TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103

)

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEMESTER : Sept 2012

HBAE 1103
COURSE : BACHELOR OF EDUCATION (Ed. Admin) (Hons.) Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Name

:

Tiew Hwee Choo

MATRICULATION NO : IDENTITY CARD NO. : TELEPHONE NO. E-MAIL : :

641129015706001 641129-01-5706 019-4378800 chootiew@gmail.com Seameo Recsam Learning Centre

LEARNING CENTRE :

Page 1

TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 1.1 Kepentingan Seni Visual dalam pendidikan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan . 2.0 Aspek kognitif, psikomotor,afektif, kreativiti dan soaial. 2.1 Aspek Kognitif 2.2 Aspek Psikomotor 2.3 Aspek Afektif 2.4 Aspek Kreativiti 2.5 Aspek Sosial 3. Kaitan antara aspek kognitf ,psikomotor,afektif, kreativiti dan sosial dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. 4.0 Perbandingan diantara empat aspek Laura Chapman (1986) dengan organisasi Kurikulum. 4.1 Organisasi Kurikulum 4.1.1 Pemerhatian secar aktif 4.1.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan 4.1.3 Apresiasi seni visual secara mudah 4.1.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan 3 4 4--6

7

8--10

4.2 Perkaitan antara organisasi kurikulum dengan bidang kegiatan seni visual 4.2.1 perkaitan antara Pemerhatian secara aktif dalam setiap bidang 4.2.2 Perkaitan antara interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan dalam Setiap bidang 4.2.3 Perkaitan antara apresiasi seni visual secara mudah dengan setiap bidang. 4.2.4 Perkaitan antara menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan dalam Setiap bidang. 10--14 5. Maklumat Sokongan. 6. Kesimpulan 7. Rujukan 15--19 20 21

Page 2

Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art'. Selain daripada itu. Page 3 . seni sastera. Pendidikan Seni Visual dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah pelajar.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 1. seni tari dan seni mempertahankan diri. persepsi. Ia adalah satu program pendidikan yang sistematik dan terancang. Pelajar juga didedahkan ilmu seni visual dan diterapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cermin budaya dalam sesebuah masyarakat. sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. aktiviti seni banyak melibatkan pengetahuan dan kemahiran tentang proses. afektif. penghayatan dan kritikan.objektif dan methodologi melahirkan individu yang celik seni bagi dirinya dan masyarakat. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menumpukan kegiatan dalam proses penghasilan yang melibatkan aspek pemahaman. Sebagai kesimpulan. dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik.Pendidikan Seni KBSR yang digubal pada tahun 1980 telah ditukar kepada Pendidikan Seni Visual pada tahun 2002 kerana hubungan seni di sekolah yang lebih menjurus kepada seni tampak atau visual.Tambahan pula. Seterunya saya akan membuat penghuraian tentang kepentingan seni visual dalam pendidikan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. imaginasi dan konsepsi murid. Proses ini dapat memupuk perasaan estetik dan daya kreativiti melalui penajaman daya intuisi. murid juga diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan.terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Kerja tugasan ini adalah bertujuan untuk mengkaji bagaimana domain kognitif. yang bermatlamat 1. Pendidikan Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengandungi pembentukan kurikulum.0 Pengenalan Pendidikan Seni Visual merupakan satu matapelajaran wajib di sekolah rendah.1 Kepentingan Seni Visual dalam pendidikan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun. menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai.Jesteru itu. teknik dan media serta pemupukan nilai dan moral.kreativiti dan sosial kanak-kanak dapat dikembangkan berdasarkan organisasi Pendidikan Seni Visual bagi melahirkan seorang insan yang seimbang dan harmonis. psikomotor.

kritis. Aspek kognitif. psikomotor . murid berpeluang meluahkan perasaan dan ini akan menimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu. penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. merancang. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif. memperkembang keperibadian. menyelesaikan masalah.Sebelum itu. Selain daripada itu. ekspresif dan aktif.kreativiti dan sosial seseorang pelajar dapat diperkembangkan melalui kegiatan Pendidikan Seni Visual. saya akan membuat penghuraian satu per satu aspek tersebut. 2. aktiviti seni visual juga dapat menajamkan persepsi. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan untuk memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual. mencipta.1 Aspek Kognitif Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir. mengkategori. memberi pendapat.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang. psikomotor.afektif.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi Page 4 . 2. menaakul.0 Aspek kognitif. maka ia dapat melahirkan insan yang harmonis. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri. memahami. mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.Dengan ini.afektif. kreativiti dan soaial. Kegiatan pemikiran.Melalui aktiviti seni juga dapat memupuk semangat bekerjasama dan keupayaan bersosial. membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Dengan pemupukan asas seni visual. kreatif dan produktif yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. berimaginasi dan lain-lain. Pendidikan Seni Visual juga bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat. imaginasi dan daya pemikiran. Tambahan pula. memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. konsep kendiri seseorang pelajar dapat dibentuk. Melalui aktiviti seni.

perasaan dan emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir untuk memperkembangkan minat dan motivasi membaca.koordinasi tangan serta mata. Dalam pendidikan seni visual. perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu. 2.3 Aspek Afektif Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. harga diri. dan ketengaan dari tekanan Page 5 . minat. lega. stabil emosi.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz. satu cara untuk menggambarkan emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu.2 Aspek Psikomotor Psikomotor ialah ialah perkembangan kemahiran dan kebolehan otot fizikal dan afektif ialah perkembangan sikap dan nilai. menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. kadar pertumbuhan bahagianbahagian badan. lapang perasaan. dan kemahiran sosial. berat badan. Moholy Nagey menyatakan. penggunaan alat dan bahan semasa menghasilkan suatu karya dapat memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan . Aspek afektif pula merupakan satu aspek yang dirancang untuk mengajar pelajar berbakat tentang emosi. alam kanak-kanak haruslah berkembang serentak dengan alam-alam kognitif mereka. nilai. Afektif berkaitan dengan sikap. fungsi anggota-anggota badan dan perwatakan manusia. 2.Ini termasuklah unsurunsur seni dan prinsip rekaan.Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. kanak-kanak akan menggunakan aspek kognitif mereka untuk mempelajari ilmu seni dan bahasa seni . Semasa proses tumbesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian. Hurlock (1978) pula mendefinisikan perkembangan fizikal adalah perubahan-perubahan yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Dalam pendidikan seni visual . contohnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya yang lain dalam sukan atau permainan. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan. Secara umumnya. Oleh hal yang demikian. fizikal atau bentuk badan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.kreativiti ialah keupayaan mencipta perlambangan dan idea yang baru bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada. Page 6 . Aktiviti dan projek dalam pendidikan seni visual yang bersifat terbuka dapat membantu murid-murid mengembangkan aspek kreativiti mereka. Cara yang unik inilah yang mencerminkan kreativiti kanak-kanak dan mereka akan menggunakan pengalaman serta kreativiti untuk memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan. 2.5. menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru yang dapat menyatukan idea baru . kanak-kanak akan dapat mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai cara dan bentuk. aktiviti ketika bermain. Untuk meluahkan rasa hati. 2.4. Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. aktiviti seni dapat memupuk semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan. Murid-murid berpeluang berinteraksi sesama sendiri yang dapat meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Aspek Sosial Menurut Sunarto dan Hartono (1999).Hubungan sosial mulai dari tingkat sederhana dan terbatas yang didasari oleh keperluan yang sederhana.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) perasaan. Kreativiti juga bermaksud kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji berdasarkan beberapa aspek penting seperti aspek peniruan. Aspek Kreativiti Menurut June King McFee . persahabatan dan hubungan di antara rakan sebaya yang lain. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis. kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu. Hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan.

Daripada huraian diatas. dapat saya rumuskan bahawa melalui aktiviti seni. Terdapat beberapa objektif kurikulum yang dapat mengembangkan beberapa domain. Daripada objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual.Selain daripada itu. rohani . kritis. Page 7 .TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 3. Murid-murid boleh mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual pula dapat mengembangkan domain kognitif dan psikomotor. Matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual adalah sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin memperkembangkan potensi individu yang menyeluruh dari aspek jasmani.manakala menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual mengembangkan domain psikomotor dan kreativiti pelajar. sosial dan estetika.kreativiti dan sosial. domain kognitif. displin diri dan bertanggungjawab pula mengembangkan domain afektif dan sosial .Jesteru itu. Kesemua objektif kurikulum Pendidikan seni visual berupaya mengembangkan kesemua domain tersebut. Kaitan antara aspek kognitf .murid-murid dapat menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera serta mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya dapat mengembangkan domain kognitif pelajar.psikomotor. semasa melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesengangan yang berfaedah dapat memperkembangkan domain sosial pelajar. psikomotor.afektif. Sementara itu. kreativiti dan sosial dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. kreativiti dan sosial seseorang pelajar dapat diperkembangkan.cermat dan selamat. ia juga dapat memperkembangkan potensi diri dan keupayaaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif .kreatif dan menyeronokkan boleh mengembangkan domain kognitif. psikomotor . menghargai keindahan alam ciptaan tuhan serta mengenal dan menghargai tokoh-tokoh seni dan budaya tanah air pula boleh mengembangkan domain afektif pelajar. intelek. Pelajar juga dapat mengembangkan domain psikomotor dengan membiasakan diri membuat rekaaan seni dengan teratur. emosi.afektif. yakin diri. Contohnya murid boleh melibatkan diri dengan kegiatan seni visual secara aktif. Selain daripada itu. memupuk nilainilai kerjasama.

Laura Chapman (1986) (i) Pemerhatian (ii) Penerokaan (iii) Penghasilan (iv) apreasiasi dan perlanjutan Organisasi Kurikulum (a) Pemerhatian secara aktif (b) interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 4. pemerhatian melibatkan melibatkan sensitiviti deria manusia iaitu deria penglihatan. Aspek apresiasi dan perlanjutan dalam pendekatan Chapman serta apresiasi Seni Visual secara mudah dalam organisasi kurikulum mempunyai persamaan kerana kedua-duanya merujuk kepada perasaan murid semasa dan setelah melakukan aktiviti seni didalam kelas.0 Perbandingan diantara empat aspek Laura Chapman (1986) dengan organisasi kurikulum Terlebih dahulu. Page 8 . Aspek terakhir dalam organisasi kurikulum ialah menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Manakala pemerhatian secara aktif pula merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan. (d) menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Berdasarkan pendekatan Laura Chapman.berfokus dan terperinci yang dapat menajamkan persepsi murid. (c) apresiasi Seni Visual secara mudah.Murid-murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan kita. Aspek penerokaan dan penghasilan (Chapman) adalah sama dengan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan dalam organisasi kurikulum. saya akan membuat perbandingan diantara empat aspek yang dikemukakan oleh Laura Chapman(1986) dengan organisasi kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di Malaysia. Kedua-duanya dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah . Murid juga dapat menghargai hasil kerja masing – masing serta menghormati mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau dicipta.

Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar. imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. dan mengenal kraf tradisional. berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 4. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.Manakala Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan kepada empat bidang yang utama. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.1. 4. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan. membuat corak dan rekaan.1 Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi.1 Organisasi Kurikulum Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun secara sistematik dengan tujuan untuk melibatkan murid dengan aktif dalam pelbagai kegiatan seni. 4. Page 9 . membentuk dan membuat binaan. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.1. Organisasi kurikulum merangkumi empat aspek yang utama iaitu pemerhatian secara aktif.

4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah.1.1.cikgu akan menunjukkan gambar rama-rama. pemerhatian secara aktif ini perlu supaya murid dapat membina imaginasi dan pesepsi sendiri dan seterusnya dapat mencetus idea dan menggunakan pengetahuan hasil pemerhatian tadi untuk menghasilkan lukisan. nilai kebersihan dan kepekaan. murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. murid-murid perlu menggunakan sensitiviti deria mereka untuk membuat pemerhatian secara aktif keatas sesuatu objek atau contoh-contoh gambar yang ditunjukkan oleh guru.3 Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. nilai patriotisme. Pengalaman seni Page 10 .TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 4. pelajar akan menjalankan pemerhatian secara aktif yang melibatkan semua deria pancaindera untuk mendapat gambaran tentang ciriciri fizikal rama-rama dan warna yang terdapat pada rama-rama.2 Perkaitan antara organisasi kurikulum dengan bidang kegiatan seni visual 4. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar. Contohnya cikgu menyuruh murid-murid melukis gambar rama-rama.2. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.1 perkaitan antara Pemerhatian secara aktif dalam setiap bidang Organisasi kurikulum memainkan peranan yang sangat penting.Terlebih dahulu. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Pelajar juga perlu membuat pemerhatian keatas bahasa seni iaitu dari segi unsur seni . Sebelum murid-murid menjalankan kegiatan menggambar. membentuk dan membina serta kraf tradsional. membuat corak dan rekaan. 4.membuat corak.boneka atau anyaman mereka sendiri. model . Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.prinsip rekaan dan motif dalam bidang tertentu. 4.

pemerhatian secara aktif juga adalah merupakan satu aspek yang penting kepada murid-muird. pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan. Dengan pengalaman yang diperolehi melalui pemerhatian . Sebelum menjalankan aktiviti membuat corak dan rekaan. Semasa guru menunjukkan gambar atau membuat demonstrasi teknik anyaman . murid-murid perlu membuat pemerhatian untuk membina imaginasi dan persepsi dan seterusnya dapat mencetus idea supaya untuk menghasilkan karya sendiri. murid-murid akan membuat pemerhatian secara aktif ke atas contoh-contoh corak yang ditunjukkan oleh guru. pemerhatian secara aktif ini perlu supaya murid dapat membina imaginasi sendiri dan seterusnya dapat menggunakan pengetahuan hasil pemerhatian tadi untuk membuat model atau boneka mereka sendiri. membentuk dan membuat binaan dan bidang kraf tradsional. Dalam bidang membentuk dan membuat binaan pula. Dalam bidang kraf tradisional .pelajar perlu menggunakan sensitiviti deria mereka untuk mengenal motif dan memahaminya serta dapat menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. bidang membuat corak dan rekaan.pelajar dapat menghasilkan corak mereka sendiri.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni. sebagai contoh semasa melukis. Page 11 .Contohnya semasa guru membuat demonstrasi membuat corak dan rekaaan dengan teknik capan. maka berlakulah pengamatan secara teliti. Fokus utama murid ialah menilai dan memberi persepsi estetik terhadap rama-rama. pemerhatian secara aktif dapat membina imaginasi dan persepsi pelajar dan seterusnya dapat membuat penghasilan sendiri dalam biadang menggambar.

bahan kutipan gunting.2 Perkaitan antara Interaksi yang kritis dan kreatif dengan setiap bidang Dari segi interaksi yang kritis dan kreatif pula.teknik dan proses penghasilan karya yang berbeza.benang. dan daun kertas lukisan dan warna air Teknik Catan Alat dan bahan: berus lukisan.kertas warna. span. palet. kertas lukisan . Teknik anyaman Alat dan bahan: gunting . Pemilihan dan penggunaan bahan yang sesuai penting agar segala karya seni Page 12 .kertas lukisan gam dan kad manila.tali. kertas lukisan dan cat air. bidang membuat corak dan rekaan. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan. Teknik renjisan dan percikan Alat dan bahan: berus gigi.kertas majalah dan kad manila.palet. Dalam kegiatan bidang menggambar. gam . Teknik Kolaj Alat dan bahan: gunting. Dengan ini akan terwujud kesedaran ilmu pada para pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya melalui alat dan bahan yang sesuai. murid-murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Gambarajah dibawah menunjukkan perbezaan teknik serta alat dan bahan. benang. murid berupaya membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.2. gelang getah.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 4.pembaris. kertas warna.kertas warna dan gam. membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Teknik Capan Alat dan bahan : pelepah pisang . Terdapat banyak kegiatan yang memerlukan penggunaan media.gam. kertas warna dan straw board. kad manila.berus lukisan kertas lukisan dan cat air Bidang menggambar Bidang membuat corak dan rekaan Bidang membentuk dan membuat binaan Bidang kraf tradisional Teknik Mobail Alat dan bahan: Teknik boneka Alat dan bahan: gunting. Teknik alat perhiasan diri Alat dan bahan: gunting.

bidang membuat corak dan rekaan .bidang membentuk dan membuat binaan dan bidang kraf tradisional lebih kepada penghargaan pelajar tentang penghasilannya serta karya kawan.Penghargaan boleh diberi dalam bentuk pujian tentang kecantikan sesuatu hasil seni ataupun sesuatu usaha yang telah dilakukan oleh para pelajar.Sebagai contoh setelah murid-murid menghasilkan hasil seni dalam bidang menggambar atau bidang membuat corak dan rekaan. 4.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) yang dihasilkan nampak kreatif. Guru juga perlu mempamerkan karya yang dihasilkan. Murid-murid dibenarkan untuk menilai hasil lukisan sendiri mahupun kawan-kawan yang lain untuk membuat apreasiasi secara lisan. Dalam bidang kraf tradisional teknik anyaman dan teknik alat perhiasan diri pula. Proses ini dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.Dengan cara ini akan dapat menarik minat pelajar terhadap seni visual dan juga dapat membina sifat keyakinan diri yang tinggi dalam diri para pelajar.2. Apreasiasi seni visual secara mudah dalam bidang menggambar . Page 13 . Murid-murid berpeluang menceritakan fungsi kraf anyaman dan juga menyatakan bahanbahan lain yang boleh dijadikan manik rantai leher.3 Perkaitan antara Apresiasi seni visual secara mudah dengan setiap bidang. Murid-murid diberi peluang memperaga dan bercerita tentang lukisan atau corak yang dihasilkan.

kekemasan.Bagi poster anti dadah pula akan menimbulkan rasa menyayangi nyawa kita.4 Perkaitan antara menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan dengan setiap bidang. Dalam aktiviti bidang kraf tradisional pula.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 4. Antara nilai-nilai murni adalah seperti memelihara dan memulihara alam sekitar. Dalam organisasi kurikulum menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan pula. Sebagai contoh corak teknik capan . berkeyakinandiri. Dalam aktiviti membuat corak dan rekaan . Dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan . nilai yang dapat diterapkan ialah cintailah tumbuh-tumbuhan. contohnya murid-murid mewarnakan wau. Melalui aktiviti-aktiviti seni. Selain daripada itu . nilai yang boleh diterapkan kepada para pelajar ialah mencintai alam sekitar kerana bahan yang digunakan untuk membuat topeng ialah bahan buangan .Contohnya bidang menggambar melukis ramarama akan menyebabkan pelajar menghargai dan menyayangi haiwan.nilai kebersihan .2. kebersihan dan mengutamakan keselamatan. nilai berjimat-cermat juga dapat diterapkan kerana corak yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai pembalut hadiah. pelajar harus mengadaptasi semua nilai seni yang positif dan diserapkan dalam jiwa masingmasing. nilai yang boleh diterapkan ialah nilai warisan budaya Melayu.nilai patriotisme dan kepekaaan .Selain daripada itu. murid diharapkan dapat mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama. Page 14 . murid-murid dipupuk nilai patriotisme dan nilai murni lain seperti semangat cintakan negara atau semangat bermasyarakat dan seumpamanya dapat diamalkan dan diterapkan secara bersepadu dan berkesan Selain itu. Poster kemerdekaan akan menimbulkan semangat cintakan Negara pada pelajar. contohnya menghasilkan topeng serkup.

Oleh itu. Murid menghasilkan lukisan mengikut kreativiti. Proses ini dapat membina pengalaman murid dan meningkatkan pengamatan dan seterusnya dapat membuat hasilan yang lebih tepat dan kreatif.Perkembangan kognitif seseorang pelajar dapat diperkembangkan.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 5. Brown(1980) pula berpendapat bahawa “pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaanperbezaan setiap objek di sekeliling mereka”. “kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran”. Murid melakar dan mewarna lukisan dengan bimbingan guru. Page 15 . Setelah murid-murid membuat pemerhatian secara aktif keatas sesuatu objek terutama objek konkrit serta unsur seni dan prinsip rekaan. Maklumat sokongan Menurut Bersoon(1982). Hasil karya murid. Objek konkrit ditunjukkan Guru menunjuk cara melakar gambar buah epal dan buah oren dengan memberikan penekanan pada ruang dan imbangan. John Dewey pula membawa konsep bahawa aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak . Guru menunjuk cara mewarna lakaran dengan menekankan penggunaan ton warna untuk menimbulkan bentuk. pemerhatian secara aktif dalam organisasi kurikulum merupakan satu aspek yang amat penting kerana ia boleh membantu para pelajar menyelaras idea. membuat imaginasi dan alam fantasinya kearah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

sikap dan psikomotor. elemen -elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan batik atau kraf tangan. Bidang membuat corak dan rekaaan Bidang membentuk dan binaan 1 2 1 2 4 3 4 3 penggunaan alat dan bahan semasa menghasilkan suatu karya dapat memberikan satu bentuk latihan berkesan dari aspek psikomotor khususunya otot tangan .koordinasi tangan serta mata. murid meneroka bahan yang dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj. Murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan mencari penemuan sendiri dengan bimbingan guru. Page 16 .TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) Lansing berpendapat bahawa seni dapat mengembangkan potensi pemikiran. Proses ini dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni dan membantu perkembangan otak kiri dan kanan seperti yang dikatakan oleh Lansing. Domain kognitif pelajar turut diperkembangkan melalui proses ini. Semasa pelajar berinteraksi dengan alat dan bahan. garisan atau bentuk. Pendapat Lansing adalah berkaitan dengan aspek berinteraksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.

guru boleh mempamerkan karya-karya murid di tempat pameran di dalam bilik seni. Mereka menilai hasil sendiri mahupun kawankawan yang lain untuk membuat apreasiasi secara lisan. Selepas murid-murid membuat apreasiasi secara lisan.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) Terdapat seorang lagi tokoh seni yang terkenal iaitu Herbert Read.Proses ini dapat meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar. pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak dan apresiasi tan tidakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain.Aspek ini adalah penting dalam memupuk keyakinan diri seseorang pelajar.Pendapat beliau adalah berkaitan dengan aspek pemerhatian secara aktif dan apresiasi seni visual secara mudah dalam organisasi kurikulum. Beliau telah mengemukakan tiga perkara iaitu seni merupakan ekspresi diri dan komunikasi. Page 17 . Murid-murid diberi peluang memperaga dan bercerita tentang Mobail dan topeng yang telah dihasilkan.

Nilai yang diterap ialah cintai tumbuh-tumbuhan dan berjimat-cermat.akhlak .TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) Pada pendapat Plato pula. Pendapat Plato pula dapat dikaitkan dengan aspek menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan dalam organisasi kurikulum. Nilai yang diterap ialah menyayangi haiwan Nilai yang diterap ialah nilai patrotisme. Aspek ini juga penting dalam menerapkan nilai-nilai murni pada diri pelajar.nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan”. “seni dibincang dengan kaitannya dengan pelakuan. Page 18 . Nilai yang diterap ialah nilai warisan budaya Melayu. Nilai yang diterap ialah mencintai alam sekitar. Nilai yang diterap ialah menyayangi nyawa.

Dengan itu. dapat saya rumuskan bahawa Pendidikan Seni Visual memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan naluri ingin tahu secara ekspolarasi menerusi deria. daya kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan lagi. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui ekspresi diri kanak-kanak. Menurut beliau kanak-kanak diberi ruang untuk melukis dan menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan mereka sendiri. Page 19 . Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh diatas. Melalui aktiviti seni.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) Konsep Frank Cizek pula berkaitan dengan peranan ekspresi bebas dalam pendidikan. aktiviti seni dapat mengembangkan aspek afektif seseorang pelajar.wujudlah suasana gembira. Apabila kanak-kanak menggunakan imaginasi dan ekspresi diri. kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan satu ruang untuk meluahkan ekspresi diri.

Kesimpulan Pendidikan Seni Visual merupakan satu matapelajaran yang penting. jasmani.emosi dan rohani . menghargai keindahan alam dan persekitaran. keluarga.kreativiti dan sosial seseorang pelajar. Tambahan pula. interaksi yang kritis dan kreatif . daya kreativiti. Seandainya kesemua aspek berkenaan dijalankan secara menyeluruh oleh guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai murni dan penghayatan warisan seni juga dapat diterapkan semasa penghasilan karya Kandungan kurikulum yang bersepadu berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadapat Tuhan. kritis. Selain daripada itu. Melalui pemerhatian secara aktif. matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk melahirkan insan yang harmonis.daya imaginasi dan konsepsi pelajar dapat diperkembangkan melalui proses penghasilan. memainkan afektif. Ia bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya. Kegiatan dan objektif dalam Pendidikan Seni Visual berupaya mengembangkan domain kognitif. kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual pasti tercapai.penerokaan. keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah pembangunan diri. Perasaan estetik. tersusun dan menarik. apresiasi secara mudah dan menghargai nilai baik dalam segala aspek dalam kehidupan.khususnya dalam kegiatan pemikiran.ekspresi diri dan penghasilan melalui rancangan aktiviti seni yang sistematik.TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) 6.psikomotor. Guru Pendidikan Seni Visual peranan yang penting dalam memperkembangkan potensi murid.persepsi. kandungan organisasi kurikulum dalam Pendidikan Seni Visual juga memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.penyataan idea. ( 3903 patah perkataan) Page 20 . ia juga mendukung hasrat mulia Negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia yang dapat memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari aspek intelek.

Mohd Taslim Abd Rahim &Manan Sarbani.ppk.com/.Haji Abdul Shukor Hashim.. Badrul Isa.OUM. - senivisual2012.com/.Pusat Perkemabangan Kurikulum.blogspot.L.blogspot.blogspot. Kementerian Pendidikan Malaysia....blogspot.Bhd.... Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011). (2010) Buku Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun Satu.. Page 21 . Ny: Harcourt Brance Jovanovial Inc. www. Bahagian Pembangunan Kurikulum./kepentinga. Kementerian Pendidikan Malaysia..com/. Rousliluddin Ambia./taksonomi-dan-do. ml. Mohd Jamel Hj.(2011) .com/./Kepentingan-Pendidikan-S. OUM.scribd.. HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. Kementerian Pendididkan Malaysia. Dr.. Bahagian Pembangunan Kurikulum.(2000).TIEW HWEE CHOO (641129-01-5706) Pengenalan Pendidikan Seni Visual (HBAE 1103) Rujukan Chapman. Pengenalan Pendidikan Seni Visual. ApproachesTo Art In Education.(1986). cikguit.scribd.com/doc/19030789/psikomotor - pengajian-ipg. Meteor Doc. Sukatan Pelajaran KBSR Pendididkan Seni Visual..com/.. id.Sdn.. Selangor. (2012) Buku Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun Tiga.H...... firhanabqari./modul_psv_kbsr./domain-afekti..com/./franz-cizek.smkdpk.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful