You are on page 1of 16

Pendahuluan Sebelum memahami mengapa arkeologi islam penting sebagai disiplin ilmu kita perlu terlebih dahulu memahami

apakah itu arkeologi.Ramai sarjana yang memberi maksud mengenai arkeologi seperti Grahame Clark,Stuart Piggot dan James Deetz. Grahame Clarke menyatakan arkeologi dalam tulisannya Archeology and Society merujuk kepada “Arkeologi merupakan satu pegajian yang sistematik tentang benda-benda kuno sebagai suatu alat untuk membina semula masa lampau “.Beliau menambah lagi ,walaupun pengajian arkeologi bergantung kepada arifak ,mengklasifikasikannya dan menjelaskan perkembangan gayanya ,arkeologi juga perlu memberikan gambaran lebih luas tentang bentuk,tekstur,dan artistiknya.Sehingga ahli arkeologi itu dapat membezakan pelbagai tinggalan budaya yang terpisah,menentukan tahap perkembangan sejarahnya ,atau mengenalpasti pelbagai tradisi yang berbeza-beza1. Namun begitu James Deetz pula memberi pendapat berbeza mengenai definisi arkeologi. Menurut beliau, “Arkeologi sebagai disiplin yang memusatkan perhatiannya terhadap item-item tertentu dari ahli antropologi, beliau menganggap arkeologi tidak boleh didefinisikan kecuali dalam hubungannya dengan antropologi iaitu arkeologi sebagai suatu disiplin yang mana antropologi menjadi bidangnya”. Perkara ini diterima oleh kebanyakan universiti-universiti di Amerika Syarikat yang mana arkeologi dianggap disiplin kecil antropologi iaitu kajian berkaitan manusia dari pelbagai aspek seperti fizikal, budaya, sosial, linguistik dan sejarah2.Walau apa pun definisi yang diberikan oleh sarjana ,namun tidak dapat menafikan bahawa arkeologi islam amat penting kepada bidang pengajian sejarah Oleh tu, dapat dirumuskan bahawa arkeologi merupakan antara satu kaedah atau sumber yang dapat menyumbang kepada kewujudan fakta sejarah yang dapat

menceritakan peradaban mahupun peristiwa akan sesuatu kejadian dahulu. Kaedah gali cari dapat membantu manusia untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas terhadap sesuatu
1 2

Uka Tjandrasasmita,Arkeologi Islam Nusantara,Jakarta,Kepustakaan Popular Gramedia,2010,hlm 1 Shakila Yaacob , Arkeologi Prasejarah (edisi pertama). Dewan Bahasa dan Pustaka , 1990 , hlm 5

Sultan Mansur Shah (1459-1477).namun melalui jumpaan data arkeologi ia dapat menambahkan lagi pengamatan dan pengetahuan kita serta dapat memperjelaskan lagi pengetahuan kita terhadap kerajaan awal islam serta masyarakatnya sama ada dari aspek politik.tafsiran misalnya berkenaan penempatan kota3.Mungkin kita dapat memperoleh maklumat mengenai sejarah kerajaan islam di Nusantara melalui sumber bertulis seperti dokumen.Dari sini kita dapat merumuskan bahawa arkeologi islam sebagai disiplin ilmu amat penting dalam bidang pengajian sejarah.ekonomi.Bhd.Karisma Publication Sdn.Kesultanan Melaka hanya melibatkan empat orang Sultan sahaja iaitu Sultan Muzaffar Shah (1445-1459).Dari segi pengertian secara khusus.Sejarah Melayu menceritakan kepesatan perdagangan dan kemajuan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan-sultan Melaka dan mungkin kita dapat membayangkan kepesatan aktiviti perdagangan yang berlangsung di pelabuhan Melaka. Sejarah Masih Releven: Arkeologi sebagai Sumber Sejarah. Menambahkan pengamatan dan pengetahuan mengenai sejarah Melalui arkeologi islam kita dapat menambah pengetahuan dan pengamatan kita terhadap sejarah islam yang pernah berlangsung di Malaysia dan Nusantara.mahupun pensejarahan awal alam melayu seperti Sejarah Melayu yang ditulis Tun Sri Lanang atau Hikayat Raja Pasai dan sumber bertulis lain.dan sosial . .Sultan Ahmad Shah (1510) dan Sultan Mahmud Shah (14881511).Melalui jumpaan arkeologi seperti mata wang zaman kesultanan Melaka maka menambah lagi pengetahuan kita mengenai kepesatan perdagangan di Melaka.Melalui jumpaan mata wang yang mengunakan gelaran berunsurkan islam misalnya dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kedudukan islam dalam Kesultanan Melayu Melaka yang dianggap sebagai agama rasmi kerajaan.hal 362.2001. Sebagai kajian terhadap bentuk mata wang syiling berunsur Melayu-Islam.syiling merupakan mata wang yang diperbuat daripada logam dan dapat dibahagikan kepada dua iaitu pertama dihasilkan untuk tujuan jual 3 Mohd Supian Sabtu.

1988. 4.hlm 38 5 Bank Negara Malaysia. “Pengukuhan Melaka Oleh Parameswara: Kesan. telah ditulis gelaran baginda iaitu Nasir-Al. hlm. 53.seni bina mahupun batu nisan dapat kita memberi gambaran dan maklumat kepada kita bahawa wujud interaksi diantara dua masyarakat atau kerajaan di wilayah yang berbeza. 8 Ibid. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu Berhad. 1967 hlm. wang syiling dibuat daripada timah yang merupakan bahan utama digunakan untuk membuat wang syiling7.4 Mata Wang Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada bentuk yang seragam iaitu berbentuk bulat. 6 Mohd Supian bin Sabtu.9Bukti-bukti dari jumpaan syiling Melaka dapat menambahkan pengetahuan dan pengamatan kita terhadap kesultanan Melayu-Islam Melaka. Sejarah Mata Wang. Our Currency Legacy. Syiling yang dikeluarkan Sultan Muzafar Syah menunjukan nama baginda iaitu Sultan Muzafar Shah telah ditulis dibahagian hadapan wang syiling ini dan ditulis dalam lingkungan dua baris sahaja.Mohd Supian Sabtu. Emeritus Dato’ Mohd Yusoff Hashim (Penyelenggara).Kajian dari Perspektif Numismatik dan Arkeologi.8 Pada bahagian belakang. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia. 7 Hussain bin Mahmud.Dunia Wa’idin yang mempunyai lingkungan dalam tiga baris sahaja. 9 Ibid.sebagai memperingati sesuatu peristiwa.Dalam sumber bertulis awal seperti Sulalatus Salatin menceritakan mengenai hubungan yang wujud diantara kesultanan Melayu 4 Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu abad-15 hingga ke-19M.beli dalam urusan perdagangan atau pertukaran dan kedua.Pengunaan nama sultan yang memerintah serta gelaran pemerintah pada mata wang menunjukan satu perlambangan simbol kekuasaan kerajaan yang memerintah pada ketika itu. . 27. tulisan terdapat pada bahagian hadapan dan belakang syiling yang menggunakan tulisan Jawi5. Membuktikan wujudnya interaksi dan hubungan diantara dua masyarakat yang berbeza Melalui persamaan dalam aspek numismatik . Perkembangan dan Kronologi Numismatik”. Parameswara Pengasas Empayar Melaka. dalam Prof.Penemuan arkeologi dilihat menambah pengetahuan dan pengamatan terhadap sejarah. hlm. bahasa yang digunakan adalah bercampur antara Bahasa Melayu dan Bahasa Arab6.

hlm 6 Ibid. hlm 39 12 Ibid.Kebanyakan masjid tua menunjukan persamaan seperti masjid Tua Kampung Laut di Kelantan.contoh yang jelas ialah persamaan struktur binaan masjid Tua Kampung Laut di Kelantan dengan binaan masjid Agung Demak.Syiling yang dikeluarkan Kesultanan Pasai yang dikeluarkan oleh Sultan Muhammad Malik al-Zahir (memerintah antara tahun 1297-1326) dan baginda menggunakan gelaran al-Sultan al-adil11 manakala Syiling yang dikeluarkan Sultan Muzafar Syah menunjukan nama baginda iaitu Sultan Muzafar Shah telah ditulis dibahagian hadapan wang syiling ini dan ditulis dalam lingkungan dua baris sahaja.Interaksi turut dapat dilihat melalui persamaan dalam syiling emas antara kerajaan Pasai dan Kerajaan Melaka.Melalui penemuan data arkeologi kita dapat membuktikan bahawa hubungan tersebut benar-benar wujud dan berlangsung pada era tersebut.Arkeologi Islam Nusantara. Bentuk Mata Wang Kesultanan di Tanah Melayu abad-15 hingga ke-19M.Masjid Air Baloi dan Kampung Merlong di Johor serta beberapa masjid tua lain di Malaysia menunjukan 10 11 Ibid Uka Tjandrasasmita.Kajian dari Perspektif Numismatik dan Arkeologi.Tipologi batu-batu nisan Sultan Melaka memiliki persamaan dengan batu nisan yang ada di Samudera-Pasai .Tom Pires menyatakan raja Melaka iaitu Parameswara memeluk islam apabila mengahwini puteri Raja Pasai .Interaksi mungkin dalam bentuk perkahwinan mahupun perdagangan yang menyebabkan persamaan dalam jumpaan arkeologi di kawasan yang berbeza.Johor dan Negeri Sembilan yang berasal dari Acheh membuktikan wujudnya hubungan diantara kedua kawasan10.12 Pada bahagian belakang. Interaksi turut dapat dilihat melalui struktur binaan dan sebagainya. 13 Ibid .Melaka dengan kerajaan awal lain di Nusantara dan luar Nusantara. telah ditulis gelaran baginda iaitu Nasir-Al.Dunia Wa’idin yang mempunyai lingkungan dalam tiga baris sahaja13. Mohd Supian Sabtu.hal ini dapat disokong melalui jumpaan data arkeologi .Penemuan batu nisan Acheh dibeberapa kawasan di Malaysia seperti Melaka.Masjid Ampangan di Negeri Sembilan .

14 15 Ibid Uka Tjandrasasmita.Pemahaman mengenai mobilasi sosial terutamanya yang berbentuk Horizontal dapat dicungkil melalui data-data arkeologi.Hal ini membuktikan melalui data arkeologi kita dapat membuktikan wujudnya interaksi diantara dua masyarakat atau kerajaan yang berbeza.Hal lain ialah pemakaman Islam yang ditempatkan diatas bukit seperti makam Sunan Gunung Jati.Arkeologi Islam Nusantara.Contohnya penemuan binaan kota-kota kerajaan Islam di demak .jika kawasan berbentuk dataran rata pula .dan Cirebon dapat dianalisa adanya mobilisasi sosial tukang-tukang dari satu tempat ke tempat lain melalui persamaan bentuk binaan15.makam Sultan-sultan Yongyakarta dan Solo di Imogiri dan makam Sunan Sendang di Sendangsuwur .Hal ini menunjukan bagaimana kepentingan arkeologi islam dalam memahami aspek budaya sesebuah masyarakat.persamaan dengan masjid Agung Demak dan Masjid Agung Banten dan masjid Agung Cirebon melalui binaan struktur atap yang bertingkat samada dua. Sunan Giri.Kesemua makam tersebut menunjukan makam yang ditempatkan ditempat yang paling tinggi merupakan makam yang paling suci .kuburan orang-orang yang dianggap suci ditempatkan dibahagian belakang iaitu kawasan ketiga .Arkeologi Islam Nusantara.Kudus .hlm 5 .Sunan Muria.Arkeologi Islam Nusantara.empat atau lebih14.hlm 6 Ibid Uka Tjandrasasmita.Demikian juga batu nisan dan kijingnya yang berbentuk berundak menunjukan kedudukan status sosialnya yang tinggi16.tiga.hlm 5 16 Ibid Uka Tjandrasasmita. Memahami sistem sosial dan adat sesebuah masyarakat Melalui kaedah arkeologi dan data arkeologi kita turut dapat memahami budaya dan adat sesebuah kawasan.

Hal ini memberi maklumat bahawa islam datang ke Brunai lebih awal iaitu pada abad ke-11 dan penyebaran islam dikatakan dilakukan pedagang arab dan Parsi17.Jika dinilai kepada dua sumber ini bermakna proses pengislaman di Brunai berlaku agak lewat.S.Menurut Sejarah Brunai perkahwinan Awang Alak Betatar dengan salah seorang Puteri Sultan Melaka membawa kepada pengislaman Awang Alak Betatar.Arkeologi Islam Nusantara.M.Tradisi lain menyatakan pengislamannya hasil perkahwinan beliau dengan puteri Sultan Johor(H. Maklumat baru turut diperoleh mengenai kedatangan islam di Nusantara.Arkeologi Islam Nusantara.environmental archaeology(arkeologi 17 18 Ibid Uka Tjandrasasmita.namun melalui jumpaan batu nisan syeikh Muhammad yang tidak diketahui tarikh kematiannya tetapi melalui kajian arkeologi keatas batu nisan tersebut di Barus mendapati ia bertarikh 602 Hijrah lebih awal dari batu nisan Sultan Malik As Salih yang dikatakan yang terawal memeluk islam di Alam Melayu18.Melalui arkeologi islam pelbagai maklumat dapat diperoleh bagi tujuan kajian ilmu numismatik.25) .C.ramai melihat kerajaan Melayu Samudera-Pasai terawal menerima islam .Melalui jumpaan data arkeologi batu nisan Putri Sultan Abdul Majid Bin Sultan Muhammad Syah bertanggal 440 hijrah atau 1048 masihi iaitu tarikh yang lebih awal dari pemerintahan Awang Alak Betatar pada awal abad ke-15.1940. Hal ini memperlihatkan kepada kita kepentingan arkeologi islam sebagai satu disiplin ilmu yang membantu daam penemuan data dan maklumat baru sejarah.Mewujudkan penemuan maklumat baru Melalui penemuan data arkeologi turut dapat membawa kepada pembaharuan dalam sejarah dan memperbaiki fakta sejarah sedia ada terutamanya yang diperolehi melalui sumber bertulis.hlm 25 Ibid Uka Tjandrasasmita.hlm 14 . Mempelbagaikan cabang ilmu Kepentingan arkeologi islam turut dilihat dalam menyumbang kepada perkembangan pelbagai cabang disiplin ilmu.R Hughes-Hallet.

. Sejarah Mata Wang.alam sekitar). pada bahagian hadapan wang syiling ini mempunyai ukiran nama baginda iaitu Al-Sultan Mahmud Shah dan bahagian belakang wang syiling ini mempunyai ukiran gelaran baginda iaitu AlAdil.Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada muka wang ini tertera nama Muhammad Malik al-Zahir20.Kajian mengenai lingusitik turut dapat dilakukan melalui data arkeologi seperti mengkaji perkembangan sistem bahasa dan tulisan di Malaysia dan Nusantara. hlm.Kesultanan Melayu Melaka di era pemerintahan Sultan Mahmud Syah(1488-1511) Ini dapat dilihat melalui ukiran nama yang terdapat pada wang syiling yang dikeluarkan oleh baginda. Tamadun Melayu Jilid Tiga: Nilai Mata Wang Raja-raja di Dunia Melayu. 50. hal 1337 21 Mohd. Pada wang syiling 1 pitis yang berukuran 21 mm sehingga 22 mm dan beratnya 3. Supian Sabtu.Melalui arkeologi turut memperluaskan ilmu kajian Numismatik . Ismail Hussein (1995). barang sukar disukat dan barang sukar untuk dibawa.antropologi iaitu berkenaan sistem sosial dan kebudayaan masyarakat serta pelbagai ilmu lain lagi. hal 2.21Selain itu cabang ilmu lain ialah kajian ilmu perundangan mengenai sistem perundangan syariah melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu yang terkandung 19 20 Hussain bin Mahmud (1967).60 gram dan mutu 1/8 telah digunakan sebagai alat pembayaran.samskrit dan jawa kuno.jawa kuno dan seterusnya bahasa Melayu Klasik yang dipengaruhi bahasa Arab yang menunjukan proses perkembangan bahasa di Nusantara .Penggunaan mata wang dalam pemerintahan Islam Melayu pernah berlaku semasa pemerintahan Kerajaan Samudera Pasai pada tahun 1297 sehingga 1326.0 gm. Penerbit Utusan Melayu.Pengenalan sistem mata wang dalam kerajaan Islam telah menukarkan corak urusan jual beli sistem barter kepada sistem mata wang19 yang menampakkan keistimewaan yang tersendiri serta dapat mengatasi masalah yang timbul daripada sistem barter ini seperti kadar tukaran barang sukar untuk ditentukan.Sebagai contoh penemuan batu bersurat Minye Tujuh di Acheh 1380 masihi yang terdapat tulisan india dan arab . dari sini kita dapat melihat perkembangan bahasa di Nusantara yang bermula dari Sanskrit. Wang emas yang dinamakan dirham yang mempunyai berat 0. Bentuk Mata Wang Kesultanan Di Tanah Melayu Abad Ke -15 Hingga ke-19 M : Kajian Dari Perspektif Numismatik Dan Arkeologi.

7 (2010) 107-148.ada perkataan mengenai Allah dan Rasul.Kementerian Pendidikan Malaysia.disamping bukti campuran undang-undang islam dan undangundang adat.Melalui batu nisan Acheh yang ditemui mengandungi pesanan tersirat sufisme.namun sebahagian daripada hukuman ini kurang lengkap dari segi penerangan kerana ada serpihan batu yang hilang22.makam Nibong dan banyak lagi.berkaitan hukum keatas penzina .hlm 124 23 Tamadun Malayu Jilid Tiga. Melalui kajian arkeologi pengkajian numismatik dapat diperluaskan dan dapat memahami sejarah kesultanan Islam.Batu Nisan Sultan Allaudin Riayat Syah .batu nisah Raja Fatimah dan Raja Jamil .membabitkan 9-10 berkaitan hukum muamalat(hutang-piutang. Menghayati Keindahan kerajaan islam awal Keindahan kerajaan awal islam dapat dilihat melalui aspek numismatik.23Melalui seni bina kita dapat membuat tafsiran dan menghuraikan tujuan setiap ukiran dibuat.Daripada kajian William Shaw dan Mohd Kasim Haji Ali.1995 hlm 1346 .Ismail Hussein.Pesanan itu mengenai pandangan hidup sufi seperti kematian dan perjalanan mistik jiwa menuju singahsana Tuhan untuk berkomunikasi denganNya.6 gram.kita mengetahui bahawa di belakang mata wang emas Kelantan -Patani yang tertera jenis kijang dan matahari terdapat ungkapan Malik al-adil yang menunjukan kedudukan islam sebagai agama rasmi kerajaan islam di Kelantan. Syiling emas di negeri Kelantan menggunakan gelaran Al Julus Kelantan Shah pada bahagian permukaan dan bahagian belakang masih mengekalkan gelaran al-Mutawakkil Ali Allah yang mempunyai ukuran diameter sekitar 10.seni bina dan dekoratif dalam struktur binaan awal kerajaan islam seperti masjid.kesalahan enggan membayar denda).Kuala Lumpur.Abdul Aziz Derahman.Abdul Rahman Al-Ahmad.maklumat mengenai undang-undang islam yang diamalkan di Mandulika . No.Masjid tua di Indonesia 22 Rahimin Affendi Abd Rahim.55mm dengan berat 0. Jurnal Fiqh.Antara batu nisan yang memiliki pesanan sufisme seperti batu nisan Marhum Berdarah Puteh di Pagoh-Muar.Batu Bersurat Terengganu:Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kesultanan Kelantan .Tiangkok.Kewujudan mata wang kesultanan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan Pasai membuktikan kepesatan ekonomi masyarakat yang terlibat dalam aktiviti jual beli dan perdagangan.Kewujudan mata wang (Numismatik) turut memperlihatkan kemahiran masyarakat melayu dari segi pertukangan sehingga berjaya menghasilkan pelbagai bentuk mata wang.Arkeologi Islam Nusantara.Melalui bentuk mata wang dalam kesultanan Melayu Melaka .Eropah Timur dan Jepun25.Hal ini contohnya dapat dilihat pada penghasilan mata wang kesultanan Melayu Terengganu yang berbentuk seperti saluran bunga dan mempunyai enam kelompak dengan perkataan Malik Al Adil pada bahagian permukaan .hlm 6 .Mata wang yang dijumpai melalui kaedah arkeologi memperlihatkan kemahiran penempaan masyarakat awal dalam kerajaan Melayu di Nusantara .Kewujudan masjid turut menunjukan masyarakat awal yang memeluk islam di Nusantara telah memiliki institusi untuk melakukan ibadat dan tujuan pengajian keagamaan kerana masjid selain dari dijadikan tempat beribadat turut dijadikan tempat pengajian agama.dan Malaysia seperti Masjid Agung Demak dan Masjid Tua Kampung Laut menunjukan dekoratif kaligrafi ayat-ayat Al Quran pada dinding masjid yang dikatakan bertujuan memujuk masyarakat memeluk islam24.Goa dan Acheh memperlihatkan bukti hubungan perdagangan dengan kerajaan Siam.Penemuan seramik dari kajian arkeologi di ibu kota Banten.Kepandaian masyarakat Melayu turut dapat dilihat dalam penghasilan mata wang di Kelantan iaitu 24 25 Ibid Uka Tjandrasasmita.Arkeologi Islam Nusantara.Terengganu dan Perlis kita dapat melihat kemahiran masyarakat Melayu yang tinggi hingga berjaya menghasilkan mata wang dalam pelbagai bentuk.hlm 34 Ibid Uka Tjandrasasmita. Melalui arkeologi islam dapat melihat sistem ekonomi dan kepandaian masyarakat Melalui jumpaan data arkeologi juga dapat membantu dalam memahami sistem ekonomi masyarakat islam awal di Malaysia dan Nusantara.

Malah Kesultanan Sulu dikatakan telah diasaskan oleh golongan Syarif yang berasal dari Tanah Arab. aktiviti mubaligh dalam pendakwahan.Kuala Lumpur. 1973: 39).27 . perkahwinan dan seumpamanya dalam Kesultanan Sulu dan Brunei yang mempunyai status de-facto ke atas Borneo Utara.dan dinar matahari terdapat ukiran bunga atau bintang manakala dibelakang kedua syiling ini terdapat nama gelaran Sutlan iaitu Malik Al Adil.hlm Mohammad Syaukhi Muhammad Radzi. Syed Naquib al-Attas dalam bukunya Preliminary Statement On A General Teory of The Islamization Of The Malay Indonesian Archipalego menyatakan bahawa bukti pertapakan ini berdasarkan penemuan batu nisan orang Islam di Bud Dato.Hlm 190 .sebuah kapal dagang Arab dari Mai (Mindoro).SABAH:TINJAUAN TERHADAP SEJARAH PERTAPAKAN DAN SUMBANGAN DARI ASPEK SOSIAL.Mezium Negara. Cesar Adib Majul umpamanya menjelaskan pada tahun 982 M.Kupang Kijang dan Dinar Matahari keduannya tertulis perkataan jawi.MASYARAKAT ARAB(KETURUNAN SYED )DI TAWAU . Bagi duit pitis Kelantan yang dihasilkan dari acuan yang berbentuk pokok duit dan apabila hendak digunakan syiling tersebut akan dipatahkan dari dahannya yang peringkat awal duit pitis ini diperbuat dari timah sebelum ditukar kepada peauter26. Sulu telah menuju ke Canton di Negeri China (Cesar Adib Majul. December 2007. Kemasukan agama Islam diceritakan dalalm Sulalatus Salatin yang 26 27 W.Shaw dan Mohammad Kasim hj Ali. Borneo Research Journal. Volume 1.Apabila kita melihat dalam pelbagai catatan fakta sejarah dijelaskan maklumat berkaitan kedatangan dan pertapakan masyarakat Arab sama ada melalui perdagangan.1971. Menyokong bukti sumber bertulis berbentuk menuskrip atau pensejarahan Sumber arkeologi juga disiplin ilmu yang penting dalam menyokong data sejarah bertulis yang berbentuk menuskrip dan pensejarahan Melayu awal. Ini menunjukkan masyarakat Arab telah pun sampai dan bertapak di Kepulauan Sulu (sebagai kawasan persinggahan) sehingga penerimaan agama Islam oleh masyarakat tempatan pada abad ke 13 atau 14 Masihi.Jolo yang bertarikh 1310 M.Coins of North Malaya.Kupang Kijang mempunyai gambar kijang di permukaannya .

Ternyata sumber arkeologi amat penting apabila penemuan batu nisan Sultan Malik As Salih yang meninggal 696 hijrah .hlm 23 31 Repelita Wahyu Oetomo.SEJARAH dan POLITIK.Perkembangan Bentuk Batu Nisan Acheh .HIZBI.Arkeologi Islam Nusantara.SHAH ALAM. Sebagai pengukur masa secara relatif Berdasarkan kajian data arkeologi terutamanya ciri-ciri perkembangan bentuk binaan atau sebagainya boleh menjadi pengukur masa yang amat penting berdasarkan cirri yang khusus pada sesuatu binaan.unsur hindu iaitu lingga atau menhir yang dikenali nisan Plakpling yang menyerupai menera dari bangunan suci masyarakat hinddu.Cerakinan Sejarah.Sebagai Wujud Kreativitas Masyarakat Acheh Pada Masa Lalu.data arkeologi ini dianggap batu nisan tertua mencantumkan nama sultan di wilayah ini 29 .Hikayat Patani misalnya menyatakan mengenai pengislaman Raja dan pembesar-pembesar Patani oleh ulama Pasai iaitu Syeikh Said hal ini di sokong oleh data arkeologi batu nisan Raja Pasai dan Patani yang menunjukan persamaan bentuk dan jenisnya.Peringkat awal batu nisan Acheh ditandai dengan bentuk meganlithik.28Namun melalui penemuan data arkeologi ia dapat menyokong kebenaran sumber dalam pensejarahan Sulalatus Salatin.Contohnya Kompleks makam Ratu Nahrisah di Kabupaten Acheh Utara31.Dalam Sejarah Kelantan pula diceritakan mengenai ketibaan seorang Syeikh Arab dari Patani yang menyebarka agama islam ke Kelantan dan kenyataan ini di sokong oleh penemuan kepingan syiling bertarikh 577 hijrah atau 1181 masihi di Kelantan menguatkan lagi pengislaman di peringkat awal di negeri ini30.23/2009.Hlm 83 .membincangkan keajaiban yang menyelubungi kedatangan Islam dalam dua konteks iaitu pertama pengislaman Pasai dan keduanya pengislaman Melaka.perubahan bentuk pada batu nisan Acheh boleh diguna sebagai pengukur kepada zaman atau masa kerana bentuk yang khusus pada perubahan batu nisan Acheh tersebut.Budaya dan Bahasa.Apabila kita melihat kepada batu nisan Acheh misalnya ..Malek.1993.Jurnal Balai Arkeologi Medan.hlm.UMAT ISLAM PATANI .Sulalatu-Us-Salatin (Sejarah Melayu).Mengikut pembahagian yang dilakukan oleh Othman dan Perret membahagi nisan kuno kepada 28 Abdul Rahman Hj Ismail dan Haron Daud (editor). 29 Ibid Uka Tjandrasasmita.BAS NO.hlm 13 30 Mohd Zamberi A. 41.

.Sebagai Wujud Kreativitas Masyarakat Acheh Pada Masa Lalu.23/2009.Perkembangan Bentuk Batu Nisan Acheh .Hlm 84-86 .kepala dan puncak .Jurnal Balai Arkeologi Medan.badan bahagian bawah.yang berlebihan di badan dan sayap.beberapa bahagian dasar.Batu nisan yang dijumpai di Kelurahan Peuniti yang menempatkan makam golongan raja dan ulama yang berasal dari Bugis memperlihatkan perbezaan dari segi pola hias.BAS NO.bahu. 32 Repelita Wahyu Oetomo.Walau bentuk yang hamper sama dari batu nisan sebelumnya yang ketara perbezaannya ialah hiasan sehingga nisan tersebut kelihatan bersisik 32 .1600 masihi atau 1700-1800 masihi.kepala diukir hingga keluar dari bidang hias Perkembangan batu nisan Acheh dapat dilihat pada perkembangan bentuk batu nisan Acheh yang boleh digunakan untuk menetukan zaman berdasarkan bentuknya sama ada 1400 masihi. 7 bentuk tiang.badan bahagian atas.1500 masihi.Kesimpulannya nisan-nisan yang dijumpai di Johor terbahagi kepada 99 bentuk pipih.

Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu Berhad.Arkeologi Islam Nusantara.Kementerian Pendidikan Malaysia. .Kepustakaan Popular Gramedia. Arkeologi Prasejarah (edisi pertama). Sejarah Masih Releven: Arkeologi sebagai Sumber Sejarah. Sejarah Mata Wang. 1990 3. Dewan Bahasa dan Pustaka .Tamadun Malayu Jilid Tiga.Ismail Hussein.2010 2.budaya.Budaya dan Bahasa.Kesimpulannya Kesimpulannya arkeologi islam sebagai disiplin ilmu memiliki peranan yang amat penting dalam pelbagai bidang terutamanya sejarah dalam memahami sistem politik. 1967 6.Sulalatu-Us-Salatin (Sejarah Melayu).ekonomi. Bibliografi 1.Melihat kepada kepentingan arkeologi islam sebagai satu disiplin ilmu maka usaha untuk memperluaskan dan meningkatkan pengunaan kaedah arkeologi perlu dipertingkatkan sebagai kaedah penting dalam mendapatkan maklumat mengenai kerajaan islam awal di Malaysia dan Nusantara.sosial masyarakat islam awal di Nusantara.2001 4.Karisma Publication Sdn. Pulau Pinang:Penerbit Universiti Sains Malaysia.Bhd.Shakila Yaacob .Abdul Aziz Derahman.Kuala Lumpur.Abdul Rahman Al-Ahmad .Abdul Rahman Hj Ismail dan Haron Daud (editor).2008 5.1995 .Cerakinan Sejarah.seni bina mahupun mobiliti sosial masyarakat dapat dikenalpasti dengan lebih jelas dan tidak dapat dinafikan bahawa arkeologi islam dapat membantu membuktikan kesahihan sumber bertulis.Hussain bin Mahmud.Jakarta.Uka Tjandrasasmita.Kewujudan bidang pengajian arkeologi islam telah memudahkan pemahaman dan penghayatan terhadap kewujudan unsur islam dalam masyarakat awal di Malaysia dan Nusantara.Melalui arkeologi islam kajian mengenai numismatik.Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohd Supian Sabtu.

MASYARAKAT ARAB(KETURUNAN SYED )DI TAWAU . December 2007 9. Jurnal Fiqh.Hlm . 7 (2010) 107-148 11.Mohammad Syaukhi Muhammad Radzi.Jurnal Balai Arkeologi Medan.SHAH ALAM. Tamadun Melayu Jilid Tiga: Nilai Mata Wang Raja-raja di Dunia Melayu.Malek.SABAH:TINJAUAN TERHADAP SEJARAH PERTAPAKAN DAN SUMBANGAN DARI ASPEK SOSIAL. Repelita Wahyu Oetomo.1993 10.Ismail Hussein.Sebagai Wujud Kreativitas Masyarakat Acheh Pada Masa Lalu.23/2009.UMAT ISLAM PATANI .Perkembangan Bentuk Batu Nisan Acheh .Dewan Bahasa dan Pustaka.HIZBI.Mohd Zamberi A.SEJARAH dan POLITIK. No.7. Borneo Research Journal. Volume 1. Rahimin Affendi Abd Rahim.Batu Bersurat Terengganu:Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam.1995 8.BAS NO.

Masjid Kampung Laut Masjid Agung Demak Batu Nisan Aheh di Pasai Batu Nisan dijumpai di Johor Mata wang Pasai Mata Wang Melaka .