FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER / 2012 HBAE 1103

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN TUTOR

: : : : : : :

LATIFAH BINTI ZAKARIA 810211125204-001 810211-12-5204 0165868854 latifahza@gmail.com OUM KENINGAU,SABAH EN.THADIUS GUGAU

HBAE1103

0

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1.2 Mengembangkan Empat Aspek Domain 1.2.1 Aspek Kogitif 1.2.2 Aspek Psikomotor 1.2.3 Aspek Afektif 1.2.4 Aspek Kreativiti dan Sosial 2.1 Empat Organisasi 2.1.1 Pemerhatian secara aktif 2.1.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

2 3 4 6 7 8 10 10 11 12 13 13 18 19

2.1.3 Apresiasi seni visual secara mudah 2.1.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

3.1 Maklumat Sokongan 4.1 Kesimpulan Rujukan

HBAE1103

1

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang. Oleh itu. Menurut Zulkifli Yaakob dan Mohd. Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. iaitu kognitif. psikomotor. Jamel Ismail (2007). inovatif dan inventif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya. seni sastera. HBAE1103 2 . maka penguasaan isi kandungan dalam kalangan murid dalam mata pelajaran tersebut adalah penting. Berdasarkan matlamat Pendidikan Seni Visual ini. Mata pelajaran ini bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. harmonis dan bermoral tinggi seperti yang dihasrakan dalamt Falsafah Pendidikan Kebangsaan.1. kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah penting agar matlamat dan objektif yang terkandung dalam mata pelajaran tersebut dapat dicapai. Salah satu daripadanya ialah melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik. kritis. kreatif. seni tari dan seni mempertahankan diri. kreatif dan produktif. Pendidikan Seni Visual penting dipelajari oleh murid supaya keempat-empat domain.1 Pengenalan Merujuk Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (2000). kritis. Berdasarkan definisi Pendidikan Seni Visual yang dinyatakan dalam sukatan seni visual. afektif dan kreativiti dan sosial dapat diperkembangkan sesuai dengan kurikulum Pendidikan Seni Visual dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentas kurikulum dalam subjek-subjek yang lain. Impian dan hasrat yang termaktub ini hanya dapat direalisasikan berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi.

kritis. bertolak ansur dan banyak lagi. keluarga. kreatif dan produktif? Apakah yang perlu dilakukan untuk mengembangkan kognitif. keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri. Kandungan yang terdapat dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan. masyarakat dan negara. Ia memerlukan suatu kurikulum dan perancangan berobjektif.) HBAE1103 3 . Penyelidik-penyelidik mengatakan bahawa pendedahan awal seni terhadap kehidupan kanak-kanak memberi perbezaan yang ketara. menghargai keindahan alam persekitaran. kritis. psikomotor. Berdasarkan matlamat yang terkandung dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual.Mazlan Bin Mohamad (1996). afektif. selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. menyatakan bahawa berasaskan kepada seni tampak sebagai tendensi minat psikologi kanak-kanak ianya haruslah dipertingkatkan ke suatu tahap yang lebih tinggi dan terancang. mengembangkan imaginasi. Murid-murid sekolah dibimbing mengenali potensi diri mengenai seni yang telah sedia wujud dalam diri mereka. 1. Pendidikan Seni juga membantu kanak-kanak meningkatkan pencapaian akademik dan perkembangan sosial. matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis. bahasa. kreativiti dan sosial kanak-kanak? Persoalan-persoalan ini akan terjawab menerusi hurian-huraian selanjutnya. pendengaran.2 Mengembangkan Empat Aspek Domain Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Besepadu Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (2003). Jun 2005. cara bersosial. Penyelidikan menunjukkan penglibatan seni dari peringkat kanak-kanak mendorong kanak-kanak berfikir secara kreatif. “93% warga Amerika percaya bahawa Pendidikan Seni sangat penting untuk memberi pengalaman dalam pendidikan. timbul pelbagai persoalan. bagaimana Pendidikan Seni Visual melahirkan insan yang harmonis. kesedaran tentang masa dan tempat. cara penyelesaian masalah.” (Hanis Poll. kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

fakta.2. Bagaimana ia dapat diperkembangkan? Apakah peranan penting kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru di dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual? Dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual terkandung empat bidang yang perlu dipelajari oleh murid-murid. istilah kognitif merujuk kepada proses dalaman minda seperti penyelesaian masalah. Membuat Corak dan Rekaan 3. Aktiviti yang terkandung dalam Pendidikan Seni Visual berupaya meningkatkan perkembangan kognitif murid. Dalam taksonomi Benjamin Bloom. teori dan konsep. Abdul Shukor Hashim dan rakan-rakan (2007). psikomotor. Membentuk dan Membuat binaan 4. HBAE1103 4 . afektif.1 Aspek Kogitif Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang penting dipelajari oleh muridmurid di sekolah. domain kognitif merujuk kepada domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan seperti prinsip. kreativiti dan sosial dalam kalangan murid. ingatan dan juga pembelajaran bahasa. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang dalam Pendidikan Seni Visual ini dapat membantu mengembangkan empat aspek domain iaitu kognitif. Bidang-bidang tersebut adalah seperti berikut: 1. 1. emosi dan psikomotor. Menggambar 2. afektif.Pendapat Hanis Poll ini memberi gambaran kepada kita bahawa Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting di dalam pembentukan diri individu dari segi perkembangan kognitif. Hasil Pembelajaran yang terkandung pelbagai aras atau kemahiran dan aktiviti mengikut bidang mampu melahirkan insan yang seimbang seperti yang terdapat dalam matlamat Pendidikan Seni Visual dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

murid-muird dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau HBAE1103 5 . Bahan rangsangan yang disediakan akan dapat memotivasikan murid untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif. Dalam usaha meningkatkan kognitif setiap murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Rangsangan yang disediakan perlu disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada murid dan tajuk mengikut bidang dalam Pendidikan Seni Visual. Bidang-bidang yang diwujudkan dalam Pendidikan Seni Visual membantu perkembangan aspek kognitif murid-murid. Aktiviti Pendidikan Seni Visual yang tersusun dan terancang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Viusal dan Huraian Sukatan Pelajaran Bersepadau Pendidikan Seni Visual dapat melahirkan murid-muird yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. iaitu pengetahuan sedia ada murid. olahan bahan. adalah menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual untuk memupuk daya berfikir dan imaginasi mereka semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. guru-guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting untuk mengembangkan kognitif murid-murid menerusi Pendidikan Seni Visual. dan jenis aktiviti menggambar. teknik. beberapa perkara perlu diberi perhatian.Berdasarkan istilah kognitif yang dinyatakan. Kegiatan menggambar merupakan salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Dalam aktiviti seni visual. murid boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi. Setiap bidang terkandung pelbagai aras untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat. Semasa menggambar. Setiap aras dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual membantu menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera mereka. Hasil Pembelajaran mengikut aras dan aktiviti adalah berbeza mengikut tahun. Hal ini penting supaya guru dapat membuat Rancangan Pengajaran Harian dengan lebih berkesan dan sesuai dengan tahap kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid. Murid-murid juga akan dapat memahami setiap konsep dan fungsi aktiviti yang dipelajari. Perasaan ingin tahu dan daya imaginasi yang tinggi dalam kalangan murid perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kebolehan berfikir mereka.

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual memberikan latihan atau kemahiran berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan dan mata.2. murid-murid HBAE1103 6 . iaitu dapat membina idea baru dari benda konkrit.2 Aspek Psikomotor Perkembangan dalam aspek psikomotor melibatkan kemahiran intelektual dan fizikal untuk pembelajaran. Dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan. Dalam bidang membuat rekaan dan corak pula. Kognitif murid-murid juga dapat dikembangkan melalui kegiatan membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Kegiatan dalam bidang ini juga membantu memupuk bakat murid menghasilkan rekaan corak tidak terancang. muridmurid berpeluang untuk menggunakan pelbagai alat dan bahan mengikut kegiatan yang terkandung dalam kurikulum seni visual. murid dapat menambah ilmu pengetahuan tentang asas-asas seni yang perlu diaplikasikan dalam membentuk dan membuat binaan.benda yang hendak digambarkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. murid-murid dapat meneroka beberapa teknik dan bahan serta alatan yang diperlukan semasa kegiatan ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran seni visual. bidang membuat rekaan dan corak membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam persekitaran dan kehidupan seharian. murid-murid berpeluang memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi rekaan lain atau dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan. Ringkasnya. Misalnya dalam kegiatan menggambar. corak terancang dan juga corak tradisional dengan pelbagai teknik yang disampaikan oleh guru seni visual. Selain itu. Ini secara tidak langsung membantunya memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain. Mengenal kraf tradisional pula murid-murid bukan sahaja dapat memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan kraf tetapi mereka juga berpeluang untuk meneroka pelbagai alat dan teknik. setiap kegiatan dalam Pendidikan Seni Visual dapat memupuk perkembangan kognitif murid seterusnya melahirkan insan yang seimbang dan harmonis jika proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dilaksanakan dengan betul dan berkesan. Selain itu. 1. kraf dan sebagainya.

gam. Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. krayon. Guru Pendidikan Seni Visual perlu prihatin agar perkembangan aspek ini seiring dengan perkembangan kognitif dan juga psikomotor murid-murid. guru membetulkan cara memegang berus warna. sikap. Sebagai contoh. Penggunaan alat dan bahan-bahan ini meningkatkan perkembangan psikomotor murid. kepercayaan atau nilai. Penggunaan media pengajaran dalam Pendidikan Seni Visual dapat memotivasikan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Hal sedemikian adalah penting untuk mengelakkan murid daripada berasa rendah diri. Kebijaksanaan guru Pendidikan Seni Visual mewujudkan aktiviti seni visual yang sistematik dan menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni visual dapat mengelakkan murid daripada perasaan bosan dan seterusnya menimbulkan masalah disiplin. Sebagai contoh. matlamat. pastel.berpeluang menggunakan pensel. emosi. objektif seni visual dan HBAE1103 7 . Kegiatan dalam Pendidikan Seni Visual seperti menggambar. pensel warna. Guru seni visual juga perlu memberi bimbingan yang wajar kepada murid yang memerlukan dengan membetulkan kesilapan dalam proses pembelajaran. gunting. kreatif dan menyeronokkan mereka. Suasana yang sedemikian menyebabkannya tidak berminat untuk belajar seni visual. Penggunaan alatan dan bahan dalam Pendidikan Seni Visual menggalakkan murid melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif. Mereka dapat memahirkan diri mereka dengan alatan dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran seni visual. membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional berupaya mengimbangi emosi murid. Bilik seni visual yang tidak kondusif menyebabkan murid berasa tidak selesa.3 Aspek Afektif Aspek afektif berkaitan dengan perasaan. 1. kertas warna. Maka perkembangan afektif murid terbantut. murid-murid akan menggunakan jari mereka untuk melukis gambar dan mewarna gambar tersebut. minat. Murid akan mahir menggunakan setiap alat atau bahan yang dinyatakan tersebut. lilin. kritis. pen. membuat rekaan dan corak. bahan-bahan kutipan dan berus. cara mewarna menggunakan warna air dan sebagainya yang difikirkan perlu dibetulkan.2. cat air.

dan disiplin diri dapat dipupuk dalam diri mereka. kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta. mereka belajar menghormati pendapat atau pandangan orang lain terhadap hasil kerja mereka. 1.hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak mungkin tercapai. berdikari. menghargai keindahan alam persekitaran dan mengisi masa lapang dengan melukis atau melakukan aktiviti seni visual dalam kehidupan seharian. murid-murid diberi tugasan dalam kumpulan. Mereka belajar menerima pandangan orang lain terhadap karya mereka dengan fikiran terbuka. murid-murid berpeluang untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial mereka. Sebagai contoh. Aktiviti ini dapat diterapkan dengan tunjuk ajar guru seni visual. Dalam aktiviti ini. Secara ringkasnya. Dalam Pendidikan Seni Visual. Oleh itu. membolehkan mereka menghargai karya mereka dan orang lain. Hasil pembelajaran dalam seni visual. Selain itu. menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. setiap guru seni visual memainkan peranan untuk menyediakan bilik Pendidikan Seni Visual yang membolehkan murid bergerak bebas dan melakukan aktiviti seni visual dengan lebih berkesan. Aspek sosial pula merujuk kepada keupayaan murid berinteraksi dengan orang lain. Abdul Shukor Hashim dan rakan-rakan (2007) menjelaskan bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir. iaitu membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. menyatakan Kamus Dewan (2002). dan kemahiran berfikir. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid semasa melakukan aktiviti seni visual supaya nilai-nilai seperti bekerjasama. Oleh itu.2.4 Aspek Kreativiti dan Sosial Abdul Shukor Hashim dan rakan-rakan (2007). iaitu membuat mobail bertemakan alam HBAE1103 8 . mentakrifkan kreativiti sebagai satu (kebolehan) mencipta daya kreatif. Akiviti yang dirancang oleh guru seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual membolehkan murid-murid saling hormat-menghormati dan memupuk semangat bekerjasama serta bertoleransi. bertanggungjawab. kegiatan seni visual juga membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan. yakin diri.

menyatakan bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Paul Torrence. tahap kebolehan. Lowenfeld (1975). alat dan bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual. June King Mcfee. berpendapat bahawa salah satu daripada tanggungjawab guru seni visual adalah memupuk kreativiti dalam kalangan murid-murid. Projek yang diperkenalkan kepada murid untuk mencungkil kreativiti murid perlu selaras dengan kesediaan. imaginasi. Nasir Iberahim dan Iberahim Hassan (2003). iaitu melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. emosi dan jasmani. Perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual perlu sesuai dengan objektif. Ilmu pengetahuan guru seni visual berkaitan dengan kreativiti penting supaya mendapat ilham untuk meningkatkan kreativiti dan juga sosial murid. kemampuan. Hal ini sedemikian kerana sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan perasaan ingin tahu yang kuat. Pendekatan. kegiatan. pengalaman dan pemerhatian mereka. menggunting bentuk yang dilakar. Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah bersesuaian dan terdekat dengan murid dari segi pengalaman. rohani. Setiap ahli dalam kumpulan memainkan peranan masing-masing dengan tugasan yang diberi seperti melakar bentuk fauna. Berdasarkan pernyataan Md. mengikat bentuk fauna yang telah digunting untuk menjadikannya suatu mobail yang lengkap dengan bimbingan guru seni visual. Kegiatan yang menarik dan meningkatkan motivasi serta mencetuskan idea melalui aktiviti penerokaan dapat menggalakkan murid berinteraksi dengan rakan dan seterusnya meningkatkan kreativiti HBAE1103 9 . matlamat. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kreativiti dan sosial murid sesuai dengan objektif dan matlamat yang terkandung dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. penumpuan. Md. Carl Rogers Victor Lowenfeld. Fisher dan Laura Chapman untuk menambah pengetahuan.fauna. guru seni visual perlu merancang aktiviti seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan merujuk beberapa pandangan tokoh-tokoh seni visual mengenai kreativiti seperti E. Nasir Iberahim dan Iberahim Hassan tersebut. strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni visual dapat membantu mengembangkan kreativiti dan sosial murid. aktiviti dan alatan dan bahan yang terkandung dalam kurikulum seni visual.

membentuk dan membuat binaan dan mengenal karf tradisional yang dirancang perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada HBAE1103 10 . Pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk merancang aktiviti seni visual. penghasilan (pembuatan). berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid dan memperkembangkan deria penglihatan dan juga pancaindera lain. Guru-guru Pendidikan Seni Visual perlu peka dengan aspek ini kerana terdapat beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam perkara tersebut. Dalam aspek ini juga. membuat rekaan dan corak. Imaginasi dan asas-asas seni juga turut dapat dikembangkan melalui aspek pemerhtian secara aktif.1. penerokaan. Kegiatan dan aktiviti dalam bidang menggambar. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.murid dalam penghasilan karya. 2.1 Empat Organisasi Berdasarkan persoalan dalam tugasan. Laura Chapman menggunakan empat aspek dalam pelajaran seni. iaitu pemerhatian secara aktif. guru Pendidikan Seni Visual perlu mengetahui ciri-ciri atau sifatsifat serta tahap kreativiti setiap muridnya. iaitu pemerhatian.1 Pemerhatian secara aktif Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual (2003). 2. Empat aspek utama ini mempunyai persamaan dengan empat aspek utama yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (2003). dan apresiasi. pemerhatian secara aktif ini merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan. Aktiviti yang dirancang sesuai dengan tahap kreativiti murid menjadikan aktiviti tersebut lebih tersusun dan menjamin proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berjalan dengan baik dan memberi impak yang positif kepada murid. pemerhatian secara aktif ini melibatkan sensitiviti deria. Aktiviti seni visual menggalakkan murid melakukan eksplorasi dan eksperimentasi supaya mereka memperoleh pengalaman luas semasa menghasilkan karya seni visual. apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Berdasarkan pernyataan ini. Pengetahuan dan pengalaman murid dalam melakukan aktiviti seni visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

2. membentuk dan membina model rumah dan membuat kraf HBAE1103 11 . mewarna. Ini penting supaya kegiatan yang sesuai dengan pengetahuan murid dapat menghasilkan karya seni melalui benda yang konkrit yang terdapat dalam alam persekitaran kehidupan seharian murid.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian ialah interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. minat. warna. Jika murid kurang berminat dengan tajuk. kecenderongan dan latar belakang murid juga perlu diberi perhatian. rupa.murid. Membuat rekaan dan corak bermotifkan bentuk rumah.1. pengetahuan guru tentang perkara tersebut dapat membantunya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan minat. Dalam aktiviti ini. membuat rekaan dan corak. membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional dapat mencetuskan idea dan imaginasi murid. bentuk dan ruang dapat dipertingkatkan melalui kegiatan yang terdapat dalam seni visual. murid-murid membuat penerokaan alatan dan bahan yang diperlukan dalam kegiatan membuat gambar rumah dengan teknik kolaj. Kegiatan menggambar. Murid-murid juga digalakkan untuk membuat pemerhatian secara aktif semasa guru membuat tunjuk cara menggunakan alatan dan bahan atau menunjukkan suatu teknik dalam setiap kegiatan seni visual. guru-guru menggalakkan murid-murid membuat penerokaan melalui aktiviti seperti menggambar rumah dengan menggunakan teknik kolaj. dan sebagainya. Penggunaan alat dan bahan dapat meningkatkan kemahiran murid memilih dan menggunakan alatan dan bahan yang disediakan oleh guru yang disesuaikan dengan aktiviti seni visual seperti melukis. jalinan. Kegiatan dan aktiviti seni visual yang dirancang juga hendaklah berdasarkan kepada minat. kegiatan dan aktiviti yang telah dirancang oleh guru seni visul sudah tentu murid yang berkenaan tidak akan mendapat menguasai kemahiran atau aras yang disampaikan oleh guru. kecenderongan dan latar belakang setiap muridnya supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Selain itu. Oleh itu. Pemahaman asas-asas seni seperti garisan. kecenderongan dan latar belakang murid di bandar tidak sama dengan murid di luar bandar. kencenderongan dan latar belakang murid. Pada peringkat ini. menggunting. Minat.

nyanyian. Semasa menyediakan aktiviti ini.3 Apresiasi seni visual secara mudah Pada peringkat ini. lukisan tentang pemandangan di tepi sawah. Misalnya. warna. Kaitan kegiatan seni visual dengan aktiviti membantu murid mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang. karangan. jalinan. membuat rekaan dan corak. membuat topeng. Proses pembelajaran dalam peringkat ini memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung tentang konsep kegiatan seni visual dengan objek yang dilihat dalam persekitaran. cerita. Kepelbagaian kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan yang berbeza dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual murid. dan puisi. HBAE1103 12 .tradisional atap rumah melalui teknik anyaman. bentuk. dan hasil kerja anyaman dalam mengenal kraf tradisional. lakonan. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. rupa. ton dan rupabentuk). membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional membolehkan murid mengetahui langkah-langkah penghasilan karya mengikut kegiatan seni visual. guru-guru seni visual perlu menyediakan aktiviti ini di akhir setiap pelajaran supaya murid terbudaya membuat apresasi yang mudah. Bahasa yang digunakan semasa membuat apresasi perlu berkaitan dengan kandungan dan hal benda yang dihasilkan. 2. Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.1. beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh guru seni seperti aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni (garisan. Kegiatan dalam menggambar. rekaan dan corak terancang dan tidak terancang. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

2. Pengetahuan dan pengalaman baru yang ditimba melalui pembelajaran seni visual dapat diterapkan dengan kegiatan lain dalam Pendidikan Seni Visual dan dalam kehidupan sebenar murid. Kegiatan-kegiatan seni visual dapat memupuk nilai menghargai alam sekitar dan menghargai sumbangan tokoh-tokoh seni visual mengikut bidang menggambar.1. ubi kayu dan sebagainya. kegiatan membuat rekaan dan corak pula murid dapat mengolah bahan alam dan kutipan yang boleh dijadikan motif dalam penghasilan corak sama ada corak terancang ataupun corak tidak terancang secara kreatif seperti menggunakan batang pisang.’ menjelaskan bahawa tidak banyak para pendidik seni di Malaysia memikirkan perkembangan lukisan kanak-kanak berbanding di negara-negara barat.1 Maklumat Sokongan Abdul Shukor Hashim (1999) dalam kajian bertajuk ‘Kajian Klinikal Lukisan Kanakkanak Mengikut Perkembangan. Hebert Read. Brent & Majorie Wilson. mencantum. murid-murid boleh menghasilkan kraf tradisional bermotifkan flora atau fauna secara kreatif. membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. menampal. Kegiatan menggambar menggalakkan murid menghasilkan motif berdasarkan sumber yang boleh didapati di persekitaran. menghias dan menyusun. Dalam mengenal kraf tradisonal. 3. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Rhodda Kellog. membuat rekaan dan corak. Pembelajaran seni visual melalui aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual membantu guru menanamkan semangat patrotisme dan nilai murni seperti kebersihan dan kepekaan. Penerapan nilai murni dan semangat patriotisme dalam kalangan murid membantu mereka membuat keputusan dengan baik dalam apa juga keadaan ataupun situasi yang akan dihadapi kelak. June Me Fee. Dalam membentuk dan membuat binaan pula murid dapat menggunakan bahan kutiapan dan objek alam yang sesuai dengan beberapa kemahiran seperti memotong. Victor Lowefeld. beberapa orang tokoh pendidik seni di negara barat telah membuat kajian tentang perkembangan seni kanak-kanak.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Pengalaman yang diperoleh dalam seni visual bukan sahaja memupuk bakat dalam penghasilan karya tetapi turut juga memupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan murid. HBAE1103 13 . Menurut Abdul Shukor Hashim. keladi.

Setiap bentuk objek yang dihasilkan adalah jelas. Tema 100% kesemuanya menggambarkan tema yang berkisar persekitaran manusia seperti alam semulajadi. Apa yang dihasilkan tidak tersusun seolah-olah tidak ada kaitan diantara satu sarna lain. ini adalah kerana lakaran yang dihasilkan adalah pengalarnan rnereka sendiri terhadap perkara-perkara yang rnereka lihat dan narnpak setiap hari. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula melukis gambaran figura dan ditambah dengan objek-objek lain pada permukaan kertas. walaupun dalam keadaan yang tidak teratur. 13% seorang sahaja yang rnernpunyai daya irnaginasi yang kurang. iaitu daya imaginasi. tema. 25% rnernpunyai daya irnaginasi Daya Imaginasi yang sederhana kerana garnbaran yang dihasilkan rnasih lagi tidak rnenepati dan rnasih lagi tidak tentu kedudukannya. Lukisan-lukisan tersebut dianalisis berdasarkan beberapa kriteria. Rupa dan Bentuk 100% pada peringkat ini. rumahku syurgaku dan sebagainya. Hasil analisis ditunjukkan dalam bentuk jadual di bawah. garisan. rupa dan bentuk. dimana mereka telah dapat meniru objek-objek dihadapan mereka. media dan teknik yang digunakan dalam penghasilan karya. Kriteria Hasil Analisis 50% rnernpunyai daya irnaginasi yang tinggi. kanak-kanak sudah mula mengenali bentuk atau objek yang dilakar. HBAE1103 14 . susun atur dan komposisi. hari keluarga. Hasil analisis yang dilakukan oleh Abdul Shukor Hashim.Abdul Shukor Hashim telah menjalankan kajian ke atas 130 buah lukisan kanak-kanak Malaysia (sekitar Lembah Klang dari berbagai peringat umur hingga remaja iaitu berumur 2 hingga 17 tahun dengan kaedah klinikal mengikut tahap perkembangan seperti yang dinyatakan oleh Victor Lowenfeld. Saya hanya mengambil analisis peringkat umur 4 hingga 7 tahun (Tahap Pra Skematik) untuk melihat tahap perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji. warna. enam kategori huraian tentang tahap kematangan kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur yang dperjelaskan berpandukan lapan kriteria yang telah dinyatakan.

Mereka didapati menghasilkan karya yang lebih berani kerana kebebasan menggunakan media. pensil warna dan krayon.Susunatur Dan Komposisi 100% kesemuanya dapat menggambarkan hasil karya dalam keadaan yang teratur. Mereka belum pasti akan sesuatu tetapi gambaran kasar sudah mula menampakkan lakaran seni berdasarkan penggunaan dan kualiti garisan dalam penghasilan karya mereka. tahap perkembangan lukisan kanakkanak bersesuaian dengan organisasi kurikulum dan bidang aktiviti. penggunaan satu media nampaknya mengongkong kebebasan mereka. Contohnya : jika diminta menghasilkan dua buah lukisan yang menggunakan pensil dan krayon. garisan yang dihasilkan adalah pelbagai jenis. Mereka sudah mempunyai keinginan untuk mengolah bentuk-bentuk yang mempunyai kaitan yang dilakarkan dalam suasana yang lengkap.charcoal' dan 'water colour'. Penghasilan idea nampak lebih terkawal kerana sensitiviti atau deria rasanya serta pengawalan gerak geri telah dapat diselaraskan walaupun tidak sepenuhnya. Pemilihan krietria oleh HBAE1103 15 . Mereka masih lagi gemar menggunakan warna yang berbagai-bagai walaupun ada sebahagian daripada mereka yang sudah pandai memadankan warna-warna yang lebih lembut 'harmoni' Media 100% kanak-kanak pada lingkungan umur ini masih lagi menggunakan media yang ringkas seperti pensil. lni adalah kerana kanak-kanak ini sudah mula mengenali objek-objek di sekeliling mereka. Pada peringkat ini mereka agak berani dan meyakinkan. Berdasarkan hasil kajian Abdul Shukor Hasim (1999). tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang mahu mencuba media yang barn seperti . Garisan 100% pada peringkat ini juga. jika mereka berminat pada krayon mereka didapati kurang aktif pada media yang lain. Warna 100% kanak-kanak pada peringkat ini masih lagi menggunakan warnawarna yang kontras. Penggunaan terpulang kepada kreativiti pelajar itu sendiri. Bagi sebahagian besar kanak-kanak pada peringkat ini masih mengalami kesukaran untuk menggayakan dan memegang pensil.

Contoh lukisan seperti berikut. kanak-kanak kurang cenderong untuk melukis imej objek tetapi lebih suka menghasilkan lukisan mengikut skema atau konsep tertentu. Aktiviti yang disediakan dalam kajian ini bersesuaian dengan aktiviti yang terkandung dalam kurikulum seni visual yang digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.learningdesign.com/Portfolio/DrawDev/kiddrawing. HBAE1103 16 . Berikut adalah tahap perkembangan lukisan kanak-kanak menurut Lowenfeld (1975) pada peringkat prasematik. pada peringkat prasematik (4-7 tahun). Menekankan penyusunan objek dalam imej. Saya mengambil tiga peringkat perkembangan sahaja kerana berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. lukisan yang dihasilkan memperlihatkan kanak-kanak telah mula mencuba untuk melukis objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menggunakan garisan. Kementerian Pelajaran Malaysia.html Peringkat selanjutnya ialah peringkat skematik (7-9 tahun). Kanak-kanak sudah tahu mengaplikasikan beberapa asas seni visual seperti satah udara dan tanah. Kajian teori perkembangan lukisan kanak-kanak menurut Lowenfeld juga ada kaitannya dengan oragnisasi kurikulum dan juga bidang aktiviti yang terdapat dalam kurikulum seni visual. apresasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Menurut Lowenfeld (1975). iaitu pemerhatian secara aktif.pengkaji untuk menilai perkembangan lukisan kanak-kanak bersesuaian dengan empat aspek utama dalam organisasi. Sumber: http://www. Contoh lukisan seperti di bawah ini. peringkat skematik dan peringkat realism.

mereka bersikap individualistik dan berusaha menghasilkan karya yang lebih berkualiti.learningdesign. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan kritikal dengan karya sendiri. Mereka sudah tahu membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya.html Pada peringkat lukisan realism (9-12 tahun) kanak-kanak masih mengekalkan konsep dan skema tertentu. Oleh itu. Contoh karya seperti di bawah ini.html Berikut pula adalah beberapa keping gambar yang diambil di salah sebuah sekolah rendah di Keningau yang menunjukkan contoh hasil kerja murid dan gambar semasa proses kerja.com/Portfolio/DrawDev/kiddrawing. Sumber: http://www.Sumber: http://www. Imej lebih realistik dan lebih teliti.learningdesign. Contoh hasil kerja murid HBAE1103 17 .com/Portfolio/DrawDev/kiddrawing.

kritis. Perancangan aktiviti seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru seni visual memperkembangkan empat domain iaitu kognitif.Proses kerja murid menghasilkan kerja seni visual 4. psikomotor. membuat rekaan dan corak. Oleh itu.1 Kesimpulan Sebagai kesimpulan Pendidikan Seni Visual adalah penting untuk dipelajari oleh setiap murid di sekolah sama ada di peringkat rendah ataupun menengah. afektif dan kreativiti dan sosial murid-murid sesuai dangan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. kreatif dan produktif melalui penerapan empat aspek utama dalam organisasi kurikulum dalam setiap kegiatan menggambar. Kurikulum yang terkandung dalam Pendidikan Seni Visual mampu melahirkan murid yang seimbang dan harmonis. guru seni visual bertanggungjawab untuk merealisasikan matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menghasilkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan yang bersesuaian dengan kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual dan teori-teori tentang perkembangan lukisan dan kreativiti kanak-kanak. membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. (3943 patah pekataan) HBAE1103 18 .

com/benarted. Kuala Lumpur Universiti Terbuka Malasyia. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. The Benefit of Art Education dalam http://abrakadoodle.pdf dimuat turun pada 4 November 2012 Abdul Shukor Hashim dan rakan-rakan (2007). Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Kumpulan Budiman Sdn. Rousliluddin bin Ambia dan rakan-rakan (2006). PTS Publication & Distributors. Mazlan Bin Mohamad (1996). Batu Caves.htm dimuat turun pada 4 November 2012.com/Portfolio/DrawDev/kiddrawing. Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Iberahim Nasir & Iberahim Hassan (2003) Pendidikan Seni untuk maktab dan universiti. Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Seni dalam Pendidikan. Universiti Terbuka Malaysia.learningdesign.RUJUKAN Abdul Shukor Hashim (1999).edu. Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail (2007). HBAE1103 19 .uitm. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Universiti Terbuka Malaysia. Drawing Development in Children dalam http://www. Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni Siri Pendidikan Perguruan. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Bhd.html dimuat turun pada 4 November 2012. Kajian Klinikal Lukisan Kanak-kanak Mengikut Tahap Perkembangan dalam http://eprints. Sukatan Pelajaran Bersepadu Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.my/3342/1/LP_ABDULSHUKOR_HASHIM_99_24.

HBAE1103 20 .

HBAE1103 21 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful