AKTA BAHAGIAN X

PENGENALAN:
Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat memahami dan menghuraikan langkah-langkah awasan semasa melaksanakan kerja, langkah awasan terhadap elektrik atmosfera, mengetahuai prosedure-prosedure dalam hal kecacatan berbahaya pada pepasangan atau bahagiannya, dan larangan mengambil kanak-kanak berkerja.

LEARNING OBJECTIVES:
Pelatih-pelatih mesti boleh:-

• • • •

Huraikan langkah-langkah awasan semasa melaksanakan kerja Huraikan langkah awasan terhadap elektrik atmosfera Huraikan prosedure dalam hal kecacatan berbahaya pada pepasangan atau bahagiannya Huraikan mengenai larangan mengambil kanak-kanak berkerja

LEARNING OUTCOMES:
• Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini • Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes elektrik yang berlaku

37

SUB TOPIC:
4.0

BAHAGIAN X AM

SUB SUB TOPIC: 4.0.1 Seksyen 45
BAHAGIAN X Langkah awasan semasa melaksanakan kerja 45. (1) Pelaksanaan semua kerja berkaitan dengan penjanakuasaan atau pembekalan elektrik yang boleh menyentuh apa-apa lebuh, rel keretapi, landasan trem, simgai, terusan atau laluan air lain atau apa-apa sistem pengairan, penyaliran atau bekalan air atau apa-apa kerja telegraf, telefon, komunikasi radio, pelabuhan atau kerja awam atau persendirian lain, dan pendirian apa-apa lintasan talian bekalan, sama ada overhed atau bawah tanah, hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan dan tanpa menjejaskan keselamatan awam atau persendirian. (2) Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

38

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan langkah - langkah awasan semasa melaksanakan kerja elektrik?

Jawapan: Pelaksanaan semua kerja berkaitan dengan penjanakuasaan atau pembekalan elektrik yang boleh menyentuh apa-apa lebuh, rel keretapi, landasan trem, simgai, terusan atau laluan air lain atau apa-apa sistem pengairan, penyaliran atau bekalan air atau apa-apa kerja telegraf, telefon, komunikasi radio, pelabuhan atau kerja awam atau persendirian lain, dan pendirian apa-apa lintasan talian bekalan, sama ada overhed atau bawah tanah, hendaklah dijalankan mengikut cara yang ditetapkan dan tanpa menjejaskan keselamatan awam atau persendirian.

39

SUB SUB TOPIC: 4.0.2 Seksyen 47
Langkah awasan terhadap elektrik atmosfera 47.Mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pengguna lain yang mengambil atau menggunakan elektrik daripada mana-mana pepasangan hendaklah, jika Suruhanjaya menghendaki sedemikian, memperuntukkan apa-apa kaedah bagi menghindarkan apa-apa risiko kerosakan kepada pepasangan itu melalui elektrik atmosfera sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya atau sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan di bawah Akta ini.

40

Soalan 1: Apakah maksud ganguan elektrik terhadap talian pengisyartan Kerajaan. Jawapan 1: Maksudnya ialah sebarang pengerjaan atau pengendalian sebarang pepasangan yang menyebabkan gangguan elektrik kesan daripada komunikasi radio, telekomunikasi dan lain-lain.

Soalan 2 : Sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa bekalan yang menyebabkan gangguna ini, adalah pihak Pemegang Lesen berhak untuk memintaan pampasannya. Jawapan 2 : YA.

SUB SUB TOPIC: 4.0.3 Seksyen 49: Procedure In Case OF Dangerous Defect In Installation Or Part Thereof
Prosedur dalam hal kecacatan berbahaya pada pepasangan atau bahagiannya. 49. (1) Sekiranya Suruhanjaya mendapati bahawa ada apa-apa kecacatan pada pepasangan atau bahagiannya yang pada pendapat Suruhanjaya berkemungkinan menyebabkan bahaya, Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada pemegang lesen atau pemunya, atau jika pemegang lesen atau pemunya itu tidak dapat dijumpai, ditampalkan di tempat di mana pepasangan itu terletak, menghendaki kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan dalam hal sedemikian, pepasangan itu atau bahagiannya tidaklah boleh dikendalikan atau digunakan selepas habisnya

41

tempoh yang dinyatakan melainkan jika kecacatan itu telah dibaiki atau dihapuskan sehingga memuaskan hati Suruhanjaya: Dengan syarat bahawa, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa kecacatan itu mungkin menyebabkan bahaya yang hampir benar berlaku, Suruhanjaya boleh, melalui notis yang ditampalkan atau disampaikan seperti yang disebut terdahulu, dengan serta-merta menggantungkan pengendalian dan penggunaan pepasangan itu, dan jika perlu, melakkan pepasangan itu atau bahagiannya sehingga kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan. Pepasangan itu atau bahagiannya tidaklah boleh dikendalikan atau digunakan selagi notis penggantungan itu belum dibatalkan dan lak itu tidak dialihkan oleh pegawai diberi kuasa. (2) Tiap-tiap pemegang lesen dan tiap-tiap pihak pengurusan dan orang yang menjaga mana-mana pepasangan apabila menyedari akan apa-apa kecacatan padanya yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah dengan serta-merta membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, dan tiap-tiap pengguna apabila menyedari akan apa-apa kecacatan pada apa-apa kelengkapan yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah dengan serta-merta membaiki atau menghapuskan kecacatan itu, atau membuat laporan mengenainya kepada Suruhanjaya.

(3) Jika pada pendapat Suruhanjaya bahawa apa-apa kecacatan pada pepasangan yang berkenaan dengannya sesuatu lesen berkuatkuasa adalah dari jenis yang tidak boleh dibaiki atau dihapuskan, Suruhanjaya hendaklah mengadakan suatu siasatan dan, jika didapati oleh Suruhanjaya perlu berbuat demikian, hendaklah mengkenselkan lesen itu. (4) Pemegang lesen atau pemunya tidak berhak kepada pampasan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen atau pemunya kerana penggantungan pengendalian dan penggunaan, dan pelakan apa-apa pepasangan atau bahagiannya atau kerana penggantungan atau pengkenselan lesen di bawah seksyen ini. (5) Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi subseksyen (1) dan (2) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

42

Soalan: Apakah tindakan yang akan Suruhanjaya lakukan sekiranya mendapati ada kecacatan pada pepasangan dan boleh menyebabkan bahaya? Jawapan: Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada pemegang lesen atau pemunya, atau jika pemegang lesen atau pemunya itu tidak dapat dijumpai, ditampalkan di tempat di mana pepasangan itu terletak, menghendaki kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan dalam hal sedemikian,

43

SUB SUB TOPIC: 4.0.4 Seksyen 50
Larangan mengambil kanak-kanak bekerja 50. (1) Tiada pemegang lesen atau pihak pengurusan boleh mengambil kerja atau membenarkan diambil kerja mana-mana orang di bawah umur enam belas tahun dalam mana-mana perkhidmatan yang melibatkan pengurusan atau penjagaan atau kedekatan dengan, kelengkapan hidup yang tidak ditebat dengan sempurna. (2) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima ribu ringgit.

44

Soalan 1. Berapakah umur minimum kanak-kanak yang dibenarkan berkerja dalam mana-mana perkhidmatan yang melibatkan pengurusan atau penjagaan (elektrik)? Jawapan 1. Enam belas tahun

Soalan 2. Berapakah denda yang akan dikenakan jika disabitkan kesalah dibawah sekyen soalan 1 diatas? Jawapan 2. Denda tidak melebihi lima ribu ringgit.

45

SUMMARY
Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:

• • • •

Langkah-langkah awasan semasa melaksanakan kerja. Seksyen 45 Langkah awasan terhadap elektrik atmosfera Seksyen 47 Prosedure dalam hal kecacatan berbahaya pada pepasangan atau bahagiannya. Seksyen 49 Larangan mengambil kanak-kanak berkerja. Seksyen 50

REFERENCES
1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn Bhd)

46