You are on page 1of 16

PERKARA

MARKAH PENUH

MARKAH

PENGENALAN/ PENDAHULUAN ISI/FAKTA

1

4

HURAIAN

4

CADANGAN/ KESIMPULAN BIBIOLOGRAFI/ RUJUKAN ETIKA dan PROFESIONALISME JUMLAH

2

2

2

15

Cabaran Dakwah Terhadap Golongan Anti-Hadis dan AntiSunnah CTU101, Prinsip-Prinsip Asas Islam Nama ahli dan no.matrik: Aziemah binti Jamaludin Nur Jannah binti Abdullah NurKhalbie Adiela binti Mohd khadri Zaheera Sofea binti Mohd Zain 2012403168 2012 2012439312 2012601828

Nama pensyarah: USTAZAH KHAFIZATUNNISA’ BINTI JAAPAR Semester 1, sesi Jun-Oktober

cadangan dan kesimpulan 15 Rujukan atau Bibliografi 16 Lampiran 2 .ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Penghargaan 3 Pendahuluan atau pengenalan 4 Isi perbincangan.fakta dan huraian 5 Penutup.

ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekumpulan dan seperjuangan yang banyak memberi sokongan moral dan kepada pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu kami menyudahkan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih kami ucapkan. dorongan dan sokongan yang kami terima. Selain itu.PENGHARGAAN Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Ustazah Khafizatunnisa‟ Binti Jaapar kerana mengajar kami matapelajaran Prinsip-Prinsip Asas Islam dan memberikan tunjuk ajar yang terbaik untuk kami melaksanakan tugasan kumpulan ini. Atas bantuan. Kami mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan ditujukan khas kepada pensyarah kami. Kami terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan telah diberikan satu tugasan penting bagi melengkapkan lagi skema pemarkahan kami untuk semester ini dengan tajuk. „Cabaran Dakwah Terhadap Golongan Anti-Hadis dan Anti-Sunnah‟. Alhamdulillah kerja kursus ini berjaya disempurnakan dan pemahaman kami bagi tajuk ini juga bertambah baik. 3 .

W sebagai sumber kedua selepas al-Quran.PENGENALAN Bismillahirahmanirahim. Golongan Anti-Hadis dan Anti-Sunnah ialah golongan yang menolak dan meragui Hadis dan Sunnah Nabi Muhammad S.A. 4 . golongan Anti-Sunnah ini sebagai golongan yang tidak jujur terhadap Islam dan cuba mengharu birukan agama melalui kritikan terhadap al-Sunnah setelah tidak berjaya melakukan sesuatu terhadap al-Quran. Mengikut Muhammad Abu Zahrah.

Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja. terdapat seseorang yang meminta agar tidak perlu diajarkan Hadis. Isu anti-Hadis & anti-Sunnah juga bermula pada tahun 1968 yang dipelopori oleh Kassim Ahmad yang mendokong idea Dr Rashad Khalifah. aku baru sedar”. Pada Mei 1968. semasa Imran bin Husain sedang mengajar hadis. Al-Hassan berkata. Orang itu menjawab. terbitan media Intelek Sdn Bhd yang mana antara kandungannya menolak hadis secara total sebagai sumber hukum Islam.. Latar belakang anti-Hadis & anti-Sunnah.begini”.ISI PERBINCANGAN Sejarah golongan anti-Hadis & anti-Sunnah. Akibat terpengaruh dengan buku-buku Dr Rashad Khalifah. Sedangkan Rasulullah telah mewajibkan zakat begini. Kemudian selepas beberapa hari orang itu menjadi ahli Fikah. beliau telah beliau telah memperkenalkan idea berkenaan kepada umat islam ini dengan menulis beberapa artikel di dalam ruangan. “Berani kerana Benar”. akhbar Watan.. Golongan anti-Hadis & anti-Sunnah ini bermula sejak zaman sahabat lagi. Walaupun begitu. Beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku yang mana-mana kandungannya menolak hadis. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. “Terima kasih. Mereka bukan dikalangan ahli ilmuan Islam tetapi sengaja membahaskan dikalangan Islam dengan berpandukan akal dan kaedah saintifik. Imran menjawab. memadai dengan al-Quran sahaja. 5 . beliau tetap meneruskan perjuangannya dengan aktif menulis akhbar-akhbar utama dengan mencurahkan idea anti-Hadisnya. Kemudian beliau juga telah cuba menubuhkan Jamaah alQuran Malaysia(JAM) tetapi gagal kerana tidak memperoleh persetujuan daripada pihak kerajaan Malaysia. Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku yang bertajuk. “ Engkau dan sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis didalam sebuah akhbar mengenai perpecahan umat Islam. “Hadis Satu Penilaian Semula”..

khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa‟ al-Rasyidin. dalil yang bersifat zhanni menghalalkan suatu masalah yang telah diharamkan dengan dalil bersifat pasti?” Imam Syafie‟: “Ada. kerana pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal.” Golongan anti-Hadis: “Ya. Manakala yang terakhir.” Imam Syafie‟: “Jika begitu. terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah).A.” Imam Syafie‟: “Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong atau terkeliru?" Golongan anti-Hadis: Ya. apabila ternyata ada dua orang saksi yang mengatakan bahawa orang ini baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya. wafat. fahaman kepuakan. “Hadis Satu Penilaian Semula”. ada kemungkinan. sedangkan membunuh dan merampas harta itu telah diharamkan menggunakan dalil yang pasti. beliau telah menolak hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut:  Pertama.W. apakah pendapat kamu mengenai orang ini?” Golongan anti-Hadis: “Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas untuk dikembalikan kepada warisnya.” Golongan anti-Hadis: “Apa dia?” Imam Syafie‟: “Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa harta di sebelah saya ini? Bukankah dia ini haram dibunuh dan hartanya haram dirampas?” Golongan anti-Hadis: “Ya.   Kedua. Dalam bukunya. kebekuan dan opurtunis politik. Golongan anti-Hadis pada zaman Imam Syafie‟. kerana pembukuan kitab-kitab al-Hadis. kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik. yang dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam. kerana kita diperintahkan untuk menerima persaksian.Faktor-faktor Kassim Ahmad menolak hadis. Golongan anti-Hadis bertanya kepada Imam Syafie‟: “Ada atau tidak.” Imam Syafie‟: “Tetapi. kamu telah membolehkan membunuh (qisas) dan merampas harta dengan dalil zhanni. haram dibunuh dan hartanya haram dirampas. iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah S.” 6 . anti-intelektulisme.

Keterangan-keterangan lanjut mengenai ibadah-ibadah ini hanya boleh dapat diambil melalui al-Sunnah. beliau menarik balik pandangan berkenaan. Golongan anti-Sunnah. Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad). DrTaufiq menyeru al-Quran sahaja. Golongan anti-Sunnah ini juga dibahagikan kepada beberapa golongan:    Golongan pertama ialah golongan yang menafikan langsung kedudukan al-Sunnah sebagai sumber kedua selepas al-Quran. utusan-utusan dakwah yang diutus Rasulullah kepada berbagai pihak bagi menyampaikan perutusan Islam terdiri daripada sama ada orang perseorangan atau pun suatu kumpulan kecil yang hanya terdiri daripada beberapa orang sahaja. Penegasan Imam Syafie‟ dalam menolak pandangan-pandangan ini. Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh. Golongan kedua ialah golongan yang tidak menerima al-Sunnah kecuali apabila alSunnah berkenaan menyamai apa-apa yang tersebut dalam al-Quran. Imam Syafie‟ berhujah dalam Islam tidak semua perkara perlu mencapai tahap mutawatir. tidak perlu sunnah. Punca kemunculan dipercayai hasil dari suntikan penjajah Barat yang ketika itu sedang rancak menjajah negara umat Islam. Sebagai contoh. 7 . Mereka berjaya menimbulkan keraguan di hati sebahagian kecil umat Islam. Golongan pertama dan kedua tidak akan dapat memahami banyak hal yang terdapat dalam al-Quran seperti solat. Pada mulanya. tetapi menurut Dr Mustafa al-Siba‟I. Di dalam artikel berkenaan. muncul semula pemikiran antiHadis. idea-idea Dr Taufiq mendapat perhatian dari Saiyid Rasyid Redha. Golongan ketiga. Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel di dalam majalah al-Manar pimpinan Saiyid Rasyid Redha. pada zaman Rasulullah. Tujuannya adalah untuk melumpuhkan terus kekuatan umat Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan lemah. zakat. haji dan kewajipan-kewajipan lain yang disebut dalam alQuran secara mujmal (total).Golongan anti-Hadis pada abad modern. Manakala golongan yang terakhir ialah golongan yang tidak menerima al-Sunnah kecuali yang mutawatir (tiada keraguan) sahaja.

Menurut Imam Syafie‟ lagi. Mereka menghuraikan bahawa bentuk ungkapan yang terdapat dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa hanya al-Quran sahajalah yang dijamin oleh Allah dari segala 8 . kerana tentu sekali pihak penerima utusan akan menghujah bahawa beliau tidak boleh menerima perutusan itu hanya kerana perutusan itu tidak mutawatir. Islam tidak akan menerima kesaksian-kesaksian atau kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh bilangan yang tersebut. yang satu-satunya dijamin akan terus terpelihara tanpa diganggu gugat dan diselewengkan. (QS al-Hijr 15:15).Kalaulah syarat mutawatir itu adalah satu syarat mutlak bagi penerimaan apa-apa riwayat. Kalau sifat mutawatir itu suatu keperluan yang mutlak pada setiap perkhabaran atau kenyataan yang boleh diterima. "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kamilah yang mengawasinya". (QS an-Nahl 16:89)  Kedua Allah mensifatkan al-Quran sebagai al-Zikr. Hadis Jabir (Riwayat Abu Daud). tentu sekali Rasullullah tidak akan menghantar perutusan-perutusan dalam bentuk begitu. "Tidak kami cuaikan dalam kitab itu sesuatu apa pun" (QS AlAn'am 6:38) "Dan telah Kami turunkan kepada kamu al-Kitab itu sebagai yang menjelaskan segala sesuatu". “Allah memberkati seorang hamba yang mendengar kata-kataku lalu menghafal dan mengingatinya serta menceritakannya tepat sebagaimana yang didengarnya”. Hujah yang popular di kalangan anti-Sunnah. penerimaan kadar kesaksian dari dua orang lelaki sebagai sebilangan saksi yang cukup dalam kes-kes sivil dan sesetengah jenayah dalam Islam. Beberapa hujah yang popular di kalangan anti-Sunnah dalam mempertahankan pendapat mereka dalam menolak hadis:  Pertama terdapat di dalam al-Quran ayat-ayat secara umumnya bermaksud bahawa segala sesuatu dalam alam ini ada tersebut dalam al-Quran.

Penafsiran para ulama dalam menolak penterjemahan golongan anti-Sunnah. pelarangan penulisan hadis pada awalnya adalah untuk mengelakkan percampuran dengan al-Quran. nisab zakat. Ketiadaan jaminan seperti ini untuk al-Sunnah menunjukkan bahawa ianya tidak seperti al-Quran. Ini kerana Rasulullah sendiri membenarkan hadis-hadis diriwayatkan. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. apa yang dimaksudkan dalam point 1 bukanlah dilihat kepada setiap hukum tetapi segala norma dan prinsipnya. termasuk menghindarkan percampuran anatara al-Sunnah dan al-Quran. Seterusnya contoh yang terakhir kalaulah benar al-Sunnah itu suatu sumber hukum Islam. 9 . Pertama.A. Arahan khalifah Abu Bakar terhadap para sahabat supaya tidak meriwayatkan hadis-hadis. menurut para ulama. para ulama menolak secara tegas perkataan al-Zikr sebagai alQuran kerana ada kemungkinan al-Zikr diertikan sebagai sebagai syariat secara umum yang di dalamnya termasuk wahyu matluw (al-Quran) dan wahyu ghairu matluw (al-Sunnah). Pentafsiran ini disokong oleh kenyataan bahawa terdapat beberapa hal pokok terperinci dalam Islam yang tidak disebut dalam al-Quran seperti bilangan rakaat sembahyang dan waktunya. Bagi hujah kedua pula. Malah Rasulullah pernah melarang para sahabat melakukan penulisan seperti itu kerana sebab-sebab tertentu. ia lebih diertikan gesaan daripada beliau sendiri supaya semua pihak berhati-hati dalam meriwayatkan hadis-hadis supaya jangan tersilap. tentu sekali alSunnah turut dijamin oleh Allah. Bagi menolak hujah ketiga pula. Kalaulah al-Sunnah juga suatu sumber kepada hukum Islam. Keadaan seperti ini tidaklah pula mencacatkan al-Quran kerana sifatnya meliputi secara prinsip ini telah menjadikannya lebih kukuh dan gagah dalam menghadapi setiap pembaharuan dalam hidup masyarakat manusia. bukan suatu sumber yang boleh diterima dalam pembinaan hukum Islam. tentu sekali Rasulullah S.W memerintahkan para sahabat menulisnya sebagaimana yang dilakukan terhadap al-Quran.penyelewengan. gerak laku ibadat haji dan sebagainya.

Demikianlah juga Rasulullah. kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya. al-Quranul Karim. Hujah kedua. hal ini bererti bahawa al-Quran tidak leka atau lengah dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran yang diperlukan umat untuk melaksanakan syariat Allah yang indah ini dalam semua suasana dan keadaan. adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Quran sebagai “kitab induk” yang telah mengusulkan pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat.Al-Quran adalah lengkap dan sempurna dalam konteks al-Quran meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syariat-Nya. baginda hanya ditugaskan membawa al-Quran daripada Allah untuk diserahkan kepada manusia.Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta‟ala : “Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan sahaja”. al-Quran adalah lengkap. terperinci lagi sempurna. [alAn’aam 6 :38] Jawapan : Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta‟ala apabila Dia menyatakan kesempurnaan. Demikian juga.Hujah-hujah golongan anti-Hadis. maka kenapakah perlu dirujuk kepada hadis-hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam? Bukankah Allah Subhanahu Wa Ta‟ala telah berfirman di dalam al-Qur‟an: “Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini”. [al-Maidah 5:99] “Tugasmu (Wahai Muhammad) tidak lain hanyalah menyampaikan”. tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanyalah sebagai seorang posmen yang membawa surat daripada seorang pengirim untuk diserahkan kepada penerimanya. Antara hujahnya ialah. apabila dikatakan bahawa kitab alQuran tidak meninggalkan atau terlupa apa-apa. [asySyura 42:48] 10 .

itu bukan urusan Rasulullah tetapi adalah urusan mutlak Allah Subhanahu Wa Ta‟ala.A. tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dalam erti kata lain. ia adalah berkaitan dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu waTa‟ala. Firman Allah: “Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Rasulullah S. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman. sama ada seseorang itu menerima atau menolak Islam. Hujah ketiga. [al-Qasas 28:56] Antara tugas dan tanggungjawab Rasulullah S. :     Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Azza waJalla sahaja. dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”. Baginda hanya dipertanggung-jawabkan untuk menyampaikan risalah tersebut. Membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran.W.W telah dilarang keras oleh Allah Subhanahu Wa Ta‟ala dari mengata atau mengajar sesuatu selain dari al-Quran sahaja.Jawapan : Ayat-ayat di atas dan beberapa lain yang senada sebenarnya menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dipertanggung-jawabkan untuk memastikan setiap orang menerima risalah Islam. Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan 11 . Merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam.A. Penjelasan ini akan lebih difahami dengan merujuk kepada ayat-ayat berikut: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya). [Yunus 10:108] “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam). dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)”. Terima atau tidak. maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri. Membawa dan menyampaikan ajaran kandungan dalam al-Quran.

Ancaman terakhir ini tidak lain adalah bagi membuktikan bahawa risalah agama yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah benar-benar tulen dari Allah Azza waJalla dan bukan rekaan atau dustaan beliau semata-mata. Perlu diingatkan bahawa ancaman Allah Azza waJalla dalam ayat : “Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan……adalah umum meliputi seluruh ajaran deen dan syariat Islam yang disampai. dengan kekuasaan Kami – Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta). Ayat di atas tidak menyebut …… Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan al-Quran itu) 12 . Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. keseluruhan ayat ini memberi jaminan kepada kita semua bahawa kesemua yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam urusan agama dan syariat ini adalah dari sumber wahyu Illahi belaka. (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. Namun Golongan anti-Hadis telah menyempitkan tujuan ayat tersebut kepada pengertian bahawa kononnya Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dibenarkan untuk menyebut atau mengajar apa jua urusan agama melainkan apa yang tertera di dalam al-Quran sahaja. Asal ayat adalah bagi menjawab tuduhan orang-orang kafir di zaman Rasulullah sallallahu-alaihiwasallam yang enggan menerima dan beriman kepada kitab al-Quran. yakni Muhammad bin Abdullah sendiri. diucap dan diajarkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Lalu ayat ini diturunkan bagi menolak dakwaan mereka dengan menyatakan bahawa al-Qur‟an yang disebut dan diajar oleh Muhamad bin Abdullah itu sebenarnya adalah wahyu Allah dan Muhammad itu bukanlah seorang penyair atau pawang tetapi adalah seorang Rasul Allah yang mulia. [al-Haqqah 69:40-47] Jawapan : Ayat di atas khusus membicarakan tentang sifat keaslian kitab al-Quranul Karim.Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan – Sudah tentu Kami akan menyentapnya. yakni ajaran al-Qur’an dan sunnah-sunnah beliau. Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya”. nescaya nyawanya akan diragut serta merta. Mereka berkata alQuran itu adalah hasil sebutan dan tulisan seorang penyair dan pawang. Justeru. Ayat ini juga seterusnya menyatakan bahawa seandainya Muhammad itu menyebut atau mengajar sesuatu urusan agama yang tidak berasal dari sumber wahyu. Ia bukan wahyu Allah.

Negeri Sembilan . Menolak Qada‟ dan Qadar 4. Wilayah Persekutuan .23 Nov 1995. 46 3 .mengatakan atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata selain alQuran … ……” Oleh itu ancaman ayat di atas tidaklah terhad kepada al-Quran sahaja tetapi meliputi semua yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam urusan agama. 3. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik. dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu. 3 (Sumber: ) 13 . Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam 6. Selangor . contoh ayat 12 Surah AtTaghabun. 2. N. sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri: 1 .P. 5. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam. Menolak dua kalimah Syahadah. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran.29 Feb 1996.U.5 Jan 1996. Sel P.S.U. Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan anti-Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:  Ajaran Golongan Anti Hadith ISI AJARAN 1. Melaka . No 78 4 .15 Jan 1996 2 . TINDAKAN/HUKUMAN Difatwakan haram.

W. percakapan. Sifat penting akan diri sendiri dan ego haruslah diketepikan sepertimana sifat-sifat yang ada pada Rasulullah ketika baginda berdakwah perlulah diterapkan supaya tidak berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan.A.W. 14 .  Mereka menolak hadis dan sunnah Nabi Muhammad sedangkan mereka mengetahui Nabi Muhammad adalah utusan dan nabi terakhir yang dianugerahkan kepada umat Islam yang dibenarkan dimuliakan segala perbuatan. mereka mempunyai pegangan mereka yang kuat.Cabaran menyebarkan dakwah terhadap golongan anti-Hadis & anti-Sunnah ialah golongan anti-Hadis & anti-Sunnah. Mereka tidak mempedulikan hadis-hadis & sunnah-sunnah Nabi Muhammad yang telah diperakui sahih oleh Allah S.T sedangkan al-Quran juga diperakui sahih kandungannya disisi Allah. hukum Islam.   Kesabaran dan ilmu agama yang tinggi dan mendalam seperti para sahabat terdahulu amat diperlukan jika berdepan dengan golongan ini. syariah dan ajaran Nabi Muhammad S. sifat dan diamnya oleh Allah.     Percanggahan dari sudut akhlak dan dan syariah akan berlaku. Persefahaman yang melebih-lebih apabila golongan anti-Hadis & anti-Sunnah mentafsirkan sesuatu ayat dalam al-Quran. Berdepan dengan golongan yang cetek dan salah fahamannya terhadap agama Islam.  Tentangan yang mendatang daripada golongan anti-Hadis & anti-Sunnah yang tidak putus-putus seperti tentangan yang diterima oleh Rasulullah semasa baginda menyampaikan dakwah islam. Tidak sanggup dan susah untuk menerima benda yang sahih.

A.A.PENUTUP Jelaslah di sini yang telah kami nyatakan dan kemukan bahawa cabaran untuk menyampaikan dakwah kepada golongan anti-Hadis & anti-Sunnah ini bukanlah kerja yang mudah dan menyenangkan.W.AW. Namun dengan berkat dan kesabaran yang dipinta dari Allah segalanya tidak mustahil seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S. 15 . agar umat Islam yang lain mengetahui masalah yang boleh membawa mereka ke jalan yang tidak benar dan jauh menyimpang dari ajaran Nabi Muhammad S. Jadi kesimpulan yang kami ingin rungkaikan di sini ialah kerjasama.T. tolong-menolong. persefahaman sesama umat Islam adalah penting dan amat diperlukan untuk kita berjuang bersama-sama menindas dan menghapuskan permasalahan ini agar dakwah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.W dapat berkembang dengan lebih meluas dan umat kita diredhai dan diberkati oleh Allah S. pihak media juga haruslah menyiarkan dan mewawarkan permasalah ini sama ada dalam televisyen mahupun radio. Di samping itu.W. menyebarkan dan mengeluarkan mana-mana risalah dan buku. kami juga menyeru agar pemuda dan pemudi zaman intelektual dan modern ini agar tidak terpengaruh dan berusahalah untuk menuntut agama Islam yang sebebnarnya agar diri kita tidak dimakan dek dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Selain itu. Cadangan yang kami kemukan adalah dengan pihak kerajaan Malaysia atau di manamana negara Islam sahaja agar menyekat dan mengharamkan kegiatan yang tidak bermoral yang boleh menyesatkan umat Islam di samping tidak memberikan kebenaran kepada manamana pihak tersebut menulis.

an-Nihayah fi Gharib al-Atsar.al-Hadits sebagai Sumber Hukum.com/ebook/20hujah/hujah2.com. Mustafa as-Sibai . ms 91. jld 1. 16 .html( 22 julai 2012 ) http://www. ms 174.htm( 22 julai 2012 ) http://cikbungasnow.muftiselangor. Muqaddimah Ibnu Khaldun.pdf ( 22 julai 2012 ) http://muafakatmembawaberkat.html( 22 julai 2012 ) http://hafizfirdaus.blogspot.gov.com/2012/05/golongan-anti-hadis-kisah-dansejarah-1. ms 228 Tafsir al-Asas.my/zubir/antihadis.blogspot.html ( 22 julai 2012 ) Rujukan buku:      Abdul Halim el-Muhammady – Islam dan al-Hadis: Dialog Bersama Kasim Ahmad.my/EBook/Download/KoleksiArtikelIstinbat/Golongan %20Anti%20Hadis.com/2011/03/konsep-al-sunnah-golongan-antisunnah. ms 418. ms 226.BIBLIOGRAFI Laman web:      http://pekanrabu. jld 1.