You are on page 1of 7

World Congress on Islamic Systems 2012 1

Perbankan Islam Tidak Islamik? Pelaksanaan Perbankan dan Kewangan Islam di Malaysia1 Oleh Mohd Fuad Mohd Salleh2 UNISEL
Abstrak Sejak pengenalan Perbankan Islam sepenuhnya yang pertama pada tahun 1983, Institusi Kewangan dan Perbankan Islam berkembang pantas . Kesemuanya menawarkan apa yang dikenali sebagai salinan produk konvensional atau ada ketikanya disebut pengIslaman produk konvensional. Pernyataan paling mengelirukan apabila membezakan antara perbankan Islam denga perbankan konvensional ialah ketiadaan faedah atau riba dalam perbankan Islam kerana tiada faedah hanya salah satu daripada prinsip dalam sistem kewangan Islam. Kajian mendapati beberapa amalan yang dilakukan oleh bank terutama penggunaan wa`ad dilihat sebagai satu tindakan yang melanggar prinsip (i) keuntungan perlu disertai risiko (al-Ghunmu bi al-Ghorm), (ii) kontrak dengan kerelaan, (iii) tiada unsur penindasan dengan keuntungan berlebihan

(Ghabn al-Fahsyi). Pengenalan Industri perkhidmatan kewangan Islam telah mengalami perubahan dan pembangunan mendadak dalam dekad terakhir ini semenjak diperkenalkan lebih 40 tahun yang lalu. Bermula dengan penubuhan Tabung Haji di Malaysia pada tahun 1969, diikuti oleh bank perdagangan Islam pertama, Bank Islam Dubai (1970) kemudian Bank Pembangunan Islam yang berpusat di Jeddah (1975) institusi kewangan Islam kini telah berkembang kepada lebih 500 buah. Anggaran saiz industri ini berbeza-beza namun sumber konservatif menggagarkan jumlah aset perbankan dan kewangan Islam mencecah angka USD822 bilion di institusi kewanngan patuh syari`ah atau syari`ah sepenuhnya di seluruh dunia meningkat sebanyak 28.6% dalam tahun 2009 berbanding USD639 billion dalam tahun 2008. Institusi kewangan yang menawarkan produk kewangan Islam beroperasi di lebih 75 buah negara telah berkembang pada kadar 15% setahun, kini dijangka akan berkembang pada kadar yang sama dalam tempoh lima tahun akan datang sedangkan institusi perbankan konvensional telah tidak berkembang sejak beberapa lama. Sebagai contoh, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) asset dan depositnya telah meningkat dari RM 325 juta kepada RM 4,440 juta dalam tahun 1997. Pembiayaan hutang dan perkhidmatan telah meningkat kepada RM 991 juta dalam tahun 1997. Sementara itu bilangan cawangannya telah meningkat kepada 75 dalam tahun 1998 (Abdus Samad & M. Kabir Hassan, 2000).

Pembentangan di World Congress on Islamic Systems 2012, 1 5 Disember 2012 / 17-21 Muharram 1434H, Kota Bharu, Kelantan. 2 Prof. Madya Dr. Mohd Fuad, Dekan Fakulti Perniagaan, UNISEL.

World Congress on Islamic Systems 2012 2

Meskipun data yang ada amat menggalakkan, namun fakta ini menunjukkan bahawa saiz industri perbankan dan kewangan Islam adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan nilai aset perbankan dan kewangan dunia. Masih terlalu luas ruang untuk dieksploitasi. Kekuatan ruang belum teroka ini terletak pada bilangan orang Islam yang menjangkau hampir 1.6 billion dengan kekayaan dianggarkan USD3 trilion. Salah satu daripada sebab utama yang menghalang pertumbuhan kewangan Islam ialah kekurangan kesedaran dalam kalangan orang Islam sendiri mengenai tanggungjawab dan kewajipan untuk menjalankan aktiviti kewangan berlandaskan Islam selain kekurangan kepakaran dalam menerokai model perbankan, insurans dan pelaburan berlandaskan Islam. Satu lagi punca utama yang menyebabkan pertumbuhan yang perlahan ialah kekurangan sumber manusia yang cukup terlatih serta memahami roh sistem kewangan Islam dalam mencipta model dan alat atau instrumen kewangan Islam. Institusi kewangan Islam secara umumnya termasuk di Malaysia telah mengambil tenaga kerja pakar dari sistem kewangan konvensional yang kerapkali merasa selesa dengan mengambil produk dan perkhidmatan konvensional dan melabelnya dengan label Islam tanpa memahami secara jelas matlamat dan tujuan sistem kewangan Islam meskipun ia telah dirujuk kepada badan penasihat syari`ah dalam institusi masing-masing namun pelaksanaannya terletak di tangan anggota yang sebahagian besarnya tidak memahami ajaran Islam dan sistem kewangan Islam (Fuad, S. dan Maisalmah, 2009; Fuad, S. dan Normilia, 2010). Akibat daripada tindakan ini telah menyebabkan ketidakselesaan yang dapat dilihat dengan jelas sekarang ini. Kita boleh melihat produk dan perkhidmatan yang cukup banyak yang secara zahirnya dilihat sebagai mematuhi syari`ah Islam dari segi bentuknya namun bersifat konvensional dalam banyak segi jika dikaji secara teratur dan terperinci. Ini kerana mereka yang terlibat hanya melihat tiga perkara yang perlu ditiadakan iaitu riba, maisir dan gharar tanpa melihat kepada keseluruhan ciri-ciri sistem kewangan Islam. Lalu muncullah apa yang disebut sebagai mematuhi syari`ah (shari`ah compliance) bukan asas syari`ah (shari`ah based). Oleh kerana itulah kini terdapat beberapa instrumen yang tidak diterima oleh ahli fiqh pengamal sistem kewangan Islam di Timur Tengah meskipun ia dikatakan berpunca daripada perbezaan pendapat. Satu lagi punca utama yang menyebabkan pertumbuhan yang perlahan ialah kekurangan sumber manusia yang cukup terlatih serta memahami roh sistem kewangan Islam dalam mencipta model dan alat atau instrumen kewangan Islam. Institusi kewangan Islam secara umumnya termasuk di Malaysia telah mengambil tenaga kerja pakar dari sistem kewangan konvensional yang kerapkali merasa selesa dengan mengambil produk dan perkhidmatan konvensional dan melabelnya dengan label Islam tanpa memahami secara jelas matlamat dan tujuan sistem kewangan Islam. Akibat daripada tindakan ini telah menyebabkan ketidakselesaan yang dapat dilihat dengan jelas sekarang ini. Kita boleh melihat produk dan perkhidmatan yang cukup banyak yang secara zahirnya dilihat sebagai mematuhi syari`ah dari segi bentuknya namun bersifat konvensional dalam banyak segi jika dikaji secara teratur dan terperinci. Ini kerana mereka yang terlibat hanya melihat tiga perkara yang perlu ditiadakan iaitu riba, maisir dan gharar tanpa melihat kepada keseluruhan ciri-ciri sistem kewangan Islam. Lalu muncullah apa yang disebut sebagai mematuhi syari`ah bukan asas syari`ah. Oleh kerana itulah kini terdapat beberapa instrumen yang tidak diterima oleh ahli fiqh dan pengamal sistem kewangan Islam di Timur Tengah meskipun ia dikatakan berpunca daripada perbezaan pendapat.

World Congress on Islamic Systems 2012 3

Penyelesaian kepada permasalahan di atas mungkin terletak pada kemampuan untuk memberi kesedaran meluas dalam kalangan mereka yang terlibat dalam industri kewangan Islam melalui pendidikan, latihan dan penyelidikan. Pendeposit, pelabur, ahli perbankan, pengamal profesion insurans, penganilisis kewangan, penggubal undang-undang dan pembuat polisi perlu diberitahu maklumat sepenuhnya mengapa sistem kewangan konvensional tidak boleh diterima oleh syari`ah. Apakah elemen-elemen tertentu dan bentuk-bentuk yang tidak boleh diterima, apakah produk dan perkhidmatan alternatif yang memenuhi keperluan dan kehendak serupa dan akhirnya mereka perlu diberitahu adakah alternatif tersebut cekap dan dapat memenuhi jangkaan pengguna. Yang paling penting ialah adakah alternatif yang ada benar-benar berasaskan ajaran Islam atau hanya mematuhi beberapa syarat dalam syari`ah Islam. Sistem Kewangan Islam Sistem kewangan Islam ialah adalah satu sistem yang dilaksanakan berpandukan prinsipprinsip syari`ah Islam dan menurut lunas-lunas muamalah Islam (Abd. Mukmin, 1999). Ini kerana prinsip syari`ah yang berteraskan panduan al-Quran dan Hadith Nabis SAW adalah unik dan istimewa. Menurut Mannan (1986) keunikan undang-undang Islam terletak pada prinsipnya yang menyeluruh dan kesahannya sepanjang zaman. Maududi (1983) pula menjelaskan bahawa matlamat utama Syari`ah (maqasid as-Syari`ah) ialah untuk membina kehidupan manusia berasaskan perbuatan baik (marufat) dan pembersihan keburukan (munkarat). Secara umumnya terdapat tiga asas penting dalam Sistem Kewanga Islam iaitu (i) Terhindar dari riba, maisir dan gharar (ii) Mengikut lunas-lunas kontrak mu`amalah, (iii) Berasaskan penyertaan dalam proses pengeluaran. Selain dari itu terdapat pula peraturanperaturan penting dalam pelaksanaan kontrak muamalah Islam yang perlu dipatuhi agar sesuatu aktiviti atau transaksi perniagaan yang dijalankan benar-benar mematuhi prinsip-prinsip syariah. Ianya termasuk kerelaan kedua belah pihak dalam kontrak muamalah, keuntungan disertai risiko (al-Ghunmu bi al-Ghorm) dan tiada unsur penindasan seperti keuntungan berlebihan yang merugikan pihak lain (Ghabn al-Fahisy). Lush (2009) berpendapat bahawa faedah telah menjadi penyaring kewangan dari perspektif pengamal-pengamal Islam. Bunga diharamkan kerana perhatian Islam terhadap bunga iaitu meminjam dengan kadar faedah menurut cara Barat dianggap mengambil kesempatan terhadap peminjam yang sedang berhadapan dengan kesukaran ekonomi dan kewangan. Selain mematuhi prinsip-prinsip di atas, terdapat beberapa syarat lain yang perlu dpatuhi yang merangkumi (i) Syarat jual beli, (ii) Syarat barangan harta benda yang hendak dijual beli, (iii) Syarat bagi harga barangan, (iv) Syarat sighah/akad jual beli (kontrak) iaitu (ijab dan qabul) kerana perlaksanaan sistem kewanga Islam yang keseluruhannya (kecuali beberapa bentuk qard) adalah diasaskan kepada jual-beli (al-bay). Perbankan Islam di Malaysia Perbincangan dalam kertas ini akan tertumpu kepada beberapa perkara pokok dalam pelaksanaan perbankan Islam di Malaysia. Penulis melontarkan beberapa persoalan untuk dibincang dan dihalusi oleh pembaca untuk menilai sama ada pelaksanaan perbankan Islam di Malaysia benar-benar mematuhi syari`ah Islam. Dalam kertas ini penulis hanya akan menyentuh

World Congress on Islamic Systems 2012 4

tiga perkara sahaja iaitu (i) pematuhan kepada prinsip al-Ghunmu bi al-Ghorm, (ii) prinsip kerelaan dalam kontrak, (iii) penggunaan wa`ad dalam kontrak. Keuntungan disertai risiko (al-Ghunmu bi al-Ghorm) Oleh kerana faedah adalah dilarang sama sekali, penyumbang menjadi pelabur, bukannya pemiutang. Penyumbang modal dan pengusaha akan berkongsi risiko perniagaan sebagai pulangan kepada perkongsian untung. Islam menetapkan bahawa dalam dalam kontrak muamalah pelabur akan membantu pengusaha untuk membangunkan perdagangan atau perniagaan dan putaran ini berterusan tanpa henti. Kedua-dua pihak perlu terlibat aktif dalam proses pengeluaran. Inilah keunikan dalam sistem muamalah Islam. Apabila kedua-dua pihak terlibat dalam proses pengeluaran, maka kedua-duanya akan menanggung risiko secara bersama (Abd. Mukmin, 1999). Prinsip kerelaan dalam kontrak Sesuatu urusniaga yang dilakukan oleh penjual dan pembeli hendaklah dilakukan secara sukarela tanpa adanya paksaan daripada mana-mana pihak tertentu bagi menjalankan akad. Jual beli atau akad yang dipaksa dengan sendiri membatalkan jual beli atau akad tersebut. Ini juga terpakai dalam mana-mana perjanjian yang bersangkutan dengan jual beli. Sebarang kontrak yang dilakukan tanpa kerelaan akan dengan sendirinya menjejaskan kontrak berkenaan. Tanda adanya kerelaan di antara kedua belah pihak tersebut adalah adanya ijab dan qabul. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu secara batil kecuali malalui perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu." (an-Nisa: 29) Penggunaan wa`ad dalam kontrak Perkataan al-wad dari segi bahasa dan istilah fuqaha bermaksud: Pernyataan oleh seseorang tentang sesuatu tindakan yang akan dilakukan pada masa hadapan yang ada kaitan dengan individu lain, tidak kira sama ada tindakan itu baik atau sebaliknya. Berdasarkan kepada undang-undang Islam Wa`ad bermaksud janji yang memberi makna pernyataan sukarela seseorang atau kumpulan orang atas sesuatu perkara. Dalam transaksi perniagaan, janji mempunyai dua makna. Ini kerana untuk kontrak sebelah pihak (unilateral), tawaran oleh penawar dikenali sebagai janji, sementara dalam perjanjian dua belah pihak (bilateral) penerimaan oleh penerima tawaran juga dikenali sebagai janji. Pelaksanaan janji boleh dilihat dalam banyak konsep transaksi Islamik. Contohnya dalam jual beli, murabahah, syirkah mutanaqisah, ijarah, takaful dan lain-lain (Siti Salwani, 2008). Secara umumnya wa`ad dilaksanakan dalam tiga akad pendasar buyu (murabahah, inah atau tawaruk), ijarah (al-ijarah thumma al-bay) dan syirkah atau musyarakah. Perbincangan yang agak terperinci telah dilakukan oleh al-Qaradawi dalam buku beliau Bay al Murabahah li al-Amir bi al-Syira (Azizi, 2008). Wa`ad juga telah distruktur bagi melindungi kepentingan pembiaya iaitu institusi perbankan Islam. Wa`ad menghendaki pelanggan berjanji untuk membeli aset sewaan dalam keadaan yang menyalahi terma-terma perjanjian (event of default) dan kerosakan menyeluruh (total loss). Semuanya ini sebagai penyelesaian kepada call option dan put option yang digunakan dalam terma-terma pembiayaan konvensional (Ahmad Suhaimi, 2008).

World Congress on Islamic Systems 2012 5

Salah satu produk yang berkaitan dengan musyarakah mutanaqisah adalah kemudahan perkongsian di antara bank dengan pelanggan dalam pembiayaan pembelian rumah . Perkongsian dibentuk di antara bank dengan pelanggan tersebut, di mana kedua-dua pihak akan menyumbangkan sejumlah modal tertentu untuk membeli rumah yang diperlukan oleh pelanggan. Dalam kontrak musyarakah mutanaqisah ini, pelanggan berjanji untuk membeli semula keseluruhan saham bank dalam perkongsian tersebut berdasarkan formula tertentu dengan harga yang biasanya merupakan nilai keseluruhan sumbangan awal bank. Waktu pembelian kontrak biasanya ditentukan di peringkat awal. Janji ini merupakan waad. Selain itu, pelanggan juga memeterai perjanjian (akad) ijarah untuk bahagian yang dimiliki oleh bank dalam sesuatu tempoh. Penawaran Produk dan Perkhidmatan Perbankan Beberapa penemuan daripada kajian yang dijalankan dibeberapa buah institusi perbangkan di Malaysia menunjukkan terdapat keraguan dalam pelaksanaan penawaran kontrak kerana berlaku percanggahan di antara prinsip sesuatu produk dengan cara penawaran atau pelaksanaan produk tersebut. APabila berlaku pelanggaran prinsip maka dengan sendirinya akan membatalkan kontrak. Penemuan pertama ialah pembiayaan 100% bagi pelanggan yang ingin memiliki rumah sendiri melalui pembiayaan musyarakah mutanaqisah (Fuad & Normilia, 2010). Sekiranya pembiayaan dilakukan 100%, apakah sumbangan pelanggan untuk membolehkan pelanggan menjadi rakan kongsi perniagaan? Dalam kontrak musyarakah yang merupakan kontrak perkongsian setiap rakan kongsi perlu menyumbang modal. Satu lagi penemuan ialah pulangan tunai untuk pembiayaan pemilikan rumah melalui musyarakah mutanaqisah Apabila dicampurkan jumlah pembiayaan dengan pulangan tunai, jumlahnya melebihi 100%. Apakah sumbangan pelanggan untuk membolehkan mereka menjadi rakan kongsi dalam pemilikan rumah melalui pembiayaan seperti ini jika keseluruhan kos pembelian ditanggung oleh pihak bank? Wa`ad yang diguna pakai oleh sebahagian besar bank lebih kepada untuk melepaskan bank daripada menanggung risiko (Ahmad Suhaimi, 2008). Contohnya salah sebuah bank yang menawarkan produk musyarakah mutanaqisah mensyaratkan pelanggan menandatangani wa`ad sebagai syarat untuk bank mengeluarkan pembayaran kepada pelanggan. Ini menunjukkan pelanggan menandatangani wa`ad dalam keadaan terpaksa atau under dures. Ini melanggar prinsip kerelaan dalam kontrak perniagaan dan dengan sendirinya menjadikan kontrak tersebut tidak sah. Selain dari itu, wa`ad akan dilaksanakan sekiranya pelanggan gagal membayar sewaan untuk satu tempoh yang ditetapkan. Bermakna pelanggan perlu membeli keseluruhan saham bank dalam kontrak musyarakah tersebut. Setelah itu bank akan mendapatkan kembali kesemua sumbangan modalnya daripada pelanggan melalui penjualan harta berkenaan. Sekiranya nilai jualan tidak dapat menampung jumlah pembiayaan, pelanggan tetap bertanggungjawab melunaskannya. Ini dengan jelas melanggar prinsip keuntungan disertai risiko (al-Ghunmu bi al-Ghorm). Dengan penggunaan wa`ad seperti ini, bank dengan jelas sengaja memindahkan kesemua risiko untuk ditanggung oleh pelanggan dan tidak dikongsi bersama. Tindakan ini juga melanggar prinsip tiada unsur penindasan seperti keuntungan berlebihan yang merugikan pihak lain (Ghabn al-Fahsyi). Pelanggan tetap menanggung kerugian sedangkan bank bebas daripada risiko dan tetap mendapat keuntungan.

World Congress on Islamic Systems 2012 6

Kesimpulan Dari penjelasan di atas, boleh disimpulkan bahawa penggunaan waad sebenarnya adalah untuk melindungi kepentingan pihak bank; walaupun dalam sesetengah keadaan ia juga boleh diaplikasikan untuk menjaga kepentingan pihak pelanggan. Isu yang timbul di sini ialah: adakah penggunaan waad akan membawa kepada pelanggaran muqtadha (kehendak) akad dalam sesetengah keadaan? Persoalan kedua ialah adakah penggunaan wa`ad bererti memindahkan risiko kepada pelanggan secara keseluruhannya kerana ia dengan jelas bertentangan dengan prinsip al-Ghunmu bi al-Ghorm. Persoalan ini perlu ditangani dengan teliti kerana dibimbangi ia boleh menyebabkan terbatalnya akad yang mendasari sesuatu kontrak. Sekiranya akad terbatal dan bank masih meneruskan amalan berkenaan dikhuatiri ia menjerumuskan bank kepada aktiviti tidak patuh syari`ah lalu perkhidmatan dan produk bankbank Islam tidak lagi mengikut lunas-lunas Islam. Atau dalam lain perkataan perbankan Islam tidak Islamik. Lantas ia tidak akan dapat mencapai tujuan Syari`ah (Maqasid as-Shari`ah) yang digariskan. Adalah diharapkan perbincangan ringkas ini dapat diperhalusi oleh mereka yang lebih arif dalam persoalan hukum bermuamalah. Jawatankuasa Penasihat Syari`ah bank-bank Islam mungkin tidak menyedari kepincangan dalam pelaksanaan kerana mereka tidak berada dalam kelompok pelaksana. Namun Jabatan Kawalan Syari`e bank-bank Islam perlu memainkan peranan lebih aktif dan pro-aktif untuk memantau dan meneliti pengurusan kontrak-kontrak perbankan agar ia benar-benar menepati syari`ah. Ini akan dapat membuka jalan untuk perbankan Islam menuju satu paras baru iaitu Perbankan Berasaskan Syari`ah dan tidak lagi Perbankan Patuh Syari`ah.

World Congress on Islamic Systems 2012 7

Rujukan 1. 2. Abd. Mukmin Abd. Ghani (1999)."Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia", Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Abdus Samad & Hassan, M. Kabir (2000). The performance of Malaysian Islamic Bank during 1984-1997: An exploratory study. International Journal of Islamic Financial Services Vol. 1 No.3 Ahmad Suhaimi, Y. (2008). Penggunaan Wa`d dalam Kontrak Buyu`, Ijarah dan Syirkah : Implikasi Hukum. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2008, 27-28 Februari 2008. Azizi Che Seman (2008). Aplikasi wad dalam produk perbankan. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2008, 27-28 Februari 2008. Fuad, S. and Maisalmah, A. (2009). Marketability of Islamic Banking and Finance Towards Muslims in Kuala Lumpur. Fuad, S. and Normilia, A. (2010). Customer Preferences Towards Islamic Home Financing in Klang Valley. Lush, E. (2009). Islamic finance stakes its claim: banking governed by Koranic principles is a rare growth market in a shaken financial world, but is it really more stable than its Anglo-Saxon equivalent? The Spectator, October 17, 2009. Muhammad Abdul Mannan,"Ekonomi Islam: Teori dan Praktis", Percetakan Zafar Sdn Bhd, 1993 (110 150) Siti Salwani, R. (2008). The Concept Of Waad in Islamic Financial Contract. Islamic Banking, Accounting and Finance Conference (iBAF 2008), The Legend Hotel, Kuala Lumpur.

3.

4. 5. 6. 7.

8. 9.