PPM Daerah Gombak 2009

KELASIFIKASI AKTIVITI LATIHAN DAN PROGRAM PERINGKAT DAERAH ( Berdasarkan cadangan tugasan dan peranan latihan dan program yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia )

A

AKTIVITI LATIHAN DI BAWAH TANGGUNGJAWAB ADC LATIHAN

1. Bentuk latihan / kursus dan penyelarasan peningkatan Lencana Kemajuan bagi PKK, PM, dan Lencana Tertinggi Pengakap Remaja. 2. Penyelarasan ujian Lencana Kepandaian bagi PKK dan PM. 3. Latihan / kursus Ketua Patrol, Ketua Terup bagi PKK, PM, dan PR. 4. Ujian Sikap Pengakap Raja termasuk perkhemahan pengembaraan dan persediaan untuk ujian pentarafan Pengakap Raja. 5. Latihan / Kursus Asas Kepimpinan dan penilaian bagi anugerah Manik Kayu. 6. Semua latihan kemahiran dan teknikal bagi Pemimpin Pengakap

B

AKTIVITI PROGRAM DI BAWAH TANGGUNGJAWAB ADC PROGRAM

1. Meliputi perancangan dan pelaksanaan aktiviti perkhemahan, korobori, kempori dan sejenisnya. 2. Semua seminar, ceramah, bengkel yang dianjurkan oleh daerah bagi ahli pengakap dan pemimpin pengakap. 3. Sebarang bentuk pertandingan kemahiran dan kepandaian pengakap. 4. Semua jenis perhimpunan dan perayaan seperti Sambutan Hari Pengakap, Projek Khidmat Masyarakat, program yang dianjurkan bersama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. 5. Majlis sambutan dan keraian lawatan Ketua Pengakap peringkat negeri dan kebangsaan, atau pembesar negeri dan kebangsaan yang lain. 6. Majlis penyampaian anugerah pengakap seperti anugerah pingat dan bintang, lencana pengakap raja dan anugerah-anugerah lain.
* ADC ( Penolong Pesuruhjaya Daerah ), PKK ( Pengakap Kanak-kanak ), PM ( Pengakap Muda ), PR ( Pengakap Remaja ) aibiwai

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.