You are on page 1of 16

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

KRM 3063: ASAS BENTUK DAN RUANG

PORTFOLIO

BAHAGIAN  A  :  TUGASAN  1  

AKTIVITI  PENGAJARAN     PERKEMBANGAN  PENDIDIKAN  DI   KUMPULAN MALAYSIA:  FALSAFAH  DAN  DASAR  
UPSI 11
DISEDIAKAN OLEH NAMA NORAZURAH BT AHMAD NO. ID D 20102040887 NO. TELEFON 0176631304

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. RAJA NOOR FARAH BINTI RAJA MAAMOR SHAH TARIKH SERAH: 21 OKTOBER 2012

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

BAHAGIAN A : TUGASAN 1

Pengenalan

Pembelajaran bentuk dan ruang adalah penting dalam kehidupan seharian. Bentuk dan ruang terbahagi kepada 2 ketegori iaitu 2 dimensi (2D) dan 3 dimensi (3D) Matlamat pembelajaran bab ini adalah untuk membina pemahaman murid terhadap konsep ruang di dalam kehidupan agar ianya dapat digunakan didalam rutin kehidupan harian secara efektif dan bertanggungjawab. Oleh itu, bentuk dan ruang seharusnya disampaikan melalui cara yang paling mudah untuk difahami oleh murid-murid. Penglibatan aktif murid dalam bentuk aktiviti fizikal adalah penting bagi membolehkan murid-murid memahaminya. Penggunaan teknologi maklumat dapat menyokong penyampaian maklumat yang lebih berkesan. Penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), perisian interaktif, kamera video digital dan lain-lain adalah contoh alat teknologi yang membantu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Disamping itu model atau alat sebenar perlu diberikan kepada murid supaya pengalaman konkrit dapat membantu pelajar membina kefahaman terhadap jenis, karater, cara melukis, perimeter, luas dan isipadu setiap bentuk. Ia membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Adalah menjadi satu tugas yang besar bagi guru untuk merealisasikan kepentingan bentuk dan ruang dalam kehidupan.

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

AKTIVITI PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN KONKRIT

Tahun : Dua Bidang : Sukatan dan Geometri Topik : Ruang Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D) tiga dimensi Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenal nama bentuk 3D semasa di Tahun 1

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk mengenal pasti bentuk asas bagi bentuk

Langkah Pengajaran Fasa 1 - Persediaan ( 7 minit ) 1. Guru mengenalpasti murid yang menyambut hari lahir pada bulan atau minggu atau hari aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan. 2. Guru menyediakan sebiji kek biasa berbentuk empat segi, lilin, topi hari jadi dan coklat tobeleron sebagai hadiah untuk menyambut hari jadi murid. 3. Murid menyanyikan lagu hari jadi kepada murid yang diraikan. 4. Guru merangkan perkaitan objek yang boleh didapati semasa majlis hari jadi seperti kek yang sama bentuk dengan kuboid atau silinder.

Fasa 2- Imaginasi dan Penjanaan Idea( 13 minit) 1. Guru menunjukkan bongkah 3D yang berbentuk kubus, kuboid, piramid, kon dan sfera.

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

2. Murid diminta menyatakan persamaan bentuk bongkah 3D yang ditunjukkan dengan lain-lain objek yang boleh didapati semasa majlis hari jadi seperti topi hari jadi yang berbentuk kon, lilin berbentuk silinder dan coklat tobeleron berbentuk piramid. 3. Murid memberi contoh objek lain yang mempunyai persamaan bentuk dengan bentuk-bentuk 3D. Fasa 3 - Perkembangan dan penilaian ( 20 minit ) 1. Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan dan menyediakan 5 kad soalan untuk aktiviti permainan stesen. a. Stesen 1 : Mengira bilangan bentuk 3D pada gambarajah b. Stesen 2 : Menamakan objek yang menyamai bentuk 3D c. Stesen 3 : Teka perkataan berkaitan nama bentuk 3D. d. Stesen 4 : Melabelkan nama bentuk 3D e. Stesen 5 : Melukis salah satu bentuk 3D pada kertas lukisan 2. Guru menerangkan peraturan permainan. Kemudian murid dikehendaki menyelesaikan tugasan pada setiap stesen. Murid diberi masa 2 minit untuk menyelesaikan tugasan soalan pada setiap stesen. Murid akan bertukar stesen apabila wisel ditiup oleh guru. 3. Seorang wakil kumpulan tampil ke hadapan untuk membentangkan jawapan kumpulan masing-masing. 4. Guru memberi markah kepada setiap kumpulan mengikut aspek berikut :a. Jawapan yang betul b. Kerjasama ahli kumpulan c. Disiplin ahli kumpulan

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

JANGKAAN REFLEKSI Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang ini dijangkakan akan menimbulkan sedikit kesukaran pelaksanaannya. Jangkaan saya kesulitan akan timbul dari aspek pengurusan masa dan kawalan kelas. Agihan masa yang diperuntukkan mungkin berbeza daripada yang dirancang dan kawalan kelas mungkin akan menjadi kurang terkawal kerana murid akan menjadi bising kerana keseronokkan mereka menjalankan aktiviti permainan stesen ini. Kedua-dua permasalahan ini berkait rapat kerana apabila kawalan kelas kurang terkawal, guru perlu mengambil masa menenangkan keadaan kelas agar aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Oleh yang demikian, sebagai langkah mengatasinya, saya perlu menegaskan pada murid tentang peraturan permainan iaitu aspek disiplin. Dari semasa ke semasa, murid diingatkan dan diberi amaran tentang disiplin dan kerjasama kumpulan. Dalam aktiviti stesen ini, kemungkinan ada segelintir murid yang pasif dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Di sini saya perlu memerhatikan dan mengenal pasti murid yang pasif ini. Murid tersebut perlu digalakkan melibatkan diri. Semasa aktiviti pembentangan, murid yang pasif ini boleh dipilih tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil aktiviti kumpulan. Impak pengajaran yang dapat dicapai daripada aktiviti yang saya jalankan ini, dijangka 95% murid akan dapat mengenal bentuk-bentuk 3D. Diharap aktiviti yang dirancang ini akan mencapai hasil pembelajaran yang diingini dan kesukaran yang dijangkakan akan dapat di atasi dan berjaya menarik minat murid mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

LAMPIRAN 1

KAD AKTIVITI STESEN

STESEN 1   Arahan : Apakah bentuk 3D yang terdapat dalam gambarajah di bawah dan kira bilangannya.

STESEN 2   Arahan : Namakan objek yang terdapat disekeliling anda yang menyemai bentuk :1. Kubus 2. Kuboid 3. Piramid 4. Sfera 5. Kon

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

STESEN 5 Lukiskan bentuk kon pada kertas lukisan yang disediakan.

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

LAMPIRAN 2 BORANG JAWAPAN PERMAINAN STESEN

NAMA KUMPULAN : …………………………. STESEN 1 STESEN 2 1. Kubus = .......................... Bentuk 1. 2. 3. Bilangan 2. Kuboid = .......................... 3. Piramid = .......................... 4. Sfera 5. Kon = .......................... = ...........................

6. Silinder = ..........................

STESEN 3 1. ……………………………. 2. …………………………….. 3. …………………………….. 4. …………………………….. 5. ……………………………..

STESEN 4 1. ……………………………. 2. …………………………….. 3. …………………………….. 4. …………………………….. 5. …………………………….. 6. ……………………………..

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

AKTIVITI PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN MEDIA DAN TEKNOLOGI

Tahun Bidang Tajuk

: Tiga : Sukatan dan Geometri : Ruang : Murid dibimbing untuk mengenal pelbagai jenis prisma bahagian-bahagian prisma: permukaan, tapak, bucu dan sisi.

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk melabelkan dan mencirikan

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenal nama jenis-jenis prisma. Langkah Pengajaran Fasa 1 – Persediaan ( 7 minit ) 1. Guru menyediakan 3 objek yang berbentuk prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma segitiga seperti kiub domino, kotak minuman dan coklat tobleron. Objek ini dimasukkan ke dalam uncang.

2. Guru memilih 3 orang murid dan diberi setiap seorang 1 uncang. 3. Murid diminta memasukkan tangan dalam uncang. Tanpa melihat, murid merasa objek yang ada dalam uncang dan minta murid meneka apakah bentuk prisma yang terdapat dalam uncang tersebut. 4. Guru bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan klu jawapan. a. Adakah objek itu mempunyai bucu? b. Adakah objek itu mempunyai permukaan rata atau melengkung? c. Adakah objek itu mempunyai sisi yang lurus? Fasa 2 – Imaginasi dan penjanaan idea ( 15 minit) 1. Murid diminta memerhatikan perbezaan antara kek yang berbentuk prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan segitiga dan topi yang berbentuk kon.

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

2. Murid menyatakan perbandingan ciri-ciri prisma segiempat sama dan kon 3. Guru menerangkan bahagian-bahagian prisma dan bukan prisma melalui persembahan mutimedia interaktif yang dimuat turun daripada internet.

a. Permukaan rata b. Permukaan melengkung c. Bucu d. Sisi lurus e. Tapak

Fasa 3 - Perkembangan ( 10 minit) 1. Guru membahagikan murid beberapa kumpulan mengikut nama jenis-jenis prisma dan bukan prisma. 2. Murid dikehendaki mendapatkan ciri-ciri bahagian prisma yang terdapat dalam lagu video ‘ bongkah’. 3. Guru menayangkan video lagu ‘Bongkah’ 4. Murid mendengar dan memahami lirik lagu.

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

Langkah 4 – Penilaian ( 8 minit) 1. Guru menyediakan perisian aktiviti interaktif seperti di bawah. 2. Setiap murid dikehendaki melengkapkan jadual dalam perisian interaktif yang dimuat turun dari internet. 3. Guru memantau latihan murid dalam persian. http://www.fifeeducation.org.uk/fife_primary_website/pupil_pages/maths/shapes.htm

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

JANGKAAN REFLEKSI

Aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

menggunakan

medium

bahan

multimedia dan komputer memberi variasi dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Tidak terhad kepada penggunaan bahan maujud, teknologi kini boleh diterokai dan dimanipulasi untuk dijadikan sumber aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyoronokkan dan menghiburkan khasnya dalam topik bentuk dan ruang. Kesukaran yang dijangka akan timbul adalah berkaitan kekangan masa dan pengurusan bahan. Aktiviti pembelajaran yang menggunakan komputer perlu dijalankan di makmal komputer. Oleh yang demikian, murid akan mengambil masa yang agak lama untuk bergerak dari kelas ke makmal komputer. Permulaan kelas mungkin sedikit tidak terkawal kerana murid akan teruja untuk menggunakan komputer dan berebut-rebut mengambil tempat duduk di dalam makmal. Tambahan pula, jika murid yang tidak mahir menggunakan komputer, guru terpaksa mengambil masa untuk memberi bimbingan dan arahan yang jelas, satu persatu cara mengendalikan perisian komputer. Walaubagainapun, saya juga menjangkakan aktiviti pembelajaran yang mengunakan bahan multimedia dan teknologi komputer ini akan menarik minat murid mempelajari topik ini seterusya memudahkan murid memahami topik ini. Pendekatan didik hibur dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini diharap akan menimbulkan minat murid untuk mempelajari matematik yang seringkali diberi tanggapan sebagai mata pelajaran yang susah.

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

RUJUKAN

Wan Yusuf Wan Ngah, Rosli Maun Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Dokumen Standard Kuriikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Modul Teras Asas Matematik Tahun 2. Haslina Jaafar. (2011) Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaaan Buku Teks Jilid 2, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.fifeeducation.org.uk/fife_primary_website/pupil_pages/maths/shapes.htm http://www.ngfl-cymru.org.uk/vtc/ngfl/maths/cynnal/polyhedra_ks2/polyhedra.html

 

 

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)  

KRM  30633-­  ASAS    BENTUK  DAN  RUANG                                                          NORAZURAH  BT  AHMAD  (  D20102040887)