You are on page 1of 4

Pengenalan Apabila pencipta komunikasi melalui internet yang pertama mencipta dan menghasilkan hubungan komunikasi diantara pelbagai

komputer, mereka tidak menyedari, malah, tidak juga menjangkakan hasil yang mereka perolehi memberi kesan yang mendalam kepada dunia komunikasi melalui internet pada masa kini. Perkembangan pesat dunia teknologi terus dapat kita nikmati dari tahun ke tahun. Sehingga, kita dapat membahagikan penggunaan internet kepada tiga platform utama, iaitu, Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0. Web 1.0 Web 1.0 merupakan World Wide Web pertama yang telah diperkenalkan. Web 1.0 ini hanya berasaskan sistem bacaan hiperteks. Pada era 1990-an, melayari internet bermaksud menaip URL (Uniform Resource Locator), sebagai contoh, http://www.google.com.my/, sesebuah website dan terus klik ENTER untuk ke website tersebut. Malah, jika ingin mencari sesuatu topik melalui enjin carian, juga perlu klik pada link yang dipaparkan. Selepas itu, barulah kita akan dapat akses kepada website berkenaan di mana kita akan membaca maklumat yang dipapar dan memilih sama ada untuk klik ke link lain atau membeli apa yang dipromosikan ataupun sekadar membaca artikel sahaja dan terus tutup browser apabila selesai. Secara ringkasnya, Web 1.0 dapat disimpulkan seperti; Pengguna computer ==> melayari website ==> baca/lihat ==> tinggalkan website ==> tutup browser. Maka, melalui Web 1.0, kita sebagai pengguna hanya dapat melihat, membaca apa yang dipaparkan pada skrin computer. Halaman Web 1.0 mempunyai ciri-ciri berikut: Menggunakan asas HTML (HyperText Markup Language) untuk menerbitkan kandungan di internet dan merupakan laman web statik. Mempunyai kandungan yang hanya boleh dibaca. Maklumat perhubungan yang disediakan oleh Web 1.0 adalah seperti e-mel, faks, nombor telefon dan alamat. Mereka menggunakan framesets. Web 1.0 halaman hanya boleh difahami oleh manusia (pembaca web) dan tidak mempunyai kandungan mesin yang serasi.

Web 2.0 Di dalam Web 2.0, kreativiti, komunikasi dan rangkaian dalam kalangan pengguna internet adalah amat digalakkan. Ia adalah merupakan rangkaian bertulis dan membaca. Malah, pengguna internet akan dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Selain daripada itu, Web 2.0 lebih menggunakan asas XML (Extensible Markup

Language) jika dibandingkan dengan Web 1.0 yang lebih menggunakan HTML (HyperText Markup Language) untuk menerbitkan kandungan di internet. Penggunaan XML (Extensible Markup Language) menjadikan Web 2.0 lebih mesra pengguna dan juga serasi dengan mesin
yang sesuai. Berikut merupakan ciri-ciri Web 2.0: Ia menggunakan SOA (Service Oriented Architecture). Contoh SOA adalah RSS feeds, perkhidmatan web yang mentakrifkan bagaimana aplikasi web 2.0 mendedahkan fungsi. Web 2.0 adalah semua yang berkaitan tentang web social/laman sosial. Laman rangkaian sosial, blog, podcast, wiki semua ini adalah di bawah Web 2.0. Kita semua sedia maklum bahawa, perkhidmatan web sosial telah menjadi satu kejayaan besar di dalam penggunaan internet. Sebagai contoh web social yang popular adalah blog, Friendster, Facebook dan banyak lagi. Web 2.0 merupakan sebuah web yang terbuka kepada semua. Sebagai contoh, penggunaan BLOG yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Melalui blog, sesiapa sahaja boleh menjadi penulis dan memulakan blog mereka sendiri. Malah, mereka juga boleh memberi pendapat atau membuang pendapat mereka pada blog mereka dan blog orang lain juga Web 2.0 termasuk teknologi seperti RSS (Rich Site Syndication), wiki, forum.

Peningkatan yang dramatik dalam penggunaan laman Web 2.0 menyumbang kepada anjakan yang ketara dalam trafik internet. Keadaan seperti ini secara tidak langsung menjurus kepada terciptanya generasi yang akan datang iaitu Web 3.0. Para pakar internet percaya bahawa, aplikasi dalam Web 3.0 adalah lebih maju dan lebih canggih daripada Web 2.0. Walau bagaimanapun, Web 3.0 mungkin masih mengandungi ciri-ciri platform Web 2.0. Cuma ianya akan diubah suai supaya aplikasinya lebih canggih dan maju. Sesetangah pakar internet juga percaya bahawa Web 3.0 akan memberi tumpuan terutamanya kepada meningkatkan fungsi dan kebolehgunaan enjin carian secara dramatik. Sebagai contoh, Web 3.0 akan dapat membantu kita membuat tugas-tugas seperti mencari filem yang ingin kita tonton dan juga makanan yang ingin kita makan dengan cepat dan mudah. Pada masa itu, kita hanya mungkin perlu menaip seperti Saya mahu melihat sebuah filem lucu dan kemudian makan di sebuah restoran. Apakah pilihan saya yang ada?". Pada masa itu, penggunaan aplikasi Web 3.0 mungkin akan menganalisis tindak balas yang sepatutnya, mencari di Internet untuk semua jawapan yang mungkin dan kemudian mencadangkan keputusan untuk kita. Lantaran itu, pakar internet juga percaya bahawa platform Web 3.0 bertindak seperti pembantu peribadi. Walau bagaimanapun, peralihan ini mungkin mengambil masa. Hal ini kerana, peralihan Web 1.0 kepada Web 2.0 mengambil masa kira-kira sepuluh tahun. Mungkin peralihan yang berlaku daripada Web 2.0 kepada Web 3.0 pun mengambil jangka masa yang sama. Walau apapun, kita semua sebagai pengguna internet percaya bahawa peralihan kepada Web 3.0 akan menjanjikan sesuatu yang lebih canggih dan lebih maju pada masa akan datang.

Perbezaan dan Peralihan Web 1.0, 2.0 dan 3.0

Rajah di atas menunjukkan perbezaan di antara Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0 secara ringkas. Melalui gambar tersebut, dapat kita lihat bahawa, kemajuan dalam bidang teknologi terutamanya dari segi penggunaan komputer berkembang dengan pesat dan pantas dari tahun ke tahun. Secara tidak langsung, perkembang pesat ini telah memudahkan kehidupan manusia di samping memudahkan jaringan komunikasi masyarakat sedunia. Sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran, kita harus menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaiknya dan bukan nya menyalahgunakan kemudahan yang sedia ada.

You might also like