You are on page 1of 18

STPM

900/2
3 jam

PANITIA PENGAJIAN AM GABUNGAN SAMARAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

___________________________________________________________________

PENGAJIAN AM

KERTAS DUA

3 JAM
___________________________________________________________________

Arahan kepada calon :

Jawab lima ( 5) soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, D dan E.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

SULIT 1 [LIHAT SEBELAH


Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah perkataan. [25]

1.Salah satu teras utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah meningkatkan
keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘Minda Kelas Pertama’.
Rakyat adalah aset negara yang paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan
minda serta pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk membangunkan
modal insan yang berkualiti.

2.Pengiklanan kini diketengahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan pengaruh
pelbagai alatan teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi kelebihan kepada para
pengeluar. Namun kini pengiklanan juga sering dikaitkan dengan pengeksploitasian.
Bincangkan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Kanser, diabetes dan penyakit jantung adalah penyakit kronik yang merupakan
antara penyebab utama kematian rakyat Malaysia.
Bincangkan punca-punca yang menyebabkan penyakit ini.

4. Kerancakan pembangunan negara akan membawa kemodenan kepada masyarakat.


Pembangunan yang tidak teratur dan tidak terancang mengancam sistem ekologi.
Huraikan kepentingan mengimbangi pembangunan dengan pengekalan sistem
ekologi.

SULIT 2 [LIHAT SEBELAH

Bahagian C
Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini: satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan
satu lagi daripada soalan 6(a) atau 6(b). [20]

5.(a) “... Medium memfitnah kini bukan lagi sekadar melalui komunikasi harian atau
televisyen, akhbar dan majalah. Malah, trend fitnah kini sudah dianjak ke alam siber yang
membolehkan sesiapa sahaja melakukan perkara yang tidak sopan ini agar boleh dibaca
serta ditonton di seluruh dunia secara percuma. Ini akan memberikan impak yang negatif,
khasnya kepada generasi muda…”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian, 5 April 2008)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan fitnah siber ?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan


langkah-langkah yang efektif bagi membendung gejala fitnah siber ?

ATAU

5.(b) ”...Pasar Tani Mega pertama talah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pada
bulan September 2004 berhampiran Stadium Shah Alam. FAMA sebagai sebuah agensi di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani begitu gigih untuk menjadikan
Pasar Tani Mega sebagai medan kepada pengeluar atau petani memasarkan hasil
pertanian dengan kuantiti yang lebih besar berbanding pasar tani biasa. Situasi ini
dianggap suatu strategi yang paling releven agar usahawan kecil dalam industri pertanian
menjadi usahawan kelas pertengahan atau sederhana. Berdasarkan keyakinan bahawa
Pasar Tani Mega mampu bersaing dengan pasar raya ternama di negara ini, FAMA
menyasarkan sebanyak 150 buah Pasar Tani Mega akan diwujudkan di seluruh negara
menjelang tahun 2010....”’

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 25 Julai 2006)

i. Apakah yang anda faham dengan Pasar Tani Mega?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, berikan


langkah-langkah yang boleh diambil oleh FAMA untuk membantu usahawan
tani memasarkan hasil pertanian mereka ke luar negara.

SULIT 3 [LIHAT SEBELAH


6.(a) ”...Sejak belakangan ini, dunia digemparkan dengan berita dahsyat seperti gempa
bumi, tsunami, dan banjir besar yang melanda dengan skala besar. Bahang kemarahan
alam sekitar turut dirasai oleh Malaysia yang selama ini selesa berada di zon selamat.
Kita lihat bagaimana banjir besar melanda negeri Johor dengan kadar surut yan memakan
masa yang lama…..”
(Dipetik dan diubahsuai daripada Era Hijau….3/2007 )

i. Apakah malapetaka alam sekitar yang sering melanda dunia pada hari ini?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bagaimanakah


sains dan teknologi dapat mengurangkan impak bencana alam?

ATAU

6.(b) “Teknologi nano merujuk kepada bidang sains berkaitan pembinaan dan
manipulasi sesuatu pada skala nano(10-9). Secara mudah, nano bermakna satu daripada
satu bilion sesuatu atau nanometer bermakna satu perbilion meter. Pada ukuran yang
mudah, satu meter bersamaan dengan satu bilion nanometer. Bercakap tentang skala
bersaiz nano, ia juga merujuk kepada teknologi bersaiz atom dan molekul...”

(Dipetik daripada “Penyelidikan Teknologi Nano


negara” , Estidotmy, September 2004)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi nano?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bincangkan


kebaikan teknologi nano.

SULIT 4 [LIHAT SEBELAH

Bahagian D
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas
graf. [15]

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta
pai yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan peruntukan mengurus Kerajaan
Persekutuan bagi tahun 2005 dan anggaran tahun 2007.

Dalam pembentangan belanjawan kerajaan setiap tahun, peruntukan kerajaan adalah


berubah dari semasa ke semasa. Sebahagian besar peruntukan adalah dikhususkan untuk
perbelanjaan mengurus. Pada tahun 2005, perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan
secara keseluruhan adalah sebanyak RM 97 744 juta. Jumlah tersebut terus meningkat
sebanyak RM15 242 juta menjelang tahun 2007 dengan peningkatan sebanyak 15.59
peratus.

Bagi tahun 2005, RM25 587 juta telah diperuntukkan untuk pembayaran
emolumen yang menyumbang sebanyak 26.18 peratus daripada keseluruhan peruntukan
pada tahun tersebut. Perbelanjaan untuk emolumen terus meningkat kepada RM25 815
juta pada tahun 2007. Manakala perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran pula
ialah sebanyak RM7 049 pada tahun 2007 yang menunjukkan peningkatan sebanyak
RM240 juta berbanding dengan tahun 2005.

Bayaran khidmat hutang dan serahan kepada kerajaan negeri juga merupakan
sebahagian dari perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan. Pada tahun 2005,
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM11 604 juta untuk bayaran khidmat
hutang dan RM2 614 juta pula diperuntukkan untuk serahan dan pemberian kepada
kerajaan negeri. Berbanding tahun 2007, dengan kecekapan pengurusan kewangan
kerajaan, peruntukan untuk khidmat bayar hutang telah meningkat kepada RM13 127
juta. Manakala pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri pula telah menunjukkan
peningkatan sebanyak RM1 031 juta berbanding tahun 2005.

Peruntukan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan melibatkan 18.4 peratus


daripada keseluruhan perbelanjaan pada tahun 2005 yang melibatkan kos sebanyak RM
17 984 juta. Bagi tahun 2007 pula perbelanjaan tersebut terus meningkat menjadi RM 23
147 juta. Bagi tahun 2007 juga sejumlah RM11 908 juta telah diperuntukan bagi
pemberian subsidi. Peruntukan ini menunjukkan penurunan sebanyak RM1 479 juta
berbanding dengan peruntukan pada tahun 2005. Peruntukan selebihnya bagi kedua-dua
tahun tersebut adalah dikhususkan kepada perbelanjaan mengurus untuk lain-lain
perbelanjaan.

Secara perbandingan, sebahagian besar peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi


setiap tahun adalah untuk bayaran emolumen, bekalan dan perkhidmatan serta lain-lain
perbelanjaan.
(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Buku
Tahunan Perangkaan Malaysia, 2007)
SULIT 5 [LIHAT SEBELAH
8. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,
sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi
kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat sarjana muda di institusi pengajian tinggi
awam bagi tempoh 2001-2005.

Selaras dengan keperluan untuk menambah bilangan profesional bagi menampung


perkembangan kegiatan industri dan ekonomi serta keperluan untuk meningkatkan
keupayaan penyelidikan dan pembangunan negara, maka bilangan pengambilan pelajar
bagi kursus-kursus sains dan teknik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
ditingkatkan dari tahun ke tahun, dan nisbah pengambilan pelajar antara aliran sains
dengan aliran sastera telah menjadi 60:40.

Pada tahun 2001, sebanyak 12 467 orang pelajar diambil untuk mengikuti
pelbagai kursus dalam aliran sains dan teknik. Daripada jumlah ini, 1 346 orang diambil
untuk kursus perubatan dan pergigian, 2 266 orang untuk kursus teknologi maklumat,
3 594 orang untuk kursus sains tulen, 2 618 orang untuk kursus kejuruteraan, manakala
yang selebihnya akan mengikuti kursus-kursus sains dan teknik yang lain.

Pengambilan pelajar bagi kursus perubatan dan pergigian semakin meningkat,


iaitu 1 744 orang pada tahun 2002, 1 846 orang pada tahun 2003, 2 053 orang pada tahun
2004 dan 2 461 orang pada tahun 2005. Pengambilan pelajar bagi kursus teknologi
maklumat tidak konsisten. Pengambilan pelajar pada tahun 2002 ialah sebanyak 3 625
orang sahaja, dan bilangan ini bertambah 162 orang lagi pada tahun 2003. Pengambilan
pelajar pada tahun 2004 telah menurun menjadi 3 299 orang dan bertambah menjadi
3 509 orang tahun 2005.

Pengambilan pelajar bagi kursus sains tulen banyak bertambah berbanding


dengan kursus-kursus yang lain dalam tempoh 2001 hingga 2005. Pada tahun 2002,
sebanyak 5 399 orang mengikuti kursus sains tulen. Bilangan ini bertambah kepada
5 810 orang pada tahun 2003, 6 730 orang pada tahun 2004, dan menurun kepada
6 541 orang pada tahun 2005.

Kursus kejuruteraan dan kursus-kursus sains dan teknik yang lain memperlihatkan
pertambahan bilangan pengambilan pelajar yang paling besar bagi tempoh 2001-2005.
Pada tahun 2002 dan 2003, pengambilan pelajar bagi kursus kejuruteraan meningkat
dengan banyak, iaitu masing-masing 4 641 orang dan 6 802 orang. Bilangan ini terus
meningkat kepada 7 781 orang pada tahun 2004 dan 8 228 orang pada tahun 2005.

Pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik yang lain pun
menunjukkan peningkatan yang besar juga, iaitu dari 3 726 orang pada tahun 2002, dan
3 878 orang pada tahun 2003 kepada 4 445 orang pada tahun 2004 dan 4 818 orang pada
tahun 2005. Kursus-kursus sains dan teknik yang lain ini meliputi sains gunaan,
perancangan bandar, farmasi, dan teknologi.

(Dipetik dan diubah suai daripada Laporan Tahunan 2006, Jabatan Pengurusan Sektor IPT)
SULIT 6 [LIHAT SEBELAH
Bahagian E
Jawab satu soalan sahaja daripada bahagian ini. [15m]

9 Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan pola jenis-jenis ternakan mengikut


negeri pada tahun 2006 dan nyatakan langkah-langkah yang efektif bagi meningkatkan
lagi jumlah pengeluaran hasil ternakan negara.

Malaysia: Jenis-Jenis Ternakan Mengikut Negeri Pada Tahun 2006

2006
BIL NEGERI KERBAU LEMBU KAMBING BEBIRI
BILANGAN (EKOR)
1 Perlis 65 5 634 5 239 3 024
2 Kedah 10 186 82 331 42 179 20 472
3 Pulau Pinang 479 15 246 8 221 587
4 Perak 17 376 51 327 29 249 2 951
5 Selangor 668 23 746 22 154 2 600
6 Negeri Sembilan 4 582 36 889 32 881 13 899
7 Melaka 5 153 27 887 23 690 7 368
8 Johor 3 205 103 276 31 493 8 545
9 Pahang 18 460 151 037 33 679 11 148
10 Terengganu 11 571 93 245 22 060 3 487
11 Kelantan 7 299 125 611 42 948 36 951
12 Wil. Persekutuan - 161 78 71
13 Sabah 44 144 45 802 30 280 1 824
14 Sarawak 9 150 12 210 9 811 1 824
Jumlah 132 338 774 402 333 926 116 697

(Dipetik dan diubahsuai daripada


Berita Harian, 13 April 2008)

SULIT 7 [LIHAT SEBELAH

10. Berdasarkan carta aliran di bawah, huraikan tentang faktor-faktor secara langsung
dan faktor-faktor secara tidak langsung yang mempengaruhi kedudukan sesuatu industri.
FAKTOR-FAKTOR PENENTUAN KEDUDUKAN
SESUATU INDUSTRI

DASAR KERAJAAN
Polisi
Insentif

BEKALAN PEMBINAAN DAN BEKALAN


TENAGA JENIS INDUSTRI BAHAN
MANUSIA MENTAH

- Kemahiran - Bekalan
- Kesesuaian - Harga
- Kos Gaji - Kesesuaian

PASARAN BAHAN API DAN


- Tempatan TENAGA
- Luar Negara Harga
- Saiz Pasaran Jenis
Kesesuaian dengan
industri

SULIT 8 (Kertas soalan ini tamat)

Skema Jawapan
Soalan 1. ( langkah-langkah membina modal insan)

1. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.

a) Meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti di semua peringkat.Lebih banyak peluang
pendidikan diperingkat prasekolah,pendidikan rendah dan menengah,serta peringkat tertiari yang
dilengkapkan dengan kemudahan yang lebih baik.Penambahbaikan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.Penekanan ICT.Pendidikan dan latihan guru ditekankan untuk melahirkan guru-guru
berkualiti.
b) Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan.Tapak semaian penting bagi memupuk
perpaduan negara.Kuriulum dan aktiviti kokurikulum perlu dikaji bagi menyediakan asas kukuh bagi
pembangunan.semua sekolah harus dijadikan sekolah bestari.
c) Meningkatkan tahap kemahiran tenikal dan vokasional.Membanyakkan institusi latihan
awam,menambah kursus lanjutan dalam bidang teknikal serta menggalakkan penyertaan sektor swasta
dalam latihan teknikal.
d) Melahirkan institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa.Kualiti ahli akademik perlu
dipertingkatkan merangkumi ketokohan,kepakaran dan komitmen.Membuat jalinan kerjasama dengan
institusi terkemuka antarabangsa.

2. Memperkukuh keupayaan R&D,Sains dan Inovasi.

Negara tidak mungkin menjadi maju tanpa kapasiti sains dan teknolgi yang ketara.Perbelanjaan bagi
aktiviti R&D perlu ditingkatkan.Penemuan R&D perlu dikomersialkan.sehubungan dengan itu,kerajaan
harus memperkenalkan Tabung Sains dan Tabung Tekno bagi mempermudah akses kepada sumber
kewangan.tumpuan harus diberi untuk melahirkan lebih ramai penyelidik,saintis dan jurutera.

3. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral

Tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.Pegangan


kepada nilai-nilai Universal yang luhur.Penglibatan dalam aktiviti budaya,kesenian dan warisan
menyumbang kepada pembangunan insan yang holistik,disamping membantu mengukuhkan perpaduan
negara.Kekuatan moral/agama dipupuk sejak dari kecil oleh ibu bapa dirumah, kemudian dikukuhkan lagi
oleh institusi pendidikan disekolah.

4. Memperkasa belia dan wanita.

Bakat kepimpinan mereka perlu diasuh dan diasah.Mereka harus dibawa bersama dalam usaha
pembangunan negara diperingkat perancangan,kepimpinan dan pelaksanaan.Wanita yang tidak bekerja
sepenuh masa,wanita yang membantu urus niaga keluarga,wanita yang memilih menjadi suri rumah spenuh
masa,mereka sebenarnya memberikan sumbangan besar dari sudut ekonomi dan sosial,dari aspek
pembangunan keluarga dan pembangunan insan.Kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak peluang
latihan,menggalakkan waktu kerja fleksibel.

5. Membina jati diri yang mantap

Contoh : PLKN, Rakan Muda

6. Peranan Sektor Swasta

7. Peranan Media Massa

8. Peranan ibu bapa


2. Pengiklanan
• Pengiklanan merupakan aktiviti melariskan barang menerusi pelbagai cara: media massa, elektronik
dan sebagainya.

• Pihak pengeluar dan agensi pengiklanan amat bergantung kepada iklan untuk memajukan
perniagaan mereka. Cara mengiklan semakin canggih dan melibatkan perbelanjaan yang besar.
Jenis Pengeksploitasian
1. Pengeksploitasian kaum wanita
• Wanita sebagai alat seks untuk melariskan barang ataupun perkhidmatan.
• Wanita yang berpakaian mendedahkan tubuh dan sebagainya dalam iklan minuman, barang
kosmetik dan pakaian.
2. Pengeksploitasian kanak-kanak
• Dalam iklan pembelian makanan remeh yang kurang berkhasiat, malahan mengandungi gula, garam
atau pewarna tiruan yang berlebihan.
• Ancaman terhadap kesihatan.
3. Iklan syarikat-syarikat rokok memancing populariti dengan mengaitkan pelbagai jenis tembakau
dengan kegiatan sukan dan hiburan (penajaan) program TV, pesta filem dan perlawanan bola sepak
• Jualan minuman alkohol dengan kejayaan, kesihatan dan perayaan.
• Kesan buruk terhadap kesihatan seperti ketagihan dan penyakit moden.
4. Dakwaan yang berlebihan atau menyeleweng seperti iklan-iklan tonik
kesihatan, vitamin, analgesik dan persediaan melangsingkan tubuh
5. Kos/harga yang menyelewengkan para pengguna
• Diskaun atau tawaran istimewa. Sebenarnya pengguna ditipu, malahan menanggung perbelanjaan
pengiklanan itu.
6. Eksplotasi agama dan pencemaran budaya

Kesimpulan
•Gejala pengeksploitasian semakin terjadi. Undang-undang dan garis panduan yang lebih ketat haruslah
dilaksanakan secara menyeluruh.
•Para pengguna perlu menyedari taktik psikologi dan gimik pengiklanan agar tidak tertipu.

3. Punca penyakit kronik

Definisi – sakit kuat/teruk (tidak berjangkit) Contoh : darah tinggi, jantung, asma, diabetes,

i. Genetik
ii. Amalan pemakanan – kolesterol tinggi
iii. Gaya hidup tidak sihat – merokok, minum, kurang bersenam (metabolisme)
iv. Pencemaran alam
v. Kurang jaga kebersihan diri
vi. Tekanan
4. Pencemaran / Perubahan iklim dunia mengancam kesihatan awam.

A. Impak negatif

BIL Idea/Isi Utama Huraian/Contoh


1 Menjejaskan sector pertanian Pengeluaran makanan dunia juga akan berkurangan.
Contoh : Dewasa ini dunia mengalami krisis beras.
Harga beras telah meningkat 10 hingga 20 %.
Hal ini membimbangkan khususnya golongan miskin
dan penduduk yang berada di zon perang.
Kekurangan makanan ketika ini telah menyebabkan
kematian hamper 3.5 juta setiap tahun.
2 Menyebabkan pencemaran air dan Contoh : banjir dan kemarau yang melanda
makanan menyebabkan penduduk tidak mempunyai pilihan
untuk memilih makanan dan air bersih.
Natijahnya penularan kepada penyakit berjangkit yang
lain seperti taun dan lain-lain.
3 Menyebabkan kematian Contoh : Gelombang panas dan sejuk yang melampau
boleh menyebabkan kematian khasnya kepada pesakit
jantung, respiratori dan warga emas.
Pada tahun 2003 Eropah telah mengalami satu
fenomena yang dipanggil sebagai gelombang haba
yang telah menyebabkan kematian.

B Langkah mengatasi

BIL Idea/Isi Utama Huraian/Contoh


1 Kerjasama seluruh warga dunia Warga dunia perlu memahami reality perubahan iklim
beserta puncanya.
Contoh : Menjalankan kempen kesedaran berhubung
pengurangan pelepasan gas rumah kaca.
Inisiatif ini tidak terhad kepada tindakan pencegahan
saja tetapi perlu diperluaskan mencakupi cara hidup
mesra alam dan lestari.
2 Meningkatkan tahap kecekapan Ini boleh dilakukan secara individu dengan
perkhidmatan air dan sanitasi memastikan premis kediaman dilengkapi dan
diselenggara dengan baik.
Begitu juga pada peringkat komuniti dan perbandaran.
3 Menyediakan rakyat dari segi kefahaman Supaya mereka bersedia menghadapi ketidaktentuan
dan amalan cuaca dan ekosistem.
Kerajaan di Negara masing-masing akan menyalurkan
maklumat yang berkenaan dengan perubahan cuaca
yang ekstrem dan melampau kepada penduduk.

5.a i. Fitnah boleh memberi impak yang negatif kepada generasi muda kerana mereka mudah mempercayai
fitnah tanpa menyelidikinya terlebih dahulu.
ii. - Kerajaan perlu mengenakan jumlah ganti rugi dan remidi yang tinggi untuk menyedarkan
masyarakat.
- Pihak berwajib perlu membuat tapisan bagi mengelakkan sesetengah individu melakukan aktiviti
tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai
- Mewujudkan pakar analisis/forensik komputer
5.b i. Pasar Tani Mega adalah satu medan untuk memasarkan hasil pertanian dalam kuantiti yang lebih
besar oleh pengeluar atau petani agar mereka dapat menjadi usahawan kelas pertengahan atau sederhana.

i. Langkah-langkahnya:-
 Memberikan latihan berterusan berkaitan dengan pengurusan perniagaan.
 Membantu usahawan tani mendapatkan pasaran di luar negara.
 Memastikan produk yang dihasilkan menepati piawaian antarabangsa.
 Membimbing usahawan agar menghasilkan produk yang menepati cita rasa antarabangsa.

6.(a) i. Malapetaka yang melanda – gempa bumi, tsunami dan banjir besar.
ii. Teknologi satelit dan ICT
Alat pengesanan canggih (boya) – kaji sebarang perubahan
Sistem amaran bencana dan kecemasan

6.b
i)...bidang sains berkaitan pembinaan dan manipulasi sesuatu pada skala nano(10-9).
ii)...elektronik.Penghasilan barangan yang lebih kecil seperti kamera,komputer,telefon.Teknologi nano
dapat mengecilkan banyak bahan dan komponen. Hari ini kamera menjadi lebih kecil seperti butang baju.
... internet.Penghantaran data melalui internet menjadi lebih cepat.
...perubatan-menghasilkan molekul-molekul biosensor,bahan bio dan mencipta cip bio bagi merawat
penyakit kronik seperti kanser dan serangan jantung..Dalam kejuruteraan biologi,suatu peranti mirip tisu
badan direka khusus untuk diimplan ke dalam badan manusia yang akan menghatar ubat atau merawat sel-
sel badan yang mengalami jangkitan.
...pengangkutan-Nanoteknologi boleh menghasilkan sejenis bahan yang berketahanan tinggi dan ringan
direka dengan konsep nanoteknolgi dalam pembuatan badan keretr bagi membolehkannya dipandu lebih
jauh menggunakan sumber bahan bakar yang minimum..
...alam sekitar-mengetahui dengan lebih mendalam proses pemisahan yang berlaku di sklala nano iaitu
kebanyakan molekul-molekul adalah bersaiz nano sama ada yang mencemar alam sekitar seperti ion dan
sebatian toksid.
...kosmetik-boleh menghasilkan krim penjagaan kulit dan losen.
...tekstil boleh berubah sifat mengikut perubahan cuaca dengan menghangatkan si pemakai apabila cuaca
sejuk dan mendinginkan pemakai apabila musim panas.

Soalan7: Carta pai bandingan


Malaysia : Perbandingan Peruntukan Mengurus Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun 2005 Dan Anggaran
Tahun 2007.
Tahun 2005 Anggaran 2007
RM juta Peratus Sudut RM juta Peratus Sudut
Sektor
Emolumen 25 587 26.18 94.25 25 815 22.85 82.26
Pencen dan ganjaran 6 809 6.97 25.1 7049 6.24 22.46
Bayaran Khidmat Hutang 11 604 11.87 42.73 13 127 11.62 41.83
Pemberian dan serahan 2614 2.67 9.61 3 645 3.23 11.62
kepada kerajaan negeri
Bekalan dan perkhidmatan 17 984 18.4 66.24 23 147 20.49 73.75
Subsidi 13 387 13.7 49.32 11 908 10.54 37.94
Perbelanjaan lain 19759 20.21 72.75 28 295 25.04 90.14
Jumlah 97 744 100 360 112 986 100 360
(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan 2007, Jabatan Perangkaan Malayisa)
Nisbah Jejari ! : 1.08

Soalan 8

Graf yang sesuai ialah graf garis komponen.

Malaysia: Jumlah Pengambilan Pelajar Bagi Kursus-Kursus Sains Dan Teknik Pada Peringkat Sajana Muda
Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Bagi Tempoh Tahun 2001 hingga 2005.

Tahun 2001 2002 2003 2004 2005


Kursus (orang) (orang) (orang) (orang) (orang)

Perubatan 1346 3090 4936 6989 9450


&Pergigian
Teknologi 2266 3625 3787 3299 3509
Maklumat
Sains Tulen 3594 5399 5810 6730 6541

Kejuruteraan 2618 4641 6802 7781 8228

Lain-Lain 2643 3726 3878 4445 4818

JUMLAH 12467 20481 25213 29244 32546

Sumber ( Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Tahunan 2006,Jabatan Pengurusan Sektor IPT)
* Tambah sendiri nilai tokok

Soalan 9

Jadual tersebut menunjukkan jenis-jenis ternakan yang terdapat di Malaysia pada tahun 2006.
terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran ternakan
ternakan bagi Negara kita.

Isi Huraian
A. Pola secara menegak (mengikut negeri)
i. Jumlah keseluruhan ternakan yang paling tinggi
mengikut negeri Negeri Pahang meupakan negeri yang mempunyai
jumlah ternakan yang paling tinggi iaitu sebanyak
214 324 ekor.
Peratusan : 15.8%
ii. Jumlah keseluruhan ternakan yang paling
rendah mengikut negeri. Wilayah Persekutuan merupakan kawasan yang
mencatatkan jumlah yang paling rendah junmlah
ternakan yang terdapat di Malaysia iaitu sebanyak
310 ekor.
Peratusan : 0.023%

iii. Ternakan kerbau yang paling Paling besar (Sabah/44 144 ekor) dan paling
besar dan rendah rendah (Perlis/65 ekor).Tetapi tiada ternakan
kerbau dicatatkan bagi Wilayah Pesekutuan.

iv. Ternakan lembu yang paling tinggi dan rendah

v. Ternakan kambing yang paling tinggi dan


rendah

vi. Ternakan bebiri yang palng tinggi dan rendah


B. Pola mendatar (mengikut ternakan)
i. Jumlah keseluruhan yang paling tinggi. Lembu merupakan ternakan yang paling banyak
diternak di Malaysia pada tahun 2006 iaitu 774
402 ekor.
Peratusan : 57.05%
Pahang merupakan penyumbang utama dengan
jumlah ternakan sebanyak 151 037 ekor atau
19.5%.

ii. Jumlah keseluruhan yang paling rendah Bebiri merupakan ternakan yang sedikit diternak
di Malaysia pada tahu 2006 iaitu 116 697 ekor.
Peratusan : 8.59%
Kelantan merupakan penyumbang utama dengan
jumlah ternakan sebanyak 36 951 ekor atau
31.7%
C.Langkah-langkah efektif bagi meningkatkan
hasil ternakan Negara

i. Aktiviti Penyelidikan dan


Pembangunan (R&D) mesti
dilakukan dengan kerap bagi
mendapatkan baka yang berkualiti.
ii. Subsisi baka, pemakanan dan
peralatan untuk menjalankan aktiviti
penternakan.
iii. Kempen kesedaran agar masyarakat
sedar bahawa haiwan ternakan boleh
mendatangkan pulanan yang
lumayan.

Kesimpulan
Semua pihak hendakalah menggembleng tenaga bagi memastikan bekalan makanan dalam Negara
mencukupi sekaligus dapat diimpor ke Negara lain.

Kobinasi jawapan : 1A+1B+2C

10. Pendahuluan

Carta aliran tersebut menunjukkan faktor-faktor penentuan kedudukan sesuatu industri.

Faktor-faktor yang secara langsung mempengaruhi kedudukan sesuatu industri.


(Mana-mana 2 sahaja)
Bil Idea Huraian
Lokasi industri biasanya terdapat di kawasan yang mempunyai tenaga buruh
1. Bekalan tenaga yang mencukupi. Pekerja juga harus mengendalikan peralatan dan teknologi.
manusia Para pelabur lazimnya akan mengambil kira keadaan tenaga buruh dan
kecekapan pengurusan sebelum memastikan lokasi tapak perindustrian
mereka. Sebagai contohnya, kilang PROTON didirikan di Shah Alam kerana
terdapat pekerja yang mahir dan terlatih.
Bahan mentah boleh diperolehi daripada luar negara atau domestik. Bahan
2. Bekalan Bahan mentah merupakan input penting kepada industri. Sebagai contoh,industri
Mentah membuat sarung tangan berkembang maju kerana getah merupakan antara
hasil utama negara.
Kerajaan akan menentukan lokasi sesuatu industri. Kerajaan menyediakan
3. Dasar Kerajaan pelbagai insentif dan galakan untuk menarik minat pelabur. Kerajaan biasanya
hanya mengusahakan industri yang tidak mampu diusahakan oleh pihak
swasta. Sebagai contohnya ialah industri besi dan keluli di Kemaman,
Terengganu.

Faktor-faktor yang secara tidak langsung mempengaruhi kedudukan sesuatu industri.

Bil Idea Huraian


Sesuatu industri memerlukan bahan dan tenaga yang banyak. Bahan api dan
5. Bekalan bahan tenaga ini menjadi nadi penggerak industri. Jentera dan mesin-mesin
api dan tenaga pengeluaran tidak dapat beroperasi tanpa kedua-dua sumber ini. Sebagai
contohnya, industri berat seperti besi dan keluli di tempatkan di Kemaman,
Terengganu kerana industri ini memerlukan tenaga yang banyak.

6. Pasaran Faktor pasaran terdiri daripada pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.
Nilai mata wang mempengaruhi harga barang dan pasaran. Sebagai contohnya,
nilai mata wang Singapura yang lebih tinggi daripada mata wang Malaysia
menyebabkan harga barangan buatan atau keluaran di Singapura lebih tinggi
jika dibandingkan dengan barangan buatan Malaysia.

Penutup
Semua faktor yang dihuraikan itu saling mempengaruhi para pelabur yang akan membuat keputusan bagi
mendirikan kilang-kilang perindustrian. Faktor-faktor ini juga akan menentukan jenis dan tempoh industri
itu berkembang.

Skema Jawapan
Soalan 1. ( langkah-langkah membina modal insan)

5. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.

a) Meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti di semua peringkat.Lebih banyak peluang
pendidikan diperingkat prasekolah,pendidikan rendah dan menengah,serta peringkat tertiari yang
dilengkapkan dengan kemudahan yang lebih baik.Penambahbaikan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.Penekanan ICT.Pendidikan dan latihan guru ditekankan untuk melahirkan guru-guru
berkualiti.
b) Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan.Tapak semaian penting bagi memupuk
perpaduan negara.Kuriulum dan aktiviti kokurikulum perlu dikaji bagi menyediakan asas kukuh bagi
pembangunan.semua sekolah harus dijadikan sekolah bestari.
c) Meningkatkan tahap kemahiran tenikal dan vokasional.Membanyakkan institusi latihan
awam,menambah kursus lanjutan dalam bidang teknikal serta menggalakkan penyertaan sektor swasta
dalam latihan teknikal.
d) Melahirkan institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa.Kualiti ahli akademik perlu
dipertingkatkan merangkumi ketokohan,kepakaran dan komitmen.Membuat jalinan kerjasama dengan
institusi terkemuka antarabangsa.

6. Memperkukuh keupayaan R&D,Sains dan Inovasi.

Negara tidak mungkin menjadi maju tanpa kapasiti sains dan teknolgi yang ketara.Perbelanjaan bagi
aktiviti R&D perlu ditingkatkan.Penemuan R&D perlu dikomersialkan.sehubungan dengan itu,kerajaan
harus memperkenalkan Tabung Sains dan Tabung Tekno bagi mempermudah akses kepada sumber
kewangan.tumpuan harus diberi untuk melahirkan lebih ramai penyelidik,saintis dan jurutera.

7. Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral

Tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.Pegangan


kepada nilai-nilai Universal yang luhur.Penglibatan dalam aktiviti budaya,kesenian dan warisan
menyumbang kepada pembangunan insan yang holistik,disamping membantu mengukuhkan perpaduan
negara.Kekuatan moral/agama dipupuk sejak dari kecil oleh ibu bapa dirumah, kemudian dikukuhkan lagi
oleh institusi pendidikan disekolah.

8. Memperkasa belia dan wanita.

Bakat kepimpinan mereka perlu diasuh dan diasah.Mereka harus dibawa bersama dalam usaha
pembangunan negara diperingkat perancangan,kepimpinan dan pelaksanaan.Wanita yang tidak bekerja
sepenuh masa,wanita yang membantu urus niaga keluarga,wanita yang memilih menjadi suri rumah spenuh
masa,mereka sebenarnya memberikan sumbangan besar dari sudut ekonomi dan sosial,dari aspek
pembangunan keluarga dan pembangunan insan.Kerajaan haruslah menyediakan lebih banyak peluang
latihan,menggalakkan waktu kerja fleksibel.

5. Membina jati diri yang mantap

Contoh : PLKN, Rakan Muda

6. Peranan Sektor Swasta

7. Peranan Media Massa

8. Peranan ibu bapa


2. Peranan PIBG

i. jalin hubungan baik pihak sekolah dan pihak ibu bapa


ii. Beri sokongan dan kerjasama pihak sekolah laksana projek / program
iii. Memupuk persefahaman dan silaturahim –gotong royong
iv. Bantu pihak sekolah elesai masalah – disiplin, akademik, ko-ku

Masalah
i. Kurang dana, kegiatan terhad
ii. Kurang sokongan masyarakat – anggap sekolah bertanggung jawab
sepenuhnya
iii. Pihak pentadbir atau guru kurang beri perhatian – sibuk (Akademik)

3. Perubatan Komplimentari

Pendahuluan

Complimentary – bermaksud saling melengkapi. Perubatan ini merujuk kepada gabungan perubatan
tradisional dengan kaedah perubatan moden.

Isi :
i. Tiada / kurang kesan sampingan
– kebanyakan perbatan ini menggunakan herba
- perubatan moden guna bahan kimia sebagai ubatan yang boleh memberi kesan sampingan
Con : spirulina, tongkat ali (eurycoma longifolia), kacip fatimah (labicia spp)
ii. Lebih murah / berpatutan – berbanding kaedah moden yang memerlukan pembedahan/ peralatan canggih
Con : akupunktur dan homoepati rawat penyakit saraf, strok, resdung, sakit buah pinggang
iii. Mujarab / berkesan
- khasiat tinggi, dipercayai baik untuk kesihatan
Con : ginseng, spiruluna

Langkah memartabat :
1. Komersilkan / promosi meluas
- iklan di media massa / internet
2. Paten / daftar niagakan – hak cipta perlu ada agar dapat pengesahan (SIRIM)
3. Kajian penyelidikan & dapat pengiktirafan kementerian kesihatan
- bentuk kapsul, cecair / pil

4. Tenaga Suria
Kelebihan :
i. Mesra alam – tidak membebaskan bahan tercemar spt CO2...
ii. Boleh diperbaharui – tidak habis selagi matahari ada, plat suria, pengumpul suria/cermin
iii. Kos yang rendah – jangka panjang utk penjanaan tenaga elektrik (sel fotovoltan)

Kekurangan

i. Kurang menyeluruh/efektif – negara bercuaca panas


ii. Teknologi canggih diperlukan – pembuatan kereta suria
iii. Kurang pulangan/menguntungkan – penukaran tenaga kurang (1m2 – satu mentol)