JMS 316 INTELECTUAL ISLAMIC HISTORY SOALAN TUGASAN Discuss concerning the threat of Secularisme in Turkey by giving examples

based on historical reality. Terjemahan : Bincangkan tentang ancaman Sekularisme di Turki dengan memberi contoh-contoh berdasarkan realiti sejarah.

PENGENALAN- Pengertian Sekularisme Sekularisme ertinya memisahkan kehidupan dunia dari aturan agama atau menolak agama untuk memiliki peranan dalam mengatur kehidupan dunia dalam segala sisinya seperti dalam bidang sosial , politik, pendidikan ,ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Agama hanya diberi ruang untuk mengatur ‘seremonial ibadah’ di masjid atau perayaan –perayaan keagamaan tertentu dan agama hanya dijadikan sebagai masalah peribadi masing-masing.1 Di samping itu , Sekularisme ialah memisahkan agama dari kehidupan individu atau sosial dalam artian agama tidak boleh ikut berperan dalam pendidikan ,kebudayaan mahupun dalam hukum. Dengan kata lain Sekularisme memisahkan Allah Taala dari hukum dan undangundang makhluknya. Allah tidak boleh mengatur mereka seakan –akan tuhan mereka adalah diri mereka sendiri, berbuat sesukanya dan membuat hukum sesuai seleranya.2
1

Dr. Yusuf Qaradhawi, Sekular Ekstrim, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur, 2000, hlm : Pengantar Penerbit 2 Ibid , hlm : Bab Pertama

1

Sekularisme ialah fahaman falsafah yang memisahkan urusanurusan keduniaan dari urusan-urusan agama. Ia merujuk kepada sifat keduniaan (temporal) sebagai lawan kepada sifat keakhiratan atau kekelan abadi (eternal) dengan bahasa yang mudah .4 PENUBUHAN REPUBLIK TURKI MODEN DAN PERKEMBANGAN SEKULARISME Gerakan Freemasonry atau Zionisme di dalam Kerajaan Turki telah berjaya meruntuhkan Kesultanan Turki pada tahun 1909 iaitu pada zaman Sultan Abdul Hamid II. perkataan “Secular” menurut kamus Inggeris membawa makna yang berhubung dengan dunia nyata tidak berhubung dengan alam rohani “ spiritual” atau alam akhirat.. Selain tiga tokoh ini. terdapat juga tokoh-tokoh lain yang peranan mereka sangat penting dalam sejarah Turki moden iaitu Ziya Golkalp dan Mustaffa Kemal Pasha. Omar.3 Justeru itu juga . 2 . 1986 . Penerbitan Nadhi. hlm165 4 Ibid . Secara sedar memusatkan perhatiannya semata-mata kepada masalah keduniaan dan meninggalkan peranan agama dan Tuhan dari segala urusan kehidupan dan penghidupan manusia.Selain itu. Dengan kejatuhan ini maka pemerintahan Turki kini dikuasai oleh Jawatankuasa Persatuan dan Kemajuan. Tamadun Islam dan Ideologi-Ideologi Masa Kini. Tal’at Pasha dan Jemal Pasha. sekular merujuk kepada yang tidak di bawah pengaruh dan naungan gereja Kristian. khususnya di tangan tokoh-tokoh Tiga Serangkai iaitu Anwar Pasha. Dalam menghuraikan tentang Republik Turki moden kita akan 3 Mohd. Sekularisme juga memisahkan secara mutlak antara ilmu pengetahuan (sciences) dan kajian yang bersifat objektif dari pengaruh dan tuntutan agama. Nasir b. selangor.

ia kehilangan lebih banyak wilayah sebelum dihancurkan oleh pihak Bersekutu. Kuala Lumpur . para pengganti Abdul Hamid hanya tinggal sebagai boneka sahaja. dapatlah dikatakan bahawa rejim Turki Muda yang terdiri daripada berbagai-bagai aliran seperti Islam. namun banyak program pembangunan dan perubahan yang telah dilakukannya. Sebaliknya . Bhd. nasionalis dan liberal hanya bersatu atas dasar untuk menamatkan pemerintahan Abdul Hamid serta campur tangan asing. Tiada satu pun wilayah ‘Uthmaniyyah ‘ yang terlepas ke tangan asing seperti yang berlaku kemudiannya apabila pihak Turki Muda mengambil alih kuasa. tidak berjaya untuk memperkukuhkan Empayar ‘Uthmaniyyah. Penjajahan Dan Pergolakan .7 5 Abdul Rahman Haji Abdullah. Dalam melaksanakan pemerintahannya . kedudukan Islam selaku al-Din terus tercabar. hlm 167 3 .menumpukan perhatian kepada kedua-dua tokoh ini sama ada dari segi pemikiran mahupun gerakan politik mereka. Islam Di Asia Barat Moden . hlm : 167 7 Ibid.1987 . Shah Alam.6 Baginda disingkirkan dan dibuang ke Salonika . hlm : 91 6 Fadhlullah Jamil. Sejak itu. baginda sendiri berasa curiga terhadap kuasa-kuasa asing dan tidak mempercayai golongan elit yang pro-Barat dan pihak nasionalis serta kelompok lain yang berkepentingan untuk merebut kuasa daripadanya. Karisma Publications Sdn. Secara ringkas. Sejajar dengan perkembangan politik yang semakin mengancam itu. Hal ini merupakan satu era baru yang membuahkan sekularisme yang kian mengganas di Turki. Sejarah dan Aliran. Dasarnya yang tegas telah berjaya memelihara Empayar ‘Uthmaniyyah’ daripada terus berkecai. Dewan Bahasa dan Pustaka .5 Walaupun Sultan Abdul Hamid II dikenali sebagai mengamalkan dasar kuku besi.

Pertama sekali adalah mengenai Ziya Golkalp (1875-1924) atau Mehmed Ziya Bey. I belong to the European 8 Abdul Rahman Haji Abdullah . I belong to the Islamic Ummah . pandangan hidupnya adalah adalah bertolak daripada tiga asas iaitu Turki . Ziya Golkalp telah dianggap sebagai bapa nasionalisme Turki. beliau dilantik sebagai anggota Majlis Nasional Agung. Dialah yang menjadi perumus teori gerakan nasionalis yang kemudiannya berjaya menubuhkan Republik Turki di bawah pimpinan Mustaffa Kemal pada bulan Oktober 1923. Pada mulanya beliau memang ahli yang aktif di dalam Jawatankuasa Persatuan dan Kemajuan seperti juga Mustaffa Kemal Pasha. Seperti katanya : “ I belong to the Turkish nation . kita akan menumpukan perhatian kepada kedua-dua tokoh ini iaitu Ziya Golkalp dan Mustaffa Kemal Pasha sama ada dari segi pemikiran mahupun gerakan politik mereka. Beliau dilahirkan di Diyarbakir daripada keluarga pegawai-pegawai Uthmaniyah . 1987 . tetapi berkat kegigihannya dalam pelajaran dan penulisan . Bahkan program Parti Rakyat dan juga perlembagaan pertama Republik Turki adalah sebahagian besarnya berdasarkan pandangan-pandangan Golkalp. Dewan Bahasa . tetapi tidak lama kerana ia meninggal dunia pada tahun yang berikutnya.Dalam perbincangan tentang penubuhan republik Turki moden dan perkembangan aliran sekularisme . 8 Pada tahun 1923. pada tahun 1913 beliau dilantik memegang Kerusi Sosiologi di Universiti Istanbul. hlm : 92 4 . Kuala Lumpur . Dalam sejarah Turki moden . tetapi kemudiannya menjadi penyokong utama Parti Rakyat ( Halk Firkasi) pemimpin Mustaffa Kemal.9 Jika didasarkan kepada pengakuan Ziya Golkalp sendiri. Islam dan Barat. hlm : 91 9 Ibid . Pendidikan yang diterimanya adalah setakat di Sekolah Kedoktoran Haiwan ( Veterinary School) di Istanbul. Pemikiran Islam Masa Kini ( Sejarah Dan Aliran) .

Oleh kerana dia lebih menyukai tamadun daripada agama. sosiologi. Baginya . Dengan itu. ilmu-ilmu pengetahuan psikologi. Ertinya dia berdasarkan kepada sintesis antara Turkisme . Bertolak daripada pegangan sekularisme yang dianutinya. Sungguhpun pada teorinya dia kelihatan masih menghormati Islam . biologi. pada mulanya perjuangan Ziya Golkalp adalah berlandaskan idealisme Pan-Turkisme yang menekankan kesatuan kebudayaan bangsa Turki Orghuz. hlm : 92 Ibid . barulah tumpuannya lebih kepada nasionalisme Turki yang tulen dan pembentukan negara kebangsaan Turki. ini adalah kerana anggapannya bahawa bangsa Turkilah yang merupakan pengasas tamadun tersebut.tetapi cara tanggapan dan pemikirannya mengenai Islam dan peranannya itu sendiri membuktikan penolakannya terhadap Islam. Ziya Golkalp. Dengan menekankan keegoan negara Turki.agama hanyalah kepercayaan atau ritual. Tetapi selepas Perang Dunia Pertama. beliau sebenarnya lebih merupakan pemuja tamadun Barat dan sekaligus pendukung nasionalisme Turki yang tulen.11 10 11 Ibid . ternyata tidak dapat melepaskan diri daripada tamadun sekular barat. Bagaimanapun jika diperhatikan secara lebih mendalam . Westernisme dan Islam. maka dia menuntut agar kita meyakini keunggulan tamadun itu bahkan turut merasa nikmatnya. Bagaimanapun dalam proses mencapai kemajuan. dia menyatakan tentang keunggulan kebudayaan Turki berbanding dengan kebudayaan-kebudayaan lain. Ziya Golkalp memisahkan di antara persoalan keagamaan dengan persoalan tamadun.10 Sebagai seorang nasionalis. hlm : 93 5 .civilization”. fizik dan matematik itu tidak ada hubungan dengan agama. Mengenai mengapa nasionalismenya berasaskan tamadun Barat.

kalau Ziya Golkalp masih menghormati agama Islam meskipun dengan caranya sendiri.Quran dan adat kebiasaan. dia menganggap yang Islam adalah agama moden. Mustaffa Kemal merupakan merupakan pengasas negara Turki moden telah dilahirkan di Salonika . Bahkan lebih jauh daripada itu. Beliau dilahirkan pada tahun 1881M. hlm : 94 6 . apabila perniagaannya itu gagal . sebaliknya ditangan Mustaffa Kemal syiar Islam menjadi musuh utamanya yang mesti dibanteras habishabisan. Sekiranya semuanya itu masih dalam peringkat teori atau pemikiran. yakin daripada al. Mustaffa Kamal pula adalah pula seorang Dunmah (Dunama) iaitu daripada kalangan bangsa Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam bagi merosakkannya dari dalam. sebuah bandar dalam wilayah Macedonia yang ketika itu masih merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah.Dalam persoalan hukum syariat. Sejak itu. Oeh kerana adat kebiasaan itu mengalami evolusi dan berubah-ubah. dia telah bertukar menjadi seorang pemabuk dan akhirnya meninggal dunia. pelopor atau bapa nasionalisme Turki moden. maka hukum Islam juga dapat berubah-ubah.beliau telah dijaga 12 Ibid. Salonika ketika itu merupakan maskas kegiatan kaum Yahudi.Khususnya tentang sikapnya terhadap Islam . Ayahnya Ali Reza kemudiannya menjadi seorang peniaga kayu-kayan.Tetapi malangnya . barulah kemudiannya di tangan Mustaffa Kemal Pasha teori ini menjadi kenyataan.12 Seterusnya kita akan menghayati pula tentang pengembang aliran sekular yang lebih radikal iaitu Mustaffa Kemal Pasha. Dengan itu adalah perlu bagi orang-orang Turki bersembahyang dalam bahasa Turki agar mereka merasa dekatnya dengan Islam. dia menganggap hukum-hukum itu adalah bersumberkan Nas dan ‘urf’. Demikianlah antara lain prinsip-prinsip pemikiran dan perjuangan Ziya Golkalp.

Mungkin oleh kerana suasana rumahnya yang kurang tenteram itu. tindakan ini hanya untuk mengelabui pandangan orang kerana setelah itu dibangunkan kembali dengan nama baru iaitu Parti Republikan Rakyat. hlm : 159-160 14 Abdul Rahman Haji Abdullah . Mustaffa berjaya memainkan peranannya dengan penuh berkesan untuk menghapuskan institusi keagamaan dan malahan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam akan disingkirkannya. Pemikiran Islam Masa Kini (Sejarah dan Aliran ). Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. tetapi amat garang dalam mendidik anaknya. Dewan Bahasa dan Pustaka.oleh ibunya . hlm : 95 7 . Thinkers Library . enggan tunduk kepada sesiapa jua dan lebih gemar menghina atau memperkecil-kecilkan kebolehan orang-orang lain. beliau bertindak menutup semua majlis Freemansonry di Turki. 13 Prof. Sejak itu bermulalah siri-siri pemusnahan terhadap agama dan menggantikannya dengan sistem sekularisme dan nasionalisme. Mustaffa terus membesar menjadi seorang individu yang degil. Kuala Lumpur .Namun demikian. Beliau memulakan kariernya sebagai pelajar Akademi Tentera dan kemudiannya ke Kolej Peperangan di Istanbul hingga tamat pada tahun 1905 dengan pangkat Staff Captain. 2000. Zubaidah yang terkenal sebagai wanita yang warak. Memang ada pihak yang mungkin menolak hubungannya dengan gerakan Freemanson ini.13 Mustaffa berwatak keras lagi kasar. kerana sebaik sahaja beliau berkuasa. bongkak.14 Secara rasminya negara Turki diisytiharkan sebagai sebuah republik pada 29 Oktober 1923 dengan Mustaffa Kemal dilantik sebagai Presidennya yang pertama. Sebagai seorang anggota Freemansonry atau Zionisme. 1987 . Selangor . Madya Fadhlullah Jamil . beliau mempertahankan Turki daripada serangan-serangan Tentera Bersekutu hingga dengan itu namanya menjadi terkenal. Islam Di Asia Barat Moden. Sebagai seorang panglim tentera .

ANCAMAN-ANCAMAN SEKULARISME DI TURKI Semasa pemerintahan Mustaffa Kemal Pasha atau terkenal dengan gelaran Attaturk. Madya Fadhlullah Jamil . satu undang-undang iaitu Undng-Undang Topi telah diluluskan . Melalui undang-undang ini . Beliau memimpin Turki selama 15 tahun. 15 16 Ibid . bila disebut ‘tamadun’ itu sendiri . Thinkers Library. Selangor. Mustaffa Kemal sentiasa berkiblatkan kepada tamadun barat dalam segenap bidang. beliau memimpin secara diktator. manakala pemakaian tarbus serta lain-lain jenis penutup kepala sama sekali diharamkan. Beliau sentiasa berusaha untuk menghapuskan nilai dan kebudayaan Islam di Turki serta menyebarluaskan kebudayaan Barat.Dalam proses medenisasi negara Turki. maknanya tidak lain ialah tamadun Barat. Islam Di Asia Barat Moden.15 Gerakan proses membaratkan ini berjalan serentak dengan gerakan nasionalisasi iaitu memutuskan Turki dengan tamadun Islam sebaliknya menghidupkan semula tradisi pra-Islam. Sejarah Penjajahan Dan Pergolakan. Hal ini menyebabkan timbulnya penentangan daripada rakyat yang cintakan tradisi Islam. hlm : 166 8 . Pada bulan Oktober 1925. Antara pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau yang begitu mengancam agama Islam adalah seperti berikut.16 Pada tahun yang sama. pemakaian topi dimestikan bagi rakyat Turki. wanita Islam telah digalakkan untuk membuka aurat iaitu dengan memakai gaun dan pakaian barat yang lain atas dasar mentamadunkan diri seperti orang-orang Eropah. Bahkan baginya . hlm: 96 Prof.

17 Undang-undang Awam Turki yang baru digubal itu telah mengharamkan poligami.iaitu mengikut undangundang sivil dikalangan umat Islam dan akad nikah hanya dibenarkan untuk sesiapa yang ingin melakukannya sahaja. Penggunaan Syari’at Islam terus diketepikan. 167 9 .Berhubung dengan ini. Hal ini telah 17 18 Ibid. membenarkan perkahwinan dengan cara berdaftar. hlm 167 Ibid . Sejajar dengan ini. hlm. fasal menetapkan Islam sebagai agama negara bagi Turki telah dihapuskan daripada perlembagaan kebangsaan. kedudukan para ulama telah lumpuh. Taqwim Islam (Kalendar Hijrah) telah digantikan dengan Kalendar Gregorian ( Kalendar Kristian) Pada tahun 1926 juga.18 Pada tahun 1928. Lantaran itu. Mereka tidak lagi diberi peluang untuk bertindak selaku agen yang mencorakkan masyarakat. Di samping itu. satu reformasi bahasa telah dilaksanakan sebagai melengkapkan usaha untuk mengikiskan pengaruh pengaruh Islam daripada kehidupan rakyat Turki. .maka tulisan rumi telah diwajibkan dan huruf-huruf al-Quran ( Arab) diharamkan penggunaannya. Sebelum ini catatan nama Islam tidaklah memberi sebarang erti memandangkan bahawa dari segi amalan Islam tetap tercemar dan terhakis pengaruhnya. istilah Arab yang menjiwai Bahasa Turki Uthmaniyyah telah sama sekali dilenyapkan. Dengan itu . Sejajar dengan itu. semua rakyat Turki sama ada Muslim atau bukan Muslim dikendalikan oleh satu undang-undang yang sama. Undang-Undang Awam Turki telah digubal berdasarkan Undang-Undang Switzerland. Undang-Undang Jenayah telah dipinjam dari Itali dan Kanun Perdagangan Turki telah digubal berdasarkan Undang-Undang Kanun Perdagangan Jerman.Pada tahun 1926.

Di samping itu. Pada tahun 1932. dansa dikhalayak ramai juga dibenarkan dengan Ataturk sendiri memimpin majlis 10 . Di samping itu. Pada tahun 1935. Mustaffa Kemal mewajibkan penggunaan nama keluarga bagi setiap rakyat Turki. rejim Mustaffa Kemal telah menukarkan hari kelepasan bagi Republik Turki dari hari Jumaat kepada Ahad supaya kedudukannya sejajar dengan amalan antarabangsa. Pada tahun 1932. Mustaffa Kemal juga telah menukarkan status Masjid Aya Sofya kepada sebuah muzium. Dalam rangka untuk memenuhi semangat nasionalisme Turki itu. Perubahan bahasa ini begitu memilukan hati orang Islam. para sejarawan digalakkan untuk menggambarkan bahawa Islam adalah agama kolot yang hanya sesuai untuk Badwi yang tinggal di padang pasir.menimbulkan kekecohan yang tertentu kerana generasi muda Turki dan keturunan yang akan datang tidak dapat lagi membaca al-Quran dan mempelajari hadis-hadis serta kitab agama. beliau telah memerintah supaya azan iaitu bang yang menandakan masuknya waktu sembahyang ditukarkan ke dalam bahasa Turki. Islam telah digambarkan sebagai penghalang kepada kemajuan dan menyebabkan bangsa Turki mundur. ia telah mengungkit kembali zaman pemerintahan Hun di bawah pimpinan Genghiz Khan di Asia Tengah dulu dan menggambarkannya sebagai zaman keemasan bagi sejarah bangsa Turki. pelajar lelaki dan wanita dibenarkan untuk belajar bersama-sama melalui sistem co-education seperti di negara Barat. Dalam bidang sosial pula . Selain itu.iaitu mengaitkan sejarah Turki moden dengan zaman sebelum Islam.Di sebalik itu . Segala kesan sejarah dan alat peralatan kebudayaan dipamerkan di sana. khususnya di Barat. Mustaffa Kemal telah melancarkan reformasi sejarah.

Namun demikian segala yang telah dilakukan oleh Mustaffa itu tidak memberi kebahagiaan yang sepenuhnya kepada manusia.Segala pembaharuannya begitu menghina dan merendahkan agama Islam . apabila kita meneliti tentang perkembangan aliran sekularisme di Turki ini dan pembaharuan-pembaharuan yang diasaskan oleh Mustaffa Kemal Ataturk kita akan berasa sangat tersinggung dan pastinya kemarahan akan menguasai diri kita. Beliau juga mengisytiharkan seseorang individu dewasa boleh menukarkan agamanya jika ia kehendaki.Sir Arnold Toynbee bahawa pensekularan tamadun barat yang bermula sejak abad ke tujuh belas sebenarnya tidak mampu memberi kestabilan hidup manusia. Selain itu . Menurut Dr. semasa pemerintahan beliau maka terpisahlah secara mutlak urusan kehidupan di dunia dari apa jua kaitannya dengan soal kerohanian dan alam ghaib. Dalam hal ini beliau menggalakkan umat Islam agar murtad daripada agama Islam Justeru itu. Tanpa menghiraukan tuntutan Islam.tarian itu. 11 . beliau membenarkan wanita Islam berkahwin dengan orang lelaki bukan Islam.Segalanya itu hanya dinilai dari sudut kehidupan di dunia ini semata-mata. segala tindakan yang diambil oleh Mustaffa sejak beliau memegang teraju pemerintahan di Turki bolehlah dikatakan didorong oleh sanjungannya yang melulu terhadap tamadun Barat dan kebenciannya yang mendalam terhadap Islam. KESIMPULAN Oleh itu . Hal ini dilakukan melalui undang-undang.

Pemikiran Islam Masa Kini (Sejarah Dan Aliran ) . Dewan Bahasa Dan Pustaka.BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Abdullah . Kuala Lumpur . 1987 12 .

Selangor . 2006 13 . Jakarta Timur . Pustaka Al.Qaradhawy . Omar . Penerbitan Nadhi . Pekan Ilmu Publication Sdn. Selangor . Islam Di Asia Barat Moden. 2000 Mohd. Madya Dr. Tamadun Islam dan Ideologi-Ideologi Masa Kini . Thinkers Library .Kautsar .Dr. 1986 Prof. Nasir b. Fadhlullah Jamil . Yusuf Al. Selangor. Siri Cendekiawan Islam 365 Hari Dalam Sejarah. 2000 Syed Mahadzir Syed Ibrahim . Sejarah Penjajahan Dan Pergolakan . Sekular Ekstrim. Bhd .

14 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful