You are on page 1of 17

PERANAN GURU BESAR MENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH oleh FAWZIAH BT KASSIM Guru Besar SK Sri Bukit Pasir

1.

Pengenalan

Misi Kementerian Pendidikan ialah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia. Mengurus sekolah dengan berkesan adalah sukar dan kompleks kerana akan berlaku perubahan yang akan membawa kepada sesuatu yang baru dari kelaziman dan memerlukan kepemimpinan yang berkaliber. Pembentukan kepemimpinan dengan kaedah kepemimpinan secara tersusun dan terancang akan dapat mengesan kebolehan memimpin yang dimiliki dan membantu Guru Besar mengenali diri mereka dan kemampuan menjadi pemimpin

Kecemerlangan sekolah biasanya dikaitkan dengan keterampilan pemimpin. Sekolah cemerlang sering dikaitkan dengan gaya kepemimpinan yang mantap mereka. Pelbagai kursus dan aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepemimpinan sekolah dianjurkan oleh Kementerian pelajaran. Namun masih terdengar bisik-bisik mengatakan bahawa kepemimpinan sekolah masih berada ditakuk lama, pemimpin sekolah masih mengamalkan pendekatan lama dan kurang aktif, pemimpin masih bersikap autokratik, kurang berkesan dan tidak mengikut perubahan. Mok Soon Sang (2007), menyatakan kepemimpinan di dalam pengurusan organisasi pendidikan, khasnya di sekolah boleh dirujuk sebagai kebolehan Guru Besar memotivasi, mempengaruhi dan mengubah sikap dan tingkahlaku warga sekolah untuk melaksanakan program-program sekolah dengan sikap positif dan penuh dedikasi, demi mencapai visi, matlamat dan aspirasi sekolah. Oleh itu kemahiran kepemimpinan dalam pelbagai teknik diperlukan untuk mempengaruhi mereka melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan keberkesanan dan pencapaian yang diharapkan seperti kemahiran bekerjasama, memahami nilai, kemahiran menggunakan deria dalaman, kemahiran diri sendiri, kemahiran melihat masa depan, kemahiran membuat ramalan atau jangkaan dan kemahiran membentuk misi dan visi.

1

2 . Gaya. mendorong. Jenis Dan Tugas Pemimpin Sekolah 2. 2. mampu melihat masa depan.2. manager. etika. bijak menyelesaikan masalah. suporter. tingkahlaku. tekun dan berketerampilan. communicator. mahir. kualiti kepemimpinan juga dinilai dari ciri-ciri personaliti dan perwatakan yang disebut the right stuff sebagai firm and purposeful iaitu mempunyai misi dan visi yang jelas dalam bidang kepemimpinan. Guru Besar boleh dianggap sebagai goal-setter. grooming amatlah diperlukan. mengubah norma. amalan keterlibatan bersama. Ciri-Ciri. information provider dan role model dalam melaksanakan perubahan di sekolah. tegas serta mampu memahami kerenah ragam orang bawahan dan keperluan ramai. initiator.1 Ciri-ciri Pemimpin Sekolah Kepemimpinan yang utuh dan mapan serta mempunyai ciri-ciri yang istimewa diperlukan untuk mengurus organisasi disamping persediaan organisasi itu sendiri untuk bertindak dengan cemerlang dan diterima sebagai faktor utama yang membezakan antara organisasi berkesan dan organisasi tidak berkesan. boleh dipercayai. berpengetahuan. diyakini. mempamerkan kepintaran. advocator. memainkan peranan yang aktif dalam membuat keputusan. kebersihan diri. coordinator. Beliau juga boleh mempamerkan keberanian mengambil risiko. Pendekatan berbagai stail kepemimpinan Guru Besar perlu digunakan walaupun stail kepemimpinan di pengaruhi oleh latar belakang dan ciri-ciri seseorang tetapi ciri-ciri orang bawahannya juga boleh dipilihnya. Ciri-ciri pemimpin yang berbeza mengikut kematangan orang bawahan akan dapat meningkatkan dorongan pencapaian dan pengalaman mereka. berdaya ingat. fleksibiliti pemikiran dan tindakan. mengubah sistem organisasi. memberi bimbingan kepada pasukan kerja dan bertimbangrasa terhadap gelagat. evaluator. Sebagai agen perubahan Guru Besar perlu mempunyai sifat-sifat dan stail kepemimpinan tertentu untuk membantu individu mengubah cara mereka berfikir. berteknologi. kesihatan. Menurut Abdul Skukur Abdullah (2004). Adalah penting bagi pemimpin mempunyai perwatakan yang sesuai seperti penampilan diri. coach. Pemimpin perlu melalui proses perubahan dengan mempunyai ciri-ciri daya memujuk. berimaginasi.2 Gaya / Stail Pemimpin Sekolah memberi kesan ke atas stail yang Guru Besar adalah orang yang paling penting di sekolah. perhubungan dan personel. tutur bahasa dan lain-lain kerana sekiranya mereka kekurangan ciri-ciri tersebut.

Sehubungan dengan itu setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah adalah hasil daripada perbincangan di antara Guru Besar dan guru-gurunya. Stail sesuatu kepemimpinan itu adalah hasil daripada gerak kuasa yang perlu dipertimbangkan oleh pemimpin-pemimpin untuk memastikan mereka memilih stail yang tepat dan bersesuaian untuk mempengaruhi kejayaan membuat keputusan. 2. Jadi stail kepemimpinan ialah merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpin dalam suasana yang berlainan. dalam Jaafar Muhammad (2007). Jadi pemimpin yang berkesan ialah seseorang yang dapat mengenalpasti batas kebebasan yang patut diberikan kepada pekerja bawahannya dan dengan masa yang bersesuaian untuk berbuat demikian.3 Jenis Pemimpin Sekolah Perilaku kepemimpinan tertumpu kepada stail yang digunakan oleh seseorang pemimpin dalam berurusan dengan subordinatnya samaada melalui stail berorientasikan tugas atau stail yang berorientasikan pekerja. Menurut Shetty (1976). guru dan murid.Razali Mat Zin. Guru Besar yang berorientasikan pekerja cuba mendorong dengan stail demokratik. kuasa pakar dan kuasa rujukan. Walau bagaimanapun dalam keadaan-keaadaan tertentu stail autokratik juga adalah berkesan terutama apabila faktor masa yang singkat serta orang bawahan tidak produktif. Kesan stail demokratik yang digunakan dalam kepemimpinan akan menjadikan interaksi dua hala diantara Guru Besar dengan guru atau kakitangan cergas. mendefinisikan stail kepemimpinan sebagai satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana kepemimpinan. kuasa paksaan. dalam sistem organisasinya dan dalam suasana yang releven dengan gelagat-gelagat tertentu. membahagikan kuasa kepada beberapa bahagian diantaranya ialah kuasa sah. dalam diri pekerja bawahannya. stail kepemimpinan seseorang pemimpin adalah hasil gabungan berbagai-bagai gerak kuasa dalam diri pemimpin. John French dan Bert Raven (1960). kuasa ganjaran. Iklim sekolah tegang dan muram dan semangat kerjasama akan berkurangan. Oleh itu seseorang pemimpin perlulah memahami dan mendiagnosis gerak kuasa yang ada padanya. Kesan mengamal stail kepemimpinan ini akan menjadikan interaksi antara pengamal stail ini sering menjadikan organisasinya tidak berkesan tetapi jika stail ini dikenakan kepada orang 3 . dalam diri orang bawahan. Stail kepemimpinan terbentuk melalui proses interaksi yang dinamik dan kompleks diantara sub-sistem ini. teknik dan kaedah bekerja. Stail Laissez Fairre adalah merujuk kepada stail lepas tangan dimana kebebasan diberikan sepenuhnya kepada kelompok yang menentukan matlamat. Stail autokratik berorintasikan tugas sering disebut sebagai stail yang tidak popular kerana meninggalkan kesan interaksi sehala yang pasif diantara pihak sekolah. dalam sistem organisasi dan suasana dinamik sesuatu masyarakat itu. (1997).

Walaupun keperibadian atau pengalaman lalu seseorang pemimpin itu membantu membentuk stail kepemimpinannya tetapi tidak bererti bahawa stail itu tidak boleh diubah. Oleh itu tugas utama seorang pemimpin ialah untuk menyelenggara arah matlamat bagi membawa pengikutnya ke jalan yang betul untuk mencapai matlamat dan menyediakan pelbagai strategi serta sumber-sumber yang diperlukan secara berkesan dan baik untuk memudahkan tindakan kumpulan serta interaksi mereka dalam kumpulan dengan: 2. Kegagalan menitikberatkan aspek ini akan 4 . meneroka dan memahami persekitaran. Pemimpin tidak boleh terlalu terkongkong dengan tanggungjawab rutin dan konvensional kerana kejayaan juga disebabkan oleh sokongan para pengikut. 2.5. teknikal dan perhubungan manusia dalam mengurus perubahan kepada organisasinya ke arah meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Kebanyakan pemimpin akan bergerak ke arah stail kepemimpinan yang disukai oleh hieraki organisasinya.5 Tugas Pemimpin Sekolah Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang dapat menyempurnakan tanggungjawabnya meransang dan mengembeleng tenaga manusia di bawah kawalannya dengan halatuju dan matlamat yang jelas serta mendapat restu dan sokongan anggota. Oleh itu tiada satu pun stail yang paling efektif bagi menghadapi sesuatu situasi namun pemimpin boleh memikirkan tindakan yang paling sesuai untuk sesuatu keadaan kerana nilai. Kemampuan pemimpin menjalankan tanggungjawabnya dilihat melalui kepimpinan yang cekap. pembangunan tenaga sumber manusia yang mantap serta perancangan yang strategik.1 Merancang Tugas utama pemimpin ialah menetapkan arah dan hala tuju yang betul kepada organisasinya. Oleh itu pemimpin perlu mengenal pasti status terkini organisasinya dengan mengkaji. Dalam membentuk visi.bawahannya yang matang dan bermotivasi tinggi maka stail ini adalah diantara stail yang amat sesuai. misi dan objektif organisasinya pemimpin juga perlu meramal situasi yang akan datang supaya dapat menentukan tindakan dan keperluan sumber sebelum menilai perancangan yang di buat. komunikasi berkesan. Seseorang pemimpin yang ingin berjaya seharusnya memastikan bahawa tingkahlaku yang diamalkannya itu bertujuan untuk mengimbangi kepentingan matlamat organisasi dan keberkesanan perhubungan dengan orang bawahan bersesuai dengan situasi dan dapat mengembangkan amalan-amalan kemahiran konseptual. latarbelakang dan pengalaman pemimpin akan mempengaruhi stail kepemimpinan seseorang.

persepsi. membuat perancangan strategik dan melaksanakan rancangan tindakan.menyebabkan organisasi tidak dapat beroperasi dengan jayanya. prosedur dan pemilihan jawatankuasa.3 Mengurus Sumber Manusia Pemimpin bertanggungjawab menjaga standard prestasi tinggi organisasinya. Kaedah melakukan motivasi terhadap orang-orang bawahan kearah pencapaian matlamat bersama adalah pengukur utama bagi menentukan 5 .5. Guru Besar.5. 2. Guru Besar perlu mengelola dengan membahagikan tugas dan menyusun serta menghubungkan kepada satu unit operasi yang berpadu dengan menentukan rangkakerja. Selain dari itu adalah menjadi tugasnya untuk mengurus dan membangunkan sumber manusia dengan menjalin hubungan yang baik dengan individu-individu di bawah kawalannya. Beliau juga bertanggungjawab membuat keputusan yang tepat seperti keputusan yang melibatkan kewangan.5.4 Memimpin dan Memotivasi Pemimpin yang berwibawa bertanggungjawab menjelaskan piawaian prestasi yang ditentukan supaya dapat difahami oleh pengikutnya untuk mempamerkan komitmen yang tinggi dan dapat mewujudkan hubungan baik dua hala. strategi dan idea-idea baru melalui rundingan untuk mendapat sokongan dan kerjasama individu-individu di bawahnya.2 Mengorganisasi Pemimpin mestilah berpengetahuan dalam bidang teknikal supaya dapat menjalankan tugasnya mengenal pasti dan menjelaskan tugas. Beliau mestilah berupaya menentukan keperluan tenaga manusia dengan melatih dan memilih pekerja yang berpotensi. Pembantu Guru Besar dan Pengerusi Panitia mesti berfungsi sepenuhnya serta faham tugas dan peranan masing-masing. Merancang akan menentukan aliran tindakan bagaimana hendak mencapai matlamat dalam meningkatkan prestasi kurikulum dengan mengenalpasti isu. kumpulan-kumpulan kerja. Guru Penolong Kanan. norma organisasi tersebut. analisis masalah. interaksi yang tidak formal dengan individu-individu di bawahnya serta menangani konflik antara individu dan kumpulan dalam organisasinya. tanggungjawab dan peranan ahlinya mengikut kedudukan dan jawatan dan berupaya membuat pecahan tugas supaya boleh diuruskan hingga kepada aktiviti-aktiviti yang kecil. 2. sepanjang proses mengurus sumber manusia kerana adalah menjadi tanggungjawab pemimpin mengambil kira aspek-aspek yang tersirat yang perlu ditekankan dalam pengurusannya dari segi attitud. 2. individu.

Seterusnya mengambil tindakan susulan ke atas peningkatan atau pemulihan ke atas program berdasarkan analisis dan mengurus penilaian secara terancang dengan program yang strategik. mengawal.4.kejayaan seorang pemimpin. sahsiah guru. disiplin murid dan kejayaan di bidang kokurikulum. Memimpin ke arah hala tuju sasaran dengan menentukan kos. menggalakkan penggunaan komputer dan ABBM dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi bimbingan dan ganjaran kepada murid dan guru. panduan. 2. jimat. bersesuaian dengan masa. Mengawal selia pula adalah melalui pemantauan bilik darjah. difahami dan bermatlamat. Kawalan dan jaminan mutu wajar dilaksanakan. pemerhatian.5 Mengawal Pemimpin bertanggungjawab memastikan semua aktiviti berjalan lancar seperti yang dirancangkan supaya setiap unit dalam organisasinya menunjukkan prestasi yang cemerlang selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan.mudah diukur. membetulkan kesalahan dan membuat penilaian peringkat-peringkat pelaksanaan perancangan. potensi untuk berkembang dan kemampuan untuk menerima tanggungjawab adalah ciri-ciri yang sememangnya wujud dalam diri manusia. disemak dan diubahsuai di semua peringkat kerja untuk memastikan kemajuan selaras dengan piawaian dan matlamat. pemeriksaan buku latihan murid serta perjumpaan dengan ibubapa murid. mengurus. Guru Besar perlu memegang kepada sasaran kerja tahunan untuk merancang dengan mengadakan penyusunan struktur tugas guru-guru dan kakitangannya 6 . 3. Mengembangkan potensi guru dengan membuat penyeliaan dan pencerapan dalam mata pelajaran. Sesungguhnya motivasi. pengukuran prestasi. boleh diterimapakai dan fleksibal. Oleh itu Guru Besar perlu bijak merancang. penilaian prestasi. latihan. laporan kemajuan. Mengawal tugas adalah dalam menentukan apa yang dirancang seperti membuat penyeliaan. diselia. jangka waktu. membuat keputusan dan memantau aktiviti yang dirancang. Sistem kawalan mestilah tepat . arahan-arahan. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kecemerlangan Sekolah Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada pelbagai faktor untuk melahirkan kecemerlangan sebuah sekolah yang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi meliputi keceriaan sekolah. Untuk tujuan ini perlulah diadakan kriteria piawai. rasional. dorongan dan ransangan serta memberi bimbingan. mendapatkan maklumbalas dan membetulkan penyimpangan untuk setiap tugas dan tanggungjawab seperti Fail Meja dan Prosedur Manual Kerja dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif. Oleh itu pemimpin bertanggungjawab mendorong individu-individu yang dipimpinnya melalui ganjaran dan suasana kerja yang baik untuk perkhidmatan yang berterusan supaya mereka berjaya melakukan apa yang mereka lakukan pada tahap cemerlang. teguran dan tunjuk ajar untuk mencapai kejayaan.

bermotivasi dan berkesan kerana murid perlu mendengar dan membuat kesimpulan sendiri seperti melalui pembelajaran yang berasaskan masalah dan pengalaman. Persekitaran yang kondusif juga akan meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja. teknik dan model-model pengajaran dan pembelajaran moden akan membantu pengajaran guru dan pembelajaran murid secara terus. Berpandukan kepada teori. Iklim pembelajaran lebih menarik. kemahiran guru perlu diambil kira dalam menstrukturkan tugas guru-guru. Penguasaan ilmu 7 .mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing selaras dengan matlamat organisasi untuk membuat perubahan membangunkan insan. Penggunaan alatan moden seperti mesin fotostat. Perubahan teknologi yang melibatkan pengurusan sekolah secara saintifik akan meningkatkan lagi keberkesanan perjalanan dan operasi kerja. tinjauan maklum balas. maka hasil yang diperoleh adalah sekadar biasa sahaja tetapi apabila dia membuat sesuatu yang lebih daripada biasa maka hasilnya adalah luar biasa. menyatakan jika sesorang Guru Besar menjalankan tugas secara biasa. komputer. Terdapat pelbagai teknik untuk memandu individu dan kumpulan untuk bekerja lebih berkesan yang diantaranya ialah dengan menggunakan teknik Pembangunan Kumpulan dan Pembangunan Profesional di sekolah melalui latihan sensitiviti. kepakaran. Jika terlalu banyak aktiviti dan kelekaan Guru Besar dalam satu-satu aktiviti menyertai pertandingan untuk menarik perhatian pihak lain akan menghalang pembangunan perubahan di sekolah. proses perundingan. faktor-faktor seperti minat. audio visual. Oleh itu Guru Besar perlu memainkan peranannya untuk menjana kecemerlangan melalui pelbagai aktiviti dan kursus yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan kompetensi Guru Besar di sekolah namun terdapat juga Guru Besar yang tidak dapat mengikut arus perubahan. Guru Besar haruslah mengkaji kelemahan dan halangan bagi membolehkan penyusunan semula tugas dilakukan supaya perubahan yang dilakukan akan mendapat penerimaan yang positif daripada guru-guru dan kakitangannya. Peranan Guru Besar Menjana Kecemerlangan Ibrahim Mamat (1998). unsur. 4. membina pasukan kerja dan perkembangan antara kumpulan selaras dengan Pembangunan Kurikulum oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. bentuk dan stail kepemimpinan yang berbagai itu melalui kursus dan latihan yang diberikan itu memungkinkan Guru Besar membentuk kepemimpinannya tersendiri melalui contoh dan pengalaman untuk meningkatkan potensi kepemimpinannya tetapi sikap Guru Besar yang selesa dengan jawatannya perlu lebih banyak lagi didedahkan untuk mengurus dan membangunkan sumber manusia dengan mewujudkan iklim yang kondusif dalam menjalin hubungan yang baik dengan individu-individu di bawah kawalannya.

Guru Besar perlu mengekalkan ketampakannya dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti dan program yang dijalankan. faktor kemanusiaan dan faktor teknikal apabila memilih stail dan jenis kepemimpian. Oleh itu Guru Besar perlulah mengagihkan tugas secara saksama dan mengikut keupaayaan guru dan staf untuk membina sistem birokrasi yang sempurna dengan mengambilkira faktor-faktor fizikal. Kompetensi yang tinggi di kalangan Guru Besar diperlukan untuk menyempunakan tanggungjawabnya meransang dan menggembeling tenaga manusia di bawah kawalannya selaras dengan halatuju dan matlamat yang jelas kepada lima sasaran utama iaitu murid. aliran kuasa dalam carta oganisasi tersebut perlu jelas dan telus supaya guru-guru tidak akan keseorangan apabila menjalankan tugas atau menyelesaikan sesuatu isu. akademik dan kokurikulum. berminat dan mempunyai asas pengetahuan yang cukup. 4. Antara peranan yang dimainkan ialah : 4. Kecemerlangan sekolah hanya akan dapat dijana melalui peranan Guru Besar menggembleng tenaga kerja dengan budaya kerja yang cemerlang dan perancangan program yang teratur dan bermatlamat secara menyeluruh dan aktif. sahsiah guru. Peningkatan 8 . Kurikulum dijadikan teras utama kecemerlangan sekolah dan waktu instruksional dijaga dengan mengamalkan sikap kerjasama profesional di kalangan guru dengan pendekatan bekerja secara koloboratif.1 Guru Besar Sebagai Pengurus Guru besar bertanggungjawab menjelaskan serta membahagikan kewajipan tugas dan mengagihkan kemudahan-kemudahan secara teratur sejajar dengan matlamat sekolahnya secara optimum. koperatif dan kesejawatanan untuk mewujudkan semangat kekitaan. Pembahagian tugas ini akan dapat memberi kakitangan sekolah sesuatu peranan dalam struktur pentadbiran sekolah dan seterusnya akan dapat mengasah minat dan kemahiran mereka dalam pengelolaan.dan kemahiran pengurusan di kalangan pemimpin pendidikan perlu dipertingkatkan menerusi program latihan yang komprehensif dan bersepadu disamping dilengkapkan dengan pengetahuan dalam bidang perundangan yang membabitkan persekitaran pekerjaannya.2 Guru Besar Sebagai Penyelaras Kurikulum Guru Besar hendaklah memainkan peranannya pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan proses P & P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah dengan memberi bimbingan yang sewajarnya kepada guru-guru supaya dapat melaksanakan tugas pengajaran mereka dengan baik mengikut konteks profesionalisme keguruan. Sebagai contoh carta organisasi keselamatan murid yang disediakan perlulah menekankan guru yang bertanggungjawab itu adalah guru yang sesuai. fizikal sekolah. Selain daripada itu bidang kuasa.

4. mampu melihat masa depan.kecemerlangan sekolah untuk mengawal standard kurikulum juga melalui galakan insentif dan ganjaran kepada guru dan murid. mendorong. Guru Besar perlu mempunyai ciri-ciri memujuk. memantau kemajuan murid. Penglibatan. Sehubungan dengan itu penilaian dan pentafsiran akan menjadi panduan untuk menentukan perancangan aktiviti P&P pada keseluruhannya dengan lebih berkesan. berimaginasi. berteknologi. aliran komunikasi. Guru Besar bertanggungjawab untuk memainkan peranannya untuk melaksanakan dasar dan program pendidikan mengikut garis panduan dan kehendak ke dua-dua belah pihak. Beliau perlu mahir dan menjadi pakar rujuk dalam bidang P&P supaya dapat memberi nasihat serta membantu guru.3. boleh dipercayai. mahir. Kemahiran Guru Besar di bidang komunikasi juga dapat memberi kefahaman yang jelas tentang dasar. Guru Besar perlu mengambil peduli (cakna) terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid serta perkembangannya dengan menyelaras kurikulum. berdaya ingat. tekun dan berketerampilan untuk memastikan aspirasi dan matlamat sekolahnya tercapai. Guru Besar Sebagai Ahli Pendidik Kuasa sah yang ada pada lantikan Guru Besar tidak memisahkan Guru Besar daripada memainkan peranannya sebagai pendidik. matlamat dan sasaran yang hendak dicapai supaya program-program dan aktiviti yang dijalankan akan mendapat sumbangan kewangan. komitmen dan kerjasama pelbagai pihak amat penting bagi memastikan semua maklumat. murid dan staf sokongannya menyelesaikan masalah yang mereka hadapi semasa menjalankan tugasnya. membudayakan perkembangan profesional dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah. Oleh itu kemahiran dalam bidang kemanusiaan perlu ada di kalangan Guru Besar untuk mengelak konflik dan mengekalkan keharmonian. berpengetahuan. Beliau perlu mengajar sejumlah waktu mata pelajaran untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi guru dan murid disekolahnya dan membolehkan konsep kepimpinan melalui teladan diterapkan di sekolahnya. 4. 9 . sumber kewangan.4 Guru Besar Sebagai Penghubung Antara Pihak Jabatan Dengan Guru Dan Pihak Sekolah Dengan Komuniti Sebagai wakil Kementerian Pelajaran atau penasihat PIBG sekolah. sumber tenaga dan kepakaran dapat digembleng dan diurus dengan cekap dan berkesan dalam menjayakan agenda pendidikan. peralatan dan kepakaran badan koporat atau syarikat swasta. diyakini.

Sebagai contoh. tindakan pencegahan dan pembetulan tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.4. Guru Besar yang bermaklumat akan lebih dihomati kerana maklumat yang diperoleh dapat menyakinkan guru dan staf untuk bersama-sama menyelesaikan masalah atau meningkatkan prestasi sekolah. perundangan pendidikan dan kegiatan luar. mengurangkan birokrasi untuk meningkatkan penggunaan kemudahan fizikal dan bilik khas.5 Guru Besar Sebagai Sumber Pengetahuan Dan Perkembangan Guru Besar harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang akademik. Walau bagaimanapun bagi seorang Guru Besar yang berkesan ia harus boleh menjangka 10 . pengetahuannya pengurusan kewangan sekolah akan dapat membantunya mengurus kewangan secara sistematik dan berfaedah tanpa meletakkan beban tersebut kepada kerani semata-mata dan dapat mengesan kemungkinan ketidaktelusan berlaku dalam pengurusan tersebut. Selain daripada itu Guru Besar diperlukan sebagai pembimbing untuk meningkatkan kemahiran dalam pedagogi guru. Oleh itu untuk memastikan guru tahu apa yang hendak dibuatnya untuk mengurus P&P dengan baik.6 Guru Besar Sebagai Pembimbing Perkhidmatan bimbingan bukan sahaja kepada murid-murid tetapi juga kepada guru dan kakitangan sekolah. Dalam hal ini Guru Besar perlu mempunyai kemahiran asas penyelidikan termasuk kaedah penyelidikan. 5. mengeratkan hubungan rakan sejawat dengan membina komunikasi yang baik. Pengetahuan dan kemahiran di bidang ICT adalah satu kelebihan kepada Guru Besar. Tanpa maklumat yang mencukupi. Guru Besar perlu mengetuai perancangan pelaksanaan ICT di sekolah. Faktor-Faktor Yang Menjadi Kekangan Kepada Usaha Menjana Kecemerlangan Guru Besar adalah ketua dan pemimpin kurikulum dan ikhtisas sekolah bertanggungjawab mengawal dan memastikan pengurusan kurikulum mencapai matlamat dan objektif KBSR. menganalisis data serta bentuk tindakan susulan yang akan dicadangkan. membimbing peluangpeluang kenaikan pangkat. Guru Besar perlu mempunyai kemahiran interpersonal supaya dapat menghulurkan simpati. Beliau perlu mahir dalam hubungan komunikasi dan cepat membaca keadaan dan staf di bawahnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi samada bercorak peribadi atau iktisas. panduan dan bimbingan yang berpatutan untuk membuktikan bahawa kakitangannya sentiasa dipertimbangkan dan dipentingkan supaya dapat mengeratkan sailatulrahim dan kerjasama di antara ke dua belah pihak. pengurusan pentadbiran. 4. memproses data. menyuburkan budaya ilmu melalui amalan tazkirah pada hari Jumaat dan meningkatkan kebajikan guru melalui Hari Keluarga dan ziarah menziarahi. Setiap usaha yang dilakukan tidak dapat lari dari menempuh pelbagai halangan dan cabaran.

Ada kalanya ia menggongkong dan rigid apabila dikehendaki memenuhi peraturan tertentu dan juga untuk memuaskan kehendak masyarakat yang sentiasa memberi perhatian kepada isu–isu pendidikan.F. iklim sekolah yang tidak kondusif dan komplikasi dalam diri Guru Besar. Oleh itu kekurangan sokongan dan komitmen daripada kakitangan terhadap perubahan akan berlaku. Cambell. menyatakan Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan organisasi birokrasi berpusat yang terbesar dengan lapisan hierarki pentadbiran dari sekolah. negeri. Guru Besar juga sepatutnya diberi kelonggaran untuk memilih guru yang akan mengajar di sekolahnya dan matapelajaran yang ditawarkan di sekolahnya. Misalnya pertukaran mata pelajaran dan kelas yang diajar serta penambahan waktu mengajar dan aktiviti kelas tambahan agak kurang digemari oleh guru. Wujudnya perasaan tidak percaya terhadap Guru Besar yang membuat perubahan juga boleh menjadi penghalang kepada perubahan. bahagian dan kementerian. R. Setiap perubahan yang dilaksanakan sukar diterima jika ia melibatkan penambahan beban kerja terhadap kakitangan. Adalah diharapkan autonomi diberikan kepada Guru Besar dalam membuat sesuatu keputusan yang releven untuk sekolahnya seperti kelonggaran dalam pengurusan kewangan kerana setiap sekolah mempunyai mempunyai keperluan yang berbeza. Abdul Shukor Abdullah (2004). Guru Besar sekolah tidak boleh membuat keputusan melainkan keputusan itu disokong dan dipersetujui oleh pihak atasan. Ada juga guru atau staf lain menentang perubahan kerana mereka sendiri tidak dijelaskan tentang matlamat dan sebab-sebab perubahan dilakukan. Sebagai contoh di sekolah saya telah dikehendaki untuk membuka kelas JAQF tetapi sehingga sekarang 11 . Ketidakpercayaan ini mungkin berpunca dari kelemahan Guru Besar itu sendiri yang tidak yakin samada perubahan itu boleh membawa kejayaan atau kegagalan. Guru Besar mempunyai delima dalam berhadapan dengan masalah birokrasi dalam bidang pentadbiran. pengurusan personnel dan prestasi akademik. terjemahan Abd Rahman Md Aroff. Birokrasi mempunyai kesan dan pengaruh yang kontradiksi di samping memberi kesan positif ia boleh memberi kesan dan masalah negatif. menyatakan Guru Besar berdepan dengan lima permasalahan utama yang sering menjadi topik utama umum yang mencabar kepuasan kerja mereka walaupun mereka mempunyai kompetensi yang tinggi untuk menjalankan tugas mereka iaitu:      karenah birokrasi dan percanggahan kehendak. daerah. Pada mereka apa akan berlaku pada masa hadapan masih belum jelas. (1998). ketidaksempurnaan prasarana sekolah.apakah halangan yang bakal dihadapainya sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan kepada usaha menjana kecemerlangan.

12 . keertian tugas. Kepimpinan yang unggul tidak mungkin menjelma jika pengurusan organisasi adalah berbentuk kawalan birokrasi yang berlebihan. autonomi dan maklum balas tugas.Kementerian Pelajaran tidak menghantar guru khas dan membebankan guru Agama Islam di sekolah kerana terpaksa menampung kelas tersebut sendirian. Walaupun penguasaan ilmu dan kemahiran pengurusan di kalangan pemimpin pendidikan dipertingkatkan menerusi program latihan yang komprehensif dan bersepadu. Jabatan atau Kementerian. Jabatan Agama. Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu mereka bentuk semula tugas Guru Besar secara effektif dengan penyediaan deskripsi kerja dan spesifikasi kerja yang dapat menjelaskan aktivitiaktiviti dalam bidang tugas dengan mengambil kira matlamat sekolah untuk meningkatkan kepuasan kerja dan kompetensi Guru Besar. Pada tahun hadapan saya akan menangguhkan kelas tersebut sehingga guru JAQF dihantar ke sekolah saya. Kementerian Belia dan Sukan. Reka bentuk jawatan seseorang dapat menentukan sempadan tugas dan autoritinya dalam kepelbagaian kemahiran. akta pendidikan dan dasar kerajaan menjadi pegangan. Reka bentuk jawatan perlu lebih menarik untuk memberi peluang dan keyakinan kepada mereka menggunakan pengetahuan dan kepakaran mereka kerana kebanyakan Guru Besar kurang arif dengan skop kerja mereka secara hakiki dan hanya menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh pihak PPD. Kementerian Pengguna dan Alam Sekitar. Mengikut sistem yang dilaksanakan sebelum ini Guru Besar dilantik selepas melalui zon kenaikan pangkat. Guru Besar kurang dilengkapkan dengan pengetahuan dalam bidang perundangan yang membabitkan persekitaran pekerjaannya sehingga menimbulkan sikap cuba melindungi perkara-perkara yang melibatkan perundangan yang berlaku disekolahnya kerana kurang arif untuk menanganinya sebagai contoh membiarkan guru-guru atau staf tidak hadir berlarutan atau masalah disiplin murid di sekolah sehingga dibongkar oleh pihak media. identiti tugas. bomba. kerajaan negeri. pejabat daerah dan penghulu. Kepuasan kerja yang tinggi terhadap reka bentuk pekerjaan akan menjurus kepada peningkatan pencapaian dalam organisasi seperti menurut Rozhan Othman (2005). Dasar pelantikan Guru Besar berdasarkan kekananan serta pengalaman calon seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bermula daripada seorang guru darjah kepada Guru Besar tanpa latihan dan persediaan untuk mengurus dan mentadbir sekolah perlu diubah kerana selama ini kebanyakan Guru Besar menjalankan tugas mereka secara trial and error walaupun surat pekeliling. Sebagai contoh Guru Besar tersepit dan tertekan dengan pelbagai aktiviti yang hendak dijalankan terutama dalam bidang kokurikulum kerana bukan sahaja perlu menjalankan aktiviti yang telah dirancang tetapi juga perlu akur untuk menjalankan dan menyertai aktiviti dari pelbagai agensi dan jabatan di luar sekolah seperti jabatan polis.

Guru Besar perlu didedahkan untuk mengurus dan membangunkan sumber manusia supaya dapat mewujudkan iklim yang kondusif dalam menjalin hubungan yang baik dengan individu-individu di bawah kawalannya. penyeliaan dan pemantauan serta segala aktiviti yang menyokong kecemerlangan pengajaran guru-guru di kelas. persepsi. Peruntukan kewangan yang terhad dengan prosedur yang ketat menjadi penghalang kepada Guru Besar untuk menggunakan budibicara yang bijak dalam pengurusan kewangan menyebabkan ramai Guru Besar merasa tertekan untuk menguruskan persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah secara cekap dan berkesan. pelaksanaan program. Oleh itu keutamaan perlu ditentukan dari segi peruntukan kewangan. norma organisasi dan interaksi yang tidak formal diperlukan untuk menimbulkan semangat kekitaan akan dapat meningkatkan kualiti kerja di sekolah. Kerajaan perlu menaiktarafkan sekolah-sekolah secara fizikal dengan memastikan semua sekolah mempunyai makmal sains. Kerajaan juga perlu menimbang semula anggaran belanja mengurus yang dibuat dengan menambah peruntukan dan memberi kelonggaran autonomi kepada Guru Besar untuk menguruskan kewangan sekolah. dengan mengambil kira aspek-aspek dari segi attitud.Menurut Faridahwati Mohd Shamsudin dll (2006). Mereka sentiasa terkini dengan perubahan untuk memastikan kejayaan pendidikan anak-anak mereka dan memberi tekanan kepada pentadbir. Pengurusan kurikulum adalah nadi dalam pengurusan sekolah. dari sudut pengurusan organisasi secara umum. Guru Besar juga menghadapi berbagai-bagai cabaran dalam menguruskan sekolah bukan sahaja datang dari dalam tetapi juga dari luar sekolah yang perlu ditangani. Penyelesaian adalah tindakan jangka panjang oleh itu Guru Besar perlu bijak menggunakan sumber yang ada di sekolah untuk menyokong dasar kerajaan. keperluan untuk meramal tenaga kerja berkait rapat dengan keupayaan organisasi untuk memastikan setiap jawatan dalam organisasi diisi oleh mereka yang berkelayakan dan kompeten. Sejak akhirakhir ini kebanyakan subjek mengalami perubahan dari segi kandungan atau pendekatan. 13 . Ketidaksempurnaan prasarana juga menyebabkan iklim sekolah yang tidak kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dalam membangkitkan prasarana sekolah sebagai sumber ilmu. Peruntukan yang mencukupi akan dapat mengelak terjadinya masalah Guru Besar salah menggunakan kuasa dengan menerima komisyen jualan buku atau peralatan sekolah. Oleh itu pengetahuan dalam bidang pengurusan sumber manusia amatlah penting dengan memberi penekanan kepada amalan peningkatan produktiviti dan teknik memotivasikan staf di bawahnya. Ibubapa sekarang sangat peka dengan pendidikan anak-anak mereka. Oleh itu amalan kerja berpasukan. bengkel Kemahiran Hidup dan makmal komputer tanpa mengambil kira gred sekolah itu sama Sekolah Gred A atau Sekolah Kurang Murid.

Sehubungan itu langkah kerajaan membiayai Program Khas Pensiswazahan Guru Besar dalam bidang pengurusan pada tahun 2004 dengan memberi peluang kepada Guru Besar yang berusia 48 tahun untuk melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di seluruh negara adalah wajar. bila dan siapa yang akan melaksanakan perubahan tersebut untuk mengaplikasikan stail kepemimpinan yang sesuai. jabatan dan pejabat pelajaran amatlah diperlukan untuk menggalakkan Guru Besar supaya terus bekerja dengan mempamerkan prestasi yang baik dengan stuktur kerja yang jelas dan fleksibel. matlamat.Oleh itu Guru Besar juga perlu peka kepada sensitiviti kepada pelbagai budaya dengan melibatkan ibubapa dalam perkongsian pintar supaya mereka dapat membantu meningkatkan kualiti pengurusan serta berdaya tahan untuk mengurus sekolah. Ia bukan satu keistemewaan tetapi satu tanggungjawab. Komplikasi dalam diri Guru Besar itu sendiri perlu juga diberi perhatian supaya tahap kepuasan kerja Guru Besar tidak menurun dengan menyemak semula elaun dan gaji yang ditawarkan kepada jawatan Guru Besar untuk mengelakkan mereka daripada bersara pilihan atau mengalami stress. Selain daripada itu pihak luar juga akan dapat peluang menyumbang jika tahu sekolah akan mengadakan majlis Maulidul Rasul. bagaimana. 14 . Sebagai contoh sekolah boleh mendapatkan kepakaran ibubapa dalam bidang sukan untuk melatih murid pada waktu petang tanpa kos perkhidmatan. piawaian prestasi dan dan latihan yang berterusan supaya tidak berlaku kemerosotan dalam kerjaya mereka dan menyebabkan mereka ingin melepaskan diri. Kepemimpinan bukan ruang dan peluang untuk bertindak sesuka hati tetapi wadah untuk memberikan perkhidmatan dengan penuh kesabaran. Guru Besar perlu mengamalkan pintu terbuka untuk menerima cadangan dan kepakaran dari pihak luar. Pengetahuan mengenai asas teori dan model perubahan juga amat penting untuk dijadikan panduan untuk meningkatkan pencapaian organisasi dan boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkan pelbagai halangan. Sokongan daripada kementerian. Ia juga bukan satu kemudahan tetapi satu pengorbanan. Purata usia guru besar yang dilantik adalah pada umur empat puluh tahun ke atas setelah masuk ke zon kekananan mereka. Pada masa tersebut mereka adalah dalam peringkat terakhir kerjaya mereka setelah sekian lama berada ditakuk yang lama. Penutup Sebagai pemimpin sekolah dan agen perubahan. Guru Besar harus memahami dan menganalisis perubahan yang hendak dilaksanakan. tujuan. Adalah diharapkan kumpulan Guru Besar pertama yang akan menamatkan pengajian mereka pada tahun 2008 akan dapat bertindak sebagai agen perubahan dalam meneruskan kesinambungan kecemerlangan dalam bidang pengurusan dan kepemimpinan. 6.

W. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah-sekolah yang berjaya. Hechinger dalam petikan Ishak bin Sin (2004). 15 . membangunkan kekuatan dan seterusnya memperkembangkan pengetahuan. Bagi setiap kes. sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat.Budaya dan etika kepemimpinan perlu bukan sahaja selepas digelar Guru Besar tetapi tuntutan itu meminta kita menghayai falsafah kepemimpinan dalam kehidupan seharian dengan menganalisis segala bentuk ilmu kepemimpinan supaya dapat menguasai seni kepemimpinan sehingga dapat menyentuh hati naluri orang-orang sekeliling kerana sekolah yang berjaya akan dapat dilihat daripada pengurusan sekolah yang mampan. saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin oleh pengetua/guru besar yang lemah. atau sekolah yang lemah dipimpin oleh pengetua/guru besar yang baik. Hanya dengan penghayatan yang demikian barulah akan dapat melahirkan kecemerlangan dan reda dalam tugas harian. “Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan. cekap dan berkesan menurut Fred M.T. kemahiran dan kepakaran yang ada untuk meningkatkan tahap kehidupan manusia agar lebih selamat dan selesa.” Walau bagaimanpun fungsi Guru Besar dianggap sesuatu yang dituntut kerana tidak ada gunanya seseorang itu memegang jawatan yang beramanah serta bertanggungjawab sekiranya beliau tidak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan sempurna. jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualiti pengetua/guru besar. untuk mengurus manusia sesama manusia selaras dengan sistem yang telah ditetapkan oleh Allah. dan kesalnya. Justeru itu Guru Besar perlu menganggap tugas mereka sebagai ibadah yang diamanahkan oleh Allah S. Agama Islam telah menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membaiki kelemahan.

tingkahlaku dan tindakan yang diperlakukan untuk menjadi seorang pengetua yang berkesan? Jurnal pengurusan kepimpinan pendidikan. Petaling Jaya: Prentice Hall Abdullah Sani Yahaya (2005). Pengetua sekolah menangani isu dan cabaran kepemimpinan pendidikan.usm. Mohamad Ismandi Wasli dan Edora Ismail (2006).F. Kuala Lumpur: Leeds Publications.html retrieved at 22 Ibrahim Mamat (1998). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Pertanian Faridahwati Mohd Samsudin. Jaafar Muhamad (2007). (2005). Mohd. R. Johor Bharu: Jabatan Pendidikan Johor. Ghazali Din. Kuala Lumpur: PTS Profesional Cambell. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Bhd. Ishak bin Sin. Pengenalan pentadbiran pendidikan. Kelakuan organisasi. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. terjemahan Abd Rahman Md Aroff. Zuraida Hassan. Abd Shukor Abdullah. Hadziroh Ibrahim.geocities. Izham Mohd Hamzah & Sufian Hussein.htm retrieved at 23 http://www. Pengetua sekolah yang efektif.penerbit. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Sekolah Sebagai organisasi pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Md Lazim Mohd Zin. Memperkasakan kepimpinan sekolah: teori manakah yang perlu digunapakai oleh pengetua. Pengurusan sumber manusia di Malaysia. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.BIBLIOGRAFI Ab. Ishak bin Sin. Penyemai kreativiti guru: Bestari. Aziz Yusof (2004). Jurnal pengurusan dan kepemimpinan pendidikan: Kepemimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikan cemerlang. Prosiding Seminar nasional pengurusan dan kepemimpinan pendidikan ke 11. Md. (1998). Apakah yang tertulis dalam khazanah tulisan ilmiah tentang tret. Kepemimpinan Berkualiti Satu proses dua hala. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. Chandrakantan Subramaniam. Amin Senin (2005). Jurnal Pengurusan dan Sept 07 Sept 2007 16 . (2006). (2004). Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.com/padeat68/jurnal_InstitutPengetua. Seminar nasional pengurusan dan kepimpinan pendidikan ke 13. Mengurus sekolah. (2002). Gaya kepemimpinan yang digemari. Ishak Sin. (2004). Hasidin Zaini (1998). Penghantar pengurusan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki Ayob Jantan (2007). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Sdn Bhd http://www.my/pen2006/SSU/sulai/index.

Selangor: Multimedia-ES Resources. Leadership and organisational structure. Chicago: St Glair Press. Pengurusan sumber manusia : Menghadapi cabaran era pengetahuan. 17 . Ebi Shahrin Suleiman dan Wan Khairuzzaman Wan Ismail (2006). Kepemimpinan pendidikan di Malaysia. Tabiaat organisasi.kepimpinan pendidikan : Perubahan terancang dalam pendidikan: Proses dan mekanisme pelaksanaan. Rozhan Othman. Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK): Pengurusan dan pentadbiran. Ungku Norulakmar Ungku Ahmad. (2005). Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.s 215-219 Shetty. Razali Mat Zin (1997). Kuala Lumpur: PTS Publications. Mok Soon Sang (2007). Petaling Jaya: Prentice Hall Yahaya Don (2007). Prinsip Islam sebagai dasar pembinaan peradaban dalam organisasi kerja.K. (1976). Y. Kedah: Uiversiti Utara Malaysia. m.