You are on page 1of 3

Mata Pelajaran :

Dunia Sains Dan Teknologi

Kelas:

2C

Bilangan murid:

30

Tema /Topik: Masa: Standard Pembelajaran:

Teknologi

dan Kehidupan Lestari

60 minit (2 waktu) 5.1.1 membaca dan menerangkan manual 5.1.2 mengenal pasti komponen set binaan berpandukan manual bergambar. 5.1.3 memilih komponen set binaan berpandukan manual bergambar 5.1.4 memasang komponen set binaan berpandukan manual bergambar Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i) Membaca dan menerangkan manual bergambar dengan betul. ii) Menyatakan secara lisan komponen set binaan berpandukan manual gambar. iii) Memilih komponen set binaan berpandukan manual bergambar. iv) Memasang komponen set binaan berpandukan manual bergambar. Kreativiti kreatif berfikir dalam membina model binaan

Objektif Pembelajaran:

EMK:

Nilai Murni :

Bekerjasama, Tekun dan Sabar

Bahan Bantu Belajar:

1. Contoh model binaan 2. Set binaan beserta manual bergambar 3. Buku teks KSSR Tahun 2

Aktiviti P&P:

Aktiviti 1 1. Murid dipamerkan beberapa model binaan LEGO (contoh binaan bangunan dan lori)

2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang model binaan tersebut. Soalan yang dikemukakan ialah A. Bagaimanakah binaan ini dihasilkan? B. Bolehkah kamu membina model ini tanpa melihat manual? 3. Murid mendengar sendiri. 4. Murid diminta membaca manual pemasangan binaan. penerangan tentang manual yang

dibekalkan untuk peralatan yang memerlukan pemasangan

Aktiviti 2 1. Murid dibahagikan kepada 7 kumpulan. 2. Setiap kumpulan dibekalkan 1 set komponen binaan. Murid mengenalpasti komponen set binaan dari segi bentuk, warna, saiz dan bilangan yang diperlukan untuk membina model. 3. Setiap kumpulan memilih model binaan yang hendak dibina. 4. Murid memasang set binaan berpandukan manual bergambar. 5. Hasil binaan dipamerkan di dalam kelas. Penutup Guru membuat rumusan isi pelajaran hari ini dalam kehidupan seharian mereka.

Penilaian P&P:

1. Guru menilai aktiviti berkumpulan murid. (pemerhatian/lisan)

Refleksi:

27/30 murid dapat mencapai objektif pembelajaran dengan berjaya menghasilkan set binaan model berdasarkan manual bergambar.