Penghargaan Isi kandungan 1.

0 Pengenalan

Pencapaian akademik adalah diukur sebagai taraf pencapaian individu di dalam peperiksaan rasmi di sekolah atau peperiksaan awam yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Pencapaian akademik adalah merujuk kepada peratus dan gred kelulusan yang diperolehi iaitu A (cemerlang), B (kepujian), C (baik), D (mencapai tahap penguasaan minimum) dan E (tidak mencapai tahap penguasaan) bagi mata pelajaran-mata pelajaran dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pencapaian akademik adalah kemampuan pelajar-pelajar mendapat gred-gred yang dicapai dalam sesuatu ujian atau peperiksaan yang piawai seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Tahap pencapaian akademik setiap manusia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kmampuan individu berkenaan dengan aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi. Menurut Research Center on Academic Success [CRIRES] (2005), pencapaian akademik membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran.

Pada umumnya, pencapaian akademik menjadi kayu pengukur kepada kejayaan diri seorang individu. Pencapaian atau kegagalan dalam pelajaran berbeza mengikut kemampuan individu. Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan selalunya dikatakan pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan mempunyai kebolehan yang lebih tinggi berbanding rakan seusia mereka. Walaupun begitu, tiada satupun himpunan sifat yang tetap bagi pelajar yang pintar cerdas ini, tetapi setiap orang pelajar adalah insan ciptaan tuhan yang memiliki kekuatan dan kelemahan diri yang tertentu. Kebolehan kognitif pelajar yang cemerlang ini selalunya di miliki secara bersendirian, tetapi mereka tetap memerlukan bimbingan orang yang lebih dewasa seperti ibubapa, guru, pentadbir sekolah dan rakan seperjuangan untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang optimum (Nik Aziz, 1990). Setiap individu tersebut mempunyai kemampuan yang tersendiri, ibu bapa dan gurulah yang bertanggungjawab untuk memberi bimbingan dan tunjuk

hal ini juga bergantung atas kemahuan murid itu sendiri. Namun begitu. Setelah menjalankan temubual terhadap dua murid yang berbeza tahap pencapaian akademik. Berikut adalah sedikit butiran peribadi murid A dan b hasil daripada temubual yang telah dijalankan. baca buku Juruterbang Murid B Peniaga Suri rumah 7 Bermain bola Doktor .ajar untuk mengembangkan potensi mereka sama ada menjadikan mereka murid yang mempunyai pencapaian yang cemerlang atau menjadi murid yang lemah. saya mendapati bahawa murid A iaitu murid yang cemerlang mempunyai latar belakang yang baik manakala murid B iaitu murid yang lemah mempunyai latar belakang yang kurang bernasib baik. Pekerjaan bapa Pekerjaan ibu Bilangan adik beradik Hobi Cita-cita Murid A Pegawai bank Jururawat KMC 4 Badminton.

Oleh itu. Gen akan menguasai perkembangan manusia dan memberi sifat unik kepada setiap manusia.0 Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik 2. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom. Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865).1 Baka / genetik Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Newman(1937) dan Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza. Setiap orang mewarisi sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua ibu bapanya. Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. kromosom mengadungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. penting bagi setiap individu untuk memilih pasangan daripada baka atau keturunan yang baik bagi melahirkan . yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina).2. Hal ini kerana. Biasanya. Mengikut kajian. Goddard(1890). baka juga memainkan peranan penting dalam menentukan pencapaian akademik dalam pelajaran.

Hal ini boleh diukur melalui pekerjaan yang dijawat oleh ibu bapa murid A. Coleman (1970) dalam kajiannya yang mengukur status ekonomi dari segi pekerjaan. Menurut (Papalia. Ini bergantung pada kebijaksanaan ibubapa mendidik anak mereka. murid A iaitu murid yang cemerlang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Kajian ini dapat membuktikan bahawa baka merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Berbanding dengan ibu bapa yang berpendidikan sederhana.2 Persekitaran Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan. Bapa murid A bekerja sebagai pegawai bank manakala ibunya pula bekerja sebagai jururawat. Heyns (1978) dirujuk oleh Entwisle et al (1997) pula menyatakan bahawa ibu bapa yang mempunyai taraf sosioekonomi lebih tinggi banyak menyediakan kemudahan material yang bersesuaian dengan pembelajaran berbanding dengan aktiviti-aktiviti dalam . Bapa murid B bekerja sebagai peniaga manakala ibunya hanya suri rumah.individu yang cemerlang. Namun. Tambahan pula. persekitaran merupakan perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu. ibu bapa yang berpendidikan tinggi lebih mengambil berat perihal pembelajaran anak-anak. 2. 2001). makanan dan lain-lain. murid yang lemah mempunyai ibu bapa yang berpendidikan rendah. faktor ini semata-mata juga tidak semestinya bijak dan pandai. Faktor persekitaran merangkumi banyak aspek seperti sosioekonomi keluarga. pendidikan dan pendapatan ibu bapa mendapati bahawa latar belakang keluarga adalah penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik murid-murid dan hubungan tersebut adalah berterusan. Manakala murid B.

ibu bapa mereka sering memberi kata-kata semangat di samping member ganjaran setiap kali memperolehi keputusan pencapaian yang cemerlang. selepas pulang dari sekolah murid B perlu membantu ayahnya untuk berniaga. Selain itu. prestasi pencapaian murid B lemah. Misalnya.keluarga yang dicontohi oleh anak-anak mereka. 2. Bagi mereka cukuplah jika anak mereka di hantar ke sekolah. Melalui kajian tersebut jelaslah bahawa murid A lebih mendapat perhatian daripada ibu bapa berbanding dengan murid B. ibu bapanya kurang prihatin mengenai kemajuan akademik anak-anak di sekolah. Berbanding dengan murid B. murid A lebih banyak masa untuk belajar di rumah di samping dihantar ke kelas tuisyen untuk mengukuhkan lagi pemahamannya. murid B juga kekurangan bahan untuk belajar disamping tidak mempunyai masa untuk ke perpustakaan. Oleh itu. Murid B tidak banyak masa untuk belajar di rumah kerana masanya banyak dihabiskan untuk membantu ayahnya. Baker dan Stevenson (1986) juga mendapati bahawa ibu-ibu yang memperolehi pendidikan yang lebih tinggi mempunyai lebih banyak strategi untuk meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka. Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan pula. lebih pandai mengurus karier sekolah anak-anak mereka. Murid A juga mempunyai pustaka mini di dalam rumah. Mereka tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada anak mereka. Oleh itu. Menurut dapatan hasil temubual dengan murid A. Ibu-ibu yang lebih berpelajaran. Berlainan pula dengan murid B. ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang tinggi mungkin dapat membeli buku-buku pelajaran sementara ibu bapa yang berpendapatan rendah mungkin tidak berkemampuan menyediakan kemudahankemudahan material yang membantu dalam pembelajaran.3 Pengalaman sosial . hal ini memudahkan murid A untuk mengakses sebarang maklumat yang diperlukan selain mendapat maklumat dan pengetahuan tambahan. pencapaian akademik murid A sentiasa cemerlang. lebih sering mengikuti kemajuan akademik anak-anak mereka dan mempunyai aspirasi yang lebih tinggi terhadap pencapaian anak-anak mereka.

Melalui kajian saya murid B iaitu murid yang lemah mempunyai keluarga yang berpecah belah kerana ibu bapanya telah bercerai dan kini murid B menetap bersama dengan bapa dan ibu tirinya. Dari segi pergaulan mereka di dalam kelas bersama dengan rakan sebaya juga berbeza. Oleh itu. Hal ini merupakan salah satu faktor yang menjejaskan prestasi pencapaian akademiknya. Emosi murid ini mungkin terganggu oleh penceraian ibu bapa mereka. Menurut Teori Sosial Albert Bandura. murid dengan murid dan murid dengan masyarakat. Pengalaman sosial terbahagi kepada empat iaitu murid dengan keluarga. Berbanding dengan murid A. Selain itu. Murid-murid akan bertindak mengikut siapa yang menjadi contoh disekeliling mereka. Murid ini mungkin merindui ibunya kerana mereka tidak tinggal bersama. murid ini lebih banyak berkhayal semasa guru sedang mengajar. Murid yang dibesarkan dalam persekitaran rumahtangga yang banyak rangsangan menunjukkan prestasi yang baik di sekolah. Penumpuan juga diberikan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Macadoby dan Martin (1983) menyatakan bahawa keluarga yang harmoni dan mempunyai hubungan yang positif menghasilkan anak-anak yang cekap. Murid A lebih peramah dan pandai bergaul dengan rakan-rakannya berbanding dengan murid B. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pencapaian akademik murid dipengaruhi oleh hubungan yang positif dalam keluarga yang harmoni.Faktor seterusnya yang difikirkan jelas perkaitannya dengan pencapaian akademik seorang kanak-kanak adalah faktor pengalaman sosial. murid dengan guru. murid-murid akan belajar melalui proses peniruan. bertanggungjawab dan produktif. Murid B agak pasif disamping agak pemalu untuk berinteraksi dengan . Murid A tidak malu untuk bertanya jika terdapat soalan atau percanggahan idea daripadanya. Oleh itu penting bagi ibu bapa dan guru khususnya untuk membantu murid membina pengalaman sosial yang bermakna. Pengalaman sosial ini bermaksud interaksi atau komunikasi seorang kanak-kanak dengan individu atau pihak lain yang mana membantu percambahan minda dan ilmu pengetahuannya. murid A sentiasa aktif bertanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. tiada masalah yang boleh dilihat melalui keluarganya. Penumpuan tidak diberikan sepenuhnya kepada apa yang ingin disampaikan oleh guru.

guru dan masyarakat harus bekerjasama dalam membantu murid mencipta pengalaman sosial yang baik untuk memastikan murid-murid membina keyakinan diri dan membentuk sahsiah yang cemerlang. Pelajar yang memperoleh pencapaian tinggi dalam akademik dikatakan seorang yang cerdas. dirinya dan kepakaran yang dimilikinya bagi membantunya menghadapi cabaran hidup. Jika dinilai dalam situasi begini. Jean Piaget (1950) dalam buku Psikologi Pembelajaran yang ditulis oleh Profesor Doktor Khadijah Rohani Mohd. Namun. 2. kecerdasan bermaksud keupayaan untuk mendapat prestasi yang baik di sekolah. penyakit dan kecerdasan. tetapi . Manakala menurut Howard Gardner (1983) dalam buku dan muka surat yang sama menerangkan melalui Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner bahawa beliau percaya kecerdasan merangkumi keupayaan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Beliau juga berpendapat proses menyelesaikan masalah tidak terikat kepada hanya satu cara penyelesaian. ibu bapa. Perbezaan ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman sosial mempengaruhi pencapaian akademik murid-murid.4 Kecerdasan Pelbagai Faktor lain yang turut menyumbang kepada perbezaan pencapaian akademik individu adalah faktor fisiologi iaitu jantina. faktor kecerdasan dilihat sebagai faktor fisiologi yang berpotensi besar untuk mempengaruhi pencapaian akademik murid cemerlang dan murid lemah biarpun mereka belajar di kelas yang sama. Oleh itu. faktor yang mempunyai perkaitan berdasarkan situasi diberi. Menurut Weschler (1975) pula berpendapat kecerdasan merupakan kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya.rakan-rakannya. Yunus versi Jun 2008 pada muka surat 114 mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usaha menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Seorang murid yang mempunyai kecerdasan interpersonal mempunyai ramai kawan. pendekatan yang digunakan oleh guru juga seharusnya bervariasi. aktif dalam sebarang aktiviti. sekiranya murid yang cemerlang seperti murid A mempunyai kecerdasan interpersonal. Berbalik kepada situasi yang diberi. Kecerdasan intrapersonal bukannya tidak baik. bijak bersosial. dan menyukai pembelajaran secara berkumpulan. faktor kecerdasan turut mempengaruhi keupayaan seorang murid dalam menguasai pembelajaran. Hal ini sekaligus menjurus kepada pemahaman yang lebih tinggi terhadap apa yang diajar oleh guru seterusnya memperoleh pencapaian akademik yang tinggi. Justeru. guru seharusnya peka akan perbezaan kecerdasan murid yang diajar dan bertanggungjawab untuk mencari pendekatan atau teknik yang terbaik dalam mendidik anak muridnya supaya murid tersebut dapat menguasai akademik dengan cemerlang. maka murid tersebut akan banyak bertanya kepada guru sekiranya mempunyai masalah dalam akademik dan terlibat secara aktif dalam sebarang aktiviti kelas. perkaitan antara kecerdasan pelbagai dengan pencapaian akademik murid adalah teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru dalam mengajar murid-murid tersebut. 3. Berbanding murid berpencapaian akademik lemah seperti murid B yang barangkali mempunyai kecerdasan intrapersonal di mana murid tersebut lebih menyukai suasana pembelajaran yang bersendirian. teknik pengajaran secara berkumpulan amat tidak digemari olehnya. namun perlu digilap oleh guru yang mengajar supaya kecerdasan intrapersonal tersebut berkembang dengan seimbang dalam diri murid seterusnya meningkatkan motivasi dalaman murid dan hasilnya. pencapaian akademik murid yang lemah tadi akan meningkat.0 Langkah Yang Boleh Diambil Guru . boleh memahami perasaan orang lain.pelbagai cara bergantung kepada individu masing-masing untuk menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau memberi jawapan. Kesimpulannya. Memandangkan setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza. Misalnya.

1 Kaedah Berkumpulan Umumnya. Mereka dibahagikan berdasarkan keputusan ujian bulanan atau peperiksaan. Selain itu. saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan berkongsi idea. Ia juga bagi melihat sejauh mana keberkesanan kaedah kumpulan yang telah dijalankan oleh guru. Kaedah berkumpulan dibentuk berdasarkan tahap keupayaan murid-murid. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian murid perlu dicatat dari masa ke semasa. Guru juga boleh membahagikan mereka berdasarkan pemerhatian prestasi di dalam bilik darjah. Guru harus melakukan refleksi bagi membuat penambahbaikan . Sebagai contoh. Hal ini memudahkan guru untuk menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mengenalpasti tahap keupayaan murid dalam mata pelajaran bagi memudahkan guru itu sendiri melakukan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah berkumpulan. Hal ini kerana setiap individu memiliki tahap kecerdasan yang berbeza. Hal ini perlu bagi memastikan setiap murid mempunyai peningkatan dalam pembelajaran mereka. murid yang lemah diberikan lembaran kerja mengenal huruf. untuk mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid tahun satu. sederhana dan lemah. murid yang sederhana mengeja dan murid yang pintar lembaran kerja membaca. Guru boleh membahagikan murid kepada tiga kumpulan iaitu murid pandai.3. guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil untuk setiap muridnya. dalam sesebuah bilik darjah akan terdapat murid-murid yang berbeza tahap pencapaian akademik mahupun pencapaian dalam bidang lain. Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama murid. Kaedah berkumpulan ini berbeza dengan pembelajaran koperatif kerana pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan iaitu murid pandai dan murid lemah diletakkan di dalam satu kumpulan .

Penerapan nilai-nilai murni ini sangat penting bagi . 3.2 Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif merujuk kepada pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin. Selain daripada dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid yang mempunyai pencapaian akademik yang berbeza. tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Gred akhir pelajar diperoleh dengan mengambil kira skor individu-individu dalam kumpulan. saling berinteraksi secara bersemuka. murid dibahagi-bahagikan kepada kumpulankumpulan kecil. Guru juga boleh mudah untuk memberi perhatian dan tumpuan yang lebih terhadap murid yang lemah. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri. semangat kerjasama juga dapat dipupuk melalui pembelajaran koperatif. dimana setiap kumpulan ditetapkan objektif pencapaiannya. kemahiran koperatif. Pembelajaran distrukturkan di mana objektif kumpulan hanya boleh tercapai jika semua ahli kumpulan dapat menyempurnakan tugas yang diarahkan oleh guru. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain secara positif. dan pemprosesan kumpulan Dalam pembelajaran koperatif. bahan yang hendak dihasilkan juga mudah kerana murid telah dibahagikan mengikut tahap keupayaan masing-masing.terhadap kaedah kumpulan ini. kaedah ini merupakan satu bonus bagi guru kerana melalui kajian lepas. Murid cerdas akan berusaha membantu murid lemah bersungguh-sungguh kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. guru lebih memilih kaedah kumpulan ini kerana bagi mereka mudah mengajar secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan yang sama. Oleh yang demikian. Dalam pembelajaran ini. 1982). murid diberikan tanggungjawab untuk mempelajari bahan yang diberikan dan memastikan ahli-ahli kumpulan juga mempelajari bahan tersebut. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri.

yang menyebabkan perlakuan itu diulangi dan diperkuatkan lagi. Peneguhan ini merupakan motivasi yang merangsang murid untuk bertingkahlaku dengan baik. Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkahlaku ditunjukkan.3 Peneguhan Positif Dan Negatif Peneguhan merupakan proses di dalam Teori Pelaziman Operan Skinner.memastikan murid menghormati perbezaan individu dan seterusnya menggalakkan murid yang lemah untuk meningkatkan pencapaian mereka. Ianya seperti memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan. Kadangkala pengajaran oleh rakan sebaya lebih berkesan daripada guru kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh rakan murid yang lebih mahir. mendapat markah tinggi dalam peperiksaan dan sebagainya. Menurut Rachlin (1991). Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu dulangi. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam. guru merampas komik yang dibaca oleh murid ketika beliau sedang mengajar. Contohnya. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan negatif. pertamanya untuk memuaskan kehendak individu dan keduanya untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Tindakan ini adalah untuk memastikan murid itu kembali fokus terhadap apa yang akan diajarkan oleh guru tersebut. . Hal ini bagi mengelakkan tingkah laku yang tidak disukai. Peneguhan positif ialah tingkahlaku yang diingini atau ganjaran yang meneguhkan sesuatu gerakbalas. Semangat kerjasama murid akan semakin tinggi apabila kumpulan mereka perlu bertanding dengan kumpulan lain di dalam bilik darjah tersebut. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. memberikan kata-kata pujian. 3. sesuai dengan falsafah konstruktivisme. pengukuhan diberikan. Murid-murid yang lemah akan lebih bersemangat untuk belajar bagi menyumbang markah yang tinggi untuk kumpulan mereka. Contoh peneguhan positif ialah seperti memberi hadiah. Persaingan yang sihat ini perlu diwujudkan bagi merangsang mereka meningkatkan lagi prestasi pencapaian akademik masing-masing.

Guru boleh memberi murid-murid menyentuh dan merasa buah-buahan tersebut. Kebiasaanya. Sebagai contoh. bagi murid yang mempunyai tahap pencapaian yang agak rendah. Set induksi sangat penting bagi menarik minat murid-murid untuk mempelajari sesuatu topik yang ingin diajar oleh guru pada hari tersebut. peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan dan berkala. guru harus memulakan pelajaran dengan set induksi yang menarik seperti tayangan video. Mereka akan bersemangat untuk belajar bagi mendapatkan ganjaran yang akan diberikan oleh guru.4 Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran Dan Bahan Bantu Mengajar Dalam bilik darjah yang mempunyai murid pelbagai tahap keupayaan. jika hari tersebut guru ingin mengajar murid mengenali buah. Di samping itu. 3. bahan bantu mengajar yang sesuai ialah bahan yang bersifat maujud. aktiviti perbincangan di dalam kumpulan.Peneguhan postitf dan negatif ini perlu dilaksanakan di dalam bilik darjah yang mempunyai murid pencapaian akademik yang berbeza mahupun bilik darjah yang mempunyai murid pencapaian yang hampir sama. guru harus bijak mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti sumbangsaran. guru tersebut haruslah membawa buahbuahan yang sebenar bagi memastikan pemahaman dan ingatan itu kekal di dalam minda mereka. mendegar lagu dan lain-lain. Murid-murid akan mendapat motivasi melalui peneguhan-peneguhan positif yang dilakukan oleh guru. Guru haruslah menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai bagi mendapat perhatian setiap murid. lakonan. pembelajaran berdasarkan pengalaman dan menggunakan pelbagai deria memudahkan mereka menyimpan maklumat dalam ingatan jangka masa panjang. Hal ini dapat mendorong murid yang lemah untuk terus meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran manakala murid yang pandai akan mengekalkan pencapaian prestasi mereka. Hal ini kerana. guru haruslah bijak memainkan peranan mereka. Menurut . simulasi dan sebagainya. Guru harus mengelakkan murid-murid daripada belajar hanya semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Hal ini kerana. Namun begitu.

guru haruslah menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti akhbar. pembelajaran melalui teka teki dan kuiz adalah satu cara yang dapat merangsang mereka untuk berfikir. . guru mendemonstrasi cara membuat kapal terbang menggunakan kertas dan murid meniru secara langsung. melalui web. Hal ini kerana pembelajaran peniruan mudah untuk diikuti oleh murid yang lemah mahupun murid yang pandai. Oleh itu. Hal ini kerana dalam sebuah bilik darjah terdapat murid yang peka kepada audio. Sebagai contoh. Guru juga harus mengulangi apa yang diajarkan bagi murid-murid dapat mengenali buah-buahan. guru perlu peka terhadap setiap perbezaan individu murid di dalam bilik darjah. ingatan jangka masa panjang berlaku apabila murid itu melalui sendiri peristiwa yang dialami. menyampaikan maklumat melalui carta dan lain-lain. Seperti yang kita tahu. Kebiasaannya pembelajaran peniruan ini di aplikasikan di dalam strategi pembelajaran simulasi. Murid-murid akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. ada yang tertarik kepada visual dan ada yang kinestatik. Hal ini kerana buah-buahan adalah objek yang sering dilihat dan dimakan oleh meraka. Justeru. Guru yang tidak menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar tidak akan dapat membantu murid yang mempunyai pencapaian akademik yang berbeza. kanak-kanak mudah belajar melalui proses peniruan. guru juga boleh menggunakan teori pembelajaran peniruan melalui teori pembelajaran sosial yang telah dicetuskan oleh Albert Bandura (1925). Guru juga boleh menggunakan internet sebagai alat bantu mengajar kerana banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam internet. Mereka juga akan berusaha untuk mencari maklumat bagi memastikan jawapan yang diberikan adalah tepat.model pemprosesan maklumat dalam teori kognitif. Oleh itu guru harus manfaatkan sebaiknya untuk memastikan murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Selain itu. Di samping itu.

.

0 Kesimpulan .4.

google. Universiti Teknologi Malaysia.com/search? q=cache:fG3nhR96kgsJ:images.fp. (2006) Hubungan Antara Keserasian Personaliti –Persekitaran Dengan Minat Belajar Di Kalangan Pelajar Jurusan Sains Tahun Lima Fakulti Pendidikan.googleusercontent.com/viewer? a=v&q=cache:pm09YzdTosMJ:www. Diakses pada 14 Mac 2012 -uum Aida Binti Baharuddin. https://docs. (2004) Hubungan Antara Faktor Sosioekonomi Dan Persekitaran Keluarga Terhadap Sikap Dan Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh.5. http://etd. Diakses pada 12 Mac 2012.uum.Sdn Bhd: Selangor Darul Ehsan . http://webcache. Meteor Doc.pdf. Mahani Razali Dan Ramlah Jantan.0 Rujukan Lokuin Bt Gintos.multiplycontent. (2011) Psikologi Pendidikan. Kelantan.edu. (1998) Pengaruh Faktor Sosioekonomi Terhadap Pancapaian Pelajar Dalam Mata Pelajara Bahasa Inggeris.my/618/1/LOKUIN_BT_GINTOS__Pengaruhi_faktor_sosioekonomi_terhadap_pencapaian_pelajar_dalam_mata_ pelajaran_Bahasa_Inggeris. Kuala Krai.utm.pdf+&hl=e . Diakses pada 12 Mac 2012 -utm Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus. –upsi Kong Yean Fah.dehewaraspak.multiply.com/ attachment/0/RvGX@AoKCtMAAFNiRgc1/hubungan%2520s.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/YEA NFAHAP010146D2006TTP.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful