You are on page 1of 82

Sya Ryanna

Prolog
Dania hanya mendengar tetapi pandangannya terus dilontar jauh menikmati keindahan tasik yang berada di hadapannya itu. Tenang, setenang jiwanya sekarang. Dania, awak dengar tak apa yang saya cakap ni? tanyanya apabila terasa bagaikan dia bercakap seorang diri. Persis bercakap dengan tunggul. Dengarlah! Cepatlah cakap! kata Dania sambil merenung ke arah lelaki yang berada di sebelahnya. Fokusnya agak terganggu apabila lelaki itu bertanya dengan nada yang agak keras. Saya... saya.... Lelaki itu tunduk, rasa gugup dengan tiba-tiba. Saya... saya.... Nak cakap apa ni? Sejak bila pulak jadi gagap ni? soal Dania dengan perasaan tidak sabar. Sudi tak awak jadi teman sehidup semati saya? Sampai ke akhir hayat saya? tanya lelaki itu.

ANIA, saya sebenarnya nak cakap sesuatu dengan awak, katanya.

Andainya Bukan Untukku

Dania diam. Ligat otaknya berfikir mencari jawapan. Belum masanya. Sukar untuk saya memberi jawapan dan menerima awak buat masa ni. Awak kena faham dengan keadaan saya sekarang, kata Dania dengan lembut. Dia menunduk. Wajahnya kelihatan sugul. Lelaki itu turut tunduk bersama. Saya faham keadaan awak, Nia. Sudah terlalu faham. Tapi peristiwa yang menimpa awak dulu tu dah lama berlalu. Berikan sedikit ruang dalam hati awak untuk menerima saya. Pedulilah apa orang nak kata pada awak, kata lelaki itu dengan hasrat untuk meyakinkan Dania. Saya sanggup terima awak walaupun keadaan awak macam ni. Saya berjanji takkan lakukan perkara yang sama seperti orang yang awak cintai dulu, kata lelaki itu. Jangan terlalu mengharapkan pada janji, awak. Nanti janji itu hanya memakan diri. Janji hanya tinggal janji. Dan janji itulah nanti yang buat awak rasa menyesal seumur hidup sebab awak tak boleh tunaikan apa yang awak katakan sekarang ni, kata Dania lantas bingkas dari bangku itu. Dania... panggil lelaki itu. Saya tak boleh jadi isteri yang baik untuk awak. Saya juga tak mampu menjadi ibu mithali untuk anak-anak awak nanti, balas Dania. Insya-Allah saya akan bimbing awak dengan sebaiknya, Nia. Tolong Nia... berilah saya peluang untuk lakukan semuanya untuk awak. Lagipun, saya tak mahu kehilangan awak. Bertemu dengan awak buat kali pertama pada waktu itu, sudah cukup memberi makna yang besar dalam hidup saya, Nia, kata lelaki itu lagi. Dania diam kaku.

Sya Ryanna

Air mata hangatnya mengalir ke pipi. Terharu. Saya sanggup tunggu awak, Nia. Saya hanya sayangkan awak dan saya tak mahu kehilangan awak. Sampai bila-bila. Kata lelaki itu. Saya juga sayangkan awak. Tapi....

Andainya Bukan Untukku

Bab 1
Apa ke pelik nama kampung ini? Ini mesti kes dah tak ada nama nak letak lagi dah ni, bisik hatinya. Dia terpaksa pergi ke kampung yang bernama pelik itu atas sebab membacakan wasiat salah seorang penduduk kampung tersebut. Begitulah rutinnya sejak dia menjadi peguam di sebuah firma guaman yang terkemuka, lima bulan yang lalu. Dia kemudian menghentikan kenderaannya di sebuah warung yang dihiasi dengan pemandangan sawah yang luas terbentang. Cantik, walaupun dia ke situ bukan pada musim menuai padi. Assalamualaikum, ucapnya. Waalaikumussalam. Anak nak minum ke makan? jawab seorang lelaki yang agak berusia di warung itu dalam loghat utaranya yang agak pekat. Mungkin lelaki itulah pemilik warung tersebut. Tak, saya sebenarnya nak tumpang tanya. Alamat rumah ni dekat mana ya? soalnya sebaik sahaja mengeluarkan

AMPUNG TERANG. Itulah nama kampung yang dijejakinya.

Sya Ryanna

sekeping kertas kecil lalu diberikan kepada pemilik warung itu. Pemilik warung itu meneliti alamat yang tertera pada kertas kecil itu. Nyata penglihatannya masih lagi jelas meskipun sudah agak berumur. Oh, anak cari alamat rumah ni, ya? Jalan nak ke sana susah sikit. Apatah lagi kalau naik kereta. Motor sahaja yang boleh masuk ke laluan nak ke rumah tu, jawab pemilik warung itu. Maknanya kalau saya ke sana kena berjalan kakilah? balas lelaki itu. Nampak gayanya begitulah. Tapi anak boleh letak kereta sebelum nak masuk ke jalan tu. Kalau dari sini memang dah dekat dengan rumah yang anak cari tu. Kebetulan pulak waktu-waktu macam ni Si Dani mai sini beli makan, apa kata anak tunggu ja dia kat sini. Dia tinggal kat rumah tu. Sat gi sampailah dia, kata pemilik warung itu. Lupa pulak nak tanya. Nama anak ni siapa? soal pemilik warung itu lagi. Oh, ini kad saya, katanya sambil menghulurkan kadnya. Pemilik warung itu meneliti namanya. Faeiz... rule? Raeizmy? Susahnya nama. Itulah perkataan yang disebut oleh pemilik warung itu sebaik sahaja membaca nama pada kad tersebut. Lama dia membaca kad nama itu. Panggil Faeiz je, pak cik. Panggil Pak Tam ja. Pelik nama hang ni na, kata Pak Tam. Takda susahnya, Pak Tam. Ejaannya saja yang membuatkan orang susah nak sebut nama saya. Tapi panggil Faeiz je, balas Faeiz. Sesekali tersasul juga menggunakan dialek yang sama seperti lelaki itu.

Andainya Bukan Untukku

Baguih hang ni, kerja peguam na, kata Pak Tam. Faeiz mengangguk. Baru lima bulan je, pak cik. Macam kontrak, tambah Faeiz. Macam nilah, Faeiz. Sementara tunggu Si Dani datang ni, pesanlah apa-apa dulu. Hang nak minum ka? balas Pak Tam. Bagi saya Milo ais satu, pinta Faeiz. Makan? soal Pak Tam. Tak pelah, saya kenyang lagi. Saya dah makan kat R&R tadi, jawab Faeiz. Pak Tam mengangguk dan terus membuat minuman yang telah dipesan oleh Faeiz. Tidak sampai dua minit, air yang dipesan siap terhidang di atas meja. Semasa menikmati minuman bagi menghilangkan lelahnya setelah seharian memandu dari Kuala Lumpur ke kampung itu selama lebih kurang lima jam, terdengar bunyi bingit motosikal dari jauh memecahkan hening suasana damai kampung itu. Perghhh... tak payah nak korek telinga pun tak apa ni, ngomel Faeiz dalam hati. Hah, bunyi bingit tu motor Si Danilah tu, ngomel Pak Tam sambil memerhatikan motosikal itu dari jauh. Semakin lama semakin dekat dan semakin kuat deruman enjin motosikal. Bingit! Faeiz juga turut sama memandang ke arah motosikal yang sudah semakin dekat dengan warung Pak Tam. Motosikal itu akhirnya berhenti betul-betul di hadapan warung Pak Tam. Pak Tam! jerit orang yang membawa motosikal itu. Helmetnya dibuka sebaik sahaja tiba di warung Pak Tam.

Sya Ryanna

Rambut pendek, berpakaian seperti lelaki, sayang dia seorang perempuan. Tomboi rupanya, bisik hati kecilnya. Fuiyooo... lawanya kereta. Fuh... BMW! Berkilat, silau mata. Kereta sapa ni, Pak Tam? Tak pernah tengok pun. Nombor plat pun bukan dari sini, tanya Dania sambil mencalit jarinya pada kereta kepunyaan Faeiz. Faeiz hanya memandang. Risau dibuatnya sekiranya terjadi apa-apa pada kereta itu. Hesy, tomboi ni! Kalau jadi apa-apa kat kereta aku, siaplah kau. Main calit-calit pulak tu. Memang kurang sopan betullah! Bisik Faeiz sendirian sambil merenung tajam ke arah Dania. Memanglah kereta tu bukan orang sini punya Dani oi... tu ha... budak lelaki tu yang punya. Dia habaq nak mai rumah hang nak tanya pasai wasiat tu. Sat gi hang pi bawak dia. Nah hang punya yang macam biasa tu, kata Pak Tam yang seakan sudah pun tahu apa yang ingin dipesan oleh Dania. Uih, awat cepat sangat Pak Tam buat? Orang baru ingat nak order lain. Asyik makan yang sama ja, balas Dania sambil melihat isi di dalam bekas polistirena yang diberi oleh Pak Tam. Dah tu, hang asyik mintak benda yang sama ja. Malas aku nak tanya hang dah. Hang ni pun satu. Kat rumah hang tu dah takda makanan ka sampai kena pi warung. Kak hang tu bukannya tak pandai masak, bebel Pak Tam. Alah, Pak Tam! Kalut sangat le... Sekali-sekala beli kat luaq tak salah, kan? Pak Tam jugak yang untung... balas Dania sambil ketawa berdekah-dekah. Gayanya tidak ubah seperti siri kartun Shin Chan.

Andainya Bukan Untukku

Lantak hang la, nak makan mana.... Mana duit? Takkan nak pi macam tu ja? soal Pak Tam sambil menghulurkan tangannya kepada Dania. Sabaqlah! Duit tak lari manalah! kata Dania sambil mengeluarkan wangnya dari poket lalu diberikan kepada Pak Tam. Aku taulah duit tu takda kaki. Tapi hang tu yang buatkan duit tu ada kaki. Belum bayaq dah lari. Lama-lama aku yang bankrap, pasai hang tak bayaq! Hang jangan lupa bawak Si Faeiz tu pi rumah hang, arah Pak Tam sebaik sahaja dia menerima wang daripada Dania. Kebetulan Faeiz sudah pun menghabiskan air yang dipesannya tadi. Bukan sayalah yang lari. Yang selalu lari tu ha, Si Achoi sengal tu. Saya budak baik, hari-hari bagi duit kat Pat Tam. Hah, bro, jom le... tunggu apa lagi? Ikut aku dari belakang. Cepat sikit! Lembap betul kau ni, macam perempuan! marah Dania sambil memakai helmet di kepalanya. Suka hati dia je kata aku macam perempuan! Tak tahu ke aku ni jauh-jauh nak datang rumah kau? Habis, kau tu bukan perempuan ke? Marahnya sambil masuk ke dalam BMWnya. Kedengaran bunyi deruman enjin motosikal yang baru sahaja dihidupkan oleh Dania dan Faeiz hanya memerhatinya dari dalam kereta. Belum pun sempat memakai tali pinggang keledar, Dania sudah pun memecut laju motosikalnya meninggalkan Faeiz yang berada di dalam kereta di belakang. Belum sempat apa-apa dia dah pecut? Tak boleh jadi ni! kata Faeiz sendirian. Dia terus menekan minyak dan mengekori Dania seboleh mungkin agar kelibat motosikal

Sya Ryanna

yang dinaiki oleh Dania tidak hilang daripada pandangannya. Sebaik sahaja tiba di jalan yang sudah pun semakin sempit, Dania berhenti dan memerhatikan Faeiz yang mengikutinya dari belakang. Faeiz kemudian keluar dari keretanya dan menguncinya selepas dia mengambil dokumen-dokumen penting yang ingin dibincangkan sebentar lagi. Hah, tunggu apa lagi tu? Cepatlah naik, takkan nak jalan kaki pulak? arah Dania yang sudah lama bersedia. Faeiz hanya menurut. Dia terus duduk di tempat duduk belakang. Jangan pegang kuat sangat, pesan Dania sebaik sahaja mereka melalui jalan yang sedikit rosak. Lima minit kemudian mereka tiba di rumah Dania setelah melalui jalan yang sempit serta berlopak. Faeiz terus turun dari motosikal Dania sebaik sahaja diperintahkan oleh gadis itu. Faeiz kemudian melihat keadaan sekeliling rumah itu. Terasa aman, tenang, tiada hiruk-pikuk. Hanya bunyi unggas bersahut-sahutan antara satu sama lain yang memeriahkan suasana. Woi, apa pasal berdiri je kat situ? Nak jadi tugu bersejarah ke? Boleh kalau kau nak free, jadi tanggang boleh? Nanti aku bawak simen dengan pasir kat sini, sindir Dania yang sudah pun melangkah masuk ke rumahnya itu. Faeiz turut melangkah masuk ke dalam rumah itu dari belakang. Haish... penuh dengan sopan-santun sungguh pompuan ni. Tak padan dengan pompuan! omel hati Faeiz. Assalamualaikum, ucap Faeiz sebaik sahaja masuk ke dalam rumah itu sambil matanya melilau mencari-cari tuan rumahnya.

Andainya Bukan Untukku

Waalaikumussalam. Ye, nak cari siapa? soal wanita yang baru sahaja keluar dari ruang dapur yang terletak di hujung rumah, yang boleh dilihat dari ruang tamu rumah itu. Wajah wanita itu seiras Dania tetapi perwatakannya lebih kepada seorang wanita Melayu, manis. Kain batik elok tersarung rapi, tidak seperti Dania. Saya Faeiz, ini kad saya. Saya dah diamanahkan oleh majikan saya untuk datang ke sini mengenai Encik Ahmad Tajudin, ujar Faeiz sambil memperkenalkan dirinya kepada wanita yang kini sudah pun berada di hadapannya. Ya, Ahmad Tajudin tu ayah saya. Arwah ada apa-apa masalah ke? soal wanita itu setelah dia meneliti kad Faeiz. Tak... tak.... Arwah tak ada apa-apa masalah. Saya datang ni pasal wasiat arwah. Saya ada hal yang nak dibincangkan dengan cik, kata Faeiz. Oh, saya ingatkan pasal saman tadi, balas wanita itu. Haish, dia ni... asal peguam datang mesti ingat saman, sabo jelah! Bisik hati kecilnya. Saya Kamelia, anak kedua arwah. Encik Faeiz duduk dulu, saya pergi buatkan air, pelawa Kamelia. Dia terus masuk ke dapur dan menghidangkan minuman kepada tetamunya. Faeiz duduk dan hanya memerhati sekeliling rumah itu. Tidak seperti rumah kampung yang biasa, tetapi ia seperti rumahnya di Kuala Lumpur. Mungkin keluarga mereka di kalangan keluarga yang agak berada sepertinya. Rumahnya kelihatan seperti baru sahaja dibina, tidak ada satu kotoran pun pada dindingnya. Dan apa yang ketara di sini, pertuturan sama ada Dania mahupun Kamelia juga tidak berloghatkan utara seperti Pak Tam. Mungkin mereka bukan berasal dari

10

Sya Ryanna

tempat ini, mungkin juga kampung ini merupakan kampung arwah ayah mereka, Tajudin. Dia seakan tertarik untuk melihat foto-foto yang berada di atas rak yang disusun kemas, lantas melangkah ke situ. Kelihatan foto-foto keluarga itu. Dalam banyak-banyak foto yang dilihatnya, dia tertarik dengan foto seorang gadis yang baginya sangat ayu di matanya, sedap matanya memandang. Encik Faeiz? panggil Kamelia. Langsung dia tidak sedar sejak bila wanita itu sudah berada di ruang tamu itu. Wanita itu turut menghampiri Faeiz yang berada di rak yang penuh dengan foto itu. Dia turut melihat gambar yang dipegang oleh Faeiz. Ini Dania, yang bawak encik datang ke sini naik motor tadi, kata Kamelia. Faeiz sedikit terkejut. Lain benar wajah keduaduanya. Bagi Faeiz, Dania berperwatakan seperti lelaki dan langsung tidak kelihatan ciri-ciri perempuan Melayu seperti Kamelia. Ni gambar lama, masa arwah masih ada. Jemput minum, Encik Faeiz. Dulu dia memang suka pakai baju-baju macam ni, tapi sejak ayah meninggal, wayar dia terlilit sikit, pelawa Kamelia yang sudah pun menuang air teh ke dalam cawan. Ada apa hajat encik datang ke mari ni? soal Kamelia sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya ke sofa. Saya cuma nak beritahu pada cik tentang pembacaan wasiat arwah Encik Ahmad Tajudin, jawab Faeiz setelah dia menghirup sedikit teh yang disediakan oleh Kamelia. Bila encik nak buat tu? soal Kamelia.

11

Andainya Bukan Untukku

Kalau boleh secepat yang mungkin. Kalau boleh hari ni, saya sanggup tunggu, kata Faeiz. Sejauh ini dia datang, alangkah bagusnya jika urusan ini dapat diselesaikan pada hari ini juga. Oh, kalau hari ni tak bolehlah, Encik Faeiz. Ramai ahli keluarga yang tak ada. Mereka semua duduk berasingan. Yang tinggal di sini hanya saya, abang saya, suami saya dengan Dania saja, ujar Kamelia. Boleh tak cik berikan alamat adik-beradik cik yang lain supaya senang saya hantar surat kepada mereka supaya mereka dapat hadir pada hari yang akan ditetapkan nanti? pinta Faeiz. Boleh, tunggu kejap ya. Saya pergi ambil alamat mereka, kata Kamelia lalu mengambil sebuah buku dan mengambil sekeping kertas serta pen. Dia menulis kesemua alamat adik-adiknya yang lain untuk diberikan kepada Faeiz. Nah, ni alamat mereka, kata Kamelia sambil memberikan sekeping kertas yang telah pun ditulis dengan alamat adik-beradiknya yang lain kepada Faeiz. Terima kasih ya, cik. Saya akan hantar surat kepada ahli keluarga cik yang lain dalam masa terdekat ni, kata Faeiz sambil melihat senarai alamat adik-adik Kamelia lalu disimpan di dalam briefcasenya. Pada masa yang sama, Dania keluar dari bilik lalu mengambil helmet. Mungkin dia ingin keluar lagi. Hah, nak pergi mana tu? Kalau satu hari tak keluar tak boleh ke? Ni tak, tak pernah lekat kat rumah ni. Kau tu perempuan, buatlah cara orang perempuan. Jangan jadi macam lelaki. Apa nak jadi dengan kau ni, Nia? leter Kamelia sebaik sahaja melihat adiknya itu melangkah keluar dan menyarung seliparnya.

12

Sya Ryanna

Dania mencebik dan mengajuk cara percakapan kakaknya itu. Jelas dia tidak suka dileteri begitu. Asal orang cakap bukan didengarnya. Melawan pulak tu! marah Kamelia. Jelas dia kecewa dengan sikap adiknya yang tidak ubah seperti lelaki. Keluar ikut suka hati. Eee... bising tau tak! Bising! Bebel je pagi, petang, tengah hari, malam, subuh... takde nak berhenti pun. Benda yang sama, benda yang sama! Eh, naik muak tau tak! tengking Dania. Faeiz hanya melihat gelagat kedua-dua beradik itu. Habis tu, tak pernah nak berubah. Buat lagi benda yang sama, macam mana akak tak naik angin? Kau tu, berubahlah! Sampai bila nak macam ni? tanya Kamelia. Sampai mati! jerit Dania lalu terus menghidupkan enjin motosikalnya dan berlalu begitu sahaja. Dania! panggil Kamelia dengan sekuat hati sambil keluar dan cuba untuk memanggil adiknya kembali, tetapi hanya sia-sia. Kelihatan raut wajahnya berbaur kesalan dan kekecewaan terhadap sikap adiknya yang langsung tidak mahu berubah. Erm... Cik Kamelia... panggil Faeiz teragakteragak, bimbang melihat emosi Kamelia yang masih belum reda. Kamelia memandangnya. Kalau tak ada apa-apa lagi, lebih baik saya pulang dulu, pinta Faeiz. Kamelia hanya mengangguk, wajahnya masih lagi lesu. Baiklah, Encik Faeiz. Biar saya teman encik sampai ke luar, kata Kamelia. Ketika sedang menyarungkan kasutnya kembali di

13

Andainya Bukan Untukku

hadapan pintu rumah Kamelia, muncul dua orang lelaki yang baru sahaja masuk ke laluan rumah itu. Kamelia pantas mendapatkan salah seorang daripadanya dan mencium tangan lelaki tersebut. Assalamualaikum, ucap salah seorang daripadanya. Waalaikumussalam, balas Kamelia dan Faeiz serentak. Mereka saling berbalas senyuman. Ada apa ni? soal lelaki yang tangannya dicium oleh Kamelia tadi. Oh, ni Encik Faeiz. Dia datang pasal wasiat arwah abah, jawab Kamelia. Mereka berdua hanya mengangguk. Saya Tahir, abang Kamelia. Yang ini pula Sufian, suami Kamelia, kata lelaki yang bernama Tahir itu. Faeiz, Sufian dan Tahir saling bersalaman tanda perkenalan. Dah nak balik ke? soal Sufian. Faeiz mengangguk. Haah, lagipun saya tak boleh nak jalankan pembacaan wasiat arwah Encik Ahmad Tajudin buat masa ni sebab ahli keluarga encik masih lagi tidak cukup untuk saya teruskan pembacaan tu. Jadi terpaksalah saya lakukan pada hari yang lain. Insya-Allah, lepas saya menghantar surat kepada semua ahli keluarga encik barulah saya boleh buat pembacaan tu, ujar Faeiz. Biarlah kami hantar encik sampai ke luar, pinta Sufian. Faeiz mengangguk sambil memberikan senyuman dan ia dibalas oleh mereka bertiga. Mereka kemudian berjalan beriringan sehingga di tempat Faeiz meletakkan keretanya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena pada kereta Faeiz. Tayarnya sudah dipancitkan. Bukan satu, bukan dua, tetapi keempat-empat tayar kereta Faeiz sudah dipancitkan.

14

Sya Ryanna

Macam mana nak balik ni? Tayar ganti pun cuma satu je, keluh Faeiz. Ni tak lain tak bukan kerja adik kaulah ni! marah Tahir sambil memandang adiknya yang berada di sebelah. Adik Lia, adik abang jugak, balas Kamelia sambil membalas pandangan abangnya itu. Mesti awak marahkan dia lagi, kan? soal Sufian. Habis tu, dia pergi macam tu aje. Keluar masuk kat rumah ni ikut suka hati dia aje. Kalau dia tu lelaki, saya boleh terima lagi. Tapi... dia tu perempuan, macam mana saya tak marah dia, bang? balas Kamelia. Dah tahu adik awak tu memang tak suka dimarah, kenapa awak marah jugak? Tengok, sekarang kereta budak ni pulak yang jadi mangsa. Dia takde kena-mengena pun, kata Sufian sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Meskipun lembut, tetapi masih terdapat nada yang tegas. Kamelia tunduk diam. Macam nilah, Encik Faeiz. Malam ni apa kata encik tidur di rumah kami dulu. Kalau nak pergi ke bengkel ke, kedai tayar ke apa, memang tak adalah, semua dah tutup. Lagipun dah lewat petang dah ni. Esok pagi sajalah kita pergi ke sana. Cadang Tahir. Faeiz kelihatan agak keberatan, tetapi memandangkan kampung tersebut mempunyai kemudahan yang sangat terhad, maka terpaksalah dia bersetuju untuk bermalam di rumah keluarga Tahir malam itu.

15

Andainya Bukan Untukku

Bab 2
ALAM itu begitu tenang. Namun suasana yang tenang itu tidak dapat menenangkan hatinya. Maklum sahajalah, terpaksa bermalam di rumah kliennya kerana salah seorang ahli keluarganya buat hal. Dimarahi oleh kakaknya, Faeiz pula yang menjadi habuan untuk melepaskan geram. Keempat-empat tayar keretanya telah dipancitkan. Geram juga Faeiz bila mendengar tuduhan itu, namun dia sepatutnya tidak terpengaruh dengan katakata Tahir petang tadi. Mungkin juga orang lain yang melakukannya, siapa tahu? Dia membuka tingkap supaya angin malam dapat masuk ke dalam bilik tamu rumah keluarga Tahir. Dengan adanya angin tersebut dapatlah dia menenangkan dirinya dan menyambung semula tidurnya yang sudah terganggu dek terlalu memikirkan pelbagai perkara. Tiba-tiba sahaja tekaknya berasa dahaga dan ingin ke dapur untuk mengambil minuman. Baru sahaja dia membuka pintu bilik, terdengar bunyi pintu dibuka dari arah ruang tamu. Dia mula rasa gementar, kerana dia tahu di ruang tamu tiada pintu bilik

16

Sya Ryanna

lain selain pintu masuk ke rumah itu. Barangkali ada seseorang yang cuba menceroboh masuk ke rumah itu. Dia cuba mencari apa sahaja dengan harapan dia dapat memukul penceroboh itu daripada mencuri barang-barang di dalam rumah. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri penceroboh itu. Hanya kelibat hitam yang kelihatan, kurus dan dia menuju ke dapur. Pencuri ini mesti penagih dadah, kurus semacam je, bisik hati kecilnya. Pencuri itu membuka pintu peti sejuk dan mengambil sebotol minuman. Mungkin untuk menambahkan tenaganya untuk mengangkut kesemua barang berharga di dalam rumah ini barangkali. Kesempatan itu tidak Faeiz siasiakan begitu sahaja. Sebaik sahaja dia mendapat batang penyapu yang terletak betul-betul di pintu masuk dapur, senyap-senyap tanpa diketahui oleh pencuri itu, dia pantas menyentap batang penyapu itu pada leher pencuri itu. Pencuri itu menjerit kesakitan kerana dicekik oleh Faeiz dengan menggunakan batang penyapu. Hah, ini rupanya kerja kau ya? Mencuri harta barang orang. Banyak-banyak kerja kerajaan bagi, kerja ni jugak yang kau nak buat! Cepat cakap, mana lagi geng kau atau kau sorang je? Tak takut mati ke ha? marah Faeiz. Pencuri itu hampir tiada daya untuk berkata kerana tenaga Faeiz yang terlalu kuat, melemahkan dia untuk menjelaskan tujuan sebenarnya. Hoit... le... lepas... lah! Sakit... tau tak! rayu pencuri itu tersekat-sekat. Rayuan itu tidak diendahkan oleh Faeiz, malah semakin kuat. Nafasnya juga sudah semakin terhad dek cekikan yang begitu kuat oleh Faeiz.

17

Andainya Bukan Untukku

Kau... nak suruh a... ku mati ke? rayu pencuri itu lagi yang kini sudah mulai lemah. Dalam kegelapan itu, Faeiz masih lagi tetap dengan pendiriannya. Dia tidak akan melepaskan pencuri itu begitu sahaja. Pertelingkahan antara Faeiz dan pencuri itu menyedarkan penghuni di dalam rumah itu. Tahir dan Sufian pantas membuka lampu seluruh rumah untuk menyaksikan apa yang telah terjadi dalam rumah tersebut. Mereka terus ke ruang dapur dan melihat Faeiz sedang bergelut dengan Dania yang disangkanya pencuri. Encik Faeiz, ada apa ni? Nia? soal Tahir kebingungan melihat kejadian antara adiknya dan Faeiz di ruang dapur. Mereka saling berpandang-pandangan antara satu sama lain. Faeiz kaget. Bagai mahu luruh jantungnya bila orang yang disangkanya pencuri itu sebenarnya ialah Dania, adik Tahir. Faeiz perlahan-lahan melepaskan Dania. Faeiz menyesal kerana bertindak terburu-buru. Dania terbatukbatuk dan berasa amat lemah kerana bergelut dan dicekik oleh Faeiz sebentar tadi. Dia terduduk di tepi peti sejuk. Maafkan saya. Saya ingatkan pencuri tadi. Saya nampak dia masuk rumah tadi macam pencuri, sebab tu saya tangkap dia, kata Faeiz. Agak-agaklah nak cekik orang tu. Kau memang nak bagi aku mati ke? marah Dania sambil memegang lehernya yang sakit akibat dicekik oleh Faeiz tadi. Tahir menghampiri Dania lalu memukul kepala Dania. Kau tu pun satu. Waktu-waktu macam ni baru nak balik. Macam mana orang tak ingat kau ni pencuri. Masuk rumah pun terhendap-hendap, marah Tahir pula.

18

Sya Ryanna

Dania mengusap-usap kepala yang telah dipukul oleh abangnya itu. Aduh, kena lagi! Hangen betul aku! Habis tu, takkan nak bukak semua lampu kat rumah ni, lepas tu jerit kasi satu rumah ni dengar yang aku ni dah balik? Tempelak Dania, pantas bangun menuju ke biliknya. Niat di hati untuk menghilangkan dahaga di tekaknya terpaksa dilupakan. Begitu juga dengan Faeiz. Kamelia hanya menggelengkan kepala. Entah bilalah adiknya yang satu itu akan berubah sikapnya. Sewaktu Dania melangkah masuk ke bilik, Faeiz menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena padanya. Wajahnya kelihatan kusut dan tidak bermaya. Bukan seperti keletihan. Matanya pun sembap semacam sahaja. Kurusnya juga tidak seperti kurus yang biasa. Apa yang dia perasan juga, ada kesan cucukan jarum di lengannya dan nampak seperti baru sahaja dicucuk. Gaya jalannya tidak sama seperti yang dilihatnya pada siang tadi. Aku mesti siasat!

19

Andainya Bukan Untukku

Bab 3
LHAMDULILLAH, selesai semuanya. Semua tayar dah pun diganti, ucap Tahir setelah mereka selesai menukar tayar kereta Faeiz. Kerja itu juga dibantu oleh dua orang pekerja bengkel yang sanggup untuk membantu Faeiz. Pantas Faeiz memberikan satu sampul yang berisi not lima puluh ringgit yang baru sahaja dia keluarkan dari mesin ATM awal pagi tadi dengan menaiki motosikal bersama Sufian untuk diberikan kepada mekanik tersebut sebagai upah memasang tayar keretanya. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Faeiz dan terus mengemaskan barang-barang serta membawa tayar yang sudah tidak digunakan ke dalam kenderaan mereka sebelum beredar. Terima kasihlah sebab bagi saya tumpang rumah encik sekeluarga malam tadi. Nah, ini ada sikit saya nak bagi, ucap Faeiz sambil mengeluarkan lagi beberapa keping not lima puluh ringgit kepada Tahir. Tahir menolak pemberian Faeiz dan menggelengkan kepalanya.

20

Sya Ryanna

Saya tak boleh terima, terima kasih sajalah, kata Tahir. Encik Tahir dah banyak tolong saya. Saya rasa bersalah pulak kalau saya tak beri apa-apa pada Encik Tahir sekeluarga dan tak diterima. Ambillah buat belanja dapur, kata Faeiz sambil menghulurkan wangnya itu dengan senyuman. Buat susah-susah je, balas Tahir. Dalam serba salah itu diterimanya juga kerana tidak mahu peguam muda itu berkecil hati. Tak ada yang susahnya. Lega hati saya kalau Encik Tahir terima, sebab encik dah banyak tolong saya sejak semalam lagi, ujar Faeiz. Terima kasihlah, Encik Faeiz, ucap Tahir. Kalau begitu, saya bertolak dululah ye. Kirim salam kat semua, balas Faeiz sambil bersalaman dengan Tahir sebagai tanda perpisahan. Perpisahan untuk sementara kerana dia akan kembali semula ke rumah tersebut untuk pembacaan wasiat arwah Encik Ahmad Tajudin tidak lama lagi. Faeiz terus masuk ke dalam kereta BMWnya dan menghidupkan enjin. Pada masa yang sama motosikal Dania turut keluar dari laluan rumahnya itu dan memecut laju hingga hampir-hampir sahaja melanggar abangnya sendiri. Kelihatan dia membawa motosikal itu seakan terhuyunghayang, tidak seimbang tunggangannya pada awalnya dan kejadian itu turut mengejutkan Faeiz yang sedang mengundurkan keretanya. Apa yang membuatkan dia tergesa-gesa sehingga sanggup menunggang motosikalnya dalam keadaan yang masih lagi tidak seimbang dan hampir-hampir sahaja

21

Andainya Bukan Untukku

melanggar Tahir? Faeiz harus tahu punca-puncanya. Dia terus memecut laju sebaik sahaja meninggalkan kawasan rumah Tahir dan mengekori Dania dari belakang, agak jauh supaya tidak dikesan oleh Dania bahawa dia sebenarnya sedang diekori. Faeiz terus mengekori Dania dari belakang sehingga tiba di suatu simpang tiga. Kemudian, Dania memberhentikan motosikalnya betul-betul di sebelah kanan jalan tersebut. Apa yang ingin dilakukan oleh Dania? Faeiz sendiri kurang pasti. Dia turut memberhentikan keretanya agak jauh dari tempat Dania, bimbang Dania menyedari akan kehadirannya di situ. Hampir sepuluh minit Faeiz menunggu tindakan Dania seterusnya, akhirnya tiba seorang lagi penunggang motosikal dari arah bertentangan. Mereka berbual dan perlakuan mereka seolah-olah rakan Dania itu memberikan sesuatu dan Dania turut menerimanya. Mata mereka liar memandang ke tempat lain dan tidak tetap, mungkin tidak mahu orang lain nampak akan perlakuan mereka. Faeiz terus memerhati sehinggalah mereka berpisah mengikut haluan masing-masing. Namun begitu, Dania tidak berpatah balik untuk pulang, sebaliknya dia terus mengikuti jalan yang dilaluinya itu sehingga tiba di penghujung jalan. Faeiz masih terus mengekorinya, ingin tahu apa yang ingin dibuat oleh Dania selepas ini. Mereka akhirnya tiba di penghujung jalan, di mana mereka sudah pun bertemu jalan mati yang hanya dikelilingi oleh hutan belukar. Dari situ kelihatan laluan kecil sama seperti laluan ke rumah Dania tetapi keadaan kawasan tersebut amat berbeza daripada kawasan masuk ke rumah Dania sendiri. Sekali lagi Faeiz terpaksa memberhentikan keretanya

22

Sya Ryanna

di situ dan berjalan kaki untuk mengekori Dania yang sudah pun jauh di hadapan. Faeiz hanya berjalan mengikuti lorong yang sudah pun sedia ada di situ. Terasa seperti sudah hampir tiba ke destinasi yang dituju, pantas Faeiz bersembunyi di sebalik pokok supaya tidak diketahui oleh sesiapa pun yang berada di situ termasuklah Dania. Bersepahnya! Apa ni? Tak mungkin dia.... Bisik hati Faeiz sendirian. Berkerut-kerut dia melihat kawasan yang bersepah dengan pelbagai sampah di sana sini. Jarum yang biasa dia jumpa di klinik dan hospital juga bersepah. Kelihatan Dania mengeluarkan sesuatu lalu dibukanya. Dia hisap dadah ke? Astaghfirullahalazim, apa nak jadi ni? Kata Faeiz sendirian setelah dia melihat Dania sedang leka mencucuk jarum pada lengannya. Setelah itu dia menghisap sesuatu di dalam botol dengan menggunakan tiub. Bagaikan melepaskan giannya, Dania terus berasa lega, dan terus bersandar pada pokok. Dia sudah khayal dengan dunianya sendiri. Aku tak boleh lama-lama kat sini, nanti ada pulak yang lain datang. Tak pasal-pasal aku pulak yang kena, jerit hatinya yang mendesak supaya dia cepat-cepat meninggalkan tempat itu dan pulang sahaja. Faeiz nekad mengikut kata hatinya, lantas berlalu pergi. Sebolehnya dia ingin lari kerana tidak mahu ada di kalangan rakan-rakan Dania yang dapat mencium kehadirannya di situ. Pantas dia terus masuk ke dalam kereta BMWnya dan memandu ke jalan yang sepatutnya. Aku perlu bantu dia!

23

Andainya Bukan Untukku

Bab 4
UDAH sebulan berlalu. Setelah tempoh proses penghantaran surat kepada semua ahli keluarga arwah Ahmad Tajudin dua minggu yang lalu, seperti biasa dia perlu ke sana semula untuk menguruskan pembacaan wasiat tersebut. Penat je mak tengok kamu ni, ucap Datin Latifah kepada anaknya yang baru sahaja pulang daripada kerja. Haah mak, banyak sangat kerja kena selesaikan. Esok kena pergi ke kampung yang Iz cakap dengan mak dulu, jawab Faeiz sambil mengurut kepalanya. Kesiannya anak mak ni, pergilah berehat dulu, kata Datin Latifah. Seakan bersetuju dengan cadangan ibunya, Faeiz terus naik ke tingkat atas rumahnya itu dan masuk ke dalam bilik. Selesai mandi dan menukar pakaian, Faeiz terus sahaja menunaikan solat maghrib dan isyak, diselangi dengan bacaan al-Quran beberapa muka surat. Usai solat, dia tidak

24

Sya Ryanna

terus turun ke tingkat bawah seperti biasa, tetapi dia berbaring di atas katilnya sambil memikirkan apa yang ingin dilakukannya esok sebaik sahaja tiba di kampung itu semula. Lama dia berfikir tanpa menyedari ibunya sudah pun masuk ke dalam biliknya. Iz, panggil Datin Latifah. Panggilan itu sekali gus mengejutkannya daripada perbaringan lantas bingkas dan duduk di tepi katil. Eh, mak. Bila mak masuk? Tak dengar mak ketuk pintu pun? tanya Faeiz sambil membetulkan posisi duduknya. Dah lama mak masuk. Dah lama mak ketuk pintu tu tapi tak jawab apa pun, jadi mak masuklah. Ni kenapa anak mak termenung jauh ni? Ingat kat Ilyana ke? Ataupun ingatkan orang lain? soal Datin Latifah sambil tersenyum melihat anak terunanya itu. Faeiz pantas menggelengkan kepalanya. Hesy, mak ni. Ke situ pulak perginya. Siapalah yang nakkan anak mak ni? balas Faeiz merendah diri. Yelah tu, siapa yang tak nak anak mak ni. Ramai yang minat kat Iz, tau. Iz je yang tak tau. Bukan takat Ilyana sorang je, ramai anak dara kawan mak tu yang berkenan sangat dengan kamu, jawab Datin Latifah. Ye ke? Kiranya laku jugaklah anak mak ni, eh? Kalau macam tu... Si Ilyana tu mana nak letak, mak? balas Faeiz. Hesy, kalau dapat tau dek Ilyana, mau jugak panjang telinga aku ini kena tarik! Bisik hatinya. Yelah, handsome macam ayah. Ayah dulu kan handsome, kalau tak, masakan mak boleh lekat dengan ayah ni. Dulu ramai jugak yang minat dengan ayah tau! Takpe, Iz.

25

Andainya Bukan Untukku

Satu tempat dah confirm untuk Ilyana, ada lagi tiga yang kosong, sampuk Datuk Mutalib yang baru sahaja masuk ke bilik Faeiz. Alah, awak tu yang terhegeh-hegeh nakkan saya. Dulu siap nyanyi depan orang ramai, konon-konon nak tunjukkan romantiklah tu. Entah lagu apa tah, balas Datin Latifah mencebik. Kelakar juga bila melihat kelakuan keduadua orang tuanya yang masing-masing tidak mahu mengalah. Lagu Azuralah. Tapi saya tukar tajuk tu, tukar jadi nama awak, jawab Datuk Mutalib. Faeiz tergelak besar. Tak sangka eh ayah boleh buat macam tu dekat mak, kata Faeiz. Buat malu mak je masa tu, Iz, balas Datin Latifah. Eleh, malu konon! Lepas saya habis nyanyi lagu tu awak senyum-senyum kat saya, balas Datuk Mutalib yang masih lagi belum mahu mengalah. Alah, dahlah tu mak, ayah. Yang penting sekarang mak dengan ayah dah kahwin, ada anak tiga orang pun, kata Faeiz yang tidak mahu menyokong mana-mana pihak. Yelah, jomlah kita turun makan. Nanti dah sejuk baru makan, tak sedap pulak. Ajak Datuk Mutalib. Mereka bertiga terus beriringan turun menuju ke ruang makan.

26

Sya Ryanna

Bab 5
IA kini tiba lagi di Kampung Terang buat kali yang kedua. Perasaannya kali ini agak berbeza berbanding dengan tugasan-tugasan yang sudah acap kali dilakukannya. Padahal pembacaan wasiat pada hari ini sudah terlalu rutin baginya sebagai seorang peguam, tetapi entah mengapa untuk keluarga ini, dia rasakan bagai ada yang tidak kena. Dia sendiri kurang pasti akan perasaannya yang lain daripada yang lain dan sukar untuk diungkapkan. Assalamualaikum, ucap Faeiz sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya di rumah keluarga itu buat kali kedua. Waalaikumussalam. Faeiz rupanya. Dah lama kami tunggu kamu datang. Duduklah dulu, pelawa Kamelia dan terus masuk ke ruang dapur dan mengambil cawan. Kelihatan tiga orang penghuni rumah itu yang belum pernah ditemuinya sebelum ini. Mungkin inilah Cempaka dan Erham, seorang lagi itu mungkin juga suami Cempaka, bisik hatinya sendirian sambil tersenyum.

27

Andainya Bukan Untukku

Cempaka kelihatan seperti menahan amarahnya, mungkinkah tidak sabar? Encik Faeiz, bila kita boleh mulakan pembacaan wasiat tu? Saya tak ada masa la nak tunggu-tunggu lagi. Saya sibuk, esok saya kena kerja luar daerah, Cempaka bersuara sambil mengerling jam di pergelangan tangannya, menghitung waktu untuk pembacaan wasiat dimulakan. Tunggulah Si Dania dulu. Dia tak balik lagi ni. Tunggulah kejap, balas Tahir supaya adiknya itu menahan sabarnya. Tunggu... tunggu. Sampai bila nak tunggu budak tak guna tu? Dia tu dari kecik tak habis-habis nak menyusahkan orang. Sebab dia, semuanya terbengkalai semata-mata nak tunggu dia. Along, ni dah pukul berapa, saya bukannya boleh lama-lama kat sini, kata Cempaka. Nyata dia tidak selesa dengan jawapan abangnya itu. Betul tu cik, along ni tak habis-habis nak sebelahkan budak tu je. Along asyik kata kejap lagi, kejap lagi. Ni dah hampir dua jam kita tunggu dia, bunyi motor dia pun kita tak dengar. Tak payahlah tunggu dia, menyemak je, sokong Erham. Kalau dia tak balik langsung macam mana? Entahentah dia tu tak dapat apa-apa dari harta arwah abah tu, kata Cempaka. Mestilah, kalau dah perangai tak serupa orang, tak payah bagi apa-apa pun tak apa. Hidup pun menyusahkan orang je, sambung Erham yang sangat menyokong kakaknya, Cempaka. Walau macam mana jahat sekalipun dia, dia tetap adik kita. Ingat tu. Yang kau maki-maki, kau kutuk-kutuk tu adik kau, marah Tahir.

28

Sya Ryanna

Eee... simpang malaikat empat puluh empat. Tak ingin acik nak ada adik macam tu, balas Cempaka. Tahir sudah mula berang, namun cuba menahan marahnya. Ingin sahaja dia menampar adiknya itu. Emmm... walau macam mana sekalipun, kita tetap kena tunggu Cik Dania sebab dia juga ada hak dalam wasiat arwah Encik Ahmad Tajudin. Kata Faeiz perlahan, tidak mahu berlakunya pertelingkahan di dalam keluarga itu.

AH, fed uplah, fed up! Acik nak balik! Dari pagi sampai petang macam ni pun tak balik lagi! Tak kira, acik nak balik jugak! bentak Cempaka yang bangun dari tempat duduknya dan terus mengambil tas tangannya. Haah, andak pun dah tak sanggup nak tunggu lama lagi kat sini. Sakit hati! Jom acik, kita balik, ajak Erham yang turut bangun dari tempat duduknya juga. Walaupun saya orang luar, tapi Dania ni dah melampau. Dia langsung tak kisah pasal kita. Kalau ada masalah sekalipun, takkan tak boleh telefon ke rumah, marah Zaidi. Jomlah, bang. Kita balik, tak tahan duduk sini lama-lama. Makin lama, makin panas, sindir Cempaka yang pantas melangkah keluar dari rumah tersebut diikuti oleh Erham dan Zaidi. Balik dulu, along, angah. Assalamualaikum, ucap Cempaka. Nanti kalau ada apa-apa hal, telefon acik ke, andak ke, tambah Erham.

29

Andainya Bukan Untukku

Mereka terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan rumah itu. Pada masa yang sama, Faeiz turut bangun dari tempatnya dan mengemaskan segala dokumen lalu dimasukkan semula ke dalam begnya. Nampaknya, pembacaan wasiat ni terpaksa saya tangguhkan lagi sampai satu masa yang akan saya tetapkan. Nanti saya hantar surat sekali lagi. Saya harap sangat yang kejadian sebegini takkan berulang lagi, kata Faeiz. Saya juga nak minta maaf banyak-banyak bagi pihak keluarga saya kepada Faeiz sebab dah menyusahkan Faeiz. Macam-macam masalah pula yang timbul, balas Kamelia sambil menunjukkan riak wajah kesal dan kecewa kerana tiada satu pun ahli keluarganya yang ingin bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini. Tak pelah, biarlah saya balik dulu. Assalamualaikum. Ucap Faeiz lalu meninggalkan rumah itu. Dalam fikirannya hanya satu, pasti Dania berada di tempat itu. Dia lantas menghidupkan enjin keretanya, dan bergerak laju meninggalkan rumah Tahir lalu menuju ke lokasi Dania.

PERLAHAN-LAHAN dia berjalan agar kehadirannya tidak disedari oleh kumpulan tersebut. Ramai antara mereka sudah pun berada di dunia yang mereka reka sendiri. Entah apalah agaknya yang mereka khayalkan itu tidak langsung dipandang oleh Faeiz. Apa yang paling penting sekarang ini ialah dia harus menyelamatkan Dania dan membawa Dania pergi dari tempat hina itu. Lama dia mencari jejak Dania. Setelah

30

Sya Ryanna

hampir lima belas minit berada di situ, dan matanya melilau mencari-cari di manakah Dania, akhirnya dia ketemu juga Dania yang tersandar di tepi pokok yang agak tersorok dan agak sukar untuk dilihat oleh sesiapa pun. Pandai betul dia ambil port, bisik hati Faeiz. Faeiz melangkah dengan pantas namun penuh berhati-hati agar tidak disedari oleh rakan-rakan Dania. Jika tersilap langkah pasti sesuatu yang tidak diingini bakal terjadi. Sebaik tiba di tempat Dania, dia mengalihkan kesemua jarum dan pelbagai jenis dadah yang bersepah di situ. Baunya cukup tidak menyenangkan deria hidu Faeiz. Tekaknya terasa loya kerana tempat itu tidak ubah seperti tempat longgokan sampah. Perlahan-lahan dia mendukung Dania dan cuba lari dari situ. Woi! Siapa kau? Dari mana kau datang? Kedengaran suara bertempik dari arah belakang Faeiz. Faeiz kaget, nyata kehadirannya dapat dihidu oleh rakan-rakan Dania. Perlahan-lahan Faeiz menoleh. Aku kawan dia, ada apa-apa masalah ke? balas Faeiz. Daripada cara mereka berpakaian, seolah-olah mereka bukanlah daripada kalangan yang mengambil dadah, tetapi lebih kepada kumpulan gengster. Faeiz tahu dia perlu lebih berhati-hati kerana dia kini berhadapan dengan bahaya, oleh itu dia harus berani mengambil sebarang risiko kerana jalan ini yang telah dipilihnya. Aku pun kawan dia jugak. Ni dia orang semua ni kawan dia jugak. Aku tak pernah tengok pun kau kat sini, kata salah seorang lelaki yang bertubuh sedikit sasa sambil merenung pisaunya yang berkilat lalu dimasukkan ke dalam sarungnya. Mungkin inilah ketua kumpulannya. Lagaknya tak ubah seperti seorang ketua.

31

Andainya Bukan Untukku

Macam nilah. Aku tak nak cari pasal dengan kau orang semua. Aku datang sini cuma nak ambil Dania bawak balik, beritahu Faeiz. Kau tak payahlah nak tipu aku. Aku tak pernah jumpa kau pun sebelum ni, kau boleh kata yang kau ni kawan dia? Aku tak percaya. Kau ni siapa sebenarnya, hah? tengking lelaki itu. Dia tidak percaya dengan Faeiz, apatah lagi sebelum ini tidak pernah sekali pun dia melihat seseorang yang ingin mengambil Dania untuk dibawa pulang. Selalunya Dania akan pulang sendiri sebaik sahaja dia sedarkan diri. Dan tidak pernah pula dia melihat rakan Dania seperti Faeiz selain mereka yang sentiasa berada di kawasan gelap itu. Okey, kalau kau dah kata macam tu. Walau macam mana sekalipun kau nak buat kat aku, aku tetap nak bawak Dania balik, tegas Faeiz. Tanpa mempedulikan kumpulan itu, dia terus sahaja mendukung Dania untuk dimasukkan ke dalam keretanya. Belum pun sempat dia melangkah, dia sudah pun dipukul dari belakang. Itu habuan kau sebab kau dah masuk tempat aku! marah lelaki itu. Faeiz mengusap belakangnya yang sakit. Bila masa tempat ni jadi tempat kau, hah? Aku tak nampak papan tanda yang tulis tempat ni, tempat kau? perli Faeiz. Kau buat lawak, eh! Tengking lelaki itu. Dia semakin berang kerana keceloparan Faeiz tadi. Tanpa membuang masa dia terus memukul Faeiz dengan sekuat hatinya. Ia turut disertai oleh ahli-ahlinya yang lain. Faeiz cuba untuk melawan tetapi tidak berdaya. Mereka terus memukul Faeiz tanpa henti sehinggalah Faeiz longlai dan penglihatannya juga semakin

32

Sya Ryanna

lama semakin kabur dan terus kelam. Gelap. Pada saat itu dia hanya mampu berfikir, dia tidak dapat menyelamatkan Dania dan membawa Dania keluar dari tempat itu.

33

Andainya Bukan Untukku

Bab 6
ISING. Itu yang dia rasakan sebaik sahaja mula membuka mata. Silau matanya kerana terdapat lampu yang dihalakan ke arahnya, bukan satu tetapi terlalu banyak. Nyatanya ia bukanlah seperti lampu yang biasa di rumah. Tetapi lampu suluh! Apa ni? Dahlah bising, lepas tu banyak sangat lampu menghala kat aku. Pening kepala. Badan pun sakitsakit, bisik hati kecilnya. Terasa sakit matanya walaupun ia masih lagi dipejamkan. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Kaget, terkejut. Ramai yang mengerumuninya di sekitar kawasan yang sudah pun beranjak malam. Pantas dia bangun dan melihat sekelilingnya. Ramai yang menggelengkan kepala memandangnya. Apa yang telah terjadi? Kenapa ramai orang dekat sini? Soalnya sendiri yang langsung tidak tahu-menahu apa sebenarnya yang telah terjadi. Baru dia sedari yang dia kini tidak berpakaian. Terasa ada sesusuk tubuh berada di sebelahnya. Pantas dia menoleh. Dania!

34

Sya Ryanna

Cepat pakai baju, bangunkan dia. Lepas ni, ikut kami pergi surau. Arah salah seorang daripada mereka yang berada di situ.

TAPI kami langsung tak buat apa-apa pun, jawab Faeiz sebaik sahaja mereka disoal kerana berada di hutan yang agak terpencil itu. Kamu Dania? soal Imam Haji Hamidi. Dania yang sedari tadi tunduk, mula mendongak. Pantas dia menggeleng. Saya tak kenal pun dia ni, imam. Entah siapa dia ni, saya pun tak tahu, jawab Dania. Kau orang janganlah nak tipu kita orang semua ni. Bukti semua dah ada. Ni ha imam, kata seorang lelaki yang berada di belakang Imam Haji Hamidi sambil memberikan bukti yang dikatakannya itu. Faeiz merenung ke arah lelaki itu. Ya, itulah lelaki yang memukulnya siang tadi! Imam, dia dah perangkap saya. Saya datang situ cuma nak bawak Dania balik. Itu saja. Tapi, dia datang dan terus pukul saya. Kalau saya tipu sekalipun, bengkak-bengkak kat muka saya ni takkan menipu, imam, kata Faeiz. Tengok tu, imam. Nak mengelaklah tu, saya pulak yang dia tuduh. Kalau dah buat tu mengaku jelah. Kau suruh geng-geng Achoi pukul kau sampai pengsan, kan? Kau tak payah nak tipu lagilah, Achoi dah bagitau semua pasal helah kau tu. Kau upah dia orang untuk pukul kau, kata lelaki itu lagi. Betul, saya tak ada buat apa-apa dengan dia. Saya datang sana cuma nak bawak Dania balik rumah, itu saja.

35

Andainya Bukan Untukku

Siapa Achoi tu pun memang saya tak kenal. Saya sanggup bersumpah, imam, kata Faeiz. Kamu jangan main-main dengan sumpah, tau! Apa dia dah tak mampu ke nak balik sendiri sampai kamu pulak yang tak ada kena-mengena dengan dia nak bawak dia balik? Si Tahir ke yang suruh kamu bawak dia balik ke rumah? soal Imam Haji Hamidi. Pada soalan itu Faeiz diam. Memang abang Dania tidak menyuruh Faeiz mencari Dania untuk dibawa pulang ke rumah. Dan tidak pula Tahir tahu yang sebenarnya Dania seorang penagih dadah. Hah, kenapa diam? Jawablah! kata lelaki yang telah memerangkap Faeiz dan Dania. Faeiz hanya mampu mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang ingin dikatakannya lagi. Hah, betullah tu, imam. Memang dia saja je nak datang ke tempat tu. Sebenarnya mereka nak memadu asmara kat situ. Kononnya tempat tu tersorok, tak ada orang nampak. Imam pun nampak sendiri kan, kawasan tu macam mana. Sunyi, tak ada orang lalu-lalang, tempat tu pun tersorok lagi. Kalau saya tak nampak jantan ni masuk ke tempat tu, mungkin sampai sekarang dia orang ni masih bebas nak buat apa je. Kita nikahkan aje dia orang malam ni jugak, imam. Biar dia orang rasa.... Kita tak nak kampung kita ni terus tercemar dek diorang yang tak guna ni, kata lelaki yang cuba mencucuk jarum terhadap Imam Haji Hamidi. Nampaknya hasil cucukannya berjaya, Imam Haji Hamidi sudah mulai terpengaruh dengan tipu helah lelaki tersebut. Imam, tak payahlah nak fikir-fikir lagi. Bukti ni

36

Sya Ryanna

pun dah ada. Sekarang ni, terpulang pada imam dan orangorang kampung yang ada kat sini nak buat apa dengan mereka berdua. Kalau saya, saya sebat setiap seorang seratus kali, kata lelaki itu. Lagaknya tidak ubah seperti orang yang kuat pada pegangan agamanya. Faeiz mula jelik melihat lakonan lelaki yang berada di belakang Imam Haji Hamidi. Imam Haji Hamidi mula percaya akan semua kata-kata lelaki itu, memandangkan fotofoto yang diberikan itu sudah tidak boleh disangkal lagi. Yang sebat tu, terpulang kepada keluarga mereka ni, Malim. Macam mana ni, tuk? soal Imam Haji Hamidi. Dia kurang bersetuju dengan cadangan lelaki yang telah memerangkap Faeiz dan Dania itu. Baginya hukuman itu adalah lebih baik dilakukan oleh keluarga masing-masing. Macam nilah, kami kat sini kalau boleh tak mahu keluarga kamu malu. Kalau kamu tak nikah, perkara ni takkan selesai. Orang kampung takkan tutup mulut. Manamana kamu pergi mesti akan ada perkara yang tak sedap didengar. Lebih baik kamu dinikahkan aje, kata Pak Kadir, ketua kampung tersebut. Jali, suruh Tahir datang ke surau sekarang juga. Kita nak nikahkan adik dia dengan budak lelaki ni. Kata Pak Kadir kepada salah seorang penduduk kampung yang berada di surau itu.

BUAT malu aku je tau tak! Mana aku nak letak muka aku ni? herdik Tahir sebaik sahaja upacara ringkas akad nikah Dania dan Faeiz selesai. Aku takde buat apa-apa dengan dia pun! Aku pun

37

Andainya Bukan Untukku

tak tahu macam mana dia boleh ada kat situ. Kalau aku tahu dia ada kat situ, dah lama aku balik, kata Dania. Baru ingat nak balik? Baru sekarang, dah jadi macam ni, baru ingat nak balik? Bila ada benda penting tak nak balik pulak! Apa nak jadi dengan kau ni, ha? Kau ingat rumah tu apa? Suka hati nak balik bila-bila! tengking Tahir. Tidak sudah-sudah dia memukul Dania. Menyesal sungguh dia mengenangkan perbuatan adiknya itu. Dania hanya mampu diam. Apa yang kau buat sampai pagi-pagi baru nak balik, ha? Kau melacur ke? soal Tahir. Dia terus menolak kepala Dania, sekuat hatinya. Dania mendongak semula. Sakit juga kepalanya akibat ditolak oleh alongnya itu. Mintak-mintak dijauhkan, aku tak pernah buat macam tu, long! balas Dania. Air mata Dania tidak hentihenti mengalir. Habis tu, apa? Yang kau sampai kena tangkap ni kau buat apa? Main guli? Main batu seremban? Berapa banyak lagi yang kau nak bohong dengan aku? perli Tahir. Dania tunduk lagi. Sedar kesilapan sendiri. Aku mintak maaf, long. Aku banyak buat salah dengan kau. Aku.... Dahlah. Tak payah nak mintak-mintak maaf. Kau ingat dengan mintak maaf boleh selesaikan masalah ke? Kau ingat dengan mintak maaf, orang-orang kampung boleh tutup mulut diorang? Cukuplah, aku dah tak nak tanggung malu lagi. Cukuplah setakat ni kau malukan aku, kata Tahir. Dania panar. Apa sebenarnya? Takkan.... Along...?

38

Sya Ryanna

Lebih baik kau jangan tunjuk muka kau lagi kat kampung ni. Pergi kau dari sini. Kau bukan lagi adik aku. Aku tak ada adik yang bernama Dania Ahmad Tajudin, kata Tahir. Dania terpempan. Kau bukan lagi adik aku? Along! Jangan buat aku macam ni.... Aku ni adik kau along. Aku mintak maaf, long. Aku janji aku tak buat lagi. Tapi jangan buat macam ni, along! rayu Dania sambil memegang lengan Tahir. Pergi aku kata, pergilah! Aku bukan abang kau lagi! Pergi! tengking Tahir lalu menolak Dania sebelum terus menutup pintu rumah itu. Emmm... Dania... panggil Faeiz. Dania langsung tidak menghiraukan kehadiran Faeiz yang cuba menenteramkannya. Dia masih terus menangis mengenangkan nasib malang dirinya. Faeiz memandang sekali lagi ke rumah itu. Kelihatan Kamelia sedang memandang mereka berdua dari tingkap. Dia juga turut menangis. Buat apa kau tengok-tengok lagi kat luar tu? Biarkan mereka kat situ! herdik Tahir. Tersentap dengan herdikan abangnya itu, pantas Kamelia masuk ke dalam biliknya dan terus menangis. Namun apabila melihat Tahir masuk ke dalam bilik Dania, Kamelia mengikuti abangnya itu, cuba menenangkan amarah abangnya yang kian memuncak. Along... rayu Kamelia. Kau jangan masuk campur, ngah. Nanti, dengan kau-kau sekali aku halau, arah Tahir lalu mengangkat semua kain baju Dania dan beg galas adiknya itu. Dia keluar semula

39

Andainya Bukan Untukku

membawa pakaian itu lalu dicampaknya ke luar. Ada antaranya yang terkena muka Dania yang masih lagi terduduk di hadapan pintu rumah itu. Pergi dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Berhambus! marah Tahir. Kamelia hanya memandang dari belakang dengan pandangan sayu. Tiada apa lagi yang mampu dibuatnya untuk meredakan kemarahan si abang yang bagaikan lava gunung berapi itu. Along... angah.... Tolong aku, ngah, rayu Dania yang memandang ke arah Kamelia. Kamelia hanya mampu menangis dan terus menangis. Sesungguhnya dia amat tidak berdaya.... Masuk, ngah! marah Tahir. Kamelia tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Dia hanya menurut kata-kata Tahir lantas membawa diri ke dalam bilik. Tahir terus menghempaskan pintu utama rumah tersebut. Berdentum kuat bunyinya hingga membuatkan semua yang ada di situ tersentak. Sudahlah tu, Lia. Benda dah jadi pun. Sufian cuba menenangkan isterinya. Lia tak sampai hati, bang. Walaupun perangai dia macam tu, Lia tak sampai hati tengok dia macam tu. Lia tak pernah mintak benda macam ni yang akan jadi. Dia tetap adik Lia, bang. Darah daging Lia, kata Kamelia sambil menangis teresak-esak. Tapi Allah dah tentukan jalan hidup dia begitu, Lia. Kita berdoa sajalah yang dia akan berubah selepas ni. Mungkin Si Faeiz tu bakal merubah dia menjadi lebih baik.

40

Sya Ryanna

Kita tak tau apa yang akan terjadi. Semua sudah tertulis. Apa yang kita mampu, hanya terima dengan hati yang terbuka. Kita kena reda, pujuk Sufian lagi. Kamelia terus memeluk suaminya dengan sisa-sisa sendu yang masih tidak berkurang. Di luar rumah, Dania terus menangis tersedu-sedan mengenangkan nasib diri yang tidak ketahuan. Semua jalan untuknya dirasakan sudah tertutup rapat. Ke mana dia harus membawa diri? Tak guna kita duduk di sini lagi, Dania. Bangunlah. Walau macam mana sekalipun awak kena ikut saya, kata Faeiz. Dania tetap berdegil. Dia terus mengharapkan agar Tahir akan berubah fikiran dan menerimanya kembali. Lepaslah! Ini semua kau punya pasal. Kalau kau tak datang kat port aku, tentu aku tak jadi macam ni, marah Dania. Benda dah jadi, kita tak boleh nak patah balik lagi. Lagipun, saya memang tak ada remote yang boleh rewind peristiwa, pujuk Faeiz. Benda ni takkan jadi kalau kau tak ada kat situ, tau tak! tengking Dania lalu bangun dan menjauhkan diri daripada Faeiz. Sekarang ni, walau macam mana pun awak nak nafikannya, awak sekarang dah jadi isteri saya, kata Faeiz. Siapa nak jadi bini kau ha? Mati hidup balik pun aku tak ingin nak jadi bini kaulah! balas Dania. Terpulanglah, tapi kenyataannya sekarang kita dah tak macam dulu. Awak masih mahu duduk sini lagi ke? Awak mahu tebalkan muka awak tu ke setiap kali awak berjalan ke

41

Andainya Bukan Untukku

sana sini? Orang kampung dan keluarga awak sendiri akan caci maki awak, soal Faeiz. Dania terus membelakangkan Faeiz. Diam. Geram sebenarnya bila dia ditakdirkan sebegitu. Lama Dania berfikir untuk membuat keputusan sama ada dia masih mahu tinggal di kampung ini ataupun mengikut Faeiz yang kini sudah pun menjadi suaminya. Okey, terpulanglah pada awak. Awak boleh ikut saya balik Kuala Lumpur. Awak juga boleh terus tinggal di rumah awak ni, kalau awak sanggup tahan cemuhan orang kampung sebab saya tak ada bersama awak. Awak pilihlah, kata Faeiz. Dania berfikir. Lama Faeiz menunggu untuk mendapatkan jawapan daripada Dania. Kalau awak masih tetap nak dekat sini, baiklah. Saya akan pergi dan tak akan jumpa awak lagi. Anggaplah kita ni tak ada ikatan apa-apa pun. Kata Faeiz. Dania masih lagi kaku di situ. Tinggal di sini atau ikut dia? Faeiz terus melangkah keluar dari laluan rumah Tahir sebelum masuk ke dalam kereta. Errr... Faeiz!

42

Sya Ryanna

Bab 7
ERJALANAN selama lima jam bagaikan tidak terasa baginya. Biarpun lagu yang terpasang pada BMW itu begitu indah, namun ia tidak dapat menenangkan jiwanya. Sa... saya tau kalau saya berada di sini, dan awak pergi, sudah tentu orang kampung akan cakap-cakap yang tak elok. Bila difikir balik, cukup-cukuplah setakat ni saya malukan mereka. Saya tak mahu mereka malu lagi kerana saya. Biarlah saya pergi. Saya akan pergi... ikut awak. Katakata Dania sebelum mereka bertolak dari rumah itu melegakan hati Faeiz. Aku harap bila dia bersama dengan aku nanti, dia akan berubah, harap Faeiz. Dalam diam dia berdoa agar Dania akan terus meninggalkan ketagihannya itu dan tidak akan kembali semula memilih jalan hitam itu. Faeiz terus memandu sehingga tiba di sebuah rumah yang mempunyai keluasan yang lebih kurang sama dengan rumah Dania. Namun ia kelihatan lebih mewah daripada rumah anak gadis itu.

43

Andainya Bukan Untukku

Kita dah sampai, ucap Faeiz sebaik sahaja dia memberhentikan keretanya di porch. Terdapat beberapa buah kereta lagi selain kereta Faeiz yang turut berada di porch yang sama. Anak orang kaya rupanya! Banyak betul kereta dia ni, bisik hati Dania sambil memandang ke arah Faeiz yang sudah pun keluar dari kereta itu dan mengambil begnya di tempat duduk belakang. Dania masih lagi diam di dalam kereta. Faeiz berjalan ke tempat duduk penumpang di hadapan, lalu dibukakan pintu untuk Dania. Kenapa duduk dalam lagi ni? Jom keluar, ajak Faeiz. Erm... nanti nak cakap apa? soal Dania. Jelas dia begitu tidak sedap hati sebaik sahaja tiba di rumah yang serba asing baginya itu. Faeiz turut diam. Berfikir sejenak. Macam nilah, saya pergi letak barang dulu. Nanti saya hantar awak kat kondominium saya, cadang Faeiz. Dania diam. Angguk tidak, geleng pun tidak. Dia terus menunggu Faeiz keluar dari rumah itu. Dia terus diam membatu tanpa berbuat apa-apa pun. Namun dia tidak perlu menunggu lama kerana tidak lama kemudian Faeiz keluar semula dari rumah itu dan menghampiri kereta BMWnya. Lelaki itu terus menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari kawasan rumah itu. Mereka menuju ke sebuah tempat yang Dania sendiri tidak tahu di mana. Ketenangan yang mula dirasainya terganggu tiba-tiba apabila telefon bimbit Faeiz nyaring berbunyi minta diangkat. Helo, assalamualaikum. Hah... mak... balik kondo. Baru je balik, singgah letak barang kejap. Tadi ada beli oleh-

44

Sya Ryanna

oleh sikit untuk mak dengan ayah. Hmmm... ala bukannya selalu datang sana. Hmmm... okey... okey.... Assalamualaikum, kata Faeiz lantas talian segera diputuskan. Mak awak? soal Dania. Mata Faeiz masih tertumpu pada pemanduannya. Namun dia mengangguk juga mengiakan soalan itu. Awak tak bagi tahu ke? soal Dania lagi. Bukan sekarang. Sampai masanya nanti, saya beritahu semua, jawab Faeiz. Sampai bila? tanya Dania lagi. Tak tahulah, tapi bukan sekarang, kata Faeiz. Mereka diam buat seketika. Saya tak nak nanti perkara lain pulak yang jadi, kata Dania. Sebelum tu, awak boleh janji dengan saya tak? soal Faeiz. Dania menoleh. Keningnya terangkat menandakan dia menujukan sebuah pertanyaan. Janji apa? Awak janji dengan saya, awak jangan ambil benda tu lagi. Saya tak nak awak ambil benda tu lagi. Kalau saya nampak awak ambil benda tu lagi, siap awak, tegas Faeiz. Dania diam. Dia tidak berani jamin untuk tidak mengambil lagi benda itu. Jadi... awak taulah saya ambil benda tu? Itu yang buat awak datang kat port saya tu? Buat apa? Nak selamatkan saya? Heh... dalam mimpilah! Sinis sahaja kata-kata Dania. Bagai tidak insaf dengan perbuatannya itu. Bagaikan lupa tentang kejadian yang telah menimpa diri mereka beberapa jam yang lepas.

45

Andainya Bukan Untukku

Faeiz hanya diam bersama perasaan kesal yang cuba dibenamkan jauh di lubuk hatinya. Pemanduannya tetap diteruskan. Kereta Faeiz terus masuk ke Matahari Condominium dan meletakkan kenderaannya di tempat yang sudah ditandakan dengan nombor plat keretanya. Kita dah sampai, ujar Faeiz. Dia terus keluar dari keretanya dan pantas pergi ke tempat duduk Dania lalu membukakan pintu kereta untuk gadis itu. Jom, ajak Faeiz. Dania hanya menurut, mengikut Faeiz dari belakang sehingga tiba di hadapan pintu kediaman Faeiz. Dania hanya kaku berdiri tanpa ingin melangkah masuk walau sedikit pun. Kenapa pulak ni? soal Faeiz. Dania diam tanpa memberikan sebarang jawapan. Faeiz kemudian terus menarik tangan Dania masuk ke dalam kediamannya. Ni rumah ke banglo? Tapi kena naik lif sampai tingkat berapa ni... besar sungguh, ngomel Dania sendirian. Faeiz hanya tersenyum. Rumah ni pun dah memang jadi rumah awak jugak. Jadi, janganlah nak segan-segan ke, malu-malu ke, kata Faeiz yang sudah pun melangkah masuk ke dapur. Kenapa dia terlalu selesa dan mudah saja terima aku sebagai seorang isteri? Soal hati Dania sendirian. Mari saya tunjukkan bilik awak, kata Faeiz. Dania masih lagi membungkam. Awak jangan risau. Kita tak sebilik pun. Bilik saya dekat ruang tamu. Bilik awak tepi ni, kata Faeiz sambil membuka pintu bilik yang sudah dikhaskan untuk Dania itu.

46

Sya Ryanna

Perlahan-lahan Dania masuk ke dalam bilik itu. Lengkap, semuanya sudah sedia ada dari katil sehinggalah aksesori di dalam bilik mandi yang sudah pun tersedia di situ. Kedengaran telefon bimbit berdering kembali. Faeiz merenung pada skrin telefonnya dan tersenyum. Dia kemudian memberi tanda isyarat untuk membiarkan Dania bersendirian buat seketika. Dania agak terpinga-pinga. Wajah Faeiz terus sahaja berubah seolah-olah berada di alam bahagia. Dania mencuri dengar untuk seketika. Helo, sayang. Yup, baru je sampai rumah. Hmmm... penat sangat. Alah, tak ada apa sangatlah, biasalah. Esok... tak ada apa-apa. I jumpa you, okey. Bye, love you too. Kata Faeiz lantas memutuskan talian tersebut. Dania mulai tahu bahawa Faeiz sebenarnya sudah pun berpunya. Namun, langsung tidak dipedulikannya. Tiada terselit apa-apa perasaan pun di hatinya tika ini kepada lelaki itu, apatah lagi perasaan cemburu. Memang jauh sekalilah! Pernikahannya dengan Faeiz hanyalah satu paksaan. Dia merebahkan diri ke atas tilam. Ingin segera berehat. Fizikalnya sudah terlalu penat, fikirannya juga. Berserabut. Aku harap pernikahan ni takkan kekal lama. Semoga dia cepat lepaskan aku, dan aku akan dapat kebebasan semula. Aku boleh buat apa saja tanpa ada siapa pun yang nak larang aku, bisik hati Dania.

47

Andainya Bukan Untukku

Bab 8
AM sudah pun menunjukkan angka sepuluh pagi. Dania baru sahaja bangun daripada tidurnya. Entah pukul berapa baru dia dapat melelapkan mata. Sukar untuk dia tidur malam tadi, mungkin tidak dapat membiasakan diri di tempat baharu. Pantas dia bangun dan membersihkan diri. Dia terus keluar dari biliknya. Sunyi, kosong seperti tiada berpenghuni. Dania cuba mencari Faeiz walaupun hanya kelibat. Hampa, tiada apa yang kelihatan mahupun suara yang kedengaran di rumah itu. Kelihatan ada sekeping nota serta beberapa keping not lima puluh ringgit terselit di bawah pasu bunga kecil yang sedia terletak di atas meja makan. Saya ada hal. Urgent, so saya tak dapat nak teman awak pergi beli barang-barang. Ambil duit ni buat beli barang awak. Eleh, kan senang je cakap pergi dating. Susah sangat ke nak bagi tahu aku? Bukannya aku tak dengar pun

48

Sya Ryanna

apa yang dia borak malam tadi, kata Dania sendirian. Tidak puas hati dengan Faeiz. Dia mengira-ngira wang yang sudah Faeiz tinggalkan di atas meja itu. Hampir seribu ringgit jumlahnya. Banyaknya dia bagi, apa aku nak beli eh? Belilah apa-apa yang patut, ngomelnya sendirian lalu bersiap-siap untuk keluar. Tapi nak pergi mana eh? Soalnya sendiri sebelum terlintas sebuah tempat di fikirannya.

SUDAH lelah Dania mencari barang-barang yang diingini, tetapi tidak banyak seperti yang diharapkan. Perutnya juga sudah mulai berkeroncong. Dia mencari mana-mana tempat untuk dia mengisi perutnya sebelum dia meneruskan aktivitinya pada hari itu. Sebaik sahaja dia meletakkan barangbarang yang sudah dibeli di tepi, dia terus memesan makanan pilihannya. Sedang menunggu makanan tiba di hadapannya, dia terlihat seseorang yang amat dikenalinya bersama seorang wanita yang lebih ayu, anggun dan yang paling penting wanita itu penuh dengan sifat kewanitaan yang sepatutnya ada pada dirinya. Tidak salah lagi, itulah Faeiz dan... mungkin juga wanita itulah teman wanita Faeiz yang telah menghubungi Faeiz malam tadi. Pantas Dania mengalihkan pandangannya agar tidak dapat dikesan oleh Faeiz meskipun jarak meja antara mereka berdua agak jauh dan sukar untuk dilihat oleh lelaki itu. Sekali-sekala matanya memandang mereka berdua. Mesra dan bahagia sekali. Adakala juga Faeiz membelai-belai wajah wanita itu.

49

Andainya Bukan Untukku

Cik... cik.... Panggilan pelayan restoran itu mengejutkan Dania dan hampir-hampir sahaja makanan yang ingin dihidangkan itu jatuh daripada pegangan pelayan itu. Dania kaget, hampir kesemua pelanggan di restoran itu memandang ke arahnya. Tidak terkecuali Faeiz dan wanita itu. Faeiz mula perasan ada seseorang yang amat dikenalinya di restoran tersebut dan juga sudah melihat dengan siapa dia bersama pada waktu ini. Hati Faeiz mula tidak tenang. Ingin sahaja dihamburkan kemarahannya yang mula berbara kepada gadis tersebut. Baginya lagak gadis tersebut tidak ubah bagaikan seorang pengintip. Pasti gadis itu mengintipnya. Emmm... emmm... saya tak jadi. Nah ini duitnya. Kata Dania lalu mengambil kesemua barang-barang yang sudah dibelinya itu dan terus beredar dari situ. Entah mengapa hatinya rasa sentiasa tidak senang melihat Faeiz bersama wanita itu. Dia merasakan kehadirannya bagai meretakkan hubungan Faeiz dengan wanita itu. Dadanya senak melihat mereka berdua. Sebolehnya dia ingin terus keluar dari pusat membeli-belah itu dan terus pulang ke kondominium yang dihuninya.

RANCANGANNYA pada hari itu konon-kononnya ingin menghabiskan masa seharian bersama Ilyana hampir-hampir sahaja tidak menjadi sebaik sahaja terserempak dengan Dania di restoran secara tidak sengaja. Dia juga sebenarnya agak terkejut bagaimana pula Dania boleh berada di situ, padahal Dania baru sahaja sehari berada di Kuala Lumpur. Wang itu

50

Sya Ryanna

sengaja ditinggalkan bersama sekeping nota untuk menguji sama ada Dania mampu keluar membeli tanpa ditemaninya di tempat yang sama sekali asing bagi gadis itu. Sangkaannya bahawa Dania tidak mampu melakukannya ternyata meleset. Rupa-rupanya gadis itu memang seorang yang nekad. Dania... Dania! jerit Faeiz. Mana pulak pergi perempuan ni. Dahlah aku tengah geram dengan dia ni! Pantas dia masuk ke dalam bilik Dania tanpa ketukan di pintu apatah lagi memberi salam. Dania yang sedang lena tidur tersentak kerana bunyi pintu yang dikuak dengan kuat. Dia menggosok-gosok matanya. Kepalanya sedikit pening kerana bangun dengan mengejut begitu. Faeiz terus sahaja menghampiri Dania. Di hatinya penuh dengan kemarahan membuak-buak yang menunggu masa sahaja untuk dilepaskan. Kau pergi mana tadi? soal Faeiz. Kali ini tidak lagi bersaya atau awak lagi dengan Dania. Pergi beli baranglah. Yang awak ni kenapa, tibatiba aje masuk bilik dengan muka macam tu, jawab Dania. Adoi... pening kat kepala ni tak hilang lagi. Datang lagi satu masalah, baru nak terlelap dah kena kejut. Kenapa kau pergi dekat tempat tu? soal Faeiz. Dah saya tak tau nak pergi kat mana lagi. Kat situ aje yang terlintas dalam otak ni. Saya ni bukannya biasa sangat kat KL ni, balas Dania lagi. Matanya terpisat-pisat, kemudian dia duduk bersila di katilnya itu sambil menghadap Faeiz yang sedang berusaha menelan kemarahannya. Macam mana kau boleh pergi sama tempat dengan aku, hah? soal Faeiz dengan kasar.

51

Andainya Bukan Untukku

Isy... berkauaku lagi dia ni. Tak boleh jadi ni! Kan aku dah kata, mana aku tahu kau ada kat situ. Aku pun terkejut jugak. Kalau aku tahu kau ada kat situ, aku pergi tempat lain pun tak apa. Dah kau bagi aku duit, aku pergilah sendiri, kata Dania. Dia pun sudah terikut sekali membahasakan diri sebegitu. Tu la, sapa suruh ajar aku! Aku dah cuba sehabis baik ni nak berlemah lembut, tapi kau yang mula dulu, tau! Awal-awal lagi kau dah buat hal dengan aku, eh? soal Faeiz. Ini yang aku tak boleh tahan ni, marah-marah tak tentu pasal. Memang nak cari nahas dengan aku ke? Dahlah kejutkan aku bangun daripada tidur! Jerit hati Dania. Hei, yang kau marah-marah kat aku ni, kenapa? Dah aku tak tahu, tak tahulah. Dahlah masuk bilik tak ketuk pintu, main sergah je. Masuk aje, tengking-tengking aku pulak! Suka hati akulah, aku nak pergi mana yang aku suka. Perlu ke kau nak halang-halang aku? Dah kau tahu aku ni tak tahu jalan kat Kuala Lumpur ni, aku harapkan kat pak cik teksi tu ajelah. Nak harapkan kau? Huh, konon-konon nak temankan aku pergi beli barang. Tapi, apa? Kau pergi merewang dengan perempuan mana entah, aku pun tak tahu, balas Dania. Dia tau angin dia aje, angin aku ni? Sebab kau tu dah jadi isteri akulah. Ikutkan aku, aku tak ingin nak nikah dengan kau. Tapi disebabkan kawan kau yang sangat baik tu, terpaksa aku nikah dengan kau. Aku dah ada pilihan aku sendiri. Kau tu, dahlah macam tomboi, tak ada sopan santun langsung. Pulak tu, penagih dadah. Dalam banyak-banyak perempuan, kalau kau perempuan yang terakhir pun ada kat dalam dunia ni, aku lebih rela tak kahwin... tau tak? caci Faeiz.

52

Sya Ryanna

Okey... okey. Dah tahu aku ni tomboi, tak ada sopan santun, penagih ke apa, ceraikan je aku. Tak perlu kau nak tanggung aku lagi. Aku boleh hidup sendirilah. Mati ke aku, hidup ke aku, tak payah kau nak ambil peduli lagi. Yang penting aku boleh pergi jauh-jauh dari hidup kau. Aku nak jadi tomboi ke, nak jadi kurang ajar ke... nak hidup ke, nak mati ke, aku punya sukalah! Senang hidup aku, aman hidup aku bila takde kau ni, kata Dania sambil bangun menuju ke almari dan mula mengeluarkan kembali barang-barang yang baru sahaja dimasukkan. Faeiz hanya memandang. Aku takkan ceraikan kau. Sampai bila-bila pun aku tak akan ceraikan. Aku nak biarkan kau hidup dalam keadaan macam ni. Tapi, apa saja yang kau nak buat, terpulang pada kau. Tapi tidak sekali-kali aku akan ceraikan kau. Ugut Faeiz. Dania terdiam seketika. Faeiz terus meninggalkan Dania begitu sahaja seraya menghempaskan pintu bilik tidur gadis itu. Dia memang nak menyeksa aku. Kau memang kejam, Faeiz, bisik Dania. Dia terduduk, ditinggalkan begitu sahaja oleh Faeiz. Dia menggenggam kuat comforternya. Geram, lalu dia mengambil ubatnya lalu ditelan. Lega, dia meletak semula ubat itu di tempat yang tersorok agar tidak dapat dikesan oleh Faeiz.

53

Andainya Bukan Untukku

Bab 9
UBUNGAN Faeiz dan Dania masih lagi tegang biarpun peristiwa itu telah hampir dua minggu berlalu. Tidak mahu bertegur sapa walau sekali pun. Masing-masing buat hal masing-masing. Tak ubah macam orang asing. Faeiz pun jarang-jarang balik ke kondominium itu. Sekadar memberi pesan dari mulut ke mulut. Ingat, jaga rumah ni betul-betul. Jangan bagi sesiapa masuk. Kalau ada orang datang, buat bodoh je. Jangan bukak pulak. Dibuatnya perompak ke, penyamun ke.... Kang dia pergi rogol kau pulak lepas menyamun, merompak... tak ke naya aku nak jawab dengan abang kau nanti. Free-free aje orang tu dapat, aku yang jadi suami kau yang sah pun tak merasa lagi. Ingat tu! pesan Faeiz. Itu sahajalah pesanannya yang acap kali diulang asal pulang sahaja ke kondominium. Berita CNN pun tidak buat ulangan sedahsyat begini. Bosan... bosan... bosan!!! Jerit Dania sekuat-kuat hatinya. Andai dia menjerit sekuat mana pun, jiran sebelahmenyebelah bukan dapat mendengar! Kondominium Faeiz

54

Sya Ryanna

ini terlalu besar, terlalu mewah. Dua tingkat! Memang sesuailah dengan mak ayahnya yang kaya-raya, bergelar Datuk dan Datin. Tidak tahu apa yang dia mahu lakukan lagi sekarang ini. Tengok televisyen sudah. Kemas rumah pun sudah. Main permainan komputer pun sudah. Main masak-masak? Sapa pulak nak makan kalau aku dah masak banyak-banyak nanti? Dahlah aku sorang je kat rumah sebesar alam ni. Main playstation pun sudah. Siram pokok bunga sudah. Basuh bilik mandi pun sudah. Hah... satu yang belum aku buat lagi. Kerja rutin hariannya setelah penat melakukan kerja-kerja rumah. Tidur! Ya, tidur sudah menjadi satu pekerjaan kepadanya sejak tinggal di sini. Tidur pada waktu siang yang langsung tidak dia rasakan sebagai siang kerana kondominium ini sentiasa sejuk dengan penyaman udara. penyaman udaranya terletak betul-betul di siling membuatkan Dania langsung tidak perasan di mana alat itu berada. Dania terus menyeret bantal kesayangannya yang kini sudah pun menjadi bantal busuknya sejak menjadi penghuni kondominium ini. Diseretnya sampai ke ruang tamu. Diambilnya sebanyak mungkin makanan ringan yang ada, walaupun tidak banyak mana yang tinggal, diusungnya juga ke ruang tamu. Dia terus memasang DVD yang ada di situ dan menontonnya. Makin lama matanya makin mengecil. Bungkusan makanan ringan entah ke mana, alat kawalan televisyen entah ke mana, alat kawalan DVD pun entah ke mana. Dia terus telentang di hadapan ruang tamu kondominium itu. Matanya pun terus sahaja terlelap bagai didodoi-dodoi sahaja.

55

Andainya Bukan Untukku

FAEIZ membuka kunci pintu kondominiumnya. Pelik pula Faeiz, jam baru sahaja menunjukkan angka sepuluh malam. Biasanya waktu-waktu begini, ruang tamu terang-benderang dengan lampu yang dipasang oleh penghuni kondominium tersebut yang baru sahaja dua minggu menghuninya. Dia membuka lampu di bahagian serambi. Gelap-gelitanya! Awalnya dia ingin masuk ke dalam bilik Dania dengan menggunakan kunci penduanya, tetapi dibatalkan hasratnya bila mendengar bunyi televisyen di ruang tamu. Meskipun tidak berapa kuat, dia dapat mendengarnya dengan jelas. Aik... tengok TV dalam gelap-gelap ke budak ni? Dia terus melangkah masuk ke ruang tamu dan membuka satu lampu untuk melihat keadaan. Ya Allah! Astaghfirullahalazim.... Bersepah! bebel Faeiz lalu meletakkan briefcase dan kotnya di tepi kabinet. Bungkusan makanan ringan bersepah, televisyen terpasang, DVD juga. Dania pula sudah telentang di ruangan tersebut bersama bantalnya. Faeiz terus menutup televisyen dan pemain DVD. Kemudian dia cuba untuk membangunkan Dania. Woi... woi... bangun! herdik menggoyang-goyangkan tubuh Dania. Faeiz sambil

Dania menggeliat sedikit, mengubah posisinya dari telentang ke meniarap pula. Payahnya nak bangun budak ni! Woi, bangunlah! jerit Faeiz, nadanya sedikit kuat. Digoyangkan lagi tubuh Dania, kali ni lebih kuat lagi. Barulah Dania mencelikkan matanya. Hmmm... hanya itu yang keluar daripada bibir Dania. Lemah longlai rasanya bila dikejutkan begitu. Dia bangun dan bersandar di tepi sofa sambil menggosokkan matanya. Kemudian menguap dan menggeliat lagi.

56

Sya Ryanna

Kau dah balik? tanya Dania sambil memeluk bantalnya. Faeiz terus bangun dan mengambil briefcasenya. Kau kemas semua tu. Sakit mata aku tengok, tau tak! Bersihkan sampai takde satu pun yang tinggal. Lepas tu siapkan makan malam. Aku lapar! arah Faeiz yang mahu masuk ke dalam bilik tidurnya untuk mandi, menukar pakaian dan solat. Dania mengerling ke arah jam dinding. Makan malam apa macam ni? Mana ada orang makan malam pukul sepuluh? Kalau kau nak makan pun, hari ni aku tak masak apa-apa. Aku ni pun dari siang tadi tak makan lagi. Makan kat luar jelah! kata Dania sambil menguap. Langkah Faeiz terhenti. Isy... budak ni! Patutlah bersepah makanan ringan tu merata-rata! Hmmm... cepat kemaskan ruang tamu tu. Lepas tu pergi mandi, siap-siap, kita pergi makan kat luar. Cepat! arah Faeiz lalu terus masuk ke dalam biliknya. Dia terus membuka kemejanya lalu dicampaknya sahaja ke atas katil. Diambilnya tuala yang tersangkut di penyidai dan terus masuk ke dalam bilik mandinya. Senyap aje, takde bunyi apa-apa pun, katanya sendirian. Dia keluar dari bilik tidurnya dan turun ke tingkat bawah. Masih lagi bersepah ruang tamu, gayanya Dania masih belum mengemaskannya lagi. Ni yang aku nak angin ni. Dania!!! jerit Faeiz. Mahu bergegar juga satu kondominium itu dengan jeritannya. Dia kemudian terus masuk ke dalam bilik Dania yang berada di hujung, betul-betul bersebelahan dengan serambi. Terus sahaja dia membuka pintu bilik tersebut tanpa mengetuknya terlebih dahulu.

57

Andainya Bukan Untukku

Pintu yang dikuak dengan ganas membuatkan Dania tersentap. Matanya terus sahaja membulat melihat lelaki yang berada di muka pintu itu dengan hanya bertuala. Apatah lagi dia baru sahaja membuka pakaian dan mahu memakai tuala. Dua-dua tersentap melihat keadaan diri pasangan mereka masing-masing. Dania terus menjerit. Keluar!!! Apa kau buat kat sini!!! jerit Dania sambil menutup tubuhnya yang terdedah dengan tuala. Faeiz kelam-kabut keluar dan menutup pintu bilik Dania semula. Melihat keadaannya juga sama seperti Dania, serasa mahu luruh jantungnya. Bukan sahaja kerana melihat Dania sebegitu, tetapi kerana jeritan Dania yang memang mengalahkan Jaclyn Victor membuatkan dia hampir tuli. Huh perempuan ni, sikit-sikit menjerit, sikit-sikit menjerit! Tidak lama kemudian dia tersenyum sendiri. Tika senyuman nakalnya terbit, dia cuba masuk semula ke dalam bilik Dania perlahan-lahan. Namun, kelibat Dania sudah tidak kelihatan lagi. Mungkin juga gadis itu sudah masuk ke dalam bilik mandi. Ah... miss nak tengok free show! Bisik hatinya. Dia terus sahaja masuk dan mengetuk pintu bilik air Dania sebelum memanggilnya beberapa kali. Ada apalah? jerit Dania dari dalam. Tidak mahu dia membuka pintu bilik air yang sudah dikuncinya itu. Bukaklah pintu ni kejap! Kau nak buat apa? Nak tengok free show lagi ke? Bukanlah! Tak hingin aku nak tengok badan kau yang macam papan lapis je tu, jawab Faeiz. Itu bagaikan bonus pula andainya dia dapat tengok free show sekali lagi! Dia sudah mula terkekeh sendiri. Lelaki! Habis tu?

58

Sya Ryanna

Kau tak kemaskan lagi ruang tamu tu! Lepas mandi kau kemaskan! Kalau tak, kau makan angin je! arah Faeiz sambil memeluk tubuhnya. Yelah! Nanti aku kemaslah! Jawab Dania sambil mendengus kasar. Faeiz tersenyum lagi, lantas terus keluar dari bilik Dania dan masuk semula ke dalam biliknya.

DANIA sekadar menutup mukanya dengan topi sepanjang perjalanan menuju ke kedai makan. Faeiz sempat juga mengalih pandangannya ke arah Dania sambil memandu. Faeiz hanya tersenyum sendiri melihat Dania sebegitu. Berkemeja, berseluar jean yang sedikit koyak di bahagian lututnya dan memakai topi yang diperbuat daripada tenunan benang. Kau ni kenapa? Apesal tutup muka dengan topi tu? Mengantuklah! Aik, takkanlah sampai sekarang ni kau mengantuk lagi? Hmmm.... Pelik jugak kau ni. Hmmm.... Nak jadi Sleeping Beauty ke? Hmmm.... Tapi, bila aku tengok muka kau ni, tak layak pun jadi Sleeping Beauty.

59

Andainya Bukan Untukku

Hmmm.... Ah sudah... bila dah semuanya hmmm... aje, memang dia tak nak ambil portlah ni! Tak fokus langsung. Kau rindu aku tak? Hmmm.... Kau sayang aku ke? Hmmm.... Jom lepak hotel? Hmmm.... Kita buat first night kita kat sana. Hmmm.... Eh, kejap.... First night? Pantas Dania menaikkan topinya tadi lalu dipandang wajah Faeiz di sebelah yang masih lagi memegang stereng. Faeiz tersenyum nakal. Jahat! Gunakan aku pada waktu yang salah ni! Rasa tebal mukanya kini lebih sepuluh inci. Malu mengenangkan semua jawapan yang keluar daripada mulutnya tadi! Tau pun takut! Dah, jom keluar! Ke... keluar? D... dah sampai mana ni? Hotel ke? Dania sudah mula cuak. Hatinya tidak tenteram. Takkanlah cepat begini pula hendak diajaknya buat perkara tu? Faeiz sudah ketawa berdekah-dekah. Dania berkerut dahi. Faeiz mendekatkan wajahnya dengan Dania, menambahkan lagi debaran jantungnya untuk terus berdegup kencang. Kau nak sangat pergi hotel ke? bisik Faeiz dengan lembut. Terasa deru nafas lelaki itu yang terlalu dekat dengannya. Hembusan nafas lelaki itu juga dapat dirasakan. Pantas sahaja Dania menggelengkan kepalanya. Wajahnya sudah merah padam menahan malu.

60

Sya Ryanna

Itulah kau. Kau ingat aku ni nak fikir ke situ aje ke? Dah turun... makan. Kang ada pulak yang nak bergulingguling kat sini sebab kena makan angin je, perli Faeiz lantas terus sahaja dia keluar dari perut kereta menyebabkan Dania terpinga-pinga sebentar. Kat mana pulak ni? omel hati Dania sambil memandang keadaan sekeliling. Oh... kedai makan. Dania terus menarik nafas lega. Mati-mati dia ingat mereka sudah tiba di hotel. Tetapi dia dapat merasakan perangai Faeiz lain macam sahaja malam ini. Tidak macam hari-hari sebelumnya. Pasti ada sahaja yang ingin dibangkangnya. Nak jerit-jerit, marah-marah. Ah, pedulilah! Yang penting perut aku diisi penuh malam ni! Dania mencari-cari Faeiz yang telah meninggalkannya jauh di belakang. Panjang lehernya mencari segenap pelosok ruang restoran tersebut dan akhirnya dia ketemu lelaki itu di tempat yang agak tersorok dan jauh daripada pengunjung yang lain. Dania terus menghampiri tempat yang diduduki Faeiz. Lelaki itu masih khusyuk memandang menu yang ada di tangannya. Cepat order, arah Faeiz. Dania mengambil menu tersebut dan melihat satu per satu menu yang tersedia di restoran tersebut. Hmmm... bingung juga, tidak tahu hendak pilih yang mana satu. Semuanya nampak macam sedap sahaja. Dania meletakkan jarinya di bawah bibirnya. Lama dia berfikir, dia perlu memilih makanan yang boleh mengenyangkan perutnya yang sudah sedia berkeroncong sekarang ini. Cepatlah, arah Faeiz lagi. Lelaki itu sudah mula tidak tenang melihat Dania yang masih lagi melihat-lihat menu tersebut dan belum memesan apa-apa lagi.

61

Andainya Bukan Untukku

Tak tau nak pilih yang mana satulah, jawab Dania. Isy... mangkuk ni, semuanya nak cepat. Sabarlah dulu, dahlah tadi kau tinggalkan aku sorang-sorang, jalan pun bukan main laju sampai tak ingat aku ni dah kau bawak ke sini.... Suka hatilah. Apa-apa pun boleh, jawab Dania lalu menutup buku menu itu lalu diletakkannya semula di atas meja. Matanya dialihkan ke sudut luar restoran itu. Bagi saya tomyam campur satu, sup ekor, sotong goreng tepung, samosa, ikan siakap tiga rasa, sup cendawan. Air, jus tembikai dengan tembikai laici, pesan Faeiz. Pada masa yang sama Dania merenung ke arah Faeiz sebaik sahaja pelayan restoran yang mencatat pesanan mereka itu berlalu. Kau ni nak makan ke nak mencekik? Suka hati akulah nak order apa. Makanan sampai, kau makan ajelah. Aku yang bayar, bukannya kau! Kalau tak habis siapa yang nak makan? Kau ni, suka membazir ajelah! Kita tengok ajelah, habis ke tidak apa yang aku dah pesan tu. Lagipun, kau tu. Kena makan banyak sikit, badan sekeping je, macam aku ni kejam sangat tak bagi kau makan kat rumah tu. Kata Faeiz. Dania menjulingkan matanya ke atas, malas mahu mendengar bebelan lelaki yang berada di hadapannya itu. Tak habis-habis dengan bebelannya, nak kata perempuan, bukannya datang bulan. Hmmm....

62

Sya Ryanna

Bab 10
UDAH hampir empat bulan berlalu. Kehidupan Faeiz berjalan seperti biasa. Masih lagi bekerja sebagai peguam, keluar ke sana sini dan sentiasa bertemu dengan Ilyana, seolah-olah tiada berlaku perubahan apa-apa ke atas dirinya sejak empat bulan yang lalu. Namun tidak bagi Dania. Dia sentiasa bersendirian. Keluar juga tidak selalu, hanya dua, tiga kali dalam sebulan. Ada kalanya juga dia terserempak dengan Faeiz dan Ilyana, namun tidak diendahkan oleh Faeiz. Kadangkala juga dia terkilan dengan sikap Faeiz, disebabkan itulah diam-diam dia mengambil dadah lagi tanpa dikesan oleh lelaki itu. Pada awalnya dia ingin berubah dan tidak mahu mengambilnya lagi, sangkanya Faeiz akan membantu dia, tetapi perkara yang sebaliknya pula yang terjadi. Mereka berdua jarang bertemu. Faeiz masih tetap pulang ke kondominium tersebut, tetapi mereka tidak pernah bertembung kerana Faeiz selalunya akan pulang lewat malam, selepas Dania sudah pun masuk tidur. Ketika sedang asyik menikmati hidangan, tiba-tiba

63

Andainya Bukan Untukku

sahaja telefon bimbit Faeiz berbunyi. Ia turut mengejutkan Ilyana yang duduk betul-betul bertentangan dengan Faeiz. Faeiz melihat, ada pesanan yang masuk. Mesej daripada Dania rupanya. Apa mangkuk ni nak? Omel hati Faeiz. Dua bulan yang lalu, dia telah membelikan sebuah telefon bimbit untuk Dania. Itu pun hanyalah untuk perkara-perkara penting yang perlu Dania sampaikan. Wei, aku nak retake SPM aku. Aku nak dalam 5 je.... Esok last bayar. Aku ambil calon persendirian. Ambil SPM lagi? bisik Faeiz sendirian. Berkerut keningnya kehairanan. Berapa banyak kali kau nak ambil SPM ni? Mintak pun bukan main banyak. Dah! Aku tak ada duit. Faeiz menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket. Dia menyambung suapannya semula. Dia menyumpah-nyumpah Dania di dalam hati kerana mengganggunya pada ketika ini. Tidak sampai tiga minit, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Faeiz mula rasa tidak senang. Begitu juga Ilyana yang terasa sedikit terganggu. Dulu aku sempat jawab 5 paper je. Yang lain aku tak ambil. Aku ambil mana yang aku belum ambil lagi masa SPM dulu tu je. Tak

64

Sya Ryanna

banyak. Adalah dalam 8 subjek lagi. Yang duit lebih tu aku nak pergi extra class, ada yang aku dah lupa. Lapan subjek? Sikitlah sangat kau cakap tu, bisik Faeiz sambil membaca mesej itu. Ilyana yang sedari tadi memandang Faeiz berasa hairan. Lelaki itu tidak habis-habis dengan mesejnya sehingga dia yang berada di hadapan pun langsung tidak diendahkannya. Mesej siapa tu, sayang? Macam urgent je I tengok you reply? soal Ilyana yang terasa tidak senang dengan Faeiz pada ketika itu. Faeiz mendongak, memandang Ilyana yang mula rasa syak. My sislah, sayang. Dia nak masuk semester akhir. So, banyak duit yang nak kena pakai. Loan dia tak masuk lagi, dia nak pakai duitlah. Bohong Faeiz. Oh, Raeyna dah masuk semester akhir ke? soal Ilyana bersama kelegaan yang teramat. Faeiz mengangguk sambil menaip mesej sebagai jawapan untuk Dania sama ada dia akan memberinya ataupun tidak. Tidak lama kemudian, bunyi mesej berdering lagi sebaik sahaja Faeiz menghantar mesej jawapan kepada Dania. Dia terus membaca. Okey. Nanti kau letak je kat atas meja. Pagi esok aku keluar, nak bayar duit SPM & duit untuk extra class tu. Maybe aku lambat sikit, alang-alang nak beli buku sekali. Kalau macam tak cukup, esok aku mintak lagi.

65

Andainya Bukan Untukku

RANCANGANNYA berjaya. Ini gara-gara melihat berita tentang keputusan SPM yang baru sahaja keluar di dada televisyen. Terasa kesal membelenggu diri kerana tidak sempat menyempurnakan pengajiannya dahulu. Kalau aku ambil, mesti dah dapat result hari ni. Dia terasa begitu kerana melihat keputusan yang begitu membanggakan di kalangan rakan sebayanya. Sudah tentu mereka ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di universiti, tidak kiralah di dalam mahupun di luar negara. Dadanya diselimuti sesalan. Jika diturutkan hati, mengambil SPM merupakan hajat arwah ayahnya yang terakhir, supaya dia dapat meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Hajat arwah hanya ingin melihat dia berjaya, sekali gus membuka mata abang-abang dan kakak-kakaknya bahawa dia juga anak yang berguna dan dapat membanggakan mereka sekeluarga. Namun kematian ayahnya yang secara tiba-tiba membuatkan Dania berputus asa. Selama ini hanya ayahnya itu sahajalah yang memberi semangat dan motivasi kepadanya tanpa jemu. Disebabkan itulah dia mulai berubah. Adik-beradiknya yang lain sering mencemuhnya kerana kehadirannya dianggap sebagai membawa malang kepada keluarganya. Sejak itulah dia mula terjebak dengan pengambilan dadah. Dia terus menutup televisyen lalu bangun dari sofa untuk masuk ke dalam biliknya. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil yang sudah empat bulan menjadi peneman tidurnya. Belum sempat matanya terlelap, telefon bimbit pemberian Faeiz tiba-tiba sahaja berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Pantas dia mengambil telefon bimbit itu dan membacanya.

66

Sya Ryanna

Kau nak aku temankan kau ke esok? Esok aku tak ada hal. Ilyana pun ada operation esok pagi dan petang. Dania hairan. Belum pernah sekali pun Faeiz ingin menemaninya ke mana-mana sejak mereka dinikahkan. Ada juga sekali-sekala Dania mengajaknya, tetapi ada sahaja alasan yang diberi untuk mengelak. Dia pantas membalas mesej Faeiz itu. Tak payahlah. Aku boleh pergi sendiri. Pandaipandailah aku nak jaga diri. Dania meletakkan telefon bimbit itu di sebelahnya. Pasti Faeiz akan membalas semula mesej itu. Tidak lama kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Ha... kan betul! Aku tak nak jadi apa-apa kat kau. Nanti kalau jadi apa-apa kat kau, aku jugak yang dipertanggungjawabkan. KL ni bukan macam kat kampung kau. Hesy, susah betullah mangkuk ni! Geram pulak aku. Bila diajak macam-macam alasan dia bagi. Bila tak nak, dia pulak yang beriya-iya nak offer diri, bebel Dania sendirian. Dia membalas lagi. Habis, asal aku ajak macam-macam kau bagi alasan. Itulah, inilah. Malas nak tanya kau, lebih baik aku pergi sendiri.

67

Andainya Bukan Untukku

Pasti kali ini Faeiz sudah tidak membalas mesejnya lagi. Selalunya bila Dania menghantar sebegitu, Faeiz tidak akan membalasnya lagi. Dia terus memejamkan matanya dan meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Belum pun sempat dia membetulkan kedudukannya semula, telefon bimbitnya berdering lagi. Macam mana pun, esok aku temankan kau jugak. Jangan nak membantah. Kalau tak, siap kau. Aku tak nak bagi duit kat kau. Malam ni kau siapkan makan malam, aku balik awal hari ni. Dah lama tak jumpa kau. Makin pelik pulak aku tengok dia ni. Omel Dania. Belum pernah sekali pun Faeiz menyuruhnya menyiapkan makan malam, kerana sebelum itu, dia pernah juga menyediakan makan malam, namun tidak pernah dijamah oleh lelaki itu. Sudahnya segala makanan itu menjadi habuan tong sampah keesokan harinya. Membazir betul!

JAM sudah menunjukkan hampir ke pukul sembilan tiga puluh minit malam, namun bayang Faeiz masih lagi belum kelihatan. Dania yang sudah lama menunggu di ruang tamu mula bangun dan terus ke balkoni, mengambil udara luar sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur pada waktu malam. Lama dia berada di situ. Sekali-sekala angin sepoisepoi bahasa menampar lembut wajah mulusnya itu. Tanpa Dania sedar, Faeiz yang baru sahaja pulang dan membuka kunci pintu kondominiumnya melihat Dania

68

Sya Ryanna

yang berada di balkoni dari jauh. Lama dia merenung Dania. Entah bagaimana sebaik sahaja dia memandang Dania, jantung Faeiz seakan-akan berdegup kencang. Perlahanlahan dia menutup pintu dan terus masuk ke dalam biliknya untuk mandi, menukar pakaian dan seterusnya solat isyak. Dania yang sejak tadi berada di balkoni masuk semula ke dalam dan menutup pintu gelangsar lantas menghidupkan televisyen. Meskipun matanya kini sudah mengantuk, namun dipaksanya juga untuk terus berjaga. Mujurlah ada rancangan yang disukainya, jika tidak sudah lama televisyen itu yang menontonnya. Sedang khusyuk menonton, terasa ada seseorang berdiri di sebelah kirinya. Belum pun sempat dia mengalihkan pandangannya ke sebelah kiri, orang tersebut telah pun duduk di sebelah kanannya. Pantas Dania mengalihkan pandangannya ke sebelah kanan pula. Dia menjerit kerana terkejut. Hoi, apa kau jerit ni? Terkejut aku tau tak? kata Faeiz yang mengurut-urut dadanya kerana terkejut dengan jeritan Dania sebentar tadi. Dania yang juga terkejut turut mengurut-urut dadanya. Macam mana aku tak jerit, jalan pun macam pencuri. Bila kau balik, aku tak dengar pun? tanya Dania. Dah lama aku balik pun. Tadi aku nampak kau termenung dekat balkoni tu, aku malaslah nak tegur. Aku terus masuk bilik. Kau rindu aku, eh? balas Faeiz nakal. Kata-kata Faeiz itu membuatkan darah Dania terasa naik ke muka. Pantas dia memukul Faeiz dengan bantal kecil yang berada di sofa itu sehingga Faeiz telentang dek pukulannya yang tidak henti-henti. Kau memang suka buat aku marah, kan? Kau

69

Andainya Bukan Untukku

memang nak suruh aku cepat mati, kan? Tak ada masa aku nak rindu kat kau, tau tak! Aku risau sebab makanan yang aku dah masak tu je. Dahlah banyak, aku bukannya mampu nak habiskan semua. Lepas tu suruh aku masak makananmakanan kau. Ambil ni, sengal! Sengal! marah Dania yang terus-terusan memukul Faeiz sehingga dia lelah sendiri. Faeiz pula tidak habis-habis dengan gelak tawanya membuatkan Dania semakin geram. Apa dia ni nak gelakgelak pulak! Bukannya ada lawak pun. Memang saja nak cari nahas dengan aku! Omelnya dalam hati. Faeiz terlalu asyik memandang Dania. Hairan membalasnya. dengan pandangan lelaki itu, Dania

Faeiz tersenyum meleret. Apa kena pulak mangkuk ni? Tersengih-sengih macam kerang busuk je, bisik Dania. Hairan. Dahinya berkerut-kerut. Kau tak perasan sesuatu ke? soal Faeiz tersengihsengih. Perasan apa pulak ni? tanya Dania pula. Apa pulak dia ni? Faeiz yang sedari tadi memandang Dania, memberi isyarat kepadanya. Dania memandang. Ya Allah! Kurang ajar kau. Mengintip eh! marah Dania lalu bangun dan masuk ke bilik dan menukar pakaiannya. Leher pakaian yang dipakainya itu agak luas sehingga boleh menampakkan susuk tubuhnya. Kau ni, nak bagi free show dengan aku, agakagaklah. Tapi buatlah lagi. Alah, tak apa pun. Kitakan suami isteri! jerit Faeiz.

70

Sya Ryanna

Dania yang baru sahaja menukar pakaiannya pantas mendapatkan Faeiz lalu dipukulnya lagi. Kali ini lebih kuat. Kau ni memang, kan? Sengaja nak cari pasal dengan aku. Ada je yang kau nak tengoklah, apalah! Kalau dah lelaki tu, lelakilah jugak! Ambik kau! marah Dania lalu memukul Faeiz dengan sekuat hatinya. Dahlah tu. Sakit tau tak! balas Faeiz yang kini sudah mulai lemah. Dahlah kau buat tak kisah je dengan aku. Kau tinggalkan aku sorang-sorang. Sakit ke aku, ada kau kisah? Bila dah macam ni, nak ambil kesempatan pulak. Kau memang tak guna, tau tak! Tak guna! marah Dania. Sebaik sahaja terdengar luahan Dania itu, Faeiz mula terasa yang sudah lama dia mengabaikan Dania. Dia merenung mata Dania kali ini dengan penuh perasaan. Pukulan Dania turut terhenti. Faeiz perlahan-lahan bangun daripada baringnya lalu duduk bersama Dania. Dia tunduk. Alololo... merajuklah pulak...! Okey, maafkan aku. Aku tak maksud nak buat macam tu dengan kau. Dah lama aku abaikan kau. Aku mintak maaf, okey, pujuk Faeiz. Dania diam. Faeiz mengelus-elus pipi Dania. Dania cuba menepis. Aku laparlah. Aku tak nak makan penumbuk kau tu. Dah sakit-sakit ni kau pukul aku. Tak kenyang pun aku makan penumbuk kau tu, pujuk Faeiz lagi. Aku pergi sediakan dulu, kata Dania lalu bangun menuju ke ruang dapur mengambil makanan lalu diletakkannya di atas meja makan satu demi satu sehinggalah selesai.

71

Andainya Bukan Untukku

Sebaik sahaja melihat Dania selesai meletakkan hidangan di atas meja, Faeiz terus ke ruang makan dan duduk. Dania terus menyenduk nasi dan menuangkan air kepada Faeiz. Setelah selesai, Dania terus berlalu, tetapi tangannya sempat ditangkap oleh Faeiz. Jom, makan sekali, ajak Faeiz. Dania menggeleng. Tak pelah. Aku dah makan, aku nak masuk bilik dulu, kata Dania, menolak pelawaan Faeiz walaupun pada hakikatnya perut menjerit-jerit meminta diisi. Belum sempat dia melangkah, tiba-tiba perutnya menghasilkan bunyi sehingga dapat didengar oleh Faeiz. Huh, perut ni pun, buat malu aku je.... Dah, tak payah nak mengelak dengan aku. Perut kau tu dah jerit-jerit tu. Nanti kena gastrik, siapa yang susah? marah Faeiz lalu bangun menuju ke dapur mengambil pinggan dan gelas untuk Dania. Duduk! arah Faeiz. Pantas Dania menuruti arahan Faeiz. Faeiz pula yang menyenduk nasi dan menuangkan air untuk Dania. Alah... kalau aku kena gastrik pun ada ke kau kisah? Selama ni kau tak pernah nak kisah pun, omel Dania persis orang merajuk. Namun, Faeiz masih dapat mendengarnya. Sayu pula hatinya bila mendengar kata-kata Dania tadi. Sudahlah dia terpaksa mengorbankan usia remajanya, dihalau dengan ahli keluarga sendiri. Bila dah sampai sini, aku pulak yang buat tak peduli pasal dia. Faeiz mengeluh panjang. Kau tu kena makan banyak sikit, takdelah macam

72

Sya Ryanna

papan sekeping je. Pakai baju kecik mana pun, besar jugak jadinya. Memanglah boleh nampak... kata Faeiz. Dania seakan mengerti dengan maksud Faeiz itu. Pasti dia mahu memberitahu kejadian tadi. Lepas ni kau kena urut aku tau! arah Faeiz. Apa ni? Aku mana boleh buat... bangkang Dania. Haah... tak boleh melawan. Kalau kau melawan, takde duit untuk esok, ugut Faeiz. Dania mencebik, mulalah dia menarik muncungnya sedepa. Ada je yang nak disuruh buat. Menyampah betul. Sikit-sikit nak mengugut je, omel Dania. Faeiz hanya tersenyum melihat kerenah Dania begitu. Alah, bukannya selalu pun aku buat kau macam ni, kan? balas Faeiz sambil tersenyum. Muncung Dania makin bertambah panjang. Hendak sahaja Faeiz ketawa melihat gelagat Dania. Entah mengapa, dia dapat merasakan bahawa mereka begitu mesra malam ini. Jika sebelum ini mereka tak ubah bagaikan Palestin dengan Israel, tetapi malam ini mereka bagaikan Britain dengan Amerika Syarikat pula. Hati kecilnya dapat merasa bahawa Dania begitu istimewa. Lain daripada gadis yang pernah didampinginya. Seperti Ilyana. Namun Ilyana dan Dania baginya bagaikan langit dan bumi. Ilyana seorang yang sentiasa menjaga penampilan dan terserlah wajah ayunya serta berambut panjang. Setiap lelaki pasti akan tergoda, dan sudah pastinya ramai di kalangan orang tua menyukai Ilyana kerana berbudi pekerti dan bersopan santun. Tidak pernah langsung dia meninggikan suara di hadapan orang tuanya.

73

Andainya Bukan Untukku

Sifat Dania pula bertentangan daripada semua sifat sempurna Ilyana. Gadis yang berperwatakan seperti lelaki, tetapi kini sedikit demi sedikit perwatakan itu sudah semakin pudar. Dan tanpa Faeiz sedari kini dia telah berubah menjadi seorang gadis. Namun, perangainya kadang-kadang agak menjengkelkan. Keras kepala, selalu melakukan tindakannya sendiri tanpa memberitahu, membuatkan Faeiz terasa sukar mahu memahami gadis ini. Pakaiannya juga masih seperti yang dulu, tidak ubah seperti lelaki. Namun kini sedikit demi sedikit dia dapat melihat perubahannya. Hesy, semaklah! jerit Dania tiba-tiba. Apa yang semak pulak ni? soal Faeiz yang kehairanan. Aku ke yang semak? Rimas ni.... Ni... dah panjang tau tak! marah Dania sambil menuding jari ke arah rambutnya. La... ingatkan apalah tadi yang semak, rimas.... Bisik hati Faeiz. Biar jelah rambut tu panjang. Cantik apa... tak payah potong! Baru panjang sikit dah membebel. Entah apaapalah kau ni, arah Faeiz sambil melihat rambut Dania. Haah, dah panjang rupanya rambut dia ni.... Rambut Dania kini sudah mulai mencecah bahunya, kelihatan lurus dan bersinar tak ubah seperti iklan syampu di televisyen. Tak selesalah. Aku mana pernah rambut panjangpanjang ni. Nak kena ikatlah, lepas tu syampu mesti cepat habis, kata Dania. Syampu cepat habis? Apalah kau merepek ni. Benda kecik pun kau nak berkira jugak ke? Eh, syampu tu berapa tong sekali pun aku boleh belikanlah, kata Faeiz.

74

Sya Ryanna

Jawapan yang diterima daripada mulut Dania seakan tidak logik. Syampu cepat habis? Mental betullah! Walau macam mana pun, aku tetap rimas rambut panjang. Esok aku nak potong, kata Dania. Eh, aku nak tanya sikit. Pernah tak orang papa kedana gara-gara beli syampu? soal Faeiz. Dania diam. Memanglah takde orang papa kedana gara-gara beli syampu! Saja nak kenakan aku mangkuk ni! Kau ni, nampak sangat dalam seminggu tukan, kau syampu sekali je, kan? Teruk betullah kau ni! Sedangkan aku yang lelaki ni pun syampu tiap-tiap hari. Dah, tak payah potong, bebel Faeiz. Muktamad. Dia suka melihat rambut baharu Dania ini. Eee... banyak bising pulak mangkuk ni. Aku sumbat mulut kau tu dengan gelas kang, baru tau! Kau nikan, macam mak cik-mak ciklah! Membebel je.... Tak nak bagi kau duitlah esok. Tu ajelah yang kau nak kata. Kan senang aje cakap tak payah bagi duit tu, aku pun tak payah nak ambil periksa lagi, menghabiskan duit kau aje. Aku ni menyusahkan kau aje, kan? balas Dania lalu mencebik. Muncungnya juga sudah panjang sedepa. Lama Faeiz diam, mungkin juga dia tersentap dengan kata-kata yang baru sahaja terpacul daripada bibir mungil gadis itu. Habiskan makanan ni dulu, lepas ni baru kita bincang pasal tu, balas Faeiz dengan nada yang lembut. Memujuk. Haippp... jangan buat muka macam tu kat depan

75

Andainya Bukan Untukku

rezeki! Tambah Faeiz bila melihat wajah Dania yang masam mencuka itu. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulutnya dengan penuh berselera.

OIT... oit! Nak pergi mana tu? tanya Faeiz sebaik sahaja melihat Dania melangkah masuk ke dalam biliknya. Kejaplah! Nak tukar baju. Aku taulah nak mengurut kau tu! balas Dania. Dania mengeluh berat. Mengada-ada betul mangkuk ni. Suruh itulah, inilah... bisiknya sendirian. Dia terus mengunci pintu bilik dan menukar pakaiannya kepada pakaian tidur. Hajatnya, setelah dia mengurut dia mahu terus masuk tidur. Cepat sikit! Kau ni, dah lama aku tunggu, arah Faeiz yang sudah mula merungut minta diurut. Dania mencebik sambil menghamburkan kata-kata yang kurang difahami oleh Faeiz. Hanya Dania yang tahu, dia menyumpah-nyumpah Faeiz. Hei, apa yang kau cakap ni? soal Faeiz yang kurang mengerti dengan bebelan entah daripada bahasa mana yang dikatakan oleh Dania. Kurururu... rururu... balas Dania. Kau nak jadi ayam eh? tanya Faeiz. Dania memulakan tugasnya mengurut bahu Faeiz. Agak kuat urutannya. Pelanlah sikit, bertambah sakit pulak aku rasa, arah Faeiz. Dania memperlahankan sedikit urutannya.

76

Sya Ryanna

Hesy, takde rasa apa pun. Kau ni reti mengurut ke tak? soal Faeiz. Dania bertambah geram. Sengaja dia menekan kuat bahu Faeiz. Urutlah sendiri! Dah tahu aku tak reti mengurut, kau suruh jugak aku urut! marah Dania. Dia terus menolak Faeiz sehingga Faeiz tersadung ke hadapan. Dania terus bangun dari sofa. Ada sahaja yang salah, ada sahaja perlakuannya yang tak kena di mata Faeiz. Faeiz menarik tangan Dania. Dia cuba menahan Dania daripada terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Dania berpaling. Faeiz melemparkan senyuman, tetapi tidak dibalas langsung oleh Dania. Aku mintak maaf, eh. Dahlah, tak payahlah nak urut aku lagi. Meh, duduk sini dengan aku. Kita tengok TV sama-sama, ajak Faeiz. Perlahan-lahan Faeiz menarik Dania duduk di sisinya. Bagaikan kerbau yang dicucuk hidung, Dania hanya menurut tanpa membantah sedikit pun. Dia turut merelakan tangan Faeiz berada di bahunya dan terus rapat dengannya. Mata mereka terus sahaja tertancap ke kaca televisyen. Sebenarnya, dari tadi aku nak tanya kau ni. Kenapa kau nak ambil SPM lagi? soal Faeiz. Dania mendongak, memandang wajah Faeiz. Faeiz juga memandang Dania. Pandangan Dania kembali ke kaca televisyen. Kan aku dah cakap, aku sempat ambik lima subjek je. Yang lain, aku tak ambik pun sebab aku balik kampung dan tak balik ke MRSM lagi lepas tu. Bodoh, kan? balas Dania.

77

Andainya Bukan Untukku

Bukan bodoh. Jangan cakap bodoh. Kurang pandai aje tu, seloroh Faeiz. Isy... samalah tu! Tak... lebih sopan sikit. Eh... tadi kau kata kau belajar kat MRSM? ulang Faeiz. Dania mengangguk perlahan. Di kaca televisyen masih lagi memaparkan keputusan SPM para pelajar yang cemerlang. Berita keputusan itu membuatkan hati Dania membuak-buak untuk menyambung semula pelajarannya yang tertangguh. Ini semua gara-gara sikapnya sendiri yang terlalu mengikut perasaan. Siang tadi aku tengok kawan aku kat dalam TV, pasal result dia orang. Tu yang aku mesej kau tengah hari tadi. Kalau aku tak macam ni, mesti aku pun macam dia orang, tambah Dania dengan suara yang mula merendah. Sebak cuba disisihkan ke penjuru hati. Salah sendiri... apa yang perlu disesalkan lagi? Kau dulu MRSM? Pandainya kau! Dulu aku apply tak dapat pun. Kat mana? soal Faeiz. Kat Langkawi je. Ala... cerita lama kut. Benda dah lepas pun. Sekarang ni kau bagi tak? tanya Dania. Langkawi? Tukan boleh kata MRSM yang terbaik, kan? Hmmm... kenapa aku tak bagi pulak? Nikan masa depan kau jugak. Aku tak nak halang kau buat apa yang kau suka. Tapi jangan sesekali kau nak ambil benda tu lagi sudahlah. Kalau aku dapat tau kau ambil benda tu lagi, siaplah kau, balas Faeiz. Dania hanya diam. Pandangan Faeiz masih lagi tertumpu pada televisyen. Kemudian, sengaja Dania melentokkan kepalanya pada bahu Faeiz. Kakinya diangkat lalu disimpuhkan.

78

Sya Ryanna

Faeiz hanya merelakan sahaja perbuatan Dania itu. Kau ni kira beruntung dapat masuk MRSM, aku apply tapi tak dapat. Agaknya, IQ aku tak macam kau kut. Mesti kau lagi pandai daripada aku, kan? Kau kena janji dengan aku, kali ni kau mesti buat elok-elok. Kalau nak ambil semua balik pun tak pe. Aku yang tanggung, yang penting kau buat elok-elok. Jangan macam dulu lagi, pesan Faeiz panjang lebar. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni? Nia... Nia? Panggil Faeiz. Pantas dia menoleh Dania di sebelah. Lah... tidur dah dia ni. Patutlah bahu aku rasa macam berat sebelah je, ngomel hati Faeiz. Dia tersenyum sendirian. Perlahan-lahan dia bangun dan mencempung Dania agar gadis itu tidak bangun daripada tidurnya. Sekalisekala dia memandang Dania yang sedang tidur. Perlahanlahan dia membawa Dania menuju ke bilik tidur dan dibaringkan di atas katil lantas diselimutkan. Dalam diam, dia membelai ubun-ubun Dania dan mencium pipi gadis itu tanpa disedari. Wajah Dania begitu mulus, bibirnya yang mungil itu jugalah yang selalu dimuncungkan. Begitu lama dia menatap wajah Dania, ditiliknya begitu lama, baru dia sedar kecantikan asli Dania. Hmmm... betullah, rambut dia dah panjang, desis hatinya sambil membelai rambut yang telah menawan hatinya itu.

79

No. ISBN:- 978-967-5067-41-9 Jumlah muka surat:- 640 Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25 Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21 Sinopsis:Dania diperangkap oleh rakannya sendiri yang menyebabkan dia dan peguam muda yang mengendalikan urusan harta keluarganya, Faeiz dinikahkan. Demi menutup malu, Tahir (abang Dania) memutuskan untuk mengusir Dania keluar dari rumahnya. Maka, hiduplah Dania dan Faeiz dengan cara masing-masing. Faeiz kemudiannya berkeputusan untuk menghantar Dania tinggal bersama Ilyana, kekasihnya tanpa ketahuan Ilyana yang Dania itu adalah isteri Fariez. Rahsia tersebut terbongkar apabila Dania mengundur diri dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita. Niatnya hanya untuk memberi laluan kepada Ilyana yang dirasakan lebih layak

untuk membina mahligai bahagia bersama Faeiz. Namun, Faeiz tidak pernah bahagia meskipun perkahwinannya dengan Ilyana terbina memang atas kehendaknya dan bersama wanita pilihannya. Fariez rasa amat bersalah kepada Dania. Sementelah dia tidak berjaya mencari Dania untuk membetulkan semula keadaan mereka. Bertahun kemudian, Dania dan Faeiz bertemu semula. Pada waktu itu, Firdauz dan Qaseh Rania sudah pun wujud dalam hidup Dania. Aku reda, andainya dia lebih sayangkan kau daripada aku sekarang ni. Aku reda andainya dia bukan lagi untuk aku. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan ANDAINYA BUKAN UNTUKKU di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196