Topik 4 X Kegiatan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4.

Membuat Kolaj

Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan kolaj; Mereka cipta kolaj sendiri dengan menggunakan pelbagai teknik; Menilai dan membuat penentuan tema, pemilihan warna dan penyusunan bahan; dan Penghargaan seni terhadap kolaj yang dihasilkan.

X PENGENALAN
Tajuk kolaj dalam Topik 4 dimulai dengan pengenalan tentang kolaj, diikuti penerangan definisi kolaj dan melihat berbagai jenis peralatan, media serta teknik-teknik yang boleh dihasilkan dalam kolaj. Dalam sub tajuk berikutnya diterangkan tentang bagaimana cara mengaplikasikan alatan, media dan teknik dalam kolaj. Penentuan tema, pemilihan warna dan penyusunan bahan dalam menghasilkan kolaj juga disentuh dalam sub topik ini. Berbagai contoh persembahan hasil karya dinyatakan untuk mendapat gambaran dengan lebih jelas lagi. Akhir sekali rumusan tentang keseluruhan tajuk kolaj, perkataan penting yang digunakan dan bahan rujukan dinyatakan. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan istilah kolaj?

Mat Aris Suradi. Kolaj ialah satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu. Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes. Dari perkataan perancis bermaksud gam. Satu teknik menggambar di mana foto. koyak. Subang Jaya: Pan Asia Definisi Kolaj x x x x x x x x x . Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara ÂsuperimposeÊ di antara satu sama lain. keratan akhbar atau mana-mana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan. kain atau bahan lain di atas permukaan 2D. latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. (2001). gunting. Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan.1 (a) x x PENGENALAN AKTIVITI KOLAJ Kolaj bermakna potong. Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. gam. tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan.1: Contoh kolaj dari kertas warna Sumber: Raja Baharudin Raja Husain. Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.56 X TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 4. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas. Rajah 4. Panorama Teks Pendidikan Seni.

TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ W 57 (b) Alat dan Media Pencipta kolaj selalunya menjadikan objek-objek di sekeliling mereka berharga untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerja kolaj mereka. tisu dan sebagainya. beras dan kekacang seperti lentil dan pea yang mempunyai bentuk dan warna yang menarik. Boleh digunakan sebagai varnish pada akhir proses kolaj. setem. Lapisan seterusnya lut cahaya . Berikut ialah contoh berbagai jenis pelekat atau gam yang dicadangkan untuk digunakan ke atas kerja-kerja menghasilkan kolaj: Jadual 4. Warna minyak adalah tidak digalakkan untuk menghasilkan kolaj kerana bahan susah melekat pada permukaan. Kolaj juga boleh dihasilkan daripada campuran pasta kering. Pengkarya mengguunakan sekeping kadbod yang kuat sebagai dasar. Mereka bebas menggunakan apa sahaja peralatan. Elakkan dari menggunakan warna ÂgouacheÊ kerana ia mudah retak dan terkopek Terdapat beberapa jenis gam sesuai digunakan dalam proses menghasilkan kolaj. ikatan. teknik seperti dawai. kain perca. dan tempera juga digunakan untuk bahagian latarbelakang kolaj. gambar foto. kain. kulit pokok. warna air. Pelekat akrilik adalah yang terbaik untuk digunakan pada kerja-kerja kolaj. akrilik. dedaun kering. potongan gambar dari majalah atau suratkhabar. kaca. Gam tidak kilat Cair Lut sinar pada lapisan pertama.1: Contoh Jenis Gam atau Pelekat Media Jenis Cair Ketelusan Lut sinar Kegunaan Pelekat untuk kertas. tiub kadbod. Kadangkala kerja-kerja menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan pelekat tetapi menggunakan skru. Mereka juga menjadikan stor sebagai tempat penyimpanan peralatan dan bahan-bahan yang hendak digunakan dalam aktiviti kolaj. kain. batu. kapas. reja reben. Warna yang paling baik digunakan dalam menghasilkan kolaj ialah warna akrilik dan warna air kerana berganding baik dengan berbagai jenis gam. kotak telur. Warna-warna basah seperti cat. berbagai jenis kertas yang berjalinan. bahan ringan. bahan ringan. butang. warna poster. lalang kering. Boleh digunakan sebagai varnis pada akhir proses kolaj. dawai untuk melekatkan bahan ke atas kolaj. kepingan besi. plastik. benang. Pelekat untuk kertas. media. Tujuannya ialah untuk mendapatkan ÂmoodÊ bagi sesuatu hasil kerja kolaj. Terlalu banyak lapisan akan mengaburkan gambar di bawahnya. Biasanya bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan boleh kekal pada kolaj tersebut. Gam kilat 2. 1.

Memotong bentuk bulat. 9. Span . kain. logam. 3. Melukis dan memotong kepingan kertas yang bengkok. Gunting Plastik tiga segi 4. Tukar mata pisau selalu untuk mendapatkan mata yang tajam dan pemotongan yang bersih dan licin. kain. Pisau kraf Kegunaan Memotong bahan nipis seperti kertas dan fabrik. warna apabila kering. Pembaris Âfrench curveÊ Palet Berus Bekas air Penggelek 10. kulit kayu pokok. 8. dipotong. Melindungi kolaj dari tangan yang kotor dan lebihan gam.2: Peralatan Digunakan untuk Menghasilkan Kolaj Alat 1. Menekankan kepingan bahan-bahan di atas tempatnya. Membersihkan berus daripada kekotoran warna dan gam. Digunakan untuk menutup bahan berasid sebelum mengecat atau menghasilkan kolaj. Menutup kerja kolaj di kedudukan sebenar. kikis. Gam model Pekat Legap 5. Media yang terdedah akan kelihatan kusam. 7. 6. 5. 4. Digunakan untuk aplikasi warna dan pelekat pada kolaj. Untuk kegunaan warna air atau akrilik.58 X TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 3. Boleh digunakan untuk 3D. Hujung mata pisau boleh digunakan untuk mengangkat cebisan kertas. Gesso Krim Legap Berikut pula peralatan yang boleh dicadangkan untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj: Jadual 4. Plastik pembungkus makanan 11. Membuat potongan yang panjang. Pelekat untuk batu. Sudut rata dalam setiap potongan. Menekan warna untuk mendapatkan kesan jalinan. Serupa dengan cat akrilik putih. Gam gel Krim Lut sinar Pelekat untuk kertas. 2. menggunakan sudut empat segi untuk memeriksa bentuk empat segi yang diperlukan. Kawasan yang tebal memerlukan berjam-jam untuk kering.

seseorang perlu menggunakan idea dan kreativiti tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu. Membuat lakaran. Âillustration boardÊ. kontra pada kolaj anda. Murid-murid pada tahap tersebut perlu didedahkan dengan berbagai jenis dan teknik menghasilkan kolaj supaya dapat gambaran sebenar tentang apa itu kolaj. Âwater colour boardÊ.TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ W 59 12. kertas eksotik. (vii) Apabila sudah kering sapukan pula gam di atas lapisan pertama untuk menampal kertas bagi menimbulkan kesan objek. Âwood and hard boardÊ. atau memotong bulatan apabila pisau ÂbladeÊ digunakan bersamanya. Kertas tekap 13. kertas lukisan. Aktiviti kolaj amat sesuai dijalankan sebagai salah satu kegiatan menggambar terutama di peringkat sekolah rendah. Berbagai jenis kertas juga boleh dicadangkan seperti kertas kolaj. Perlu diingat juga tidak semua jenis dan teknik kolaj sesuai dijalankan pada murid tersebut. (iv) Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerja menampal. Penggunaan bahantara yang bersesuaian dengan tema atau tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani proses kolaj. Âfoam boardÊ. Kompas Membuat lakaran. Sediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti kertas atau fabrik yang diperlukan untuk kolaj tersebut. Âmat boardÊ. (v) Sapukan gam pada permukaan kertas. kertas hiasan. kertas pastel. Pensel atau pen 14. (vi) Gam cebisan kertas atau fabrik mengikut gaya tersendiri untuk mendapatkan satu hasil kerja kolaj yang baik. kertas warna air. Berikut ialah contoh teknik yang paling mudah bagaimana seseorang itu boleh menghasilkan sebuah kolaj: (i) (ii) Fikirkan tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnya sampai. harmoni. (iii) Dapatkan kertas pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan. (c) Teknik Dalam menghasilkan sebuah kolaj. kertas binaan. Terdapat juga bahan-bahan sampingan yang boleh digunakan untuk menghasilkan kolaj seperti berbagai jenis papan pengalas. kertas majalah. surat khabar. Guru harus menyesuaikan jenis dan teknik kolaj yang hendak dijalankan mengikut tahap kecerdasan murid iaitu dari darjah satu . Untuk melukis bulatan.

calet Haiwan seperti kucing. buah-buahan. bunga. kuda Pokok. . orang awam. mereka selalu memotong objek atau imej dari majalah berwarna lalu menampalnya di atas kertas. 4. jiran Rumah. sayur-sayuran. pantun dan nyanyian Figura secara individu. rumah kampong. harimau. Di bawah ini disenaraikan berbagai jenis teknik kolaj yang boleh diaplikasikan kepada murid: x x x x x x x x x x x x Teknik potong kertas dan fabrik Teknik koyak kertas dan fabrik Teknik menggunakan berbagai jenis kertas yang berjalinan Teknik media campuran Teknik kertas tisu Teknik tisu dan kertas buangan Teknik catan dalam kolaj Teknik percikan dalam kolaj Teknik span dalam kolaj Teknik ÂskrapingÊ dalam kolaj Teknik stensil dalam kolaj Teknik jalinan dalam kolaj AKTIVITI 4.1 1.60 X TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ hingga ke darjah enam. keluarga. rumah teres. daun. sajak.2 APLIKASI ALAT MEDIA DAN TEKNIK Apabila murid mula menggunakan gunting untuk menghasilkan kolaj. kawan. pondok. rumah flat. gajah. anjing. banglo. Apakah perbezaan dikemukakan? di antara teknik-teknik kolaj yang Hasilkan beberapa kolaj mudah dari pelbagai jenis teknik yang telah dinyatakan. Tema boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian guru atau murid seperti tema: x x x x x Cerita. ayam. itik. lalang. 2. burung. Kebanyakan kolaj mempunyai tema tersendiri untuk menampakkan idea atau gambaran yang lebih jelas lagi apabila terpandang sesuatu hasil kerja kolaj itu. Ini adalah kolaj yang paling mudah walaupun susunannya tidak diambilkira.

piring.3: Contoh kolaj dari fabrik Sumber: Haley. Permukaannya lembut dan sesuai digunakan untuk murid-murid di sekolah rendah. Creative collage. ditindih atau dilipat semasa proses menampal keatas permukaan.TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ W 61 x x Alam benda seperti meja. London: Charles T. kerusi.2: Contoh kolaj bertemakan haiwan menggunakan kertas majalah berwarna Sumber: Haley. Bransford Pengenalan menggunakan fabrik dalam kolaj kepada murid-murid adalah supaya mereka peka terhadap berbagai jenis permukaan dan jalinan yang ada pada bahan tersebut. Setelah ditampal. cawan. Ia tidak memerlukan budget yang besar. Bahan latar yang paling sesuai ialah seperti kain kanvas yang kasar supaya dapat menahan berat kolaj di atasnya. basikal. Lebihan kain perca boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai menjahit pakaian. metafizik dan agama Rajah 4. Berat kertas dan fabrik adalah berbeza. (1971). Terdapat dua cara menggunakan fabrik dalam kolaj iaitu secara menampal atau menjahit di atas sesuatu permukaan. kesan-kesan jalinan dan kesan permukaan tidak rata ke atas kolaj akan kelihatan menghasilkan satu kelainan. Projek secara berkumpulan dalam menghasilkan sesuatu tema adalah lebih cepat dijalankan daripada individu. Bransford . dipotong. garpu. digulung. Rajah 4. Ivy. (1971). London: Charles T. Ivy. sudu Fenomena alam dan sains. Kain perca boleh digunting. Creative collage.

berantai. dan harapan untuk masa depan. disimpulkan. Mereka mula meneroka dan guru mengambil peluang untuk bertanya. Pelekat jenis cepat kering sesuai digunakan pada tali. Sebagai contoh murid boleh menghasilkan sebuah kolaj diatas Âillustration boardÊ atau Âmounting boardÊ. Mereka boleh menjadi pencipta. Kadangkala tali yang berbagai jenis ketebalannya dan berbagai jenis warna boleh digunakan. persepsi diri sekarang. Kemudian tali yang telah disusun tadi dilekatkan di atas permukaan bergam. dipiuhkan. (1971). Tidak semua bahan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj sesuai dengan satu jenis pelekat sahaja. papan kalender dan papan iklan. Permukaan yang paling sesuai adalah dari jenis ÂstrawboardÊ dan kadbod ini boleh didapati secara percuma dari kotak-kotak.62 X TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ Tali juga adalah antara bahan yang popular digunakan dalam menghasilkan kolaj. bahan dan media. menjadi pelukis apabila berhadapan dengan berbagai alat. London: Charles T. Mereka juga boleh mengaitkan pengalaman lalu dengan benda-benda yang mereka lihat sekarang. Cara meletakkan tali tersebut pada permukaan boleh dipelbagaikan seperti berkumpulan. Mulakan dengan tajuk autobiografi termasuk memori semasa kecil. Ivy. Masukkan benda-benda yang anda .4: Contoh kolaj menggunakan tali dari murid umur 7 9 tahun Sumber: Haley. boleh bercerita. Bahan ini digunakan untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang jalinan dan bagaimana mengaplikasikan tali dalam kegiatan menggambar. Berbagai jenis tali terdapat di pasaran dan penggunaannya di dalam kolaj perlu disesuaikan dengan jenis pelekat. Pelekat diratakan di atas permukaan ÂstrawboardÊ tersebut dan diratakan dengan spatula. Rajah 4. bergulung atau bebas supaya mendapat permukaan jalinan yang berlainan. Creative collage. Bransford Murid-murid lebih peka terhadap benda-benda baru dan pelik.

warna air.TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ W 63 suka dan tidak suka. Gunakan kolaj tersebut sebagai rujukan untuk imaginasi yang kreatif. (1990). Gunakan krayon. lukis. atau gunakan objek sebenar jika tidak terlalu besar. gunting. pensel dan kertas lukisan tebal: Rajah 4. Cincinnati: North Light Book Berikut ialah contoh dengan lebih jelas lagi bagaimana sesuatu kolaj itu dihasilkan dengan menggunakan alat. Tidak ada betul atau salah cara meletakkan atau melekatkan objek tersebut. warna pensel. Nita. Dalam kolaj ini pelukis telah menggunakan rupa-rupa yang telah diubahsuai atau dipiuhkan mengikut teknik yang diguna pakai oleh seorang pelukis barat terdahulu iaitu . Creative artist. barang-barang yang saya sukai.6: Contoh kolaj peringkat permulaan Langkah 1 Membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema. Berikut ialah contoh kolaj bertemakan autibiografi termasuk tempat-tempat yang saya kunjungi. dakwat dan apa sahaja yang disukai. bahan dan media seperti kertas binaan yang berbagai warna. cat. Lekatkan gambar-gambar dari majalah. gam. dan aktiviti yang saya gemari. Rajah 4.5: Contoh kolaj media campuran Sumber: Leland.

Lihat perbezaan ketara di antara permulaan kolaj dengan akhir kolaj. Ini adalah satu cara bagaimana menjalankan aktiviti menggambar secara lebih seronok dan gembira. Teknik menggunting banyak berlaku pembaziran kertas tetapi cebisan kertas tersebut boleh juga digunakan untuk menghasilkan kolaj di masa akan datang.8: Contoh kolaj peringkat pertengahan . Rajah 4.7: Contoh kolaj peringkat pertengahan Langkah 2 Meletakkan latarbelakang dan rupa bentuk. Rajah 4. Gunakan pisau kraf dan pembaris untuk memotong rupa tanpa memikirkan bentuk sebenar.64 X TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ Henry Matisse. Warna latar adalah sangat penting kerana setiap warna yang digunakan untuk objek kemudian perlu berhubung kait atau bersesuaian dengannya.

M. media dan teknik secara langkah demi langkah.9: Contoh kolaj peringkat akhir Rajah 4 Lengkap.8. Satu cara memperkenalkan perasaan kedalaman atau menampakkan ruang dalam kolaj ialah dengan pertindihan objek. Kolaj ini masih memperlihatkan kejadian sebenar.9. Pelukis memotong kesemua bentuk tersebut secara bebas tanpa memikirkan ukuran dan bentuk sebenar. 4. AKTIVITI 4. Rajah 4. & Philmetzger (1998). alat.2 Analisa hasil kerja kolaj pelukis barat dari aspek tema. Sentuhan terakhir dalam kolaj ini ialah bunga dan batang. Teknik yang digunakan ialah koyak dan tampal. Dalam kolaj ini menindihkan epal dan jug air secara automatik memberitahu pemerhati bahawa jug air lebih jauh ke belakang daripada epal tersebut. Rajah 4. Memperkenalkan unsur ruang dan kedalaman dengan membuatkan kerusi lebih kecil daripada objek di hadapan.7.TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ W 65 Langkah 3 Eksperimentasi dan mencipta ruang.6. 4. Hasilnya adalah satu cara yang menarik selain gunting dan tampal. 4. Glenn Marcam & Joyce Dolan. media dan teknik yang mereka gunakan. . D. Aplikasi alat. Realistic collage step by step. Sumber: Brown.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid-murid berkomunikasi. Di peringkat sekolah rendah murid-murid sudah boleh dikategorikan berada di tahap realistik.3 PERSEMBAHAN HASIL KARYA Untuk menghasilkan sebuah kolaj bukanlah semudah yang disangkakan. Pada tahap ini seorang guru itu haruslah memperkenalkan berbagai jenis alat. Tahap perkembangan murid-murid adalah berbeza dan banyak dipengaruhi oleh keupayaan dan sikap kanak-kanak itu sendiri. Tahap manipulatif ialah tahap di mana kanak-kanak suka meneroka apa saja yang dilihat dipersekitaran mereka dan berusaha mendapatkan bukti-bukti dari penerokaan mereka. dia seharusnya perlu mengetahui dan mengenalpasti tahap perkembangan pembelajaran murid-murid di kelas tersebut. berinteraksi dengan kawan-kawan dan guru. Hasil kerja seni yang mereka buat adalah untuk tujuan bergembira dan mendapatkan keseronokan. Pada peringkat ini koordinasi tangan. Unsur ruang masih kurang jelas. media dan teknik dalam setiap kegiatan menggambar yang mereka jalani. Aktiviti kolaj boleh dikatakan agak rumit dan cerewet untuk disudahkan kerana ia banyak melibatkan koordinasi tangan. Murid-murid menjadi semakin matang dan boleh meluahkan perasaan secara Âfactually orientedÊ. Murid menjalani kegiatan seni dengan bimbingan dan panduan guru dan akhirnya menjalani sessi penilaian dan penghargaan seni dalam pembelajaran mereka. Apabila seorang guru mengajar matapelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas. Imej-imej disusun mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan logik. meluahkan perasaan dan isi hati. mata.66 X TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ 4. Korelasi visual dan membuat pemerhatian sangat penting di tahap ini. Tahap keupayaan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tahap manipulatif. ketekunan dan perasaan individu yang menghasilkannya. guru boleh mencadangkan beberapa aktiviti kolaj yang menarik. Di peringkat simbolik pula kanak-kanak dikatakan suka membuat eksperimen kerana dikatakan suka terhadap sesuatu benda itu. Peka terhadap keadaan dunia yang begitu kompleks dan cuba menyesuaikannya dengan pengalaman yang mereka ada. bahan. mata dan perkaitan dengan persekitaran mereka sangat penting. Sebelum murid dan guru menjalani sesi apresiasi seni dari hasil kolaj yang dibuat. Imej atau objek yang dilukis bersifat tidak tepat. Guru juga seharusnya perlu pandai menyesuaikan tahap murid-murid yang hendak diajar dengan aktiviti yang hendak dijalankan di kelas. tahap simbolik dan tahap realistik. membuat kritikan yang membina dan membuat penilaian tentang persembahan .

Tidak perlu berada dalam keadaan kemas dengan meletakkan kertas-kertas warna tersebut di dalam garisan lakaran semasa menghasilkan kolaj. 4. Lukis lakaran yang dipilih di atas kertas putih keras. warna-warna poster. 6. tolong menolong. Bingkaikan hasil kerja kolaj tersebut dengan kemas dan gantung di tempat yang sesuai supaya senang dilihat. Cari satu idea yang boleh dikaitkan dengan sikap bekerjasama. Cari dari majalah untuk mendapatkan kawasan dan menggunakan bahagian yang berwarna dan gambar-gambar yang boleh digunakan.TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ W 67 hasil kerja tersebut. Rancang beberapa komposisi dengan menggunakan lakaran-lakaran untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan. Pilih satu yang terbaik. gosokan dari objek yang berjalinan untuk menampakkan kesatuan dan keharmonian dalam hasil kerja tersebut. gunting. berus lukisan. bersatu hati untuk melambangkan kesatuan dan keharmonian. 2. Jalani satu sesi penilaian dan kritikan (apresiasi seni) secara mudah. krayon. Teknik-teknik lain boleh diaplikasikan seperti menambahkan garisangarisan dengan menggunakan pen marker. Berikut ialah beberapa contoh aktiviti kolaj yang boleh dicadangkan: CONTOH 1 TAJUK: Kolaj dari tisu dan gambar majalah OBJEKTIF: Rancang dan hasilkan sebuah kolaj berbentuk 2D dari bahan kertas tisu dan gambar majalah untuk menerangkan konsep kesatuan dan keharmonian ALATAN DAN BAHAN: Kertas lukisan. 5. tak perlu hasilkan secara teliti sebaliknya boleh ditindih kertas-kertas tersebut supaya nampak lebih natural dan bebas. Susun gambar-gambar sebegitu rupa untuk menampakkan konsep kesatuan dan keharmonian Semasa menampal kertas berwarna dari majalah dan tisu-tisu berwarna. 7. pensel. Sediakan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kolaj tersebut. tisu berwarna-warni. krayon atau cat. marker. gambar-gambar dari majalah ARAHAN: 1. . gam. kadbod. Sebagai contoh: warna coklat pada kasut atau kek boleh digunakan untuk menghasilkan batang pokok atau warna biru air laut boleh digunakan pada pakaian pada imej atau gambar dalam kolaj. 3.

warna-warna kering. 9. 7. 5.68 X TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ CARA-CARA MENILAI: 1. Untuk menghasilkan kolaj yang bermakna. gunting. Perhatikan bagaimana mereka menghasilkannya. Apakah tema/tajuk yang boleh dipilih untuk menerangkan tentang konsep kesatuan dan keharmonian? Apakah elemen-elemen yang perlu diambilkira semasa menghasilkan lakaran? Lakaran yang mana satu dipilih dan kenapa? Apakah jenis alat. 2. barangan jumpa atau bahan terbuang. bahan. bahan-bahan terbuang/jumpa dan sebahagian dari lagu/ sajak ALAT DAN BAHAN: Kertas lakaran. Fikirkan imej atau gambar-gambar yang bersesuaian dengan lirik/baris sajak yang dipilih. Lihat contoh media campuran oleh pelukis terdahulu. 10. media dan teknik yang anda gunakan dalam kolaj tersebut? Bagaimana kamu membuat eksperimen dengan tindihan kertas-kertas warna dari majalah. 4. Tulis lirik yang dipilih dan fikir tentangnya untuk diaplikasikan ke dalam kolaj. kertas lukisan tebal. 6. fikirkan bahagian atau barisbaris penting pada lirik lagu atau sajak. 3. majalah. 4. . 3. gam. warnawarna basah dan kadbod poster ARAHAN: 1. 8. 2. Kumpul bahan-bahan lain untuk digunakan dalam menghasilkan kolaj. kertas-kertas tisu dan imej-imej yang digunakan? Apakah teknik tambahan yang anda gunakan untuk melengkapkan kolaj tersebut? Terangkan bagaimana kamu membuat persembahan dan kemasan kolaj anda? Apakah perasaan anda apabila melihat hasil kerja anda? Apakah sebenarnya yang hendak anda sampaikan dalam kolaj tersebut? Adakah anda bersihkan kawasan kerja anda? CONTOH 2 TAJUK: Kolaj media campuran OBJEKTIF: Hasilkan sebuah kolaj media campuran dengan menggabungkan simbol-simbol visual. pensel.

Buat satu lakaran ringkas untuk mendapatkan idea keseluruhan kolaj. jalinan. rupa. saiz dan warna bahan yang dikumpul. Apakah jenis lagu atau sajak yang anda pilih untuk digunakan dalam kolaj anda dan kenapa? Apakah simbol visual yang anda fikirkankan dan mempunyai kaitan dengan lagu atau sajak yang dipilih? Terangkan bahan apakah yang anda gunakan untuk menghasilkan kolaj? Adakah anda membuat lakaran sebelum menghasilkan kolaj dan memilih idea yang terbaik? Kenapa anda memilih idea itu untuk dijadikan kolaj? Terangkan bagaimana anda laksanakan visual. 2.TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ W 69 5. pujian dan kritikan seni bersama rakan dan guru. Susun di permukaan kertas tebal bahan-bahan yang dipilih untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kolaj dan jangan digam. simbol dan kata-kata untuk dijadikan latar? Bagaimana kamu menyusun sehingga kamu berpuashati tentang susunan tersebut? Apakah imej atau gambar-gambar yang anda gunakan sebagai tambahan dalam kolaj anda? Bagaimana kamu membuat kemasan kolaj anda? Apakah asas seni reka yang anda aplikasikan dalam kolaj anda? Apakah perasaan anda apabila melihat kolaj tersebut? . Ambil masa untuk membuat pengubahsuaian sehingga anda berasa puas hati tentang cara susunan bahan-bahan tersebut barulah dilekat. 9. 11. Buat persembahan dan kemasan dan gantung ditempat yang sesuai. 4. garisan. 9. 8. 8. Jalani sessi ekspresi diri. Tambah warna. 6. 7. 10. 7. 11. huruf ke atas kolaj anda supaya nampak lebih menarik. Fikirkan bagaimana anda dapat selitkan atau simpulkan ke dalam katakata yang dipilih sebagai salah satu elemen penting dalam kolaj. 6. penghargaan. 10. CARA-CARA MENILAI: 1. 5. 3. luahan perasaan. Fikirkan tentang jalinan. bentuk.

& Cayton. R.. USA: McGraw-Hill AKTIVITI 4.O. krayon dan warna minyak di atas kanvas. Buat satu analisa dan kajian dari aspek garisan. Kolaj ini bertajuk Breakfast yang dihasilkan pada tahun 1914. Sumber: Ocvirk.3 Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya anda dengan memberi penekanan terhadap teknik-teknik yang anda gunakan dan asas seni reka. O. bentuk.E.G. Stinson.. Apakah imej atau objek yang digunakan dalam kolaj ini.70 X TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ CONTOH 3 Lihat hasil kerja kolaj yang buat oleh pelukis berbangsa Cuba iaitu Juan Gris (Jose Victoriano Gonzalez). eigg. Adakah anda berpuashati dengan hasil karya ini? Sila kemukakan komen-komen lain selain dari apa apa yang telah dinyatakan. rupa.L. jalinan dan ruang yang digunakan dalam hasil karya tersebut. P. Dalam kolaj tersebut Gris telah menggunakan teknik potong dan tampal dengan menggunakan kertas.R. Bahan apakah yang banyak digunakan dalam kolaj ini. warna... R. Bone. . Art fundamentals: Theory and Practice. (1999). D.

menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka. rupa. Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata. jenis kekacang. tahap simbolik. berbagai jenis kertas dan fabrik. Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan. Penekanan terhadap warna pada latar belakang. . Tema. mencari bukti dan mendapatkan keseronokan. Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. dan tahap realistik. Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan.TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ W 71 x x x x x x x x x x x x x x x x x Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif. menggunting. ruang. bentuk. alatan. Kolaj dihasilkan dengan cara memotong. Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka. Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar. guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan. yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj. menampal. ketekunan dan perasaan individu. Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang. mengoyak. Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda. bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid. Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema. Dalam aktiviti kolaj.

W.72 X TOPIK 4 KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ Âfactually orientedÊ ÂsuperimposeÊ Autobiografi Dadaisme Gam gel Gam kilat Gam model Gesso Kolaj Komposisi Koordinasi Manipulatif Realistik Surealisme Simbolik Teknik ÂskrapingÊ Teknik catan Teknik jalinan Teknik kertas buangan Teknik kertas tisu Teknik koyak Teknik media campuran Teknik percikan Teknik potong Teknik span Teknik stensil Brown. Ocvirk. Raja Baharudin Raja Husain. Realistic collage step by step.O. Subang Jaya: Pan Asia Haley.). London: Charles T.. R. New York: McGraw-Hill. (1995). (2nd ed. (1993). Brown. O. . Wankelman.R. D.E.. USA: Brown and Benchmark. (1998).L. D.. Realistic collage step by step. Art talk. Glenn Marcam & Joyce Dolan. Glenn Marcam & Joyce Dolan. Mat Aris Suradi. M.& Philmetzger (1998). (1971). Bone. (1999).. Leland. Cincinnati: North Light Book. Panorama Teks Pendidikan Seni. Bransford. & Cayton. P. Ivy.G. (1990). D. Nita. eigg. R. M. Creative collage. & Philmetzger. Creative artist.F& Wigg. USA: McGraw-Hill. Stinson. (2001). P.. A handbook of arts and crafts. Syed Rukaidar Syed Isa Al-Idroes. Rosalind Ragans. Art fundamentals: Theory and Practice.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful