MENJAYAKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH: SATU CABARAN.

1.0 PENGENALAN.

Dapatan penyelidikan Profesor Madya Dr. Faizah binti Abdul Majid, dari Fakulti Pendidikan UiTM yang diterbitkan dalam Journal of US-China Education Review, Vol.8, No.10, 2011. ISSN1548-6613 memberikan perspektif asas tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di Malaysia dan cabaran yang bakal dihadapi. Menurut beliau, PBS belum sampai ke tahap pelaksanaan penuh (full swing). Shanusi Ahmad (LPM) dalam kertas cadangan Ph.D beliau menegaskan bahawa PBS di Malaysia lebih berbentuk gabungan dengan sistem peperiksaan berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Dasar kenaikan automatik murid ke tingkatan empat dan persijilan terbuka mulai tahun 1992 telah membuka jalan kepada titik tolak pelaksanaan PBS menerusi ujian lisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris oleh guru di sekolah masing-masing. Pengenalan kerja kursus dan folio kajian tempatan sejak sekolah rendah lagi mengukuhkan pelaksanaan PBS. Penambahbaikan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) dan pemansuhan penilaian menengah rendah (PMR) mulai tahun 2014 juga bakal menyaksikan pelaksanaan PBS yang lebih menyeluruh.

2.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 PENGENALAN. Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektik dan psikomotor selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni. PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

PBS boleh dilaksanakan secara dua kaedah iaitu secara formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P dan secara sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran. semester atau tahun. meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang perkara yang dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.PBS bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. pembinaan item dan instrument pentaksiran. PBS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaaan. pemeriksaan atau penskoran. pentadbiran. perekodan dan pelaporannya. PBS adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid. PBS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada . PBS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan.

2. laporan tugasan. tugasan rumah dan ujian. 2. Pentaksiran yang ditadbir. . dan Pentaksiran Psikometrik.2 PENGENALAN KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah.2. 2. ditadbir.guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.1. dibina. Pentaksiran Aktiviti Jasmani. diperiksa. 2. diperiksa.2.2. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal.2 Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran.1. direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. pemerhatian.2 PENTAKSIRAN PUSAT.1 PENTAKSIRAN SEKOLAH. senarai semak. 2. Sukan dan Kokurikulum. Pentaksiran Pusat.2. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pentaksiran yang dirancang. kuiz.1 Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja.

penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan.3.3 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH. kecenderungan. Jabatan Pelajaran Negeri. sikap dan personaliti murid.2. PERKARA Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN Mengedarkan Surat Pekeliling dan Surat TEMPOH Disember Disember TINDAKAN LP JPN .3 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI. 2. kemahiran berfikir. minat. 2. Pentaksiran yang ditadbir. SUKAN DAN KOKURIKULUM. direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir.1: Jadual Pengoperasian PBS BIL. kemahiran menyelesaikan masalah. Jadual 2.1 JADUAL PENGOPERASIAN PBS.2.3.4 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK. aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum. sukan dan permainan.2.tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. 1. diperiksa. 2. Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah hendaklah memastikan pengoperasian PBS dilaksanakan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: 2. direkod dan dilaporkan melalui penyertaan. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability).

2 JAWATANKUASA PBS NEGERI. Pendaftaran SPPBS Tempoh pelaksanaan PBS Aktiviti Penjaminan Kualiti: Pementoran.Arahan Pelaksanaan PBS 3.3. JPN : Semua Ketua Sektor JPN : Pengarah IPGM : Ketua Nazir JNJK (Negeri) : Ketua Penolong Pengarah.1 Senarai Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa : Pengarah Pelajaran Negeri : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri : Ketua Sektor SPP. April. 8. Ogos dan Disember Januari-Februari Sepanjang sesi persekolahan Sepanjang tahun JPN/ PPD/ Sekolah Sekolah Sekolah Sekolah/ PPD/ JPN/ LP/ Bahagian KPM Sekolah Sekolah 2. 6. ke PPD dan Sekolah Mesyuarat Jawatankuasa PBS 4. Pemantauan. BTPN : Semua Ketua Penolong Pengarah. 2. Pengumpulan skor murid dalam SPPBS Pelaporan skor murid Sepanjang tahun Mengikut keperluan Januari. 5.2. JPN : Semua Pegawai Pelajaran Daerah . dan Pengesanan.3. Penyelerasan 7.

: Pegawai Pelajaran Daerah : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah : Penolong PPD (Peperiksaan / PBS) . 2.3. 2.2 Senarai Tugas i.: YDP Majlis Pengetua : YDP Majlis Guru Besar : YDP Majlis Guru Cemerlang 2.3. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar ke Lembaga Peperiksaan. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri.2 Senarai Tugas i.1 Senarai Jawatankuasa Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa : YDP Majlis Pengetua Daerah : YDP Majlis Guru Besar Daerah : Semua Penolong PPD : Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru 2. ii.3.3 JAWATANKUASA PBS DAERAH. iv. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah. iii.2.3. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri.3.3. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan.

3. 2.4 JAWATANKUASA PBS SEKOLAH. iii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa : Ketua Panitia Yang Dilantik (Latihan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Penyelarasan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Pementoran) : Ketua Panitia Yang Dilantik (Pemantauan) : Ketua Panitia Yang Dilantik (PS dan PP) : Guru Cemerlang : Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) : Guru Penolong Yang Dilantik (PAJSK) : Jurulatih Utama Pentaksiran (setiap mata pelajaran) : Guru Besar : Semua Guru Penolong Kanan : Setiausaha Peperiksaan . iv. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah.4.3.1 Senarai jawatankuasa.ii. 2. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan.

Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian/pelaksanaan semua komponen PBS di sekolah.3. vi. Mesyuarat Kali Ketiga – Kajian Suku Tahun Kedua. . v. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. ii. iii.4. menyediakan jadual aktiviti dan sebagainya. matlamat. Mengadakan 4 kali mesyuarat setahun: Mesyuarat Kali Pertama – menetapkan hala tuju. Mesyuarat Kali Keempat – Post Mortem Pelaksanaan. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan. meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P. Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid.2. Mesyuarat Kali Kedua – Kajian Suku Tahun Pertama. iv.4 PENTAKSIRAN SEKOLAH. 2. pentadbiran. perekodan dan pelaporannya. pembinaan item dan instrumen pentaksiran.2 Senarai Tugas i. vii. pemeriksaan atau penskoran.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS mempunyai ciri-ciri berikut: • Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni. semester atau tahun.1 PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD.4. 2. • Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum PS boleh dilaksanakan secara: • • Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran. iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran . Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada. • • Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali. faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. . kebolehan. Ia mengandungi perkaraperkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran-pembelajaran. bakat. Kementerian Pelajaran Malaysia. mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu. memahami. Dokumen Standard Kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.serta pencapaian prestasi seseorang murid. menghargai. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan.

guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti.4. apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid. Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid. ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan.Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan.2 STANDARD PRESTASI. Dengan menggunakan Standard Prestasi . 2. . Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. • Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai. • Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah.

Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan Negara lain. murid tahu perkara asas. Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu. . Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu Jadual 4. atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu. Jadual 4. BAND 6 5 4 3 2 1 STANDARD Tahu.• Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.1: Kerangka Standard Prestasi Di Band 1. Di Band 2. Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu. • Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut. murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.1 menunjukkan kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam PS. Selain itu.

Pentaksiran Sekolah memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah.4.4. murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab. serta tekal dan bersikap positif.4.1 Formatif Penyataan evidens digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang pencapaian murid. guru. Di Band 4. murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru. mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.Di Band 3.4. 2. 2. Dan akhir sekali.2 Sumatif Penyataan descriptor digunakan sebagai pelaporan prestasi murid.4. murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif.3. 2. Di Band 5. di Band 6. murid dan ibu bapa. seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik. 2.3 SISTEM PELAPORAN.4. dengan mengikut prosedur atau secara sistematik.4 PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH. murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.1 Pentadbiran sekolah .3. 2.

4. bahan dan jadual Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod Menjalankan pemantauan dan penyelarasan 2.3 Murid i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS ii. Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran iii. ii.2 Guru i. iii.4. iv.4. v. Mengetahui dan memahami standard prestasi Mengetahui perkara yang perlu dikuasai . v. iv.i. Menyediakan peralatan. Menyediakan instrumen pentaksiran Memberi maklum balas tentang pencapaian murid Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh vi. Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaranpembelajaran-pentaksiran ii.4. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid 2.

iii.0 CABARAN PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh dunia.4. Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences) iv. Australia. Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan 3. dinamika masyarakat dan industri bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal dan segera. Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran ii. kekuatan dan kelemahan anak iii.4 Ibubapa i. . Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpa peperiksaan secara berpusat dalam tempoh 9 tahun persekolahan awal kanak-kanak. Memahami dan menyedari potensi. Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan 2. Kepesatan perubahan persekitaran pendidikan.4. Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai iv. Hong Kong dan New Zealand juga boleh dianggap berjaya melaksanakan PBS secara sistematik.

bahan dan jadual turut akan dikeluarkan untuk penyelarasan modul pembelajaran yang digunakan. Segala kesediaan yang dilakukan oleh Pentadbir . Program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksaan ini perlu namun kos dalam memastikan kesemua staf yang terlibat mendapat objektif perancangan PBS ini adalah terlalu mahal. kos dari segi penyediaan peralatan. Tambahan pula tidak semua sekolah yang telah mempunyai kemudahan untuk pelaksanaan PBS yang sedia ada. Antara pihak yang terlibat ialah Pentadbir Sekolah. Pengurusan rekod mestilah teratur dan tepat. kebiasaan dan kepakaran lama. Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat LPM dan MPM sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid. guru dan masyarakat. Malahan. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu semua pihak atasi. cermat dan hormat. Pihak LPM dan MPM pula akan bertindak sebagai pemantau. Murid dan Ibubapa. Guru.Proses perubahan sentiasa menggugat status quo dan kelompok zon selesa. guru dengan tanggungjawab ikhtisas dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid. untuk memastikan kejayaan memberi pemahaman yang tepat kepada semua staf terlibat amat sukar kerana PBS ini baru sahaja dijalankan di Malaysia. Usaha menarik perhatian ke arah melemahkan rintangan terhadap perubahan dan mengukuhkan daya pacu perubahan perlu dikendalikan secara paling bijaksana. Kegagalan pemahaman sebenar PBS dikalangan staf boleh merosakkan objektif pelaksanaan PBS. serta kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak yang berkepentingan. Pentadbir juga perlu menyediakan ruang dan kaedah yang tepat serta inovatif dalam penyimpanan rekod pelajar. Murid akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri. Pelaksanaan PBS memerlukan kerjasama antara pelbagai pihak untuk dijayakan secara menyeluruh. Rekod yang disimpan hasil daripada pelaksanaan PBS ini terutamanya keputusan pelajar adalh sentiasa bertambah. Pembaharuan akan mengakibatkan kehilangan kedudukan. program pembangunan staf antara perkara yang perlu dijalankan. Selain itu. penyelaras dan penjaga kesahan. Pada peringkat Pentadbir Sekolah. Staf baru memerlukan masa yang agak lama untuk mengenali kaedah ini secara menyeluruh.

PBS telah menjadikan guru hanya sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran. Masa pembelajaran sedia ada adalah tidak cukup bagi seorang guru dalam memastikan semua pelajar mendapat input yang sama dan adil. Adalah lebih baik sekiranya orang yang bertanggungjawa dalam pemantauan dan penyelarasan adalah dari pihak lain selain pihak Pentadbir Sekolah itu sendiri. Tugas seorang guru akan menjadi semakin berat. dalam mengetahui dan memahami standard prestasi adalah merupakan satu perkara yang perlu untuk memastikan pencapaian diri sentiasa berada pada tahap yang dinginkan. Tambahan pula. sukar untuk mencapai objektif sebenar hanya sebagai pemudah cara. Guru juga perlu memberi tindak balas terhadap setiap pelajar yang berada di bawah pengawasan. Bagi seorang murid pula. Guru juga perlu menyediakan instrumen pentaksiran yang jauh berbeza dengan instrument sedia ada sebagai guru kepada pemudah cara. Guru perlu membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku dalam pembelajaran selaras dengan komponen penilaian standard prestasi yang juga melibatkan nilai dalam diri seorang pelajar.Sekolah memerlukan pemantauan dan penyelarasan. Adalah sukar unutk hanya menjadi pemudah cara sedangkan guru hari ini kebanyakan akan memberikan segalasegalanya dalam memastikan pelajar faham perkara yang diajar. Perkara ini sememangnya akan memudahkan proses P&P seorang guru. guru sendiri yang perlu mengumpul rekod dan data pencapaian murid. Murid juga perlu . Guru perlu memantapkan diri untuk menjadi seorang yang lebih berdaya saing dalam memastikan pelaksanaan PBS ini berjaya. Tetapi sebenarnya ia sukar unutk dilaksanakan bagi guru-guru yang telah terbiasa dengan teknik pengajaran sedia ada. Bahan pengajaran pula adalah terhad. Sukar untuk seorang guru untuk menilai setiap murid. Murid perlu mengetahui perkara yang perlu dikuasai. Guru dilatih untuk memberikan semuanya kepada pelajar bagi memastikan pelajar untuk memahami sukatan pelajar. Walau bagaimanapun. guru perlu membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh. berbanding sistem sedia ada yang menilai pelajar secara kelompok. Disamping itu juga.

afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). semua pihak perlu menyesuaikan diri dengan PBS. Dalam sistem PBS ini. 4.mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai disamping memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan. PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada orientasi peperiksaan per se yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-talu. PMR. Pelaksanaan PBS memerlukan jangka masa yang lama untuk memastikan kejayaan sistem baru ini. sekolah diberi kuasa yang maksimum dalam menentukan gred pentaksiran calon. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tidak memberi cabaran yang begitu besar terhadap ibu bapa selain daripada untuk memahami konsep PBS yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek).0 PENUTUP Keseluruhannya. dan SPM. Ibu bapa perlu jelas bahawa PBS turut mentafsir bidang bukan akademik dan tidak bidang akademik semata-mata seperti sistem pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan seperti UPSR. pentadbir sekolah dan guru perlulah memainkan peranan yang sangat penting unutk menjayakan program ini demi kecermelangan pendidikan negara. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab . Mungkin bagi segelintir parents yang mempunyai kadar intelektual yang rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem yang baru. PBS perlu dijalankan secara berperingkat. Oleh itu. Mereka sudah terbiasa dengan sistem lama dan menjadikan peperiksaan seperti UPSR sebagai kayu ukur pencapaian akademik anak mereka.

Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan. Perkara yang boleh dilihat. sistem PBS ini akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang. manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. .yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Berjaya atau gagal sistem ini bergantung kepada integirti. sikap dan komitmen pelaksana. Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful