BMM 3107 Modul

TAJUK 1

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20. KANDUNGAN ISI

1.0

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang

2 Zaman Pertengahan. nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Zaman Arab. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya. iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia. khususnya untuk retorik dan puisi.mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. 1. Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Secara umumnya. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani. ganti nama dan kata depan. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa. iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. iaitu kata penghubung. iaitu pertuturan. anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis. Namun demikian. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik . iaitu Cratylus. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. participal.

Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab. hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini. . kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. morfologi dan sintaksis. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu. 1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden. iaitu antropologi dan sosiologi. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. berimbuhan dan bahasa berfleksi. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. iaitu bahasa berisolasi. marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. iaitu sekitar abad ke-19.sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu. Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap.

Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. 2. • Menurut beliau.2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik .TUGASAN: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. • Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk. iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan zaman awal hingga zaman moden Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik 2.0 KANDUNGAN ISI (i) (ii) (iii) ilmu bahasa sejak Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. • Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi. bahasa akan sentiasa berubah.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik • Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. iaitu pemikiran Edward Sapir. TAJUK 2 SINOPSIS PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme 2. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan.

• Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. • Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. iaitu secara sinkronis dan diakronis. TUGASAN Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajarpelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. TAJUK 3 SINOPSIS BIDANG LINGUISTIK . • Rumusan beliau. • Dalam sejarah ilmu linguistik moden. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya. • De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Dengan kata lain. sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik • Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza. Buku beliau yang popular ialah Language (1933). • Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. 2. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu.

1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan · Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am. linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa. 3. Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan. . · Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori. . linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa. perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik. Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. linguistik sejarah. kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. deskripsi. ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. bentuk kata.Tajuk tiga ialah bidang linguistik. · Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik Menghuraikan linguistik am atau umum.0 KANDUNGAN ISI Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik. · Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan. ejaan. · Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. (iii) KERANGKA TAJUK 3. · Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.bahan mengajarkan bahasa. iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.

khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. dan leksikon. · Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa. • Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: • Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. • Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. • Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza. seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. • Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. iaitu terjemahan dan perkamusan. setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah. dan perubahan-perubahan sistematik. iaitu secara deskriptif. dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. · Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. . 3. sistem-sistem morfologi. • Pada dasarnya.· Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan. dijangka amat tetap • Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh. cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa. kaedah perbandingan tidak begitu berguna. · Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan • Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasabahasa yang dibandingkan. · Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal. • Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi. umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi. • “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto. tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. sintaksis. · Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. dan tidak rapat hubungannya.

Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. serta sains kognitif. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.• Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. TAJUK 4 LINGUISTIK KONTEKSTUAL SINOPSIS . iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau etimologi sesuatu bahasa. • Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspekaspek yang dibandingkan itu 3. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa. • Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. • Kemudian. • • • TUGASAN: Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi) sesuatu bahasa. Sosiolinguistik. linguistik evolusi. linguistik pengiraan. yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. linguistik antropologi.3 • Linguistik Kontekstual Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. • Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. • Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. • Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. kajian perlu dilakukan secara diakronik.

• Menurut John Lyons (1968). ada hubungan atau kaitan langsung. Lyons. Dewan Bahasa dan Pustaka. . Yang berkenaan. Kuala Lumpur 2005).Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. 2. Kajian saintifik tentang bahasa.0 4. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. Berkaitan dengan bahasa. Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. Linguistik ialah 1. • Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. mengikut konteks. relevan. Mengenal pasti aspek-aspek bahasa. Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik Definisi kontekstual: · Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). Dewan Bahasa dan Pustaka. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Kuala Lumpur 2005).1 • Menurut J. Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik • Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsifungsi sosial. kebudayaan dan masyarakat. KANDUNGAN ISI Linguistik Kontekstual 4. Kontekstual membawa pengertian: 1. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat. 1968 .

• • • • • 4. masyarakat. ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa. dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai. iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara. kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial. sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio.3 Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang mempelajari. bahasa. peranan bahasa. Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi. Pada prinsipnya. kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa. Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa. Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplindisiplin akademik yang lain. kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur. mantra dan pelbagai istilah lain lagi.budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan. 4. 4.2. Yang membawa maksud. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Secara mudah.pemakainya. pelacakan bahasa rahsia bajak laut. pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti. sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat.2 • • Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat. Kesimpulannya. kumpulan sosial.4 Antropologi Linguistik . makna dan kepentingan (meaningful). Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi.

Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. 5. (ii) Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa. TAJUK 5 STILISTIK SINOPSIS Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.0 KANDUNGAN ISI 5. • • Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada esuatu etnik. • Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif. pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. TUGASAN Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.1 Stilistik Menurut Abdullah Hassan (1990) .Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. HASIL PEMBELAJARAN (i) Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik. menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.5 Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. 4.

5.stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.  Cabang linguistik gunaan atau terapan. khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. § Namun. . § Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya.3 Pengenalan am Stilistik Bahasa  Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur.  5. banyak maksud dan mempunyai makna simbolik. § Kedua. § Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang. mudah dimengerti. § Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami. pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.  Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. 5.  Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa  Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan  Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.4 Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.  Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) . penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.2 Stilistik dari sudut Sastera  Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa.  Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.

Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman. § Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur.unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran. sikap dan keperibadian penulis § Keempat.§ Ketiga. § Penulis mempunyai cara tersendiri. § Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami. § Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. § pendekatan Keenam. § Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. § Kelima. § Murry J. § Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti. TUGASAN . pendidikan. sesebuah karya. kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.M. pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya. penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. (1976:7). stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan § Semasa berkarya. melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi. seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya. § Ketujuh. mesej atau idealisme pengarang.

6.2 Bahasa bersifat dinamis . sebuah buku merah 3.0 6. TAJUK 6 SIFAT BAHASA SINOPSIS Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. nahu atau bentuk sintaksis. susunan perkataan . Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.1 • • • • • • KANDUNGAN ISI Bahasa sebagai satu sistem Bahasa mempunyai susunan yang tertentu. three red books (tiga buah buku yang merah) 3.Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. kata). Contoh : BAHASA MELAYU 1. sama ada dalam bentuk bunyibunyi perkataan. pensel ini BAHASA INGGERIS 1. Menurut Teori Noam HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat. buku itu 2. Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. ayat. Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa. melainkan mengikut caracara tertentu. the beautiful book (buku yang cantik itu) 6. Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan. that car (kereta itu) 2.

termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.3 • • • Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. ’a’. dan ‘m’. Walaupun begitu. • Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. TUGASAN: Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai. huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas.5 • • 6. bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah ‘k’.4. • Faktor yang mengubah bahasanya. Sebagai contoh: dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu” dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door” “puerta” dalam Bahasa Sepanyol. Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda yang dimaksudkan. – pendengar : orang yang dilawan bercakap. Bahasa itu bersifat arbitrari Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya masyarakat. iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu.6 • Bahasa mempunyai makna Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. Bahasa itu linear Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu. ’ a’. Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud. • Sebagai contoh untuk menyebut kalam . . Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. 6.• • • 6. struktur dan tatabahasanya tidak berubah. – tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat. • Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi. ’l’. – butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada halhal peribadi atau rasmi. Bahasa sebagai alat berkomunikasi dengan sesuatu bendabahasa 6. Pertembungan kebudayaan.

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. Perak dan Johor. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. — Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. Negeri Sembilan. (ii) Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.1 KANDUNGAN ISI Variasi Bahasa  Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. —Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya. —Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. seperti dialek Kelantan. Pahang. Makin besar jumlah penuturnya. 7. Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Melaka. kosa kata dan tatabahasa. Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.0 7. makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya. Dalam konteks Malaysia. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Terengganu. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi . Makin besar jumlah penuturnya.TAJUK 7 SINOPSIS VARIASI BAHASA Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.

dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan. tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Pahang. seperti dialek Kelantan. mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah). yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan. misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.  Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. sosial dan stilistik.ahli bahasa. yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku. Variasi ini. dan penggunaan kata-kata tertentu. variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu. Perak dan Johor. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Cabang Nusantara mempunyai .  Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Daripada beberapa variasi satu bahasa. yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya. 7. Melaka. Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia. tatabahasa. seperti latar belakang pendidikan. Dalam bidang ilmu bahasa. Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli. Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa m Melayu umum.  Dialek mempunyai bentuk tertentu. Terengganu. satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan. Dalam rangka Malaysia. masih terdiri daripada satu keseluruhan. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. cabang Nusantara.2 Variasi Bahasa (Dialek) Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Tujuannya supaya mudah difahami.penggunaannya. Negeri Sembilan. jenis pekerjaan. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial.

 Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.  Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama. TUGASAN Dengan memilih cerpen yang digunakan dalam cerpen tersebut. Hal yang sebaliknya juga berlaku. Sumatera. biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan.200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina.  Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini. lengan. serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka. Amerika Syarikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language).  Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak. yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan. 7.  Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. orientasi dan gerak tangan. Contohnya. analisis penggunaan variasi bahasa yang TAMAT . bahasa tubuh. jawa. tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama. dan gerak bibir.3 Bahasa Isyarat  Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual.  Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). bukannya suara. Kalimantan dan sebagainya. sesuai. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol). untuk berkomunikasi. dan tubuh.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful