Bahagian B KEPELBAGAIAN JENIS MAKNA Sebenarnya istilah makna memang sudah biasa kita dengar.

Namun kamus akan mencadangkan beberapa makna yang berbeza mengenai istilah makna itu, atau lebih tepat lagi bagi kata kerja bermakna. Kamus memberi definisi dengan cadangan kata-kata frasafrasa yang telah kita fahami sebagai mempunyai makna yang sama, walaupun kesamaan itu adalah suatu masalah yang tidak dapat kita elakkan. Perkara bahawa makna dikendalikan menurut persamaan istilah itu memang menjadi semkin jelas apabila kita mengendalikan bahasa-bahsa asing. Misalnya, kalau kita bertanya makna untuk cat dalam bahasa Perancis, maka tentukah orang Inggeris akan mengatakannya cat (kucing). Apa yang menarik Sebaliknya,

perhatian ialah bahawa, orang Perancis untuk mengharapkan jawapan cat.

mereka akan bertanya „What is the French for cat‟/ (Apa kata Perancis untuk kucing?) dalam menyatakan makna, kita perlulah memberikan istilah yang lazim daripada istilah yang maknanya sedang ditanyakan itu. Menurut Abu Bakar Hamid (1967:160-165) dan Abdullah Yusof (2009:14) makna memainkan peranan yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, sesuatu tutur itu tidak akan dapat difahami dan tidak berguna. Pengkajiaan makna juga memerlukan tinjauan daripada beberapa ilmu lain seperti psikologi dan falsafah. Saodah Abdullah (1990:14) dalam Abdullah Yusof (2009:15) menerangkan bahawa dalam proses penterjemahan, pemindahan makna amat penting selain penganalisaan teks dan penstrukturan semula bahasa kerana makna menjadi wahana dalam komunikasi yang menggunakan bahasa. Awang Had Salleh (1959:633-640) dalam Abdullah Yusof (2009: 15) turut menjelaskan bahawa makna ialah suatu hal yang luas. Makna mempunyai hubungan langsung dengan otak si penutur. Unuk mengetahui makna dengan setepat-tepatnya, individu mestilah dapat mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh otak si penutur pada masa ia membuat satu-satu penuturan. Dalam kata lain, individu mestilah dapat memasukkan dirinya ke dalam diri si penutur supaya dapat berasa dan berfikir sama seperti apa yang dirasakan dan difikirkan penutur. 1.2 KEPELBAGAIAN JENIS MAKNA

Dalam bidang semantik, terdapat beberapa makna yang perlu diketahui oleh pengguna bahasa. Terdapat jenis-jenis makna tertentu yang mendokong makna tertentu dan terdapat juga makna yang dikongsi oleh beberapa makna lain. Selain itu, terdapat juga makna yang merupakan makna teras dan juga makna sampingan. Tegasnya, dengan mempelajari jenis makna, pengguna bahasa akan didedahkan dengan makna-makna tersebut dan dapat menggunakan jenis makna ini dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya.

Sintaksis.1990).al. Leech (1974) di dalam makna konseptual. Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif. 2005). Contoh : Inayat . prinsip yang diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistic yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Interprestasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oelh Ogden dan Richards (1923).1 MAKNA KONSEPTUAL Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting dalam bahasa. Menurut. Organisasi makna konseptual adalah rumit. Ujuran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi. Tanpa konsep. maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et. pemberian tuhan Kukuh – kuat terpancang pada tempatnya Logika – pengetahuan tentang kaedah berfikir Nafsu – keinginan hati yang kuat . dna Semantik. Makna “konsep” adalah mencakupi komponen seperti benda. Pemahaman konsep adalah sangat mustahak. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya. bantuan. Sebab itulah dalam formulasi „segitiga semiotik‟ yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan pemikiran itu pada tahap yang atas sekali. proses. keadaan atau konsep lainnya (Abdul Chaer. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna. Makna konseptual ialah makna yang dimiliki oleh leksikon yang terlepas daripada apa-apa konteks atau asosiasi. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan.pertolongan. memutus buah fikiran.. tindakan. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod makna (ujaran daripada penutur) apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. memahami ujuran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik.0 JENIS-JENIS MAKNA 2. iaitu „segitiga semiotik‟.2. kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna sebenar. memahami. Selain itu.

Perkataan ini pada asalnya membawa maksud „mendekati Allah‟. Umat Islam.2 MAKNA KONOTATIF Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa. najis atau sesuatu yang negatif.ombak panjang yang bergulung-gulung Andal – dapat dipercayai Andika – kehormatan tertinggi yang diberikan atau dimiliki oleh raja atau penguasa yang tidak beragama islam Makna konseptual ini samalah juga dengan makna leksikal. kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. kotor. duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran. Begitu juga perkataan babi dan khinzir. Bagi masyarakat yang beragama Islam. Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor faktor tertentu. makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. jijik. tempoh masa dan pengalaman individu. oleh lelaki dan perempuan bukan muhrim dan bukan pula suami atau isteri sehingga dianggap suatu perbuatan yang sumbang‟ (Kamus Dewan. Makna konotatif tidak stabil. babi itu haram. iaitu „pengasingan diri berdua-duaan di tempat sunyi. Makna konotatif ini dilihat kepada beberapa aspek iaitu. baik positif mahupun negatif (Nik Safiah Karim. Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif. Contohnya. 2004). barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. bervariasi menurut budaya. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi. 2. Tetapi pada hari ini.Gelombang . Contoh: Babi – jijik dan kotor. Kedua ialah. makna denotatif atau makna rujukan. Contohnya perkataan „khalwat‟. makna konotatif bersifat peripheral. nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat bukan Islam. maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud. 2004). yang ada hubungan dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu. maksud perkataan ini telah berubah. rasa marah dan menyampah . bertafakur (Kamus dewan. 2004).

maka makna afektif juga berhubungan dengan gaya bahasa.3 MAKNA AFEKTIF Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi. Seseorang yang ditegur dengan kata-kata: “you’re visious tyrant abd villainous reprobate. bahasa kata seru yang fungsi utamanya adalah untuk mengungkapkan emosi. Makna afektif timbul sebagai akibat raksi pendengar yang dipengaruhi unsur perasaan atau emosional yang terlibat. Ungkapan emosi dapat dilihat melalui lontaran suara jika keras menunjukkan Di samping itu unsur-unsur Jika kita ketidaksengan atau nada santai untuk menunjukkan keramahan. Makna afektif termasuk dalam kategori parasit iaitu untuk mengungkapkan makna emosi. bangun! (nada kasar) . dan I hate you for itu!”. Makna afektif adalah makna yang muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa. Oleh sebab hubungan erat dengan reaksi pendengar atau pembaca dalam melibatkan dimensi atau rasa. Pendengar tertanya-tanya bagaimanakah perasaan penutur terhadapnya. kita dapat mengkomunikasikan perasaan dan sikap tanpa perantaraan fungsi semantik yang lain. Ada juga cara yang tidak langsung untuk menunjukkan sikap kita. bukannya fikiran atau daya fikir (Kamus Linguistik 1997). konotatif atau stilistik. Contoh: Tutup mulut kamu! Harap diam sebentar! Bangun. (anda adalah tiran jahat dan brandal kejam kerana itu saya benci kepadamu). Makna afektif merupakan istilah yang sering digunakan secara eksplisit diwujudkan dengan kandungan konseptual atau konatatif dariapada kata-kata yang digunakan. Faktor seperti intonasi dan gema suara yang sering kita istilahkan sebagai „tone of voice’ adalah penting untuk mentafsirkan ungkapan yang diujarkan oleh penutur. nak! (nada halus) Hey.Gerombolan –kawanan perusuh atau penjahat Perempuan – unsur negatif 2. kita menggunakan perantaraan kategori makna yang lain seperti konseptual. Misalnya dengan memberikan skala peringatan kita sesuai dengan kesopanan. menggunakan ini.

Misalnya kata „putih‟ yang berasosiasi dengan sesuatu yang suci atau kesucian. Buaya . i) Melati . kesimpulannya. Merah – warna dasar yang serupa dengan warna darah berani atau faham komunis.warna dasar yang serupa dengan warna kapas bersih. Beliau juga turut mengatakan bahawa makna asosiatif juga memiliki peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana.2.binatang berdarah dingin yang merangkak bertubuh besar dan berkaki keras. terletak pada tanda kecil. Menurut Kushartanti pula makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang jika mendengar kata tertentu. Kata „mawar‟ berasosiasi dengan sesuatu yang harum . Begitu juga dengan kata „singa‟ yang berasosiasi dengan garang.tumbuhan perdu suku rubiaceace. yang mempunyai kemiripan dengan sifat. sering ditanam di halaman rumah. makna afektif dan makna kolokatif. Contohnya. Abdullah Yusof juga mengatakan bahawa makna asosiatif ini sebenarnya sama dengan lambang atau perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat pengguna bahasa untuk menyatakan konsep lain. makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. suci dan murni. ii) iii) iv) Sesuatu yang suci atau kesucian Putih . Makna asosiatif ialah makna yang dimiliki oleh leksikon akibat wujudnya hubungan leksikon itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. keadaan atau cirri yang ada konsep asal kata tersebut. . asosiatif ataupun asosiasi ialah perkaitan dan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai persamaan dengan konsep asal kata tersebut.4 MAKNA ASOSIATIF Menurut Abdullah Yusof (2009:6). warna berbentuk bintang. Menurutnya lagi. juga pada waktu kematian. berbau sangat harum. sering bunganya putih digunakan di pelbagai upacara adat seperti perkahwinan. Manakala warna „hitam‟ pula berasosiasi dengan sesuatu yang misteri atau jahat. bernafas dengan paru-paru dan hidup di air Jahat atau kejahatan Makna asosiatif juga merangkumi makna konotatif. asosiasi ini dipengaruhi oleh unsur-unsur psikis. pengetahuan. makna stilistik. dan pengalaman seseorang.

Dalam beberapa buah buku lainnya. Makna yang bersifat umum ini adalah makna yang telah diketahui secara jelas oleh semua orang.2. 1977:2008). berkulit tebal. Makna denotatif biasanya difahami kerana tidak mengandungi makna yang sukar dan bersifat umum.‟makan‟. Contohnya: Babi . tidak manis didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. i) Dia adalah wanita cantik .5 MAKNA DENOTATIF Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa. Contoh: wanita bermaksud Ia merupakan makna yang ada pada objek perkataan melantak itu lebih kasar.‟sarapan‟. pendengaran. Makna denotatif ialah makna asli.atau „soru‟. makna denotasi juga sering disebut sebagai makna dasar. dan berbulu kasar.[+dewasa]. Berikut ini beberapa contoh kata yang mengandungi makna denotatif. perasaan.[+gadis]. iaitu „manusia dewasa bukan laki-laki‟. Daripada beberapa pengertian di atas dapat disimpulkan bahawa makna denotatif adalah makna sebenarnya yang ada pada pancaindera manusia. Menurut Nik Safiah Karim (2004). melahirkan anak dan menyusuinya. Perempuan – orang yang boleh hamil.satwa menyusui yang bermuncung panjang. Dalam erti kata lainnya makna denotatif ialah „makna sebenarnya‟. Contohnya kedua-dua perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama. asal. atau makna sebenarnya. makna denotatif sama dengan makna leksikal. berdasarkan pemerhatian kita. [+manusia]. Samalah juga bagi perkataan Tetapi „melantak‟. Begitu juga dengan perkataan gadis dan perawan yang bermaksud „wanita yang belum bersuami‟ dan pasangan perkataan isteri dan bini yang bermaksud „wanita yang mempunyai suami‟. Kesemuanya dikaitkan dengan makan. Denotasi adalah hubungan yang digunakan di dalam tingkat pertama pada sebuah kata yang secara bebas memegang peranan penting di dalam ujaran (Lyons. serta diharamkan bagi orang Islam memakannya. atau pengalaman lainnya. atau makna pusat.‟makna mutlak‟ atau „makna dasar‟. Oleh itu. menurut penglihatan.[. Makna denotatif pada dasarnya sama dengan makna referensial sebab makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian. Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif. l. makna denotatif juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. maka ia juga disebut „makna sebenar‟ „makna asal‟. makna asli.lelaki].

motivasi secara teori bagi analisis komponen ini cukup jelas dan menyediakan cara yang sistematik. Konsep tidak bersifat dipunyai oleh seseorang. walaupun konsep itu mungkin difikirkan sebagaimana pemikiran kita terhadap konsep bulatan. berhidung mancung. penanda makna ialah gagasan teoritis bertujuan mewakili satu konsep yang menjadi sebahagian erti morfem dan unsur lain dalam bahasa semulajadi. mempunyai mata yang indah dan berambut hitam legam Bahagian A 1. berprinsip dan ekonomik kepada para ahli bahasa untuk memerihalkan hubungan makna yanag didukung oleh leksem dalam sesuatu bahasa serta dengan satu andaian iaitu. Kajian ini merupakan usaha pertama yang menerapkan kaedah analisis komponen makna ke dalam kerangka tatabahasa transformasi. Mengikut teori komponen makna atau komponen semantik setiap kata atau unsur unsur leksikal terdiri dari satu atau beberapa unsur yang bersama-sama membentuk makna kata atau makna unsur leksikal tersebut. 1991:23). Konsep ialah kesatuan mujarad. konsep yang kami maksudkan itu bukan imej atau buah fikiran atau idea tertentu. makna perkataan bukan sebagai unit konsep yang tersendiri tetapi sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna dan komponen itu sendiri merupakan „inti makna‟. Menurut John Lyons (1981). Melalui analisis komponen makna ini. beliau telah memberi satu huraian yang lebih terperinci. Dalam pengertian ini. perhubungan-pengertian yang mengait-ngaitkannya di antara satu sama lain dapat diformalkan secara mutlak.2 TEORI-TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA Kajian ini dipelopori oleh Katz dan Fodor dan telah diperluaskan lagi oleh Jackson (1995). Analisis ini mengandaikan setiap unsur leksikal memiliki atau tidak memiliki suatu cirri yang membezakannya dengan unsur lain (Chaer. menurutnya. Kempson atas alasaan tidak bernas (Kempson. Menurut Ruth Kempson (1991:22). komponen ini bersifat universal dan merentasi pelbagai bahasa. Namun begitu kedua-dua pencirian ini menyatakan makna perkataan tidak lebih daripada satu (himpunan) konsep. telah ditolak oleh Ruth M.Kata cantik ini diucapkan oleh seorang lelaki terhadap wanita yang berkulit putih. Katz juga merupakan salah seorang penganjur penting yang berjuang untuk meletakkan komponen semantik dalam tatabahasa transformasi. tetapi dengan penerangan yang lebih berasas sedikit. Konsep tidak dimiliki oleh mana-mana pengalaman sedar seseorang. .

dapatlah disimpulkan bahawa setiap perkataan mengandungi komponen makna atau fitur makna yang boleh disenaraikan untuk dihuraikannya. Berdasarkan pandangan ini. analisis komponen makna atau fitur semantik merupakan cara untuk menzahirkan sejelas mungkin hubungan sistemis antara perkataan. Al (2009:155). Howard Jackson telah memberikan contoh iaitu komponen nilai „o‟ bagi generasi yang sama. [DEWASA]. komponen nilai „1‟ bagi generasi di bawah ego dan seterusnya komponen nilai ini bokleh ditambah kepada „+2‟ dan „_2‟ masing-masing bagi generasi datuk. Komponen semantik. nenek dan cucu (Abdullah Yusof et. Menurut Ruth Kempson (1991:22). tetapi tidak terdapat percubaan untuk menyatakan sama ada ketiadaan sesuatu fitur itu adalah relevan dalam konteks tersebut. logik dan falsafah. Kaedah ini memang sedia terdapat dalam definisi secara tradisional. Tanda + membawa makna sifat tersebut wujud pada perkataan yang dianalisis maknanya. Howard Jackson menyatakan bahawa “kita perlu mengingati diri kita sendiri tentang alasan kita memilih komponen semantik. kita memilihnya untuk tujuan mendiskriminasikan makna antara leksem yang berada dalam domain semantik yang sama. Berkenaan analisis makna kekeluargaan ini. menurut Howard Jackson ia dapat diselesaikan dengan membenarkan penggunaan komponen bukan binary (duaan): iaitu komponen pelbagai nilai. Dalam menyatakan makna. rumah [ -bernyawa] Selain dari itu wujud juga lambang ( tambah dan tolak sekali) yang bermakna bahawa fitur itu mungkin atau tidak hadir. [TIDAK PERNAH KAHWIN]. analisis makna perkataan didasari oleh komponen linguistik. fitur-fitur (sifat-sifat) tersebut akan diberikan tanda + atau -. iaitu sesuatu genus dibahagikan kepada species dan species pula dibahagikan . Berdasarkan penjelasan ini. Tanda-tanda ini mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut.2009:115). apabila ia dapat dikenal pasti maka ia dapat berfungsi pembeza yang dapat menambah pemahaman kita tentang makna sesuatu leksikal yang berkontras dengan leksikal lain secara semantik” (Howard Jackson) Menurut John Lyons (1968 :`1472). Dalam aspek makna kekeluargaan yang berkaitan dengan generasi. Fitur-fitur yang terdapat dalam perkataan ini ialah: „spinter‟ : [PEREMPUAN]. Sebagai contoh: haiwan [ + bernyawa] . komponen „+1‟ bagi satu generasi di atas ego. Dalam mengendalikan komponen bukan binary ini. Fitur-fitur ini dengan sendirinya menjelaskan perkataan „spinter‟ tersebut. Kempson juga telah mengemukakan perkataan “spinter” untuk dianalisis fitur semantiknya. dan sebaliknya bagi tanda – yang bermaksud sifat tidak wujud bagi perkataan tersebut. Tiada cadangan bahawa kita akan mencirikan setiap makna leksem yang berkenaan. makna perkataan dikaji bukan sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna tetapi komponen-komponen itu sendirinya merupakan „inti makna‟. DAN [MANUSIA].

5 Komponen kata wafat terdapat cirri-ciri berikut: [+mati]. telah diterapkan dengan lebih luas dalam kajian medanmedan makna yang lain.kepada subspecies. Contohnya.[ _ hidup] kata ciri . Contohnya. kata-kata yang bertugas sebagai komponen makna ini tidak boleh disamakan dengan senarai dengan senarai makna yang mungkin dimilikinya dalam konteks perbualan biasa. serta bapa saudara dan abang] Dalam erti kata lain. [+perempuan] Komponen-komponen makna yang menunjukkan perbezaan pula ialah: [hubungan terus] [generasi yang sama] [ayah dan abang] [ayah dan bapa saudara] Komponen makna yang menunjukkan persamaan ialah : [generasi yang berbeza] [ayah dan abang.[+meninggal dunia]. Kaedah ini digambarkan dalam kebanyakan kamus yang disusun bagi bahasa-bahasa tertentu dan juga dalam penyusunan Roger‟s Thesaurus.[+tidak bernyawa]. abang dan bapa saudara boleh dihuraikan dengan jelas persamaan dan perbezaanya melalui komponen-komponen makna.[+mampus]. perkaitan hospital boleh dihuraikan sebagai mempunyai komponen-komponen makna berikut: [+doctor][+pesakit] [+jururawat] [+bangunan] [+ubat-ubatan] 2. Kenyataan ini bermaksud bahawa analisis komponen sebagai satu teknik distingtif yang mula-mula timbul dalam bidang antropologi sebagai satu kaedah untuk mengkaji perkaitan antara kata dan istilah dalam bidang kekeluargaan. kata ayah. Analisisi komponen makna yang merupakan satu teknik yang distingtif dalam mengkaji perkaitan antara istilahistilah dalam medan kekeluargaan. tetapi kemudian teknik ini diluaskan penggunaannya kepada banyak lapangan makna yang lain. Kaedah analisis komponen makna ini diterapkan ke dalam medan-medan yang lain kerana keupayaannya merumuskan kata-kata dengan tepat dan jelas. Kata yang bertaraf komponen makna ini hanyalah merupakan label atau symbol kepada komponen yang terselindung dalam item leksikal yang dihuraikan.

[+tidak bernyawa].[+meninggal dunia].5 komponen kata wafat terdapat cirri-ciri berikut: [+mati].2.[ _ hidup] kata ciri + mati +meninggal dunia wafat +mampus +tidak bernyawa _ hidup .[+mampus].

Related Interests