THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY?

Assignment 1

CARA MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL DENGAN BERKESAN DI SEKOLAH? Pengenalan Penggunaan teknologi dalam pendidikan bukan suatu perkara yang asing lagi pada masa kini. Penggunaanya boleh membantu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran, di samping dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih menarik dan berkesan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan pendekatan perbincangan dalam kumpulan merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran. Hal ini kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Jesteru pembentangan ini akan membincangkan bagaimana cara menggunakan menggunakan media sosial dengan berkesan di sekolah.

Media Sosial Penggunaan Media sosial dalam pembelajaran adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan Information and Communication Technologies (ICT) yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. Dalam konteks dunia hari ini teknologi maklumat konvensional seperti akhbar, televisyen dan radio telah menjadi agen utama kepada perhubungan dan penyebaran berita masayarakat. Namun dengan perkembangan arus globalisasi dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) sekitar tahun 1960-an, jaringan internet mula menjadi media alternatif menggantikan yang arus perdana seperti televisyen dan radio. Internet atau lebih spesifik dikenali sebagai World Wide Web (www) yang ditawarkan melalui komputer telah membawa implikasi yang besar dalam perkembangan dunia komunikasi malah diklasifikasi sebagai media sosial yang pantas berkembang (Nur Azween Zakaria & Nidzam Sulaiman, 2008).

Penggunaan komputer dan internet mula bertapak di arena pendidikan dengan memperkenalkan alat pandang dengar, radio pendidikan dan TV pendidikan. Alat pandang dengar mula diperkenalkan pada tahun 1949. Tujuannya ialah untuk
1

pengarkiban dan berasaskan teks.Teknologi maklumat dan komunikasi semakin berkembang dengan adanya pelbagai aplikasi berasaskan Internet. malah lebih daripada itu. 2 . perkembangan ini berjaya menarik lebih ramai pengguna mengaplikasikannya. dengan teknologi Web 2. Media ini juga merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. memproses dan menganalisis data sehingga menjadi maklumat yang berguna. Oleh sebab itu Levinson (2009) menyebutnya sebagai “new new media” lebih sosial daripada media sosial yang menunjukkan perbezaan berbanding media sosial klasik seperti e-mel dan laman web. teknologi yang dikenali sebagai ICT ini sebenarnya adalah rangkuman dua kompenen teknologi iaitu “teknologi maklumat” dan “teknologi komunikasi”. Media sosial ini bukan hanya “perpustakaan maklumat” untuk memudahkan pengedaran maklumat kepada khalayak global. Teknologi komunikasi dan maklumat dianggap sebagai media sosial yang menyalurkan serta menyediakan pelbagai maklumat kepada massa. Ini secara tidak langsung menunjukkan media sosial sekarang lebih bersikap mudah untuk menggunakannya atau mesra pelanggan. Oleh itu.0. 2010). bentuk penggunaan Internet telah berubah dan banyak yang boleh dilakukan dengan media sosial ini (Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. Namun begitu radio pendidikan lebih awal mempeloporinya iaitu pada tahun 1946 di bawah Jabatan Penyiaran. Kementerian Penerangan.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 pembinaan dan penerbitan bahan bantuan mengajar. Teknologi maklumat merujuk kepada kaedah untuk menyimpan. membekalkan maklumat dan lain-lain. 1992 ). Tambahan pula. Pang. Secara tidak langsung. Media ini bukan hanya alat bagi kemudahan pengedaran. tetapi kini menjadi alat bagi media sosial yang berkeupayaan untuk menyampaikan kandungan media dan menyediakan kemudahan interaksi antara pembaca dengan penulis. Manakala teknologi komunikasi pula ialah sebagai kaedah untuk menyampaikan data dan maklumat dari seseorang kepada seseorang yang lain dan dari satu tempat ke tempat yang lain. Menurut Shaikh Mohd Saifudden (2002). Pada tahun 1972 Kementerian Pendidikan telah mengadakan stesyen atau siaran televisyen pendidikan bagi tujuan memodenkan pengajaran sehinggalah penggunaan komputer dan internet diperluaskan pada tahun awal 1990-an (V. jelaslah berdasarkan huraian ini ICT adalah teknologi yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk berkomunikasi dan memperolehi maklumat.

org msn.com wikipedia. Malaysia tergolong dalam Top 10 di Asia dengan 16. Jumlah ini semakin meningkat dari semasa ke semasa.com youtube.internetworldstats.com google. terdapat senarai 100 laman web yang sering dilawati oleh pengguna-pengguna Internet di Malaysia. jelas menunjukkan bahawa penggunapengguna internet di Malaysia lebih cenderung melayari laman-laman web yang berunsurkan media sosial.3% dan 42. Antara tahun 2000 hingga 2009. Untuk pemerhatian ini.com (syarikat pemerhati laman web yang berpengkalan di U.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 Data daripada Internet World Statatistic (www. penulis hanya paparkan 10 laman web teratas sahaja : Ranking 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Senarai Laman Web facebook.com melaporkan. Mengikut data yang diberikan oleh Alexa.com live.my yahoo.com blogger.com. Perkara ini lebih jelas lagi apabila statistik dari laman web socialbakers.4% pengguna Internet adalah dari Asia.com myspace.com) menunjukkan jumlah pengguna media sosial ini meningkat saban tahun.com google.9 juta pengguna pada tahun 2009. statistik menunjukkan peningkatan pengguna Internet di seluruh dunia 339.S). jumlah pengguna laman sosial facebook di Malaysia kini melebihi 12 juta orang.com Jadual 1 : Paparan 10 laman web teratas yang sering dilawati oleh penggunapengguna Internet di Malaysia Berdasarkan kepada jadual di atas. 3 .

(2006). Ia juga dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Becker (1991) menyatakan “empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda”. menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya. Menurut Ab. Para pendidik juga harus memanfaatkan ruang-ruang perbincangan dalam media sosial supaya dapat digunakan sebagai kaedah P&P bersama dengan pelajar. tidak dapat dinafikan komputer dan internet mempunyai kesan yang besar kepada sesebuah negara. Ini kerana. Streamyx. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Jesteru pihak sekolah melalui para pendidik harus memanfaatkan peluang ini dengan mempelbagaikan bahan-bahan ilmiah dalam media sosial agar dapat dimanfaatkan oleh pengguna bagi tujuan pembelajaran. P1 Wimax dan Unifi semakin meluas dikalangan masyarakat telah berkembang kepada peningkatan pengguna di negara ini. Perkembangan yang berlaku ini tidak harus disia-siakan oleh guru dan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka seterusnya mempelbagaikan bahan bantu mengajar bagi menarik minat pelajar terhadap Pendidikan. mengumpul maklumat. Perkara ini disokong oleh Wan Zah Wan Ali (2009) dengan menyatakan bahawa dalam perkembangan ICT masa kini. pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan. kewujudan alat mudah alih tanpa wayar seperti broadband. Halim et al.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 Menurut Kajian Norizan et al (2010) penggunaan laman sosial facebook menjadi semakin popular di Malaysia sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Data 4 . Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara manusia bekerja. sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diintergrasi dengan penggunaan komputer membolehkan pelajar menggunakan pengkalan atau hamparan elektronik untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah.

diuji daripada beberapa perspektif. menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Komputer juga mampu melakukan banyak perkara di luar kemampuan manusia (Musa Muhamad. bermakna dan menyeronokkan jika guru menggunakan media Melalui teknologi terkini. Penggunaan komputer dan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran juga memberi satu suasana yang fleksibel. pelbagai laman web tempatan yang dibangunkan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran. video dan bunyi dalam dokumen mereka. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajarnya sahaja. Hal ini kerana. produktiviti dapat dipertingkatkan serta pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. membuat tekaan serta mengujinya. animasi.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 dapat di manipulasi dengan mudah. Keupayaan menghantar. cepat dan berkesan dengan adanya teknologi seumpama ini. Keupayaan multimedia membolehkan pelajar menerokai idea mereka dengan menggabungkan grafik. Cara Berkesan Penggunaan Media Sosial Dalam Pembelajaran Di Sekolah Cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah dengan menjadikannya alat untuk membantu kerja-kerja pendidik supaya menjadi lebih mudah dan berkesan. 2001). Pangkalan data di dalam komputer boleh menyimpan pelbagai maklumat yang mudah untuk dicapai oleh 5 . Kehadiran teknologi multimedia dan internet adalah anugerah istimewa kepada dunia Pendidikan. Pelajar boleh berhubung dengan guru dan rakan dalam bentuk serentak (synchronous) dan tertangguh (asynchronous) melalui ruangan perbualan (chat) atau surat eletronik (email). Aktiviti pendidikan menjadi lebih berkembang. Halim et al. malah boleh dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilikbilik kelas bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu. sebaliknya boleh dilakukan menerusi alam maya. Menurut Ab. pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Secara tidak langsung. masyarakat sekarang banyak bergantung kepada alat-alat elektronik dalam kehidupan mereka. (2006) lagi. Perbincangan secara maya membantu pelajar bertukar-tukar pendapat dengan selesa tanpa kekangan masa dan ruang. Ini bermakna pelajar mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan mudah.

2005). Pembelajaran dan pengajaran menggunakan media sosial adalah konsep yang mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan. pelajar juga boleh berhubung atau berkomunikasi dengan rakanrakan mereka dari sekolah-sekolah lain serta berkongsi pendapat dan idea dengan mereka dengan menggunakan kemudahan web. email.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 para pelajar pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada sama ada di dalam atau di luar bilik darjah (Jamaludin. Terdapat beberapa kelebihan penggunaan media sosial dalam pembelajaran antaranya menjadikan pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja. Hal ini memberikan pendedahan kepada guru tentang 6 . Dalam dunia pendidikan semua ahli akademik mesti menguasai teknologi maklumat terkini dan para guru digalakkan untuk mengintegrasikan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran. pelajar juga mudah menghubungi rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online terutamanya melalui forum perbincangan dalam facebook dan email group. Perkara Ini disokong oleh (Abdul Razak Abdul Mutalib & Ezry Fahmy Eddy Yusuf. Selain itu. lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai kelemahan dalam aspek pelajaran yang tertentu. 2009) yang menyatakan bahawa Media massa bentuk baru ini telah diiktiraf sebagai salah satu medium untuk menyampaukan maklumat pada masa terkini. Ia adalah satu perkembangan pendidikan hasil daripada proses ledakan Information and Communication Technologies (ICT) yang merujuk kepada penggunaan teknologi tersebut dalam membuat penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi. (2010) penggunaan teknologi menjana minat pelajar terhadap apa jua yang disampaikan dalam kelas. facebook dan sebagainya. Menurut Muhammad Haron Husaini et al. Pelajar masih boleh berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forum-forum perbincangan. Selain itu. Robiah & Nor Sakinah (2007) berpendapat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar. Gambaran maklumat dan informasi yang dipaparkan berupaya mempengaruhi minda. pemikiran dan seterusnya kepada tindakan tertentu.

7 . Nota atau maklumat yang berkaitan dengan kelas juga boleh disebarkan dan diperoleh melalui Web dan media sosial di mana semua pelajar boleh mengaksesnya dalam satu masa serta dapat meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dlam ingatan.(2010). Kajian saintifik membuktikan proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dengan mengunakan pelbagai jenis media seperti audio. Ini kerana pengunaan media sosial dan pelbagai media yang dinamik membolehkan sesorang memahami sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan informasi yang diterima ke ingatan untuk jangka masa yang panjang. Pengajaran berasaskan laman web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang mempunyai potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknologi masa kini khususnya media sosial yang seringkali menjadi media yang popular generasi masa kini.grafik terutamanya laman web sebagaimana dinyatakan oleh Latifah Sidek et al.2006). Kaedah pembelajaran dengan mengaplikasikan media sosial membolehkan pelajar mencari maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat dan mudah. Lambakan maklumat yang terdapat didalam internet boleh dimanafaatkan oleh guru dan pelajar dalam kebijaksanaan memilih bahan-bahan yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (Md Yusuff Daud et al.Ciri-ciri antara muka dan fizikal laman web mempunyai impak yang berlainan berbanding pengajaran konvensional dan penggunaannya melalui laman web yang berkaitan dengan maklumat topik akan memudahkan sesiapa sahaja untuk membuat rujukan tanpa mengira masa dan waktu. Sidek Ab Aziz (2009) menjelaskan e-pembelajaran juga didefinasikan sebagai penggunaan teknologi berinovasi dan model pembelajaran yang dapat menukar cara seseorang memperolehi kemahiran dan menambahkan pengetahuan yang baru dan ia juga dapat dikatakan sebagai integrasi teknologi maklumat kedalam sistem pembelajaran yang dapat digunakan tanpa terhad kepada faktor tempat dan masa.

iv. terdapat empat kelebihan penggunaan laman web dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran: i. Pengguna boleh menggunakan komputer biasa berdasarkan aplikasi windows. 8 . Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Descy (1998). vii. ii. Penghantaran maklumat menjadi mudah dan membolehkan pelajar yang memerlukan maklumat menyalin dan menyimpannya. Antara kelebihan penggunaan media sosial untuk pembelajaran kepada pelajar adalah seperti berikut : i. iii. iv. Perisian yang menggunakan laman web tidak memerlukan platform yang khusus. kefahaman serta kemahiran analitikal dikalangan pelajar.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 Penggunaan aplikasi Internet memberikan wadah baru atau inovasi baru kepada guru untuk menarik minat pelajar membaca dan mengumpulkan maklumat. Bahan yang diberi kepada para pelajar mudah untuk dikawal melalui kata laluan tertentu. viii. Menggalakkan pembelajaran secara bebas dan aktif serta meningkatkan tanggungjawab kendiri di kalangan pelajar. Pelajar dapat menghubungi guru atau rakan sekelas mereka serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi secara online terutamanya melalui forum perbincangan. Pelajar dapat mengakses internet atau media sosial tanpa mengira masa dan tempat. Pelajar dapat mencari pelbagai sumber maklumat tanpa batasan dengan tempoh waktu yang singkat. v. Dapat mempertingkatkan keyakinan. Bahan yang ditawarkan melalui laman web mudah untuk dikemaskini berdasarkan perkembangan semasa. Dapat mewujudkan persaingan sihat dikalangan pelajar supaya berlumbalumba mencari maklumat sebanyak mungkin. Dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menggetahui maklumat secara lebih mendalam dan tidak hanya terikat kepada kurikulum sahaja. iii. Dapat memperkembangkan gaya pembelajaran aras tinggi. ii. vi.

Janganlah kita membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun berfungsi di pelayan tersendiri.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 Bagi menjayakan penggunaan ICT dan aplikasi media sosial dalam bidang pendidikan. 9 . Maka tidak boleh disangkal lagi penggunaan media sosial adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini. Pengguna Facebook boleh melayari aplikasi yang ada dan mengaktifkan manamana aplikasi yang dimahukan. penglibatan semua pihak dari pihak pentadbiran atasan hinggalah peringkat bawahan perlu memainkan peranan serta haruslah bekerjasama dan berusaha dengan gigih untuk mengatasi halangan-halangan yang timbul dalam usaha-usaha untuk menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan. Contoh Media Sosial: Cara Sekolah menjadikan Aplikasi Facebook berkesan dalam pendidikan Apakah Itu Facebook? Platform Facebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian sosial Facebook dan disampaikan melalui laman Web Facebook. Kita seharusnya sudah bersedia untuk merubah fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Pembelajaran di sekolah menggunakan media sosial amat sesuai dengan paradigma konstruktif. dan apa sahaja data yang unik kepada aplikasi tersebut disimpan dalam pangkalan data pembangun web. berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim digunakan. yang memberi mereka kebenaran untuk mengakses sebarang subset data akaun mereka (PennState 2007). aplikasi Facebook boleh mencari datanya bagi memperoleh manfaat daripada rangkaian sosial Facebook yang sedia ada. untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sekarang sudah tiba masanya guru menggunakan kemudahan internet yang ada di sekolah atau di rumah. Aplikasi tersebut dijalankan di pelayan pembangun web.

iii. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran-satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999). minat. Selain itu. ii. rangkaian sosial seperti Facebook boleh menyediakan: i. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web. iii.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 Kelebihan Facebook Menurut Caroline dan Terri (2009). iv. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi. Pemesejan segera. dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan teknologi. Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar. kegiatan akan datang. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar. Kebolehan untuk menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam lingkungan sistem. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan. E-mel. latar belakang dan 10 . ii. pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas. vii. vi. iv. Contohnya. terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang menjadikan Facebook sesuai untuk aktiviti pendidikan. Modul pembelajaran berasaskan Internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas kuliah biasa. v. Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk membolehkan pelajar membantu dan menyokong satu sama lain dengan membina kursuskursus melalui komuniti yang telah diwujudkan oleh pelajar sendiri. Papan buletin. v. Pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran Internet. Facebook dilengkapi dengan: i.

sebagai tugasan elektif. platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka. Walau bagaimanapun. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas. penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmatan seperti ini. pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et al. iii. guru boleh meminta pelajar untuk: i. Secara keseluruhannya. Misalnya melalui aplikasi perpustakaan. Jika kita pindahkan senario perpustakaan ini kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.2007). anda akan menggalakkan lebih banyak interaksi antara peserta. serta permohonan kursus. pelajar yang menghadapi kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada “rakan” di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang “Tanya Pustakawan”. pesanan mengenai tugasan kursus. Pustakawan boleh menggunakan aplikasi perpustakaan melalui Facebook sebagai satu cara untuk berhubung rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali gus dalam sesi perpustakaan. sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pengajaran. Menurut Caroline dan Terri (2009). Aplikasi Facebook yang telah dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 “rakan-rakan” yang boleh meningkatkan motivasi pelajar. Penggunaan Facebook Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dengan membina peralatan dalam struktur sosial Facebook. ii. 11 . bukannya terus kecewa dan berputus asa. Bagaimana Cara Pihak Sekolah Menggunakan Facebook Dalam Pendidikan Amat penting bagi pihak sekolah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar.

Penulisan di Twitter juga merupakan cara komunikasi yang kurang berhalangan: anda boleh berkongsi maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel atau pesanan IM dengan anda. Format tweet yang ringkas ialah ciri khusus perkhidmatan ini. e-mel atau khidmat pemesejan segera (IM). Tweet ialah siaran teks dengan jumlah maksimum 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Catatan ini boleh disunting dan diakses dalam talian. dan ini akan memperluas 12 . Laman web Twitter. atau dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Khidmat blog mikro yang paling terkenal ialah Twitter (Carmen & Gabriela 2008). Contoh Media Sosial: Cara Sekolah menjadikan Aplikasi Twitter berkesan dalam pendidikan Apakah Itu Twitter? Penulisan blog mikro ialah salah satu teknologi Web 2. Penulis blog mikro biasanya memasukkan catatan mereka sebagai satu widget pada blog atau laman web mereka. menawarkan perangkaian sosial dan penulisan blog mikro yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca pesanan yang dipanggil tweet.. teknologi dan aplikasi yang berbeza-beza. Penulisan blog mikro membolehkan interaksi masa nyata sesama pengguna menggunakan alat. yang membolehkan kerjasama tidak rasmi dan perkongsian maklumat dengan pantas bagi melegakan kelesuan akibat penggunaan e-mel dan IM yang semakin meningkat. yang dimiliki dan diusahakan oleh Twitter Inc. Mereka mungkin mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka.0 dan bentuk baharu penulisan blog yang membolehkan pengguna menerbitkan catatan ringkas terkini atau gambar secara dalam talian dengan hanya 140-200 jumlah aksara. seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (PennState 2007).

Setelah mereka mengikuti tweet anda. Pautan Twit: Kongsi hiperpautan. ii. iii. yang boleh dibina melalui HTML atau dibeli melalui pengedar-pengedar sah di beberapa laman web lelong yang berkaitan dengan templat. Membuat Ringkasan: Minta pelajar untuk membaca satu artikel atau bab dan kemudian menerbitkan ringkasan isi-isi penting artikel atau bab tersebut. Lebih baik jika aktiviti ini dapat dikaitkan dengan suatu acara (seperti 13 . iii. ii. iv. Mengekori di Twitter: Ikuti personaliti terkenal dan catatkan perkembangan mereka. Templat profil Twitter juga unik. Anda boleh membuka sebanyak mana akaun yang diingini.wikipedia.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 lingkungan hubungan anda untuk merangkumi komuniti yang terdiri daripada mereka yang sehaluan dengan anda (http://en. tempat atau maklumat penting lain.org/wiki/Twitter). Had 140 aksara memerlukan disiplin akademik yang kukuh. jadual. Papan Twit: Maklumkan kepada pelajar tentang perubahan kandungan kursus. (Sumber: http://unblocked. Papan pesanan atau “tweet” itu sendiri boleh dilihat oleh orang ramai sama ada mereka rakan penyiar ataupun bukan. Pendaftaran mengambil masa tidak sampai seminit dan tiada e-mel pengesahan diperlukan. Arahkan setiap pelajar untuk berkongsi satu hiperpautan baharu kepada laman web berfaedah yang ditemui dari semasa ke semasa. iv. Twitter mudah digunakan. Kelebihan Twitter Antara kelebihan Twitter adalah: i. Pengikut dianggap sebagai rakan. anda juga boleh mengikuti mereka dan terus dianggap sebagai rakan mereka.php) Bagaimana Cara Pihak Sekolah Menggunakan Twitter Dalam Pendidikan Berikut adalah beberapa cara menggunakan Twitter dalam pendidikan: i.me/twitter_faq/advantages-anddisadvantages-oftwitter. dan anda juga boleh menyertakan URL anda yang boleh diklik.

tiada sesiapa pun yang akan ketinggalan aliran Twitter. Tweming: Mulakan satu meme (idea yang tersebar melalui Internet)-capai persetujuan tentang satu tanda hash sepunya supaya semua kandungan yang dimasukkan akan direkodkan secara automatik oleh Twemes (satu aplikasi yang mengikuti tweet melalui tag yang dimasukkan dan memaklumkan perkara yang sedang dibualkan di Twitter) atau aplikasi pengumpulan lain. Sahabat Twitter: Galakkan pelajar mencari „sahabat pena‟ di Twitter dan selalulah berbual dengan mereka untuk suatu tempoh tertentu bagi mengetahui tentang kebudayaan. vi. x. Semua pelajar akan mengambil bahagian kerana urutan penyumbang tweet telah dipersetujui terlebih dahulu. Hantar tweet dalam bahasa asing dan minta pelajar membalasnya dalam bahasa yang sama atau menterjemahkan tweet tersebut ke dalam bahasa ibunda mereka.) v. Perbincangan Mikro: Adakan perbincangan yang melibatkan semua pelajar yang mempunyai akaun Twitter. 14 . Tweet Masa Silam: Pilih seorang individu terkenal pada zaman dahulu dan buka akaun Twitter untuk mereka. Sesuai untuk belajar tentang pengamal budaya lain. Pelajar bersetuju untuk bergilir-gilir menulis „cerita‟ dalam tempoh waktu tertentu. dengan mengunakan gaya bahasa dan perbendaharaan kata yang dirasakan mungkin digunakan oleh mereka. Pilih seorang tokoh sejarah dan tulis tweet dengan kerap seolah-olah anda adalah mereka. dsb. ramai yang mengikuti @ BarackObama untuk mengetahui ucapan terkini beliau. hobi. dsb. keluarga mereka.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 semasa pemilihan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini. vii. rakan-rakan. Penulisan Mikro: Penulisan kolaboratif secara progresif di Twitter. ix. viii. Asalkan semua orang mengikuti keseluruhan ahli kumpulan. Lingua Tweeta: Sesuai bagi pembelajaran bahasa moden.

pemikiran aras tinggi dan pembinaan pengetahuan boleh digalakkan menerusi aplikasi. al. produksi dan penerbitan yang direka bentuk dengan baik (Nelson et. Jelas menunjukkan media sosial memberi impak yang penting dalam terhadap proses pembelajaran. Perkara ini ditegaskan oleh Cox ( 1997 ) penggunaan ICT yang merentasi kurikulum secara berterusan akan dapat meningkatkan motivasi pelajar. Pelajar dimotivasikan secara semulajadi melalui amalan pedagogi yang berkesan dan penggunaan teknologi. Menurut Batchelder (2010). dan menilai hasil akhir. mengkategorikannya sebagai perpustakaan maya. Pelajar dengan amalan pembelajaran terarah kendiri akan mewujudkan suasana pembelajaran aktif. Perolehan maklumat menerusi dunia maya sebegini boleh disifatkan sebagai kedai buku yang terbesar sehingga Ghandi (2001). aktiviti-aktiviti dalam rangkaian sosial menyediakan pelajar dengan proses aktif yang memberi makna signifikan kepada mereka. berkomunikasi. Internet dan alatan rangkaian sosial mampu memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat. membina makna. 15 . 2000). 2009) Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna apabila pelajar mencipta dan membina pengetahuan mereka sendiri. Kreativiti. Penggunaan alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar kreatif dan kolektif. Pelajar tidak lagi hanya menerima maklumat daripada guru dan buku teks sahaja. Jesteru ianya haruslah dimanfaatkan oleh pihak sekolah terutamanya oleh pendidik supaya menggalakkan pelajarpelajar mereka memanfaatkan media sosial bagi tujuan pembelajaran.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 Implikasi Media Sosial Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Perkembangan teknologi Internet ini telah mengubah model pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada (Kuang-Wu. Pengetahuan yang dikongsi secara kolektif ini terus berkembang dan berubah hasil pertanyaan dan penambahbaikan berterusan bersama-sama para penyumbangnya. malah boleh membuat pelbagai pilihan sumber melalui Internet. mengumpul bahan mereka sendiri. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil daripada pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

strategi dan kaedah pedagogi era teknologi ini secara dasarnya didapati mampu meningkatkan keupayaan dan penguasaan prestasi akademik pelajar serta mampu bertindak sebagai medium agen memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pada dahulunya dilabelkan sebagai suasana yang membosankan. Guru mestilah bijak menggunakan multimedia untuk menghadapi murid yang „bijak digital‟ ini. berteknologi. Kepelbagaian pendekatan. pandai mencari ilmu dan pandai membawa diri. 2012). Guru harus mengambil iniasitif dan peluang kecanggihan teknologi yang sedang dinikmati masyarakat dunia hari ini dengan berusaha mengabungjalinkan diantara kaedah tradisional dan kaedah kontempori bagi menghasilkan kualiti P&P yang baik. ini kerana ia dapat membantu menjana pelajar berfikiran minda yang lebih kritis dan inovatif selaras dengan perkembangan dunia pendidikan pada masa kini. 16 . inovatif. kreatif dan lebik berkesan. Guru mestilah berupaya menggabungkan teknik pengajaran dan multimedia supaya subjek ini menjadi lebih menarik dan kompetitif (Khairul Nizam Mohd Khalid. Untuk mencapai objektif ini kaedah pengajaran dan pembelajaran mestilah bersifat inovatif dan berkesan bagi menghadapi murid dalam era digital ini. Secara kesimpulanya. tetapi untuk membolehkannya berfikir secara rasional. Dengan positifnya perkembangan internet ketika ini maka penggunaan internet merupakan salah satu kaedah dalam proses pembelajaran yang sangat penting. Penutup Penggunaan teknologi sememangnya memberi implikasi sosial yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus akan menyumbang kepada kelancaran dalam pendidikan yang melibatkan semua subjek.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 Pendidikan bukanlah sekadar menjadikan murid pandai membaca.

Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012).com/doc/2286799/Can-we-use-Twitterfor-educational activities [diakses pada 27 Nov 2012] Caroline Lego Muñoz & Terri L Towner. 17 .scribd. The social works of higher education (pp. A. The Internet TESL. Opening Facebook: How to Use Facebook in the College Classroom.ICT DalamPengajaran dan Pembelajaran (P&P) Guru-Guru Pendidikan Islam(GPT). http://www. Final Report .J. 2012. 2000 . Creating learning communities: The unfinished agenda. Basic data from the 1989 1-E-A. http://www46. Kuang-Wu. 7 (4). English teacher barriers to the use of computer-assisted language learning. 1997. CA: Pine Forge Press. (2010). How computer are used in United State Schools. M. Akmariah Mamat.Noraziah Mhd Yusuf & Ab.1st InternationalConference on Islamic Education (ICIED 2010) . Skudai. Media massa dan serangan pemikiran. Vol 29 (1) 49-66 Khairul Nizam Mohd Khalid. ProQuest. Latifah Sidek. Vol VI No 12.e du/john.immerwahr/TP101/Facebook. Pescosolido & R. Social software: Participants‟ experience using social networking for learning (Doctoral dissertation.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 Rujukan Abdul Razak Abdul Mutalib &Ezry Fahmy Eddy Yusuf 2009. Journal. Aminzade (Eds.homepage.s 3-5 Ghandi. Subash. Carmen Holotescu & Gabriela Grosseck. C. NCET. In B. All abroad the Internet dalam Journal TechTrends. H. Vol. 95-109).2010. Kertas kerja dibentangkan di National seminar 2009: Media & Islamic Thinking (MIST09): Universiti Sains Islam Malaysia. E-Book – The future of reading and ultimate book publishing. Negeri Sembilan. 2001. P. Capella University. 2008. 1999. 2009.hlm 324-333. 3398679). Descy.E. 1991. Baker. W. Lee.). (UMI No. Computer in education survey. 2010). Batchelder. Thousand Oaks. Journal Educational Technology System. 385-406. Tarikan Laman Web dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam.pdf [diakses pada 28 Nov 2012] Cox. Journal at Educational Computing research. Becker.Halim Tamuri. Vol 26 No 5 m.villanova. Using microblogging in education.: Universiti teknologi Malaysia. D. The effect of information technology on student motivation.

Kuala Lumpur : Siri Pendidikan Longman. 2009. J. Utusan Malaysia 28/6/2001.Media Alternatif Sebagai Agen Perluasan Ruang Bersuara Kajian Kes Pilihan Raya Umum Ke-12. Pulau Pinang 5-6 Ogos 2006.M Tan. 2010.E. Komputer Dalam Wan Zah Wan Ali. 80. J.. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA. 2010. & Simonds. (2009). and classroom climate.Mazalah. I‟ll see you on „Facebook‟: The effects of computer-mediated teacher self-disclosure on student motivation. Jurnal Pengajian Media Malaysia12(2) : 37–52 V.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 Levinson.0:Transformation of Teaching and Learning. 1992. P.K Yap dan Y. TPACK and Web 2. 7 Things You Need to Know about Facebook Applications.Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan pembelajaran: Satu Pengenalan.. Z Amir. Murphy. ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi.Penggunaan Internet Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam.2006. P. Ahmad. 56.edu/wp-content/uploads/facebook_applications. pp 1-17. Syarat Pelaksanaan Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Bestari di Malaysia dalam Habsah Ismail.pdf [diakses pada 27Nov 2012].Reka Bentuk Pembangunan.Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 5) Hotel Vistana. 2007. New New Media. September/October 2009. 53(5). PennState. Suhaidi Hasan. 2007. Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad. New York: Pearson. Md Yusuff Daud. Mazer. Sidek Ab Aziz. Buku Sumber Pendidikan. Jurnal Pendidikan 32: 139-152. wireless and optical communication. Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. C. affective learning.Pang.tlt. A. (Edisi Antarabangsa). Nelson.UKM. Mahamood Ismail. Mohd Hazwan Mohd Puad. Teknologi: Gunakan Kemudahan Sebaik Mungkin.Aplikasi dan Penilaian system pengurusan pembelajaran. Norizan Abdul Razak.. Media Sosial: Tinjauan Terhadap Laman Jaringan Sosial Dalam Talian Tempatan.UPM: Serdang. Christopher. 2009. Prosiding Seminar Politik Malaysia. Y.. 2001. Hlm 54-59 NurAzween Zakaria & Nidzam Sulaiman. & Clif.psu. J. Proceeding of the 9th WSEAS international conference on Electronics hardware. 2008. Communication Education. pangkalan data Proquest. Shaffe Mohd Duad & Sharifah Md Nor 18 . Musa Muhamad. The impact of wireless technology among Malaysia society. 2009. 2007. R.Maimun Aqsha Lubis. M.http://ets. TechTrends. 1-17.hlm131-135.

Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia.wikipedia.THE WAYS SCHOOLS ARE USING SOCIAL MEDIA EFFECTIVELY? Assignment 1 (pnyt). http://www.socialbakers. Pengajaran dan Pembelajaran daripada Pelbagai Persektif.org/wiki/Twitter [diakses pada 27 Nov 2012] Internet World Statatistic.com/facebook-statistics/ (diakses pada 27 Nov 2012 ) 19 . http://en. Wikipedia: Twitter.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.