You are on page 1of 149

Aireen Aryana

Bab 1
OM main kahwin-kahwin ajak Syiha apabila terpandang Wan Aakif Akmani yang baru sahaja menapak menuju ke arah mereka. Hatinya berbunga riang. Jom!!! sambut Arwin Raisha kuat. Turut seronok melihat kelibat Wan Aakif Akmani. Abang Wan jadi suami la. Syiha tarik tangan Wan Aakif Akmani. Win nak jadi isteri! Arwin Raisha berlari di sisi Wan Aakif Akmani. Win! Aku nak jadi isteri kau jadi orang gaji! Syiha tolak tangan Arwin Raisha kuat sehingga Arwin Raisha hampir terjatuh. Tapi Win isteri Abang Wan! Bibir Arwin Raisha bergetar. Matanya mula kemerahan. Wan Aakif Akmani mendengus kecil. Kalau nak main kahwin-kahwin, ajak orang lain

Lelaki Versi Dia

aku nak main dengan Izz. Wan Aakif Akmani mula melangkah pergi. Syiha mengetap bibirnya, geram. Mata Syiha mencerlung ke arah Arwin Raisha. Kau punya pasal la ni! Abang Wan tak nak main dengan aku! Arwin Raisha tercebik-cebik menahan tangis. Tapi Win isteri Abang Wan. Mana ada! Aku la isteri Abang Wan! Win dulu yang jadi isteri Abang Wan. Tangisan Arwin Raisha mula kedengaran. Syiha ikut menangis sama. Kenapa ni? Izz Harraz muncul di depan rumah dengan menjinjit kasut bola. Dahinya berkerut. Abang Izz, Syiha jahat! Arwin Raisha mengadu sambil berlari mendapatkan Izz Harraz. Izz Harraz menoleh ke arah Syiha dengan garang. Budak perempuan ni asyik mengganggu adik aku aje! Apa kau dah buat dengan adik aku, hah? tempelak Izz Harraz. Syiha yang terkejut terus berlari ke rumahnya bersebelahan dengan rumah Izz Harraz dan Arwin Raisha. Izz Harraz tersenyum puas. Tahu takut.... Dari dahulu memang dia tidak menggemari Syiha. Budak perempuan itu terlalu banyak cakap. Sekali dia datang, bising satu dunia! Rasa nak cilikan mulut dia pun ada! Pasal dia la aku kena tuduh curi buah mangga Pak Aji. Mulut Syiha suka menfitnah. Ha, Syiha dah lari... lain kali jangan main dengan dia lagi. Abang Izz nak pergi padang dengan Wan. Win jangan merayau-rayau. Duduk rumah dengan mak.

Aireen Aryana

Abang Izz, Win ikut? Arwin Raisha tunjuk muka kasihan. Tak boleh Win larang Izz Harraz. Sekali lagi sendu Arwin Raisha kedengaran. Win nak tengok Abang Wan rengeknya. Oh jadi inilah kes dia? Suka dengan Abang Wan ek? Izz Harraz menggeleng perlahan. Adoi budak-budak pun reti main cinta. Win isteri Abang Wan! Suara tangisan Arwin Raisha mula kedengaran. Izz Harraz tercengang. Apa dah jadi ni? Baru umur lapan tahun dah nak menggatal dengan budak lelaki umur dua belas tahun? Gila apa! Oiii... Izz! Lambat lagi ke? Kang aku blah kau bising pulak! Suara Wan Aakif Akmani mencelah di hujung jalan. Izz Harraz terkebil-kebil seketika. Wei, Wan... kau punya hal la ni! Adik aku tangkap cintan dengan kau la bro.... Aku peduli apa? Dah la wei. Aku blah dulu. Wan Aakif Akmani berjalan dengan selamba sambil menjinjing kasut bola. Izz Harraz mengeluh perlahan. Arwin Raisha yang sedang menangis ditepuknya berkali-kali sebelum dia turut pecut ikut langkah sepupunya, Si Aakif ke padang bola.

Lelaki Versi Dia

Bab 2
KU berjalan menuju ke arah perhentian bas. Seharian aku terpaksa menahan panas sebab bekalan elektrik tiba-tiba terputus di pejabat. Seksa gila! Ingatkan bos bagi cuti setengah hari, tapi hampeh... tak adanya dia nak kasi kita orang cuti-cuti Malaysia. Kedekut nauzubillah! Tapi sebab aku tengah cari makan kat sana, kena reda aje la. Orang bawahan la katakan.... Ni satu hal lagi kena tunggu bas lama-lama kat sini. Kalau ada putera raja yang jemput, kan best? Aku terpaksa duduk di tepi sekali. Itu pun dah berasak-asak dan bersempit-sempit tumpang duduk dengan mak cik yang bersoksek-soksek sedari tadi. Bingit. Tapi tak apa la... aku cuba juga tahan sabar. Tiba-tiba teringat muka housemate aku yang tak berapa nak ayu tu. Malam tadi dia marah sakan sebab aku panaskan nasi goreng seafood dia sampai hampir terhangus. Muka masam mencuka okey lagi... tapi dia siap mandremkan aku tu. Esok siap la kau... nasib kau tak sebaik hari ni!

Aireen Aryana

Cismen punya kawan! Masin gila mulut dia. Hu hu hu... tapi aku tau dia bukanlah jahat mana pun. Barangkali dia bengang tengok makanan dia jadi macam tu sebelum tiba waktu untuk dimakan. Aku tersentak ketika bunyi telefonku membingit tiba-tiba. Aku bergegas menyelongkar segala isi handbag jenama Gucci. Gucci bukan sebarang Gucci, ni Gucci penat aku cari kat pasar malam. Tolong la jangan ada sesiapa yang ikut perangai buruk aku yang menyokong dan membeli barangan cetak rompak. Tapi nak buat macam mana... kalau hati dah teringin nak pakai handbag jenama mahal dan kewangan pula tak mengizinkan? Telefon bimbit jenama LG aku letak di tepi telinga dengan senyuman yang mula memekar di bibir. Boyfriend telefon! Hi hi hi.... Hai, beb! Kedengaran suara mesra di hujung sana. Sweet boy, kat mana? Aku gelak nakal. Kat pejabat. Dah makan ke sweet girl? Ada nada mengusik pada suara boyfriend aku tu. Aku gelak aje sebab dia puji aku sweet girl. Sweet la sangat! Belum. Dari tengah hari tadi tak makan lagi ni. Bos kasi kerja kipas dia sehari suntuk sebab elektrik tak ada. Aku bergurau. Walhal tak ada pulak bos nak gatal-gatal suruh aku kipas dia. Kalau bos tau ni, gerenti kena kerat lima belas! Biar betul? Aku tersengih. Dia tak percaya la pula.... Betullah! Takkan Win bohong kut.... Cant be true dear... takkan la kerja setiausaha tukar jadi kerja pengipas bos pulak?

Lelaki Versi Dia

Abang Izz apa tau? Betullah tak ada elektrik sehari kat ofis kita orang. Menyampah! Bos tak nak bagi kita orang cuti setengah hari. Kalau ada generator lain cerita. Lepas tu masa kita orang makan, dia suruh Win salin surat guna tangan. Penat menulis pun tak hilang lagi sampai sekarang. Ni, tengah duduk kat pondok bas sorang-sorang. Abang Izz tak nak jemput Win ke? Penat la bang... rungutku sedikit mengampu. Mana la tau kalau Abang Izz sudi nak jemput aku hari ini. Abang Izz kalau jumpa aku mesti dia belanja makan. Aku pula jenis yang demand sikit. Tak nak masuk kedai mamak. Apa kelas, kan? Aku kalau kedai mamak tu hari-hari dah pergi... jadi kurang-kurang pun aku minta dia belanja aku di KFC atau McD. Tahan sikit la girl... you, kan gengster Malaysia? Gengster? Helo... Win wanita Melayu terakhir okey! Kedengaran tawa di hujung talian. Perli la tu... Abang Izz tak adanya nak percaya yang aku boleh bertukar jadi wanita Melayu terakhir. Dengki betul! Sendiri fikir la. Hari tu bukan main lagi mengata Harriz mengada-ada sebab mengurat dia. Wuiii.. mau nangis cik abang sorang tu. Padan muka dia! Win tak suka dia, balas aku jujur. Bergelombang sejenak apabila terfikir pasal Harriz. Setiap sehari mesti ada satu panggilan daripada dia. Kalau kacak tak apa juga. Ni... muka macam tong karam! Tersengih-sengih miang dua puluh empat jam siapa yang dapat tahan? Isy... tak nak aku! Amboi... Harriz tak suka, Danny tak minat... cer bagitau kat Abang Izz, lelaki yang mana satu pilihan hati Arwin Raisha ni?

Aireen Aryana

Nak kena kasi tau Abang Izz jugak ke? Aku jongket kening. Of course la girl. Kalau Abang Izz dah dapat ciriciri pakwe idaman Win, senang Abang Izz nak carikan calon suami.... Aku menyeringai kecil. Boleh blah la Encik Izz oiii! Awak tu yang kena cepat-cepat cari calon isteri. Takkan nak bagitau ciri-ciri lelaki kegemaran kepada abang sendiri kut? Taulah Abang Izz tu boleh tahan poyo... tapi aku tak nak la kongsi rahsia hati dengan dia. Aku bukan jenis yang suka bagitau kat orang lain apa yang ada dalam hati aku. Kalau boleh aku tak nak orang lain tahu. Bak kata Datuk Siti, biarlah rahsia.... Ha ha ha! Abang Izz nak kasi adik Abang Izz ni kahwin dulu. Kalau Abang Izz kahwin dulu, siapa nak jaga adik Abang Izz yang nakal ni? Tu ayat cover. Aku dah tau sangat perangai Abang Izz. Selagi boleh mengelak berbincang pasal jodoh, selagi itu la dia tak nak fikir pasal nikah ke... kahwin ke. Dia kata yang penting sekarang ni enjoy. Sengaja keluar dari topik ke? usik aku dengan galak. Abang Izz berdeham kecil. Win, lusa Wan dah balik rumah.... Siapa? Wan la... Wan Aakif Akmani.... Takkan dah lupa kut? Aku tersentak mendengar nama itu meniti di deria pendengaran aku setelah sekian lama menghilang. Wan Aakif?

Lelaki Versi Dia

Haah la... baru enam tahun tak jumpa, Win dah lupa? I cant remember him clearly... tapi dia tu sepupu kita, kan? kataku teragak-agak. Nama itu membuahkan satu perasaan ganjil dalam diriku. Bukannya aku tak ingat dia... tapi aku memang tak nak ingat pasal dia. Aku pun tak faham kenapa dulu aku tergila-gilakan mamat sorang tu. Nak jumpa dia esok tak? Auntie Zita buat makanmakan esok. Berkerut dahiku. Buat makan-makan sebab Wan Aakif pulang dari oversea ke? Untunglah Si Wan Aakif tu.... I have my own work. Kerja hari-hari kecuali hari Sabtu dan Ahad la bro.... I know. So? So what? soalku semula. So pity.... Abang Izz gelak bagai nak rak. Memang nak kena dia ni. Saja nak mencabar kesabaran Arwin Raisha. Bunyi dia gelak tu macam tengah perli aku. Yalah... kan dulu aku tergila-gila kat Wan Aakif sampai sanggup taruh gambar dia kat dalam dompet. Kantoi pula dengan Abang Izz, memang kena bantai gelak la lepas tu. Sampai sekarang kalau Abang Izz nak usik aku, mesti dia ungkit balik kejadian dulu-dulu tu. Hesy... aku dah lupakan kisah jahiliah aku dulu la! Abang Izz! Kenapa? Something wrong? Tawa Abang Izz mula reda. Sampai hati ketawakan Win. Win tak ada perasaan pada dia lagi la. Kosong! Zero! Error! Jangan nak usik-usik Win dengan dia lagi! Win tak suka!

Aireen Aryana

Awal-awal aku bagi amaran sebab kalau tak mesti mulut Abang Izz yang laser tu terlepas cakap kat Wan Aakif tentang sejarah lama kisah cinta bertepuk sebelah tangan. Siapa yang malu? Aku juga.... Konon... dulu hari-hari nak bertempek kat Abang Wan dia.... Berapi aku mendengar kata-kata Abang Izz. Sengaja nak cari pasal la ni! Abang Izz jangan... kang ada juga yang masuk hospital patah tulang lepas ni... ugutku geram. Amboi... garangnya! Abang Izz gelak lagi. Aku langsung tak suka dengar dia gelak begitu. Rasa terperli pun ada. Wajahku berubah merah sebab tak puas hati dengan usikan Abang Izz. Sampai hati Abang Izz tak percaya dengan adik sendiri.... Win tak suka kat Abang Wan la... tak percaya tak apalah! Suka hati abang, balasku berkecil hati. Abang Izz aku dengar seperti menghela nafas panjang bersama sisa-sisa tawanya. Sebab Abang Izz dengar daripada Auntie Zita yang Wan balik sini sambil terus pinang Win. Hampir-hampir rahangku jatuh daripada mulut. It cant be true! Abang main-main lagi. Win tak suka! Aku terjerit kecil. Helo Arwin Raisha, buat apa nak malu-malu kucing dengan abang hah? Dah orang tu suka kat awak, awak terima aje la. Tak suka konon... Win ingat abang main-main ke soal jodoh ni? Suara Abang Izz serius pada pendengaranku dan aku

Lelaki Versi Dia

tak rasa yang dia tengah menipu sebab Abang Izz walaupun suka mengusik, apa yang dia katakan selalunya betul. Tapi Win tak dengar apa-apa daripada sesiapa pun? Soalku lurus. Abang Izz ketawa lagi. Jadi, Win masih mengharapkan Wan lagi la ni? Jangan lupa datang rumah Puan Zita malam esok, kita nak jumpa dengan Encik Wan Aakif. Salam Win... balik terus, jangan nak merayau-rayau lagi. Klik! Talian dimatikan. Aku tergamam.

10

Aireen Aryana

Bab 3
ETANG itu aku dah bertenggek di depan rumah Auntie Zita. Bukan aku yang beria-ia nak pergi, okey. Ni semua gara-gara abang sengal aku yang tibatiba suruh Auntie Zita telefon sebab aku tak nak pergi. At last, aku terpaksa pergi juga. Mak aku dah bising tanya kenapa tak nak pergi, walhal makan-makan doa selamat untuk sepupu sendiri, bukan untuk orang lain. Tapi yang aku boleh tengok yang terpamer kat depan mata ni la, Auntie Zita macam tengah buat party. Tak mungkin orang pergi makan doa selamat sekadar pakai baju tak cukup kain tayang segala-gala jenis kulit kat depan mata. Suwei betul! Kalau aku tau, tak ada aku nak datang sini. Lagi best lepak kat rumah tengok cerita Dragon Ball kat TV 9 pukul tujuh petang. Win dah datang? tegur Auntie Zita bergegas mendapatkan aku dengan senyuman lebar. Aku pun ikut senyum sambil menyiku Nafisa, teman serumah yang aku borong sekali pergi sini, kononnya menambah suara untuk mengaminkan doa selamat.

11

Lelaki Versi Dia

Dah auntie.... Aku dan Auntie Zita berpeluk sakan. Sampai kat Nafisa, dia salam aje. Itu pun macam nak tak nak aje. Auntie Zita ni memang nampak kerek, tapi dia baik. Orang yang baru dia nak kenal, agak susah dia nak bermesra. Tapi kalau dia dah terima, dia asyik nak mengendeng kat orang tu aje. Contoh paling senang, aku la... sampai rimas dibuatnya. Tapi dah namanya mak cik sendiri aku nak mengelak buat apa? Jelas-jelas Auntie Zita tu kakak mak aku. Kadang-kadang aku pelik juga sebab mak, perwatakan dia jauh berbeza dengan Auntie Zita yang segalagalanya nak up to date. Kalau nak bezakan aku dan Auntie Zita, rasanya Auntie Zita lebih cantik sebab muka dia havoc dengan make up. Untung la, kan orang pandai berhias.... Housemate Win.... Aku senyum memperkenalkan Auntie Zita dan Nafisa. Nafisa buat muka comel dia, tapi Auntie Zita tak layan. Rasa nak gelak pun ada. Come dear... pukul tujuh ni kita mula makanmakan. Sekarang ni tolong auntie ya... ujar Auntie Zita lalu tarik tangan aku dengan mesra. Aku pun ikut langkah dia tanpa banyak soal. Aku camne? bisik Nafisa kat belakang aku. Ikut aje la, balas aku ikut berbisik. Nasib kau la Nafisa. Hari lain aku ajak kau tak nak ikut... tapi tiba-tiba hari ni kau excited nak ikut. Begini la keadaan dalam famili aku. He he he.... Aku tolong Auntie Zita susun pinggan mangkuk dan lap-lap sikit. Takut kotoran masih ada walaupun dah disimpan dengan baik. Aku melirik ke arah Auntie Zita yang macam berminat dengan Nafisa. Kan aku dah kata, Auntie

12

Aireen Aryana

Zita ni kalau dah berminat dengan sesuatu, susah dia nak lepaskan. Tengok aje la tak lama lagi ada jugak makwe yang terpaksa melekat dengan dia. Peluang aku nak menjauhkan diri tu banyak. Nama siapa? tanya Auntie Zita sambil merenung wajah Nafisa. Aku tengok Nafisa terkial-kial nak menjawab. Siap buat muka terkejut lagi tu. Nafisa.... Asal? Tu dia! Mak cik polis dah datang. Aku sengih sendiri. Errr... Kedah, jawab Nafisa, agak janggal. Selesai aku kemas pinggan mangkuk, aku menapak menuju ke ruang tamu. Malas nak berkubang kat sini. Biarlah Auntie Zita menyoal siasat Nafisa. Aku positif kalau Auntie Zita berminat dengan Nafisa, gerenti dia kenenkan anak dia dengan Nafisa. Untung la sebab anak-anak lelaki Auntie Zita semua handsome-handsome lagi banyak duit. Abang Wan Adree, Abang Wan Adif dan Wan Aakif semua standard belajar kat negara orang. Ada dalam empat lima orang yang dah datang. Tu pun aku tak kenal. Semua perempuan dan baju tak payah nak cakap la. Seksi habis. Habis tu tak la, tapi tak cukup sopan kalau ke rumah orang yang tengah nak baca doa selamat untuk anak-anak dia. Kawan Wan Aakif la kut.... Aku naik ke tingkat atas, menuju ke bilik untuk ambil pakaian. Sebenarnya bukan la bilik aku, tapi aku buat macam bilik aku sebab setiap kali hujung minggu, Auntie Zita paksa aku balik ke rumahnya. Sunyi katanya. Tapi

13

Lelaki Versi Dia

sekarang, Auntie Zita gula-gulakan aku macam mana sekalipun, aku tak nak. Buka pintu bilik, aku terus ambil baju-baju aku yang masih ada kat situ masuk ke dalam beg yang aku bawa dari rumah. Aku letak kat atas katil sebelum merebahkan diri di atas tilam empuk. Lepas ni rasanya tak ada peluang aku nak tidur atas tilam Vono ni lagi. Aku tak sedar pun waktu dah berganjak. Apa nak sedar kalau aku dah tertidur macam badak kena sembelih hampir setengah jam. Bila aku dengar suara bising-bising dari luar, baru aku celikkan mata. Ingat nak mengular lagi, tapi bila terkenang ini bukan tempat aku, laju-laju aku kemaskan diri untuk ke tingkat bawah. Kesian kat Nafisa sebab aku tinggalkan dia seorang diri kat bawah tu. Aku buka pintu bilik dan serentak itu mata aku terarah kat pintu depan bilik aku yang serentak terbuka juga. Terkejut. Aku tercengang-cengang melihat lelaki yang berpakaian T-shirt putih dengan seluar track yang juga memerhatikan aku dari atas ke bawah. Tak lama kemudian, aku nampak dia tersenyum penuh makna. Mak aih! Gila serabut... bisikku perlahan. Aku terkebil-kebil pandang muka lelaki tu. Lelaki tu pun pandang muka aku semacam. Lama aku tengok, baru dapat cam, Wan Aakif Akmani! Aku ingat mamat bangla mana tiba-tiba sesat kat tingkat atas. Arwin.... Oh, dia kenal aku lagi! Aku ingatkan dia dah tak kenal sebab enam tahun lebih tu bukan satu jangka masa yang pendek, lebih-lebih lagi aku yang dia tak berapa nak layan sangat ni. Hai! balasku kemudian bergegas turun ke bawah.

14

Aireen Aryana

Agak seriau sikit sebab muka lelaki tu bukan macam enam tahun lepas. Well, rambut dia ala-ala menggerbang nenek kebayan dengan anting-anting kat telinga. Aku rasa la, kan... ni mesti pengaruh luar negara. Seram la! Jatuh merudum perasaan aku yang memang dah tak nak minat dia lagi. Kalah mamat rockers tepi jalan. Win, mana kau pergi tadi? soal Nafisa bergegas mendapatkan aku sebaik sahaja aku terjengul ke dapur. Aku tersengih. Naik atas, kemas barang... balasku terus duduk di sisi Auntie Zita. Muka Nafisa masam mencuka. Tunjuk tak puas hati la tu kena tinggal sorang-sorang. Best apa melayan mak cik aku yang cantik ni.... Ada jumpa Wan? soal Auntie Zita tiba-tiba. Aku angguk sambil buat isyarat mata suruh Nafisa duduk diam kat tepi aku. Dia ni kalau tak silap firasat aku, macam nak cepat-cepat blah dari majlis aje.... Rambut dia panjang.... Aku dengar keluhan Auntie Zita. Aku senyum aje. Dah anak dia, aku nak buat apa? Kalau anak aku, lain cerita. Gerenti aku bantai dengan penyapu lidi. Bila Abang Wan sampai, auntie? soalku sambil menuang air ke dalam gelas untuk Nafisa. Saja nak kasi dia reda sikit. Aku tahu hati dia tengah mencanak panas. Tiga hari lepas.... Oh... balasku sambil mengangguk perlahan. Mama, catering dah sampai. Abang Wan Adree tiba-tiba masuk ke ruang tamu.

15

Lelaki Versi Dia

Aku sekadar tersenyum kepadanya, tanda hormat. Aku jarang-jarang terserempak dengan Abang Wan Adree sebab dia ni doktor, kerja dia dua puluh empat jam kat hospital. Hari-hari on call sampai Auntie Zita merungutrungut. Nanti kalau aku ada anak, aku nak suruh dia kerja kuli aje. Kuli pun hari-hari boleh tengok muka dia. Auntie guna catering, beritahu Auntie Zita. Tak perlu cakap pun aku dah tahu dah. Senang sikit nak siap, sambung Auntie Zita. Aku kerut kening. Guna catering, dia orang tak sedia sekali dengan pinggan mangkuk ke? Nope... auntie minta guna pinggan mangkuk sini aje sebab dah lama tak guna. Tapi dia orang in charge babbab cuci nanti. Auntie Zita berdiri dan berlalu menuju ke ruang tamu. Aku lihat pergerakan Auntie Zita dengan hujung mata, tapi bila sampai ke mata Nafisa, aku telan air sendiri. Mak aih, garang gila! Aku nak balik la. Aku dah call teksi. Aku beristighfar dalam hati. Apa punya kawan la... tak ada kesabaran betul. Tapi majlis sampai pukul sembilan malam la Fisa.... Aku pujuk dia. Nafisa kerut kening tahan marah. Aku ingat tadi kau dah balik sorang-sorang tinggalkan aku kat sini. Aku tak kira, aku nak balik. Kau tak makan lagi.... Aku boleh beli kat mana-mana. Sah, Nafisa merajuk besar. Aku terkulat-kulat cari

16

Aireen Aryana

jalan nak pujuk dia, tapi aku sedar Nafisa tak makan pujuk. Tahu sangat perangai dia tu. Nanti kalau Auntie Zita tanya aku macam mana? soalku lurus. Nafisa juih bibir. Lantak la kau nak jawab apa! Kalau kau masih nak kawan dengan aku, aku nak balik rumah sekarang juga. Okey, Nafisa memang brutal. Hari tu dia selamba badak mandremkan aku dapat nasib malang dan aku dah insaf. Tak nak cari pasal dengan dia lagi. Aku mengeluh kecil sebelum angguk kepala. Jumpa kat rumah nanti. Lepas tu Nafisa terus lenyap daripada pandangan. Aku agak dia tak tahan la kut kena duduk kat sini lama-lama. Tiba-tiba Wan Aakif masuk ke dapur. Masa tu tak ada orang lain dan aku dah mula panik. Ya la kalau dia ungkit balik kisah bertahun-tahun lepas, mahu aku kena sorok muka kat bawah meja ni. Dia duduk betul-betul kat depan aku sambil merenung wajahku. Matanya tak lepas-lepas menilik wajahku. Aku tak tahu nak lari kat mana lagi dah sebab aku dah mula rasa janggal gila berdepan dengan lelaki itu. Cutting A. Aku mendongak memandang wajah dia yang tersengih lebar ke arahku. What did he say? Sekali-sekala mata aku terarah ke rambut paras bahunya yang diikat kat belakang. For sure aku tak suka bakal suami aku nanti berambut panjang. Harap-harap jodoh aku nanti smart orangnya. Hi, I Aakif. You Arwin, kan? Aku kerut dahi, tak faham. Dia tengah buat drama

17

Lelaki Versi Dia

di mana aku jadi watak heroin dan dia jadi hero lalu kami berlakon seolah-olah baru ketemu ke? Abang Wan apa khabar? Aku dah malas nak layan perangai tak semenggah dia tu. Lepas aku cakap begitu, aku nampak dia macam terkejut. Errr... aku salah cakap ke? So, kita berdua abang dan Arwin la ya? Sumpah aku tak faham apa yang dia tengah katakan. Aku kerut kening, hairan. Somehow taste I dulu sangat unik. Gadis kampung. Sretttt! Aku terpempan. Apa maksud Wan Aakif yang sebenarnya? Aku renung anak mata dia penuh tanda soal dan dia menilik aku tanpa melepaskan pandangannya. Abang Wan ni kenapa? Aku pandang wajahnya dengan renungan apa kau tengah merapu ni?. Dia buat selamba malah matanya jauh menatap ke tubuhku pula. Arwin Raisha. Tunang I. Somehow, I nak tau... kenapa I dulu boleh sayangkan you. So weird. Aku terbeliak, tak percaya. Apa dia cakap? Tunang dia? Helo... aku adik sepupu dia, bukan tunang dia! Halusinasi betul Abang Wan ni. Dan bila masa pula dia pernah sayangkan aku? Yang aku perasan dia selalu buat tak layan bila terpandang aku dulu. Dan! Aku dah mula rasa lelaki ini annoying tahap pokok kelapa asyik tersomehow somehow. Berbulu telingaku. Suka hati Abang Wan la. Aku berdiri menjauh dari tempatnya. Kalau boleh, lagi jauh lagi bagus. Wan Aakif sekarang bukan Wan Aakif yang dahulu. Wan mana? Soal Auntie Zita yang tiba-tiba aje muncul di depan aku.

18

Aireen Aryana

Aku tunjuk ke arah dapur sebelum terus naik ke tingkat atas untuk solat maghrib. Waktu dah nak masuk, aku kena mandi dahulu.

SELEPAS menunaikan solat, aku kemaskan telekung Auntie Zita di dalam almari. Memang telekung itu tersedia di sana kerana Auntie Zita kata senang kalau ada orang nak guna. Yalah... sebenarnya bilik ini, kan bilik tetamu tapi aku buat macam bilik aku sendiri. Selesai aku mengemaskan tudungku, aku masih lagi berfikir tentang Wan Aakif. Pelik gila lelaki itu. Takkan duduk luar negara boleh menyebabkan seseorang terputus wayar otaknya? Tiba-tiba mengaku aku tunang dia, kan ke pelik bin ajaib? Tak pernah pun aku dengar daripada mak ada orang datang merisik. Kut ya pun Wan Aakif berhalusinasi, takkan sampai teruk macam tu? Dia desperate nak kahwin ke? Kalau desperate sangat, minta maaflah ya... aku tak nak jadi calon isteri dia. Tiba-tiba aku dengar ada orang mengetuk pintu bilik. Aku bergegas keluar untuk membuka pintu bilik. Mana la tau kalau ada orang nak tumpang solat. Dah solat? Auntie Zita rupa-rupanya. Aku angguk sambil tersenyum. Auntie Zita tarik tangan aku masuk ke dalam sambil memandang wajahku bersungguh-sungguh. Aku mula rasa curiga. Ni tak lain tak bukan mesti ada sesuatu yang penting perlu dibincangkan sebab Auntie Zita jarang buat muka suspens seperti itu. Cara dia pandang aku gaya macam orang nak meminta sesuatu.

19

Lelaki Versi Dia

Kenapa auntie? soalku hairan. Auntie Zita menghela nafas dalam dan menepuk tanganku perlahan. Auntie nak cerita pasal Wan Aakif.... Aku terdiam mendengar kata-kata Auntie Zita. Serius aje bunyi nak cerita pasal Wan Aakif ni. Win ada rasa tak sesuatu bila bercakap dengan Wan? soal Auntie Zita. Makin berkerut keningku apabila Auntie Zita buat muka sedih. Dadaku berdebar tiba-tiba. Kenapa auntie? Masa kat US enam bulan lepas, Wan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Aku beristighfar dalam hati. Nasib baik Wan Aakif masih bernafas sehingga sekarang. Kalau tak... mesti Auntie Zita sedih gila. Dia hilang ingatan. Tapi masa tu auntie tak tau sebab tak ada orang inform. Dua minggu dia dekat hospital tak ada yang pergi cari dia. Bila Wan tak muncul dua minggu, masa tu barulah kawan-kawan dia cari. Bila dah jumpa, kawan dia ni hubungi auntie dan bagitau yang Wan kemalangan. Tapi kawan-kawan Wan cakap, dia dah sembuh. Tak ada yang patah atau luka teruk pun. Jadi auntie ingat kemalangan tu tak teruk sangat. Tapi kawan Wan ni tak kasi tau kat auntie yang Wan hilang ingatan. Ingat tak masa auntie pergi ke US sebulan yang lepas? Auntie Zita tanya aku. Tunggu respons daripada aku. Aku angguk aje la walhal aku tak ingat pun. Masa tu auntie terkejut tengok Wan. Auntie Zita menghela nafas panjang. Aku mulalah bukak telinga besar-besar. Nak tahu juga apa benda yang mengejutkan Auntie Zita.

20

Aireen Aryana

Dia orang lain, bukan Wan Aakif Akmani auntie. He was so rude. Tatu sana sini. Muka serabai dan yang paling buat auntie rasa tak percaya, dia berpelukan dengan girl kat sana macam husband and wife, cerita Auntie Zita lagi. Aku tersentak. Biar betul? Maknanya Wan Aakif tu tak teruna lagi la ya? Uish! Dia merokok dan minum depan mata auntie. I told him yang dia tu ada agama. Agama larang dia buat bendabenda tu semua. Dia tunjuk muka blur kat auntie. Auntie menangis aje sebab masa tu dia tak ingat langsung pasal auntie. Sepatutnya dia balik tahun lepas, tapi dia berdegil tak nak balik. Kalau auntie paksa dia balik, mesti benda-benda macam ni tak akan berlaku, sambung Auntie Zita dengan sayu. Aku dengar sendu seorang ibu. Aku tak tau bagaimana perasaan Auntie Zita, tapi kalaulah suatu hari nanti anak aku bertukar tiba-tiba macam dalam kes Wan Aakif ni... rasanya aku suruh suami aku yang settlekan. He he he... hari ni aje dah berapa kali aku berangan nak ada suami. Tapi normallah, kan orang perempuan fikir benda-benda begini? Selalu juga aku fikir, siapa la jodoh aku yang telah ditetapkan sejak azali tu.... Auntie kata, auntie nak bawa balik dia ke Malaysia, tapi dia tak nak. Auntie pujuk dia... tapi Wan nak terus hidup kat sana. Auntie paksa dia buat ujian HIV dan ujian lain-lain sebab takut sesuatu terjadi kat dia. Auntie tanya dia dah buat hubungan dengan perempuan, dia kata belum. Auntie percaya la kat dia sebab buat apa dia nak tipu auntie kalau dah muka dia pun hampir sama macam penyangak tepi jalan. Lepas tu auntie kata kat dia... yang dia dah ada tunang kat Malaysia sebelum dia terbang ke US.

21

Lelaki Versi Dia

Hah? Tunang? Aku pandang wajah Auntie Zita, tak percaya. Jangan-jangan Auntie Zita jual nama aku tak? Nama dia Arwin Raisha. I gave him your picture. Astaghfirullahalazim! Darahku menyirap hingga ke atas kepala. Dia kata dia nak jumpa tunang dia. Tapi dia tak nak balik lagi sebab nak settle banyak benda kat sana. Win, auntie nak Win tau, dia balik Malaysia ni sebab dia nak tengok tunang dia. Aku hampir-hampir pitam mendengar kata-kata Auntie Zita. Biar betul ni? Kenapa auntie tipu Abang Wan? soalku dengan nada yang cemas. Gelabah gila apabila teringat pandangan mata Wan Aakif pada aku sedari tadi. Im sorry Win... tapi auntie tak nak dia semakin jauh. Kalau Win boleh buatkan dia balik ke Malaysia, apa salahnya Win tolong auntie? Memang tak salah... tapi aku nak tolong apa? Menyamar jadi tunang Wan Aakif sampai dia dapat ingatannya semula? No no no! Itu kerja gila namanya! Nanti kalau dia dah ingat balik kehidupan dia yang dulu, gerenti aku dituduh gatal dan cuba ambil kesempatan! Auntie minta tolong sangat-sangat. Tolong tengoktengokkan Wan. Kalau dia kata dia nak balik US semula, halang dia... sebab sekarang dia memang percaya yang Win tunang dia. Sekali lagi aku rasa tubuhku disambar petir. Tak nak aku buat kerja gila ni. Aku tak nak! Kenapa Auntie Zita pilih nama aku antara berjuta-juta nama perempuan dalam dunia ni? Macam la tak ada sepupu perempuan aku yang lain?

22

Aireen Aryana

Tolong ya Win... Win aje anak buah auntie yang paling rapat dengan kami. Aku terkedu tak terkata-kata. Aku dah tak tahu nak fikir apa. Nak tolong ke tidak? Tolong kembalikan Wan Aakif Akmani yang dulu pada auntie. Auntie nak Wan Aakif yang dulu... yang sayangkan auntie lebih daripada segala-galanya. Aku lihat air mata Auntie Zita dah berterabur di pipinya. Aku jadi serba salah dengan diri sendiri. Nanti kalau Abang Wan ingat sejarah dulu-dulu? Alhamdulillah... balas Auntie Zita terharu. Aku pula yang jadi bersimpang-siur. Kalau dia ingat sejarah dulu-dulu, mana aku nak letak muka aku ni? Dah la dulu Wan Aakif tu tak suka kat aku. Tapi... tak berdosa ke tipu dia? soalku dalam keadaan pening-pening lalat. Auntie Zita gelengkan kepala. Demi kebaikan dia, tak apalah Win. Kalau Win takut dosa, apa kata kita betul-betul jadikan ini satu perhubungan. Anggaplah majlis malam ni adalah majlis pertunangan Wan dan Win, cadangnya tiba-tiba.. Aku ternganga mendengar cadangan Auntie Zita. Ni dah macam orang tak ada adat aje.Takkan la.... Auntie Zita lurutkan cincin di jari manisnya dan terus disarungkan ke jariku. Cincin emas putih berbatu sebiji, sangat indah tersarung di jari manisku. Aku terpempan membalas pandangan Auntie Zita dengan rasa yang bercampur baur. Mulai hari ni, Win tunang kepada Aakif Akmani. Dan Win juga lambat-laun akan kahwin dengan anak auntie.

23

Lelaki Versi Dia

Lepas ni panggil auntie, mama aje, ujar Auntie Zita lalu menarik tubuhku ke dalam pelukannya. Jari-jemari aku terasa sejuk seperti dibenam ke dalam ais saat mendengar perkataan kahwin. Tapi kalau Abang Wan ingat semula? Auntie tau yang Win dah lama ada hati pada Wan. Kalau Wan ingat semula pun, auntie akan paksa dia kahwin dengan Win juga. Aku memang dekat nak pitam dah ni. Tak sangka begitu sekali kesungguhan Auntie Zita sampaikan nak buat kahwin paksa. Aku lurutkan semula cincin di jariku dan aku letakkan di tapak tangan Auntie Zita. Auntie Zita memandang wajahku seperti kecewa. Mungkin dia rasa aku tak sudi nak tolong dia la kut. Aku hela nafas panjang-panjang sebelum memejam mata rapat-rapat. Minta pertolongan daripada Allah untuk kuatkan hati aku yang dah mula goyah ni. Auntie, tak perlu la buat benda ni semua untuk Win. Win akan tolong auntie... tapi tang kahwin paksa tu, Win tak nak. Win tak suka paksa-paksa bila melibatkan kehidupan seumur hidup. Selagi Abang Wan tak ingat, Win tolong auntie tengok-tengokkan Abang Wan, tapi jangan berharap sangat kat Win sebab Win pun tak tau nak buat apa. Tapi Wan tengah fikir yang sekarang ni Win adalah tunang dia.... Auntie Zita nampak macam kecewa habis sebab aku dengar suara dia yang mula tertekan. Win tak cakap Win tunang dia. Tapi kalau dia anggap Win tunang dia, Win tak kisah, balasku sambil mengusap tangan Auntie Zita untuk meringankan beban hatinya. Mata Auntie Zita bersinar-sinar apabila aku kata begitu.

24

Aireen Aryana

Terima kasih Win! Mama sayang Win.... Erk? Mama? Aku mula rasa tak sedap hati, tapi aku diamkan aje. Jom turun, nanti tunang Win tunggu lama kat bawah tu. Aku tercekik saat itu juga. Oh, sekarang Arwin Raisha dah ada tunang la ya? Aku telan air liur pahit kerana tersedar yang aku dah terperangkap dek rancangan gila Auntie Zita. Patutlah Wan Aakif kata aku tunang dia. Suwei betul! Aku melangkah ke tingkat bawah dengan muka serabut. Bila mata Wan Aakif melekat pada wajahku, rasa kejang satu badan. Seram sejuk pun ada. Oh, betulkah ini realiti? Am I his fiancee? Stop dreaming Win. Tak jauh mana kau boleh hidup dalam khayalan tu.... Win, come here. Wan Aakif panggil aku dengan lagaknya. Mataku tak lepas memandang wajah Wan Aakif. Betullah, lain gila lelaki ini. Tak macam Wan Aakif yang sombong dulu. Sekarang mata Wan Aakif seperti tercari-cari sesuatu. Dia seperti berminat untuk mengkaji diriku. Errr... mengkaji? Oh, Win... jauhnya fantasi otak kau. Pergi mana tadi? soal Wan Aakif menghampiri aku. Solat. Awak tak solat ke? Sekelip mata aku tukar panggilan aku pada dia. Ya la... tadi Wan Aakif juga yang hairan bila aku terabang-abang dengan dia. Aku lihat muka dia dah berubah. Errr... jom la makan. I dah ambilkan makanan untuk you. Aku kerut dahi seribu. Wan Aakif betul-betul ingat aku tunang dia ke? Oh, kesiannya!

25

Lelaki Versi Dia

Hmmm.... Aku diam saja masa dia ambilkan aku sepinggan nasi dan lauk campur serta mengajak aku duduk di ruang tamu. Walaupun ramai orang di sini, tapi aku rasa tak ada orang langsung sebab mata Wan Aakif betul-betul tak lepas memandang wajahku. Nasi yang aku telan rasa serupa macam pasir. Kenapa pandang saya macam tu? tegurku kepadanya. Wan Aakif sekadar geleng kepala. Somehow I tak sangka yang I ada tunang sesopan you. You tak rasa yang I ni jahat sangat ke? Mak aih! Apa aku nak jawab ni? Aku blur pandang muka dia. Sumpah aku bukan la pelakon yang hebat! Rasa janggal gila. Rasa nak teriak kat dia yang aku ni bukannya tunangan dia. Aku ni adik sepupu dia aje. Tak lebih malah terkurang.... Tak, balasku jujur. Sepanjang aku kenal dia, dia memang sombong tetapi tak pernah jahat kepadaku. Sikap dia itu yang membawa jurang perbezaan antara kami. Tapi tak apalah sebab sekarang aku dah sedar betapa jahilnya aku dulu. Mengharap pada yang tak sudi.... So, bila kita nak bincang pasal tarikh perkahwinan kita? Aku terus tersedak apabila mendengar kata-kata Wan Aakif. Apa dia? Tarikh kahwin? Lima tahun lagi kut. Aku bagi jawapan yang paling selamat. What? Are you kidding? ujar Wan Aakif yang spontan menggenggam tanganku.

26

Aireen Aryana

Aku terkesima apabila melihat wajahnya yang mula merah menyala. I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun... for sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin, katanya dengan tegas. Tegas dia seperti menghunus parang di leherku. Aku toleh ke tepi dan aku nampak Auntie Zita tengah perhatikan kami berdua. Aku melirik ke arah Auntie Zita minta simpati daripada dia, tapi Auntie Zita buat-buat tak nampak dan berlalu ke dapur begitu saja. Tapi lebih elok sampai awak dapat ingatan awak balik.... Aku cuba beri alasan. Tak lama kemudian aku tengok dia termenung jauh. Wajah dia dah beransur tenang. Dia pandang wajahku seperti mengiakan kata-kataku. I akan cuba ingat memori lama I.... Balasnya perlahan.

27

Lelaki Versi Dia

Bab 4
AK tahan aku tengok muka Wan Aakif yang begitu polos. Gelisah dan rimas. Yalah... selalu muka dia menyombong aje apabila pandang muka aku yang tak berapa nak cantik nikan? Dia handsome, aku tak cantik. Nak dia pandang aku? Minta maaflah jawabnya. Tapi itu dulu, sekarang ni dia asyik sibuk nak mengendeng kat aku sepanjang saat. Perangai lebih kurang seperti Auntie Zita. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi, kan? Kalau tak pun terbalikkan aje peribahasa tu, mana tumpahnya nasi kalau tak ke kuah, sebab sekarang makanan kat Malaysia sudah dipelbagaikan. Nasi pun boleh tumpah kat mi Maggi apa. Arwin, you tak boleh nak duduk diam ke? soal Wan Aakif perlahan. Aku toleh ke arahnya. Mungkin sebab orang dah ramai yang balik, jadi dia semakin tak ada kerja nak ikut aku ronda satu rumah. Yang awak ikut saya dari tadi tu kenapa? Aku soal balik. Saja nak kasi dia pening. Selalunya dulu aku yang suka

28

Aireen Aryana

ikut dia ke mana saja. Masa tu aku budak innocent, tak reti apaapa. Yang aku tau, aku suka kat dia. Agak-agak tahap kerimasan dia tu sama tak dengan kerimasan aku sekarang ni? Seri la, kan? Dulu aku buat kat dia, sekarang dia buat kat aku. This is my first meeting with my own fiancee. Aku ternganga mendengar luahan hatinya. Sick! Takkan la dia betul-betul menghargai pertemuan kali pertama dia dengan aku kut? Memang susah nak dipercayai. Tapi takkan la awak nak ikut saya dua puluh empat jam kut? Aku kerut kening. Dia hulur senyuman manis sambil menyelitkan sedikit rambutnya yang terurai kat tepi telinga. I thought kita berdua mesra? Ah, sudah... nak mesra apanya sebab selama ini pun dia buat aku macam halimunan masa kita orang berjumpa. Tu kira okey la dia buat aku macam halimunan. Tapi selalunya dia jeling aku tajam-tajam tanda amaran, kau jangan nak dekat-dekat dengan aku. Tak kiralah cerita dulu-dulu tu sebab sekarang ni aku, kan tunang dia. Dia nak mengendeng tepi aku dua puluh empat jam pun tak apa. Errr... hadis mana yang aku guna? Derhaka pada agama nampak? Aku tersengih sendiri. Tapi sebab cerita-cerita dulu jugalah yang buat hati aku sekarang jadi malu dan segan dengan diri sendiri. Senyumanku mati serta-merta. Mesra mesra juga... tapi tak la sampai nak mengendeng kat saya setiap detik! Aku jawab secara logik. Jadi aku rasa dia boleh faham la kut. Tapi aku nampak dia dah tarik muka kecewa. Susah juga kalau dia dah mula suka kat aku? Walaaa... perasan tahap langit la kau Win.... Kalau ingatan dia pulih, mahu dia gelakkan aku sampai tergolek-

29

Lelaki Versi Dia

golek atas lantai. Kalau gelak aje kira okey lagi. Cuba bayangkan penampar dia hinggap kat pipi. Mahu kau menangis satu tahun tak keluar rumah. I baru nak kenal you.... Dia mula hulurkan senyuman. Aku sambut senyuman dia dan terus taruh dalam hati. Mana la tau kalau esok ingatan dia datang, susah lepas tu nak tengok dia senyum kat aku. You kerja ke? Mama kata you tengah kerja. Hmmm... saya kerja tak gempak pun. Aku merendah diri. Dah memang aku kerja tak gempak, nak buat macam mana? Gaji sebulan tak sampai tahap dua riban... bos aku kedekut. Apesal dia tak bagi secretary dia yang ayu ni gaji lebih sikit, kan? Wan Aakif dengar kata-kataku sambil tersenyum penuh makna. I tak kisah you kerja apa... dont worry! Aku kerut dahi. Ada-ada aje Wan Aakif ni. Macam la aku kisah kalau dia tak suka kerja aku. Apa perasaan you kena tinggalkan hampir enam bulan oleh tunang sendiri tanpa khabar berita? Aku cuba cerna apa yang dia kata. Enam bulan ditingggalkan? Oh, mungkin dia ingat sebelum enam bulan itu aku dan dia asyik berhubungan dan sentiasa keep in touch lovey dovey couple yang hot bercinta tak ingat dunia. Bila dia dah hilang ingatan, aku pula bersedih hati la kut sebab dia tak pernah hubungi aku. Mestilah sedih.... Wah! Aku boleh gantikan watak Lisa Surihani dalam filem Ombak Rindu kut. Kelas lakonan aku, Jah. Siap tayang muka tak cukup makan sebulan.

30

Aireen Aryana

Wan Aakif tersenyum lebar. Puas hati la kut tunang dia sedih sebab ditinggalkan enam bulan. Adakah aku sedang mencipta halusinasi buat Wan Aakif? Adoi... sejak bila aku jadi pembohong kelas pertama ni? Kelas kau, Peah! Hari-hari aku bohong begini, mahu tercantas lidah sendiri. Boleh I tau berapa umur you? Soalan dia buat aku tak senang duduk. Kang kalau dia tanya siapa mak bapak aku, kat mana aku tinggal, tak ke naya? Muda empat tahun daripada awak, jawabku jujur. Oh? Dia buat muka blur. Tengah mencongak umur aku agaknya. Dua puluh dua ya? Dia garu kening. Aku angguk aje. Dah dia tanya, kan? Bila kita nak kahwin? Astaghfirullah... tak tahan betul aku dengan soalansoalan budak darjah dua dia ni. Kalau aku jawab esok, agakagak boleh tak? Awak boleh tak duduk diam dan tak perlu tanya benda yang bukan-bukan? soalku agak marah. Mungkin dia tahu aku tengah moody tak nak diganggu, aku tengok dia semakin menjauhi aku. Aku menghela nafas lega sambil meneruskan kerja menyapu lantai rumah. Tak lama lepas tu dia datang berdiri di sebelah aku lagi. I tanya sebab you yang suruh I untuk ingat semula hidup I yang lepas.... Hampir tercekik aku mendengar kata-kata sedih Wan Aakif. Aku berhentikan projek menyapu dan aku pandang wajah dia lama-lama. Wan, apa dah jadi dengan kau ni? Kesian pun ada aku tengok.

31

Lelaki Versi Dia

Saya tak sedia lagi la Wan. Lagipun saya masih muda... jawabku jujur. Mana boleh nak kahwin hari ni, walhal dia masih belum ingat siapa aku. Dia cakap begitu sebab dia tak ingat aku ni perempuan yang paling dia anti dalam dunia. Aku nampak Wan Aakif seperti berfikir panjang sebelum kembali duduk di sofa ruang tamu. Nampak sangat muka dia tengah keliru. Kasihan.... Wan, aku nak kasi tau orang perempuan ni cepat rimas. Terutamanya apabila lelaki asyik bertanya bila nak kahwin, bila nak kahwin.... Suara Wan Adree kedengaran di cuping telingaku. Kembang-kempis hidungku menahan amarah. Dia orang ni agak-agaklah kalau nak bersekongkol menipu Wan Aakif. Semua pakat-pakat usik aku dan Wan Aakif sampai aku rasa dah jadi manusia hipokrit. Ya ke? Wan Aakif garu kepala. Macam serabut aje aku tengok. Win tidur sini malam ni? soal Auntie Zita. Ah, sudah... kalau Auntie Zita dah pelawa, susah aku nak tolak. Dia punya gam UHU tu kuat gila. Tak la auntie. Lagipun housemate Win sakit perut tadi.... Oh, Nafisa ke? Patutlah tak nampak dia lagi. Auntie Zita termakan kelentongku. Berapa banyak dosa menipu hari ni aku dah kumpul? Aku tunduk dengan rasa bersalah. I hantar you balik rumah. Suara Wan Aakif mencelah. Aku cepat-cepat menggeleng kepala. Tak apa... saya boleh balik sendiri, balasku tegas.

32

Aireen Aryana

Tak nak la dia hantar, nanti kalau dia tahu aku tinggal kat mana lagi haru jawabnya. Biarlah Aakif hantarkan. Win takut kat tunang sendiri ke? celah Wan Adree lagi. Kata-kata Wan Adree hampir-hampir membuat aku terkena darah tinggi. Lagi-lagi apabila dia tekankan perkataan tunang tu. Bukan takut, tapi tak nak menyusahkan, tekanku geram. Perangai Wan Adree yang suka mengusik memang dari dahulu dah sebati dengan aku. Cuma malam ni aku terlebih sensitif sebab tiba-tiba dapat tunang segera. Bersungguh-sungguh aku cuba lupakan perasaan aku kepada Wan Aakif. Alih-alih jadi begini pulak. Cuba kalau Wan Aakif dapat balik ingatan dia lepas aku dah jatuh cinta semula kepada mamat ni, ada juga yang makan jantung pisang tak berlagu. Biarlah Wan hantar Win balik. Lagipun bahaya naik teksi sorang-sorang. Kalau Win ada kereta tu lain cerita, pujuk Auntie Zita. Fine, fine... Wan hantar Win balik. Suara aku lemah macam tak makan satu hari. Tapi tak apalah... daripada kena tidur kat sini, lebih baik tidur kat rumah sewa aku. Biarlah kalau Wan Aakif hantar sekalipun. Akhirnya aku buat keputusan dalam keadaan yang separuh hilang akal. Aku dengar tawa Auntie Zita dan Wan Adree jadi satu. Dan serta-merta aku tak faham kenapa aku harus jadi mangsa dia orang. Sekarang aku nak tarik diri dalam permainan ni boleh tak? Aku lemparkan pandangan minta simpati kepada Auntie Zita. Dan sekali lagi wanita separuh abad itu seakan-akan tidak memahami jeritan batinku. Argh! Pukul sepuluh malam, aku duduk di dalam kereta

33

Lelaki Versi Dia

Wan Aakif. Terpaksa. Bukan aku yang nak sangat, tapi betulbetul terpaksa. Lepas hari ni, aku tak nak muncul depan dia lagi. Aku janji! You tinggal kat mana? tanya Wan Aakif. Taman Orkid, kat simpang tiga tak jauh dari Giant, balasku ringkas. Dia angguk-angguk kecil. I see.... Senyuman Wan Aakif terukir di bibir. Aku tak cakap apa-apa. Malas dah nak berbual dengan dia. Somehow I tengok you macam tak selesa aje bila I ada. Betul ke dulu kita pernah bertunang? Satu lagi soalan menyerang. Aku pejam mata rapatrapat sebelum menghela nafas dalam. Satu yang aku rasa annoying tahap rasa nak ketuk kepala kat cermin kereta adalah somehow dia tu. Lagi satu cara dia bertanya macam ada lagi satu juta soalan kat dalam kepala dia untuk aku. Kita memang tak rapat sangat dulu. Stail apa bertunang tapi tak rapat sangat, jawabku tenang. Wan Aakif nampak seperti tak puas hati dengan jawapanku. Cara dia memandu semakin perlahan dan aku dah mula rasa macam tengah naik kereta kabel kat Pulau Langkawi. Boleh tak you ceritakan pada I, bagaimana kehidupan kita yang dulu? soal Wan Aakif sambil melirik ke arah aku. Aku mengurut tangan dan membalikkan tubuh aku ke cermin kereta. Kita dulu macam nilah.... Aku balas lambatlambat. Ni jawapan jujur. Aku dan dia mana pernah rapat. Dia

34

Aireen Aryana

pandang Arwin Raisha macam pandang semut tengah cari rezeki kat mana-mana. Pandang sebelah mata pun tak. Mungkin sebab dia tengok aku ni asyik terkejar-kejar dia, siap panggil dia encik suami masa kat sekolah dulu, tu yang dia rasa menyampah kat aku. Macam ni? Sah dia tak faham lagi. Bagaimana caranya untuk buat Wan Aakif berhenti bertanya soalan yang bukan-bukan kepada aku? Aku kembali menoleh ke arahnya. Wan, kalau boleh jangan tanya soalan pelik-pelik pada saya. Saya tak ada mood nak bercerita. Dan lebih baik kalau kiranya awak jangan ber I you dengan saya. Saya rimas. Aku tunggu dia balas, tapi dia tetap berdiam diri. Dia pandang jalan raya tu sampaikan aku tak dapat nak baca hati dia. Dia dah sedarlah kut yang aku ni tak berapa nak melayan dia sangat. Lima minit kami berdiam diri dan aku lebih selesa begini. Kalau Wan Aakif hilang ingatan, aku pula mencipta ingatan yang tak pernah berlaku sepanjang hidupku. Kita tak semesra pasangan kekasih yang lain. Maknanya selama ni awak terpaksa bertunang dengan saya? Aku pura-pura tidur untuk mengelak menjawab persoalannya. Kalau boleh, jangan soal aku benda pelik-pelik. Aku bukan penjawab yang baik, lebih-lebih lagi kalau benda tu tak pernah wujud atau dengan kata lain menipu. Arwin? Aku dengar nama aku diseru. Are you sleeping? Ya.... Aku jawab dalam hati.

35

Lelaki Versi Dia

Ingatkan kita berdua dah nak kahwin, jadi hubungan kita berdua baik-baik aja. Saya keliru la Win... keluh Wan Aakif perlahan. Hati aku terdetik apabila mendengar luahan hatinya. Kasihan kat awak... tapi aku tak dapat nak tolong sebab aku rasa aku dah jadi watak antagonis dalam hidup dia. Bayangkan aje kalau aku jadi Wan Aakif. Aku hilang ingatan, lepas tu mak aku kasi tau yang Harriz tu tunang aku, walhal selama ni aku benci gila kat mamat tu. Yang paling last, aku kena kahwin dengan mamat tu. Oh, no! Kadang-kadang saya rasa hidup ni tak bermakna. Saya dah cari jalan balik, tapi saya tak tahu nak pergi mana.... Dia tarik nafas dan mengeluh. Aku agak dia nak tenangkan hati yang tengah serabut. Mungkin kalau aku jadi dia, aku pun macam tu juga. Win, I need you.... Bisik Wan Aakif, tetapi aku masih mampu mendengarnya. Satu perkataan itu membuat diriku bungkam seketika.

ARWIN.... Bahuku disentuh perlahan. Aku mamai seketika. Win.... Suara itu menyapa telingaku lagi. Aku terpisat-pisat membuka mata. Kat mana ni? Terpinga-pinga sejenak. Bila tersedar masih di dalam kereta, aku terus berpaling ke sebelah. Wajah Wan Aakif membuat jantungku berdegup kencang. Aku segera membetulkan dudukku sambil

36

Aireen Aryana

berdeham berkali-kali. Wan Aakif sekadar tersenyum melihat reaksi aku. Dah sampai ke? soalku dengan suara yang separuh serak. Aku tilik jam di pergelangan tangan sambil mengeluh kecil apabila tersedar aku sudah pun tertidur dekat lima belas minit. Tak lagi... jawabnya ringkas. Aku memandang wajahnya sekilas sebelum menghalakan pandangan ke luar kereta. Giant di depan mata. Aku toleh dia semula dengan kerutan di dahi. Saya tak tau nak belok mana. Oh... patutlah kereta dia bertenggek kat tepi jalan. Aku hela nafas sambil menghalakan jariku ke jalan besar. Sana. Aku berdeham sekali lagi sebab suara aku dah tenggelam. Serak. Dia senyum lagi. Geli hati la kut sebab suara aku hampir-hampir serupa macam Bulma dalam cerita Dragon Ball. Dia kembali memandu kereta dan aku jadi guide main tunjuk-tunjuk jalan sampailah dia masuk ke kawasan perumahan aku. Wan Aakif berhentikan keretanya betul-betul di depan rumah aku. Aku lihat lampu bilik Nafisa masih lagi menyala. Tak tidur lagi minah kuat merajuk tu rupa-rupanya. Selalu dia tidur awal, pukul sepuluh macam tu lepas tengok drama kat TV3. Sama la feel aku dengan dia, tapi hari ni lewat la pula. Nasib baik Wan Aakif nak hantarkan sebab kalau nak balik dengan teksi malam-malam buta begini, memang terlalu bahaya untuk perempuan. Banyak dah keskes rogol yang aku dengar di kawasan ni. Minta dijauhkan.... Terima kasih. Aku buka seat belt dan terus buka pintu kereta.

37

Lelaki Versi Dia

Win.... Aku toleh ke arahnya. Wan Aakif merenung wajah aku lama tanpa senyuman. Kenapa? soalku, tak nak tunggu lama-lama. Saya ambil awak esok? Aku kerutkan dahi. Esok nak ke mana? Saya kerja esok... balasku jujur. Saya hantar awak kerja, balas Wan Aakif dengan tenang. Aku terkejut mendengarnya. Listen Wan, awak tak perlu nak jemput saya or nak hantar saya ke mana-mana. Lets end everything here.... Aku tegas bersuara. Wan Aakif memandang wajahku dengan keliru. Mesti dia pelik apabila tunang sendiri menolak pelawaannya. Aku menghela nafas panjang sebelum menyambung katakataku semula. Awak tanya saya tentang hubungan kita sebelum ni. Yeah youre right... kita bukan seperti pasangan lain yang bahagia. Sebelum awak hilang ingatan we kept fighting. Whatever I do and whatever you do itu hal masingmasing dan kita dah janji untuk tidak akan masuk campur dalam kehidupan kita antara satu sama lain. Mungkin boleh saya katakan hubungan kita ini perlu diputuskan secepat mungkin. Aku menarik nafas panjang sambil mataku tercaricari reaksi Wan Aakif. Wan Aakif tak terkata-kata malah masih mengamati wajahku lama-lama. Dan awak tak perlu susah-susah nak jadi tunang

38

Aireen Aryana

yang prihatin kepada saya semula. Saya rimas.... Aku bangun untuk keluar dari kereta, tetapi tangan Wan Aakif lebih pantas menahan diriku. Saya tak tau kenapa awak kata begitu. Mungkin sebab awak tak suka dengan keadaan saya sekarang. I dont know who I am and I keep following you. Mungkin itu yang membuatkan awak rimas. Tapi saya tahu antara kita memang rapat dan mama juga pernah kata saya mencintai awak sungguh-sungguh. Every year I came back to Malaysia just because I missed you. Mama tipu saya ke? Ya Allah! Aku tak ada jawapan untuk soalan itu dan dalam hati aku sudah pun mengiakan perkara yang sebenar. Your mama is lying right know Wan Aakif! Kalau awak tau saya sedang bersekongkol dengan mama awak untuk menipu awak, for sure awak akan lebih membenci saya selepas ni. Aku tarik tangan aku dengan perlahan. Good night... ucapku serentak keluar dari kereta. Win, I dont know what is in your mind but Ill give my everything to get back what we had before... tak kira awak dah benci pada saya ke, awak dah bosan pada saya ke... saya tetap nakkan awak. Nakkan kenangan kita bersama, ucap Wan Aakif sebelum aku menutup pintu keretanya. Arghhh! Hati aku dah mula panas. Ini semua tak adil bagi Wan Aakif kerana dia terpaksa hidup dalam penipuan. Penipuan yang menyatakan aku dan dia pernah bahagia bersama-sama. Aku harap Wan Aakif akan pulih ingatan dengan kadar yang segera supaya aku tak jadi nanar akhirnya. Wan, kita tak ada secebis pun ingatan dan kenangan. Believe me.... Sayangnya kata-kata itu hanya keluar daripada hati tanpa mampu dizahirkan.

39

Lelaki Versi Dia

Aku melangkah lemah masuk ke halaman rumah. Bila aku tutup pintu, aku dengar deruman enjin kereta Wan Aakif berlalu pergi. Aku ingat nak pujuk Nafisa dulu sebelum tidur. Minah ni kalau tak dipujuk, rajuk dia lama. Aku berdiri depan pintu bilik Nafisa dan mengetuk pintu bilik dia berkali-kali. Dia buat bodoh aje. Fisa, aku ni... buka pintu kejap. Aku pujuk dia. Dah agak dah dia tak akan buka. Aku mengeluh kecil. Wei aku tau kau tak tidur lagi. Aku nak minta maaf ni. Aku berdiri dekat seminit kat depan bilik dia. Hesy... merajuk sampai mogok nak bercakap. Dah la aku tengah mengantuk. Ah, lantak kau la. Yang penting aku dah minta maaf. Fisa aku minta maaf tadi. Aku tau aku salah. Kau jangan la marah lama-lama. Nanti aku tak ada kawan nak berbual. Aku masuk tidur dulu. Assalamualaikum.... Kalau dia tak jawab salam aku memang derhaka la agaknya. Sekurang-kurangnya jawab dalam hati pun boleh. Berdosa tak jawab salam, mak aku katalah. Aku masuk tidur dulu. Jangan merajuk lama sangat.... Pesanku sebelum masuk ke kamar tidur. Alahai kawan. Macam mana kau merajuk pun mesti tak lama. Nasib baik aku dah masak sangat dengan perangai Nafisa. Masa mula-mula berkawan dengan dia, aku ingatkan dia ni ada masalah mental. Kadang-kadang dia merajuk aku tak tahu apa sebabnya.

PAGI-PAGI lagi aku lihat Nafisa memasak kat dapur. Aku

40

Aireen Aryana

tersengih lebar. Kalau tak salahlah, aku positif sangat yang rajuk dia dah hilang. Fisa.... Aku tegur dia sambil mengambil tempat duduk. Atas meja ada nasi goreng kampung dan kalau Nafisa yang masak rasa dia mesti tip top meletop. Aku tau masak mi Maggi dengan telur goreng aje. Itu pun kalau rajin nak masak sebab selalunya kita orang beli kat luar. Setakat telur goreng tu macam petik jari aje. Kacau lama-lama, lepas tu goreng. Telur sebiji boleh jadi macam tiga biji kalau aku yang goreng. Kembang dan lembut. He he he.... Nafisa menuju ke arahku dengan dua biji mug di tangannya. Dia beri kepada aku satu. Malam tadi siapa hantar kau? tanya Nafisa dengan selamba. Abang sepupu aku.... Adree? soal Nafisa. Aku geleng. Tak la... Wan Aakif. Oh.... Lepas tu sunyi balik. Rasa janggal la pulak. Aku ni bukan jenis orang yang suka suasana yang sunyi, lebih-lebih lagi kalau duduk berdua tak kira la dengan sesiapa pun. Kau kerja sampai ke petang ke? tanya Nafisa. Aku garu kening yang tak gatal. Standard apa soalan tu? Mestilah sampai petang. Bos aku, kau tau la macam mana. Selagi tak cuti, selagi tu la kita orang tak boleh nak minta cuti, balas aku tersengih. Pagi-pagi mengutuk bos, derhaka betul pekerja dia yang seorang ni. Aku kerja setengah hari aje. Petang ni aku balik kampung sampai minggu depan.

41

Lelaki Versi Dia

Aku terus kerut dahi. Takkan la minah ni merajuk kat aku sampai nak lari balik ke kampung? Mengarut betul. Kenapa baru bagitau sekarang? soalku, geram. Kecil hati sebenarnya. Lama dah aku rancang... tapi baru tadi aku confirmkan, balas dia dengan lembut. Memandangkan dia baru aje merajuk kat aku, aku tak berani nak naik angin. Silap hari bulan dia terus angkat kaki dari rumah ni. Kalau dah lama rancang, bagitaulah aku awal-awal. Aku kawan kau, kan? Alah kau ni... jangan la kecik hati.... Amboiii... dia boleh kecil hati, aku tak boleh la pula? Lain kali kalau nak balik ke, nak bermalam kat tempat lain ke, kasi tau aku awal-awal... tegurku. Dia angguk aje sebab dia tahu aku orang yang bagaimana. Selagi dia kawan aku, aku mesti nak tahu dia pergi mana, pakwe dia siapa, dia kawan dengan siapa... semua aku nak tahu. Aku, kan penyibuk nombor satu! Aku pergi dulu la Fisa. Bas tak pernah nak tunggu aku. Aku yang kena kejar bas tu nanti. Aku bergerak menuju ke ruang tamu, mengambil fail dan handbag jenama Gucci. Memang hari-hari aku guna Gucci tiruan ni sebab beg aku yang lain dah rabak. Bayangkan aje satu handbag aku guna selama dua tahun. Sedih sangat sebab duit gaji tu sentiasa aku labur untuk benda-benda lain, contohnya rumah teres dua tingkat yang aku beli dekat Taman Datuk Hills. For my future okay. Lagipun aku nak hadiahkan untuk mak dan ayah. Aku plan nak tinggal dengan

42

Aireen Aryana

dia orang bila aku dah bayar habis rumah tu nanti. Tapi tang kedekut tu, aku ni dah termasuk dalam kalangan Haji Bakhil, duit sayang nak buang untuk benda-benda yang tak ada gunanya. Make sure kau bawa handphone sebab nanti aku nak call kau, pesan Nafisa. Eh? Handphone.... Aku buka beg tangan dan terus menyelongkar mencari telefon bimbitku. Kau ada nampak handphone aku tak? soalku kepada Nafisa. Mana aku tau. Kan masa kau balik tu aku dah masuk dalam bilik tidur.... Ya tak ya.... Aku mengeluh kecil. Aku letak kat mana eh? Mati kalau handphone tu hilang sebab masa ni aku memang tak ada duit nak beli handphone baru. Aku telan air liur sendiri. Tu la kau cuai sangat. Masuk ni... dah empat kali hilang, ujar Nafisa selamba lalu masuk ke bilik. Cis! Masin betul mulut Nafisa. Kalau betul-betul hilang pengsan la aku. Gaji dua minggu lagi baru nak dapat. Tak boleh jadi ni. Fisa, pinjam handphone kau.... Aku ketuk pintu bilik Nafisa. Nafisa muncul dengan dahi berkerut seribu. Kenapa? Aku dah tahu apa kat dalam otak dia. Mesti dia fikir aku nak cekau handphone dia buat jadi harta sendiri. Otak dia tak pernah nak berfikir secara positif kalau pasal aku aje. Tak adanya aku ambil handphone kau. Aku just nak misscall nombor aku aje. Aku hulur tangan kepadanya.

43

Lelaki Versi Dia

Nafisa tersengih kecil sebelum meletakkan telefon Nokia harga seribu lebih dia tu kat tangan aku. Yalah, kan... gaji dia besar. Mana boleh lawan tauke kecik macam aku. Hu hu hu.... Aku cari nombor aku dan call. Bunyi tut tut tut.... Aku pusing-pusing satu rumah. Ringtone handphone gagal dikesan. Takkan la aku buat silent mode kut? Last time aku guna silent mode masa interview kerja setengah tahun yang lepas. Aku call kali kedua dan kali ini aku terkejut kerana ada yang menjawab di hujung talian. Aku ada tercicir telefon kat mana-mana ke? Helo.... Suara garau. Errr... lelaki kut. Helo, siapa encik ni? Aku terus soal sebab terkejut sangat. Mana entah telefon bimbit aku terbang sampai ke dalam genggaman orang kat hujung sana. Win? Eh? Dia tahu pula nama aku. Aku kerut dahi, hairan. Ya saya... encik ni siapa? Berdebar-debar pula aku tunggu dia menjawab. Otak dah mula berangan benda yang bukan-bukan. Mana la tau, kan tiba-tiba handphone cikai aku tu terjun ke lantai, ada lelaki handsome ala-ala Asyraf Muslim tolong ambilkan, lepas tu kita orang berkenalan dan akhirnya aku jumpa Mr. Charming aku yang selama ini aku nanti-nantikan. Ah, mengarut gila kau ni Win. Dia, kan tahu nama kau. Entahentah mamat yang kutip handphone cikai tu adalah Izz Harraz, jangan frust sudah. Mr. Charming konon.... Saya ada kat luar rumah awak.

44

Aireen Aryana

Aik? Luar rumah? Jantungku rasa nak tergugur saat terbayangkan lelaki rambut panjang memandu kereta Honda City. Takkan la dia kut? Aku bergegas menuju ke arah cermin rumah dan menyelak langsir perlahan. Oh mama mia... its him! Aku meraup wajah sebelum mematikan talian. Macam mana telefon aku boleh ada kat dia? Ke... dia yang curi handphone aku masa aku tidur dalam kereta dia? Jumpa? soal Nafisa. Aku serahkan semula telefon bimbitnya. Dah. Aku bergegas mengambil fail dan beg tanganku. Aku pergi dulu Fisa.... Okey! Sampai di depan pintu keretanya, aku teragak-agak untuk masuk. Ah, masuk aje la. Bukan aku yang nak menggatal jumpa dia, tapi dia yang ambil handphone aku, kan? Selamat pagi. Wan Aakif tersenyum mesra. Aku tunjuk muka masam sambil terus hulur tangan. My handphone please... pintaku, dingin. Dia merenung wajahku lama-lama sebelum kembali tersenyum. Saya hantar awak pergi kerja. Oh, tidak! Aku tak nak! Minta balik telefon bimbit saya... awak curi ke? soalku agak kasar. Berkerut kening lelaki itu memandangku. Saya tak curi, awak tercicir kat dalam bilik tamu rumah kami semalam....

45

Lelaki Versi Dia

La... ya ke? Hesy! Segan pula rasanya sebab dari tadi aku asyik terfikir yang dia diam-diam ambil telefon aku sewaktu aku tertidur di dalam keretanya semalam. Over gila andaian yang aku buat. Takkan la Wan Aakif nak buat kerja gila semata-mata nak hantar aku ke pejabat pagi ini, kan? Win, sendiri mahu ingat... tak ada cantik mana muka tu sampaikan Wan Aakif tergila-gilakan aku. Sorry... ingatkan awak yang ambil. Wajahku berona merah. Tak apa... tapi ada bayarannya. Wan Aakif tersenyum lagi. Dia selamba saja memasang seat belt. Dia dari tadi senyum. Teringat masa dolu-dolu, aku curi gambar dia dalam album Auntie Zita semata-mata kerana gambar tu aje yang dia buat muka tersenyum ikhlas. Sampai sekarang masih ada lagi dalam simpanan aku. Tapi aku letak dalam album famili aku la. Takkan aku nak simpan lagi, kan sebab aku pun dah janji pada diri sendiri nak lupakan lelaki ini. Bayaran apa? Aku rasa dalam beg duit aku lebih kurang RM10 aje ada. Jangan la dia minta banyak-banyak. Saya hantar awak pergi kerja.... Tapi saya naik bas! Aku pandang wajah Wan Aakif tak percaya apabila dia dah steady bawa kereta. Last night saya dah kasi tau kat awak, tak perlu nak menyibuk dalam hal saya.... Aku sindir dia, sinis. Dia buat muka batu dan terus memandu. Akhirnya aku mengalah juga. Aku tunjuk jalan menuju ke pejabat aku pada dia dan aku dah mula bimbang terhadap sesuatu. Dia tahu rumah sewa aku, dia tahu pejabat aku, lepas ni jangan la dia hari-hari nak menghadap aku.

46

Aireen Aryana

Sekali lagi aku buat andaian melampau. Apa yang aku harapkan daripada dia sebenarnya? Cinta? Win, dia tengah hilang ingatan, jadi dia tak sedar yang dia tengah bawa sekarang ini adalah perempuan yang paling dia tak suka. Dan sesungguhnya aku amat takut untuk membaca perasaan sendiri. Aku takut jatuh cinta lagi....

AKU kata berhenti kat depan perhentian bas sebab pejabat aku di seberang jalan. Tetapi dia senyum aje. Dari tadi senyum. Aku naik gelisah jugak. Wan Aakif senyum ooo... tak pernah aku tengok, lebih-lebih lagi dalam keadaan awal pagi begini. Cair sikit.... Saya berhenti depan pejabat awak. Dia terus memandu lalu macam tu saja depan perhentian bas, tak sempat aku nak tahan. Aku kerutkan dahi memandang wajahnya. Masalah betul! Kenapa? Awak takut kawan-kawan awak nampak? soal Wan Aakif dengan selamba. Aku terkejut sedikit. Macam tau-tau aje dia nikan? Pandai menilik.... Tak la... saya tak nak susahkan awak... balasku perlahan. Wan Aakif gelak kecil. Jangan tipu saya, Win. Air muka awak dah beritahu pada saya apa yang ada kat hati awak tu. Aku melirik wajahnya. Pandai awak baca air muka saya... sindirku. Dia ketawa lagi.

47

Lelaki Versi Dia

Saya, kan tunang awak. Sebelum ni mesti saya lebih bijak membaca perasaan awak, kan? Saya tau apa yang awak suka dan yang awak benci.... Aku rasa nak termuntah mendengar kata-kata Wan Aakif. Kalau tak kenangkan dia hilang ingatan, mesti aku dah terjun dari kereta sebab tak percaya Wan Aakif la yang tengah bercakap dengan aku saat ini. Tapi saya minta maaf sebab sekarang saya dah lupa segala-galanya. Tentang awak, tentang perkara yang awak suka, tentang perkara yang awak benci... Im sorry for that.... Suara Wan Aakif mencelah halus ke dalam hatiku. Aku rasa bersalah bila dia fikir dia dan aku pernah ada hubungan yang rapat berdua. Aku pandang dia penuh makna. Awak tak perlu nak minta maaf sebab tu bukan kesalahan awak... balasku. Aku nak dia tahu yang aku tak pernah kecil hati kerana dia telah melupakan aku. Mungkin dia fikir aku mesti rasa sedih sebab dia sebagai tunang tibatiba melupakan segala-galanya tentang aku. Macam mana ni ek? Nak kasi dia sedar yang aku dan dia dulu bukanlah loving doving moving couple seperti yang diceritakan oleh mama dia. Dia macam tak percaya yang kita orang tak berapa nak rapat. Aku rasa Auntie Zita yang master mind dalam kes ni. Auntie Zita ni pun agak-agaklah kalau nak menipu anak sendiri pun.... Dah sampai... celah Wan Aakif semasa otak aku tengah berfikir secara aktif untuk mencari jalan memisahkan aku dan dia. Memisahkan aku dan dia? Ayat tak boleh blah. Hmmm... thanks.... Aku kemaskan fail dan beg tanganku ke bahu. Aku pandang dia sekilas. Jangan ambil saya petang ni tau. Dan satu lagi, kita tak pernah serapat yang mama awak ceritakan pada awak. Kita biasa-biasa aje.

48

Aireen Aryana

Win, awak frust sebab saya tak ingat awak sehingga awak tak mengaku hubungan mesra kita, ataupun awak dah tak suka saya sebab... yalah... saya dah macam ni? Aku pandang dia dari atas ke bawah. Apa kena dengan dia ni? Ada pula dia fikir benda yang aku tak terfikir. Tak ada kaitan dengan saya frust ataupun awak dah jadi macam tu. Anyway saya tak faham maksud awak yang awak dah macam ni tu. Aku nampak dia mengerut kening sebelum mengurut belakang tengkuknya. Saya selekeh, kan? Dulu saya tengok gambargambar saya semua handsome.... Huk aloh! Perasan gila! Aku pandang dia serius walaupun sikit lagi hampir-hampir tersenyum. Tau tak apa.... Aku balas selamba dan terus keluar. Thanks, hantar saya Wan. Dan ingat saya kata, jangan cari saya lagi lepas ni. Aku bagi warning awal-awal. Nasib baik dia buat muka selamba dan aku ingat memang dia tak akan cari aku lagi la lepas ni. Kalau dia cari juga, mesti dia jenis spesies lelaki tak tau malu. Masa aku nak tutup pintu kereta, aku teringat sesuatu. Aku buka balik pintu kereta dan hulurkan tangan. Give me my phone. Dia pula jongket kening sambil tersenyum lebar. Ingatkan nak kasi saya jaga lagi? Mimpilah.... Aku terus ambil telefon bimbit aku sebelum dia betul-betul berikan padaku. Mana taknya, cara dia hulur phone aku tu macam beri buaya makan petang. Slow giler. Ingat, jangan datang lagi! ucapku bernada tegas. Dia angguk dan membongkokkan tubuhnya untuk

49

Lelaki Versi Dia

memandang wajahku sambil tersengih-sengih mempamerkan barisan giginya yang putih. Nasib baik cantik teratur. Aku menghela nafas lega lalu menutup pintu kereta. Aku berjalan menuju ke dalam syarikat dengan perasaan huru-hara. Hari ini aje berapa kali dia senyum kat aku. Dan hari ini aku pasti jantungku berfungsi tidak seperti hari-hari lain. Aku mengerut kening apabila jantungku terasa berdegup pantas. Tarra! What have I done? And why must it happen to me? Oh saddap.... Arwin! Berderau darahku sebaik saja terdengar namaku diseru. Yang pasti pemilik suara itu adalah bos aku. Ya, bos.... Aku tergugup sekejap. Itulah kalau dah banyak berangan, otak tak berapa ada di tempatnya. Pagi ni ada mesyuarat lembaga pengarah, kan? soal Encik Hisyam yang memandang wajahku macam nak makan orang. Ya bos.... Aku angguk laju-laju. Awak tengah mimpi ke Arwin? soal Encik Hisyam dengan sinis. Aku laju-laju geleng kepala. Dengan bos aku seorang ni, aku rasa macam tengah berjumpa dengan singa hutan. Seriau semacam. Cara dia pandang aku aje dah boleh ketar lutut. Awak dah siapkan bilik mesyuarat ke? Dah. Semalam.... Aku rasa macam Encik Hisyam pula yang jadi secretary sekarang ni. Make sure semua berjalan lancar. Saya tak nak ada lembaga pengarah yang merungut nanti. Bilik tu kena bersih betul-betul.

50

Aireen Aryana

Eh, banyak songeh la pula. Dia ingat aku tak reti buat kerja ke? Tapi nak memprotes tu aku tak berani la. Sebab terang-terang aku ni memang penakut. Lagi-lagi dengan encik singa ni. Hiii.... Encik Hisyam berlalu ke dalam bilik dia, aku terus urut dada. Jane tersengih memandang wajahku yang sedikit pucat. Stres ke? soal Jane dan tergelak kecil. Kalau I tau susah begini kerja under orang, I nak buat syarikat sendiri... rungutku kepada Jane. Jane gelak besar. Mesti dia fikir aku tengah naik gila sekarang ni. Ya la... awal-awal pagi dah kena sound. Siapa yang tak terkejut, kan? Kalau macam tu, I nak jadi salah seorang pemegang saham dalam syarikat you la... usik Jane. Kenapa pula? Pemegang saham sekurang-kurangnya berdua dalam satu syarikat tu.... Ujar Jane sambil angkat-angkat kening kepadaku. Aku sengih aje sambil menunjukkan jari telunjukku goyang ke kiri dan ke kanan. Pemegang saham memang kena berdua, tapi tak semestinya manusia.... Aku berlalu menuju ke bilik mesyuarat sambil berlenggang di depan Jane. Jane tercebik sebelum tergelak kecil. Jane campuran Cina dan Thai, sebab tu muka dia putih macam kapas. Lain la aku ni, nak kira putih tak la putih... hitam jauh sekali. Kira muka tipikal Melayu la. Hi hi hi....

51

Lelaki Versi Dia

TENGAH HARI itu aku dikejutkan dengan sesuatu. Seseorang lebih tepat kut, sebab aku dah serupa macam Bulma terkejut jumpa Bezita dalam cerita Dragon Ball. Aku tak terkelip apabila terpandang wajah Wan Aakif muncul di depan mataku tengah hari itu. Satu pejabat mula kecoh. Siap ada yang mengintai dari tepi dinding. Aku pandang wajah Wan Aakif dengan tajam, tetapi dia hanya buat muka selanga aje kat depan aku. Lunch, katanya sepatah. Aku kawal wajah aku yang betul-betul dah berubah daripada yang selalunya. Ive told you before... jangan datang pejabat saya! Aku keraskan suara. Geram menjadi-jadi apabila aku ternampak orang sekeliling mula berbisik-bisik. Wan Aakif kerut kening. Dia nampak terluka apabila aku naikkan suara begitu. Awak tak suka saya ke? Tersirap darahku mendengar pertanyaannya itu. Bukan tak suka... tapi saya dah kasi tau awal-awal jangan muncul depan saya lagi! Geram betul aku dengan orang yang tak reti bahasa ni. Berapa puluh kali aku terangkan pun masih lagi buat kerja sia-sia. Tak pernah lagi aku jumpa mamat sesengal Wan Aakif. Awak malu? soalnya setelah diam beberapa detik. Aku kerut dahi. Malu apa? kataku agak sedikit berapi. Lebih-lebih lagi apabila aku lihat muka dia yang dah tak serupa orang. Lebih kurang aku ni kucing, dia tu tikus. Malu ada tunang seperti saya. Yalah... awak cantik, saya ni selekeh.... Ya Rabbi... apa benda yang dia merepek ni?

52

Aireen Aryana

Saya dah cakap kat awak jangan datang sini.... Aku mula beremosi. Dan saat itu juga aku lihat wajah dia ikut berubah kecewa. Awak kata jangan datang petang, bukan tengah hari.... Are you nuts? tempelakku. Sah otak Wan Aakif tak centre. Saya nak ajak awak makan aje pun.... Suara dia mula tenggelam timbul. Awak memang tak suka saya, kan? Dari hari pertama kita jumpa memang awak tak suka saya. Sampai hati.... Aku dengar suara dia mula bergetar. Aku serba salah tiba-tiba. Rasa terlebih kejam pula kat dia. Bila bilik bos terbuka tiba-tiba, rupa aku dah berubah pucat tak bermaya. Encik Hisyam pandang aku dengan riak hairan. Aduh... matilah aku! Ni dah kira kes dilema wanita. Errr... tak la.... Aku lembutkan suara cuba memujuk Wan Aakif. Kalau Wan Aakif tiba-tiba mengamuk, buat kacau kat sini masa Encik Hisyam tengah tengok ni, alamatnya naya aku kena bagi resign letter notis dua puluh empat jam. Saya tunang awak... tapi awak malu ada tunang macam saya.... Suara Wan Aakif mengendur dan membuat aku terkedu seribu. Jom keluar.... Aku bisik kepada dia. Wan Aakif sekadar memandang wajahku dengan tajam tanpa kata-kata. Aku toleh kiri kanan, semua orang pandang aku semacam. Lagi kecut perut aku apabila Encik Hisyam dah mula bersandar pada dinding seolah-olah dia nak

53

Lelaki Versi Dia

tengok drama Hindustan yang dilakonkan oleh setiausaha syarikat dia ni. Habis la aku! Errr... maaf, kejap eh. Aku tunduk-tunduk meminta maaf kepada orang lain. Aku berjalan menuju ke arah Wan Aakif dan tarik tangan dia dengan kuat. Tapi dia tepis tanganku tiba-tiba. Aku pandang wajah dia dengan muka hairan. Tak perlu berpura-pura Win... ucap Wan Aakif dengan sinis. Huh, menusuk sampai ke jantungku. Cara dia bercakap tu seolah-olah aku yang bersalah. Aku nampak wajah dia seperti terluka sebab aku menafikan dia sebagai tunang aku. Dah dia serbu pejabat aku tiba-tiba, aku nak buat apa? Dah la! Dia terus melangkah pergi. Alamak, dia merajuk ke? Tak pernah la pula ada lelaki tarik muka merajuk denganku. Tetapi rasa serba salah aku bertukar jadi takut apabila terkenang encik singa menonton wayang percuma. Aku garu kening sambil menoleh ke arah Encik Hisyam. Aku tersenyum, tetapi aku rasa senyuman aku dah senget sebelah. Arwin, masuk bilik saya sekarang. Ta... tapi encik.... Tak ada tapi-tapi. Masuk bilik saya sekarang! Aku toleh ke arah Jane dengan pandangan, tolong aku...! Tapi Jane buat muka blur. Aku hela nafas panjang, baca bismillah dan menapak kat depan pintu bilik bos. Cis! Tak pasal-pasal aku jadi mangsa! Geramnya aku! Wan Aakif sengal gila! Belajar kat luar negara, tapi otak letak kat lutut... suweiii!

54

Aireen Aryana

Rasa nak menangis aje masa buka pintu bilik Encik Hisyam.

PETANG aku balik dengan bas. Nasib baik Wan Aakif tak muncul. Dah merajuk agaknya. Tapi bagus juga sebab tak perlulah aku nak minta maaf kat dia. Tapi aku tak sedap hati la pula sebab buat dia begitu tadi. Aku tak pernah tinggikan suara kepada sesiapa. Pernah tu pernah tapi jarang.... Ah, aku tak nak fikir lagi! Buat serabut otak aje. Nasib baik jugalah Encik Hisyam cool, tak cakap apa-apa pasal Wan Aakif. Cuma dia pesan lain kali jangan buat perangai kat pejabat dan kali ini dia maafkan. Masa aku tengah relaks tunggu bas kat perhentian bas, tiba-tiba kereta Honda City warna silver berhenti di depan mataku. Aku buat tak peduli aje sampailah aku teringat mamat rambut panjang punya kereta, sebiji macam kereta kat depan aku ni. Aku harap-harap bukan dia la. Tapi bila dia dah bunyikan hon kereta, aku positif memang dia. Tak putus asa nampaknya? Nasib baik aku sedar yang dia ni hilang ingatan. Kalau tak, sah-sah aku perasan diri sendiri hot sampai dia terkejar ke sana ke mari. Aku buka langkah malas menuju ke arah kereta. Aku ketuk cermin kereta dia, tapi dia masih tak turunkan cermin kereta. Akhirnya aku terpaksa buka pintu kereta Wan Aakif dan menjengah untuk memandang wajah lelaki itu. Lepas tu aku rasa macam kena renjatan elektrik. Terkejut sikit melihat penampilan baru Wan Aakif. Rambut dia! Masuk, katanya sepatah. Tapi sepatah itu dah buat aku macam kena pukau.

55

Lelaki Versi Dia

Aku masuk dan duduk senyap-senyap kat tepi dia. Sekalisekala aku jeling untuk melihat wajahnya. Rambut dah potong, pakai seluar jean biru dan T-shirt merah. Darahku menerjah ke pipi apabila terbuai dengan perasaan sendiri. Dia memang sebiji macam Wan Aakif sebelum ini. Saya dah potong rambut, ucapnya agak lembut. Aku tahan nafas kerana dadaku mula bergetar. Awak potong rambut semata-mata kerana saya ke? soalku tanpa memandang wajahnya. Hmmm.... Boleh tak aku pengsan sekejap? Terharu sangat sebab dia sanggup buat perkara yang sia-sia macam tu demi aku. Rasa bersalah pun ada juga. Tapi terharu lebih lagilah... aku pandang wajah dia yang sedang tersenyum senang hati. Kenapa awak buat macam tu? soalku lagi. Saya nak tengok awak tersenyum.... Zappp! Aku tersentak. Jantungku berdegup tak sekata. Senyuman aku ni penting sangat ke buat dia? Aduhai Wan Aakif, tau tak saya memang dah lama sayangkan awak? Jangan la buat saya jatuh cinta sekali lagi.... Aku tak cakap apa lagi sampailah kereta dia memasuki pekarangan rumahku. Sampai dah.... Dia kata. Ayat ni dah dua kali masuk ke dalam halwa telingaku. Aku pandang wajah dia sekilas sebelum membuka pintu kereta. Wan, jangan cari saya kat pejabat lagi. Saya tak nak bos cop saya pekerja bermasalah. Dia angguk sambil tersenyum. Melihat dia tersenyum hatiku jadi terumbang-ambing. Oh, rajuk dia dah terubat sendiri la ya? Kasihannya dia....

56

Aireen Aryana

Saya minta maaf pasal tadi, tapi kalau awak buang tatu awak tu sekali, saya lagi suka. Aku hulur senyumanku kepadanya sebelum menutup pintu kereta. Aku masuk ke dalam rumah, tapi otak aku masih bersama-sama dengan Wan Aakif. Aku rasa aku nak tolong pulihkan ingatan dia balik. Lagi cepat dia ingat, lagi bagus sebab aku tak nak dituduh ambil kesempatan ke atas kelemahan Wan Aakif Akmani di kemudian hari. Tetapi bagaimana caranya?

57

Lelaki Versi Dia

Bab 5
UJUNG minggu macam biasalah, aku menghadap laptop dua belas jam. Update status Facebook, update blog, update e-mel. Blog ni aku buat untuk aku release tension. Sekadar bercerita hari ini aku buat apa, esok aku buat apa dan segala-galanya private untuk diri aku sendiri. Kiranya aku buat blog seperti diari aku la, kan? Esok lusa aku boleh baca balik. Nak tulis guna buku macam zaman kuno-kuno dulu tak rajin la pula. Dah la kena beli buku dan pen, bukankah membazir? Pukul sembilan pagi aku dah mula bosan tergolek depan lap-top. Kalau Abang Izz tak outstation ke Sarawak, gerenti aku buli dia dan bawa dia jalan-jalan kat mana-mana aje. Nafisa pula dah balik ke kampung. Jadi, tinggallah aku keseorangan di dalam rumah. Teringat masa mula-mula aku kenal Nafisa, dia jenis yang workaholic sampaikan waktu makan pun dia sibuk cari lap-top untuk buat tugas-tugas dia. Aku tengok kerja accountant memang tak ada masa nak berehat langsung. Sedangkan Nafisa yang tip top boleh tahan glamour dengan

58

Aireen Aryana

kepandaian dia buat exam ACCA macam buat soalan budak darjah tiga sesenang kacang, jadi member MIA pun bekerja siang dan malam memerah otak dan tenaga. Aku agak aku nanti boleh jadi zombie kalau ikut jejak langkah dia jadi accountant. Sekadar account executive tu mampulah agaknya, kan? Tu pun kalau mampu la. Aku jenis tak tahan kalau tengok nombor. Diskalkulia sikit. Pening dia macam tengah tengok nombor-nombor tu menari-nari depan aku lepas tu tergolek-golek gelakkan aku. Tahap kronik bencikan nombor. Tetapi kalau angka dalam bank aku meningkat, tak apa... aku suka! Lagi beriban ada kat sana, lagi aku suka. Aku tengok sekarang ni Nafisa mula relaks. Balik rumah terus terpacak kat depan TV. Mungkin terpengaruh dengan aku la kut, sebab aku ni jenis spesies yang layan televisyen terutamanya kartun-kartun seperti Dragon Ball ataupun Detective Conan. Tengah aku layan movie depan televisyen, telefon aku berbunyi. Laju tanganku mengambil handphone. Mana la tau ada orang nak ajak aku keluar jalan-jalan, lumayan seh.... Nama yang terpapar adalah Auntie Zita dan mood aku jadi terbalik. Malaslah nak jawab. Apa kata aku pura-pura tak dengar ringtone phone berbunyi? Telefon cikai itu aku campak kat tepi sofa. Tetapi apabila masuk kali ketiga berbunyi, aku rasa tak manis pula kalau tak jawab. Mak aku kata kalau Auntie Zita call, jawab jangan tak jawab. Sebab dia mak aku nombor dua. Memandai aje mak kata macam tu, walhal mak aku sorang aje dalam dunia ni. Helo auntie.... Aku memaniskan suara.

59

Lelaki Versi Dia

Kenapa lambat angkat, Win? Dah agak dah Auntie Zita mesti tanya soalan begitu. Mandi tadi.... Aku belasah aje kasi alasan walhal aku dah mandi pukul tujuh pagi tadi. Amboiii... anak dara mandi lambat-lambat busuk tau. Aku gelak kecil dengar kata-kata Auntie Zita. Mandi lewat pun boleh jadi busuk eh? Bukan semakin wangi ke? Win ada keluar jalan-jalan dengan Wan ke? Dia kata dia nak ambil Win. Erk! Hampir tercekik apabila terdengar nama keramat itu lagi. Dah dekat seminggu aku tak dengar khabar dia. Aku agak ingatan dia dah pulih, jadi dia tak teringin nak jumpa aku lagi.... Tak ada pun.... Aku jawab jujur. Baru lima belas minit dia bertolak. Win siap la awal takut dia lama tunggu. Wan baru aje kebah demam, terus dia nak jumpa Win. Mama tak bagi dia keluar rumah, tapi dia berkeras juga nak jumpa Win. Jantungku berdegup laju. Dia demam ke? Aku ingatkan dia sihat. Buruk sangat perangai aku sampaikan dia sakit pun aku tak bertanya khabar. Ya la... Win siap dulu. Terima kasih auntie.... Aku meminta diri. Win, panggil mama aje. Lagipun tak lama lagi Win dan Wan nak kahwin, kan? Hah? A... apa auntie? Mama... ujar Auntie Zita berbaur amaran.

60

Aireen Aryana

Aku telan air liur sendiri. Errr... mama.... Wan cakap dia nak kahwin dengan Win dalam masa terdekat ni. Aku ternganga. Suka-suka mak datuk mereka aje nak aku kahwin dengan Wan Aakif. Gila! Serius gila! Tapi, kan kita tengah buat lakonan olok-olok? Win tak nak la kahwin! Aku melatah. Kedengaran Auntie Zita menghela nafas panjang. Win, Wan betul-betul sayang Win. Kalau tak, dia tak akan potong rambut dia.... Itu aje alasannya? Aku mula mencongak sendiri. Kalau aku tak nak kahwin dengan Wan, aku kena tolong dia ingat balik sejarah hidup dia. Kalau nak kahwin pun, sekurang-kurangnya tunggu Wan Aakif dapat kembali ingatan dia. Supaya dia boleh decide keputusan berdasarkan fikiran yang waras. Aku tak nak la macam ni! Dia belum betul-betul ingat kisah dahulu, terus kahwin dengan aku. Kang kalau ingatan dia pulih lepas kita orang kahwin dan tiba-tiba dia bencikan aku semula, apa aku nak buat? Merayu-rayu melutut-lutut supaya kami kekal jadi sepasang suami isteri? So sorry... kerja tu orang gila aje nak buat. Aku tak akan! Tapi auntie.... Mama! Kali ini suara Auntie Zita lebih tegas. Win rasa awal sangat kalau nak kahwin... ucapku lembut mengharap pengertian Auntie Zita. Mama dah call mak Win... mak Win okey aje. Lagi sekali aku terkejut. Auntie Zita dah cakap dengan mak ke? Nafas aku jadi sesak. Kenapa aku kena jadi mangsa dia orang ni? Apa salah aku kepada mereka? Geramku membuak tiba-tiba.

61

Lelaki Versi Dia

Aku ketap bibir tahan perasaan. Nak marah Auntie Zita pun tak guna. Aku dididik untuk menghormati ahli keluarga yang lebih tua daripada diriku. Win tak kisah kahwin... tapi berilah sikit masa lagi pada Wan untuk ingat semula apa yang dia dah lupa.... Kalau begitu, Win la yang kena tolong Wan. Mama tak boleh kata apa, sebab Wan beria-ia nak kahwin dengan Win. Dia kata kalau dia tak kahwin dengan Win, dia nak balik ke US semula.... Suara Auntie Zita jadi perlahan. Aku matikan talian apabila Auntie Zita kata dia ada benda nak buat. Tapi aku cukup faham yang Auntie Zita berkecil hati denganku. Dia kecil hati boleh, aku tak boleh pula? Manusia memang begitu, kan?

SEBAIK sahaja mendengar hon dari luar rumah, aku bergegas masuk ke bilik dan bersiap. Tudung kelabu aku lilitkan di kepala sebelum keluar dari rumah. Aku lihat Wan Aakif tersenyum senang menunggu kehadiranku di dalam kereta. Aku masuk ke dalam kereta dengan muka yang masam. Win... serunya sepatah. Aku pura-pura sibuk mengatur seat belt tanpa memandang wajahnya. Mama telefon ke tadi? Dia tanya. Aku angguk kecil. Aku ingat hari ini juga aku kena buat perhitungan bersama Wan Aakif. Aku nak kasi tau benda-benda yang dia ingat selama ini adalah tipu sematamata, termasuklah pertunangan aku dan dia. Mama kata apa? soalnya lagi.

62

Aireen Aryana

Aku tersenyum sinis. Dia tanya, tetapi dia sendiri tau apa yang mama dia katakan kepadaku. Geramnya! Win, awak marah saya ke? Saya ada buat salah ke? Awak nak duduk sini sampai bila? Tak nak jalan ke? soalku tanpa mempedulikan pertanyaannya. Wan Aakif gosok tangannya perlahan sebelum mengerutkan kening. Saya tak tau nak pergi mana.... Awak ambil saya... tapi awak tak tau nak pergi mana? Awak marah ke? Lagi dia soal benda yang sama. Aku jadi berapi sekejap. Kalau awak tak tau nak pergi mana, kita pergi ke sekolah lama ajelah! Aku terus buat keputusan. Lagi lama dia tanya benda pelik-pelik, lagi berapi hatiku nanti. Aku sengaja pilih sekolah lama. Mana tau rezeki, tiba-tiba dia teringat yang dahulu dia benci kat aku, sebab kat sekolah tu juga dia mula tunjuk yang dia tak suka aku. Kalau dia ingat semua sekali, lagi bagus. Terus tak jadi kahwin lagi bagus! Jangan la marah saya.... Suara dia seperti budak kecil meminta sesuatu. Aku pandang wajah dia tajam-tajam. Kalau boleh nak tembus jantung dia supaya dia tahu aku tengah marah. Awak cakap kat mak awak yang awak nak kahwin dengan saya, kan? soalku tegas. Dia pandang wajahku penuh tanda tanya. Awak tak suka? Berapa kali saya nak kata yang saya tak pernah suka awak? Awak pun tak pernah suka kat saya! Aku naik angin. Ingat nak marah lagi, tapi bila tengok muka dia yang

63

Lelaki Versi Dia

innocent tu, marahku jadi reda. Tak sampai hati nak marah dia. Renungan mata dia lembut menikam anak mataku. Saya suka awak.... Aku kerut dahi. Susah bercakap dengan orang yang tak reti bahasa ni. Sepuluh kali ulang belum tentu dia nak hadam. Wan, kita jangan kahwin dulu ek? Aku pinta pengertiannya. Kenapa? Kita dah bertunang lama sangat dah.... Aku hela nafas. Otak berfikir ligat cari alasan selogik yang mungkin. Betul ke masa dekat US dulu awak tak ada buat hubungan intim dengan sesiapa? Mana la tau awak buat seks bebas lepas tu... Apa awak cakap? potong Wan Aakif. Matanya yang tadi merenung wajahku lembut, kini jadi tajam menikam. Aku tahu aku dah melampau tuduh dia yang bukan-bukan, tapi aku kena juga cari alasan. Tak ada la... dulu, kan... mama awak sendiri ada cakap yang awak rapat dengan seorang perempuan.... Saya tak pernah buat benda tu kalau awak nak tau sangat. Saya just sentuh arak dan benda-benda ringan aje. Kalau awak mabuk macam la awak boleh ingat! sampukku laju-laju. Dia tunjuk muka bengang kepadaku. Saya tau apa yang saya lakukan, Win. Awak tak perlu risau sangat! Suara dia mula meninggi. Aku tersentuh hati apabila dia tinggikan suara seperti itu. Okey... aku dah malas nak bertekak. Buat sakit hati aje.

64

Aireen Aryana

Kita nak ke mana ni? Cepatlah! Aku masih lagi bersuara dengan nada yang sama. Aku lihat Wan Aakif meraup wajah perlahan sebelum kembali menatapku. Sekolah lama... balasnya perlahan. Jalanlah! Takkan nak tunggu kat sini sampai petang? Sekolah tu tak boleh jalan ke sini pun! marahku. Dia sekadar diam tanpa bersuara. Tak tahu kenapa hati aku jadi sedih tiba-tiba. Tak tau kenapa.... Aku hanya diam sepanjang perjalanan. Sekali-sekala aje aku tunjukkan jalan kepadanya. Sekolah lama? Sekolah yang menyimpan seribu satu cerita. Aku dan dia tak pernah rapat, tapi aku selalu kejar dia ke mana-mana aje. Sebenarnya mak suruh aku bersekolah menengah di kampung aje, tapi oleh kerana aku nak ikut Wan Aakif juga, aku sanggup meminta sekolah berasrama penuh di bandar ini. Entah kenapa dahulu aku terlalu naif dalam mencari cinta. Pedihnya rasa itu sampai sekarang kadangkadang terkenang. Yalah, kan... cinta bertepuk sebelah tangan tak sama seperti orang lain bertepuk dua-dua tangan. Awak masih marahkan saya? Lembut suara Wan Aakif menyusup ke dalam telingaku. Aku menghela nafas panjang. Ini dah kira marahkan nyamuk bakar kelambu. Marahkan mama dia, aku bakar dengan dia-dia sekali. Tapi kalau bukan sebab dia yang minta perkahwinan antara kami, tak mungkin Auntie Zita bertindak lebih jauh untuk menelefon mak. Win, cubalah senyum sikit. Saya rindu senyuman awak. Awak paling cantik bila tersenyum.... Aku diam tanpa kata. Tak nak termakan dengan kata-katanya. Nanti aku juga yang merana.

65

Lelaki Versi Dia

Im sorry for everything. Saya tau... saya terlalu mendesak. Tak apa la kalau awak tak sedia nak kahwin lagi. Kita tunda ya? Boleh pakai ke apa yang dia kata ni? Aku pandang dia penuh tanda tanya. Dia tersenyum seraya mengangguk. Jangan marah saya lagi ya? pinta Wan Aakif tampak ikhlas. Aku menghela nafas panjang sambil memejam mata sejenak. Belok kiri. Aku tunjukkan jalan kepada dia. Dia ikut arahan aku tanpa banyak soal. Awak pakai baju merah dengan tudung kelabu tu, you look so chic, Win, puji Wan Aakif. Senyuman akhirnya tersungging di bibirku. Marahku jadi berkurang mendadak. Tak boleh blah la kau Win. Sekejap kena puji terus cair meleleh-leleh.... Dah sampai... ucapnya tenang. Aku buka seat belt tatkala dia mencari parking. Nasib baik pak guard tu baik hati, main lambai-lambai kat kita orang. Mungkin dia ingat kita orang ada kerja kat sekolah ini sebab aku nampak ada tiga empat buah kereta tersadai di tempat letak kereta. Dia keluar dari kereta apabila tengok aku selamba keluar tanpa mengajaknya. Win, boleh saya jalan dengan awak? Dia berdiri tegak di sisiku. Aku menjuih bibir. Takkan awak nak jalan dengan kucing? balasku dengan sinis. Wan Aakif tersenyum geli hati. Awak marah-marah sayang eh? tekanya.

66

Aireen Aryana

Aku mengerut kening, lama. Entah apa-apa aje awak ni. Kita ke blok kelas dulu. Aku tarik tangan dia tanpa sedar. Tapi cepat-cepat aku lepaskan apabila dia mengaduh. Tarik sikit pun dah sakit? soalku hairan. Terkejut... bukan sakit, balasnya bersama gelak kecil. Aku terpaku sekejap melihat tawa yang terhambur di bibirnya. Bila dia berhenti gelak tiba-tiba, aku cepat-cepat melangkah ke arah blok kelas. Bahaya kalau dia perasan tentang perasaan aku kepada dia. Cukup bahaya! Entah-entah esok juga dia ajak aku kahwin. Wah, tingginya imaginasi aku ni. Aku menghela nafas panjang sambil memeluk tubuh menyusuri bahagian tepi blok kelas. Aku tersenyum kecil teringat cerita-cerita lama. Kat kelas 1A aku pernah jerit kepada Wan Aakif yang dia makhluk terhensem pernah aku jumpa. Masa tu aku ingat lagi muka dia yang selamba cekadak lalu kat depan aku sambil buatbuat tak dengar. Ah, kenangan.... Buat malu kerabat aje. Kat kelas 2A, aku pernah tulis surat cinta kepada Wan Aakif. Aku hebohkan kepada kawan-kawan yang aku ni makwe Wan Aakif. Malah kami dah lama bercinta. Kawankawan aku gelakkan aku, cakap aku ni psiko yang bermimpi pada siang hari. Kat dewan tu pula, aku menangis tunggu Wan Aakif habiskan exam SPM dia. Masa tu aku ikut ditahan kat asrama sebab cikgu nak pelajar tingkatan dua ulang kaji untuk PMR tahun depan. Dia keluar dengan kawan-kawan dia penuh gelak ketawa dengan pakaian seragam biru mudanya. Dia, kan head boy masa tu....

67

Lelaki Versi Dia

Aku terus pergi jumpa dia, menangis depan dia. Dia kata kat aku, belajar betul-betul. Masuk U dan genggam segulung ijazah, kemudian tunjuk kepada dia. Pertama kali dia berlembut denganku sewaktu aku benar-benar nanar dengan perasaan sendiri. Yalah, kan... dia nak keluar dari sekolah ni, mana aku tak frust tergolek. Pertama kali juga dia peluk tubuhku sambil menenangkan aku dan dia tak kisah orang sekeliling kami kecoh besar. Aku belajar betul-betul sampai aku habis PMR. Dia terbang ke US tanpa khabar berita. Akhirnya aku sedar yang Wan Aakif tak pernah sayangkan aku. Terkenang zamanzaman tu, aku jadi malu sendiri. Win.... Erk? Lamunan aku pecah berderai apabila terpandang wajah Wan Aakif yang tegak berdiri di depanku. Aku berdeham kecil sebelum melemparkan pandangan ke arah lain. Awak ada ingat apa-apa? soalku bergetar. Nak-nak tak bergetar, kan sebab aku ni tengah panik. Kalau dia ingat, aku rasa aku balik dengan teksi ajelah! Tak ada... balasnya lembut. Aku menghela nafas panjang cuba mengatur bicara. Wan, sebenarnya dulu awak bencikan saya. Awak tak suka saya. Aku rangka ayat supaya senang dia nak faham. Wan Aakif diam menunggu aku meneruskan katakata. Sebenarnya... awak dan saya tak ada hubu... Alamak hujan! Jom naik kereta, potong Wan Aakif dan terus berlari-lari anak meninggalkan aku. Aku ternganga tak tahu nak cakap apa. Aik? Lelaki takut hujan?

68

Aireen Aryana

Bila tempias air hujan jatuh ke wajahku, aku juga ikut pecut masuk ke dalam kereta. Dia tersengih-sengih menunggu aku di dalam kereta. Kita tengok wayang, ajak Wan Aakif tiba-tiba. Dia putarkan stereng kereta dan saat itu aku lihat tangan dia berbalut di siku dan ke atas. Wan, kenapa tangan awak? Dia diam. Wan? Aku desak lagi. Hari tu buang tatu... jawabnya ringkas sambil tersengih. Suasana jadi sepi seketika. Sebab saya? tekaku. Hati macam dipalu rasa terharu. Kan awak tak suka saya bertatu? Dia bercakap tanpa memandang wajahku. Aku telan air liur. Pahit. Sanggup pula dia korbankan tatu dia sebab aku tak suka? Aduh, bagaimana harus aku tepis perasaan yang mula berkembang dalam hatiku ini? Sakit tak, Wan? Sakit sikit aje.... Tu yang sampai demam tak beritahu kat saya? Dia diam tak menjawab. Saya minta maaf... desisku perlahan. Dia menoleh wajahku sekilas. Minta maaf untuk apa? soalnya lambat-lambat. Tak ada apa-apa.... Andai kata Wan Aakif tak pernah kehilangan

69

Lelaki Versi Dia

ingatan, aku nak sangat memanjakan dirinya. Boleh tak agaknya aku buat-buat hilang ingatan juga, yang kononkononnya Wan Aakif adalah tunang aku? Tak acilah dia feeling sorang-sorang. Aku curi pandang wajahnya, lama. Boleh tak Abang Wan? Soalku dalam hati. Seolaholah menyoal dia dalam versi Wan Aakif Akmani yang lama.

WAN AAKIF bawa aku jalan-jalan di sekitar pusat membelibelah. Macam tak percaya pun ada. Selama ini aku tak pernah mimpi nak keluar berdua dengan dia. Dulu dia, kan hot issue and the best student? Kalau tak, tak mungkin dia boleh belajar di luar negara atas tajaan JPA. Aku pula student biasa-biasa... jadi nak tak nak terpaksa la aku hadkan angan-angan untuk couple dengan dia supaya nanti aku tak kecewa akhirnya. Wan Aakif ikut aje langkah kaki aku. Mungkin dia dah lama tak jalan kat area ni, dia macam pelik aje tengok sekeliling. Lagi-lagi apabila kita orang lalu depan perempuan. Aku perasan mata dia nakal terjeling-jeling ke arah wanita yang boleh dikategorikan seksi. Sakit juga hati ni, tapi aku tahan. Kang kalau aku marah, dia kata aku jealous pula. Tak sangka... ucapnya tiba-tiba. Aku melirik wajahnya sebentar sebelum meneruskan langkah. Tak tahu apa yang dia tengah sangka, tapi aku positif semua berkaitan dengan perempuanperempuan yang tengah dia tonton. Malaysia dah membangun... komennya perlahan. Awak ingat Malaysia tak membangun lagi ke? Kalau tak membangun, tak ada la kerajaan sponsor awak untuk belajar kat US. Aku sound dia.

70

Aireen Aryana

Wan Aakif tersengih kecil dan menghentikan langkahnya tiba-tiba. Maksud saya, wanita Malaysia sudah membangun.... Eiii? Aku pandang wajah dia penuh tanda tanya. Banyak yang pakai short... even muka dia orang nampak Malay.... Awak pasti Malay? Tak tau.... Wan Aakif selamba berjalan melalui diriku. Aku kerut kening melihat tingkahnya. Reti loyar buruk jugak Wan Aakif, kan? Aku ingat dia jenis spesies kayu tak reti nak bergurau senda. Bibirku mengukir senyuman lucu. Win, yang ni cantik untuk awak.... Dia tunjukkan topi warna kelabu kepadaku. Mentang-mentang saya guna tudung kelabu.... Dia senyum mendengar kata-kataku. Awak nak jalan sampai pukul berapa? Saya nak balik rumah, penat.... Aku merungut kecil. Wan Aakif pandang wajah aku, lama. Amboiii... aku tanya, dia sempat melamun pulak. Kadang-kadang aku lihat Wan Aakif selalu termenung apabila memandu kereta. Hairan juga aku apa yang dia fikirkan sebab dulu dia tak macam ini. Kita makan lepas tu tengok wayang.... Tak nak tengok wayanglah. Saya tak pernah lagi tengok wayang, jawabku jujur. Tak pernah weh, sepanjang umur aku ni tak tengok wayang lagi. Famili aku tak pernah beri aku tengok wayang walaupun kawan-kawan baik hati nak sponsor tiket wayang. Bagi pendapat akulah, sia-sia aje tengok wayang. Duit tengok

71

Lelaki Versi Dia

wayang tu boleh simpan untuk kemudian hari. Konsep dia sama aje macam perokok. Aku tak faham kenapa ada orang sanggup hari-hari belanja duit beringgit-ringgit beli rokok. Kan lebih baik kalau simpan duit tu dalam tabung? Beli insuran nyawa ke... lagi berfaedah. Tak pernah tengok wayang? Kenapa? Abang Izz tak kasi. Jelas kerutan di wajahnya. Aku gigit bibir sendiri. Alamak! Terlepas cakap la pula. Nanti kalau dia tanya siapa manusia bernama Izz tu, apa aku nak jawab? Abang Izz tu pakwe saya. Mampus aku kena kerat sembilan kalau Abang Izz tau aku mengaku dia pakwe aku. Abang. Abang? Dia masih lagi kabur. Abanglah... abang kandung. Oh.... Dia tunjuk muka lega. Lega nampak? Aku sengaja mengusik dia. Dia hanya tersengih tunjuk gigi yang teratur. Tak adalah. Lagipun awak memang tunang saya, jadi tak mungkin awak ada boyfriend lain, kan? Aku tersentak. Ya tak ya... aku, kan tunang dia? Siasia aje kalau nak jual nama Abang Izz. Kami berjalan semula seiring sebelum dia menuju ke bahagian baju lelaki. Nak buat apa? soalku memandang wajahnya. Tak ada baju yang sesuai.... Dia merungut kecil. Aku sekadar memandang dia menayangkan baju-baju kemeja ke arahku. yang sibuk

Warna mana sesuai untuk saya? soal Wan Aakif apabila aku tak beri respons.

72

Aireen Aryana

Mana-mana la... saya tak berapa pandai match warna dengan orangnya, jawabku jujur. Dia tersenyum. Saya nak pakai baju yang awak pilih untuk temu duga pertama saya. Dia asyik memilih baju-baju itu tanpa sedar wajah aku sudah berubah jadi sayu. Semua sebab aku... semua pasal aku... aku adalah kepentingan dia buat masa ni. Nanti-nanti, tak tahu lagi di mana letak aku dalam hatinya. Tetapi sekarang ni aku betul-betul rasa terharu. Kalaulah dia versi Wan Aakif yang dulu-dulu, alangkah indahnya dunia. Masalahnya Wan Aakif versi tunang aku adalah lelaki yang hilang ingatan. Apa penyakit tu? Anaemia? Anastasia? Ke... animalia? He he he... aku bukan budak sains, okey! Awak senyum-senyum mesti awak suka baju ni... tegur Wan Aakif tiba-tiba. Aku tersentak kecil sambil buat muka terpingapinga. Dia tunjuk baju kemeja warna pink bunga-bunga putih. Walaaa... kalau dia pakai baju tu mahu pengsan penemu duga dia. Aku geleng kepala laju-laju. Jangan la dia pakai baju begitu. Risau pulak aku. Sesuai, kan? Dia gayakan baju itu di tubuhnya. Aku mendekatinya dan mengambil baju itu daripada pegangannya. Taulah kulit dia cerah, yang dia mengada-ada juga gayakan baju warna pink tu, buat apa? Saya suka baju warna biru laut tu. Aku tunjuk baju kemeja biru laut yang ada garis-garis halus. Wan Aakif terus ambil baju itu dengan senyuman melebar di bibirnya. Saya ambil yang ni? Emmm.... Aku mengangguk. Tidak lama kemudian dia terus pergi ke kaunter

73

Lelaki Versi Dia

pembayaran. Walhal dia belum pun cuba baju tu. Nah, semua yang aku nak, dia tunaikan. Nampak sangat sekarang ni aku yang jadi keutamaan dia. Terharunya.... Entah muat entah tak kemeja tu dengan tubuhnya. Harap-harap muat sebab aku main tunjuk-tunjuk aje tadi. Daripada dia beli baju warna pink entah apa-apa ni, lebih baik dia pakai baju biru tu. Tetapi apabila aku tengok balik baju warna pink kat tangan aku, rasa macam berkenan pula. Aku nak letak semula kat rak baju, tetapi tak sampai hati. Akhirnya aku pergi ke kaunter pembayaran sebelah hujung sana supaya tak kantoi dek Wan Aakif. Aku nak simpan baju ni buat kenangan.... Aku senyum tatkala baju tadi berbungkus kemas di dalam plastik. Cepat-cepat aku letak di dalam beg jenama Gucci aku tu. Nasib baik muat. Win, saya cari awak tadi.... Wajah Wan Aakif cemas mendekatiku bersama sebuah beg plastik di tangannya. Aku sengih aje tak tahu nak jawab apa. Kalau dia tahu aku beli baju tadi, mesti dia gelakkan aku. Tangan awak masih sakit ke? soalku sambil memandang tangan kanannya yang membawa beg plastik. Tak. Dia jawab sepatah. Eleh, sakit tak nak mengaku. Hatiku berbisik. Aku terus angkat kening double jerk kat dia. Betullah... ucapnya tak puas hati apabila aku buat muka seperti itu. Meh saya bawakan. Aku ambil beg plastik dia tanpa amaran. Dia terkejut dan cuba mengambil semula beg plastiknya, tetapi aku elak sambil tergelak.

74

Aireen Aryana

Nanti dalam kereta baru saya beri awak semula. Aku melangkah laju keluar dari kedai itu. Wan Aakif menggumam kecil mengikut langkahku, tetapi aku tak dengar apa yang dia katakan. Aku agak dia mesti kata hai, degilnya tunang aku ni. Agaknyalah. Dan hatiku mula berbunga-bunga apabila terfikir tentang apa yang dia kata. Memang kuat berangan kau ni, Win. Kami beriringan ke Pizza Hut sebab dia kata dah lama tak makan piza. Aku ikut aje. Apa yang dia suka mesti aku suka juga. Bila bersama dia, rasa hati mula diterbangi rama-rama. Kalau Wan Aakif versi lama tau aku tengah syok kat dia, gerenti dia sakit hati sebab aku ambil kesempatan untuk bermesra dengan Wan Aakif versi baru. Orang yang sama, tapi berbeza rasa. Hi hi hi... nasiblah. Janji aku tak buat benda-benda pelik sudah. Win.... Aku toleh wajahnya. Wan Aakif seakan-akan hendak meluahkan sesuatu, tetapi terganggu oleh pelayan yang sedang mengambil order kami. Dia ambil order untuk kami. Aku ikut apa yang dia order sebab dia yang belanja walaupun ikutkan hati sebenarnya aku nak makan spageti. Kenapa? soalku setelah lama menunggu katakatanya. Dia menyandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Pandang aku dari atas ke bawah seperti tak pernah jumpa Arwin Raisha. Mungkin dalam hati dia kata, wah, cantik juga tunang aku ni.... Awak senyum lagi, tegur Wan Aakif tiba-tiba. Aku matikan senyumanku serta-merta. Baru aje layan syok sendiri, dia dah cantas imaginasi aku. Dengkilah tu!

75

Lelaki Versi Dia

Sebenarnya awak sayangkan saya, kan Win? Kenapa tak nak cakap? Kenapa act like you hate me walaupun saya nampak pada wajah awak, yang awak sayang saya? Saya ada buat benda salah ke sebelum saya hilang ingatan? Pertanyaan dia membuat diriku bungkam seketika. Saya tak ada jawapan untuk itu, Wan. Aku balas sejujurnya. Wan Aakif menghela nafas panjang. Takkan tak ada? Saya tau saya ada buat salah pada awak. Kalau tak, tak mungkin awak menolak kehadiran saya sebelum ini. Dia desak lagi. Ah, sudah! Hatiku berbisik kecil. Aku tertunduk kerana tidak mampu menjawab persoalan-persoalan Wan Aakif. Awak cerita aje kesalahan saya.... Kata-kata Wan Aakif terhenti kerana pelayan datang meletakkan makanan di atas meja. Aku lihat dia sibuk menolong pelayan itu, kemudian memandang wajahku sekilas sambil meletakkan chocolate float di depanku. Terima kasih. Makanlah.... Tetapi selera aku dah hilang dan aku pandang piza macam pandang daun pisang. Entah kenapa hatiku jadi sebu tiba-tiba. We drop the subject. Makanlah Win... pujuknya. Mungkin dia sedar perubahan pada wajahku. Sorry kalau Sambungnya lembut. dah buat awak kecil hati.

Aku ambil sepotong piza dan sumbat kat mulut. Rasa piza tu, pahit!

76

Aireen Aryana

WAN AAKIF diam sepanjang perjalanan pulang. Mungkin dia merajuk sebab aku kata aku pening kepala dan tak dapat temankan dia tengok wayang 3-D. Serius mood aku dah hilang untuk melepak di shopping complex tu. Dia pun tak banyak tanya, sebab dia sedar kut aku tak ada mood. Sebelum aku keluar dari kereta, aku ucap terima kasih kepadanya kerana membawa aku berjalan-jalan. Dia angguk aje, tanpa sebarang bunyi. Tetapi apabila aku buka pintu kereta, dia tarik tangan aku perlahan. Kenapa? Aku toleh ke arah Wan Aakif. Dia pusingkan badan untuk ambil sesuatu di kerusi kereta belakang. Untuk awak.... Dia ambil sesuatu dari beg plastiknya. Redup terasa renungan Wan Aakif ketika dia hulur sehelai Pashmina kepadaku. Bila masa dia belikan benda ni untuk aku? Tak nampak pun tadi.... Untuk saya? Dia angguk. Terima kasih.... Aku ambil aje la. Dah orang bagi takkan nak tolak pulak. Menolak rezeki tu adalah berdosa, mak aku katalah.... Sama-sama kasih. Terima kasih juga sebab sudi keluar dengan saya walaupun awak tak sudi.... ucap Wan Aakif tanpa memandang aku pun. Kata-kata dia menghiris jiwaku yang paling dalam. Aku renung anak matanya, tercari-cari isi hatinya. Rasanya Wan Aakif masih kecil hati kerana aku menolak untuk menonton wayang bersama-sama. Patutlah dari tadi diam aje.... Wan.... Ayat aku terhenti. Tak tahu nak mula dari mana.

77

Lelaki Versi Dia

Tak apa.... Wan Aakif hulur senyuman kepadaku. Tetapi tak semanis senyuman dia pagi tadi. Wan, saya betul-betul minta maaf kalau saya ada kecilkan hati awak.... Tak apa. Wajah Wan Aakif masih tak beriak. La... tak semangat aje jawapan dia. Tak ikhlas. Aku mula tak senang duduk. Awak memujuk. marah ke? soalku lembut. Separuh

Tak adalah.... Senyuman terukir di bibirnya. Kali ini lebih lebar daripada senyuman tadi. Malah aku lihat wajah dia semakin berseri. Dia pandang wajahku penuh makna. Esok saya ambil awak kerja ya? pintanya tiba-tiba. Ni baru Wan Aakif versi baru yang aku kenal, banyak cakap dan banyak soal. Rupa-rupanya senang aje nak pujuk Wan Aakif. Sekejap dah terpujuk pun dia. Tak nak susahkan awak.... Aku cuba menolak secara baik. Kang dia kecik hati lagi aku juga yang susah. Esok saya pergi temu duga. Alang-alang saya nak pergi, saya ambil awak sekali. Dia pandang wajahku penuh mengharap. Aku berfikir-fikir untuk bersetuju. Apa salahnya dia hantar? Lagipun banyak kelebihan kalau orang offer diri tolong hantarkan. Salah satunya, jimat RM1.50 tambang bas. Nak kata aku kedekut pun tak apa, memang aku spesies yang kedekut tahap tak hengat. Yalah... nanti awak datang jemput saya awal-awal.

78

Aireen Aryana

Dia angguk sambil tersenyum lebar. Sukalah tu. Okey... saya sayang awak Win. Spontan dia luah perasaan dia. Mataku membulat memandang wajahnya. Awak janganlah main-main.... Aku tegur dia. Tak sabar nak kahwin. Dia tersengih-sengih gatal. Sikit lagi aku nak tersedak, tetapi cepat-cepat aku kontrol diri. Gila la Wan Aakif. Kalau hari-hari dia kata begitu, mungkin aku kena sakit jantung lebih awal daripada waktunya. Wajahku berona merah sambil membuka pintu kereta luas-luas. Saya masuk dulu. Aku meminta izin untuk masuk ke rumah. Tetapi sempat juga aku melirik wajahnya. Tiba-tiba aku nampak dia mengurut lengan kanannya dengan dahi berkerut-kerut. Aku jadi cuak seketika. Tangan dia sakit ke? Mesti sakit sebab dia baru aje buang tatu dah kena terus memandu setengah hari untuk aku. Aku tak ada lesen kereta, jadi tak boleh nak tolong dia. Biar ajelah... bukan aku yang beria-ia ajak dia keluar bersamaku hari ini, dia yang nak sangat. Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah. Sampai di dalam bilik, aku terus mengerjakan solat zohor. Selesai solat zohor, aku merebahkan tubuh ke katil. Aku congak-congak kembali wang yang aku bazirkan hari ini. Wah, dekat RM70 untuk satu kemeja. Tapi tak apalah, aku dapat Pashmina. Wajah Wan Aakif menemaniku sehingga aku terlelap dan tertidur sampai ke petang. Satu aje yang ada kat dalam otak aku, berbaloi-baloi-baloi! Ha ha ha!

79

Lelaki Versi Dia

NAFISA tersengih-sengih mengangkut buah-buahan masuk ke dalam peti sejuk. Seronok gila dia cuti empat hari kat kampung. Tadi kau keluar ke? soal Nafisa sambil membuka bekalan yang dibawanya dari kampung. Semerbak bau sambal belacan dan sambal segalagala sambal memenuhi ruang dapur. Aku kecur air liur tibatiba. Tadi aku makan dua potong piza aje sebab tak selera. Hmmm? Aku buat-buat tak faham dan terus duduk di hadapan dia. Aku buat muka lapar. Nafisa tergelak kecil melihat tingkahku. Keluar dengan pakwe ya? Aku selagi boleh, tak nak orang tau pasal aku dan Wan Aakif. Pasal Wan Aakif sepupu aku pun aku tak nak orang lain tau. Tapi aku rasa Nafisa dah tau yang Wan Aakif tu sepupu aku. Cuma mungkin dia belum tahu lagi berita pertunangan aku dan sepupu aku tu. Tak adalah! Memandai aje kau.... Aku merungut kecil sambil mengisi pingganku dengan sayur lemak dan kari ayam yang dia bawa dari kampung. Mesti mak dia yang masak sebab aku tau sangat masakan Nafisa, mana ada letak rempah banyak-banyak. Mak Nafisa ni rajin macam mak aku. Semua jenis rempah mak dia campak ke dalam periuk. Betul ni? Kalau kau bohong, sembelit tiga hari. Hampeh punya kawan! Ada ke patut doakan aku macam tu. Aku marah kepadanya. Dia gelak kecil sambil mengisi pingganku dengan lauk-pauk. Kalau kau tak bohong jangan la risau sangat.... Terkekeh-kekeh Nafisa gelak.

80

Aireen Aryana

Aku menjuih bibir tanda geram. Terasa sikit tapi tak banyak. Tapi aku tengok muka kau semakin berserilah.... Nafisa mengusik lagi. Aku buat muka bodoh. Malas nak layan apabila dia dah mula buat spot check begitu. Penyibuk betul! Selepas itu dia duduk dan bercerita tentang famili dia di kampung. Katanya, ada orang merisik, tapi dia dah reject awal-awal. Aku marah kat Nafisa kerana menolak tuah. Yalah, bukan selalu ada orang nak merisik kita. Dah dapat peluang tu kenapa ditolak pula? Tak baik tolak rezeki tau.... Dan malam tu juga aku kena cubitan bertuah daripada Nafisa. Boleh tahan bisanya sebab aku tak sempat nak mengelak. Dia dan aku sama aje sengalnya. Malam itu aku makan sampai licin pinggan aku bedal. Nasib baik aje aku tak gigit pinggan. Jarang nak makan banyak-banyak kecualilah bila balik kampung. Balik kampung aje, terus lupa daratan. Memang makan kalau tak tambah tak sah. Kiranya buat bekal satu bulan duduk dekat bandar. Tapi yang paling tak best, balik kampung mesti mak suruh masuk dapur sekali. Kalau jadi chef penting tak apa juga. Ni, jadi tukang kupas bawang, apa kes? Dah tu bila kita merungut tak reti masak, mak selamba aje jawab, kau kahwin nanti automatik terer masak. Dan-dan tu jadi terer! Mak memang suka loyar buruk. Bila jam menunjukkan dekat pukul sepuluh, aku masuk ke dalam bilik. Aku buka beg tangan Gucci dan terus mengeluarkan kemeja warna pink bunga-bunga kecil dengan senyuman melebar di bibir. Wan Aakif... hati berbisik lagi nama dia.

81

Lelaki Versi Dia

Esok aku nak cuci, malam esok nak guna untuk tidur.... Aku ambil penyangkut baju dan menggantungkan baju itu ditombol almari bajuku dengan senyuman yang sentiasa melekat di bibir. Rasa tak sabar pula nak jumpa Wan Aakif esok! Aku menyelak gebar dengan senyuman lebar. Telefon bimbitku berdering tiba-tiba. Aku terus membuka kotak mesej tanpa berfikir apa-apa. Saya dengar nama saya dipanggil oleh seseorang. Awak ke tu? Aakif. Erk? Tergamam sekejap aku. Mana dia dapat nombor aku ni? Ni mesti kerja Auntie Zita. Sekali lagi mesej datang dan kali ini aku menyambut dengan debaran di dada. Tidur ya. Saya syg awak. Aku terkedu seketika. Jari-jariku menaip satu per satu ayat untuk Wan Aakif. Tetapi aku tak hantar. Aku biarkan aje telefon di atas dada. Biarlah dulu. Tipu. Klu syg betul2, mana Wan Aakif yg dulu? Akhirnya aku padam ayat itu dari skrin telefon bimbit sebelum memejam mata rapat-rapat. Apa nak jadi, jadilah.... Bagaimana agaknya Wan Aakif tahu aku tengah

82

Aireen Aryana

seru-seru nama dia dari tadi? Mungkin betullah kata orang, selagi cinta itu ada, selagi itu minda kita terkenangkan dia. Dan bila terkenang, dia ikut terkenang sama. Gelombang hati mungkin? Entah... aku tak tahu pasal cinta.

83

Lelaki Versi Dia

Bab 6
ALAU dahulu aku tak pernah dengar dia cakap sepatah pun, sekarang aku boleh dengar suara dia, bergurau senda bersama dia. Apa yang paling aku suka, aku boleh tengok senyuman dia. Wan Aakif kalau senyum tak seperti lelaki lain. Cara Wan Aakif senyum agak sombong. Ala-ala bad boy. Bayangkan aje mula-mula aku mengurat dia, masa tu tergedik-gedik mendekati Wan Aakif dengan senyuman menggoda, dia senyum juga, tapi senyuman sinis la. Silap hari bulan masuk hospital terkena senyuman berapi Wan Aakif. Memang pedih apabila tak dilayan, tetapi itu jualah yang membuat hatiku terpaut kepadanya. Lagi dia tak layan, lagi aku kejar, lagi aku nakkan dia. Bodoh, kan? Aku masukkan segala-gala keperluan untuk ke pejabat sebelum keluar dari bilik. Macam biasa Si Nafisa tengah steady duduk di dapur. Dia buat nasi lemak untuk aku hari ini. Thanks.... Aku berterima kasih.

84

Aireen Aryana

Nafisa sekadar tersenyum seraya menghulurkan pinggan kepadaku. Nafisa memang rajin. Dia suka memasak sebab dia kata perasaan melihat orang lain memakan masakan dia sungguh ohsem. Dan dalam kes ini, akulah yang paling bertuah dapat makan free hari-hari. Hmmm... kau bila nak balik kampung? Nafisa melirik wajahku. Amboiii... mentang-mentang dia dah balik kampung, sesedap rasa dia tanya aku begitu. Tau tak aku rindu gila dengan mak kat kampung? Kau faham-fahamlah bos aku tu. Encik Hisyam tak adanya senang-senang nak kasi aku cuti. Lainlah kau, pekerja kesayangan syarikat. Aku cakap, tapi dalam masa yang sama aku menyumbat. Sedap tak hengat masakan Nafisa ni walaupun simple. Agak-agak boleh tak aku take away untuk Wan Aakif? Wan Aakif lagi? Win, sedar atau tidak setiap masa dan saat ada Wan Aakif dalam minda kau tu. Hai laaa... susah apabila kena sakit angau dan aku harap sakit ni nanti boleh sembuh apabila Wan Aakif pulih ingatannya kelak. Harap sangat-sangat! Kalau tak, aku juga yang sengsara makan ulam jantung pisang bersambalkan belacan cili empat puluh biji. Tak sanggup untuk memikirkan Wan Aakif dapat kembali ingatan dia yang dah hilang dahulu. Abang kau dah balik dari Sarawak? soal Nafisa sambil tersengih. Aku geleng kepala. Lama dah aku lost contact dengan dia. Abang Izz sibuk sangat, sebab dia kata dia nak habiskan projek tu dan balik ke sini lagi dalam masa yang terdekat. Aku jujur memberitahu Nafisa.

85

Lelaki Versi Dia

Nafisa sekadar senyum aje, tak komen apa-apa. Cara cakap lost contact tu macamlah bertahun tak jumpa, walhal sebulan dua ni mesti dia telefon aku. Kau tanya pasal Abang Izz, kau ada apa-apa ke dengan dia? Aku suarakan rasa curigaku. Nafisa membulatkan matanya kepadaku. Gila ke? Melengking suara dia. Aku ketawa besar. Aku gurau aje la Fisa. Kau ni sensitif sangat.... Aku usik Nafisa. Kedengaran Nafisa menghela nafas berat. Mungkin geram aku usik sebegitu rupa. Mahu tak terkejut kawan tu dikenenkan dengan abang aku yang perangai lawa sikit daripada hantu. Aku tak tahulah kenapa Abang Izz agak garang dengan Nafisa. Setiap kali jumpa Nafisa, mesti dia buat muka menyampah. Pernah sekali dia panggil Nafisa perempuan pelik. Celopar sungguh mulut abang dan yang pasti Nafisa merajuk bukan dengan dia, tapi dengan aku. Jenuh aku nak pujuk. Dekat seminggu juga dia tak nak masak untuk adik kepada Izz Harraz ni. Kau tak pergi lagi ke? Dah nak dekat pukul tujuh setengah ni, tegur Nafisa. Aku tilik jam sekilas sambil tersengih lebar. Pinggan aku cuci di singki. Kau tau, cinta ni kadang-kadang unik. Hmmm? Nafisa kerut dahi. Orang yang kita benci tu kadang-kadang adalah jodoh kita. Mana kau dapat teori macam tu? Aku letakkan pinggan di atas rak dan terus mengelap tangan.

86

Aireen Aryana

Mak aku kata, balasku dengan selamba. Nafisa terus buat muka. Tu yang aku malas nak cakap dengan kau ni. Lagi satu, pagi-pagi kau cerita pasal cinta kenapa? Tengah jatuh cinta ke? Persoalan Nafisa aku jawab dengan sengihan. Random. Kau terasa ke? Lagi aku menggiat dia. Berubah wajah Nafisa. Dia mencebik. Mengarut. Nasib baik Nafisa cool aje apabila aku kata begitu. Tapi aku rasa dia dah terasa cuma tak nak mengaku ada jodoh antara dia dan Abang Izz. Dia pun seperti aku, ambil langkah selamat, tak nak fikir jauh tentang jodoh. Tapi kalau betul ada jodoh antara Abang Izz dan Nafisa, apa salahnya? Aku sengih aje. Hati aku berdetak saat terfikirkan tentang hubungan aku dan Wan Aakif. Dia benci aku, tapi sekarang dia juga yang terkejar-kejarkan aku. Mungkinkah ada jodoh antara kami? Ah, tingginya angan-angan kau, Win. Benda yang mustahil jangan dipinta jika tak nak hati merana. Weh... kau mimpi ke apa, tiba-tiba tak bergerak ni? Pergilah kerja, nanti lambat. Kan bas tak tunggu kau? Kau yang terpaksa kejar bas.... Aku tersengih mendengar teguran Nafisa. Ya... bas tak pernah tunggu aku. Tapi Wan Aakif akan tunggu aku. Rasa berdebar la pulak teringatkan hari ini Wan Aakif yang jemput aku untuk ke tempat kerja. Aku pandang wajah Nafisa tersenyum-senyum sebelum keluar dari dapur. Nafisa buat muka tak tahu aje. Dia tahu aku tengah tunggu komen dia pasal jodoh. Kat luar, aku tengok kereta Honda City warna silver tersadai elok di tepi rumah. Aku bergegas menuju kearah

87

Lelaki Versi Dia

kereta itu. Bila aku masuk ke dalam kereta, aku nampak Wan Aakif senyum sekilas kepadaku. Sikit lagi nak jatuh hati ni apabila tengok penampilan dia. Jambang nipis pada wajahnya yang sebelum ini ada, sudah dicantas. Malah rambut dia berdiri tegak macam duri landak. Kemas dan smart. Tunang siapalah nikan? Ada dapat mesej semalam? soal Wan Aakif lembut. Sekali lagi berjaya membuat jantungku berirama laju. Ada. Tak balas? Mengantuk, jawabku sepatah. Lepas tu dia tak komen apa dah. Yalah... dia tanya berpatah-patah, aku jawab sepatah aje. Mungkin dia ingat aku malas bercakap, tapi yang sebenarnya aku gentar. Gentar dengan degupan jantung sendiri. Makin aku cakap, makin tu la degupan hati tak terkawal. Petang ni saya jemput awak.... Wan Aakif memutarkan stereng kereta dan memulakan perjalanan. Aku angguk kecil. Nak halang pun tak guna. Dia bukan dengar cakap aku kalau dia dah buat keputusan. Pukul berapa awak habis kerja? Lima.... Suasana jadi sepi semula. Aku curi pandang wajah Wan Aakif. Sekadar melihat dia untuk disimpan dalam lipatan hati. Mana tau rindu nanti.... Handsome tak saya? Wan Aakif melemparkan senyuman nakalnya. Aku tersentak lalu menoleh ke arah lain. Dia tau aku tengok dia kut? Malunya.... Tak.... Aku jawab selamba.

88

Aireen Aryana

Wan Aakif terpanar seketika sebelum senyuman kembali di bibirnya. Tapi saya dengar hati awak kata saya handsome. Tudung awak pun kata saya handsome.... Ha ha ha... tudung aku pun pandai berkata-kata? Bermulut manis juga rupa-rupanya Wan Aakif aku ni. Awak bawa apa untuk temu duga ni nanti? Aku cepat-cepat alihkan topik perbualan. Dia ketawa kecil dan melirik wajahku. Bila lampu merah menyala, dia terus meletakkan tangannya pada brek kereta dan memusingkan tubuhnya ke arahku. Menyirap darahku saat dia pandang wajahku lama-lama. Sometimes you make me smile walaupun awak tak pernah buat lawak. Tentu sebelum ini saya benar-benar cintakan awak, kan? Kalau tak, tak mungkin awak boleh buat hati saya bergetar seperti sekarang ni. Aku tergamam sesaat. Rasa bersalah menguasai diriku semula. Aku cepat-cepat mengelak daripada bertemu empat mata dengannya. Aku kerutkan dahi menahan gelojak rasa dan aku mula keliru dengan diri sendiri. Perlukah aku mengiakan pertanyaan dia? Win, tak perlu tipu dia.... Tak perlu mengaku cinta walhal benda tak pernah jadi. Sesungguhnya aku tak nak bila dia dapat semula ingatan dia, dia akan jadi lebih membenci aku. Saya cintakan awak, cuma awak yang tak pernah cintakan saya. Aku jawab perlahan. Awak pandai bergurau. Takkanlah saya tak cintakan awak? Awak tau tak perasaan saya sepanjang hari tanpa awak di depan mata? Parah... ujar Wan Aakif bersama tawa kecilnya dan meneruskan perjalanan.

89

Lelaki Versi Dia

Aku bungkam, tak ada idea nak balas kata-katanya. I love your style so much. Its driving me crazy. Harihari teringatkan senyuman awak, lirikan mata awak. Seperti yang awak cakap, kes kita hanya bertepuk sebelah tangan sebelum saya hilang ingatan. Saya percaya kalau saya yang bertepuk sebelah tangan sebab apa yang saya lihat, rasa dan dengar sepanjang saya hidup sebagai Wan Aakif Akmani dua minggu ini, saya sangat-sangat cintakan awak. Cuma awak tak pernah beri respons yang positif terhadap perasaan saya. Awak mengelak kalau saya luahkan rasa sayang saya pada awak. Aku ternganga mendengar kata-kata Wan Aakif. Suka hati mak nenek dia aje buat teori sendiri. Mana-mana awaklah. Aku malas nak layan. Wan Aakif terdiam sejenak sebelum mengetuk stereng dengan jarinya. Saya hairan, kenapa saya sayangkan awak? Ah, sudah... dia mula lagi bercerita tentang perasaan dia. Halusinasi awak aje tu. Kena brainwash memang akan jadi macam tu. Aku bersuara perlahan. Wan Aakif angkat kening pandang wajahku. Pardon? Aku toleh ke arahnya. Tak ada apa-apa.... Aku terus sandar kepala ke sofa kereta dan memandang ke arah luar. Want to have breakfast together? soal Wan Aakif saat keretanya berada di depan syarikat tempat aku bekerja. Aku geleng kepala. Walaupun aku buruk lantak, tapi takkan nak makan dua kali? Kang gemuk, tak ada yang sudi. Siapa yang susah? Mak aku juga yang bising....

90

Aireen Aryana

Saya belum breakfast lagi.... Wan Aakif cuba menghalang aku daripada keluar kereta. Aku pandang wajahnya, tak puas hati. Awak belum breakfast, apa kena-mengena dengan saya? Tak boleh nak makan sendiri? Tak tahu di mana salahnya, tetapi suara aku betul-betul kedengaran sinis. Aku perasan perubahan pada wajah Wan Aakif, tapi aku buat-buat tak nampak. Dalam hati menyesal bertimpa-timpa dan aku harap lelaki itu tak kecil hati dengan kekasaran aku tadi. Tak apalah.... Bunyi macam orang berjauh hati. Aku tak tahu nak balas apa dan aku tak rasa aku nak memulakan aktiviti memujuk orang pagi-pagi begini. Aku keluar kereta sampai terlupa nak ucap terima kasih. Bila aku sampai di depan syarikat, aku toleh kebelakang dan kereta Wan Aakif sudah lenyap daripada penglihatan. Arghhh! Menyesal betul cakap macam tu tadi! Aku gigit bibir kuat sambil mengayun kaki masuk ke dalam pejabat. Omaidierr... suwei betul! Sabarlah wahai hati.

PUKUL lima setengah aku lihat kereta Wan Aakif sudah berada di tempat parkir hadapan syarikat. Aku terus menuju ke arahnya dengan senyuman di bibir. Niat hati nak pujuk dia sebab kes pagi tadi. Tapi apabila aku buka pintu, dia tak ada pula. Aku toleh kiri, kanan mencari kelibat Wan Aakif, tapi tak jumpa. Errr... mana lelaki itu pergi? Kereta tak kunci pula tu.... Win? Terkejut beruk aku dengar suara dari dalam kereta. Aku toleh tempat duduk belakang dan aku nampak Wan Aakif

91

Lelaki Versi Dia

seolah-olah baru bangun membetulkan bajunya.

tidur,

meraup

wajah

dan

Awak tidur dalam kereta? soalku separuh hairan. Dia buka pintu kereta belakang dan terus keluar. Aku ikut masuk ke dalam kereta apabila dia masuk ke tempat duduk pemandu. Muka dia kelihatan letih sangat. Okey tak interview tadi? Aku sekadar berbasa-basi. Dia angguk lemah. Aku tengok muka dia pucat semacam. Mak aih baru kena interview sikit pun dah ketar lutut ke? Ingatkan produk luar negara ni berkualiti tinggi. Tak tau pula kena interview sikit pun boleh sampai lemah macam ni. Best? Dia angguk perlahan. Senang tak soalan yang dia tanya? Aku tanya lagi. Dia angguk lagi. Kali ini lebih lemah daripada yang tadi. Apalah Wan Aakif ni, ingatkan jantan sangat bertatu-tatu segala, tapi hati kecik macam hati semut. Aku ketawa tergolek-golek dalam hati. Apesal muka macam tak makan sebulan? Tak tidur malam tadi? Aku masih lagi nak menggiat dia. Tiba-tiba kepala Wan Aakif tersandar lemah di stereng kereta. Bila jadi macam tu, aku mula panik. Takkan la ketar lutut sampai boleh pengsan kut? Wan? Are you okay? soalku lembut. Ni lembut ada makna. Tu la dari tadi menggiat orang, dah kena begini baru nak cuak. Padan muka aku. Okey. Lemah sikit aje, balas dia tak bermaya. Saya hantar awak ke hospital la! Aku naik bimbang tengok muka dia kebiru-biruan. Janganlah dia mati sekarang ni. Kalau nak mati, cari tempat lain boleh tak? Aku cemas seketika.

92

Aireen Aryana

Wan Aakif angkat kepala dan menghidupkan enjin keretanya. Tak apa... saya okey. Dia memutarkan stereng kereta. Aku ragu-ragu memandang wajahnya yang pucat tak bermaya itu. Betul? Hmmm.... Awak kebimbangan. kenapa Wan? Suaraku berbaur

Penat sikit.... Tu yang sampai tidur kat dalam kereta? Kalau awak lemah sangat, tak perlu ambil saya sebab saya boleh naik bas.... Aku tegur dia kerana aku rasa bersalah buatkan dia tertunggu lama di situ. Bila aku dengar dia batuk dua tiga kali, badan aku mula mengeras. Janganlah jadi apa-apa kat Wan Aakif. Wan! Awak okey ke tak ni? soalku cemas. Muka Wan Aakif serupa orang tengah mabuk. Jangan bisinglah.... Dia berdegil dan aku tak boleh bersabar dengan perangai kanak-kanak dia ni. Kita pergi hospital sekarang! Win, saya okey aje. Mungkin sebab saya tak makan dari tadi... I have low blood pressure. Awak tak makan? Dari pagi tadi ke? Dia diam. Wan, awak tak balik rumah ke tadi? Terus tunggu saya sampai petang kat sana? Wan Aakif tak jawab. Malah wajah dia seperti terganggu dengan persoalan yang aku berikan.

93

Lelaki Versi Dia

Aku mengeluh kuat. Kenapa nak susahkan diri sendiri? Kalau saya tau, saya naik bas aje tadi. Biar awak tidur dalam kereta sampai malam kat sana, padan muka! luahku geram. Dia pandang wajah aku sekilas sambil buat muka sedih. Janganlah macam tu Win. Awak tak kesiankan saya ke? Saya taulah... saya aje yang sayang awak, tapi janganlah elakkan diri awak daripada saya, ucapnya penuh emosi. Darahku berderau mendengar kata-katanya. Hati pedih bagaikan dipalu-palu. Awak ni faham ke tak maksud saya? Saya marah bukan pasal saya nak elak diri daripada awak, tapi saya risaukan awak sebab saya sayang awak! Faham tak? Aku terjerit kat situ juga. Aku lihat Wan Aakif tidak beriak sedikit pun. Rasa kecil hati mula terasa. Aku cakap kat dia yang aku sayang dia, tapi Wan Aakif buat-buat tak dengar. Sampai hati. Kalau aku tahu reaksi dia sebegitu dingin, aku takkan meluahkan rasa hatiku. Wan Aakif dan aku diam sepanjang perjalanan sehingga tiba di depan rumahku. Aku tak cakap apa-apa dan terus menapak keluar kerana kecil hati kepadanya. Belum sampai ke pagar rumah, tanganku ditarik dari belakang tibatiba. Aku toleh dengan wajah yang serabut. Jiwa terasa sebak. Apa pegang-pegang? Bukan mahram tau! Aku tempelak kat dia. Dia tunjuk muka empat belas sen kat depan aku. Alah, sebelum ni tak kisah pun? Dia balas dengan selamba.

94

Aireen Aryana

Aku mengetap bibir, geram. Memang nak kena Si Aakif ni! Mentang-mentang aku tak sound awal-awal, sesuka kicap masin bapak dia aje tarik-tarik orang. Makin aku pandang dia, makin dia buat muka poyo. Makin tu juga aku sakit hati. Lain kali jangan pegang-pegang saya lagi. Saya tak suka. Aku lepaskan genggaman tangannya. Laju-laju aku melangkah masuk ke dalam rumah dan secepat kilat itu juga dia tarik tanganku semula. Win, Im sorry... and thanks juga sebab awak sayangkan saya.... Dia berbisik dekat di telingaku. Aku menolak tangan dia dan memandang wajah Wan Aakif yang pucat itu dalam-dalam. Dari pagi tadi tak makan dan tunggu saya di depan syarikat saya tu, awak rasa berbaloi ke? Awak ingat buat benda macam tu saya akan tersentuh hati? Ya, awak buat saya tersentuh hati. Saya sedih awak memudaratkan diri sendiri. Kalau saya tahu begini jadinya, lebih baik saya naik bas. Kalau jadi apa-apa kat awak, awak ingat saya boleh tersenyum ke? Aku tanya dia dengan penuh emosi. Dahulu di sekolah, Wan Aakif pernah pengsan selepas habis aje acara lari pecut sewaktu hari sukan. Aku dengar dia dikhuatiri ada penyakit hypoglycemia. Ruparupanya dia hanya kekurangan darah dalam badan dan tidak sarapan pagi sebelum acara larian. Wan Aakif mungkin tak tahu aku menangis satu malam kerana risaukan keadaan dia. Wan Aakif juga tak pernah tahu ada hati yang merintih belakangnya dan hati itu adalah milikku. Kenangan itu cukup membuat diriku tersayat semula. Im so sorry if I hurt you.... Suara Wan Aakif semakin perlahan.

95

Lelaki Versi Dia

Air mataku mula bergenang di kelopak mata. Tahu pun awak yang awak dah lukakan hati saya. Hati aku berbisik sendiri. Saya tak tahu apa yang awak fikirkan, Wan. Tapi saya jujur yang awak tak pernah sayangkan saya selama ni. Awak bukanlah tunang saya. Kita tak pernah ada hubungan. Win... saya tau, saya buat awak susah hati, tapi sampai hati awak kata begitu pada saya. Takkan sebab itu aje awak tak mengaku saya tunang awak? Win, kalau awak tak suka kat saya lagi, tak apa... tapi jangan hadirkan rasa terkilan dalam hati saya. I hate that.... Dia berundur selangkah. Jelas dia kecewa dengan kata-kataku sebentar tadi. Aku tunduk sebentar sambil mengetap bibir, kuat. Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang awak, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji... lepas awak kembali dalam ingatan awak yang lama, awak janji tak tinggalkan saya... boleh tak? Getar suaraku diiringi dengan air mata yang jatuh satu per satu ke pipi. Aku kalah dengan kehendak batinku sendiri. Win.... Dia seolah-olah terpukau. Saat tangan dia ingin menyentuh pipiku, aku cepatcepat menahan tangannya. Aku memegang tangannya lembut dan perlahan-lahan melepaskan tangan itu jatuh ke sisi. Balik dan makan. Jangan lupa jaga diri sendiri. Saya sayangkan awak.... Aku melangkah masuk ke dalam rumah tanpa berpaling ke belakang lagi. Jiwaku bercelaru dan aku tahu yang aku telah melangkah jauh dari persimpangan yang sepatutnya aku elakkan. Wahai hati... bersabarlah. Jika nanti aku terluka, aku bersedia menghadapi segala-galanya.

96

Aireen Aryana

Bab 7
KU ambil sepersalinan di dalam almari. Baju kurung putih dipenuhi labuci dan manikmanik terabur membuat baju itu kelihatan sangat cantik. Aku ambil dan gayakan di tubuh. Cantik! Sehelai selendang menutupi kemas kepalaku dan baju itu juga sudah tersarung di tubuh. Renda pada baju itu membuatkan aku kelihatan anggun sekali. Aku sentuh wajahku sedikit menggunakan bedak muka dan gincu berwarna merah muda. Beberapa minit kemudian aku menuju ke luar bilik. Tersergam indah rumah sewa kami dengan hiasan dan bunga-bungaan. Wangi sangat dan membuat hatiku berirama riang di sini. Dah sedia Win? Hah? Aku toleh ke arah Auntie Zita. Bila masa Auntie Zita berdiri tegak di sisiku? Mari... ajak Auntie Zita lalu memimpin tanganku lembut menuju ke sudut rumah. Beberapa orang mula membanjiri kawasan rumah

97

Lelaki Versi Dia

sewa aku dan Nafisa. Nafisa aku lihat sibuk ke hulu dan ke hilir membawa makanan untuk tetamu. Aku naikkan kening, hairan. Sedia? Suara itu membuatkan diriku terkejut. Aku tergamam melihat Wan Aakif sudah duduk di hadapanku dan menggenggam tangan seorang lelaki tua berkopiah putih kemas. Aku nikahkan dikau dengan Arwin Raisha binti Muhammad Hilman dengan mas kahwin RM1 tunai. RM1 aje? Aku ternganga. Aku terima nikahnya Arwin Muhammad Hilman dengan mas kahwin... Berhenti!!! Aku jerit sekuat hati. Aku tersentak dan tiba-tiba tergolek di hadapan Auntie Zita. Punggung terasa sakit sangat. Aku celikkan mata dan nampak kipas tengah berpusing di atas kepala. Toleh kiri kanan, tak ada sesiapa. Serta-merta otakku mencerna maklumat walaupun hati masih lagi berdebardebar tahap tak hengat. Astaghfirullah! Aku mimpi nikah dengan Wan Aakif ke? Aku meraup wajah berkali-kali sebelum mematikan televisyen. Aku melirik ke arah jam, dah dekat pukul sebelas malam. Boleh pula aku tertidur kat sini. Aku bingkas berlalu ke dalam bilik. Setengah jam aku terkebil-kebil memandang siling bilik tapi masih lagi tak dapat melelapkan mata. Asyik terbayang-bayang muka Wan Aakif di depan mata. Parah... parah! Aku mengiring ke kanan dan ke kiri cuba melelapkan mata, tapi tak dapat juga. Teringat kejadian Raisha binti

98

Aireen Aryana

petang tadi sewaktu Wan Aakif ingin menyentuh pipiku. Debaran kembali bertandang di dada. Perlahan-lahan aku buka komputer ribaku. Tidur pun tak guna kalau otak asyik teringat muka mamat tu. E-mel aku buka. Saat mataku terpandang nama Teruna_Jiwa menghantar pesanan e-mel, hatiku berbunga riang. Aku buka e-mel itu dengan senyuman yang melebar di bibir. Teruna_Jiwa terunajiwa@gmail.com To me Hi! Long time no see. How are you? Kau tengah buat apa? Kau dah makan belum? Kau dah tidur ke? Kau masih lagi debab ke? Kau dah kahwin ke? Anak berapa? Kau siapa? Bila nak kasi aku contact number kau? Geramnya aku! Aku tersengih lebar apabila membaca soalan bertimpa-timpa daripada Teruna_Jiwa. Mengada-ada aje. Siap tanya aku siapa pulak tu. Aku tekan butang reply. To Teruna_Jiwa terunajiwa@gmail.com Hai! Lama tak nampak? Dekat nak setahun dah. Kau tu yang menghilang. Last time aku e-mel kau tak balas-balas sampai sekarang. Mengada! Ha ha ha... untuk pengetahuan, aku tak ada contact number! :P

99

Lelaki Versi Dia

Send. Lepas tu dekat sepuluh minit juga aku meronda-ronda dalam blog dan Facebook. Bila aku cek e-mel, Teruna_Jiwa ada balas. Teruna_Jiwa terunajiwa@gmail.com To me Pembohonglah! Bagi kat aku contact number kau cepat! Aku ada aje setahun ni... tapi sure kau kawan baik aku, kan? Aku tahan senyum sendiri sambil menekan butang reply. To Teruna_Jiwa terunajiwa@gmail.com Mana ada bohong. Telefon aku masuk dalam lubang toilet, tak dapat nak selamatkan. Ha ha ha! aku kawan baik kaulah. Takkan hilang ingatan? Send. Hilang ingatan? Tiba-tiba teringat Wan Aakif. Aku tersenyum kecil. Tak sampai seminit aku refresh dia ada reply lagi. Senyumanku semakin melebar. Teruna_Jiwa terunajiwa@gmail.com To me Takpe kau jual mahal kat aku. Hu hu hu... bukalah Hotmail. Penat nak tunggu kau reply.

100

Aireen Aryana

Aku garu kepala sambil membetulkan dudukku. Aku tilik jam, hampir pukul sebelas setengah. Sekejap ajelah.... Aku sign_in Hotmail dan nampak nama Teruna_ Jiwa di situ. Teruna_Jiwa > Weh! A_Win Sha > Ape? :P Teruna_Jiwa > Lama tak jumpa. A_Win Sha > Tau takpe. Kau pi mana? Teruna_Jiwa > Kau rindu aku, kan? Ha ha! A_Win Sha > Dekat setahun dah kau tak muncul. Adalah rindu sikit. Teruna_Jiwa > Kasi aku contact number kau plis plis plis!!! A_Win Sha > X boleh nanti tunang marah. >_< Teruna_Jiwa > Kau dah bertunang? A_Win Sha > Haah. Teruna_Jiwa > Dengan? A_Win Sha > Malas nak kasi tau. Aku menunggu balasan daripada dia tetapi tidak juga kunjung tiba. A_Win Sha > Feewit! Sedih ke aku dah bertunang? Ha ha ha! Teruna_Jiwa > Tak. Terkilan aje.

101

Lelaki Versi Dia

A_Win Sha > Alooo... kita, kan kawan je. Teruna_Jiwa > Yalah kita kawan.... A_Win Sha > Mana kau hilang lama sangat tak on9? Aku selalu jenguk blog kau. Dekat setahun juga tak hapdet! Teruna_Jiwa > Ada... tapi aku lupa password. :P A_Win Sha > Tipu! Teruna_Jiwa > Betullah... ni baru nak ingat. Hi hi... kau tak tidur lagi ke dear? Berderau darahku apabila membaca perkataan dear. Dear maksud dia sayang, jadi aku ni kira spesial la di hatinya, kan? Hesy budak ni... sesedap kulit pisang dia menguji try test hati. Dah la aku jenis spesies yang cepat perasan sendiri. A_Win Sha > Nak tidur dah. Teruna_Jiwa > Janganlah temankan aku sembang. :P tidur dulu...

A_Win Sha > Sengal! Ha ha ha... esok aku kerja. Kau dah kerja ke still belajar? Teruna_Jiwa > Dah habis dah... dulu aku kerja tapi sekarang ni menganggur balik. Nape? Kau nak recommendkan aku kat syarikat kau ke? Boleh gak aku nak mengorat kau kalau kita kerja satu tempat yang sama! He he he! A_Win Sha > So sweettt... malas aku nak layan. Weh, dah dekat 11.40 aku nak tidur la.

102

Aireen Aryana

Esok kelija ma... you tak kerja takpe. Makan duit mak bapak aje. Teruna_Jiwa > Perghhh! Sentap ayat? Weyh... weyh. Jangan pandangku sebelah mata... kerna aku seorang jejaka. A_Win Sha > K la aku nak out. Kau chat la sorang2. Ha ha ha! Teruna_Jiwa > Jahat! Huh... sampai hati! A_Win Sha > :p Bubey... good night. Teruna_Jiwa > Okey syg. Rindu kat kau ketatketat >_< Ha ha ha! Sengal gila. Aku tutup Hotmail aku dan shut down lap-top sambil tersengih senang hati. Teruna_Jiwa ni aku tak tahu siapa, tapi dia adalah kenalan Abang Izz dalam laman maya juga. Tak tahu bagaimana Abang Izz pinjam lap-top aku dan Hotmail aku suatu hari tu untuk chatting dengan mamat ni. Dan lepas tu aku pula yang mengambil alih tugas berkawan dengan mamat putus wayar sebelah kepala tu. Nasib baik sempoi. Aku ingat dulu dia tak nak kawan dengan aku lagi. Abang Izz pernah kata, cuba jumpa dengan Teruna_Jiwa, mana tau kut-kut dah jodoh aku dan dia. Tapi aku mati-mati tak nak. Perempuan jenis aku adalah perempuan yang tak percaya dengan cinta versi alam maya. Mengarut sangat! Tapi kalau nak buat berkawan tu boleh. Untuk release tension la gitu. Aku kenal Teruna_Jiwa ni pun dua tahun lepas. Masa tu aku masih pada tahun akhir untuk kursus aku. Saat aku ingin memejamkan mata, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk.

103

Lelaki Versi Dia

Win, tidur awal... esok saya jemput tau. Jangan nakal-nakal. Dan satu lagi, saya syg awak -Wan. Arghhh! Baru aje aku nak mimpi pasal Teruna_Jiwa, Si Wan ni datang lagi. Sekali lagi, muka Wan Aakif terbayang di mataku. Wajah dia dah jadi virus, aku tak boleh elak dan aku tak boleh lari. Dia tetap menemani sehingga aku jadi gelisah sendiri. Tau-tau aje Wan, aku tak tidur lagi. Dahlah tadi mimpi nikah dengan dia. Huh!

104

Aireen Aryana

Bab 8
AGI-PAGI aku lihat Wan Aakif sudah terpacak menungguku di depan keretanya. Lebar sangat senyuman dia. Nasib baik dia kacak. Aku balas senyuman dia dengan tersenyum, tapi dalam hati ajelah. Tak berani nak senyum lebih-lebih, takut dituduh gatal. Teringat masa sekolah dahulu, setiap kali terserempak dengan Wan Aakif aku tersenyum lebar. Selamba aje dia kata aku perempuan gatal. Berapi sesaat aku teringat kisah lama. Tu kisah dululah Win... aku sabarkan hati sendiri. Kalau sekarang dia kata aku begitu, siaplah! Aku karate sampai patah-patah gigi depan. Kenapalah dolu-dolu aku terlalu naif sangat? Buat malu keturunan aje. Saat aku melaluinya, dia mengerdipkan matanya. Terkejut juga aku, tapi aku masih buat selamba. Hai sayang.... Nada Wan Aakif lembut mencelah pendengaranku. Wah! Tak boleh jadi ni. Cara dia panggil aku pun dah bertukar. Khayal dua saat.

105

Lelaki Versi Dia

Hai! Tanpa mengendahkannya, aku terus masuk ke dalam kereta. Segan sebenarnya. Wajah pun dah naik merah. Wan Aakif senyum aje bila dia duduk di sisiku. Tidur lena semalam? soalnya sambil merenung wajahku, lama. Hampir tercekik aku mendengar kata-kata Wan Aakif itu. Kalau dia tau yang semalam aku bermimpikan dia, wajiblah aku terjun bangunan. Hmmm... awak tak kerja? soalku perlahan. Minggu depan kut. Itu pun kalau diterima, jawabnya dengan tenang. Sesekali aku perasan dia melirik wajahku dengan pandangan nakal. Tak tahu pula apa yang dia tengah fikir, tapi aku harap sangat bukan pasal aku. Sweet la awak hari ni. Dia puji dengan spontan. Aku tertunduk, tak tahu nak sorok muka kat mana lagi. Sweet talk, ucapku perlahan. Wan Aakif angkat terhambur daripada bibir. kening sebelum tawanya

Mama suruh datang rumah hujung minggu ni, beritahu Wan Aakif. Aku menghela nafas panjang. Malaslah Wan... banyak kerja. Jawapan selamat. Wan Aakif terdiam beberapa saat sebelum menoleh ke wajahku. Mama bukan nak ajak buat benda jahat. Mama ajak ke rumah, nak kasi awak makan aje pun.

106

Aireen Aryana

Aku terus toleh wajahnya. Tak tahu kenapa katakatanya membuat jiwaku tersentak. Memanglah mama dia tak ajak buat jahat. Aku ada cakap yang mama dia nak ajak aku buat benda jahat ke? Tak ada, kan? Rasa tak puas hati tertera pada wajahku. Bolehlah ya? Saya jemput awak hujung minggu ni.... Nada suara Wan Aakif bertukar seperti memujuk. Tak sesinis tadi. Aku tetap berdiam diri. Malas nak complaint apaapa dah. Biar ajelah.... Win... saya kecilkan hati awak lagi ke? Kali ini suara dia seperti jauh daripadaku. Nampak sangat dia rasa bersalah kepadaku. Aku menghela nafas panjang sebelum memejam mata dengan rapat. Im sorry... saya ni memang tak sebaik mana pun. Saya tahu saya tak sesuai dengan awak.... Aku hampir-hampir tak dengar apa yang dia katakan. Aku tenung wajahnya dalam-dalam. Muka dia tak seceria tadi, malah aku nampak dia seperti menahan sesuatu daripada hatinya. Touching pagi-pagi ni. Molek sungguh. Aku sindir, tapi dia tak jawab. Dia diam aje tanpa kata apa-apa. Ah, sudah... kenapa asyik miscommunication aje apabila berinteraksi dengan Wan Aakif ni? Pagi Ahad saya jemput awak ya? Terkejut aku apabila dia bercakap tiba-tiba. Aku pandang wajahnya dan dia sedaya upaya mengukir senyuman kepadaku. Apa salahnya aku ke rumah Auntie Zita? Selama ni pun selalu juga aku bertandang kat rumah Auntie Zita. Cuma

107

Lelaki Versi Dia

sejak Wan Aakif balik ke Malaysia, aku tak lagi rajin untuk melangkah ke rumah agam itu. Pukul berapa? soalku malas. Wan Aakif melebarkan senyumannya. Lapan pagi... jawabnya ringkas. Aku angguk kecil. Terima kasih, Win. Aku mengerut dahi, hairan. Untuk? Dengar cakap saya. Kita, kan nak kahwin. Jadi, kena berlatih dari sekarang supaya awak dengar arahan saya bila-bila masa yang saya nak. Mak aih! Jauhnya perancangan. Entah jadi entah tidak, aku pun tak pasti. Sayangnya dia awal-awal lagi dah merancang. Tapi aku malas nak komen apa-apa, sebab kalau aku balas mimpilah awak... atau mengarut, kang dia kecik hati pula. Diam lagi bagus. Lima minit aku dan dia masing-masing menyepi, telefonku berbunyi. Wan Aakif sekadar jeling aje apabila aku angkat telefon dengan wajah selamba. Helo.... Arwin. Awak kat mana? Aku terperanjat beberapa saat. Aku membaca nama di skrin telefon untuk memastikan siapa yang menelefonku. Encik Hisyam! Biar betul? Kali terakhir dia telefon aku adalah masa dia suruh aku sambut Dato Mustapa yang tiba-tiba datang ke pejabat. Dato Mustapa ni dengar khabar adalah ayah kepada Encik Hisyam. Orangnya tinggi dan kulitnya hitam manis. Masih segak walaupun telah berumur. Sebab dia masih segak

108

Aireen Aryana

jugalah aku lihat Dato Mustapa ada ura-ura dan ada nampaknampak macam nak mengurat Jane, tapi Jane buat tak layan. Jane kata, he is a Muslim and he is a husband. Buang masa I aje nak terima orang yang dah ada isteri. Kalau I nak cari Muslim pun, I cari yang macam Encik Hisyam. Jawapan yang aku respect sampai sekarang. Tak ada yang boleh mempertikaikan, waima Dato Mustapa yang miang-maing keladi itu. Arwin, are you there? Suara Encik Hisyam kali ini membuat aku gugup tiba-tiba. Kenapa agaknya dia telefon aku? Aku tilik jam, baru aje pukul lapan. Belum lagi lapan setengah pagi. Ya bos... ada apa? Ni, saya nak ke kilang untuk buat pemantauan. Nanti awak tolong gantikan saya ke Hotel Paradise untuk survey hotel tu. Errr? Saya? Aku dah buat muka pelik. Yalah awak. Tak apa... awak pergi survey aje. Untuk dinner syarikat bulan depan. Apa pasal aku pula yang kena? Aku tak tahu apa-apa pun! Yalah... aku, kan baru kerja kat sini. Rupa dinner syarikat aku tak pernah tengok, bagaimana aku nak buat survey? Senang aje. Awak tanya orang sana, dah siap ke belum persediaan. Yang lain Jane dah tolong uruskan. Saya nak bawa Jane boleh encik? Tak boleh. Wah! Sampai hati! Okey nanti saya pergi la encik. Bila? Aku masih blur.

109

Lelaki Versi Dia

Lepas pukul dua petang nanti. Aku garu dahi. Pukul dua... tapi bos telefon sekarang, saya ingat nak pergi sekarang? Saya pergi kilang pagi ni. Jadi lepas rehat kita berdua pergi survey hotel. Cakap bos aku yang seorang ni berbelit-belit. Hampir-hampir aku tersedak mendengar kata-katanya. Tadi bos kata gantikan saya... Ada ke saya kata begitu? Saya kata iringi saya. Aku angkat kening, pelik. Tadi dia cakap... ke aku salah dengar? Tapi kalau ada Encik Hisyam lagi bagus kut. Aku pun tak reti nak buat apa kalau pergi hotel tu. Okey. Aku balas semula. Itu aje. Lepas tu Encik Hisyam terus matikan talian. Sekali lagi aku terkebil-kebil kehairanan. Siapa? celah Wan Aakif. Bila aku lemparkan pandangan kepadanya, wajah Wan Aakif betul-betul masam sehingga membuat aku terkesima. Mata dia tu macam harimau mengintai mangsa. Penuh curiga. Bos, jawabku sepatah. Bos awak? soal Wan Aakif berbaur tekanan. Aku kerut kening cuba mencerna kata-kata Wan Aakif itu. Yalah. Takkan bos awak? tempelakku. Wan Aakif tak terkata apa-apa lagi. Bila aku nak turun dari kereta, Wan Aakif sempat berpesan suruh aku jangan berkawan dengan Encik Hisyam. Dan pertama kali

110

Aireen Aryana

dalam sejarah hidupku, Wan Aakif nampak begitu serius memberi amaran. Aku kira amaran sebab mata dia betulbetul tajam menerpa wajahku. Jiwa agak bergetar, tetapi aku tahan juga. Aku keluar dari kereta Wan Aakif, tapi tak sampai beberapa langkah, aku kembali semula ke keretanya. Gucci aku tertinggal. Jiwa tengah serabut sampai benda penting pun boleh tercicir. Perempuan cantik macam mana pun, kalau dia kotor, tak ada nilainya. Tajam suara Wan Aakif menerpa deria pendengaranku. Wajahku merah saat berlalu masuk ke dalam syarikat. Tak tahu apa maksud Wan Aakif. Tapi hatiku tercalar saat ini. Dia cakap pasal aku ke? Aku bukan jahat mana pun! Petang ni siap kau. Hatiku berbisik geram. Telefon bimbit berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk. Bila aku baca, hatiku berdetak laju. You are mine! Aakif. Arghhh! Aku hampir-hampir membaling telefon bimbitku ke jalan raya. Aku tak tahu apa sebenarnya yang bermain dalam hati Wan Aakif. Sekali lagi peti pesanan ringkasku terisi mesej baru. Im sorry. So sorry... otak x berapa betul. Saya cemburu tadi. :(

111

Lelaki Versi Dia

I dont want to run away but I cant take it I dont understand If Im not made for you then why does my heart tell me that I am? Is there any way that I can stay in your arms? Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today Cause I love you, whether its wrong or right And though I cant be with you tonight You know my heart is by your side ~If youre not the one~

AKU masuk ke pejabatku. Jane menghulurkan senyuman manisnya awal-awal lagi. Mungkin dia ingat aku tengah cool macam selalu, walhal dalam hati pagi-pagi dah kena sindrom bad mood. Amoi, cantik pagi-pagi ni. You punya skarf cantik beli kat mana? Aku tunduk memandang skarf yang terlilit di leherku. Cantiklah sangat! Merah menyala macam apa-apa entah. Aku buka skarf itu dan letakkan di kerusi. Aik? Buka pula? Cantik dah tadi tu. Jane mengusikku sambil tersengih lebar. Dahlah... I nak buat kerja. Aku buka fail di atas meja.

112

Aireen Aryana

Jane memuncungkan bibir. Yalah... you, kan sibuk. Aku melirik ke arah Jane. Reti merajuk juga makwe comel ni. Ingatkan hati besi. Hek eleh, kalau nak merajuk berapa lama pun aku tak kisah. Cantik sangat nak merajuk dengan aku. Aku buka komputer dan berpura-pura sibuk. Muncung Jane semakin panjang. Tahulah tu aku malas nak layan dia. Bila telefon aku berbunyi tanpa pesanan ringkas masuk, aku kembali melirik ke arah telefonku yang terbiar di atas meja. Wan Aakif kut. Malaslah... buat sakit hati aje nanti. Tengah hari aku nampak Encik Hisyam muncul kat pejabat. Dia mendekati aku, kemudian meletakkan set Big Mac McD di mejaku. Aku angkat kening, hairan. Sempat juga aku lihat Jane ternganga di tempat duduknya. Walaaa... Encik Hisyam belanja! Saya punya? soalku, berkerut-kerut kening. Encik Hisyam hadiahkan senyuman dia. Seriau sekejap melihat senyuman encik singa. Biar betul dia senyum kat aku? Macam mimpi pun ada. Awak punyalah. Makan, jangan tak makan. Encik Hisyam ceria masuk ke bilik pejabatnya. Aku rasa peningpening lalat sekejap. Encik Hisyam ngorat I ke Jane? Aku angkat kening. Jane teriak kecil. Yes! No doubt! Tahniah Win! Bila you all nak kahwin? Aku terkesima. Aku pandang wajah Jane dengan wajah tidak percaya. Agak-agaklah pun kalau nak bertanya. Baru aje Encik Hisyam mengurat aku, Si Jane dah beri soalan cepuperak bila kita orang nak kahwin. Hujung tahun nilah kut.

113

Lelaki Versi Dia

Aku tersenyum lebar. Perasan tahap langitlah kau, Win. Manalah tahu memang mood Encik Hisyam hari ini tip top, tu pasal dia sudi belanja aku McD. Tapi, kenapa aku seorang aje? Entah-entah Encik Hisyam betul-betul ada hati kat aku. Aish... tak boleh jadi. Aku, kan dah ada tunang? Eh, kejap. Wan Aakif tu betul-betul tunang aku ke? Pening... pening.... Aku tengok muka Jane berseri-seri semacam. Bukan tadi dia tengah merajuk ke? Saja nak minta pujuklah tu. Aku buka kotak McD dan tersergam indah burger berlapislapis di depan mataku. Walawei.... Belum sempat aku menyumbat burger itu ke dalam mulut, interkom aku tiba-tiba berbunyi. Aku menggelabah menekan butang pada telefon. Cepat makan, kita nak pergi Hotel Paradise sekejap lagi. Kongsi dengan Jane kalau nak. McD tu saya terlebih beli pula tadi, ingatkan dapat makan habis.... Baik encik.... Talian terputus. Aku pandang Jane. Jane pandang aku. Dia terlebih beli... ucapku ringkas. I nak juga! Jane berlari-lari anak menuju ke arahku. He he he... rasa segan pula teringat fikiran nakalku tadi. Memanglah tak mungkin dan tak logik kalau Encik Hisyam betul-betul ada hati kat aku. Bukan cantik mana pun! Sedar-sedar diri tu sikit Win.... Sambil-sambil makan ,aku layan e-mel. Abang Izz ada hantar e-mel. Jejaka Hot jejaka@gmail.com

114

Aireen Aryana

To: me Wahai adindaku si comel, kekanda tengah bertungkus lumus siapkan projek kat Kuching. Hujung minggu kekanda yang kacak ini akan balik terus jumpa adindaku yang comel. Kita enjoy habis2an. Luv u hug u miss u....! *penumbuk sebiji!* Aku gelak kecil. Dah luv u miss u, dia kasi aku penumbuk sebiji pula? Nasib baik Abang Izz handsome. Kalau tidak, gerenti aku ketawakan nama e-mel dia. Ada ke patut banyak-banyak nama dia boleh pilih Jejaka Hot? Hotlah sangat! Boleh blah naik kereta api. Perangai sama aje macam Teruna_Jiwa. Dia orang lelaki memang perasan tahap planet Marikh, kan? Aku balas e-mel abang hot tu sekejap sebelum encik singa keluar dari bilik pertapaannya. Betul tekaanku, sebaik aje aku tekan butang send, Encik Hisyam terjengul di muka pintu. Dah? Dah? Dah apa? Dah makan ke? Aku terus angguk walaupun sempat blur tiga saat. Jom pergi! Saya naik teksi ke encik? Aku tanya soalan pintar. Manalah tau kut-kut dia tak sudi bawa aku dengan kereta dia, jadi senanglah aku prepare awal call teksi. Mak aih... teksi. Mahal... aku tak mampu pula sebab duit dalam kocek tinggal RM10. Kang aku nak balik dengan apa? Jalan kaki? Awak ni buat lawak antarabangsa ke apa? Ikut sayalah. Nak ikut teksi satu hal nanti. Awak tu kaki claim. Encik Hisyam menggeleng kepala lalu terus melangkah.

115

Lelaki Versi Dia

Aku tersengih lebar. Jane ikut tertawa. Dia tau you kaki claim... bisik Jane lalu ketawa bagai nak rak. Senyuman aku mati serta-merta. You perli I ke? soalku sambil mengambil beg tangan Gucci. Eyh... takkan marah pula kut? Jane gelak. Aku geleng kepala. Mentang-mentang aku kedekut, seronok Si Jane gelakkan aku. Nanti kau! I pergi dulu! Okey! Jangan lupa share-share kalau Encik Hisyam ada belanja you lagi... ucap Jane apabila aku melangkah melewati mejanya. Aku kenyit mata tanda setuju sambil berlari-lari anak menuju ke lif. Sampai di lif, aku lihat Encik Hisyam segak bergaya memakai kemeja warna putih belang biru muda. Eish. Handsome juga bos aku walaupun umur dekat tiga puluh dua tahun. Belum kahwin tau. Aku dengar dia tengah tunggu someone... tapi tak tahulah dia tunggu siapa. Bertuah gila si gadis tu sebab Encik Hisyam sanggup bertahun tunggu dia. Tapi terbayangkan muka Encik Hisyam yang tengah menyinga masa aku mula-mula kerja dulu tu, aku rasa gadis tu malanglah pula. Pernah pergi Hotel Paradise? soal Encik Hisyam sambil mencuri pandang ke arahku. Aku geleng kepala. Terkejut apabila Encik Hisyam tanya tiba-tiba. Hotel baru, komenku. Aku nampak Encik Hisyam senyum simpul. Memang jenis sopan santun, tak macam Dato Mustapa, buruk lantak. Tapi kalau pasal kerja, Encik Hisyam jangan dibuat main-main. Silap hari bulan kalau buat

116

Aireen Aryana

kesalahan yang remeh sekalipun, ada juga yang kena baham. Awak tinggal kat mana? soal Encik Hisyam sewaktu kami berada di dalam kereta. Ni first time aku ikut dia. Memang canggung habis. Nak cakap sepatah pun kena fikir sepuluh kali. Seram sikit. Maklumlah big boss, kan? Nasib baik dia yang mulakan perbualan. Tinggal dekat area Giant.... Aku jawab soalan tu dengan jawapan paling selamat. Bagi tahu terang-terang alamat aku kang, risau dia serbu pula rumah aku, kalau-kalau dia berkenan kat aku.Wah, perasan gila kau Win! Encik Hisyam sekadar tersenyum mendengar jawapanku. Awak ada boyfriend ke? Entah kenapa dadaku tiba-tiba berdebar apabila Encik Hisyam tanya aku begitu. Janganlah firasat aku ni betul-betul terjadi. Maklumlah aku jenis spesies yang cepat perasan. Orang tanya sikit aje pun, aku dah kepoh kata dia orang tengah mengurat aku. Harap-harap Encik Hisyam tak berniat baik terhadapku. Tak ada lagi.... Ini jawapan jujur, okey! Sebab aku memang tak ada boyfriend. Tunang olok-olok tu ada la. Sampai aje, Encik Hisyam cari tempat parking. Dia suruh aku keluar dulu kat depan hotel dan tunggu dia kat situ. Aku pun tak tunggu lagi, terus melompat keluar dan berdiri di depan hotel tu dengan penuh megah. Cantik gila. Agak-agak berapa bintang hotel nikan? Sepuluh bintanglah kut. Kalaulah aku jadi tuan punya hotel ni, gerenti aku tidur dalam hotel tiap-tiap hari. Bila aku lihat Encik Hisyam muncul, aku terus tunduk tanda hormat. Bos tu wey....

117

Lelaki Versi Dia

Encik Hisyam dan aku beriringan masuk. Encik Hisyam menuju ke kaunter hotel tu, aku pula dengan muka hairan tak pernah jumpa hotel mewah, ternganga-nganga melihat kecantikan hotel ni. Siap pegang sana sini nak menambahkan sensasi. Win, awak ikut saya sekarang. Kita tengok bahagian atas. Dia orang kata dewan kat atas yang akan kita guna tu lagi cantik. Siap ada kolam renang.... Encik Hisyam terpacak di depanku. Nasib baik aku tak terkejut sebab dia betul-betul rapat denganku. Aku berundur sedikit sebelum mengikut langkahnya masuk ke lif. Memang aku tak tahu pun selokbelok hotel ni. Haruslah jadi pengikut setia encik singa. Kat sini.... Encik Hisyam keluar dari lif dan terus pusing ke kiri. Aku laju-laju ikut langkah panjang dia tu. Besar tak? soal Encik Hisyam, menunjukkan dewan kepadaku. Tak boleh masuk? soalku. Aku dah terasa nak melompat-lompat di dalam dewan mewah itu. Encik Hisyam pandang wajah aku dengan pandangan pelik. Saya jumpa pengurus hotel sekejap. Awak tunggu kat sini aje, jangan lari jauh sangat. Aku pandang kelibat Encik Hisyam yang semakin hilang. Aku juih bibir. Boleh pula orang tua tu bagi amaran kat aku. Macam tahu-tahu aje aku nak menerokai alam sekitar. Baru aje aku nak merasa tekstur hotel, tiba-tiba telefon berbunyi. Aku terus angkat apabila tertera nama mak di skrin telefon.

118

Aireen Aryana

Assalamualaikum mak.... Aku maniskan suara. Waalaikumussalam. Win kat mana? soal mak. Mak memang. Kalau dia nak tanya sesuatu dia straight, takde nak bengkang-bengkok. Kerja.... Kalau aku jawab aku kat hotel, makin banyak soalan mak nanti. Terkejut juga aku mak telefon. Mungkin sebab dah dua minggu aku tak call rumah la kut. Mak nak tanya, Win dan Wan ada hubungan ke? Soalan mak tu macam meragut separuh nyawaku. Hampir-hampir aku pitam. Wan apa mak? soalku berkias. Berdebar juga dadaku mengenangkan mak macam tau-tau aje pasal aku dan Wan Aakif. Segan kat mak. Wan Aakiflah... siapa lagi? Keluarga Mak Usu Zita kau datang bertanya tadi kat rumah. Hah? Seriously? Aku ternganga tidak percaya. Mak jawab apa kat dia orang? Ni yang mak tanya kau ni... terima ke tak? Dia orang kata hantar cincin terus tunang. Senang cerita sebab kita memang bersaudara. Aku teguk air liur, kesat. Biar betul? Ni dah kes penderaan tunang paksa. Terbayang muka Wan Aakif yang semakin hari semakin kacak itu. Aku tersandar di dinding, tak percaya. Mak... Wan tu hilang ingatan. Jadi rasanya tak patutlah kalau Win terima.... Apa beza hilang ingatan dan ada ingatan? Mak terima dah tadi. Mak terima? Habis mak tanya Win buat apa? Aku terkejut. Poyolah mak. Dah terima baru kasi tau aku.... Nak marah, tapi aku tak boleh marah. Hormat kat mak yang dah

119

Lelaki Versi Dia

susah payah melahirkan aku. Mungkin mak tak sedar kut betapa besar perjudian hidup anaknya ini kelak kalau berkahwin dengan Wan Aakif. Mak tanya ajelah. Mak terkejut sangat bila dengar daripada Mak Usu Zita kau, dia kata kau dan Wan dah lama bercinta. Tak guna betul! Dengan mak aku pun dia orang nak tipu. Nasib ajelah saudara sendiri, kalau orang lain dah lama aku kantoikan kat mak. Aku pejam mata rapat-rapat. Arghhh! Malas nak fikir. Otak makin serabut pula.... Kalau mak dah terima tak apalah. Mak, Win ada kerja sikit. Nanti kita sembang lagi ya? Aku cepat-cepat bersuara apabila aku lihat Encik Hisyam bersama seorang pemuda sedang menuju ke arah aku. Hmmm... yalah. Talian dimatikan dan aku bergegas tersengih memandang kedua-dua lelaki itu. Kenalkan setiausaha saya, Arwin... dan Arwin, ni Encik Hadi, wakil pengurus hotel, sebab pengurus tengah entertain tetamu VIP. Encik Hisyam mulakan program suai kenal. Sebenarnya aku tak kisah pun kalau Encik Hisyam tak kenalkan aku dengan mamat tu. Tapi sebab dia dah kenalkan, aku pun hulur senyum aje. Encik Hadi balas senyumanku, tetapi agak kelakarlah sebab dia senyum senget. Aku ingat orang senyum senget ni boleh dikategorikan sebagai seorang yang pemalas. Senyum betul-betul tak boleh ke? Menyombong aje lebih.

120

Aireen Aryana

Catering semua pihak Hotel Paradise dah uruskan, jadi dalam dua minggu akan datang kita orang gunalah dewan ni ya? Harap-harap tak jadi clash macam yang tahun lepas punya. Pengurusan dia orang tak cekap sampai aktiviti bertindan dalam dewan yang sama. Encik Hisyam mula memberi ucapan dan pengharapan. Aku diam ajelah. Kang aku menyampuk dia orang kata kurang ajar pula. So, baik aku zipkan mulut sebentar. Lepas tu dia orang berbincang-bincang dan aku pula melilau ke sana sini sekitar dewan. Okeylah... boleh muat beratus orang juga ni. Setengah jam mereka berbincang, akhirnya Encik Hisyam berdiri di sampingku sambil tersenyum lebar. Aku tak dapat bayangkan kalau aku yang datang seorang diri tadi. Mesti blur habis. Kita tengok kolam... nak? Uish... boleh aje! Aku minat bahagian renangrenang ni, tapi minat tengok aje la sebab aku memang tak reti berenang. Ingat nak belajar lepas ni, tapi tak tahu bila. Kalau ada orang offer ajar berenang dengan khidmat percuma, kecik tapak tangan, ladang getah aku tadahkan. Aku terus ikut langkah Encik Hisyam keluar dari dewan dan menuju ke satu sudut. Kat sini kolamnya, katanya sambil menunjuk ke arah kolam. Aku angguk. Bila masuk aje, aku terus ternganga. Besarnya... macam kolam renang Sukan SEA pula. Dalam tak air kolam ni? Aku tanya. Encik Hisyam gelak kecil. First time aku tengok dia ketawa. Manislah juga.

121

Lelaki Versi Dia

Aku pernah tengok Encik Hisyam senyum, tapi seminggu sekali aje. Senyuman daripada orang yang mahal dengan senyuman memang susah nak dapat, kan? Aku tengok ada beberapa orang tengah berenang dan ada beberapa orang tengah duduk-duduk berjemur walaupun tak ada matahari di dalam dewan kolam renang ni. Standard gila hotel! Kalaulah aku yang punya hotel ni, aku tak kasi orang lain masuk dah. Biar aku aje yang duduk di dalam hotel bertemankan dayang-dayang. Win, sebenarnya saya ada sesuatu nak cakap.... Encik Hisyam berjeda sebentar. Aku tertunggu-tunggu, dia tak cakap juga. Akhirnya aku berdeham kecil. Cakaplah bos... saya dengar. Aku perhatikan wajahnya sambil berjalan beriringan di tepi kolam. Errr... sebenarnya.... Dia berjeda lagi. Mak aih... bila nak habis bercakap kalau dah tekan brek tiap-tiap satu ayat. Aku terlalu asyik pandang muka Encik Hisyam sampai tak sedar dah sampai dekat tepi kolam. Tinggal selangkah aje nak masuk ke dalam tu. Siap kena percikan air pula tu. Kurang ajar gila, siapa yang terjun depan aku tadi? Aku toleh ke arah tepi untuk melihat orang yang tengah berenang tu tadi. Habis baju aku kena tempias. Anak mataku membesar apabila melihat seorang lelaki hanya menggunakan thight aras paha tengah berenang laju dan aku tahu sangat pemilik wajah itu, Wan Aakif! Apa dia buat kat sini? Aku tercengang sendiri. Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awaklah.... Hah? Aku toleh wajah Encik Hisyam, tergamam.

122

Aireen Aryana

Win! Encik Hisyam terjerit kecil apabila melihat langkahku ke tepi dan sesaat, aku tergelincir ke dalam kolam kerana tidak dapat mengimbangi badan. Tolong! Aku cuba berenang naik ke atas, tapi apa yang terjadi semakin jauh pula aku masuk ke dalam. Dalam panik-panik tu aku teringatkan Wan Aakif. Wan! Aku jerit sekali lagi sambil bertarung dengan air kolam. Lepas aku minum air klorin enam tujuh teguk sampai hidung pun rasa senak, akhirnya aku tak sedar diri. Masa tu aku fikir, nak mati pun matilah. Aku pasrah aje....

JANTUNGKU rasa berdebar-debar. Makin lama makin kencang. Aku cuba buka mata, tak dapat juga. Aku dah mati ke? Innalillahiwainnailaihirajiun. Ya Allah... ampunkan dosadosaku dan janganlah Kau masukkan aku ke dalam seksaan kubur yang tiada taranya. Peliharalah aku dalam jagaan dan lindunganMu, Ya Allah.... Arwin.... Aku jongket kening. Suara tu aku kenal sangat. Arwin Raisha... seru suara itu semakin dekat di telingaku. Kali ini aku celikkan mata bersungguh-sungguh dan aku nampak wajah Wan Aakif dekat sangat pada mukaku. Dah sedar? Dia tanya. Aku terpinga-pinga. Lepas tu aku cepat melihat tubuhnya. Dia guna baju T-shirt pagi tadi.

123

Lelaki Versi Dia

Saya kat mana? soalku cuba bangun. Kat rumah mama saya. Wan Aakif tolong aku bangun. Saya tak lemas lagi ke? Aku kerut kening. Agak pening jugalah dan rasa nak terbersin-bersin pun ada. Awak nak lemas ke? Wan Aakif tersengih lebar. Aku menjuih bibir. Loyar buruk pula dia. Aku angkat tangan dan terus meraup muka perlahan. Alhamdulillah... masih hidup lagi, getus hatiku. Wan Aakif memandang wajahku penuh tanda tanya. Awak rehatlah dulu. Saya nak ambil bubur untuk awak. Dia berdiri dan aku ikut terduduk menyedari rambutku terurai tidak bertudung. Aku gigit bibir tak percaya. Cis, mancis! Dia dah tengok auratku! Rasa marah bergelora dalam hatiku tetapi aku tahan juga. Aku ambil tuala di sisiku dan aku tutupi rambutku walaupun tidak sesempurna mana. Bila Wan Aakif muncul semula ke dalam bilik, aku tarik muka masam. Awak saja ambil kesempatan, kan? soalku kasar. Dia angkat kening buat-buat muka tak faham. Apa kesempatan yang ada? Saya memang jenis yang jarang lepaskan peluang kalau ada kesempatan. Dia loyar buruk pula. Aku betulkan bajuku sambil menjeling tajam wajahnya. Lain kali, kalau saya tak pakai tudung atau tak tutup aurat, tolong jangan pandai-pandai masuk bilik saya.

124

Aireen Aryana

Even... saya pakai pun tolong jangan masuk ke bilik saya. Berdosa awak tau tak? Aku tekan suaraku. Wan Aakif angkat bahu. Dia bukan tak faham, tapi malas nak faham. Aku dah berapi tengok dia tayang muka endah tak endah macam tu. Awak faham ke tak ni? soalku dengan keras. Wan Aakif angguk kepala dan terus duduk di sisiku. Makan dulu. Dia ambil sudu dan terus unjukkan kepadaku. Aku paling muka. Orang bercakap hal serius dia buat main-main pula. Nak saya suap ke? soal Wan Aakif sambil ketawa. Tak tahu apa yang menggelikan hatinya. Win, awak ni unik sangat.... Walaupun suara dia macam tertelan biji kelapa sawit, tapi aku dengar apa yang dia katakan. Aku toleh wajah dia semula. Apa yang uniknya? Saya aje yang tau. Dia tersenyum lebar. Aku tak betah berlama-lama di sini. Nak geram, tapi rasa macam geram tu kena simbah batu ais dari Antartika pula. Macam proses cooling down pula tengok dia senyum begitu. Eh, awak memang ada kat Hotel Paradise tadi, kan? Kalau tak, macam mana saya boleh ada kat sini? Aku teringat masa aku jatuh tadi Wan Aakif dan Encik Hisyam ada kat kawasan kolam. Tapi bila teringat wajah Encik Hisyam, berderau darahku. Tak sangka diamdiam Encik Hisyam taruh cinta kat aku. Wah, boleh

125

Lelaki Versi Dia

masukkan dalam blog malam karang. Havoc sikit, kan? Naknak lagi, bos besar yang jatuh cinta kat Arwin Raisha. Naik sikit saham. Kalau aku cerita kat Abang Izz, mahu terjojol biji mata dia. Mana ada saya pergi hotel tu. Awak mimpi aje kut. Saya ambil awak pun sebab saya call awak tak dapat-dapat. Jadi saya call syarikat awak. Dia orang kata awak kat hospital, hampir mati lemas.... Lepas tu dia gelak bagai nak rak. Hampir juling mataku tengok dia seronok gelakkan aku. Lucu sangat ke kalau nyawa aku yang satu-satunya itu hampir melayang? Sikit lagi nak kecil hati, tapi aku buat-buat bodoh sebab malas nak layan touching kat sini. Kang meleleh air mata, aku juga yang malu. Serius saya nampak awak. Jangan tipulah. Takkan saya tak dapat nak bezakan mimpi dan realiti? Aku desak dia. Wan Aakif garu kening sebelum meletakkan sudu di atas mangkuk. Saya kat rumah aje tadi. Kalau tak percaya boleh tanya mama. Aku nak bersuara lagi, tapi terhenti apabila Wan Aakif menyumbat mulutku dengan bubur. Makan dulu baru kita mulakan sesi soal jawab ya? Malam ni tidur rumah mama. Boleh saya tolong jaga awak. Wan Aakif kenyit mata. Aku dah pening-pening lalat, tak faham apa yang telah terjadi. Serius aku ada tengok Wan Aakif tadi. Takkan aku nak tipu, kan? Tapi betul juga, buat apa Wan Aakif pergi kolam tu? Ada tiga aje kemungkinan, sama ada betul aku mimpikan Wan Aakif guna seluar tak cukup syarat tu, atau Wan Aakif ada kembar yang kita orang tak tahu, atau memang Wan Aakif pergi sana, tapi dia tipu aku. Nak tipu aku buat apa?

126

Aireen Aryana

Bukan dapat duit pun. Aku pandang wajah Wan Aakif penuh rasa curiga. Because tonight will be the night that I will fall for you Over again Dont make me change my mind Or I wont live to see another day I swear its true Because a girl like you is impossible to find.

MALAM sikit aku turun ke bawah ambil barang-barang aku yang tiba-tiba menghilang. Penat aku tercari-cari. Sampai bawah katil pun aku intai cari beg Gucci kesayangan, tapi hasilnya sangat mengecewakan. Aku harap sangat benda tu ada kat Wan Aakif. Kalau tak, habislah aku. Takkan nak pergi ke kolam Hotel Paradise yang sangat sadis untuk cari beg Gucci aku? Tengok kat ruang tamu, tak ada orang. Padahal baru aje pukul sembilan malam. Ke mana semua makhluk di dalam rumah ni ghaib? Takkan tidur awal kut? Aku jengah ke dapur pun tak ada orang, tapi televisyen dan lampu masih terbuka. Aku tengok pintu utama rumah seperti terbuka sedikit. Aku buka, pergi tengok... tapi tak nampak orang. Dah kena rompak gamaknya. Aku ingat nak tutup pintu dan kunci terus sebab kalau tiba-tiba ada perompak masuk, aku juga yang naya kang. Macam-macam kes dah yang aku dengar sekarang ni.

127

Lelaki Versi Dia

Tapi belum sempat aku tutup pintu, aku lihat bayang-bayang seseorang kat tepi kolam ikan. Aku dah mula naik seram. Janganlah ada hantu nak mengusik aku malam-malam begini. Hantu sekarang tak boleh nak percaya. Berlambaklambak yang jatuh cinta kat manusia. Lepas tu depa pi sorok manusia dalam hutan rimba. Kalau dalam istana raja tak apalah juga. Kenapa agaknya hari ini aku banyak sangat mengarut? Agaknya peristiwa hampir-hampir lemas tu boleh bawa penyakit meroyan tak? Mataku menyoroti lembaga kat depan kolam dengan bantuan pantulan cahaya bulan. Bulanlah sangat, walhal lampu depan rumah terpasang sinar terang alam aje aku tengok. Harap maklum, Arwin Raisha ni terlalu suka memasang imaginasi yang agak kurang beriman. Keturunan Ahmad Rais memang begitu.... Aku tengok macam Wan Aakif aje yang berdiri kat tepi kolam sambil tengok bintang-bintang. Tengah bermeditasi agaknya. Aku kalau kat kampung, suka juga bertenggek kat luar rumah tengok bulan. Macam hobi, kan? Ada orang hobi dia suka tengok televisyen... tapi bagi aku apa kelas tengok kaca dan ada gambar yang bergerak-gerak. Tengok live-live best apa. Okey, tu adalah pandangan umum aku aje. Aku tahu banyak orang yang memang hantu kaca TV. Aku tengok Wan Aakif guna sleeveless shirt dengan seluar pendek paras lutut. Agak seksi tengok lengan dia berotot sikit. Aku tersengih lebar. Fikiran nakalku mula menerawang. Bisik hati pertama: Heh, Win... tak baik tau mengintai anak jantan orang. Bisik hati kedua: Huk aloh... tolong sikit ya... tu bukan mengintai, tapi hanya memandang. Jauh beza tu....

128

Aireen Aryana

Bisik hati ketiga: Samalah. Apa bezanya? Lama-lama begini jadi biul aku nanti. Aku nak pergi ke arah dia, tetapi langkahku terhenti apabila melihat ada sesuatu berbara yang dipegang oleh Wan Aakif dan diletakkan kat mulut dia. Lepas tu asap berkepul-kepul macam asap ekzos motosikal keluar dari hidung dan mulut. Dah namanya kat mulut, takkan dia guna mercun, kan? Mestilah rokok. Aku ingatkan mamat tu tak merokok sebab tengok bibir dia tak ada pula gelap macam perokok tegar yang lain. Ada dua kemungkinan, iaitu sama ada dia bukan perokok tegar ataupun memang keturunan dia merokok satu juta kotak pun still red lips. Banyaklah aku punya kemungkinan. Hari ni aje berapa kali aku main teka-teki. Tapi perlu diambil pengajaran oleh wanita-wanita kat luar sana, pinky lips tidak bermaksud pakwe tu tak merokok. Contoh terdekat adalah Wan Aakif sendiri. Agak kecewa sikit sebab dahulu aku tergila-gilakan dia, aku ingatkan dia ni jenis perfect punya guy. Bersih, kemas, smart, bijak, cerdik, glamor boleh campak gelaran tu semua kat dia. Tapi sekarang apa dah jadi? Bila aku tengok dia campak sisa puntung rokok tu kat dalam kolam, rasa nak terjerit pun ada. Kalau ikan-ikan tu mati, siapa nak bertanggungjawab? Kejam gila mamat ni. Aku tengok dia keluarkan lagi kotak rokok dia, nak sambung hisap asap lagilah tu. Aku masuk ke dalam rumah dan terus duduk kat depan televisyen. Tunggu Wan Aakif bermeditasi dengan rokok dia di dalam rumah aje. Tak sampai lima minit aku dengar ada orang sorong pintu utama rumah sampai terbuka. Win? Pandai pun dia cam aku. Aku melirik wajahnya, tapi

129

Lelaki Versi Dia

dia ikut beku kat depan pintu. Terkedu ke? Haruslah kalau terkedu sebab dia dah buat salah. Merokok, kesalahan yang tak boleh aku terima sebab aku ni jenis yang anti dengan perokok. Harap maklum. Kenapa turun kat bawah? Tak sejuk ke? soal Wan Aakif sambil mendekati aku. Aku diam aje. Tengok badan aku ni berbalut dengan sweater tebal, siap berstoking gaya orang beranak sulung. Nak sejuk apanya? Agak-agaklah bro.... Wan Aakif duduk sempoi kat depan aku. Dia pandang aku semacam aje. Aku pun naik seram apabila dia pandang macam tu. Rasa ada aura nak terkam aku aje, walhal kalau Wan Aakif betul-betul terkam aku, apa susah, kan? Jerit aje biar satu perumahan ni dengar. Buat apa kat luar sana? soalku, sengaja menguji dia. Kalau Wan Aakif mengaku dia merokok, aku angkat tangan kat kepala tabik spring. Lelaki yang mengaku buat salah memang lelaki yang amat handsome dan maco. Tapi tengok jugalah lelaki tu macam mana. Kalau dah buat salah, tapi masih tak nak berubah kerat aje badan dia. Senang cerita. Hirup udara segar. Aku dah agak dah dia mesti putar belitkan cerita. Tengah hirup udara segar ke tengah seronok sedut asap? Awak merokok. Saya nampak. Nada suaraku berubah jadi kerek sikit. Nasiblah. Orang tu tak nak mengaku, biar aku tolong dia mengaku. Wan Aakif tersengih. Sempat pula dia tersengih? Dia ingat aku main-main ke? Taklah... awak salah orang aje tadi tu.

130

Aireen Aryana

Aku bulatkan mata. Dah, dah... jangan nak tegakkan benang yang basah. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Aku juihkan bibir. Wan Aakif ketawa mengekek. Apa yang lucu aku pun tak tahu. Jadi, awak keluar semata-mata nak tengok saya hisap asap ke? Wan Aakif bersandar tenang kat sofa. Aku peluk tubuh sambil pandang dia tajam-tajam. Tau tak apa. Aku balas juga dengan nada kerek. Saya jarang merokok. I smoke to release my tension. Pandailah nak release tension guna rokok. Banyak lagi cara lain daripada merokok untuk lepaskan tekanan jiwa. Nak kelentong aku pun tak ada alasan yang lebih canggih ke? Tadi awak kata awak call syarikat saya. Mana awak dapat nombor telefon syarikat saya? Aku pandang dia dengan riak curiga. Mesti ada apa-apa ni. Kalau ada kanta pembesar, gerenti aku buat gaya macam Detective Conan. Penyiasat bersiri gitu. Saya cari kat yellow pages dalam Internet. Erk... senang aje jawapan dia. Buat malu keturunan Pak Cik Ahmad aje. Beberapa minit aku terdiam, tapi dia tetap pandang muka aku. Akhirnya dia juga yang buka mulut lepas tu. Win turun ke bawah ni kenapa? Pergilah rehat kat atas. Atau lapar? Dia soal aku sambil menegakkan tubuhnya. Aku nampak tangan dia berakar-akar, rasa goyah seketika. Pandang punyalah lama sampai ada juga lima saat aku tengok

131

Lelaki Versi Dia

tangan dia. Bila Wan Aakif ikut tunduk pandang lengan dia sendiri, aku jadi malu segan tahap nak terjun kat laut. Kantoi! Wan Aakif pandang aku balik. Seksi? soal dia tak ada bengkang-bengkok. Aku terkejut dengan pertanyaan dia. Hampirhampir aku tersungkur kat bawah meja. Aku berdeham kecil sebelum kembali memandang tangan dia dengan lagak prihatin. Saya tengok luka awak tu dah sembuh ke belum... perasan seksi pulak dia.... Sempat aku mengutuk dia dalam nak cover tu. Wan Aakif ikut melihat luka di lengan kanan dia, kemudian baru tersengih kepadaku. Tak sangka caring juga awak kat saya.... Kata-kata dia tu buat aku gayat seketika. Mana ada caringlah.... Aku teguk air liur sendiri. Degupan jantung makin berentak laju apabila aku lihat Wan Aakif macam sengaja tebarkan kedua-dua tangannya di kepala sofa. Nampak bulu ketiak. Tak senonoh! Aku tundukkan pandangan. Berdosa pandang lamalama. Tak ada masa nak caring kat awak. Saya cari handbag saya. Awak ada bawa ke masa saya tengah koma tadi? Aku tanya kat dia. Wan Aakif kerut kening. Tak fahamlah kut sebab otak dia, kan ada masalah sikit? Masalah sengal. Koma? Wan Aakif menggeleng kepala berkalikali.

132

Aireen Aryana

Macamlah aku tak nampak dia menggeleng. Nak geleng sangat, gelenglah sampai pagi pun aku tak hairan. Ada kat dapur. Kejap, saya ambilkan. Dia buka langkah ke dapur. Aku terhegeh-hegeh juga ikut dia sebab tak sabar nak tengok beg aku tu. Mahal tau. Ada la dalam lingkungan RM40 walaupun sekadar tiruan. Ni dia. Wan Aakif ambil beg Gucci aku kat atas singki. Sikit lagi rahang aku terjatuh apabila tengok keadaan beg itu sungguh menyedihkan, tergeletak macam tu aje atas singki. Banyak-banyak tempat, kenapa letak kat atas singki? Sampai hati! Aku tak tunggu lama, terus aje aku rampas beg kesayangan aku tu daripada tangan Wan Aakif. Dah dapat beg, aku terus naik ke tingkat atas semula tanpa mengendahkan Wan Aakif yang berdiri kat dapur. Win! seru Wan Aakif dari bawah. Aku pandang wajah Wan Aakif. Lapar tak? soal Wan Aakif. Aku blur dua saat. Kalau lapar saya masakkan bubur.... Aku angkat kening. Oh, orang hilang ingatan pun pandai masak bubur ya? Ajaib! Tak naklah. Kenyang makan bubur petang tadi. Auntie Zita mana? soalku. Dia orang semua balik kampung sebab nak kasi cincin kat Win. Mama kata cincin tunang dulu tak bagi lagi sebab buat majlis tergesa-gesa.

133

Lelaki Versi Dia

Aku rasa nak terjatuh apabila dengar dia cakap macam tu. Jadi, just two of us duduk dalam rumah ni? ucapku dengan nada yang tak tentu hala. Memanglah kita berdua. Kalau ada orang lain pun, cicak aje ada kat rumah ni. Aku ternganga. Kita berdua? soalku lagi. Wan Aakif dengan muka buat-buat innocent tu angguk aje. Astaghfirullah! Agak-agaklah pak cik oiii... nak bawa aku ke rumah dia masa tak ada orang. Aku rasa nak baling pasu bunga kat dia. Jadi, siapa yang angkat saya naik atas dan tukar baju saya? Aku hampir terpekik. Wan Aakif angkat bahu tanda tak tahu. Tak tahu? Pirahhh! Boleh kerat jari, dia yang tukar semua benda untuk aku sebab muka psiko macam Wan Aakif tu memang tak boleh percaya langsung. Uwaaa! Apalah salah aku sampai dia cabul aku sebegitu rupa? Aku terus lari ke tingkat atas. Win, jangan lari-lari... nanti jatuh! Saya nak balik! Tak bolehlah. Dah malam ni. Saya tak nak hantar awak balik. Langkah aku berhenti semula. Saya tak kisah! Boleh panggil teksi apa? Aku terus naik masuk ke dalam bilik. Aku kunci pintu dan terus masuk bilik air. Nak nangis sat. Malu weh. Segan! Tak guna punya Wan Aakif. Mana aku nak taruh muka lepas ni?

134

Aireen Aryana

Lepas dekat setengah jam aku berkubang dalam bilik air sampai hidung aku pun dah tersumbat, aku masuk ke bilik semula. Aku buka beg Gucci aku dan nampak segalagalanya basah. Alamak! Berdebar-debar dada. Aku keluarkan handphone, on beberapa kali, tak ada juga cahaya kat skrin. Aku telan air liur pandang handphone dengan mata berair. Macam mana nak naik teksi dengan duit tinggal sekeping RM10, walhal tambang teksi dekat RM20? Bila aku keluarkan dompet, semuanya basah termasuklah satu-satunya duit RM10 aku itu. Kusam sampai nampak macam nak koyak aje. Aduhaiii... nak nangis lagi....

135

Lelaki Versi Dia

Bab 9
KU selitkan rambut di tepi telinga sambil mencicip sedikit Milo panas. Aku melihat skrin, Teruna_Jiwa tengah online, tapi tak tegur aku. A_Win Sha > Sombong tak tegur. Teruna_Jiwa > Waalaikumslm.... Cis kena perli sekali.... Aku menggerutu dalam hati. A_Win Sha > Assalamualaikum! Teruna_Jiwa > Comel buat apa? Aku sengih. Comel eh? Terima kasih daun keladi.... A_Win Sha > Aku tengah chat dengan kau la... :P

136

Aireen Aryana

Teruna_Jiwa > Heh. Buat lawak ke apa? A_Win Sha > Takde la. Hi hi hi.... Teruna_Jiwa > Kau dengan tunang apa khabar weh? A_Win Sha > :( Teruna_Jiwa > Why dear? Kau sedih-sedih ni kenapa? Oh, dahulu memang aku sentap sikit dengar perkataan dear tapi sekarang dah kebal dah. Tak makanlah dear-dear sekarang ni. Cakap sejuta kali pun hati aku maintain tak terusik. A_Win Sha > Takde pa pa la :D Teruna_Jiwa > Jangan tipu aku. Cakap je kalau ada masalah. Kau kan kawan aku? Sha, aku pinjamkan telinga tpi ni antara kita berdua. Aku tak bocor punya. Cerita la kat aku.. :) Aku garu dahi. Boleh percaya ke ni? A_Win Sha > Aku tak nak ceritalah. Teruna_Jiwa > Alah, bukan kau kenal aku, aku pun tak kenal kau.... A_Win Sha > Tunang aku tu sebenarnya tunang olok-olok. Dia hilang ingatan sebab tu aku jadi volunteer jadi tunang dia.. :( Teruna_Jiwa > Eh? Aku tak faham....

137

Lelaki Versi Dia

A_Win Sha > Senang cerita aku tunang olokolok dia. Teruna_Jiwa > O ye ke? Apesal boleh jadi macam tu? Kau layan je dia eh? A_Win Sha > Layanlah sebab dia sepupu aku. Kesian. Teruna_Jiwa > Cinta mana boleh main kesiankesian. Tu pilihan jiwa weh. A_Win Sha > Tapi aku suka dia. Satu minit aku tunggu Teruna_Jiwa balas. Mungkin dia terkejutlah kut.... Teruna_Jiwa > Kawen je la. Tak payah nak fikir lebih-lebih. A_Win Sha > Apalah kau. Kau takde kat tempat aku, jadi kau tak faham perasaan aku :( Teruna_Jiwa > Alah, janganlah sedih. Kau yakin tak dengan jodoh? Aku terdiam seketika. Ye tak ye. Jodoh. Aku hampirhampir terlupa pasal tu. A_Win Sha > Bos aku hari tu confess kat aku dia suka kat aku. Sampailah aku terjun dalam kolam lepas dengar dia confess tu. Teruna_Jiwa > Hak3. Kelakar la kau. Boleh pula terjun kat kolam. Kalau aku yang confess mau kau terjun bangunan.

138

Aireen Aryana

A_Win Sha > Serius la weh. Teruna_Jiwa > Ok2. Kau suka bos kau juga ke? A_Win Sha > Pembetulan, bos aku yang suka kat aku. Teruna_Jiwa > Tahulah. Bajet glamour. :P A_Win Sha > Dengki. Teruna_Jiwa > Mana ada :3 A_Win Sha > Tak yah buat muka cam kucing tu, tak comel langsung. XD Teruna_Jiwa > Jahat la kau. Tak sporting! Ha ha ha.... A_Win Sha > Ngade je lebih... ha ha ha. Eh, kau rasa aku nak pilih bos ke tunang olokolok aku? Teruna_Jiwa > Kau rasa? Pros n cons please. A_Win Sha > Bos handsome. Lebih handsome sikit je daripada tunang aku tu. Teruna_Jiwa > Pergh! Handsome juga yang dia komen. Perempuan memang, kan? Yang handsome dia nak. Tak handsome sebelah mata pun tak pandang. Sampai hati. Sob3 T___T A_Win Sha > Kau tak handsome ke? Kah3 Teruna_Jiwa > Aku handsome la weh! Y___Y A_Win Sha > Ha ha ha.... Teruna_Jiwa > Next point please.... A_Win Sha > Bos aku baik, jenis yang telus. Kalau dia marah dan dia suka, nampak kat

139

Lelaki Versi Dia

muka. Jujur ya juga. Cuma umur dekat 32 aku 22. Kau rasa sesuai ke? Aku tunggu jawapan Teruna_Jiwa dengan rasa yang berdebar-debar. Teruna_Jiwa > Tua. Harrharr! Tapi kalau qualification the best bachelor over Malaysia apa salahnya? A_Win Sha > Hi hi hi... tu la. Rasa rugi kalau lepaskan dia sebab dia ada duit banyak wooo... Syarikat dia sendiri yang punya. :P Teruna_Jiwa > Kayolah macik kalau kaweng dengan dia. A_Win Sha > Tau tak pe XD Teruna_Jiwa > Next calon. A_Win Sha > Tunang olok2 aku ke? Teruna_Jiwa > Ye la siapa lagi? Takkan aku termasuk dalam list kau kut? A_Win Sha > Perahsan! V___V Teruna_Jiwa > Hi hi hi. A_Win Sha > Tunang aku ni, dia bajet cool. Muka macam serabut, merokok, bermukamuka @ talam tiga muka, misteri, penipu pun ya. Teruna_Jiwa > Kau ni over.... A_Win Sha > Dah memang macam tu. Teruna_Jiwa > Kalau begitu aku rasa better kau pilih bos kau la. Dia okey lagi daripada

140

Aireen Aryana

tunang kau. Teruk je kau describe dia. Kang lagi teruk kalau dah kawen. A_Win Sha > Aku tak tau nak buat macam mana. Pening.... Teruna_Jiwa > Eh, kita sembang lain kali eh. Aku ada kerja kejap. A_Win Sha > Kau kerja apa? Teruna_Jiwa > Secret :P A_Win Sha > Aku kasi tau je secret aku.... Tak aci! Teruna_Jiwa > Aci tak aci, tetap secret. Next time kita chit-chat lagi ya.... Suka kawan dengan kau =) A_Win Sha > K.... Teruna_Jiwa > Slm. A_Win Sha > Wslm. Teruna_Jiwa terus hilang dari chat box. Aku ambil gelas dan minum. Tengok-tengok dah habis. Dahsyat betul. Tapi... Teruna_Jiwa ni macam sokong Encik Hisyam aje. Aku agak memang Si Teruna_Jiwa ni dapat upah dan bayaran daripada Encik Hisyam, sebab tu dia sokong bos aku tu. Errr... bagaimana pula Si Teruna_Jiwa boleh kenal dengan Encik Hisyam? Mengarut lagi kau, Win. Aku rebahkan tubuh sekejap. Terbayang malam semalam punya hal. Satu malam aku terpaksa bermalam kat rumah Wan Aakif dan pagi-pagi aku suruh dia hantar aku. Pagi tu memang ngeri sikit sebab aku nak pandang muka Wan Aakif pun tak sampai hati. Segan tahap langit. Rasa

141

Lelaki Versi Dia

terkoyak aje maruah apabila Wan Aakif sengaja menyanyinyanyi kecil kat tepi aku. Sampai kat rumah sewa, aku terus blah, tak ucap terima kasih kat dia pun. Serius Wan Aakif memang melampau gila. Mentang-mentang famili dia tak ada, dia bawa aku ke rumah dan satu yang aku tak boleh terima, dia pergi tengok aurat aku. Memang nak kena belasah lima belas penumbuk baru aku puas hati. Wan Aakif tu sakit jiwa agaknya. Aku mengeluh kecil. Lepas ni aku tak nak la jumpa Wan Aakif. Buat malu keturunan Ahmad Rais aje. Kalau Ahmad Rais tau, mesti parang dah melekat kat leher Si Wan tu.

142

Aireen Aryana

Bab 10
AK kata bodoh pun tak boleh, bijak lagi jauh kut. Langsung tak boleh buat apa-apa apabila aku nampak kereta Honda City warna silver tu bertenggek kat tepi rumah aku. Nasib baik aje dia tak park betul-betul kat halaman rumah, kalau tak haru jawabnya. Bila dah jadi macam ni, nak aje aku pergi keluar dan halau pemandu kereta tu pasal sekarang aku tengah berangin kat dia. Satu mesej masuk. Awak buka pintu dan keluar dari rumah. Kalau tak saya hon kereta sampai semua orang kat perumahan ni kecoh Aakif. Aku mengeluh kecil. Berani ke dia buat begitu? Ah, lantaklah Labu. Kau hon sampai esok pun aku tak kisah. Paling-paling pun aku akan terfikir jiran aku tengah buat pertandingan hon kereta paling lantang. Aku tutup langsir tingkap dan terus jalan ke ruang

143

Lelaki Versi Dia

dapur. Kut-kut betul dia nak hon, bolehlah kurangkan sikit wave sound yang bakal memekak kat telinga aku. Sengaja tak layan dia. Sebab sebelum ni masa sekolah dahulu, aku terkejar-kejar, dia tak layan. Kira balas dendamlah ni. Biar Wan Aakif rasa apa yang aku rasa satu ketika dulu. Tak sempat aku buka peti ais cari jus, satu mesej lagi masuk. Pleaselah... jangan mengelak daripada saya. Saya minta maaf pasal hari tu. Please.... Wan. Hah, ini satu taktik dia nak pujuk aku ke? Minta maaf ya Encik Wan atau Encik Aakif, awak dah memalukan saya tahap seumur hidup pun tak akan hilang malu tu, lepas tu nak senang-lenang aje minta maaf? Boleh blah la! Aku rasa inilah kali pertama aku tak boleh nak menghadapi semula seseorang sebab kejadian yang amatamat mencalarkan maruah aku sebagai seorang wanita yang masih suci. Aku tak kisah pun kalau tak dapat padamkan ingatan aku pada kejadian malam hari tu, tapi aku harap sangat ingatan dia hilang. Nak hilang ingatan sekali lagi pun tak apa, aku lagi suka! Kotor betul otak lelaki yang bernama Wan Aakif Akmani Wan Harrith. Tak sangka dia buat khianat kat aku sampai begitu sekali. Yang aku hairan, bagaimana dia ambil aku yang tengah pengsan, walhal Encik Hisyam adalah orang yang bersama aku pada hari kejadian? Kira hari kejadian la sebab perkara tu hampir-hampir meragut nyawaku. Nasib baik aje aku masih hidup. Sebab kalau dah innalillah... memang tak sempat nak taubat. Encik Hisyam ni

144

Aireen Aryana

pun satu hal lagi aku nak fikirkan. Betul ke tak dia jatuh cinta kat aku? Kalau betul pun, aku ingat nak letak jawatan ajelah. Aku tahu dia handsome, perangai tip top, orang kata yang terpuji semua kasi kat dia, duit berkepuk-kepuk, tapi masalahnya satu aje. Hati aku dah berpunya. Erk! Dah berpunya? Wan Aakif ke? Aku terus letak kepala kat atas meja. Masalah... masalah.... Telefon aku berbunyi minta diangkat entah berapa kali Wan missed call dah tak terkira banyaknya. Sia-sia aje la sebab aku tak mungkin jawab panggilan dia. Mulai dari malam tadi dia asyik mesej aku suruh aku keluar rumah dan jumpa dia. Malam tadi juga aku terpaksa off handphone sebab tak tahan dek gangguan Wan Aakif. Wan Aakif balik, aku rasa dekat pukul dua belas tengah malam. Sebab aku dengar kereta dia jalan dekat-dekat jam tu la. Nasib baik Nafisa tak sedar rumah kita orang ada penunggu berkereta Honda. Kalau tak, mesti dia hairan punya. Aku kira Wan Aakif nak berhenti buat kerja gila bertenggek kat depan rumah aku. Tapi pagi-pagi lepas Nafisa pergi kerja, dia datang balik bertenggek kat depan rumah bawa penyakit gila dia. Dia asyik suruh aku keluar jumpa dia, tapi baru-baru tadi aje dia suarakan nak minta maaf kat aku sebab sebelum ni dia memang ugut nak hon kereta kuatkuat. Yuhuuu... dia ingat Arwin Raisha ni penakut sangat ke? Sekadar kena ugut nak bunyikan hon, jiran aku tak kisah punya. Paling-paling pun dia orang berkumpul kat depan kereta Wan Aakif. Kemudian, baling telur. Tadi aku sikit lagi nak keluar sebab kasihan tengok dia dah satu pagi duduk kat luar tu. Lagipun aku tahu dia mesti rasa tertekan tunggu kat depan tu. Tapi bila dia ugut balik, rasa berapi hati kat dalam hati ni. Tak jadilah!

145

Lelaki Versi Dia

Mesej masuk lagi dan kali ini aku macam terkedu sikit. Saya tahu awak tak sayang saya. Tak kisah pun kalau saya kelaparan ke... sakit ke kat depan ni. Tapi saya betul-betul sayang awak. Saya balik dulu, nanti saya datang lagi. Kalau awak betul-betul sudi, berikan peluang untuk saya terangkan segala-galanya. Awak keluarlah ya? Serius saya tak tahu silap saya kat awak.... -Wan. Hati jadi lemah sikit. Kasihan betul kat dia. Ah, kenapalah hati aku ni cepat sangat lemah? Tak thrill langsung nak menghukum Wan Aakif. Tapi kalau fikir-fikir balik, kenapa aku perlu hukum orang yang tak tahu kesalahan dia langsung? Ya tak ya... kena bagi tahu kat Wan Aakif dulu apa silap dia, kan? Kalau tak, sampai bila-bila pun dia tak insaf. Bawa semua perangai kekuningan dia tu dari US ke Malaysia. Petang aku tunggu, dia tak juga muncul-muncul. Dia tipu eh? Kata nak balik datang sini. So far dia memang tengah tipu aku. Malaslah macam ni! Ada rajuk bertandang dalam hati. Sikit aje merajuk tu, tapi kesannya sampai aku rasa nak menangis....

146

No. ISBN:- 978-967-5067-55-6 Jumlah muka surat:- 432 Harga Runcit:- S/M: RM19, S/S: RM22 Harga Ahli:- S/M: RM15, S/S: RM18 Sinopsis:Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar. Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air. I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin. What?! Are you kidding?

Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala. Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya. Boleh tak? ~ Arwin Raisha. Dia yang kusut, dia serabut, dia yang membuat hatiku terpaut.... Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan LELAKI VERSI DIA di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196