BAB 1: INTERAKSI ANTARA HIDUPAN

1.1 HAIWAN YANG HIDUP BERKUMPULAN

 Sesetengah haiwan hidup dalam kumpulan yang kecil.

Contoh: gajah, kuda belang, babun, serigala, singa, rusa, dan kerbau.

 Sesetengah haiwan pula hidup dalam kumpulan yang besar.

Contoh: semut, anai-anai, lebah.

 Faedah haiwan hidup berkumpulan:

Untuk keselamatan
 Dengan hidup berkumpulan, haiwan ini dapat melindungi sesama sendiri

apabila diserang musuh.

Untuk mencari makanan
 Mereka boleh bekerjasama untuk mencari makanan.

Untuk mencari/membina tempat tinggal

1.2 HAIWAN YANG HIDUP BERSENDIRIAN

 Terdapat juga haiwan yang hidup bersendirian.

Contoh: panda, helang, beruang

 Kebanyakan haiwan in adalah haiwan daratan.

 Faedah haiwan hidup bersendirian:

Untuk mengelakkan persaingan bagi mendapatkan makanan Untuk mengelakkan persaingan bagi mendapatkan ruang Untuk mengelakkan persaingan bagi mendapatkan pasangan

1.3 PERSAINGAN

 Hidupan di suatu habitat bergantung antara satu sama lain untuk mendapat

keperluan mereka seperti makanan dan tempat perlindungan. Ini disebut sebagai interaksi.

Interaksi boleh berlaku diantara: haiwan dengan haiwan tumbuhan dengan tumbuhan haiwan dengan tumbuhan

 Bentuk interaksi: Kerjasama
 Berlaku di kalangan haiwan.  Dlm interaksi ini, haiwan akan bekerjasama untuk mencari makanan

atau mempertahankan diri mereka drpd musuh.
 Interaksi ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Persaingan
 Berlaku di kalangan haiwan dan tumbuhan.

 Dlm interaksi ini, dua atau lebih hidupan bersaing untuk

mendapatkan keperluan sama yang terhad.
 Persaingan akan menjadi lebih hebat apabila:  Bilangan hidupan bertambah  Sumber hidup adalah terhad

Contohnya:  jika terlalu banyak harimau diletakkan di dlm sangkar yg kecil dan diberi makanan yang sedikit, harimau-harimau akan bergaduh dan berbunuhan untuk merebut makanan dan ruang yang terhad.

 Hidupan yang lebih kuat dan mempunyai penyesuaian yang lebih baik biasanya lebih berjaya dan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk hidup.  Manakala hidupan yang kalah mungkin mengalami pertumbuhan yang terbantut, mati atau tersingkir drpd habitatnya.

1.4 PERSAINGAN ANTARA HAIWAN

 Dua jenis persaingan yang berlaku di kalangan haiwan:

Persaingan antara haiwan dari spesies yang sama Persaingan antara haiwan dari spesies yang berlainan

 Haiwan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan:

 Makanan

Haiwan yang tinggal di kawasan yang sama dan makan makanan yang sama akan bersaing untuk mendapatkan makanan.

Contoh: haiwan karnivor spt singa, serigala, dan harimau yang hidup di kawasan yang sama akan bersaing antara satu sama lain untuk memburu haiwan lain sebagai makanan.

 Air Persaingan berlaku di kawasan yang kekurangan air (spt di gurun) atau semasa musim kemarau.

 Contoh: haiwan yang tinggal di sekitar kolam yang hampir kering akan bersaing untuk mendapatkan air.

 Pasangan Semasa musim mengawan, haiwan-haiwan jantan dewasa akan bersaing untuk merebut haiwan betina sebagai pasangan.

 Contoh: dua ekor kucing jantan akan berlawan untuk merebut kucing betina sebagai pasangannya.

 Tempat perlindungan Tempat perlindungan amat penting untuk haiwan bagi melindunginya daripada hujan, matahari dan bahaya.

 Contih: beruang bersaing sesama sendiri untuk menguasai gua sebagai tempat perlindungannya. Beruang yang kalah perlu mencari gua yang lain sebagai tempat perlindungan.

 Kawasan/ Ruang Haiwan memerlukan ruang tertentu untuk hidup, mencari makanan dan membiak.

Haiwan akan bersaing sesama sendiri sekiranya ruang terhad. Haiwan yang kuat akan menguasai ruang tersebut dan mempertahankannya daripada dicerobohi.

Haiwan-haiwan ini biasanya menanda kawasan mereka dengan cara tertentu untuk menjauhkan ahli lain dalam spesies yang sama.

 Contoh: haiwan mamalia seperti kucing dan anjing menjaga kawasan mereka dengan mengeluarkan bau.

1.5 PERSAINGAN ANTARA TUMBUHAN

 Tumbuhan bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan:

 Ruang  Cahaya matahari  Air  Nutrien

 Contoh: tumbuhan dalam hutan mempunyai ketinggian yang berbeza-beza kerana tumbuhan ini menerima jumlah cahaya matahari, air dan nutrien yang berbeza.

 Tumbuhan berkayu yang kuat akan tumbuh seberapa tinggi yang boleh untuk mendapatkan cahaya matahari.

 Sesetengah tumbuhan memanjat pokok yang lebih tinggi dengan menggunakan cangkuk atau akar cengkam bagi mendapatkan cahaya.

 Sesetengah tumbuhan pula menumpang di atas pokok lain untuk mendapatkan cahaya matahari.

1.6 KEPUPUSAN SPESIES

 Suatu spesies dikatakan telah pupus apabila spesies tersebut tidak wujud

lagi di duina ini.

 Antara haiwan yang telah pupus adalah:

 Dinasour
 Pupus disebabkan perubahan cuaca di bumi 70 juta tahun

dahulu.

 Dodo
 Merupakan burung yg tidak boleh terbang yg hidup di kepulauan

Mauritius.
 Pupus disebabkan kemusnahan hutan yg memutuskan bekalan

makanan Dodo.

 Quagga 

Merupakan sejenis kuda belang. Pupus disebabkan pemburuan secara berleluasa.

 Mammoth Berbulu 

Merupakan sejenis gajah. Pupus disebabkan diburu pada zaman batu.

1.7 SPESIES YANG HAMPIR PUPUS

 Antara hidupan yang hampir pupus adalah:

 Orang utan  Panda  Tapir  Badak sumbu
 Bunga pakma (rafflesia)

 Periuk kera  Ikan paus 
 Bilangan spesies ini semakin berkurangan dari masa ke semasa. Sekiranya

keadaan ini berterusan, haiwan- haiwan ini akan pupus dari Bumi ini tidak lama lagi.

 Haiwan dan tumbuhan tersebut menghadapi ancaman kepupusan disebabkan

aktiviti manusia seperti:

 Pembalakan secara haram/ berleluasa

Hutan ditebang untuk mendapatkan pokok yang membekalkan kayu balak.

 Kayu balak adalah sumber berharga yang digunakan sebagai bahan pembinaan dan juga untuk membuat perabot serta kertas. Aktiviti pembalakan yang dijalankan secara haram oleh orang yang tidak bertanggungjawab menyebabkan habitat haiwan dan tumbuhan dimusnahkan.

Pembalakan secara besar-besaran juga menyebabkan haiwan kehilangan sumber makanan dan membawa kepada kepupusan haiwan tersebut.

 Pemburuan secara haram/ berleluasa  Haiwan diburu untuk mendapatkan bahan yang bernilai

daripadanya: Haiwan Harimau Gajah Paus biru Badak sumbu Tujuan diburu Untuk mendapatkan kulitnya Untuk mendapatkan gadingnya Untuk mendapatkan lemaknya Untuk mendapatkan sumbunya

 Pembangunan yang tidak terkawal  Penyahhutanan untuk pembangunan yang tidak terkawal

menjadi ancaman kepada spesies haiwan dan tumbuhan.
 Apabila hutan diterokai, semua haiwan yang tinggal di habitat itu

terpaksa berpindah. Hidupan yang tidak sempat berpindah atau menyesuaikan diri di habitat baru akan mati.

 Pengutipan telur  Manusia mengutip telur penyu untuk dijual dan dimakan.

 Penyu belimbing hampir pupus kerana telurnya terlalu banyak dikutip oleh manusia.

 Pencemaran air sungai dan laut  Pembuangan sampah dan bahan buangan toksik dari kilang

ke dalam sumber air dan tumpahan minyak di laut menyebabkan pencemaran air.
 Banyak haiwan dan tumbuhan akuatik mati akibat pencemaran ini.

1.8 CARA MENGELAKKAN HAIWAN DAN TUMBUHAN DARIPADA PUPUS

 Antara usaha yang dapat dijalankan adalah:

 Pemeliharaan
 Kempen menentang pembalakan/ pemburuan haram  Elakkan daripada menggunakan atau membeli produk yang

dibuat daripada spesies yang hampir pupus.
 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan.  Menjalankan pembalakan secara terpilih. Hanya pokok-pokok

yang cukup matang sahaja boleh ditebang.
 Mewujudkan hutan simpan dan taman negara iaitu

menyediakan habitat semulajadi kepada haiwan dan tumbuhan. Di sini, haiwan dan tumbuhan dilindungi daripada diburu dan ditebang.

 Pemuliharaan

 Penghutanan semula (hutan yang telah ditebang perlu ditanam

semula).
 Menubuhkan pusat pembiakan hidupan yang hampir pupus.

1.9 KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

 Kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia termasuklah:  Hakisan tanah
 Penyahhutanan/ pembalakan secara berleluasa di mana pokok ditebang

untuk mendapatkan kayu balak dan pembinaan jalan raya, rumah, kawasan industri, serta untuk aktiviti pertanian.
 Apabila pokok ditebang, permukaan bumi terdedah kepada hakisan.

Ketika hujan lebat, tanah dibawa oleh aliran air dengan mudah dan mengakibatkan hakisan tanah.

 Tanah runtuh
 Penyahhutanan dan pembangunan yang tidak terancang di tebing

bukit boleh mengakibatkan hakisan tanah yang membawa kepada tanah runtuh.

 Banjir kilat
 Tanah yang terhakis termendap di sungai. Semasa hujan lebat, air hujan

mengalir dengan cepat ke dalam sungai kerana tiada halangan dari akar pokok. Mendakan yang berlaku dalam sungai menghalang aliran air. Air akan melimpah ke darat dan menyebabkan banjir kilat di kawasan yang rendah.

 Pencemaran air
 Penggunaan bahan kimia dalam perindustrian dan pertanian, serta

pembuangan sampah ke dalam sungai dan laut menyumbang kpd pencemaran air.
 Tumpahan minyak dari kapal memusnahkan habitat hidupan laut.

 Pencemaran udara
 Pembangunan yang tidak terancang menyebabkan

pencemaran udara yang serius. Hutan dibersihkan untuk pembinaan dan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada angin kuat. Apabila angin kuat meniup tanah yang terdedah, udara dicemari habuk.
 Pencemaran udara juga disebabkan oleh pembakaran bahan api

dalam kenderaan bermotor dan kilang.
 Pembersihan hutan melalui pembakaran juga boleh

menyebabkan pencemaran udara.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful