You are on page 1of 10

Kesan Amalan Gaya KepemimpinanUploadLog In Sign Up SearchExplore DocumentsBooks - FictionBooks - Non-fictionHealth & MedicineBrochures/CatalogsGovernment DocsHow-To Guides/ManualsMagazines

/NewspapersRecipes/MenusSchool Work+ all categoriesRecentFeaturedPeopleAuthorsStudentsResearchersPublishersGovernment & NonprofitsBusinessesMusiciansArtists & DesignersTeachers+ all categoriesMost FollowedPopular×Language:EnglishChoose the language in which you want to experience Scribd:English中文Español Português日本語DeutschFrançaisTurkce Tiếng việtJęzyk polskiBahasa indonesia Download0Go BackCommentLinkEmbedof 15Readcast0inShare KESAN AMALAN GAYA KEPEMIMPINAN PENGETUA TERHADAPPERUBAHAN TINGKAH LAKU DALAM ORGANISASIAbstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan amalan gaya kepemimpinan pengetua yang dikomunikasikan kepada kakitangannya terhadap perubahan tingkah laku warga dalam sesebuah organisasi. Hasil tinjauandan analisa enam artikel mendapati bahawa enam gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua mampu memberi kesan terhadap perubahantingkahlaku dalam sesebuah organisasi. Gaya-gaya kepimpinan yang dibincangkan dalam kajian ini adalah gaya kepimpinan kolaboratif terbuka, autoritatif membina, situasi, transformasi, pengajaran, dan pemudah cara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua yang mengaplikasikan gaya kepimpinan yang berbeza mengikut situasi berbezamampu meningkatkan tahap motivasi dan kepuasan kerja guru. Gayakepimpinan juga membantu perubahan terhadap pemantapan pengurusan sekolah. Pengetua didapati berjaya mengatasi apa jua konflik yang dihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran sekolah. Gaya kepimpinan juga didapati mempengaruhi pembentukan potensi diri dan inovasi. Akhir sekali, perubahan terhadap pengajaran dan pembelajaran juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pengetua. Namun begitu, gaya kepemimpinan pengetua hanya memberikesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhikeberkesanan organisasi.1 PengenalanKepimpinan telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan antaraorganisasi yang berkesan dengan organisasi yang tidak berkesan. Kepimpinan pengetuaadalah pengaruh yang paling penting dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk danmempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu.Ralph M. Stogdill (1981) berkata, kepimpinan ialah proses mempengaruhi secara tersusunkegiatan-kegiatan sesuatu kumpulan ke arah menentukan dan memenuhi matlamatorganisasi atau kumpulan itu.Pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuahorganisasi (Stodgill, 1974). Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arahkecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, bagi organisasi seperti sekolah, pengaruhkepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaansekolah di bawah pimpinannya. Pembentukan organisasi sekolah berkesan, sangat bergantung kepada kepimpinan pengetuanya.Pengetua sekolah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat sekolahkerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus di sesebuah sekolah.Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik olehKementerian Pelajaran Malaysia, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah dan persekitarannya. (Jemaah Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan,1993).Pengetua sekolah di Malaysia bertanggungjwab dalam hal-hal yang berkaitandengan sekolah termasuklah (Hussien, 1993, p21):a.Berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat sekolah b.Mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan pelajar,guru

kepimpinan merupakan alat yang palingefektif bagi mengurus dan menambah baik sekolah. kewangan.. salah satu tugas besar dan kompleks bagi kepimpinan sekolah adalahmengurus perubahan.” ( Fiedler dalam Razali Mat Zin.1992).d. tugas pengetua seperti yang disediakan oleh Bahagian Sekolah meliputitujuh bidang utama iaitu:a. Maka. Gaya kepemimpinan seorang pengetua boleh membawa kepada pencapaian hasilutama organisasi.Menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan pengajarandan pembelajaran. Kepimpinan merupakan satu bentuk yang istimewa bagi mengajak orang lain.e.dan staf sokongan sekolah.Pengurusan kegiatan kurikulm. dibimbing serta dipimpin dengan teliti agar segalatingkah laku mereka dapat diselaraskan. sikap dan andaian-andaian”.Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan. Hanafi Kamal (1990).Kemajuan sekolahf. Darjahimplimentasi bagi inovasi adalah berbeza disekolah-sekolah yang berbeza bergantungkepada keprihatinan dan tindakan pengetua (Hall.manager dan initiator .Pengurusan sekolah (pentadbiran. menetapkan dasar-dasar umum untuk perjalanan dan memberi tumpuan umumterhadap keberkesanan organisasi secara keseluruhan untuk memenuhi objektif yangditetapkan (Boles. pengetua bertanggungjawab menentukan tujuanorganisasi. 1996)Gaya kepemimpinan seorang pengetua juga merupakan faktor penting dalamkeberkesanan sesebuah kumpulan atau organisasi (Ezhar Tamam.Kajian Interaksi Pengetua-Guru atau Principal-Teacher Interaction(PTI) yangtelah dijalankan oleh Hall et al (1987) dalam Mohd Izham (2009) telah mengenal pasti tigagaya kepimpinan yang berbeza di kalangan pengetua-pengetua iaitu sebagairesponder . Jadi. Sesebuah organisasi seperti sekolah mempunyai ahli pelbagailatar belakang yang hendak dikawal.2004).Gaya kepimpinan dapat didefinisikan sebagai:“…. 1979).Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Cara kolaboratif ini membolehkan sekolah lebih banyak intervensi (nota kepada staf. Pengetua yang mempunyai gayainitiator bekerja secara kolaboratif denganfasilitator perubahan yang lain.Mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah.Walaupun mempunyai banyak kekangan dalam menghadapi perubahan.2 Selain itu. 1999 dalam Shukri. Hord dan Griffin. perkhidmatan dan perjawatan)c.3 Selain itu.Pengajarang. Selain itu.Menyentuh tentang peranan ini. peranan pengetua sebagai agen perubahan adalah sangat penting dan menonjol terutamanya peranan untuk mengimplimentasi inovasi dan perubahan dalam budaya sekolah. Setiap perubahan yang berlakumemerlukan tindakan penyesuaian untuk penyelesaian masalah. mesyuarat kecil dan perbincangan tentang kemajuan). pada masa yang sama semangat dankepuasan ahli-ahlinya terjamin. 2009). Kepimpinan sekolah bergantung kepada pengetuanya (Holtzman.Peranan pengetua menjadi penting kerana tugas utamanya adalah memastikan“core business” sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai kejayaannya. b. secara sukarela menukar tabiat mereka sepertitindakan. dalam menjelaskan perkara ini menyatakan bahawakepentingan pengetua dalam pentadbiran terutamanya dari aspek perubahan adalah keranasekolah dilihat sebagai organisasi yang sentiasa berubah.d. kokurikulum dan hal ehwal pelajar.c. di sinilah letaknya peranan pengetua untuk melahirkan sekolah sebagai sebuah organisasi yang dinamis serta berupaya menghadapi sebarang perubahan. matlamat dan strategiorganisasi (Chan.Selaku pengurus dan pentadbir. Greenfield (1995:75) merumuskan “ Oleh kerana sekolahmerupakan organsisasi yang bersifat normatif. 1980 dalam MohdIzham. Gaya tersebut juga mampu mempengaruhi perubahan besar dalamorganisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai misi. Sekolah yang mana pengetua mempunyai gayainitiator adalahyang paling berjaya diikuti dengan gaya pengurus (manager) dan akhir sekali ialah gayaresponder . stailkepimpinan merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpindalam suasana berlainan.Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin danmempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana kepimpinan. lebih . 2004).

2004. Perubahan juga didapati akan meminggirkan sistem tradisi persekolahan untuk memberi laluan kepada impak teknologi dan komunikasi yang serbamudah dan cepat. pengetua yang sentiasa dapatdilihat dan menggalakan perkembangan professional di kalangan guru. Hasil tinjauan dan analisa enam literatur mendapati bahawaenam gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua mampu memberi kesan positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru (Shukri. Selain itu. Teori ini juga menganggaptiada satu pun gaya kepimpinan yang baik dan sesuai untuk semua situasi.2004. Sharifudin & Azizi.2004). pemantapan pengurusan sekolah (Mohd Anuar. semuanya bergantung kepada situasi semasa dan tahap keupayaan pekerja. Noordin. Model teori yang digunakan di bawah teori kontigensi ini ialah . Chan. 2004. lebih4 arahan daripada pengetua.Shukri.Southworth (2002). 2004. dan kemahiran serta sikap pekerja.banyak intervensi pelbagai arah (tindakan yang diambil secara berkumpulan atau lebihdaripada seorang). lebih banyak tindakan dijalankan dengan merujuk guru-guru. 2004. Begitu juga dengan kerenah birokrasi yang wujudnya banyak mencengkam sistem persekolahan. teori kontigensi mengandaikan bahawa keberkesanankepimpinan adalah bergantung kepada kesesuaian atau keselarasan personaliti pekerja dantingkah laku pemimpin dengan faktor-faktor situasi seperti struktur tugas. Azizi & Mohd Yusope.kedudukan atau jawatan. dan meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan untuk situasitersebut. prestasi kerjaorang bawahan (Avolio et al. Chan.1988). keberkesanan organisasi (Seltzer & Bass 1990). Mohd Nor. Mohd Nor. 2004).Tiga aspek kepimpinan pengajaran yang secara konsisten mempunyai pengaruh ke ataskeberkesanan sekolah ialah menetapkan matlamat sekolah. lebih banyak tindakan daripada guru-guru dan lebih fokuskepada pelajar serta pembelajaran. 2004). Justeru. Sharifudin & Azizi. Maimuah. juga mendapati kepimpinan transformasi bolehmempertingkatkan kepuasan orang bawahan.Seterusnya.Rumusannya. hasil kajian Hoernemann (2000) danJackson (2000) dalam Ishak Din (2003). dalam beberapa kajian lain mengenai kepimpinan transformasimendapati terdapat pengaruh ke atas usaha gigih dan kepuasan orang bawahan(Yammarino & Bass 1990). dan peningkatan amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan(Chan. akan lenyap kerana organisasi sekolah perlu cepat bertindak balas kepada perubahan yang datang dari persekitarannya. Mohd Nor. Azizi & Mohd Yusope. 2004.Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap perkembangan potensi diri dan inovasi.Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap pemantapan pengurusan sekolah. kajian-kajian mengenai perubahan banyak melaporkan dapatan-dapatan yang menggambarkan pentingnya pengetua berperanan sebagai agen perubahandan mempunyai gaya kepimpinaninitiator perubahan bagi menjamin kejayaan perubahanyang dilaksanakan. kertas ini akanmembincangkan aspek-aspek berikut :i. merumuskan bahawa kepimpinan pengajaran adalahmerupakan elemen yang paling penting dalam memastikan sekolah menjadi cemerlang.Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap peningkatan motivasi dan kepuasan kerjaguru. Mohd Anuar.2004). 2004). Pengetua sebagai seorang pentadbir dan juga pemimpin harus mengenal pasti faktor-faktor yang paling penting yang boleh mempengaruhi tingkah laku kakitangan atau ahli yang dipimpinnya dalam situasiyang tertentu. (1996 dalam Ishak Din. kuasa.2004. Podsakoff et al.2003). (Noordin. Sharifudin & Azizi. 2004.5 pengembangan potensi diri dan inovasi (Chan.iv.Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan amalan gaya kepemimpinan pengetuayang dikomunikasikan kepada kakitangannya terhadap perubahan tingkah laku wargadalam sesebuah organisasi.ii. 2004. Menurut Robiah (2003). melaporkan bahawa kepimpinan transformasi mempunyai pengaruh yang kuat keatas kepuasan kerja orang bawahan dan komitmen orang bawahan kepada organisasi. Maimunah.2004.Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap peningkatan amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesanTinjauan Model atau TeoriTeori kepimpinan yang digunakan untuk menggambarkan kajian ini adalah teorikontigensi. tetapi hanyamemberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhikeberkesanan organisasi.iii. Noordin.

memuji dan mengukuhkan prestasi guru sebagai satu bentuk insentif kepada guru-guru dan seterusnya meningkatkan motivasi dan kepuasankerja guru. gayakepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan pengajaran.Tahap motivasi dankepuasan guru. dan meningkatkankeberkesanan pengajaran dan pembelajaran. autoritatif.SituasiTransformasi-Pengajaran. Antaranya. Setiap dimensi itu dianalisis berdasarkan variable laluanMatlamat.Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Motivasi dan KepuasanKerja GuruAmalan gaya kepemimpinan seseorang pengetua mampu memberi kesan terhadapmotivasi dan kepuasan kerja guru-guru dan staf dibawahnya.mengembangkan potensi diri dan inovasi guru dan pelajar. Walau pun kedua-dua gaya kepimpinan tersebut memberi kesan positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja staf. Mohd.Autoritatif Membina. Situasi organisasi dirujuk kepada struktur tugas.Kolaboratif Terbuka.6 Rajah 1 : Model diubahsuai dari Model Teori Laluan Matlamat HouseModel Teori Laluan Matlamat menyokong Teori Kontigensi Fielder dan berdasarkan Teori Motivasi Harapan.model teorilaluan matlamat House yang telah diasaskan oleh Martin G. memantapkan pengurusan sekolah. Mohd. Perbincangan mengenai jenis gayakepimpinan dan pengaruhnya dalam perubahan tingkah laku kakitangan akandibincangkan dibawah. pertimbangan.Melalui gaya kepemimpinan situasi. peraturan dan sistem kuasa manakala personaliti pekerja pulamerujuk kepada keperluan peribadi.termasuklah struktur permulaan pemimpin. proses pengetua mengamalkan gaya kepimpinannya akan mempengaruhi kakitangannya denganmengambil kira situasi organisasi dan personaliti pekerja. bagaimana pemimpin dapat mengubahsuai stail kepimpinannya supaya berkesan dengan keadaan atausituasi yang dihadapi.Kepelbagaian dimensi tingkah laku kepimpinan diselidik melalui teori ini. pengaruh hierarkidan darjah keakraban penyeliaan. Faktor insentif yang memuatkancara-cara guru besar menghargai. Shukri(2004) misalnya. kebolehan pekerja dan kawalan diri. Selain itu. menurut teori ini motivasi.Gaya-gaya kepimpinan yang akan dibincangkan adalah gaya kepimpinankolaboratif terbuka.Proses amalangaya kepimpinandikomunikasikankepadakakitangan7 meningkatkan motivasi dan kepuasan guru. kepuasaan dan pelaksanaankerja seorang pekerja (guru) bergantung kepada gaya kepimpinan yang dipilih. pengaruh gaya kepimpinan kolaboratif terbukadidapati lebih kuat.Nor (2004). Cara pengetuamenggunakan pendekatan berbeza mengikut kesesuaian situasi ini membantu mewujudkansuasana kondusif dan bermotivasi dalam . diambil dan diubahsuai daripada buku Teori Asas Pendidikan oleh RobiahSidin (2003). gaya kepimpinan situasi.Pemantapan pengurusan sekolah. Berdasarkan teori ini. pemimpin dianggap berkesanapabila pemimpin boleh meningkatkan tahap penerimaan dan motivasi dalam kalangan pekerja yang diuruskannya. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.Pengembangan potensi diri dan inovasi. Fokus teori ini adalah tingkah laku pemimpin. gaya kepimpinan autoritatif membina. Nor (2004) yang mengkaji amalan gaya kepimpinan guru besar kepadastafnya pula mendapati tingkah laku (gaya) kepemimpinan pengajaran guru besar memberikesan positif kepada motivasi dan komitmen kerja guru. Maimunah (2004) dan Chan (2004) sependapat bahawa gaya kepimpinan pengetuamempunyai pengaruh terhadap peningkatan motivasi dan kepuasan kerja pekerja.Amalan pengajarandan pembelajaran (P&P) berkesan.Pemudah CaraPERUBAHANTINGKAH LAKU. sepertivalensdaninstrumentaliti. Gaya kepimpinan pengetua akanGAYAKEPIMPINAN. Evans dan Robert House padatahun 1971. Proses ini akanmembentuk perubahan tingkah laku kakitangannya. mendapati bahawa amalan komunikasi kepemimpinan ketua sama adakolaboratif terbuka atau autoritatif membina mempunyai pengaruh yang ketara terhadapkepunyaan yang kuat oleh warga organisasi (motivasi intrinsik) dan mempengaruhi sikap penglibatan mereka dengan berkesan terhadap tugas dalam organisasi (motivasiekstrinsik). pengetua mengamalkan gaya kepemimpinan berbeza kepada guru yang berbeza dalam situasi-situasi berbeza. Shukri (2004). Mengikut teori ini.

Mohd. 2004).Kecemerlangan organisasi banyak di pengaruhi oleh elemen-elemen seperti gurudan murid. 2004). Nor (2004). Gaya-gaya tersebut juga didapati memberi kesan positif terhadapkeberkesanan sekolah kecuali gaya kepimpinan pemudah cara.Kesimpulannya. pengetua cuba memenuhi keperluan perkembangan potensi kakitangan (Chan.Dalam konteks keberkesanan sekolah-sekolah rendah di luar bandar di negeriKedah.Sekolah yang berkesan mempunyai guru besar yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan. gaya-gaya kepimpinan pemudah cara. Iniadalah positif apabila seorang ketua dilihat boleh menguruskan sesuatu perkara dan tahu bertindak sewajarnya dan menjadikan pengurusan berkesan (Maimunah.Gaya membimbing biasanya kepada guru yang kurang pengalaman dan pengetahuan tentang kelas. gaya kepimpinan pengajaran. Noordin (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan pemudah cara hanya memberi kesan yang rendah terhadaptekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan organisasi. gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua sama ada gayakepimpinan kolaboratif terbuka. Mereka berkebolehan dan berani dalam membuat keputusan. Pada masa yang sama juga. Nordin (2004) dan Shukri (2004). Azizi & Mohd Yusope. gaya pengajaran.pengetua tersebut mengamalkan gaya kepemimpinan mengikut kesesuaian situasi danmasalah yang berlaku. faktor kepemimpinan pengajaran merupakan salah satufaktor utama yang menentukan keberkesanan sesebuah sekolah (Mohd Nor.10 Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Perkembangan Potensi Diri danInovasiChan (2004). situasidan transformasional telah menunjukkan kesan yang positif terhadap pemantapan pengurusan sekolah. gaya pengajaran. Maimunah (2004). Ini bermakna pengetua. b. teknologi pendidikan dan persekitaran sekolahyang sihat.Gaya menyokong biasanya kepada guru berpengalaman. sependapat menyatakan . Gaya pemudah cara. menyediakan spesifikasi kerja yang baru. gaya kepimpinan situasi atau gaya kepimpinan tranformasional memberikesan positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru. Contoh gaya berbezaterhadap individu berbeza adalah seperti berikut :a. situasi dantransformasional adalah gaya yang dinyatakan memberi kesan positif terhadap pemantapan pengurusan sekolah.c. mengatasi apa jua9 konflik yang dihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran sekolah (Mohd Anuar. 2004). struktur pentadbiran sekolah. Maimunah (2004) mendapati pengetua-pengetua yang menjadirespondennya mengamalkan gaya kepimpinan membimbing sebagai gaya kepemimpinanutama dan gaya menyokong sebagai gaya kepemimpinan kedua.d.Gaya mendelegasi biasanya kepada guru kanan/ pentadbir sekolah.Gaya mengarah biasanya kepada guru-guru baru/ guru berprestasi rendah/mengelak tugas. Sementara Chan (2004) pula mendapati gaya kepimpinan transformasionalmemupuk para pentadbir untuk mewujudkan pengurusan yang kolaboratif dankeberkesanan pengurusan sekolah. Pengetua yang mengamalkan gaya pemudah cara sentiasa mengemaskinielemen-elemen tersebut.Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Pemantapan Pengurusan SekolahMohd Anuar (2004).Dalam kajiannya. 2004).Kesimpulannya. Nordin (2004) danChan (2004) bersetuju bahawa gaya kepimpinan pengetua memberi kesan terhadap pemantapan pengurusan sekolah.Kajian terhadap amalan gaya kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua juga mendapati bahawa pengetua dapat mengenal pasti keperluan pengikut dansentiasa cuba meningkatkan keperluan pengikut ke peringkat motivasi dan kematanganyang lebih tinggi. 2004).kalangan guru apabila mereka diuruskan dengan8 adil dan sesuai dengan tugas yang diberi (Maimunah. Noordin. Sharifudin & Azizi (2004) dalam kajian mereka mendapati gaya pemudah cara telah membantu pentadbir memberi tumpuan kepada aspek pengurusansekolah dengan tidak perlu lagi memikirkan bebanan yang akan ditanggung oleh guru-guru. Perlis dan Pulau Pinang. Guru yang bermotivasi danmendapat kepuasan kerja dapat membantu mewujudkan sekolah berkesan danmeningkatkan pengajaran dan pembelajaran. gaya kepimpinan autoritatif membina.

Anuar. Perkembangan potensidiri dan inovasi ini memerlukan dorongan daripada kepimpinan. Ini menunjukkan tingkah laku positif seorang pengetua menghasilkan tingkah laku yang positif daripada kakitangannya.Chan (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasional yangdiamalkan oleh pengetua cuba memenuhi keperluan perkembangan potensi kakitanganapabila beliau dapat mengenal pasti keperluan pengikut dan sentiasa cuba meningkatkankeperluan pengikut ke peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi. Sebilangan besar guru bersetuju bahawa pengetua bekerja sama dengan guru dan memberi keutamaan kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian Mohd Nor (2004) pula jelasmenunjukkan bahawa terdapat perubahan kepada pengajaran dan pembelajaran melaluigaya kepimpinan pengajaran. Azizi & Mohd Yusope (2004) pula mendapati bahawa pengetua membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran melalui gaya pemudah cara dan tingkah laku beliau dalam menangani perubahan. Sharifudin & Azizi. Kajian ini menekankan bahawakepimpinan sangat mustahak bagi menentukan kejayaan . berwibawa dan berkesan akan dapat menggerakkan anggota-anggota sekolah melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi ke arah mencapaiaspirasi dan objektif-objektif yang telah ditentukan.bahawagaya kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh terhadap perkembangan potensi diri daninovasi pekerja. Gaya yang positif ini juga dapat mengurangkan tekanan kerja yangdihadapi oleh guru dan staf. pengetua atau guru besar mendapat kerjasama guru dan pelajar yangterlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.Satu kajian berkaitan gaya kepemimpinan pemudah cara dalam mempengaruhitekanan kerja.Seorang pengetua yang mempunyai kemahiran dalam pemimpin pengajaran bolehmembawa perubahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran para muridnya.11 Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Amalan PengajaranDan Pembelajaran Yang BerkesanKajian-kajian yang dilaksanakan mengenai gaya kepimpinan pengetuamenunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional (Chan. gaya kepimpinan pengetua yang positif juga dapat mendorongguru dan staf untuk memperkembangkan potensi diri dan melaksanakan inovasi dalamurusan kerja seharian.Kajian Mohd Anuar.Chan (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasional membantu para pentadbir ke arah menggalakkan perkembangan pembelajaran pelajar melalui program. telah menunjukkan bahawa hanya terdapat sedikit sahaja guru yangmengalami tekanan hasil dari tingkahlaku pemimpin organisasi sesebuah sekolah(Noordin. gaya kepimpinan pengajaran dan gaya pemudah cara oleh pengetua atau guru besar mampu memberi kesanterhadap amalan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. 2004). 2004) apabiladiaplikasikan oleh pengetua dapat meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaransecara berkesan di sekolah. 2004) dan gaya pemudah cara (Mohd. ceria dan inovatif. Melalui gaya-gayakepimpinan ini. Pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkualiti. Nor. Perkembangan potensi diri dan inovasi mencerminkan kebolehan guruatau staf dalam sesebuah sekolah untuk menggunakan bakat atau potensi diri dalammelakukan perubahan dalam suatu kaedah P&P atau proses kerja.Kesimpulannya.program pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. amalan gaya kepimpinan transformasional. Sementara Shukri (2004) pula mendapati gayakepemimpinan kolaboratif terbuka dan autoritatif membina yang diamalkan oleh pengetua berupaya menerbitkan perlakuan yang menghargai dan memartabatkan organisasi secarasukarela. 2004). Cara guru besar memberi penghargaan dan pengiktirafankepada para pelajar yang berjaya dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum membuktikan bahawa sekolah yang berkesan dari sudut pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan.Kesimpulannya. Amalan pengetua ini juga berupaya membentuk keazaman diri dan kemampuan mendorongseluruh warga organisasinya melaksanakan inovasi dalam pendidikan dan mempunyaiinisiatif untuk melakukan perubahan. gaya kepimpinan pengajaran (Mohd.12 RumusanKepimpinan adalah proses di mana individu mempengaruhi ahli kumpulan lain bagi mencapai matlamat kumpulan atau matlamat organisasi.

gaya kepemimpinan pemudah cara yang diamalkan oleh pengetua hanya memberikesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesananorganisasi.13 Cadangan seterusnya. (t. Do you really need leadership. Educational Leadership.2004. 49(5). Kepemimpinan Situasi Di Kalangan Pengetua Sekolah diMalaysia. pengkaji jugadiharapkan mengggunakan model berbilang paras dan berbilang faktor keberkesanansekolah.Hasrat ini dapat dicapai sekiranya pengetua mengamalkan gaya pemudah cara dantingkahlaku perubahan. Sufean Hussin. Noordin Hj Yahaya. Journal of Reading and Cases In Educational Administration.Ishak bin Din.Boles. Azizi Hj .Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12.Institut Aminuddin Baki. Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran.Selain itu.organisasi malah mungkin iafaktor terpenting yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi. W. Banyak kajian menunjukkan bahawa warga sekolah memerlukan perubahan.Penerbit Universiti Malaya. Waldman.Berdasarkan bukti-bukti daripada kajian ini menunjukkan bahawa gayakepimpinan pengetua adalah faktor yang membantu perubahan tingkah laku dalamorganisasi.O. Sharifudin Ismail. 31 . kajian masa hadapan digalakkan menggunakan pelbagaikonsep komitmen dan kepuasan kerja daripada pelbagai dimensi..A. Gaya pemudah cara responden adalah baik untuk diamalkan di peringkat awal memulakan perubahan dan diikuti dengan gaya pemudah cara perintis. 28-32. Kementerian Pelajaran Malaysia.CadanganDalam melaksanakan sesuatu perubahan di sekolah.kajian juga digalakkan menggunakan responden melewati batas negeri dan kaedahlongitudinal patut dilakukan agar dapat dibuat perbandingan secara signifikan. Kepimpinan Pengajaran Guru Besar.Chan Yuen Fook.. P. Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Gaya kepimpinan yang positif membantu mewujudkan perubahan yang positif dalam organisasi seterusnya menggalakkan kewujudan organisasi sekolah yang berkesan. Kementerian Pelajaran Malaysia.Hussein Mahmood (1993). 2004. pengetua disaranmenggabungkan beberapa gaya pemudah cara perubahan yang bersesuaian dengan iklimdan budaya yang wujud di sekolah.Mohd Nor bin Jaafar.Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12.Holtzman. Seterusnya.Hanafi Kamal.Azizi bin Hj Yahaya et al. 2009. 2004.W.Rujukan :Avolio. PM Dr. & Einstein.. 1: 61 – 85.Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12. 6: 23-35. Gaya Pemudah Cara Perubahan Di Sekolah : Sejauh manakah Pengetua. Educational LeadershipAnd Accountability. Mohamaed Yusope Hassan.J.Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12. H. 2003. Namun begitu. W. Azizi Hj Yahaya. Institut Aminudin Baki: 9-10. 2004.. 1979. Institut AminuddinBaki. 1990. M.pengetua Mengamalkannya. Kepimpinan Transformasional Dan Inovasi Pendidikan. 1992. penyelidikan pada masa hadapan adalah disaran dilakukan dalamkonteks perbandingan tingkah laku kepemimpinan pengajaran antara guru besar atau pengetua sekolah bandar dengan guru besar atau pengetua sekolah luar bandar.Greenfield. Institut Aminuddin Baki. Kuala Lumpur. Komitmen dan KepuasanKerja Guru : Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara Sekolah Berkesandengan Sekolah Kurang Berkesan. Pengurusan Perubahan Terancang Dalam Pembestarian Sekolah : Proses Pelaksanaan Polisi.14 Mohd Izham Mohd Hamzah.Tingkahlaku Kepimpinan Pengetua danHubungannya Dengan Tekanan Kerja Dan Keberkesanan Organisasi Di BeberapaBuah Sekolah Terpilih Negeri Sembilan. Educational Administration Quarterly.Transformational Leadership In AManagement Game Simulation : Impacting The Bottom Line. Akhirnya. 13-14 (3&4). Kuala Lumpur: DBP. Kementerian PelajaranMalaysia. (1995).Maimunah bt Muda. 1988. Implikasi beberapa teori kepada kepimpinan di sekolah. Madya Dr. Gaya ManakahYang Manakah Diperlukan Oleh Pengetua? Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Group AndOrganization Studies. B. 36. Kementerian Pelajaran Malaysia.Suara Pendidik . Institut Aminuddin Baki.Mohd Anuar Abd Rahman. Towards the theory of school administration : The centrality of leadership.th). D..

Southworth.33304697-Pemimpin-berkesanzietalbn729 Reads4 p. Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Download or PrintAdd To Collection12. Utusan Publications andDistributors Sdn.M.Institut Aminuddin Baki.1996.Group Assgmtirdawaty276 Reads31 p.PengetuaFanazariah Yusof64 ReadsNext3 p. (1981) Stogdill's handbook of leadership: Asurvey of theory and research Rev. B. School Leadership and Management.Sekolah Berkesan Sepang_Final obykpm 418 ReadsRelated9 p..Stogdill.Komunikasi. 2004. 2002.Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pelajaran Malaysia. Komunikasi Kepemimpinan dan Hubungannya DenganMotivasi.Shukri bin Haji Zain.pgetusanon-3046663 Reads5 p.kepimpinan pengajaranirnaquraisya2785 ReadsPrevious| Next27 p. 1990. Published by obykpm FollowSearchTIP Press Ctrl-F F to search anywhere in the document. New York: Free Press Yammarino.DOC. Notepad]Keep a copy in case this version is deleted from ScribdRead and print without adsEmail the file Choose a format to download in . Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004.PDF.TXT DownloadMore From This User 23 p. Transformational Leadership: Beyond Initiation andConsideration. B. and expanded / edition.Amalan Pengurusan TerbaikAhmad Ridhuan65 ReadsPrevious| Next17 p. Bass. & Bass.4K Reads179 Readcasts10 Embed ViewsThis is a private document. (1974) Handbook of leadership: A survey of theory and research NewYork: Free Press. Tingkah LakuKepimpinan Pengetua dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja danKeberkesanan Organisasi.TAJUKhashimahhussein517 Reads3 p. Ralph M.Robiah Sidin.wawasan kepimpinanSupardi Amaludin59 Reads64 p.Teori Pentadbiran Pendidikan.Transformational Leadership and Multi Level Analysis.Kerj AberpasukanNoorul_Eliana_5277210 ReadsPrevious| Next80 p.Persepsi GuruRoy Neo65 Reads19 p. Info and Rating Category:Creative Writing Rating:(1 Rating) Upload Date:04/30/2009 Copyright:Attribution Non-commercial Tags:This document has no tags.Seltzer. Journal of Management : 693-703.PROFESIONALISME PERGURUANWan_Faizal_Yah_53463870 Reads18 p. Bangi: Penerbit UniversitiKebangsaan Malaysia.kepimpinan pengetuajemiedknys669 Reads4 p. J & Bass.. Bhd.Kepimpinan Rabbani Di SekolahDavid Adoh919 Reads137 p. Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di NegeriSembilan.15SearchSearch History: Searching.ulasan "GAYA KEPIMPINAN PENGETUA"manlana22749 ReadsPrevious| Next10 p.Stogdill.Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12. Bernard M.J. Ralph Melvin.Yahaya. Instructional Leadership In Schools.M. F. Human Relations.2003.Tugas Pengetua Dalam PSM obykpm 813 Reads 10 p. 1990. Reflections and Empirical Evidence. G..Result 00 of 0000 results for result for p. Flag document for inapproriate contentDownload and print this document Read offline in your PDF viewerEdit this document in [Adobe Acrobat.Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12.bahan palsapohhhhIndahnya Islam97 Reads9 p.. Kepimpinan Dalam Pengurusan.Jurnal Pendidikan PKPSMJ 2009Normah Umi1070 Reads13 . Microsoft Word.Pengurusan.Razali bin Mat Zin.

080617_thorpartfuldodga329 Reads12 p.. Sign Up Privacy policy You will receive email notifications regarding your account activity.Hassan Mohd Ghazali13039 ReadsPrevious| Next96 p.Tax Lecture11 and 12apunrohit225 Reads11 p. Publish Your Documents Quickly and easily3. We will send you an email with instructions on how to .NOTA EDU 3108 .1.Pemimpin berkesan manlana2 2136 ReadsNext52 p.Sdn Cats BlogJayaprakash Reddy883 ReadsPrevious| Next191 p.Battered Mothers Testimony Project Report:Human Rights Approach to ..Statement 2010%2Epdfmoethaukkye194 Reads2 p.Hypertensionjamesbungo293 Reads11 p.39. You can manage these notifications in your account settings.4 TEORI & MODEL KEPIMPINANAmin29038 Reads30 p.Rem610 Setting Tool IBgovindarul485 Reads119 p.RTOS Real Time Operating SystemsSelva Kumar553 ReadsPrevious Related 20 p..You must be logged in to leave a comment.Artikel Jurnal Institut PengetuaAilee Neo104 Reads11 p.The Ugly TruthKarissa1052 ReadsPrevious| Next108 p.SubmitCharacters: 400 Comment must not be empty.Readmeehsgurp262 ReadsPrevious| Next1 p. Discover and Connect With people of similar interests2.Asas Kepemimpinan Dan Profesional GuruDiba Nur5619 Reads46 p.Teori KepemimpinanHerman Adriansyah AL Tjakraningrat190487 ReadsPrevious| Next 9 p. Share Your Reading Interest On Scribd and social sites like Facebook and TwitterAlready have a Scribd account?email address or username password Log In Trouble logging in? Login SuccessfulSign Up SuccessfulNow bringing you back.Model Kepimpinannorhaimiabdullah61687756 ReadsPrevious| Next 5 p.Airport Pavement Management-Enhancements to Micro PaverMichelfoerster885 ReadsPrevious| Next15 p.Kepimpinan pengetuaHamirul Zulfy396 Reads78 p..Kecemerlangan Sesebuah Sekolah Sangat Bergantung Pada Peranan Penta.woodstockwoody2689 Reads12 p. and occasional account related communications.Insecure Mag 12aqua01559 ReadsPrevious| Next2 p..Php ReferenceShinoj CP1718 Reads39 p..TEORI-TEORI KEPIMPINANUnaa Jusra1359 Reads14 p.Teori Kepimpinan Situasi ashari08 21981 Reads 39 p.Training 1abhaygaur917 Reads8 p. Why Sign up?1. You must be logged in to leave a comment.33304697-Pemimpin-berkesanzietalbn804 Reads28 p..Working 1anyalaezra6800 Reads1 p. Reset Your Password« Back to Login Please enter your email address below to reset your password.Fee Structure 1Saurabh Bansal746 ReadsPrevious| Next109 p.Use your Facebook login and see what your friends are reading and sharing.Mathematical FormulaeKrishna Kumar307 Reads1 p.SubmitCharacters: .HEADJO~1massagemuscle315 ReadsPrevious| Next1 p.OLED TechnologyChandan Agrawal255 Reads2 p. sapian 21906 Reads 9 p.tanggungjawab dan peranan guruDeeya76170190 ReadsPreviousLeave a Comment Comment must not be empty.bontaalpar7377418 Reads32 p.p.9706_s02_qp_1(1)roukaiya_peerkhan590 Reads40 p.Other login optionsLogin with FacebookSignupI don't have a Facebook account email address (required) create username (required) password (required) Send me the Scribd Newsletter.Gaya Kepimpinan Pengetuashuhmy17964 Reads21 p.Kepimpinan Profesionalfairusmohdlong2125 Reads19 p. We promise to respect your privacy.Ulasan Jurnal ~ Peranan Kepimpinan Guru noraini md.飭終津梁roadte2010527 Reads163 p..

Login Submit About About Scribd Blog Join our team! Contact Us Advertise with us Get started AdChoices Support Help FAQ Press Partners Publishers Developers / API Legal Terms Privacy Copyright © Copyright 2012 Scribd Inc.Email Address: You need to provide a login for this account as well.continue.Language:EnglishChoose the language in which you want to experience Português日本語DeutschFrançaisTurkce Scribd:English中文Español Tiếng việtJęzyk polskiBahasa indonesia .