You are on page 1of 18

SOALAN RAMALAN EKONOMI MALAYSIA 2008

BAB 7 IMBANGAN PEMBAYARAN DAN TUKARAN MATA WANG ASING

1. Jelaskan maksud Imbangan Pembayaran ?

• Imbangan pembayaran merupakan akaun yang mencatatkan urusniaga ekonomi
antarabangsa di antara sesebuah Negara dengan sebuah Negara lain bagi satu-satu
jangka masa biasanya setahun.

• Surplus,apabila penerimaan tukaran asing mengatasi pembayaran tukaran asing.

• Deficit,apabila pembayaran tukaran asing mengatasi penerimaan tukaran asing.

2. Nyatakan komponen dalam imbangan pembayaran?

• Komponen:

I. Imbangan Dagangan

II. Imbangan perkhidmatan

III. Imbangan Akaun Semasa

IV. Imbangan Modal Jangka Panjang

V. Imbangan Asas

VI. Imbangan Keseluruhan

3. Kenapa imbangan perkhidmatan selalu deficit?

• Keuntungan dan dividen pelaburan asing di Malaysia.

• Perkhidmatan pengangkutan dan insurans asing.

• Kiriman wang oleh pekerja asing.

• Hutang luar (kadar faedah dan kadar pertukaran asing yang semakin meningkat)

• Sector perkhidmatan yang tidak mempunyai keupayaan yang cukup untuk
mengeksport perkhidmatan serta menggantikan perkhidmatan yang diimport,iaitu
sector perkhidmatan yang kurang dinamik.
• Pertumbuhan sector perkhidmatan adalah terlalu bergantung kepada sector-sector
ekonomi utama(sector pertama) dan sekunder(sektor kedua)

• Peningkatan asing {FDI} telah menyebabkan Negara mengalami deficit akaun
perkhidmatan yang berterusan.

4. Nyatakan masalah bagi imbangan pembayaran di Malaysia?

• Pertumbuhan eksport yang turun naik.

• Pertambahan intensity import.

• Pertambahan bayaran bersih luar negeri bagi perkhidmatan.

• Lompang tabungan pelaburan.

• Hutang luar.

5. Cara-cara mengatasi deficit akaun perkhidmatan?

• Memperkukuhkan sector perkhidmatan.

• Insentif cukai.

• Menggalakkan sector pelancongan dalam negeri.

• Meningkatkan penggunaan dan perkapalan Negara.

• Meningkat keupayaan pembendungan insurans.

• Menggalakkan sector eksport.

• Meningkatkan pembangunan teknologi maklumat.

• Membangunkan koridor raya multimedia(MSC).

• Meneruskan dasar penswastaan .

• Memperkayakan seni budaya dan industry penyiaran.

• Eksport perkhidmatan.
• Mendinamikkan sector kewangan.

6. Senaraikan 2 komponen yang sering deficit dalam akaun perkhidmatan di Malaysia?

I. Tambang dan insurans

II. Pendapatan pelaburan

BAB 8 WANG,HARGA,DAN BANK

1. Senaraikan institusi/ system urusan bank di Malaysia?dan nyatakan contoh bagi setiap
satu?

I. Bank Negara Malaysia(BNM)

II. Bank Perdagangan , contoh: Public bank

III. Syarikat Kewangan, contoh:Maybank Finance

IV. Bank Saudagar , contoh: Arab Malaysian Merchant Bank

2. Senaraikan system pengantara kewangan bukan bank di Malaysia?dan nyatakan contoh
bagi setiap satu?

I. Institusi Tabungan , contoh:Bank Simpanan National(BSN)

II. Institusi Pembiayaan Pembangunan ,contoh: Bank Pertanian Malaysia

III. Kumpulan Wang Simpanan dan Pencen , contoh: KWSP,PERKESO

IV. Syarikat Insurans dan Takaful , contoh : Kurnia,ING

V. Institusi Kewangan lain, contoh: LUTH, unit amanah
3. Sila jelaskan fungsi BNM?

• Mengeluarkan mata wang

• Menjaga nilai ringgit

• Bertanggung jawab terhadap dasar kewangan

• Menjadi bank dan penasihat kewangan kerajaan

 Mengurus akaun-akaun kerajaan

 Sumber kewangan kepada kerajaan

 Mengurus hutang kerajaan

• Bank kepada institusi kewangan swasta

 Menjadi pemeriksa bank dan bukan bank

 Bertanggungjawab menguruskan lesen bank dan bukan bank

 Berperanan sebagai penyimpan akaun-akaun bank perdagangan dan juga
syarikat-syarikat kewangan.

 Menerima lebihan wang tunai bank perdagangan.

 Bertindak sebagai bank kepada bank perdagangan dan syarikat-syarikat
kewangan

4. Peranan bank perdagangan di Malaysia?

I. Menyediakan perkhidmatan deposit semasa,tabungan dan tetap.

II. Menjadi pemegang amanah barang-barang atau dokumen-dokumen yang berharga
bagi seseorang atau sesuatu badan.

III. Menolong membentuk atau mengumpulkan modal dan mengerakkan tabungan.

IV. Menjalankan berbagai-bagai fungsi agensi seperti: pemungutan dividen, dan
bunga keatas sekuriti, bayaran premium insurans,pungutan sewa atau lain-lain
perkhidmatan yang diamanahkan.
BAB 9 BELANJAWAN DAN PEMBIAYAAN SEKTOR AWAM

1. Jelaskan definisi bajet dan nyatakan 3 situasi bajet?

• Bajet merupakan satu perancangan ekonomi dan kewangan yang menggambarkan
kedudukan ekonomi Negara pada tahun tersebut dan prospek ekonomi bagi tahun
berikutnya.

• Ia merupakan penyata hasil dan perbelanjaan kerajaan bagi satu tahun tertentu.

• 3 situasi:

I. Belanjawan kurangan

II. Belanjawan lebihan

III. Belanjawan terimbang

2. Nyatakan objektif dan kepentingan dasar belanjawan?

I. Ke arah pengurusan ekonomi yang cekap.

II. Pengawalan perbelanjaan

III. Pertumbuhan ekonomi

IV. Mencapai kestabilan harga

V. Mengawal inflasi

VI. Sebagai mekanisme pengagihan yang lebih setara

3. Perbelanjaan kerajaan dibahagi kepada 2 ,jelaskan dan nyatakan komponen setiap satu?

PERBELANJAAN MENGURUS

• Meliputi perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan serta bayaran pindahan.

• Meliputi gaji,pencen dan ganjaran ,khidmatan bayaran hutang luar negeri dan
dalam negeri , pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri ,bekalan dan
perkhidmatan , subsidi, biasiswa dan bantuan pelajaran ,bayaran pengurusan
kepada sekolah rendah dan menengah, pembelian asset,bayaran balik ,bayaran
ganti dan pemberian kepada badan berkanun.

• Komponen:

I. Emolumen

II. Bayaran khidmat hutang

III. Pemberian dan serahan kepada negeri

IV. Pencen dan ganjaran

V. Bekalan dan perkhidmatan

VI. Subsidi

VII. Pemberian kepada badan-badan berkanun

VIII. Bayar balik

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

• Meliputi perbelanjaan modal terhadap projek-projek sosioekonomi yang akan
menaikkan tingkat sosioekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi

• Ia adalah lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus kerana ia bersifat
pelaburan jangka panjang.

• Komponen:

I. Keselamatan

II. Perkhidmatan sosial

III. Perkhidmatan ekonomi

IV. Perkhidmatan awam

4. Hasil kerajaan dibahagi kepada 2 ,jelaskan dan nyatakan komponen setiap satu?
HASIL CUKAI

• Cukai langsung

 Terdiri daripada cukai pendapatan individu,cukai pendapatan
petroleum,cukai harta pusaka,cukai pendapatan syarikat dan cukai
keuntungan lebihan.

• Cukai tak langsung

 Terdiri daripada duti eksport,duti import dan tokok,cukai jualan,cukai
perkhidmatan ,cukai perjudian dan lain-lain.

HASIL BUKAN CUKAI

• Hasil bukan cukai

 Meliputi bayaran lesen ,permit,bayaran perkhidmatan ,cukai
jualan,sewa,faedah,denda,caruman daripada agensi kerajaan dan
antarabangsa.

• Penerimaan bukan cukai

 Terdiri daripada bayaran balik bagi perbelanjaan ,kredit antara
jabatan,pulangan balik bayaran berlebihan atau bayaran tersilap dalan
tahunan fiscal yang lepas,penerimaan daripada agensi kerajaan yang lain
dan hasil daripada wilayah persekutuan dan Labuan.

5. Apakah maksud hutang kerajaan ?jelaskan komponennya?

• Peminjaman diperlukan apabila hasil kurang daripada jumlah perbelanjaan.

• 2 jenis:

I. HUTANG DALAM NEGERI

 Merupakan pinjaman jangka pendek dan sederhana yang tempoh
pembayaran baliknya singkat.

 Diperoleh daripada orang ramai dan institusi kewangan dalam negeri.

 Komponen adalah seperti: bil-bil perbendaharaan ,surat jaminan kerajaan
,sijil-sijil pelaburan.
II. HUTANG LUAR NEGERI

 Pinjaman jangka sederhana dan jangka panjang kerajaan daripada institusi
kewangan luar negeri.

 Tempoh matang lebih daripada setahun.

 Komponen adalah seperti: pinjaman-pinjaman pasaran ,projek,kredit
pembekalan ,dan pembiayaan tabung kewangan antarabangsa(IMF)

BAB 10 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

1. Apakah itu DEB? Apakah matlamat yang hendak dicapai dalam DEB?
• DEB dilancarkan pada tahun 1971 seiringi dengan pelancaran Rancangan
Malaysia Kedua(1971-1975),bertujuan untuk memupuk perpaduan Negara
dengan membasmi kemiskinan dan membetulkan ketidakseimbangan
sosioekonomi yang wujud di Malaysia antara kumpulan etnik dan antara wilayah.
• Ia merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) ekonomi yang pertama
pernah dibentuk di Malaysia (20 tahun).
• Terdapat 2 matlamat DEB penting:
i. Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan
pendapatan dan memperbanyak peluang-peluang pekerjaan kepada semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
ii. Menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang
tidak seimbang , supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fingsi ekonomi.

2. Apakah strategic yang digunakan untuk mencapai kedua-dua matlamat dalam DEB?
MENGURANGKAN DAN MEMBASMI KEMISKINAN
• Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan
• Menambahkan peluang untuk menukar kegiatan yang mempunyai daya
pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi.
• Menyediakan perkhidmatan social secara percuma atau subsidi lebih meluas.
MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT
• Permodenan kehidupan desa dengan meningkatkan daya pengeluaran
• Mempertingkatkan dan mengimbangkan pertumbuhan kegiatan Bandar
• Menambahkan bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dan harta
syarikat.
• Pembentukan masyarakat perniagaan bumiputera.
• Memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui agensi-agensi wilayah
seperti: KEROJA,KESEDAR,KETENGAH,dan KEDA.

3. Jelaskan pencapaian DEB(1971-1990)?
MENGURANGKAN DAN MEMBASMI KEMISKINAN
• Kadar Pengangguran menurun dari 7.5% pada tahun 1970,kepada 5.1% pada
tahun 1990 (matlamat = 3.6%)
• Pendapatan purata bulanan isirumah (Bandar = RM 428,Luar Bandar = RM 200)
pada tahun 1970 meningkat kepada (Bandar = RM 1617,Luar Bandar = RM
951),pada tahun 1990.
• Kadar Kemiskinan (Bandar = 21.3% ,Luar Bandar = 58.7%)pada tahun 1970
menurun kepada (Bandar = 9.1% ,Luar Bandar = 23%)pada tahun 1990.
MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT
• Pendapatan purata bulanan isi rumah Melayu adalah RM 172 pada tahun 1970
menambah kepada RM 931 pada tahun 1990.
• Peratus guna tenaga bumiputera dalam ketiga-tiga sector adalah 45.33% pada
tahun 1970 meningkat kepada 56.73% pada tahun 1990.
• Peratus pemilikan saham sector syarikat bagi bumiputera adalah 2.4%pada tahun
1970 dan meningkat kepada 19.3% pada tahun 1990.

4. Jelaskan definisi Dasar pembangunan Nasional dan nyatakan matlamat dasar ini?
• Dasar ini diwujudkan adalah dengan tujuan menyambung dan memperkukuhkan
hasrat ekonomi rakyat.
• Ia memperkukuhkan proses pencapaian pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat dalam usaha memperbaiki lagi ketidakseimbangan social dan
ekonomi.
• Matlamat:
i. Membasmi kemiskinan dikalangan golongan termiskin ,disamping
mengurangkan kemiskinan relative.
ii. Pewujudan guna tenaga dan pembanguanan pesat sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian bumiputera(MPPB)yang aktif.
iii. Meningkatkan lagi penglibatan sector swasta salam proses penyusunan
semula masyarakat.
iv. Menumpukan pembangunan sumber manusia.

5. Jelaskan definisi Dasar Wawasan Negara dan nyatakan matlamat dasar ini?
• Merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga(RRJP3)akan memberikan
tumpuan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing Negara.
• Usaha akan dilakukan untuk mempertingkatkan kualiti pembangunan dan
menjana pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat menikmati
kemakmuran.
• Matlamat:
i. Membina bangsa yang berdaya tahan.
ii. Menggalakkan perwujudan masyarakat yang saksama.
iii. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
iv. Mempertingkatkan daya saing
v. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
vi. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia
vii. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan.

BAB 11 PERUSAHAAN AWAM DAN PENSWASTAAN
1. Jelaskan definisi perusahaan awam?dan nyatakan contoh?
• merujuk kepada perusahaan yang kerajaan mempunyai kepentingan majoriti dari
segi pemilikan dan pengurusan.
• Hanson (1965) mendefinisikan perusahaan awam (PA) sebagai sebuah organisasi
yang beroperasi berasaskan kepada prinsip komersil dan dikuasai secara
menyeluruh atau sebahagiannya oleh kerajaan.
• Contoh : Tenaga Nasional Berhad (TNB), Keretapi Tanah Melayu (KTM).

2. Nyatakan sebab-sebab penubuhan perusahaan awam?
• Keperluan kerajaan dalam menyediakan inisiatif-inisiatif pembangunan.
• Kewujudan prioriti-prioriti pembangunan yang khusus.
• Kerajaan berkemahuan untuk mewujudkan simpanan dengan cepat.
• Mewujudkan keseimbangan agihan pendapatan di antara rakyat.
• Sebagai ejen pembangunan di kawasan-kawasan kurang maju.
• Mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dan sebagai alat pencepat proses
pembangunan.

3. Jelaskan bentuk-bentuk perusahaan awam di Malaysia?
• Jabatan Kerajaan
 satu badan yang menguruskan segala urusan berkait dengan penetapan
dasar, peraturan kewangan, pengambilan kakitangan yang tertakluk
kepada semua peraturan kerajaan.
 contohnya, Pos Malaysia dan Keretapi Tanah Melayu Berhad.
• Perbadanan awam
 Ia juga dikenali sebagai badan-badan berkanun
 merupakan satu bentuk organisasi komersil yang bebas, ditubuhkan
dengan kehendak kerajaan di luar daripada rangka kerja jabatan-jabatan
kerajaan dan undang-undang syarikat sebaliknya di bawah satu undang-
undang yang khusus yang menetapkan tujuan badan, struktur pentadbiran,
kegiatan, tanggungjawab dan sebagainya.
 Contohnya, Bank Pertanian, MARA, PKEN, UDA .
• Syarikat kerajaan
 Penubuhannya adalah melalui pendaftaran undang-undang syarikat biasa
iaitu kerajaan menanggung sekurang-kurangnya 51% daripada ekuiti
modal ataupun merupakan pemegang saham tunggal.
 tertumpu kepada penciptaan keuntungan.
 Contohnya, PERNAS, MAS, FIMA dan Bank Bumiputra.

4. Nyatakan masalah dalam perusahaan awam?
• Kekaburan objektif
• Pertindihan fungsi
• Kordinasi
• Hubungan menteri,lembaga,dan pengurus
• Berkaitan dengan kakitangan perusahaan awam
• Kelambatan menjelas hutang
• Tak ada dasar-dasar harga yang boleh diikuti untuk meletakkan nilai barangan dan
perkhidmatan yang dikeluarkannya.
• Tidak dapat mengadakan untung maksimum
• Penyelewengan dan salah guna kuasa.

5. Jelaskan definisi penswastaan dan tujuannya?
• Penjualan perusahaan milikan negara atau milikan awam kapada sektor swasta
yang akhirnya menyebabkan ekuiti perusahaan dikuasai oleh sektor swasta.
• Tujuan:
i. Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan
ii. Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran aktiviti ekonomi
iii. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
iv. Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi
v. Membantu pencapaian matlamat dasar pembangunan nasional.

6. Nyatakan kaedah penswastaan?
• Jualan ekuiti
• Jualan aset
• Pajakan
• Pajakan dan jualan aset
• Kontrak pengurusan
• Bina-kendali-pindah
• Bina-kendali(BO)

7. Apakah kesan penswastaan ?
• Mengurangkan beban kewangan kerajaan
• Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
• Manfaat kepada kakitangan
• Pertumbuhan ekonomi
• Penyertaan bumiputera
• Pemindahan teknologi

BAB 12 PERTUMBUHAN KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN
1. Jelaskan maksud kemiskinan mutlak, kemiskinan relatif, dan kemiskinan tegar?
KEMISKINAN MUTLAK
• Merupakan kemiskinan yang berasaskan konsep secukup hidup.
• Ia menjelaskan kemiskinan sebagai kekurangan pendapatan yang diperluka untuk
memenuhi keperluan-keperluan sara hidup yang minimum.
• Ukuran yang kerap digunakan ialah kadar kemiskinan iaitu peratusan penduduk
atau isi rumah yang mempunyai taraf hidup yang lebih rendah daripada garis
kemiskinan yang ditentukan.
KEMISKINAN RELATIF
• Merupakan keadaan yang menerangkan kedudukan relative satu-satu kumpulan
berbanding dengan kumpulan yang lain dari segi pendapatan.
• Ia merangkumi beberapa aspek drpd konsep tersebut.
• Ukuran yang digunakan adalah pendapatan 40% terendah sebagai ukuran yang
utama ,berbanding pendapatan 20% tertinggi.

Kelemahan adalah ia tidak dapat kira kesan terhadap paras kemiskinan sekiranya
pendapatan setiap orang perseorangan meningkat dengan kadar yang sama.
KEMISKINAN TEGAR
• Kumpulan yang termiskin
• Kumpulan yang mempunyai pendapatan yang kurang drpd PGK makanan.

2. Jelaskan definisi PGK?
• Ia merupakan sempadan taraf hidup dimana kita dapat memisahkan golongan
miskin dengan golongan tidak miskin.
• Ditentukan secara berasingan bagi setiap isi rumah dalam penyiasatan pendapatan
isi rumah(HIS) mengikut saiz,komposisi demografi dan lokasi(negeri & strata)
• Ia telah dikaji semula secara meluas pada tahun 2005 den telah memasukkan 2
komponen iaitu PGK makanan dan PGK bukan makanan.

3. Kenapa PGK berubah dan tidak sama di antara kawasan dan antara negeri yang terdapat
di Malaysia?
• Berubah adalah untuk menyesuaikan dengan nilai wang semasa dan keadaan
inflasi.
• Dibezakan antara Bandar dan luar Bandar untuk mencerminkan kos hidup yang
lebih tinggi dibandar.
• PGK dibandar perlulah lebih tinggi.
• Supaya dapat mencerminkan perubahan citarasa dan penggunaan masyarakat
semasa.cth: dengan memasukkan perbelanjaan untuk keperluan computer
,internet,rekreasi ,tuisyen, buku tambahan dan latihan serta keperluan perubatan
yang berkualiti.

4. Jelaskan dimensi kemiskinan di Malaysia?
KEMISKINAN MENGIKUT STRATA
• Luar Bandar
 Golongan yg tertumpu pada sector-sektor tradisi cth: pekebun kecil getah.
 Walaupun kadar kemiskinan dan bilangan isi rumah di kawasan luar
Bandar berkurangan ,namun kemiskinan masih ketara sebagai fenomena
luar Bandar dengan 70.6% drpd isi rumah miskin tinggal di kws luar
Bandar.
• Bandar
 Peratus jumlah isi rumah miskin di Bandar semakin meningkat
 Masalah perumahan merupakan masalah utama dikalangan golongan
miskin dan berpendapatan rendah di Bandar.
KEMISKINAN MENGIKUT NEGERI
• Kemiskinan mengikut negeri menunjukkan kadar yang tinggi di negeri-negeri
kurang maju spt:perlis ,kedah,Pahang.
• Bumiputera merupakan golongan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi
berbanding kaum lain.
KEMISKINAN MENGIKUT ETNIK
• Kaum melayu merupakan golongan miskin yang terbesar berbanding dengan
kaum lain.
• Khususnya bagi bumiputera di Sabah & Sarawak.
GOLONGAN TERMISKIN
• Orang asli
• Ketua isi rumah wanita
• Ketua isi rumah warga tua
• Pekerja-pekerja pertanian

BAB 13 PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
1. Nyatakan bentuk pencemaran utama di Malaysia?
i. Pencemaran air
ii. Pencemaran udara
iii. Pencemaran sampah-sarap(Tanah)

2. Jelaskan punca berlaku pencemaran di atas?
PENCEMARAN AIR
• Pembuangan kumbahan domestic,bahan pencemar daripada industry berasaskan
pertanian ,larian air dan kerja-kerja tanah dan pembersihan kawasan serta
pembuangan efluen dari aktiviti perkilangan.
PENCEMARAN UDARA
• Kereta(punca bergerak)
• Pembakaran bahan api kilang dan domestic
• Stesen janakuasa(punca tetap)
• Pembakaran sisa perbandaran dan industry.
PENCEMARAN TANAH
• Aktiviti perlombongan
• Aktiviti penebangan hutan
• Buangan pelbagai sampah-sarap di tanah cth: sisa makanan,kertas,plastic.

3. Nyatakan langkah-langkah pencegahan pencemaran?
KAEDAH PERUNDANGAN
• Peraturan kualiti alam sekeliling(premis yang ditetapkan)(minyak sawit
mentah)1977
• Peraturan kualiti alam sekeliling(premis yang ditetapkan)(getah asli mentah)1978
• Peraturan kualiti alam sekeliling(udara bersih)1978
• Peraturan kualiti alam sekeliling(kumbahan dan efluen perindustrian) 1979
• Peraturan kualiti alam sekeliling(buangan terjadual)1985
KAEDAH PENTADBIRAN
• Garis panduan bagi penempatan dan pengezonan industri-industri
• Garis panduan bagi kawalan dan pencegahan hakisan dan pemendapan
• Garis panduan bagi pengurusan sisa-sisa pepejal
• Perancangan sumber bagi alam sekitar
• Penilaian kesan alam sekitar(PKAS)

4. Masalah pencemaran di Malaysia?
PENCEMARAN AIR
• Punca utama adalah kumbahan dan kotoran domestik
• Diikuti dengan industri kilang kelapa sawit
PENCEMARAN UDARA
• 76.3% disebabkan oleh Kereta(punca bergerak) tahun 1999

4.71% disebabkan oleh Pembakaran bahan api kilang dan domestic Stesen
janakuasa(punca tetap) tahun 1999
• 19.01% disebabkan oleh Pembakaran sisa perbandaran dan industry pada tahun
1999
PENCEMARAN TANAH
• Di Kuala Lumpur:
 51% daripada sampah adalah sisa makanan.
 28% daripada sampah adalah kertas
 8% daripada sampah adalah plastic
 13% lain-lain

5. Jelaskan prospek alam sekitar masa hadapan di Malaysia?
• Keberkesanan kaedah kawalan
• Teknologi dan kos
• Kesedaran masyarakat

BAB 14 GLOBALISASI DAN KEGAWATAN EKONOMI :IMPAK KE ATAS EKONOMI
MALAYSIA
1. Jelaskan definisi Globalisasi,Globalisasi perdagangan,dan Globalisasi kewangan?
GLOBALISASI
• Merupakan proses integrasi ekonomi dunia melalui pengembangan aliran barang-
barang perkhidmatan ,modal,buruh,maklumat,dan pengetahuan merentasi
sempadan ,dipercepat melaluikemajuan dalam pengeluaran ,teknologi maklumat
dan komunikasi ,serta ekonomi dunia yang lebih liberal(bebas).
GLOBALISASI PERDAGANGAN
• Melibatkan peningkatan rangkaian dan saling bergantungan perdagangan di antara
Negara-negara di dunia ,dipercepat melalui perkembangan pengetahuan dan
dipermudah melalui perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
,pengurangan kos pengangkutan ,serta liberalisasi perdagangan pelbagai Negara.
GLOBALISASI KEWANGAN
• Merujuk kepada peningkatan pemusatan pasaran kewangan melalui integrasi
aliran modal secara global.
• Ia membawa implikasi pergerakan ke arah satu pasaran kewangan yang
bercantum.
• Meliputi semua jenis urusniaga portfolio seberang sempadan ,termasuklah
meminjam,member pinjaman ,dagangan mata wang ,serta tuntutan kewangan,dan
perkhidmatan kewangan lain-lain yang diberikan oleh bank perdagangan.
• Juga termasuk aliran modal yang dikaitkan dengan pelaburan langsung
asing(FDI).

2. Nyatakan impak(kesan) globalisasi?
• Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat disebabkan oleh eksport.
• Meningkatkan aliran kewangan diperingkat global iaitu bertambahnya penawaran
dan kepelbagaian sumber-sumber kewangan yang lebih murah.
• Membantu membangunkan pasaran modal tempatan dan memudahkan urusniaga
perdagangan dunia.
• Bertambahnya urusniaga di pasaran tukaran asing
• Nilai modal pasaran meningkat
• Globalisasi kewangan menyebabkan pasaran modal domestic menjadi lebih
liberal.
• Juga menyebabkan peningkatan pinjaman asing jangka pendek oleh sector
swasta.

3. Adakah kegawatan ekonomi berlaku di Malaysia?
• Berlaku pada pertengahan tahun 1997
• Krisis kewangan yang paling buruk berbanding dengan kemelesetan ekonomi
dunia pada tahun 1930an dan 1980an kerana ini berlaku serentak dengan krisis
kejatuhan nilai mata wang.
• Krisis ini mencapai ke puncak pada September 1997,iaitu apabila kejatuhan teruk
Indeks komposit Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL) turut diikuti oleh Bursa
Saham Hong Kong, Bursa Saham New York, Bursa Saham Tokyo.
• Juga telah mendatangkan kesan meruncing ke atas ekonomi Malaysia dengan
pertumbuhan ekonomi telah menguncup terutama pada separuh pertama tahun
1998.

4. Nyatakan punca yang berlaku kegawatan ekonomi di Malaysia?
• Factor dalaman
 Mengaitkan punca kegawatan kpd kelemahan asas-asas
ekonomi,kelemahan system kewangan ,dan dasar-dasar makroekonomi
Negara.
• Factor luaran
 Mengaitkan kepada kelemahan system kewangan antarabangsa dan
kegiatan skepulator mata wang
• Menurut IMF
 Kegawatan ekonomi berpunca drpd kelemahan sistem kewangan dan
corak pentadbiran Negara berkenaan.
 System kewangan
 cth: kekurangan pengawasan sector kewangan ,penilaian dan
pengurusan risiko kewangan yang lemah,serta pengekalan kadar
pertukaran yang relative tetap.
 Corak pentadbiran
 Penglibatan kerajaan dalam sector penswastaan ,kekurangan
ketelusan dalam perakaunan korporat dan fiscal ,serta dalam
penyebaran maklumat kewangan telah menambahkan lagi masalah
kegawatan ini.
• Globalisasi pasaran modal ,pertumbuhan asset kewangan global,dan kekurangan
kawalan penawaran wang global adalah factor-faktor antarabangsa yang
membawa kepada krisis.
5. Jelaskan impak(kesan) kegawatan ke atas Malaysia mengikut ekonomi dan social?
IMPAK EKONOMI
• Kadar pertumbuhan ekonomin yang lembap
• Kejatuhan nilai ringgit
• Kejatuhan pasaran saham
• Kejatuhan dalam pelaburan
• Imbangan pembayaran lebihan
 Nilai mata wang domestic turun,eksport bersih meningkat,BOP surplus.
• Pengeluaran mengikut sector
• Meningkatkan hutang luar Negara
• Peningkatan kadar faedah
• Peningkatan kadar inflasi
• Pembekalan projek-projek mega
IMPAK SOSIAL
• Pengangguran yang tinggi
• Kemiskinan
• Pemilikan ekuiti bumiputera
• Masalah penghantaran pelajar ke luar Negara

Hak cipta : TOH KIT SIANG Dilarang membuat cetak rompak