TAJUK : KEPENTINGAN FITRAH KEJADIAN MANUSIA TERHADAP GURU

Pendidikan dilihat sebagai suatu ruang yang menyediakan pelbagai peluang untuk memperkembangkan segala potensi yang ada dalam diri seseorang individu atau pelajar. Persekitaran pembelajaran yang berkesan akan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan dalam membantu kanak-kanak menyerlahkan potensi yang terpendam. Sifat-sifat yang ada dalam diri kanak-kanak seperti ingin tahu, keterbukaan, daya cipta dan kebolehan menyelesaikan masalah perlulah ditingkatkan kerana ia dapat membantu kanak-kanak menyedari kebolehan dan potensi diri sendiri. Dengan mengetahui dan memahami fitrah kejadian manusia, ia dapat membantu guru menyediakan pelbagai aktiiviti kognitif (perkembangan) yang dapat mengilap potensi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan dengan mempunyai sifat dan fitrah keterbukaan akan menyebabkan muridmurid mudah menerima segala bentuk idea dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, fitrah ini sendiri akan membantu murid memperbaiki diri. Contohnya, pengajaran dan pembelajaran dalam menyelesaikan masalah matematik Tahun Satu yang mengandungi kemahiran mengira menggunakan objek dapat mengembangkan potensi pelajar untuk berfikir secara logik. Selain iti, guru akan dapat mengembangkan potensi dari segi bakat dan emosi melalui aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Ini juga hasil daripada konsep kefahaman tentang fitrah kejadian manusia. Khususnya kanak-kanak. Ini kerana, setiap kanak-kanak mempuyai fitrah dan bakat yang agak istimewa dan membezakan diantara satu denan yang lain. Atau mudah difahami sebagai serupa tapi tak sama. Pelajar juga mempunyai sahsiah yang berbeza iaitu dari segi kepintaran komunikasi dan kecekapan menjalankan aktiviti. Misalnya, sifat tolak ansur dan tolong menolongdapat dipupuk menerusi aktiviti penyelesaian masalah atau tugasan secara berkumpulan. Di samping

PISMP – IPGM IPRM

itu, ia turut membantu murid untuk meningkatkan keyakinan seterusnya melatih diri untuk menjadi seorang pemimpin. Pemahaman terhadap fitrah kejadian manusia juga akan dapat menbantu guru menyediakan bahan mengajar dan set induksi untuk mengwujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan tahap kecerdasan pelajar serta minat dan naluri pelajar di dalam kelas, suasana pembelajaran akan lebih mudah untuk dirancang. Guru perlu berusaha meransang pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih ceria dan kondusif. Contohnya, guru boleh menyediakan P&P dalam bentuk reakreasi dan permainan untuk menarik minat murid-murid. Ini kerana, fitrah kejadian manusia yang suka akan hiburan, kebebasan dan keseronokan. Sebagai seorang guru, kita mestilah berjaya meningkatkan semangat kendiri dan motivasi kepada pelajar. Ini berdasarkan sikap kesediaan dan kesungguhan murid yag akan membawa murid melaksanakan tugas atau menjawab soalan. Fitrah ingin tahu yang wujud dalam jiwa mereka membuatkan mereka sentiasa akan ingin meneroka sesuatu.untuk meningkatkan motivasi pelajar, guru haruslah tidak membesarkan kelemahan yang terdapat pada murid. Setiap komitmen yang diberi oleh murid haruslah dihargai kerana ia mampu meransang mereka untuk terus belajar dan berusaha. Kepentingan fitrah kejadian manusia yang seterusnya ialah dapat membantu guru membimbing dan memperkembangkan potensi Jasmani mereka. Aspek jasmani yang dibekalkan dalam diri kanak-kanak telah melahirkan satu aspirasi di sekolah yang menekankan kepada kecemerlangan sukan. Ini bermakna murid-murid berpeluang mempamerkan kemahiran psikomotor dalam diri mereka dan memperkembangkan lagi keupayaan dalam diri mereka. Misalnya dalam permainan tennis atau badminton. Murid-murid akan berupaya untuk melakukan servis, memulangkan bola dengan tepat dan mengawal permainan di gelangang.

PISMP – IPGM IPRM

Kesimpulannya, guru perlu menyedari potensi-potensi murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Guru yang peka terhadap perbezaan potensiyang ada dalam diri murid membolehkan murid-murid berkembang mencapai kemajuan dalam setiap bidang yang diceburi. Pendidikan memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan potensi manusia, jika pendidikan yang diterima berkesan, maka potensi manusia akan terus meningkat dan berkembang. Oleh itu, program pendidikan perlulah dirancang dengan teliti dan berkesan untuk menghasilkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang..

PISMP – IPGM IPRM

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful