You are on page 1of 9

Kementerian Pelajaran Malaysia

Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

MATEMATIK

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

1

Buku Sukatan Pelajaran Matematik, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ini ialah terjemahan yang sah daripada buku Mathematics Syllabus, Integrated Curriculum for Primary Schools terbitan Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia, Putrajaya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel: 603-88842000 Faks: 03-88849917 Laman Web: http/www.moe.gov.my Cetakan Pertama 2012 © Karya terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum © Curriculum Development Centre, 2003 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, makanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

2

PENGENALAN
Hasrat Negara untuk melahirkan masyarakat yang berketrampilan akan tercapai sekiranya mereka mahir dalam penggunaan Matematik dalam kehidupan harian. Bagi mencapai hasrat ini, usaha-usaha perlu diambil bagi memastikan yang masyarakat itu mengasimilasikan Matematik dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu, keupayaan untuk menyelesaikan masalah dan berkomunikasi dalam matematik mesti dibina dari peringkat awal supaya murid-murid memperolehi kemahiran-kemahiran itu dan boleh membuat keputusan dengan berkesan. Matematik adalah daya penggerak di belakang pelbagai pembangunan dalam bidang sains dan teknologi. Penguasaan Matematik itu adalah penting dalam menyediakan satu tenaga kerja untuk menjadi sebuah negara maju. Hasrat Negara menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan boleh dicapai sekiranya kemahiran-kemahiran pembangunan dan penyelidikan dalam bidang matematik itu dibentuk dari peringkat awal. Bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan kurikulum Matematik telah disemak dan dibangunkan semula bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan matematik berdasarkan kepada keupayaan dan latar belakang murid yang berbeza. Kemahiran dan pengetahuan ini diterjemah berdasarkan kepada keupayaan murid untuk mencari maklumat, dan menyesuaikan diri berdasarkan suasana dan cabaran yang ditempuhi. Kemahiran dan pengetahuan ini dapat membantu murid dalam kerjaya dan ini dapat memberi manafaat untuk masyarakat dan negara. Pendidikan di sekolah rendah adalah pendidikan asas. Kurikulum matematik telah direkabentuk bagi membolehkan semua murid-murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai dalam pendidikan matematik. Setiap murid dirangsang dan dibimbing untuk menguasai kemahiran asas matematik dan pada masa yang sama membentuk murid supaya lebih kreatif. Kurikulum Matematik sekolah rendah menumpukan kepada penyedian asas pendidikan matematik yang berpengetahuan, berkepentingan, dan bersikap positif terhadap matematik. Kemahiran berfikir dan belajar juga diterapkan dalam proses pengajaran pembelajaran bagi memudahkan murid menguasai konsep dan proses matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kepelbagaian teknik mesti digunakan. Gaya pembelajaran murid mesti diambil kira. Kaedah inkuri- penemuan perlu diberi penekanan supaya pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.

1

3

Pengajaran di dalam bilik darjah mesti dirancang supaya berkesan. Konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran asas boleh dikukuh dan direalisasikan dengan menggunakan objek konkrit. Latihan lisan dan kerja bertulis yang mencukupi juga perlu diberi perhatian. Murid-murid mesti menguasai fakta asas bagi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyelesaian masalah adalah satu teknik penting dalam matematik dan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu kemahiran berfikir, yang membenarkan idea-idea terhasil secara sistematik dan logik. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid membuat keputusan, aktiviti-aktiviti yang bersesuaian amat digalakkan supaya kemahiran ini menjadi kukuh di dalam jiwa murid. Murid boleh menggunakan pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Ini penting kerana pengalaman, sikap, kepercayaan dan kesediaan belajar murid mempengaruhi strategi menyelesaikan masalah. Oleh itu pengalaman dan latar belakang murid boleh dijadikan tanda aras kepelbagaian persoalan yang dikemukakan. Pendidikan matematik mesti menyepadukan unsur-unsur itu supaya dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi pengetahuan dan sikap. Nilai-nilai moral dan unsurunsur seperti pemikiran saintifik, patriotisme dan pendidikan alam sekitar mesti digabungkan dalam proses pengajaran pembelajaran yang berstruktur dan sistematik. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga harus diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik dan berkesan. Pentaksiran adalah satu proses berterusan bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai dan juga untuk mengukur sama ada proses pengajaran dan pembelajaran telah berjaya. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran perlu termasuk unsur diagnostik kendiri supaya murid dapat menilai tahap pencapaian pemahaman konsep, hasil pembelajaran dan dapat menilai pencapaian matematik persekolahan mereka.

MATLAMAT
Kurikulum matematik sekolah rendah bertujuan untuk membina pemahaman murid terhadap konsep nombor dan kemahiran asas dalam operasi, dan diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan aspirasi menjadi sebuah masyarakat dan negara maju, dan pada masa sama kemahiran ini membolehkan murid melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

2

4

OBJEKTIF
Kurikulum matematik sekolah rendah membolehkan murid-murid untuk: 1. Mengetahui dan memahami konsep, prosedur dan prinsip berkaitan:  Nombor,  Operasi,  Bentuk,  Ukuran,  perwakilan data; 2. Menguasai operasi asas matematik:  Penambahan,  Penolakan,  Pendaraban,  Pembahagian; 3. Menguasai kemahiran operasi bergabung; 4. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:  membuat anggaran dan penghampiran,  pengukuran,  pengumpulan data,  mewakili maklumat dalam bentuk graf dan carta; 5. Berkebolehan mengunakan kemahiran dan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan dan penuh tanggungjawab; 6. Berkebolehan menggunakan bahasa matematik yang betul; 7. Berkebolehan menggunakan teknologi yang sesuai dalam membina konsep, kemahiran dan penyelesaian masalah matematik; 8. Berkebolehan membina pengetahuan secara sistematik, heuristik, dengan tepat dan berhati-hati; 9. Menyertai aktiviti yang berkaitan dengan matematik; 10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

3

5

KANDUNGAN ORGANISASI
Kandungan pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah terdiri dari empat tajuk iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang dan Statistik. Untuk setiap tajuk, topik-topik disusun dari yang paling asas hingga abstrak. Ini membolehkan guru mengetahui pemeringkatan setiap topik, oleh itu membolehkan guru merancang pelajaran-mengikut keupayaan murid. Penyelesaian masalah dan kemahiran komunikasi digabungkan dalam setiap topik.

KANDUNGAN
Bahagian ini menerangkan secara ringkas skop pembelajaran yang meliputi Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang, dan Statistik, diikuti oleh satu senarai topik-topik yang mentakrifkan skop setiap bidang. 1. Nombor Nombor mewakili satu topik amat penting yang mesti dikuasai oleh murid. Kemahiran dan pengetahuan mengenai nombor mesti dikuasai sebelum murid mengikuti topik lain. Topik yang perlu dikuasai adalah Nombor Bulat, Pecahan, Perpuluhan, Wang dan Peratus. Butiran setiap topik adalah seperti berikut: 1.1 Nombor Bulat a. Nombor Bulat hingga 7 digit. b. Penganggaran dan Penghampiran. c. Penambahan, Penolakan, Pendaraban dan Pembahagian melibatkan nombor bulat. d. Operasi Bergabung. 1.2 Pecahan a. Pengenalan Pecahan. b. Pecahan Wajar. c. Pecahan Setara. d. Pecahan Tak Wajar. e. Nombor Bercampur. f. Perbandingan Pecahan. g. Penambahan dan Penolakan yang melibatkan pecahan. h. Pendaraban pecahan dengan nombor bulat. i. Gabungan dua operasi - tambah dan tolak pecahan.

4

6

1.3 Perpuluhan a. Pengenalan perpuluhan. b. Penukaran pecahan ke perpuluhan dan sebaliknya. c. Perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan. d. Penambahan dan penolakan yang melibatkan perpuluhan. e. Pendaraban dan pembahagian perpuluhan dengan nombor bulat. f. Gabungan dua operasi-tambah dan tolak perpuluhan. 1.4 Wang a. Pengenalan mata wang. b. Nilai mata wang. c. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan wang. d. Gabungan dua operasi- tambah dan tolak yang melibatkan wang. 1.5 Peratus a. Pengenalan peratus. b. Penukaran pecahan dan perpuluhan ke peratus dan sebaliknya. c. Nilai peratus. d. Penggunaan peratus dalam kehidupan harian.

2. UKURAN Ukuran adalah satu bidang yang penting dalam kehidupan harian kita. Pengetahuan dalam ukuran akan membantu murid menjalankan aktiviti harian mereka. Bidang ini meliputi Masa, Ukuran Panjang, Timbangan Berat dan Isipadu Cecair. 2.1 Masa a. Pengenalan masa. b. Sistem 12 jam dan sistem 24 jam. c. Tempoh masa. d. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan masa. 2.2 Ukuran Panjang a. Pengenalan ukuran panjang. b. Ukuran dan penganggaran. c. Penukaran unit dalam ukuran panjang. d. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan ukuran panjang.

5

7

2.3

Timbangan Berat a. Pengenalan timbangan berat. b. Ukuran dan Penganggaran. c. Penukaran unit dalam Timbangan Berat. d. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan Timbangan Berat. Isipadu Cecair a. Pengenalan isipadu cecair. b. Ukuran dan penganggaran. c. Penukaran unit dalam Isipadu Cecair. d. Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan Isipadu Cecair.

2.4

3.

BENTUK DAN RUANG Bidang ini menekankan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bentuk dan ruang yang ada hubungan kepada kehidupan harian murid. Ini boleh murid membentuk satu sikap yang positif dan menghargai keindahan semula jadi yang terhasil. Bidang ini mengandungi topik: 3.1 Bentuk Dua-Dimensi a. Jenis Bentuk Dua-Dimensi: Segiempat tepat, segiempat sama, segitiga sama kaki, segitiga sama, segitiga bersudut tegak dan bulatan. b. Ciri-ciri bentuk dua-dimensi. c. Melukis bentuk dua-dimensi. d. Perimeter segiempat dan segitiga. e. Luas segiempat tepat, segiempat sama, segitiga sama kaki, segitiga sama, segitiga bersudut tegak. Bentuk Tiga-Dimensi a. Jenis bentuk tiga-dimensi: kubus, kuboid, piramid, prisma, sfera, silinder dan kun. b. Ciri-ciri bentuk tiga-dimensi. c. Melukis bentuk tiga-dimensi. d. Isipadu kubus dan kuboid.

3.2

6

8

4.

STATISTIK Statistik mewakili satu bidang pembelajaran yang membolehkan murid mengumpul, menganalisis dan membuat kesimpulan daripada data. Skop bidang ini meliputi purata dan perwakilan data. 4.1 Purata a. Pengenalan Purata. b. Pengiraan Purata. Perwakilan Data a. Pengumpulan Data. b. Piktograf dan Carta bar. c. Maklumat dari Piktograf dan Carta Bar. d. Membina Piktograf dan Carta Bar.

4.2

7

9