang dilakukannya sebelum ini. Liyana tersenyum sendiri tatkala memikirkannya. “Yang awak senyum macam kerang busuk tu kenapa? Awak planning nak kenakan saya ke?” teka Amirul sambil menjegil mata kepada Liyana. “Saya bayangkan awak jatuh terguling-guling kalau saya tolak awak nanti.” Laju sahaja Liyana menjawabnya. Jujur tanpa berselindung. Seketika kemudian, dia menekup mulutnya. Menyedari yang dirinya sudah terlepas cakap. Ops! Mampus aku! Membuntang mata Amirul mendengarnya. Beraninya gadis itu membayangkannya sebegitu rupa. Mahu sahaja dia menarik gadis itu dan membawanya ke gaung lalu dihumbankan ke dalam gaung tersebut. Baru puas hatinya. Melihatkan Amirul sedang mengelamun, dengan pantas Liyana menolak kaki Amirul. Cuba untuk melepaskan diri. Namun belum pun sempat dia berlalu pergi, lengannya pula ditarik oleh Amirul. Hesy… ni yang aku hangin ni. Main tarik-tariklah pulak. Kang kena sebijik baru tau, gerutu Liyana dalam hati. “Nak ke mana?” tanya Amirul keras. Kealpaannya

84

Eliza AB

tadi membuatkan dia hampir melepaskan gadis itu pergi. Matanya tepat ke muka Liyana. “Erk… nak pergi makan. Eh… nak pergi butik. Bukan… bukan… saya nak hantar baju ni,” jawab Liyana tergagap-gagap. Terasa kelainan dalam suaranya. Hatinya berdebar-debar. Jantungnya berdegup kencang tatkala pandangan Amirul jatuh ke mukanya. “Oh! Nak hantar baju,” ulang Amirul sinis. Dia memerhatikan baju yang sedang dipegang oleh Liyana itu. “Kalau saya rosakkan baju ni, tentu awak yang kena marah nanti, kan? Paling teruk pun awak kena ganti baju ni balik. Betul tak?” “Rosak?!” jerit Liyana. Aduh! Matilah aku. Mana aku ada duit nak gantinya nanti. Aku pun tengah sengkek ni. Liyana risau. Berkerut dahi memikirkannya. “Janganlah encik. Saya tak ada duit nak gantinya nanti. Kasihanilah saya encik. Saya orang susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” suara Liyana jujur cuba menagih simpati daripada Amirul. Sungguh, itulah perasaannya ketika itu. “Jangan nak tipu sayalah. Alasan awak aje, kan sebab nak larikan diri daripada saya lagi,” bidas Amirul pantas. Aku takkan tertipu lagi, bisik hatinya. Liyana menepuk dahi. Bagaimana untuk meyakinkan lelaki itu dengan apa yang sedang dialaminya ketika ini? Jika bukan kerana desakan hidup, tidak mungkin dia bekerja di Butik Idaman dan memenatkan diri sendiri dengan pekerjaan itu. “Betul encik. Saya memang orang susah. Saya datang sini untuk mencari rezeki yang halal. Kalau encik sekat rezeki saya, bagaimana saya nak makan? Tolonglah

85

Gurauan Berkasih

encik… jangan rosakkan baju ni,” rayu Liyana berserta muka simpatinya. Jauh di sudut hati, dia mentertawakan Amirul. Aku pasti kau akan tertipu dengan lakonan aku ni, bisik hatinya riang. Amirul melepaskan pegangannya. Riak sedih yang ditunjukkan oleh Liyana, membuatkan hatinya turut sama sedih. Dia mudah tertewas jika melibatkan kesedihan ataupun air mata. Dan itulah kelemahannya yang sebenar. Sungguh dia benci akan kelemahan itu. Disebabkan kelemahan itulah, dirinya mudah diperbodoh-bodohkan oleh orang lain. Melihatkan perubahan di wajah Amirul, Liyana yakin Amirul tertipu dengan lakonannya. Pandai sungguh dia berlakon. Agak-agaknya, layak tak berlakon bersama Aaron Aziz dalam drama popular Nora Elena? Huh! Berangan sampai ke situ pula aku ni, desis hatinya. Liyana yakin, inilah masanya untuk dia melepaskan diri daripada lelaki itu. Pantas dia menolak Amirul sehinggakan lelaki itu terdorong ke belakang. Dengan langkah seribu, Liyana berlari sepantas yang mungkin. Dan buat kali yang ketiga, dia berjaya melepaskan diri daripada lelaki itu. “Ha ha ha!” Ketawa Liyana dari jauh. “Hebat tak lakonan saya tadi tu?” Sambung Liyana dan masih ketawa. Dia segera membawa dirinya jauh daripada Amirul. Amirul tersedar dirinya sudah ditipu oleh Liyana. Buat kali ketiga dia tertipu dengan wajah simpati Liyana. Terlalu bodoh kerana mempercayai lakonan Liyana sebentar tadi. Jika dia tahu Liyana akan menipunya lagi, sudah pasti dia akan merantai kaki dan tangan Liyana terlebih dahulu agar tidak terlepas lagi.

86

Eliza AB

LIYANA segera keluar dari tempat yang menjadi persinggahannya tadi. Baju yang Marina suruh hantarkan, telah selamat sampai di tangan pemiliknya. Mujurlah dia mendapat akal bijaknya untuk menipu lelaki itu. Jika tidak, mustahil dia dapat melepaskan diri lagi. Seolah-olah dirinya sudah dirantai oleh lelaki itu. Malang sungguh nasibnya hari ini. Sebuah keluhan berat terlepas juga daripada bibirnya. Liyana merehatkan diri di atas bangku yang berada di luar kompleks membeli-belah itu. Dia melepaskan lelahnya di situ. “Dia ingat aku ni siapa? Mudah-mudah ditipu. Sekarang siapa yang kena tipu, dia ke aku?” bisik Liyana sendirian sambil menyandar ke belakang. Dia berpeluk tubuh di situ. Senyuman kemenangan terukir di bibir. “Kenyang menang ke?” sindir Amirul seraya melabuhkan duduk bersebelahan Liyana. Dia tersenyum sinis sambil meluruskan pandangan ke hadapan. Meremang bulu tengkuk Liyana mendengar suara itu. Bingkas dia bangun dari duduknya untuk beredar. Namun Amirul lebih pantas daripada bertindak. Pegangan kemas tangan Amirul membuatkan dirinya terduduk semula di bangku itu. Macam mana nak lepas ni? Keluh Liyana dalam hati. “Jangan cuba nak larikan diri lagi,” suara Amirul tegas. Dieratkan lagi genggamannya. “Okey… okey… saya takkan larikan diri lagi. Apa yang awak nak daripada saya?” balas Liyana mengaku kalah. Biarlah dia menang kali ini, desis hatinya. Matanya ditancapkan ke muka Amirul. Diamati dan diteliti wajah itu. Handsome juga mamat hingusan ni, bisiknya dalam hati. Amirul yang menyedari wajahnya diamati oleh

87

Gurauan Berkasih

Liyana, sedaya upaya mengawal riak wajahnya. Terasa malu pula diperhatikan sebegitu rupa. Terasa debaran di dada. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Hesy dia ni… yang pandang-pandang aku macam tu kenapa? Hilang maco aku nanti, gerutu Amirul dalam hati. “Awak ni memang kelakar la. Tengok muka awak tu, dah blushing,” ujar Liyana lalu melepaskan ketawa. Geli hati melihat rona merah di muka lelaki itu. Amirul menjeling tajam Liyana. Terasa sakit hatinya mendengar ketawa gadis itu. Tidak dinafikan yang dia terasa malu apabila gadis itu melihatnya begitu sebentar tadi. “Tapi, kan macam mana awak boleh cari saya? Saya, kan dah lari sejauh yang mungkin daripada awak. Awak pakai tuk nujum ke cari saya ni?” soal Liyana dalam nada usikan sebaik sahaja ketawanya reda. Kemudian, wajahnya diseriuskan semula. “Awak jangan ingat saya tak dapat cari awak. Dalam ramai-ramai manusia yang ada kat sini, hanya awak aja yang berpakaian macam ni,” sindir Amirul selamba. Tangannya masih memegang tangan gadis itu. Dirasakan ada suatu perasaan lain sedang menjala dalam hatinya ketika itu. Apakah itu? Liyana menggaru kepalanya. Pakaian? Apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu dengan pakaiannya? Dia mengamati pakaiannya seketika. T-shirt lengan panjang saiz XL berserta jean lusuh yang dikenakan ke badan bukanlah pakaian yang menjolok mata. Sudah gila agaknya lelaki ini sehinggakan dia tergoda dengan penampilannya itu. “Takkan awak tergoda dengan penampilan saya kut?” Terluah juga persoalan yang bersarang di kepalanya itu. Dia mengangkat kening memandang Amirul.

88

Eliza AB

“What?! Dengan penampilan awak yang mengalahkan Betty Suarez ni boleh buatkan saya tergoda? Pembantu rumah saya tu lagi bergaya daripada awak la,” kutuk Amirul tidak berlapik tanpa memikirkan perasaan Liyana. “Gilalah saya kalau tergoda dengan awak.” Tak nak aku! Pakaian mengalahkan Betty Suarez dalam drama Ugly Betty aje aku tengok. Tapi Betty tu ada juga nampak susuk badannya. Tapi dia ni, langsung tak ada susuknya. Entah-entah berkudis kulitnya kut. Huh! Minta dijauhkan, kutuk Amirul dalam hati. Gulppp! Liyana menelan liur. Terasa kelat air liurnya itu. Sungguh dia terasa dengan kata-kata lelaki itu. Namun dikawal perasaan agar tidak dikesan oleh lelaki itu. Belum pernah dia dihina sebegitu rupa. Jika Dato’ Zulkifli yang menghina, dia masih lagi boleh terima. Tetapi, jika orang lain yang menghina, terasa maruahnya dipijak-pijak sesuka hati tanpa belas kasihan. “Eh… okey apa penampilan saya ni. Seteruk mana penampilan saya ni, masih ada yang nakkan saya tau,” bidas Liyana tidak mahu mengalah. “Saya pasti lelaki tu bodoh dan tak pandai nak menilai,” balas Amirul turut sama tidak mahu mengalah. Dia menoleh ke sisi kanan dan memandang tepat ke muka Liyana. “Siapa ya lelaki malang tu?” ujar Amirul lagi lalu tertawa kecil. Seakan-akan mengejek kata-kata Liyana sebentar tadi. Liyana menarik tangannya yang sedari tadi dipegang oleh Amirul. Pandangannya jatuh ke muka Amirul. Kata-kata Amirul menusuk terus ke tangkai hati. Akan disimpan kemas kata-kata sindiran itu. Dia juga akan pastikan kata-katanya tadi menjadi kenyataan. Nama Harris berlegar-

89

Gurauan Berkasih

legar di kotak fikiran. Mungkin dengan bantuan Harris, dia dapat membuktikan yang dia tidaklah seteruk yang difikirkan oleh lelaki itu. “Insya-Allah, saya akan kenalkan dia dengan awak suatu hari nanti. Dan saya pasti awak akan menelan semula kata-kata awak tadi. Saya pasti awak akan gila kerana tergoda dengan saya dan saya akan buktikannya pada awak. Jika perkara tu berlaku…” tuturnya yakin. “Saya pasti perkara itu takkan berlaku,” pintas Amirul laju. Matanya menentang mata Liyana. “Kita tunggu dan lihat aje. Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat,” suara Liyana seraya bangun. “Terima kasih atas penghinaan awak terhadap saya sebentar tadi. Saya akan simpannya kemas-kemas dalam hati saya ni.” Ucap Liyana sambil membawa tangannya ke dada. Kemudian dia meninggalkan Amirul di situ. Walaupun hatinya terasa dengan kata-kata Amirul, namun dia cuba menghalau perasaan itu untuk tidak memeningkan kepalanya sendiri. Cukuplah dengan masalah yang dihadapi dan jangan ditambah dengan masalah lain pula. Tergamam Amirul seketika. Ekor matanya mengekori langkah Liyana hingga hilang daripada pandangan mata. Hatinya puas kerana dapat menyindir gadis itu. Tetapi, entah mengapa dia berasa bersalah kerana menghina dan mengutuk gadis itu. Ah! Peduli apa aku dengan perasaannya. Kalau betullah apa yang dia katakan tu, buktikan kepada aku. Jadi, tak adalah aku beranggapan sebegitu lagi kepadanya. Tapi, bagaimana jika aku tergoda dengan dia suatu hari nanti? Tak… tak mungkin! Kenal pun tak, macam mana nak tergoda. Asal usul dia pun aku tak tau. Mustahil aku akan

90

Eliza AB

tergoda dengannya, monolog Amirul dalam hati sambil menggeleng perlahan. Tanpa memikirkan apa-apa lagi, bingkas dia bangun dan beredar dari situ. Dapat dirasakan waktu begitu panjang ketika bersama dengan gadis itu sebentar tadi.

“YANG kau termenung ni kenapa?” tanya Fazura sambil menghulurkan secawan Milo panas kepada Liyana. Liyana menyambut lalu menghirup perlahan air Milo tersebut. Kemudian itu, diletakkan cawan di atas meja selepas meneguknya. Keluhan kecil dilepaskan. “Entahlah Zura. Terasa hati aku ni sakit tiba-tiba,” ujar Liyana perlahan. “Sakit? Sakit kenapa? Ayah kau buat hal lagi ke?” tanya Fazura inginkan kepastian. “Tak… bukan sebab ayah aku. Aku rasa banyak perkara yang tak betul daripada betulnya,” jawab Liyana seraya bangun. Dia menghampiri jendela dan berpeluk tubuh di situ. “Apa yang tak betul daripada betulnya?” ulang Fazura turut sama bangun dan berdiri di sebelah Liyana. Mereka berdua sama-sama membuang pandang ke luar jendela. “Kerja aku… hidup aku… cita-cita aku... semuanya jadi tunggang-langgang. Kerja aku sekarang ni bukanlah kerja impian aku. Hidup aku sekarang ni, bukanlah kehendak aku. Cita-cita aku untuk menjadi pereka fesyen, terkubur begitu aje,” jelas Liyana berserta keluhan di bibir.

91

Gurauan Berkasih

“Lia… Lia… apa yang nak dikisahkan? Kau, kan masih muda. Masih ada masa untuk memperbetulkan semua tu. Yang penting sekarang ni, kau cari pengalaman dulu. Kumpul duit dan harta. Lepas tu baru kau fikirkan apa yang kau nak buat. Lagipun sekarang nikan kau buat part time kat Butik Idaman tu, sudah satu bonus buat kau untuk teruskan cita-cita kau tu,” nasihat Fazura ikhlas. Dia menyentuh lembut bahu Liyana dan cuba memberi semangat kepada temannya itu. “Betul jugak apa yang kau katakan tu, Zura. Mujurlah aku sekarang buat part time kat butik tu, bolehlah aku belajar sikit-sikit tentang fesyen. Kak Ina pun sudi ajar aku tentang fesyen,” sokong Liyana sambil mengangguk. “Aku pasti kau akan berjaya, Lia. Rebut peluang yang ada dan jangan sia-siakan peluang tu,” nasihat Fazura ikhlas. “Insya-Allah… aku pasti akan mencapai cita-cita aku tu. Kau tau Zura, siang tadi aku ternampak famili aku kat kompleks tu,” beritahu Liyana lemah. Dia melabuhkan duduk semula di atas sofa dan bersandar di situ. Televisyen di hadapan dipandang kosong. Fazura turut duduk bersebelahan Liyana. Dipandang penuh kasih wajah Liyana. Kedukaan jelas terpancar di wajah itu. Sampai bila dia harus melihat riak seperti itu di wajah Liyana? Tidak adakah kebahagiaan buat kawan baiknya itu? “Mereka nampak happy. Walaupun tanpa aku, mereka masih tetap happy. Ayah aku sentiasa tersenyum di samping kakak aku, Laila. Ibu aku berbual bersama abang aku, Adif. Cukup lengkap keluarga itu, Zura. Walaupun tanpa aku, mereka tetap nampak bahagia. Kalau ada aku, pastinya

92

Eliza AB

tak sebahagia tu. Adakah aku ni pembawa malang pada keluarga aku, Zura?” cerita Liyana sambil menyeka air mata daripada gugur. Senyuman pahit terukir di bibirnya. “Lia… sabarlah. Insya-Allah suatu hari nanti ayah kau akan terima kau sebagai anaknya,” pujuk Fazura. Memujuk hati Liyana yang sudah lama terluka. Terluka disebabkan oleh sikap Dato’ Zulkifli terhadap Liyana. “Sampai bila Zura? Sampai bila aku harus menunggu untuk dia mengaku yang aku ni anak dia? Sehingga nafas terakhir aku, macam tu? Hati aku dah lama terluka, Zura. Kadang-kadang aku terfikir yang aku ni bukan anak kandung dia. Kadang-kadang aku terfikir yang aku ni cuma anak angkat dia. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa dia terlalu benci aku?” luah Liyana lagi. Dan kali ini dia tidak mampu untuk menahan air matanya mengalir. “Sudahlah Lia. Kau lupakan tu semua. Anggaplah semua tu tak pernah terjadi dalam hidup kau. Mungkin ada hikmahnya buat kau. Allah sedang menguji kau, Lia. Dan aku yakin, suatu masa nanti kau akan menemui kebahagiaan yang kau inginkan selama ni. Percaya pada Allah, Lia.” Fazura memberi nasihat. Nasihat yang dirasakan dapat memujuk hati Liyana yang terluka dek sikap keluarganya sendiri. Seperti Liyana, dia juga pernah memikirkan persoalan yang sama. Kenapa Dato’ Zulkifli berbuat begitu terhadap Liyana dan bukannya Adif ataupun Laila? Mungkin ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Dato’ Zulkifli dan Datin Suraya daripada pengetahuan Liyana. Mungkin rahsia melibatkan Liyana. Rahsia asal usul Liyana yang sebenarnya. “Eh… aku dengar syarikat nak adakan family day,

93

Gurauan Berkasih

betul ke?” tanya Liyana, cuba mengusir perasaan sedihnya tadi apabila dilihatnya Fazura turut melayan perasaannya sendiri. “Ha… apa dia?” tanya Fazura seakan-akan baru tersedar daripada lamunan. “Kau ni… mengelamun pulak. Aku tanya, betul ke kompeni nak adakan family day tak lama lagi?” ulang Liyana sedikit geram. “Haah, betullah tu. Minggu depan kita ada meeting tentang tu,” balas Fazura. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri. Cuba mengusir daripada memikirkan nasib Liyana. “Yang kau ni ketuk-ketuk kepala macam burung belatuk tu kenapa? Dah sewel ke otak kau tu? Nak aku tolong ketukkan kasi betul balik ke?” tanya Liyana dengan dahi berkerut. “Hesy, kau ni. Suka hati aje nak ketuk kepala aku. Mahal tau kepala aku ni,” kata Fazura sambil tersengih. “Oh... mahal? Kalau setakat kepala bujur macam telur ayam ni, kau kata mahal. Aku rasa telur ayam kat pasar raya tu lagi mahal la,” ejek Liyana berserta ketawa kecil. Dia mencapai remote televisyen dan mencari-cari siaran yang sesuai untuk ditonton. “Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku, kan Lia?” Fazura geram mendengar ketawa Liyana. “Ala… la… la… manjanya dia. Aku main-main ajelah. Janganlah marah. Tak comellah kalau kau buat muka dua puluh empat macam tu,” pujuk Liyana lembut. Namun ketawanya masih lagi bersisa. Geli hati melihat wajah mencuka Fazura. Fazura menarik muka masam. Sengaja untuk

94

Eliza AB

mempermainkan Liyana. Walaupun perkataan Liyana berbisa, tetapi dia menganggap perkara itu biasa sahaja. Sudah terlalu masak dengan perangai Liyana. Cara Liyana menghilangkan stres adalah dengan membuat lawak bodoh dan menyakitkan hatinya. Mungkin cara itu memberi kepuasan kepada diri Liyana sendiri. Jika itu dapat membuat Liyana tersenyum, dia sanggup ditertawakan oleh Liyana. Dia tidak mahu melihat air mata Liyana mengalir lagi. Jika Liyana sedih, dia juga akan turut bersedih. Bagai isi dengan kuku antara mereka berdua. Sejak dari zaman sekolah sehinggalah dewasa kini, hanya dia tempat Liyana mengadu keluh-kesahnya. Segala kisah Liyana berada dalam ‘poketnya’ dan dia bangga menjadi sahabat baik Liyana. “Aku dengar masa dinner nanti, ada pemilihan pasangan ideal dan serasi. Kau tak nak masuk ke?” cerita Fazura sedikit teruja. Rajuknya sebentar tadi dibuang jauh-jauh. “Aku? Kau suruh aku masuk? Gila apa kau ni. Kan perlu ada pasangan kalau nak masuk. Aku mana ada pasangan. Lagipun aku bukannya cantik sangat pun. Kalau masuk, mesti kena gelak punyalah,” bidas Liyana sambil mencapai cawan Milonya. Dihirup Milo itu sehingga separuh. “Alah… tak cantik konon. Ayat tak boleh blah betullah!” cebik Fazura. Geli hati pula Liyana melihatnya. Terburai semula ketawanya. “Ha… gelaklah. Esok-esok aku gelakkan kau pulak. Tak apa… ada ubi ada batas, lain hari boleh kubalas,” sambung Fazura turut sama tertawa. “Kau masuk ke?” tanya Liyana sebaik sahaja ketawanya reda. “Aku manalah ada orang yang nak. Lainlah kau,

95

Gurauan Berkasih

Encik Harris tu tunggu green light daripada kau aje,” usik Fazura selamba. “Alah… Harris tu. Takkanlah dia nak pilih aku sedangkan ramai lagi perempuan yang lebih cantik daripada aku kat opis tu,” tukas Liyana. Harris? Gila apa? Bagai langit dengan bumi kalau aku berjalan dengan dia, getus hati Liyana. “Tak secantik kau, Lia. Kalau Encik Harris tu mata keranjang, dah lama dah anak-anak dara kat opis tu dia balun. Tapi, dia tak macam tukan. Dengan kau aje aku tengok dia terlebih mata keranjang. Macam nak terkeluar bijik mata dia menengok kau,” usik Fazura lagi. “Zura, bagai langit dengan bumi antara aku dan Harris. Siapalah aku untuk menjadi pilihan hatinya,” ujar Liyana jujur. Itulah yang dirasakan selama ini. Antara dia dan Harris tidak mungkin akan lebih daripada seorang majikan dan pekerjanya. “Well… wait and see. Aku pasti dia dah jatuh cinta dengan kau,” bidas Fazura seraya bangun. Dia mencapai cawan minuman Liyana dan dibawanya ke dapur. Lalu dibersihkan cawan itu dan diletakkan di tempat pengering pinggan mangkuk. “Aku masuk tidur dululah.” Ujar Fazura dan menapak masuk ke dalam bilik. Liyana sekadar mengangguk. Matanya masih belum mengantuk. Lantaran itu dia memandang televisyen di hadapan dengan pandangan kosong. Dia memikirkan katakata Fazura sebentar tadi. Benarkah Harris sudah jatuh cinta dengannya? Kenapa hatinya tidak merasakan debaran tatkala memandang Harris? Berbeza dengan seterunya siang tadi. Hanya dengan renungan lelaki itu, cukup membuatkan

96

Eliza AB

jantungnya berdegup kencang dan hatinya berdebar-debar. Sentuhan kasar lelaki itu membuatkan dirinya terasa bahagia dan selamat. Apakah semua itu? Liyana akui yang dia kurang arif tentang cinta. Dia tidak tahu apa itu makna cinta yang sebenarnya. Maka disebabkan ceteknya pemikiran dia tentang cinta membuatkan dirinya diperbodoh-bodohkan dan dipermainmainkan dahulu. Malah perubahannya sekarang bersangkut paut dengan pengalamannya yang lepas. Bagi Liyana, mungkin cinta itu indah, ataupun cinta itu derita. Bila melihat kawan-kawannya bercinta, bermacam-macam karakter yang dijumpainya. Ada yang sedih, gembira, meraung, ketawa… malah hampir bunuh diri pun ada. Bila difikirkan semula, terasa takut untuk bercinta. Terasa takut dipermain-mainkan lagi. Terasa takut diperbodoh-bodohkan lagi. Malah dia juga takut untuk kecewa sepertimana rakan sebiliknya dahulu. Kecewa garagara bercinta sehingga menjejaskan pelajaran dan masa depan sendiri. Sungguh dia tidak mahu berkeadaan seperti itu jika dia bercinta semula. Dia takut dikecewakan lagi. Takut hatinya dilukai lagi. Cukuplah kelukaan yang bertamu dalam hatinya selama dua puluh tiga tahun ini. Dia tidak mahu menambahkan lagi kelukaan yang sedia ada. Demi menampung kos hidup seharian dan menimba pengalaman dalam bidang rekaan fesyen, Liyana rela menyusahkan dirinya sendiri daripada menyusahkan orang lain. Apa yang pasti, hatinya puas dengan apa yang dilakukannya itu. Tanpa bantuan siapa-siapa, terutama ayahnya, dia pasti akan berjaya mengejar cita-citanya suatu masa nanti. Jika diizinkan Allah, dia ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang yang diminatinya iaitu

97

Gurauan Berkasih

Seni Reka Fesyen. Dan dia berharap cita-citanya itu akan tercapai suatu hari nanti. Insya-Allah.

LAILA mencapai telefon bimbitnya tatkala ia berbunyi nyaring. Ditekan butang hijau dan ditekapkan ke telinga. Menanti butir bicara daripada pemanggil di hujung talian. “Kau dah tidur ke?” tanya Anita sebaik sahaja talian bersambung. “Ermmm… belum lagi. Kenapa?” balas Laila dengan pertanyaan. “Aku ada benda nak cerita pada kau. Mesti kau teruja nak tau punyalah,” kata Anita teruja. “Cerita apa? Ada kena-mengena dengan aku ke?” soal Laila ingin tahu. “Eh… mestilah ada. Apa lagi kalau bukan pasal adik kau tu,” ujar Anita serius. “Liyana?” ulang Laila pantas bangun daripada pembaringan. Rasa mengantuk yang menjalar sebentar tadi hilang dengan serta-merta tatkala mendengar nama Liyana. Diganti dengan rasa panas menjalar dalam dirinya waktu itu. “Aku pasti kau mesti nak tau cerita pasal adik kau tukan,” sindir Anita seraya ketawa. Selama ini tiada cerita yang bisa memanaskan hati Laila melainkan cerita tentang Liyana. Setakat ini hanya Liyana orang yang paling dibenci oleh Laila. Sebab apa? Dia sendiri pun tidak pasti. Apabila ditanya, jawapan standard Laila hanya ‘dia bukan adik aku’. “Apesal dengan adik aku tu?” tanya Laila seakan mendesak.

98

Eliza AB

“Aku nampak dia kat shopping mall tadi bersama dengan lelaki yang kejar dia hari tu. Bukan main mesra lagi dia dengan lelaki tu,” cerita Anita dengan serius. “Kau jangan nak buat cerita Anita,” ujar Laila seakan-akan tidak percaya. “Bila masa pulak aku buat cerita? Bukan aku aje yang nampak, Jasmine pun nampak juga. Eh… Laila… kalau tak silap aku, lelaki tu macam muka Amirul, anak Tan Sri Khalil,” cerita Anita lagi. “Amirul? Anak bujang Auntie Marissa?” teka Laila inginkan kepastian. “Ha… betullah tu. Wah, wah… adik kau tu tangkap ‘ikan besar’ nampak. Kau tu tangkap ‘ikan’ apa pulak?” sindir Anita sinis. Laila terasa disindir. Anita memang sengaja. Dari dulu Anita suka menyakiti hatinya. Dia mencemburui Anita, begitu juga sebaliknya. Hatinya semakin membengkak. Ternyata Liyana bukan calang-calang orang. Liyana bijak menggunakan kepakarannya dalam memikat. Mungkin wajah simpati yang ditunjukkan oleh Liyana membuatkan ramai yang terpikat dan tergoda. Tak guna kau, Liyana. Berani kau goda Amirul. Aku takkan benarkan perkara tu berlaku! Marah Laila dalam hati. Laila mencampakkan telefon bimbitnya. Geram, marah, sakit hati dan bengang bercampur menjadi satu. Terasa sakit hatinya mendengar sindiran Anita. Selama ini dia cuba sedaya upaya memberi yang terbaik buat keluarganya, terutama Dato’ Zulkifli. Pelbagai cara dilakukan untuk membuatkan Dato’ Zulkifli membenci Liyana dan usahanya itu berjaya tatkala Liyana keluar dari rumah mereka. Sejak kecil lagi dia membenci Liyana.

99

Gurauan Berkasih

Liyana hadir dalam keluarganya tanpa diundang. Kehadiran Liyana juga menggugat kasih sayang ibu dan abangnya. Ibu serta abangnya melebih-lebihkan Liyana daripada dirinya sendiri. Dan atas sebab-sebab lain juga membuatkan kebenciannya terhadap Liyana semakin menebal. “Laila,” panggil Adif dari luar bilik membuatkan dirinya terjaga daripada lamunan yang panjang. “Ada apa?” sahut Laila dari dalam bilik. Sibuk ajelah abang ni, desis hatinya. “Bukalah pintu ni kejap. Abang nak cakap ni!” arah Adif sedikit meninggi. Laila segera turun dari katil. Dia menapak ke muka pintu. “Ha… ada apa?” sergah Laila geram. “Kalau ya pun, bahasa tu biarlah elok sikit. Ini tak, nak hangin aje tak tentu pasal.” Adif terasa geram pula. Panas hatinya apabila Laila meninggikan suara terhadapnya. “Yang abang nak membebel ni kenapa? Abang nak apa?” marah Laila. Geram pula hatinya apabila Adif menegurnya begitu. “Abang nak bagitau, Tan Sri Khalil jemput kita makan malam kat rumahnya esok. So, ayah pesan, Laila jangan pergi mana-mana esok,” beritahu Adif seraya berlalu pergi dari situ. Lebih lama dia di situ, bertambah geramnya dengan sikap Laila. Kenapa Laila bukan seperti Lia? Keluh hatinya. Rindunya kepada Liyana semakin membuak-buak. Sudah agak lama dia tidak berjumpa dengan adik bongsunya itu. “Tan Sri Khalil?” ulang Laila sedikit teruja.

100

Eliza AB

“Abang!” Panggil Laila namun abangnya sudah lenyap daripada pandangan mata.

101

Gurauan Berkasih

Bab 6
AN SRI KHALIL menatap fail yang berada di hadapannya. Sesekali dia mengeluh berat. Keluhan yang membuatkan dirinya lemah gara-gara kerja yang menimbun dan memerlukan penelitian daripadanya. Mujurlah Amirul dan Harris banyak membantu dalam menguruskan syarikat. Terasa ringan bebanan yang ditanggung. Terasa lapang dadanya ketika ini. Nafas yang sesak dahulu kini dapat dihembusnya lembut. Tan Sri Khalil menutup failnya. Bingkas dia bangun dari duduk dan menghampiri jendela. Dia membuang pandang di situ. Kelihatan kepulan awan putih sedang berarak menuju ke timur. Langit cerah pagi itu menggamit ingatannya seketika. Ingatan kepada gadis yang menolongnya seminggu yang lalu. Keikhlasan gadis itu telah memikat hatinya. Jika dia mengenali gadis itu, mahu sahaja dia memperkenalkan gadis itu kepada Amirul. Tetapi apakan daya, dia tidak mengenali gadis itu. Malah dia sendiri tidak tahu di mana gadis itu bekerja. Asal usul gadis itu dan di mana dia tinggal, Tan Sri Khalil tidak tahu. Ingin sahaja dia

T

102

Eliza AB

mengupah seseorang untuk mencari gadis itu. Namun dia terpaksa membatalkan niatnya. Dia pasti suatu hari nanti dia akan berjumpa dengan gadis itu semula. “Papa,” panggil Amirul sambil menjengulkan kepala. Matanya melilau mencari kelibat Tan Sri Khalil. “Ada apa Rul?” balas Tan Sri Khalil. Amirul menapak masuk ke dalam bilik. Kelihatan Tan Sri Khalil sedang berdiri termenung di jendela. Apa yang difikirkan oleh orang tua itu, dia sendiri tidak pasti. “Papa… meeting dah nak mula tu,” beritahu Amirul. Tan Sri Khalil mengangguk perlahan. Lantas dia menapak keluar dari bilik. Amirul setia mengekorinya dari belakang. Hari ini syarikatnya mengadakan mesyuarat pengurusan untuk membincangkan aktiviti tahunan mereka. Family day yang akan diadakan di Teluk Batik pada hujung bulan ni. Sebagai Pengarah Samudera Holding, dia sekadar mendengar segala perancangan yang telah diaturkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Segala tugasan akan diagihagihkan mengikut bahagian. Dan tugasan itu dibahagikan pula kepada beberapa staf. Setiap staf bertanggungjawab dalam melaksanakannya. Amirul menguak pintu bilik mesyuarat. Dia memberi ruang kepada Tan Sri Khalil melangkah masuk terlebih dahulu. Setelah itu, dia menutup pintu dan duduk di sebelah kiri Tan Sri Khalil. Kesemua staf sudah pun berada di dalam bilik itu. Mata Amirul mencari-cari kelibat Harris, tetapi tiada. Lantas dia meminta Fazura untuk menghubungi Harris. Fazura mengangguk. Bingkas dia bangun meminta diri daripada Tan Sri Khalil untuk keluar sebentar. Belum

103

Gurauan Berkasih

sempat dia menapak keluar, kelihatan kelibat Harris masuk ke dalam bilik bersama Liyana di sisi. Lantas dia melabuhkan punggungnya semula di atas kerusi yang diduduki sejak tadi. Sempat dia menjeling ke arah Liyana dan menghadiahkan senyuman bermakna buat gadis itu. Kata tak suka… tu asyik berkepit aje dengan Harris tu, apa kes? Ngomel Fazura dalam hati. Pandangannya dihalakan semula ke arah Amirul. Seperti ada sesuatu pada raut wajah Amirul. Amirul tersentak tatkala terlihat Liyana. Seakan-akan mengenali gadis yang berada di sisi Harris. Mungkinkah gadis itu yang dimaksudkan oleh Harris tempoh hari? Gadis yang telah berjaya membuatkan Harris angau dan jatuh cinta semula. Tetapi, kenapa penampilannya berlainan daripada sebelum ini? Walaupun hanya berbaju kurung, keayuan gadis itu terserlah dan tampak cantik di pandangan mata. Ya, barulah dia perasan akan gadis itu. Gadis yang menjadi seterunya beberapa minggu yang lepas. Malah hampir sebulan mereka berkenalan tanpa mengetahui nama masing-masing. Setiap kali berjumpa, ada sahaja perkara yang digaduhkan dan disindirkan. Tetapi, kenapa dia berasa cemburu melihat kemesraan antara Harris dan gadis itu? Apakah makna semua ini? “Maaf Tan Sri, lambat. Ris dengan Lia dari site tadi,” beritahu Harris jujur. Dia menghampiri Tan Sri Khalil dan bersalaman dengannya. Tan Sri Khalil sekadar mengangguk. Matanya tertancap ke wajah bersih Liyana. Wajah yang selama ini dicarinya. Wajah yang telah menolongnya. Wajah yang telah memikat hati tuanya untuk dijadikan menantu. Tidak terlalu awalkah untuknya menaruh harapan terhadap gadis itu? Apa yang pasti, dia sudah mengetahui di mana gadis itu bekerja. Rupa-rupanya, gadis itu bekerja di syarikatnya sendiri. Begitu kecil dunia ini dirasakan.

104

Eliza AB

“Oh, ya… lupa Ris nak kenalkan pembantu baru Ris,” ujar Harris perlahan. “Pembantu Harris?” ulang Tan Sri Khalil seraya bangun. Amirul turut sama mengikut tingkah Tan Sri Khalil. Matanya masih lagi jatuh ke muka Liyana. Harris mengangguk. Dia melemparkan senyuman kepada Amirul yang berdiri bersebelahan Tan Sri Khalil. Dia perasan akan pandangan Amirul terhadap Liyana. Dan dia cemburu melihat keadaan itu. “Lia… kenalkan pemilik dan Pengarah Samudera Holding, Tan Sri Khalil,” kata Harris. “Dan yang itu, Encik Amirul Arif Iskandar Tan Sri Khalil, Pengurus Besar Samudera Holding,” sambung Harris sambil mengunjukkan Liyana kepada Tan Sri Khalil dan juga Amirul. Tersentak Liyana mendengarnya. Lelaki yang sering bertengkar dengannya beberapa minggu yang lepas merupakan anak pemilik syarikat di mana dia bekerja selama ini. Sungguh dia tidak mengetahui akan perkara itu. Malah Fazura juga tidak menceritakan tentang Amirul kepadanya. Mungkin ada atau dia tidak mengambil port tentang perkara itu. Liyana juga terkejut tatkala melihat Tan Sri Khalil. Lelaki tua yang pernah ditolongnya suatu masa dahulu. Kenapa semuanya terjadi dalam satu masa? Lelaki yang ditolongnya dan juga lelaki yang menjadi seterunya selama ini. Kedua-dua lelaki itu mempunyai kaitan yang kuat dengannya. Bagaimana untuk menghadapi Amirul pada masa hadapan? Bukan sahaja hadapan, waktu dan ketika ini sahaja sudah membuatkan dirinya kecut perut. Aduh! Macam mana boleh terjebak ni, bisik Liyana dalam hati.

105

Gurauan Berkasih

“Nur Liyana Safiyah Zulkifli,” ujar Liyana lembut sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tan Sri Khalil. Seperti biasa, Liyana akan mencium tangan orang yang lebih tua daripadanya. Sebagai menghormati lelaki yang seusia ayahnya. Dan seperti hari itu juga, Liyana dapat merasakan usapan lembut di ubun kepala. Terharu dirasakan ketika ini. Namun dia cuba mengawal perasaan agar tidak terlalu beremosi dan dikesan oleh mereka yang berada di hadapannya itu. Kemudian, Liyana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Amirul. Buat pertama kalinya dia bersikap baik dengan Amirul. Jika dahulu, pantang aje berjumpa, adalah adegan bergaduh sebabak yang dilakonkannya. Sekadar untuk melepaskan diri setelah apa yang dilakukan terhadap Amirul. Jauh di sudut hati, dia dapat merasakan sesuatu bakal terjadi. Mungkin ia melibatkan Amirul ataupun kerjayanya. “Boleh kita mulakannya Tan Sri?” ujar Encik Zainal selaku Pengerusi Kelab Samudera Holding. Tan Sri Khalil sekadar mengangguk. melabuhkan duduk semula di atas kerusi. Dia

Begitu juga dengan Amirul dan Harris. Masingmasing mengambil tempat di sisi kiri dan kanan Tan Sri Khalil. “Kata tak suka. Aku tengok kau asyik berkepit aje dengan Si Harris tu,” bisik Fazura sebaik sahaja Liyana melabuhkan duduk disebelahnya. “Hesy, kau ni. Mana ada la. Dah dia ajak aku pergi site, aku ikutlah. Lagipun dia, kan bos aku. Kenalah dengar arahan dia,” bidas Liyana sambil mencebik. Tak habis-habis Fazura nak memadankannya dengan Harris.

106

Eliza AB

“Tapi, aku perasan muka Si Amirul tu lain macam aje tengok kau. Macam terkejut pun ada, cemburu pun ada,” beritahu Fazura. Itulah yang dapat dirasakan ketika ini. Berkerut dahi Liyana mendengarnya. Bukan sahaja Fazura, malah dia juga turut sama menyedari akan riak di wajah Amirul. Mungkin Amirul terkejut melihatnya, begitu juga dengan dia. Sungguh dia tidak menyangka Amirul merupakan Pengurus Besar Samudera Holding. Jika dia mengetahuinya lebih awal, sudah pastilah dia tidak akan mencari pasal dengan lelaki itu. “Kau sembunyikan sesuatu daripada aku ya Lia?” duga Fazura dan memandang tepat ke muka Liyana. Mencari jawapan di muka itu. “Eh… mana ada,” bidas Liyana sedikit gugup. “Lepas ni aku nak tau semuanya,” desak Fazura. Dia pasti akan nalurinya itu. Liyana cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dan dia perlu tahu akan perkara itu. Aduh! Zura ni tau aje kalau aku sembunyikan sesuatu daripada dia. Takkan aku nak ceritakan pada dia pasal Amirul kut. Malulah aku. Dibuatnya Amirul ambil tindakan ke atas aku, satu hal pulak nanti. Adoi! Apa aku nak buat ni? Liyana bermonolog dalam hati. Keluhan berat terlepas daripada bibir. Setelah hampir sejam bermesyuarat dan kata sepakat diambil, mereka beransur keluar dari bilik mesyuarat itu. Tugasan sudah pun diagih-agihkan oleh Encik Zainal. Kebetulan Liyana dan Fazura berserta dua orang staf bahagian kewangan ditugaskan dalam penyediaan hadiah. Mudahlah bagi Liyana untuk berbincang dengan Fazura kelak. “Lia jadi pasangan saya malam dinner tu boleh?” pelawa Harris sebaik sahaja habis bermesyuarat.

107

Gurauan Berkasih

Terkejut Liyana dengan pelawaan Harris. Dia memandang Harris berserta kerutan di dahi. Keihklasan yang terpancar di wajah Harris membuatkan hatinya terusik. Perlukah dia bersetuju dengan pelawaan Harris itu? “Erk… Lia bukannya cantik. Buat malu Harris aja nanti,” tolak Liyana lembut. Kalau boleh dia tidak mahu berpasangan dengan Harris. Biarlah dia tidak punya pasangan daripada dipandang serong oleh pekerja di Samudera Holding. “Lia cantik dan menawan di hati saya,” balas Harris dan tersenyum manis. Dia mengharapkan Liyana bersetuju dengan pelawaannya itu. Liyana mengeluh. Sedari tadi dia menyedari akan pandangan Amirul terhadapnya. Begitu juga Tan Sri Khalil, tidak jemu-jemu memandangnya. Naik rimas pula dia melihatnya. Terasa dirinya dikawal oleh kedua-dua beranak itu. “Baiklah. Kalau saya malukan Harris, saya minta maaf. Saya ni bukannya pandai nak bergaya sakan seperti orang lain,” ujar Liyana jujur dan berharap Harris mengerti akan apa yang diperkatakan itu. Dia juga berharap Harris menarik balik pelawaannya tadi. “Terima kasih Lia. Saya yakin, Lia takkan malukan saya. Saya janji akan buat Lia bangga dengan diri Lia sendiri.” Ujar Harris riang sambil menggenggam erat tangan Liyana. Syukur dalam hati kerana Liyana sudi menjadi pasangannya pada malam itu. Bagi Liyana itu merupakan satu bala buat dirinya. Belum pernah dia menghadirkan diri di majlis-majlis makan malam. Malah ketika di universiti dahulu, dia sering mengelak daripada menghadiri majlis seperti itu. Walaupun

108

Eliza AB

berkali-kali Fazura mengajak, namun ditolak keras. Dia tidak suka suasana yang hingar-bingar. Dia tidak suka suasana romantik. Suasana romantik membuatkan tengkuknya meremang dan takut. Takut pada dirinya sendiri. Apa aku nak buat ni? Keluh Liyana dalam hati.

“APA hal Tan Sri Khalil nak jumpa dengan aku, Zura?” tanya Liyana gusar sambil menggenggam tangannya sendiri. Kecut perut tatkala mendapat panggilan memintanya berjumpa dengan Tan Sri Khalil. Hatinya tertanya-tanya sama ada dia ada melakukan kesalahan ataupun tidak. “Kau ada buat salah ke Lia?” soal Fazura curiga. Hatinya turut tertanya-tanya. “Setahu aku, tak ada pun. Kalau ada pun, Harris selalu tolong coverkan untuk aku. Malah Harris banyak tegur aku kalau aku ada buat silap. Tak adalah sampai ke pengetahuan bos besar,” beritahu Liyana berserta keluhan berat. Perbualan mereka terhenti tatkala intercom Fazura berbunyi. Segera Fazura menjawabnya. Terangguk-angguk kepala Fazura. “Tan Sri suruh kau masuk sekarang,” ujar Fazura sebaik sahaja talian dimatikan. Liyana sekadar mengangguk. Lantas dia mengatur langkah menuju ke bilik Tan Sri Khalil. Senyuman hambar dihadiahkan buat Fazura. Kemudian, dia sudah pun berdiri di hadapan bilik Tan Sri Khalil. Dia mengetuk pintu dan menguak daun pintu bilik sebaik sahaja mendapat arahan berbuat begitu.

109

Gurauan Berkasih

“Masuk Liyana,” arah Tan Sri Khalil tatkala melihat susuk tubuh Liyana. Liyana menapak masuk. Kelihatan Amirul sedang duduk berhadapan dengan Tan Sri Khalil. Entah mengapa jantungnya berdegup dengan kencang. Terasa gelabah dan resah apabila berhadapan dengan Amirul. Entah-entah dia mengadu dengan Tan Sri Khalil pasal aku pecahkan cermin kereta dia hari tu tak, duga hatinya. Serta-merta mukanya berubah pucat. Risau Tan Sri Khalil memintanya supaya membayar ganti rugi atas perbuatannya itu. “Silakan duduk Liyana,” arah Tan Sri Khalil lagi. Liyana akur. Lantas dia melabuhkan duduk bersebelahan dengan Amirul. “Saya tak tau pulak awak bekerja kat sini. Selama dua minggu saya cari awak, Liyana,” bicara Tan Sri Khalil sambil bersandar ke belakang. Pandangannya jatuh ke muka Liyana. Liyana menelan liur. Selama dua minggu Tan Sri Khalil cari aku? Untuk apa? Adakah disebabkan kes aku dengan Amirul dahulu? “Tan Sri… saya minta maaf sebab pecahkan cermin kereta Encik Amirul. Kalau Tan Sri minta saya bayar ganti rugi di atas kerosakan itu, insya-Allah saya akan bayar. Tapi, berilah saya masa untuk kumpul duit terlebih dulu,” jelas Liyana tanpa berselindung. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. Berkerut-kerut Tan Sri Khalil mendengarnya. Apa yang dimaksudkan oleh Liyana? Cermin kereta? Niatnya memanggil Liyana adalah untuk berkenal-kenalan dengan Liyana dan bukan ada maksud lain. Hanya ingin mengenali gadis yang telah mencuit hati tuanya itu.

110

Eliza AB

“Apa maksud awak, Liyana?” tanya Tan Sri Khalil kurang faham. “Papa, dia nilah yang pecahkan cermin kereta Rul hari tu,” celah Amirul yang sedari tadi membisu. Senyuman kemenangan terukir di bibirnya. Tan Sri Khalil mengangguk. Barulah dia faham akan maksud Liyana sebentar tadi. Diamati wajah Liyana dan Amirul silih berganti. Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Amirul dan juga Liyana. Seperti mereka berdua telah lama mengenali antara satu sama lain. Liyana menundukkan muka. Sungguh dia rasa bersalah ketika itu. Jika Tan Sri Khalil ingin menghukumnya, dia reda dan menerimanya dengan hati yang terbuka. “Saya minta maaf,” ucap Liyana perlahan. “Sejak bila pulak awak mengaku kalah ni? Mana pergi lakonan awak selama ini? Awak, kan pandai berlakon mengalahkan Siti Saleha dalam drama popular Nora Elena tu,” sindir Amirul seakan berbisik. Kemudian, dia melepaskan ketawa kecil yang hanya boleh didengari oleh Liyana. Puas hatinya kerana dapat mengenakan gadis itu. Liyana menahan geram di hati. Sindiran Amirul menusuk ke tangkai hatinya. Pada waktu dan ketika ini, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Jika dia diberi kuasa, mahu sahaja dia menempeleng Amirul di depan Tan Sri Khalil. Biar padan dengan mukanya. Entah mengapa, dengan tiba-tiba sahaja, dia mendapat akal nakalnya. Kali ini dia perlu mengenakan Amirul secukup-cukupnya. Dia tidak peduli dengan perasaan Tan Sri Khalil di situ asalkan dia dapat membalas sindiran Amirul sebentar tadi. Kau nak tengok sangat lakonan aku, kan? Baik, aku buktikan betapa hebatnya lakonan aku ni. Bisik Liyana dalam hati.

111

Gurauan Berkasih

“Erk… Tan Sri, boleh saya bagitau satu cerita pada Tan Sri?” pinta Liyana berserta senyuman di bibir. Senyuman penuh makna. “Yes… you may proceed,” balas Tan Sri Khalil. Liyana bingkas bangun. Biar nampak real sikit, desis hatinya. Tapi, kena buat muka sedih dulu, baru menjadi lakonan aku nanti. Liyana menghampiri Tan Sri Khalil. Diamati wajah lelaki tua itu. Melihatkan wajah Tan Sri Khalil, membuatkan dia teringat akan ayahnya. Apakah ayahnya merinduinya sepertimana dia merindui lelaki itu? Memikirkan tentang ayahnya, hati Liyana menjadi sebu dan sebak. Dia mengerdip-ngerdipkan kelopak matanya. Cuba menahan air mata daripada gugur. “Kalau Tan Sri nak tau, saya dan Amirul dah lama kenal. Malah kami pernah bercinta selama setahun. Dia juga pernah kecewakan saya, Tan Sri. Dia janji nak sehidup semati dengan saya. Alih-alih bila dia jumpa perempuan lain, saya ditinggalkan. Malah janji-janjinya pada saya, hanya tinggal janji aje,” cerita Liyana dalam nada sebak. Dia berpura-pura menyeka air matanya. Wek! Sehidup semati? Geli aku! Kutuk Liyana dalam hati. “What?!” jerit Amirul pantas berdiri. Panas hatinya mendengar cerita yang direka-reka oleh gadis itu. “Apa yang awak merepek ni, Liyana?” “Amirul, duduk!” arah Tan Sri Khalil. “Teruskan Liyana!” arah Tan Sri Khalil tidak sabar. Dia perlu mengetahui cerita yang sebenar. Amirul akur dengan arahan Tan Sri Khalil. Lantas dia duduk semula di kerusinya. Hatinya membengkak tibatiba. Begitu sekali lakonan Liyana. Mengada-adakan cerita yang tidak ada.

112

Eliza AB

Liyana mengangguk. Kemenangan berpihak kepadanya. Cukup berkesan lakonannya itu. Terimbas di kepalanya trofi pelakon terbaik yang bakal dimenanginya dalam Anugerah Skrin tahun hadapan. Liyana ketawa dalam hati memikirkannya. Kemudian, dia mengerling ke arah Amirul. Sungguh tegang muka mamat hingusan itu. Pasti kemarahan sedang menjalar dalam diri Amirul waktu ini. “Baru-baru ni Amirul datang jumpa saya. Dia suruh saya jangan ganggu dia lagi. Dia minta saya jauhkan diri saya daripada dia. Malah dia beritahu saya yang dia nak berkahwin dengan perempuan pilihan hatinya. Disebabkan rasa cinta saya pada Amirul, saya tak ambil pusing dengan arahannya. Malah saya minta tolong kawan baik saya carikan saya kerja di Samudera Holding ni. Dengan bekerja di sini, saya lebih dekat dengan Amirul dan saya boleh pikat hatinya semula,” cerita Liyana lagi berserta air mata palsunya. Huh! Hebat betul lakonan aku ni. “Awak jangan nak menipu, Liyana! Sejak bila pulak kita bercinta?” bidas Amirul pantas. “Sampai hati awak buat saya macam ni,” keluh Liyana sebak. Dia memandang Amirul dengan wajah simpati. “Kalau Tan Sri nak tau, cermin tu saya pecahkan sebab saya marahkan Amirul. Tapi, kalau Tan Sri nak juga saya gantinya, saya boleh ganti. Tan Sri boleh tolak dari gaji bulanan saya,” tambahnya lagi menagih simpati daripada Tan Sri Khalil pula. Tan Sri Khalil menanggalkan cermin matanya. Diraup lembut mukanya sekali. Lantas dia bangun dari duduknya dan menghampiri Liyana yang sedang membuang pandang ke luar jendela. Rasa kecewa menyerbu diri. Kecewa

113

Gurauan Berkasih

dengan sikap dan perangai Amirul. Tidak menyangka Amirul berperangai seperti itu. “Macam nilah Liyana. Awak tak perlulah bayar ganti rugi cermin yang dah awak pecahkan tu. Saya halalkan perbuatan awak tu,” ujar Tan Sri Khalil lembut. Dia menyentuh lembut bahu Liyana. Yes! Berjaya juga lakonan aku ni. Ha... padan muka kau Amirul! Kau sindir aku ya tadi? Sekarang ni kau telanlah sindiran kau tu. Yang pasti, aku tak payah bayar cermin kereta kau yang dah aku pecahkan tu. Yahoo! Monolog Liyana dalam hati berserta senyuman puas. “Terima kasih Tan Sri. Saya hargai jasa baik Tan Sri itu,” ucap Liyana berserta senyuman di bibir. Dia mengerling ke arah Amirul yang sedang mengepal tangannya sendiri. Marah benar mamat hingusan tu. “Tapi….” Tan Sri Khalil mematikan ayatnya. “Tapi apa?” ulang Liyana berserta kerutan di dahi. Tan Sri Khalil melangkah menuju ke sofa dan duduk di situ. Nafasnya ditarik dan dilepaskan pendek. Jika benarlah apa yang diperkatakan oleh Liyana, dia tidak teragak-agak untuk menyunting Liyana sebagai menantunya. Sejak pertemuan pertamanya dengan Liyana, hatinya terdesak untuk menjadikan Liyana sebagai menantunya. Dan hari ini niatnya itu seakan-akan menjadi kenyataan. Selama ini Amirul dan Liyana punya hubungan istimewa tanpa pengetahuannya. “Ada syaratnya Liyana,” ujar Tan Sri Khalil. “Syarat?” ulang Liyana. Makin jelas kerutan di dahinya itu. Aduh! Apa lagi ni? Ingatkan dah lepas. Ruparupanya tak lepas juga lagi ni. Nak kena tapis berapa peringkat lagi ni? Aku dah letih nak berlakonlah, gerutu

114

Eliza AB

Liyana dalam hati. Dia menghampiri Tan Sri Khalil di sofa dan berdiri di hadapan lelaki itu. “Saya nak Liyana jadi menantu saya. Saya nak pinang Liyana untuk Amirul.” Sambung Tan Sri Khalil berserta senyuman penuh makna di bibir. “What?!” Serentak Liyana dan Amirul bersuara. Amirul pantas berdiri. Liyana terkedu. Mampus!

“ADUH!” rengek Liyana tatkala Amirul menolak kasar badannya sehingga membuatkan dia jatuh terjelepok ke tanah. Sebaik sahaja keluar dari bilik Tan Sri Khalil, Amirul segera mengheret kasar Liyana menuju ke taman di belakang Menara Samudera. Marah benar Amirul waktu itu sehinggakan tiada rasa belas kasihan terhadap Liyana. Liyana tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Dia sekadar berserah kepada Allah akan nasibnya itu. “Puas hati kau sekarang? Hebat betul lakonan kau tadi sehinggakan bulat-bulat papa aku percaya dengan katakata kau. Pandai kau tipu papa aku dengan muka simpati kau tu. Perempuan jenis apa kau ni?! Apa motif kau yang sebenarnya?!” marah Amirul tidak tertahan lagi. Matanya tajam dihalakan ke muka Liyana. Liyana sekadar membisu. Dia juga tidak menyangka semua itu akan berlaku. Dia termakan dengan lakonannya sendiri. Sungguh, bukan itu niatnya yang sebenar. Jika dia tahu semua ini akan terjadi, tidak mungkin dia akan berlakon sebegitu rupa.

115

Gurauan Berkasih

“Aku nak kau berterus terang dengan papa aku perkara yang sebenarnya. Kalau tak, taulah nasib kau nanti!” tengking Amirul lagi. Tangannya dikepal erat. Tunggu masa untuk melayang sahaja. Liyana masih membisu. Otaknya ligat berfungsi mencari jalan penyelesaian. Amirul di hadapan dipandang kosong. Jika Dato’ Zulkifli mendapat tahu akan perkara ini, sudah pastilah dia akan ditengking dan dimarahi secukupcukupnya. Mujurlah Tan Sri Khalil tidak bertanyakan tentang keluarganya. Jika tidak, bagaimana harus dia menjawab pertanyaan Tan Sri Khalil itu? “Hei… kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?” tanya Amirul sambil mencengkam lengan Liyana. Sakit hatinya melihat Liyana hanya membisu dan membatu mengalahkan patung cendana lagaknya. Liyana mengerutkan dahi. Menahan kesakitan akibat cengkaman kuat Amirul. Apa yang perlu dilakukannya lagi? Nasi sudah menjadi bubur. Terlajak perahu, bolehlah diundur, tapi kalau terlajak kata, dah tak boleh nak reversereverse. Nak tak nak, kena juga telan walaupun pahit melebihi pahit ubat di klinik mahupun hospital. Liyana tersandar lesu. Setelah puas menghamburkan segala amarah, Amirul meninggalkannya di situ. Begitu marah Amirul terhadapnya. Niatnya sekadar bergurau. Tetapi, gurauan itu telah memakan dirinya sendiri. Bagaimana untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada Tan Sri Khalil? Apa tanggapan Tan Sri Khalil terhadapnya nanti? Terasa batu konkrit sedang menghempap bahunya kini. Liyana perlu memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Jika tidak, sudah pastilah Amirul akan terus-terusan mendesak dan memarahinya. Terasa

116

Eliza AB

maruahnya begitu rendah di mata pemuda itu. Teganya Amirul menuduhnya perempuan mata duitan. Perempuan tak sedar diuntung. Perempuan tak tahu malu. Perempuan kampung. Perempuan hodoh dan lain-lain yang boleh diberi gelaran buat dirinya. Kalau gelaran pelakon terbaik diberi kepadanya waktu ini, kembanglah juga hatinya kerana dia telah berjaya melakonkan satu watak dengan berkesan sekali. Ini tidak, gelaran yang begitu menyakitkan hati yang diberi oleh Amirul buat dirinya. Sampai hati! “Pinang saya?” ulang Liyana terkejut. Tan Sri Khalil mengangguk. “Erk… saya rasa Tan Sri dah silap tafsir. Saya dengan Amirul, dah lama berpisah,” beritahu Liyana cuba membetulkan keadaan. Dia mengerling ke arah Amirul yang sedang merenung tajam ke arahnya. Kecut perut dibuatnya ketika itu. Terasa kelat air liur yang ditelan. “Saya tak salah tafsir tentang hubungan kamu berdua, Liyana. Saya serius ingin bermenantukan Liyana,” beritahu Tan Sri Khalil jujur. Mampus aku! Tu la berlakon lagi. Sekarang, kan dah kena. Ha... makan sendirilah kau punya lakonan Lia, bebel Liyana dalam hati. “Tapi Tan Sri….” “Papa… semua ni tak masuk akal. Terus terang Rul katakan yang Rul tak kenal dengan dia. Rul baru kenal dia beberapa jam yang lepas. Papa tak boleh buat keputusan drastik macam ni. Ini masa depan Rul,” bantah Amirul keras. Dia menghampiri Tan Sri Khalil dan mencapai tangan lelaki itu. “Rul dah ada pilihan Rul sendiri. Rul janji akan bawanya berjumpa dengan papa.” Tan Sri Khalil melepaskan keluhan berat. Tidak mungkin dia menukar fikiran. Keputusan sudah pun diambil.

117

Gurauan Berkasih

Dia juga nekad untuk menjadikan Liyana sebagai menantunya. Dia yakin Liyana akan membahagiakan Amirul. Liyana merupakan pilihan yang tepat berbanding dengan perempuan-perempuan di luar sana yang sering mengejar dan berdampingan dengan Amirul. “Keputusan papa muktamad!” Keras nada suara Tan Sri Khalil memutuskan kata-katanya. Lamunan Liyana terhenti tatkala telefon bimbitnya berbunyi. Lantas dia menyeluk poket baju kurung dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Ditekan butang hijau dan dilekapkan ke telinga. “Awak kat mana Lia?” tanya Harris bernada risau. “Ha… saya… saya kat ladies Harris. Ada apa?” bohong Liyana. Buat masa ini dia perlu bersendirian dan tidak mahu diganggu. Kepalanya sarat dengan masalah. “Baiklah! Saya tunggu Lia kat pejabat. Ada perkara yang nak saya bincangkan dengan Lia,” beritahu Harris. “Bagi saya sepuluh minit.” Ujar Liyana lalu mematikan talian. Bingkas dia bangun dari duduk dan menapak masuk ke dalam Menara Samudera.

AMIRUL melabuhkan duduk di atas kerusi kayu yang tersedia di halaman rumah. Bulan dan bintang menjadi peneman kala itu. Terasa nyaman dan tenang. Bertemankan bunyian cengkerik yang berdondang sayang, menambahkan keasyikan melayan perasaan sendiri. Disapa angin malam, membuatkan badannya sedikit menggigil kesejukan. Mujurlah baju sejuk yang membaluti tubuh dapat memberikan hangat sedikit pada tubuhnya.

118

Eliza AB

Amirul melepaskan keluhan berat untuk kesekian kalinya. Bagaikan ada satu bebanan berat yang sedang digalasnya. Semuanya gara-gara keputusan Tan Sri Khalil yang ingin menjodohkannya dengan Liyana. Ya, Liyana... gadis yang kini menjadi musuhnya selepas apa yang telah dilakukan oleh gadis itu siang tadi. Tergamak Liyana membuat cerita membabitkan dirinya sehingga dia diberi hukuman seperti itu. Hukuman daripada Tan Sri Khalil yang ingin bermenantukan Liyana. Sudah gilakah Tan Sri Khalil menjodohkannya dengan perempuan yang tidak tahu asal usulnya? Perempuan yang baru sebulan dikenalinya. Perempuan yang ala-ala Betty Suarez dalam drama Ugly Betty. Perempuan yang bukan menjadi pilihan hatinya dan macam-macam lagi yang boleh diberi gelaran buat Liyana. Penat otaknya berfikir. “Hai!” tegur seseorang dari mematikan lamunan Amirul yang panjang. arah belakang

Segera Amirul menoleh dan terlihat Laila sedang berdiri sambil tersenyum mesra. “Hai!” balas Amirul acuh tak acuh. Sibuk betul! Mengacau betullah dia ni, gerutu Amirul dalam hati. “Buat apa sorang-sorang kat sini?” tanya Laila berbasa-basi sambil melabuhkan duduk bersebelahan Amirul. Amirul mengengsot sedikit menjauhi Laila. Sejak dahulu sehinggalah sekarang dia tidak menyenangi sikap Laila. Entah mengapa, dia sendiri tidak pasti. Laila selalu mempamerkan tingkah yang kurang senang di matanya. Mungkin perangai Laila begitu. Manja yang dibuat-buat dan sedikit gedik. “Saja. Panas kat dalam tu,” balas Amirul malas. Laila tertawa kecil. Dia menyedari akan

119

Gurauan Berkasih

ketidakselesaan Amirul. Walau bagaimanapun penerimaan Amirul, dia akan cuba sedaya upaya untuk memikat hati Amirul. Kata-kata Anita dahulu masih terngiang-ngiang di gegendang telinga. Benarkah Liyana berkawan rapat dengan Amirul? Tapi, bagaimana pula dengan Shasha? “Shasha apa khabar?” tanya Laila bertujuan membawa Amirul berbual dengannya. “Shasha? Dia sihat. Kenapa you tanya?” soal Amirul lalu meluruskan pandangan ke muka Laila. “Saja I tanya. Seminggu yang lepas, I nampak dia dengan seorang lelaki. I ingatkan you… tapi rupa-rupanya bukan. Mesra bukan main I tengok,” cerita Laila. Pertemuannya dengan Shasha seminggu yang lepas terimbau semula. Sungguh dia terkejut melihat kemesraan Shasha bersama lelaki itu. Bagaikan pasangan kekasih lagaknya. Amirul terkejut. Namun dicuba kawal sebaik mungkin rasa terkejutnya. Benarkah apa yang diperkatakan oleh Laila itu? Shasha bersama dengan seorang lelaki? Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Shasha, selepas pertengkaran mereka sebulan yang lepas. Disebabkan itu, dia tidak menghubungi Shasha. Difikirkan Shasha akan mengaku kalah, ternyata fikirannya meleset. Ego Shasha melebihi egonya. “You jumpa…” Belum sempat Amirul bertanya lanjut, kedengaran namanya dipanggil dari arah belakang. Serentak dia dan Laila menoleh. Kelihatan papa, mama dan yang lain-lain menuju ke arahnya. “Uncle nak balik dah?” tanya Amirul sebaik sahaja Dato’ Zulkifli berdiri di hadapannya. Dato’ Zulkifli sekadar mengangguk. Dia menepuk lembut bahu Amirul. Dihulurkan tangan untuk bersalaman dengan Amirul dan disambut baik oleh Amirul.

120

Eliza AB

“Senang-senang nanti, datanglah rumah uncle,” pelawa Dato’ Zulkifli ikhlas. “Insya-Allah, ada masa nanti saya datanglah,” ujar Amirul sekadar menyedapkan hati orang tua itu. Jauh di sudut hati, tidak ingin dia bertandang ke rumah Dato’ Zulkifli. Tambah-tambah lagi berjumpa dengan Laila. Jika ada Adif, dia masih boleh menerimanya tetapi tidak Laila. Setelah memastikan kereta Dato’ Zulkifli hilang di sebalik kepekatan malam, Tan Sri Khalil berehat sebentar di laman rumah. Dia mendongak ke langit yang ditemani dengan bintang dan bulan. Keheningan pada malam itu membuatkan dirinya begitu tenang dan damai. Terasa ingin membelai diri dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa di kerusi itu. “Abang ni kenapa?” tegur Puan Sri Marissa sebaik sahaja terlihat suaminya duduk termenung di halaman rumah. Amirul sudah pun masuk ke dalam rumah untuk berehat. “Abang tengah fikirkan pasal Amirul,” jawab Tan Sri Khalil berserta keluhan ringan. Puan Sri Marissa duduk bersebelahan Tan Sri Khalil. Diamati wajah tua suaminya itu. Wajah yang menemaninya selama dua puluh lapan tahun. Wajah yang mengajar dia erti rindu dan cinta yang sebenarnya. Kasih sayangnya selama ini tumpah kepada wajah itu. “Kenapa dengan Amirul? Abang tak perlulah fikirkan sangat tentang Amirul tu. Dia dah cukup matang untuk fikirkan yang mana baik dan yang mana buruk,” nasihat Puan Sri Marissa sambil menggenggam tangan Tan Sri Khalil. Dia melentokkan kepala ke bahu Tan Sri Khalil. Bagaikan orang sedang bercinta lagaknya.

121

Gurauan Berkasih

“Abang tahu Mar… tapi kalau boleh, abang nak yang terbaik buat Amirul,” ujar Tan Sri Khalil. “Jangan dipaksa-paksa Amirul tu bang. Nanti memberontak pulak dia,” nasihat Puan Sri Marissa lagi. “Abang nak bagitau Mar sesuatu. Dan abang harap, Mar bersetuju dengan cadangan abang ni,” luah Tan Sri Khalil dengan nada lembut. “Mar ikut aje bang. Kalau abang rasa tu yang terbaik buat Amirul, Mar tak ada bantahan,” kata Puan Sri Marissa. Selama ini dia hanya mengikut sahaja kata-kata Tan Sri Khalil. Bagi Puan Sri Marissa, Tan Sri Khalil tahu apa yang terbaik buat Amirul. “Abang nak jodohkan Amirul dengan Liyana, pekerja abang di syarikat tu. Abang berkenan betul dengan Liyana tu. Kalau Mar nak tau, Liyana tu la yang telah selamatkan abang daripada dilanggar kereta tempoh hari,” cerita Tan Sri Khalil pada niat yang sebenar. Puan Sri Marissa mengangkat kepala. Terkejut mendengar penjelasan Tan Sri Khalil. Pernah juga dia mendengar cerita mengenai gadis yang menyelamatkan suaminya daripada dilanggar kereta. Selama beberapa hari suaminya bercerita akan kebaikan gadis itu. Suaminya juga pernah mencari gadis tersebut. Dan rupa-rupanya gadis itu bekerja di syarikat mereka selama ini. “Ya Allah, ya ke bang? Mar nak jumpa dengan dialah, nak ucapkan terima kasih kerana selamatkan suami Mar daripada dilanggar kereta.” Teruja Puan Sri Marissa menuturkannya. Sungguh dia ingin berkenalan dengan gadis itu. “Insya-Allah, nanti abang kenalkan Liyana dengan Mar. Sudahlah, hari pun dah lewat ni. Jom kita masuk. Awak

122

Eliza AB

tu tak boleh berembun lama sangat. Badan awak tu bukannya sihat sangat.” Bebel Tan Sri Khalil seraya bangun dari duduknya. Puan Sri Marissa turut sama bangun. Dia membuntuti Tan Sri Khalil masuk ke dalam rumah. Hatinya tidak sabar untuk berjumpa dengan gadis itu. Terasa ingin mengenali gadis yang selalu diceritakan oleh suaminya itu. Mungkin ada yang menarik tentang Liyana membuatkan Tan Sri Khalil ingin bermenantukannya. Dan itu semua akan dihuraikan tidak lama lagi.

123

Gurauan Berkasih

Bab 7
Liyana menoleh. Terlihat Harris sedang berlari ke arahnya. Hesy, nak apa lagi Si Harris ni? Tak habis-habis nak berkepit dengan akulah, gerutu Liyana dalam hati. Dia melemparkan segaris senyuman buat Harris. “Jom!” ajak Harris sambil menarik tangan Liyana. “Eh… jom ke mana?” tanya Liyana dan menarik tangannya daripada pegangan Harris. “La… naik dengan sayalah,” balas Harris dan tersenyum. “Tak mengapalah Harris. Lia naik dengan Fazura aje. Lia dah janji dengan Fazura,” tolak Liyana lembut. Tidak mungkin dia akan mengikut Harris. Khuatir akan dipandang serong oleh pekerja-pekerja lain di syarikat itu. “Lia bagitaulah Fazura yang Lia naik dengan Harris,” cadang Harris berserta wajah mengharap.

“L

IA!” panggil Harris sedikit menjerit.

124

Eliza AB

Aduh! Gawat ni. Macam mana aku nak tolak ni? Zura… mana pulak dia ni pergi? Aku dah naik rimas dengan perangai Harris ni, getusnya dalam hati. “Tak apalah. Lia betul-betul dah janji dengan Zura. Kesian pulak dia drive sendiri tanpa teman,” tolak Liyana lagi. Berharap alasannya itu cukup kukuh untuk menolak pelawaan Harris. “Ermmm… baiklah. Tapi dengan syarat, balik KL nanti, Lia naik dengan saya.” Harris terpaksa mengaku kalah. Jauh di sudut hati, dia ingin Liyana menemaninya dalam perjalanan menuju ke Teluk Batik. Alangkah seronoknya jika ia berlaku. “Harris!” laung Amirul dari jauh. Serentak Liyana dan Harris menoleh. Kelihatan Amirul menapak menuju ke arah mereka berdua. Liyana mengeluh berat. Ingin sahaja dia berlalu pergi dari situ. Tidak mahu bertentang mata dengan Amirul. Kata-kata hina Amirul masih lagi tersemat dalam kotak fikiran. Dan tidak mungkin dia dapat melupakannya begitu sahaja. “Aku ikut kaulah. Aku malas nak drive,” ujar Amirul sebaik sahaja dia berhadapan dengan Harris. “Lia minta diri dulu… nak cari Fazura,” celah Liyana dan berlalu pergi dari situ. Terasa sesak nafasnya tatkala berhadapan dengan Amirul. Harris sekadar mengangguk. Ekor matanya sahaja mengekori langkah Liyana hingga hilang daripada pandangan mata. Kemudian, dikalihkan pandangan ke muka Amirul pula. “Kau ni kacau daunlah. Tak senang aku nak

125

Gurauan Berkasih

berdating dengan Lia,” marah Harris sengaja membuatkan Amirul rasa bersalah. “Kau serius ke dengan dia?” soal Amirul ingin tahu. Mereka berdua beriringan melangkah menuju ke tempat parkir kereta. Harris membolos masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjin sementara menunggu Amirul meletakkan bagasi ke dalam bonet kereta. Kemudian, Amirul masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar. Harris menggerakkan keretanya perlahan dan mengekori kereta Fazura dari belakang. Soalan Amirul tadi dipandang sepi. “Kau serius ke dengan dia?” ulang Amirul. “Siapa?” tanya Harris pura-pura lurus. “Liyana!” “Kalau aku kata serius macam mana?” duga Harris berserta senyuman. Tumpuan penuh diberi kepada pemanduannya. Amirul mencebik. Belum pernah dia melihat Harris segembira ini. Liyana benar-benar membuatkan Harris angau dan jatuh cinta. Sungguh licik Liyana memainkan peranan. Bukan sahaja Harris yang tertipu, malah dirinya juga tertipu dengan lakonan hebat Liyana. “Kalau kau serius baguslah. Tapi aku nasihatkan kau agar lebih berhati-hati. Jangan mudah percaya dengan mulut manis sorang perempuan. Aku tak nak kau alami perkara yang sama seperti Azlin dulu,” nasihat Amirul ikhlas. Itulah yang diharapkan oleh Amirul. Dia tidak mahu Harris kecewa buat kali yang kedua. Dan dia tidak sanggup melihatnya. “Insya-Allah. Kali ini aku yakin Liyana bukan seperti

126

Eliza AB

Azlin. Aku harap kau doakan aku agar hubungan aku dengan Lia berjalan lancar.” Pinta Harris dan masih tersenyum. Amirul mengangguk. Entah mengapa hatinya berasa cemburu melihatkan kegembiraan di wajah Harris. Selama dia bercinta dengan Shasha, belum pernah sekali pun dia berasa gembira seperti Harris. Setiap kali berjumpa, ada sahaja perkara yang menjadi isu pergaduhannya dengan Shasha. Entah sampai bila dia akan berkeadaan begitu, dia sendiri tiada jawapannya.

“AKU susah hatilah, Zura. Apa yang perlu aku buat? Perlukah aku berterus terang dengan Tan Sri Khalil?” Liyana menyuarakan rasa gusarnya. Segala-galanya sudah pun diceritakan kepada Fazura. Hanya Fazura sahaja tempat untuknya mengadu segala resah gelisah. “Tu, la kau. Kalau ya pun nak berlakon, agakagaklah. Sekarang tengok apa dah jadi. Makan sendirilah kau punya lakonan tu,” kutuk Fazura tidak berlapik. “Kalau kau nak kutuk, baik aku tak payah cerita,” rajuk Liyana dan memuncungkan mulut. “Kau ni tak boleh kena tegur. Sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak merajuk. Aku panggil Harris baru tau. Biar dia aje yang pujuk kau,” usik Fazura sambil tersenyum nakal. “Hesy kau ni. Tak ada nama lain ke kau nak sebut? Balik-balik nama Harris tu juga yang kau sebutkan. Aku dengan dia tak ada apa-apalah. Kami berkawan aje,” bidas Liyana dan mencebik. “Alah… macamlah aku tak tau. Mulut kata tak nak, hati kata nak!” giat Fazura lagi lalu tergelak.

127

Gurauan Berkasih

“Ha ha ha… lawaknya. Kau boleh masuk Maharaja Lawaklah, Zura. Belum uji bakat, kau dah layak dulu dah,” ujar Liyana berserta ketawa kecil. “Pasal apa pulak?” tanya Fazura berserta kerutan di dahinya. “Sebabnya muka kau pun dah cukup lawak bagi dia orang. Dah tak payah nak uji bakat,” sahut Liyana lalu ketawa besar. “Kurang tiga sukulah otak kau ni Lia. Kalau masuk Tanjung Rambutan, dah memang layak benar.” Usik Fazura pula seraya mencubit paha Liyana. Liyana mengaduh sakit. Kemudian, mereka berdua ketawa mengenangkan tingkah masing-masing. Bagi Liyana, dia tidak terasa dengan kata-kata Fazura. Sudah dianggap biasa dengan situasi itu. Sekadar gurauan dan menggembirakan hati masing-masing.

SETIBANYA mereka di destinasi, masing-masing menuju ke bilik yang telah ditetapkan. Tiada aktiviti yang dijalankan pada petang itu. Mereka diberi kebebasan untuk melakukan apaapa aktiviti sebelum acara malam nanti. Liyana mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di persisiran pantai. Manakala Fazura, hanya terbongkang tidur di dalam bilik. Mungkin kepenatan memandu kereta membuatkan Fazura keletihan. Ada juga Liyana menawarkan diri untuk memandu, tetapi dihalang keras oleh Fazura. Sudahnya, Liyana hanya menjadi penumpang setia sepanjang perjalanan tadi. Liyana melabuhkan duduk di atas pasir. Ketenangan

128

Eliza AB

petang itu begitu mengasyikkan. Terasa ingin duduk berlama di situ sambil melayan perasaan. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia berenang di laut sekadar melepaskan lelah yang selama ini membelenggu diri. Sudah menjadi kebiasaan Liyana melepaskan segala masalah dengan berenang. Terasa satu kepuasan apabila berenang. Liyana melepaskan keluhan berat. Hampir sebulan dia tidak mengetahui berita tentang keluarganya. Adif juga tidak menelefonnya selepas pertemuan mereka di restoran dahulu. Dia juga takut untuk menelefon ibunya. Dikhuatiri akan dimarahi oleh Dato’ Zulkifli. Pernah sekali dia menelefon ibunya, namun panggilannya itu dijawab oleh Dato’ Zulkifli. Dia dimarahi dan dituduh meminta duit daripada Datin Suraya. Sungguh berat pertuduhan Dato’ Zulkifli itu. Salahkah dia menelefon sekadar untuk melepaskan kerinduan yang bertamu dalam hati? Salahkah dia menelefon sekadar untuk bertanya khabar tentang keluarganya itu? Liyana menyeka air matanya. Dia menarik nafas dan melepaskannya lembut. Otaknya ligat memikirkan beberapa soalan. Soalan yang tidak pernah putus sehingga ke hari ini. Adakah keluarganya sudah melupakannya? Adakah dirinya tidak begitu penting buat keluarganya? Jika difikirkan, sungguh menyesakkan nafas. Ditahan perasaan daripada merintih hiba, daripada merayu hiba. Perlukah dia menangis, merayu-rayu kepada keluarganya? Dia tidak perlu berbuat begitu. Hanya dengan cara menggembirakan diri sendiri sudah cukup menyeksakan, sudah cukup mendera hatinya. Bagaimana untuknya menghadapi semua itu lagi? Cukup kuatkah untuknya lagi? “Kau dah bagitau papa aku perkara yang sebenarnya?” tanya seseorang membuatkan lamunan Liyana bertempiaran lari.

129

Gurauan Berkasih

Hesy, siapa pulak yang mengganggu-gugat ketenangan aku ni? Sibuk betullah! Tak boleh tengok orang senang sikit, marah Liyana dalam hati lalu mendengus kasar. Seraya itu dia menoleh. Waduh! Mamat hingusan ni lagi. Mencemarkan pemandangan aku betullah! “Kau dah bagitau belum?” desak Amirul sedikit kasar. “Belum!” jawab Liyana sepatah. Bingkas Liyana bangun untuk beredar dari situ. Lebih lama dia di situ, ada sahaja ayat yang akan dihamburkan oleh mamat hingusan itu nanti. “Bila kau nak bagitau?” Amirul masih tidak berpuas hati. Pantas lengan Liyana ditarik kasar membuatkan Liyana terdorong ke belakang. Part ni yang aku tak suka ni. Sesuka hati mak bapak dia aje main tarik-tarik. Sekali aku cukur kepala tu sampai botak, baru dia tau. Free-free nanti jadi macam banduan kat Penjara Tapah tu, gerutu Liyana dalam hati dan tersengih. Eee… tak dapat aku bayangkan macam mana muka dia tu nanti kalau botak. Dia ketawa mengekek. Geli hati memikirkannya. “Oi… yang kau tersengih-sengih macam kerang busuk tu kenapa? Dah tu pulak ketawa mengalahkan Pontianak Harum Sundal Malam aje aku dengar,” tegur Amirul. Sakit pula hatinya melihat tingkah Liyana itu. Liyana menekup mulutnya. Sedar keterlanjurannya itu. “Erk… tak ada apa-apa.” akan

“Jadi bila kau nak bagitau papa aku?” ulang Amirul kepada soalan yang sama. “Kalau saya rasa nak bagitau, saya bagitaulah,” dengus Liyana geram.

130

Eliza AB

“Apa maksud kau? Kau ingat papa aku tu makanan ke yang kau boleh main rasa-rasa pulak? Atau kau sebenarnya suka dijodohkan dengan aku. Bolehlah kau kaut semua harta papa aku. Kau, kan pelakon terhebat. Macam-macam kau boleh buat untuk yakinkan papa aku tu betul, kan?” tuduh Amirul tidak berlapik. Dusss! ‘Sebiji batu’ mengenai kepala Liyana. Sungguh dia tidak menyangka begitu anggapan Amirul terhadapnya. Begitu sekali pertuduhan Amirul terhadapnya. Apakah dia seorang yang terdesak ingin merampas harta Tan Sri Khalil? Apakah dia tidak punya harga diri dan maruah? Dia ni menguji keayuan aku betullah. Sesedap mulut dia aje nak tuduh aku macam tu. Hesy… ada yang nak kena ni. Tak sior aku dengan harta bapak kau tu. Harta bapak aku pun banyak, tak terhabis dibuatnya, marah Liyana dalam hati. Mustahil ayah akan serahkan hartanya kepada aku, kata akalnya membidas. “Encik Amirul ni memang suka kat saya ya?” tanya Liyana sinis. “Apa maksud kau?” tanya Amirul mematikan pertanyaan Liyana. Berkerut-kerut dia memandang Liyana. Dia kata aku suka kat dia? Uwekkk! Nak termuntah aku dibuatnya, kutuk Amirul dalam hati. “Yalah… dari hari tu lagi Encik Amirul ni asyik main tarik-tarik lengan saya, tangan saya, badan saya. Apa best sangat ke badan saya ni hinggakan Encik Amirul suka sangat nak tarik?” balas Liyana bernada sindiran. Berkerut dahi Amirul mendengarnya. Dengan pantas dia melepaskan pegangannya. Terasa malu apabila disindir sebegitu. Tidak dinafikan kata-kata Liyana itu. Sejak

131

Gurauan Berkasih

pertemuan mereka sebulan yang lepas, dia banyak menyentuh badan gadis itu. Darjah kemarahan terhadap Liyana semakin meluap. Ha… tau pun takut. Dia ingat aku ni apa, sesuka hati mak bapak dia aje nak main pegang-pegang? Belum sempat suami aku pegang, dia dah pegang dulu. Hesy… kurang dah saham aku kalau dia dah sentuh aku. Tak bolehlah aku nak demand-demand sikit dengan bakal suami aku nanti, monolog Liyana dalam hati. “Terima kasih Encik Amirul. Lepas ni, tolong jangan pegang-pegang saya, ya? Saya saman Encik Amirul baru tau,” kata Liyana sambil mengusap lembut lengannya yang terasa sakit. Macam cengkam harimau aje mamat hingusan ni. Sakitnya, Ya Allah… hanya aku aje yang tau, bebel Liyana dalam hati. “Aku bagi masa seminggu untuk kau settlekan masalah ni. Kalau kau tak settle-settlekannya, taulah nasib kau kat syarikat tu,” ugut Amirul dan berkira-kira untuk berlalu pergi. “Encik Amirul dah lupa dengan apa yang Encik Amirul cakapkan dulu?” suara Liyana, mematikan niat Amirul untuk beredar dari situ. Kata-kata Amirul berlegar-legar di kotak fikiran. “Apa yang aku cakap?” ulang Amirul ingin tahu. Ada ke aku kata apa-apa kat dia? Liyana tersenyum sinis. Amirul di hadapan diperhati dari atas ke bawah. Dia menggaru-garu dagunya sendiri. Lagak seperti orang yang sedang berfikir. Dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa kecut perutnya melihat pandangan tajam Amirul itu. Dalam masa yang sama, dapat dirasakan ada debaran hebat yang sedang bergendang

132

Eliza AB

laju di dalam hatinya. Bagaikan pelari pecut seratus meter jantungnya berdegup. Apakah itu? “Encik Amirul dah tergoda dengan saya, kan? Kalau tak, kenapa bukan Encik Amirul aje yang berterus terang? Kenapa perlu tunggu saya yang kena jelaskan pada Tan Sri Khalil?” jelas Liyana sambil berpeluk tubuh. Senyuman sinis terukir di bibirnya. “Jangan nak perasanlah! Tak ada maknanya aku nak tergoda dengan kau. Kau yang buat hal dulu, kaulah yang kena settlekan,” protes Amirul. Gila apa? Seperti yang sudah dijangkakan oleh Liyana, Amirul pasti akan menafikannya. Jawapan tak boleh blah betul. Carilah jawapan yang bernas sikit, kutuk Liyana dalam hati. “Ermmm… kalau bukan tergoda….” Liyana berjeda seketika. “Jangan-jangan Encik Amirul yang teringin nak beristerikan saya, betul tak?” duga Liyana sambil menjongketkan kening. Matanya jatuh ke muka Amirul. Meletus ketawanya selepas menuturkan kata-kata itu. “Kau jangan nak perasanlah! Tak ingin aku nak memperisterikan kau yang mengalahkan Betty Suarez ni. Tengok kau pun aku tak seleralah!” sangkal Amirul sekali lagi dengan keras. Dia mendengus kasar. Tersentak Liyana mendengarnya. Buat kesekian kalinya, dia terasa dengan kata-kata Amirul. Namun dia cuba mengusir rasa hati daripada terkesan oleh pemuda itu. Riak di wajah dikawal sebaik mungkin. Kau kata tak ada selera? Tak apa… suatu hari nanti kau akan selera tengok aku. Betulbetul mencemarkan kesucian hati akulah dia ni, gerutu Liyana dalam hati. “Encik Amirul pun janganlah nak perasan. Tak

133

Gurauan Berkasih

ingin saya bersuamikan orang seperti Encik Amirul ni. Dahlah panas baran, berhingus pulak tu, tak handsome, mulut mengalahkan perempuan. Daripada Encik Amirul, ada baiknya saya pilih Encik Harris,” bidas Liyana selamba dan tersenyum senang. Tidak mahu dianggap kalah oleh Amirul. Hai Harris, nasib kaulah digunakan, bisik hati Liyana lagi. Bertambah panas Amirul mendengarnya. Kelancangan mulut Liyana yang tidak berinsuran itu membuatkan dirinya terasa dihina dan dipandang rendah oleh gadis itu. Tatkala dia dibandingkan dengan Harris, membuatkan darjah kemarahannya mendidih. Tidak dinafikan Harris mempunyai perasaan terhadap Liyana dan Harris sendiri mengakui di hadapannya tadi. “Dan lagi satu, orang seperti saya yang mengalahkan Betty Suarez ni, masih ada yang nak. Encik Amirul tau jawapannya bukan?” Tambah Liyana dan ketawa. Aku lagi lawa daripada Bettylah! Tak apa, dia belum kenal siapa aku lagi. Tunggu kau, aku akan terbeliakkan mata kau nanti. Sampai juling-juling mata kau tu aku buat. Masa tu taulah kau langit tu tinggi atau rendah. Jangan nak ikut sedap mulut aje kutuk aku. Jangan pandang aku sebelah mata. Aku pastikan kau tergoda dengan aku. Aku ni, pantang betul orang cabar. Kata-kata kau dulu aku semat kemas dalam hati aku ni. Walaupun ia menyakitkan hati, tapi aku yakin kau akan telan kata-kata kau semula. Liyana berazam kepada dirinya sendiri. Entah mengapa air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Selama beberapa hari ini, mudah sahaja dia menitiskan air mata. Mungkin kerana terlalu memikirkan tentang keluarganya.

134

Eliza AB

“KAU ke mana?” tanya Fazura sebaik sahaja melihat kelibat Liyana masuk ke dalam bilik. “Jalan-jalan kat tepi pantai kejap,” jawab Liyana dan melabuhkan duduk di birai katil. “Oh… kau tak bawa handphone ke? Tadi Harris call aku, tanya pasal kau,” beritahu Fazura. “Dia nak apa?” soal Liyana hairan. “Dia nak jumpa kaulah. Apa lagi... rindulah tu,” usik Fazura dan tertawa kecil. Liyana mencebik. Meluat mendengar usikan Fazura. Tidak habis-habis Fazura nak kenenkannya dengan Harris. Liyana tergeleng kecil memikirkannya. “Zura, aku dengan Harris berkawan aje dan tak lebih daripada tu. Aku tak nak dia menaruh harapan pada aku. Kau sendiri tau, kan hidup aku macam mana? Terumbang-ambing, dah macam anak pelarian Somalia aje aku ni,” bidas Liyana dan bangun dari duduknya. Dia mencapai telefon bimbit dan menyemak panggilan masuk, ternyata kesemuanya nombor telefon Harris. “Alah… alasan kau aje tu,” bidas Fazura. “Zura, macam mana aku nak settlekan masalah aku dengan Tan Sri Khalil tu? Tadi Amirul dah bagi warning kat aku lagi. Dalam masa seminggu ni, aku kena settlekan. Kalau tak, dia akan berhentikan aku kerja.” Liyana berterus terang. Berharap Fazura akan menyumbang sedikit cadangan buatnya. Fazura mengeluh berat. Dia menghampiri Liyana yang sedang berdiri di jendela sambil berpeluk tubuh. Wajah Liyana dipandang sayang. Terpancar kekusutan pada wajah itu.

135

Gurauan Berkasih

“Apa perasaan kau pada Amirul?” tanya Fazura sekadar menduga perasaan Liyana. “Erk… bersuara. “Kau ada perasaan pada dia, kan?” tebak Fazura. “Entahlah Zura. Tiap kali aku berhadapan dengan Amirul, jantung aku berdegup dengan kencang. Ada debaran dalam hati aku ni. Perasaan ni tak sama bila aku berhadapan dengan Harris. Aku sukakan Harris. Tapi… suka aku pada Harris sepertimana aku sukakan abang aku, Adif. Harris mengingatkan aku pada Adif,” luah Liyana dengan jujur. Itulah yang dirasakan selama dia berkawan dengan Harris. “Maknanya kau memang ada hati dengan Amirul la, ya?” teka Fazura sambil mengangkat keningnya. Liyana hanya membisu. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Tiada jawapan pada tekaan Fazura itu. Apa yang dirasakan itu sekadar khayalan sahaja. Tidak mungkin dia jatuh cinta kepada mamat hingusan itu. Dan dia berharap semua itu bohong belaka. “Hesy, buruk benarlah kau buat rupa macam tu. Dah macam beruk kat zoo pulak aku tengok,” usik Liyana tatkala melihat Fazura mengangkat-angkat keningnya sendiri. “Banyaklah kau punya beruk. Aku bertukar jadi gorilla baru kau tahu,” balas Fazura tidak mahu mengalah. Mukanya sudah mencuka. Merajuk! “Maafkan aku. Terima kasih kerana kau ambil berat tentang aku. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi aku. Kalau kau tak ada, bagaimana aku nak tempuhi hidup ni berseorangan,” luah Liyana ikhlas. Dia menggenggam erat tangan Fazura. aku… aku….” Tersekat-sekat Liyana

136

Eliza AB

“Aku akan sentiasa berada di sisi kau, Lia. Kalau kau sedih, aku pun turut sedih. Kalau kau rasa sakit, aku juga akan rasa sakitnya.” Balas Fazura berserta senyuman di bibir. Sungguh, itulah yang dirasakan selama dia mengenali dan berkawan dengan Liyana.

“ADIF, dapat call Lia?” tanya Datin Suraya. Riak cemas jelas terukir di wajahnya. “Tak dapat ibu. Di luar kawasan,” beritahu Adif jujur. “Adif kenal tak kawan-kawan Lia?” tanya Datin Suraya lagi. Adif sekadar menggeleng. Selama ini dia tidak pernah ambil tahu dengan siapa Liyana berkawan. Hanya Fazura sahaja yang Adif kenal. Itu pun secara kebetulan Liyana memperkenalkan dia dengan Fazura. Selain itu, siapa kawan-kawan Liyana, keluarganya juga tidak pernah diambil peduli. Termasuklah dirinya. Malu untuk mengaku sebagai abang Liyana jika semua tentang Liyana tidak diambil berat. Dan hari ini, semuanya menjadi rumit. Bagaimana untuk memberitahu tentang Dato’ Zulkifli kepada Liyana? “Adif cuba call lagi. Ibu masuk dalam tengok ayah kejap,” ujar Datin Suraya dan berlalu pergi dari situ menuju ke bilik rawatan Dato’ Zulkifli. Adif mengangguk. Lantas dia mendail nombor telefon Liyana semula. Namun masih tiada jawapan. Yang ada hanyalah suara operator yang meminta meninggalkan pesanan. Laila sudah diberitahu, namun batang hidung adiknya yang sorang itu tidak juga muncul-muncul.

137

Gurauan Berkasih

Kadang-kadang pening kepalanya memikirkan perangai Laila. Sikap panas baran dan memberontak Laila menguji kesabarannya sebagai seorang abang. Laila sering membandingkan dirinya dengan Liyana. Tidak dinafikan dia lebih menyayangi Liyana daripada Laila. Liyana sentiasa membuatnya tersenyum dan berasa tenang, tetapi Laila? Huh! Tahu-tahu sajalah perangai Laila yang terlebih manja dan gedik. Disebabkan dia mendapat sokongan daripada ayahnya, maka dia tidak terlalu menegur Laila. Biarlah Laila memikirkannya sendiri. Mungkin suatu masa nanti, Laila akan sedar akan kesilapannya selama ini, terutamanya terhadap Liyana. “Lia… mana Lia pergi ni?” bisik Adif bernada risau. Dia cuba mendail telefon bimbit Liyana berkali-kali namun tidak berhasil. Masih di luar kawasan. “Mungkin Zura tau di mana Lia?” Duga Adif pantas mendail nombor telefon Fazura. Berharap nombor yang didail ialah nombor Fazura. Nombor yang diberi oleh Liyana ketika Liyana belajar di universiti dahulu. Seminit menunggu, akhirnya talian disambungkan. Adif menarik nafas lega buat seketika.

LIYANA duduk termenung menghadap pantai. Bunyian ombak memecahkan kesunyian malam itu. Malam ini aktiviti yang dijalankan sekadar BBQ dan berkaraoke. Liyana lebih suka bersantai di tepi pantai daripada mendengar suara-suara sumbang mengalahkan katak panggil hujan saja bunyinya. Ada baiknya dia mengambil kesempatan untuk menenangkan perasaannya yang sedang berkocak hebat. Masalah yang sarat di kepala membuatkan dirinya terumbang-ambing mencari

138

Eliza AB

haluan hidup sendiri. Apalah erti hidup jika separuh daripada semangatnya hilang dibawa oleh keluarganya sendiri. Mungkin orang melihatnya sebagai seorang yang tidak punya apa-apa masalah, tetapi hakikatnya, dirinya itu penuh dengan masalah yang tidak berpenghujung. Entah bilalah nak selesainya, keluh Liyana dalam hati. “Duduk sorang-sorang kat sini kenapa?” tegur Harris sambil melabuhkan duduk bersebelahan Liyana. Dia melemparkan senyuman kepada gadis itu. Liyana mengerling sekilas dan membalas senyuman Harris. “Saja ambil angin malam. Terasa tenang berada di sini. Semua masalah hilang begitu aje,” balas Liyana lalu meluruskan pandangan ke hadapan. “Lia ada masalah ke? Kalau ada, jangan segan dan malu, ceritakan pada Ris. Mungkin Ris boleh bantu,” pelawa Harris ikhlas. Sudah hilang penggunaan ‘saya’ pada dirinya itu. “Dalam kehidupan ni, mana ada yang tak bermasalah. Kalau ditanya, rata-rata akan memberitahu yang mereka mempunyai masalah. Begitu juga dengan Lia, Lia juga punya masalah yang tersendiri. Tapi, Lia tak mahu terlalu memikirkannya. Jika Lia terlalu memikirkannya, boleh jadi gila Lia dibuatnya. Ini pun hampir masuk dalam list kat Tanjung Rambutan tu,” jelas Liyana dan tertawa kecil. “Ada-ada ajelah Lia ni,” balas Harris turut sama ketawa. “Tak join dia orang berkaraoke ke?” tanya Liyana. “Hesy… tak naklah Ris. Bukan pandai menyanyi pun. Lagipun Lia tak ada, tak syok pulak rasanya,” ujar Harris jujur. Seketika kemudian, dia tertawa lagi.

139

Gurauan Berkasih

“Maknanya katak lagi pandai menyanyi daripada Ris la ya?” ulas Liyana dengan serius. Berkerut-kerut dahi Harris mendengarnya. Kurang mengerti akan maksud Liyana itu. “Katak?” ulangnya. “Katak, kan terror menyanyi. Kalau dah setiap kali mendung, suara dia aje yang kita dengar. Kalah peserta dalam American Idol,” seloroh Liyana dan tergelak. Geli hati dengan kata-katanya itu. “Oh... kenakan Ris ya. Tak apa, ada ubi ada batas, lain hari boleh kubalas,” balas Harris bernada rajuk. Muncungnya sudah sedepa. Semakin galak Liyana ketawa melihatkan rajuk Harris. Sungguh tidak menyangka Harris seorang yang kuat merajuk. Difikirkan Harris sentiasa menjaga penampilannya. Ternyata dia tersilap tafsir tentang pemuda itu dan dia selesa berkeadaan begitu dengan Harris. “Lia!” laung Fazura dari jauh. Serentak Liyana dan Harris menoleh. Kelihatan Fazura sedang menapak ke arah mereka berdua. “Kenapa Zura?” tanya Liyana setibanya Fazura di hadapan. Liyana bingkas bangun. Wajah cemas Fazura menggusarkan hatinya. “Abang kau call,” bisik Fazura di telinga Liyana. Tidak mahu Harris mendengarnya. Atas permintaan Liyana sendiri. Salasilah keluarga Liyana perlu dirahsiakan. Dia tidak mahu Harris mahupun sesiapa mengetahui siapa sebenarnya Liyana. Bagi Liyana, tiada apa yang perlu dibanggakan tentang keluarganya itu. “Abang aku?” ulang Liyana berserta kerutan di dahi.

140

Eliza AB

Fazura mengangguk. Dia menghulurkan telefon bimbit kepada Liyana dan disambut oleh Liyana. Seketika kemudian, Fazura berlalu pergi dari tempat itu. Mungkin memberi ruang Liyana untuk berbicara dengan Adif. “Maaf Ris, Lia jawab call ni dulu,” ujar Liyana seraya membawa diri menjauhi Harris. Harris sekadar mengangguk. Bingkas dia bangun dan menapak ke tempat di mana pekerja-pekerja lain berada. “Assalamualaikum,” sapa Liyana sebaik sahaja kelibat Harris hilang. “Waalaikumussalam. Lia pergi mana? Puas abang telefon Lia, tak dapat-dapat. Lia off telefon ke? Lia kat mana sekarang?” tanya Adif bertubi-tubi. “Erk… Lia off sebab handphone tengah charge,” bohong Liyana. “Kenapa cari Lia?” “Tak boleh ke seorang abang mencari adiknya? Lia ni makin lama makin kurang ajar dengan abang kenapa? Apa yang Lia tak puas hati lagi ni?” marah Adif tidak semenamena. “Ya Allah, bila masa pulak Lia kurang ajar dengan abang? Lia tanya, kenapa abang cari Lia? Dah lama abang tak call atau cari Lia, tetiba aje muncul, sebab itulah Lia tanya. Salah ke pertanyaan Lia tu? Kalau abang terasa, Lia minta maaf,” jelas Liyana lembut. Biarlah kali ini aku mengalah. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku matikan talian ni. Sakit hati aku mendengar amarahnya, bisik Liyana dalam hati. “Ayah masuk hospital. Darah tinggi. Lia balik tengok ayah ya,” beritahu Adif kepada tujuannya yang sebenar. Ada nada pujuk daripada suaranya itu. Liyana mengetap bibir. Menahan kesedihan di hati.

141

Gurauan Berkasih

Namun dikeraskan hatinya untuk tidak terlalu mengikut perasaan. Jika ayahnya tidak melukakan hatinya, sudah pastilah dia akan terkejut mendengar berita itu. Tetapi, siapalah dia untuk berasa risau. Dia hanya menyusahkan ayahnya saja. “Lia dengar tak apa yang abang cakapkan ni?” sergah Adif sedikit meninggi. “Hmmm….” “Lia balik ya. Dah tiga bulan Lia tak balik. Ibu rindukan Lia. Abang pun rindukan Lia…” tuturnya separuh memujuk. “Ayah?” Pantas Liyana memotong kata-kata Adif. Terkedu Adif seketika. Apa yang perlu diperkatakan kepada Liyana? Ya, memang ibu dan dirinya merindui Liyana. Sering ibunya bertanya khabar tentang Liyana. Tetapi, ayahnya? Belum pernah sekali pun dia mendengar ayahnya bertanyakan tentang Liyana. “Tak apalah bang. Lia dah tau jawapannya dan Lia pasti abang pun sudah tau jawapan Lia,” ujar Liyana perlahan. Cuba menahan sebak di dada. “Lia…” panggilnya serba salah. “Lia ada kerja yang nak dibuat ni. Lain kali kita berbual lagi. Assalamualaikum.” Pantas Liyana mematikan talian. Ya Allah, tabahkan hatiku untuk menerima dugaan ini, doanya dalam hati. Suara orang berdeham mengejutkan Liyana. Pantas dia menyeka air mata yang mengalir perlahan di pipi. Matanya dialihkan pada suara dehaman itu. Keluhan berat dilepaskan. Mamat hingusan ni lagi, desis Liyana dalam hati. Liyana terus menuju ke tempat BBQ. Dia perlu

142

Eliza AB

memulangkan semula telefon bimbit Fazura. Belum sempat kakinya melangkah jauh, seperti biasa Amirul menahannya daripada pergi. Dan seperti biasa, lengan Liyana menjadi mangsanya. Hesy! Mamat hingusan ni. Aku sekeh baru tau. Suka hati mak bapak dia aje nak pegang-pegang aku. Dah bagi warning pun masih tak paham-paham ke? Entah-entah dia ni tak paham bahasa Melayu kut. Nak aku cakap bahasa apa? Tamil ke? Bebel Liyana dalam hati. “Kau menangis ke?” tanya Amirul membuatkan Liyana terpanar seketika. Macam mana dia tahu aku menangis? Dia pakai ahli nujum ke? Soal Liyana dalam hati. “Yang awak sibuk kenapa? Bukan hal awak pun,” sindir Liyana seraya menjeling. Dia meronta agar lengannya dilepaskan. Namun pegangannya. Amirul memperkemaskan lagi

“Aku bukan sibuk. Dah kau kacau port aku nak mengelamun, aku marahlah!” balas Amirul tidak mahu mengalah. Dia membalas jelingan ‘maut’ Liyana. Liyana mendengus geram. Jika diikutkan hati, mahu saja dia menempeleng Amirul. Biar padan dengan mukanya. Entah mengapa, dengan tiba-tiba dia mendapat akal jahatnya. “Boleh tolong lepaskan lengan saya tak?” pinta Liyana sedikit meninggi. “Suka hati sayalah nak lepaskan atau tak,” jawab Amirul selamba. Ewah, ewah... sedapnya bahasa. ‘Suka hati sayalah

143

Gurauan Berkasih

nak lepaskan atau tak?’. Dia ingat lengan aku ni free of charge ke sesuka hati dia aje nak pegang? Grrr… marah tahap gaban dah ni, marah Liyana dalam hati. Dia menggenggam erat tangannya. “Awak nak lepaskan atau tak?” ulang Liyana semakin meninggi. “Tak!” Jawab Amirul sepatah. Pendiriannya tetap sama. Liyana menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya kasar. Dia memejamkan mata buat seketika. Cuba mencari kekuatan untuk melawan lelaki di hadapannya itu. Dengan kudrat yang ada, Liyana memijak kaki Amirul sekuat hati. Serta-merta Amirul melepaskan lengan Liyana. Tanpa membuang masa, Liyana segera berlari dari situ. Suara Amirul mengerang kesakitan tidak dihiraukannya. Apa yang penting, hatinya puas dapat mengenakan Amirul.

“MACAM MANA boleh kena?” tanya Harris. Dia menghulurkan segelas air kepada Amirul. Kemudian melabuhkan duduk berhadapan dengan Amirul. “Aku tersepak batu tadi. Maklumlah kat tepi pantai tukan gelap,” bohong Amirul lalu meneguk rakus air di dalam gelas. Harris mengerutkan dahi. Di kepalanya memikirkan perkara lain. Melihatkan daripada kesan lebam di kaki Amirul, seperti kaki Amirul dipijak oleh seseorang. Siapa? Dia sendiri tidak tahu dan dia akan bertanyakan kepada Amirul tentang itu. “Kaki kau tu kena pijak, kan?” duga Harris membuatkan Amirul hampir tersedak.

144

Eliza AB

“Eh… mana ada. Pandai-pandai kau ajelah Ris,” dalih Amirul lalu meletakkan gelas di atas meja di hadapan mereka berdua. Dia mengurut-urut kakinya yang sakit itu. “Kau tak payah nak kelentong akulah Rul. Dari kecik lagi aku dah kenal kau. Segala riak kau tu aku dah boleh baca. Siapa yang pijak? Kau mengurat anak dara orang ke?” balas Harris dan memandang tepat muka Amirul. Menanti penjelasan daripada muka itu. Amirul mengeluh berat. Tidak dinafikan Harris pandai membaca riak di wajahnya. Sukar untuknya menyembunyikan sesuatu perkara. Dan sukar juga untuknya berbohong. “Perkara kecik aje. Esok-esok baiklah kaki aku ni,” suara Amirul cuba mengusir rasa curiga Harris. Bingkas dia bangun untuk menuju ke bilik air. Namun denyutan di kaki membuatkan dia tidak berdaya untuk berdiri. “Makin lebam aku tengok kaki kau ni. Mari aku hantarkan kau ke klinik,” cadang Harris bernada risau. “Tak payahlah.” Amirul menolak. Harris tidak mempedulikan tegahan Amirul. Dicapainya kunci dan dompet yang berada di meja kecil di sisi katil lalu memapah Amirul ke luar bilik. Amirul sekadar mengikut. Kedegilan Harris melebihi kedegilannya. Hitam kata Harris, hitamlah ia dan begitulah sebaliknya. Harris membantu Amirul masuk ke dalam lif. Belum sempat pintu lif ditutup, kedengaran suara orang memintanya menunggu. Pantas Harris menahan pintu lif daripada tertutup tanpa mengetahui gerangan orang tersebut. “Terima kasih,” ucap Fazura termengah-mengah.

145

Gurauan Berkasih

Dia menarik nafas dan menstabilkan pernafasan.

menghembuskannya.

Cuba

“Fazura,” tegur Harris seraya tersenyum. Fazura menoleh. Bulat matanya melihat Harris dan Amirul di dalam lif tersebut. “Eh… Encik Harris, Encik Amirul, nak ke mana?” tanya Fazura. “Nak bawa Amirul ke klinik. Kakinya bengkak kena pijak dengan orang,” jawab Harris selamba. Terjegil mata Amirul mendengarnya. Dia menarik lengan Harris sebagai isyarat agar tidak terus-terusan bercerita mengenai kakinya itu. “La… ya ke? Haah, dah bengkak tu. Baik Encik Amirul ke klinik cepat,” sokong Fazura seraya tersenyum pahit. Kalau Lia tau ni, mesti serba salah minah tu nanti. Punyalah kuat dia pijak kaki mamat tu sampai lebam. Lia… Lia… sampai bila nak berperang dengan Amirul, bebel Fazura dalam hati. “Awak ni kenapa termengah-mengah? Macam kena kejar hantu aje saya tengok,” tanya Harris bernada usikan. Dia tertawa kecil. “Saya nak kejar Lia. Dia nak balik KL malam ni,” beritahu Fazura dengan wajah beriak risau. Puas Fazura memujuk Liyana agar pulang ke KL esok, tetapi Liyana tetap berdegil. Berita Dato’ Zulkifli dimasukkan ke hospital sudah diberitahu oleh Liyana. Pada mulanya Liyana tidak mahu melawat, tetapi disebabkan kerinduan dan kerisauan di hati Liyana, akhirnya gadis itu mengambil keputusan untuk pulang ke KL pada malam ini juga. Fazura telah meminjamkan kereta kepada Liyana agar

146

Eliza AB

mudah Liyana pulang ke KL. Tetapi, terimakah Dato’ Zulkifli jika Liyana melawatnya nanti? Soalan yang bermain-main di fikiran Fazura ketika ini. “Apa? Balik KL?” Serentak Harris dan Amirul bersuara. Agak lantang suara mereka berdua. Mujurlah hanya mereka bertiga sahaja yang berada di dalam lif itu, jika tidak, jadi satu kes pulak. Harris dan Amirul berpandangan antara satu sama lain. Ada rasa kurang senang daripada riak wajah mereka berdua. Harris sudah pun berkerut seribu memandang Amirul, namun Amirul buat-buat tidak endah sahaja dengan pandangan Harris itu. “Kenapa Zura?” tanya Harris tidak berpuas hati. “Ayahnya masuk hospital,” jawab Fazura selamba. Glup! Alamak! Terlepas cakaplah pulak. Matilah aku kalau dia orang tanya. Macam mana aku nak mengelak daripada dia orang tanya ni, Fazura mengomel dalam hati. “Ayahnya?” ulang Harris berserta kerutan di dahi. “Eh, bukan… bukan… mak angkatnya yang masuk hospital.” Bidas Fazura terketar-ketar. Cuba untuk membetulkan kenyataan. Berharap agar Harris mempercayai kata-katanya itu. Dan dilihatnya anggukan kecil daripada Harris. Ternyata Harris mempercayai katakatanya itu. Fazura segera melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Terasa begitu lama berada di dalam lif itu. Mujurlah Harris dan Amirul tidak bertanyakan lebih lanjut lagi tentang Liyana. Jika tidak, susah untuknya berbohong dan mencari alasan lagi. Dia sudah pun berjanji untuk tidak menceritakan kepada sesiapa asal usul Liyana. Dan sebagai seorang yang amanah, dia perlu memegang amanah itu

147

Gurauan Berkasih

sebaik mungkin. Mungkin Liyana sendiri yang akan menceritakan salasilah dirinya sendiri bila tiba masanya nanti.

148

Eliza AB

Bab 8
IYANA duduk sambil menongkat dagu. Sudah beberapa kali keluhan terlepas daripada bibirnya. Masalah yang dihadapi, semakin lama semakin rumit. Dia tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Kepalanya bagaikan hendak meletup memikirkannya. Kepalanya terasa berserabut dan nafasnya sesak terasa. Huh! Keluhan ringan dilepaskan untuk kesekian kalinya. Liyana bangun dari duduknya. Dengan langkah yang longlai, dia menuju ke pantri untuk membancuh secawan Milo panas. Dia menarik laci, dan mencari Milo 3-in -1 di dalamnya. Cawan dicapai dan air panas dituang ke dalam cawan tersebut. Milo 3-in-1 diletakkan ke dalam dan dikacau. Setelah selesai, dia melabuhkan duduknya di atas kerusi yang tersedia di pantri itu. “Lia apa khabar? Kenapa lama tak jenguk ibu dan ayah?” tanya Datin Suraya sebaik sahaja melihat kelibat Liyana di hospital. Dipeluk erat anak bongsunya itu. Melepaskan kerinduan yang bertamu selama tiga bulan ini.

L

149

Gurauan Berkasih

Liyana tersenyum pahit. Pada mulanya dia tidak berniat untuk melawat ayahnya di hospital. Disebabkan rasa tanggungjawabnya sebagai seorang anak, nak tak nak, digagahkan juga dirinya ke hospital. Mujurlah Fazura sudi meminjamkan keretanya, jika tidak, mustahil dia akan tiba di KL pada malam itu juga. “Lia sihat ibu. Lia sibuk sikit sebab tu Lia tak datang jenguk ibu dan ayah.” Liyana memberi alasan. Tetapi hakikat sebenarnya, bukanlah sebegitu. Maafkan Lia kerana berbohong, desis hatinya. “Sibuk melepak, merayau sana sini, mana nak ada masanya menjenguk kita,” sindir Dato’ Zulkifli membuatkan Liyana dan Datin Suraya terkejut. Liyana menoleh. Dato’ Zulkifli sedang memandang tajam ke arahnya. Tanpa menghiraukan pandangan Dato’ Zulkifli, pantas Liyana menghulur tangan untuk bersalam. Namun seperti biasa, Dato’ Zulkifli tetap akan menepis dan menolak. Liyana menahan dalam hati. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hiba dan sedih perasaannya kala itu. “Hesy abang ni. Ada ke cakap macam tu. Budak tu penat pun tak hilang lagi, awak dah membebel,” marah Datin Suraya. Tidak suka terus-terusan Dato’ Zulkifli memarahi anak bongsunya itu. “Tak mengapalah ibu. Lia datang pun sebab nak lawat ayah. Kalau ayah dah sihat, Lia minta diri dulu,” sampuk Liyana tidak mahu ibu dan ayahnya bertekak kerananya. “Elok sangatlah tu. Lebih lama kamu di sini, naik darah aku dibuatnya,” kata Dato’ Zulkifli membuatkan Liyana terpanar seketika. Kenapa ayah? Kenapa ayah buat Lia macam ni? Apa

150

Eliza AB

salah Lia pada ayah sehinggakan ayah membenci Lia sebegitu rupa? Rintih hatinya. “Lia minta diri dulu ibu. Sampaikan salam Lia pada abang dan Kak Laila,” ujar Liyana dan bersalaman dengan Datin Suraya. Kemudian, kelibatnya hilang daripada pandangan mata ayah dan ibunya. Membawa hati yang semakin parah. “Lia! Kat sini rupanya kau,” sergah Maziah menghalau lamunan Liyana pada peristiwa seminggu yang lepas. “Kus semangat kau ni Maz! Terkejut beruk aku dibuatnya. Beruk pun tak terkejut macam aku tau,” gerutu Liyana sambil mengurut-urut dadanya yang berombak kencang. “Habis tu, dah aku panggil kau berkali-kali tak juga sahut-sahut, aku sergahlah!” bela Maziah lalu melabuhkan duduk berhadapan Liyana. Cawan berisi Milo milik Liyana dicapai lalu diteguknya perlahan. “Air aku tu…” tegah Liyana. “Alah, kau buatlah lain. Sedap pulak aku rasa air kau ni,” balas Maziah dan meneruskan hirupannya. Liyana menggelengkan kepala. Selama hampir dua bulan dia bekerja di Samudera Holding, selain Fazura, Maziah merupakan rakan sepejabat yang paling sporting. Suka mengusik dan diusik. Cakap ikut sedap mulut dan lepas. Namun Maziah tidak pernah ambil hati dengan usikan dan gurauan itu. Bagi Maziah dengan bergurau, kita dapat melepaskan stress yang membelenggu diri kita dan dengan ketawa, segala kesedihan dan masalah yang kita hadapi akan terbang dan tenggelam dalam ketawa kita itu. Benar apa yang dikatakan oleh Maziah, begitu juga

151

Gurauan Berkasih

dengan dirinya, turut berpendirian sama dengan Maziah. Hidup perlu ada warna-warni. Jika tidak, kelamlah hidup kita. Dan Liyana mengambil pendekatan dengan menggembirakan diri sendiri demi menutup segala kedukaan dan kelukaan di hati. Ya, senyum. Dengan senyuman, segala masalah dapat dihapuskan dari kotak fikiran. Dengan ketawa, dia lupa dengan perasaan menangis. Dia lupa bagaimana hendak menangis. Dia lupa erti sebenar menangis itu. “Oi... mak cik, mengelamun pulak dia.” Maziah bercekak pinggang sambil menepuk dahi Liyana. “Apa ni Maz? Sakitlah...” rengek Liyana manja sambil mengusap-usap dahinya yang terasa sakit. “Dah tu, panggil tak berjawab, aku cepuklah sikit,” balas Maziah. Liyana mencebik. Matanya tertancap ke arah Maziah yang sedang menjamah biskut kering. Sejak bila biskut itu ada di hadapannya, dia sendiri tidak tahu. “Ya Allah, lupa aku nak bagitau kau Lia,” katanya sambil menepuk dahi. “Tan Sri Khalil nak jumpa kau kat bilik dia. Setengah jam yang lepas dia dah pesan kat aku. Mampus aku!” sambung Maziah bernada cemas. Matanya mengerling ke jam di tangan seketika. “Ha… Tan Sri nak jumpa aku?” Soal Liyana kalut. Alamak! Bala apa lagi ni? Buat apa dia nak jumpa dengan aku? Sah! Ni mesti anak kesayangan dia mengadu kat papa dia pasal aku pijak kaki dia seminggu yang lepas. Hesy… macam budak-budaklah. Tak matang langsung, rungut Liyana dalam hati.

152

Eliza AB

LIYANA mengatur langkah menuju ke tingkat atas. Dia melemparkan segaris senyuman buat Fazura sebaik sahaja melalui meja gadis itu. Entah mengapa hatinya berdebardebar, malah jantungnya berdegup laju mengalahkan F1 gayanya. Itu belum lagi masuk, kalau dah masuk, haru-biru gamaknya. Perlukah aku berterus terang dengan Tan Sri Khalil? Kalau aku tak bagitau, pasti Amirul akan terusterusan marah dan ugut aku. Tapi, kalau tiba-tiba Tan Sri kena heart attack, tak ke naya aku dibuatnya. Hesy! Simpang malaikat empat puluh empat. Liyana bersoal jawab dalam hati. Tanpa disedari, dia sudah pun berada di dalam bilik Tan Sri Khalil selepas mendapat arahan masuk. Dilihatnya seorang wanita berusia dalam lingkungan lima puluhan sedang duduk santai di sofa. Dia melemparkan senyuman kepada wanita tersebut. Kemudian, dia mengalihkan pandangan ke arah Tan Sri Khalil dan akhirnya jatuh ke wajah Amirul. Huh! Benci betul aku tengok muka dia tu. “Lia, kenalkan isteri saya... Puan Sri Marissa,” ujar Tan Sri Khalil. “Assalamualaikum Puan Sri,” ucap Liyana dan bersalaman dengan Puan Sri Marissa. Dirasakan ada usapan lembut di kepalanya. Ini yang buat aku nak menangis ni, desis hatinya. Kejap, kejap… macam pernah dengar aje nama ni. Tapi, di mana ya? “Waalaikumussalam… Lia apa khabar?” balas Puan Sri Marissa. “Sihat alhamdulillah. Puan Sri?” tanya Liyana pula berserta senyuman. “Auntie sihat… alhamdulillah. Auntie nak ucapkan terima kasih pada Lia kerana selamatkan uncle daripada

153

Gurauan Berkasih

dilanggar kereta dulu. Tak terbalas budi Lia tu selamalamanya,” jelas Puan Sri Marissa. “Eh… tak perlulah nak balas-balas. Lia ikhlas. Lagipun kebetulan Lia lalu masa tu. Kalau orang lain tentu akan buat perkara yang sama juga,” bidas Liyana lembut. Liyana mengerling ke arah Amirul yang masih membatu seperti patung cendana lagaknya. Kelihatan Amirul sedang mencebik ke arahnya. Tu nak kutuk akulah tu. Macamlah cantik sangat mulut tu. Macam mulut itik, adalah. Aku potong buat sup mulut, baru tahu, kutuk Liyana dalam hati. Suasana hening seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Liyana kurang selesa dengan keadaan itu. Tambah-tambah apabila berhadapan dengan Amirul. Makin meluat dia melihat muka cemberut di hadapannya itu. “Tan Sri…” “Liyana…” Serentak Liyana dan Tan Sri Khalil bersuara menyebabkan Puan Sri Marissa tertawa manakala Amirul pula dari tadi asyik mencebik ke arah Liyana. “Awak nak cakap apa Liyana?” “Tan Sri cakaplah dulu,” ujar Liyana. “Ladies first!” Liyana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bagaimana untuk memulakan bicara? Dia perlu menyelesaikan masalah yang ditimbulkannya sebelum ini. Ugutan daripada Amirul, masih terngiang-ngiang di telinga. “Erk… sebelum tu Lia nak tanya, Tan Sri ada masalah lemah jantung tak?” soal Liyana teragak-agak. Kang dibuatnya jantung dia berhenti gara-gara apa yang aku nak

154

Eliza AB

ceritakan ni, tak ke jadi kes pulak. Tak pasal-pasal aku dituduh penyebab kematian. Huh! Tak nak aku masuk penjara. Aku belum kahwin lagi, muda lagi dah digelar banduan. Kus semangat, minta dielakkan. Liyana mengucap dalam hati. “Apa pulak kena-mengena dengan masalah lemah jantung ni?” tanya Tan Sri Khalil lalu ketawa. Puan Sri Marissa di sisi turut sama ketawa. Amirul? Lantak dialah! “Manalah tau, kan Tan Sri ada lemah jantung. Tak pasal-pasal Lia jadi warga Penjara Tapah pulak.” Selamba Liyana menuturkannya. Pecah ketawa Tan Sri Khalil dan Puan Sri Marissa. Amirul yang dari tadi menahan ketawa, turut memecahkan ketawanya. Tak malu! Orang tak suruh ketawa, dia sibuk nak ketawa, rungut Liyana lagi dalam hati. “Awak ni Liyana, kelakar juga orangnya ya. So, apa perkara yang awak nak bagitau pada saya ni? Jangan risau, jantung saya masih sihat lagi,” ujar Tan Sri Khalil berserta sisa ketawanya. “Lia nak bagitau Tan Sri perkara yang sebenarnya. Antara Lia dengan Encik Amirul, tak ada apa-apa hubungan istimewa. Lia cuma berlakon aje depan Tan Sri hari tu. Jujur Lia katakan yang Lia tak pernah cintakan Encik Amirul, apatah lagi mempunyai hubungan cinta dengannya.” Jujur Liyana menjelaskannya. Berharap semuanya akan kembali seperti sediakala, seperti yang diminta oleh Amirul. “Ha... mana satu yang betul ni Rul? Hari tu Rul kata dah lama kenal dengan Lia. Dah dua tahun bercinta.

155

Gurauan Berkasih

Sekarang ni Lia kata lain pulak. Jangan-jangan kamu berdua ni sengaja nak main-mainkan mama dengan papa tak?” Tegas Puan Sri Marissa bertanya. Dia memandang Amirul dan Liyana silih berganti. “Betullah mama... Rul tak tipu. Memang kami dah lama kenal dan ada hubungan cinta. Liyana marahkan Rul, sebab itu dia cakap merapu macam tu,” jawab Amirul yang sedari tadi membisu. Bingkas dia bangun dari duduknya dan menghampiri Liyana. Dipautnya bahu gadis itu dan tersenyum nakal. “Kalau kau pandai berlakon, aku lagi pandai,” bisik Amirul perlahan di telinga Liyana. Glup! Terasa kelat air liur yang ditelan oleh Liyana. Matanya jatuh ke pautan Amirul. Terasa ingin menolak Amirul biar jatuh terjelepok mencium lantai. Tetapi, mengenangkan Tan Sri Khalil dan Puan Sri Marissa berada di hadapan, niat itu terpaksa dibatalkan. “Habis tu Rul, rancangan untuk meminang Liyana, jadi ke tak?” tanya Tan Sri Khalil inginkan kepastian. Ada riak teruja di wajahnya. Tidak sabar untuk bermenantukan Liyana. “Jadi papa!” Balas Amirul berserta senyuman kemenangan. Tu dia! Jawapan yang ‘bernas’ mengalahkan padi Bernas yang dijual di pasar raya. Dia nak meminang aku? Biar betul. Tidak… tidak sama sekali. Aku takkan biarkan perkara ini berlaku. Apakah aku sedang bermimpi? Ya, aku harap semua ini cuma mimpi. Lantas dicubit pipinya sendiri untuk memastikan sama ada dia bermimpi ataupun tidak. Dan akhirnya dia terkaku di situ sebaik sahaja dia merasakan kesakitan akibat cubitannya itu. Ya Allah, aku berserah semuanya kepadaMu.

156

Eliza AB

“GILA ke apa Encik Amirul ni? Bukan ke Encik Amirul yang suruh saya terangkan perkara sebenarnya pada Tan Sri? Jadi, kenapa Encik Amirul tipu pulak?” marah Liyana tidak tertahan. Panas di hati tidak mungkin dapat disejukkan dengan hanya meminum beribu ais batu. Terkedu dia mendengar perancangan yang telah dibuat oleh keluarga Tan Sri Khalil. Fikirnya, dengan menjelaskan duduk perkara yang sebenar, Tan Sri Khalil akan menarik balik niat untuk meminangnya. Ternyata fikirannya meleset. Semua itu gara-gara lakonan hebat Amirul di depan keluarganya tadi. Sudahlah masalah lama belum lagi selesai, kini timbul pula masalah baru. Apa aku nak buat ni? Rintih hatinya hiba. “Kau yang mulakan dulu, jadi aku akhirkannya pula.” Selamba Amirul menjawab tanpa rasa bersalah sedikit pun kepada Liyana. Ya, pada mulanya dia tidak menginginkan perkahwinan ini. Tetapi, setelah ditolak dan ditambah, dibahagi dan didarab, akhirnya dia bersetuju dengan perancangan Tan Sri Khalil. Cabaran yang diberikan oleh Shasha juga menjadi sebab dan penyebab dia bersetuju dengan rancangan itu. Di samping itu, sikap Liyana terhadapnya selama ini, membuatkan ego lelakinya terasa tercabar. Dia ingin mengenakan Liyana secukup-cukupnya. Sekiranya Liyana bermain dengan api, dia juga turut akan bermain dengan api. Biar sama-sama terbakar dan puas hati. “Kan saya dah jelaskan semuanya tadi.” Lirih Liyana menuturkannya. Sebak mengharung dirinya kini. Bagaimana untuk menceritakan kisah ini kepada keluarganya? Terimakah mereka nanti, terutamanya Dato’ Zulkifli? “Memang pada mulanya aku nak kau jelaskan

157

Gurauan Berkasih

perkara sebenarnya pada papa aku. Tetapi, selepas apa yang kau dah buat pada aku seminggu yang lepas, tak semudah tu untuk aku lepaskan kau. Aku nak tengok sejauh mana hebat lakonan kau tu Liyana,” kata Amirul, berbisa di pendengaran Liyana. Liyana terjelepok di lantai. Tidak ada setitis pun air mata yang mengalir membasahi pipinya. Sudah keringkah air matanya itu? Apa yang harus dilakukannya waktu ini? Berserah kepada Allah. Menerima semuanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas tanpa memikirkan perasaan sendiri. “Dah… tak payahlah kau nak sesali dengan apa yang terjadi. Kau bersiap sedia ajelah lepas ni. Aku akan seksa hidup kau sehingga bengkak hati kau untuk berlakon lagi, sepertimana bengkaknya kaki aku yang kau buat seminggu yang lalu.” Sindir Amirul berserta ketawa mengejek. Kemudian dia menghilangkan diri daripada pandangan mata Liyana. Masih kedengaran gelak tawanya di telinga Liyana. Sungguh menjengkelkan hatinya. Liyana melabuhkan duduk di bangku yang tersedia di situ. Hatinya walang dengan apa yang berlaku. Kenapa dia dihukum sehebat ini? Kenapa dia perlu menghadapi semua ini? Bagaimana untuk berhadapan dengan ayah dan ibunya? Perlukah dia membelakangkan orang tuanya? Dia tidak mahu orang lain mengetahui akan salasilahnya. Dia belum bersedia untuk menceritakan semua itu. Dia belum membuktikan dirinya kepada Dato’ Zulkifli yang dia boleh hidup berdikari dan berdiri di atas kakinya sendiri. Dia belum mencapai impiannya untuk menjadi seorang pereka fesyen. Ya, citacitanya selama ini dan jika diberi peluang, dia ingin melanjutkan pelajarannya ke luar negara dalam bidang Rekaan Fesyen. Arghhh! Apa yang harus aku lakukan? Jerit hatinya.

158

Eliza AB

Lia, jangan mudah mengalah. Jika dia bermain dengan api, kau juga perlu bermain dengan api. Kau buktikan kepadanya yang kau bukanlah selemah yang difikirkannya, bisik kata hatinya. Bagaimana kalau dia lebih licik daripada kau, Lia? Dia sendiri mengaku yang dia punya agenda sendiri menerima cadangan papanya, akalnya pula bersuara. Ya memang, dia licik. Manalah tahu, kan seliciklicik dia, akhirnya tersungkur di hadapan kau, Lia? Apa kau dah lupa, janji yang nak kau kotakan sebelum ini? Kau nak buat dia tergoda dengan kau. Kau nak buat dia termakan dengan kata-katanya sendiri. Ha, masa inilah kau kena gunakan kepakaran kau tu Lia, hati jahatnya berbicara lagi. Liyana mengangkat muka yang sedari tadi menekur ke rumput. Senyuman nakal terbias di wajah. Kata-kata nakal telah memberikan dia idea dan perancangan untuk mengenakan Amirul. Dia masih ingat dengan janjinya untuk membuat Amirul termakan dengan kata-katanya dahulu. Dia perlu buktikan yang dia bukanlah Betty Suarez. Ya, dia akan buktikan semua itu. Dan pada hari itu, dia berharap dia akan berasa puas berserta senyuman kemenangan.

“HAI… dari tadi akak tengok muka macam mati suami aje ni kenapa?” tegur Marina lalu melabuhkan duduk di hadapan Liyana. Liyana melepaskan keluhan berat. Keluhan yang tiada penghujungnya. Otaknya sarat dengan masalah. Masalah yang tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini.

159

Gurauan Berkasih

“Kalau mati suami, tak adanya Lia monyok macam ni Kak Ina,” jawab Liyana lemah. “Habis tu, macam mana pulak?” “Dah nak mati… matilah. Buat apa Lia nak monyok, Lia carilah yang lain,” balas Liyana dan tergelak. Sengaja mengusik kakak kesayangannya itu. “Hesy, budak ni. Kalau sehari tak mengusik akak, tak sah gamaknya ya,” rajuk Marina sambil mencubit lengan Liyana. “Aduh! Kak Ina ni macam ketamlah. Hilang RM1,000 tau,” katanya mengusik. “Apa pulak kena-mengena dengan RM1,000?” tanya Marina lurus. Alamak kakakku sorang ni. Lurus bendul betullah! Kutuk Liyana dalam hati. “Duit hantaran Lia la Kak Ina,” jawab Liyana lalu tersengih. “Kena lagi aku ni!” getus Marina seraya menepuk dahinya sendiri. Liyana tertawa melihat gelagat Marina. Semenjak bekerja di Butik Idaman, pelbagai perkara yang dipelajari oleh Liyana. Perkara yang paling digemarinya iaitu menjahit, kini sudah menjadi hobinya pula. Sekali-sekala dia akan menjahit baju jika diberi kebenaran oleh Marina. Sekali-sekala juga dia akan menjahit manik. Sekali-sekala dia akan mereka beberapa pakaian dan ditunjukkan kepada Marina. Jika diberi peluang, ingin sahaja dia menjahit kesemua rekaan pakaiannya itu. Namun memandangkan masa tidak mengizinkan, niatnya itu dibiarkan sahaja. Mungkin suatu hari nanti dia akan dapat menjahit pakaian

160

Eliza AB

daripada hasil rekaannya itu. Terasa seronok melakukan kerja itu walaupun ia memerlukan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadapnya. Janji puas! “Assalamualaikum…” sapa seseorang dari luar, menghentikan perbualan mereka berdua. “Waalaikumussalam,” jawab Marina dan Liyana serentak. “Lia pergi tengok siapa yang datang tu,” arah Marina. Liyana mengangguk. Lantas dia mengatur langkah ke hadapan untuk melihat gerangan yang memberi salam. Terjegil matanya melihat kelibat yang sedang berdiri di hadapannya itu. Puan Sri Marissa! Detik hatinya. Alamak! Macam mana nak buat ni? Aku tak naklah dia tau yang aku kerja kat sini. Apa pula kata dia nanti? Lagipun Kak Ina tak tau aku kerja kat Samudera Holding. Monolog Liyana dalam hati. Dia menyorokkan muka daripada pandangan Puan Sri Marissa. Mujurlah Puan Sri Marissa membelakanginya, jika tidak, pecah rahsianya selama ini. Tatkala Puan Sri Marrisa menoleh ke belakang, dengan pantas dia menyorokkan muka di sebalik baju-baju yang bergantungan di situ. Dia melangkah ke belakang setapak demi setapak. Penuh berhati-hati dia melakukannya. “Lia!” jerit kecil Marina tatkala terlanggar Liyana. Dengan pantas dihadiahkan buat Marina. Liyana menoleh. Sengihan

“Kenapa ni? Kenapa tak layan pelanggan tu? Dah macam tikus mondok pulak akak tengok,” tegur Marina berserta kerutan di dahi. Apesal dengan budak ni? “Errr… Kak Ina, Lia ada barang nak ambil kat dalam. Kak Ina ajelah yang layan pelanggan tu. Lagipun Lia tak kenal

161

Gurauan Berkasih

la,” dalih Liyana dan masih tersengih. Tanpa menunggu balasan daripada Marina, dia segera berlalu pergi dari situ. Lebih lama dia di situ, macam-macam pula yang akan Marina soal nanti. “Macam-macamlah budak ni,” getus Marina dan tergeleng kecil. Kemudian, dia menapak ke hadapan untuk melayan pelanggan tersebut. “Eh… Puan Sri. Maaf terlambat sikit,” ujar Marina sebaik sahaja menyedari gerangan pelanggannya itu. “Tak apa Ina. Saya datang ni pun nak tengok-tengok aje. Manalah tau, kan ada stok baru sampai,” balas Puan Sri Marissa dan mengusir rasa bersalah Marina. “Ada Puan Sri, nanti kejap saya ambilkan di belakang,” kata Marina dan mengatur langkah menuju ke belakang. “Tak perlulah Ina. Kemudian-kemudianlah saya tengok,” tegah Puan Sri Marissa. Langkah Marina mati di situ juga. “Saya berkenan dengan jahitan manik ni. Cantik dan kemas. Siapa yang jahitnya?” puji Puan Sri Marissa sambil membelek-belek jahitan manik pada sehelai baju. “Oh, yang tu. Memang cantik dan kemas Puan Sri,” puji Marina pula. “Staf baru saya yang jahitnya, Puan Sri.” “Staf baru? Awak dah ada staf baru ke Ina?” ulang Puan Sri Marissa berserta kerutan di dahi. Setahunya staf Marina sudah lama berhenti kerana menyambung pengajian di universiti. “Haah, Puan Sri. Dia buat part time kat sini aje. Jadilah daripada tak dapat orang langsung. Zaman sekarang mana ada orang yang nak bekerja di kedai-kedai atau butik,” komen Marina sambil mencapai sehelai baju buat Puan Sri Marissa.

162

Eliza AB

“Yalah, betullah tu. Habis tu dia ada kerja tetap ke?” soal Puan Sri Marissa dengan dahi berkerut. “Katanya ada. Tapi tak tau pulak saya kerja apa. Budaknya pun baik, hormat orang tua dan cantik. Kalau Puan Sri jumpa, gerenti amik jadi menantu punyalah,” cerita Marina lagi sedikit teruja. Dia membayangkan kalau Liyana bergandingan dengan anak Puan Sri Marissa, Amirul. Cukup sepadan dan secocok. Memikirkan itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Hesy Kak Ina ni, puji aku lebih-lebih ni kenapa? Kalaulah Kak Ina tau yang memang aku akan jadi menantunya, mesti terkejut beruklah Kak Ina tu. Dia mengintai-intai sambil mendengar perbualan antara Marina dan Puan Sri Marissa. “Ye ke Ina? Ermmm… kalau ikutkan bolehlah juga kenal-kenal. Tapi, Amirul tu dah ada pilihan sendiri. Pilihan Tan Sri juga. Tunggu masa aje nak langsungnya,” beritahu Puan Sri Marissa sambil mencapai baju yang dihulurkan oleh Marina sebentar tadi. “Dengan girlfriend yang selalu dia bawa tu ke Puan Sri?” tanya Marina ingin tahu. Teringat gadis yang pernah dibawa oleh Amirul suatu masa dahulu. “Girlfriend?” ulang Puan Sri Marissa berserta kerutan. Amirul ada girlfriend? Ah! Mungkin Liyana la kut yang dimaksudkan oleh Marina ni, putus Puan Sri Marissa dalam hati. “Yalah tu kut. Eh, Ina saya amik yang ni ajelah. Berkenan betul saya dengan jahitan manik ni. Nanti kenalkan saya dengan tukang jahitnya ya,” putus Puan Sri Marissa setelah lama membelek dan mencari. Lalu dihulurkan baju tersebut kepada Marina.

163

Gurauan Berkasih

“Insya-Allah, nanti saya kenalkan Puan Sri dengan Lia,” balas Marina sambil membaluti baju tersebut dengan plastik yang telah dikhaskan. “Lia?” ulang Puan Sri Marissa seakan berbisik. Liyana ke? Mungkin orang lain kut. Bukannya Lia sorang aje yang pakai nama tu. Berjuta-juta orang punya nama yang sama. Puan Sri Marissa membuat kesimpulannya sendiri. Liyana berdeham sebaik sahaja Puan Sri Marissa keluar dari butik tersebut. Dia menyambung semula kerjanya yang tertangguh sedari tadi. Nasib baik dia tidak bertemu dengan Puan Sri Marissa, jika tidak, menjadi masalah yang lain pula. “Ha… yang tersengih-sengih kat situ tu kenapa?” tegur Marina berbaur tegas. “La... nak sengih pun tak boleh ke? Kang buat muka tikus mondok baru tau,” bidas Liyana bernada usikan. “Tau ke rupa tikus mondok tu macam mana?” “Apa pulak tak taunya. Jerry tukan tikus. Macammacam rupa dia buat tau,” tukas Liyana. “Jerry? Jerry mana pulak ni? Pakwe kamu ke Lia?” tanya Marina dengan lurus bendulnya. “Ya Allah... Kak Ina ni,” kata Liyana sambil menepuk dahinya sendiri. “Kak Ina ni tengok televisyen ke tak? Jerry tukan tikus dalam kartun Tom & Jerry. Tu la, orang suruh tengok televisyen, Kak Ina dengar radio, manalah nak sama. Tengok dengan dengar, kan beza tu,” bebel Liyana panjang lebar. Kemudian, dia ketawa terbahak-bahak dengan kata-katanya itu. “Kamu nikan Lia. Geram betul dibuatnyalah!”

164

Eliza AB

gerutu Marina. Panas mukanya menahan geram. Liyana suka mempermain-mainkan serta mengusiknya. Namun dia tidak pernah mengambil hati dengan semua gurauan Liyana. Jika tiada Liyana, terasa sunyi dirinya itu. “Kak Ina…” panggil Liyana setelah keadaan kembali reda. “Ada apa?” tanya Marina. Dia mencapai baju lalu menggosoknya. Liyana sekadar memerhati. “Anak Puan Sri Marissa tu dah ada girlfriend, kan?” tanya Liyana ingin tahu. “Haah. Kan akak ada bagitau Liyana hari tu. Amirul pernah bawanya sekali dua kat butik ni.” Cerita Marina bernada serius. Liyana mengangguk. Hatinya terusik mendengar penjelasan Marina. Mengapa? Dia sendiri tidak tahu. Benarlah firasatnya sebentar tadi. Amirul punya kekasih pilihan hati. Tetapi, kenapa Amirul ingin berkahwin dengannya? Adakah kerana sikapnya terhadap lelaki itu membuatkan lelaki itu rasa tercabar? Tetapi, kenapa Amirul masih mahu meneruskan rancangan Tan Sri Khalil? Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Amirul daripada keluarganya. Seperti juga Amirul punya agenda tersendiri. Jika benar apa yang difikirkan itu, bagaimana cara untuk menyelesaikannya pula? Buntu, buntu Liyana memikirkannya.

“APA keputusannya?” tanya Fazura lalu melabuhkan duduk di birai katil. Liyana di hadapan dipandang mesra.

165

Gurauan Berkasih

“Keputusan periksa aku ke?” tanya Liyana pula. Sengaja mengusik Fazura. “Kau jangan nak main-mainlah, Lia. Aku tanya kau elok-elok, boleh pulak kau buat lawak. Aku sekeh karang baru tau,” marah Fazura, namun masih ada nada usikannya. “Alahai, aku ingatkan kau nak tahu keputusan periksa aku. Lain kali Zura, kalau nak bertanya pada aku, kena buat ayat mengikut format SPM. So, nanti aku jawabnya ikut format ‘U’. Up sikit daripada kau,” usik Liyana dan tertawa. Geli hati dengan ayatnya sendiri. “Grrr! Lia!” Fazura geram dan mencapai bantal peluk Liyana lalu memukul Liyana. Geram mendengar usikan Liyana itu. “Apa ni main pukul-pukul. Aku mengadu kat Amirul baru tau,” jerit kecil Liyana dan cuba mengelak daripada dipukul oleh Fazura. “Apa kau kata Lia?” memberhentikan tingkahnya. di dahi. “Kau nak mengadu dekat siapa tadi?” tanya Fazura lagi. “Siapa?” soalnya sambil menggaru-garu kepala. “Kalau tak silap telinga aku inilah, nama Amirul yang kau sebut tadi,” jawab Fazura sambil tersengih. “Ha… Amirul? Eh, mana ada. Pandai-pandai kau aje nak buat spekulasi. Aku ni bukannya artis yang kau nak spekulasikan,” bidas Liyana keras. Cuba menutup rasa malu yang sedang menggebu dalam dirinya itu. “Alah… aku bukan pekak lagilah. Mulut kata benci, tanya Fazura seraya

“Apa yang aku kata?” ulang Liyana berserta kerutan

166

Eliza AB

hati kata… Amirul, I love you,” ejek Fazura dan tertawa besar. “Hei, tolong sikit. Gelilah aku dengar!” bentak Liyana seraya bangun. Dia melangkah menuju ke ruang tamu. Fazura mencebik. Dia membuntuti Liyana menuju ke ruang tamu. Dicapainya alat kawalan jauh dan dihidupkan televisyen. Dan matanya tertancap di situ. “Aku pelik la dengan Amirul. Hari tu beria-ia suruh aku jelaskan pada Tan Sri Khalil perkara yang sebenar. Aku pun jelaskanlah kesemuanya. Aku bagitau Tan Sri Khalil yang aku cuma berlakon aje selama ni,” cerita Liyana sambil duduk di sisi Fazura. “Jadi, apa kata Tan Sri Khalil?” tanya Fazura teruja. Dia segera menghadap Liyana. “Tan Sri tak kata apa, tapi Puan Sri Marissa...” jawab Liyana berserta keluhan. “Ya ke Lia? Hai, sampai bawa jumpa Puan Sri. Kiranya seriuslah Tan Sri tu nak bermenantukan kau,” telah Fazura berserta senyuman mengusik. Liyana melepaskan keluhan berat untuk kesekian kalinya. Dia sekadar mengangguk dan pasti Fazura mengerti maksud anggukannya itu. “Eh... seronoknya kau, Lia. Dapat jadi menantu Tan Sri. Bolehlah aku tumpang sekaki ya,” sorak Fazura dan tersengih. “Banyaklah kau punya kaki. Bukan saja kaki, dengan tangan-tangan kau pun aku tak kasi tumpang tau,” bidas Liyana dan tergelak. Sengaja mengusik Fazura. Fazura yang mendengar, segera mencubit lengan Liyana. Geram hatinya kerana selalu dipermain-mainkan oleh

167

Gurauan Berkasih

Liyana. Kebiasaannya, dia yang selalu menjadi mangsa usikan Liyana. Tidak dapat dibayangkan bagaimana hidupnya tanpa Liyana selepas Liyana berkahwin nanti. “Yang buat aku terkejut Zura… Amirul yang nak teruskan perkahwinan ni. Aku tak pasti sama ada dia jujur dan ikhlas atau ada muslihat di sebaliknya. Mana mungkin dia nak berkahwin dengan aku yang tak ada apa-apa ni,” sambung Liyana. Dia menyandarkan badan ke sofa. Sedari siang tadi, otaknya sudah dikerah untuk berfikir sebab dan kenapa Amirul ingin meneruskan rancangan itu. “Kau sendiri macam mana? Hati kau kata apa?” tanya Fazura ingin menduga hati Liyana. Dia pasti Liyana sudah mulai jatuh cinta atau suka kepada Amirul. Daripada riak wajah Liyana, sudah membuktikan segala-galanya. “Hati aku? Manalah hati aku ni pandai cakap. Kau ni pun satulah Zura. Cuba tanya soalan tahap ‘U’. Ini tidak, soalan mengalahkan budak tiga tahun aje,” kata Liyana seraya bangun. Dia perlu menyelamatkan diri daripada Fazura. Lantas dia menuju ke bilik dan menguncikan diri di dalamnya. Kedengaran ketukan dari luar pintu. Ternyata Fazura marah dengan usikannya tadi. “Lia, buka pintu ni. Kau ni tak habis-habis nak usik aku ya. Tak apa, esok kau pergi kerja sendiri. Jangan tumpang aku!” gertak Fazura sambil tangannya mengetuk pintu bilik Liyana. Alamak! Dibuatnya Zura betul-betul tekad, matilah aku. Takkan aku nak naik bas atau teksi kut? Hesy Zura ni, tak boleh nak bergurau sikitlah. Nak mengamuk aje kerjanya, bebel Liyana dalam hati lalu membuka pintu biliknya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat kawan baiknya itu.

168

Eliza AB

“Sorrylah Zura. Bukan niat aku nak mengusik kau,” pujuk Liyana lembut. Matanya memandang tepat ke muka Fazura yang masam mencuka. Fazura berpeluk tubuh. Dia hanya membatukan diri di hadapan Liyana. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulutnya itu. Tau kau takut! Desis hatinya. “Okey… okey… aku bagitau semuanya pada kau. Dah, dah… muka tu jangan nak masam mencuka pulak. Kau pernah rasa ke cuka tu masam atau tak?” pujuk Liyana lagi mengaku kalah. Mungkin dengan cara ini, bebanannya juga akan berkurangan. Selama ini, hanya Fazura tempatnya meluahkan masalah. Walaupun Fazura sering makan hati dengan sikap dan perangainya, Fazura tetap berada di sampingnya tidak kira ketika susah mahupun senang. Jika tiada Fazura, seakanakan hilang sayapnya yang sebelah. Fazura sumber kekuatan dan semangat buatnya. Fazura juga orang yang paling disayangi selain daripada keluarganya. “Lia… aku laparlah. Jom, temankan aku pergi beli makanan.” Rengek Fazura mematikan lamunan pendek Liyana. Kemudian, dia mengangguk. Ikutkan ajelah!

“BETUL ke Rul?” tanya Harris inginkan kepastian. “Betul apanya?” tanya Amirul semula. “Aku dengar kau nak kahwin. Betul ke?” ulang Harris. Pandangannya jatuh ke muka Amirul. Tersentak Amirul mendengarnya. Air yang diminum hampir tersedak. Dia cuba mengawal riaknya agar tidak dikesan oleh Harris. “Siapa bagitau kau Ris?”

169

Gurauan Berkasih

“Pak long bagitau aku petang tadi. Betul ke? Dengan Shasha ke?” tanya Harris bertubi-tubi. Teruja untuk mengetahuinya. Amirul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memaksa dirinya untuk tersenyum. Bagaimana untuk beritahu Harris perkara yang sebenarnya? Jika dia beritahu perkara yang sebenarnya, apa anggapan Harris terhadapnya nanti? Apakah Harris akan menuduhnya perampas sedangkan dia sendiri tahu akan perasaan Harris terhadap Liyana? Perlukah dia berbohong? Dia memicit-micit kepalanya yang tidak sakit. Buntu memikirkannya. “Haah… dengan Shasha,” bohong Amirul. Jika itu dapat melegakan hati Harris, dia sanggup melakukannya. Dia tidak mahu melukakan hati Harris. “Oh… tercapai juga impian kau nak berkahwin dengan Shasha tu. Baguslah! Aku doakan kau bahagia,” ucap Harris berserta anggukan kecil. Amirul sekadar tersenyum. Mungkin ini cara yang terbaik buat semua. Suasana hening seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Amirul membuang pandang melihat keadaan sekeliling gerai makanan yang menjadi persinggahan mereka berdua. Suasana hingar-bingar kerana kebanyakan pelanggan sedang melayan EPL di televisyen. “Lia…!” panggil Harris menyentakkan Amirul. Pantas dia menoleh untuk melihat. “Harris! Buat apa kat sini?” tanya Liyana terkejut. “Nak buat fashion show kat sini,” jawab Harris berbaur usikan. Liyana tertawa kecil mendengarnya. Harris sudah

170

Eliza AB

pandai mengusiknya. Itu yang membuatkan dia berasa selesa di sisi Harris. “Lia buat apa kat sini?” tanya Harris memulangkan soalan yang sama. Kemudian, dia menepuk dahinya sendiri. Menyedari akan pertanyaannya itu. “Saya berlakon kat sini,” balas Liyana berserta tawanya. Geli hati melihat reaksi wajah Harris. Memang kau pandai berlakon pun, cebik Amirul dalam hati. “Saya temankan Zura. Tu ha, dia... tengah bayarkan order kami tadi,” beritahu Liyana sambil mengunjukkan Harris ke arah Fazura. Harris mengangguk. Matanya dihalakan ke arah yang ditunjukkan oleh Liyana tadi. Terlihat Fazura sedang membuat pembayaran di kaunter. “Ha, Rul... yang kau senyap aje ni kenapa? Takkanlah kau tak kenal dengan Lia?” tegur Harris sebaik sahaja menyedari kebisuan Amirul. Amirul tersenyum pahit. Tidak mahu menyampuk perbualan mereka berdua. Namun jauh di sudut hati, dia merasakan ada perasaan lain yang sedang memberontak hebat. Apakah perasaan itu? Dia sendiri tidak pasti. “Rul, aku nak cakap dengan Lia kejap. Kau tunggu ya,” pinta Harris seakan berbisik. Bulat mata Amirul mendengarnya. Entah mengapa perasaannya seakan terusik dengan permintaan Harris itu. Anggukan kecil yang mampu diberikan oleh Amirul dalam masa hatinya sedang berperang hebat. Tanpa membuang masa, Harris segera bangun dari duduknya. Dia menarik tangan Liyana agar mengekorinya.

171

Gurauan Berkasih

Tersentak Liyana dengan perlakuan Harris itu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur. Sempat dia mengerling ke arah Amirul. Terpancar ketegangan di wajah itu. Apakah maksudnya? “Ada apa Harris?” tanya Liyana sebaik sahaja mereka berdua menjauhi Amirul. Tangannya ditarik daripada genggaman Harris. “Hujung minggu ni, Lia free tak? Ris nak ajak Lia keluar,” jawab Harris perlahan. Malu. “Errr… tak tentu lagilah Ris. Nanti Lia bagitau Ris kalau Lia free,” ujar Liyana tersekat-sekat. Sukar untuk membuat keputusan. “Tak apalah kalau dah macam tu. Nanti kalau Lia free, Lia bagitau Ris,” balas Harris dan tersenyum. Cuba menghilangkan rasa kecewanya itu. Melihatkan riak kecewa di wajah Harris, membuatkan Liyana rasa bersalah. Sukar untuknya membuat keputusan. Jika dia menerimanya, apa pula kata Amirul? Hesy… yang aku fikirkan perasaan dia tu kenapa? Bukannya dia ada kena-mengena dengan aku pun, hatinya menyangkal. Dan jika dia menolaknya, Harris pasti kecewa. Walaupun sekadar berkawan, hati Harris perlu dijaga juga. “Macam nilah, Ris. Lia tak boleh berjanji dengan Ris. Tapi, Lia akan cuba luangkan masa untuk Ris,” pujuk Liyana lembut. Semoga dapat menggembirakan hati Harris. Mendengarkan kata-kata Liyana, pantas Harris mencapai tangan Liyana dan mengelusnya lembut. Ucapan terima kasih meniti di bibirnya. Hatinya berbunga riang. Sudah terangka rancangan buat dirinya dan Liyana. Dia akan pastikan Liyana gembira pada hari itu. “Lia… jom!” ajak Fazura mematikan perbualan mereka berdua.

172

Eliza AB

Pantas Liyana menarik tangannya daripada pegangan Harris. Dia melangkah menuju ke arah kereta Fazura. Dilihatnya Fazura sudah pun menghidupkan enjin kereta. Bersedia untuk beredar dari situ. Hesy Zura ni, tak menyempat betul. Tadi dia yang beria-ia ajak kita, sekarang dia pula yang nak cepat, rungut hatinya. “Lia balik dulu,” ujar Liyana dan segera masuk ke dalam perut kereta. “Hati-hati Fazura,” pesan Harris sambil melambai tangan ke arah Liyana dan Fazura. Kemudian kereta Fazura menghilang di sebalik kepekatan malam. Terpancar riak gembira di wajah Harris. Kemudian dia melangkah menuju ke kereta. Amirul sudah pun menantinya di situ. “Yang kau tersenyum-senyum macam orang angau ni kenapa?” tanya Amirul. Pelik melihat gelagat sepupunya itu. “Mestilah senyum. Niat aku nak keluar dating dengan Lia tercapai juga akhirnya.” Ujar Harris riang dan masih lagi tersenyum. Berderau Amirul mendengarnya. Harris keluar dating dengan Liyana? Betulkah apa yang didengarnya itu? Atau Harris sekadar berangan-angan aje? Ah! Tidak mungkin Harris menipunya. Baru tadi Harris memberitahu akan niatnya untuk berdating dengan Liyana. Dan Liyana bersetuju untuk keluar bersama Harris. Hesy... kenapa hati aku rasa sakit ni? Takkanlah aku cemburu dengan dia orang kut? Aku bukannya ada perasaan apa-apa pun pada perempuan tu, Amirul bersoal jawab dalam hati. Berkerut-kerut dia memikirkannya dan dia perlu mencari jawapan pada persoalannya itu.

173

Gurauan Berkasih

Bab 9
ANA boleh dia buat aku macam ni. Sesuka hati dia aje nak tukarkan aku. Apa dah tak ada orang lain lagi ke dia nak ambil?” rungut Liyana di hadapan Fazura. “Mentang-mentanglah dia bos, nak tunjuk lagak dengan akulah tu. Benci betullah!” Sakit hatinya apabila mendapat arahan daripada pihak pengurusan memintanya ditukarkan ke bahagian pentadbiran. Yang menambahkan kesakitan di hatinya apabila dia diletakkan di bawah pengurusan Amirul, menjadi pembantu Amirul. Huh! Fazura yang mendengar sekadar menggeleng. Kadang-kadang dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk memberi nasihat. Liyana kawan baiknya, manakala Amirul bosnya. Hesy… pening kepala aku dibuatkan dia orang berdua ni, rungut Fazura dalam hati. “Yang kau senyap aje ni kenapa? Bagilah idea macam mana aku nak tolak arahan dia tu,” sergah Liyana keras. Sakit hatinya melihatkan kebisuan Fazura.

“M

174

Eliza AB

Fazura tersentak daripada lamunannya. Sebentar tadi, otaknya ligat memikirkan tentang Amirul dan Liyana. Bagaimana untuk merapatkan hubungan mereka berdua? Hatinya kuat menyatakan yang mereka berdua memendam perasaan antara satu sama lain. “Aku tengah fikirlah ni. Kau ni pun satulah. Yang kau gelabah macam beruk terkena air panas ni kenapa? Relakslah! Kan lagi bagus kalau kau bawah dia. Lagi senang kau nak kenakan dia,” cadang Fazura. Mungkin dengan cara ini, Liyana dan Amirul dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi. “Eh… mana ada aku gelabah. Aku cuma tak suka tengok muka dia. Bukannya handsome mana pun,” bidas Liyana pantas. Dia tersenyum pahit. “Sudahlah Lia. Macamlah baru sehari aku kenal kau,” cebik Fazura seraya bangun. Dia mengerling ke jam tangannya. Waktu rehat semakin tiba ke penghujungnya. “Aku naik dululah. Banyak kerja yang aku nak settlekan. Good luck!” ujar Fazura berserta senyuman leretnya. Liyana sekadar memerhati kelibat Fazura menjauh daripadanya. Dia perlu menenteramkan perasaan buat seketika. Sungguh tidak menyangka yang Amirul mengotakan kata-katanya. Peristiwa dua hari lepas terimbau di ruang mata. “Siapa pulak tu?” tanya Fazura. Jam di tangan dikerling seketika. Masa menginjak ke angka dua belas tengah malam. Terlalu lama mereka berdua membeli-belah di pasar raya tadi selepas membeli makanan. “Kau ada jemput sesiapa ke Zura? Kut-kutlah kau nak buat kenduri dengan nasi bungkus kau tu,” kata Liyana dan tertawa kecil.

175

Gurauan Berkasih

Mereka berdua memerhatikan kereta BMW berwarna hitam yang baru diparkirkan tidak jauh dari halaman rumah mereka. Kelihatan seorang lelaki keluar dari perut kereta tersebut. Terkejut Fazura dan Liyana melihatnya. “Hesy… apa dia buat kat sini? Macam mana dia tau rumah kau ni Zura?” sungut Liyana tidak senang. “Kau ni kalau nak tanya soalan, biarlah logik sikit. Ini tidak, soalan mengalahkan budak darjah dua aje,” bebel Fazura. Liyana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kurang mengerti akan maksud Fazura itu. “Dia, kan bos!” sambung Fazura melihatkan muka pelik Liyana. “Eh…. ya tak ya jugak. Apalah kau ni Lia,” kutuk Liyana kepada dirinya sendiri. Mereka memerhatikan sahaja langkah Amirul yang semakin menghampiri. Entah mengapa ada debaran di dada Liyana. Jantungnya berdegup kencang tatkala melihat penampilan Amirul. Tampak santai dan menawan. Kenapa aku tak perasan penampilannya sebelum ni? Bisik hati Liyana. “Aku masuk dululah. Aku rasa dia nak jumpa kau tu,” pamit Fazura tanpa disuruh. “Zura… aku….” Ada getaran pada suaranya itu. “Good luck!” ucap Fazura lalu membuka pintu pagar rumah dan terus menapak masuk ke dalam rumah. Liyana hanya memerhati dengan ekor matanya sahaja. Dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa gelabahnya dia ketika itu.

176

Eliza AB

“Buat apa datang sini?” tanya Liyana kasar, setibanya Amirul di hadapannya. “Kau macam tak suka aje aku datang sini. Kalau Harris yang datang, mesti kau tak sekasar nikan?” sindir Amirul geram. Terkejut dengan penerimaan Liyana. “Itu hak saya. Encik Amirul tak ada kena-mengena dengannya,” bidas Liyana dan berpeluk tubuh. “Siapa kata tak ada kena-mengena dengan aku? Aku ni bakal suami kau. Semua tentang kau, aku perlu tahu dan ambil tahu,” bidas Amirul pula. “Hello… tolong sikit ya Encik Amirul. Saya tak pernah pun declare yang encik ni bakal suami saya. Tak ingin saya bersuamikan lelaki macam encik ni. Egois, sombong, berlagak dan lain-lain adik-beradik sepupu sepapatlah.” Liyana memprotes. Perasan! Panas telinga Amirul mendengarnya. Liyana di hadapan dipandang tajam. “Kau jangan nak naikkan darah aku Liyana,” marah Amirul sambil menggenggam penumbuknya. “Suka hati sayalah! Daripada saya layan Encik Amirul, baik saya layan kucing kat dalam rumah saya ni. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya masuk dululah. Panas pulak malam ni.” Belum sempat kakinya melangkah, lengannya sudah ditarik oleh Amirul membuatkan dia terdorong ke belakang. “Aku bagi amaran kat kau. Aku tak suka kau berkawan dengan Harris. Aku tak suka kau keluar dengan dia. Kau hak aku… dan aku takkan lepaskan kau. Aku akan pastikan kau terikat dengan aku sampai bila-bila!” tengking Amirul. Terkedu Liyana seketika. Bagaikan ada batu konkrit

177

Gurauan Berkasih

menghempap badannya ketika itu. Terkebil-kebil matanya memandang Amirul. Benarkah apa yang diperkatakan oleh Amirul itu? “Encik Amirul ugut saya?” tanya Liyana inginkan kepastian. Namun persoalannya itu dibiarkan oleh Amirul tanpa berjawab. Amirul melangkah pergi sebaik sahaja melepaskan lengan Liyana daripada genggamannya. dia

“Apa maksud dia? Aku hak dia? Dia takkan lepaskan aku? Dia nak aku terikat dengan dia sampai bila-bila? Hesy… makin pening kepala aku dibuatnya.” Gerutu Liyana sendirian. Untuk tidak menyesakkan fikirannya lagi, lantas Liyana mengangkat kaki beredar dari situ.

“KENAPA kau tukarkan Liyana?” tanya Harris tidak berpuas hati. “Bukan aku, papa,” jawab Amirul acuh tak acuh. “Pak long? Tapi kenapa?” soal Harris bengang. Amirul menutup fail yang dibacanya. Dia mengangkat muka dan memandang tepat ke muka tegang Harris. Apa perasaan Harris jika dia tahu Liyana tu bakal isteri aku, bisik hatinya. “Aku tak tau, Ris. Semua ni keputusan papa. Papa nak Liyana bekerja bawah aku,” dalih Amirul cuba menyembunyikan kebenaran. Sebenarnya dia yang berkehendakkan Liyana berada di sisinya, di hadapan matanya. Entah mengapa, dia sendiri tidak pasti. Adakah dia sudah jatuh cinta kepada Liyana? Oh tidak… tidak… mustahil aku jatuh cinta pada dia, hatinya pantas membidas.

178

Eliza AB

Harris tidak senang duduk. Keputusan Tan Sri Khalil menyesakkan nafasnya. Bagaimana untuk melepaskan Liyana? Selama beberapa bulan bekerjasama dengan Liyana, dia bahagia. Bahagia berada di sisi Liyana. Sehari tak pandang, rindu rasanya. Hatinya sentiasa berbunga riang. Dan dia yakin yang dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu. “Kalau dah tu keputusan pak long, aku tak boleh nak kata apa,” keluh Harris sambil meraup mukanya, kecewa dengan keputusan Tan Sri Khalil. “Yang kau terlebih emo ni kenapa? Bukannya kau tak boleh jumpa dengan dia lagi. Satu bangunan dan bezanya satu tingkat aje,” balas Amirul dan tergeleng kecil. Tak faham aku dengan dia ni. Apa yang dipandang sangat dengan perempuan tu? Bukannya cantik mana pun, gerutu hati Amirul. “Aku bukannya emo, tak sampai hati nak lepaskan dia. Hari-hari aku dah pandang dia, lepas ni aku nak pandang apa pulak? Rul… aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dialah,” luah Harris jujur. Tergamam Amirul mendengarnya. Jika sebelum ini Harris tidak pernah berterus terang akan perasaannya, dan hari ini dia mendengarnya daripada mulut Harris sendiri. Cemburukah aku? Hesy… mana ada aku cemburu. Lantak dialah nak suka kat siapa, hak dia. Lagipun Liyana tu bukan taste aku. Macam Betty Suarez rupanya. Dressing dia… mak oi… kalah orang gaji aku kat rumah tu, kata akalnya berbisik. Ya ke Amirul? Bukan ke kau akui dulu yang dia menawan walaupun hanya berbaju kurung. Kau ni Amirul, cakap tak serupa bikinlah, hatinya yang lagi satu membidas. “Aku nak luahkan perasaan aku pada dialah Rul.

179

Gurauan Berkasih

Agak-agaknya dia terima tak cinta aku ni?” sambung Harris berserta senyuman di bibir. “Ha… kau cakap apa Ris?” tanya Amirul seakanakan tersedar daripada lamunannya. “Ya Allah, kau mengelamun ke? Apalah kau ni Rul. Tak apalah, aku balik bilik aku dululah. Aku nak jumpa Liyana kejap sebelum dia naik ke atas ni,” ujar Harris seraya bangun. “Yalah, aku pun nak turun ni. Baru aku teringat, Shasha nak jumpa aku lepas kerja ni,” balas Amirul turut sama bangun. “Oh… pergi datinglah ni. Kiranya kau dah baik dengan Shasha la ya? Kali ni siapa pulak yang mengalah, kau ke dia?” komen Harris sambil melangkah menuju ke pintu bilik. Amirul sekadar membisu. Tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. Dia sendiri terkejut selepas mendapat panggilan telefon daripada Shasha. Hal apa yang ingin dibincangkan oleh Shasha, dia sendiri tidak pasti. “Mesti kau yang mengalah, kan? Tak apalah Rul, aku cuma nak nasihatkan kau. Sekali-sekala kau kena gunakan ego lelaki kau tu. Nanti bila dia dah pijak kepala kau, baru kau nak sedar dan menyesal.” Nasihat Harris dan berlalu pergi dari situ. Amirul hanya memerhati daripada ekor matanya sahaja. Ada benarnya kata-kata Harris itu. Dia perlu menggunakan ego lelakinya apabila berhadapan dengan Shasha. Tetapi kenapa apabila berhadapan dengan Liyana, ego lelakinya melebihi daripada perasaannya?

180

Eliza AB

LIYANA mengerling jam di pergelangan tangan. Masih berbaki satu jam sebelum dia memulakan kerjanya di Butik Idaman. Dia menopang dagu di meja kerjanya. Terasa bosan waktu itu. Sungguh dia tidak bersetuju diarahkan bertukar ke bahagian pentadbiran. Jiwanya lebih kepada bahagian operasi, malah Harris seorang ketua yang baik. Huh! Satu keluhan terlepas daripada bibirnya. Bagaimana dengan hari-hari yang mendatang? Adakah Amirul seorang ketua yang baik seperti Harris? Kenapalah nasib aku ni malang? Rasa terseksa yang amat sangat. Aku perlukan udara untuk bernafas. Sesak nafas aku dibuatnya. Ibu, Lia rindukan ibu. Ibu tak rindukan Lia ke? Rintih Liyana dalam hati. Entah mengapa matanya mulai berkaca-kaca. Rasa rindu mencengkam hebat dirinya waktu itu. “Kau nak balik dengan aku tak Lia?” tanya Fazura mengejutkan Liyana lantas pantas dia menyeka air matanya yang hampir gugur. Terjegil mata Fazura melihatnya. Wajah Liyana diamati dalam-dalam. Seperti ada sesuatu yang membuatkan wajah itu bermuram duka. Mungkinkah disebabkan pemindahan dari bahagian operasi ke bahagian pentadbiran membuatkan Liyana sedih? Mustahil! Tidak mungkin Liyana bersedih tentang perkara itu. Hanya kerana keluarga yang boleh membuatkan Liyana sesedih begitu. Ya, tentang ayah serta keluarganya. Sejak dari dulu lagi, Liyana akan bersedih jika mengenangkan keluarganya. Jika perkara lain, mustahil Liyana akan sesedih itu walaupun dia pernah kemalangan suatu masa dahulu. Fazura menapak masuk ke dalam bilik Liyana. Cantik dan menarik bilik yang disediakan buat Liyana. Warna ungu lembut dan dipadankan dengan perabot buatan Itali, menampakkan kemewahan di dalam bilik itu. Liyana

181

Gurauan Berkasih

ditukarkan ke bahagian pentadbiran atas arahan Tan Sri Khalil melalui Amirul kerana Amirul mahukannya begitu. Sungguh bertuah Liyana. Bakal menjadi menantu Tan Sri Khalil. Pasti ramai yang akan menggigit jari apabila mendapat tahu perkara itu. Bagaimana pula reaksi Harris? Sukar untuk membayangkan jika situasi itu berlaku suatu hari nanti. “Lia… kau kenapa ni?” tegur Fazura dan duduk bersebelahan Liyana. Dipeluk bahu kawan baiknya itu. Cuba untuk menenangkan perasaan sedih kawannya itu. Liyana menyeka air matanya. Entah bagaimana air matanya itu boleh gugur, dia sendiri tidak menyedarinya. Apa yang dirasakan waktu itu hanyalah kerinduan kepada keluarganya. Sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia diabaikan oleh keluarganya sendiri terutama Dato’ Zulkifli. Sehingga ke hari ini, hatinya masih tertanya-tanya kenapa Dato’ Zulkifli membencinya dan sekali gus mengabaikannya. Dia juga punya keinginan untuk disayangi oleh keluarganya sendiri. Dia juga punya hati dan perasaan. Dia juga punya rasa sakit, kecewa dan sedih jika diperlakukan sebegitu. “Sudahlah Lia. Aku tak yakin kau sedih disebabkan penukaran kau ni. Aku pasti kau sedih disebabkan keluarga kau, kan?” duga Fazura. Itulah yang dirasakan saat melihatkan kesedihan Liyana. Liyana mengangguk lemah. Fazura memang pandai menduga perasaannya. Selama mereka berdua berkawan, Fazura yang banyak memberi semangat dan kekuatan buatnya. Fazura juga yang banyak membantu dari segi kewangan walaupun pada dasarnya dia lebih berkemampuan daripada Fazura sendiri. Namun apakan daya, dia terpaksa mencari kehidupannya sendiri. Mencari kehidupan yang telah lama menghilang disebabkan sikap dan perangai Dato’ Zulkifli terhadapnya.

182

Eliza AB

“Aku rindukan mereka, Zura. Tapi, berbaloi ke kerinduan aku ini? Aku rasa terseksa menanggung kerinduan ni. Perlukah aku melawat mereka, Zura?” luah Liyana sambil menatap wajah Fazura. Meminta pendapat daripada kawan baiknya itu. “Ermmm… susah aku nak bagi pendapat, Lia. Kau pejamkan mata, dengar kata hati kau sendiri. Kau akan dapat jawapannya.” Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Fazura. “Ya… aku kena tanya pada hati aku sendiri. Tapi, boleh ke hati bercakap? Hati tu ada mulut ke?” tanya Liyana lurus. Sengaja menceriakan suasana dan tidak mahu terusterusan diharung kesedihan. “Mulut?” ulang Fazura berserta kerutan di dahi. “Kau ni Lia, kalau tak kenakan aku sehari, memang tak sah. Tadi menangis beria-ia, sekarang gelak pulak. Hesy… sakit hati aku dengan kau nilah Lia,” bebel Fazura tatkala menyedari dirinya dipermainkan oleh Liyana. Liyana tersengih. Sengaja mengusik Fazura. Dia akan rasa lebih tenang selepas ketawa. Dengan ketawa dapat menghilangkan tekanannya itu. “Alah… itu pun nak marah ke? Usik sikit pun tak boleh. Sejak bila pulak kau jadi sensitif ni?” komen Liyana seraya bangun. “Kau tu memang. Tapi, aku lebih suka tengok kau macam ni daripada kau bersedih. Kalau kau bersedih, aku turut sama bersedih, Lia. Sehari tak tengok kau ketawa, macam pelik aje aku rasa,” jelas Fazura turut sama bangun. Itulah apa yang dirasakannya selama ini. Usikan Liyana sudah sebati dalam dirinya. Jika tidak melihat wajah ceria Liyana, bermacam-macam akan difikirkannya tentang Liyana. Kadang-kadang dia juga berasa pelik dengan sikap

183

Gurauan Berkasih

dan perangai Liyana. Jika Liyana bersedih, hanya untuk beberapa minit dan kemudian itu, dia akan melihat wajah ceria Liyana. Mungkin Liyana memendam segala kedukaan dan kesedihannya selama ini dan tidak mahu dikesan olehnya. “Kau nak tumpang aku tak?” tanya Fazura seraya menapak ke muka pintu bilik. “Tak apalah, kau baliklah dulu. Pandai-pandai akulah nak balik nanti,” jawab Liyana seraya mencapai beg sandangnya. “Kalau macam tu, aku balik dululah. Sampaikan salam aku pada Kak Marina.” Ujar Fazura dan berlalu pergi dari situ. Liyana sekadar mengangguk. Dia turut sama menapak keluar dari bilik setelah mengunci biliknya. Bilik yang disediakan oleh Amirul. Jawatannya masih sama, hanya ketuanya sahaja yang bertukar. Daripada Harris kepada Amirul a.k.a mamat hingusan. Liyana tersenyum sendiri dengan gelaran yang diberikannya itu. Memang berhingus pun!

“I minta maaf Rul,” ucap Shasha dan meraih tangan Amirul. Amirul mendengus. Dia membiarkan sahaja Shasha meraih tangannya. Entah mengapa dia tidak merasakan apaapa pada pegangan Shasha. Jika dahulu, jantungnya akan berdegup dengan kencang sebaik sahaja dia bersentuhan dengan Shasha. Mungkinkah perasaannya terhadap Shasha semakin menjauh setelah apa yang Shasha lakukan sebulan yang lepas? Cabaran Shasha memintanya berkahwin dengan

184

Eliza AB

sesiapa sahaja membuatkan dia tidak yakin dengan cinta Shasha terhadapnya. “Rul, I tau… I bersalah pada you. I cabar you kahwin, tapi takkan you sahut cabaran I tu? I sengaja nak uji kesetiaan you aje,” sambung Shasha lagi. Dan kali ini tangan Amirul dielus lembut. “Amirul… please… jangan buat I macam ni. Sebulan you mogok macam setahun rasanya. I terseksa menanggung rindu pada you Rul,” tambah Shasha pula. Mengharapkan Amirul mendengar luahan hatinya itu. Amirul melepaskan keluhan berat. Hatinya sayu melihat wajah sedih Shasha. Tidak dinafikan yang hatinya masih mencintai dan menyayangi gadis itu, walaupun kadangkala sikap dan perangai Shasha mencabar ego lelakinya. Perlukah dia memaafkan Shasha dan menerima Shasha semula? “I…” Amirul berjeda. Sukar untuk menuturkan kata-kata. “Please Rul… maafkan I. Kita baik semula okey! I janji lepas ni, I akan dengar cakap you. Kalau you minta I berkahwin dengan you, I sanggup dan I dah bersedia untuk ke arah itu,” pintas Shasha. Tangannya masih menggenggam erat tangan Amirul. “Jangan pandai berjanji Shasha. Kelak you yang akan memungkirinya,” bidas Amirul keras. Sukar untuk mempercayai kata-kata Shasha itu. Sebelum ini sudah berkali-kali dia melamar Shasha, tetapi satu pun tidak diambil kira oleh Shasha. Kenapa hari ini baru Shasha bersetuju untuk mendirikan rumah tangga? “I tau Rul... tapi percayalah, I betul-betul dah bersedia untuk berumah tangga. I tak nak kehilangan you. I

185

Gurauan Berkasih

sayang dan cintakan you Rul.” Luah Shasha lagi. Berharap agar Amirul mempercayai akan kata-katanya itu. Amirul tersenyum hambar. Otaknya ligat berputar memikirkan perubahan Shasha. Kenapa Shasha berubah dengan tiba-tiba? Apa yang membuatkan Shasha berubah? Perlukah dia percaya dengan kata-kata Shasha lagi? Bagaimana dengan cabaran Shasha yang menyuruhnya berkahwin dengan orang lain? Perlukah dia menyahut cabaran itu atau memandang sepi cabaran tersebut? Sesak nafasnya memikirkan kesemua persoalan itu.

“KENAPA tak bagitau dulu kalau nak datang?” tanya Datin Suraya. Seakan kurang menyenangi akan kedatangan Liyana. Tersentak Liyana dengan pertanyaan Datin Suraya. Perlukah diberitahu terlebih dahulu akan kedatangannya sedangkan dia berhak untuk balik ke rumah pada bila-bila masa sahaja. Sungguh dia terasa akan pertanyaan itu. Namun dia cuba untuk mengawal riak di wajahnya. Setelah puas berfikir petang tadi, dia bertekad untuk pulang ke rumah untuk melawat keluarganya. Dia telah meminta cuti daripada Marina semata-mata untuk melepaskan kerinduannya terhadap keluarga. Tetapi tidak menyangka, begini penerimaan Datin Suraya terhadapnya kini. “Nak balik rumah sendiri kena bagitau dulu ke ibu?” tanya Liyana bernada menyindir. Bukan niatnya untuk berkurang ajar, tetapi hatinya terasa dengan pertanyaan Datin Suraya tadi. Tergamam Datin Suraya dengan sindiran Liyana

186

Eliza AB

itu. Sungguh dia dituturkannya tadi.

tidak

menyedari

akan

apa

yang

“Lia singgah kejap aje. Nak tengok ibu dan ayah. Tapi, kalau kedatangan Lia ni tidak menyenangkan hati ibu, Lia minta maaf. Lepas ni Lia takkan datang lagi ke rumah ni,” sambung Liyana. Dia melangkah ke pintu utama. Sungguh dia terasa dengan penerimaan Datin Suraya. “Lia… ibu minta maaf. Ibu tak sengaja,” ucap Datin Suraya sambil meraih tangan Liyana. “Tak apalah ibu. Lia dah biasa dengan semua ni. Lia minta diri dulu,” balas Liyana sambil bersalaman dengan Datin Suraya. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, hatinya begitu sensitif jika sesiapa memperlakukannya sebegitu. “Ha… buat apa balik ke rumah ni? Dah tak boleh nak hidup kat luar tu lagi dah ke? Kamu balik ni nak minta duit dari ibu kamu pulak?” tanya Dato’ Zulkifli tiba-tiba dari arah anak tangga rumah. Tersentak Liyana dengan sindiran Dato’ Zulkifli itu. Seraya dia menoleh ke arah Dato’ Zulkifli yang sedang melangkah menuju ke ruang tamu. Kenapa kedatangannya dipertikaikan oleh semua orang? “Lia bukan nak minta duit dengan ibu. Lia datang nak melawat ibu dan ayah. Salah ke kalau Lia datang melawat?” suara Liyana sebak. Matanya mulai berkaca-kaca. “Kami belum nak mati lagi. Kalau kamu datang nak minta duit, satu sen pun aku takkan bagi,” kata Dato’ Zulkifli dengan tegas. “Setakat ni, alhamdulillah. Lia masih boleh hidup dengan rezeki yang Lia perolehi. Maafkan Lia kalau kedatangan Lia mengganggu ketenteraman Dato’ Zulkifli dan Datin Suraya. Lia minta diri dulu,” balas Liyana dan segera

187

Gurauan Berkasih

membawa diri keluar dari rumah itu. Lebih lama dia di situ, entah apa lagi yang akan dihamburkan oleh Dato’ Zulkifli. Sungguh hatinya tergores dengan penerimaan ayah dan ibunya. “Lia…! Lia…!” Panggil Datin Suraya. Namun panggilan itu tidak disahut oleh Liyana. Liyana pergi membawa hati yang tergores atas sikap Dato’ Zulkifli dan Datin Suraya.

188

Eliza AB

Bab 10
AYA nak awak siapkan dokumen ni hari ini juga tanpa sebarang kesalahan,” arah Amirul sambil menghulurkan fail kepada Liyana. Liyana menyambutnya berserta anggukan di kepala. “Kalau tak ada apa lagi, saya minta diri dulu,” ujar Liyana lembut. Tanpa menunggu balasan, dia segera menapak keluar dari bilik Amirul. Entah mengapa, kata-kata Dato’ Zulkifli pada malam itu masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Tergamak Dato’ Zulkifli menganggapnya begitu. Kedatangannya pada malam itu bukanlah untuk meminta wang ataupun harta, sekadar untuk melepaskan kerinduan yang bertamu dalam dirinya selama sebulan. Jika kedatangannya dipertikaikan, perlukah dia melawat mereka lagi? Perlukah dia memekakkan telinga dan membutakan mata dengan kata-kata dan perbuatan Dato’ Zulkifli itu? Liyana buntu. Buntu memikirkan itu semua. Terasa sesak nafasnya tiba-tiba.

“S

189

Gurauan Berkasih

“Aduh!” jerit Liyana sambil memegang dahinya yang terasa sakit. Macam mana dia boleh tidak perasankan bucu pintu kaca itu. Mungkin terlalu leka mengelamun menyebabkan dia tidak menyedari akan bucu pintu itu. “Lia… awak ni kenapa? Jalan tu cuba tengok depan. Ini tidak, jalan sambil mengelamun,” marah Amirul. Dia menarik tangan Liyana dan membawa Liyana ke sofa. Liyana hanya menurut tanpa membantah. Otaknya masih lagi ligat memikirkan peristiwa malam itu. Kenapa Dato’ Zulkifli masih membencinya? Persoalan yang sentiasa berlegar-legar di kotak fikirannya selama ini. Sungguh dia tidak ada jawapan untuk soalannya itu. “Mari saya tengok dahi awak tu,” ujar Amirul sambil menyentuh lembut dahi Liyana. “Lebam dah dahi awak ni. Tunggu saya ambilkan minyak,” sambung Amirul. Lantas dia bangun dan mencari first aid kit. Setelah itu, dia mengeluarkan sebotol minyak dan menuangkan sedikit ke tapak tangan. Dengan perlahan, dia mengurut dahi Liyana sambil cuba mengawal debaran di dada. Alamak! Apesal laju aje jantung aku ni? Buat malu ajelah kalau dia dengar jantung aku sekarang ni, bisik hati Amirul. Liyana membiarkan sahaja perbuatan Amirul tanpa berniat untuk menolak. Hembusan lembut nafas Amirul menampar telinganya. Dirasakan ketenangan berada di sisi Amirul. Segala masalah yang difikirkannya sebentar tadi, lenyap begitu sahaja. “Sakit?” tanya Amirul lembut. Matanya menikam anak mata Liyana. Hanya kesedihan yang terpancar daripada anak mata itu. Liyana sekadar menggeleng. Entah mengapa

190

Eliza AB

dirasakan jantungnya berdegup dengan kencang. Panahan anak mata Amirul menusuk ke tangkai hati. Sungguh dia tidak mengerti akan apa yang sedang berlaku terhadap jantung dan hatinya itu. “Terima kasih,” ucap Liyana seraya bangun. “Awak ada masalah ke Lia?” soal Amirul sambil memegang tangan Liyana. Tersentak Liyana dengan tindakan Amirul. Dia memandang tangan Amirul dengan pandangan yang kosong. Tidak mungkin dia akan bercerita masalahnya itu kepada Amirul. Amirul bukan siapa-siapa dengannya. “Saya balik bilik dulu.” Ujar Liyana lembut dan melepaskan pegangan Amirul. Dia menapak keluar dari bilik pemuda itu. Jika berlama di situ, entah apa akan terjadi dengan jantungnya itu. Mungkinkah akan berdegup dengan kencang atau sebaliknya. Amirul sekadar mengangguk. Ekor matanya sahaja yang menghantar langkah Liyana. Kemudian, dia mengusap lembut dadanya. Dapat dirasakan debaran di dada. Jantungnya berdegup dengan kencang. Ada perasaan halus yang sedang mencucuk tangkai hati. Apakah itu? Adakah dia sudah jatuh cinta dengan Liyana? Ah! Tidak mungkin aku jatuh cinta dengan dia. Aku takkan tergoda dengan dia. Kata-kata aku dulu masih tersemat kemas dalam diri aku ini, bidas hati Amirul.

DATO’ ZULKIFLI masih meneliti fail syarikat. Keluhan berat dilepaskan untuk kesekian kalinya. Masalah syarikat tidak pernah putus dari dulu sehinggalah sekarang. Sehinggakan

191

Gurauan Berkasih

pernah suatu ketika dulu syarikatnya hampir bankrap di atas kesilapan yang dilakukannya. Kesilapan yang tidak boleh dimaafkan sehingga ke hari ini. Kesilapan yang bersangkut paut dengan kehidupannya sekarang. Jika bukan disebabkan kasih dan cintanya terhadap Datin Suraya, tidak mungkin dia akan bersetuju dengan permintaan Datin Suraya suatu ketika dahulu. Di atas kesilapan itulah, sehingga ke hari ini kesannya masih bersisa dan tidak mungkin lenyap begitu sahaja. Andai kata masa boleh diputarkan semula, ingin saja dia menolak keras cadangan Datin Suraya demi kesejahteraan keluarga dan syarikatnya. “Dato’…” tegur Zurina dari hujung talian. Lamunan Dato’ Zulkifli terhenti di situ. “Yes Zurina,” balas Dato’ Zulkifli. “Tan Sri Khalil ingin berjumpa dengan Dato’,” beritahu Zurina. “Tan Sri Khalil?” Dahi Dato’ Zulkifli berkerut. “Baiklah, suruh Tan Sri masuk.” “Baiklah Dato’,” balas Zurina dan mematikan talian. Dato’ Zulkifli membetulkan duduknya. Otaknya ligat berfikir akan tujuan kedatangan Tan Sri Khalil ke pejabatnya. Ada perkara pentingkah yang ingin disampaikan oleh Tan Sri Khalil? Mengenai projek ataupun keluarga? “Maaf kalau ganggu kau Zul,” ujar Tan Sri Khalil sebaik sahaja masuk dan duduk di kerusi. “Tak apa. Aku pun tak sibuk mana. Apa tujuan kau datang ke sini? Ada hal apa? Soal business ke?” balas Dato’ Zulkifli. Tan Sri Khalil menarik nafas dan menghembusnya.

192

Eliza AB

Bagaimana untuk berterus terang dengan Dato’ Zulkifli? Perlukah dia berterus terang tentang janji mereka dahulu untuk menyatukan anak-anak mereka? “Macam ni, Zul. Aku dah buat keputusan tentang rancangan kita untuk satukan kedua-dua anak kita tu. Aku minta maaf, Zul. Amirul tak bersetuju dengan rancangan kita tu,” bohong Tan Sri Khalil. Mungkin dengan cara ini Dato’ Zulkifli akan percaya dan terima dengan hati yang terbuka. “Maksud kau Lil, satukan Amirul dengan Laila, begitu?” tanya Dato’ Zulkifli inginkan kepastian. Tan Sri Khalil mengangguk. Wajah Dato’ Zulkifli dipandang mesra. “Aku dah tanyakan pada Amirul, dia tak bersetuju. Sebenarnya Zul, Amirul dah ada pilihannya sendiri. Dia dah bagitau aku hasrat dia nak berkahwin dengan gadis pilihannya. Insya-Allah… kalau tak ada apa-apa halangan, kami nak merisik gadis tu dalam bulan ni juga. Maafkan kami sekeluarga,” jelas Tan Sri Khalil. Keluhan berat terlepas daripada bibirnya. “Tak apalah Lil. Dalam soal jodoh ni, kita sebagai orang tua tak boleh nak memaksa sangat. Nanti kita juga yang susah. Lagipun Laila belum bersedia untuk ke arah tu. Umur aje dah dua puluh lima tahun, tapi perangai mengalahkan budak umur sepuluh tahun. Macam mana nak kahwin kalau diri sendiri pun tak terurus,” jelas Dato’ Zulkifli. Mengerti akan permintaan Tan Sri Khalil itu. “Terima kasih, Zul. Aku tak boleh nak memaksa Amirul. Kau, kan tau Amirul pernah lari dari rumah sebab aku nak jodohkan dia dengan anak Kamal dulu. Seminggu kami cari dia. Sejak dari itu, aku dan Marissa tak nak memaksa dia dalam soal jodoh. Biarlah dia yang buat

193

Gurauan Berkasih

keputusan dengan siapa dia nak berkahwin,” terang Tan Sri Khalil. Peristiwa Amirul memberontak dengan melarikan diri dari rumah masih segar di ingatannya “Ya… aku masih ingat lagi peristiwa tu. Oh, ya… gadis mana yang kau nak risik tu?” tanya Dato’ Zulkifli berminat. “Budak tu bekerja kat syarikat aku sebagai pembantu Amirul. Dah lama dah dia orang kenal. Dah dua tahun bercinta dan baru sekarang aku tahu. Aku pun berkenan jugak dengan budak tu. Baik, berbudi bahasa, hormat orang tua dan dia pernah tolong aku masa aku hampir kena langgar dengan kereta dulu,” cerita Tan Sri Khalil. Terukir senyuman di bibirnya. “Oh… budak perempuan yang kau ceritakan pada aku dulu tu ya?” ulang Dato’ Zulkifli inginkan kepastian. Tan Sri Khalil mengangguk. “Ermmm… boleh tak kalau aku nak berjumpa dengan budak tu? Teringin juga nak tengok bakal menantu kau tu,” sambung Dato’ Zulkifli lalu tertawa. “Insya-Allah… aku akan kenalkan dia dengan kau. Tak pun kau datang ajelah ke ofis aku kalau kau nak tengok. Eh… okeylah Zul. Dah lama sangat aku kat sini. Apa-apa pun aku minta maaf disebabkan rancangan kita tu tak berjaya. Jangan kau berdendam dengan aku, sudahlah,” seloroh Tan Sri Khalil berserta ketawa kecil. “Hesy… kau ni Lil, ke situ pulak. Tak adanya aku nak berdendam dengan kau. Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana, kan?” Bidas Dato’ Zulkifli turut sama tertawa. Tan Sri Khalil mengangguk. Bingkas dia bangun dan menapak ke muka pintu bilik. Selepas mengucapkan terima kasih, dia melangkah keluar dari bilik itu.

194

Eliza AB

Dato’ Zulkifli hanya memerhati dari ekor matanya sahaja sehingga kelibat Tan Sri Khalil hilang daripada pandangan mata.

TAN SRI KHALIL meneguk jus oren sambil membuang pandang ke luar restoran. Selepas berjumpa dengan Dato’ Zulkifli, dia segera menuju ke sebuah restoran yang terletak di Bangsar untuk melepaskan tekanan bekerja buat sementara. Hatinya terasa lega selepas mendengar kata putus daripada Dato’ Zulkifli sebentar tadi. Mujurlah dia punya alasan yang kukuh untuk menolak rancangan menjodohkan Amirul dengan Laila. Mujur juga dia berjumpa dengan Liyana. Jika tidak, sukar untuk mengelak daripada meneruskan rancangan tersebut. Tan Sri Khalil bukannya seorang yang memungkiri janji. Tetapi disebabkan sikap dan perangai Laila, membuatkan dia tidak berkenan untuk menjadikan Laila sebagai menantunya. Apa yang menjadi tanda tanya, di mana seorang lagi anak Dato’ Zulkifli? Setahu Tan Sri Khalil, Dato’ Zulkifli mempunyai tiga orang anak. Seorang lelaki dan dua orang perempuan. Kenapa setiap kali Dato’ Zulkifli sekeluarga berkunjung ke rumahnya, hanya Adif dan Laila sahaja yang dibawa. Mana perginya seorang lagi anak Dato’ Zulkifli? Pernah juga dia bertanya kepada Dato’ Zulkifli sendiri tentang itu. Namun jawapan yang diberikan hanyalah ‘ada di rumah. Studi nak periksa.’ Alasan itu saja yang sering diberikan oleh Dato’ Zulkifli. Sehingga sekarang dia tidak mengenali anak bongsu Dato’ Zulkifli. Teringin juga dia berkenalan dengan anak bongsu sahabatnya itu, tetapi setiap kali disuarakan kepada Dato’ Zulkifli, Dato’ Zulkifli seakan-

195

Gurauan Berkasih

akan menolak dan memberi pelbagai macam alasan. Malah dia juga tidak pernah melihat gambar anak bongsu Dato’ Zulkifli. “Teringin aku nak jumpa anak bongsu Zul tu. Pada siapa aku nak tanyakan?” bisik Tan Sri Khalil sendirian. “Hai uncle!” tegur seseorang mematikan lamunan Tan Sri Khalil. Pantas dia menoleh ke belakang untuk melihat akan gerangan yang menegurnya itu. “Hai, Laila... dari mana ni?” Laila melabuhkan duduknya tanpa disuruh. Senyuman manis dihadiahkan buat Tan Sri Khalil. Berita mengenai penolakan Tan Sri Khalil sudah diberitahu oleh Dato’ Zulkifli. Sungguh dia kecewa dengan keputusan Tan Sri Khalil. Malah alasan yang diberikan juga membuatkan hatinya panas. Amirul berkahwin dengan pilihan hatinya? Berita yang disampaikan oleh Anita mengenai perang dingin antara Amirul dan Shasha tidak memungkinkan mereka berdua akan berkahwin. Malah Shasha mencabar Amirul untuk berkahwin dengan perempuan lain. Tetapi, siapa perempuan yang telah menjadi ‘minah sanggup’ Amirul itu? Huh! Kalau aku tahu siapa ‘minah sanggup’ tu, aku cencangcencang dia sampai lumat. Mengacau betullah! Marah Laila dalam hati. “Laila dari opis papa tadi. Uncle buat apa kat sini?” balas Laila. Dia mengangkat tangan ke arah pelayan yang sedang berdiri di tepi kaunter. Kemudian, pelayan tersebut datang mengambil pesanan. Setelah memberi pesanan, kelibat pelayan itu menghilang di balik pintu dapur. “Uncle nak jumpa kawan sekejap lagi kat Shah Alam. Sementara menunggu, uncle singgah kat sini, nak basahkan tekak,” balas Tan Sri Khalil.

196

Eliza AB

Laila mengangguk. Suasana hening seketika tatkala pelayan meletakkan segelas carrot susu di atas meja. Selepas mengucapkan terima kasih, tanpa menghiraukan Tan Sri Khalil, segera dia meneguk rakus carrot susu tersebut. “Papa dah bagitau Laila tentang perkara tu?” tanya Tan Sri Khalil ingin tahu. Laila mengangguk. Tidak berminat untuk bersuara. “Maafkan uncle. Keputusan di tangan Amirul. Uncle tak boleh buat apa-apa. Uncle harap Laila tak berdendam dengan Amirul,” ujar Tan Sri Khalil. Rasa bersalah menyerbu diri. Ada baiknya dia berterus terang agar Laila tidak berdendam dengan keluarganya terutama Amirul. “Tak mengapalah uncle. Amirul ada hak untuk menolak atau menerima. Lagipun dari dahulu lagi Amirul tak sukakan Laila, nikan pulak nak berkahwin.” Ujar Laila lemah. Sengaja menagih simpati daripada Tan Sri Khalil. Biar Tan Sri Khalil rasa bersalah. Jangan ingat aku akan berdiam diri. Aku takkan lepaskan perempuan tu. Aku akan carinya sampai dapat, bisik hati Laila. Tan Sri Khalil hanya mendengar. Jauh di sudut hati, dia bersimpati dengan Laila. Bukannya dia tidak tahu akan perasaan Laila terhadap Amirul. Walaupun Laila tidak memberitahunya, dari segi tingkah lakunya terhadap Amirul sudah membuktikan bahawa Laila memendam perasaan terhadap Amirul. Tetapi, dia tidak boleh berbuat apa-apa. Keputusan di tangan Amirul dan keputusan itu juga amat dipersetujui oleh dia dan isterinya.

“KAU kenapa ni Lia? Dari pagi tadi lagi aku tengok kau

197

Gurauan Berkasih

monyok aje. Kau ada masalah ke?” tanya Fazura risau. Sedari malam tadi wajah Liyana mendung. Mungkinkah disebabkan Amirul atau keluarganya? Liyana melepaskan keluhan berat. Entah mengapa dia asyik memikirkan perbuatan Amirul terhadapnya pagi tadi. Dirasakan ada kelainan dari sebelum ini. Jika dahulu pantang berjumpa, pasti ada drama sebabak yang akan dilakonkan olehnya. Kelembutan Amirul begitu mendamaikan hati. Malah jantungnya berdegup dengan kencang tatkala Amirul menghampirinya. Adakah dia sudah jatuh cinta dengan Amirul? Adakah dia akan terjebak sekali lagi dalam dunia percintaan? Pengalaman yang lepas begitu memeritkan sehinggakan membawa kepada perubahannya sekarang. “Lia… kau janganlah takutkan aku. Kau ni kenapa? Bagitaulah pada aku,” desak Fazura lagi. “Hati aku ni rasa sakitlah Zura,” beritahu Liyana. Tangannya mengusap dadanya yang berdegup dengan kencang tatkala nama Amirul terdetik di hatinya dengan tibatiba. “Hati kau sakit? Lia… kena pergi check doktor ni. Kau jangan nak main-main Lia. Takkanlah lebam kat dahi kau sampai boleh sakit ke hati terus,” ujar Fazura kalut bernada cemas. Tangannya menyentuh dahi Liyana yang masih berlebam. Lebam akibat terlanggar pintu kaca di bilik Amirul. Sungguh dia terkejut apabila Liyana memberitahu bahawa Amirul yang telah menyapu ubat ke dahi Liyana. Liyana menepuk dahi. Dia tergeleng kecil mendengar kata-kata Fazura itu. Dia ni memang bendol betul, getus hati Liyana. “Yang kau ni bendol sangat ni kenapa?” suara

198

Eliza AB

Liyana seraya bangun. Dia melangkah menuju ke jendela dan membuang pandang di situ. “Hati aku sakit sebab aku teringatkan kata-kata ayah aku semalam,” sambung Liyana menyembunyikan perasaan sebenar. Mana mungkin dia berterus terang kepada Fazura akan perasaannya itu. “Dah tu, kau cakap hati kau sakit buat apa? Matimati aku ingat kau ada penyakit hati. Nak kata kau merokok, tak adalah pulak,” bebel Fazura. Dia turut bangun dan menghampiri Liyana. “Sudahlah, tak payahlah kau ingatkan lagi. Lebih lama kau ingat, lebih sakit hati kau tu.” “Yalah… aku nak bekukan hati aku lepas ni boleh tak?” “Beku?” ulang Fazura berserta kerutan. “Kau nak bekukan macam mana?” “Masuk dalam peti aislah,” jawab Liyana dan tersengih. “Kau ni Lia… asyik nak kenakan aku ajelah,” ujar Fazura geram seraya mencubit Liyana. “Aduh! Macam ketamlah kau ni. Dah kau tu bendol sangat, siapa suruh,” balas Liyana sambil mengusap lengannya yang terasa sakit. “Oh, ya… aku nak bayar hutang aku pada kau Zura,” ujar Liyana seraya mengeluarkan sampul surat putih berisi wang dari dalam poket seluar slacknya. “Hutang? Kau ada hutang dengan aku ke?” ulang Fazura berkerut. “Hutang repair kereta aku dulu. Lepas tu, duit ni termasuk duit sewa rumah dan belanja dalam rumah ni,” jelas Liyana sambil menghulurkan sampul tersebut kepada Fazura.

199

Gurauan Berkasih

“Oh, lupa pulak aku tentang tu,” keluh Fazura lalu menyambut huluran Liyana. “Tentang sewa rumah dan belanja dalam rumah ni, tak payahlah kau bayar, aku ikhlas. Bukannya banyak mana pun sewanya Lia,” sambung Fazura sambil mengira jumlah wang yang diberikan oleh Liyana itu. “Mana boleh macam tu. Aku seganlah dengan kau. Dah terlalu banyak kau tolong aku. Biarlah aku tolong kau pulak,” bidas Liyana keras. “Ermmm… ikut suka hati kaulah Lia. Aku terima aje. Nanti aku kira berapa jumlah yang kau patut bayar tiaptiap bulan, okey?” balas Fazura dan tersengih. “Huh! Tadi bukan main berlagak. Tak nak terima, ikhlas… tapi sekarang, dia pulak yang lebih-lebih,” cebik Liyana meluat. “Alah… aku acah aje tadi. Dah orang nak bayar, aku terima aje dengan hati yang terbuka,” bidas Fazura masih tersengih. “Eh… esok kau dating dengan Harris, kan?” ujarnya pula dan teruja. Wang yang sudah dikira, dimasukkan ke dalam sampul semula dan diletakkan di dalam poket seluar tidurnya. “Dating?” ulang Liyana dan kembali duduk di sofa. “Ya tak ya jugak. Hampir aku terlupa. Macam mana aku nak elak ni Zura? Aku, kan kerja esok. Semalam aku dah ambil cuti. Takkan aku nak ambil cuti lagi. Nanti mengamuk pulak Kak Marina kesayangan aku tu.” “Aku tak nak masuk campur. Pandai-pandai kaulah ya Lia,” balas Fazura dan berlalu menuju ke dapur untuk membancuh air.

200

Eliza AB

“Tolonglah aku Zura. Macam mana aku nak elak daripada Harris? Lagipun kau, kan tau Amirul tak bagi aku keluar dengan Harris esok,” gusar Liyana. Kata-kata Amirul masih terngiang-ngiang di telinganya. Eh... kejap. Sejak bila pulak aku takut dengan mamat hingusan tu? Bidas hatinya. “Hai… sejak bila pulak kau amik port semua cakap dia tu? Bukan ke kau anti sangat dengan Si Amirul tu?” sindir Fazura sambil meletakkan secawan Nescafe panas di atas meja kecil di sisi sofa. Dia duduk bersebelahan dengan Liyana. “Anti? Aku bukan anti dengan dia. Aku ada misi yang perlu aku jalankan,” beritahu Liyana seraya mencapai cawan Nescafe. Dihirup perlahan Nescafe tersebut. “Misi? Misi apa? Ceritalah dengan aku.” Fazura teruja. Matanya memandang tepat ke muka Liyana. “Eh… mana boleh bagitau kau. Ini antara aku dengan dia aje tau. Dia tu berlagak betul. Apa dia ingat dia tu bagus sangat dah ke? Senang-senang aje kutuk aku. Ada ke dia kata aku macam Betty Suarez. Tak ada sivik betullah dia tu,” kutuk Liyana dan meletakkan semula cawan di atas meja. “Betty Suarez? Yang dalam cerita Yo Soy Betty La Fea atau Ugly Betty tu ke?” ulang Fazura inginkan kepastian. “Yalah… Betty mana lagi kalau tak Betty tu,” gerutu Liyana dan mencebik. Pecah ketawa Fazura dipandang dari atas ke bawah. mendengarnya. Liyana

“Yang kau gelak ni kenapa? Aku sekeh karang baru tau.” Liyana geram seraya bangun. Sakit hatinya mendengar ketawa Fazura itu. “Alah… gelak pun tak boleh ke? Meh sini kejap,”

201

Gurauan Berkasih

ujar Fazura turut sama bangun. Dia menarik Liyana agar berdiri di hadapannya. Diperhatikan Liyana penuh minat. Jarinya mengetuk-ngetuk pipi. Seakan-akan sedang berfikir. Dia turut membayangkan persamaan Liyana dengan Betty Suarez tu. “Haah la Lia… sama.” “Apa yang samanya?” ulang Liyana ingin tahu. Matanya tepat ke muka Fazura. “Betullah kata Amirul. Bila aku tilik dan belek… samalah kau dengan Betty Suarez tu,” balas Fazura berserta ketawa besar. “Ha… gelak… gelak… kau pernah tak makan selipar? Kalau kau tak pernah, meh sini aku bagi kau makan. Kau sengaja nak kutuk aku, kan?” marah Liyana sambil matanya dijegilkan. “Kau ni Lia… relaks la. Usik sikit pun tak boleh. Aku hairanlah, kenapa Amirul boleh gelarkan kau macam tu, sedangkan sedikit pun tak ada persamaan kau dengan Betty,” komen Fazura sambil tergeleng kecil. “Mamat hingusan tu memang sengaja nak cari pasal dengan aku. Taulah untung nasib dia tu nanti. Aku akan buat dia jatuh cinta dengan aku. Biar dia termakan sendiri dengan kata-kata yang dia pernah hamburkan pada aku dahulu.” Azam Liyana sambil menggenggam erat tangannya. Kata-kata Amirul dahulu sentiasa terngiang-ngiang di telinganya. Dan tidak semudah itu dia akan melupakannya. Itulah misi utama dia. Dia akan membuatkan Amirul jatuh cinta dengannya. Biar dia kenal siapa aku sebenarnya, bisik hati Liyana. “Lia… kau jangan main-mainkan perasaan orang. Nanti terkena batang hidung sendiri baru kau tau langit tu cerah atau tak. Dibuatnya kau sama-sama jatuh cinta dengan

202

Eliza AB

dia macam mana?” nasihat Fazura lembut. Fazura menapak menuju ke dapur untuk membasuh cawan yang telah digunakannya tadi. Aku jatuh cinta kat dia? Oh… no… no… mamat berhingus tu? Bukannya handsome mana pun. Macam tak cukup acuan adalah. Mata dia mengalahkan mata beruang koala. Hidung dia, lagilah… penyek. Telinga dia… ish… ish… ish… macam telinga monyet. Ermmm… apa lagi ek? Ha… bibir dia macam… macam… macam apa ek? Macam Angelina Jolie pun ada jugak. Liyana bermonolog dalam hati dan tersengih. “Yang kau tersengih-sengih tu kenapa? Kau teringatkan Amirul ke?” sergah Fazura dari arah dapur. Tak payahlah nak nafikan lagi Lia, bisik hati Fazura. “Aku bayangkan kalau-kalau dia bertukar jadi alienlah,” balas Liyana lalu tertawa. “Hesy… kau ni Lia. Tak baik tau bayangkan orang macam tu. Tapi, betul jugak apa yang kau katakan tu. Bila aku pandang lama-lama Si Amirul tu, macam beruang koala pun ada.” Komen Fazura seraya ketawa besar. Liyana yang mendengarnya turut sama ketawa. Geli hati dengan komen Fazura itu. Siaplah kau Amirul. Aku akan kotakan janji aku dahulu tu. Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku. Kau pandang aku sebelah mata aje, kan? Terimalah nasib kau nanti, azam Liyana dalam hati. Kemudian, dia menapak masuk ke dalam bilik untuk merehatkan minda dan badannya yang sedari pagi tadi asyik bekerja keras. Moga malam ini malam terindah buat Liyana.

203

No. ISBN:- 978-967-5067-00-6 Jumlah muka surat:- 984 Harga Runcit:- S/M: RM35, S/S: RM38 Harga Ahli:- S/M: RM31, S/S: RM34 Sinopsis:Hidup Nur Liyana Safiyah menjadi kucar-kacir dengan kehadiran Amirul Arif Iskandar. Ditambah pula dengan hasrat dan niat Tan Sri Khalil yang ingin bermenantukan dirinya. Pelbagai cara dan taktik dirancang oleh Nur Liyana Safiyah untuk menggagalkan rancangan Tan Sri Khalil sehingga sanggup mengupah seseorang untuk berlakon di hadapan Tan Sri Khalil. “Awak dah berjaya, Liyana. Awak dah berjaya buat saya tergoda dengan awak. Awak dah berjaya buat saya jatuh cinta dengan awak. Awak dah berjaya buat saya menelan kesemua kata-kata yang pernah saya hamburkan pada awak dulu. Awak dah berjaya memalukan saya. Dan, awak dah berjaya buat saya angaukan awak.” – Amirul Arif Iskandar.

Drama demi drama yang dilakonkan oleh Nur Liyana Safiyah akhirnya menjerat dirinya sendiri. Dia dibenci oleh Dato’ Zulkifli dan didendami oleh Nur Laila Safiyah. Dia dibuang keluarga malah diharamkan menjejakkan kaki ke rumah. Nur Liyana Safiyah akur akan nasib yang menimpa dirinya. Demi sebuah kebenaran, Nur Liyana Safiyah bertekad untuk mencari asal usul dirinya. Mencari punca dan sebab kenapa dirinya dibenci oleh Dato’ Zulkifli. Mencari sebab kenapa Nur Laila Safiyah mendendaminya. “Siapa kata Lia tu anak saya? Dia anak awak dan bukan anak saya.” - Dato’ Zulkifli Zainuddin. Adakah Nur Liyana Safiyah dapat mengetahui siapa dirinya yang sebenar? Adakah Dato’ Zulkifli akan menerimanya sebagai anak dalam erti kata yang sebenar? Dapatkah Amirul Arif Iskandar menyembuhkan luka di hati Nur Liyana Safiyah? Mungkinkah Harris Hakimi bakal menjadi pesaing Amirul Arif Iskandar? Siapa pula Ashraf Daniel dalam kehidupan Nur Liyana Safiyah? “Ris sukakan Lia. Ris sayangkan Lia. Sudi tak kiranya Lia jadi kekasih Ris?” – Harris Hakimi. “Ingin kusentuh hatimu, sayang dalam rinduku. Moga kau tahu hebatnya cinta di hati ini. Sekian lama memendam cinta. Payah kurasa menyeksa jiwa.” – Nur Liyana Safiyah.

“Terlalu mudah bibir melafazkan cinta, adakah hati akan tetap setia?” Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan GURAUAN BERKASIH di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful