You are on page 1of 48

EDUCATIONAL ASSESSMENT KPN 4053

ASSINGMENT 1 PORTFOLIO

ANITA D/O SILVARAJOO LP111012 DR. ZAIRUL NOR DEANA MD DESA

Title of the Assignment
Name Course/Progr am

Evaluation Section Item Formative and Summative tests Assignment 1 (10%) Bloom’s Taxonomy TST SBA Total Assignment 2 (50%) Item Introduction Written Report (30%) TST Item Analysis Appendixes Introduction Oral Presentation (20%) TST Item Analysis Total

ISI KANDUNGAN

0 PENGENALAN .0 3.0 9.0 4.0 2.0 6.0 8.0 5.0 7.0 10.0 Pengenalan Jadual Spesifikasi Ujian Soalan Ujian Jadual Analisis Indeks Kesukaran Item Indeks Diskriminasi Item Indeks Distraktor Kesimpulan Bibliografi Lampiran 1.1.

Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.0: PENGERTIAN KONSEP 2. prinsip. mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan. dan penilaian. guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Di samping itu. Dalam tugasan ini. merekod. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan. memberi . kami memilih matapelajaran Sejarah Tingkatan 2. jenis.Projek kumpulan kami bagi subjek KPN 4053. Konsep. 2. pengujian. Selain itu kami dikehendaki membina soalan ujian bagi mata pelajaran yang dipilih oleh kumpulan masing-masing. Johor Bahru. kaedah dan penilaian akan dihuraikan dalam tugasan ini. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Kami telah membina 20 sooalan objektif berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom dan ujian ini dijawab oleh para pelajar tingkatan 2A di SMK Sultan Ismail. Seterusnya. kami turut menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan menghasilkan jadual analisis ujian. Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai.1: PENTAKSIRAN Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pentaksiran sekolah ini menghendaki kami untuk menghasilkan tugasan berkaitan dengan pentaksiran.

pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Justeru. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. lisan dan penulisan. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris.2: PENGUJIAN Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran iaitu seperti pemerhatian. kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan. sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45. misalnya. Pentaksiran tidak bersifat mutlak. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang . kita boleh membuat andaian bahawa pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu. walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seterusnya. Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Sebagai contoh. 2.skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Ujian adalah alat ukur. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.

mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. mutu. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara . Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti.berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan.3: PENILAIAN Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai. sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan. satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu. kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. ia akan membolehkan kita membuat anggaran. diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. 2. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Dengan mengadakan penilaian. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar.

4: PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN. menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. dalam pendidikan. Dalam membuat penilaian. pengukuran dan penilaian. pengujian dan penilaian . tentang persoalan yang ingin diselesaikan. 2. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan. Misalnya. apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat. PENGUJIAN DAN PENILAIAN Rajah 1: Perkaitan antara pentaksiran. anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. kita akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. seperti menguasai kemahiran membaca. Dengan memahami konsep pengujian. Misalnya.

Guru berperanan penting dalam mengesan perkembangan. bangsa. dan akhirnya melakukan tindakan susulan. Terdapat 6 prinsip penilaian yang baik.0 PRINSIP PENILAIAN Dalam membuat penilaian. Item-item dan tujuan penilaian mestilah sejajar dengan sukatan pelajaran. agama dan sebagainya. 3) Keobjektifan . budaya. kebolehan. 2) Kebolehpercayaan • Merujuk kepada ketekalan dan melihat keupayaan sebenar pelajar serta tidak mengandungi unsur-unsur diskriminasi dari segi jantina. Ini bermaksud. 3. Guru menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh. kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 1) Kesahan • Merujuk kepada tujuan penilaian dan dapat mengukur item-item yang dinilai dan bukan perkara lain. Melalui aktiviti penilaian. ujian yang dibina hendaklah mematuhi prinsip-prinsip pembinaan. ujian yang berkesan dan bermutu perlu dibina dan dilaksanakan.

4. kemajuan dan pencapaian murid. 5) Keberkesanan • Merujuk kepada kebolehan penilaian yang dapat membezakan tahap pencapaian pelajar. merancang dan membina instrumen penilaian.0 JENIS-JENIS PENILAIAN Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan. kaum. Guru turut menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Manakala pemarkahan pula tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti jantina. sikap dan usaha pelajar.1 Ujian Formatif . minat. emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. rohani. guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek. 6) Positif dan Konstruktif • Penilaian harus dapat mengenal pasti sistematik kekuatan. cara belajar. paras atau latar belakang sosio ekonomi. masa dan tenaga. menganalisis maklumat penilaian. keperluan. 4.• Merujuk kepada kumpulan sasaran yang sama bagi sesuatu kertas ujian. kelemahan. melapor dan membuat tindakan susulan. 4) Kebolehtadbiran • Merujuk kepada kelancaran pentadbiran sesuatu ujian yang merangkumi faktor kos. Melalui aktiviti penilaian.

Ujian ini dapat dijalankan dalam bentuk satu siri ujian yang pendek dan pemerhatian. Selepas selesai sesi pengajaran. efektif dan kognitif. PMR. Penilaian ini adalah untuk member nilai yang membezakan pencapaian murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. ujian formatif ini dapat difahami sebagai suatu ujian yang dilakukan ke atas suatu kemahiran atau topik yang kecil selepas atau semasa pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.Menurut Lee Shok Mee. ujian formatif adalah suatu pentaksiran semasa yang dilakukan ke atas satu unit pembelajaran.2 Ujian Sumatif Ujian sumatif adalah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran seperti penilaian akhir tahun atau pada akhir semester untuk menentukan tahap pembelajaran pelajar. seseorang guru dapat menilai dan membuat tindakan susulan terhadap pencapaian pelajar. Mok Soon Sang(1989). 5. Penilaian akan dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maka. Contoh Penilaian Sumatif adalah Peperiksaan Akhir Tahun. 4. Taksonomi Bloom merupakan penanda aras bagi pembinaan JSU iaitu berdasarkan kepada domain kogniti. Kemahiran kognitif . UPSR. SPM dan STPM.0 TAKSONOMI BLOOM Taksonomi merupakan pencapaian aras dalam tiga domain iaitu psikomotor. Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang pelajar dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

1. penjelasan nilai serta analisis nilai. perkembangan moral kognitif. Rajah 2: Aras Taksonomi Bloom Selain itu. perkembangan sosial. Pengetahuan (Knowledge) . rasional.merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual pelajar berdasarkan hirarki enam aras kesukaran. Berikut merupakan penerangan bagi enam aras tersebut. penghasilan JSU adalah berdasarkan kepada pendekatan pendidikan moral iaitu pemupukan nilai. bertimbang rasa.

peristiwa daripada pembelajaran yang lepas. Sintesis (Synthesis)  Menyepadu. 4. kaedah. mencantum idea menjadi satu. teori dan formula. Mengingat kembali.  Membina graf daripada data. Analisis (Analysis)  Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil. menyelesaikan masalah. Aplikasi (Application)  Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru seperti menyelesaikan masalah menggunakan prinsip. menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri. 3. menghubungkaitkan dan mengenali struktur organisasi. 6. hukum. membezakan fakta daripada pendapat. definisi teori. membuat ramalan dan membuat klasifikasi. 2. hukum. mengenal idea. fakta asas. 5. Pemahaman (Comprehension)  Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Penilaian (Evaluation) . menterjemah draf dan memberi contoh kepada konsep. tarikh.

pilih. terangkan. Tinggi   Sintesis Penilaian Bina. cari. pasti. Bezakan. Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional dan alasan dalaman atau luaran. susun. Contoh aras kesukaran item berdasarkan Taksonomi Bloom. kembangkan. ramalkan. hasilkan. berikan ulasan. namakan. labelkan. JSU akan dihasilkan setelah seseorang guru itu telah menetapkan jenis dan kandungan ujian yang .1: Definisi JSU Jadual ini merupakan satu kerangka bagi ujian yang hendak dibina oleh seseorang guru. bina alat. Aras kesukaran Rendah   Sederhana Kemahiran/konstruk Pengetahuan Kefahaman Kata kerja Nyatakan. kesilapan.   Aplikasi Analisis Selesaikan. tulis semula. JSU juga dikenali sebagai blue print khas ujian bagi sesebuah kelas. Pilih. kritikan. buktikan. mentafsir dan mengkritik. terangkan. Jadual 1: Aras kesukaran item 6.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) 6. Pilih.

e) Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji. JSU mempunyai maklumat tentang: a) Bentuk dan panjang sesuatu ujian yang akan diuji.hendak dibina. 6. konteks dan pemberat taburan aras kesukaran. pemberat setiap konstruk. isi kandungan sukatan yang diajar. c) JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian. b) Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji. h) Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan. f) Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.2 Tujuan Pembinaan JSU JSU dibina untuk memenuhi tujuan-tujuan yang berikut: a) Menentukan kesahan ujian yang tinggi mencerminkan hasil pembelajaran yang hendak diuji. JSU memaparkan ciri-ciri sesuatu ujian dari segi isi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan. yang diuji menepati topik yang terkandung dalam b) Kesahan ujian yang tinggi akan menentukan kebolehpercayaan ujian yang tinggi. d) Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. . g) Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

c) d) Kualiti item ujian yang disediakan dapat kekal oleh penggubal item ujian. 6. . Mencerminkan isi dan hasil pembelajaran dalam perkadaran kepentingan dalam kursus.3 Ciri-ciri JSU Terdapat beberapa kriteria yang menggambarkan ciri-ciri JSU.

4 Kepentingan JSU a) Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. e) Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. b) Dalam JSU. d) Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. f) Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain 6. bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif elajaran c) Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. c) Dijadikan sebagai panduan dan penentuan kepada penggubalan ujian. Berikut merupakan langkah-langkah yang harus diambil kira dalam pembinaan JSU. Langkah Langkah 1 Langkah 2 Penerangan Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Tentukan soalan yang hendak dibina .5 Langkah-langkah Pembinaan JSU Sebelum pembinaan JSU dilaksanakan. b) Mementingkan topik dan aras kemahiran yang akan diuji. seseorang guru harus mengetahui beberapa syarat iaitu: a) Ujian tidak dibina sesuka hati. d) Kesesuaian dan taburan soalan adalah mengikut aras dan kemahiran pelajar.Rajah 3: Ciri-ciri JSU 6.

pada bahagian lajur ia . 3. Soalan objektif (30 soalan) 1 markah bagi satu soalan Pengiraan bagi jumlah soalan bagi setiap topik: = Jumlah Masa Jumlah Masa Keseluruhan x Jumlah soalan Langkah 3 Langkah 4 Tentukan model aras kesukaran (senang. sederhana atau susah) Penentuan jenis soalan yang hendak diuji iaitu:   Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei Tentukan soalan bagi jenis soalan yang hendak diuji Tentukan aras kesukaran (senang. 3. c. b. 2. 1. Langkah 6 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan carta yang menemukan dua perkara iaitu kandungan pengajaran dengan objektif pengajaran. Dalam carta ini. sederhana atau susah) Tentukan pemarkahan Tentukan mata pelajaran Nyatakan tahun atau tingkatan Susunan nombor bagi setiap tajuk Jadual 2: Pembinaan JSU Langkah 5  1.a. 2.

walaupun item dibina oleh pembina yang berlainan. kemahiran dan asa mengikut aras taksonomi Bloom. Selain itu. Beberapa ciri yang terdapa pada JSU ialah kandungan sukatan pelajaran. nombor item serta jumlah keseluruhan item. aras kesukaran item dikekalkan dari tahun ke tahun. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) . jenis item yang digunakan. kumpulan kami membina satu JSU yang mengandungi sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan 2. Antara kepentingan pembinaan JSU ialah item yang dibina dapat digubal dengan teratur dan sistematik bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan item. Manakala pada bahagian barisnya pula. JSU juga boleh memastikan keseimbangan persampelan daripada sukatan pelajaran dan meliputi keseluruhan sukatan pelajaran tersebut.menyenaraikan objektif-objektif pengajaran. JSU yang telah dibina adalah seperti Jadual 2. ia menyenarai konsep utama pengajaran yang disampaikan dan yang ingin diuji.1 : Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Pembinaan JSU yang baik akan memudahkan pembina item untuk menggubal item. Berdasarkan tugasan yang diberi.Subjek Sejarah Tingkatan 2 Aras Kognitif Pengetahuan Kefahaman Penggunaan Analisis Sintesis Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9         Penilaian  .

Soalan 10 Soalan 11 Soalan 12 Soalan 13 Soalan 14 Soalan 15 Soalan 16 Soalan 17 Soalan 18 Soalan 19 Soalan 20            10 Graf Skor Kekerapan  7 3 Bin is the same as possible marks/points Frequency will computed from Data Analysis Possible Marks 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 Check! Frequenc y 0 0 2 1 4 1 6 5 8 12 10 6 12 2 14 1 16 1 18 1 20 0 More 0 SUM 30 Jadual 3 Bin .

Berdasarkan jadual analisi kekerapan. Melalui pengiraan tersebut juga terhasillah indeks kesukaran.Graf 8. Graf 8. indeks diskriminasi dan indeks distraktor. Setelah melakukan pengiraan. dapat dikenalpasti bahawa 11 orang pelajar aras tinggi dan 11 orang aras rendah.1 Graf Skor Kekerapan Jadual 3: Jadual Analisis Kekerapan di atas menunjukkan analisis bagi ujian pertengahan tahun dalam sebuah kelas yang mengandungi 30 orang pelajar.0 INDEKS KESUKARAN ITEM .1 Graf Skor Kekerapan dibina bagi menjelaskan lagi pemeringkatan markah kekerapan pelajar yang dianalisis. 7. Oleh itu. Di dalam jadual ini warna biru mewakili bilangan pelajar aras tinggi dan warna merah jambu mewakili bilangan pelajar aras rendah. kami dapat hasilkan berkenaan indeks-indeks tersebut mengikut setiap item secara terperinci. Setiap pelajar akan menjawab satu set soalan yang mengandungi 20 soalan.

00 – 1.41 – 0. nilai p menunjukkan perkadaran pelajar yang menjawab dengan betul bagi sesuatu item. Indeks kesukaran item ini digunakan untuk meneliti dan menilai kualiti item menggunakan criteria dan piawaian tertentu. Dalam erti kata lain. semua nilai indeks kesukaran item ujian yang dijalankan dipaparkan dalam jadual di bawah. semakin mudahlah sesuatu item berkenaan terhadap kumpulan yang diprauji kerana lebih ramai yang dapat menjawab item berkenaan dengan betul. Setiap item dinilai menggunakan formula berikut. Jadual Indeks Kesukaran Setiap Item NO INDEKS TAHAP KESUKARAN .00 Pengkelasan item Terlalu sukar Sukar Sederhana sukar Mudah Terlalu mudah Jadual 7.21 – 0. kesimpulan dan aras kesukaran item boleh ditentukan berdasarkan Jadual 1. Ini bermakna semakin tinggi nilai p. Jadual menunjukkan semakin tinggi nilai p. Setelah pengiraan dilaksanakan.81 – 1.1 Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item Setelah pengiraan indeks kesukaran bagi setiap item dibuat. Ia dinyatakan sebagai perkadaran dan julatnya adalah antara 0. Nilai p 0.00 – 0.40 0.61 – 0.80 0. Pengiraan indeks kesukaran item objektif Indeks kesukaran item. semakin mudah sesuatu item itu kerana ramai pelajar yang boleh menjawab dengan betul.60 0.20 0.00 atau o% hingga 100%. ditulis sebagai nilai p merupakan suatu indeks bagi mengukur tahap kesukaran item bagi kumpulan yang diuji.Indeks kesukaran item.

ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 KESUKARAN.57 0.40 0. 16. Item 1.47 0.37 0.13 0.07 0. 9.2 Indeks Kesukaran Setiap Item Tahap Kesukaran Item Terlalu Mudah Mudah Sederhana Sukar Sukar Terlalu Sukar Bilangan Item 2 1 7 7 3 No. Memandangkan item tersebut adalah dalam topik yang awal dalam sukatan pelajaran di sekolah.53 0.43 0.40 0. 7.23 Terlalu mudah Terlalu mudah Sederhana sukar Mudah Sukar Sederhana sukar Sederhana sukar Terlalu sukar Sukar Sukar Sederhana sukar Sukar Terlalu sukar Terlalu sukar Sederhana sukar Sukar Sederhana sukar Sederhana sukar Sukar Sukar Jadual 7. p 0. 19. 18 5. terdapat 2 item terlalu mudah iaitu item nombor 1 dan 2.13 0.40 0.50 0. 13. 17.23 0. 14 Berdasarkan jadual di atas.67 0. ia dibina untuk menguji tahap pengetahuan murid secara umum. . 2 4 6. 15. 10. 20 8.20 0.43 0. 14. Soalan / No. 12.83 0.83 0. 11.50 0.

Bagi item nombor 4.0 INDEKS DISKRIMINASI ITEM Item atau soalan yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara mereka yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi.Item mudah pula terdiri daripada item nombor 4.18.17.2 ).11.10. 7 item (3.12. item yang dibina adalah berdasarkan tahap ketiga dalam domain kognitif Bloom di mana pelajar dapat menggunakan segala peristiwa yang telah dipelajari dalam situasi sebenar.9. 8.20) sukar dan hanya 3 item terlalu sukar (8. 7 item (5. Indeks yang diguna untuk menentukan perbezaan keupayaan ini ialah indeks diskriminasi item.7.16.15.14).)sederhana sukar.19. Berikut ialah formula pengiraan D. di mana. 1991) Kaedah biasa yang digunakan oleh para guru untuk mengenal pasti indeks diskriminasi item di kelas adalah dengan mencari perbezaan antara perkadaran jawapan betul bagi kumpulan tinggi dan perkadaran jawab betul bagi kumpulan rendah.6. tersebut lebih dan terlalu mudah (1.13. (Mehrens & Lehmann. RU ialah jumlah pelajar kumpulan atasan yang menjawab dengan betul RL ialah jumlah pelajar kumpulan bawahan yang menjawab dengan betul U ialah jumlah pelajar kumpulan atasan (biasanya 27% daripada keseluruhan pelajar) . Indeks Diskriminasi Item (D) ialah perbezaan di antara perkadaran kumpulan atasan (biasanya 27% daripada jumlah keseluruhan pelajar) yang dapat menjawab dengan betul sesuatu item dengan perkadaran kumpulan bawahan (biasanya 27% daripada jumlah keseluruhan pelajar) yang menjawab betul bagi item yang sama.

item dibuang Jadual 8. Hal ini juga menunjukkan kepekaan sesuatu item terhadap pengukuran perbezaan individu. Aras indeks diskriminasi boleh ditentukan dengan merujuk jadual di bawah: Indeks Diskriminasi (D) D > 0.00 menunjukkan bahawa kesemua pelajar berkebolehan tinggi boleh menjawab item tersebut dengan betul dan tiada seorang pun pelajar berkebolehan rendah yang dapat menjawab item tersebut dengan betul.20 ke 0. Ebel (1965) telah mengeluarkan Rule of Thumb untuk mentafsirkan nilai D atau indeks diskriminasi yang diperoleh bagi sesuatu item.19 D < 0. Sekiranya D mempunyai nilai negatif(-) pula menunjukkan lebih ramai pelajar yang berkebolehan rendah menjawab item tersebut dengan betul berbanding dengan pelajar berkeolehan tinggi.L ialah pelajar kumpulan bawahan (biasanya 27% daripada keseluruhan pelajar) Indeks diskriminasi mempunyai julat di antara -1.40 0.00 menunjukkan bahawa kesemua pelajar yang berkebolehan rendah yang dapat menjawab item dengan betul dan kesemua pelajar berkebolehan tinggi pula menjawab item tersebut dengan salah. Apabila nilai D ialah +1.10 ke 0.perlu semakan semula Kurang diskriminsi.39 0. penganalisa dapat menghuraikan peranan item dalam kebolehpercayaan ujian.10 Maksud Item amat diskriminasi Item berdiskriminasi Diskriminasi yang sederhana Kurang diskriminasi.00 ke +1. Nilai positif(+) bagi D menunjukkan item tersebut telah dijawab dengan betul oleh lebih ramai pelajar yang berkebolehan tinggi berbanding pelajar yang berkebolehan rendah. Dengan merujuk kepada nilai D pada aras yang telah ditetapkan. Hal ini bermakna item tersebut tidak berdiskriminasi. Sebaliknya pula apabila nilai D ialah -1.30 ke 0.00.1 Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item .29 0.

38 0. item dibuang Item amat diskriminasi Item amat diskriminasi Diskriminasi yang sederhana Item amat diskriminasi Item amat diskriminasi Kurang diskriminasi.29 0.Hasil analisa keputusan bagi soalan ujian yang dibuat.13 0.43 0.48 Diskriminasi yang sederhana Kurang diskriminsi.40 0.41 0.23 0.05 0.40 0. S o n la a berpencapaian tinggi menjawab betul(RU) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 15 12 10 12 7 10 10 3 6 1 10 6 2 2 9 9 8 9 9 Jumlah pelajar berpencapaian rendah menjawab betul (RL) 10 13 5 8 5 7 6 3 1 1 4 6 2 2 6 2 5 4 3 0.39 0. perlu semakan semula Diskriminasi yang sederhana Item amat diskriminasi Item amat diskriminasi Item amat diskriminasi Item berdiskriminasi Item amat diskriminasi Nilai D / Aras Diskriminasi Pengkelasan Item .21 0.60 -0. kami dapati seramai 11 orang pelajar tergolong dalam kumpulan berpencapaian tinggi (U) dan 11 orang pelajar tergolong dalam kumpulan berpencapaian rendah (L).11 0. item dibuang Item amat diskriminasi Item amat diskriminasi Kurang diskriminasi.47 0.48 0.42 0. Jadual berikut menunjukkan pengkelasan item bagi setiap item yang dihasilkan.17 0. Jumlah pelajar N o .58 0. perlu semakan semula Item amat diskriminasi Kurang diskriminsi.

Kesemua item yang terkumpul dalam kumpulan amat berdiskriminasi. Oleh itu. ANALISIS ITEM Soalan 1: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. 7. Bagi item yang kurang berdiskriminasi iaitu soalan nombor 8 dan 13 pula perlu disemak semula dan mungkin boleh disimpan apabila sudah dibuat pembetulan. soalan ini tidak sesuai dikekalkan dalam ujian ini. 9. Seramai 12 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 13 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. 5 dan 14. 12 item merupakan item yang amat berdiskriminasi iaitu item nombor 3.21. 17.2 Jadual Analisis Diskriminasi Item Berdasarkan jadual yang diperolehi di atas.57 Item amat diskriminasi Jadual 8. Soalan ini berada dalam pengkelasan item diskriminasi yang sederhana kerana soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. 12. 16.20 6 1 0. berdiskriminasi dan diskriminasi yang sederhana ini merupakan item yang baik dan boleh disimpan.05. 15. 1 item pula merupakan item yang berdiskriminasi iaitu item nombor 18. 4. Seramai 15 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 10 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. 6. Item yang tidak berdiskriminasi iaitu soalan nombor 2 dan 10 pula perlu dibuang dan tidak digunakan untuk ujian yang lain. 3 item pula merupakan item diskriminasi yang sederhana iaitu item nombor 1. 11. 19 dan 20. . Soalan ini berada dalam pengkelasan item diskriminasi. Soalan 2: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0.

Oleh itu. soalan ini tidak sesuai dikekalkan dalam ujian ini. soalan ini tidak sesuai dikekalkan dalam ujian ini.47. Seramai 12 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 8 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. Soalan 4: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item diskriminasi yang sederhana kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini. Oleh itu. Oleh itu. Seramai 7 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi telah berjaya menjawab dengan betul dan 5 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah yang menjawab dengan betul. Oleh itu. Seramai 10 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 5 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. Seramai 10 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi telah berjaya menjawab dengan betul dan 7 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah yang menjawab dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat diskriminasi kerana soalan ini masih dapat membezakan pelajar . Soalan 6: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0.23. Soalan 5: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat berdiskriminasi kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat diskriminasi kerana soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Soalan 3: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0.48.item dibuang kerana soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah.38.

Seramai 10 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 6 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. Soalan 9: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. Oleh itu.13. Soalan 10: . Oleh itu. Oleh itu.60. Seramai 6 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 1 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini. Soalan 8: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. perlu semakan semula kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Seramai 3 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 3 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul.40. Soalan 7: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. soalan ini tidak sesuai dikekalkan dalam ujian ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat berdiskriminasi kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah.yang pandai dengan pelajar yang lemah walaupun nilai perbezaan sangat rendah. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat diskriminasi kerana soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Oleh itu. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat kurang diskriminasi.

42.11. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat berdiskriminasi yang sederhana kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Soalan 13: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. Seramai 10 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 4 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item kurang diskriminasi. Soalan 12: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. Oleh itu. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat berdiskriminasi kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini. Oleh itu. Soalan 11: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. . item dibuang kerana soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Oleh itu. Seramai 6 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 6 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. perlu semakan semula kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini dan boleh diperbaiki. Soalan ini berada dalam pengkelasan item kurang berdiskriminasi. Seramai 1 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 1 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. Oleh itu. soalan ini tidak sesuai dikekalkan dalam ujian ini dan harus dibuang. Seramai 2 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 2 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul.40.Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah -0.17.

Soalan 17: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0.29.Soalan 14: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. Soalan 15: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0.43. Soalan 16: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. Seramai 9 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 6 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. Oleh itu. Seramai 8 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 5 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini dan boleh diperbaiki. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat diskriminasi kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat berdiskriminasi kerana soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. soalan ini tidak sesuai dikekalkan dalam ujian ini dan soalan ini perlu dibuang.41. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat berdiskriminasi . Soalan ini berada dalam pengkelasan item diskriminasi yang sederhana kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Oleh itu. Oleh itu. Seramai 2 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 2 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini.58. Seramai 9 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 2 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul.

Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat berdiskriminasi kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. soalan ini tidak sesuai dikekalkan dalam ujian ini dan soalan ini perlu dibuang.yang sederhana kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Soalan ini berada dalam pengkelasan item berdiskriminasi kerana soalan ini dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Seramai 9 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 3 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini. Soalan 18: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. Soalan 19: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini dan boleh diperbaiki. soalan ini sesuai dikekalkan dalam ujian ini.48.39. Oleh itu.57. Oleh itu. Seramai 9 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 4 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. . Seramai 6 orang pelajar dari kumpulan berpencapaian tinggi dan 1 pelajar dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab dengan betul. Soalan 20: Indeks diskriminasi item bagi soalam ini ialah 0. Soalan ini berada dalam pengkelasan item amat berdiskriminasi kerana soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Oleh itu. Oleh itu.

0 INDEKS DISTRAKTOR JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 1) PilihanJawapan (Opsyen) BilanganPelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O T R T 2 A 2 R 0 T 0 B 1 R 1 T 1 C 2 R 1 D 25 T R 2 5 0 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 2) PilihanJawapan (Opsyen) BilanganPelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O T R T A 2 R T 2 1 1 B 3 R 1 T 0 C 0 R 0 D 25 T R 2 5 0 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 3) PilihanJawapan (Opsyen) BilanganPelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O T R T 2 A 4 R 2 T 3 B 6 R 3 C 15 T R 9 6 D 5 T 0 R 5 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 4) PilihanJawapan (Opsyen) BilanganPelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O T R A 20 T R 1 9 1 B 6 T 4 R 2 T 2 C 3 R 1 T 0 D 1 R 1 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 5) .11.

PilihanJawapan (Opsyen) BilanganPelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O T R A 5 T R 5 0 T 2 B 6 R 4 T 4 C 7 R 3 D 12 T R 8 4 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 6) PilihanJawapan (Opsyen) BilanganPelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) A B C D 17 6 3 4 T R T R T R T R T R 8 9 6 0 0 3 2 2 O JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 7) PilihanJawapan (Opsyen) BilanganPelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) B C D 8 16 3 T R T R T R T R T R 1 0 3 0 8 6 2 1 0 O A 3 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 8) PilihanJawapan (Opsyen) BilanganPelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) B C D 8 8 8 T R T R T R T R T R 1 5 0 8 4 4 0 8 O A 6 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 9) PilihanJawapan (Opsyen) BilanganPelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O A 8 B 8 8 6 2 1 C 7 D 7 R T R 6 4 3 T R T R T R T 0 .

JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 10) PilihanJawapan (Opsyen) BilanganPelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) B C D 12 9 2 T R T R T R T R T R 5 2 8 4 2 7 2 0 O A 7 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 11) Pilihan Jawapan (Opsyen) Bilangan Pelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O A 0 4 T R T R 0 4 C 14 T R T R 1 2 5 2 2 B 7 D 5 T 1 R 4 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 12) Pilihan Jawapan (Opsyen) Bilangan Pelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O A 0 12 T R T R 1 2 0 B C 10 5 T R T R 5 5 3 2 D 3 T 0 R 3 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 13) Pilihan Jawapan (Opsyen) Bilangan Pelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O A 0 8 T R T R 0 8 B 4 T R T 2 2 7 C 9 R 2 T 9 D 9 R 1 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 14) Pilihan Jawapan (Opsyen) Bilangan Pelajar O 0 A 4 B 9 C 10 D 7 .

Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) T R T 2 R 2 T R T 7 2 4 R 6 T 5 R 2 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 15) Pilihan Jawapan (Opsyen) Bilangan Pelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O A 0 15 T R T R 1 0 5 B 9 T R T 7 2 0 C 1 R 1 T 5 D 5 R 5 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 16) Pilihan Jawapan (Opsyen) Bilangan Pelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O A B 0 4 13 T R T R T R 3 1 9 4 C 11 T 6 R 5 T 1 D 2 R 1 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 17) Pilihan Jawapan (Opsyen) Bilangan Pelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) A B 13 14 T R T R T R 1 6 7 1 2 O C 1 T 0 R 1 T 0 D 2 R 2 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 18) Pilihan Jawapan (Opsyen) Bilangan Pelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O A B 0 6 8 T R T R T R 3 3 6 2 C 13 T 0 R 1 3 T 3 D 3 R 0 .

1 Analisis Indeks Keberkesanan Distraktor telah dibina. JADUAL KEBERKESANAN INDEKS DISTRAKTOR NO ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 OPSYEN JAWAPAN B C Kurang baik Kurang Baik Kurang Baik Baik Baik Baik Kurang Baik Baik Kurang Baik Baik Baik Kurang Baik Kurang Baik Baik Baik Baik Baik Baik Baik Baik A Kurang Baik Kurang Baik Baik Baik Kurang Baik Baik Kurang Baik Baik Baik Kurang Baik D Baik Baik Kurang Baik Kurang Baik Baik Kurang Baik Kurang Baik Baik Baik Baik .JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 19) Pilihan Jawapan (Opsyen) Bilangan Pelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O A B 0 2 10 T R T R T R 2 0 6 4 C 6 T 2 R 4 D 12 T R 1 0 2 JADUAL ANALISIS ITEM (ITEM 20) Pilihan Jawapan (Opsyen) Bilangan Pelajar Kumpulan Bilangan (Baik/Lemah) O A B 0 8 7 T R T R T R 0 8 0 7 C 7 T 7 R 0 T 6 D 8 R 2 Daripada jawapan pada item di atas yang dijawab oleh pelajar mengikut aras tinggi dan rendah. sebuah Jadual 7.

pilihan jawapan A dan C merupakan distraktor yang kurang baik kerana pelajar yang berprestasi tinggi lebih ramai yang salah berbanding pelajar yang berprestasi lemah. 17 dan 20 mengandungi pilihan jawapan yang mempunyai keberkesanan distraktor yang baik. distraktor seperti ini boleh dikekalkan untuk membina item pada masa akan datang. Oleh itu. 9. Bagi item 6 pula. distraktor-distraktor ini perlu diperbaiki dalam membina item jawapan pada masa akan datang. . 13. 5.1 Analisis Indeks Keberkesanan Distraktor Berdasarkan Jadual 7. didapati bahawa item 2. Seterusnya. distraktor ini boleh dikekalkan untuk membina item pada masa akan datang atau di simpan sebagai rujukan dan bank soalan pada masa akan datang. 4. item 12. 3. 8. pilihan jawapan D merupakan distraktor yang kurang baik .1 Analisis Indeks Keberkesanan Distraktor.JawapanBetul Jadual 7. 7. Oleh yang demikian.11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Kurang Baik Baik Baik Baik Baik Kurang Baik Baik KurangBaik KurangBaik Baik Baik Baik Baik Baik Baik Baik Baik Baik Baik Baik Baik Baik Kurang Baik KurangBaik Kurang Baik Baik Baik Baik Kurang Baik Baik KurangBaik Kurang Baik Baik Baik Baik KurangBaik Baik Kurang Baik Baik Baik . Oleh itu. 10 mengandungi pilihan jawapan yang mempunyai keberkesanan distraktor yang baik. 15. Manakala bagi item 1.

12. item yang dibina mempunyai pilihan jawapan yang mempunyai distraktor baik atau kurang baik. pilihan jawapan A dan C merupkan distraktor yang baik dan pilihan jawapan D merupakan distraktor yang kurang baik. item itu boleh dikekalkan beserta pilihan jawapan yang ada tersebut.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya. Manakala item yang mempunyai pilihan jawapan dengan distraktor yang kurang baik. pilihan jawapan A juga merupakan distraktor yang kurang baik sementara pilihan jawapan B dan D merupakan distraktor yang baik. Pilihan jawapan A dan B dalam item 14 merupakan distraktor yang baik. analisis item penting supaya setiap soalan yang dibuat dapat ditentukan sama ada wajar atau tidak wajar untuk dilakukan ujian terhadap pelajar. Ada juga soalan yang perlu diperbaiki dari segi pemilihan distraktor. Bagi item 14 pula. Dalam item 16 pula. pilihan A dan B merupakan distraktor yang baik dan pilihan C adalah distraktor yang kurang baik. . Kesimpulannya. Selain itu beberapa soalan juga merupakan item yang tidak baik maka tidak sesuai untuk disimpan dan perlu dibuang. pilihan jawapan A ialah distraktor yang kurang baik dan pilihan jawpan C dan D merupakan distraktor yang baik. Sekiranya item merupakan soalan yang baik maka soalan tersebut boleh disimpan dan digunakan semula pada ujian yang lain.Manakala bagi item 11. Setiap item yang dianalisis dapat menentukan sekiranya soalan tersebut baik atau tidak. didapati terdapat beberapa soalan yang baik dan boleh disimpan. bagi item 19. Bagi soalan yang telah kami jalankan kepada pelajar. manakala pilihan jawapan C merupakan distraktor yang kurang baik. Akhir sekali. Bagi item yang mempunyai pilihan jawapan dengan distraktor yang baik. pilihan B dan C merupakan distraktor yang baik dan pilihan D merupakan distraktor yang kurang baik. penambahbaikan boleh dilakukan sama ada membina item baru. atau meminda pilihan jawapan yang ada dengan pilihan jawapan dengan distraktor yang baik. Bagi item 18.

Prentice Hall. Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah (Edisi Kedua). topik dan aras kesukaran. R. Measurement and assessment in teaching (8th Edition) New Jersey. Seterusnya. Penilaian di bilik darjah. N. & Gronlund. (2002).com/guru/wp-content/uploads/2011/09/2pnilai-sumatif-formatif. Penilaian Formatif dan Sumatif. 13.pdf .L. Dewan Bahasa dan Pustaka Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Penilaian Kendalian Sekolah.0 RUJUKAN Mokhtar Ismail (1995). Najib Abdul Ghafar (2011). Kuala Lumpur. lebih mudah untuk guru memilih soalan yang sesuai mengikut aras kebolehan pelajar sekiranya ingin menguji pelajar mengikut keperluan tertentu.E.Item yang baik dan yang telah diperbaiki boleh dijadikan bank soalan dan dikumpulkan mengikut mata pelajaran. Linn. UTM Johor Bahru Hamimi Fadziati A. Mohd. UKM Bangi Nordin Tahir.amaljaya. Penerbit UTM Press. Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2008. Hamid. Kementerian Pendidikan Malaysia. Penggunaan Penilaian Formatif sebagai Proses Melengkapkan Gelung: Satu Usaha Penambahbaikan. Institut Pusat Guru Kampus Ipoh. Diakses pada 20 November 2012 di http://www.

Pilihlah jawapan yang paling sesuai. 1. dan D. B.14. Senarai berikut merupakan tuntutan Siam ke atas kerajaan Kedah. C. Mengapakah SHTI enggan membantu Kedah menghadapi ancaman Siam pada tahun 1786? A Syarat perjanjian yang kabur B SHTI bimbang Siam akan menyerangnya C Sultan Abdullah enggan bekerjasama dengan SHTI D SHTI mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam  SHTI membantu Kedah sekiranya diserang oleh musuh  SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah  SHTI akan membayar sebanyak 30000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan 2.  Wang  Bunga emas  Tenaga manusia Mengapakah sultan Kedah berasa terancam dengan tuntutan Siam tersebut? .0 LAMPIRAN Arahan: Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan. iaitu A. Maklumat di atas terkandung dalam Perjanjian Inggeris-Kedah 1786. Mengapakah SHTI enggan membantu Kedah apabila Kedah diancam oleh Siam? I II SHTI diberi amaran oleh Siam SHTI mengalami masalah ketenteraan III SHTI tidak terlibat dalam perjanjian tersebut IV SHTI ingin menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam A I dan II B II dan III C D III dan IV I dan IV 3.

Mengapakah SHTI memerlukan sebuah pelabuhan yang strategik di Selat Melaka? A Menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi B Menguasai Kepulauan Melayu C Merancakkan perdagangan dengan China D Menjadikan Melaka pelabuhan bebas 5. Bagaimanakah British berjaya membina lojinya di Singapura? A Pengisytiharan perang B Perundingan secara paksa C Permuafakatan dengan pembesar D Perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman 6. Kampung Gelam. Melaka Apakah kesimpulan yang dapat anda buat? A Sultan Hussein telah kehilangan kuasa B Sultan Hussein membuka negeri baharu C Sultan Hussein turun takhta D Sultan Hussein bersemayam di tempat lain . Singapura Bandar Hilir. Carta alir berikut menunjukkan lokasi perpindahan Sultan Hussein.A Ekonomi negeri tergugat B Pengaruh sultan akan merosot C Kedaulatan Kedah tercabar D Kesejahteraan rakyat terpelihara 4.

Gabenor Negerinegeri Selat Residen Konsuler Pulau Pinang Residen Konsuler Singapura Rajah 1 Residen Konsuler Melaka Siapakah yang mengetuai pentadbiran tersebut? A Residen B Residen Jeneral C Gabenor Jeneral D Residen Konsuler .7. Apakah syarat-syarat Perjanjian Inggeris Belanda (17 Mac 1824)? I Belanda mengiktiraf pendudukan British di Singapura II British berjanji tidak akan membuka penempatan di selatan Singapura III Johor ditukarkan dengan Bangkahulu IV Belanda memonopoli perdagangan British di Kepulauan Melayu A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 9. Rajah 1 menunjukkan wilayah-wilayah yang disatukan di bawah pentadbiran Negeri-negeri Selat (NNS). Mengapakah Belanda membantah tindakan Stamford Raffles membuka penempatan di Singapura? A Tindakan British tidak diiktiraf sultan Johor B Belanda tidak diajak berunding terlebih dahulu C Singapura berada di bawah pengaruh Belanda D Perdagangan Belanda di Betawi tidak terjejas 8.

Pembesar 2 : Perbuatan mereka sudah melampau! Apakah punca yang menyebabkan rasa tidak puas hati pembesar negeri tersebut? A Mencampuri adat resam tempatan B Mengambil alih pungutan cukai .Apakah peranan negeri-negeri berikut sebelum tahun 1874?  Melaka  Singapura  Pulau Pinang A Menyekat kemaraan kuasa Eropah lain B Pusat perdagangan teh C Mengendalikan perdagangan D Pelabuhan entrepot 11.Perjanjian berikut telah ditandatangani pada tahun 1874.10. Pembesar : Nampaknya Residen sudah mula 1 mengutip cukai di negeri kita.Apakah sebab British ingin menguasai Perak dan Selangor? A Kuprum B Bauksit C Bijih timah D Arang batu 12.Dialog berikut mungkin berlaku pada kurun ke-19. Perjanjian Pangkor Apakah kesan daripada peristiwa tersebut? A Bermulanya penguasaan British di Perak B Berakhirnya penguasaan British di Perak C Berlakunya perang saudara di Perak D Kemasukan beramai-ramai buruh Cina 13.

Penasihat British Negeri George Maxwell Meadowe Frost J.Mengapakah Sultan Zainal Abidin III menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu? A Memelihara kedaulatan Negeri Terengganu B Menyeragamkan sistem perundangan C Menjelaskan kuasa pembesar D Memperoleh perlindungan British 16.Apakah yang menyebabkan Raja-raja Melayu tidak puas hati dengan perlaksanaan Sistem Residen? I Residen menguasai pentadbiran II Residen memaksa menerima nasihat III Residen sering bertindak zalim IV Residen bersikap pilih kasih A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15.C Mencampuri hal pentadbiran D Menzalimi pembesar Melayu 14.S. Mason Kedah Perlis X Jadual 1 Apakah negeri X? A Johor B Melaka C Kelantan .Jadual 1 menunjukkan senarai Penasihat British di Negeri-neegeri Melayu Utara (NNMU).

Douglas Campbell dilantik dengan rasminya menjadi Penasihat British di Johor pada tahun 1914.Lembaga Penasihat Johor ditubuhkan di London pada tahun 1886. Mengapakah Johor menjadi negeri terakhir menerima Penasihat British? A Rakyat bersatu padu B Dasar ekonomi mantap C Mempunyai pemerintah yang cekap D Pembangunan negeri yang pesat 19. .D Terengganu 17. Apakah fungsi utama lembaga tersebut? I II Menguruskan hubungan luar Johor Menasihati sultan tentang hal pentadbiran III Meminda rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor IV Mengawal tugas Penasihat British A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 18.Garis masa berikut menunjukkan kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke di Sarawak. 1905 1883 1861 Lawas X Sungai Rajang Kawasan X yang dimaksudkan ialah A Sibu.

C Batang Lupar D Sungai Trusan 20.B Limbang.Apakah peranan Pegawai Anak Negeri semasa pentadbiran Brooke di Sarawak? I Memungut cukai II Menasihati Residen III Membuat dasar IV Melaksanakan adat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV SELAMAT MENJAWAB .