You are on page 1of 3

TUGASAN WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Sila jawab soalan (a) dan soalan (b)

2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 100 % kepada gred akhir kursus. 4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu. 5. Anda perlu menghantar tugasan sebelum atau pada 9 Mac 2013. 6. Tugasan ini terhad kepada 10-15 muka surat sahaja. 7. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti yang tepat dan relevan.

8. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung di seluruh negara berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah. Larian yang diadakan sempena pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan di Padang Dataran Perbandaran Taiping pada 2 Julai 2011. Semasa perasmian program ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin telah menegaskan, sukan merupakan satu platform pembentukan sahsiah pelajar dan memupuk integrasi sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Beliau amat berharap acara ini akan menjadi pemangkin ke arah pembudayaan sukan di kalangan semua murid di setiap sekolah di seluruh negara. Sehubungan itu, bagi menjayakan matlamat dasar 1Murid 1Sukan, kesedaran serta komitmen yang jitu haruslah ditunjukkan oleh kepimpinan sekolah untuk merealisasikan aspirasi ini dalam masa terdekat. Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran pada Mac 2011 antara lain bertujuan melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

a) Berdasarkan kepada data dan temubual dengan dua orang guru termasuk seorang penolong kanan kokurikulum di sekolah anda, sila nyatakan segala bagaimana kesedaran serta komitmen yang ditunjukkan oleh pihak kepimpinan sekolah dalam melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan di sekolah anda. Penulisan anda mesti menyentuh hasrat, objektif, prinsip-prinsip pelaksanaan dan penilaian Dasar 1Murid 1Sukan seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. (50 markah)

b) Sokongan keluarga amat penting dalam menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan di sekolah. Berdasarkan kepada pemerhatian serta temu-bual dengan murid serta ibu bapa, nyatakan masalah-masalah yang dihadapi serta langkah-langkah yang

diambil oleh ibu bapa untuk membantu pihak sekolah bagi menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang di sekolah. (50 markah)