Fenomena Al-Quran Keuntungan kepada Manusia

Bulan Ramadan, bulan al-Quran dimakmurkan. Di bulan ini, al-Quran dibaca tidak kira siang dan malam. Di penghujung bulan, jutaan umat Islam seluruh dunia akan khatam al-Quran sekali lagi, pada tahun ini. Begitulah, al-Quran telah menimbulkan satu fenomena sejak ia diturunkan. Jika ada sebuah buku yang dibaca dengan begitu pesat oleh jutaan pembaca, maka tentulah buku itu adalah al-Quran. 6236 baris ayat dan beratus ribu perkataannya dibaca, dihafaz dan dipelajari oleh manusia seluruh dunia. Sempena dengan hari Nuzul al-Quran, Black & Brown ingin berkongsi dengan pembaca mengenai fenomena yang menarik ini, iaitu fenomena al-Quran: keuntungan buat manusia. Allah SWT berfirman bermaksud: “Bulan Ramadan, yang diturunkan al-Quran di dalamnya, yang menjadi petunjuk kepada umat manusia, dan merupakan keterangan bagi petunjuk itu.” Al-Baqarah 2:185 Pada zaman serba materialistik pada hari ini, tidaklah menghairankan jika manusia memandang keuntungan itu hanya dari segi kebendaan sahaja. Justeru, ada juga yang menganggap al-Quran itu sebagai perkara yang kurang penting di dalam hidup mereka. Ini mungkin kerana kurang mengenal alQuran yang merupakan anugerah Allah SWT yang terbesar kepada umat ini. Justeru, ada keperluannya kita mengupas sedikit mengenai al-Quran. Keuntungan Al-Quran Kepada Manusia Al-Quran diturunkan dengan membawa keuntungan kepada hidup manusia. Al-Quran diturunkan bukan untuk manusia menjadi merana. Firman Allah SWT bermaksud: “Taha. “Kami tidak menurunkan alQuran kepadamu agar kamu menjadi susah.” Taha 20:1-2. Al-Quran memberitahu mengenai makna sebuah kehidupan. Hidup ini bukan kosong, sia-sia tanpa tujuan. Alangkah kosong dan sunyinya hidup ini, jika terumbang ambing tanpa mengetahui untuk apa kita hidup di dunia. Kekosongan makna dalam hidup ini membuatkan ramai manusia memusnahkan dirinya dengan keseronokan palsu yang menghancurkan, seperti dadah, arak, seks rambang atau membunuh diri sebagaimana yang berleluasa di dunia sekarang. Kehidupan tanpa makna membawa kemusnahan. Kehidupan yang terisi makna membawa keselamatan dan kebahagiaan. Kehidupan yang bermakna mempunyai matlamat. Kehidupan itu menjadi bermakna jika kita menyedari bahawa kita dan alam ini tuan pemilik, iaitu Allah SWT. Kewujudan kita di sini adalah membawa amanah memakmurkan dunia, dan menyediakan diri kita untuk kehidupan yang abadi. Semakin lanjut usia, akan semakin terasa benar kekosongan ini. Justeru, amat penting hidup ini dengan makna. Makna kehidupan itu kita perolehi jika kita beriman. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka orang yang beriman kepadanya (Rasul), memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), itulah orang-orang yang beruntung.” Al-A’raf:157 Manusia itu tetap manusia. Ia bukan haiwan atau mesin. Kebahagiaan seorang insan terletak kepada keseimbangan ia mengisi aspek rohani dan fizikal. Jika seseorang tidak dapat mencapai kejayaan kebendaan di dunia, jangan sampai ia mengabaikan kejayaan dari aspek keimanan dan akhiratnya. Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w. memuji seorang kaya yang beriman. “Sebaik baik harta itu ialah harta yang halal di tangan seorang yang saleh.” Setiap orang ingin agar harta bendanya kekal. Taqwa yang ada pada diri seseorang akan menjadikan harta yang ada padanya menjadi berkat, bertambah dan berpanjangan. Malah, kebaikan yang diperolehi dari pengurusan harta yang baik itu akan berpanjangan

Melalui sistem yang diatur ini. namun ia tidak dikhususkan kepada umat Arab sahaja sebagai mana wahyu terdahulu seperti Injil dalam bahasa Suryani (Aramic) kepada umat Nabi Isa a. Secara tidak langsung. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesiapa yang taqwa kepada Allah akan diberikan kepadanya jalan keluar. tumbuhan dan kuasa alam seperti air. sedekah. Eropah kuno. tetapi kepada haiwan. bukan kepada manusia sahaja. dari sudut dan konteks yang berbeza. hibah (pemberian) dan lain-lain lagi mengatur keseimbangan harta kepada semua lapisan masarakat sehingga harta dalam sesebuah negeri tidak dimonopoli oleh satu golongan sahaja.000 akar kata berbanding bahasa Saxon 1000 akar kata dan latin yang hanya mempunyai 700 akar kata sahaja. Hyroglypha. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mempermudahkan al-Quran untuk pelajaran. Bahasa Arab mempunyai kekuatan akar kata yang terbanyak berbanding bahasa lain di dunia. kesempitan. Prinsip ini sekaligus menolak sebarang prinsip ekonomi yang menimbulkan keperitan.) Mengapa al-Quran wahyu Allah pada zaman ini diturunkan dalam bahasa Arab? Mungkin kerana al-Quran adalah wahyu terakhir. keamanan dan keharmonian dapat diwujudkan dalam sesebuah negara. seni bina.” Samudera Ilmu Dari Al-Quran Al-Quran memang diturunkan dalam bahasa Arab. kedoktoran. Dalam melahirkan dunia yang aman dan sejahtera. Bahasa Arab mempunyai 16. harta milik golongan berada akan selamat dan terpelihara. waqaf. Allah suka kepada yang berbuat ihsan.hingga ke akhirat. yang keduanya dari rumpun keturunan Bani Israel. sahaja. Justeru. Bahasa yang kekurangan kata akan meminjam kekuatan bahasa yang kuat seperti bahasa Arab. diturunkan pada zaman terakhir dan kepada seluruh umat manusia. infaq. sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu. Satu kajian akademik oleh Prof. Dr. Anglo-Saxon. Tahiyyah Abdul Aziz mendapati bahasa Arab merupakan sumber asal usul semua bahasa yang ada di dunia. Yunani. dan diberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka olehnya. Sistem zakat. penindasan dan kezaliman bagi pihak pengguna sebagaimana yang diamalkan dalam sistem kewangan ribawi yang ada pada hari ini. maka kita dapat .” At-Talaq: 2&3 Al-Quran membawa sistem yang memandu pelbagai aspek kehidupan dan budaya kita. (anak cucu Nabi Yaakob a. Kepuasan oleh golongan yang kurang berupaya mengelak mereka dari mengambil hak golongan kaya tanpa kebenaran. keterpaksaan. dari satu ungkapan perkataan dalam al-Quran. Jerman. Sanskrit dan beberapa lagi.s. Bukankah keamanan diri dan harta benda adalah paling berharga? Adakah boleh ditukar ganti dengan wang ringgit? Dalam hubungan perniagaan pula perlu ada reda meredai di antara dua belah pihak. maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” al-Qamar 54:40. Al-Quran menjernihkan konsep pemikiran dan menyediakan acuan asas bagi pembinaan budaya yang baik.” Keseimbangan ini penting dalam mewujudkan harapan dan ketenangan di kalangan masyarakat yang berpendapatan rendah. udara. Al-Quran menegaskan prinsip rahmat. kepada Nabi terakhir. Itali. dan Taurat dalam bahasa Ibrani (Hebrew) kepada umat Musa a. latin. Perancis. Adakah kelembutan dan kebaikan yang lebih besar dari berbuat baik kepada sesama makhluk Allah dibumi selain daripada ini? Firman Allah SWT bermaksud: “Dan berbuat ihsanlah kamu (kepada sesiapa dan apa sahaja). astronomi dan lain-lain. Firman Allah SWT bermaksud: “Agar tidak ada pengumpulan harta di kalangan golongan kaya sahaja. tanah dan sebagainya. Ia berpadanan dengan bahasa Inggeris.s.s. Bahasa Arab telah mencipta berbagai istilah dalam bidang sains. maka bahasa yang dipilih haruslah mampu mengandung pelbagai tuntutan maksud dan makna yang hendak disampaikan. Satu perkataan dalam bahasa Arab juga boleh diertikan dengan banyak makna.

a. konteks maknanya dan dari konteks penurunannya. Dengan kepandaian memindah prinsip atau Qiyas. prinsip-prinsip yang terdapat di dalam al-Quran boleh dikeluarkan dan dimanfaatkan untuk menjadi panduan di dalam bidang . ia juga mempunyai nur yang memberikan sentuhan ilmu yang halus dan seni kepada sesiapa yang memiliki hati yang bersih. melainkan mereka (malaikat dan lain-lain) yang dibersihkan. Tidak hairan bacaan yang baik akan menusuk ke hati. Al-Quran berinteraksi dengan geologis dalam ‘bahasa’ geologi. Ramai di kalangan saudara kita yang terpikat dan memeluk agama Allah hanya dengan cinta ‘pendengaran’ pertama. Contoh seperti ini amat banyak berlaku di hadapan mata. pasti kita akan dapat memahami makna yang disampaikan melalui bacaan kitab suci al-Quran. panjang pendeknya. Jika tidak kerana nafsu yang menutup sinaran hati. Susun atur hurufnya. sama ada dari segi makna harfiah (literal). Firman Allah SWT bermaksud: “Apakah yang menciptakan itu tidak mengetahui mengenai apa yang ia ciptakan?” al-Mulk 67: 14 Al-Quran sarat mengandung nilai dan prinsip-prinsip yang boleh ditimba oleh sesiapa sahaja untuk kebaikan hidupnya. Apatah lagi al-Quran itu mempunyai gaya susunan bahasa yang tersendiri yang berinteraksi dengan jiwa dan psikologi manusia. walaupun kita tidak memahami keseluruhan isi kandungan ayat yang dibaca. al-Quran itu setelah dipelajari atau difahami tafsirnya. (Rujuk Ihya’ Bab Rahsia Al-Quran dan al-Latha’if oleh Ibni ‘Atha-illah). siapakah yang mengarang al-Quran? Di sini kebenaran al-Quran itu mula berputik di dalam hati pada ramai pengkaji bukan Islam sepertinya. Firman Allah SWT bermaksud: “Tidak akan menyentuhnya. Roh kita pernah mendengar Kalam Allah sebelum dilahirkan di dunia. Al-Quran juga berinteraksi dengan roh manusia. Al-Quran adalah Kalam Allah yang menciptakan alam ini. Bacaan Nabi Muhammad s.menimba berbagai ilmu. hasil daripada analisa dan penimbaan makna yang terhasil daripada perkataanperkataannya.” Tetapi dengan syarat. Ia adalah fakta yang ada sejak 1400 tahun silam. Menurut al-Ghazali dan ulama seperti Ibnu ‘Atha-illah berpendapat pembukaan ilmu setelah memahami tafsir tidak termasuk di dalam mempersenda al-Quran dan kategori mentafsirkan al-Quran menurut akal fikiran semata-mata. Dari satu perspektif. Maryam Jameelah. Justeru. jadi. Ia bagaikan manual yang mengandungi rahsia kejadian alam ini. harmoni dan sedap didengar. Roh kita telah mengenal Allah SWT sejak dari azali lagi.w jugalah yang telah menarik perhatian penentangnya untuk mencuri dengar bacaan Nabi di luar pengetahuan rakan kongsinya. al-Quran itu umpama kod yang harus ditafsir dan dipecahkan mengikut bidang keilmuan masing-masing. Menurut Imam al-Ghazali. Al-Quran berbahasa dengan ahli fizik dan matematik menurut bahasa mereka. atau Margaret Marcus sebagi contoh adalah seorang pemudi berbangsa Yahudi pada zaman ini yang terpanggil menyahut seruan Allah SWT hanya setelah membaca dan mendengar bacaan alQuran. dan tidak mengatakan bahawa ilmu yang diilhamkan oleh Allah SWT di dalam hatinya melalui pembacaan al-Quran itu adalah satu-satunya maksud sebenar ayat tersebut. ia tidak membelakangkan makna dalam konteks ilmu tafsir. Begitulah al-Quran berbahasa kepada cerdik pandai dalam pelbagai bidang menurut ‘bahasa’ dan kod istilah ilmu yang tepat dan boleh diterima oleh rasional. semua bagai irama yang tersusun. Bible & Science” menyatakan bahawa al-Quran sarat mengandungi fakta-fakta saintifik yang tidak dapat disangkal. Jika Muhammad itu bukan pengarangnya kerana ia tidak tahu membaca huruf (Ummi). tidak hairanlah jika Dr Maurice Buchaille (pengkaji dari barat) dalam kajiannya “Quran. sebutan dan intonasinya.

fisiologi. Huda al-Quran itu difahami. yakni Firman Tuhan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s. Firman pertama “Iqra” telah meledakkan budaya al-Quran yang diamalkan oleh umat Islam dari satu zaman ke satu zaman. dikaji dan diaplikasi dalam bentuk yang realiti. seni halus.a. Mungkin inilah masa umat Islam kembali merasa mulia dengan anugerah al-Quran. Ibnu Mas’ud pula menegaskan : “Sesiapa yang ingin memiliki ilmu pengetahuan orang terdahulu dan orang kemudian. pentadbiran.w. dalam hampir 23 tahun. tetapi kenyataan yang telah dibuktikan oleh saintis Islam yang berilmu. al-Quran itu untuk pelopor hari ini dan akan datang. terapi. Yang terbesar dari ilmu al-Quran itu ialah di bawah Nama-nama Allah Azza Wajalla dan sifat-sifat-Nya.” Al-Hikmah yang terbesar adalah alQuran yang merupakan mukjizat sepanjang zaman sebagaimana di sebutkan dalam surah Ya Sin: “Ya Sin.” Sahabat Nabi. Ini bukan khayalan. atau masih terbentang luas untuk cendekiawan pada hari ini juga? Jawabnya. idea. Dari mana ledakan ilmu yang luarbiasa yang melahirkan pelopor dalam berbagai bidang keilmuan zaman dahulu. iaitu membaca. Dengan syarat. perkara ini masih baru dan masih ada ruang yang begitu luas untuk dibincang. strategi dan perkara-perkara lain yang baru dari al-Quran dalam usaha memakmurkan dunia pada hari ini. Saidina Ali berkata: “Tidak dirahsiakan oleh Rasulullah s. diyakini. Jika ini disedari. maka kita ketinggalan dalam penghasilan ilmu baru. kejuruteraan dan berbagai bidang lagi. Mungkin ramai juga di kalangan para pengkaji bukan Islam yang mengenali al-Quran dari aspek ini. Demi al-Quran yang Hakim (mengandungi hikmah kebijaksanaan). ekonomi. jika tidak dari al-Quran? Adakah kehebatan ini khusus untuk mereka sahaja. hendaklah ia membincang pengertian al-Quran. sosial. Al-Quran adalah Kalam Allah. industri. percayalah. sama ada kejiwaan. menghafaz dan menyalin (menulis) al-Quran. Firman ini dicatat dan dibukukan. Fiqh Al-Quran Perkara yang disebutkan ini bukan perkara baru. yang dimanfaatkan hidayahnya dalam segenap segi keperluan manusia. penggubalan sistem. Fiqh al-Quran bermaksud penimbaan hidayah al-Quran dalam memakmurkan dunia dan akhirat. Apa itu Al-Quran? Hampir semua umat Islam mengenali al-Quran. kepadaku sesuatu yang disembunyikan dari manusia lain (dalam konteks Nabi tidak bercakap melainkan dengan mentaliti dan persediaan ilmu mengikut taraf intelektual seseorang-bukan menyembunyikan ilmu-ilmu yang wajib diketahui umatnya) melainkan didatangkan oleh Allah Azza Wajalla seorang hamba yang memahami (fiqh) KitabNya. warak dan menguasai ilmu al-Quran.profesional seperti pengurusan. dan dinamakan sebagai kitab suci al-Quran atau mushaf al-Quran. kita hanya mendapati al-Quran di masjid. di pentas Tilawah dan di pusat pengajian Islam.” Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Diberikan al-Hikmah kepada sesiapa yang Allah kehendak. keimnan. Mungkin juga ini satu lagi cabaran al-Quran kepada cerdik pandai Islam di seluruh dunia untuk mengeluarkan konsep. profesional. Ya Sin 56” 1&2. . seni bina. gagasan. Cuma. esok al-Quran itu mungkin menjadi paksi kepada segenap sendi kehidupan manusia. tidak mustahil akan lahir satu era al-Quran itu dimakmurkan dalam segenap segi. dikaji dan dikeluarkan prinsip-prinsip yang hebat daripada al-Quran. Ia adalah satu konsep yang dinamakan di dalam artikel ini sebagai “Fiqh al-Quran”. Jika hari ini. formula.w.a. Mungkin kerana kita tidak mengenal al-Quran sebagaimana adanya dan kita meninggalkan al-Quran sebagai sumber al-Kautsar ilmu yang melimpah ruah. Sesiapa yang Allah berikan alHikmah sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. psikologi. politik dan segenap sendi kehidupan serta budaya manusia.

ilmu kebijaksanaan dan makrifah yang terkandung di dada al-Quran. maka ia telah memperkecilkan sesuatu yang Allah anugerahkan kepadanya. Firman Allah SWT bermaksud: “Maka apakah kamu menganggap remeh sahaja alQuran ini? Kamu membalas rezeki Allah dengan pengingkaran?” Al-Waqiah 56: 81 & 82. Justeru. peningkatan ruhani. tetapi cahaya maknawi yang menghidupkan hati yang mati. iaitu kebaikan di dunia dan di akhirat. Namun.Kita amat digalakkan membaca al-Quran. ia boleh mengambil manfaat dan kebaikan al-Quran untuk digunakan dalam kehidupannya di dunia. Membaca al-Quran adalah satu ibadah yang besar ganjarannya. melainkan ia tidak diturunkan wahyu. Nabi bersabda maksudnya: “Sesiapa yang membaca al-Quran seolah-olah diangkat baginya satu darjat kenabian. . Untuk apakah al-Quran itu diturunkan? Kunci kepada turnnya al-Quran pada akhir zaman ini tidak lain ialah untuk diambil Huda (petunjuk) darinya. satu huruf yang dibaca menyamai 10 pahala kebajikan. menjadi petunjuk kepada orang yang Taqwa. Menurut hadis sahih. Setiap hurufnya adalah cahaya. kurang lancar tetapi meneruskan bacaan diberi ganjaran dua kali ganda pahala kerana kesabaran dan kesungguhannya. Dengan membaca dan menimba mesej-mesej yang disampaikan oleh Allah SWT kepada kita. pahala dan keredaan Allah SWT yang akan dibawa sehingga kepada dimensi kehidupan yang satu lagi dan kebaikankebaikan di dunia. ada persoalan yang harus dijawab oleh kita.” Hadis riwayat al-Tabarani. ilmu dan pencerahan dalam diri kita. bimbingan. wahyu Iqra itu bermaksud agar umat Islam memahami dan menimba khazanah hikmah. Mampukah kira menghitung kebaikan dari bacaan alQuran? Al-Quran itu umpama matair ‘al-Kautsar’ di dunia yang tidak habis kebaikannya kepada kita. pembukaan ilmu. Al-Quran itu diturunkan di dunia. Firman Allah SWT bermaksud: “Alif Lam Mim. Menurut Imam al-Ghazali al-Quran itu diumpamakan sebagai matahari. Bagi yang tidak beriman. maka di situ kita akan mendapat petunjuk. Sepertimana matahari menerangi bumi. seperti itulah al-Quran menerangi bumi dan hati.” Dalam surah al-Baqarah ayat 157 Allah menyatakan al-Quran iatu menjadi petunjuk yang boleh dimanfaatkan oleh umat manusia. juz demi juz hingga khatam al-Quran. pendekatan kepada Ilahi. Orang yang baru mempelajari bacaan al-Quran. Ia diturunkan untuk memberi cahaya kepada kehidupan manusia sehingga akhir zaman. Namun. Perintah agar al-Quran dibaca. bagai hujan yang membasah bumi dan menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang hijau. Orang yang beriman tidak syak lagi akan mendapat manfaat yang banyak daripada al-Quran seperti pembersihan hati. akal. ialah supaya kita membaca al-Quran dan mengambil pelajaran dari hidayah al-Quran. Bagi yang beriman akan mendapat dua kebaikan . Kita percaya dan mengamalkan kebaikan membaca al-Quran. atau membaca al-Fatihah. dan ditujukan kepada seluruh umat manusia. Rugi seruginya bagi mereka yang memandang remeh anugerah al-Quran ini semasa tempoh hidupnya yang singkat ini. tiada keraguan di dalamnya. Ia bukan cahaya fisikal. Bayangkan jika seseorang menyebut Basmalah yang mempunyai 19 huruf. Al-Quran itu cahaya. budi serta hidup manusia. surah. Seorang yang membaca al-Quran dan ia menyangka ada orang lain yang diberikan kebaikan lebih daripada kebaikan yang diberikan kepadanya. Kitab itu. adakah manusia yang bukan Islam juga dapat menimba kebaikan-kebaikan dari al-Quran? Jawabnya boleh.

. Setiap lintasan niat dan kebaikan. akan merasa kecut hatinya apabila ternampak sahaja kereta peronda trafik di jalanraya? Begitulah perumpamaan kita. Maka. Bukankah seorang yang melakukan kesalahan trafik.” Wallahu A’lam. kita berkewajipan untuk memulakan usaha menyelami rahsia yang terkandung di dada al-Quran. tetapi tidak sedikitpun diperuntukkan untuk memperolehi walaupun secebis keuntungan dari al-Quran. dalam tempoh kita berada di atas bumi ini. Firman Allah SWT bermaksud: “Jika lautan itu menjadi tinta untuk mencatat kalimat-kalimat Tuhanku. Namun. al-Quran itu diturunkan di dunia. Al-Quran umpama cermin yang menunjukkan wajah kita yang sebenarnya. walaupun teguran dalam al-Quran kadang-kadang mengguris perasaan halusnya. ia tidak akan memusuhi alQuran. orang yang berfikiran waras akan lebih mendekati al-Quran. Bukankah ubat itu pahit? Kupasan yang ringkas dan serba sederhana ini. Rugi jika umur kita dihabiskan. sedikit sebanyak telah menjelaskan kepada kita bahawa al-Quran itu ‘lautan’ yang tidak mampu diduga seluruhnya oleh kita. malah diberi kebaikan yang tidak dapat kita bayangkan. jika tidak dipecahkan ruyungnya. Penolakan manusia adalah bukti kebenaran al-Quran. Bagi yang tidak melakukan kesalahan besar. Kebaikan darinya hendaklah dimanfaatkan di dunia. satupun tidak akan dipersia-siakan. walau dibawa tinta lain seperti lautan itu. Al-Quran itu tempat kita merujuk. Manusia tidak selalunya benar. Justeru. manakan kita mendapat sagunya? Justeru. penolakan manusia terhadap al-Quran adalah bukti kebenarannya. pasti akan kering lautan itu sebelum habis tercatat kalimat-kalimat Tuhanku. Malah kita selalu tersalah. Namun.Al-Quran itu Kalam Allah SWT Yang Maha Pengasih dan bersifat dengan Maha Bersyukur terhadap hamba-hamba-Nya. Orang yang lari daripada al-Quran ialah orang ada membuat kesalahan sebagaimana yang dilarang di dalam al-Quran.