FALKULTI OF EDUCATION AND LANGUAGES

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS SEPTEMBER 2012

Kebaikan dan kesan kemudaratan internet terhadap pelajar

Semester SEPTEMBER 2012

0

0 Penutup Rujukan 1 .0 Pengenalan Manfaat penggunaan internet kepada pelajar Kesan memudaratkan internet kepada pelajar Cadangan logik untuk menggurangkan kesan memudaratkan penggunaaan internet dikalangan pelajar 2 3 5 8 10 10 5.0 3.0 6.0 2.0 4.Isi kandungan Isi Muka surat 1.

Hakikatnya. kebanyakannya penduduk di bandar mahu pun bukan bandar sudah memiliki sendiri perkhidmatan Internet terutamanya jalur lebar bagi membolehkan mereka mengakses Internet di mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. yang jumlah bilangannya adalah berjuta-juta maklumat. Lantaran wujudnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang begitu murah seperti syarikat Celcom dan Maxis merupakan salah satu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber. dokumentari. hotel dan pusat membeli belah memudahkan pengguna mengakses Internet. rekreasi. video dan sebagainya.bahan lain yang 2 .1.0 Pengenalan Pada zaman ini. Masyarakat sering menyebut perkataan internet.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini. lapangan terbang. Terdapat kepelbagaian sumber di dalam rangkaian Internet ini . lebih daripada 6. perkhidmatan Internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana sahaja seperti di kafe. Perkembangan mendadak informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology). perisian komputer. Dari semasa ke semasa harga langganan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar semakin menurun dengan kadar yang munasabah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan bersaing untuk menarik perhatian pengguna Internet untuk melanggan. restoran. teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. majalah. analisis. apakah makna perkataan internet ini ? Internet atau 'International Network of Networks' ialah sebuah rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia. Sumber ini terdiri daripada artikel. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. penyelidikan. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer. Justeru itu . rujukan dan bahan. gambar. membawa perubahan yang besar dalam gaya hidup masyarakat yang sedang membangun ini. 1995 ). kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless). teknologi Internet memberikan banyak maklumat bagi para pelajar sebagai sumber pembelajaran. Sehubungan dengan itu. ICT juga sering dikaitkan dengan internet.

vedio. Kalau dilihat dengan hanya menaip perkatan atau satu fasa ayat sahaja pengguna akan dibentangkan dengan berpuluh hasil yang boleh dapat dalam satu paparan . dan juga audio. Meskipun demikian. Kebaikan yang dibincangan di sini adalah seperti sumber maklumat yang tidak terbatas. kepantasan pelajar terhadap penggunaan kemudahan internet amat diperlui di dalam mendapatkan maklumat yang berkesan. dan perkongsian ilmu.berfaedah. penggunaan Internet yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. dan berkurangan kemahiran sosial dan interaksi secara bersemuka. Bahkan pengguna akan keletihan mencari dan membaca dengan maklumat yang dibekalkan. Jika dilihat di sini perkhidmatan internet telah menjadi pilihan utama kepada pelajar dalam mencari bahan pembelajaran seperti buku. guru dan pelajar universiti adalah di antara kumpulan yang sangat beruntung dengan perkembangan Internet. tetapi tidak kepada individu yang lain. vedio. cepat. Penggunaan Internet yang bijaksana perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan. komunikasi. surat khabar. majalah. 3. Di sini saya akan bincangkan empat kebaikan dan empat keburukan penggunaan internet dikalangan pelajar di Malaysia. plagiarisme. dan sebagainya. ketagihan. keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan. Manakala empat kesan memudaratkan internet kepada pelajar pula adalah terdedah jenayah. khasnya terhadap pelajar-pelajar di peingkat universiti. Para ilmuwan seperti penyelidik. Jadi di sini jelas menunjukan bahawa perkhidmatan dan capaian internet adalah perpustakan yang mudah. kemudahan dan keselesan pembelajaran. Ada individu yang suka membaca teks. 2. Bukan itu sahaja tetapi ianya memenuhi keperluan dan kesediaan belajar bagi pelbagai perbezaan individu. dan murah. Melalui carian di internet individu boleh mencari maklumat yang disukainya sama ada dalam bentuk teks. Sumber-sumber maklumat 3 . Segalanya telah mengubahkan keadaan perpustakaan awam yang telah dibina oleh kerajaan. suara dan sebagainya. Ini masih belum lagi paparan yang ke 2.0 Manfaat penggunaan internet kepada pelajar Melalui carian internet pelajar akan mendapat pelbagai sumber maklumat. Oleh sebab itu. atau seterusnya. gambar. Kepelbagaian maklumat ini adalah dalam bentuk teks.

Pelajar juga boleh membuat pelbagai latihan akademik seperti di laman sesawang Zoom-a Pembelajaran Interaktif. komputer riba. Mereka juga tidak perlu membuang masa semasa menunggu bas. Facebook. Penumpuan ini harus diberi perhatian kerana keciciran menerima maklumat atau suara dan intonasi yang kurang menarik akan mengurangkan kefahaman pelajar. saudara mara atau individu yang agak sukar mereka ketemui. Hanya di rumah sahaja mereka sudah mempunyai berbagai maklumat dan sumber. Setelah dimuat turun pelajar boleh menyimpan di dalam peranti masing-masing seperti komputer perbadi. Kebaikan yang kedua ialah kemudahan dan keselesan pembelajaran kepada setiap pelajar. Di peringkat pengajian tinggi juga banyak menyediakan bahan pembelajaran yang dikenali e-library. Jika yang suka suasana yang tenang dan berseorangan tidak ada masalah untuk belajar.yang boleh perolehi pula sebahagaian besar adalah secara percuma. Jika di dalam bilik darjah dan bilik kuliah atau makmal sains. Pelajar juga tidak mengalami tekanan untuk pergi ke kelas atau bilik kuliah. ianya boleh diulang tayang sekerap mana yang dingin oleh pelajar. Contoh laman sesawang yang digemari oleh pelajar untuk berhubung adalah seperti Twitter. telefon. Di OUM ( Universiti Terbuka Malaysia) adalah contoh institusi pengajian tinggi swasta yang menyediakan kemudahan seperti yang disebut tadi. Ianya juga boleh dimuat turun sama ada dalam bentuk teks. Pelajar boleh berhubung dengan rakan. Mereka boleh ‘bersembang’ di laman sosial ini dengan ramai rakan dalam sekali pertemuan. Pertemuan mereka ini pula tidak perlu dibimbingi oleh ibu bapa kerana ianya berlaku di dalam rumah dan tidak ada perkara yang negatif boleh berlaku seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Setiap pelajar mempunyai perbezaan personaliti dan gaya pembelajaran yang berbeza. audio. dan banyak lagi di dalam capaian internet. yang paling minium adalah sekitar RM 28 sebulan. 4 . Kebaikan yang ketiga pula ialah kebebasan berkomunikasi dengan pelbagai pihak. e-book. hi-5. guru. pelajar perlu menumpukan perhatian apa yang disampaikan oleh guru. Semua keadaan ini memberikan kemudahan dan keselesaan yang semaksimum mungkin pada diri pelajar. dan sebagainya. vedio dan animasi. Dengan adanya peranti ini pelajar boleh belajar mengikut gaya tersendiri. Bayaran oleh pengguna hanya bayaran kepada pembekal capaian internet. Amat berbeza dengan bahan pembelajaran di internet. komuter dan menunggu untuk sampai ke destinasi tetapi boleh diisi dengan membaca bahan pembelajaran atau sumber maklumat.

Maka.Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk tujuan yang tidak baik maka ia akan membawa pengaruh yang negatif terhadap kehidupan pengguna internet lain. individu dan organisasi boleh memaparkan sebarang maklumat dengan mudah. Contoh Ramai penulis blog yang suka berkongsi pendapat dan kajian mereka.0 Kesan memudaratkan internet kepada pelajar Dengan wujudnya rangkaian internet. penggunaan laman web sosial ini boleh menjadi sesuatu yang positif mahupun sebaliknya bergantung kepada si pengguna. Tugasan yang diberikan boleh dihantar kepada pensyarah hanya dalam masa beberapa saat sahaja melalui internet walau pun jarak perhubungan beratus kilometer.Jika pelajar kolej dan universiti. Pelajar juga boleh berkomunikasi dengan artis kegemaran. Perkongsian ini langsung tidak dikenakan bayaran kepada pembaca di internet. pakar motivasi dan sebagainya dipertemuan dalam laman sesawang. Rangkaian Internet boleh juga menjadi saluran tidak sihat untuk melakukan jenayah. Ini juga menyumbang kepada pengguna untuk cuba melakukan pekara tersebut. Contohnya. 3. 5 . pemimpin negara. Satu lagi cara baru penggunaan laman web sosial seperti Facebook ialah boleh digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul data kajian melalui temuramah secara maya. ia adalah satu cara alternatif yang boleh difikirkan. Mereka telah menjimatkan masa dengan tidak perlu pergi bersemuka dengan pensyarah. Di dalam laman web YouTube vedio terdapat cara membuat bahan letupan dan uji kaji yang merbahaya. pengeboman di bandar Oklahoma dipercayai hasil sebaran maklumat melalui Internet (Meyer. Walaupun cara berkenaan belum dikatakan sah untuk membuat kajian. Laman sesawang sosial juga boleh digunakan oleh pendidik untuk berhubung dengan pendidik di tempat lain untuk bertukar-tukar pandangan dan boleh juga digunakan bersama pelajar mereka bagi menyampaikan maklumat dan bahan pengajaran berguna. mereka boleh menghantar e-mail kepada pensyarah untuk berbincang mengenai topik pelajaran dan juga tugasan yang kurang difahami. Pensyarah juga tidak diganggu dengan kedatangan pelajar yang tidak tentu masa. Kebaikkan yang keempat pula ialah perkongsian maklumat yang tidak terbatas. Setiap benda di dunia ini pasti mempunyai kelebihan dan kelemahan. 1999).

Internet juga membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh menyebabkan masalah sosial terutamanya jenayah. cenderung untuk menggunakan Internet berjam lamanya pada setiap minggu berbanding mereka yang dibesarkan dalam keluarga tanpa komputer. Terdapat pelajar kurang memberi tumpuan dalam pelajaran disebabkan pelajaran mereka terganggu disebabkan tiada banyak masa untuk mengulangkaji. Kemudaratan yang kedua adalah ketagihan internet. Dalam satu kajian ke atas 50.' Dari segi bidang akademik pula bermaksud ‘gejala menciplak’ dikalangan pelajar. kebiasaannya pelajar sekolah yang gemar menggunakan Internet dengan tujuan untuk mendapatkan hiburan dengan cara bersembang di rangkaian sosial atau chat. dan pelajaran.000 siswa oleh Center of Academic Integrity pada Jun 2005 di kalangan mahasiswa di 6 . menyatakan laman web seks dan ponografi kekal di tempat tertinggi. Faktor ekonomi yang berubah dan bertambah maju menjadikan golongan keluarga sudah mampu memiliki sistem komputer dan mudah menyediakan talian Internet di rumah. Remaja ini pula kebiasaannya adalah pelajar yang terangsang dengan melihat vedio lucah di internet. Tambahan lagi. Tambahan pula. sikap pelajar yang sanggup ponteng sekolah untuk ke kafe siber disebabkan ketagihan Internet turut menjejaskan kesihatan diri. Kemudaratan yang ketiga adalah plagiarism. Sering kali dilihat di akbar tentang jenayah rogol yang dilakukan oleh remaja. dan gambar. Bagi ibu bapa yang berkerja mendorong pelajar dari peringkat kanak-kanak lagi sudah menggunakan capaian internet untuk menghilangkan kebosanan di rumah. Lambakan vedio lucah juga mengundang jenayah rogol. al. yang mendapati pelajar dari semua bangsa dan etnik. Faktor ini disokong berdasarkan kajian dari luar negara oleh Patricia et.Selain itu. klip video. Mengikut Kamus Dewan perkataan plagiarism membawa maksud 'perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. (2000). Malahan negara juga turut mendapat impak besar akibat gejala yang tidak sihat garagara ketagihan Internet. Penggunaan Internet semakin meluas sehinggakan ada beberapa pihak yang mengalami ketagihan yang agak membimbangkan terutama remaja sekolah. iaitu pada tempat keempat dan kelima daripada 100 laman web yang kerap dikunjungi oleh kanak-kanak dan remaja sepanjang 2009. yang mempunyai komputer di rumah keluarga mereka. memuat turun lagu. Che Wan Badrul Alias (2010).

. Sekiranya pelajar gemar melakukan plagiat maka negara tidak akan mengalami kepesatan dari melahirkan idea-idea baru bagi meningkatkan dan memajukan negara pada masa hadapan. Hasilnya akan menjadikan sebuah organisasi itu mempunyai pekerja yang tidak mempunyai komitmen dengan tugas masing-masing. Ini menimbulkan pelbagai masalah rumah tanggga yang akhirnya menjejaskan prestasi pelajar di dalam sesi pembelajaran. .Amerika Syarikat berpendapat bahawa. Mungkinkah ini juga penyebab ramai graduan Malaysia sukar mendapat pekerjaan kerana salah satu faktor yang dikenalpasti oleh Kementerian Sumber Manusia ialah kurangnya kemahiran sosial dalam kalangan graduan di Malaysia. melalui "The digital revolution is creating a generation of cut-and-paste burglars who view all content on the internet as common property". Rakyat semua tidak sedar bahawa negara banyak memerlukan kepada hasil kerja yang dilakukan oleh pelajar terutamanya dari institusi pengajian tinggi. Kesan kemudaratan yang keempat pula adalah penggunaan laman web sosial juga menyebabkan interaksi secara bersemuka dan kemahiran sosial berkurangan dikalangan pelajar. Akhirnya organisasi ini akan beroperasi dalam tahap yang tidak memenui kepuasan pelanggan jika berurusan dengan mereka. ". Kebiasanya pelajar ‘bersembang’ di laman sosial dengan menggunakan perkataan yang kurang sopan dan bebas menulis apa saja dalam perbualan mereka. Dengan alasan hanya berkomunikasi secara maya sahaja tetapi akhirnya bersemuka dengan kenalan. Kemudaratan plagiarism ini juga mula merebak dikalangan pelajar-pelajar di negara Malaysia. Seterusnya memberi imej buruk kepada negara kerana terlalu banyak berlaku pelanggaran dalam etika penulisan. 70% pelajar-pelajar kolej terlibat dalam budaya plagiat. Ramai juga pelajar masa kini kurang adap pertuturan di antara masyarkat sekeliling. Budaya ini seolah-olah mendidik pelajar mengambil jalan mudah dalam menyiapkan tugasan. 7 . Terdapat juga pernyataan yang mengatakan laman web sosial boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan semua ahli keluarga lebih suka berkomunikasi dengan rakan di alam maya berbanding keluarga sendiri. iaitu seramai 77% pelajar-pelajar kolej tidak fikir bahawa plagiarisme adalah satu isu yang serius. Sikap ini dikhuatir akan mempengaruhi hingga mereka berkerja nanti iaitu tidak boleh menjalankan kerja yang memerlukan cabaran dan ushaa untuk menyiapkannya dengan sebaik mungkin. Ini membimbangkan bahawa masalah dalam terma-terma dalam internet dan budaya disalah anggap. .

Penggubalan Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1997 menunjukkan kepekaan kerajaan untuk menyekat kegiatan tidak bermoral itu terus mempengaruhi rakyat yang hanya memerlukan maklumat membina untuk memajukan negara. ianya perlu diberikan perhatian serius dan tindakan awal. akan menyedarkan ramai pihak mengapa perbuatan itu perlu dibanteras. Cadangan kedua adalah pengawalan dari ibu bapa terhadap pengguna internet dikalangan anak-anak mereka. mahu pun orang perseorangan. yang mana akhirnya terbawa dalam pertuturan secara bersemuka dengan individu lain. ibu bapa perlu berusaha untuk mengawal aktiviti mereka ketika berada dalam atas talian. Dengan tindakan undang-undang yang tegas tanpa mengira kedudukan individu dalam masyarakat sedikit sebanyak dapat mengurangkan kemudaratan internet. bahawa dengan melayari multimedia itu. Umum mengetahui ada segelintir rakyat Malaysia di luar negara yang menyalahgunakannya bagi menyalurkan berita palsu mengenai kerajaan bagi tujuan menghasut. Masyarakat berharap dengan ada kes yang dihadapkan ke mahkamah kerana menyebarkan berita yang boleh menjejas ketenteraman negara menerusi Internet. seolah-olah sudah wujud satu rangka rujuk dalam masyarakat . keganasan. Oleh kerana kebanyakan maklumat di internet sangat mudah untuk diakses oleh anak-anak. Internet menjadi medan untuk memburukkan siapa saja yang tidak disukai sama ada pemimpin. pelbagai perkara yang kononnya cuba disembunyikan. Kerajaan sememang tidak bertolak-ansur menangani gejala ini. penyelewangan agama dan laman sosial yang tidak terkawal. Penyalahgunaan terhadap Internet walaupun belum sampai ke tahap membimbangkan. tokoh terkemuka.Penggunaan bahasa yang kurang sopan ini sudah menjadi rutin. Ibu bapa boleh wujudkan peraturan-peraturan tertentu berkenaan penggunaan internet 8 . dapat diketahui ramai. Kini.0 Cadangan logik untuk menggurangkan kesan memudaratkan penggunaaan internet di kalangan pelajar. 4. Laman sesawang yang amat dikhuatiri akan dilawati oleh anak-anak bukan sekadar laman sesawang yang boleh menjangkitkan virus kepada komputer anda melalui perisianperisian yang dimuat turun secara percuma tetapi yang amat perlu diawasi ialah portal yang mengandungi unsur lucah . ahli korporat.

Gerak kempen ini boleh dilakukan oleh semua pihak terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka boleh meminta pelajar memperbetulkan tugasan tersebut atau melaporkannya kepada pihak universiti atau kolej. Para pensyarah juga memainkan peranan penting dalam membimbing dan membantu menghindari konsep plagiarisme kepada para pelajar bukan sekadar dalam penulisan tesis. Pihak institusi pengajian tinggi haruslah mengkuatkuasakan undang-undang berkenaan budaya palgiarisme dan maklumkan kepada semua pensyarah dan juga pelajar bahawa ianya merupakan kesalahan dan kesan negatifnya. dan pelbagai agensi kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan. Pihak universiti juga perlu mewujudkan bengkel penulisan tugasan dan juga kaedah penulisan sumber rujukan atau bibliografi yang tepat sebagai cara mencegah dan menangani sebarang plagiarisme. Cadangan ketiga pula adalah ketiga menghentikan budaya plagiarism. Maka para guru boleh menerapkan unsur-unsur kempen kesedaran keburukan internet yang perlu dielakkan oleh pelajar. Cadangan yang seterusnya yang keempat ialah kempen kesedaran kepada semua lapisan masyarakat. sejak kecil lagi mereka perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar merek amempunyai asas yang kuat untuk mendisiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet. Jabatan Penerangann Malaysia. laporan mingguan. pensyarah dan para pelajar. Beri nasihat kepada mereka supaya berhati-hati dengan rakan atas talian yang baru dikenali. Pada masa kini diperingkat tahap satu sekolah rendah telah wujud mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Selain itu kerajaan boleh menjalankan kempen ini 9 . Di peringkat kanak-kanak ini mudah guru berikan kesedaran di dalam bilik darjah. bahkan dalam tugasan. Apa yang penting. Jangan komputer di dalam bilik yang terasing dari pandangan keluarga. Ibu bapa harus menyediakan ruang untuk menggunakan seperti ditempatkan di ruang tamu ataupun di dalam bilik yang sama dengan tempat ibu atau ayah membuat kerja.di rumah kepada anak-anak. Pensayarah juga perlu tegas mangambil tindakan terhadap pelajar yang masih degil membuat tugasan akademik secara plagiat. para pengguna internet. Tunjukkan dengan contoh peristiwa-peristiwa buruk yang telah berlaku kepada anak-anak remaja yang menerima nasib malang setelah berkenalan dengan orang asing. Semua pihak turut bertanggugjawab dalam usaha mencegah plagiarisme dalam mengambil bahan berbentuk ilmiah iaitu universiti dan kolej. Ini membolehkan aktiviti anak-anak lebih mudah dipantau. pembentangan dan sebagainya.

Perlaksanaan E-Pembelajaran Dikalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia. penggunaan laman internet ini boleh menjadi sesuatu yang positif mahu pun sebaliknya bergantung kepada penggunnya. kemudahan dan keselesan pembelajaran di rumah atau di mana sahaja. Gunakanlah kemajuan maklumat teknologi ini dengan cara yang betul agar pengguna internet menjadi manusia yang bijaksana. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Fenomena ini semuanya bergantung kepada rasa kesedaran kendiri dari pengguna sendiri.rahsiasiber.com/berita-siber/risikointernet. Skudai. Ismail Zain (2003). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Risiko Internet. Mohd Azis Ngah (2010). Dengan melaksanakan program kesedaran penggunaan internet secara positif adalah satu usaha sahaja. Kamala Ramkrishman (2003). Jika pengguna memilih untuk kebaikan. Maka. Melalui perbincangan di atas terdapat empat kebaikan yang di kemukakan iaitu pelajar memperolehi sumber maklumat yang tidak terbatas. Manakala empat kesan memudaratkan internet kepada pelajar pula adalah terdedah dan keterlibatan dalam jenayah. [atas talian] sumber dari: http://www. html [10 November. dan perkongsian ilmu yang sungguh banyak. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.0 Rujukan Ahmad Johari Sihes dan Norbaizura Sani (2010). ketagihan yang mendorong kepada kemerosotan prestasi akademik .). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber (1st ed. maka implikasinya juga baik dan sebaliknya. 5. dan kurang kemahiran bersosial dan interaksi secara bersemuka serta beradap sopan. 2012] 10 . Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Dari Sekolah Bestari Di Daerah Kuala Lumpur. Berita Harian. Melalui kaedah ini semua lapisan masyarakat dapat diberikan maklumat tentang kesedaran ini dengan pantas dan meluas.melalui media televisyen. Namun untuk mendapatkan kesan positif sepenuhnya adalah satu pekara yang mustahil. 6. berkomunikasi dengan pelbagai pihak. budaya plagiarisme yang meningkat.0 Kesimpulan Setiap benda di dunia ini pasti mempunyai kelebihan dan kelemahan.

“Internet Pemangkin Pendidikan: Guru Pensiswazahan Di Alam Siber”. Kota Bharu.Raja Maznah Raja Hussain (1998). 11 . Internet dalam Pendidikan. Rozinah Jamaludin (2007). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Kertas Kerja Konvensyen Teknologi Malaysia Ke-11.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful