You are on page 1of 7

BAHASA MELAYU – PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS

)

2012

NAMA

: ____________________________________________________ TARIKH : ____ / _____ /____

TINGKATAN : _________________________

BAND 2 - B2 DL1 E1
Menceritakan perkara yang didengar

Petikan : Pertubuhan Sukarelawan Belia Siapakah belia? Ada beberapa tafsiran tentang belia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mentakrifkan belia sebagai golongan masyarakat yang berusia dalam lingkungan antara 15 tahun hingga 25 tahun. Ada pula pihak yang menyatakan bahawa belia ialah mereka yang berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun. Di negara kita, belia ditakrifkan sebagai golongan masyarakat yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Sukarelawan pula ialah kumpulan masyarakat yang menjalankan kegiatan kemasyarakatan tanpa mengharapkan ganjaran.Mereka melakukan aktiviti tersebut dengan ikhlas dan sukarela. Terdapat banyak pertubuhan sukarelawan belia di negara kita. Antaranya ialah Persatuan Belia 4B. Biasanya, para belia menjadi ahli pertubuhan ini untuk tujuan tertentu. Ada antara mereka yang bergiat dalam pertubuhan sukarelawan belia hanya sebagai aktiviti kebajikan untuk masyarakat. Mereka berasa puas apabila berjaya membantu orang lain. Terdapat juga belia yang bergiat dalam pertubuhan ini untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan . Mereka mendapat pelbagai pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti pertubuhan yang disertainya. Sebagai contoh, dengan mengikuti program kem jati diri mereka dapat mengenal pasti potensi diri. Ada juga belia yang ingin mendapat kenalan melalui pertubuhan belia. Melalui pertubuhan ini mereka dapat berkumpul dalam satu kumpulan masyarakat yang sebaya, mempunyai cita-cita dan aspirasi yang sama. Pertubuhan sukarelawan belia amat penting dalam masyarakat. Melalui pertubuhan ini, belia mempunyai wadah untuk menyalurkan idea dan tenaga bagi membantu masyarakatnya. Langkah ini dapat memupuk nilai murni dalam kalangan belia. Nilai tersebut termasuklah toleransi, kerjasama, rajin, perpaduan dan patriotisme.

1

SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

Pertubuhan ini juga dapat membentuk belia mengikut acuan kita sendiri. BATU 8 JALAN TRONG.BAHASA MELAYU – PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012 Walau bagaimanapun. Usaha perlu dilakukan bagi menggalakkan golongan belia bergiat aktif dalam pertubuhan sukarelawan. PERAK . semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi menggalakkan para belia kembali menghayati nilai kemasyarakatan yang wujud dalam adat resam bangsa seperti permuafakatan. Sesungguhnya. kejiranan dan kekeluargaan. Oleh itu. Hal ini berlaku kerana masyarakat lebih mementingkan material. setiap belia harus melibatkan diri dalam pertubuhan belia di tempat masing-masing. sikap sukarelawan dalam kalangan belia telah berkurangan. Akhirnya. Soalan Lisan: 1. Nyatakan maksud belia mengikut tafsiran di negara Malaysia? 2. dewasa ini. Mengapakah belia kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan? 2 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH.34850 CHANGKAT JERING. Oleh itu. “masyarakat berbudaya” dan “tanggungjawab sosial”. pertubuhan sukarelawan belia berpotensi menjamin menjamin kesejahteraan masyarakat. beberapa pertubuhan sukarelawan belia berkeadaan hidup segan mati tak mahu. Barisan pemimpin pertubuhan belia hendaklah mempertahan konsep murni dalam masyarakat seperti “masyarakat penyayang”.Sesuatu pekerjaan dilakukan untuk mengharapkan pembalasan yang berupa material. Apakah faedah yang diperoleh dengan menyertai pertubuhan sukarelawan di negara kita? 3.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mentakrifkan belia sebagai golongan masyarakat yang berusia dalam lingkungan antara 15 tahun hingga 25 tahun. Melalui pertubuhan ini mereka dapat berkumpul dalam satu kumpulan masyarakat yang sebaya. para belia menjadi ahli pertubuhan ini untuk tujuan tertentu. kerjasama. belia ditakrifkan sebagai golongan masyarakat yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Melalui pertubuhan ini. 3 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH. Langkah ini dapat memupuk nilai murni dalam kalangan belia. Sukarelawan pula ialah kumpulan masyarakat yang menjalankan kegiatan kemasyarakatan tanpa mengharapkan ganjaran. Biasanya. Sebagai contoh. Ada antara mereka yang bergiat dalam pertubuhan sukarelawan belia hanya sebagai aktiviti kebajikan untuk masyarakat. Terdapat juga belia yang bergiat dalam pertubuhan ini untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan . Mereka mendapat pelbagai pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti pertubuhan yang disertainya.hal. mempunyai cita-cita dan aspirasi yang sama. PERAK . BATU 8 JALAN TRONG. Petikan ( Buku Teks . Pertubuhan sukarelawan belia amat penting dalam masyarakat. Di negara kita. Nilai tersebut termasuklah toleransi.34850 CHANGKAT JERING. Antaranya ialah Persatuan Belia 4B.BAHASA MELAYU – PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012 NAMA : ____________________________________________________ TARIKH : ____ / _____ /____ TINGKATAN : _________________________ BAND 2 .B2 DB1 E1 Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan. belia mempunyai wadah untuk menyalurkan idea dan tenaga bagi membantu masyarakatnya. dengan mengikuti program kem jati diri mereka dapat mengenal pasti potensi diri. rajin. 117 ) : Pertubuhan Sukarelawan Belia Siapakah belia? Ada beberapa tafsiran tentang belia. Terdapat banyak pertubuhan sukarelawan belia di negara kita. Ada juga belia yang ingin mendapat kenalan melalui pertubuhan belia.Mereka melakukan aktiviti tersebut dengan ikhlas dan sukarela. Mereka berasa puas apabila berjaya membantu orang lain. Ada pula pihak yang menyatakan bahawa belia ialah mereka yang berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun. perpaduan dan patriotisme.

34850 CHANGKAT JERING. beberapa pertubuhan sukarelawan belia berkeadaan hidup segan mati tak mahu. Jati diri : _______________________________________________________ 4. BATU 8 JALAN TRONG. Material : _______________________________________________________ 4 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH. Hal ini berlaku kerana masyarakat lebih mementingkan material. Aspirasi : _______________________________________________________ 5. Mentakrifkan : _______________________________________________________ 2. PERAK . Patriotism : _______________________________________________________ 7. Sukarelawan : _______________________________________________________ 3.BAHASA MELAYU – PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012 Walau bagaimanapun.Sesuatu pekerjaan dilakukan untuk mengharapkan pembalasan yang berupa material. Toleransi : _______________________________________________________ 6. dewasa ini. Akhirnya. sikap sukarelawan dalam kalangan belia telah berkurangan. Cari makna perkataan berikut : 1.

BAHASA MELAYU – PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012 NAMA : ____________________________________________________ TARIKH : ____ / _____ /____ TINGKATAN : _________________________ BAND 2 . Hutang tidur menyebabkan prestasi mereka menurun. Keadaan ini juga menjadi penyumbang kemalangan jalan raya di negara ini. 5 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH. terutama jika tiada kenderaan. Mengantuk semasa memandu menjadi punca utama K e m a l a n g a n . P e m a n d u y a n g membuat perjalanan jauh sering mengalami kurang tidur.mood tidak baik. PERAK . letih dan tidak mampu memberikan tumpuan semasa memandu. _____________________________________________________________________________________ Baca petikan di bawah: Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa faktor manusia menjadi penyumbang besar kes kemalangan jalan raya. tidak hairan jika wujud tabiat pemandu yang suka memandu laju. Kajian mendapati bahawa kira-kira 65 hingga 70 peratus penunggang motosikal tidak akur kepada lampu isyarat. Pemandu di negara ini mempunyai sikap yang buruk semasa di jalan raya.34850 CHANGKAT JERING. Prosedur untuk mendapatkan lesen yang begitu mudah menyebabkan pemandu tidak menghargainya dan kurang kesedaran untuk mematuhi peraturan jalan raya. Namun. Pemandu di negara ini amat mudah untuk mendapatkan lesen memandu berbanding di negara-negara maju. BATU 8 JALAN TRONG. Sikap mereka yang cuai ini membuktikan tiada kesedaran untuk mengelakkan kemalangan di kalangan pengguna jalan raya. hakikatnya mereka yang terlibat dalam kemalangan sentiasa mencari alasan lain jika ditanya punca kemalangan tersebut. berlumba-lumba dan memaki hamun pemandu lain.B2 DT1 E1 Menulis jawapan soalan pemahaman dengan ayat yang gramatis . Mereka selalu menyalahkan orang lain atau memberikan pelbagai alasan apabila berlaku kemalangan. Justeru.

1. 2. Berita Harian. PERAK .BAHASA MELAYU – PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012 (Diubahsuaikan daripada “Punca Nahas Jalan Raya”. BATU 8 JALAN TRONG. Apakah faktor utama yang menyumbang berlakunya kemalangan jalan raya ? Apakah sikap buruk pemandu di negara ini? 3.34850 CHANGKAT JERING. Bagaimanakah langkah-langkah untuk mengubah sikap buruk pemandu di jalan raya ? 6 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH. 25 Julai 2003) SOALAN PEMAHAMAN : Jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

34850 CHANGKAT JERING. PERAK .BAHASA MELAYU – PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012 7 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH. BATU 8 JALAN TRONG.