Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran.

Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan. Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,sama ada di hutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan. Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling, orienteering dan sebagainya. Aktiviti sebegini dapat menghilangkan tekanan para peserta disamping mereka dapat berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah. Secara tidak langsung ini dapat mengelakkan para peserta daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat. Antara objektif perkhemahan adalah: Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar. Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah kepada para pelajar disamping memupuk sikap berani di kalangan peserta. Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka dalam perancangan perkhemahan. Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan dan semangat bekerjasama. Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan. Mendidik peserta untuk mengenali dan menyayangi alam sekitar.

PERSEDIAAN pERKHEMAHan~
Dapatkan seberapa banyak maklumat tentang tempat yang sesuai kerana perjalanan yang lebih jauh bererti perlu mengeluarkan lebih banyak perbelanjaan.

PERALATAN DAN KEPERLUAN
Peralatan dan keperluan mestilah berkait rapat dengan program dan aktiviti yang akan dijalankan.Bagi memastikan anda tidak akan tertinggal apa-apa peralatan, sediakan senarai semak. Utamakan peralatan dan keperluan yang mustahak sahaja. Di antara senarai semak peralatan dan keperluan adalah seperti berikut:• Khemah • Ponco • Beg tidur • Pisau / parang • Lampu suluh • Wisel • Kompas • Tali • Kotak bantu mula/Mancis api. • Bekalan makanan (Beras, roti, biskut, garam, gula dan lain-lain) Alatan peribadi seperti: • Sabun • Ubat dan berus gigi • Cermin • Pinggan • Cawan • Botol air • Pakaian • Baju hujan • Tuala • Kasut kanvas Alatan kumpulan seperti: • Kapak/pisau • Kuali • Mancis • Pisau • Periuk • Khemah dan pancang • Alatan dan ubat pertolongan kecemasan • Lain-lain alatan yang difikirkan perlu.

PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN / TAPAK PERKHEMAHAN
Tanah atau tapak yang rata    bertujuan untuk memudahkan – pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Tapak yang rata akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun. cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.

Corak tapak perkhemahan   sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu, elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.

Berhampiran punca air  Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya. Air yang bersih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Punca air mestilah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit melalui air yang tidak bersih. Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.

 

Tapak yang lebih tinggi dari punca air  untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air terutamanya ketika air pasang. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai dan sebagainya.

Mudah untuk mendapat bantuan    Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, atau pihak bertanggungjawab yang lain.

Mudah untuk mendapat bahan bakar  Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat unggun api bagi memanaskan badan, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahannya seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.

Keselamatan kawasan perkhemahan  Kawasan perkhemahan perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya bagi mengelakkan sekatan perjalanan mereka. Jangkamasa perkhemahan  Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.

Bilangan peserta perkhemahan  Perancangan awal seperti penetapan jumlah bilangan peserta yang akan menyertai amat penting bagi mengelakkan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.

Alam Persekitaran  Peninjauan sebelum keluar berkhemah boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak perkhemahan tersebut atau dengan memahami keadan kawasan melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat.

PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH
Bagi mendirikan khemah hanyalah setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan. Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian dan penekanan: Bersihkan kawasan tapak khemah daripada ranting-ranting kayu atau batu bagi memberi keselesaan dan mengelakkan alas khemah(ground sheet) bocor atau koyak. Jangan memasang khemah di bawah pokok yang telah mati, tua atau mudah sekah (patah) bagi mengelakkan kemalangan seperti khemah atau peserta ditimpa dahan patah berlaku. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merosakkan khemah. Jika berkhemah di tepi pantai, jarakkan khemah daripada paras air pasang bagi mengelakkan khemah basah atau dibawa arus. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai. Jangan dirikan khemah di kawasan yang mempunyai struktur tanah atau batu batan yang tidak kukuh. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Taburkan serbuk belerang di sekeliling khemah bagi menghindarkan kehadiran binatang binatang berbisa seperti lipan dan ular. Jangan memasang khemah di kawasan yang berlekuk atau berlurah untuk mengelakkan khemah dimasuki air sekiranya hujan turun dengan lebat. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan bagi mengelakkan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula. Alas tapak khemah anda dengan daun paku pakis atau daun-daun lain untuk keselesaan.

PEMILIHAN KHEMAH
Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk memilih atau membeli khemah:

Perlindungan

  

dapat memberikan perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk angin dan sebagainya. Juga hendaklah dapat memberi pelindungan daripada seranggaserangga.

Keselesaan

tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang.

Kalis air

 

supaya tidak menjadi masalah apabila hujan.

Tahan lasak

Khemah perlu ringan di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyak apabila ianya digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk satu jangka masa yang panjang dan munasabah.

Ukuran

 

Pemilihan adalah berdasarkan berapa ramai dalam sebuah khemah bagi mengelakkan kesukaran membawanya. Khemah 2 man bagi dua orang, 4 man bagi 4 orang, 6 man 6 orang dan seterusnya.

Jenis-jenis khemah
Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza : 1. Khemah nylon berbentuk "A" atau poncho (seperti digunakan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.

2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

ANATOMI KHEMAH Saiz dalaman khemah

KOMPONEN-KOMPONEN KHEMAH

ROD
COMPLETE TENT

SPIKE

FLY SHEET

MAIN TENT

ROPE

FORMASI BERKHEMAH
 Formasi Satu Barisan
Kawasan perkhemahan di kawasan sempit yang memanjang biasanya di tepi sungai, jalan serta trek. Kedudukan susunan tempat perkhemahan yang berada dalam satu barisan.

 Formasi Dua Barisan
Kawasan yang mempunyai ruang besar sedikit daripada formasi atau satu barisan. Contohnya kawasan di tepi pantai.

 Formasi Satu Bulatan
Ruang kawasan yang cukup luas yang mana kedudukan tempat perkhemahan berbentuk separuh bulatan atau bulatan. Bentuk tersebut memberi ruang kepada tempat berkumpul bagi menjalankan aktiviti mahupun untuk masa kecemasan.

 Formasi Berselerak
Kedudukan perkhemahan yang tidak tersusun. Ini mungkin kerana bentuk muka bumi atau kawasan hutan tebal. Walaupun kedudukan tempat ini berselerak namun masih wujud sistem pergerakan dan kawalan yang baik.

PERINGATAN.. 1. Pintu hadapan/jalan masuk MESTI membelakangkan arah tiupan angin. 2. Susunan khemah berbentuk V, U atau O bergantung kepada jumlah khemah. 3. Pintu hadapan khemah mestilah berhadapan antara satu sama lain agar memudahkan komunikasi dan bantuan sekiranya kecemasan sampai. 4. Sekiranya terdapat dua kumpulan jantina yang berbeza (perempuan dan lelaki) hendaklah membahagikan sebahagian kawasan dan membuat sempadan antara khemah lelaki dan perempuan. Pintu masuk khemah perempuan hendaklah berhadapan dengan khemah sama jantina dan berada ditepi, tidak membelakangkan pintu masuk. 5. Gadjet perkhemahan seperti ampaian mestilah diletakkan dibelakang khemah iaitu membelakangkan pintu masuk bagi mengelakkan kesulitan sekiranya berlaku kecemasan dan juga bagi menjaga kekemasan kawasan perkhemahan. 6. Pastikan khemah tidak didirikan diatas laluan air atau laluan binatang bagi mengelakkan sebarang kemalangan mahupun gangguan.

PEMASANGAN KHEMAH
KHEMAH JENIS A / PONCHO
1. Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang khemah. 2. Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul. 3. Ketuk pancang (stake) dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang. 4. Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah tepi khemah ke pancang. 5. Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah untuk mengelakkan air hujan bertakung.Kemudian taburkan serbuk belerang ( sulfur ) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa memasuki khemah pada waktu malam. 6. Periksa kestabilan khemah dan bahagian dalam khemah sebelum mendudukinya.

KHEMAH JENIS DOME DAN IGLOO
1. Ambil rod dan kejapkannya pada klip atau masukkan pada lubang pada luar dinding main tent. Pastikan kedudukan rod bersilang pada bahagian atas main tent. Ikatkan kedua-duanya dengan tali pada bahagian atas main tent. 2. Tetapkan rod di atas tanah. 3. Letakkan fly sheet sebagai dinding luar dan bumbung main tent. 4. Tarik bahagian setiap hujung fly sheet dan tegangkannya. Kejapkannya di atas tanah menggunakan tali dan stakes pada setiap bucu khemah. Pastikan stake tersebut tertanam di dalam tanah dengan kuat dan sempurna bagi mengelakkan khemah jatuh ditiup angin. 5. Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah untuk mengelakkan air hujan bertakung.Kemudian taburkan serbuk belerang ( sulfur ) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang berbisa memasuki khemah pada waktu malam. 6. Periksa kestabilan khemah dan bahagian dalam khemah sebelum mendudukinya.

SELEPAS pERKHEMAHan~

MENGEMAS/MENURUNKAN KHEMAH
1. Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah. 2. Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang(stake) kemudian turunkan khemah. Perkara yang sama dilakukan pada khemah jenis Dome dan Igloo. Tanggalkan ikatan tali pada pancang, keluarkan rod. 3. Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah di satu tempat. 4. Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah. 5. Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari. 6. Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina dan tali khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam. 7. Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter. 8. Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan. 9. Bersihkan kawasan perkhemahan.

MENGEMAS KAWASAN PERKHEMAHAN

sampah ditinggalkan

~ SEKIAN~

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful