You are on page 1of 9

APLIKASI SISTEM PNEUMATIK DALAM TEKNOLOGI PEMBUATAN Pada masa kini, kebanyakan industri telah menggunakan pelbagai teknologi

canggih dan berkembang dengan maju berikutan dengan kemajuan sains dan teknologi. Sistem pneumatik juga telah banyak digunakan dalam teknologi pembuatan di Malaysia. Dalam teknologi pembuatan ini, kebanyakan komponen-komponen pneumatik biasanya digunakan dalam sistem-sitem automasi dan juga pada pelbagai proses pengeluaran. Komponenkomponen tersebut biasanya dilakukan automasi pada proses-proses pengeluaran seperti pergerakan bahan, pembuatan komponen mesin, pemasangan serta digunakan juga pada sistem robotik. Di samping itu, bagi proses-proses pengeluaran yang dijalankan secara manual juga ada menggunakan alatan pneumatik untuk sistem-sistem kawalan dan keselamatan kerja. Perubahan daripada sistem manual kepada sistem pneumatik telah memberi kesan yang banyak kepada industri terutama dari segi kos, pengeluaran dan tenaga buruh. Gambarajah di bawah menunjukan perubahan dari sistem manual kepada sistem pneumatik. Gambarajah A. Gambarajah A menunjukkan kaedah mengangkat bahan kerja secara manual dari satu bahagian ke satu bahagian. Kaedah ini biasanya memakan masa yang agak lama.

Gambarajah B. Gambarajah B pula menunjukkan kaedah dengan menggunakan kereta sorong beroda dua (trolley). Bahan kerja masih lagi perlu diangkat satu demi satu dan harus dinaikkan dan diturunkan dari trolley. Kaedah ini masih memakan masa yang agak lama tetapi lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan kaedah A.

Gambarajah C. Gambarajah C pula menunjukkan kaedah yang menggunakan kereta tarik beroda empat untuk mengangkat bahan kerja sekaligus. kaedah ini masih membebankan lagi pekerja namun pelaksanaanya lebih cepat. Bahan kerja masih lagi perlu diselenggara secara manual.

Gambarajah D gambarajah D pula menunjukkan traktor digunakan untuk menarik beberapa kereta tarik sekaligus. Kaedah ini hanya mengurangkan masa dan usaha untuk memindahkan bahan kerja tetapi tidak praktikal.

Gambarajah E gambarajah E menunjukkan perubahan daripada menggunakan kereta tarik kepada sistem conveyor (alatan pembawa). Conveyor ini akan menghubungkan dua bahagian kerja dan kerja-kerja dapat dijalankan dengan cepat. Namun begitu kaedah ini masih memerlukan pekerja untuk menaikkan dan menurunkan bahan kerja.

Gambarajah F gambarajah F pula, ia menunjukkan sistem pneumatik digunakan untuk menaikkan dan menurunkan bahan kerja dari conveyor. Sistem ini akan dikawal oleh seorang pekerja. Dengan menggunakan sistem ini kerja-kerja di dalam sesuatu industri dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan disamping dapat menjimatkan tenaga buruh.

Perubahan daripada sistem manual kepada sistem pneumatik seperti dalam gambarajah di atas telah banyak diaplikasikan di dalam teknologi pembuatan di Malaysia terutamanya di dalam industri pembuatan. Ini kerana dalam industri pembuatan ia melibatkan bahan kerja yang besar dan memerlukan sistem pengurusan bahan kerja yang cekap. Diantara industriindustri yang mengaplikasi sistem pneumatik dalam proses pengeluaranya ialah: 1. Industri Petreloum Digunakan untuk membantu peralatan diloji dan perkhidmatan yang biasa dimakmal untuk industri kimia. 2. Industri Pembuatan Plastik dan Getah a. Pengeluaran Plastik Digunakan untuk mengawal sistem penghantaran bahan mentah dan pengagihan serta pengoperasian injap. b. Pemprosesan Plastik Digunakan untuk melaras pusingan , operasi pemotongan, operasi alatan keselamatan seperti pintu pada mesin dan loji, mesin pemotongan dan peralatan kimpalan. c. Pemprosesan Getah Digunakan untuk alatan keselamatan, mengawal bagi menghubungkan alatan pengangkut (conveyor) dan unit pengeluaran serta pengujian peralatan.

3. Industri Pembuatan Kertas Digunakan untuk melaras pusingan, menekan gear dalam mesin kertas dan unit longgokan. 4. Industri Pakaian Diaplikasikan untuk injap bagi operasi pembersihan dan pengudaraan. Ia juga digunakan untuk membantu peralatan dalam mesin jahit di industri dan pemotongan. 5. Industri Pembuatan Logam Diaplikasikan untuk membantu peralatan dalam pusingan menggerigi, operasi dalam mesin tuangan (casting), pemotongan dan menebuk. 6. Industri Automotif Digunakan pada robot dalam pembuatan kereta. Robot telah membawa satu dimensi baru dalam dunia pembuatan. Robot merupakan pengendali pelbagai kegunaan yang boleh diaturcara dan mempunyai cirri-ciri kepandaian dan kebolehubahsuaian. Robot ini digunakan untuk mengimpal bahagian-bahagian pada kereta.

Gambarajah dibawah menunjukkan mesin-mesin yang menggunakan sistem pneumatik yang digunakan dalam proses pembuatan.

Milling Machine

Drilling Machine

Milling and Drilling Machine

CNC- Drilling-Tapping and Milling Machine

Milling and Cutting Machine KEBAIKAN SISTEM PNEUMATIK DALAM TEKNOLOGI PEMBUATAN

1. Kos yang rendah dalam operasi Sistem pneumatik berkos yang rendah dalam operasi kerana ia hanya menggunakan udara sebagai tenaga untuk menggerakkan bahan kerja jika hendak hendak dibandingkan dengan sistem-sistem yang lain seperti hidraulik dan elektrik. 2. Mengurangkan kos tenaga buruh Penggunaan sistem pneumatik secara tidak langsung dapat mengurangkan kos tenaga buruh. Tenaga buruh dapat diminimumkan kerana beberapa orang buruh sahaja akan digunakan untuk mengawal sistem ini. 3. Memudahkan pergerakan bahan kerja. Bahan kerja yang berat adalah lebih mudah dikendalikan berbanding menggunakan tenaga manusia. Bahan kerja dapat dipindahkan dari satu bahagian ke bahagian yang lain tanpa sebarang kesilapan. 4. Memudahkan kawalan proses pengeluaran. Melalui sistem pneumatik ini, sebarang pengubahsuaian hanyalah berlaku pada sistem ini sahaja. Sebaliknya, jika tenaga manusia digunakan pengubahsuaian perlu diikuti dengan latihan. 5. Mengurangkan kerosakan pada produk akhir Dengan menggunakan sistem ini, kerosakan pada produk akhir dapat dikurangkan berbanding dengan menggunakan tenaga manusia. 6. Proses pembuatan yang lebih produktif dan berkesan. Dengan menggunakn sistem ini, proses pembuatan menjadi lebih produktif dan berkesan. Ini kerana proses pembuatan akan berjalan dengan lancar dan setiap bahan kerja akan dihantar ke satu bahagian sepertimana yang ditetapkan. 7. Kepelbagaian pergerakan Dalam sistem pneumatik ini pelbagai pergerakan dapat dihasilkan. Sebagai contoh dalam pembuatan kereta, pelbagai gerakan yang dapat dihasilkan oleh robot untuk mengimpal bahagian-bahagian pada kereta. 8. Mudah untuk diselenggarakan. Sistem ini juga mudah untuk diselenggarakan berbanding dengan sistem-sistem yang lain. KELEMAHAN SISTEM PNEUMATIK DALAM TEKNOLOGI PEMBUATAN

1. Memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkanya Walaupun kos rendah dalam pengoperasianya tetapi sistem ini memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkanya. Ini kerana banyak komponen yang terlibat untuk menghasilkan sistem ini. 2. Menghasilkan pencemaran bunyi. Sistem ini biasanya akan menghasilkan bunyi yang agak kuat ketika beroperasi. Ini akan menyebabkan pencemaran bunyi. Selalunya penyenyap ataupun penyerap bunyi akan dipasangkan bagi mengurangkan bunyi ini. 3. Kerosakkan kecil akan mengakibatkan seluruh pengeluaran dan pembuatan terhenti Jika berlaku kerosakkan kecil ia akan mengakibatkan seluruh pengeluaran terhenti. Ini akan melumpuhkan sistem pengeluaran dan seterusnya mengakibatkan kerugian kepada industri. 4. Peralatan pada sistem pneumatik cepat mengalami kehausan. Ini disebabkan kurangnya pelinciran antara komponen sistem tersebut yang bergesel. Untuk mengurangkan masalah ini, sistem pneumatik memerlukan sedikit bahan pelincir. 5. Memerlukan pembersihan udara. Ini kerana tidak semua udara yang dimampat itu bersih. Jika udara yang dimampat itu kotor maka ia akan memberi kesan kepada alatan yang akan digunakan. KESIMPULAN Aplikasi sistem pneumatik di dalam teknologi pembuatan khususnya di Malaysia telah membawa satu dimensi baru. Ini kerana pengaplikasian sistem ini telah membawa banyak kebaikannya dan dapat menyelesaikan masalah terutama dalam bidang pembuatan. Pengaplikasian sistem ini tidak terhad kepada proses pembuatan secara besar-besaran malahan proses pengeluaran yang berskala kecil juga telah menggunakan sistem ini dalam proses pembuatannya. Pelaksanaan sistem pneumatik ini akan menjadi tren pada masa akan datang khususnya di negara-negara maju yang menghadapi desakan penawaran tenaga buruh. Desakan perubahan struktur permintaan dan persaingan pasaran yang memerlukan kecekapan, cepat dan bolehubah (flexibel) turut menyumbang kepada penggunaan sistem ini. Malaysia

sebagai sebuah negara yang berwawasan untuk meningkatkan tahap persaingan dalam teknologi pembuatannya sudah mula menceburi dalam sistem ini untuk bersaingan dengan negara maju yang lain. Walau bagaimanapun, ianya haruslah diimplimentasikan secara berperingkat agar mencapai pulangan yang optima.

You might also like