KEMAHIRANKEMAHIRAN ASAS DALAM OLAHRAGA -ACARA PADANG

LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olimpik yang tertua. Pada asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh setempat (standing long jump). Pada tahun 1896 di Sukan Olimpik Modern di Athens, lompat jauh sambil berlari telah dipertandingkan. Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitu mengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat. i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan lompatan, sudut peluncuran pusat graviti, ketinggian lompatan dan sisi mendarat. ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan kelajuan terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan papan lonjakan. iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lonjakan, lompatan itu tidak akan dikira walau sejauhmana sekalipun lompatan tersebut. kaki kaki

pasir

pasi r

Lompatan sah daru papan lonjak.

Lompatan batal kerana tersentuh pasir.

PAPAN LONJAK

PLASTISIN 3O darjah

1 10 cm 12 cm

15 cm

Papan Lonjakan

Teknik-teknik untuk acara lompat jauh. i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak. ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki, pinggul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki bebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan bahu. iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun kehadapan sementari kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki. iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan dibawa ke atas kepala. v. Kaki bebas di bawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan dihayun kebelakang semasa mendarat.

Ansur Maju Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendatar tidak ada kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat papan anjal yang diletakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat. Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang dipoin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi.

LOMPAT KIJANG

Pengenalan Lompat kijang satu acara padang yang tergolong dalam kategori lompatan. Acara ini dikhususkan untuk lelaki sahaja, tetapi sejak 1993 acara ini mula disertai juga oleh wanita. Malah, dalam beberapa kejohanan olahraga peringkat

antarabangsa di Eropah telah diadakan acara lompat kijang untuk wanita. Sebagai acara olahraga, lompat kijang masih menjadi milik lelaki di peringkat sekolah di negara kita walaupun di peringkat kebangsaan diadakan juga untuk wanita. Berdasarkan sejarah olahraga, dipercayai acara lompat kijang ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dari Scotland dan Ireland. Pada asalnya, acara ini dikenal sebagai hop-step and jump, tetapi kemudiannya dikenal sebagai triple jump. Pada tahun 1900, acara ini telah dimasukkan sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik, Iaitu dalam siri kedua sukan ini. Bagaimanapun, corak lompatan pada ketika itu amat berlainan dengan cara dan peraturan lompatan sekarang. Ketika itu, dua lonjakan (hop) mesti didahului sebelum membuat lompatan. Ini berbeza dengan peraturan sekarang di mana hanya satu lonjakan yang diikuti oleh satu langkah dimestikan sebelum membuat lompatan. Aspek Dan Teknik Melompat Ada enam aspek penting dalam lompat kijang yang perlu diberikan perhatian, iaitu kelajuan larian, pelepasan, lonjakan, langkahan, lompatan dan pendaratan. Kelajuan Larian Larian yang tidak sesuai dan tidak dirancang boleh menyebabkan corak langkah tidak konsisten, penggunaan tenaga yang maksimun sebelum lompatan dibuat, lompatan yang tidak tepat, dan pendaratan yang tidak selesa boleh menyebabkan kecederaan. Lompat kijang lebih memerlukan daya tumpuan dan kebolehan untuk mengimbangkan tenaga yang baik. Untuk menguasai keseimbangan ini, corak larian hendaklah dikawal dan dilakukan dalam keadaan yang tenang dan terancang. Melalui kombinasi yang sesuai, ketiga-tiga tahap iaitu lonjakan, langkahan dan lompatan akan dapat dimaksimumkan. Tahap yang maksimum ini dapat diwujudkan apabila daya momentum yang mendatar pada larian dan menegak pada lonjakan, langkah dan lompatan dapat dikawal dan dielakkan daripada kehilangan.

kaki yang sama hendaklah digunakan apabila membuat lonjakan dan pendaratannya. Penggunaan keupayaan mengikut proposi yang cekap adalah perlu supaya tidak menjejaskan tahap selanjutnya. penggunaan teknik lonjakan yang baik amat perlu. terdapat tiga pelepasan yang akan berlaku sebelum pendaratan dibuat.Lakukan larian mrngikut kelajuan dan kesesuai dengan check-mark agar pelepassan dibuat dengan baik dan sempurna. yakni hendaklah membahagikan keupayaan tangannya kepada nisbah tertentu. Maksudnya. Pelepasan Dalam satu-satu lompatan .Untuk ketepatan.2. Melalui teknik ayunan tangan ke hadapan manakala kaki pula mengayuh akan dapat meningkatkan keupayaan disamping mengawal keseimbangan semasa pendaratan dilakukan dengan sebelah kaki. i. Setiap pelepasan inilah yang akan menentukan keupayaan dan jarak yang mampu dicapai oleh seseorang pelompat. Lonjakan Selepas pelepasan pertama. Teknik ayunan tangan (arm shift) dan kayuhan kaki (cycling) disarankan. . maka pendaratannya hendaklah menggunakan kaki kanan juga. sekiranya pelompat melonjak menggunakan kaki kanan.Langkah antara 15 hingga 20 kali atau 2m . check-mark pada jarak 4 – 6 langkah dari papan pelepas boleh dibuat. Penghasilan corak pelepasan yang baik dapat memaksimumkan daya lompatan serta mengurangkan gangguan akibat sudut hentian yang terjadi ketika momentum menegak berlaku.Teknik larian yang baik diukur berdasarkan jarak larian optimum. Dalam peraturan lonjakan .5m sebelum membuat lompatan disarankan. lonjakan yang dapat mengawal kehilangan momentum mendatar hendaklah ditekankan. ii. Pelompat hendaklah mendisplinkan dirinya. Ini penting untuk menyimbangkan tenaga antara komponen momentum menengak dan mendatar. Oleh itu. iii. Pada tahap pertama. lonjakan akan dibuat. Dengan ini.

ia akan dapat mengawal keseimbangan badannya untuk terus bergerak ke hadapan. teknik ayunan punggung dan kayuhan separuh kaki disarankan. Lompatan Tahap terakhir teknik lompatan bagi lompat kijang tidak banyak bezanya dengan acara lompat jauh. Disebabkan tahap ini merupakan tahap yang paling lemah. ia perlu diperbaiki untuk mencapai jarak lompatan yang lebih jauh. Teknik ayunan dua belah tangan dan pembukaan yang luas disarankan. Dengan membuat ayunan kedua-dua belah tangan ke hadapan. Pada tahap ini. tenaga yang ada telah pun dikurangkan dengan banyaknya semasa lonjakan dan langkahan dibuat. Tahap langkah ini merupakan tahap yang paling lemah dalam ketiga-tiga tahap yang wujud dalam acara lompat kijang ini. pelepasan untuk tahap kedua pula mengikuti. Berasakan hakikat ini. Peraturan pada tahap ini berbeza daripada peraturan yang dikenakan pada tahap lonjakan tadi. melalui pengawalan kaki dan tangan setelah pelompat mencecahkan kakinya ke pasir. Pada tahap ini. Teknik ini sesuai digunakan pada pendaratan yang terakhir yang mana ia berupayaan mengelakkan momentum menegak daripada terus terhenti. Ini bermakna. maka pendaratan hendaklah dibuat menggunakan kaki kiri pula. sekiranya pelompat menggunakan kaki kanan untuk melangkah. menegak Teknik yang ini kuat akan membantu kaki pelompat mencecah menghasilkan momentum sebelum pasir. penggunaan kaki yang sama untuk melangkah dan mendarat dianggap batal. teknik ini berkemampuan memindahkan pusat graviti yang terdapat pada badan pelompat ke bahagian kaki dan sebahagian kecil ke tangan.Penggunaan pergerakan kaki teknik jack-knifing adalah disarankan. Maka. . Perbezaannya hanyalah daripada segi keupayaan yang wujud.Langkah Selepas pendaratan dari tahap pertama tadi. Selanjutnya juga. pelompat akan dapat membuat satu kombinasi dengan kakinya yang dibuka luas yang dapat menolak badannya ke hadapan dengan lebih kuat lagi.

LOMPAT TINGGI .

gaya timur. . a) Gaya gunting Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. Semasa melepasi palang. Semasa melonjak. FASA LOMPATAN TINGGI Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a) Penujuan – larian menghala ke palang b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. pusingan dan flop. Pelompat tinggi sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop. Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail. Lou Chee Peng. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit Singh. GAYA LOMPAT TINGGI Terdapat beberapa gaya lompat tinggi. gaya guling barat.Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan. b) Gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Lompat tinggi telah dipertandigkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. iaitu gaya gunting. pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

d) Gaya pelana Gaya ini hamper sama dengan gaya fuling barat. Untuk tujuan keselamatan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop. tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk.c) Gaya guling barat Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. GAYA FOSBURY FLOP Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968.Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. 1) Penujuan Biasanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. e) Gaya Fosbury Flop Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop.Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Ketika melepasi palang. Larian melengkung inilah yang menyediakn pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu. .Mengiku gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat „ berguling‟ selari dengan palang untuk membuat pelepasan. muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakn yang hamper selari dengan palang. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk pendaratan.2) Lonjakan Ini adalah tindakan yang meledak. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. 3)Layangan Semasa di udara. 4)Pendaratan Serentak dengan mengankat kakinya keatas.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat) . Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan diudara supaya bahu menjadi selari dengan palang. Sebaik sahaja pelompat mengaklhiri larian yang melengkung. kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. pelompat menoleh kebelakang (memenadang palang) sambil melentikan badan. Setelah badan pelompat melepasi palang.

LOMPAT BERGALAH .

Kini galah yang digunakan diperbuat daripada gentian kaca atau karbon. galah digunakan untuk melepasi rintangan atau halangan semulajadi di kawasan berpaya seperti di wilayah Friesland yang terletak di negara Belanda. Pada waktu. F. Hal ini kerana ketiadaan petak lonjak pada waktu ini. Pertandingan lompat galah pada mulanya diukur berdasarkan jarak bukan ketinggian. Selain itu. Kerja-kerja pengeringan di kawasan ini telah menghasilkan jaringan saluran atau parit yang saling bersilang antara satu sama lain. Versi moden bagi sukan lompat galah mula-mula dipertandingkan di Amerika Syarikat pada hujung abad ke-19. Pertandingan ini diadakan secara tahunan di kawasan tanah pamah sekitar lautan utara. rekod ini dilakukan dengan mengunakan galah yang diperbuat daripada buluh. Gondola venetian atau pengayuh sampan di venice mengunakan galah untuk mengerakkan sampan mereka dari tebing. Pertandingan ini diadakan di kawasan berumput.2m. sukan ini telah mengalami inovasi dari segi pengunaan galah dalam sukan. mereka juga ingin mengelakkan daripada perjalanan yang membosankan di atas jambatan. Pengunaan tilam juga digunakan bagi memastikan risiko atlet mendapat kecederaan semasa sukan ini dijalankan dapat dikurangkan seminima yang mungkin. Semasa sukan Olimpik 1896. Jahn. Pertandingan lompat galah seperti yang terdapat pada zaman kini bermula pada 1850 di Jerman. Hal ini terjadi berikutan acara ini telah diambil sebagai salah satu displin dalam gimnastik oleh kelab gimnastik Turner yang dimiliki oleh Johann C. Cumbria. masyarakat pada ketika itu menyimpan galah dirumah masing-masing bagi mengelakkan daripada terkena air semasa menyeberangi parit. Pertandingan lompat galah yang mengambil kira ketinggian mula-mula diadakan pada tahun 1843 bertempat di Kelab bola sepak dan kriket Ulverston. rekod bagi acara ini direkodkan iaitu. GutsMuths dan Frederich L. . Disebabkan kemajuan manusia dalam bidang sains.Lompat galah dipercayai berasal dari benua eropah. Fasa menanam galah dan mendarat dilakukan diatas rumput. 3. Disebabkan perkara ini. Pelompat galah pada masa ini mengunakan galah yang dibuat daripada buluh yang mempunyai hujung yang tajam.

Mendarat di tempat yang disediakan. Setelah bersedia. dengan tangan sedikit menolak keluar untuk mendapatkan pegangan Yang kemas dan baik. pihak penganjur hendaklah menyediakan segala kemudahan sebelum pertandingan bermula. berkesanggupan untuk mengikuti latihan yang dilaksanakan oleh jurulatihnya dan apa peluang baginya untuk menuniukkan prestasi dan seterusnya memenangi sesuatu pertandingan. Menampan galah ke dalam kotak berlepas. Begitu juga jika untuk mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan. Untuk memudahkan pembelajaran dan pemahaman.TEKNIK-TEKNIK YANG TERKANDUNG DALAM LOMPAT GALAH Sebelum seseorang itu memulakan lompatan. Cara memegang galah ialah Peserta hendaklah menegakkan galah sambil berdiri di . 2. terdapat enam peringkat atau pergerakan dalam cara membuat lompatan dalam lompat bergalah. Jurulatih hendaklah memastikah supaya segala peralatan dan kelengkapan khusus untuk acara ini disediakan terlebih dahulu. 5. Jika jawapan yang diberikan itu adalah positif. Melepasi palang serta melepaskan galah di udara. Membuat larian sambil membawa galah. peserta hendaklah mendapatkan galah yang sesuai mengikut peringkat umur dan ienis pertandingan yang bakal disertainya. adalah lebih baik peserta membiasakan diri dengan pegangan pada galah ini. 3. adalah lebih baik jika kita bahagikan teknik atau cara melakukan lompatan dalam lompat bergalah ini kepada beberapa peringkat atau pergerakan tertentu. Memegang Galah dan Berdiri Sedia Bagi peserta yang membuat lonjakan pada kaki kiri. terlebih dahulu dia hendaklah memastikan dia benar-benar bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara ini. Membuat lonjakan daripada kotak pelepas. Manakala tangan kanan memegang sambil mencengkam pada galah lebih kurang 60 cm hingga 70 cm lebih tinggi. kemudian berlatih berlari sambil membawa galah. hendaklah membawa galah pada sebelah kanan dengan lengan kiri separuh bengkok untuk menyokong galah dengan tapak tangan pada tangan yang sama menunjuk ke bawah. 6. maka bolehlah seseorang itu belajar dan mengambil bahagian dalam acara ini yang mungkin sukar dan berisiko tinggi. 4. Memegang galah dan Menyediakan diri. Secara umumnya. seperti berikut: 1.

Sebelum memulakan larian.belakangnya. Teknik melakukan lompatan a) Membual larian b) Bersedia untuk memacak galah . Tangan kanan hendaklah diletakkan pada bahagian atas galah sedikit melepasi kepala dengan ibu jari tangan menunjuk ke atas. manakala tangan kiri diletakkan sedikit di bawah tangan kanan. peserta hendaklah bersedia dengan pegangan galah serta berdiri sedia sambil perhatian dan tumpuan diberikan kepada acara ini.

Aturan membawa galah adalah dengan meletakkan aras hujung hadapan galah lebih tinggi daripada kepala peserta dan mengekalkan pegangan tangan atas di bawah pinggang. Kedua-dua tangan hendaklah dibengkokkan pada siku. Perkara yang penting dalam larian membawa galah ini ialah peserta hendaklah memegang kemas galah sambil melakukan larian. Biasanya peserta membawa galah pada sebelah kanan. Bagi memudahkan larian. serta menolak ke bawah. tumpuan pandangan peserta hendaklah pada kotak pelepas kerana peserta akan mencacakkan galah di situ untuk melonjak. Pada masa yang sama/ keselamatan peserta hendaklah diberikan perhatian dan bagi mengelakkan daripada berlaku kecederaan. Biasanya apabila peserta berada tiga langkah dari kotak penahan. Peserta hendaklah memastikan ketika mana galah harus dijunamkan. masalah yang sering timbul ialah kordinasi antara satu perlakuan dengan yang lain. Semasa berlari. Menampan Galah ke dalam Kotak Penahan Perkara yang akan dilakukan seterusnya ialah menjunamkan galah di kotak penahan. peserta hendaklah berlari pantas. Larian dilakukan setelah peserta dalam kedudukan sedia bersama galah dan dirinya juga bersedia termasuk daripada aspek mentalnya. Peserta boleh membawa galah pada sebelah kiri atau kanan. peserta boleh membuat penanda untuk mendapatkan titik sebenar dalam memulakan larian. Apa yang berbeza ialah larian dalam acara ini adalah bersama galah. peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang larian lompat galah seperti yang ditetapkan. Umumnya peserta yang menggunakan tangan kanan akan memulakan larian pada kaki kiri dan peserta kiri pula akan memulakan larian dengan kaki kanan. Bagi mengelakkan masalah ini. dia akan membenamkan galah ke kotak tersebut. Ini bukanlah suatu kemestian kerana peserta boleh melakukannya empat atau dua langkah sebelum tiba ke kotak penahan mengikut keselesaan masingmasing. larian yang dibuat sudah tentu menjadi perlahan kerana peserta tidak dapat menggunakan tangan untuk membuat hayunan.Membuat Larlan Sambil Membawa Galah Dari segi jarak dan teknik. sambil memastikan galah dapat ditampankan pada kotak mengikut langkah yang . iaitu mengikut keselesaan. Apabila peserta memulakan larian untuk menampankan galah di kotak penahan. larian dalam acara lompat bergalah ini adalah hampir serupa dengan larian yang dilakukan untuk acara lompat jauh atau lompat kijang. Dengan demikian.

Seperti yang dinYatakan di atas. galah hendaklah berada di bawah tangan atas dengan belakang pada kedudukan mendatar.dikehendaki. Teknik lompatan semasa fasa lonjakan c) Menampan d) Melonjak e) Melompat . Selepas itu apabila kaki kiri menyentuh lorong larian kali akhir. pinggang meninggi dan paha yang bebas menolak ke hadapan untukmelakukan lompatan. sebelum membuat lonjakan. Cara menampan ialah dengan mengarahkan bahagian penghujung galah menjunam menghala ke kotak penahan atau kotak penampan. Semasa kaki kanan menyentuh lorong larian untuk kali terakhir tangan dan lengan peserta hendaklah bersedia untuk membuat lonjakan. Seperkara yang harus diberikan perhatian ialah peserta hendaklah membuat larian yang deras bagi mendapatkan lonjakan dan tampanan yang baik dan berkesan. biasanya galah ditampankan pada kotak penahan tiga langkah sebelurn peserta tiba di kotak tersebut. Larian yang perlahan akan menjejaskan tampanan galah pada kotak penampan.

Lengan atas tidak seharusnya terlalu rigid. 3. 4. Pergerakan ini bakal menentukan sama ada semua pergerakan terdahulu terhasil ataupun sebaliknya. Semasa melonjak. Semasa menampan galah. iaitu dalam gerakan ke hadapan dan ke atas. peserta hendaklah melakukannya dengan segera. Pergerakan peserta yang berbezabeza ketika menggabungkan kepantasan larian dengan detik menjunamkan galah ke dalam kotak penahan. Kepantasan larian terutama ketika melakukan lonjakan. Ketinggian pegangan pada galah. 5. peserta hendaklah mendapatkan postur yang betul. ini bermakna percubaan yang dibuat adalah berjaya. 2. peserta perlu membengkokkan galah seboleh mungkin. 3. sebaliknya harus bersedia menerima tekanan ketika membuat lonjakan. peserta hendaklah memastikan perkara-perkara berikut: 1. Peserta akan melakukan lonjakan betul-betul di bawah tangan atas yang mengawal galah. Semasa melonjak juga. 5. Jika sebaliknya peserta gagal melakukan lompatan dengan baik dan . Tindakan peserta membengkokkan galah amat bergantung pada larian. Melepasi Palang dan Melepaskan Galah Pergerakan melepasi palang dan pada waktu yang sama melepaskan galah merupakanan tindakan penting dan utama dalam lompat bergalah. Semasa melonjak. Semasa menampan juga. 4.Membuat Lonjakan Pergerakan seterusnya ialah membuat lonjakan daripada penampanan galah di kotak penahan. Berikut adalah Antara perkara-perkara yang harus dilakukan apabila proses membengkokkan galah dilakukan: 1. Untuk memastikan dapat membuat lonjakan dengan betul dan berkesan. Bagi mendapatkan lonjakan. peserta hendaklah meletakkan paha yang bebas dalam kedudukan yang betul. peserta harus fikirkan lonjakan sebagai pergerakan melantun ke atas dan ke hadapan. Arah pergerakan semasa membuat lonjakan. 2. sekiranya peserta dapat melepasi palang dan melepaskan galah dengan sempurna tanpa menjatuhkan palang. Sama ada peserta memegang dengan kuat pada galah yakni daripada tangan hadapan semasa peringkat membuat lonjakan. peserta hendaklah meletakkan lengan pada kedudukan yang betul.

Cara Jack-knife 2. Peserta hendaklah memulakan dengan tangan kiri dahulu dan diikuti tangan kanan.sempurna. Hal ini terserah berdasarkan kesesuaian atlet tersebut untuk melepasi palang hadapannya. peserta hendaklah melepasi palang menerusi perutnya dan menundukkan kepalanya. peserta hendaklah menolak galah dengan menggunakan tangannya sebaik sahaja berjaya melepasi palang. tiada yang satu pun melebihi satu lagi dari segi keberkesanannya. Hal ini menujukkan peserta bersedia untuk memulakan pergerakan menolak dan melepasi palang. Semasa melepasi palang. manakala peserta pula berada pada kedudukan berdiri dengan tangan memegang galah. ini bermakna lompatannya itu dikira sebagai gagal. Antara kedua-dua cara ini. Untuk melakukannya. Pada waktu ini galah berada dalam kedudukan hampir menegak. Cara fly-away Bagaimanapun. Terdapat dua cara untuk melepasi palang iaitu: 1. Teknik melakukan fasa melepasi palang .

peserta hendaklah bangun daripada tempat pendaratannya dengan bahagian belakangnya dan bukan daripada bahagian hadapan. Disebabkan ketinggian yang dicapai seseorang peserta terutamanya dalam kejohanan peringkat antarabangsa agak tinggi. peserta kini hanya bersedia untuk membuat pendaratan yang merupakan pergerakan akhir seseorang peserta lompat bergalah.(i) dan (j).Mendarat Setelah berjaya melepasi palang dengan selesa. Selepa mendarat dengan baik. Teknik dalam melakukan fasa melepasi palang (h) . Biasanya peserta akan mendarat pada bahagian belakangnya yang diikuti pula oleh putaran badan ke hadapan. . pendaratan yang baik demi keselamatan peserta itu adalah perlu dan penting.

Pada masa yang sama tenaga kinetik yang terhasil semasa fasa larian akan bertukar kepada tenaga keupayaan apabila atlet semakin jauh daripada permukaan bumi. Apabila galah melentur. Gambarajah dibawah menunjukkkan aturan pergerakan atlet lompat bergalah bertaraf dunia.Gambarajah dibawah menerangkan bagaimana proses ini berlaku: .ASPEK BIOMEKANIK DALAM LOMPAT GALAH Acara lompat bergalah merupakan acara yang menarik perhatian ramai pihak. Acara lompat bergalah ini merupakan satu acara yang mengunakan prinsip fizik dalam pertukaran tenaga. Kemuncak ketinggian yang dapat dilakukan oleh seseorang atlet bergantung kepada jumlah tenaga kinetik yang dihasilkan semasa fasa larian. atlet akan memusingkan bahunya dan seterusnya menarik galah ke atas supaya bahagian kaki terlebih dahulu melepasi palang. Acara ini memerlukan tahap kemampuan yang tinggi dalam aspek berlari. melompat dan abiliti dalam melakukan gimnastik. Aturan pergerakan atlet lompat bergalah bertaraf dunia dihasilkan oleh Ganslen(1979) Galah mula melentur kesan daripada momentum yang dihasilkan oleh atlet lompat bergalah semasa atlet tersebut mula mengambil langkah untuk melonjak di petak lonjak. Acara ini menunjukkan bagaimana tenaga kinetik bertukar kepada tenaga keupayaan.

Tenaga kinetik mula terhasil apabila atlet memulakan larian Kemudian.Pada mulanya. apabila dia memacakkan galahnya ke dalam petak lonjak dan memulakan lompatan. . kedua-dua tenaganya iaitu. kinetik dan keupayaan atlet adalah sifar. tenaga kinetiknya berubah kepada tenaga keupayaan.

. ini secara tidak langsung menyebabkan galah tersebut berupaya menyerap daya kinetik yang dihasilkan oleh atlet kemudian bertindak seperti spring. Atlet tersebut kemudian mengunakan tenaga keupayaan yang dihasilkan oleh galahnya untuk menaikkan badannya supaya melepasi palang.. Apabila galah melentur.

Selain itu.Semasa kemuncak lompatannya. hal ini dapat dilakukan dengan seseorang atlet berlatih memperbaiki teknik lompatannya. Perkara ini boleh meningkatkan lagi jumlah tenaga kinetik yang boleh digunakannya. seseorang individu meningkatkan kelajuan lariannya. atlet lompat galah telah menukarkan hampir semua tenaga kinetiknya kepada tenaga keupayaan. acara ini juga mementingkan penentuan pusat graviti. Pusat graviti bagi acara ini terletak dibahagian luar badan. mengunakan tenaga yang dihasilkan dengan efisien. Para saintis telah mengkaji bahawa seseorang atlet lompat galah boleh melakukan rekod dunia adalah dipengaruhi oleh dua faktor ini iaitu. . Bagi manusia pusat graviti adalah kompleks dan berubah berdasarkan keadaan tubuh badan seseorang. Kedua ialah.

Pusat graviti bagi atlet dalam acara lompat bergalah Atlet dalam acara ini melepasi palang dengan bahagian pusat gravitinya melepasinya. III. Bentuk ini dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu: I. Kelajuan semasa melakukan lonjakan. . II. Aspek sudut yang dibuat semasa fasa penampan galah. Fasa penerbangan yang baik adalah berbentuk parabolik. Penentuan pusat graviti dapat membantu atlet dalam menghasilkan fasa penerbangan yang baik. Ketinggian pusat graviti semasa lonjakan.

LONTAR PELURU .

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat. Ini satu tanggapan yang salah. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan. dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum. Ramai beranggapan lontar peluru boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada: 1) Pegangan peluru 2) Lakuan sedia 3) Lungsuran 4) Kilasan badan 5) Lontaran 6) Pulihan . Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu.Pengenalan Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik. Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke-19.

Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru. TEKNIK MELONTAR PELURU Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah: a) Gaya berdiri dan melontar tanpa lungsuran b) Gaya melungsur selangkah c) Gaya Parry O‟ Brien a Gaya Berdiri dan Melontar tanpa lungsuran Lakuan sedia Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kea rah lontaran.PEGANGAN PELURU Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu: i. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang. Teknik memegang peluru dengan tiga jari Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. .peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Teknik memegang peluru dengan lima jari Kelima-lima jari digunakan. ii. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai lebih kurang dibawah telinga. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru. Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.

Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin. Selepas menempatkan peluru di ntempat yang sepatutnya. manakala bahagian badan pula terus dibiarkan . Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus.Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Lungsuran Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. b Gaya Melungsur Selangkah Lakuan sedia Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran.Kilasan badan Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru. Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dank e atas. Pulihan Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Lontaran Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang kaki kanan diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.

Pulihan Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru. Lontaran Apabila kilasan badan itu selesai badan menghadap ke arah lontaran. Bahu dan tangan kanan yang memegang peluru masih menghala ke belakang.membongkok jangan tegakkan badan semasa melungsur. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan. . Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. kaki yang melungsur kaki kanan yang di belakang menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik. Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar. Kilasan badan Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat. pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu.

Serentak dengan pergerakan ini. beliau telahmenjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong. Kilasan badan Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas kaki kiri telah bertapak di belakang papan penahan.c Gaya Parry O‟ Brien Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an. . Lakuan sedia Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah. pelontar berdiri membelangkan arah lontaran. pergerakan melungsur dilakukan. dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran. Pada tahun 1956. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan lutut dibiarkan bengkok ke belakang. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga selari dengan tanah. Lungsuran Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan. Butiran yang penting ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran. Di samping sumbangannya daripada segi teknik melontar. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Parry O‟ Brien jhuga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru. kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan.

Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang disediakan. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya. Ini bermakna bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda. Teknik lontaran ini adalah seperti berikut : I.Lontaran. Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran. VII. ikut lajak dan pulihan Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya melungsur selangkah. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya. VI. dengan mana-mana sisi badannya menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. d Teknik lontaran sisi Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi kiri. sambil memerhatikan pendaratan peluru. V. Peserta perlu berdiri secara mengereng. . II. III. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan IV. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah bulatan lontaran. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama.

Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran. sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal pergerakan dan keseimbangan. VI. III. kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik lontaran cara ini : I. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan lontaran. VII. Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. II. Peserta menolak pelur keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus mengawal.e Teknik membelakangi kawasan lontaran Teknik lontaran secara membelakangi kawsan lontaran atau kawasan pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang berpengalaman. V. sambil membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke belakang. IV. kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan LAKUAN MENGIMBANG SEMULA Setelah peluru dilepaskan. Mengangkat keseimbangan. Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru mendarat VIII. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta baru menggunakan teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benarbenar mahir dalam melakukannya. .

Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan akan menunjukkan jarak lontaran itu. 3) Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar pelurusupaya penglibatannya memberikan keberkesanan. III. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan. kemahiran dan mentalnya.ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU I. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran. serta mempunyai semangat kesukanan tulen. PRINSIP UMUM LONTAR PELURU Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu : 1) Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan. . 2) Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya. II. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan di tengah-tengah bulatan melontar. CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN Jarak lontaran peluru boleh diukur daripada kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. 5) Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan sama ada daripada segi fizikal. Gerakan berjingkit shift ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi .iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh. 4) Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengannya. Pangkal pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar.

LEMPAR CAKERA .

Lempar cakera merupakan acara lemparan yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan walaupun acara merejam lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam. Pada masa itu peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada masa kini. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan dibaluti besi di sekelilingnya serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya hampir 2 kilogram iaitu 1. tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam iaitu menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkok. Jika kita lihat sepintas lalu.923kg. Mungkin ada yang agak jauh tetapi dari segi teknik atau cara melakukan lemparan mungkin tidak betul atau kurang tepat. Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata arah. ianya tidaklah semudah yang disangkakan.5 meter panjang dan lebar. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920 dan selepas itu. acara melempar cakera dipertandingkan menerusi penggunaan dua belah tangan. seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman. Perkembangan Masa Kini Pada ketika ini. acara ini kelihatan lebih mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Teknik atau cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas. lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakkan sukan olahraga termasuk di peringkat sekolah. Tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Hanya saiz dan berat cakera sahaja yang berbeza. adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Lempar cakera dimasukkan ke dalam acara Sukan Olimpik kuno di Greek. Bagi mendapatkan teknik lemparan yang betul serta jarak yang jauh. Jenis cakera ini ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu kejohanan olahraga di mana sahaja. Pada Sukan Olimpik di Stockholm. Bagaimanapun. teknik lemparan baru telah diperkenalkan. Cara lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh. Caranya ialah peserta akan membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah lagi. Acara ini disertai oleh lelaki dan juga wanita. Cakera yang digunakan dalam Sukan Olimpik moden pertama tahun 1896. . disediakan suatu kawasan khas yang berbentuk segiempat sama dengan 2.

Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera.0 kg (Minimum) 44 – 46 mm 50 – 57 mm 218 – 221 mm 1. Ketebalan cakera. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut : PERKARA/BAHAGIAN 1. Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi leper. 12. Cakera. Saiz dan berat cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Cakera diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin.0 kg (Minimum) 37 – 39 mm 50 – 57 mm 180 – 182 mm 5. disebabkan jarak lemparan dan teknik lemparan yang mudah menyebabkan kawasan lemparan terbuka keseluruhannya. 3. Diameter keseluruhan cakera. lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan khas. bahagian tengah 2. 2. Pada peringkat sekolah. Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Begitu juga dengan cakera untuk sekolah. Pagar berjaring besi ini bertujuan mengelakkan cakera mencederakan seseorang jika terlepas dari pegangan pelempar. Diameter piring atau kawasan rata pada tengah cakera. 4.0 mm .Sebagai acara sukan. Berat keseluruhan untuk LELAKI WANITA pertandingan. Cakera juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati berat yang ditetapkan. Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.0 mm 12. Ketebalan logam pada sekeling cakera. kawasan lemparan cakera berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan.

Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh diadakan pada jarak tertentu umpamanya 30 meter. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2 kg serta dilempar pada kelajuan sehingga melebihi 25 meter sesaat. KAWASAN LEMPARAN. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada dua bahagian yang sama besar. 60 meter dan 70 meter untuk peringkat yang lebih tinggi. .BULATAN LEMPARAN. Garisan lurus setebal 5 cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75 cm pada kedua-dua belah bulatan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. manakala garisan bulatannya lurus sekurang-kurangnya 6 meter tebal dan diwarnakan putih.5 meter pada diameternya. KURUNGAN KESELAMATAN. langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil. Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa acara lemparan cakera dilangsungkan. Panjang kawasan ini hendaklah lebih kurang 60 meter panjang. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang 5 meter. manakala bagi peringkat antarabangsa boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100 meter. Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan di kawasan membuat lemparan. 40 meter dan 50 meter untuk peringkat sekolah dan jarak yang lebih jauh seperti 50 meter. Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen atau bahan lain yang tidak licin. Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk peserta cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya sama aras dengan kawasan sekeliling. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.

Ketika memegang cakera. Bagi mendapatkan pegangan yang betul. kejuaraannya ditentukan oleh jarak lemparan yang dibuat. Jaringnya hendaklah diperbuat daripada bahan sintetik atau yang seumpamanya. Ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian bulatan lemparan itu. Dengan demikian. Lemparan tersebut juga batal jika gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan. Peserta juga hendaklah memilih gaya atau pegangan yang sesuai dan selesa mengikut kemampuan tangannya. cara memegang cakera dengan betul.Kurungan ini biasanya berbentuk „U‟ dan terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang menyokong jaring. kemungkinan besar ia akan mengena jaring keselamatan ini. Permukaan kurungan hendaklah selebar 6 meter terletak 5 meter di hadapan setiap bulatan lemparan. Acara lontaran termasuk lempar cakera. cakera akan terjatuh di dalam kawasan berpagar dan tidak membahayakan orang lain. . Dengan ini setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat. PITA PENGUKUR. Pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan. peserta hendaklah mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina. Alat yang digunakan ialah pita pengukur. Jika cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan. setiap peserta harus ingat iaitu mereka mestilah boleh menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut layangan yamg betul. alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan penggunaan pita pengukur. Di peringkat antarabangsa. adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui menerusi latihan. CARA MEMEGANG CAKERA. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah terjatuh sebelum lemparan sebenar dilakukan. Sebelum dapat membuat lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah hendaklah sekurang-kurangnya 4 meter tinggi. Jarak ini perlu diukur. Memegang cakera dengan cara yang tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak menghasilkan jarak yang jauh malah boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Peserta henndaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera dengan menutup dua per tiga sahaja daripada bahagian berlogam pada bahagian tengah cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong oleh bahagian lengan peserta. Bagi . Seperti dalam pegangan pertama. masalah ini dapat diatasi. untuk memastikan supaya tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas. Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu sama lain. Bagaimanapun dengan pegangan cara ini. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua. CARA PEGANGAN KEDUA. Lakukan beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan. Cakera yang dipegang hanya pada bahagian hujung jari peserta yang dibengkokkan mencengkam pada segi cakera. Peserta hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang selesa dengan cara ini.CARA PEGANGAN PERTAMA. Perbezaan yang ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Selepas itu peserta bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Adakalanya peserta mempunyai jari-jari tangan yang pendek dan mungkin menjadi masalah padanya untuk memegang cakera dengan selesa. peserta hendaklah menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dan ke belakang beberapa kali diikuti dengan lemparan dekat beberapa kali. Ibu jari pula dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya untuk mengawal pegangan tangan secara keseluruhannya. Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan baik dan selesa. Cara pegangan ini ialah dengan menekapkan tangan pada permukaan cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian tengahnya. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya. peserta boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dan ke belakang. Manakala jari-jari memegang pada sekeliling atau sampai ke logam cakera. CARA PEGANGAN KETIGA. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberi pengawalan. Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup terus bahagian berlogam pada bahagian tengah. Pegangan cakera ini hampir sama dengan cara pegangan yang pertama. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan dengan jari kelengkeng. Malah pegangan cara ketiga ini adalah khusus untuk mereka yang mempunyai jari-jari yang agak pendek.

Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90%. Cakera dipegang dalam tangan kanan. Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri. Untuk memulakan hayunan ke belakang. peserta boleh mengikut langkah dalam pegangan pertama dan kedua iaitu menghayunkan cakera sebelum melontarnya.  Teknik Gaya Berdiri. telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan variasi oleh ahli-ahli sukan dalam lempar cakera. Setelah mereka biasa atau menguasai teknik melempar dengan gaya ini. pelajar handaklah merendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Bagi pelajar yang baru belajar. Semasa hayunan ke belakang. 1. Fasa 2 : Hayunan Awalan. 1. adalah memadai dan sesuai untuk peringkat permulaan. Pada ketika ini. Pelajar berdiri dengan cakera menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah kawasan cakera mendarat. Latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan sebagai salah satu langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Berdasarkan dua gaya ini. Kaki berjarak seluas bidang bahu. 3. Lihat juga fasa 1. TEKNIK MELEMPAR CAKERA. teknik melempar dengan gaya rotasi badan boleh diperkenalkan kepada mereka. Badan direndahkan. 2. 2. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan. . Fasa 1 : Persediaan.memastikan pegangan itu kemas dan selesa. tangan kiri memberi sokongan kepada cakera. cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri. Umumnya terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera iaitu gaya berdiri dan gaya berpusing.

kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di . Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke arah bahu kanan. Fasa 1 : Persediaan. momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta memulakan hayunan awalannya. Tindakan kaki ini penting untuk menambah daya kepada lemparan itu. Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan) pelajar mengilaskan badannya ke hadapan. didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak. Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Fasa 2 : Hayunan Awalan. Ketika melempar cakera. Kaki berjarak seluas bidang bahu. Selesai sahaja langkah ini. 1.  Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Teknik ini agak sukar bagi pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum menguasai kemahiran amelempar dengan gaya berdiri. berpusing dan tindakan melempar disaat-saat akhir. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.  Apabila selesai hayunan terakhir. Sudut lemparan atau pelepasan cakera yang dianggap sesuai ialah 30 – 35 darjah. kedua-dua belah kaki menolak tanah dan diluruskan sehingga badan terangkat. Dengan gaya rotasi ini. Teknik memegang cakera adalah seperti gaya berdiri. pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi atas bebola kaki kiri. Teknik Gaya Berpusing dan Melempar. Teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan secara ansur maju. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera. 1. Fasa 4 : Ikut Lajak dan Pemulihan. Fasa 3 : Rotasi Atau Berpusing. 2.  Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan cakera. Hayunan dilakukan seperti yang diterangkan dalam gaya berdiri.Fasa 3 : Membuat Lemparan.

laju dan berkesan menerusi pusingan badan dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih jauh. iii. vii. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan. Sambil mengimbangkan badannya. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakkan dan lemparan serta dapat mengelakkan daripada pembaziran tenaga. kaki kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan berpusing). vi. ii. Pada masa yang sama. Fasa 5 : Ikut Lajak dan Pemulihan. i. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh merugikan lemparan yang dibuat. ix. .  Kebaikan Teknik Lemparan Gaya Berpusing. Pada ketika inilah cakera itu di lempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera. v. Memberi kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang tidak menggunakan teknik lemparan ini. peserta terus memerhati cakera hingga ia mendarat.  Selepas cakera dilempar. Pergerakkan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan keputusan yang membanggakan. Pastikan kedua-kedua belah kaki membantu tindakan melempar dengan menolak kuat ke atas tanah.  Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan. Fasa 4 : Membuat lemparan. Keburukan Teknik Lemparan Gaya Berpusing. viii. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat.atas bebola kaki kanan. iv. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah. tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu tangan tersebut. Peserta akan berasa logam cakera itu semakin menekan di atas ruas jarinya. tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang badan di atas leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakkannya. kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.

Kaki kanan di belakang. Latihan 3. Disaat-saat akhir melepaskan cakera. badan berpusing ke arah lawan jam (sebelah kiri). Badan direndahkan sedikit. lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. . Latihan 2. putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk. Hayun cakera berulangkali ke depan dan ke belakang sisi badan. Tujuan : Latihan berpusing selepas menghayun cakera.LATIHAN ANSUR MAJU. i. Latihan 1. Ketika melakukan pergerakan tersebut. Tujuan : Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya. Bengkokkan kaki sedikit. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang. Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan. iii. Hayun cakera ke belakang dengan tangan menyilang dengan tangan kanan. i. Ingat supaya jangan mengenggam cakera. Sambil berpusing. Tujuan : Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera. Pada kali kedua sambill menghayun cakera ke depan. Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. ii. Pegang seperti yang diterangkan sebelum ini. badan berpaksi atas hujung kedua kaki. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan. kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi. Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Berdiri dengan kaki dijarakkan. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri. condongkan badan ke depan. i.  Latihan ini boleh dilakukan secara berpasangan. tolak dengan keduadua belah kaki melempar cakera ke kawasan pendaratan. iv. Cakera masih mengikut dari belakang. iii. Setelah menghayunkan cakera beberapa kali. Berdiri dan melempar cakera dengan kilasan badan. ii. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. ii. iii.

kaki kanan berpaksi dan pengilasan badan disempurnakan sehingga badan menghadap ke kawasan lemparan. Latihan 4. . Pada ketika lemparan.v. Tujuan : Simulasi selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar. pastikan kaki kanan menolak kuat ke atas tanah. Apabila cakera sampai ke aras bahu. ia dilemparkan ke depan. iii. Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunkan cakera. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur maju. i. Hayun cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan. latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera. ii. Apabila kaki kiri mencecah tanah di bahagian depan bulatan. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagai panduan kedudukan kaki. iv.  Biomekanik Dalam Melempar Cakera. Nota : Pada peringkat awalan.

REJAM LEMBING .

seseorang perejam lembing hendaklah terlebih dahulu memahirkan diri dalam teknik memegang lembing. Aspek ini sangat penting.Pengenalan Merejam atau membaling lembing (javelin) merupakan acara balingan yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak purba lagi. Pemenang acara ini ditentukan menerusi jarak balingan terjauh yang dicapai oleh seseorang peserta. Pada ketika itu. Matlamat acara ini sebagai sukan ialah mendapatkan jarak paling jauh berbanding dengan peserta lain yang mengambil bahagian. merejam lembing turut menjadi acara dalam Sukan Olimpik Moden yang pertama pada tahun 1896. merejam lembing adalah salah satu acara balingan yang penting di dalam sukan olahraga. Umumnya. • Memegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu. Hingga kini. terutama kepada mereka yang baru menceburkan diri. • Memegang di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari Memegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari kelengkeng. merejam lembing digunakan sebagai latihan untuk aktiviti-aktiviti yang lebih serius. mengikut peraturan yang ditetapkan. terdapat tiga cara memegang lembing yang biasa diamalkan. sama ada daripada segi pencapaian dan juga keselamatan peserta. Jurulatih hendaklah menekankan ketiga-tiga cara ini. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Sebagai sukan juga. khususnya dalam acara padang. orang menggunakan lembing untuk memburu serta sebagai senjata dalam peperangan. Cara ini kadang-kadang disebut cara ladam kuda. . Dalam sukan. • lain. CARA-CARA MEMBUAT REJAMAN a) Memegang Lembing Sebelum mempelajari cara merejam lembing.

iii. . Untuk mengimbangkan badan. Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan. Peringkat Melepas i. peringkat melepas dan peringkat mengundurkan diri. Mendaratlah pada kaki kanan berhampiran penanda arc. dan siku tangan yang memegang lembing hendaklah membengkok ke hadapan. peringkat transisi. Peringkat Transisi i. lengan kanan di atas bahu dan siku dibiarkan berdasarkan tinggi dan rejaman yang akan dibuat. ii. Dada dan bahu dipusingkan. Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang. Peringkat-peringkat Merejam Lembing Pendekatan merejam lembing boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. iv. Peserta Mendarat di belakang (sebelum) penanda arc dengan menggunakan tumit kanan serta membawa berat badan ke belakang. Peserta berdiri dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan yang disediakan sambil memegang lembing mengikut keselesaan masing-masing.A. Peserta membuka langkah seluas mungkin. iii. Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah. iaitu peringkat berlari. Peringkat Berlari i. ii. Mulakan langkah menggunakan kaki kanan dengan 4 – 12 langkah pada kelajuan sederhana atau perlahan. Lembing diletakkan pada bahu. tetpi jangan menyentuh atau melepasinya. ii. peserta boleh melompat menggunakan kaki kanan sambil dibantu oleh tangan. iii.

Lepaskan lembing pada sudut 30°-40° daripada padang sekuat yang boleh dengan memastikan agar lembing akan mendarat sambil meninggalkan kesan pada padang. ii.iv. Jangan sekali-kali beredar ke hadapan melepasi pananda arc. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan berlepas sehingga lembing mendarat. . Peringkat Berundur i. Kembalilah ke tempat peserta untuk menanti giliran rejaman berikutnya. Peserta hendaklah beredar dari kawasan larian atau berlepas ke belakang daripada penanda arc. iii.

LONTAR TUKUL BESI .

Pada tempoh tersebut. acara baling tukul besi dijalankan di dalam bulatan yang berdiameter 2. sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Yang brbeza Cuma jenis peralatan lontaran yang sekaligus membezakannya dengan yang lain.permulaannya hendaklah daripada kedudukan statik di dalam bulatan balingan itu. Acara baling tukul besi ini berkembang pada era pertengahan. manusia menggunakan kapak besi untuk memburu dengan membaling kapak tersebut ke arah binatang buruan.135 meter dan tukulnya hendaklah mendarat di dalam kawasan yang bersudut 40 darjah daripada bulatan balingan.Pada asalnya. dan ikut lajak. acara sukan ini dimasukkan dalam permainan festival “God Thor”. Teknik-teknik asas untuk acara Baling Tukul Besi Seperti lempar cakera. Pada era yang berikutnya. cara memegang. acara sukan telah dinamakan sebagai “ Wheel Hurling” iaitu atlet akan membaling tukul besi di mana pemegangnya diperbuat daripada besi. pergerakan awal. melakukan balingan. Untuk membuat balingan. Semua pergerakan ini menghasilkan . terdapat juga lukisan yang menunujukkan gambar King Henry VIII sedang membaling ”Blacksmith‟s Sledgehammer” pada abad ke-16. Pada ketika itu. Cara melakukan balingan dalam acara baling tukul besi adalah hampir sama dengan melakukan lontaran dalam acara-acara lontaran yang lain. acara ini diadakan untuk menunjukkan kepahlawanan atau kekuatan sesorang. Bukti-bukti ini jelas menyatakan bahawa pada abad ke-16 adalah merupakan satu era perkembangan bagi acara baling tukul besi dan acara ini juga telah menjadi satu acara rasmi pada tempoh tersebut. Pada peringkat permulaan. Selain itu. Antara persamaan termasuklah dari segi persediaan. Latihan yang mencukupi dan pengawasan jurulatih berpengalaman adalah perlu bagi mambantu peserta memahirkan diri dengan setiap pergerakan dalam perlakuan membuat balingan. peserta hendaklah bersedia. sejarah membaling tukul besi adalah berasal daripada pemburuan zaman Neolitik. Bukti yang menunjukkan acara ini berkembang pada era tersebut ialah terdapatnya patung Joseph O‟Hanrahan potret dan setengah daripada potret Clad Irish sedang membaling tukul besi. dan pada masa yang sama mencapai jarak balingan yang diharapkan.

Setiap peserta harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat pergerakan ini supaya pergerakan keseluruhan membaling tukul besi dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan berkesan. Melakukan putaran. Memegang tukul besi dan bersedia Peringkat pertama dalam perlakuan membaling tukul besi selepas seseorang itu bersedia ialah memegang tukul besi. Ikut lajak atau pergerakan susulan. . Terdapat juga beberapa peringkat dalam pergerakan membuat balingan tukul besi ini. Membuat lontaran. tumpukan perhatian dan konsentrasi pada tukul besi dan kawasan balingan. Akhir sekali. Kemudian. Pada masa itu. Selain itu. Untuk mendapatkan cara pegangan yang betul dan sempurna ialah dengan memulakan pegangan tukul pada tangan kiri dengan kekuatan pegangan diletakkan pada jari-jari. peserta hendaklah berada pada kedudukan sedia di dalam bulatan balingan. letakkan tangan kanan diatas tangan kiri dengan pegangan yang sama serta penekanan pada menyokong tangan kiri dan mendapatkan pegangan yang selesa supaya keselamatan tukul besi dan pegangan terjamin. Peringkat-peringkatnya adalah seperti berikut: a) b) c) d) e) Cara memegang tukul besi serta persediaan awal. peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang selesa seperti kedudukan badan dan kaki.teknik balingan yang bukan sahaja berbeza antara satu peringkat dengan peringkat yang lain. tetapi juga antara satu acara yang lain. dengan membelakangkan arah balingan. Untuk memulakan pegangan. Peserta hendaklah mendapatkan pegangan yang selesa dan betul pada bahagian pemegang yang disediakan. kedudukan statik yang mula-mula biasanya di belakang bulatan lontaran berhampiran garisan belakang. Memusingkan dan memutarkan badan.

Kemudian. Untuk melakukan putaran dengan cara yang betul. peserta mestilah membengkokkan lengan untuk mengembalikan tukul besi ke belakang kepalanya. Memusing dan memutarkan badan Setelah melakukan putaran tukul besi tiga kali dengan kelajuan meningkat. sambil kaki kanan diluruskan dan kaki yang sebelah lagi dibengkokkan sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. Putaran juga dilakukan bagi mendaptkan rentak dan kelajuan awal sebelum mebuat balingan. tukul akan bergerak meninggi ke sebelah kirinya dan menurun ke sebelah kanannya. peserta hendaklah mengikut tukul. Biasanya. Untuk melakukan pergerakan ini. manakala memusing adalah pada badan bagi mengawal semasa berpusing. penekanan adalah pada pergerakan lengan bersama tukul. peserta mestilah menempatkan tukul besi yang selesa dalam pegangan tangannya pada kedudukan kanan di belakang kaki. dengan pegangan tangan masih selesa pada tempat pegangan tukul besi. tukul yang mengikut peserta manakala dalam pusingan yang ketiga ialah untuk . pusingan badan harus dilakukan mengikut rentak dan pergerakan dan gerakan tukul besi yang dipegang. Pada pusingan tukul yang pertama. Langkah yang seterusnya. Peserta hendaklah menggerakkan tubuhnya mengikut pergerakan putaran tukul bagi mendapatkan momentum yang betul. manakala dalam pusingan kedua. Selain itu. peserta akan melekukan tuga pusingan atau putaran. lengan peserta hendaklah diluruskan di hadapan tubuhnya sendiri. Tukul besi haruslah mencapai kedudukan tertinggi pada bahagian belakang peserta dan terendah di hadapannya. penekanan semasa memusing ialah pada kedudukan kaki dan badan peserta yang harus digerakkan besama putaran lengan dengan keseimbangan badan terus dikekalkan. pertamanya. sambil kelajuan putaran ditingkatkan dari satu pusingan ke satu pusingan berikutnya. peserta kini bersedia untuk melakukan putaran atau pusingan badan pula.Melakukan putaran Putaran yang dimaksudkan dalam acara baling tukul besi ialah pergerakan peserta memutarkan tukul besi beberapa kali bagi mendapatkan kedudukan dan masa yang sesuia dan selesa untuk membuat balingan. peserta mestilah menarik tukul besi melintasi bahagia hadapan tubuhnya. Semasa dalam putaran. Jika dalam peringkat putaran. Perlu diingat iaitu penahanan (pivot) adalah pada kaki.

peserta memerlukan pengunduran selepas tukul dibalingkan. peserta harus mengekalkan berat badan pada sebelah kiri. ke dalam kawasan pendaratan yang disediakan. Ini bermakna peserta sudah bersedia untuk membuat balingan. peserta juga harus memasukkan tekanantambahan pada tukul dengan bantuan kaki. Untuk lakuan ini. peserta haruslah mengikut arah yang dikehendaki dengan melepaskan balingan pada pusingan badan dan tangan pada kelajuan yang paling maksimum. Pada pusingan yang ketiga merupakan pusingan akhir peserta sebelum membuat balingan. kaki kiri peserta debengkokkan sedikit sebagai persediaan untuk balingan.mengawal momentum dan menyediakan badan untuk melakukan balingan. merupakan pergerakan terakhir dalam acara baling tukul besi ini. Akhir sekali. Ikut lajak Ikut lajak atau tindakan susulan selepas tukul dilepaskan daripada pegangan tangan. Selain itu. pinggang. peserta harus menunggu sehingga tukul yang dilontarkannya selamat mendarat di dalam kawasan pendaratan yang disediakan. Untuk melakukan balingan. Selain itu. Sebelum peserta meninggalkan bulatan balingan. Yang penting ketika ini ialah peserta dapat mengimbangi kedudukan kaki danbadannya. peserta mestilah memindahkan berat badannya dengan pergerakan menentang tekakan tukul. untuk mngekalkan momentum pergerakan. Balingan dibuat selepas peserta melepasi pusingan badan kali ketiga dengan kelajuan pusingan berada di peringkat maksimum. dada dan tangan sebagai persediaan akhirnya membuat balingan. Membuat balingan Peringkat pergerakan dalam acara membaling tukul besi ialah melepaskan tukul besi daripada pegangan tangan sebagai membuat lontaran. . Kemudian. peserta mestilah memastikan keseimbangan badan terjamin tanpa menyebabkan pergerakan menjadi batal. Seperti dalam acara-acara lontaran yang lain. manakala tukul bergerak ke arah kaki kanan.

Ansur maju memusingkan tukul besi. Pusingkan kayu keatas di bahagian kiri supaya lengkungan pusingan tadi mencapai titik yang tertinggi di bahagian belakang di sebelah kiri dan mencapai titik yang paling rendah di hadapan kanan badan anda. Panduan mengajar: 1. Bengkokkan kaki sedikit dan pandang hadapan. Baling bola dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.Ansur maju Di dalam acara tukul besi terdapat 5 fasa iaitu fasa memegang tukul besi. 5. Bengkokkan lutut kemudian berdiri di atas bebola kaki. jatuhkan kepala anda kedalam tangan anda dan pusingkan dada dan bahu. 3. 1. . Membuat pusingan dengan menggunakan kayu atau tiang. Cara latihan: Atlet membaling bola dengan menggunakan dua tangan. Ansur maju yang pertama ialah cara panduan tukul besi. membuat balingan dan fasa yang terakhir ialah ikut lajak. melakukan putaran. 2. Pusingkan kayu atau tiang sejauh yang mungkin dan pada masa yang sama gerakkan punggung ke kanan. Baling bola setinggi yang mungkin. Pastikan kedua-dua belah tangan dibengkokkan. Panduan mengajar: 1. 4. 2. Jurulatih boleh menggunakan bola sihat untuk latihan panduan tukul besi ini. Semasa kayu dihayunkan sejauh yang mungkin di bahagian kiri. 3. pusing dan memutarkan badan. 2.

Alihkan punggung anda ke kanan apabila bola berpusing ke sebelah kiri. Pegang kedua-dua belah tangan menegak di hadapan badan anda. Heret bola tersebut ke atas sebelah kiri sambil membengkokkan kaki sedikit. Ansur maju untuk membaling tukul besi. Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Ansur maju untuk membuat pusingan badan 1) Pusingan dengan tangan dipanjangkan. 4. 2. Jangan hiraukan tentang pergerakan kaki. tundukkan kepala anda di bawah tangan dan pusingkan kepmbali untuk bertemu dengna bola semula di bahagian kanan. jurulatih juga boleh menggunakan bola sihat sebagai latihan untuk para atlet.Untuk fasa ini. dan panjangkan tangan anda. Untuk lakuan membaling tukul besi. 5. Panduan mengajar: 1. Letakkan bola sihat di dalam jaring dan bola tersebut diletakkan di atas tanah di bahagian belakang sebelah kanan. pandang hadapan. Panduan mengajar: 1. pilih lengkungan dan mencapai titik yang tertinggi di bahagian bahu kiri anda. . Panduan mengajar: 1. 2. sekali lagi jurulatih boleh menggunakan bola sihat yang diletakkan di dalm jaring. Buat 2-3 pusingan. heretkan kaki membentuk satu bulatan dan berpusing di tempat yang sama. Bengkokkan lutut. 2. Elakkan daripada membengkokkan tangan ketika bola berada di hadapan badan anda. 3. Sebaik sahaja bola dihayun sejauh yang mungkin ke sebelah kiri.

2. 4. Gabungan antara membuat hayunan. Akhir sekali ialah dengan membuat 2-3 pusingan tukul besi diikuti dengan membuat 3 putaran badan serta balingan. Pastikan tangan dipanjangkan ketika tukul besi berada di hadapan badan anda. Cuba untuk membawa kaki kanan mengelilingi badan anda secepat yang mungkin untuk melengkapkan setiap putaran. dan membuat balingan Prinsip ansur maju di praktikkan ketika membuat latihan ini. Kemudian. 4. Pertamanya. Pasakkan kaki anda dan lepaskan atau balingkan bola tersebut melepasi bahu kiri anda. . Pastikan barisan kaki anda selari dengan arah balingan di akhir setiap balingan. membuat 2-3 pusingan tukul besi diikuti dengan dua putaran badan dan balingan. 3. 5.3. Panjangkan kaki anda dan membawa badan ke belakang dengan sepenuh tenaga serta buang kepala anda ke belakang. Mulakan daya tarikan yang terakhir ke atas bola untuk membuat balingan sebanyak 2-3 kali apabila bola mencapai titik yang terendah dihadapan badan anda. memusingkan badan. Jangan terlalu terburu-buru. membuat 2-3 pusingan tukul besi kemudian diikuti dengan satu putaran badan dan diikuti dengan membuat balingan. lakukan hayunan dengan perlahan-lahan dan tambahkan kelajuan ketika membuat putaran badan dan balingan. Panduan mengajar: 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful