You are on page 1of 4

Pengguguran vokal Dalam bahasa Melayu, vokal // akan mengalami pengguguran apabila apabila vokal // hadir di hadapan konsonan

/l, r, n, s/. Contohnya /skat/ [skat], /prlu/ [plu], /mlatah/ [mlatah], /tena/ [tna] (Tajul Aripin Kassin). Rumus pengguguran vokal // adalah seperti berikut :

/ K

l r n s

syarat : i y Dalam dialek Melayu Pulau Pinang, proses pengguguran vokal juga berlaku dalam beberapa perkataan. Contohnya vokal // akan mengalami pengguguran apabila vokal // itu berada sebelum konsonan /l, p, r, d/. Dialek Melayu Pulau Pinang Struktur Dalaman /kepala/ /kereta/ /kelas/ /telan/ /Melaka/ /keras/ /terus/ /pedas/ /merapu/ Struktur Permukaan [ kpala ] [ krta ] [ klaih] [ tlan ] [ mlaka ] [ kraih ] [ truih ] [ pdaih ] [ mrapu ]

Merujuk kepada contoh di atas, vokal // digugurkan daripada perkataan-perkataan tertentu apabila hadir sebelum konsonan /l, p, r, d/. Ini bermakna, bunyi // tidak wujud dalam perkataan tersebut. Pengguguran ini berlaku mungkin disebabkan penutur dialek Melayu Pulau Pinang

bertutur dengan pantas sehingga berlaku pengguguran vokal pada perkataan-perkataan tertentu. Keadaan ini mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu standard. Pendiftongan Dalam bahasa Melayu, bunyi diftong terdiri daripada tiga jenis iaitu [au], [ai], [oi]. Diftong ialah dua vokal berurutan yang dibunyikan sebagai satu suku kata secara geluncuran. Salah satu daripada dua vokal tersebut merupakan vokal dominan. Vokal yang dominan ialah vokal yang nyaring dan merupakan puncak kenyaringan vokal. Diftong dapat dibahagikan kepada dua iaitu diftong menaik dan diftong menurun. Diftong menaik ialah diftong yang bermula rendah pada vokal pertama dan kenyaringan menaik pada vokal kedua. Manakala diftong menurun pula ialah diftong yang bermula nyaring pada vokal pertama dan menurun pada vokal kedua. Dalam bahasa Melayu, ketiga-ketiga diftong yang wujud dalam bahasa Melayu merupakan diftong menurun. Contohnya bunyi diftong dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut, [landai], [rantai], [pulau], [amboi] dan [kaloi]. ( Tajul Aripin Kassin) Dalam dialek Melayu Pulau Pinang, didapati bunyi diftong banyak berlaku. Penutur dialek Melayu Pulau Pinang meleburkan bunyi huruf konsonan dan menggantikannya dengan huruf vokal. Kewujudan dua vokal secara berurutan telah menghasilkan bunyi diftong dalam beberapa perkataan. Didapati bunyi diftong yang terhasil dalam dialek Melayu Pulau Pinang kebanyakkan hadir pada akhir perkataan. Contoh bunyi diftong dalam dialek Melayu Pulau Pinang adalah seperti berikut : Bahasa Melayu Standard [kapal] [mari] [mahu] [pasal] [gatal] [betul] [bagus] [belas] [mampus] Dialek Melayu Pulau Pinang [kapai] [mai] [mau] [pasai] [gatai] [betoi] [baguih] [belaih] [mampuih]

Jika dilihat berdasarkan contoh di atas, perangkapan vokal atau diftong secara diakronik timbul antara lain dengan gugurnya salah satu konsonan antara vokal. Contohnya, [mahu] [mau] Perkataan [mahu] tidak menunjukkan adanya rangkap vokal. Namun, dalam dialek Melayu Pulau Pinang, /h/ digugurkan dan telah mewujudkan rangkap vokal atau pendiftongan yang menunjukkan adanya rangkap vokal [au]. Selain itu, pendiftongan juga boleh berlaku dalam dialek Melayu Pulau Pinang tanpa menghilangkan atau menggugurkan apa-apa konsonan. Contohnya, [kapal] [kapai] [betul] [betui] Berdasarkan contoh di atas, penutur dialek melayu Pulau Pinang akan menggantikan konsonan /l/ kepada vokal /i/ dalam pertuturan mereka dan mewujudkan vokal rangkap atau bunyi diftong dalam perkataan tersebut.

Penyisipan Geluncuran Dalam bahasa Melayu, penyisipan geluncuran berlaku dalam urutan vokal apabila vokal pertama dalam urutan vokal itu terdiri daripada vokal tinggi /i/ atau /u/. Perkara ini berlaku hanya dalam bentuk kata dasar dan kata dasar + akhiran /an/ dan /i/ (Tajul Aripin Kassin, 2010). Sebagai contoh, /buah/ [buwah], /diam/ [diyam], /guruan [guruwan], /tarian/ [tariyan]. rumus penyisipan geluncuran adalah seperti berikut :

w y

V + tinggi rendah belakang

_ __________ V

Dalam dialek Melayu Pulau Pinang, penyisipan geluncuran juga berlaku apabila wujud vokal rangkap yang didahului dengan vokal /u/. Sebagai contoh, jadual di bawah menunjukkan struktur luaran perkataan yang telah mengalami penyisipan geluncuran dalam dialek Melayu Pulau Pinang. Struktur Dalaman /buai/ /buat/ /buang/ /kuah/ /buah/ Struktur Permukaan [buwai] [buwat] [buwang] [kuwah] [buwah]

Berdasarkan contoh di atas, penyisipan konsonan geluncuran berlaku apabila terdapat vokal rangkap dalam sesuatu perkataan. Penyisipan vokal rangkap ini seolah-olah memisahkan bunyi vokal rangkap.

You might also like