You are on page 1of 11

BAB 1 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:  Mendefinisikan konsep asas hubungan etnik  Menjelaskan peringkat-peringkat hubungan etnik.  Mengaplikasi konsep integrasi etnik dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk Malaysia.

1.1 PENGENALAN  Bab ini akan membincangkan beberapa konsep penting dan aplikasinya dalam mewujudkan hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Antara konsep penting termasuklah konsep etnik, masyarakat, budaya, integrasi dan sebagainya.  Bab ini juga akan membincangkan peringkat-peringkat hubungan etnik yang dikemukakan oleh para pengkaji masyarakat dan aplikasinya dalam konteks negara kita Malaysia 1.2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK 1.2.1 Masyarakat  Kamus Dewan : Masyarakat (society) dapat didefinisikan sebagai kumpulan individu yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.1  Jaringan perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat khususnya melalui hubungan bersemuka yang berulangkali akan membina kesepaduan masyarakat sebagai satu unit sosial.  Seterusnya perhubungan yang erat tersebut akan membentuk sistem sosial seperti berkongsi kebudayaan, adat, nilai, undang-undang dan sebagainya.  Contoh : budaya gotong royong, nilai ziarah menziarahi, sama-sama merayakan hari kebesaran dan sebagainya.

1

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oleh itu kehidupan berkelompok membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang lain. India. ■ Walau pun etnik ini tinggal di dalam sebuah negara dan di bawah satu sistem politik (pemerintahan penjajah British).2. memduduki satu-satu kawasan dan kewujudan mereka adalah sebagai satu entiti yang bersatu padu. 1. bahasa dan adat resam. Seterusnya pemisahan tersebut berlarutan sehingga di bidang pekerjaan. Interaksi di antara mereka adalah amat sedikit dan amat terbatas.2 Ciri-Ciri Masyarakat  Berkelompok -Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok.1. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah disebabkan oleh perkembangan industri bijih timah dan getah yang pesat di sekitar abad ke 19. Cina. Senarion ini dapat dilihat dalam sambutan hari kebesaran etnik masing-masing hari ini. adat resam.1 Masyarakat Majmuk ■ Istilah masyarakat majmuk dipelopori oleh J. et al. agama mereka. Bajau. Masing-masing mempunyai agama. Adalah mustahil seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada individu lain. 2005) ■ Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Iban dan sebagainya. masyarakat adalah sekumpulan insan yang berkongsi budaya .  Berbudaya . Penduduknya terdiri dari pelbagai etnik seperti Melayu. budaya. Jelasnya. di mana bidang pekerjaan adalah mengikut etnik atau kaum tertentu (Ruslan Zainuddin. 1. identiti. Interaksi wujud hanya dalam bidang ekonomi seumpama ketika proses jual beli di pasar sahaja. Walau pun mereka hidup di bawah satu sistem politik.S Furnivall menerusi kajiannya mengenai masyarakat Indonesia dan Myanmar. namun masing-masing tetap dengan tradisi. ■ Menurut beliau masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. kebudayaan.1. namun mereka menjalani kehidupan secara berasingan. Kadazan.  Dari keterangan di atas dapatlah dikatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa atau “masyarakat majmuk”.2.

interaksi dan bekerjasama ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan. penghulu adalah pemimpin kampung dan Perdana Menteri pemimpin negara. kesenian. Taylor. Perhubungan.  Kamus Dewan (2005) “Budaya adalah kemajuan fikiran.  Mempunyai kepimpinan -Setiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. akal budi (cara berfikir). 1.Sesebuah masyarakat adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan. undang- . yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. kepercayaan. umpamanya budaya makan dengan tangan bagi orang Melayu. Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan anggota masyarakat . berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.  Menurut Edward B. Perubahan tersebut belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh penemuan ubat-ubatan moden kini telah merubah kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu dari perubatan tradisional kepada perubatan moden.  Berinteraksi -Syarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah terdapatnya perhubungan. budaya adalah satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Ia wujud di pelbagai peringkat sama ada kepimpinan peringkat rendah.  Mempunyai aturan sosial .2 Budaya  Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah. tatasusila.2. interaksi dan bekerjasama di antara anggota masyarakat.-Interaksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya.Setiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan undang-undang. 2005) . berkelakuan dan sebagainya” (Kamus Dewan Edisi Keempat. Sebagai contoh bapa adalah pemimpin keluarga.  Mengalami perubahan .sederhana mahupun tinggi. Budaya ini akan diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi.

1 Ciri-ciri budaya:  Boleh dipelajari -Ia tidak lahir dengan sendiri. dan berubah kepada atap genting dewasa ini. nilai dan sebagainya. pengaruh luar.  Boleh diwarisi -Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi.  Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satusatu kumpulan insan. tetapi boleh diamalkan juga oleh etnik lain. adat. oleh itu mesti dipelajari. Umpamanya makan nasi lemak. Dulu ekonomi masyarakat Malaysia kebanyakannya berteras ekonomi sara diri dan telah berubah kepada ekonomi kapitalis. Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu.  Boleh dikongsi -Ia bukan dihadkan kepada satu-satu etnik sahaja. nasi ayam yang sudah menjadi budaya rakyat Malaysia. Walau bagaimana pun budaya ini berbeza antara satu etnik dengan etnik lain disebabkan oleh nilai setempat.  Bersifat sejagat -Ia wujud dalam semua kelompok manusia. sosial. Ia merangkumi sistem politik. Budaya rakyat Malaysia (Melayu. tetapi berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman. adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.2. agama dan sebagainya . roti canai. masa dan tempat.  Boleh berubah-ubah -Budaya adalah tidak statik. umpamanya budaya menghormati alam sekitar. minum. berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan sebagainya. kepercayaan. ekonomi. Ibu bapa mengajar anaknya bagaimana cara makan. Sebagai contoh sebelum merdeka kebanyakan rumah beratap nipah. 1.undang.2.

 Ras : ras adalah merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai ciri persamaan dari segi fizikal seperti warna kulit dan sifat-sifat biologi. Mempunyai unsur simbolik -Unsur-unsur berupa imej (bendera. Ini termasuk adat resam.  Biasanya konsep bangsa digunakan untuk menggambarkan bilangan anggota etnik yang besar dalam satu-satu kelompok. bahasa dan pakaian. bunyi (siulan. warna. Negroid (hitam) iii. i. Sistem Nilai Yang Lahir Dari Konsep Asas Hubungan Etnik  Etnisiti : Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. India dan lain-lain. bunyian alat muzik ). Carl von Linne mengkategorikan manusia kepada (Mansor Mohd Noor. Mongoloid (kuning) 1. i.3 Etnik  Etnik : kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam.2. isyarat. logo. lambang dan sebagainya). nilai.2006): i. Cina.e. budaya warisan serta etisiti mereka adalah jauh lebih baik dari kelompok lain.  Etnosentrisme : Kepercayaan dan kebanggaan yang wujud di kalangan anggota sesebuah kelompok bahawa kehebatan cara hidup. 1.e Melayu. bangsa Cina. muka dan sebagainya) mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.Caucasoid (putih) ii. . Pengkaji barat.( isyarat tangan. India dsb. Sejarah. et al. Melayu. kegiatan ekonomi.  Pada peringkat lebih tinggi dalam konteks Malaysia. sikap dan tingkah laku yang sama yang menyatukan mereka. bangsa menggambarkan anggota etnik yang lebih besar yang mana di bawahnya terdapat kelompok etnik.4 Bangsa  Bangsa : Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai asal usul atau keturunan yang sama. American (merah) iv.2.

 Contohnya penulis barat mengatakan: “kekayaan yang dimiliki oleh orang Cina kerana kerjas keras mereka.  Diskriminasi : Perbuatan membezakan seseorang individu atau kelompok berasaskan ciri-ciri etnik. Kepercayaan begini akan membawa beberapa implikasi: i.  Streotaip : Ia terbentuk daripada sikap prejudis terhadap etnik-etnik lain. manakala kemiskinan orang Melayu adalah kerana sikap malas dan boros mereka”. Walau pun sesuatu perlakuan itu dilakukan oleh sekumpulan kecil etnik . . Ianya dibuat berdasarkan generalisasi dan prasangka sahaja. Kesan prejudis dapat dilihat bilamana satu etnik berlumba untuk mendapat sesuatu yang terhad baik dari segi politik. iii. tetapi kerana sikap prejudisnya maka ia dianggap seluruh etnik tersebut mempunyai perlakuan yang sama.  Prejudis : Pandangan negatif terhadap kelompok lain. sosial dan sebagainya. Pandangan streotaip orang Melayu terhadap orang Cina: “Orang Cina adalah pengotor”. ekonomi. iv. Menolak apa-apa yang baik yang terdapat dalam budaya lain Mencetuskan persengketaan senyap kerana budaya etnik lain dianggap mengganggu dan meruntuhkan martabat manusia Sukar untuk mewujudkan persefahaman antara etnik kerana sikap ego dan kebanggaan yang melulu Menjadikan cara hidup dan kebudayaan sendiri sebagai piawai untuk mengukur cara hidup dan budaya etnik lain Enggan mengetahui cara hidup dan budaya etnik lain sehingga menjadikan mereka seperti “katak di bawah tempurung”.  Dalam konteks hubungan etnik ianya berlaku apabila satu etnik memandang rendah terhadap etnik lain. v.  Oleh itu stereotaip bolehlah didefinisikan sebagai gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan samada ianya positif mahupun negatif terhadap satu-satu kumpulan. ii.  Rasisme : Pandangan pemikiran dan kepercayaan negatif sesuatu kelompok terhadap kelompok lain berdasarkan fizikal atau biologi.

politik. Ianya akan melenyapkan sikap prasangka. sosial dsb.  Integrasi sosial : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program sosial.  Integrasi politik : Usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama politik dan melalui konsep pembahagian kuasa.1.  Perpaduan : Satu proses menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat . 1977). sosial.3KONSEP INTEGRASI DAN PERPADUAN Definisi integrasi (integration) : Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan.  Istilah integrasi sosial ini adalah cetusan idea seorang ahli sosiologi British David Lockwood di dekad 1950an dalam usaha beliau mencari formula keamanan dan keharmonian bagi sesebuah masyarakat yang berbilang etnik. diskriminasi terhadap satu sama lain.  Integrasi pendidikan : Usaha menyatupadukan rakyat melalui programprogram pendidikan. ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik (Ruslan Zainuddin. Menurut Shamsul Amri integrasi etnik dapat diklasifikasikan kepada beberapa Jenis. antaranya: ■ Integrasi wilayah : Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah dalam konteks ekonomi.  Menurut Ting (1977) : integrasi sosial adalah proses menyatu padukan berbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan identiti masing-masing (Ting. (2005).  Integrasi ekonomi : Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik  Integrasi kebudayaan : Usaha menyatukan budaya pelbagai etnik sehingga menjadi budaya kebangsaan. et al.  Jelasnya bahawa integrasi akan wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka.

antaranya: i. Walau bagaimana pun mereka hidup dalam harmoni. . (.membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air (Ruslan Zainuddin. oleh masyarakat Malaysia.4 TEORI INTEGRASI ETNIK Menurut ahli soiologi (Shamsul Amri. 2005) integrasi etnik berlaku dalam beberapa peringkat. i. SEGREGASI (Segregation)  Hubungan yg bersifat pemisahan antara etnik di dalam kawasan tempat tinggal. AKOMODASI (Acomodation)  Proses etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu samalain namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. iv. ASIMILASI  Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga terbentuk satu kelompok manusia yg mempunyai identiti yang sama.e pemberian ‘ang pow’ pemakaian tali leher dsb.  Perpaduan adalah penting bagi mewujudkan kestabilan politik yang mana akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. AKULTURASI  Proses penerimaan budaya dari kelompok lain sehingga kebudayaan kelompok tersebut diterimapakai sebagai kebudayaan sendiri. persekolahan. Di Malaysia ia berlaku pada masyarakat Baba Nyonya Melaka. ekonomi.2005). Hubungan bentuk ini sepertimana dasar apartheid yg di amalkan oleh negara Afrika Selatan. politik dan sosial. pengangkutan kemudahan awam dsb sesebuah negara. masyarakat Cina Kelantan. Proses penerimaan tersebut sesekali tidak akan menyebabkan hilang identiti asal mereka. iii.2007) 1. ii.  Jelasnya perpaduan adalah melibatkan penyatuan masyarakat dalam semua aspek kehidupan baik fizikal. i.e Swiss.

etnik dan sebagainya. bahasa dan agama adalah berasal dari keturunan yang sama iaitu Adam a.4 HUBUNGAN ETNIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM ● Menurut Islam. Sabda Rasulullah saw “Apakah engkau menghinanya kerana ibunya?. sesungguhnya pada diri mu itu terdapat sifat-sifat jahiliyah” (Sahih Bukhari) . ● Sehubungan dengan itu Rasulullah pernah memarahi Abu Zarr apabila Abu Zarr menghina Bilal dengan mengatakan “wahai anak hitam”. Cara utamanya ialah melalui perkahwinan campur. Sabda Rasulullah saw: Tidak ada kelebihan bangsa Arab ke atas bangsa Ajam dan tidak ada kelebihan bangsa Ajam ke atas bangsa Arab”. manakala B dan C mewakili etnik minoriti. manakala D adalah etnik yang terhasil dari penyatuan A. v.  Teori ini menggunakan formula A+B+C = D  A. kulit. AMALGAMASI  Proses percampuran budaya dan ras sehingga membentuk budaya dan ras yang baru.s. Ini dinyatakan oleh Allah swt: “Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam dan Kami angkut (permudahkan mereka dalam perjalanan di daratan dan di lautan dan Kami kurniakan mereka rezeki yang baikbaik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan” (al-Israk:70) ● Dalam Islam. manusia walaupun berlainan bangsa.B dan C mewakili etnik yang berlainan. Islam juga tidak membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain berdasarkan warna kulit. B dan C. Teori asimilasi ini menggunakan formula A+B+C = A  A mewakili etnik dominant. 1. Ideanya ialah lama kelamaan semua kumpulan akan mematuhi polapola golongan dominan dan melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing.

. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Abdul Rahman Abdul Aziz dan Mohamad Aminuddin Iskandar Lee. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mansor Mohd Noor. lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu”). Hubungan Etnik Di Malaysia.● Seterusnya Islam menganjurkan supaya umat Islam mewujudkan hubungan yang mesra antara umat manusia sepertimana firman Allah: Hujurat : 13 “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall. Bibliografi 1. 2005. (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 2. (2006). dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak.

. (2007). Kuala Lumpur: Oxford Fajar. Mohd Mahadee Ismail dan Zaini Othman. Shamsul Amri Baharuddin (ed). Kenegaraan Malaysia. Ruslan Zainuddin. 4. (2005).3. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM.