SINOPSIS PERGERAKAN KREATIF

MENGISAHKAN SEEKOR ARNAB YG SEDANG BERJALAN2 MENCARI MAKAN TETAPI TIDAK MENYEDARI YANG ARNAB TERSEBUT TELAH MASUK DIDALAM KAWASAN BURUNG HELANG YANG SEDANG TIDUR. SEDANG ARNAB TERSEBUT SIBUK MENCARI MAKANAN SAMBIL MENARI2 TIBA2 ARNAB TELAH TERPIJAK RANTING KAYU YANG MENGAKIBATKAN SANG HELANG TERJAGA DARI TIDUR. HELANG YANG TERJAGA ITU TELAH TERNAMPAK SARAPAN PAGINYA ITU LALU DENGAN PERUT YANG LAPAR DENGAN SEGERA MENGEJAR ARNAB TERSEBUT. MAKA TERJADILAH ADEGAN KEJAR MENGEJAR. MELALUI CELAH BATU, CELAH POKOK, TETAPI TETAP DIKEJAR OLEH SANG HELANG SEHINGGALAH TIBA DIKAWASAN BELUKAR YANG TEBAL BARULAH ARNAB TERSELAMAT DARI CENGKAMAN HELANG. WALAUPUN ARNAB RASA DIE DAH SELAMAT TAPI ARNAB TIDAK SEDAR YANG DIA TELAH TERMASUK PULA KE DALAM SARANG HARIMAU. HARIMAU YANG SEMEMANGNYA LAPAR SANGAT TERKEJUT DAN GEMBIRA DENGAN REZEKI YANG ADA DEPAN MATA. TANPA MEMBUANG MASA HARIMAU TERUS MENERKAM KEARAH ARNAB TETAPI ARNAB NAMPAK LEBIH BERSEDIA DAN DAPAT MENGELAK TERKAMAN HARIMAU ITU SETERUSNYA BERLARI DENGAN LAJU UNTUK MENGELAK DARI DIMAKAN HARIMAU. SEKALI LAGI BERLAKUNYA AKSI KEJAR MENGEJAR ANTARA HARIMAU DENGAN ARNAB. ARNAB BERLARI DENGAN SANGAT PANTAS DAN SEKALI LAGI ARNAB DAPAT MELEPASKAN DIRI MAKA KECEWALAH SANG HARIMAU ITU TADI. ARNAB DENGAN BANGGANYA MERASAKAN DIRINYA ADALAH YANG TERPANTAS DI HUTAN TERSEBUT TETAPI DIA TIDAK TAHU YANG SANG HARIMAU DAN SANG HELANG TELAH BERKOMPLOT UNTUK BEKERJASAMA MENANGKAP ARNAB . KALI INI SEGALA PERSIAPAN DAN TAKTIK TELAH DIRANCANG OLEH HARIMAU DAN HELANG BAGI MEMASTIKAN ARNAB TIDAK DAPAT LEPAS LARI. AKHIRNYA SETELAH BERLAKU ADEGAN KEJAR MENGEJAR ARNAB TEWAS JUGA DITANGAN KEDUA-DUA PEMANGSA TERSEBUT.