You are on page 1of 93

Farrah Hannan

Farrah Hannan Bab S INARAN mentari mula menyuluh ke segenap alam. Bilik tidur yang didiami oleh

Bab 1

S INARAN mentari mula menyuluh ke segenap alam. Bilik tidur yang didiami oleh Liyana

Balqis dan Hasbul Warits turut disirami cahaya tersebut. Namun, kedua-duanya masih lagi berada di alam mimpi yang mengkhayalkan. Masih nyenyak dibuai mimpi yang tidak akan berkesudahan selagi mata terpejam. Sesekali ada pergerakan berlaku di atas katil, mungkin tidak selesa apabila cahaya di sebalik langsir yang jarang mula menerjah masuk ke dalam melalui kain tersebut. Mungkin juga sudah mula terasa kepanasan kerana kipas sudah dimatikan suisnya ketika subuh tadi.

Seawal subuh, kedua-duanya sudah bangun menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah SWT namun kembali leka melayan mimpi apabila terlelap semula akibat dihasut ‘sang pemusnah’ hidup manusia. Pemusnahlah sungguh. Selepas sejenak terlelap, pasangan pengantin baru ini terus ditemani mimpi indah sekali lagi sehingga tidak sedar matahari sudah terpacak di atas kepala. Tiada yang lebih indah selain daripada dapat bermimpi.

1

Khilaf Semalam

Liyana Balqis berpusing, mengubah posisi tidurnya.

Aiseh, apa ni

keras lain macam aje? Secara tidak sengaja

... tangannya tersentuh tubuh Hasbul Warits menyebabkan dia terkejut lalu terbangun. Tubuh suaminya yang tidak berbaju menyebabkan dia tersentak sehingga tersedar daripada tidur. Dia melihat siapa yang berada di sisinya, hampir terlupa dia sudah bersuami. Dia menyangka ada orang yang menyelinap masuk ke kamarnya. Mamai seketika.

Jam yang tergantung kemas di dinding kamar dikerling. Pukul sebelas pagi. Awal lagi ni. Kalau tidur sekejap lagi pun bagus, mamat ni pun membuta lagi. Liyana Balqis menggosok matanya sambil menguap panjang. Hmmm... pukul sebelas! Sudah pukul sebelas pagi, dan dia bukan di

rumahnya

....

Alamak, ini bukan pagi lagi, ini sudah menjelang

tengah hari!

Matanya terus dicelikkan. Liyana Balqis gelisah di tempatnya. Dia memandang Hasbul Warits yang masih berbaring dan berselimut. Sedapnya kau tidur, kan? Nak

kejutkan ke? Dia bermonolog sendiri. Serba salah dibuatnya. Tidak dikejutkan, tidak patut. Mahu dikejutkan, takut

mengganggu pula. Jadi, harus bagaimana? berfikir sejenak. Peduli apa!

Emmm...

dia

“Abul, bangunlah. Dah siang ni.” Masih mengawal suaranya, kononnya hendak menjadi isteri solehah yang tidak menjerit di telinga suami.

Kaku.

Wei, Abulll Hei, bangunlah!”

...

dah pukul sebelas ni! Cepatlah bangun.

Berkali-kali dia mengejutkan suaminya tetapi lelaki itu masih tidak mahu bangun lalu memaksa dia menggunakan suara ‘soprano’nya. Huh! Masih tak jalan! Tubuh suaminya

2

Farrah Hannan

yang masih kaku di perbaringan segera digoncang-goncangkan untuk mengganggu tidur lelaki itu.

Sesekali Hasbul Warits merengus apabila terasa tubuhnya digoncang. Dia tidak suka diganggu ketika sedang tidur. Tangannya menarik selimut menutup muka kerana mahu mengelak daripada silau cahaya yang singgah ke kamar.

Liyana Balqis menarik kembali selimut itu dengan kasar. Ini tak boleh jadi! Kau nak bangun sendiri atau aku paksa? Liyana Balqis mengetap bibirnya tanda geram. Sejenak dia berfikir lantas tersenyum nakal apabila lampu ideanya menyala. Terangkat-angkat keningnya memuji diri sendiri. Idea yang tiba-tiba terlintas di fikirannya sangat bernas. Dia yakin lelaki itu akan terus bangun.

Dia membuka kedua-dua belah mata Hasbul Warits dengan jarinya. Nah, rasakan kuasa jari aku buka mata kau yang melekat aje sejak tadi ni! Good morning, sayang! Ha ha ha! Gelak Liyana Balqis dalam hati.

“Bangunlah, Abul. Dah pukul sebelas ni. Matahari dah terpacak atas kepala ni. Apa pulak kata ibu dengan ayah nanti!”

Tangan Liyana Balqis ditepis kasar. Sakit matanya dicelikkan secara paksa begitu. Dia menggosok matanya. Ganas betul minah ni. Hasbul Warits menguap panjang. Dia menggaru-garu kepalanya. Semak betul ada isteri, nak tidur pun tak puas. Memekak aje pagi-pagi macam ni! What the dot betullah! Hasbul Warits mendengus.

“Mereka fahamlah, Qiss. Kita, kan pengantin baru. Tak ada orang kisah pun pukul berapa kita nak bangun ” ... jawab Hasbul Warits yang tersengih sambil memeluk bantal yang baru diambilnya daripada tangan Liyana Balqis. Masih

3

Khilaf Semalam

melayan matanya yang tidak mampu hendak dibuka. Inilah akibatnya jika tidur selepas subuh, liat sungguh hendak bangun semula. Biasanya tiada sesiapa yang mengganggu tidurnya, tetapi mulai hari ini dia akan diganggu oleh Liyana Balqis yang sudah menjadi teman sebilik dan teman sekatilnya juga. Jika setiap hari dia dikejutkan dengan cara begini, boleh terkeluar biji matanya nanti.

“Kepala lutut awak! Mentang-mentang pengantin baru, awak nak membuta sampai ke petang? Hei, bangunlah cepat!” Liyana Balqis menarik kasar tubuh suaminya, lantas tuala dicampak ke muka lelaki itu.

Bukan main kasar dia layan aku, ingat kawan-kawan lagi ke? Aduh, minah ni! Harap rambut panjang macam perempuan, tapi jantan rupanya! Bisik hati Hasbul Warits sambil mengambil tuala yang singgah ke wajahnya.

Sementara itu isterinya pula kelihatan sedang mengambil tuala yang lain dan serta-merta keluar dari kamar dan menuju ke bahagian dapur di mana terletaknya bilik mandi.

Kedudukan bilik mandi yang agak jauh membuatkan Liyana Balqis terasa segan. Biasalah rumah kampung, bilik mandi akan dibina di bahagian dapur bagi memudahkan semua kerja. Malah selalunya jarang ada bilik mandi lebih daripada satu di dalam rumah. Paling tidak pun sebuah bilik mandi di dalam rumah dan sebuah lagi dibina di luar rumah untuk kemudahan jika ada majlis kenduri-kendara.

Dia berhati-hati melangkah ke bahagian dapur supaya tiada yang perasan akan kehadirannya di situ. Kalaulah ada sesiapa yang melihat wajahnya yang baru bangun tidur ini, pasti dia akan malu besar. Dengan rambut yang agak kusut, pasti wajahnya ini tidak menunjukkan

4

Farrah Hannan

dirinya yang sebenar. Hari pertama di rumah mentua, sudah tentu dia tidak mahu penampilannya yang tidak kemas ini dilihat oleh ibu atau bapa mentua. Bikin malu saja jika tahi matanya dilihat oleh orang lain.

Saat kakinya sampai ke muka pintu bilik mandi, wajah ibu mentuanya tersembul keluar dari situ. Oh, mak! Dia terkejut sekali lagi. Sesak dadanya untuk beberapa saat kerana kejutan yang tidak disengajakan.

Wanita yang baru sahaja selesai mencuci pakaian barangkali itu, sekadar tersenyum memandangnya. Liyana Balqis kaget namun tetap membalas senyuman itu seikhlas mungkin. Dia membetulkan rambutnya yang serabai. Pasti wajahnya menakutkan ibu mentuanya dengan rambut yang tidak terurus ini. Maafkan menantu ibu ini, anakanda sedang membiasakan diri.

“Masuklah. Ibu nak pergi sidai baju dulu.” “Baik,” jawab Liyana Balqis. Sebaik sahaja wanita itu menghilang melalui pintu

belakang, dia segera melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Setelah memastikan pintu dikunci barulah dia menyangkut tuala sebelum melucutkan pakaiannya daripada tubuh. Fuh,

nasib baik terserempak dengan ibu aje

sekali? Haru

kalau ayah pun

... haru. Perasaan malu masih bertakhta dalam

... dirinya. Sepatutnya hari pertama sebagai menantu di rumah

ini dia harus menyediakan sarapan buat keluarga, tetapi sebaliknya pula yang terjadi.

“Macam mana pulak boleh terbabas tidur ni? Malunya, isy!” Liyana Balqis merungut sendiri. Kepalanya digaru-garu. Bertambah kusut rambutnya. Dia menyesal kerana tewas dengan ajakan syaitan selepas subuh tadi. Usai solat subuh, dengan selamba dia berbaring semula lalu

5

Khilaf Semalam

melelapkan matanya. Imannya terlalu

nipis sejak

kebelakangan ini. Ada sahaja yang melalaikannya. Malah banyak perkara yang mendatangkan dosa sudah berani dia lakukan.

“Cukuplah sekali hari ni. Harap-harap esok tak lagi.

Insya-Allah

ada jalan untuk bangun awal,” tambah Liyana

... Balqis lagi bersama keazaman yang membara.

Sedikit air diratakan ke wajahnya, kemudian memicit bekas pencuci muka yang sering digunakan lalu disapukan krim tersebut ke seluruh muka. Dia mengurut muka seperti kebiasaannya. Sejak pandai menjaga penampilan, setiap hari dia akan memastikan dia mencuci muka kemudian mengenakan pelembap untuk menjaga kesihatan kulit mukanya. Walaupun tiada masalah dengan jerawat, dia tetap menjaganya. Bukan sahaja dari segi kesihatan, tetapi demi kecantikannya juga.

Selesai membilas muka, barulah dia menggosok gigi seterusnya dia meratakan air ke seluruh tubuhnya. Barulah segar sedikit selepas air menyapa tubuh. Dia menghayati setiap titisan air yang terkena pada tubuhnya. Hilang keletihannya. Huh, sejuknya air kat sini pagi-pagi! Patutlah mamat ni selalu pergi sekolah tak mandi. Lepas ni jangan aku pulak yang tak mandi pagi!

“Gila sejuk! Kenapa tak sama dengan kat rumah abah eh? Maunya aku tak mandi awal-awal esok. Bangun awal wajiblah, tapi mandi awal, sunat aje,” bebelnya sendirian.

“Qiss, lama lagi ke?”

Pintu diketuk bertalu-talu. Sebuku sabun di tangan terjatuh kerana terkejut mendengar namanya tiba-tiba dipanggil. Suara itu sangat dikenalinya. Dia mendengus kasar.

6

Farrah Hannan

Menyibuk

ajelah

mandi pun tak senang.

mamat sorang ni! Orang nak

Buih-buih sabun pada tubuhnya segera dibersihkan. Kemudian dia membilas rambutnya yang juga dipenuhi buih syampu. Selepas memastikan dirinya bersih, dia mengambil tuala dan mengelap tubuhnya sehingga kering lalu menyarung sehelai T-shirt putih ke tubuhnya. Kegemaran memakai T-shirt berwarna putih, menjadikan kebanyakan T-shirt yang dibelinya adalah berwarna putih.

“Kejaplah. Jangan ketuk-ketuk boleh tak? Tak sabar- sabar ni kenapa?” bebel Liyana Balqis dari dalam bilik mandi. Terkial-kial dia memakai kain batik. Walaupun sudah biasa memakainya di rumah, namun jika dalam keadaan tergesa- gesa seperti sekarang, pasti tidak akan sempurna pemakaiannya. Pakaian tidur dicapai kemudian pintu dibuka. Suaminya sedang bersandar pada dinding menunggu dia keluar. Kakinya melangkah keluar dari bilik mandi, memberikan ruang kepada Hasbul Warits untuk membersihkan diri pula.

“Cepatnya mandi,” tegur Hasbul Warits.

“Awak tukan nak mandi jugak, takkan Qiss nak berkampung kat dalam tu.” Balas Liyana Balqis geram sambil memasamkan mukanya. Dia yang kalut bergendang pintu, dikatanya aku mandi cepat pulak!

Perkahwinan secara paksa dan tidak rela ini menyebabkan Liyana Balqis agak kasar melayan suaminya. Sudah berkali-kali dia cuba berlembut tetapi tidak boleh. Pantang melihat wajah lelaki itu mulalah dia naik angin. Seolah-olah hendak ditamparnya muka lelaki itu kerana hanya mengangguk dan bersetuju menerima cadangan kedua-dua belah pihak keluarga mereka.

7

Khilaf Semalam

Bukan sahaja Liyana Balqis, malah Hasbul Warits juga tidak tahu apa yang patut dilakukan. Selama ini dia dan Liyana Balqis adalah kawan baik. Hanya sekadar kawan baik. Tetapi selepas peristiwa sewaktu senja tidak lama dulu, mereka terpaksa bernikah juga. Liyana Balqis dipaksa, Hasbul Warits terpaksa.

Cepat-cepat kakinya melangkah ke bilik yang terletak tidak berapa jauh dari situ. Segera pintu ditutup dan dikunci. Rambut yang basah segera dikeringkan. Agak lama dia membelek rambutnya. Sudah biasa dikeringkan dengan cara itu demi menjaga kecantikan rambutnya. Kemudian disikat rapi dan dibiarkan lepas untuk membiarkan sisa-sisa basah mengering dengan sempurna.

Liyana Balqis mengintai ke luar tingkap. Kelihatan ibu mentuanya masih menyidai pakaian yang dibawanya tadi. Kemudian wanita itu mengemas kawasan halaman rumah. Sisa-sisa sampah kenduri masih bertaburan di situ. Bersikap selamba, Liyana Balqis keluar dengan niat hendak membantu ibu mentuanya. Namun agak gugup juga mahu berdepan buat kali kedua pada hari ini selepas pertemuan kali pertama berlaku dalam keadaan yang agak memeranjatkan.

“Biar Qiss tolong ibu.” Senyuman manis diukir buat ibu mentua yang sedang memegang tong sampah.

“Isy, tak

belum ni?”

apa! Susahkan Qiss aje. Dah makan ke

“Belum. Tak apa, biar Qiss tolong. Abul emmm ... abang pun tengah mandi lagi. Nanti Qiss makan dengan dia.” Liyana Balqis mengutip sampah-sampah yang besar lalu dimasukkan ke dalam plastik sampah yang dibawa oleh Puan Wafa. Sambil membantu ibu mentuanya, mereka berbual- bual. Sesekali ketawa kecil pecah di antara kedua-duanya.

8

Farrah Hannan

Buat pertama kali Liyana Balqis berbual mesra dengan wanita ini selepas menjadi isteri Hasbul Warits. Dahulu ketika dia dan lelaki itu merupakan kawan baik, selalu juga mereka berbual. Tetapi sekarang mereka pasti akan lebih akrab kerana mereka sudah mempunyai hubungan rasmi.

“Dia mandi boleh tahan

lama. Kalau Qiss lapar

makanlah dulu, tak payah tunggu dia.” “Tak apa, ibu. Qiss tunggu dia aje.” “Baiknya menantu ibu ” ....

9

Khilaf Semalam

Bab 2 ISHHH...!” “Q Suara kanak menyapa
Bab 2
ISHHH...!”
“Q
Suara
kanak
menyapa

kanak-

telinga

mereka berdua. Serentak mereka berpaling.

Kelihatan sebuah motosikal yang Liyana Balqis kenali berada di halaman rumah itu. Seorang gadis bersama seorang kanak-kanak kecil sedang tersenyum memandangnya. Segera tangannya dicuci dan melangkah menghampiri dua insan itu. Ibu mentuanya turut sama pergi ke tempat Lina Azreen memberhentikan motosikalnya.

Bawak adik naik motor, abah dengan mama tahu tak?” soal Liyana Balqis.

datang

...

“Tahulah Qiss, abah yang suruh Ayen bawak Yaya jawab Lina Azreen, adik Liyana Balqis.

Si kecil yang berusia hampir empat tahun segera memeluk tubuh Liyana Balqis. Lantas si kecil didukung. Mata adiknya itu bengkak, mungkin kerana menangis semalaman. Si kecil yang comel itu dikucup mesra.

Lina Azreen turun dari motosikal lalu menyalami

10

Farrah Hannan

ibu mentua kakaknya. Si kecil yang diberi nama Lidya Maya juga turut menghulurkan tangan menyalami wanita itu.

“Qish jom balik, Yaya nak tidur dengan Qish.”

“Esok Qiss balik eh? Hari ni Qiss tak boleh. Yaya tidurlah dengan mama sekejap.” Liyana Balqis memujuk adiknya. Haru-biru adiknya yang seorang ini. Tidak boleh berjauhan dengan kakak kesayangannya. Inilah padahnya kerana terlalu memanjakan adik.

“Qiss, bawak adik masuk. Boleh makan sama. Mi goreng ibu buat tadi pun banyak lagi. Mari masuk Ayen.”

Mereka

melangkah

masuk

ke

dalam

rumah.

Langkah kanan sungguh dua beradik ini.

Lina Azreen tersengih. Kebetulan mi goreng adalah makanan kegemarannya, sudah tentu dia tidak akan menolak pelawaan ini. Tambahan pula dia masih belum bersarapan kerana tergesa-gesa membawa adik kecilnya ke sini. Sebaik sahaja bangun daripada tidur, adik bongsunya merengek mahu datang ke sini bertemu kakak sulung mereka. Sepatutnya kakak keduanya (Lisa Diana) yang harus membawa Yaya datang ke mari. Tetapi banyak pula akalnya mengelak. Terpaksalah dia akur dengan suruhan abahnya. Lagipun bukan selalu dia mendapat kebenaran menunggang motosikal, tidak kisahlah walaupun terpaksa berkorban sarapan pagi.

“Eh, Yaya datang!” Hasbul Warits yang baru keluar dari bilik terus menghampiri mereka. Tangannya dihulurkan kepada Lidya Maya.

Si kecil bertukar tangan. Mereka sudah mengenali antara satu sama lain.

Lidya Maya sudah biasa berada bersama Hasbul Warits. Malah sering sahaja dia mengikut lelaki itu pergi ke

11

Khilaf Semalam

kedai jika kakaknya membawa dia pergi ke pondok untuk belajar bersama teman-teman lain.

“Aboy

...

panggil Lidya Maya.

“Sayang, bukan Aboy. Sekarang tak boleh panggil Aboy lagi tau. Qiss nak Yaya panggil Abang Aboy.” Liyana Balqis membetulkan panggilan si adik terhadap lelaki yang sedang memangkunya.

Otey, Abang Aboy.”

 

Mi

goreng

dicedokkan

ke

pinggan. Puan Wafa

melayan tetamu dengan begitu baik.

Lina Azreen sekadar tersenyum, si kecil pula manja di atas ribaan abang iparnya.

Sementara itu, Liyana Balqis sedang membancuh minuman buat mereka semua. Tugasan kedua di rumah mentua masih lagi tugasan yang sudah terbiasa dibuat di rumahnya.

“Sedapnya mi goreng mak cik ni,” puji Lina Azreen.

“Tak adalah, biasa-biasa aje ni. Jemput makan ye. Suapkan Yaya ni, Abul,” ujar Puan Wafa sambil tersenyum.

“Tak apa, biar Qiss suapkan.” Cepat-cepat Liyana Balqis membawa minuman ke meja makan. Terasa bersalah pula membiarkan lelaki itu menyuap adiknya sedangkan suaminya itu juga masih belum bersarapan. Selepas menuang minuman ke dalam cawan, Liyana Balqis mahu mengambil Lidya Maya ke ribaannya, tetapi si kecil itu berkeras tidak mahu. Dia sudah selesa duduk di ribaan abang iparnya itu.

“Biar abang yang suapkan Yaya.”

“Okey,” jawab Liyana Balqis pendek. Dia mencebik. Telinganya terasa geli apabila mendengar Hasbul Warits membahasakan diri sendiri sebagai abang.

12

Farrah Hannan

Puan Wafa yang berlalu meninggalkan dapur sekadar tersenyum. Dia seronok mendengar anaknya membahasakan diri sendiri sebagai abang apabila bercakap dengan Liyana Balqis. Sejuk hatinya kerana anak lelaki tunggalnya menerima Liyana Balqis dengan mudah. Tetapi, mudahkah? Mungkin tidak semudah yang dia sangka.

Walaupun pada awalnya anak tunggalnya ini tidak bersetuju dengan cadangan mereka untuk dinikahkan dengan Liyana Balqis, tetapi kini semakin positif tindakan anaknya terhadap gadis yang baru dinikahinya semalam. Mungkin dia sudah memahami apa yang sepatutnya dilakukan. Walaupun membantah dahulu, nampaknya kini kedua-duanya terpaksa mengalah juga. Demi menjaga hati dan perasaan orang tua, mereka terpaksa melukakan hati sendiri untuk seketika.

“Bila abang nak bawak Qiss balik rumah? Yaya ni

tak

nak

tidur

malam

tau,”

ujar

Lina

Azreen sambil

mengunyah mi. “Makan dulu, nanti bercakap boleh?” marah Liyana

Balqis.

 

Hasbul Warits tersenyum sahaja. Dia tahu adik kecil ini sangat rapat dengan isterinya. Sejak kecil lagi Lidya Maya sememangnya lebih selesa bersama Liyana Balqis. Isterinya juga menyayangi si kecil ini, malah tidak pernah dia melihat si kecil ini dimarahi. Pada hari pernikahan mereka, Lidya Maya asyik duduk bersandar pada tubuh kakaknya. Ketika Liyana Balqis mahu meninggalkan rumah untuk datang ke sini, si kecil menangis dan meraung sehingga terpaksa dilarikan ke tempat lain. Tidak sampai hati dia melihat keadaan itu tetapi apa boleh buat, Lidya Maya tidak boleh mengikut mereka. Sesekali memandang isterinya, dia juga dapat rasakan gadis itu sebak melihat adiknya menangis.

13

Khilaf Semalam

“Aboy

...

Abang Aboy, nak air

....

“Nah, Qiss dah sejukkan air teh ni.”

Hasbul Warits mengambil cawan berisi air teh yang diunjukkan oleh isterinya lalu disuapkan ke mulut si kecil. Dia seronok melayan Lidya Maya. Si kecil ini tidak banyak kerenah. Dengan sesiapa sahaja dia boleh duduk bersama. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang sebahagian daripadanya suka merengek jika bersama orang yang baru dikenali. Sesekali jika ditinggalkan oleh Liyana Balqis, barulah dia menangis dan merengek kerana mahukan kakaknya.

“Qish, jom balik!”

“Ayen dah siap makan nanti boleh balik. Tapi Qiss tak ikut hari ni, Qiss nak pergi sekolah. Esok Qiss balik.”

Lidya Maya angguk. Jika dia tahu kakaknya akan ke sekolah, dia tidak menangis. Dia memahami akan istilah sekolah. Acap kali dia diceritakan tentang sekolah. Malah dia pernah dibawa ke sekolah oleh abahnya. Sejak itu jika dia mahu ditinggalkan, pasti mereka akan mengaitkan sekolah supaya dia tidak menangis. Mudah sahaja mahu membohongi si kecil ini. Percaya pada cerita rekaan.

Otey, Yaya tunggu di rumah esyok.”

“Esok abang bawak Qiss balik rumah jumpa Yaya ye. Yaya tunggu aje. Sebelum malam abang sampai dengan Qiss kat rumah,” tambah Hasbul Warits sambil menyuap adik iparnya lagi.

Selepas selesai menjamah mi goreng, Lina Azreen membawa adik kecilnya pulang. Rindu sudah dilepaskan terhadap kakak sulung mereka. Adiknya itu sudah mampu tersenyum selepas dapat duduk bersama-sama Liyana Balqis walaupun hanya untuk sekejap sahaja.

14

Farrah Hannan

Hasbul Warits mendukung Lidya Maya sehingga ke motosikal. Selepas enjin dihidupkan, barulah dia meletakkan si kecil itu ke dalam bakul motosikal.

Tata Qish ” ....

Liyana Balqis melambaikan tangannya. Kasihan Lidya Maya. Mereka terlalu rapat. Tidur bersama, makan bersama malah banyak perkara mereka lakukan bersama- sama. Tetapi kini mereka tidak lagi boleh bersama-sama seperti selalu. Bagaimana adiknya tanpa dia? Entah tidur entahkan tidak, entah makan entahkan tidak.

“Kesian Yaya, kan?” ujar Hasbul Warits.

“Habis tu, takkan pulak?” Balas Liyana Balqis.

nak bawak Yaya datang sini

“Apa salahnya, nanti dah ada anak senang sikit dah belajar jaga Yaya.”

“Jangan merepek boleh tak!”

Hasbul Warits gelak mengekek! Berani betul aku cakap pasal anak time-time macam ni. Sekali jantan berwajah perempuan ni buka bunga silat, mahu terpacak kepala aku ke bumi! Bukannya tak kenal siapa Qiss pun!

LIYANA BALQIS teragak-agak hendak keluar dari bilik. Dia hendak membantu ibu mentuanya di dapur, tetapi dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Tidak senang duduk dia dibuatnya.

Dia tidak pandai memasak. Setakat hendak membantu kerja-kerja mudah, dia tahu tetapi jika hendak membuat perkara yang lebih sukar, dia memang tidak yakin kepada dirinya. Hendak memotong sayur pun dia tidak

15

Khilaf Semalam

berani. Kata mama sayur yang dipotongnya terlalu besar, boleh tercekik dibuatnya.

Serba salah dibuatnya. Mustahil untuk dia tidak keluar ke dapur menolong ibu mentuanya. Menantu apa namanya jika hanya duduk berkurung di dalam bilik? Menantu hantu? Mama sudah berpesan, dia harus ringankan tulang untuk membantu kerja-kerja rumah. Pagi tadi dia sudah membantu, tetapi itu tidak memadai. Tidak mungkin sehari sekali sahaja hendak membantu ibu mentuanya? Apa kes bergelar menantu jika berkira dengan ibu mentua sendiri?

Pintu bilik dibuka. Hasbul Warits muncul tanpa berbaju. Liyana Balqis memandang ke arah lain. Bukannya tidak biasa melihat lelaki itu tidak berbaju, tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu yang berlaku malam tadi menyebabkan dia berasa segan hendak memandang ke arah tubuh yang sedang masuk ke dalam bilik mereka. Uh, malunya!

“Kenapa berkurung dalam bilik? Pergilah borak- borak dengan ibu kat dapur. Macam tak biasa pulak.” Hasbul Warits menarik kerusi meja solek lalu duduk bertentangan dengan isterinya yang membuang pandangan ke arah jendela. Dia tersenyum dalam hati. Malu kau nak pandang aku, kan? Bukannya kau tak biasa pun tengok aku tak pakai baju. Hasbul Warits tersenyum nipis. Lucu melihat wajah Liyana Balqis yang kemerah-merahan apabila direnungnya.

“Qiss tak tahu masak. Nak potong sayur pun tak pandailah,” ujar Liyana Balqis berterus terang.

“Ibu ajarlah nanti.” “Tapi ” ....

 

“Tak

payahlah

malu,

jom

pergi

dapur.”

Hasbul

Warits menarik tangan Liyana Balqis tetapi isterinya itu

16

Farrah Hannan

menarik semula tangan yang sudah berada genggamannya. Liyana Balqis kelihatan kekok.

dalam

Mereka berpandangan sesama sendiri.

Kelihatan Liyana Balqis seakan-akan tidak berpuas hati apabila tangannya disentuh oleh Hasbul Warits.

Aik, marah ke dia ni aku pegang tangan dia? Bisik hati Hasbul Warits.

“Ala, semalam lebih dari pegang tak marah pun?” Sindir Hasbul Warits.

“Eh, itu semalam. Not today!”

“Semalam ke today ke sama aje, Qiss. You and me, we are married!”

Double

jerk.

tersengih juga.

Hasbul

Warits

tersenyum

dan

Seakan-akan hendak menjerit melihat Hasbul Warits tersenyum begitu. Sabar Liyana Balqis, perjalananmu masih jauh! “I know!”

17

Khilaf Semalam

Khilaf Semalam Bab M ALAM menjelma lagi. Malam kedua dirasakan sangat sukar untuk dilaluinya. Walaupun malam

Bab 3

M ALAM menjelma lagi. Malam

kedua dirasakan sangat sukar

untuk dilaluinya. Walaupun

malam yang mendebarkan sudah berlalu namun malam- malam mendatang masih membuat Liyana Balqis gementar. Setiap malam adalah malam yang mendebarkan buat dirinya. Apabila malam menjelma, perasaan Liyana Balqis mulai

resah. Kalaulah malam tidak mengunjunginya, pasti dia lebih

tenang. Oh, malam ... siang?

mengapa mesti kau hadir menggantikan

Malam, bermakna dia akan sekali lagi berkongsi bilik apatah lagi terpaksa juga berkongsi katil bersama Hasbul Warits. Tidak mungkin untuk dia tidur di atas lantai. Apa pula kata suaminya nanti sedangkan semalam dia tidak menolak, tetapi malam ini dia melarikan diri pula. Tetapi, dia bimbang peristiwa semalam kembali menemani malamnya. Walaupun sudah melaluinya malam tadi, tetapi dia masih kekok untuk mengulanginya sekali lagi. Masih terlalu asing tanggungjawab sebagai isteri untuk dirinya.

Semalam, walaupun dia masih marahkan lelaki itu,

18

Farrah Hannan

namun dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri secara tidak sedar. Sepatutnya dia mengelak, tetapi tingkah laku Hasbul Warits yang sangat lemah lembut dan romantis telah menggodanya sehingga dia tidak mampu menolak. Tambahan pula dia masih terlalu muda. Masih tidak pandai mengawal nafsunya. Lantas dia telah menyerah diri kepada suaminya.

“Qiss, tak tidur lagi? Dah lewat ni,” tegur Puan

Wafa.

“Kejap

lagi,

ibu

jawab Liyana Balqis sambil

... tersenyum nipis menyembunyikan debaran di dada. Nak tidur dengan ibu boleh? Mahu sahaja dia bertanya soalan ini jika ibunya ini bukan mentuanya. Resah gelisah menjadi satu. Mama, Qiss tak nak tidur dengan mamat ni! Mana Qiss nak tidur ni? Bisik hatinya lagi.

“Mata tu dah mengantuk dah ibu tengok. Jangan lama-lama, nanti tertidur kat sini pulak,” tambah wanita itu lagi.

Masih sekadar tersenyum, Liyana Balqis menghantar ibu mentuanya yang sudah melangkah menuju ke kamarnya dengan pandangan. Jam di dinding menunjukkan beberapa minit lagi untuk ke pukul dua belas tengah malam. Walaupun pada hakikatnya selama ini Liyana Balqis sudah terbiasa tidur seawal jam sepuluh malam, tetapi sengaja dia menahan matanya daripada terlelap. Jelas dia masih tidak dapat membiasakan diri menahan matanya daripada terlelap. Sesekali tersengguk-sengguk juga walaupun di hadapan matanya ada televisyen yang masih terpasang malah lampu masih terang-benderang.

Mata Liyana Balqis semakin layu. Tanpa sedar dia

telah

terlelap

di

sofa

sedangkan televisyen masih

19

Khilaf Semalam

menayangkan drama ulangan. Lampu yang terang-benderang tidak menjadi masalah untuk dia melelapkan matanya. Ketika dia tidur bersama adik bongsunya, kadangkala mereka tidak memadamkan lampu kerana si kecil takutkan gelap. Sudah terbiasa tidur dengan cahaya lampu, lantas perkara itu tidak langsung mengganggu nafsu tidurnya yang sedang memuncak.

Selepas seketika Liyana Balqis terlelap, Hasbul Warits pula keluar dari bilik dengan mata yang merah kerana baru terjaga daripada tidur. Sejak pulang dari rumah temannya kerana melepak bersama-sama yang lain kira-kira sejam yang lalu, dia berada di dalam bilik untuk menunaikan solat isyak dan terus terlelap selepas leka membaca sebuah buku motivasi. Bosan barangkali membaca buku tersebut sehingga tertidur. Tidak sampai sepuluh muka surat pun dia sudah terlelap sehingga tidak sedar lampu masih belum dipadamkan. Mujurlah lampu yang tidak dipadamkan itu berjaya menyedarkannya daripada terus tertidur.

Saat terjaga daripada tidur, dia mendapati isterinya tiada di sisi lalu dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik untuk melihat apa yang dibuat oleh isterinya sehingga tidak masuk ke kamar. Sedang berbual dengan ibu dan ayah lagi ke? Atau sedang mogok tidak mahu masuk ke dalam bilik? Liyana Balqis seorang yang sukar difahami. Kadang- kadang dia tidak langsung memahami apa kemahuan isterinya itu.

Hasbul Warits membuka pintu dan melangkah keluar dari bilik tidurnya. Tambahan pula tekaknya terasa dahaga, dia mahu ke dapur untuk meneguk segelas air sebelum mencari isterinya dan menyambung tidur semula. Tetapi ketika melintasi ruang tamu, dia melihat sekujur tubuh sedang berbaring lesu di atas sofa. Liyana Balqis

20

Farrah Hannan

tertidur di situ. Hasbul Warits mengubah haluannya, tidak jadi ke dapur.

“Ya Allah, tidur dah Si Qiss ni?” Dia menggelengkan kepala lalu menghampiri isterinya. Wajah itu ditatap. Inilah wajah yang sering bergelak ketawa dengannya dahulu. Inilah wajah insan yang menjadi sahabatnya. Inilah juga insan yang telah menjadi isterinya tanpa dia pernah bermimpi akan hal ini. Setahu dia, ada insan lain yang menaruh perasaan kepada anak sulung Cikgu Luth Bakri yang kasar tetapi berperwatakan menarik ini. Tetapi kerana ketegasan bapanya, lelaki itu tidak berani mengambil risiko.

Hasbul Warits tersenyum bangga. Akhirnya dia yang memiliki wanita muda ini. Walaupun pada umur ini dia tidak sepatutnya melangkah masuk ke alam rumah tangga, tetapi dia semakin sedar akan hakikat sebenar. Tidak salah dia memegang tanggungjawab sebesar ini. Tambahan pula dia kenal akan isterinya sejak lama dahulu.

Tubuh si isteri diangkat berhati-hati untuk dibawa ke dalam kamar. Nyenyak. Tidak sedar langsung dirinya sedang berada dalam dukungan suami. Malah dia masih tersenyum dalam tidurnya sambil tangannya melingkar di leher Hasbul Warits. Lelaki itu sekadar tersenyum melihat gelagat isterinya ketika tidur. Tindakan tidak sengaja itu mencetuskan senyuman nakal pada wajah si suami. Mimpi apa agaknya? Atau mimpi siapa agaknya sehinggakan isterinya itu memeluk lehernya kemas begini?

“Ibu dah cakap tadi

mata dia tu dah mengantuk

... tapi dia paksa berjaga jugak,” bisik Puan Wafa yang tiba-tiba muncul di situ.

“Tak

apa,

ibu. Dia segan

agaknya nak berdepan

dengan Abul dalam bilik tu,” balas Hasbul Warits.

21

Khilaf Semalam

Mungkin juga. Dia perasan akan kegelisahan pada wajah menantunya tadi. Wanita itu tersenyum sahaja melihat anaknya tersengih nakal kepadanya. Puan Wafa membantu Hasbul Warits membuka pintu bilik lantas menutupnya selepas anak dan menantunya masuk ke dalam. Dia menggeleng kepala kemudian terus ke dapur untuk mengambil air buat suaminya yang sedang menanti.

“Menantu muda sangat, macam inilah agaknya. Malu-malu. Segan-segan. Yang Abul pun tak faham-faham agaknya.”

“Apa yang ibu membebel tu? Mana air ayah ni?”

Puan Wafa berpaling. Suaminya sedang bercekak pinggang di belakangnya. Tangannya pantas mengusap dada. Terkejut juga apabila dia disergah pada waktu-waktu begini. Kehadiran suaminya di dapur langsung tidak disedarinya. Entah sudah berapa lama lelaki ini berada di sini?

“Ayah ni buat terkejut ibu aje,” ujar Puan Wafa. “Yang ibu lambat sangat kenapa? Tercekik ayah kat dalam tu,” kata Tuan Hazmi. “Makan ubat sebiji pun boleh tercekik ke ayah? Mengarutlah,” soal Puan Wafa sambil mengerutkan dahinya. Dia menghulurkan segelas air kepada suaminya yang sudah duduk di kerusi meja makan. Tuan Hazmi tergelak kecil. Dia menyambut gelas daripada tangan isterinya lalu meneguk minuman itu sehingga habis. Puan Wafa turut sama duduk bersama suaminya sambil meneguk minuman juga. “Ibu membebel apa tadi?” tanya Tuan Hazmi dengan penuh rasa ingin tahu.

22

Farrah Hannan

“Tak ada apa-apa sangat pun nak dibebelkan. Qiss tertidur kat sofa tadi, ayah. Nasib baiklah Si Abul keluar. Abul angkatlah dia masuk ke dalam bilik,” ujar Puan Wafa menjawab soalan suaminya.

Jawapan itu membuatkan Tuan Hazmi tertawa kecil. Dia sudah dapat mengagak, sejak tadi dia melihat wajah menantunya agak resah. Apatah lagi apabila melihat Hasbul Warits masuk ke dalam bilik dan tidak keluar semula. Sejak itu mata menantunya asyik memandang ke arah pintu bilik. Mungkin mengharapkan si suami keluar semula, jadi bolehlah dia masuk ke dalam. Tetapi malangnya lelaki itu tidak keluar pula.

“Ayah perasan tadi Qiss macam tak nak masuk bilik kalau Abul ada,” ujar Tuan Hazmi.

“Malu agaknya. Agak-agak ayah, menantu kita ni bunting pelamin ke tidak?” soal Puan Wafa sambil menggosok dagunya. Mungkin terlalu awal untuk membincangkan hal ini. Tetapi dia tiba-tiba teruja untuk menimang cucu. Apabila melihat jiran-jiran bercerita tentang cucu, dia sekadar tersenyum. Dia juga hendak bercerita kepada jiran-jiran mengenai cucunya kelak. Impiannya kini adalah untuk melihat anak dan menantunya hidup bahagia dan menimang cahaya mata.

“Manalah ayah tau. Nak tanya ni, ibu buat tak apa yang kak long suruh?” tanya Tuan Hazmi.

“Taklah. Kejam sangat buat macam tu, ayah. Nanti kecik hati budak-budak tu. Dahlah umur baru setahun jagung,” ujar Puan Wafa. Kes anak dan menantunya yang ditangkap berdua-duaan di dalam pondok tepi sungai menyebabkan saudara-saudaranya ingin tahu sama ada kedua-dua anak muda ini sudah terlanjur ataupun tidak. Lalu

23

Khilaf Semalam

petua orang tua-tua disarankan oleh kakak sulung Puan Wafa. Sehelai kain putih diletakkan di bahagian bawah cadar katil pengantin, dengan itu barulah mereka akan tahu sama ada Liyana Balqis masih dara ataupun tidak.

Tetapi Puan Wafa tidak sampai hati hendak berbuat begitu. Khuatir anak dan menantunya mengetahui akan hal itu, lalu kain putih yang sudah pun disediakan disimpan kembali. Tidak tergamak dia menganiaya anak dan menantunya sendiri. Dara atau tidak menantunya, hanya Hasbul Warits yang tahu. Orang lain tidak ada hak untuk mengaibkan mereka. Jika terlanjur sekalipun, itu antara mereka dengan Tuhan.

“Kalau macam tu tak apalah. Jom masuk tidur. Anak menantu punya pasal, ibu pulak yang tak tidur.” Ujar Tuan Hazmi seraya berdiri. Bersedia untuk kembali ke dalam bilik.

cadar ” ....

“Tapi, kan ayah ...

petang tadi ibu perasan Qiss tukar

24

Farrah Hannan

Farrah Hannan Bab M OTOSIKAL Yamaha 125z sudah bersih dicuci, malah sudah dikeringkan sejak pagi lagi.

Bab 4

  • M OTOSIKAL Yamaha 125z sudah bersih dicuci, malah sudah dikeringkan sejak pagi

lagi. Dua buah topi keledar sudah pun berada di atas bangku

  • di anjung rumah. Beberapa minit tadi, enjinnya dihidupkan

dan dibiarkan panas sementara menanti penunggang dan

pemboncengnya datang. Asap-asap putih mula berterbangan

  • di udara, meresap bersama angin-angin yang singgah di situ.

“Qiss pergi dulu ye, ibu.” Liyana Balqis meminta diri dengan penuh sopan.

Yelah. Kirim salam dengan mama ye. Abul, duduk

sana jangan membuta aje tunggalnya.

...

pesan Puan Wafa kepada anak

Hasbul Warits mengangguk sambil tersengih lalu dia menyalami tangan ibunya setelah isterinya juga berbuat begitu. Dia kemudian menggalas beg di bahagian hadapan. Topi keledar disarungkan ke kepala manakala sebuah lagi dihulurkan kepada isterinya.

Liyana Balqis menyambutnya dan tidak kekok

25

Khilaf Semalam

memakai topi

keledar

sendiri.

Selama

ini

dia

juga

penunggang motosikal walaupun jarang-jarang memakai topi

keledar.

“Ibu, jalan dulu ye.”

“Hati-hati,” pesan Puan Wafa untuk yang entah keberapa kali, sejak dari dalam rumah lagi tadi.

Sebaik sahaja Liyana Balqis duduk di atas motosikal, Hasbul Warits mula menggerakkan motosikal kesayangannya perlahan-lahan.

Tanpa disuruh, Liyana Balqis memeluk pinggang suaminya. Keadaan tempat duduk yang agak senget menyebabkan Liyana Balqis terdorong ke depan dan rapat ke tubuh suaminya. Bagaimana benci sekalipun, dia tetap harus dekat dengan suaminya.

Tapi

sejak bila pula tempat duduk ini senget

... macam ni? Dulu pernah juga dia membonceng motosikal ini,

tetapi biasa sahaja

tidaklah dia terdorong sehingga rapat ke

... tubuh lelaki ini. Tukar seat baru ke Abul ni? Soal hati Liyana

Balqis. Class gitu! Ini mesti kes bawak awek makan angin dengan motorlah ni yang senget bukan main!

“Jangan laju-laju!” ujar Liyana Balqis kasar.

“Tak sempat nak laju pun dah sampai,” balas Hasbul Warits dengan selamba.

Liyana Balqis mencebik. Memang tidak dinafikan perjalanan di antara rumah kedua-dua mereka tidak jauh. Tetapi sebuah jalan besar cukup menunjukkan bahawa untuk pergi ke rumah, mereka terpaksa melalui sebuah jalan yang sibuk. Untuk mengatasi kesibukan ini, ada jalan lain yang lebih selamat. Jalan kampung. Tetapi mengambil masa yang agak lama untuk tiba ke destinasi.

26

Farrah Hannan

“Nak beli gula-gula kat Yaya. Tapi tak nak kat kedai kampung tu,” kata Liyana Balqis kepada suaminya. Mengharapkan pengertian.

“Nak pergi pekan sekejap? Boleh beli buah ke apa- apa,” cadang Hasbul Warits.

“Okey.” Pendek sahaja jawapan Liyana Balqis. Ikutkan hati yang marah, dia tidak mahu bercakap dengan lelaki itu. Tetapi apakan daya, itu suaminya. Mahu tak mahu dia harus berkomunikasi dengan lelaki itu. Bimbang jika dia membisu, dosanya secara tidak langsung akan bertambah.

Hasbul Warits membelok motosikalnya menuju ke pekan. Memang niatnya mahu ke pekan dahulu membeli sedikit buah tangan buat keluarga mentua. Walaupun ibunya ada mengirimkan sedikit makanan sebagai buah tangan, baginya itu tidak mencukupi. Dia mesti menambah sedikit buah-buahan bersama makanan itu. Dia mahu mengambil hati keluarga sebelah isterinya. Dia hadir dalam keluarga itu kerana salah faham, dia tidak mahu kesalahannya terus mengganggu hubungan baiknya dengan keluarga Liyana Balqis.

Tidak berapa lama kemudian, Hasbul Warits berhenti di hadapan sebuah pasar raya. Liyana Balqis turun lalu membuka topi keledar dan menyerahkan kepada suaminya. Dia membetulkan rambut yang sedikit kusut saat membuka topi dari kepalanya tadi. Selepas memarkir motosikal dan menyimpan topi keledar, mereka melangkah masuk ke dalam pasar raya bersama-sama.

Wow, pengantin baru datang shopping!”

Sergahan

daripada

teman

sekelas

membuatkan

Liyana Balqis segera melajukan pergerakan kakinya ke

bahagian makanan ringan.

27

Khilaf Semalam

Hasbul Warits pula terperangkap dengan dua gadis yang menyapanya. Hendak melarikan diri, ke mana? Hendak melayan, dia tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada dua gadis ini. ‘Masak’ aku!

“Abul, janganlah malu. Kami berdua aje la.”

“Bukan malu, tapi segan. Macam mana pulak boleh jumpa korang kat sini?” ujar Hasbul Warits kehairanan.

Hello brother, kami kerja kat sini.”

Lelaki itu menggaru kepala. Walaupun hampir setiap minggu dia terserempak dengan mereka berdua di sini, tetapi ingatannya agak kabur. Semuanya gara-gara menjadi suami Liyana Balqis. Dia jadi kelu apabila bertemu rakan- rakan sekelasnya dahulu. Lain pula dengan Liyana Balqis, isterinya itu akan terus melarikan diri.

Seperti pada hari perkahwinan mereka, apabila mendapat peluang masuk ke dalam bilik, Liyana Balqis pasti akan terus menguncikan diri di dalam. Tiada seorang pun di antara mereka dapat bertemu dengan isterinya itu. Hari bahagia mereka tidak seperti pasangan lain yang dihiasi dengan senyuman.

“Haah lupa pulak aku.” Hasbul Warits tersengih dengan kesilapan sendiri. Sengal!

“Kau cakap dengan isteri kau, jangan sombong sangat. Nampak kami pun lari. Padahal dulu BFF kut. Kirim salam kat dia.”

Sekali lagi Hasbul Warits tersengih sambil menggaru kepala. Sukar untuk dia memberi komen berkenaan dengan isterinya itu, sedangkan dia sendiri masih belum serasi dengan wanita muda itu. Selepas mengucapkan selamat tinggal, dia memohon untuk beredar. Dia mahu mencari Liyana Balqis yang sudah menghilang di sebalik rak-

28

Farrah Hannan

rak di dalam pasar raya. Mujurlah pasar raya ini agak tersusun dan mempunyai lorong-lorong yang tidak disekat dengan barang-barang yang belum disusun.

“Qiss

...

panggil Hasbul Warits.

“Nak beli apa lagi? Gula-gula Yaya dah dapat,” tanya Liyana Balqis kepada suaminya.

“Budak berdua tu kirim salam. Mereka kata, jangan sombong.” Hasbul Warits sekadar menyampaikan pesan.

Liyana Balqis mencebik. Kalaulah dia ada kekuatan untuk bersemuka dengan mereka, pasti dia akan terangkan satu per satu apa sebenarnya yang berada di benak fikiran. Tidak terlintas langsung di minda mahu menyombong dengan rakan sekelas apatah lagi sahabat-sahabat baiknya yang sentiasa bersama di kala suka dan duka.

“Waalaikumussalam. Cepatlah ambil buah, jom pergi bayar.” Kasar sekali bicaranya, matanya langsung tidak memandang wajah lelaki itu.

“Okey.” Menonong Hasbul Warits menuju ke tempat buah-buahan. Kemudian dia memilih beberapa jenis buah untuk diberi sebagai buah tangan kepada keluarga mentuanya. Selepas selesai membuat pilihan, dia segera menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Isterinya sudah menanti di sana.

Liyana Balqis meletakkan gula-gula yang diambilnya tadi sambil menanti suaminya. Mulanya dia mahu membayar sendiri, tetapi Hasbul Warits terlebih dahulu membayar untuk setiap barangan yang diambilnya. Dia akur lalu menyimpan kembali wang ke dalam dompet. Selamat duit aku, boleh top up kredit phone!

“Qiss, jangan lupa sehari sebelum keputusan SPM keluar, kita makan-makan tau!” ujar Qazreen yang muncul secara tiba-tiba.

29

Khilaf Semalam

Senyuman kelat menghiasi wajah Liyana Balqis. Tidak sangka masih bertemu dengan Qazreen dan Diera. Tanpa banyak bicara, Liyana Balqis mengambil barang yang dibeli dan terus melangkah meninggalkan kaunter. Tidak sanggup hendak berdepan dengan mereka berdua lama-lama. Senyuman yang diberikan juga terbit secara terpaksa. Dia malu dengan mereka semua.

Sorry, maybe dia malu dengan kau. Jangan terasa hati tau,” ujar Hasbul Warits membela isterinya.

Apabila sampai ke tempat parkir motosikal, segera lelaki itu mengambil topi keledar dan dihulurkan kepada isterinya. Barang-barang yang dibeli dimasukkan ke dalam beg yang digalas, manakala bungkusan buah-buahan dipegang oleh Liyana Balqis. Bungkusan itu agak besar, tidak muat untuk dimasukkan ke dalam beg yang digalas oleh Hasbul Warits.

“Qiss malu. Selepas kita kena tangkap dengan tuk aki, Qiss dah tak jumpa lagi dengan mereka. Qiss tahu mesti mereka fikir bukan-bukan.” Akhirnya kata-kata itu terluah jua. Wajah Liyana Balqis muram.

Luahan yang baru diperdengarkan benar-benar membuatkan Hasbul Warits tersentuh. Rupa-rupanya isterinya memendam perasaan malu dengan pernikahan mereka yang secara tiba-tiba ini. Dia juga pernah merasa begitu, tetapi kawan-kawannya tetap menyokong dia. Pasti akan ada keadilan untuk mereka bila tiba masanya nanti.

“Kita aje tau apa yang kita buat,” pujuknya kepada

si isteri.

Deruman enjin kedengaran. Kepulan asap putih tertinggal di belakang. Liyana Balqis memeluk pinggang suaminya. Dia bersandar pada tubuh lelaki itu sambil

30

Farrah Hannan

menongkat dagu pada bahunya. Sesekali dia terasa sangat selesa menjadi isteri Hasbul Warits. Tetapi ada kalanya dia merasakan pernikahan mereka adalah satu kesilapan. Kesilapan yang dia tidak tahu di mana hendak diletakkan. “Abul ” ....

Ye....”

Agak lama Hasbul Warits menanti kalau-

kalau isterinya itu mahu berbicara, tetapi tiada sepatah pun perkataan yang terbit. Lantas dia membiarkan sahaja semuanya tergantung. Mungkin Liyana Balqis masih mencari-cari ayat yang sesuai untuk diucapkan kepadanya. Mungkin juga Liyana Balqis terlupa apa yang mahu dikatakannya. Biarlah segalanya berlaku secara semula jadi tanpa dipaksa.

Sedar tak sedar, Hasbul Warits sudah pun membelok ke halaman rumah Cikgu Luth Bakri. Kelihatan si kecil, Yaya sedang bermain buaian manakala bapanya pula sedang menikmati minum petang bersama ahli keluarga yang lain. Sebaik sahaja enjin motosikal dimatikan, salam diberi. Senyuman daripada ibu mentuanya terukir sambil menjawab salamnya.

“Dah

sampai

pun,”

sambut Puan Asyikin akan

kedua-dua anak dan menantu.

 

“Pergi

pekan

dulu

tadi.”

Hasbul

Warits

membongkok menyalami dan mencium

tangan

ibu

mentuanya. Kemudian beralih kepada Cikgu Luth Bakri. Lelaki itu tidak menyambut tangannya menyebabkan dia cemas seketika.

Liyana Balqis kaget melihat tindakan bapanya.

Puan Asyikin juga buntu melihat tingkah laku suaminya. Haru. Kenapa tiba-tiba suaminya bertindak dingin begini? Bukankah semuanya sudah selesai? Parah!

31

Khilaf Semalam

Seketika sunyi sepi, Cikgu Luth Bakri tertawa kecil melihat wajah menantunya yang jelas dihiasi kerisauan. Dia menyambut salam Hasbul Warits kemudian memeluk menantunya sambil tergelak.

Senyuman turut terukir pada wajah si menantu yang sedang berdebar-debar. Terasa lega apabila bapa mentuanya hanya bergurau. Cikgu, jangan buat lawak tak masuk akal macam ni, putus nyawa saya!

“Abah

gurau

aje.

Bawak

beg

ni,

simpan

dulu

kemudian turun minum. Mama buat karipap sambut

menantu balik sini.”

Oh! Guru disiplin ini juga pandai berlawak rupanya. Sesuatu yang jarang diperlihatkan kepada keluarga sendiri, apatah lagi untuk tontonan umum.

Terkekeh-kekeh dua adik perempuan Liyana Balqis melihat telatah mereka. Lisa Diana dan Lina Azreen sejak dari tadi diam melihat orang dewasa berdrama. Selepas melihat gurauan selamba abah mereka, barulah mereka mengekek ketawa. Bukan mudah melihat Cikgu Luth Bakri bergurau dengan orang yang pernah bersalah dengannya. Mungkin Hasbul Warits lain daripada yang lain. Jadi marahnya kepada lelaki itu tidak berlanjutan. Malah Liyana Balqis juga tidak dilayan sedingin dahulu.

“Abah ni macam Raja Lawak,” ujar Lisa Diana.

“Sikit-sikitlah,”

balas

Cikgu

Luth

Bakri

senyuman. “Abah, Qiss naik dulu.”

dengan

Hasbul Warits membuntuti isterinya. Terasa tenang sedikit melihat keluarga ini bergelak ketawa. Dia terlalu risau akan penerimaan keluarga ini. Namun semuanya berbeza. Kerisauannya tidak berasas sama sekali. Sepertimana Liyana

32

Farrah Hannan

Balqis diterima dalam keluarganya, begitu juga dia. Pesanan ibu dan ayah sentiasa di ingatan. Dia harus mengambil hati keluarga Liyana Balqis jika tidak mahu salah faham berlaku.

“Macam nak luruh jantung,” komen Hasbul Warits mengenai jenaka spontan bapa mentuanya.

“Jantung awak tu daun kering ke?”

Lelaki itu menggigit bibir. Pedas sekali kata-kata isterinya. Wanita muda ini langsung tidak boleh diajak berbual sejak akhir-akhir ini. Sinis sahaja balasan daripadanya. Silap hari bulan tangannya boleh melayang menyapa muka. Niatnya baik, tetapi disalahertikan oleh isterinya. Dia tahu mereka masih dalam proses menjadi suami isteri, tetapi sesekali dia perlukan tolak ansur daripada isterinya.

Hasbul Warits mengeluh. Jika dia sahaja yang mengalah, teruklah. Sampai bila dia mahu mengalah sedangkan Liyana Balqis tidak pernah cuba hendak memberi kerjasama kepada hubungan mereka yang masih baru ini? Jika sebelah pihak sahaja yang beria-ia, tidak akan berjaya.

“Agaknya sebab hati saya daun kering jadi awak pun tak jaga macam mana awak jaga hati orang lain,” balas Hasbul Warits seakan-akan merajuk.

Liyana Balqis terdiam. Dia mencuri pandang wajah suaminya. Muram. Adakah lelaki itu terasa hati dengan kekasaran bahasanya? Dia rasa bersalah. Sepanjang mengenali Hasbul Warits, bukan dia penyebab lelaki itu bermuram. Tetapi hari ini dia menjadi penyebab utama lelaki itu terasa hati.

“Kalau hati awak daun kering, saya dah sapu dengan penyapu lidi yang selalu ibu guna tu. Sorrylah, takkan merajuk kut?”

33

Khilaf Semalam

Hasbul Warits menahan tawa. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Merajuk? Perempuan ni merajuk dengan terasa hati pun tak boleh beza? Sempat pulak kau buat lawak bodoh, ye Qiss? Bisik hatinya.

Whatever.”

34

Farrah Hannan

Farrah Hannan Bab M AKAN malam pertama di kediaman Cikgu Luth Bakri sangat meriah. Kerenah anak-anak

Bab 5

M AKAN malam pertama di

kediaman Cikgu Luth Bakri

sangat meriah. Kerenah

anak-anak gadisnya mencuit hati. Mereka gemar bergurau dan boleh diajak berjenaka. Malah pandai melayan. Namun kelihatan Liyana Balqis seperti menyembunyikan setiap gelak tawa dan senyumannya. Sesekali dia kelihatan mahu tertawa, sesekali dia seperti ingin tersenyum tetapi dia sembunyikan semuanya.

“Qiss, tambahkan nasi kat Abul,” arah Puan Asyikin kepada anak sulungnya.

“Tak apa mama, Abul boleh buat sendiri.” Hasbul Warits tidak mahu menyusahkan isterinya. Alah, setakat menambah nasi ke pinggan sendiri, tidak sesusah mana pun.

“Dah ada isteri, biar isteri buat,” tambah Cikgu Luth Bakri sambil menjeling anaknya yang sedang leka menyuap nasi ke dalam mulut.

Perlahan-lahan Liyana Balqis mencapai mangkuk nasi lalu ditambahkan ke atas pinggan suaminya.

35

Khilaf Semalam

Lisa

Diana

dan

Lina

Azreen

tersengih-sengih

melihat kakaknya yang kekok melayan suami sendiri.

Liyana Balqis kemudian duduk kembali menghabiskan makanannya. Walaupun nasi di pinggan sudah kehabisan, namun dia tidak menambah untuk dirinya sendiri ketika menambahkan untuk suaminya.

Lisa Diana asyik menjadi pemerhati. Dia perasan akan selera makan kakaknya juga semakin berkurangan dari dahulu. Mungkin malu mahu makan banyak seperti dahulu di hadapan suaminya. Malu? Sejak bila Qiss tahu malu? Lisa Diana tergelak besar dalam hati. Mungkin juga masih tidak berselera kerana banyak perkara sedang difikirkan. Siapa tahu rahsia di hati kakaknya itu. Rahsia di hati tak siapa yang tahu! Lisa Diana simpati. Dia mengeluh perlahan.

Aik, Qiss tak tambah ke? Pelik aje tengok. Selalu Qiss bukan ke tambah dua kali?” soal Lisa Diana. Curious!

“Taklah rasanya kut. Jaga badan. Makan sikit aje, karang nak tidur, tak payah nak makan beria pun,” balas Liyana Balqis tanpa memandang wajah adiknya itu.

“Baguslah. Dah jadi isteri orang kena jaga badan tu. Kena maintain ramping barulah suami cakap, tiap hari sayang. Macam dalam iklan tu. Tak gitu, Qiss?” sampuk Cikgu Luth Bakri sambil mengangkat kening kepada anaknya.

Tercetus tawa di meja makan. Puan Asyikin juga turut tertawa bersama anak-anaknya.

Liyana Balqis sekadar menggigit bibir. Dia malu sendiri. Sejak bila pula bapanya pandai menyakat? Selama menjadi anak kepada guru disiplin ini, tidak pernah sekali dia disakat apatah lagi diusik sebegini. Hanya gurauan biasa sahaja yang selalu dia dan bapanya nikmati. Ajaib sungguh. Terkena rasukan apa agaknya? Abah ni pelik!

36

Farrah Hannan

“Abah ni

Wajah Liyana Balqis masam. Segera

.... membawa pinggan kotor ke singki. Selepas mencuci pinggan dan tangannya, dia kembali ke meja makan untuk meneguk minuman yang masih tidak diteguk sejak dari tadi. Sesekali dia memandang suaminya yang sedang memaksa diri untuk menghabiskan nasi di pinggan. Dia tergelak dalam hati. Nah, rasakan! Nasi sebanyak ni boleh sengkak perut kau! Makan ... makan, jangan malu.

Sengaja dia menambah nasi dengan kuantiti yang banyak ke pinggan suaminya tadi. Sengaja hendak menganiaya suaminya. Seronok melihat Hasbul Warits seperti menelan batu. Timbul rasa simpati di hati, lantas dia menambahkan lauk dan kuah ke pinggan suaminya. Dia tahu lelaki itu malu untuk mengambil lauk-pauk yang ada. Masa bila pulak kau jadi pemalu ni, Abul? Bisik hatinya.

“Macam tu baru orang cakap isteri mithali. Mama dulu macam tu la. Tak payah suruh, dia dah buat,” ujar Cikgu Luth Bakri.

Balqis.

“Abah dengan mama lain. Qiss lain

...

jawab Liyana

“Tak ada lainnya. Qiss tambah si abah.

aje yang buat kelainan,”

“Kat sini aje Qiss kena suruh, berdua dengan Abul tak payah suruh-suruh,” sampuk Hasbul Warits, sengaja hendak beramah mesra.

Sepantas kilat tangan Liyana Balqis mencari paha suaminya untuk dicubit, tetapi lelaki itu lebih tangkas menangkap tangannya lalu digenggam, tidak mahu dilepaskan. Terkial-kial Liyana Balqis mahu melepaskan tangannya. Tetapi genggaman tangan itu terlalu kuat untuk dia melepaskan diri. Dia tidak boleh menarik secara perlahan,

37

Khilaf Semalam

tidak akan berjaya mahupun direntap kasar. Liyana Balqis gigit bibir. Ini sudah melampau, Abul! Boleh mendatangkan marah ni!

Ye ke? Wow, romantiknya Qiss!” tambah Lisa Diana sambil mengangkat keningnya.

“Tak habis-habis. Makan ajelah!” marah Liyana

Balqis.

Hasbul Warits sekadar tersenyum. Dalam hati dia tertawa besar. Tangan isterinya sudah terperangkap. Isterinya itu terpaksa duduk bersama di meja makan. Jika dia tidak buat begini, pasti Liyana Balqis sudah melangkah meninggalkan dia seorang diri. Mujurlah dia ada kesempatan untuk memegang tangan isterinya maka dia masih ditemani sehingga selesai makan. Seronoknya makan sambil pegang tangan isteri. Ini bukan pegang, lebih kepada menggenggam sekuat hati supaya isterinya tidak terlepas.

“Alhamdulillah. Dah kenyang.” Cikgu Luth Bakri mencuci tangan.

“Abul pun dah kenyang. Sedap mama masak.” Hasbul Warits tidak lokek dengan pujian untuk mengambil hati emak mentuanya.

“Qiss pun tolong. Sebab tu Abul pun berselera aje,” balas Puan Asyikin.

Usai makan malam, Liyana Balqis membantu ibunya mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk. Pada masa yang sama, Hasbul Warits bersama bapa mentuanya menonton televisyen bersama-sama. Sambil menonton mereka berborak kosong. Sesekali terdengar mereka bergelak ketawa dari ruang tamu. Entah topik apa yang lucu sehingga sekuat itu mereka tertawa?

“Abah dah tak marah tu. Pandai-pandailah Qiss

38

Farrah Hannan

dengan Abul ambik hati abah, ya? Marah abah tu tak lama,” ujar Puan Asyikin kepada anak sulungnya itu.

“Tu Abul dah ambik hati abah. Asyik gelak aje. Asyik sakat Qiss aje. Marah abah dah reda, Qiss pulak macam nak marah orang.” Liyana Balqis merungut.

Puan Asyikin tergelak kecil. Dia sedar akan hal itu. Sejak anak dan menantunya sampai ke rumah petang tadi, tidak sudah-sudah suaminya menyakat anak sulung mereka. Sesekali mengusik menantu juga. Tidak sampai sehari lelaki ini bertemu dengan menantu mereka, sudah mesra seperti sudah lama mereka menjadi bapa mentua dan menantu. Suatu perubahan yang drastik pada suaminya.

Pandai juga Hasbul Warits melayan Luth Bakri, seorang guru yang tegas di sekolah. Itulah kata hati Puan Asyikin. Sedangkan daripada cerita-cerita anaknya, ketika di sekolah langsung tidak pernah kedua-dua lelaki ini berbual mesra. Sesekali datang ke rumah belajar bersama anaknya pula, jarang mereka berbual, hanya sekadar berbalas senyuman. Tidak sangka selepas menjadi keluarga, suaminya dan Hasbul Warits rupa-rupanya serasi bersama untuk berkongsi pendapat.

“Mama rasa abah suka Asyikin menyuarakan rasa hatinya.

dengan Abul tu.” Puan

“Qiss tak tahulah. Qiss kusut.” Liyana Balqis duduk di atas bangku meja makan. Dia mengeluh. Masih tidak boleh menerima hakikat bahawa dia sudah menjadi isteri kepada lelaki itu. Walaupun adakalanya dia reda, tetapi apabila memikirkan masa depan yang bakal ditempuhi, dia menjadi gusar. Dia terlalu berfikir tentang hal-hal negatif. Semakin menjadi-jadi apabila dia melihat buku-buku sekolahnya. Dia terfikirkan tentang pengajiannya.

39

Khilaf Semalam

“Qiss dah jadi isteri Abul. Tanggungjawab Qiss pada Abul lagi penting. Jangan buat suami merajuk, berdosa tau. Selagi mampu, janganlah buat dia terasa hati,” pujuk Puan Asyikin sambil mengusap bahu anaknya.

“Qiss takut. Tanggungjawab ni berat, mama. Jadi isteri semuda ni bukan mudah. Qiss risau sangat tak dapat jadi isteri yang baik pada Abul.”

Kepada mamalah Liyana Balqis sering menumpahkan segala permasalahannya, membuatkan mereka rapat. Mama lebih memahaminya berbanding adik- adiknya yang lain. Dia selesa meluahkan segala-galanya kepada mama. Nak harapkan abahnya, aci kerat jari, dia tidak berani. Abah sangat tegas orangnya. Sesuai sangatlah dengan jawatan guru disiplin yang disandangnya sejak sekian lama.

Sebagai ibu, Puan Asyikin akan sentiasa menyokong anaknya. Dia tahu anaknya masih belum matang untuk menguruskan diri, apatah lagi setelah menjadi isteri. Tentu hidupnya menjadi semakin huru-hara. Setiap pergerakan menjadi perhatian. Mungkin anaknya ini terasa tidak bebas seperti dahulu. Mungkin juga anaknya ini merasakan segala- galanya ini sebagai beban.

“Insya-Allah. Qiss kena yakin.” Belakang anaknya diusap perlahan. Dia yakin anaknya boleh menjadi isteri yang baik jika menantunya bijak membentuknya.

“Mama doakan Qiss, ye?” ujarnya memohon

kekuatan.

“Mama selalu doakan anak-anak mama. Doa untuk Qiss sangat banyak sebab Qiss yang datang dulu dalam hidup mama.” Puan Asyikin memeluk bahu anaknya.

Wajah yang muram dihiasi senyuman. Terasa tenang hatinya apabila mama sudi memberikan dia nasihat

40

Farrah Hannan

dan semangat untuk meneruskan permulaan hidup baharunya. Semoga doa mama dimakbulkan. Hanya doa mama yang membantu pertumbuhan semangatnya, membebat segala kedukaannya.

“Terima kasih, mama.” Liyana Balqis menggenggam tangan mamanya. Meminjam semangat mamanya untuk seketika.

“Sama-sama.”

Semoga

anakku

ini

terus

tabah

menghadapi cabaran hidup, doa Puan Asyikin dalam hati.

“Mama, nak susu.” Suara Lidya Maya kedengaran dari ruang tamu.

Sebiji gelas dicapai lalu susu dibancuh untuk anak bongsunya. Kemudian dia mengajak Liyana Balqis ke ruang tamu bersama. Inilah masa untuk mereka berbual sekeluarga. Teringin juga dia menyampuk perbualan antara suami dan menantunya itu. Seronok benar mendengar mereka ketawa.

Sebaik sahaja sampai ke ruang tamu, kelihatan Lidya Maya sedang duduk bersandar pada Hasbul Warits. Liyana Balqis geleng kepala. Rapat sungguh adiknya dengan lelaki itu. Matanya meliar mencari tempat duduk. Hanya satu sahaja tempat kosong untuk dirinya, di atas sofa bersama Hasbul Warits. Mahu tak mahu dia mengambil susu di tangan ibunya lalu dibawa kepada si kecil.

“Minum ni. Kemudian tidur. Botol susu cari tak jumpa, Yaya buang mana?” tanya Liyana Balqis kepada adik bongsunya.

Tatau. Qish tidur mana? Mama cakap Yaya tak boleh tidur dengan Qish.” Lidya Maya seolah-olah mengadu.

“Qiss nak tidur dengan Abang Aboy. Yaya dah tak boleh tidur dengan dia,” sampuk Lisa Diana yang sedang bersila di atas sofa bersama abahnya.

41

Khilaf Semalam

Si kecil tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia merengek manja. Lidya Maya duduk di atas riba kakak sulungnya. Dia memeluk leher Liyana Balqis seperti tidak mahu melepaskan kakaknya. Sudah biasa ditemani oleh kakak itu kala waktu tidur menjelma. Sejak beberapa hari ini, dia sudah tidak boleh tidur bersama. Dia pohon dimengerti.

“Qish

...

panggilnya manja.

“Qiss dah kahwin. Qiss kena tidur dengan Abang Aboy. Yaya tidur dengan mama pulak eh?” Lembut suara si kakak memujuk adiknya.

“Abang Aboy tidurlah dengan abah.” Jawabnya pula.

“Hei, mana boleh! Yaya tidur dengan abah. Kakak tidur dengan abang.” Cikgu Luth Bakri sudah membuka mulut. Muktamad.

TAK kisah pun kalau Yaya nak tidur sini.” “Tak apa. Dia tidur dengan mama je.”

Hasbul Warits boleh bertolak ansur. Dia kasihan melihat adik iparnya tadi. Dia tidak kisah jika si kecil tidur bersama mereka. Lagipun dia tahu Liyana Balqis kekok berdua-duaan dengannya di dalam bilik. Mungkin dengan adanya Lidya Maya, tidaklah Liyana Balqis asyik mendiamkan diri. Walaupun tidak berbual dengannya, Liyana Balqis boleh berbual dengan Lidya Maya asalkan dia tidak perlu melihat isterinya diam membisu. Satu penyeksaan buatnya bila melihat isterinya itu hanya membisu. Dia amat rindukan Liyana Balqisnya yang dulu ....

“Kesian dia. Kesian Qiss jugak.” Hasbul Warits memandang isterinya.

42

Farrah Hannan

“Tak apa. Kena biasakan dia macam tu, kena biasakan diri sendiri jugak.” Acuh tak acuh sahaja Liyana Balqis membalasnya. Losen disapu ke bahagian tangan dan kaki.

Hasbul Warits leka melihat isterinya menyapu losen sehingga tidak sedar bahawa dia sedang menghampiri Liyana Balqis. Semakin dipandang semakin tidak dapat melepaskan matanya daripada tubuh itu. Begitu mengasyikkan apabila melihat si isteri mengurut tangan dan kakinya. Benar-benar menggoda. Hasbul Warits menelan air liur.

Ketika Liyana Balqis beralih menyapu losen ke lehernya, Hasbul Warits hanya selangkah dari tempat duduk isterinya namun Liyana Balqis masih leka dengan perbuatannya. Dia tidak sedar suaminya sudah berada di belakang sementara lelaki itu pula sudah tidak mahu berfikir panjang lagi. Dia akan meneruskan niatnya.

Bahunya disentuh, Liyana Balqis tersentak. Tidak sempat hendak bertindak, terasa tubuhnya dipeluk pula. Menggelabah. Dia tidak pasti apa yang harus dilakukannya sama ada menolak atau merelakan perbuatan suaminya. Tetapi yang dia pasti, darah di dalam tubuhnya mengalir laju setiap kali terasa sentuhan suami. Mukanya terasa panas apabila ciuman demi ciuman diberikan. “Abul ” ....

Sorry,

tak

boleh

berhenti.”

mengangkat isterinya ke katil.

Hasbul

Warits

Liyana Balqis hanya memejamkan mata membiarkan tubuhnya dikendong. Sampai ke tahap ini, dia tidak sampai hati hendak berkasar lagi. Dia bukan sahaja akan mengecewakan suaminya, tetapi akan menyakitkan hati lelaki itu juga. Mungkin akan menyakiti hatinya juga. Ya Allah, permudahkanlah hubungan kami suami isteri.

43

Khilaf Semalam

“Bukannya orang nak suruh berhenti ” ....

Hasbul Warits tersengih apabila isterinya berkata begitu. Saja kau nak kenakan aku, kan Qiss? Pandai kau!

Liyana Balqis juga tersenyum melihat sengihan suaminya yang sudah terkena. Apa sengal aku ni! Dia sendiri tidak sangka akan berkata begitu. Kata-kata itu terbit tanpa diduga. Bikin malu diri sendiri saja, Liyana Balqis memarahi dirinya sendiri kerana telah berkata begitu tanpa sengaja.

“Malu eh?” Hasbul Warits bertanya lembut.

Liyana Balqis diam. Dia melarikan anak matanya supaya tidak bertembung dengan mata nakal suaminya yang sejak tadi menjamah wajah. Tidak mampu hendak memandang mata suaminya dalam keadaan begini. Dia malu. Apabila berada dalam situasi sekarang, dia tidak sanggup hendak memandang lelaki itu. Setiap perlakuannya sekarang mengingatkan kisah persahabatan mereka dahulu. Lelaki yang sedang mencumbui dia sekarang adalah lelaki yang gemar menemani dia menjalani latihan sofbol. Malah lelaki itu turut berlatih bersama-sama walaupun tidak terlibat dengan sukan itu. Mereka pernah berlanggaran sehingga dia terbaring di atas padang manakala Hasbul Warits terjatuh ke atasnya selepas diasak oleh teman-teman yang hendak menangkap bola.

 

Wajah Liyana Balqis sudah berbahang.

 

“Kita,

kan

suami

isteri

sekarang.

Tak

payahlah

malu

Bisik Hasbul Warits.

 
 

Liyana

Balqis

masih

tidak mampu hendak

bertentang mata dengan suaminya, tetapi lelaki itu lebih

berani kerana sering mencuri pandang ke dalam matanya. Lemas, dia tewas dengan renungan itu.

44

Farrah Hannan

Farrah Hannan Bab A ZAN subuh berkumandang. Hasbul Warits terjaga. Dia tersenyum melihat isterinya yang masih

Bab 6

A ZAN subuh berkumandang.

Hasbul Warits terjaga. Dia

tersenyum melihat isterinya

yang masih nyenyak di sisi. Cantiknya. Dia mengucup dahi isterinya. Berat hati hendak bangun. Kalau boleh dia mahu memeluk isterinya sehingga hari siang. Tetapi apakan daya, dia harus bangun untuk menunaikan solat subuh. Dia mengeluh panjang, kenapa cepat sangat subuh tiba?

Liyana Balqis mengubah posisinya, dia mengiring menghadap suaminya. Secara tidak sengaja dia memeluk lelaki itu. Dia tidak sedarkan diri, masih bermimpi barangkali. Dia mungkin tidak mendengar azan. Biasanya dia yang selalu mengejutkan suaminya untuk menunaikan solat.

Tidak sampai hati hendak mengejutkan isterinya, Hasbul Warits membiarkan mereka dalam keadaan itu buat seketika. Lagipun masih awal. Sebentar lagi dia boleh mengejutkan Liyana Balqis, dan setelah menunaikan solat, isterinya boleh terus membantu mama di dapur. Jika terlalu awal, nanti pasti mereka akan tertidur juga sementara menanti hari cerah. Jika mereka tidur semula,

45

Khilaf Semalam

berkemungkinan besar menjelang tengah hari barulah mereka akan terjaga semula.

Nafas halus Liyana Balqis bagaikan irama lagu yang mengasyikkan. Hasbul Warits terlelap semula, mujurlah suara Lidya Maya menangis mengejutkannya. Dia mengerling jam di dinding. Sudah hampir ke pukul tujuh pagi. Dia mengejutkan isterinya. Agak terlewat. Tidak sepatutnya dia melengah-lengahkan masa tadi.

“Qiss, wake up!” Hasbul Warits menepuk perlahan bahu isterinya.

Liyana Balqis menggosok-gosok matanya. Mat salih mana pulak kejutkan aku pagi ni? Tidak puas tidur. Dia menguap panjang. Tidak pasti pukul berapa dia terlelap malam tadi. Dia menggeliat di atas katil sambil memegang selimut takut-takut terdedah bahagian dadanya manakala Hasbul Warits sedang kalut menarik tuala.

“Jangan mandi lama-lama sangat,” pesan Liyana

Balqis.

 

“Okey.” Hasbul Warits menghilang ke dalam kamar

mandi.

Liyana Balqis berbaring semula, dia masih menguap. Dia merenung siling kemudian tersenyum sendiri. Rengekan adiknya membuatkan dia segera bangun. Baju tidur disarungkan semula. Bila Lidya Maya masuk? Si adik sudah memanjat ke atas katil. Kalut dibuatnya. Baju tidur segera dibutangkan.

“Qish ” .... “Kenapa, sayang?” “Nak tidur dengan Qish ” .... “Dah sianglah, Yaya.”

46

Farrah Hannan

Lidya Maya berbaring di sisinya. Botol susu yang dipegang dihisap sambil matanya terpejam. Pagi-pagi begini dia memang gemar minum susu di dalam botol. Ketika hendak tidur dan ketika baru bangun tidur dia memang memerlukan susu botol. Sedang membiasakan diri untuk tidak menghisap susu botol. Buat masa sekarang dia sudah tidak meminta susu botol kecuali ketika hendak tidur dan ketika baru bangun. Sambil menguis kakinya, Lidya Maya menghisap susu di dalam botol sehingga habis dan tertidur semula.

Liyana Balqis mengusap dahi adiknya kemudian mengucup pipi Lidya Maya yang sudah terlena. Dia membiarkan adiknya tidur di situ. Dia menuruni katil lalu mengambil tuala. Tidak dapat tidur malam, pagi-pagi pun adiknya datang ke sini. Mujurlah dia sudah bangun.

Aik, masa bila Yaya datang?” Tanya Hasbul Warits yang baru muncul dari bilik air.

“Baru aje. Dia tidur, jangan kacau nanti menangis.” Liyana Balqis mengingatkan.

“Okey, cepatlah pergi mandi. Dah pukul berapa ni?” Hasbul Warits sedang sibuk membentang sejadah. Mengejar waktu.

Keluar dari bilik air, Liyana Balqis buru-buru mengenakan telekung. Sudah hampir ke penghujungnya, dia mesti cepat. Kelihatan Hasbul Warits sudah pun terlelap bersama Yaya di atas katil. Amboi, bukan main lagi tidur. Tak boleh jadi ni, aku pun nak sambung tidur. Liyana Balqis cepat-cepat menunaikan solat subuh.

Usai solat, suami dan adiknya masih nyenyak di atas katil. Hendak membangunkan mereka, tidak sampai hati. Lantas dia membiarkan mereka tidur. Dia menjengah ke

47

Khilaf Semalam

dapur. Tiada sesiapa. Sunyi sahaja, ke mana semua orang? Abah dan mama ke mana? Ke pasar agaknya. Awal betul!

Pintu tidak dirapatkan, Liyana Balqis berbaring juga bersama suami dan adiknya. Memandangkan hanya ada ruang di tengah-tengah antara Yaya dan Hasbul Warits, lantas dia berbaring di situ. Dia mengiring memeluk Yaya dan tidak lama kemudian dia turut sama hanyut ditelan mimpi ....

YEN, mana Yaya?” Lisa Diana menggelabah. Sebaik sahaja terjaga daripada tidur, dia tidak menemui adik bongsunya. Seingat dia tadi, mama berpesan menyuruh dia menjaga adik sementara mama dan abah pergi ke pasar. Kata mama, abah hendak ke sekolah jadi terpaksa ke pasar lebih awal.

Lina Azreen menggeleng kepala. Kelibat adik bongsunya tidak kelihatan. Ketika terjaga tadi, hanya ada dia dan kakak keduanya di dalam bilik. Malah ketika dia keluar untuk mandi pun tidak kelihatan adiknya di mana-mana. “Dalam bilik mama kut.”

“Tak ada. Betul! Tadi mama dah datang hantar Yaya kat bilik kita,” balas Lisa Diana.

Kali ini Lina Azreen pula menggelabah. Jika mama sudah menghantar Yaya ke bilik mereka, ke mana pula dia pergi? Jangan-jangan Yaya tidak jadi ditinggalkan bersama mereka.

Mereka berpandangan sesama sendiri sambil berfikir. Tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah. Berlari-lari mereka ke pintu menyambut mama pulang.

“Awalnya mama bawak Yaya pergi pasar?” ujar Lisa

Diana.

48

Farrah Hannan

Bawak Yaya? Hei, mama tinggalkan Yaya dengan Dee tadi!” Puan Asyikin cemas. Dia segera mencari anak bongsu di kamarnya. Tiada. Ya Allah, ke mana pula perginya si kecil ini?

Lisa Diana dan Lina Azreen mencari adik mereka di luar rumah, manalah tahu awal-awal lagi dia sudah keluar mengejar ayam di belakang rumah atau ke rumah jiran untuk bermain dengan rakan sebayanya.

“Tak boleh harap betul kakak dua orang ni.” Cikgu Luth Bakri kesal dengan sikap anak-anaknya yang lalai.

“Mana perginya Yaya ni?” Air mata Puan Asyikin sudah mula bergenang.

“Dee, Qiss mana? Dia ikut Qiss agaknya.” Cikgu Luth Bakri tiba-tiba teringatkan anak sulungnya itu.

Segera Lisa Diana terbayangkan kakak sulungnya. Rasanya Liyana Balqis ada di rumah, mungkin masih di dalam bilik kerana motosikal abang iparnya ada di hadapan rumah. Dia berlari semula ke dalam rumah. Jangan-jangan Yaya ada bersama Qiss, itulah kata hatinya. Dia menolak pintu yang tidak ditutup rapat. Hanya ada kakak dan abang iparnya sedang berbaring. Kedua-dua mereka membelakangi dirinya. Rasa bersalah pula menjenguk ke dalam, Yaya tiada.

“Qishhh ” ....

Lisa Diana tidak jadi hendak meninggalkan bilik itu. Dia menjenguk semula ke dalam. Kakinya sudah selangkah berada di dalam bilik. Jelas kelihatan Yaya sedang merengek memanggil kakak sulung mereka yang sedang tidur. Huh, lega! Datang tidur kat sini rupanya. Budak bertuah ni memang nak kena. Terkejut aku tengok kau tak ada. Dia bercekak pinggang di situ menyaksikan drama adik bongsunya yang mengada-ada itu.

49

Khilaf Semalam

Lina Azreen datang menongkat dagunya pada bahu

Lisa Diana. La

budak bertuah ni ada dengan Qiss! Bikin aku

... panas hati aje! Adik manja Qiss ni mau aku cubit-cubit dia karang! Tapi kenapa Si Dee duk bercekak pinggang kat sini pulak, ada apa? Macam best aje lagak kakak aku yang sorang ni. Lina Azreen juga turut membuang pandangan ke dalam bilik sepertimana yang kakaknya lakukan. “Kenapa Dee?”

Syyy....”

Lisa Diana meletakkan jari telunjuk ke

mulut, menyuruh adiknya diam.

Lidya Maya sedang menepuk pipi Liyana Balqis dengan tangan kecilnya.

Kelihatan tangan kakak mereka memegang tangan si kecil kemudian Yaya tergelak kecil sambil mengucup pipi kakaknya. Lisa Diana dan Lina Azreen mencebik. Manja sangat! Mereka cemburu sebenarnya.

“Qishhh ...

mangunlah,” rengek si kecil Lidya Maya.

“Qiss dah bangunlah ni.” Liyana Balqis bersuara malas-malas. “Abang Aboy hug Qish, macam abah hug mama.”

Liyana Balqis tertawa kecil. Pandailah adik aku ni, macam mana dia boleh terperasan pulak! Dia mencubit pipi si kecil.

Yaya memanjat ke atas perut kakaknya, pada masa yang sama si kakak menggeletek pinggangnya sehingga menyebabkan Hasbul Warits terjaga daripada tidur.

“Abang Aboy mangunlahhh

Emmm....”

!” jerit Lidya Maya.

... Hasbul Warits mula membuka mata.

“Jangan jeritlah, abang baru bangun, terkejut dia,” tegur Liyana Balqis. “Aik, tadi Yaya tidur sebelah abang! Kenapa Yaya kat

50

Farrah Hannan

atas perut Qiss pulak?” Hasbul Warits menarik adik iparnya ke arahnya.

Seronoklah Yaya pagi ini dilayan oleh dua orang yang sangat sporting. Apabila menukar tempat, dia semakin seronok bergelak ketawa. Nyata Hasbul Warits juga suka menggeletek. Terjerit-jerit si kecil dibuatnya.

Liyana Balqis juga terhibur melihat adiknya begitu.

Terima kasih, abang. Abang?

Uwekkk...!

Geli-geleman!

Haaa ...

seronok dia main geli-geli kat sini. Hei Si

Yaya tembam, ke sini kamu! Satu rumah kita cari tau! Dia

sembunyi kat sini rupanya!” Lisa Diana menyergah.

“Siapa suruh korang masuk bilik Qiss?” Sungguh tidak sopan!

“Pintu tak rapat, masuk ajelah. Adik kesayangan Qiss yang buat kami datang sini. Pagi-pagi dah bikin ribut.” Cepat sahaja Lisa Diana menjawab.

Amboi! Kalau pintu terbuka, bolehlah masuk bilik orang sesuka hati? Mazhab mana adik-adik aku guna pakai ni? Liyana Balqis geram. Mujurlah dia dan suaminya sudah terjaga daripada tidur, mengacau privasi orang sahaja!

“Dia ke atau korang yang bikin ribut?” Ujar Liyana Balqis geram.

51

Khilaf Semalam

Khilaf Semalam Bab S EJAK bergelar suami isteri, kedua-dua anak muda ini semakin bijak bertolak ansur.

Bab 7

S EJAK bergelar suami isteri, kedua-dua anak muda ini semakin bijak bertolak ansur.

Walaupun adakalanya mereka seakan-akan tidak sependapat lalu bertelingkah, namun hanya sekejap. Salah seorang pasti akan mengalah sebelum pertelingkahan besar berlaku. Mungkin sedar akan tanggungjawab masing-masing lalu mereka mengalah demi kebaikan diri sendiri dan masa depan mereka.

Pernah sekali hampir sahaja tangan Hasbul Warits menyapa muka Liyana Balqis apabila wanita muda itu menjerit di hadapannya. Semuanya kerana Hasbul Warits mengajak isterinya pulang ke rumah keluarganya tetapi si isteri tidak mahu. Mereka berbalah seketika lalu semakin serius jadinya. Mujurlah tahap kesabaran Hasbul Warits masih tinggi. Walaupun dia hampir menampar muka isterinya, tetapi dia sedar itu bukan cara yang betul mendidik seorang isteri.

Buat kali pertama Liyana Balqis melihat Hasbul Warits mengangkat tangannya, malah kurang seinci sahaja

52

Farrah Hannan

daripada wajahnya. Dia memejamkan mata. Sangkanya tangan itu akan menyapa wajah lembutnya. Tetapi setelah beberapa saat, masih juga tidak terasa apa-apa kecuali hembusan nafas. Lelaki itu tidak menampar pipinya, sebaliknya tangan lelaki itu mengusap pipinya.

“Abang ” ....

Hasbul Warits berpaling lalu terlihat Liyana Balqis menatang segelas air buatnya. Sejak beberapa hari ini isterinya semakin berubah. Bibir itu ringan sahaja membahasakannya abang. Sejak hari dia hampir menampar muka Liyana Balqis, ternyata ada perubahan kepada wanita muda itu. Syukur Ya Allah, Kau bukakan pintu hati isteriku. “Terima kasih.”

“Ibu pesan dengan abang, belikan beras. Ni duit.” Sekeping wang kertas bernilai lima puluh ringgit dihulurkan kepada suaminya. Kemudian segelas air yang dibancuhnya sendiri turut diserahkan kepada lelaki itu. Walaupun wajahnya masih tidak seceria sebelum mereka bernikah, tetapi tingkah lakunya tidaklah sedingin pada awal pernikahan mereka. Semakin hari kedinginan dan kehambaran dalam hubungan mereka semakin berkurangan.

“Nanti abang beli.” “Ibu cakap belikan gula

jugak...”

tambah Liyana

Balqis lagi, mengingati pesanan ibu mentuanya satu per satu.

“Qiss tak nak apa-apa ke?” tanya Hasbul Warits, memandang wajah isterinya.

Kepala digeleng, lantas membuka langkah kembali ke dapur untuk membantu ibu mentua yang sedang memasak untuk makan malam. Sudah menjadi rutinnya membantu di dapur. Sekali-sekala dia diberi tugas untuk memasak. Mungkin agak berat baginya, tetapi ibu mentuanya sering

53

Khilaf Semalam

memberi tunjuk ajar. Malah sejak beberapa hari berada di sini, dia sudah pandai menyediakan tomyam, makanan kegemaran suaminya. Walaupun masih belum setanding masakan ibu, namun tetap membuatkan Hasbul Warits tersenyum.

“Dia

dah

pergi

memandang menantunya.

ke,

Qiss?” tanya Puan Wafa,

“Belum lagi, ibu. Lepas minum abang pergi,” jawab Liyana Balqis, lembut. Kerja memotong sayur kembali diambil alih olehnya.

Puan Wafa kembali menjengah masakan yang berada di atas dapur. Tugasnya sebagai suri rumah menjadi kian mudah sejak kehadiran menantunya ini. Dia senang dibantu oleh Liyana Balqis. Walaupun menantunya ini serba- serbi tidak tahu tentang memasak, tetapi dia tidak segan-silu bertanya.

“Lepas potong sayur, Qiss tolong angkat kain di ampaian ye? Biar ibu masak sayur tu,” ujar Puan Wafa.

“Baik, ibu.” Patuh. Jika di rumah dahulu, tidak pernah dia membuat kerja rumah walaupun dipaksa. Sekarang dia sudah banyak berubah. Ringan sahaja tangan dan kakinya menguruskan setiap arahan. Adakalanya tidak perlu disuruh. Dia sendiri tahu apa yang perlu dan harus dilakukan. Sering dia mengingatkan dirinya bahawa dia bukan lagi Liyana Balqis yang masih bujang. Dia mempunyai seorang suami yang harus dilayan dan dijaga.

“Qiss,

terima

kasih ye

tolong ibu.”

Puan Wafa

tersenyum memandang menantunya.

“Tak apa. Qiss, kan menantu ibu. Kalau Qiss tak tolong, takkan abang pulak nak tolong,” jawab Liyana Balqis sambil tersenyum.

54

Farrah Hannan

Puan Wafa tergelak kecil. Kalau hendak diharapkan anak lelakinya yang seorang itu, mungkin tidak. Selama lebih kurang lapan belas tahun dia menjaga anaknya itu, tidak pernah sekali pun Hasbul Warits membantu melakukan kerja-kerja rumah. Pertolongan yang paling besar pernah dibuat adalah pergi ke kedai.

“Bertuah ibu dapat menantu macam Qiss,” puji Puan Wafa.

“Qiss lagi bertuah dapat mentua macam ibu. Pandai masak. Qiss dah gemuk duduk sini. Makan bertambah- tambah. Makanan tak pernah tak ada kat dapur, Qiss pulak asyik masuk dapur.” Liyana Balqis tersenyum senang.

Puan Wafa geleng kepala sambil tersenyum. Dia bangga kerana sering dipuji pandai memasak. Selalu sangat menantunya ini memuji dia pandai memasak. Mungkin menepati seleranya, jika tidak masakan menantunya ini akan makan dengan berselera. Lebih kurang sebulan ini, dia perasan akan susuk tubuh Liyana Balqis agak berisi. Dia berasa seronok melihat menantunya tidak malu-malu lagi apabila makan bersama.

“Berisi sikit tak apa. Suami bertambah sayang. Tapi

pada ibu, kurus ke berisi ke menantu macam Qiss.”

...

ibu tetap bertuah dapat

Giliran Liyana Balqis pula tergelak kecil. Suami bertambah sayang? Bagaimana dia tahu Hasbul Warits menyayanginya atau tidak? Sejak menjadi suami isteri, mereka tidak pernah bergurau seperti mereka masih menjadi kawan dahulu. Hanya apabila bersama keluarga sahaja mereka akan bergelak ketawa bersama. Jika berdua, mereka sekadar berbual perkara penting sahaja. Biasanya berkenaan hal mereka berdua.

55

Khilaf Semalam

“Ada-ada aje ibu ni. Qiss angkat kain dulu ye!” Bakul kain dicapai lalu dibawa keluar. Selipar biru disarungkan ke kaki lalu langkah diayun menuju ke ampaian

  • di halaman rumah. Agak banyak kain yang dibasuh hari ini,

termasuk set cadar katilnya. Pagi tadi dia yang membasuh

semua kain ini. Segan pula dia jika membiarkan kain-kain

miliknya dicuci oleh orang lain. Dia sekarang bukan berada

  • di rumahnya. Situasi berbeza.

Cadar biru berbunga merah jambu ditarik dari ampaian lalu dimasukkan ke dalam bakul. Tubuh makhluk yang berada di sebalik cadar itu membuatkan Liyana Balqis terlompat setapak ke belakang sambil terjerit. Berdekah- dekah kedengaran tawa gadis yang muncul di situ.

Atiqah menepuk bahu Liyana Balqis apabila melihat temannya itu terkejut dengan sergahan yang sengaja dibuatnya. “Gila! Kau nak bunuh aku ke apa?” rengus Liyana

Balqis.

“Aku nak bergurau dengan kau, boleh pulak kau

cakap aku pembunuh, kan? Sampai hati

Sekarang nak

.... bergurau pun dah tak boleh. Urat ‘lawak bendul’ kau dah

putus eh?” ujar Atiqah sambil tergelak lagi.

Sejak temannya ini berkahwin, ini kali pertama dia dapat bertemu dengan Liyana Balqis. Jika terserempak, pasti Liyana Balqis akan melarikan diri. Tetapi hari ini tidak lagi. Sengaja Atiqah memilih untuk datang ke sini. Rindu pula mahu berbual dengan teman sekelasnya ini. Ramai teman lain bercakap Liyana Balqis sombong selepas berkahwin. Itulah sebabnya dia datang ke mari.

“Bila

kau

balik?”

tanya

Liyana Balqis sambil

memandang teman di hadapannya itu. “Oh, ingatkan dah sombong! Aku balik dua hari

56

Farrah Hannan

lepas. Aku nampak kau dengan Abul kat pekan, tapi kau cepat sangat hilang,” komen Atiqah.

Liyana Balqis sekadar tersengih. Dia tahu akan hal itu. Selepas melihat kelibat Atiqah berhampiran pasar raya itu, dia segera mengajak suaminya pulang. Alasannya, sakit perut. Padahal dia mahu melarikan diri. Bukan sengaja, tetapi dia masih tidak boleh bertemu dengan teman-temannya. Dia masih kekok untuk bertemu mereka. Hal perkahwinannya yang secara tiba-tiba bukanlah sesuatu yang menyeronokkan untuk dibicarakan.

“Aku kejar masa. Seronok ke pergi rumah ayah kau tu?” Sengaja Liyana Balqis mengubah topik perbualan mereka.

“Kita cerita pasal kau, bukan aku. Kau takut aku kejar kau sebenarnya. Semua pun cakap macam tukan?” tambah Atiqah sambil membantu Liyana Balqis mengangkat kain di ampaian.

Sebaik sahaja habis semua kain di ampaian dikutip, Liyana Balqis mengajak Atiqah duduk di atas buaian di halaman rumah. Sementara itu dia masuk ke dalam rumah meninggalkan Atiqah bersendirian di luar kerana temannya itu lebih selesa mengambil angin di luar. Bakul pakaian dibawa ke dalam rumah lalu dia masuk ke dapur untuk memberitahu ibu mentuanya bahawa dia ada tetamu.

Ketika keluar semula, dia membawa segelas minuman buat temannya. Cuma segelas air anggur yang dibancuh untuk suaminya tadi. Kebetulan minuman itu dibancuh dalam kuantiti yang banyak, jadi sudah rezeki Atiqah. Cuma air bujang sahaja.

“Minumlah,” pelawa Liyana Balqis.

“Susah-susah aje kau ni. Aku datang nak sembang, bukan nak minum pun. Tapi dah ada air anggur kau, rezeki.

57

Khilaf Semalam

Dapatlah jugak buat basah tekak ni. Kering tekak aku bercakap dengan kau.” Minuman diteguk. Matanya memandang Liyana Balqis. Kemudian dia tergelak. Terpinga- pinga teman yang sedang bertentangan dengannya.

Wajah Liyana Balqis masam mencuka. Dia tahu Atiqah sedang mentertawakan dirinya. Mungkin kerana minuman ini atau perkara-perkara lain. Dia sudah lama mengenali Atiqah, dia dapat mengagak apa yang bermain di fikiran gadis itu. Tetapi dia amat yakin, pasti kerana air ini. Maniskah? Suaminya tidak mengadu pun!

“Sedap air ni. Mak mentua kau bancuh eh?” puji Atiqah. Selebihnya, ingin mengusik sahabatnya itu.

“Kepala lutut kau! Aku yang bancuh la.” Ha! Liyana Balqis yang dulu sudah kembali.

“Eh, dah pandai dah eh?”

Lengan Atiqah dicubit. Temannya itu mengaduh sakit. Cepat sungguh tangan Liyana Balqis bertindak.

Mujurlah tidak sekuat mana. Sekadar mencubit kerana geram, bukan kerana marah. Cukup untuk menjadikan lengannya kemerah-merahan. Pasti malam ini lengannya akan lebam. Aduh! Sejak bila pula cubitan Liyana Balqis berbisa?

“Air ajelah, takkanlah aku tak tahu bancuh. Agak- agaklah. Selalu kau pergi rumah aku, bukan mama bancuh ... aku yang bancuh!” Liyana Balqis menarik muka masam.

“Ala Qiss ...

nak gurau aje.” Pujuk Atiqah.

“Tahu.” “Dah tu?” “Saja.” Liyana Balqis kembali tersengih.

58

Farrah Hannan

KETIKA sedang menonton televisyen malam itu, Liyana Balqis membantu ibu mertuanya melipat kain sambil berbual. Sesekali Liyana Balqis mengerling suaminya yang sibuk dengan telefon bimbitnya. Sesekali lelaki itu nampak sedang tersenyum. Siapakah yang sedang berbalas mesej dengan dia? Liyana Balqis teringin hendak tahu tetapi mustahil untuk dia bertanya apatah lagi mengambil telefon bimbit tanpa kebenaran lelaki itu.

“Sibuk

abang

tukan,

dengan nada sedikit cemburu.

ibu?”

kata

Liyana

Balqis

“Mahunya tak sibuk, ayah baru top upkan kredit dia tadi,” jawab Puan Wafa tanpa mengesyaki apa-apa.

Bertuahnya Hasbul Warits, kredit telefon kehabisan ayah akan menambahkan. Dia tidak perlu mengeluarkan satu sen pun, hanya perlu memaklumkan kepada ayahnya sahaja. Kalaulah abah juga menambah kreditnya, tentu dia juga sedang berbalas mesej dengan sahabat-sahabatnya. Sudah beberapa hari telefonnya senyap kecuali ada orang yang menghubunginya. Sudah lama dia tidak menambah kredit telefon bimbitnya, tiada wang untuk perkara itu. Liyana Balqis reda.

“Telefon Qiss senyap aje, rosak ke?” tanya Puan

Wafa lagi.

“Taklah. Cuma tak ada orang yang nak call Qiss,” jawab Liyana Balqis sambil tersenyum. Tidak akan sekali-kali dia memberitahu bahawa telefon bimbitnya kehabisan kredit. Apabila dia ada wang nanti, dia akan menambahnya sendiri atau mungkin dia akan meminta mama memberikan bantuan kredit kepadanya. Seringgit pun sudah mencukupi asalkan tidak tamat tempoh.

“Borak apa ni?” Tuan Hazmi duduk bersila bersama mereka berdua.

59

Khilaf Semalam

Liyana Balqis hanya tersenyum memandang bapa mentuanya. Selalu juga ayah duduk berbual bersama-sama mereka, sedangkan Hasbul Warits lebih suka menonton televisyen sambil melayan telefon bimbitnya atau kadang- kadang akan keluar melepak bersama kawan-kawan yang lain. Jaranglah anak muda itu hendak duduk bersama isterinya kecuali di dalam bilik.

“Tak ada apa-apa,” jawab Liyana Balqis.

“Anak ayah tu sibuk dengan telefon, isteri kat sini pun dia buat tak tahu,” adu Puan Wafa.

“Ayah top up lima ringgit aje kat dia. Esok habislah tu,” jawab Tuan Hazmi.

Lima ringgit? Mustahillah. Dia sendiri yang melihat jumlah kredit yang ditambah petang tadi. Secara tidak sengaja dia melihat telefon bimbit suaminya tetapi langsung tidak menyentuh telefon itu. Jumlah yang dikreditkan adalah sepuluh ringgit. Mustahil dia tersilap pandang. Jika ayah hanya memberi lima ringgit, siapa pula yang menambah lima ringgit lagi? Liyana Balqis tertanya-tanya dalam hati.

“Qiss, dah habis lipat kain ni pergilah borak dengan dia,” ujar Puan Wafa memandang menantunya. Kasihan menantunya ini, pasti kesunyian. Ada suami pun bukan boleh dilawan berbual, keluh hatinya sendiri.

“Tak apalah ibu, Qiss nak masuk bilik dulu. Rasa tak laratlah. Qiss masuk dululah ibu, ayah.” Baju-baju dia dan suami yang sudah dilipat, dibawa bersama ke dalam bilik. Baju-baju tersebut disimpan di dalam almari. Dia duduk bersila di atas katil, masih berfikir mengenai suaminya. Mungkin tersalah barangkali. Jika tersalah, kenapa lelaki itu senyap sahaja sedangkan dahulu jika terjadi hal begitu, dia akan bertanya. Mungkin kerana ayah yang menambah

60

Farrah Hannan

kreditnya, dia sangka itu ayah. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Mungkin itu rezeki suaminya, jadi dia tidak perlu cemburu kerana tidak bertuah seperti Hasbul Warits.

“Tak ada ke orang nak salah top up kat aku?” Liyana Balqis berbaring di atas katil sambil membelek telefon bimbitnya yang membisu. Bateri yang dicas dua hari lalu masih tidak luak. Memang telefon ini jarang sekali digunakan. Dia menyemak baki kredit telefon bimbitnya, hanya ada tiga sen. Dengan jumlah ini dia hanya dapat menghantar mesej kepada nombor tertentu sahaja, itu pun hanya tiga mesej sahaja yang boleh dibalas.

Bantal yang melapik kepala ditinggikan. Dia merenung siling, bosan pula. Masih awal untuk melelapkan mata. Tiada mood hendak menonton apatah lagi asyik melihat Hasbul Warits sibuk melayan telefon bimbitnya, bertambah- tambah hilang nafsunya hendak menonton. Lebih baik berada di dalam bilik sahaja. Tidak perlulah dia melihat lelaki itu tersengih-sengih seperti kerang busuk lagi.

“Siapa yang mesej dia? Lelaki ke perempuan?” Ada perasaan cemburu di situ. Ada sepotong nama yang mengganggu mindanya. Tetapi tidak sekali pun dia sebut nama itu. Dia menyimpannya dalam hati. Tangan kanan

diletakkan di atas dahi. Dia mengeluh. Kalaulah dia tahu

dengan siapa suaminya sedang berbalas mesej memejamkan mata.

....

Dia

Telefon bimbit berbunyi. Ada pesanan masuk ke kotak simpanan pesanannya. Siapa pula yang bersimpati dengannya sehingga menghantar mesej ini? Telefon di atas perut diambil semula kemudian dia membaca pesanan yang dihantar kepadanya.

61

Khilaf Semalam

Awal masuk bilik, kenapa?

Ala, nak mesej-mesej pulak! Tak tahu ke kredit aku takde? Sengal Si Abul ni!

Dia membalas mesej itu. Lama juga dia berfikir hendak membalas apa kepada suaminya yang berada di luar. Ingatkan terlampau seronok bermain telefon sehingga tidak perasan ketiadaannya di luar sana. Liyana Balqis mengeluh. Selepas ini tinggallah baki kreditnya dua sen. Terus terang ajelah. Tak payah berkias-kias dengan mamat ni, bukannya dia faham pun!

Orang takde kreditlah. Nak borak masuk bilik, SMS bolayan!

LIYANA BALQIS terjaga daripada tidurnya. Perutnya memulas seakan-akan hendak membuang air besar. Perlahan-lahan dia menuruni katil. Khuatir mengganggu suaminya, dia melangkah berhati-hati keluar dari bilik lantas berlari ke tandas.

“Kenapa time-time macam ni sakit perut pulak!” gerutunya sendirian.

Mujurlah lampu tandas sentiasa dibuka pada waktu malam. Dia tidak takut tetapi kadang-kadang ada perasaan waswas hendak ke tandas sendirian pada waktu-waktu sunyi begini. Tetapi malam ini tiada perasaan takut, yang dia tahu dia mahu masuk ke dalam tandas dan menunaikan hajatnya.

Setelah merasa lega, Liyana Balqis keluar semula. Dia kembali ke bilik. Perlahan-lahan pintu bilik ditutup

62

Farrah Hannan

semula. Mujurlah cahaya dari luar yang menyuluh ke dalam membantu dia berjalan menuju ke katilnya. Sekali lagi dia berhati-hati memanjat katil semula. Tidak mahu suaminya terjaga gara-gara dia. Kasihan Hasbul Warits tidak cukup tidur pula nanti.

Setelah berbaring, terasa ada sesuatu di bawah badannya. Dia bingkas bangun dan meraba-raba di atas tilam mencari benda tersebut. Oh, telefon bimbit Hasbul Warits. Dia hendak meletakkan semula di sisi suaminya tetapi tertekan salah satu butang menyebabkan skrin menyala. Matanya tidak berkelip memandang skrin tersebut.

“Ya Allah

...

!”

Dia meletakkan semula telefon bimbit

suaminya. Dia berbaring membelakangi suaminya. Jantungnya berdebar kencang. Hatinya tidak tenteram. Entah pukul berapa baru dia berjaya melelapkan matanya ....

63

Khilaf Semalam

Khilaf Semalam Bab A NGIN Liyana Balqis kurang baik. Sejak bangun daripada tidur dia langsung tidak

Bab 8

A NGIN Liyana Balqis kurang baik.

Sejak bangun daripada tidur dia

langsung tidak berbicara dengan

sesiapa. Dia cuba mengelak untuk bertentang mata dengan mentua dan suaminya. Sebelum sempat mereka memulakan bicara dengannya, segera dia melangkah pergi seolah-olah ada perkara lain yang lebih penting. Apabila terserempak dengan suaminya di bilik, dia pasti akan berpura-pura sibuk dengan telefon bimbit.

“Kenapa ni? Macam penyu hilang telur aje?”

“Penyu hilang telur tak apa. Jangan awak tu!” tengking Liyana Balqis tanpa mempedulikan ibu mentuanya yang berada berdekatan.

Wajah Hasbul Warits yang tenang bertukar tegang sekelip mata. Perasaan marah pula berkembang dalam hatinya. Kelantangan suara wanita muda itu buat dia bengang. Kurang ajar! Itulah yang berada di mindanya. Angin tidak ribut tidak, tiba-tiba mengamuk. Jika ibunya tiada di sini, sudah pasti dia telah menampar muka isterinya.

64

Farrah Hannan

“Saya ke awak yang suami sampai berani sangat awak tengking saya ni?”

“Sebab saya cuma isterilah saya tengking awak. Mentang-mentang saya isteri, seronoklah awak sebagai suami berdating sana sini?” Keras bunyinya.

Puan Wafa segera berlalu meninggalkan anak dan menantunya. Dia tidak berani masuk campur. Bimbang hal kecil bertambah besar. Biarlah mereka berdua yang menyelesaikan masalah ini. Mungkin ada baiknya mereka sama-sama meluahkan apa yang terbuku di hati. Serius bunyinya. Mesti segera diselesaikan.

“Qiss cakap apa ni?” “Sejak bila awak jadi pekak?”

“Cakap baik-baik, Liyana Balqis. Jangan lupa awak siapa, saya ni siapa. Jangan sampai tangan saya masuk campur!” Tengkingan Liyana Balqis dibalas dengan cara yang sama. Hasbul Warits sudah tidak boleh mengawal perasaan lagi. Panas telinganya mendengar suara Liyana Balqis menjerit-jerit kepadanya.

Mata mereka bertentangan. Renungan tajam mula menikam mata masing-masing.

Liyana Balqis langsung tidak gentar berlawan mata dengan suaminya. “Gunalah tangan awak tu! Awak suami, berhak nak tampar saya.”

Pang...!

Satu tamparan hinggap di muka Hasbul

Warits menyebabkan lelaki itu terkedu. Dia tidak menyangka perkara itu akan berlaku kepadanya. Dia ditampar oleh seorang perempuan. Dia ditampar oleh isterinya sendiri. Sesuatu yang dia tidak boleh terima ditampar oleh seseorang yang dia gelar isteri. Kurang ajar!

65

Khilaf Semalam

“Tapi saya tampar awak dulu. Awak patut ditampar. Lelaki tak guna!” tambah Liyana Balqis, masih melepaskan perasaan marahnya.

“Kurang ajar kau nikan!” tengking Hasbul Warits. “Kau tu yang kurang ajar!”

“Melawan! Jangan nak jadi isteri derhaka.” Tangan sasa diangkat dan sudah hampir ke wajah Liyana Balqis untuk membalas perbuatan wanita itu terhadapnya.

Tetapi entah dari mana datangnya Tuan Hazmi yang sempat memegang tangan Hasbul Warits. Mereka berdua dijarakkan. “Jangan ajar isteri macam ni. Perempuan marah bertempat.”

“Bertempat ayah cakap? Dari awal kami nikah perempuan ni memang tak hormat Abul. Dia kurang ajar, ayah. Abul dah cuba buat baik dengan dia. Terbaik ayah.” Hasbul Warits mendengus kasar.

“Kalau kau baik sangat dengan aku, kenapa perlu kau cari buah hati kau tu untuk kau luahkan perasaan kau? Apa guna aku isteri kau ni? Kalau semua hal dalam kain aku kau cerita kat dia, apa yang ada untuk jadi rahsia aku?” Walaupun Tuan Hazmi berada di situ, Liyana Balqis tidak langsung mengendahkannya. Bahasanya yang kasar tidak dipedulikan. Dia masih mahu marahkan Hasbul Warits. Dia tidak berpuas hati dengan tamparan yang dihadiahkan secara mengejut ke pipi lelaki itu. Membuak-buak nafsu marahnya.

“Apa bukti kau?”

“Kau nak bukti? Okey aku boleh bagi buktinya.” Liyana Balqis masuk ke dalam bilik untuk seketika dan kembali dengan telefon bimbit Hasbul Warits.

Wajah lelaki itu sedikit berkerut.

66

Farrah Hannan

Hasbul Warits tidak berkata apa-apa sebaliknya membiarkan Liyana Balqis meneruskan perbuatannya. Di sebalik wajah yang berkerut dia sedang ligat mengingat kembali apa yang tidak kena pada telefon bimbit itu. Satu per satu cuba diingatinya.

“Kenapa

dengan

Hazmi, lembut.

telefon

ni,

Qiss?”

tanya

Tuan

“Anak ayah ni sangat kejam dengan Qiss. Walaupun dia tak sukakan Qiss, tapi dia tak berhak nak bercerita hal Qiss pada orang. Paling memalukan dia mengadu pada Salwa, buah hati dia tu.” Air mata Liyana Balqis mula bergenang. Sebak. Dia menghulurkan telefon bimbit berisi SMS yang telah menggores luka hatinya. Bukan sengaja dia mahu menyelongkar isi telefon bimbit ini, tetapi saat dia melihat pesanan ringkas daripada Hasbul Warits untuk Salwa, dia benar-benar marah. Kecuaian Hasbul Warits telah memerangkap dirinya sendiri.

Hasbul Warits memejamkan matanya. Barulah dia sedar, pasti isterinya telah membaca setiap pesanan yang dihantarnya kepada Salwa. Dia bersalah. Apabila melihat wajah ayahnya yang berkerut-kerut melihat telefon bimbit itu, dia semakin tidak selesa berdiri di situ. Kisah kecurangannya telah sampai ke pendengaran dan penglihatan ayahnya. Perkara ini pasti akan berpanjangan. Kecurangannya telah dihidu.

“Kenapa Abul buat macam ni? Sedar tak Abul suami Qiss, Salwa bukan siapa-siapa pada Abul,” ujar Tuan Hazmi dengan nada lembut.

“Abul

....

Lidahnya kelu. Dia tidak dapat membela

diri. Kecuaiannya telah membuatkan dia menjadi pesalah dalam kes ini. Bukti sangat kukuh menyatakan dia bersalah.

67

Khilaf Semalam

Apabila melihat wajah Liyana Balqis, rasa bersalahnya kian berkembang. Air mata yang bergenang di tubir mata isterinya, kian meruntun hatinya. Betapa kejamnya dia kerana mengheret isterinya ke lembah duka biarpun usia perkahwinan mereka masih muda.

“Qiss tak berniat nak kurang ajar dengan Abul, tapi Qiss tak boleh terima semua ni. Qiss tak kisah dia mengadu pada kawan-kawan dia. Tapi Qiss tak boleh terima kalau Salwa yang dia pilih.” Semakin laju air mata Liyana Balqis menuruni pipi mulusnya. Perasaan marah yang tadinya berkampung di hati sudah semakin menghilang, yang tinggal hanya kesedihan dan kedukaan yang tiada taranya. Perasaannya mudah terusik kebelakangan ini. Apatah lagi selepas melihat pesanan ringkas daripada Salwa yang sering berkunjung ke peti simpanan telefon bimbit suaminya.

“Abul salah. Bagi Abul peluang untuk betulkan kesalahan ni, ayah.”

“Abul bersalah pada Qiss, bukan pada ayah.” Tuan Hazmi meninggalkan anak dan menantunya. Dia geleng kepala. Tidak sangka anak lelakinya sanggup melakukan kesalahan itu. Jika cerita ini sampai ke telinga keluarga menantunya, pasti dia malu besar. Dia berharap Liyana Balqis tidak mengadu kepada keluarganya. Jika besannya tahu, pasti perkara ini akan jadi semakin rumit. Pasti mereka tidak akan berdiam diri.

“Qiss ” ....

“Saya maafkan awak. Awak masih suami yang saya percaya walaupun awak buat saya macam ni. Saya tak kisah apa awak nak buat lagi lepas ni. Saya boleh lupakan apa yang awak dah buat sebab saya sedar, saya bukan pilihan hati awak,” luah Liyana Balqis sayu.

68

Farrah Hannan

Hasbul Warits terduduk di sofa. Dia meraup wajahnya. Liyana Balqis sudah menghilang ke dalam bilik. Biarlah dia bersendirian. Hasbul Warits juga mahu bersendirian. Telefon bimbit yang berada di tangan segera ditatap. Setiap pesanan ringkas daripada Salwa dipadam. Malah dengan rela hati nama Salwa dipadamkan dari telefon bimbitnya.

Dia mengeluh lalu bersandar pada sofa. Pipinya yang masih pedih ditampar oleh Liyana Balqis diraba. Siapa sangka tangan lembut yang sering menyentuh dan mengurut tubuhnya dengan tangkas menyapa muka sehingga berbekas merah.

“Ya Allah, semua ni salah aku,” ucapnya sendirian.

Benar kata Lutfi, tangan Liyana Balqis sekuat tangan Cikgu Luth Bakri. Hanya teman itu yang pernah merasanya. Atas kesalahan memaki seorang guru yang telah tersilap menulis markah ujiannya, dia ditampar oleh Cikgu Luth Bakri. Selang beberapa hari kemudian, Liyana Balqis pula menampar mukanya kerana Lutfi dengan lancang mengutuk Cikgu Luth Bakri di hadapan gadis itu.

“Abul pujuklah Qiss. Jangan tersilap langkah lagi.

Dia perlukan Abul untuk pulihkan semangat dia

...

pujuk

Puan Wafa pula. Bukan niatnya hendak pilih kasih, tetapi dia

tidak sampai hati melihat anak dan menantunya begini. Apatah lagi melihat menantunya bersedih. Itulah satu- satunya menantu yang dia ada. Itulah penawar dan itu jugalah racun.

“Maafkan Abul, ibu!” Ucapnya lirih.

69

Khilaf Semalam

Khilaf Semalam Bab B UKAN mudah mahu kembali berbicara mesra dengan Liyana Balqis. Wanita muda itu

Bab 9

B UKAN mudah mahu kembali berbicara mesra dengan Liyana Balqis. Wanita muda itu sudah

kembali seperti biasa. Tetapi bagi Hasbul Warits, selagi perasaan bersalah masih menyelubunginya, dia tidak tahu apa harus dia katakan apabila berdepan dengan isterinya. Tidur sekatil dan berkongsi selimut masih tidak membantu Hasbul Warits kembali ramah dengan isterinya yang sudah terluka.

Hasbul Warits termenung di atas buaian. Sudah beberapa hari dia hanya menghabiskan masa di rumah. Tiada mood mahu ke padang untuk bermain bola sepak dengan kawan-kawannya. Jika tidak berada di buaian, pasti dia akan menonton televisyen ataupun tidur. Berbual dengan isterinya? Oh, sudah tentu tidak! Hanya bersuara apabila isterinya itu memulakan bicara.

“Kalau tahu tak kuat, jangan buat salah. Siapa yang susah? Jawablah sendiri.”

Suara Liyana Balqis menyapa telinganya. Teguran itu buat dia berpaling. Isterinya datang dengan segelas air

70

Farrah Hannan

dan sepiring kuih yang masih panas. Dia sekadar tersenyum kelat. Selepas kejadian itu, Liyana Balqis selalu menguji kesabarannya. Tetapi dia langsung tidak tergugat. Dia masih bersabar kerana dia tahu semua ini berpunca daripada dirinya.

“Kalau tahu badan cepat naik, cakap kat ibu jangan masak sedap-sedap,” balas Hasbul Warits lalu mengenyitkan mata kepada isterinya. Tiada kena-mengena dengan apa yang dikatakan oleh isterinya tadi, tetapi itu sahaja yang terlintas di mindanya ketika ini. Hanya teringatkan masakan ibu dan perasan akan susuk tubuh isterinya yang nampak berisi sedikit. Lantaklah!

“Kalau tahu ibu pandai masak, cakap pun tak tetap sedap juga.” Liyana Balqis meletakkan minuman

... dan makanan di atas meja kecil berhampiran buaian. Dia duduk di bangku batu berhampiran dengan buaian. Akhbar hari ini yang masih belum dibaca dibuka helaian demi helaian, mencari-cari sesuatu yang menarik untuk dijadikan bahan bacaan. Sengaja dia memilih untuk duduk bersama suaminya.

guna

Walaupun apa yang dibalas oleh suaminya langsung tiada kena-mengena dengan tegurannya, dia tetap menjawabnya juga. Bukannya apa, dia tidak sampai hati melihat suaminya begitu. Dia rasa bersalah melihat suaminya termenung. Nabi pun memaafkan umatnya, inikan Liyana Balqis yang hanya seorang insan biasa. Bukankah kemaafan adalah dendam yang terindah?

“Qiss ” .... “Apa?” suaminya.

soal

Liyana

“Qiss gemuk.”

Balqis

tanpa

memandang

71

Khilaf Semalam

Cit awak ni! Tak dapat beza ke gemuk dengan berisi?” Mata Liyana Balqis dijegilkan kepada suaminya. Dia tidak marah tetapi sekadar berpura-pura marah.

Lelaki itu tergelak kecil. Dia terasa seperti mahu mengusik isterinya. Asyik termenung sahaja tidak mengubah apa yang sudah berlaku. Mengusik isterinya lebih menyeronokkan daripada bermuram. “Kalau dah berisi, gemuklah namanya. Bila dah berisi, gemuklah orang panggil.”

“Tak suka gemuk? Tak suka ke kalau isteri abang berisi? Bukan ke ada orang cakap, bila peluk terasa tulang aje?”

Terbatuk. Hasbul Warits diam seketika. Walaupun Liyana Balqis langsung tidak memandang wajahnya ketika berbicara, tetapi dia sedar nada percakapan Liyana Balqis yang selamba itu pastinya membuatkan dia terasa. ‘Bila peluk terasa tulang aje’. Itulah ayat yang ditulis oleh Salwa ketika berbalas pesanan ringkas beberapa hari lalu.

“Kurus sangat ke Qiss ni, abang? Pada pandangan

Qiss la, kan

cuma kurus sikit aje daripada Salwa yang abang

... puja tu. Ye tak, bang?” soal Liyana Balqis lalu menatap mata suaminya.

Saat mata mereka bertentangan, Hasbul Warits jadi serba salah. Sepasang mata milik Liyana Balqis benar-benar menggamit rasa bersalah dalam dirinya. Hari ini mata itu telah melembutkan hatinya. Adakalanya mata itu tajam menikam anak matanya sehinggakan dia ketakutan. Sesekali mata itu sinis memandangnya menyebabkan dia jadi marah. Ya, setiap pandangan mata isterinya mempunyai aura yang tersendiri kepadanya.

“Mata Qiss cantik,” puji Hasbul Warits kepada

isterinya.

72

Farrah Hannan

“Mata aje cantik, berguna ke?” Sinis sahaja Liyana Balqis membalas.

“Mata siapa yang cantik? Ibu ke?” Puan Wafa sengaja datang menemani anak dan menantunya. Bimbang juga kejadian tempoh hari berulang. Lebih baik dia ada bersama. Sekurang-kurangnya dia dapat mengubah tajuk perbualan kedua-dua insan yang sedang dilanda masalah rumah tangga ini. Jika kejadian tempoh hari berulang, dia pasti tidak dapat membantu. Tambahan pula suaminya tiada sekarang.

Ye, ibu. Mata ibu yang cantik ni la buat makanan kat rumah sedap-sedap belaka,” jelas Hasbul Warits sambil tersenyum.

“Apa kaitan mata dengan makanan?” Puan Wafa disapa hairan.

“Sebab mata ibu sangat prihatin dengan barang- barang yang ibu guna untuk masak,” sampuk Liyana Balqis.

Wanita itu tersenyum. Anak dan menantunya pandai mengambil hati. Dia senang hati apabila anak dan menantunya berdamai. Kejadian beberapa hari lalu membuatkan dia jadi risau. Orang muda, apabila marah pasti anggota badan turut sama berinteraksi. Hari itu, mujurlah hanya tangan Liyana Balqis yang berfungsi. Jika Hasbul Warits juga berbuat begitu, tentu haru-biru jadinya.

“Dah banyak hari tak main bola, kawan-kawan pergi mana?” tanya Puan Wafa kepada anak tunggalnya itu.

“Ada kawan, tapi tak ada mood nak main,” jawab Hasbul Warits bersahaja.

“Lama tak SMS Salwa kut, kan ibu?” Liyana Balqis bangun meninggalkan dua beranak itu selepas sempat mengenakan suaminya. Dia suka melihat suaminya menahan

73

Khilaf Semalam

sabar. Bukan mahu melarikan diri, tetapi mahu mengangkat kain di jemuran. Kain-kain di ampaian semua sudah kering. Sudah menjadi rutinnya setiap petang mengutip kain-kain itu.

“Cak !” ...

Sekali lagi di tempat yang sama, Atiqah muncul. Tetapi kali ini dia tidak keseorangan sebaliknya datang bersama Diera dan Qazreen.

Liyana Balqis geleng kepala. Setiap kali sahabatnya ini muncul, pasti dengan cara yang mengejutkan. Kehadiran Atiqah selalunya di sebalik cadar yang disangkut di ampaian.

“Kau suka cadar ni ke?” soal Liyana Balqis.

“Suka, ada bau kau dengan Abul,” jawab Atiqah lalu tersenyum.

Liyana Balqis angguk tanda mengiakan sahaja kata- kata Atiqah. Sudah malas mahu menepis, nanti dia juga yang menjadi mangsa usikan yang tak habis-habis. Dia membuat isyarat mengajak sahabat-sahabatnya pergi ke tempat ibu mentua dan suaminya sedang berbual. Hari ini dia tidak dapat lari daripada Qazreen dan Diera. Dia cuba berlagak selamba seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku antara mereka.

“Kepala lutut

kau

pun ada

otak eh? Pandai lain

macam aje,” ujar Liyana Balqis bergurau.

 

“Kepala

lutut

kau

tak

ada otak eh?

Patutlah tak

dapat fikir dengan waras,” balas Atiqah pula.

“Otak kat lutut aku kosong. Tak guna lagi. Simpan untuk masa depan,” jawab Liyana Balqis sambil tersengih.

Puan Wafa geleng kepala. Langsung tidak faham dengan apa yang sedang dibualkan oleh anak-anak muda ini.

74

Farrah Hannan

Hasbul Warits hanya tergelak sejak dari tadi. Dia tahu pasti Liyana Balqis diserang hendap oleh tiga gadis ini. Isterinya sudah acap kali menjadi mangsa serang hendap mereka.

“Duduklah, aku buatkan air.” “Kau tak perlukan tunjuk ajar mak cik ke?” soal

Atiqah.

Masih berwajah selamba, Liyana Balqis berlalu masuk ke dapur lantas menyediakan minuman untuk tiga orang temannya. Juga turut membawa kuih yang dibuat oleh ibu mentuanya. Tidak sampai lima minit, dia keluar bersama sedulang minuman bersama sepiring kuih.

“Mak cik ni macam tahu-tahu kami nak datang. Susah-susah aje sediakan air dengan kuih ni.” Atiqah sudah tersenyum.

“Bau badan kau yang macam kambing tu yang buat ibu tahu kau nak datang. Kau keluar rumah aje, hidung ibu dah dapat hidu,” kata Liyana Balqis selamba.

Terbahak-bahak Qazreen dan Diera.

Hasbul

Warits

tertawa

bersama

Puan Wafa hanya tersenyum. Anak muda zaman sekarang gemar bergurau kasar. Tidak sangka menantunya juga salah seorang daripada mereka. Selain gemar menyebut kepala lutut, wanita muda itu juga suka menjeling sinis.

“Main kasar,” balas Atiqah.

“Kasar tu ...

tersenyum nakal.

tak kasar sangatlah.” Liyana Balqis

“Boraklah. Mak cik masuk dalam dulu.” Puan Wafa tidak mampu terus melayani kerenah orang muda lantas menarik diri. Membiarkan anak dan menantunya sahaja yang

75

Khilaf Semalam

melayan kawan-kawan mereka. Tentu mereka akan berasa kekok mahu berbual jika dia ada bersama. Orang muda biasanya tidak suka berkongsi cerita sensasi mereka dengan orang tua-tua. Dia sebagai orang tua juga tidak sanggup mendengar bahasa-bahasa moden yang kasar bunyinya.

“Tiba-tiba datang. Nak gosip apa?” soal Hasbul

Warits.

“Datang melawat kawan pun tak boleh? Harapkan kau bawak Qiss pergi rumah aku, memang boleh harap ajelah. Entah apa istimewa Qiss ni sampai kau kurung dia kat dalam rumah,” bebel Atiqah.

Hasbul Warits tergelak kecil. Apa istimewanya Qiss? Banyak yang istimewa.

“Kau

Diera pula.

ingat kami ni suka bergosip aje ke?” tanya

Minuman sejuk dituang ke dalam gelas. Liyana Balqis mempelawa sahabat-sahabatnya menikmati minuman dan kuih yang disediakan. Walaupun masih kekok berdepan dengan Diera dan Qazreen, dia tenang membawa diri di hadapan mereka berdua tanpa apa-apa perasaan. Sejauh mana dia lari pun, mereka tetap akan muncul di hadapan matanya juga. Dah nama sahabat karib!

“Minumlah. Basahkan tekak kau. Kering tekak kau banyak sangat bercakap dari tadi. Jemputlah minum ye.” Liyana Balqis menghulurkan gelas kepada Atiqah. Tidak lupa juga kepada Diera dan Qazreen.

Dia cuba menjadi dirinya yang dahulu. Mungkin tidak seikhlas dahulu, tetapi sudah semakin mesra. Mujur ada Atiqah yang panjang akal, bijak mencari idea untuk mengembalikan bunga-bunga persahabatan mereka semua. Hendak mengharapkan dia sendiri, memang boleh diharap

76

Farrah Hannan

tetapi entah bila hubungan mereka akan pulih, dia sendiri pun tidak tahu.

“Kami datang bukan setakat nak minum air, tapi nak ajak pergi main air. Dah lama kita tak jumpa. Kita pergi ramai-ramai. Aku dah ajak Anas dengan Pejol pun,” sampuk Qazreen.

Suami isteri ini berpandangan antara satu sama lain. Kemudian mereka serentak menggeleng kepala.

Atiqah, Qazreen dan Diera memuncungkan mulut. Mereka tidak berpuas hati dengan respons yang diberikan oleh pasangan ini. Mereka juga menggelengkan kepala sambil menjamah kuih.

“Jangan geleng kepala, bro. Kes ni kalau masuk mahkamah kau kalah. Surat perjanjian kita berlapan masih dalam simpanan tau!” ujar Atiqah dengan perasaan tidak puas hati.

“Batalkan aje sain aku dengan Qiss tu. Ala ... agreement cikai aje, nak masuk mahkamah ke? Lawyer mana nak ambil kes ni? Takde, takde. Kami tak boleh ikut. Anggap aje kami tak sain,” kata Hasbul Warits.

Atiqah geleng kepala. Sama sekali tidak bersetuju dengan Hasbul Warits. Mereka sudah lama merancang perkhemahan ini. Hanya masa dan waktunya sahaja masih belum ditentukan atas sebab-sebab tertentu. Walau apa pun yang berlaku, kehadiran Hasbul Warits dan Liyana Balqis amat diperlukan. Jika pasangan ini tidak turut serta, maka tidak lengkaplah percutian mereka.

“Mana boleh batal-batal. Tak payah mengelat, kena pergi jugak. Muktamad!” Tegas Atiqah.

“Ini dah jadi kes paksa ni, mana boleh!” Bukannya Hasbul Warits tidak mahu mengotakan janji, tetapi isterinya

77

Khilaf Semalam

tidak selesa hendak melakukan semua itu. Lihat sahajalah betapa dia kekok hendak melayan teman-temannya, bagaimana dia hendak menghabiskan percutian mereka nanti? Tidak adillah jika hanya mengikut hatinya, tetapi hati orang lain terluka kerana keputusan yang bakal dia buat nanti. Tidak mengapa jika dia menolak hari ini. Esok lusa boleh jadi dia akan mengikut mereka ke sana.

“Bukan paksa. Jomlah, merayu pula ....

please....”

Kali

ini sudah

78

Farrah Hannan

Farrah Hannan Bab S EJAK terjaga daripada tidur, wajah Liyana Balqis kelihatan pucat sedikit. Mungkin tidak

Bab 10

S EJAK terjaga daripada tidur, wajah Liyana Balqis kelihatan pucat sedikit. Mungkin tidak

cukup tidur. Tambahan pula telefon bimbit suaminya asyik berbunyi sejak dari tadi. Tetapi lelaki itu tidak juga sedar daripada tidurnya. Sudah berkali-kali dia cuba mengejutkan suaminya agar menjawab panggilan itu, tetapi tiada respons. Semakin ditariknya selimut menutup mukanya.

“Abang, awak tidur ke mati ni? Telefon bunyi dah macam siren bomba pun masih tak sedar-sedar.” Tubuh suaminya digoncang-goncangkan namun Hasbul Warits sekadar mendengus lalu menutup mukanya dengan bantal pula. Liyana Balqis memukul tubuh suaminya lalu mencapai telefon bimbit yang galak berdering. Skrin telefon bimbit tertera private number, lantas dia menjawab panggilan itu. Senyap. Beberapa ketika setelah dia bersuara, talian diputuskan.

“Subuh-subuh mengacau orang. Setakat nak dengar caller ringtone, baik tak payah! Bukannya best pun caller ringtone dia ni!”

79

Khilaf Semalam

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja telefon bimbit ini dicampak ke dinding. Tetapi apakan daya, bukan miliknya. Perlahan-lahan dia duduk di kerusi meja soleknya. Kepalanya yang berdenyut dipicit seketika. Jam tangan di atas meja solek dikerling. Masih awal lagi. Terlalu awal baginya.

Liyana Balqis menjengah ke luar bilik. Kelihatan Lisa Diana sedang mengulang kaji pelajaran di ruang tamu. Sejak dia pulang ke sini, setiap kali dia bangun pada waktu subuh pasti adiknya itu sedang menelaah pelajaran. Seperti juga dia dahulu. Selalu menelaah di waktu pagi. Rajin Lisa Diana mengulangi pelajaran. Malah lebih rajin daripadanya.

“Dee, mama dah bangun ke belum?”

“Belum lagi. Qiss bangun awal kenapa pulak? Tak ada tanggungjawab ke?” Lisa Diana tersengih sambil mengangkat keningnya.

Liyana Balqis gigit bibir. Pagi-pagi begini pun Lisa Diana suka mencari fasal. Mujurlah kepalanya sedang sakit, maka selamatlah adiknya. Dia duduk di sofa sambil memandang adiknya yang tekun mengulang kaji subjek kegemarannya, Matematik. Selamba sahaja dia mengira tanpa sebarang kerutan di wajahnya. Cekap Lisa Diana menggunakan kalkulator saintifik.

“Senang sangat ke?” “Nak try?”

Liyana Balqis geleng kepala. Dia tidak sehebat Lisa Diana. Adiknya itu mewarisi kehebatan bapa mereka. Cikgu Luth Bakri, selain memegang jawatan guru disiplin dia juga seorang guru mata pelajaran Matematik. Selain Lisa Diana, Lina Azreen juga mempunyai keupayaan yang sama. Dua beradik ini sangat cekap mengira.

“Dee, tolong ambil air kejap.”

80

Farrah Hannan

“Ambil sendiri. Dee sibuk ni.”

Liyana Balqis mengeluh. Dia tidak mampu hendak bangun. Matanya terasa berpinar-pinar. Dia berbaring di sofa lalu terlelap kembali.

Lisa Diana pula tidak menghiraukan kakaknya. Dia tidak sedar akan kondisi kakaknya yang kurang sihat itu. Malah dia juga tidak sedar kakaknya sudah terlena. Terlalu leka dengan proses mengulang kaji pelajarannya.

“Dee, dah solat subuh ke?” soal Puan Asyikin. “Dah, mama. Qiss mungkin belum,” balas Lisa Diana pada pertanyaan mamanya.

Puan Asyikin memandang sekujur tubuh yang sedang terbaring di sofa. Dia menggeleng kepala apabila melihat anak sulungnya tidur di situ. Dia kemudian berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi dan sedikit bekalan makanan untuk Liyana Balqis bawa ke tempat perkhemahan mereka tengah hari ini.

“Dee, kejutkan Qiss. Cakap dah siang. Katanya nak bertolak sebelum zuhur.”

“Mama kejutlah. Dee sibuk.”

Anak keduanya memang tidak boleh disuruh. Tidak mengapa. Masih awal. Mungkin sekejap lagi Liyana Balqis akan sedar daripada tidurnya. Biasanya telinga Liyana Balqis agak sensitif dengan bunyi bising dari dapur.

“Mintak tolong aje sibuk. Nanti Dee mintak tolong, orang pun tak nak tolong. Baru menggelabah masa tu!”

“Mama ni

!

Dee kejutlah ni.” Buku latihan segera

... ditutup. Pensel dan pemadam juga disimpan. Dia mendekati

kakaknya lalu memanggil Liyana Balqis kasar sambil menggoncang bahu menyebabkan kakaknya terjaga daripada

81

Khilaf Semalam

tidur. Setelah memastikan kakaknya benar-benar sedar, dia pun menghilang ke dalam bilik. Sudah masanya dia berehat pula.

“Kejut orang macam nak merompak,” bebel Liyana

Balqis.

“Qiss dah solat ke belum?” soal Puan Asyikin yang masuk ke ruang tamu untuk mengambil barang.

“Belum, mama.” Liyana Balqis pergi ke bilik mandi untuk mencuci muka dan mengambil wuduk. Sakit kepalanya sudah berkurangan. Pergerakannya kembali pantas. Usai mengambil wuduk, dia masuk ke dalam bilik lalu mengejutkan suaminya yang masih berselimut litup.

“Abang, bangunlah. Solat subuh. Awak tak uzur jangan nak malas bangun.”

Yelah. Abang bangun ni

...

sahut Hasbul Warits.

Sementara suaminya mengambil wuduk, dia menunaikan solat dahulu. Dia mahu membantu mamanya menyediakan sarapan pagi. Sejak balik ke sini, boleh dibilang dengan jari berapa kali dia masuk ke dapur untuk membantu meringankan beban mamanya. Berbeza sekali dengan dirinya ketika tinggal di rumah mentua. Ketika berada di sana, dia sering masuk ke dapur untuk membantu.

Usai solat dia segera ke dapur membiarkan Hasbul Warits seorang diri. Tambahan pula suaminya perlu menyediakan pakaian untuk dibawa berkhemah sebentar lagi. Semalam, ketika dia sibuk melipat pakaian dan barang- barang lain, suaminya sibuk bermain permainan video dengan Lidya Maya.

“Mama, masak apa?”

“Nasi goreng aje. Mama dah buat sandwic untuk Qiss buat bekal,” ujar Puan Asyikin.

82

Farrah Hannan

Liyana Balqis angguk. Baru sahaja berniat mahu membantu, tetapi segala-galanya sudah selesai. Malah makanan untuk dibawanya ke tempat perkhemahan juga sudah disediakan oleh mama. Dia membantu mamanya menghidangkan sarapan di atas meja. Sebentar lagi abahnya akan bersarapan kerana perlu pergi ke sekolah menghadiri satu mesyuarat penting.

“Susahkan mama aje.”

“Tak susah pun. Tuangkan air cepat. Lepas sarapan pergi bersiap. Awal bertolak cepat sampai,” gesa Puan Asyikin.

Liyana Balqis angguk. Segera melaksanakan tugas yang disuruh oleh mamanya. Oh, anak-anak zaman sekarang, semuanya perlu disuruh dahulu baru dibuat. Nama nak menawarkan diri sendiri untuk membantu orang tua, seperti bermimpi di siang hari rasanya.

Ketika mahu masuk ke dalam bilik untuk memanggil suaminya, dia terserempak dengan abahnya yang sedang menuju ke meja makan. Lelaki itu kemudiannya menghulurkan kunci kereta tanpa banyak bicara. Bersama kunci itu, turut disertakan dua helai wang kertas bernilai seratus ringgit. Dahi si anak berkerut.

“Duit apa ni, abah?”

“Isi minyak. Nak berjalan jauh, kan?” kata Cikgu Luth Bakri.

Liyana Balqis geleng kepala. Dia tidak mahu mengambil wang tersebut. Cukuplah sekadar dipinjamkan kenderaan untuk memudahkan perjalanan mereka. Lagipun mereka sudah berbincang dengan teman-teman yang lain untuk berkongsi belanja, maka tidak perlulah duit daripada Cikgu Luth Bakri.

83

Khilaf Semalam

“Qiss dengan Abul ada duit, bah. Lagipun kami kongsi duit ramai-ramai. Lebih daripada cukup nanti. Tak payahlah, bah.” Sampuk Hasbul Warits yang kebetulan menjengah di pintu bilik.

“Duit kongsi untuk makanan. Duit ni untuk

minyak.”

Berat hati Hasbul Warits hendak mengambil wang itu. Walaupun Liyana Balqis juga sudah menolak, abah tetap memaksa mereka mengambilnya. Kali ini abah memberi wang tersebut kepadanya selepas Liyana Balqis tidak mahu mengambilnya. Perlukah dia mengambil wang ini? Dia memandang Liyana Balqis, isterinya masih menggeleng tetapi abah sudah memasukkan wang tersebut ke dalam poket seluarnya.

“Tapi bah ” .... “Pergi cepat.” Arahan!

CANTIKNYA...!”

“Lagi cantik kalau kau datang tolong kami,” celah satu suara.

Liyana Balqis menggeleng kepala. Dia berlari anak ke gigi air. Batu-batu yang berada di kawasan air terjun itu tidak menjadi halangan untuk dia. Kakinya direndamkan ke dalam air. Sejuk. Dia terjerit kecil kemudian tergelak sambil menggamit tangannya memanggil teman-teman yang lain.

“Orang rumah kau kena sawan air ke apa, Abul?” soal Pejol sambil tangannya sibuk mendirikan khemah.

“Sawan malas pun ada jugak tu

...

tokok Atiqah.

84

Farrah Hannan

Sedang teman-teman yang lain sibuk mendirikan khemah serta mengangkat barang, Liyana Balqis dengan selamba meninggalkan kelompok yang sedang bekerja keras itu. Dia teruja melihat keindahan tempat rekreasi ini. Mujurlah dia bersetuju untuk datang. Jika masih berkeras tidak mahu, pasti dia yang kerugian. Bukan selalu dapat menikmati kesegaran bumi Tuhan.

“Biarlah dia. Dah lama aku tak tengok dia macam tu,” ujar Diera.

Benar. Sejak bergelar isteri, Liyana Balqis tidak seceria dahulu. Susah untuk melihat dia tertawa. Susah untuk melihat dia semesra dahulu. Sesekali dapat melihat kembali Liyana Balqis yang sangat peramah dan mesra, biarlah keadaan itu berterusan seketika. Tidak mengapa mereka bersusah demi sebuah senyuman seorang sahabat.

Bro,

kau

bawak

gitar tak?” soal Anas sambil

mengeluarkan gitar miliknya.

“Ada. Tadi Qiss dah masukkan.” Hasbul Warits mencari-cari gitar yang dibawanya. Tiada. Dia garu kepala. Dia sendiri yang melihat isterinya meletakkan beg gitarnya ke dalam kereta bersama beg pakaian mereka. Hairan, bagaimana tiada pula? Puas dia menyelongkar di dalam kereta. Kemudian matanya tertangkap objek yang dicarinya berada bersama beg Liyana Balqis. Rupa-rupanya si isteri terlebih dahulu mengeluarkan gitar itu. “Kat sini rupanya.”

“Memanglah. Tadi, kan Qiss tersayang kau dah turunkan. Takut sangatlah gitar kapok dia tu hilang,” ujar Tini.

Mereka kembali menyudahkan kerja yang hampir selesai. Masih tidak mengambil tahu apa yang sedang dilakukan oleh Liyana Balqis. Apabila sudah selesai barulah

85

Khilaf Semalam

mereka akan meninjau kawasan sekitar. Sambil itu bolehlah mereka mencari sedikit kayu untuk dijadikan unggun api apabila malam tiba. “Kerja aku siap. Nak buat apa lagi ni?” tanya Atiqah. “Cari kayu. Tengokkan Qiss sekali,” ujar Hasbul Warits. Sesekali matanya mengerling mencari kelibat isterinya. Risau juga sesekali kelibat itu hilang daripada pandangan mata. Maklumlah tempat-tempat begini, jika tersilap langkah pelbagai perkara boleh terjadi. Tambahan pula Liyana Balqis pergi bersendirian, sudah pasti jika apa- apa berlaku kepadanya tiada siapa akan tahu. “Tak sangka kau sangat bertanggungjawab.” Anas menepuk bahu Hasbul Warits. Dia kagum melihat Hasbul Warits yang baharu. Walaupun bukan salahnya, tetapi masih positif menjadi suami kepada gadis yang tidak pernah dia simpan rasa cinta. Dia mahukan yang terbaik untuk sahabat- sahabatnya, lantas dia sering mengingatkan Hasbul Warits supaya kisah lama tidak perlu diingat-ingat lagi. Lagipun dia turut rasa bersalah dengan apa yang berlaku jadi dia seharusnya menjadi penyokong pasangan ini. “Dah jadi tanggungjawab aku,” ujar Hasbul Warits.

“Itu amanah Cikgu Luth

Bakri untuk kau. Qiss

bukan siapa-siapa, penyimpan rahsia kau jugak,” sampuk Pejol.

Semua orang tahu keakraban pasangan ini sewaktu di alam persekolahan. Hanya Liyana Balqis tahu apa yang diketahui oleh lelaki itu. Malah menyimpannya sebagai rahsia yang tidak mungkin diketahui ramai. Jika ada Liyana Balqis, pasti ada Hasbul Warits juga. Saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat siang dan malam saling memerlukan untuk menyempurnakan satu kejadian.

86

Farrah Hannan

“Sebab dia tahu nanti,” keluh Hasbul Warits.

rahsia

aku, akan

ada

masalah

“Kau

kena

hati-hatilah,

jangan

sampai timbul

masalah.” Pejol terus memberikan semangat.

“Kerja dah siap ni, kaum wanita dah melepak tepi sungai. Aku nak tumpang sekaki. Jom pergi sana!” Anas mengajak dua temannya ke sungai.

Atiqah dan Liyana Balqis masing-masing sudah mula berjinak-jinak dengan air. Sepasang jean biru sudah dilipat hampir ke lutut.

Diera dan Qazreen masing-masing sedang meletakkan kayu yang dikutip tadi. Ah, semua orang sudah berkumpul di dalam air, takkan mereka hanya mahu jadi pemerhati tak bergaji saja! Mereka juga mahu merendamkan kaki ke dalam air itu.

Hanya Tini sahaja yang masih mengumpul kayu. Dia tidak mahu mereka kekurangan kayu malam nanti.

“Dah

banyak

kayu

tu,

jom

main

air!”

Pejol

merampas kayu di tangan Tini lalu dicampakkan ke

longgokan kayu berhampiran.

Anas pula menarik Tini ke gigi air menyebabkan gadis itu terjerit-jerit minta dilepaskan.

Hasbul

Warits

dan

Pejol

berusaha melepaskan diri.

tergelak melihat Tini

Anas pula tidak rasa bersalah buat begitu. Malah semakin seronok mengusik Tini yang sememangnya takut air.

“Qiss,

hati-hati!

Batu

tu

licin.”

Hasbul Warits

mengingatkan. “Bro, jangan risau

...

aku

jaga dia. Aku sanggup

jatuh untuk dia,” ujar Atiqah sambil mengenyit mata.

87

Khilaf Semalam

Yelah tu

sanggup jatuh untuk aku. Macamlah

... boleh dipercayai kau tu! Bisik hati Liyana Balqis. Dia

tersengih. Seronok benar dia dapat menghabiskan masa dengan mereka. Lebih seronok kerana dia boleh bersama suaminya di sini. Asyik menghabiskan masa di rumah sahaja, bosan juga. Sekali-sekala datang ke sini berdating, boleh mengubah perasaan juga.

Dia mahu menolak suaminya ke dalam air, itulah yang difikirkannya. Mungkin bukan sekarang. Dia duduk di atas batu besar sambil kakinya menguis air. Dia membuang pandangan ke sekeliling, indah sekali panorama di sini. Segar matanya memandang.

Lokasi yang menarik dan strategik. Khemah mereka didirikan di kawasan yang sesuai. Sambil bermain air, mereka boleh melihat-lihat keadaan khemah mereka. Jadi tidak perlu risau akan kecurian. Mereka boleh mengawasinya dari jauh. Pandai Hasbul Warits memilih tapak perkhemahan.

“Kalau mandi best ni. Sejuknya air nikan? Macam teh O ais limau. Fresh. Jom mandi nak?” ajak Diera.

“Jom terjun dalam teh O ais limau kau, yehaaa...!” ujar Pejol lalu menolak Diera ke dalam air.

Habis basah satu badan. Lencun. Wajah Diera jelas menunjukkan rasa marah kepada Pejol. Dia merengus kasar. Puas dia diketawakan oleh teman-temannya. Alang-alang sudah basah, dia menarik kaki Pejol sehingga lelaki itu juga jatuh ke dalam air. Giliran Pejol pula menjadi bahan gelak tawa mereka.

“Seronok?” soal Diera. “Asalkan kau tarik aku, terjun gaung pun seronok,” balas Pejol. “Terjun aje, apa nak kisah. Karang tukar baju, kita

88

Farrah Hannan

masak untuk makan malam,” ujar Hasbul Warits sambil membuka bajunya lalu terjun ke dalam air dengan seluar jean yang dipakainya.

Air terpercik ke tubuh Liyana Balqis menyebabkan isterinya memejamkan mata. Hasbul Warits berenang menghampiri isterinya lalu menarik Liyana Balqis serentak dengan Atiqah. Tetapi hanya Liyana Balqis yang terjatuh ke dalam air, Atiqah sempat menyelamatkan diri dengan berpegang pada akar sepohon pokok yang menjalar di situ. Tetapi dia tidak sempat hendak menyelamatkan Liyana Balqis.

“Apa ni?” marah Liyana Balqis.

“Mandilah.” Hasbul Warits galak memercikkan air ke muka isterinya.

Liyana Balqis geram. Hendak bernafas pun tidak sempat kerana air datang tanpa henti. Sebaik sahaja dapat melepaskan diri daripada kelemasan dek percikan air itu, dia berenang menghampiri suaminya lalu ditekan kepala Hasbul Warits ke dalam air seketika. Kemudian dia menjauhkan diri daripada lelaki itu. Dia tahu pasti lelaki itu akan membalas dendam jika dia leka. Sudah masak benar dengan kenakalan suaminya. “Suka sangat nak mandi, kan?”

“Suka menyelam jugak.” Tersenyum nakal memandang isterinya, Hasbul Warits menarik Liyana Balqis dan menyelam bersama.

Ketika berada di dalam air, sengaja Liyana Balqis mencubit suaminya sehingga tubuhnya terlepas daripada pegangan Hasbul Warits. Dia tidak selesa menyelam dengan lelaki itu. Apatah lagi dia tidak bersedia, dia tidak mahu lemas. Pedih hidungnya apabila dimasuki air sebentar tadi.

“Buat apa dalam air tu? Jangan lucah-lucah, kami

89

Khilaf Semalam

masih bujang

ujar Tini yang juga sudah duduk di atas batu

sambil merendamkan kakinya ke dalam air.

“Kau

ni

Tini

...

dalam air kut! Lemas karang!”

Sampuk Anas.

Mereka ketawa.

 

90

No. ISBN:- 978-967-5067-99-0 Jumlah muka surat:- 616 Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24 Harga Ahli:- S/M:

No. ISBN:- 978-967-5067-99-0 Jumlah muka surat:- 616 Harga Runcit:- S/M: RM21, S/S: RM24 Harga Ahli:- S/M: RM17, S/S: RM20

Sinopsis:-

Demi menjaga maruah kedua-dua buah keluarga mereka disatukan dengan ikatan pernikahan. Mereka percaya itu bukan khilaf mereka tetapi sesuatu telah menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini, cuma mereka sendiri tidak pasti kenapa dan bagaimana ianya berlaku.

Liyana Balqis menjadi pesalah dan rela dihukum walaupun terpaksa. Hasbul Warits, sejak menjadi pesalah secara tidak sengaja dia terikat dengan Liyana Balqis dan berkongsi ibu dan ayah dengan gadis ini.

Kehadiran sepasang kembar, Irfan dan Aulia menceriakan hidupnya. Liyana Balqis menjadi ibu muda yang terpaksa bersusah payah menjaga anak-anaknya sementara sang suami sibuk dengan pengajiannya. Mujurlah dengan bantuan ibu mertuanya, dia berjaya menjaga kedua-duanya. Sehinggalah suatu masa, dia juga terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya demi cita-cita yang belum terlaksana. Dia juga

mahu menjadi insan yang berjaya, walaupun berat hati meninggalkan si kecil dia tetap melangkah pergi.

Kemunculan Liyana Balqis sebagai salah seorang pelajar baru di tempat yang sama memberi ruang kepada dia dan suaminya bersatu kembali. Tidak perlu menunggu masa yang lama untuk bertemu. Ketika hari pendaftaran, Ziky yang merupakan sahabat Hasbul Warits sedang terpukau dengan gadis yang menyapa mereka. Diperkenalkan sebagai anak kepada guru sekolah Hasbul Warits, Liyana Balqis selesa begitu. Tidak seorang pun tahu apakah hubungan mereka berdua. Rahsia dijaga dengan rapi tanpa seorang pun menyedarinya, waima insan paling rapat dengan mereka sekalipun. Ziky juga selesa dengan pengakuan itu. Peluangnya cerah.

Selepas Salwa menyepi muncul pula pesaing baru, Ruby teman sekampus mereka menambahkan derita. Sejak hari pertama bertemu mata dengan gadis dari keluarga berada itu, Liyana Balqis tidak pernah senang dengannya. Apakah yang menghidupkan api cemburunya? Mungkin keakraban Ruby dengan Hasbul Warits yang menjadikan dia seorang yang cemburu.

Walaupun dia tidak pernah mengaku gadis itu kekasihnya, tetapi kebanyakan masa dia habiskan bersama Ruby. Pada dia, Liyana Balqis mungkin tak tahu tetapi dia silap. Rupa-rupanya si isteri terlebih dahulu dapat menghidu perbuatan itu. Diam tak bermakna dia langsung tidak mengambil tahu aktiviti lelaki itu di belakangnya. Hasbul Warits tahu itu khilafnya, dia cuba untuk memenangi semula hati Liyana Balqis. Bagaimana?

Kecewa dengan apa yang sedang berlaku, Liyana Balqis menjadi keras hati namun hati perempuan seperti kerak nasi. Sekeras-keras kerak nasi, apabila dituangkan air

lembut jua akhirnya. Demi anak-anak yang memerlukannya, dia perlu melakukan sesuatu. Berdegil tidak mendatangkan kebaikan langsung kepada dia dan anak-anak yang semakin membesar.

“Peluang tak diberi tapi dicari. Andai sangkar emas ini bukan lagi untukku, lepaskan aku. Aku ingin terbang. Aku ingin bebas.”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KHILAF SEMALAM di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda.

Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami.

Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196