1

TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA : ISU DAN CABARAN Oleh : Hawati Hasan & Md Yusoff Daud Fakulti Pendidikan UKM ABSTRAK Perkembangan dan kemajuan sesebuah negara diukur dalam pelbagai bidang dalam kerangka menuju kepada sebuah negara maju. Malaysia, sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun telah melaksanakan pelan transformasi yang mencakupi semua aspek termasuk pendidikan. Selaras dengan program transformasi sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Transformasi Pendidikan Vokasional dirangka bertujuan untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan berdaya saing yang diiktiraf oleh industri dan diterima dalam pasaran kerja. Kertas kerja ini membincangkan mengenai transformasi pendidikan vokasional dalam pembangunan negara. Namun begitu, timbul perdebatan dari segi kemampuan sistem pendidikan bagi menyediakan generasi muda Malaysia dengan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang menyumbang ke arah pembangunan negara abad ke-21. Antara isu yang diperdebatkan ialah dari segi tahap kesediaan guru, kesedaran kerjaya pelajar dan kebolehpasaran sumber tenaga yang memenuhi kehendak industri. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai cabaran mendepani sistem pendidikan vokasional sedia ada. Justeru itu, pelbagai pendekatan dan strategi dirangka dalam penambahbaikan sistem yang ada. Antaranya ialah pengukuhan kerjasama dengan rakan industri bagi menyediakan latihan semasa kerja kepada pelajar, meneruskan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan mewujudkan laluan kerjaya yang menarik.

Kata kunci : Transformasi; Pendidikan Vokasional; Pembangunan Negara

Korea Selatan dan Jerman. Penguasaan kemahiran ini akan melahirkan rakyat yang mampu mengaplikasikan segala kecanggihan ICT. fokus pembangunan tenaga manusia di Malaysia adalah untuk meningkatkan seramai mungkin sumber tenaga kerja melalui pendidikan dan latihan (Mohd Ghazali 2007). kemahiran dan bakat seluruh rakyat Malaysia secara aktif malah kualiti sumber manusia mestilah dipertingkatkan untuk menambah kecekapan dan daya pengeluaran negara (Sahila Suadi et. berdaya saing dan mempunyai sahsiah diri dan interpersonal yang tinggi (Zamri Mahamod 2011).2 1.al 2012) menjelang abad ke-21. sistem Pendidikan Vokasional di Malaysia telah mengalami pelbagai inovasi dalam menentukan perkembangan potensi individu. komunikasi berkesan. Sistem pendidikan Malaysia telah diangkat di arena antarabangsa malah secara tidak langsung dapat menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan negara dan individu tersebut (Noor Azreen dan Sulaiman 2012).al. satusatunya pilihan ialah menggerakkan semua potensi. Hal ini sejajar dengan cabaran globalisasi baru ke atas pendidikan vokasional masa kini yang memerlukan paradigma yang lebih berinovasi agar mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama (Siti Nor Atiqah et. .0 PENDAHULUAN Perkembangan arus globalisasi dan ledakan teknologi maklumat (ICT) membawa impak yang besar dalam kehidupan seharian. Ini kerana latihan kemahiran dikenal pasti menjadi tonggak kejayaan sektor ekonomi di negara-negara seperti Jepun. Justeru. Malaysia berjaya menjadi negara maju. Tenaga pekerja mahir merupakan syarat asas untuk menjamin perkembangan dan pembangunan ekonomi negara menjelang tahun 2020. Sistem pendidikan di Malaysia juga telah berubah dan tidak ketinggalan perubahan yang begitu ketara berlaku dalam pendidikan vokasional seiring perkembangan arus globalisasi. Negara tersebut mempunyai sistem latihan yang mantap serta mampu menghasilkan tenaga kerja yang kompeten serta memenuhi keperluan sektor industri. Semenjak mencapai kemerdekaan 55 tahun yang lalu. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 adalah penting kerana ia mencakupi literasi era digital. pemikiran inventif. berpendapatan tinggi serta mempunyai peranan yang penting dalam ekonomi global. produktiviti yang tinggi serta mempunyai norma dan nilai kerohanian. mampu berfikir secara kritis dan kreatif. 2011).

rupa. 2. ii. nilai etika. iii. Transformasi sistem pendidikan di Malaysia direncanakan untuk tempoh 15 tahun akan datang bermula 2013-2025. dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi yang diperlukan untuk mencapai status negara maju.3 Perkara ini turut dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh oleh Perdana Menteri Malaysia. keadaan dan sebagainya. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di Malaysia dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Aliran vokasional lebih berorientasikan kerjaya dan berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan.0 DEFINISI ISTILAH : i. moral. Pembangunan Negara Pembangunan Negara bermaksud menjadikan negara Malaysia maju dengan mengukuhkan keadilan sosial. membangun secara mampan dan terselamat daripada belenggu berpendapatan pertengahan (Rancangan Malaysia Ke Sepuluh-RMK10 2010). Transformasi pendidikan vokasional yang dilancarkan awal tahun 2012 membuka tirai kepada program transformasi sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian . kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil serta kecemerlangan ekonomi. Pendidikan Vokasional Vokasional ialah pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu atau berkaitan dengan pembelajaran berasaskan amali (hands-on). pendidikan vokasional dilihat sebagai pemangkin untuk menjana tenaga mahir yang berupaya menghadapi cabaran ekonomi baru. Transformasi Transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti sifat. Pendidikan vokasional menyediakan murid kepada kerjaya yang memerlukan kepakaran teknikal yang khusus. Justeru. Datuk Seri Najib Razak yang menyeru transformasi besar-besaran berasaskan inovasi dilakukan secara menyeluruh bagi membolehkan negara terus berdaya saing.

tenaga pengajar. Dalam hal ini. infrastruktur dan yang paling utama penjenamaan semula sekolah-sekolah menengah vokasional kepada Kolej Vokasional. pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga muda berkemahiran tinggi . pengarusperdanaan pendidikan vokasional mampu menjana bakat-bakat yang kreatif dan inovatif serta membantu ke arah mempercepat proses melahirkan tenaga kerja mahir yang mempunyai nilai-nilai insaniah. Pendidikan Vokasional adalah laluan penting ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi. Sebanyak RM150 juta diperuntukkan dan seramai 20. penekanan terhadap penambahbaikan kualiti pendidikan vokasional adalah sangat penting seterusnya menyumbang kepada mencapai hasrat negara Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi (Tan Sri Muhyiddin Yassin 2012). pengiktirafan persijilan.4 Pelajaran Malaysia. Dalam memenuhi aspirasi ini. Kerajaan Malaysia mensasarkan 33% tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015 dan 40% menjelang tahun 2020. berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta relevan dengan keperluan semasa. kebolehpasaran dan kemahiran yang mencapai standard dunia.000 pelajar tercicir mendapat manfaat (RMK10 2010). Pelancaran pelaksanaan transformasi Pendidikan Vokasional telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada 6 Januari 2012 dan salah satu tindakan yang digariskan dalam Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional ialah mewujudkan program Pendidikan Asas Vokasional peringkat menengah rendah bermula Tingkatan 1 hingga 3. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran Malaysia. tempoh pengajian. Pendidikan Vokasional di Malaysia pada masa kini sedang menuju ke arah konsep Pendidikan Untuk Semua (Education For All) seperti yang digariskan oleh UNESCO (United Nations Educational. Ahmad Tajudin (2012) berpendapat. and Cultural Organization). Program ini adalah selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh iaitu mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (Mohd Fuad Razali 2012). Scientific. Ahmad Tajudin Jab berkata. Transformasi ini melibatkan kurikulum teknik dan vokasional. berpengetahuan.

pelan ini bermatlamat mengukuhkan visi dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia sehingga tahun 2025. Modal insan sedemikian adalah faktor kritikal bagi menentukan pencapaian kemajuan dan kemakmuran masa depan negara Malaysia. pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang vokasional (Tan Sri Muhyiddin Yassin 2012). Program Pendidikan Asas Vokasional yang dibentuk bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pendidikan bercorak hands-on dan berasaskan pekerjaan (work-based) dari peringkat menengah rendah (Mohd Fuad Razali 2012). Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa hasrat yang terkandung dalam Model Baru Ekonomi Malaysia adalah untuk melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang baharu bagi menjana kekayaan negara. Oleh itu.5 memandangkan tidak semua pelajar cenderung ke arah akademik yang berorientasikan peperiksaan. Kemasukan pada usia . Pelan ini juga menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan dengan terperinci bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua serta memenuhi pasaran global. murid boleh memperoleh Sijil Asas Vokasional Tahap 2 iaitu Sijil Kemahiran Malaysia pada usia yang lebih muda bermula 15. Melalui program ini.0 LAPORAN AWAL PELAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL 2013-2025 Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 (PPP Malaysia 2013-2025) diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta penglibatan meluas pihak awam. pengembangan kompetensi keusahawanan dan pembangunan kompetensi kemahiran vokasional pada aras Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan Tahap 2. Ketika menjelaskan mengenai kepentingan transformasi pendidikan vokasional. Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem pendidikan Malaysia pada masa kini dan cabaran yang bakal ditempuhi. 3. Matlamat kurikulum Pendidikan Vokasional adalah ke arah pembinaan jati diri.

Kurikulum ini juga melibatkan tujuh bulan penempatan praktikum. Peratusan pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian di bidang vokasional masih kurang berbanding jumlah peluang yang sepatutnya dibuka (Siti Syahirah 2011). manakala majikan pula menyuarakan kebimbangan tentang keupayaan sistem pendidikan negara dalam menyediakan generasi muda Malaysia dengan ilmu. Kurikulum diploma yang baharu ini mengandungi 70% latihan kemahiran praktikal dan 30% pendidikan akademik. sistem pendidikan negara sering menjadi perhatian dan bahan perdebatan. Diploma ini diiktiraf untuk mendapatkan kredit di bawah Standard Kebangsaan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.0 ISU DAN PERMASALAHAN Pertambahan jumlah institusi pendidikan vokasional adalah perlu bagi memenuhi keperluan tenaga kerja tempatan. Sesetengah daripada mereka datang dari sekolah harian biasa dan tidak mempunyai kemahiran dalam aspek pengajaran dan penyampaian serta pengalaman. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah melakukan penambahbaikan program pendidikan vokasional peringkat menengah atas dengan menukarkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Walau bagaimanapun. Siti Syahirah (2011) menyatakan Jabatan Teknik dan Vokasional menghadapi cabaran dalam mengatasi . Kolej ini menawarkan kurikulum yang disusun semula dan akreditasi diploma melalui Diploma Vokasional Malaysia. baru-baru ini. Antara isu atau permasalahan yang dibangkitkan dalam melaksanakan transformasi pendidikan vokasional adalah seperti berikut : i.6 yang lebih muda adalah selari dengan sistem global negara lain seperti di Austria dan Jerman yang mempunyai sistem pendidikan vokasional yang mantap. Polemik ini berbangkit disebabkan jangkaan ibu bapa semakin meningkat. Pelbagai rakan industri dirujuk bagi memastikan keselarasan dengan piawai dan amalan industri (PPP Malaysia 2012). dan nilai murni untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi abad ke-21 (PPP Malaysia 2012). 4. Gabungan kurikulum yang baharu iaitu 70% melibatkan latihan kemahiran vokasional manakala 30% tertumpu pada pendidikan akademik turut diperkenalkan. kemahiran. Tahap Kesediaan Guru Guru-guru di sekolah vokasional mempunyai latar belakang akademik yang berbeza.

keluaran universiti dinilai berdasarkan sumbangan pelajar pada sains manakala keluaran pendidikan vokasional lebih menekankan kepada keupayaan untuk mendapatkan pekerjaan yang berguna. Hala tuju ini penting sebagai panduan dan rujukan dalam diri pelajar. Pengajian tinggi seperti universiti lebih menekankan ilmu saintifik yang bersistematik manakala pendidikan vokasional menuntut kepada latihan untuk pekerjaan tertentu. Hasilnya. Ini jelas membuktikan bahawa kajian perlu dilakukan untuk mengetahui tentang kefahaman hala tuju pelajar-pelajar sedari alam persekolahan dalam aspek perkembangan pendidikan dan kerjaya. Antara faktor yang dikenal pasti adalah minat dan kebolehan seseorang pelajar dalam menentukan hala tuju kerjaya mereka. Menurut Hairunnaja (2006). terdapat pelajar yang tidak tahu peluang kerjaya bagi kursus yang mereka sedang duduki. iii. Pelajar sewajarnya tahu ke mana arah tujuan pendidikan dan kerjaya mereka sejak awal persekolahan menengah lagi. Selain itu. Ini menunjukkan bahawa pelajar secara keseluruhannya kurang mengikuti program-program dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti. Kesedaran kerjaya pelajar rendah Pada masa kini. Guru-guru baru ini kurang berpengalaman dan ilmu untuk mengajar mata pelajaran vokasional. guru-guru di sekolah vokasional juga mempunyai sejarah latar belakang akademik yang berbeza misalnya mereka datang daripada sekolah harian biasa. Hasil kajian yang diterajui oleh Yusri (2010) di dalam Graduate Employability graduan UTHM siri 1-2010. Universiti Tun Hussien Malaysia (UTHM).7 masalah guru yang berpengalaman dan berkemahiran untuk mengajar walaupun terdapat guru lepasan Pendidikan Teknik dan Vokasional. berkenaan dengan persediaan sebelum memasuki alam kerjaya. Ini menyebabkan sumber tenaga yang dihasilkan . 52% mengikuti kerjaya dan hanya 57% menghadiri latihan temu duga. Kebolehpasaran graduan yang rendah Secara sejarahnya pendidikan tinggi dan pendidikan vokasional wujud dengan arah yang bertentangan. ii. Dapatan analisis menyatakan bahawa hanya 22% responden berbincang dengan kaunselor. semakin ramai pelajar yang keliru dengan minat mereka. Masalah pemilihan bidang kerjaya banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Ini akan menimbulkan masalah terutama dalam aspek pengajaran dan penyampaian kerana kurangnya pengalaman iaitu tidak mencakupi keperluan kemahiran yang diperlukan.

33 peratus berbanding graduan kaum lain.600 orang. guru-guru sedia ada perlu didedahkan dengan program latihan sangkutan industri. Pengangguran dalam kalangan graduan bukanlah suatu isu yang baru. Ini dibuktikan melalui perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2012) menyatakan bahawa pertambahan mereka yang menganggur adalah seramai 385. Isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam merealisasikan pembangunan tenaga kerja mahir bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia negara maju di peringkat global adalah ketidaksepadanan kemahiran di antara pelajar dengan industri. Mereka merupakan golongan pelaksana dasar dan matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia. 5. Dilema dalam isu pengangguran sudah menjadi agenda utama perbincangan di seluruh negara (Sahila Suadi 2011). Kadar ini agak membimbangkan kerana secara tidak langsung akan memberi impak kepada pembangunan negara. Guru adalah tunjang kepada sistem pendidikan negara. . kemahiran berkomunikasi dan sebagainya. Tahap Kesediaan Guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah telah memperlihatkan peningkatan dari segi standard kemasukan. Peratus pemohon berkelayakan tinggi yang telah ditawarkan tempat dalam program ini meningkat daripada 7% pada tahun 2010 kepada 13% pada tahun 2012. peratus graduan Melayu yang menganggur ialah sebanyak 96. Sehubungan dengan itu. Ini penting bagi memastikan tenaga pengajar bidang vokasional mengetahui keperluan supaya dapat diadaptasikan dalam pengajaran. Langkah-langkah yang diambil ini merupakan amalan sistem berprestasi tinggi seperti di Singapura. di Korea Selatan dan di Finland yang membenarkan hanya 10% hingga 30% daripada kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan.0 CADANGAN DALAM PPP MALAYSIA 2013-2025 i. Menurut kajian yang dilaporkan oleh Rasul (2007).8 tidak menepati kehendak pasaran global dan tidak memenuhi permintaan majikan yang mementingkan pelbagai kemahiran (Sahila Suadi 2011). pekerja yang kurang kompeten dan kurang penekanan kepada kemahiran kerja teras seperti kemahiran penyelesaian masalah.

Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan sistem pendidikan menyediakan beberapa laluan pendidikan yang berbeza untuk memenuhi minat serta kebolehan murid yang pelbagai. fokus akan diberi untuk mengukuh laluan pendidikan sedia ada untuk menjadikan ia pilihan menarik untuk murid. iii. sebanyak 35% murid sekolah menengah rendah akan membangunkan laluan pendidikan dan profil kerjaya masing-masing. kempen dan promosi kesedaran terhadap pelbagai laluan pendidikan dan keluwesan laluan tersebut diperhebatkan. Sebuah buku panduan yang komprehensif berkaitan akademik dan laluan kerjaya dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat usaha ini . Menjelang tahun 2015. Laluan ini akan mudah dicapai dan menarik dengan memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menyediakan murid ke arah profesion pilihan. Laluan ini berdaya maju dan menarik bagi menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna dan bersesuaian. Menurutnya lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling akan dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan menengah. artikel surat khabar. Kempen ini akan dijalankan bermula pada tahun 2013 sehingga akhir tahun 2015. jerayawara dan pelbagai saluran lain. televisyen. sejarah akademik serta pencapaian lain setiap murid. Kesedaran kerjaya pelajar rendah Guru bimbingan dan kaunseling perlu membantu murid merancang laluan pendidikan dan seterusnya memilih hala tuju kerjaya. Kebolehpasaran graduan yang rendah Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan sistem pendidikan mempunyai laluan yang jelas. semuanya dibangunkan untuk membantu murid membuat pilihan laluan pendidikan yang bersesuaian pada peringkat menengah rendah. Di samping itu. Di samping itu. portal atas talian. Kempen tersebut akan menggunakan radio. ibu bapa dan kaunselor sekolah untuk membimbing dan membantu murid membuat keputusan dan pilihan laluan akademik dan kerjaya bermula dengan murid Tahun 6 hingga ke peringkat seterusnya. sesuai dengan minat dan keupayaan murid yang berbeza.9 ii. Buku ini akan digunakan oleh murid. Semua guru bimbingan dan kaunseling dilatih bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemudahan untuk membimbing murid dengan berkesan. Buku panduan ini akan diterbit dan diagih pada penghujung tahun 2013. Menjelang penghujung tahun 2013. Profil ini akan merekodkan minat.

Pelan Transformasi Vokasional memerlukan lebih daripada 220. Pada tahun 2008. Permintaan industri untuk murid lulusan vokasional adalah tinggi dan akan terus meningkat. Penawaran kemasukan ke laluan ini bersifat inklusif dan dibuka kepada semua murid termasuk murid berkeperluan khas. daripada 3.000 tempat tambahan dalam pendidikan vokasional setiap tahun. Bagi merapatkan jurang permintaan ini. beberapa insentif disediakan seperti pelepasan cukai dan memberi keutamaan kepada mereka memilih graduan bagi mengisi peluang kerjaya. pertanian dan pembinaan.000 penempatan praktikum menjelang tahun 2020. Sebanyak 40% kolej vokasional akan menandatangani perjanjian dengan industri utama pada tahun 2015. 6. berbanding 22% yang memerlukan kelayakan ijazah sarjana muda universiti. Di samping itu. setiap laluan pendidikan akan disepadukan dengan keperluan pasaran buruh bagi menyediakan murid kepada laluan yang jelas dan terarah kepada bidang kerjaya pilihan mereka. iaitu melebihi 700.10 adalah ke arah perkembangan kemahiran khusus dan ilmu pengetahuan yang relevan dengan keperluan laluan khusus yang tertentu. proses pelaksanaannya masih di peringkat awal dan perlu dibuat penambahbaikan dari semasa ke . Kerjasama ini akan dimeterai secara formal melalui Memorandum Persefahaman antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan rakan industri. Menjelang tahun 2020. Walaupun hala tuju transformasi ini jelas namun pada pendapat saya.000 orang dalam industri pembuatan. Permintaan untuk sumber tenaga mahir pada masa depan akan terus meningkat.3 juta peluang pekerjaan. Kementerian Sumber Manusia melaporkan terdapat kekurangan sumber tenaga kerja mahir. Bagi menggalakkan lebih ramai rakan industri yang berpotensi menyertai kerjasama ini.0 JUSTIFIKASI Secara dasarnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memberi impak yang positif dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi kehendak komersil dan industri. Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengukuhkan kerjasama dengan rakan industri bagi menyediakan latihan semasa kerja kepada pelajar. terdapat keperluan untuk menyediakan 50. sekurang-kurangnya 46% memerlukan kelayakan sijil vokasional atau diploma.

(2012). Di sini dapat ditegaskan bahawa sesuatu dasar perlu dibuat penelitian menyeluruh dalam semua aspek demi masa hadapan generasi muda yang akan menjadi pemangkin kepada perubahan pembangunan negara. Konsep SLDN dalam mempersiapkan individu yang berkemahiran tinggi ialah dengan mendedahkan pelajar kepada 80% latihan perindustrian yang dilakukan dalam industri itu sendiri dan 20% lagi dipelajari melalui latihan di sekolah dengan mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh National Occupational Core Curriculum (NOCC). Pages 214-222 . Namun begitu. Vol.11 semasa. Perubahan sesuatu dasar dalam tempoh masa yang terlalu cepat boleh menjejaskan objektif sebenar vokasional diwujudkan. 7. Jalinan kerjasama dengan rakan industri bagi menyediakan latihan semasa kerja kepada pelajar perlu diperkukuhkan. Sistem ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan sebenar alam pekerjaan dalam industri. Beberapa perkara yang boleh difikirkan semula dalam melaksanakan transformasi pendidikan vokasional di sekolah terutama dari segi pelaksanaan program Kolej Vokasional. perubahan pendidikan yang kerap dalam tempoh masa yang pendek boleh menyebabkan tenaga pengajar tidak sempat mempelajari dan mempraktikkan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. (2011). RUJUKAN : Ahmad Tajudin Jab. 1 September 2011. BPTV Laksana Strategi Lahirkan Modal Insan Terbaik. Sistem Latihan Kemahiran Dua Hala Di Malaysia : Satu Perbandingan Dengan Negara Jerman. Journal of Edupres.Pendidik Akhmal & Amimudin. Menurut Akhmal (2011) satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan perlu diadakan di sekolah vokasional. jalinan kerjasama kurang dilaksanakan.0 RUMUSAN Perancangan pendidikan tidak akan berjaya sekiranya dilaksanakan tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Ini menyebabkan pelajar vokasional tidak menepati pasaran kerja. Di samping itu.

Rohana & Amirmudin. (2011). Pentaksiran Alternatif : Menuju Ke Arah Transformasi Sistem Pentaksiran Di Malaysia. Siti Nor Atiqah. Volume 1 September 2011. (2012). (2011). Jabatan Perangkaan Malaysia. UKM. (2010). (2012). Sahila Suadi. Journal of Edupress. Unit Perancang Ekonomi. . Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ucaptama Seminar Bahasa Melayu. (2012). Putrajaya. Siti Syahirah. Pendidikan PTV Dalam Membangunkan Tenaga Manusia Berminda Kelas Pertama. Graduate Employability UTHM. Mempercekap Pelajar : Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21. Bangi. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Fakulti UTHM. Yusri. Pages 279-286.Jabatan Perdana Menteri. Majlis Pelancaran SkillMalaysia 2011. Penerbit : Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Laporan Jabatan Pembangunan Kemahiran. Auditorium Cempaka Sari. Sulaiman. (2012). (2011). Rancangan Malaysia Ke Sepuluh. Ogos 2012. 2012. Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kualiti Perkhidmatan Program Kerjaya Di UTHM. Ahmad Esa. (2010). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Transformasi PTV. Ringkasan Eksekutif 2011-2015.Pendidik Noor Azreen. Strategi PIPP Kembangkan Pendidikan Vokasional. Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah dalam PTV Kali Ke-2. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Perangkaan Utama Tenaga Buruh. Zamri Mahamod. Siri 1-2010. (2012). (2012). Memperkasa guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya.2008 Mohd Fuad Razali.Putrajaya. Fakulti UTHM. Kesediaan Guru-guru Vokasional Terhadap Pelaksanaan Kolej Vokasional KPM Aspek Tahap Kemahiran. Malaysia. Putrajaya.12 Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.