Maktubat Imam Rabbani – Jilid Pertama

MAKTUB 97
Pada menerangkan bahawa maksud perlaksanaan Ibadat yang diperintahkan adalah untuk melahirkan keyaqinan dan pengalaman Fana dan Baqa adalah intipati Wilayat, telah dituliskannya kepada Hadhrat Syaikh Darwish Rahmatullah 'Alaih.

S

emoga Haqq Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberikan kemuliaan kepada kita dengan Haqiqat Iman menerusi perantaraan Hadhrat Sayyidul Mursalin Sallallahu 'Alaihi Wa Aalihi Wasallam. Sebagaimana maksud bagi penciptaan manusia adalah untuk menyempurnakan amalan Ibadat yang telah diperintahkan, maka begitu juga dengan maksud menyempurnakan amalan Ibadat yang diperintahkan adalah untuk menghasilkan Yaqin. Tujuan penciptaan manusia adalah untuk menyembah dan taat kepada Allah sepertimana yang telah ditetapkanNya dan matlamat utama penyembahan dan ketaatan adalah untuk mencapai yaqin yang merupakan intipati Iman. Adalah mungkin bahawa dalam ayatNya yang mulia mengisyaratkan kepada tuntutan ini: Wa'bud Rabbaka Hatta Yaktiyaka Al-Yaqin. "Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu keyakinan". Kerana, kalimah perkataan "Hatta" sebagaimana ianya boleh datang bagi pengertian Nihayat dan Ghayat yakni batas penghujungan dan kemuncak terakhir ianya juga boleh bermaksud Sababiyat yang bermakna "menyebabkan" atau juga "sehingga" dan "setakat ini". Yakni, "Li Ajali An Yaktiyaka Al-Yaqin". Dalam erti kata lain, seolah-olah Iman yang dimiliki pada seseorang sebelum menyempurnakan Ibadat ketaatan adalah hanya rupabentuknya sahaja dan bukannya Haqiqat Iman sebenar yang dita'birkan sebagai Yaqin. Allah Ta'ala mengumumkan bahawa untuk supaya mendapatkan Yaqin adalah dengan kamu mendapatkan Iman itu sendiri. Allah Ta'ala berfirman dalam surah An-Nisa ayat 135: Ya Ayyuhal-Ladzina Aamanu Aaminu. "Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu!"

Yakni, orang-orang beriman yang memiliki rupabentuk keimanan, cubalah berusaha untuk beriman dan mempunyai keyakinan yang sebenar dengan menyempurnakan Wazaif penyembahan kepada Allah dan mentaatiNya sebagaimana yang diperintahkanNya. Dan maksud daripada penghasilan Fana dan Baqa adalah pencapaian Wilayat, hanya keyakinan inilah yang dimaksudkan dan tiada lagi maksud yang lain. Sekiranya seseorang memahami tentang Fana Fillah dan Baqa Billah dengan pemahaman Haliyyat dam Mahaliyyat yang membawa maksud Hulul iaitu menunjukkan gabungan manusia kepada Allah, maka ianya adalah 'Ain Ilhad dan Zindiqah, suatu penyelewengan boleh menggugat keimanan. Dalam hal keadaan tenggelam dalam kemabukan Sakar, banyak perkara sedemikian akan terzahir keluar dari mulut seseorang Sufi yang mabuk, jesteru adalah menjadi tugasnya untuk mengatasinya dan kembali bertaubat kepada Allah memohon keampunan dariNya setelah mereka kembali kepada hal keadaan Sahwu.
1 © 1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani ‘Ufiya ‘Anhu

Maktubat Imam Rabbani – Jilid Pertama
Hadhrat Syaikh Ibrahim Ibni Shayban Qazwini Qaddasallahu Sirrahu, salah seorang daripada Masyaikh yang disebut dalam Tabaqat telah berkata bahawa pemahaman pengetahuan tentang Fana dan Baqa wujud dalam orang-orang yang mempunyai kepercayaan yang benar ikhlas dalam hakikat Wahdaniyat Allah Ta'ala dan berbuat Ibadat dengan betul. Segala sesuatu yang selain dari ini adalah kesilapan Mughalatah semata-mata dan Zindiqah. Demi Allah, apa yang dikatakannya adalah benar dan kata-kata beliau adalah mengkhabarkan tentang Istiqamah beliau pada jalan yang benar. Fana Fillah bermaksud melupakan diri sendiri dalam menjalankan kehendak Allah Ta'ala dan perkataan-perkataan seperti Sair Ilallah dan Sair Fillah dan sebagainya adalah dikiaskan atas perkara ini. Dan seterusnya berkenaan Hadhrat Syaikh Miyan Allah Bakhsh Rahmatullah 'Alaih, beliau adalah orang yang dihiasi dengan kesalihan, ketaqwaan dan banyak fadhilat kelebihannya yang lain. Dan ramai orang yang ada memiliki takluk dengannya. Sekiranya dia meminta bantuan anda dalam sesuatu urusan, maka diharap berikanlah bantuan kepada beliau. Wassalamu 'Alaikum Wa 'Ala Man Ittaba'a Al-Huda "Salam kesejahteraan ke atas kamu dan ke atas sesiapa yang menuruti jalan Hidayat."

2 © 1434 / 2013 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani ‘Ufiya ‘Anhu