Ciri – ciri wacana

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runt utan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.

Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang b ertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam w acana iaitu : I. satuan bahasa II. terlengkap III. mengatasi ayat atau klausa IV. teratur atau tersusun rapi V. berkesinambungan VI. kohesi VII. lisan atau tulisan VIII. awal dan akhir yang nyata.

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdap at dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang l ain termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pe mbaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca.

6.1 Tautan atau kohesi

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik de ngan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubu

ngan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan penting kerana tauta n dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang la in sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea at au esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.

Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wada h ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sa ma ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Penguas aan dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wac ana yang baik.

“Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan” (Halliday dan Hasan:1976)

Menurut Halliday dan Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata o rganization of language. Language can be explained as a multiple coding syst em comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expressio n). Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn (recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put into wording and wording into sound or writing."

Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu t autan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuat u kesatuan teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungk an makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tete nunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.

Contohnya:

Ada du a cara bagi mencapai aspek kohesi leksikel ini. i) Reiterasi (Pernyataan Semula) Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui tiga cara. sinonim. kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami. 6. Ini bermakna kata itu adalah ka ta yang amat penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina bagi teks a taupun wacana.1. iaitu pengulanga n kata.1. terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. iaitu reiterasi dan kolokasi. Tambahan pula. Siti dan Faiznur.1. 2. a) Pengulangan Kata Pengulangan kata ini dikenali juga sebagai repetition. Syazwani. Manakala cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diula . Kata yang sering kali di ulang ini adalah dari 'kata isi' (content word). Siti dan Faiznur ke perpustakaan. Cara yang p ertama ialah kata itu atau 'kata isi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yan g tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di dala m intipati teks. Dalam contoh di atas. superordinat dan kata-kata umum. Perka taan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani.1. s ementara sana merujuk kepada perpustakaan.1 Kohesi Leksikal Kohesi Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Oleh itu. Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara.1 Jenis-jenis kohesi 6. Mereka ke sana untuk meminjam buku. kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana.

Sinonim ini digunakan kerana ianya untuk mengelakkan kebosanan ba gi pengulangan kata yang sama di dalam teks dan juga sinonim ini memberik an variasi kepada sesuatu teks. c) Superordinat Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim' kepada kata yang lebih umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'. kata yang akan diulang itu boleh berubah bentuk dari segi ataupun sudut morfologi. kerbau. lembu dan ayam. Ini dapat dikategorikan di dalam pengulangan kata ini. jika kelas kata yang diulang itu tidak berubah. Kata 'kambing. kerbau. biri-biri. harus dibuatkan kandangnya secara teratur. Contoh : Semua yang ada di desa seperti kambing. Sesetengah kata dikatakan sinonim adalah di sebabkan kedua-duanya merujuk kepada perkara yang sama. ayam'.G. d) Kata-kata Umum Kata-kata umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya. . 1995: 146) Superordinat bagi contoh di atas ialah kata umum yang merujuk 'kambing. Ketua Kampung mengarahkan p enduduk desa membuat kandang ternakan masing-masing. biri-biri. H. (Tarigan.ng maka berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya. ayam' adalah k ata khusus yang juga dikenali hiponim. iaitu 'ternakan'. ke rbau. b) Sinonim Sinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata s eerti'. Dalam bahasa Melayu.

laut dan udara. Pada zaman Sultan Muhyiddin iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah K erajaan Brunei itu dipindahkan ke tempat yang ada sekarang. H. 2001:19) b) Dari Sudut Semantik Contoh : Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tana h air kita. Dalam bidang perhubung an darat telah digalakkan pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. iaitu perhubungan darat.G. jika ia beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang. (Harun Aminurrashid. Kenderaan ini meliputi kereta. motosikal dan lain-lain. sebelum perolehan itu dibawanya balik ke rumahnya… (Harun Aminurrashid. (Tarigan.2 Runtutan atau koheren .Contoh : Bagi Awang Semaun. iaitu a) dari sudut sintaksis b) dari sudut semantik. 1995: 136) 6. a) Dari Sudut Sintaksis Contoh : Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni. kerana ibu kotanya bernama Pu ni. 2001:25) ii) Kolokasi Bagi mengenal kolokasi adalah melihat dari dua sudut.

3 Tujuan Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perl u mempunyai tujuan. teks yang bertaut tidak semestinya runtut. Warna biru ialah warna kegem aran muda-mudi kini. Walaupu n bidang sains dan teknologi berkembang maju. Oleh itu. Oleh itu. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacan a yang bermakna. Walau bagaimanapun.Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aid s. Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikan nya runtut. tetapi masalah ini masih tida k dapat diatasi. penyakit dan masalah ini. runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna. Contohnya: Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. untuk menghasilkan wacana. gejala. Contohnya: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. setiap ayat mempunyai tautan. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial. Malahan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difa hami. sesuatu teks itu perlulah k oheren atau runtutan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil w . 6. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tid ak koheren. Berdasarkan teks di atas.

perlu mempunyai pendengar a tau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacan a.5 Maklumat Setiap wacana mempunyai maklumat. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca mem ahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan at au lisan. ayat yang sering digunakan ialah ayat Tany a. Contohnya: (1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah. . 6.acana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. aya t yang digunakan ialah ayat penyata.4 Penerimaan Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat bahar u kerana baru disebutkan dalam ayat itu. (2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh. Oleh itu. Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatak an dalam ayat sebelumnya. Jika tujuan seseorang adala h untuk mendapatkan maklumat. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Maklumat terdiri daripada dua jenis. tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu. ia itu maklumat lama dan maklumat baharu. tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan. 6. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Maklumat lama ialah maklumat ya ng telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang b aru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak meng etahui maklumat itu sebelum ini.

6. dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu diguna kan.6 Keadaan Ciri seterusnya ialah keadaan. Contohnya. difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahny a. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. dan bermacam-macam lagi.00 pag i. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan. latar tempat membeli-belah. jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9. contohnya. Contohnya: “Kelmarin dia tidur sehari suntuk. latar beribadat. Tiaptiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. Begitu juga jika tujuan penutur adalah un tuk mendapatkan maklumat. Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal at au tidak formal. latar tempat kerja. U ngkapan “Sila masuk”.” . Gaya formal. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar. misalnya. Setiap latar menghasilkan wa cana tersendiri. jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. latar berekrea si. murid atau pelajar berhubung dengan g uru. ji ka tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan . misalnya latar r umah tangga. wujud apabila seseorang guru pelati h berkomunikasi dengan pensyarah.

Misalnya: “Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi. Dalam wacana lisan. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif. ayat-ayat itu harus memp unyai urutan yang berkait rapat.0 Jenis-jenis wacana Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis. Dalam tatabahasa tradisional. pembicara bi . andaian digelar judul dan inferensi disebut ulasan. Misalnya: 6. tem pat. iaitu melibat kan pembicara dan pendengar.7 Interteks Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lai n.Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab. Maklumat pertama d alam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferen si. iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan p embicara dan pendengar secara langsung. Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. 7. waktu. keutamaan dan sebagainya.” “ia mendapat pujian daripa da guru besar. Inferensi manambah maklumat kepada andaian dan lazimnya bahagi an ini diberi tekanan suara yang tinggi. Dengan kata lain. iaitu wacana lisan da n wacana tulisan. kefahaman seseorang terhad ap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu. Tegasnya.” Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan. akibat.

Fenomena ini menyebabkan negara mengimport ten aga dari negara jiran.asanya akan menggunakan ekspresi wajah. W acana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan y ang berkualiti dan tepat. penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.komunikasi ya ng terlibat ialah komunikasi tidak langsung. Oleh : Siti Aminah bt Kasim Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan p eluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. iaitu komunikasi satu arah. pembicara akan mendapat respon daripada pende ngar pada ketika itu juga. Rencana di bawah adalah merupakan salah satu cont oh wacana tulisan. gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbu alan. Dalam wacana tulisan. pidato dan siaran televisyen atau radio. khutbah. pembaca perlu membaca tek s yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseora ng pengarang atau penulis. Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Contoh wacana tulisan : Rencana Tajuk : Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing. intonasi suara. temu ramah. Bias anya dalam wacana lisan. O leh itu. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akh bar. Penul is tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. majalah dan buku. Sebaliknya. kemasukan tenaga buruh asing menimbulk an pelbagai masalah sosial. ceramah. Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar belak ang mereka membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk menc .

Oleh sebab overhed mereka rendah. rompakan. Apabila mereka datang ke sini mereka mungkin ber temu dengan seteru lama mereka. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai m asalah kepada peniaga tempatan. Rancangan menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk la ri dari kampung halaman mereka. dan penipuan. Rancangan jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang. Walaupun pada mulanya mereka bekerja tetapi setelah beberapa lama mereka berniaga dengan membuka ger ai. Justeru it u. Oleh itu. kejadian r ompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai didapati. Justeru itu. mereka berupaya menjual barang-barang mereka dengan murah. pengambilan buruh asing berlanjutan maka kawalan yan g ketat dan saringan yang teliti perlulah diambil oleh pihak yang berwajib. Selain itu. Kebany akan daripada mereka berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. berlakulah jenayah seperti pencurian. Sungguhpun. Golongan j ahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. dan restoran rupa-rupanya membawa masalah ya ng berat. sebahagian besar daripada buruh asing ini dat ang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka yang berniat jahat. Fenomena ini jika tidak dikawal su dah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan negara. di kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang buk an untuk makan gaji tetapi untuk berniaga. Di samping itu. ladang-ladang. (+348 patah perkataan) . hotel. terdapat pula golongan buruh asing yang cuba menganut bud aya tempatan sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan. Tindakan ini me nambah pula peniaga saing seperti di Chow Kit pada suatu ketika dahulu. tapak pembin aan.ari kesempatan. Di samping itu. peniaga tempatan yang tid ak boleh bersaing meninggalkan tempat perniagaan mereka. Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-kadang bersaing dengan peniag a tempatqan. Setelah men gumpulkan wang dengan banyak mereka balik ke negara asal mereka dan m eninggalkan anak-anak dan isteri mereka. kita kerapkali dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan di kalangan buruh asing terutama sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina. Andainya. Mereka lari dari tempat mereka kerana me reka melakukan jenayah.

Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan koh esi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Dal am bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana. hujah dan pandangan seseorang semasa men ulis ataupun berucap. Dalam ayat di atas. Penanda leksik al melibatkan unsur pengulangan kata dan kebiasaannya pengulangan kata y ang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama.0 PENANDA WACANA Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfung si mempertalikan sesuatu idea. berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan meny ayangi. pengulangan sinonim.8. Kami juga amat menyayanginya. iaitu 8. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diula ng secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan.1 Penanda Leksikal Penanda leksikal ialah penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks ke rana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan ant ara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Pengulangan sinonim pula merujuk kepada pengulangan kata yang mempuny ai makna yang hampir sama seperti: . Contohnya seperti: Ibu amat menyayangi Ahmad. Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. hipo nim dan kolokasi.

kita akan meng gambarkan situasi permainan bola sepak. apabila kita mendengar ungkapan tendangan percuma. Antaranya Honda. cencaru. wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan. Contohnya: Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. . Oleh itu. meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perka taan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot.Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya. banyak ikan dan udang yang mati. Lazimnya pengulangan kolokasi melibatkan hubungan leksikal selingkungan seperti perkataan almari. Toyota dan Volvo. Tetapi kini. Pengulangan kolokasi melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling ber kait dengan sesuatu idea. Nissan. Pengulangan hiponim pula ialah pengulangan yang melibatkan hubungan ant ara makna khusus dan makna yang umum yang mana merangkumi makna y ang khusus. dengan kata lain tendangan percu ma berkolokasi dengan permainan bola sepak. situasi atau konteks. Selain itu pula. Perkataan wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang sinoni m iaitu sama makna. selar dan kembung. topik. Makna yang umum disebut sebagai superordinat manakala mak na khusus disebut sebagai hiponim. Contohnya: Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai telah menyebabkan pencemar an air. bawal. Contohnya ikan merangkumi makna yan g khusus seperti tenggiri.

sini dan situ. Dalam bahasa Melayu. itu. 8.2 Penanda rujukan Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dang anti nam a tunjuk. Sani dan Udin. Contoh rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut: Aku.Dalam ayat di atas. ikan dan udang merupakan perkataan yang berkolokasi k erana mempunyai lingkungan yang sama iaitu hidupan air. musabab da n tempoh. Kami bertolak pada pukul empat petang. kedua dan ketiga. Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku. frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Antara . Contohnya: Di manakah awak tinggal? Saya tinggal di sana. 8. Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur. tentangan. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukka n benda atau perkara.3 Penanda penghubung Penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik sepert i perkataan. penanda penunjuk terdiri darip ada perkataan ini. Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan.

Antara contoh penanda penghubung tentangan ia lah tetapi. dia perlu menyiapkan tugasannya sece pat mungkin. Oleh sebab itu. Contohnya : Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar member pengalaman kepadanya kerana dia sering diberikan tugasan di luar Bandar. Contoh penanda penghubung tem poh ialah pertama. selanjutnya dan sebagainya. Penanda penghubung musabab ialah penanda yang merupakan sebab berlak unya sesuatu. malahan. . sebaliknya. Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumny a dalam sesebuah wacana. Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. kedua. Contoh penanda musabab ialah kerana. kemudian. di samping itu dan selanjutnya. ketiga. namun dan walau bagaimanapun. Malahan dia juga berpeluang melawat negara-negara luar seperti Th ailand dan juga India untuk menjayakan rancangan dokumentari itu. mereka merupakan kaum yang berambut panj ang dan hitam. Contohnya: Dia kesuntukan masa. Sebaliknya. Contohnya : Penghuni benua Amerika suatu ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan berambut perang. oleh sebab dan oleh it u. tambahan pula. lebih-lebih lagi.penghubung tambahan dalam bahasa Melayu ialah dan.

fasal. selepas itu. lantaran. Urutan Pertama. pada mulanya.Contohnya: Pada peringkat awal pendakian. yakni. 9. 3. serta. kedua. akhirnya. bersebelahan dengan. ketika. ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. di sa mping. 8. Tempat berhampiran dengan. kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepa s itu. Sebab dan kesan oleh itu. 1. dengan itu. selanjutnya. akhir kata. 7. kemudian. Penyataan semula iaitu. Contoh contohnya. Bandingan . dengan kata lain. Rumusan rumusannya. ibarat. lama-kelamaan. macam. 2. Akhirnya. Kemudian. sebagai penyi mpul kata 6. sebagai kesimpulan. sebag ai. kemudian. l ambat-laun. kami teruskan pendakian. lagi. bak kata. seperti.30 pagi. jadi. seterusnya. bagai. sebab itu. kemudian daripada itu. Waktu apabila. justeru itu. 5. bertentangan dengan. berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6. selepas. kesimpulannya. semasa. seterusnya. umpama. tambahan pula. Tambahan dan. a khirnya. seperti yang diterangkan. laksana. tambahan lagi. 4.

Dalam contoh di atas. Penggantian ini dikenali sebagai Substitution.seperti juga. verbal dan klausal. Pengesahan sebenarnya. Contohnya : Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu. 8. sememangnya. sama juga dengan. serupa dengan. Penggantian adalah pengambil an alihan atau pertukaran bagi sesuatu segmen kata. manakala penggantian verbal melibatkan pengga ntian terhadap kata atau frasa kerja dan penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat. frasa atau klausa oleh k ata ganti yang lainnya. Nanti baru saya lakukan. sebaliknya. 8.5 Elipsis Elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. walau bagaimanapun. tentulah. namun begitu. iaitu menebang pokok durian itu. pastilah. sesuai dengan. Ini beerti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklum at yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksn ya.4 Penanda penggantian. 11. Penanda penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal. Penggantian seperti ini merupaka n penggantian klausa. bertent angan dengan. 10. sungguhpun. Pertentangan tetapi. Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata nama tau frasa nama. perkataan lakukan menggantikan sebahagian ayat seb elumnya. sesungguhnya. sewajarnya. .

Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya. Terdapat tiga jenis elipsis . Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup …" B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal ^ itu?" (Leman Ahmad. Dalam contoh di atas. 8. Wala upun ayat kedua tidak menyatakan unsur yang sama seperti ayat pertama. Dalam ayat (1) di atas perkataan tidak diulang dalam ayat (2).5. Walaupun dal am ayat pertama dan kedua menyatakan unsur yang sama iaitu unsur warna tetapi kedua-dua ayat tersebut masih boleh difahami.1 Jenis elipsis. 1984: 24) . iaitu a) Pengguguran nomina Contoh : A: " Kita ini perlu anak. frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua. Adiknya suka baju putih. Contoh 2 : Ah Meng suka baju berwarna merah.Contoh 1 : Pemuda itu kelihatan resah. t etapi ayat kedua ini masih difahami.

1995:147) 11.G. H.G. penggantian dan juga ellips. laporan. Wacana bukan sekadar diperingkat ayat. penerimaan. Selain itu. tuju an. Sebagai contohnya ia lah surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan. Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan juga pendengar. H. iaitu tautan. pernah ^ " (Tarigan. keadaan dan juga interteks.0 KESIMPULAN Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. penghubung. Sebagai contohnya ialah seorang guru yang ber tanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas.b) Pengguguran verbal Contoh : A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?" B: "ya. malahan meliputi perenggang. penanda wacana pula terdiri daripada lima jenis yang disebut sebagai penanda leksika l. buku dan siri buku. maklumat. memo dan sebagainya. Manakala wacana tulisa n pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan. 1995:166) c) Pengguguran klausa Contoh : Guru: "Apakah kamu mahu mendapat biasiswa dari kerajaan?" Pelajar: "Ya tentu" (Tarigan. bab. rujukan. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilka n wacana yang baik sama ada dalam penghasilan penulisan atau pengucapa . runtutan. Wacana mempunyai ciriciri yang terdiri daripada tujuh tahap ketekstualan. Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis lisan dan wacana jenis tulisan.

Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh. Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain daripada boleh menyempurnakan sesuatu perkara.n. 2009 . dengan mengg unakan wacana yang betul melalui percakapan seseorang itu akan menyebab kan seseorang itu akan dihormati oleh orang lain. Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinam bungan idea. Hal ini kerana seseorang it u mampu mempamerkan kesungguhannya menggunakan bahasa dengan bet ul ketika bercakap. JULY 03. Sebagai contohnya. bahk an dari satu bab dengan bab yang lain. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ay at dengan ayat atau antara satu perenggang dengan satu perenggang. Anda mungkin juga meminati: KEUTUHAN WACANA Wacana KEMAHIRAN BERBAHASA LinkWithin POSTED BY MYA AFIFI AT FRIDAY.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful