You are on page 1of 11

BAB 2 – SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

2.1 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi

Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan
diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah
hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan
tersebut adalah seperti berikut:
(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u
(ii) Huruf diftong: ai, au, oi
(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

2.1.1 Huruf Vokal

Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-
huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti
dalam rajah di bawah.

Huruf Fonem di depan di tengah di belakang
a [a] sapi badi lupa

e [ə] emak sena imperialisme
[e] enak petak tauge

i [i] itu simpan sini

o [o] oleh kota pidato

u [u] usang tunas siku
2.1.2 Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26
huruf, seperti rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang
/b/ b bahasa sebut adab

/c/ c cakap kaca Mac

/d/ d dua ada abad

/f/ f fakir tafsir maaf

/g/ g guna tiga beg

/ğ/ gh ghaib maghrib mubaligh

/h/ h hari saham tuah

/j/ j jalan manja kolej

/k/ k kami paksa katak

/x/ kh khusus akhir tarikh

/l/ l lekas alas kesal

/m/ m maka kami diam

/n/ n nama anak daun

/ŋ/ ng ngilu angin pening

/ń/ ny nyata hanya -

/p/ p pasang apa siap

/q/ q Qur’an wuquf buraq
/r/ r raih bara putar

/s/ s sampai asli lemas

/ś/ sy syarat isytihar Quraisy

/t/ t tali mata rapat

/v/ v vitamin universiti -

/w/ w wanita hawa -

/y/ y yang payung -

/z/ (i) z zaman lazat lafaz
(ii) x xenon - -

2.1.3 Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh
gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang
/ai/ ai aising ghairah pandai
trailer

/au/ au aurat saudara harimau
auditorium

/oi/ oi oidium boikot amboi

2.2 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua
suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku
kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
2.2.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal

(i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
(ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
(iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang
terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku
kata terakhir sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa
Melayu, iaitu:

Bil. Suku kata Suku kata Akhir Contoh Penggunaan
praakhir Tertutup
1. a a asal talak halaman
2. a i alih tarik parit
3. a u asuh datuk baruh
4. e (pepet) a emas kelam selam
5. e (pepet) i betik ketil lebih
6. e (pepet) u belut telur perut
7. e (taling) a elak dewan perang
8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh
9. e (taling) o elok belok telor
10. i a bilah kilang selinap
11. i i intip pilih sisih
12. i u pikul ribut tidur
13. o a otak borang sekolah
14. o e (taling) oleh boleh celoteh
15. o o obor borong kelompok
16. u a ulat bulat ketupat
17. u i ulit kulit putih
18. u u untuk buluh seluruh

2.2.2 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya
bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal
sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:
Bil Pola Contoh Bahasa Contoh Bahasa
Vokal Nusantara Inggeris
1. a-e taling aneh kaget pamer kabaret panel
2. a-o calon lapor perabot atom faktor
3. e pepet – e taling gembleng
4. e pepet – o bendok jempol gabenor interkom
5. i-e taling imlek simen tiket
6. i-o ijon pilon diftong transistor
7. u-e taling tulen ulet subjek dokumen
8. u-o bunglon lelucon kupon konduktor
9. a-e pepet pakem teater
10. e taling hipotesis objektif
11. e taling-u petroleum spektrum
12. e pepet – e pepet demdem pepet
13. i-e pepet iseng artikel filem
14. o-i fosil hipokrit
15. o-u bonus forum
16. u-e pepet lumer skuter
17. e taling – e pepet meter
18. o-e pepet Oktober

2.3 Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil

2.3.1 Nama Khas

Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat,
jabatan, jalan, taman perumahan dan cogan kata hendaklah ditulis dengan
huruf besar. Contohnya:
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Jalan Maharajalela
Taman Tun Dr. Ismail
2.3.2 Kata Sendi dan Kata Hubung

Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke,
dan, atas, dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. Contohnya:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia
Diari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan
(tajuk surat / memo)

2.4 Penggunaan Tanda Baca

2.4.1 Tanda Titik atau Noktah

Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan ditulis menggunakan
titik. Contohnya:
Dr. (Doktor) Sdr. (Saudara) En. (Encik)
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Tn. (Tuan)
Y.M. (Yang Mulia) Prof. (Profesor) Kol. (Kolonel)

2.4.2 Singkatan Umum

Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan
tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya:
b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan kepada)
u.p.(untuk perhatian) m.s. (muka surat)
dsb. (dan sebagainya) dll. (dan lain-lain)
hlm. (halaman) spt. (seperti)

2.5 Ejaan Nama Tempat / Nama Khas

Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang
ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.
2.5.1 Dalam Malaysia (Sebelum 1972)

Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972
dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya:
Cheras Klang Ayer Keroh Kampong Nyior

2.5.2 Dalam Malaysia (Selepas 1972)

Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972
digalakkan menggunakan ejaan baru. Contohnya:
Teluk Intan Taman Bukit Cahaya
Teluk Air Tawar Kampung Baharu

2.5.3 Luar Negeri (Melayu)

Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu
dikekalkan demikian. Contohnya:
Perancis Belanda Kanada
Japan Filipina Amerika Syarikat
Republik Rakyat China Mesir

2.5.4 Luar Negeri (Antarabangsa)

Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan
demikian. Contohnya:
England New York Cuba Bosnia-Herzegovina

2.6 Ejaan Nama Orang

Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang
telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal.
Selepas tahun 1972, kita digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau
bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalam
sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.
2.7 Penulisan Partikel

Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun. Dalam
ejaan baku bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yang
mendahuluinya tanpa tanda sempang, seperti contoh yang berikut:
adalah siapakah bilatah
tolonglah itukah apatah

Ada dua cara menulis partikel pun iaitu:

2.7.1 Ditulis Terpisah

Partikel pun yang bermaksud ‘juga’ ditulis terpisah daripada kata yang ada
disampingnya iaitu:
Apa pun yang dilakukannya tetap mendapat perhatian.
Rambutnya pun tidak bersikat.
Akibat terlalu letih, dia pun tertidur.

2.7.2 Ditulis Serangkai

Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai
dengan partikel pun iaitu:
adapun andaipun biarpun kendatipun
mahupun sekalipun walaupun ataupun
bagaimanapun kalaupun lagipun meskipun
sungguhpun

2.8 Penggunaan di dan ke

2.8.1 Sebagai Kata Sendi

Berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis
terpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Contohnya:
Dari Ave Maria ke jalan lain ke Roma.
2.8.2 Sebagai Kata Imbuhan

Berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya.
Contohnya:
disimpan kedua diawasi
kelima-lima disyorkan kehendak
dipercepat kesemua dikenal pasti
kesudahan

2.9 Penulisan Tanda Sempang

Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan
seperti di bawah:

2.9.1 Menulis Kata Ganda Penuh

Contohnya:
Anak-anak Pegawai-pegawai
Lambat-lambat Kerusi-kerusi

2.9.2 Menyambung Suku Kata

Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan
oleh penggantian baris seperti:
...mereka yang bertang- ...mesti bersabar da-
gungjawab sahaja... lam banyak hal...

2.9.3 Perjelaskan Ungkapan

Contohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi
2.9.4 Merangkaikan Huruf

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf
kecil pada kata yang sama seperti:
Hamba-Mu Rahmat-Nya KDN-nya
Pro-Arab Se-Malaysia

2.9.5 Mengaitkan Kata Sendi

Tanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendi ke dengan angka,
seperti:
Ke-20 Ke-100 Ke-3,000

2.9.6 Merangkaikan Angka

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan
tahun dengan akhiran –an seperti:
Tahun 50-an Tahun 60-an Tahun 70-an

2.9.7 Menyatakan Hubungan

Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-kata
pada rangkai kata setara tertentu atau kata istilah seperti:
Alat pandang-dengar
Lebuh raya utara - selatan