Kemahiran motor SAINS SUKAN: KEMAHIRAN MOTOR

Tajuk Konsep

Kemahiran motor merupakan satu perkara yang berkait-rapat dengan kebolehan motor individu. Ianya meliputi kemahiran kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, kemahiran motor diskrit dan sebagainya yang akan dihuraikan secara terperinci di bawah. Begitu juga dengan kebolehan motor individu yang mana ianya juga mempunyai aspek-aspek tertentu seperti kebolehan motor fizikal dan kebolehan motor persepsi yang juga akan diulas di bawah huraian konsep dalam tugasan ini. Kedua-dua aspek ini iaitu kemahiran motor dan kebolehan motor individu akan menentukan samada seseorang jurulatih itu berupaya menggunakan pendekatan ini kepada atlet-atlet yang dilatih serta sejauh mana pendekatan tersebut dapat membantu meningkatkan satu-satu kemahiran yang dipelajari.

Huraian Konsep

Kemahiran motor merujuk kepada kajian sains tentang bagaimana individu memperolehi kemahiran dalam pergerakan akhibat daripada latihan dan menyebabkan perubahan tingkahlaku dlam prestasi kemahiran atau dalam domain psikomotor. Konsep kemahiran motor pula adalah merupakan sebarang tugasan motor atau sukan yang melibatkan pergerakan tubuh badan dan mesti dipelajari supaya ia dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan. Terdapat beberapa ciri kemahiran motor iaitu:

a) Bermatlamat pergerakan menepati situasi. b) Mencapai matlamat dengan penuh keyakinan. c) Tepat antisipasi. d) Mempunyai masa untuk bertindak. e) Pergerakan berkualiti. f) Jimat tenaga. g) Kecekapan tinggi.

h) Menggunakan kiu-kiu penting dengan berkesan. i) Mudah adaptasi pergerakan dengan situasi. j) Prestasi konsisten.

Secara teorinya, kemahiran motor juga mempunyai beberapa klasifikasi umum yang terdiri daripada tiga klasifikasi yang utama iaitu:

1) Kejituan Pergerakan a) Kemahiran motor kasar (Gross Motor Skills) b) Kemahiran motor halus (Fine Motor Skills) 2) Kejelasan Titik Permulaan dan Akhiran Pergerakan a) Kemahiran motor diskrit (Discrete Motor Skills) b) Kemahiran motor serial (Serial Motor Skills) c) Kemahiran motor berterusan (Continuous Motor Skills) 3) Kestabilan Persekitaran a) Kemahiran terbuka (Open Skills) b) Kemahiran tertutup (Close Skills)

Kebolehan adalah satu tret atau kapasiti umum individu yang menjadi penentu kepada potensi pencapaian prestasi kemahiran motor khusus. Pada hakikatnya, kebolehan individu adalah berlainan dan berbeza-beza. Definisi perbezaaan individu adalah merujuk kepada satu perbezaaan yang stabil dan bertahan agak lama dikalangan manusia berhubung dengan prestasi sesuatu tugasan motor.

Kebolehan motor pula adalah satu kebolehan yang khusus berkaitan dengan prestasi kemahiran motor. Kebolehan motor individu terbahagi kepada dua aspek yang utama iaitu:

1) Kebolehan Motor Fizikal

a) Kekuatan statik (static strength) b) Kekuatan dinamik (dynamic strength) c) Kekuatan eksplosif (explosive strength) d) Kekuatan batang badan (trunk strength) e) Kelembutan mengembang (extent flexibility) f) Koordinasi lintang badan (cross body coordination) g) Keseimbangan lintang badan (cross body equilibrium) h) Tenaga (energy/stamina)

2) Kebolehan Motor Persepsi (Teksonomi Fleishman) a) Koordinasi kaki tangan (multilimb coordination) b) Kawalan ketepatan (control precion) c) Orientasi tindak balas (response orientation) d) Masa reaksi (reaction time) e) Kelajuan pergerakan tangan (speed of arm movement) f) Kawalan kadar kepantasan (rate control) g) Kawalan gerak tangan (manual dexterity) h) Kawalan gerak jejari (finger dexterity) i) Ketetapan tangan lengan (arm hand steadiness) j) Kelajuan pergelangan dan jejari (wrist finger speed) k) Mensasar (aiming)

Kajian Berkaitan

In an effort to account for the changing relations among abilities and task performance , re-analyzed data (including Complex Coordination, Discrimination Reaction Time and Rotary Pursuit) and their correspondence with ability factors across practice. Ackerman (1987)

One of the ways that the skill acquisition process has been defined is in terms of changes in information processing demands as a function of increasing skill. Learning has been thought to progress from a more cognitive, declarative or verbal stage to a final automatic, procedural or non-verbal stage. Adams (1971)

Aplikasi Konsep Dalam Sains Kejurulatihan Sukan

Didalam sains kejururulatihan sukan, jurulatih merupakan salah seorang yang berperanan bagi mengaplikasikan kemahiran dan kebolehan motor atlet-atlet yang dilatih oleh mereka. Bukan itu sahaja, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perkembangan motor, kawalan motor dan sebagainya haruslah dipelajari serta diaplikasikan kepada atlet yang dilatih bagi menghasilkan seseorang atlet yang berkualiti.

Dalam tugasan ini, saya menggunakan sukan sepak takraw untuk membuat ulasan perkaitan dengan aplikasinya dengan kemahiran motor dan kebolehan motor individu. Kemahiran motor bagi atlet sepak takraw ini agak berbeza dengan sukan-sukan yang lain. Selain daripada bakat yang perlu ada pada seseorang itu, latihan yang bersesuaian serta praktikal perlu dirancang dan disusun supaya objektif utama dapat dicapai. Sebagai contoh yang lebih ‘detail’, kemahiran servis dalam sepak takraw misalnya.

Seseorang yang bergelar tekong perlulah terlebih dahulu mengetahui teknik-teknik untuk melakukan servis. Latihan yang dirancang dan diperaktikkan perlulah dilakukan secara berterusan bagi memperolehi seterusnya menguasai teknik yang terbaik untuk melakukannya. Kebolehan motor individu pula lebih menjurus ke arah bagaimana tekong tersebut menggunakan kebolehan motor fizikal serta kebolehan motor persepsi mereka. Jurulatih perlulah menyesuaikan latihan yang bertepatan agar tidak berlaku sebarang masalah.

Jurulatih perlu menerangkan kepada tekong tersebut bagaimana kedudukan ketika hendak melakukan servis. Elemen-elemen seperti ‘stance, ball toss, ball contact dan follow through’ perlu diterangkan dengan jelas untuk mengelakkan kekeliruan. Dari aspek kebolehan motor fizikal, unsur-unsur seperti kekuatan statik (ketika stance), kekutan eksplosif, tenaga (ketika ball contact), kekuatan batang badan, kelembutan mengembang (ketika hendak mengangkat kaki untu melakukan servis), keseimbangan

lintang badan (ketika follow through) dan kekuatan-kekuatan yang lain yang dirasakan sesuai untuk digunakan.

Dari aspek kebolehan motor persepsi pula, jurulatih perlu menerangkan kepada atlet/tekong berkaitan unsur-unsur yang perlu ada ketika melakukan servis. Unsur-unsur seperti koordinasi kaki tangan, kawalan ketepatan (ketika hendak melakukan servis dan selepas servis dilakukan), masa reaksi, mensasar (ketika berlakunya ball contact) dan kebolehan motor persepsi yang lain yang dirasakan sesuai. Selepas kebolehan motor individu ini dikuasai, secara tidak langsung kemahiran untuk melakukan servis bagi atlet/tekong terbabit akan menghasilkan prestasi yang terbaik selepas ianya diperaktikkan secara cekap dan berkesan.

Kebolehan motor individu sangat berkait rapat dengan kemahiran motor. Ini kerana, kemahiran motor seseorang itu bermula daripada kebolehan motor yang ada pada mereka yang akan memberikan impak yang positif didalam perlaksanaan sesuatu kemahiran.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kita dapati bahawa kebolehan motor individu adalah merupakan perkara asas yang perlu ada bagi meningkatkan kemahiran motor yang sedia ada pada mereka. Bagi melahirkan atlet yang berprestasi tinggi, aspek kemahiran motor dan kebolehan motor perlulah ada dan aplikasi yang berkaitan dengannya dilaksanakan dengan tersusun dan rapi. Menurut Schmidt, R.A. (1982), pembelajaran motor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakkan yang kekal. Pembelajaran telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge performance) dan pencapaian keputusan (knowledge result). Tahap pembelajaran dibahagikan kepada lima peringkat iaitu pencapaian ketika praktikal, melalui ingatan jangka pendek, melalui ingatan tetapi jangka panjang, kemahiran membuat generalisasi dan kemahiran membuat pengubahsuaian mengikut keadaan. Kefahaman tentang tahap-tahap pembelajaran kemahiran motor ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran

Rujukan

1. Guilford, J.P. (1967), The nature of Human Intelligence. McGraw-Hill, New York.

2. Schmidt, R.A. (1982), Motor Control and Learning: A Behavioral Emphasis. Human Kinetics, Champaign.

3. Simpson, E.J. (1972). The Classification of Educational of Objective in the Psychomotor domain. The Psychomotor Domain, Gryphorn House, Washington.

4. Goldberger, Michel, Moyer dan Steve (1982). A Schema For Classifying Educational Objectives In The Psychomotor Domain, Quest, 34(2), 134 - 142.

5. Ibrahim Mamat (1996). Reka Bentuk Dan pengurusan Latihan: Konsep dan Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful