KANDUNGAN

Isi kandungan 1.0 2.0 3.0 Pengenalan Cabaran-cabaran dalam pembelajaran atas talian Cadangan untuk mengatasi cabaran-cabaran pembelajaran atas talian 4.0 5.0 Kesimpulan Rujukan

m/s 3 5 8

13 14

1

0 PENGENALAN ‘Multimedia Super Corridor’ telah diujudkan bagi memcapai matlamat agenda IT Kebangsaan yang telah dilancarkan pada Disember 1996. Salah satu dari bidang yang dikenal pasti untuk diberi tumpuan ialah pembelajaran yang berasaskan elektronik. Ahli pendidikan sentiasa memperbaiki kaedah pengajaran selaras dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Ia merupakan kaedah terbaru menggunakan teknologi terkini bagi meningkatkan tahap pendidikan pembelajaran atas talian merupakan satu sistem pembelajaran yang fleksibel serta berorientasikan pelajar di mana latihan dan pendidikan disampaikan melalui media elektronik. forum dan chat . interaksi atau sebagai pemudahcaraan. pendidikan berasaskan internet. pendidikan melalui komunikasi komputer sebagai pengantara. Revolusi teknologi telah membawa perubahan yang besar dalam dunia pendidikan.1.. Salah satu hasil dari perubahan ialah. Bahan pengajaran dan pembelajaran seperti modul krusus. nota kuliah. Secara asasnya pembelajaran atas talian ialah satu konsep atau program pendidikan yang menggunakan media elektronik sebagai pengantara untuk menyampaikan maklumat atau data dari pensyarah atau institusi yang terlibat kepada pelajar atau sebaliknya.Ia berkait rapat dengan pembelajaran atas talian di mana proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik untuk menyampaikan isi kandungan. pendidikan berasaskan web. kini pendidikan tidak lagi berpusat 2 . Di antaranya ialah pendidikan maya. Proses pengajaran dan juga pembelajaran turut menerima gelombang perubahan. komunikasi yang merangkumi e-mail. Terdapat banyak istilah untuk pendidikan atas talian. polisi dan prosedur pembelajaran boleh disampaikan melalui media elektronik.

Dalam kelas tradisional . Pelajar harus memainkan peranan yang lebih aktif untuk memastikan kejayaan pembelajaran mereka. kandungan serata hala tuju pembelajaran mereka. Dalam pembelajaran tradisi. Tujuan tugasan ini mengupas beberapa cabaran yang harus dilalui oleh pelajar atas talian. Kebanyakan mereka menpunyai pengalaman pilihan kepada lalu belajar menggunakan kaedah tradisional. Tugasan ini juga membincangkan langkah-langkah relevan yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran yang dihadapi mereka. Peranan pelajar hanya sebagai pendengar dan mengambil nota secara bertulis. Bahroom. pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan dan kebolehan ditetapkan. Pembelajaran tradisional pula berfokus kepada guru atau pensyarah . yang berbeza menerima isi kandungan pembelajaran yang sama. Fadzil dan Ramli. komunikasi sehala banyak berlaku di mana guru atau pensyarah memainkan peranan utama menyalurkan maklumat. . Teknologi moden dan inovasi canggih digunakan sebagai media pembelajaran. Capaian maklumat juga lebih luas dibandingkan dengan pembelajaran tradisional. Kebanyakkan pelajar atas talian merupakan individu yang telah berusia. Sebarang perancangan berpusatkan kepada individu ini.kepada guru tetapi beralih kepada pelajar (Mansor. Pelajar boleh memilih masa. Pelajar harus membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan insiatif sendiri. Kaedah ini membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan secara lebih berkesan. Pelajar terikat kepada masa. kelas. isi kandungan pelajaran . mempunyai keluarga dan kerjaya. Sistem pendidikan atas talian ini memberi individu ini untuk menimba ilmu dengan cara yang berbeza dari pendidikan formal. bahan pembelajaran yang telah 3 .2003) Ini bermaksud pembelajaran atas talian fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar yang harus lebih berdikari dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. .

0 CABARAN-CABARAN DALAM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN Cabaran boleh didefinasikan sebagai rintangan atau halangan yang dihadapi oleh pelajar yang akan membawa kesan negatif terhadap mereka dalam menjalani pembelajaran atas talian. Seterusnya mereka akan gagal mencapai matlamat pembelajaran mereka.1999. Bagi yang baru menempuh alam pembelajaran atas talian.(dipetik dari Ahmad Fadzli Yusof (2004). (dipetik dari Giles. Menurut Muhammad Sukri . Hassan (1996) dan Sharifah Hassan. 2. Sekiranya mereka tidak bijak mengurusi masa. Kegagalan mengurus masa dengan cekap akan membawa kesan yang negatif terhadap pekerjaan yang dilakukan.1 CABARAN PENGURUSAN MASA Pembahagian masa di antara pelajaran . 4 .Mohd Anuar & Ting. Mereka masih tercari-cari cara yang sesuai untuk mengimbangi semua komitment tersebut.2. Masa itu emas. ia akan membawa impak yang negatif terhadap kehidupan mereka dan mereka juga gagal memberi fokus yang baik terhadap pembelajaran. Sebagai pelajar . (2007) ) mendapati terdapat beberapa kelemahan dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh pelajar dan mahasiswa dalam pengurusan masa belajar khususnya yang telah berkeluarga.2001)Halangan pembelajaran didapati membawa kesan terhadap sesaorang individu dalam pembelajaran dan tahap kepuasan. ianya merupakan satu kejutan budaya bagi mereka. (2007).keluarga. mereka perlu masa untuk mengulangkaji dan menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Menurut Abdul Rahim Hamdan dan Rafie Md Dali (2011) . kerjaya dan aktiviti sosial merupakan satu cabaran bagi pelajar atas talian.Schilke. Ini menggambarkan betapa berharganya masa dalam kehidupan seharian. samada pekerjaan itu dibuat secara berkumpulan atau individu.

Ini menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting. maklumat. majikan atau rakan sekerja.pelajaran dan keluarga. kurang tidur. Kegagalan menyeimbangkan pelbagai tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh mereka akan menyebabkan mereka mengalami stres. tahap kesihatan dan interaksi sosial mereka. kurang keriangan. keluarga dan pembelajaran. kebimbangan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Stres jika tidak dikawal akan menyebabkan kehidupan dan pergaulan sesaorang pelajar akan terjejas sehingga memberi kesan yang negatif terhadap pencapaian akademik. sebahagian besar informasi di internet tersedia dalam bahasa Inggeris. Fadilah Zaini dan Nor Akmar Nordin(2007).3 CABARAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS Penguasaan Bahasa Inggeris menjadi suatu kelebihan kepada individu yang dapat menguasainya terutamanya untuk melanjutkan pelajaran dan dalam bidang pekerjaan. Pelajar baru lebih mudah terdedah kepada stres disebabkan proses transisi yang mereka lalui. personaliti. perasaan dan aktiviti seharian. Stres boleh menyebabkan pelajar mengalami pelbagai keadaan seperti rasa sunyi dan kesaorangan. Suka atau tidak . Bagi pelajar atas talian yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mentafsir maklumat. pengurusan masa antara kerjaya . buku rujukan. Tugasan atau pekerjaan yang perlu disiapkan dalam masa yang tertentu biasanya akan mengundang stres dikalangan pelajarpelajar. Mereka masih dalam proses penyesuaian dengan kaedah dan persekitaran pembelajaran. Menurut Mastura Mahfar. peningkatan bebanan kerja dan penerimaan tanggungjawab yang baru. Bahasa Inggeris merupakan bahasa global dan penguasaannya ditekankan kerana bahasa tersebut merupakan bahasa sejagat yang digunakan dengan meluas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). rasa marah. penyelidikan dan 5 . Faktor lain yang boleh menyebabkan stres ialah bebanan kewangan yang bertambah dan kurang sokongan dari keluarga. Kebanyakan buku ensiklopedia. stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran. Pelajarpelajar atas talian juga tidak terkecuali dari merasa stres atau tertekan dengan bebanan kerjaya.2. keresahan.2 CABARAN GANGGUAN STRES Gangguan stres adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia normal. 2. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa sumber yang penting.

Menurut Sharil Effendi Ibrahim.4 CABARAN PENGURUSAN KEWANGAN Bagi pelajar yang menpunyai keluarga. Bagi pelajar yang menguasai bahasa Inggeris. keperluan keluarga. soal memahami isi-isi tidak menjadi halangan tetapi bagi pelajar yang tidak menguasai bahasa Inggeris. tidak kira institusi pendidikan tinggi konvensional mahupun institusi Open & Distance Learning (ODL). hampir semua buku elektronik dalam bahasa Inggeris dan sebilangan kecil dalam bahasa-bahasa lain seperti Perancis dan Spanyol. Menurut Che Rugayah Che Ismail (2001) kebanyakan pelajar masa kini menghadapi krisis kewangan dan ramai daripada mereka tidak memiliki pengetahuan dan pendedahan yang diperlukan untuk mengurus kewangan mereka. keperluan harian dan lain-lain. bahasa merupakan antara masalah utama bagi pihak Perpustakaan. 2. 2. Pendapatan yang diperolehi harus dibahagi kepada kos pembelajaran.khazanah ilmu terungkap dalam bahasa Inggeris. kerja dan agak berusia. Sekiranya pengurusan kewangan tidak dirancang dengan bijak oleh pelajarpelajar ia akan membawa kepada permasalahan atau krisis belanjawan diri pelajar. melanjutkan pelajaran bererti menambahkan bebanan kewangan yang sedia ada.. ia akan menjadi satu cabaran yang besar kerana ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang optima. Sebagai pelajar mereka juga perlu melengkapi diri mereka dengan peralatan pembelajaran seperti komputer. Permasalahan ini akan membawa kepada stres dan menjejaskan tahap akedemik mereka. Masalah ini akan menjadi lebih besar sekiranya aliran keluar wang melebihi pendapatan. melunaskan hutang rumah dan kereta. Jelas di sini kepentingan pelajar atas talian untuk menguasai bahasa Inggeris agar ia tidak menjadi cabaran yang menghalang mereka meneroka ilmu ke tahap maksimum.Kesukaran mendapatkan buku-buku rujukan dalam Bahasa Malaysia terutama dalam bentuk elektronik merupakan masalah sejak sekian lama. Peranan ICT dalam pendidikan tiada hadnya terutama dalam era globalisasi yang 6 .5 CABARAN TEKNOLOGI ` Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan penting dalam konteks penjanaan ilmu untuk mereka yang mengikuti pembelajaran atas talian. kemudahan telekomunikasi. Ahmad Munawar dan Mohamad Anuar (2011). Keperluan hidup dan keperluan seorang pelajar akan sentiasa meningkat tanpa hadnya. Di OUM sendiri. buku-buku rujukan dan perbelanjaan untuk hadir ke kuliah.

memerlukan kecekapan dan kepantasan dalam mencari bahan rujukan. Pembelajaran atas talian dari sudut positifnya memberi kelonggaran kepada pelajar untuk menentukan sendiri masa pembelajaran mereka kerana ia bersifat fleksibel.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI CABARAN-CABARAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN 3. Di OUM sendiri ICT digunakan dalam kesemua aspek pentadbiran seperti pembelajaran. mengatur dan membahagi masa supaya masa sehariannya dapat digunakan sebaik mungkin. memahami dan memproses maklumat. OUM menggunakan LMS sebagai platform untuk menyalurkan bahan pembelajaran serta interaksi. pasti mereka akan menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka. Bagi pelajar yang mempunyai tahap kemahiran yang rendah dalam menggunakan ICT. OUM juga menyediakan perpustakaan digital untuk membantu pelajar mengakses sumber ilmu secara atas talian. Pelajar harus tahu mencari. Menurut Mansur Fadzil dan Ramli Bahroom(2003) Pembelajaran 7 . Kelemahan dalam menggunakan teknologi juga akan menyebabkan tugasan secara dalam talian juga mungkin tidak dapat disempurnakan dalam masa yang ditetapkan. mencapai dan menilai kandungan maklumat yang ingin digunakan. Di dalam pembelajaran. serta mempunyai tahap kompetensi penggunaan computer.1 KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA Pengurusan masa yang berkesan amat penting bagi pelajar yang mempunyai lebih dari satu komitment pada satu masa. 3. mudah dan tepat. Menurut Zuraini Zakaria. Salah satu model pembelajaran di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ialah pembelajaran kendiri. aplikasi teknologi dalam pendidikan bukan sekadar memiliki computer tetapi perlu mengintergrasikan secara berkesan dan efisyen penggunaanya agar membawa makna dengan cepat.Fatimah Hassan. pengurusan dan perkhdmatan sokongan. Shariff (2006) bagi pelajar . Individu yang menjalani pembelajaran atas talian perlu melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan internet yang secukupnya. perbincangan di alam maya dan informasi terkini dari pihak institusi pendidikan. Pengurusan masa ialah penguasaan ilmu yang berkaitan dengan kaedah dan cara sesaorang individu mengurus. Sekiranya mereka masih di tahap lama . Hasmawati Hassan dan Noresah Hj. Mohd. Oleh itu setiap pelajar atas talian harus mempunyai kemahiran dalam menggunakan ICT untuk membantu dan memudahkan proses pembelajaran mereka.kemahiran menggunakan ICT pasti akan menjadi cabaran bagi mereka untuk berdaya saing dan mereka akan kebelakangan dalam semua aspek.

Menurut Abdul Rahim Hamdan et al. Pelajar harus sedar kemahiran menguruskan masa merupakan faktor yang penting dalam menentukan kejayan mereka. 8 . pekerjaan. Pelajar harus mengatur pembahagian masa untuk keluarga. Untuk mengatasi stres pelajar harus tahu bagaimana untuk mengurus masa dan diri sendiri dengan efektif. kerja dan pelajaran agar seimbang.(2007) (dipetik dari Ellis(2002) ) menyatakan bahwa strategi berbentuk pemikiran adalah berkesan jika ianya dikawal dengan pemikiran yang rasional dan logikal. pelajar harus tahu teknik-teknik menguruskan stress dengan baik dan berkesan. Individu yang berfikiran positif mampu berfungsi normal dalam kehidupan mereka. . Pelajar harus peka pada tarikh sesuatu tugasan atau aktiviti. Pelajar harus tahu mengatur masa dengan berkesan dan berkualiti dengan mengikut konsep yang utama perlu diutamakan. temujanji dan masa untuk belajar dalam buku harian supaya segala aktiviti berjalan dengan lancar. pelajar tidak boleh lari dari merasa stres.(2011)(dipetik dari Hassan Ali(1996) )merancang jadual yang baik bererti sesaorang pelajar itu merancangkan penggunaan masa dengan teratur kerana jadual adalah alat yang berkesan untuk membantu seseorang pelajar mengingatkan objektif yang ingin dicapai dan menggelakkan diri menyimpang dari objektif yang ditentukan. memotivasikan pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran dan membantu untuk penyelesaian masalah. Untuk mengatasi stres. Tanpa pengurusan masa yang cekap pelajar akan mudah terlibat dengan amalan–amalan yang merugikan seperti melengahkan kerja.kendiri memerlukan pelajar belajar bersendirian mengikut rentak dan masa sendiri. Pelajar harus berkemahiran menyusun jadual agar pembelajaran mereka berjalan dengan lancar dan efektif.Menurut Mastura Mahfar et al. Sebaliknya stres yang negative pula akan melemahkan pelajar. Senaraikan segala tugas.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN STRES Sebagai manusia yang normal. Pelajar harus kenal diri sendiri dan peka kepada tanda-tanda yang membawa kepada stres. Pelajar harus sentiasa memberi tindakbalas yang positif kepada diri sendiri dan tahu menghargai diri sendiri. Stres terdiri dari stres yang positif yang mampu membantu pelajar lebih peka. Dengan adanya jadual pengurusan masa ia mampu membantu pelajar mengatur aktiviti mereka dengan lebih sistematik. 3. Pelajar juga mesti bersikap rasional dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Menguasai bahasa Inggeris membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran dan teknologi maklumat yang kebanyakanya bersumberkan bahasa Inggeris.Menurut Mastura Mahfar et al (2007) (dipetik dari Neville (2006) ).Jelas. Klein juga mengatakan bahawa salah satu aspek yang diperlukan dalam pembelajaran bahasa kedua ialah menggunakan bahasa tersebut setiap hari. maka dia perlulah selalu berkomunikasi dengan menggunakan bahasa tersebut.Menurut Adibah Abdul Latif et al (2010) (dipetik dari Klein (1986). Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan di era perkembangan pesat dan teknologi moden seperti pengenalan televisyen satelit. 2002). riadah dan diet yang betul membantu fizikal menjadi lebih mantap . kepentingan penguasaan bahasa Inggeris amat perlu bagi seseorang pelajar atas talian. Mereka harus berusaha memperbaiki diri mereka dan jangan malu bertanya kepada yang lebih arif . jika sesorang ingin mempelajari sesuatu bahasa. Oleh itu pelajar harus membuang sifat malu dan mesti lebih yakin diri untuk 9 . gaya pemakanan yang seimbang dan berkhasiat boleh membantu tahap stress seseorang individu tetapi hendaklah disertai dengan aktiviti riadah yang teratur. Jelas di sini. 3. Untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar atas talian. beberapa langkah boleh diambil . bertenaga . seseorang pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris bertujuan untuk memahami bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia.3 KEMAHIRAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS Dalam konteks dunia pendidikan hari ini. merasa lebih gembira dan dapat mengurangkan stres. Pelajar boleh menghadiri kelas pemantapan bahasa Inggeris dan memperbanyakkan bahan bacaan bahasa Inggeris. telefon selular dan rangkaian computer malahan hampir 99 peratus maklumat dalam internet adalah dalam bahasa Inggeris (Adibah Abdul Latif dan Azizah Abu Hanifah) ( dipetik dari Ahmad Zahri Jamil.

Pelajar harus merancang belanjawan sendiri dengan mengutamakan perkara yang penting dari mengutamakan keseronokan. Menurut Che Rugayah Che Ismail (2001)Masalah selalunya timbul kerana para pelajar tidak mampu mengawal tabiat berbelanja secara rasional dan kurang arif dalam mengenalpasti antara barang keperluan dan barang kehendak mereka. 10 . kos memainkan peranan yang penting. Perkara yang paling penting sekali. kerjaya dan diri sendiri. Bahasa Inggeris amat penting untuk melayakkan diri berada setaraf dengan era globalisasi pada masa sekarang dan akan datang. Pelajar harus menjadi pembeli yang bijak dan tau membezakan antara keinginan dan keperluan. 3.4 KEMAHIRAN PENGURUSAN KEWANGAN Dalam menjalankan apa juga pekerjaan atau aktiviti . Kebanyakan pelajar atas talian yang bekerja mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran dalam bentuk biasiswa atau pinjaman dari kerajaan atau majikan. Setiap pelajar mesti sedar bahawa mereka seharusnya bijak dalam membuat perancangan perbelanjaan dan pengurusan wang mereka.. Institusi pendidikan pula menyediakan perkhidmatan untuk membantu pelajar seperti perpustakaan digital. Pelajar juga perlu merekod bagi setiap pembelian di mana mereka perlu menyimpan resit-resit pembelian dan bil-bil pembayaran. Selain dari pengurusan kewangan yang bijak dan terancang pelajar juga mesti merebut kemudahan yang diberikan agar terus mencapai matlamat mereka.berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pelajar harus mempunyai kemahiran dalam pengurusan kewangan kerana mereka terikat dengan pelbagai tanggungjawab seperti keperluan keluarga. pelajar harus mengelak dari berhutang kerana berhutang bererti berbelanja melebihi kemampuan diri. Mereka boleh mendapatkan bahan-bahan atau buku rujukan tanpa kos tambahan. Pelajar perlu mencatatkan aliran keluar wang agar mereka peka dengan kedudukan wang semasa . Pembaziran akan berlaku sekiranya item yang dibeli tidak menggambarkan keperluan hidup pelajar tersebut.

Di OUM . Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar ODL dalam kemahiran “Information Literacy” mereka. Krusus ini wajib diambil oleh semua pelajar semester pertama bagi mempelajari teknik pembelajaran dalam bentuk “Open Learning Distance “(ODL) ini. Mengikut Mansor Fadzil et al (2003). Untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat pelajar boleh menghadiri kursus jangka pendek. 11 . pihak universiti dan perpustakaan telah berkerjasama dalam menghasilkan modul bagi krusus “OUMH1103-Learning Skills for open & Distance Learning Studentas”.3. bertanya kepada yang lebih mahir dan melalui bahan-bahan bacaan. Amalan penggunaan komputer yang berterusan juga mampu mempertingkatkan kemahiran kerana pelajar tidak boleh menguasai sesuatu berlandaskan teori sahaja.4 KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Pelajar atas talian harus mempunyai kemahiran teknologi maklumat dan internet yang secukupnya mengikut peredaran masa. salah satu isu yang perlu ditangani ialah isu berkaitan kemahiran pelajar untuk menggunakan kemudahan ICT dengan sepenuhnya.

yang majoritinya merupakan individu yang berkerja dan berkeluarga tidak terlepas dari mengharungi beberapa cabaran untuk berjaya dalam pembelajaran mereka. Kemahiran itu penting agar pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan proses pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Bagi pelajar atas talian. Sekiranya pelajar gagal menguruskan cabaran-cabaran tersebut dengan baik akan wujud masalah dan kesan yang buruk.KESIMPULAN Di mana ada kemahuan . Cabaran harus dilihat sebagai alat yang meningkatkan motivasi diri dan bukannya sebagai penghalang untuk terus berjuang. (2716 patah perkataan ) 12 . di situ ada jalan. Mereka memerlukan daya tahan yang kuat dan berdisiplin demi memajukan diri dalam era globalisasi ini. Walaupun kaedah pembelajaran atas talian berbeza dengan kaedah tradisional sepertimana yang biasa dilalui oleh pelajar sebelum ini. mereka harus memandangnya dari sudut yang positif. Mereka harus tahu matlamat mereka melanjutkan pelajaran dan berusaha mengatasi cabaran tersebut dengan mengaplikasikan kemahiran yang perlu.

pdf.my / 10799/1/PENGUASAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR. Available: eprints. Halimatolhanin Mohd Khalid. [2011 . Learning Skills for Open Distance Learners(12th ed) Selangor: Open University Malaysia. Sharipah Hanon Bidin. Available:http:// eprints. Skudai.pdf [2011. November 3}] Adibah Abdul Latif & Azizah Abu Hanifah (2010) . In: Panitia Diklat 13 .my/1251/1/24_pages_from_PENGURUSAN_KEWANGAN_PELAJ AR_SATU_TINJAUAN_AWAL_Kepada_KEPERLUAN_AWAL_KEPADA_K EPERLUAN_ KAUNSELING_KEWANGAN. Goolamally (2008). Pengurusan Masa Di Kalangan Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar(PKPGB) Ambilan 1. Jamil.November 3] Che Rugayah Che Ismail (2001).Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke arah Pendidikan Berkualiti. Harvinder Kaur. Available: eprints. OUMH 1103. Pengurusan Kewangan Pelajar: Satu Tinjauan Awal kepada Keperluan Kaunseling Kewangan. .utm. [Online]. (2010). November 3] Dato’ Dr Zaiton Osman. . Prof Dr Abtar kaur.Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar PKPG Kemahiran Hidup Univerisiti Teknologi Malaysia [Online]. Hazna Ahmad & Thami Munisah Mohd Yusoff. Dr and Norlia .RUJUKAN Abdul Rahim Hamdan & Dafie Md Dali (2011).utm.pdf. Universiti Teknologi Malaysia.my/12020/1/Pengurusan_Masa_Di_Kalangan_Program_Khas_Pensis wazahan_Guru_Besar. Ahmad. [Online].utm. [2011.

Amalanamalan terbaik perpustakaan Open University Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelajar jarak jauh (ODL) tanpa kos tambahan. Pdf.utm. Mohd. [2011.oum. [2011.utm.edu.oum. Available: http//eprints.edu. 4-5 Jun 2008. Oktober 23] 14 . [Online] . Fadilah Zaini & Nur Akmar Nordin (2007). Ting Kung Shiung(2007). Available: eprints. Available: eprints.my/347/. Anuar Abdul Rahman. Oktober 23] Shahril Effendi. (2003).Mahajemen Guru Internasional 2008.sukri. Peranan ICT dalam sistem pendidikan jarak jauh. (2006). Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran(E-Learning) Di kalangan pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. [2011.pdf. (OUM Digital Collection). November 3] Muhammad Sukri Saud.my/160/1/pentadbiran. Analiss faktor stress di kalangan pelajar. Ibrahim and Ahmad Munawardan Mohmad Anuar(2011).my/8125/1/MMahfar2007Analisis Faktor Penyebab Stress Di.usm. [2011. November 3] Zuraini et al.pdf. [Online] Available: http://eprints. [2011.my/5590/1/Cabaran_Pendidikan_Secara_Jarak_Jauh_Kesedaran _Dan_Pendedahan_Dalam_Era_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi_(ICT) pdf. [2011. oktober 23] Mastura Mahfar. [Online]. [Online]. Cabaran pendidikan secara jarak jauh : kesedaran dan pendedahan dalam era teknologi maklumat dak komunikasi ICT. Kota Bharu. 5-7 July 2011. [Online]. Oktober 23] Mansor Fadzil & Ramli Baharom. In: Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik (SKPA) 2011. Available: eprints.my/6011/1/144.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.