You are on page 1of 40

1

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN ZZZT1043 HUBUNGAN ETNIK TAJUK : KEFAHAMAN MASYARAKAT MELAYU KEPONG TERHADAP ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA DAN INDIA PENSYARAH : DR.NAZRI BIN MUSLIM

NAMA AHLI KUMPULAN DAN NO.MATRIKS: NOORSYAMIMI BT ABDULLAH TAN YI WEN NUR AQIDAH NABILAH BT MOHD RADZI NOR FAEZAH BT ARSHAD NUR FADZLUN BT.JOHAN NURUL FAIZAH BT MUSTAFFA TEN WEI KEAT A132209 A132369 A132766 A132834 A132836 A133025 A133059

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1.1 Objektif Kajian.........3 1.2 Penyataan Masalah......................3 1.3 Metodologi Kajian............................................................................................3 1.4 Lokasi Kajian

KAJIAN TEORI 2.1 Adat Perkahwinan Masyarakat Cina 2.1.1 Pengenalan.4 2.1.2 Adat dan Perjalanan Perkahwinan.5 2.2 Adat Perkahwinan Cina Moden 2.2.1 Pengenalan.9 2.2.2 Adat dan Perjalanan Perkahwinan...12 2.2.3 Kelengkapan Perkahwinan14 2.2.4 Pantang Larang Perkahwinan...15 2.3 Adat Perkahwinan Tradisional India 2.3.1 Pengenalan...16 2.3.2 Adat dan Perjalanan Perkahwinan...16

ANALISIS DATA 3.1 (A) Latar Belakang Peribadi.23 3.2 (B) Soal-selidik28

4 5 6

KESIMPULAN38 RUJUKAN....39 LAMPIRAN..40

1.0

PENGENALAN

1.1 Objektif Kajian 1.1.1 Melihat sejauh mana kefahaman masyarakat melayu terhadap adat perkahwinan cina dan india. 1.1.2 1.1.3 dan 1.1.4 Mengetahui perbezaan antara adat perkahwinan cina dan india. Menilai penglibatan masyarakat melayu dalam perkahwinan cina india. Menerima dan menghormati adat perkahwinan etnik lain.

1.2 Penyataan Masalah 1.2.1 Generasi sekarang tidak tahu dan kurang peka terhadap adat perkahwinan etnik yang lain. 1.2.2 Kurangnya penglibatan masyarakat dari setiap etnik dalam adat perkahwinan etnik lain. 1.2.3 Hubungan antara etnik dipercayai lebih kukuh jika saling memahami adat dan budaya masing-masing. 1.3 Metadologi Kajian 1.3.1 1.3.2 Soal selidik terhadap 30 orang responden yang berbangsa melayu. Temuramah dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan perkahwinan. 1.4 Lokasi 1.4.1 .Sekitar kawasan bandar Kajang

2.0 2.1 2.1.1

KAJIAN TEORI ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA PENGENALAN

Di Malaysia, kaum cina merupakan kaum yang kedua terbesar di negara ini. Secara teorinya, kaum Cina di Malaysia adalah warisan daripada negara China yang berpegang kuat dengan ajaran Confuciusnisme. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Cina mempunyai pelbagai adat resam dan pantang larang dalam setiap aspek kehidupan mereka termasuklah adat dalam perkahwinan. Hakikatnya perkahwinan itu wujud dalam setiap masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Oleh kerana itu, perkahwinan berperanan penting bagi mengekalkan institusi keluarga demi meneruskan warisan dari satu generasi ke generasi yang lain. Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402-221M. Dalam kajian teori juga, kita ingin melihat sama ada berlaku perubahan dalam adat perkahwinan masyarakat Cina tradisi seiring dengan kemajuan zaman sekarang. Dalam pemikiran Confuciuosnisme, perkahwinan dianggap sebagai satu peristiwa penting oleh kedua-dua belah pihak keluarga yang menjalinkan ikatan perkahwinan melalui ikatan anak mereka. Menurut Chambers ( 2007 : 10 ) a Chinese marriage is considered union between two families as well as two individuals. Menurut Ibrahim Johari ( 1974 : 9) pula an importance matter in a Chinese Wedding is the announcement of the marriage to friends and relatives and the holding of a reception. Pengumuman ini penting untuk meraikan pasangan yang bakal berkahwin. Mengikut kepercayaan masyarakat cina pasangan yang berkahwin tanpa mengikut peraturan dianggap tidak sah. Selain itu, perempuan tidak dibenarkan memilih bakal suaminya. Syarat ini telah ditetapkan dan dipilih oleh ahli keluarga pengantin perempuan untuk memilih bakal pengantin lelaki. Pemilihan ini penting bagi menjaga nama baik keluarga serta keperluan bapa dan suaminya. Dalam adat perkahwinan masyarakat Cina terdapat empat peringkat utama. Antaranya ialah merisik, meminang, bertunang dan mengadakan majlis perkahwinan.

2.1.2

ADAT DAN PERJALANAN PERKAHWINAN

2.1.2.1 Adat Merisik Adat merisik merupakan perkara penting dalam proses sesebuah perkahwinan. Adat merisik wujud dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu dan Cina. Dalam kaum Cina, adat merisik merupakan perkara penting bagi mengenali latar belakang si gadis yang dihajati. Ibu bapa yang mahu mengahwinkan anak lelaki mereka akan mengupah seorang wanita yang dikenali sebagai match-maker (Omar Farouk, 1989). Dia akan menziarahi rumah yang mempunyai anak gadis yang dihajati dengan membawa buah tangan. Wanita ini akan merisik dengan bertanyakan latar belakang gadis tersebut supaya dapat disepadankan dengan pasangan yang secocok agar perkahwinan yang bakal dibina nanti membawa kepada kebahgiaan dan kejayaan. Menurut J.D.Vaughan (1879 : 23) pula, beliau menyatakan the preliminaries are arranged by a professional bride-seeker or matrimonial agent, who makes enquires and after finding an unmarried girls. Wakil ini boleh terdiri daripada lelaki atau wanita yang dihantar oleh ibu bapa pihak lelaki. Wakil boleh melihat dan meneliti keseluruhan latar belakang si gadis perempuan untuk dimaklumkan kepada ahli keluarga bagi pihak lelaki. Menurut (N.J.Ryan, 1962), beliau menjelaskan a marriage broker is a person skilled in the art of negotiating on this subject between families who cannot always agree over terms. Orang tengah ini akan mencari seorang perempuan yang layak untuk dijadikan sebagai calon isteri walaupun pihak keluarga lelaki sudah pun mempunyai calon yang lain. Sebelum pihak keluarga lelaki mula melamar gadis yang dihajati tersebut, anak mereka perlu menjemput bakal anak menantu mereka mengadap kedua ibu bapa mereka bagi mendapatkan restu daripada ahli keluarga sebelum melangsungkan perkahwinan. Dalam tradisi masyarakat Cina amat menitikberatkan tentang nama, susur galur ataupun keturunan, keperibadian, perwatakan dan tingkah laku si gadis. Ini penting bagi mengekalkan status dan kebahagiaan sesebuah perkahwinan yang bakal dibina agar terus kekal. Secara keseluruhannya adat merisik secara tradisi dalam masyarakat Cina

menggunakan orang tengah atau wakil yang biasanya terdiri dari kalangan wakil perempuan untuk merisik latar belakang gadis tersebut. 2.1.2.2 MEMINANG (WOO) Selepas adat merisik dijalankan, adat meminang merupakan proses kedua dalam adat tradisi perkahwinan masyarakat Cina. Meminang merupakan tanda penerimaan oleh pihak lelaki terhadap pihak perempuan. Ini menjelaskan setelah kedua-dua pihak telah berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Sekali lagi wakil atau orang tengah dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis dengan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan. Orang tengah akan dihantar ke rumah keluarga perempuan untuk bertanyakan persoalan tentang perkahwinan dan memastikan keluarga si gadis bersetuju atau sebaliknya dengan peminangan tersebut. (N.J.Ryan 1962). Pertanyaan tentang perkahwinan tadi menjelaskan bahawa ibu bakal pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja makan dalam jamuan dan memilih hari yang sesuai. Apabila proses tawar-menawar dilakukan oleh ibu si gadis, pihak lelaki tidak boleh tawar-menawar lagi kerana dikhuatiri akan menjatuhkan maruah pihak lelaki. Ini telah mencapai persetujuan antara kedua ibu bapa pihak bakal pengantin lelaki. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan mencapai persetujuan untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. 2.1.2.3 ADAT BERTUNANG Secara tradisi, bakal pengantin perempuan akan meninggalkan keluarganya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga pihak lelaki. Pertunangan merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Dalam adat tradisi masyarakat Cina, selepas adat merisik dilaksanakan, adat pertunangan merupakan proses kedua yang dianggap penting bagi meneruskan upacara perkahwinan. Menurut Chambers (2007 : 10) the marriage process began with an engagement made by the couple parents.

Terdapat beberapa perkara penting dalam adat bertunang masyarakat Cina secara tradisi. Hari pertunangan hendaklah dijalankan berdasarkan takwim tahunan Cina. Khidmat tukang tilik adalah penting. Khidmat ini digunakan bagi menentukan tarikh yang sesuai bagi sesuatu perkahwinan itu ditetapkan. Kebiasaannya buku yang digunakan untuk menentukan tarikh tersebut ialah Toong-Su. Sekiranya penetapan tarikh perkahwinan dipilih pada waktu yang tidak sesuai, perkahwinan akan ditimpa bencana dan mengalami kegagalan. Menurut Chambers (2007 lagi, an astrologer is a person who tells fortunes by studying the star. Ini menjelaskan khidmat tukang tilik dalam adat pertunangan masyarakat Cina adalah penting. Beliau menjelaskan bahawa tukang tilik merupakan seorang yang menilik nasib yang mempelajari ilmu bintang atau zodiak. Kebiasaannya tukang tilik akan memberitahu sama ada pasangan itu sepadan atau pun sebaliknya. Semasa majlis pertunangan berlangsung, ibu bapa kepada bakal pengantin lelaki tersebut akan memberikan hadiah kepada ibu bapa pihak perempuan. Menurut (N.J.Ryan, 1962) dalam upacara tersebut, apabila pihak perempuan bersetuju, orang tengah akan memberikan secebis kertas yang berwarna merah dengan mengandungi nama pemuda, tarikh, kelahiran dan nama ibu bapa pihak lelaki untuk diberikan kepada pihak perempuan. Menurut (J.D Vaughan, 1879) pula, secebis kertas yang berwarna merah itu disertakan sekali dengan tempat tinggal mereka. Setelah mengesahkan butiran pemuda tersebut, pihak perempuan akan melakukan perkara yang sama dengan mengemukakan secebis kertas berwarna merah yang serupa kepada orang tengah untuk diberikan kepada keluarga pihak lelaki. Setelah kedua-dua kertas ini diterima, set kertas ini akan diberikan kepada tukang tilik yang menilai zodiak pasangan untuk mengesahkan sama ada perkahwinan mereka sesuai atau tidak.1 Jika tiada bantahan atau didapati sesuai, pertunangan secara rasmi akan dilakukan oleh ayah pihak perempuan. Sebagai hadiah atau pertukaran, kebiasaanya sebentuk cincin atau barang kemas akan diberikan.2 2.1.2.4 MAJLIS PERKAHWINAN
1

The wise man consults the stars and reveals the result. If favorable, presents are exchanged. 2 Selain daripada cincin dan barang kemas, ada juga barang lain yang menjadi pertukaran seperti secucuk sanggul emas.

Proses kemuncak ialah majlis perkahwinan. Kebiasaannya tempoh pertunangan diikat dalam masa setahun.3 Perkahwinan berlangsung mengikut ketetapan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pada hari tersebut pasangan pengantin akan dihias dengan pakaian cantik yang berwarna merah. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih, merah atau kuning. Dalam komuniti kaum Cina, warna merah merupakan warna yang baik serta melambangkan kebahagiaan. Menurut (Haji Mokhtar, 1977), tetamu yang menghadiri majlis pada hari perkahwinan itu hendaklah mengelakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna ini dikaitkan dengan peristiwa sedih oleh kaum Cina. Tetamu dinasihatkan agar dapat berpakaian sesuai dengan kehendak majlis. Ibrahim Johari (1974) pula menyatakan para tetamu seharusnya mengelak daripada mengkhabarkan perkara atau berita yang menyedihkan pihak pengantin seperti kematian, sakit, kemusnahan atau bencana serta cerita yang berkaitan dengan roh atau semangat orang yang telah mati apabila bercakap dengan pasangan pengantin. Sekiranya tetamu membawa hadiah, seharusnya mereka membalut hadiah tersebut dengan bungkusan berwarna merah. Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Secara formal, perkahwinan akan diadakan di rumah pengantin perempuan. (N.J Ryan,1962). Mengikut adat tradisi, hadiah pada hari perkahwinan akan dihantar oleh pengantin lelaki terus kepada rumah pengantin perempuan dan sebagai pertukaran barulah pengantin perempuan menghantar hadiah bagi pihaknya. Seterusnya pengantin lelaki akan dipimpin ke tempat pemujaan nenek moyang sebagai penghormatan sebelum dia diperkenalkan kepada pengantin perempuan. Di tempat pemujaan inilah, mereka akan bertukar cincin dan menandakan upacara perkahwinan telah tamat. Kemudian sebuah majlis makan akan diadakan dalam rumah bagi mereka yang hadir pada hari itu. Sepanjang tiga hari majlis perkahwinan berlangsung, rakan taulan yang menghadiri majlis itu akan membawa hadiah dan wang sebagai hadiah kepada pengantin. Pada hari ketiga pula, pasangan pengantin menyediakan jamuan makan sebagai tanda terima kasih kepada tetamu dan rakan taulan yang hadir pada majlis perkahwinan mereka.
3

Tempoh pertunangan juga kadang-kadang memakan masa sehingga dua tahun.

2.2 2.2.1

ADAT PERKAHWINAN CINA MODEN Pengenalan

Pada masa kini, kaum cina lebih menumpukan dalam adat perkahwinan berbentuk moden. Hanya segelintir sahaja yang menumpukan kepada adat perkahwinan tradisional. Walaupun perkahwinan pada masa kini perlu didaftarkan tetapi upacara dan kenduri perkahwinan penting untuk mengiktiraf perkahwinan. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggapkan tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan di kalangan orang Cina, iaitu pasangan dicari oleh ibu bapa atau saudaramara, atau pasangan hidup yang dipilih sendiri. Cara pertama tidak begitu diamalkan sebab dianggap kolot. Namun, cara tersebut merupakan tradisi masyarakat Cina, kata mereka perkahwinan itu "arahan ibu bapa dan suruhan tukang risik". Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk membiak dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya. Cara kedua lebih praktikal kerana seseorang diberikan kebebasan untuk memilih jodoh mereka sendiri. Ibu bapa biasanya akan menurut kehendak anak mereka zaman sekarang yang mementingkan kebebasan. Unsur paksaan tidak digalakkan dalam pemilihan kerana hal ini menafikan kematangan dan kemampuan anak mereka membuat keputusan. Namun begitu, segala upacara perkahwinan akan diatur oleh ibu bapa atau mereka yang lebih tua supaya segala pantanglarang tidak dilanggar. Bagi kaum Cina adat dan upacara perkahwinan kekal sejak turun temurun lagi. Walaupun mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza, terdapat beberapa upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga askara dan enam etiket. Tidak terdapat banyak perubahan yang berlaku terhadap adat dan upacara perkah winan kaum cina. Namun ada juga perubahan yang kita semua dapat lihat iaitu pakaian yang dipakai oleh pengantin ada sedikit perbezaan pengantin yang dahulu dengan

10

pengantin pada zaman sekarang. Memang tidak dinafikan mungkin perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh peredaran zaman yang menuntut kepada perubahan ini berlaku. Namun adat itu dan cara perkahwinan tetap lagi kepada sama dan dan Cina tidak mempunyai sebarang perubahan yang ketara. Tiada satu had umur yang sesuai untuk seseorang kesanggupan berkahwinan. untuk Semuanya bergantung kesediaan orang individu hidup berkeluarga. Keseluruhannya,

berkahwinan pada umur yang agak lewat kerana terpaksa mengumpul sejumlah wang yang banyak untuk mengadakan kenduri kahwin. Perkahwinan orang Cina dikatakan adalah yang termahal untuk menunjukan status dan kedudukan yang tinggi. Di samping itu, upacara perkahwinan dibuat secara besarbesaran untuk memberi muka kepada ibu bapa kedua belah pihak. Orang Cina mempunyai suatu perasaan untuk bersaingan menunjukan ego masingmasing melalui pemaparan kemewahan dan kekayaan. Mengikut adat orang Cina, perkahwinan anak lelaki sulung perlu dibuat dengan secepat mungkin. Jika tidak, ini akan memalukan dan merendahkan martabat keluarga serta mendatangkan umpat keji daripada saudara mara. Perkahwinan kaum cina tidak banyak bezanya dengan perkahwinan kaum melayu. Antara prosesproses yang terlibat dalam perkahwinan cina ialah adat merisik, meminang, adat bertunang, menghantar tanda, memberikan mas kahwin, berkahwin dan seterusnyaupacara minum teh. Biasanya adat ini dilakukan oleh ibu bapa sebelah pihak lelaki atau saudara yang tua sebelah pihak lelaki. Rancangan mengatur upacara perkahwinan berkahwin oleh perlu dibuat dengan teliti dan memerlukan diperoleh, waktu yang lama, barulah diatur termasuk melihat hari yang sesuai.Keluarga keduadua pihak akan dimaklumi niat untuk anakanak mereka. Selepas persetujuan pertemuan antara kedua-dua belah keluarga. Pada hari pertunangan, keluarga pihak lelaki akan memberikan "Hadiah Besar" kepada pihak keluarga perempuan. Ini adalah upacara formal bagi kedua-dua keluarga untuk mengiktiraf secara rasmi dan memberikan tanda persetujuan mereka terhadap perkahwinan yang bakal berlangsung."Hadiah Besar" yang diberikan ketika lamaran ini kebiasannya merupakan duit penanda yang dibalut dengan sampul bewarna merah dan

11

beberapa barangan lain termasuk teh, "kek menambah kebahagiaan", sepasang binatang ternakan, manisan dan gula, arak serta tembakau. Duit penanda yang diberikan kebiasaannya berjumlah $99 atau $999 kerana nombor sembilan pada masyarakat Cina memberi erti berpanjangan. Teh merupakan hadiah yang paling penting kerana kedua-dua keluarga mendoakan pasangan terbabit mendapat keturunan yang ramai sebagaimana daun teh yang diberikan. Keseluruhan hadiah yang diberikan mestilah mempunyai nilai yang sama. Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan "kek menambah kebahagiaan" kepada saudara-mara dan kawan-kawan mereka sebagai satu bentuk pengumuman. Namun, pada hari ini kedua-dua keluarga akan mengagihkan kek terbabit bersama-sama jemputan perkahwinan. Setelah itu, kedua-dua keluarga akan menumpukan kepada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Beberapa hari sebelum hari perkahwinan, keluarga pengantin perempuan akan menghantar hantaran kepada keluarga pengantin lelaki atau rumah baru pasangan terbabit. Hantaran mestilah berbentuk keperluan harian untuk rumah baru pengantin seperti peralatan tempat tidur, kain linen dan set meja makan dan sebagainya. Ini merupakan peluang kepada keluarga pengantin perempuan untuk menunjukkan kasih sayang dan kekayaan mereka kepada anak mereka. Keluarga pengantin lelaki akan menjemput saudara-mara terdekat atau kawan untuk ke set katil pengantin di rumah baru tersebut. Di sebahagian tempat di China pada masa dahulu, budak lelaki yang belum berkahwin akan dijemput untuk tidur di atas katil pengantin pada malam sebelum hari perkahwinan bagi membawa kesuburan kepada pasangan yang baru berkahwin. Pada pagi hari perkahwinan, upacara menghias rambut akan dijalankan ke atas pengantin perempuan. Wanita yang dianggap mempunyai nasib yang baik akan datang untuk menolong menghias rambut pengantin perempuan bersama-sama wanita yang masih mempunyai ibubapa, suami isteri dan anak-anak mereka. Wanita-wanita ini akan mengucapkan kata-kata yang baik ketika mengikat sanggul pengantin perempuan dalam cara wanita yang sudah berumah tangga.

12

2.2.2

ADAT DAN PERJALANAN PERKAHWINAN

2.2.2.1 Upacara menutup pengantin lelaki Upacara menutup pengantin lelaki akan dilakukan di rumah keluarga pengantin lelaki di mana bapa pengantin akan meletakkan topi yang dihias dengan daun pokok saru di atas kepala pengantin lelaki. Pengantin lelaki tersebut akan membawa tandu yang mana kebanyakan masyarakat Cina hari ini lebih cenderung untuk memilih kereta mewah bersama sekumpulan saudara-mara dan kawan untuk menjemput pengantin perempuan. 2.2.2.2 Permainan Pintu Permainan Pintu berasal daripada zaman nenek moyang masyarakat Cina yang menggambarkan bahawa pengantin perempuan merupakan wanita yang cantik dan keluarga serta kawan-kawannya tidak sanggup berpisah dengannya. Pengantin lelaki akan dihalang oleh pintu rumah pengantin perempuan dan kawan pengantin perempuan ini akan berusaha menghalang pengantin lelaki daripada memasuki rumah dengan mengajukan beberapa soalan berkenaan pengantin perempuan. Ini bertujuan untuk menduga sejauh mana pengantin lelaki menyayangi pengantin perempuan tersebut. Manakala pihak lelaki akan cuba membayar pihak perempuan dengan memberikan Li Shi iaitu duit tanda yang dibalut dengan sampul bewarna merah untuk mempertemukan pasangan terbabit. 2.2.2.3 Upacara Minum The Pengapit perempuan akan membawa payung merah untuk melindungi pengantin perempuan ke tandu pengantin lelaki. Saudara-mara pengantin akan melontar beras, kacang merah dan kacang hijau ke arahnya. Payung merah tersebut akan melindunginya daripada roh jahat, manakala beras dan kacang akan menarik perhatian ayam emas yang membawa tuah. Setelah pengantin perempuan tiba di rumah pengantin lelaki, bunga api dan muzik dengan bunyi gong dan drum akan dimainkan untuk menyambut ketibaannya. Pengantin perempuan akan melangkah di atas besen besi yang mempunyai colok yang menyala. Ia merupakan upacara untuk membawa kebahagiaan dan menjauhkan roh-roh jahat. Ketika di rumah pihak lelaki, pasangan pengantin tersebut akan melutut sebanyak tiga kali kepada syurga dan bumi, nenek moyang dan ibubapa mereka. Pasangan terbabit

13

akan tunduk antara satu sama lain dan selepas itu, pengantin perempuan akan memberikan minuman teh kepada keluarga dan saudara-mara mengikut pangkat. Kebiasaanya, mereka yang menerima minuman teh akan memberikan hadiah berbentuk barang kemas atau Li Shi kepada pengantin perempuan. 2.2.2.4 Makanan Perkahwinan dan kek Beberapa jenis makanan akan dihidangkan di majlis perkahwinan masyarakat Cina yang membawa maksud yang tertentu seperti ikan yang melambangkan kekayaan, anak babi panggang yang melambangkan kesucian, ayam yang dimasak dengan minyak merah melambangkan kebahagiaan, udang galah bererti keserasian dan juga pau. Manakala "kek kebahagiaan" yang juga dikenali sebagai kek naga dan burung phoenix akan diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk dipersembahkan beberapa bahagian daripada kek tersebut untuk tujuan memuja nenek moyang dan diagihkan kepada saudara dan rakan-rakan. Pada malam perkahwinan, pasangan pengantin berkenaan akan meminum arak daripada dua cawan yang diikat bersama oleh tali bewarna merah dan menyilangkan tangan sesama mereka. Mengikut kebudayaan masyarakat Cina, perbuatan ini merupakan ikatan janji perkahwinan yang biasa dilakukan ketika perkahwinan. Kemudian, pengantin perempuan akan diberikan ladu separuh masak dan akan ditanya sama ada ia ladu tersebut mentah. Pengantin perempuan haruslah menjawab "mentah" melambangkan dia akan melahirkan anak dan menunjukkan keluarga yang bahagia. Sehari selepas hari perkahwinan, pengantin perempuan seharusnya bangun lebih awal dan menyediakan makanan untuk keluarga pengantin lelaki. Ini akan menggambarkan pengantin berkenaan diasuh dengan baik dan layak untuk menjadi isteri kepada pengantin lelaki. Tiga hari selepas hari perkahwinan, pengantin perempuan akan pulang melawat keluarganya bersama-sama suaminya. Pengantin lelaki akan mempersembahkan anak babi panggang kepada keluarga pengantin perempuan simbolik kepada kesucian, menggambarkan kesucian pengantin perempuan. Keluarga pengantin perempuan akan mengagihkan makanan berkenaan kepada saudara-mara dan jiranjirannya.

14

2.2.3

KELENGKAPAN PERKAHWINAN

2.2.3.1 Baju Pengantin Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka. Pakaian tradisional pengantin di Utara China kebiasaannya berbentuk jubah yang dikenali Qi Pao. Pakaian ini akan disulam dengan benang emas dan perak. Pakaian pengantin perempuan di Selatan China pula memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, Kwa atau Cheongsam yang juga disulam dengan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix. Pada masa dahulu, tudung bewarna merah akan dipakai oleh pengantin perempuan untuk menutupi mukanya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Pengantin baru ini hanya akan melihat satu sama lain untuk kali pertama pada malam perkahwinan tersebut. 2.2.3.2 Lilin Naga dan Pheonix Lilin bewarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung Phoenix digunakan pada hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin ini akan digunakan pada malam perkahwinan bagi menghalau roh-roh jahat dengan cahayanya. Cahaya lilin ini turut menambahkan suasana romantik bagi pasangan pengantin berkenaan. 2.2.3.3 Tandatangan Kain Kain ini akan dibentangkan di atas meja di pintu masuk, di mana tetamu akan menandatangan nama mereka dan menulis restu mereka. Kain yang disulam ini akan disimpan oleh pasangan pengantin sebagai kenangan seperti juga bunga dan baju pengantin. 2.2.3.4 Tanda Kebahagiaan dan Sampul Merah Tanda Kebahagian merupakan hiasan paling penting dalam majlis perkahwinan masyarakat Cina. Kebanyakannya diukir pada serpihan logam atau kertas dan kemudiannya akan ditampal pada pintu masuk rumah kedua-dua keluarga dan juga

15

dibahagian meja jemputan. Potongan kecil tanda kebahagian ini turut dilekatkan pada kenderaan pengantin. Sampul merah akan digunakan pada setiap perayaan masyarakat Cina seperti majlis perkahwinan, Tahun Baru Cina dan sebagainya. 2.2.4 PANTANG LARANG PERKAHWINAN

Pada pertemuan semasa pertunangan, keluarga pengantin lelaki akan mempersembahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan. Walau bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan tidak boleh membunuh angsa tersebut kerana ia mewakili pengantin perempuan berkenaan. Jika angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising ketika diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan, ia menunjukkan bahawa pengantin lelaki mempunyai personaliti yang baik dan menarik. Jika sebaliknya, ia menunjukkan pengantin berkenaan mudah marah. Keluarga perempuan akan membiarkan angsa tersebut di kawasan tasik atau kolam di mana ia akan membesar dengan sendirinya. Ketika pengantin lelaki datang untuk menjemput pengantin perempuan, kawankawan pengantin perempuan akan cuba menghalang pihak lelaki daripada memasuki bilik pengantin pada pagi hari perkahwinan tersebut. Ia merupakan satu permainan yang dikenali sebagai "Permainan Pintu Perkahwinan". Walau bagaimanapun pihak pengantin perempuan perlu memperuntukkan masa tertentu kerana upacara di rumah pengantin lelaki harus berjalan seperti yang telah dijadualkan. Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya dan menuju ke kenderaan pihak lelaki, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya kerana ia menggambarkan bahawa pengantin perempuan berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun nasib baik ibu bapanya. Apabila pengantin perempuan memasuki rumah pengantin lelaki, mentua dan kakak iparnya tidak seharusnya mengadap pintu memerhatikan pengantin perempuan masuk. Ini menurut kepercayaan masyarakat Cina bagi menghalang sebarang pertelingkahan pada masa akan datang. Selain itu, wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara-mara tidak boleh terlibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya di rumah baru pasangan tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.

16

2.3 2.3.1

ADAT PERKAHWINAN INDIA TRADISIONAL Pengenalan

Masyarakat India merupakan antara masyarakat yang kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Kebanyakkan adat istiadat yang diamalkan masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan adat istiadat masyarakat Melayu terutama sekali dalam adat perkahwinan. Dalam adat tradisi perkahwinan masyarakat India, terdapat juga peringkat-peringkat dalam melaksanakan perkahwinan. 2.3.2 ADAT DAN PERJALANAN PERKAHWINAN

2.3.2.1 Adat Merisik Dalam peringkat merisik , terdapat beberapa aspek perlu diberi perhatian sperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor lain juga diambil semasa merisik seperti status ekonomi dan status sosial. Antara status sosial yang diambil kira ialah umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan,etnik dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga. Maklumat sepeti amat penting dalam melaksanakan peringkat merisik. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dalam kerja-kerja merisik. Adakalanya orang tengah yang dipanggil Tirumana Taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. 2.3.2.2 Kunjungan Ke Rumah Pengantin. Adat ini dilaksanakan selepas adat merisik. Semasa adat kunjungan ini dilaksanakan, bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki akan datang dalam bilangan ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Seterusnya ialah mereka akan mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam dijalankan terlebih dahulu,

17

dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep penceraian. Oleh itu, mengkaji kecocokan antara kedua-dua pengantin amat penting untuk mengelakkan penceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan Dimanak Hindu. 21 perkara tersebut ialah Tina poruttam, Kana porrutam, Mahentira porrutam, Pentiikka porrutam, Yooni porrutam, Raasi paati porrutam, Vaiya porrutam, Racca porrutam dan Veetai porrutam. 2.3.2.3 Ikat Janji Ikat janji dan Niccayam dilakukan selepas kedua-dua mendapat persetujuan dari keduadua pihak belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah yang ganjil dengan membawa beberapa barangan. Antaranya kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan,buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik saja sampai di rumah bakal penganting perempuan maka, bapa keduadua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya, bapa salah seorang bakal penganti sudah meninggal dunia, perbincangan tersebut dengan saudaramaranya. Sekiranya kedua-dua pihak pengantin setuju barulah merekan mengikat janji. Bakal penganti lelaki akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan menerima dan mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan kedua-dua bakal pengantin, mereka akan menukar sirih pinang yang dinamakan sebagai Taambuulan Marrutl. Kemudian barulah mereka akan berbincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang perbelanjaan untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian baru mereka akan mengadakan upacara Niccayam dan selalunya dijalankan dengn bertukartukar kalungan bunga. 2.3.2.4 Adat Parisam Adat ini terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa dan udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India , parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak lelaki akan menyediakan beberapa jenis

18

hantaran dalaam jumlah ganjil. Hantaran ini kebiasaannya disediakan oleh wanita yang sudah bersuaami sahaja dan mereka ini dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama, pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini, beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga kepada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. 2.3.2.5 Kad Jemputan Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya berlakunya kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar.Tanpa kad jemputan saudara-mara tidak akan hadir ke majlis perkahwinan tersebut.Di dalam kad perkahwinan tersebut, terdapat dua bahasa iaitu Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Setiap majlis yang ingin diadakan haruslah dijemput dengan menggunakan kad jemputan yang berlainan.

19

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang. Acara ini dipanggil arccanai. Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. 2.3.2.6 Thaali Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali.Thaali tidak semestinya diperbuat daripada emas.Ianya bergantung pada kemampuan keluarga pengantin lelaki. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal.Adat ini bertujuan untuk memberitahu orang ramai bahawa keluarga tersebut akan mengadakan majlis perkahwinan dan akan menerima menantu. 2.3.2.7 Adat Mendirikan Mukuurtta Kaal

20

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan yang digunakan seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa sebarang gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut bagi melambangkan kekayaan. Kemudian ianya diikuti pula dengan upacara sembahyang yang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak akan dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin akan berikrar untuk menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki. 2.3.2.8 Ikatan Suci Keluarga pengantin perempuan akan memohon kepada tuhan supaya majlis perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa sebarang gangguan. Batang kayu akan dibersihkan terlebih dahulu dan kulitnya akan dibuang. Kemudian, batang kayu itu akan dicat dengan warna merah dan putih secara selang-seli dan dipacakkan sedalam setengah meter. Kesemua bahan-bahan tadi akan ditanam kedalam lubang sebagai lambang kekayaan. Perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pendanda akan memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang.Sembahyang bertujuan untuk memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan yang diadakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Dulang yang berisi atchatai akan dibawa kepada hadirin. Atchatai merupakan beras yang dicampur dengan kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya.Beras ini akan digunakan untuk merestui pengantin semasa upacara mengikat thaali berlangsung. Semasa upacara mengikat thaali berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Kemudian pengantin akan bertukar kalungan bunga

21

yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu, pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tujuh kali yang melambangkan tujuh kelahiran. Mereka akan saling menyarungkan cincin dijari kaki sebelum kedua-dua pengantin mendapat restu daripada ibu bapa dan saudara-mara daripada kedua-dua belah pihak. Upacara perkahwinan kaum india bermula apabila sami berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga ke hari tua. Sami akan menabur sembilan jenis bijirin sebaik acara menyarung cincin selesai. Kemudian pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang dibuat khas dengan mengikatnya kepada pengantin perempuan hingga keparas dada. Sesi bertukar dulang diteruskan dengan memilih dua dulang yang mempunyai keistimewaan. Setiap keluarga akan memilih dulang yang berisi kain sari dan barangan kemas. Kain sari akan dipilih secara teliti dan harganya memainkan peranan yang penting. Mereka akan sanggup mengabiskan wang yang banyak hanya untuk sehelai sari. Selepas acara pertukaran dulang, kedua-dua mempelai pengantin akan memberi penghormatan kepada ibu bapa mereka dengan bertukar-tukar dulang yang berisi buahbuahan dan menyapu debu suci didahi pengantin antara satu sama lain. Kedua-dua pengantin perlu menyembah kaki orang paling tua dalam keluarga iaitu ibu bapa, nenek atau datuk. Adat lain yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji buah kelapa yang telah dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya, member sirih, mencium tapak kaki ibu bapa dengan cara membasuh kaki ibu bapa, memberi hadiah atau dhoti kepada bapa mertua, dan member sari dan wang kepada ibu mertua. Pada kebiasaanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan mereka akan berkongsi minum air susu yang bercampur pisang dalam sebiji gelas yang sama.Upacara ini menandakan bahawa pasangan pengantin tersebut secara rasminya telah menjadi suami isteri. Masa merupakan antara faktor yang perlu diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilagsungkan. Masa yang ditetapkan perlu dipatuhi kerana waktu yang telah dipilih itu mempunyai pelbagai kebaikan.

22

Secara keseluruhannya tidak banyak perubahan yang berlaku dalam adat perkahwinan masyarakat India. Jika terdapat hanya sedikit sahaja. Ini kerana bagi masyarakat India adat merupakan perkara yang terpenting dalam kebudayaan mereka sekaligus mengekalkan kesinambungan adat perkahwinan sejak turun temurun.

3.0 3.1

ANALISIS DATA (A) LATAR BELAKANG PERIBADI

23

Carta di atas menunjukkan umur 20-29 tahun adalah antara responden yang paling banyak ditemui iaitu 56.66% ataupun 17 orang. Manakala responden yang paling kurang ditemui adalah mereka di antara 10-19 tahun iaitu hanya mencatat 6.67% ataupun 2 orang sahaja. Golangan 40-49 tahun adalah kedua tinggi ditemui dalam kajian ini iaitu 16.67% ataupun 5 orang. Manakala golongan 30-39 tahun dan 50-59 tahun masing-masing mencapai 10% ataupun 3 orang. Hal ini berlaku kerana waktu para penyelidik mengedar soal-selidik adalah pada waktu petang di mana kebanyakkan mahasiswa UKM akan mengunjungi Kajang untuk membeli-belah dan menjamu selera di sekitar Kajang yang jauh lebih banyak pilihan makanan daripada universiti.

24

Carta di atas menunjukkan perbezaan jumlah jantina yang para penyelidik temui dalam kajian. Lelaki hanya mencatat 33.33% ataupun 10 orang, manakala perempuan pula mencatat 66.67% ataupun 20 orang. Hal ini kerana perempuan lebih gemar keluar membeli-belah dalam kumpulan pada waktu penyelidik mencari responden iaitu pada waktu petang. Manakala lelaki lebih suka bersenam atau memain bola bersama kawan-kawan, bagi lelaki yang telah bekerja pula, waktu itu adalah waktu mereka baru pulang daripada bekerja. Oleh itu, responden banyak terdiri daripada golongan wanita ataupun mahasiswi.

25

Carta di atas menunjukkan Status para responden. Kebanyakan responden adalah terdiri daripada mereka yang bujang iaitu 53.33% ataupun 16 orang. Golongan yang kedua tinggi adalah terdiri daripada mereka yang sudah berkahwin iaitu 36.67% ataupun 11 orang. Manakala golongan yang telah bertunang dan telah bercerai adalah antara yang paling kurang ditemui iaitu masing-masing hanya mencatat 6.67% dan 3.33% ataupun 2 orang dan seorang sahaja. Hal ini adalah amat jelas apabila kebanyakan responden adalah mahasiswa UKM yang mengunjungi Kajang untuk menjemu selera. Selain itu, masa itu juga terdapat banyak wanita yang telah berkahwin keluar membeli-belah dan membungkus makanan.

26

Dalam soalan latar belakang peribadi yang ke-empat adalah tentang pekerjaan. Pengkaji telah menyediakan 4 pilihan kepada responden, iaitu: awam, swasta, sendiri dan lain-lain. Pengkaji mendapati bahawa golongan lain-lain iaitu mereka yang masih tidak bekerja ataupun sudah bersara mempunyai bilangan yang tertinggi, iaitu 60% atau 18 orang daripada 30 orang responden di kawasan Kajang. Seterusnya ialah pekerjaan awam(20%) iaitu hanya 6 orang. Manakala 4 orang (13.33%) responden merupakan pekerja dalam bidang swasta dan diakhiri oleh pekerjaan sendiri iaitu hanya 6.67% atau 2 orang sahaja. Hasil kajian ini mungkin disebabkan kawasan kajian kami mempunyai pelbagai institusi-institusi pengajian tinggi seperti Kolej New Era dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Oleh sebab itu, kebanyakan responden adalah terdiri daripada para pelajar dan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. Maka itu, golongan lain-lain adalah antara golongan yang terbesar dalam kajian ini.

27

Bagi soalan latar belakang peribadi yang terakhir dalam soal selidik adalah mengenai tahap pengajian responden. Dalam soalan ini, 4 pilihan juga disediakan iaitu sekolah rendah,sekolah menengah,diploma dan universiti. Majoriti responden iaitu 23 orang atau 76.67% adalah mereka yang sedang belajar di universiti ataupun graduan universiti. Hal ini mungkin kerana peluang mendapat pendidikan pada hari ini adalah tinggi dan penerusan pembelajaran di universiti juga amat digalakkan oleh pihak kerajaan. Selain itu, terdapat juga institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti di sekitar Bandar Kajang. Hasil kajian mendapati bahawa tahap diploma juga mencapai 10%, ini bermakna ada 3 orang responden merupakan graduan diploma. Selain itu, tahap sekolah rendah dan sekolah menengah masing-masing hanya mencatat 7% atau 2 orang sahaja. Hal ini membuktikan lagi peluang untuk mendapat pendidikan pada hari ini adalah begitu mudah.

28

3.2

(B) SOAL-SELIDIK

Carta di atas menunjukkan sebanyak 70% iaitu 21 orang responden di kawasan Kajang tidak pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum Cina, manakala hanya terdapat 9 orang (30%) pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum Cina. Hasil ini kemungkinan besar disebabkan perbezaan antara agama. Agama antara kaum Melayu dan kaum Cina mempunyai banyak pantang larang yang berbeza, contohnya kaum Melayu tidak diizinkan mengambil minuman alkohol tetapi kaum Cina mempunyai tabiat minum minuman alkohol dalam pelbagai jenis jamuan. Oleh sebab itu, kebanyakan kaum Melayu tidak sesuai dan juga tidak berani menghadiri majlis perkahwinan kaum Cina. 9 orang responden yang pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum Cina mungkin disebabkan telah diberitahu awal bahawa segala makanan dan minuman yang disediakan adalah halal.

29

Rajah di atas menunjukkan hanya 36.67% ataupun 11 orang responden yang pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum India, manakala sebelihnya iaitu 63.33% ataupun 19 orang responden mengakui tidak pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum India. Seperti yang kita ketahui, sikap keterbukaan kaum India adalah satu nilai yang diwarisi sejak tamadun Indus. Oleh itu, bilangan responden yang pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum India seharusnya lebih tinggi daripada mereka yang menjawab tidak. Namun begitu, jumlah penduduk orang india di Bandar Kajang tidak sampai 10% daripada jumlah penduduk. Oleh itu, kemungkinan besar responden yang ditemui tiada ataupun kurang jiran yang berkaum india. Selain itu, penduduk di Bandar sibuk bekerja sehingga hubungan jiran tidak sekuat penduduk di kampung. Maka, tidak hairanlah para pengkaji mendapati keputusan sebegini.

30

Berdasarkan dapatan kajian, sebanyak 26 orang responden( 86.67%) tahu bahawa kaum Cina perlu memilih hari yang bersesuaian mengikut kalender untuk mengadakan majlis perkahwinan manakala hanya terdapat 4 orang iaitu sebanyak 13.33% responden tidak tahu sahaja. Kebanyakan responden mengetahui tradisi ini boleh dikatakan kerana tradisi ini diberitahu oleh kawan-kawan kaum Cina di sekeliling mereka semasa diberitahu rumah akan mengadakan majlis perkahwinan dalam masa yang ditentukan. Selain itu, adat perkahwinan ini juga banyak ditemui dalam etnik yang lain. Walau bagaimanapun, 4 orang responden tidak tahu tradisi ini mungkin mereka tidak pernah membincangkan dan tidak ingin mengambil tahu tradisi masing-masing dalam kalangan kaum lain.

31

21 orang responden( 70%) tidak mengetahui bahawa keluarga pasangan baru kaum Cina akan memasak bubur manis dalam rumah masing-masing sehari sebelum mereka berkahwin. Dapatan kajian sedemikian kerana adat ini biasanya dilakukan sebelum majlis perkahwinan dijalankan. Pada masa itu, hanya saudara dan kawan yang terdekat dapat menlihat perkara tersebut. Oleh itu, adalah tidak hairan jika kaum lain tidak mengetahui adat ini. Selain itu, proses urbanisasi di kawasan sekeliling Kajang yang semakin cepat dan kembang juga menyebabkan responden tidak mengambil berat sangat tentang adat resam atau tradisi kaum lain. Walaupun begitu,masih terdapat 9 orang responden( 30%) tahu tentang adat resam ini. Ini telah menunjukkan bahawa mereka mungkin mempunyai segolongan rakan kaum Cina dalam lingkungan sosial mereka yang sudi berkongsi adat-adat perkahwinan kaum Cina kepada mereka.

32

Sejumlah 70% atau 21 orang responden tahu bahawa pasangan pengantin baru kaum Cina tidak dibenarkan berjumpa sehari sebelum mereka berkahwin. Ini menunjukkan bahawa mungkin dipengaruhi oleh media massa seperti televisyen, radio, surat khabar dan lainlain. Golongan responden yang berumur antara tahun 20-29 akan mengetahui adat ini melalui drama-drama atau cerita-cerita yang dipaparkan. Oleh sebab itu,media memainkan peranan yang penting. Selain itu, banyak kaum lain juga mengamalkan adat tersebut, tetapi mungkin berbeza sedikit daripada jangka masa yang tidak dibenarkan berjumpa. Bagi 30% atau 9 orang responden yang tidak mengetahui tentang adat ini pula, mereka mungkin tidak berminat menonton program televisyen yang berdramatikal serta tidak minat untuk mengambil tahu adat kaum lain.

33

Secara keseluruhan, sejumlah 73.33% atau 22 orang responden tidak tahu ibu bapa pihak perempuan akan mencurah air semasa anak perempuan mereka berkahwin. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa mungkin adat resam ini telah kurang diamalkan lagi oleh kaum Cina pada zaman moden ini. Di samping itu, walaupun masih diamalkan, tetapi kaum lain selalunya tidak memahami tujuan adat tersebut dilakukan maka mentafsir hal itu sebagai satu aktiviti yang tidak bermakna ataupun menganggap hal itu hanya satu kebetulan. Oleh sebab itu,kebanyakan responden juga memberitahu mereka tidak pernah melihat tentang tradisi tersebut. 26.67% atau 8 orang responden yang tahu mengenai adat ini kerana mereka pernah lihat adat ini diamalkan oleh kaum Cina di kawasan kampung yang pernah mereka tinggal.

34

Rajah di atas menunjukkan majoriti responden iaitu 90% ataupun 27 orang mengetahui Thaali merupakan lambing suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin kaum India. Manakala hanya 10% ataupun 3 orang yang tidak tahu adat tersebut. Hal ini demikian kerana adat ini merupakan satu lambang yang penting dalam perkahwinan kaum India dan adat ini bersifat visual di mana kita semua dapat melihat Thaali secara terus. Selain itu, Thaali juga sentiasa ditayangkan dalam drama India. Oleh itu, benda ini telah lama ditanam dalam minda warga Malaysia. Mungkin segelintir yang tidak ketahui itu adalah disebabkan tidak pernah mendengar nama Thaali, tetapi mereka mesti pernah lihat benda ini dengan kacar mata sendiri.

35

Bedasarkan graf di atas, hanya 23.33% ataupun 7 orang responden yang mengetahui adat Parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa dan udan parisam, selebihnya iaitu 76.67% ataupun 23 orang tidak ketahui perkara tersebut. Berdasarkan pendapatan para penyelidik, majoriti responden tahu adat Parisam atau adat pemberian hadiah, tetapi apa yang mereka tidak tahu adalah adat ini terbahagi kepada dua jenis lagi. Tambahan pula, apa yang masyarakat selalu dapat perhatikan adalah pemberian hadiah, tetapi mereka tidak tahu adat pemberian hadiah itu sebenarnya ada dua jenis. Tanpa penjelasan kaum India, orang ramai jarang sekali akan mengetahui perkara tersebut. Namun begitu, masih terdapat sekumpulan orang yang mengetahui perkara ini. Hal ini mungkin kerana mereka terdapat kawan india yang erat dan sudi berkongsi perkara tersebut dengan mereka.

36

Seramai 70% ataupun 21 orang responden mengetahui adat perkahwinan india yang menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, dan memberi sirih untuk mendapat restu. Hal ini adalah kerana perkara ini merupakan satu lambang atau prosidur yang penting dalam perkahwinan kaum India. Adat ini dilakukan selepas para tetamu dijemput, oleh itu mereka yang pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum India mesti pernah melihat perkara ini. Selain itu, adat ini juga sentiasa ditayangkan dalam pelbagai program televisyen seperti drama India, wayang India, ataupun program yang khas untuk mengkaji adat perkahwinan berbilang kaum. Namun, masih terdapat 30% ataupun 9 orang responden yang tidak mengetahui adat tersebut. Mereka besar kemungkinan tidak pernah menghadiri majlis perkahwinan kaum India atau tidak mempunyai jiran India di kawasan tempat tinggal mereka.

37

Graf di atas menunjukkan seramai 70% ataupun 21 orang responden mengetahui adat perkahwinan India yang pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai tanda menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri, dan kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Hal ini kerana terdapat kaum lain juga mempunyai adat sebegini dalam prosidur perkahwinan mereka. Oleh itu, para responden sudah tahu bahawa mengunjungi rumah masing-masing adalah sesuatu yang mesti dilakukan. Walau bagaimanapun, masih terdapat 30% ataupun 9 orang responden yang tidak tahu tentang adat ini. Hal ini mungkin disebabkan perkara ini merupakan adat selepas perkahwinan di mana para tetamu telah pun kembali ke rumah selepas majlis perkahwinan, maka tidak dapat peluang untuk melihat perjalanan adat ini dengan kacar mata mereka.

38

4.0

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, masyarakat melayu Kajang mempunyai pengetahuan yang sederhana terhadap adat perkahwinan bangsa cina dan india. Hal ini boleh dilihat bahawa kebanyakan yang menjawab ya bagi soalan adat yang lebih popular ataupun masih dipraktik sampai sekarang serta adat yang mempunyai serba sedikit persamaan antara bangsa berlainan, manakala kebanyakan responden menjawab tidak bagi soalan adat yang lebih mendalam dan kurang disaksi oleh masyarakat seperti sesetengah adat yang unik bagi bangsa tersebut sahaja. Oleh itu, pihak tertentu seperti kerajaan dan masyarakat harus berusaha untuk mengurangkan jurang kefahaman antara etnik terbesar di negara kita iaitu melayu, cina, india dan bumiputera sedangkan kita sudah lama hidup bersama di tanah air tercinta ini. Sesungguhnya, keunikan dalam adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia sejak zaman-berzaman masih kekal menjadi warisan budaya dan tradisi sehingga ke hari ini. Hai ini amat besesuaian dengan negara kita yang kaya dengan pelbagai bangsa, kaum, agama dan budaya. Setiap peringkat upacara perkahwinan dalam pelbagai etnik di negara ini juga telah menerapkan nilai-nilai falsafahnya tersendiri. Dengan adanya kajian ini, sedikit sebanyak kami dapat mengetahui tahap kefahaman masyarakat melayu terhadap adat perkahwinan pelbagai etnik di negara Malaysia iaitu masyarakat Cina dan India. Seterusnya dapat menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, janganlah kita sesekali membiarkan budaya kita hilang ditelan dek zaman, bak kata pepatah biar mati anak,jangan mati adat. Sedarlah bahawa usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana matlamat negara dalam menjayakan misi serta visi 1 Malaysia amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Justeru, marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya budaya perkahwinan ini "tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan".

RUJUKAN

39

Abdul Aziz Bari 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Samat Musa (2006), Islam dalam perlembagaan dan kebebasan beragama. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Pertukaran Agama dan Kesan dari Perspektif Syariah dan Perundangan anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 15 Julai, Bangi. Anon (2000), Jurang profesional melebar. Utusan Melayu. 21 Ogos. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, http://www.mohe.gov.my/web_statistik. Lee Hock Guan (2006), Globalisation and ethnic integration in Malaysian education. In Saw Swee Hock and K. Kesavapany. Malaysia: Recent Trends and Challenges. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Malaysia (2006), Rancangan Malaysia Kesembilan. Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi.
Nazri Muslim (2011). Islam dan Orang Melayu Menurut Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik: Kajian Ke Atas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Tesis PhD, Universiti Malaya.

Zainal Abidin Abdul Wahid (2001), Bahasa, Pendidikan Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

dan

LAMPIRAN

40

You might also like