You are on page 1of 24

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012   

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

3

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

4

TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid Instrumen : : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o

o

o

o

o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

5

TAFSIRAN BAND
BAND 1 2 3 4 PERNYATAAN BAND TAHU TAHU DAN FAHAM TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI TAFSIRAN Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

5

6

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

6

BAND
1 2

PERNYATAAN STANDARD
Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka. Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual. Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional. Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik. Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.

3

4

5

6

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

7

BAND
1 Tahu

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

B1D1E1 B1D1 B1 Mengenali dan mengetahui Menyatakan dan mengetahui unsur Menyatakan unsur seni unsur seni dan prinsip rekaan seni dalam Asas Seni Reka. • garisan dalam Asas Seni Reka. • rupa • bentuk • jalinan • ruang • warna B1D2 B1D2E2 Menyatakan dan mengetahui prinsip Menyatakan prinsip rekaan rekaan dalam Asas Seni Reka. • Kontra • Harmoni • Penegasan • Imbangan • Irama dan pergerakan • Kepelbagaian • Kesatuan

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

8

BAND 2 Tahu dan Faham

PERNYATAAN STANDARD B2 Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan dan pemerhatian terhadap sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual.

DESKRIPTOR B2D1 Mengenalpasti fungsi serta peranan unsur seni dalam Asas Seni Reka pada sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual.

EVIDENS B2D1E1 Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni, pada sumber alam, benda buatan manusia. B2D1E2 Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni, pada hasil karya Seni Halus. B2D1E3 Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni, pada hasil karya Komunikasi Visual. B2D1E4 Mengenalpasti fungsi dan peranan unsur seni, pada hasil karya Kraf Tradisional.

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

9

B2D2 Mengenalpasti fungsi serta peranan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka pada sumber alam, benda buatan manusia dan hasil seni visual.

B2D2E1 Mengenalpasti fungsi dan peranan prinsip rekaan, pada sumber alam, benda buatan manusia. B2D2E2 Mengenalpasti fungsi dan peranan prinsip rekaan, pada hasil karya Seni Halus. B2D2E3 Mengenalpasti fungsi dan peranan prinsip rekaan, pada hasil Komunikasi Visual. B2D2E4 Mengenalpasti fungsi prinsip dan peranan rekaan, pada hasil karya Kraf Tradisional.

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

10

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD B3 Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.

DESKRIPTOR B3D1 Aplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional menerusi proses penerokaan pelbagai media dan teknik

EVIDENS B3D1E1 Menghasilkan lakaran idea lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik B3D1E2 Menghasilkan lakaran idea catan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik B3D1E3 Menghasilkan lakaran idea arca dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik B3D1E4 Menghasilkan lakaran idea cetakan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik B3D1E5 Menghasilkan lakaran idea rekaan grafik yang mudah dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

11

B3D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan kraf ukiran atau tekat B3D2 Menghasilkan karya seni visual menerusi penerokaan proses, alat, media dan teknik . B3D2E1 Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran asas, penerokaan proses, media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek B3D2E2 Menghasilkan catan dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran asas catan, penerokaan proses, media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek

B3D2E3 Menghasilkan arca dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik yang sesuai B3D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik yang sesuai

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

12

B3D2E5 Menghasilkan mengaplikasi lakaran idea teknik dengan dan mukataip

reka bentuk grafik mudah dengan Asas Seni Reka berdasarkan penggunaan media, proses dan memberi perhatian kepada ilustrasi

B3D2E6 Menghasilkan ukiran atau tekat yang mudah dengan mengaplikasi Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea motif dan reka bentuk, penggunaan media, proses dan teknik dengan memberi perhatian kepada motif dan reka bentuk yang mudah.

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

13

BAND 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradab

PERNYATAAN STANDARD B4 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul serta dapat menerangkan tentang hasil kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik.

DESKRIPTOR B4D1 Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional berdasarkan idea dan proses.

EVIDENS B4D1E1 Menghasilkan lakaran lukisan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan lukisan dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, B4D1E2 Menghasilkan lakaran catan dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan catan dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan

B4D1E3 Menghasilkan lakaran idea dengan mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan arca dengan memberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D)

B4D1E4 Menghasilkan lakaran idea dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan cetakan DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

14

B4D1E5 Menghasilkan lakaran idea ilustrasi dengan mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan seni grafik yang mudah B4D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, media yang sesuai dan teknik yang betul dalam penghasilan kraf tradisional ukiran atau tekat B4D2 Menggunakan media yang sesuai dan teknik yang betul di dalam penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional B4D2E1 Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penerokaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek B4D2E2 Menghasilkan catan dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penerokaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek. B4D2E3 Menghasilkan arca dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D)

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

15

B4D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada disiplin cetakan

B4D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik mudah dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media dan teknik yang sesuai dengan memberi perhatian kepada ilustrasi, mukataip dan reka letak B4D2E6 Menghasilkan ukiran atau tekat dengan mengaplikasi Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai serta proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada motif dan reka bentuk yang mudah.

B4D3E1 B4D3 Membuat apreasiasi terhadap karya Mempamerkan dan memperihalkan hasil kerja sendiri. sendiri

B4D4E1 B4D4 Mengamalkan nilai kendiri yang baik Mengamalkan nilai kendiri yang baik semasa menjalankan aktiviti penghasilan seni visual semasa menjalankan aktiviti seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan berkeyakinan diri.

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

16

BAND

PERNYATAAN STANDARD B5 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul, mengikut proses penghasilan serta dapat membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai baik

DESKRIPTOR

EVIDENS

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Terpuji

B5D1 Menghasilkan lakaran karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang mempunyai tema dan mengaplikasikan Asas Seni Reka dengan betul.

B5D1E1 Menghasilkan lakaran lukisan mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan B5D1E2 Menghasilkan lakaran idea catan mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. B5D1E3 Menghasilkan lakaran idea mengikut tema dengan mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dalam penghasilan arca B5D1E4 Menghasilkan lakaran idea mengikut tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan cetakan

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

17

B5D1E5 Menghasilkan lakaran idea ilustrasi mengikut tema dengan mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan seni grafik B5D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk yang menarik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, media yang sesuai dan teknik yang betul dalam penghasilan kraf tradisional ukiran atau tekat B5D2E1 Menghasilkan lukisan yang kreatif mengikut tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan

B5D2 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang kreatif dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media dan teknik yang betul dan sesuai

B5D2E2 Menghasilkan catan yang kreatif dan mengikut tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

18

B5D2E3 Menghasilkan arca mengikut tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka yang bersesuaian berdasarkan lakaran idea dan penggunaan media yang kreatif serta proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada bentuk konkrit (3D) B5D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil yang kreatif dan mengikut tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea dan penggunaan media yang sesuai, proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada disiplin cetakan B5D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik yang kreatif dan mengikut tema, dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, penggunaan media dan teknik yang sesuai dengan memberi perhatian, kepada mukataip, ilustrasi, reka letak dan gubahan warna. B5D2E6 Menghasilkan ukiran atau tekat yang kreatif dan menarik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea, penggunaan media yang sesuai serta proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada reka bentuk dan ragam hias

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

19

B5D3E1 B5D3 Mengamalkan nilai kendiri yang Mengamalkan nilai kendiri yang terpuji semasa menjalankan aktiviti penghasilan seni visual terpuji semasa menjalankan aktiviti seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan yakin diri B5D3E2 Menghargai sumber alam ciptaan Tuhan dalam proses penghasilan karya

B5D4E1 B5D4 Membuat apresiasi terhadap hasil Mempamer dan memperihal hasil kerja sendiri kerja sendiri menggunakan bahasa dengan menggunakan bahasa seni seni

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

20

BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Adab Mithali

PERNYATAAN STANDARD B6 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.

DESKRIPTOR B6D1 Menghasilkan lakaran karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang kreatif dan unik dengan mengaplikasi Asas Seni Reka dan mempunyai elemen nilai tambah.

EVIDENS B6D1E1 Menghasilkan lakaran lukisan serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan B6D1E2 Menghasilkan lakaran idea catan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian, menerusi penerokaan dan penelitian pelbagai media dan teknik dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan B6D1E3 Menghasilkan lakaran idea yang kreatif dan unik, serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi penerokaan, pelbagai media dan teknik dalam penghasilan arca B6D1E4 Menghasilkan lakaran idea yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan cetakan

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

21

B6D1E5 Menghasilkan lakaran ilustrasi yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasikan asas seni reka yang bersesuaian menerusi proses penerokaan idea, pelbagai media dan teknik penghasilan seni grafik, secara manual atau berbantukan komputer B6D1E6 Menghasilkan lakaran motif dan reka bentuk yang kreatif dan unik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka yang bersesuaian melalui proses penerokaan idea, media yang sesuai dan teknik yang betul dalam penghasilan kraf tradisional ukiran atau tekat

B6D2 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional yang kreatif dan unik dengan mengaplikasi Asas Seni Reka melalui penggunaan media dan teknik mengikut prosedur yang betul, secara manual dan berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi.

B6D2E1 Menghasilkan lukisan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, menerusi penggunaan media dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan. B6D2E2 Menghasilkan catan yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea, menerusi penggunaan media dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada kadar banding dan hubungkait kedudukan objek, perspektif, satah dan imbangan.

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

22

B6D2E3 Menghasilkan arca yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka yang bersesuaian menerusi idea, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada bentuk konkrit (3D). B6D2E4 Menghasilkan cetakan timbulan atau stensil yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea dan penggunaan media, proses dan teknik yang betul dengan memberi penekanan kepada disiplin cetakan B6D2E5 Menghasilkan reka bentuk grafik yang kreatif dan unik serta menepati tema dengan mengaplikasi Asas Seni Reka berdasarkan lakaran idea yang kreatif dan unik, serta menggunakan media dan teknik yang betul dengan memberi perhatian, kepada mukataip, ilustrasi, reka letak dan gubahan warna B6D2E6 Menghasilkan ukiran atau tekat yang kreatif dan unik dengan mengaplikasikan Asas Seni Reka, berdasarkan lakaran idea, penggunaan media, proses dan teknik yang betul dengan memberi perhatian kepada reka bentuk, ragam hias dan kemasan

B6D3E1 B6D3 Membuat apresiasi terhadap hasil Mempamerkan dan membuat apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dan hasil kerja rakan kerja sendiri dan hasil kerja rakan menggunakan bahasa seni DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

23

B6D4E1 B6D4 Memahami dan menghargai hasil Menyediakan portfolio hasil kerja sendiri, warisan kerja sendiri, sumber alam, warisan seni budaya, seni visual tanah air dan luar negara seni budaya, seni visual tanah air dan luar negara

B6D5 Membudayakan nilai kendiri terpuji yang boleh dicontohi semasa menjalankan aktiviti

B6D5E1 Mengamal nilai baik semasa menjalankan aktiviti seperti bertanggungjawab,berdisiplin dan yakin diri dan menjadi contoh yang baik kepada rakan sebaya B6D5E2 Menjadi pembimbing menjalankan aktiviti

rakan

sebaya

sewaktu

DRAF  DSP Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2  28 September 2012 

24