You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2011

HBML4403 KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

640725106482002 640725-10-6482 0193702239 hirma@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

: PP BANGI

1.0 Pengenalan Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Pengucapan awam pula merujuk kepada ucapan yang disampaikan kepada sekumpulan pendengar dalam situasi terancang melibatkan tempat, masa, isu atau topik yang hendak disampaikan kepada sekumpulan penerima. Abdul Mua’ti Ahmad , (1994) dalam bukunya Panduan Pengucapan Awam menyatakan bahawa pengucapan umum menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal. Ini bermakna, setiap pengucapan awam yang disampaikan oleh perucap melibatkan lontaran suara serta peyampaian yang melibatkan pergerakan yang sesuai untuk menyampaikan mesej kepada penerima. Beliau juga menegaskan bahawa pengucapan awam biasanya melalui empat proses utama iaitu perucap, bahan ucapan, audien dan situasi persembahan. Menurut Maimunah Haji Omar pula pengucapan awam merupakan satu proses penghantaran perutusan dan penerimaan maklumat oleh manusia. Proses pengucapan awam biasanya dilakukan untuk menjayakan majlis-majlis khas, menyampaikan maklumat, bertukartukar pendapat, tujuan promosi, hiburan, menjalin perhubungan, membuat keputusan, bertindakbalas dengan tepat dan sebagainya. 2.0 Elemen-elemen Pengucapan Awam Sekiranya seseorang itu ingin menyampaikan sesuatu isu atau topik dalam sesi pengucapan wam, beliau perlu mengetahui dan memahami elemen-elemen yang perlu dikuasai untuk menyampaikan pengucapan yang baik kepada penerima.Elemen utama pengucapan awam ialah perucap, hadirin, topik, tatacara penyampaian, dan bahasa. Elemen utama ini disokong oleh elemen-elemen sampingan seperti kemahiran

2

perucap , persediaan perucap, penampilan diri, alat pandang dengar serta kebolehan berucap dengan yakin. 2.1 Perucap Perucap ialah insan yang ditugaskan untuk menyampaikan ucapan. Seseorang yang menyampaikan ucapan atau perucap perlu memiliki kredibiliti, karisma dan imej. Seseorang perucap yang baik perlu mempunyai kebolehpercayaan terhadap isu yang disampaikan. Perucap perlu berupaya mempertahankan perkara yang dipercayai mengenai topik yang disampaikan. Perucap juga perlu mempunyai pengetahuan dan kepakaran mendalam terhadap perkara yang hendak diperkatakan. Ini bermaksud perucap perlu mempunyai kemahiran terhadap bidang yang ingin disampaikan kepada hadirin. Sikap dinamik sangat penting kepada seseorang perucap. Perucap yang dinamik akan sentiasa aktif, bertenaga serta sentiasa menunjukkan kesungguhan dan minat terhadap perkara yang disampaikan. Sebaliknya, seseorang yang tidak dinamik akan menyebabkan segala mesej yang disampaikan ibarat hujan jatuh ke pasir. Selain daripada itu perucap yang baik juga merupakan seorang yang sentiasa ramah, jujur dan ikhlas kepada khalayak yang dihadapinya. Di samping itu, perucap juga perlu mengambil berat penjagaan imej sewaktu menympaikan ucapan. Perucap perlu mengekalkan, menjaga dan memperbaiki imej dengan memperkenalkan diri kepada hadirin untuk meningkatkan kesan kepercayaan hadirin kepada perucap. Perucap juga boleh meminta orang lain untuk memperkenalkan diri perucap. Pengenalan diri perlu dibuat secara sederhana. Perucap juga perlu sentiasa kemas dan berperwatakan menarik sesuai dengan tugasnya sebagai orang yang menyampaikan sesuatu untuk didengari. mesej

3

Seseorang perucap yang baik perlu bersedia menyampaikan topik dengan tenang, bersungguh-sungguh serta berkeyakinan. Sekiranya perucap menyampaikan ucapannya dalam keadaan muram, pasif dan sambil lewa, pendengar juga tidak akan menumpukan perhatian terhadap topik yang hendak disampaikan. Hal tersebut akan menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak memcapai sasaran. Seseorang perucap perlu pengucapan awam yang mempunyai pengetahuan mengenai berkesan secara teori dan beupaya

mengaplikasikannya secara praktikal. Selain itu, kebolehan memahami kontaks ucapan dan berfikiran kritikal mampu membantu seseorang perucap malaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya. 2.2 Audien Audien atau hadirin merupakan kumpulan manusia yang akan mendengar dan menerima mesej yang hendak disampaikan oleh perucap. Perucap perlu mempunyai pengetahuan tentang hadirin supaya penglibatan hadirin dalam topik yang hendak disampaikan mencapai matlamat. Seseorang perucap perlu menganalisis hadirin yang akan dihadapinya supaya mesej dan gaya bahasa yang disampaikan menepati kehendak pengucapan awam. Analisis hadirin juga boleh memberi gambaran umum mengenai sikap hadirin terhadap idea dan diri perucap. Hal ini penting untuk mengekalkan tumpuan audien terhadap sesi pengucapan yang sedang dilaksanakan. Antara ciri-ciri demografi hadirin yang perlu diketahui oleh perucap ialah umur,jantina, pendidikan, pekerjaan, status politik,latar tempat,kepercayaan dan asal usul. Perkara-perkara tersebut dapat membantu perucap menggambarkan hadirin yang akan dihadapinya. Contohnya sekiranya perucap akan menyampaikan topik kepada hadirin yang terdiri daripada kalangan pendidik perucap perlu memilih 4

topik yang mengandungi idea dan laras bahasa yang sesuai dengan dunia pendidikan . Sekiranya perucap menyampaikan idea yang lain seperti topik yang berkaitan dengan kewangan pasti audien tidak dapat memahami mesej keseluruhannya. Di samping itu.perucap juga dapat menjangkakan tindakbalas audien terhadap gagasan yang dikemuakakan berkaitan topik yang akan disampaikan Berdasarkan pengetahuan terhadap ciri-ciri khalayak yang akan ditemui oleh perucap itu, maka perucap akan dapat menyediakan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang dijangka daripada audien. Jangkaan ini termasuklah tindakbalas positif atau gangguan yang mungkin dihadapi.

2.3 Kemahiran Pengucapan Awam Sekiranya seseorang itu dikehendaki menyampaikan ucapan kepada khalayak ramai, beliau bukan sahaja perlu boleh menyampaikan bahan yang hendak diucapkan. Perkara yang sangat penting juga dianalisis ialah bentuk dan tujuan pengucapan awam itu diadakan.. Seseorang perucap harus mengetahui bentuk pengucapan yang akan disampaikan. Bentuk-bentuk tersebut mungkin untuk menyampaikan penerangan, mengajar, mendidik atau memberi maklumat seperti menyampaikan kuliah kepada pelajar atau membimbing murid-murid sekolah. Selain itu terdapat juga pengucapan yang bertujuan untuk memujuk atau mempengaruhi seperti pengucapan untuk promosi produk yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat. Dalam situasi yang lain perucap juga mungkin diminta menyampaikan ucapan yang mengandungi mesej untuk memberi hiburan atau untuk suasana yang santai. Pengucapan berbentuk hiburan pasti berbeza daripada pengucapan yang berbentuk 5

syarahan sama ada dari segi isi kandungan atau penyampaian pengucapan tersebut. Secara ringkasnya, kemahiran menguasai bentuk dan tujuan pengucapan sangat penting supaya perucap boleh memilih topik serta menyampaikan ucapan dengan berkesan yang akhirnya matlamat pengucapan itu berhasil. Keupayaan perucap adalah faktor utama seperti pendapat Hildebrandt dan Stevens yang menyatakan keupayaan penceramah lebih penting berbanding dengan jenis ucapan yang akan disampaikan. 2.4 Topik/tajuk Pemilihan topik atau tajuk juga merupakan perkara yang perlu

difikirkan sekiranya kita diarahkan menyampaikan pengucapan awam.Perucap perlu bijak memilih topik yang sesuai disampaikan. Sekiranya kita dikehendaki membuat pengucapan awam dan telah diberikan topik, maka langkah awal menjadi lebih mudah berbanding kepada perucap yang tidak diberikan topik. Sebelum memilih tajuk, seharusnya seseorang itu melakukan kajian tentang golongan pendengar yang akan menerima persembahan pengucapan awam tersebut. Kajian meliputi latar belakang hadirin, umur, dalam pendidikan pengucapan dan isu-isu yang berkaitan.Kajian akan tersebut akan memudahkan pemilihan tajuk dan pendekatan yang sesuai digunakan awam dilaksanakan.Contohnya seandainya hadirin adalah dari kalangan pelajar sekolah menengah, maka tajuk dan pendekatan perlulah sesuai dengan peringkat umur tersebut. Tajuk yang dipilih juga perlulah mudah difahami seperti berkaitan cara menjadi pelajar cemerlang, budaya belajar dan sebagainya. Selain itu kita juga boleh memilih tajuk yang hampir dengan diri kita seperti seorang pegawai perubatan , lebih baik memilih tajuk yang hampir 6

dengan bidang perubatan kerana seorang perucap perlu lebih tahu tentang skop tajuk berbanding dengan hadirin.Justeru, isi kandungan pengucapan awam akan dikongsi bersama untuk menjana idea yang dapat dimanfaatkan bersama. Hal ini sesuai dengan pendapat Edwood Murray yang menyatakan bahawa ucapan adalah satu aktiviti pelarasan sosial yang mencerminkan personaliti dan juga merupakan teknik mengubah perlakuan manusia secara psikologikal dan sosiologikal melalui penggunaan tubuh badan, suara, pemikiran dan bahasa. Setelah memilih tajuk yang akan disampaikan, kita perlu menyediakan teks isi pengucapan awam. Idea-idea perlu disusun untuk membantu perucap mengembangkan idea dan menyampaikannya dalam masa yang ditetapkan. Penyusunan idea juga akan membantu perucap menganalisis maklumat yang disampaikan dan membantu hadirin memahami konsep-konsep utama topik yang disampaikan. 2.5 Bahan Sokongan Sekiranya seseorang perucap ingin menyampaikan ucapan dengan lebih berkesan dan menarik, beliau perlu menyediakan alat bantuan sokongan. Bahan sokongan ialah alat yang digunakan sebagai bukti untuk mengukuhkan hujah perucap serta memperjelas idea. Bahan sokongan atau alat bantuan juga berupaya memberikan impak yang besar kerana terdapat audien yang bergantung kepada penglihatan untuk memahamai sesuatu seperti audien yang tidak dapat mendengar tetapi boleh memandang. Begitu juga dengan audien yang bergantung kepada pendengaran untuk memahami sesuatu seperti orang-orang buta, sudah pasti bahan sokongan yang mengeluarkan bunyi membantu memahami sesuatu mesej yang disampaikan. Selain itu terdapat juga audien yang bergantung kepada pergerakan atau sentuhan untk

7

memahami sesuatu. Hal ini menunjukkan bahawa bahan sokongan atau alat pandang dengar dapat membantu sesuatu pengucapan awam. Bahan-bahan sokongan ini boleh dalam bentuk alat pandang dengar. Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan oleh seseorang perucap ialah gambar-gambar foto dan lukisan, filem, lagu dan muzik , pita video, carta dan gambar rajah, model dan lain-lain yang difikirkan membantu proses pengucapan yang dilaksanakan. Seseorang perucap harus memilih bahan sokongan yang sesuai dan dapat digunakan secara maksimum tanpa mengganggu isi utama topik yang hendak disampaikan. Bahan sokongan ini ibarat perhiasan yang akan membantu mengindahkan sesebuah pengucapan awam sekiranya perucap memahami penggunaannya. Bahan sokongan juga dapat menjimatkan masa, memperjelas perkara-perkara kompleks dan meningkatkan minat pendengar untuk mengikuti pengucapan awam dari awal hingga ke akhir. 2.6 Bahasa Secara umumnya, bahasa merupakan alat yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej sama ada dalam bentuk konsep, teori atau idea yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, berbincang, mengajar, mempengaruhi dan sebagainya. Ini selaras dengan pendapat Borcherse Wise yang menyatakan ucapan dalah kod isyarat yang diungkapkan melalui gerakan otot dan tisu yang menerbitkan suara dan simbol-simbol yang nampak melalui gerakan otot-otot dan tisu lain tubuh badan. Kod-kod ini digunakan untuk berkomunikasi. Gaya bahasa yang disyorkan untuk pengucapan awam ialah bahasa yang jelas, tepat dan konkrit. Bahasa yang jelas mudah difahami oleh hadirin. Seseorang perucap perlu berwaspada ketika menggunakan perkataan yang mempunyai makna berlapis dan mempunyai unsur

8

konotasi. Ini untuk mengelakkan kekeliruan penerima mesej atau topik yang dibicarakan. Bahasa yang digunakan semasa menyampaikan pengucapan awam perlulah sesuai dengan latar audien seperti umur, pendidikan dan pekerjaan audien. Bahasa yang menarik juga dapat menarik perhatian dan tindak balas yang baik daripada audien. Perucap boleh memasukkan elemen-elemen bahasa sastera seperti pantun dan gurindam untuk mempelbagaikan corak bahasa yang dirasakan berupaya menarik audien untuk menerima dan memahami isu atau topik yang dipilih. Keupayaan perucap melontarkan bahasa-bahasa yang puitis dan indah serta menyentuh perasaan akan menyebabkan penyampaian perucap akan diingati oleh audien. 2.7 Persediaan Setelah memilih tajuk yang akan disampaikan, kita perlu menyediakan teks isi pengucapan awam. Idea-idea perlu disusun untuk membantu perucap mengembangkan idea dan menyampaikannya dalam masa yang ditetapkan. Perucap perlu merangka tajuk dengan teliti untuk mendapal hasil yang memuaskan. Penyusunan idea juga akan membantu perucap menganalisis maklumat yang disampaikan dan membantu hadirin memahami konsep-konsep utama topik yang disampaikan. Antara langkah yang perlu diambil semasa menyusun idea ialah perucap harus mengenal pasti subjek yang hendak disampaikan. Langkah tersebut akan membentuk pemahaman yang lebih mantap mengenai isi utama dan isi sampingan yang perlu ada dalam setiap idea. Setelah idea dan hujah-hujah disusun merangkumi idea utama dan idea sokongan, perucap perlu menulis teks mengenai bahan pengucapan awam yang telah dipilih dan disusun itu. Penulisan teks atau skrip ucapan bertujuan untuk mengelakkan perucap terlupa atau kehilangan 9

idea semasa menyampaikan pengucapan. Melatih diri berucap di hadapan cermin atau di hadapan rakan dengan membaca skrip yang ditulis juga merupakan cara untuk membiasakan diri dengan situasi yang bakal dihadapi. Seseorang perucap harus menghafal skrip atau teks yang telah ditulis untuk mempertingkat keyakinan semasa menyampaikan ucapan. Sekiranya tidak dapat menghafal seseorang perucap boleh menyediakan kad-kad kecil yang mengandungi susunan idea yang hendak disampaikan untuk mengelakkan penggunaan skrip yang sangat ketara semasa menyampaikan ucapan. Perucap perlu menanamkan keyakinan diri sebelum bertemu audien yang akan diberikan ucapan. Seseorang perucap juga harus datang lebih awal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pengucapan awam berlangsung. Pastikan persiapan dan penampilan yang rapi dan sesuai supaya tidak kelihatan kelam kabut. Berdoa sentiasa agar diberi ketenangan semasa menyampaikan pengucapan awam. Perucap juga perlu hadir lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan tempat dan lokasi pengucapan dijalankan. Sekurang-kurangnya penyesuaian ini akan membantu menanamkan keyakinan dan menghilangkan kegugupan semasa menyampaikan pengucapan. Perucap juga digalakkan mendekati hadirin dan berbual dengan menreka sebelum memulakan sesi pengucapan. Jalinkan hubungan mata dengan khalayak yang mesra dan lemparkan senyuman atau mengangguk untuk mengelakkan tekanan apabila melihat wajah yang serius. Persediaan mental dan fizikal yang baik perlu sentiasa diamalkan oleh seseorang perucap supaya untuk mewujudkan komunikasi yang baik di antara perucap dan audien.

10

2.8 Penyampaian Elemen penyampaian merupakan intipati utama kepada proses pengucapan awam. Proses penyampaian merangkumi aspek lisan dan bukan lisan semasa perucap menyampaikan pengucapan awam. Aspek lisan yang perlu dikuasai oleh perucap ialah kawalan suara dan intonasi semasa membuat persembahan. Perucap perlu bijak menyampaikan kata-kata pendahuluan untuk memberi gambaran awal kepada audien. Perucap boleh memulakan dengan memetik kata-kata hikmat, kata pujangga atau petikan ayat al-Quran sebagai mukaddimah yang mantap. Selepas itu barulah diikuti dengan isi utama dan penutup. Beri penekanan kepada isi yang ingin disampaikan. Intonasi perlu pelbagai dan tidak mendatar. Perucap yang kreatif akan menyelitkan unsur-unsur humor dan hiburan dalam penyampaian untuk mengelakkan audien menjadi bosan. Penyampaian tidak perlu terlalu laju atau terlalu laju atau terlalu lambat. Hal ini perlu bagi mengekalkan minat audien terhadap penyampaian perucap. Selain daripada itu, aspek bukan lisan atau pergerakan badan juga memainkan peranan dalam penyampaian. Pergerakan badan ialah tingkah laku fizikal yang ditunjukkan oleh perucap agar tidak mengganggu penyampaian seperti memasukkan tangan ke dalam poket, bersandar pada dinding dan menggaru kepala. Mehribian dari University Los Angeles mendapati bahawa dalam komunikasi biasa elemen non-verbal memberi makna yang lebih tinggi kepada penerima iaitu sebanyk 93% berbanding dengan elemen verbal. Penggunaan hubungan mata antara perucap dan audien juga boleh mengekalkan minat audien. Kebijaksanaan menggunakan masa memantapkan penyampaian. dan ruang yang diperuntukkan

11

2.9 Penampilan Diri Penampilan diri merupakan aspek yang akan memberi gambaran awal terhadap perucap oleh audien.Perucap yang baik juga merupakan seorang yang sentiasa ramah, jujur dan ikhlas kepada khalayak yang dihadapinya. Penampilan diri melibatkan sifat fisiologi iaitu bentuk fizikal perucap seperti bentuk tarikan keseluruhan, kebersihan diri, badan, rambut serta warna kulit. Perucap perlu memastikan pemaparan yang sesuai, kemas, bersih dan menarik. Akesempurnaan aspek ini boleh meningkatkan keyakinan perucap dan audien. Perucap perlu memperkenalkan diri secara sederhana semasa memulakan ucapan. Perucap juga boleh meminta orang lain untuk memperkenalkan diri perucap. Pengenalan diri perlu dibuat secara sederhana. Pengenalan diri perlu utuk menarik perhatian audien.Ketenangan juga sangat penting sewaktu menyampaikan ucapan. Perucap perlu mengawal kegugupan dengan bersikap yakin , sentiasa positif dan menenangkan diri bagi mengawal suasana pengucapan. Audien memerlukan perucap yang sentiasa bersungguh-sungguh, mengambil berat audien serta sentiasa memberi tindakbalas yang baik terhadap audien. 2.10 Berucap Dengan Yakin Seseorang perucap perlu mampu menyampaikan ucapan dengan yakin walaupun timbul pelbagai gangguan semasa menyampaikan ucapan. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk melahirkan pengucapan yang meyakinkan sama ada audien atau perucap sendiri ialah persediaan mental dan fizikal. Sebelum berucap, pastikan tubuh badan sihat dan mental berada dalam keadaan positif. Perucap perlu menganggap khalayak sebagai rakan dan

12

mengelakkan kerisauan mengenai suasana audien. Selain itu fokuskan pada ucapan dan bukan pada kelemahan untk memotivasikan diri. Berucap dengan fikiran dan emosi yang positif akan memastikan audien turut merasakan fikiran mereka juga positif dan yakin dengan topik yang disampaikan. Perucap perlu yakinkan diri bahawa audien hanya ingin mendengar pengucapan yang baik dan meyakinkan. Untuk mengurangkan kegugupan, elakkan daripada memegang kertas kerana jika gementar audien akan dapat melihatnya. Perucap perlu selalu melatih diri menyampaikan ucapan dan merasakan kehebatan diri yang dimiliki. Yakinkan bahawa perucap istimewa kerana mempunyai peluang untuk menyampaikan ucapan. Seseorang perucap membina keyakinan diri melalui pengalaman mendengar ucapan tokoh-tokoh atau informasi yang baik. Langkah ini bukan sahaja dapat membantu menjana idea malahan dapat memahami langkah penyampaian supaya lebih yakin. Alat pandang dengar dapat membantu perucap menyampaikan pengucapan dengan lebih yakin. Ajukan soalan kepada audien juga dapat membantu meredakan ketegangan dan mengembalikan semula keyakinan perucap. Langkah yang paling penting untuk memantapkan keyakinan perucap ialah selalu berdoa agar diberi ketenangan dn kemudahan semasa berucap. 3.0 Kesimpulan Seseorang yang sudah biasa berucap di atas pentas umum tidak semestinya tiada perasaan gementar dalam semua keadaan. Ada kalanya orang yang sudah biasa berucap di khalayak ramai juga boleh menjadi resah gelisah kerana tidak bersedia. Orang yang tidak bersedia sudah tentu kelihatan serba salah, gugup dan panik. Justeru, adalah amat penting bagi seseorang yang terlibat dalam pengucapan awam ini 13

sentiasa bersedia bagi mengelakkan cemuhan atau anggapan kurang baik terhadap diri sendiri. Persediaan pengucapan awam merangkumi persediaan mental, emosi, isi kandungan atau subjek yang diperkatakan.Persediaan perucap boleh dilihat dari sudut elemen pengucapan awam. Seseorang penceramah akan dapat menyampaikan ucapan yang baik dan berkesan sekiranya memahami proses persediaan pengucapan awam. Pengetahuan tentang pengucapan awam dapat membantu mengurangkan rasa panik atau takut ketika berhadapan dengan khalayak ramai. Proses persediaan yang dilalui oleh penceramah atau perucap akan dapat menjadikan diri perucap bersedia dari sudut mental, emosi dan keyakinan diri. Kebolehan menyampaikan ucapan awam bukanlah sesuatu yang semulajadi tetapi perlu dipupuk semenjak zaman anak-anak lagi ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Intergrasi antara kebolehan, latihan, bimbingan, mengetahui etika dan garis panduan pengucapan awam akan melahirkan seorang perucap yang berkaliber dan disenangi oleh audien.

Rujukan Abdul Mua’ti.(1994).Panduan pengucapan awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan & Ainon Mohd.(2001).Teori dan teknik ucapan berpengaruh.Kuala Lumpur:PTS Publication Sdn. Bhd. Carnegie.D.(200).Cara cepat & mudah berbicara efektif:Teknik moden untuk komunikasi yang dinamik (Terjemahan oleh Ana Budi Kuswadani SS). Jakarta:Pustaka Datapratasa. 14

Dale,P.& Wolf,J.C.(2000).Speech communication made simple- a multicultural perpective.New York: Addison Wesley Longman. Inc. Md Izuddin Ali & Zety Zahureen Mohd. Yusoff.(2005).Berucap dengan yakin. Batu Caves, Selangor: PTS Millenium Sdn. Bhd. Sallehuddin Hj. Mohd Noor, Jallaluddin Hj. Mohd. Noor dan Ishak Hj. Abdul Rahman.(2003).Pengucapan awam. Kuala Lumpur: Thomson Learning (a division of Thomson Learning Pte. Ltd.

15

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

16