You are on page 1of 2

Arca Mobail

Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan. Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air, perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan. Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar ialah wind chime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan Alat dan Media: Besi, dawai, kertas, tali temali, kad bod, dawai besi, logam. Teknik Penghasilan Mobail: Kimpalan Gam Skru Jahitan Ikatan Tanggam Menggunakan skru, nad dan bol Mobail dibentuk melalui urutan proses-proses berikut: (a)Membuat model kecil atau proto-taip Merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini disamping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan. Model digubah berdasarkan lakaran terbaik yang dipilih dari lakaran-lakaran kecil atau thumbnail-print. (b)Membuat kerangka atau struktur Membuat kerangka berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang temulang mobail. Ia penting untuk kawalan bentuk disamping menjadikan mobail lebih kukuh dan seimbang. (c)Membuat mobail yang sebenar Aspek-aspek ruang, saiz mobail, keteguhan, dan kesesuaian kerangka dengan dapatan perlu diambilkira. Binaannya ditokok tambah sehingga hasilan mobail menepati kehendak.

(d)Kekemasan dan peragaan/persembahan Bahan penyudah seperti syelek, varnis, cat alas, cat kilat, manik, dan labuci boleh diaplikasikan tetapi tidak terlalu fancy. Kaedah menggantung, ruang peragaan, dan persekitaran perlu diteliti. Perkara-perkara dalam Menghasilkan Mobail Menentukan subjek dan tema Menentukan alat dan media Membuat thumbnail print Memilih salah satu lakaran terbaik Memperinci lakaran Membuat karya / mobail.

Kertas

Bahan Terbuang

Aplikasi Prinsip Rekaan Mobail Imbangan Harmoni Warna Kontra Pergerakan Rentak

Persembahan Hasil Kerja Klasifikasi Bahan Mobail Luar dan terdedah Tembikar Aloi Marmar Bentuk mobail menepati tema dan tajuk Bahan binaan mobail sesuai dengan tujuan Pastikan kuat, kukuh dan selamat

Keluli Besi Timah -

Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk komposisi gubahan artistic Mengaplikasikan prinsip-prinsip rekaan Asli, unik dan berketrampilan

Dalam dan tertutup Tembikar Aluminium

Plastik Kayu

You might also like